ads

Selasa, 4 November 2014

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


TEMUBUAL - ERRA FAZIRA AKUI PUNYAI 'TEMAN TAPI MESRA'

Posted: 03 Nov 2014 02:20 PM PST



Setelah lebih lapan bulan Erra Fazira bercerai dengan Engku Emran, terkini pelakon dan penyanyi itu dikatakan sedang menyulam cinta dengan seorang lelaki yang tergolong dalam kelas sosialit yang bergaul rapat dengan orang-orang ternama.

Nampaknya, status ibu tunggal dan pelbagai gosip dengan beberapa artis seperti Amar Baharin dan Shahir, tidak sedikitpun mencalarkan popularitinya. Dikesempatan bertemu Erra, pihak media telah bertanyakan perihal gosip terbaru itu yang sememangnya diakui oleh Erra sendiri.

Media: "Erra Fazira, maaf mengganggu. Saya hubungi anda untuk bertanya tentang gosip yang mendakwa anda kini sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki dalam kalangan sosialit. Apakah benar dakwaan tersebut?"

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ALBUM BARU - PANDORA MUNCUL DENGAN 'DIARI APRIL'

Posted: 03 Nov 2014 01:45 PM PST



Bagi merancakkan lagi industri hiburan, 'Pandora' kini muncul dengan single terbaru mereka berjudul 'Diari April'. Album tersebut telah mendapat perhatian syarikat rakaman antarabangsa iaitu Warner Music Malaysia yang bertindak sebagai pengedar rasmi album fizikal dan juga digital untuk pasaran tempatan.

Untuk info, Pandora merupakan sebuah band berkonsepkan rock alternatif yang ditubuh secara rasmi pada tahun 2014. Band ini merupakan satu gabungan kombinasi influence yang berbeza serta banyak dipengaruhi oleh band-band popular antarabangsa daripada US dan UK.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

TIADA JODOH DENGAN SUAMI ORANG - HANEZ SURAYA AKUI KESILAPAN DIRI

Posted: 03 Nov 2014 01:29 PM PST



Mahu tutup semua cerita lama dan buka lembaran baru. Demikian pengakuan Hanez Suraya atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, yang teruk dikecam sepanjang 2014 akibat didakwa merampas suami orang,

"Saya mahu menutup semua cerita yang terjadi beberapa bulan yang lalu dan mahu membuka lembaran baru. Selepas ini kalau boleh saya mahu elak perkara yang boleh mengundang kontroversi. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap hal yang saya lakukan," ujar Hanez dipetik sebagai berkata.

Mengenai hubungan cintanya bersama Romie yang didakwa telah berakhir, Hanez menjelaskan yang dia kini tidak lagi bersama Romie.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GANTI RUGI JOHAN RAJA LAWAK - MAHKAMAH TOLAK GANTUNG BAYARAN

Posted: 03 Nov 2014 12:57 PM PST



Permohonan pengarah Mohd Javed Mohd Nizar dan Juara Filem Production Sdn Bhd untuk menggantung perintah membayar ganti rugi RM170,100 kepada Johan Raja Lawak dan isterinya bagi kecederaan yang dialaminya empat tahun lepas telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Permohonan itu ditolak oleh mahkamah dengan kos RM5,000 serta memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya membayar ganti rugi dalam tempoh 31 hari bermula semalam.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved