Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Hubungan AC Mizal Dengan Anak Semakin Pulih
- Alunan Suara Dayang Nurfaizah Pikat Penonton DFP
- Usah Pandang Rendah Bakat Cristina Suzanne
- Afiq Muiz Buka Bisnes Jual Baju
- Pihak Pendakwa Serah Dokumen Forensik Untuk Dakwa Awie
- Kelazatan Cendol Makloom Kerana Rahsianya
- Penangan Running Man
- Pekin Ibrahim tawan pawagam
- Fokus komitmen bagi pasaran Malaysia
- Zawara intai lokasi luaskan pasaran
- Tilam pertama daripada kenaf
- Nia menderita jantung semakin membesar
- Kad diskaun ibu tunggal
- Kutip derma bantu maahad tahfiz
- Berhenti sebar gambar pontianak
- Lelaki baharu dalam hidup Erra
- 11 tuntutan dan Switch Off’14 relevan – Zed Zaidi
- Pemain Pahang dapat bonus
- Kulinari Palestin taruhan Laila
- Chef Riz Pinang Shikin Maembong Esok
- Hattan Lakukan Solat Istikharah Sebelum Pilih Adel
- Pahang Juara Piala Malaysia, ERA FM Putar Lagu Siti Nurhaliza Sepanjang Hari
- Lisa Surihani Adakan Bengkel Sebelum Penggambaran Formula Kejayaan
- Azwan Tersingkir, Adel Diserap Masuk AF 2014
Hubungan AC Mizal Dengan Anak Semakin Pulih Posted: 03 Nov 2014 10:31 PM PST | ||
Alunan Suara Dayang Nurfaizah Pikat Penonton DFP Posted: 03 Nov 2014 10:30 PM PST | ||
Usah Pandang Rendah Bakat Cristina Suzanne Posted: 03 Nov 2014 10:29 PM PST | ||
Afiq Muiz Buka Bisnes Jual Baju Posted: 03 Nov 2014 10:28 PM PST | ||
Pihak Pendakwa Serah Dokumen Forensik Untuk Dakwa Awie Posted: 03 Nov 2014 10:27 PM PST | ||
Kelazatan Cendol Makloom Kerana Rahsianya Posted: 03 Nov 2014 10:23 PM PST | ||
Posted: 03 Nov 2014 10:20 PM PST NAMA seperti Lee Kwang Soo, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Jee Suk Jin, Haha Kang Gary dan Yoo Jae-suk, sememangnya bukan asing bagi mereka yang setia mengikuti rancangan variasi, Running Man. Secara ringkasnya, Running Man adalah rancangan game show popular terbitan SBS, yang mula mencipta fenomena sejak ditayangkan pada Julai 2010 (kini mempunyai sebanyak 218 episod). Rancangan ini menjadi program pilihan bukan sahaja dalam kalangan peminat Kpop tetapi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan bangsa. Justeru kehadiran lima daripada tujuh bintang rancangan ini seperti Jong Kook, 38, HaHa, 35, Ji Hyo, 33, Seok Jin, 48, dan Kwang Soo, 29, bagi Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia ternyata dinanti ramai. Buktinya, sejak kedatangan mereka pada 31 Oktober lalu, hampir 1,000 peminat 'menjemput' mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lebih 2,500 peminat hadir pada sesi bertemu peminat di Stadium Negara, Kuala Lumpur, manakala lebih 4,000 peminat sanggup bersesak di Paradigm Mall, Kelana Jaya demi menyaksikan mereka secara dekat. Kuala Lumpur menjadi persinggahan kedua terakhir mereka sebelum menamatkan jelajah ini di Singapura pada 29 November ini nanti. Biarpun ini merupakan kunjungan kali kedua bagi Jong Kook (kali pertama Fan Meeting-nya pada Jun 2013), Kwang Soo (kali pertama Fan Meetingnya pada Januari 2014) dan HaHa @ Ha Dong Ha sempena showcase pada November 2013) manakala kali pertama buat Seok Jin dan Ji Hyo, namun kelima-lima mereka mengakui teruja dengan sambutan peminat di sini. "Kami tidak pernah menyangka begitu ramai mengenali kami dan suka menonton Running Man. Sebenarnya, kami tidak pernah terfikir yang kami akan jadi popular. Semuanya kerana sokongan peminat-peminat sejak dari episod pertama lagi hingga kini. Sokongan padu peminat juga buatkan kami sentiasa rasa bersemangat untuk terus menghiburkan penonton. "Malah, kami juga sebenarnya tidak pernah menganggap penglibatan kami dalam Running Man sebagai satu kerja atau mahu mencari popular. Sebaliknya kami sentiasa rasa seronok sepanjang penggambaran. "Kami berharap peminat-peminat pun akan terhibur setiap kali mereka menonton Running Man," ujar Jong Kook yang fasih berbahasa Inggeris ketika menjawab pertanyaan media, pada sesi sidang media di Doubletree by Hilton Hotel Kuala Lumpur. Sementara itu, bagi Ji Hyo pula, biarpun menjadi bintang wanita tunggal dalam program itu, ia tidak sedikit pun mendatangkan masalah buatnya. "Semua abang-abang dan Kwang Soo, walaupun dia lebih muda dari saya, dia menjaga saya dengan baik sepanjang penggambaran program berkenaan. Saya sangat seronok sepanjang saya berada dalam Running Man kerana kami bagaikan adik-beradik. "Kami saling menyayangi dan saling menyokong antara satu sama lain. Mereka banyak mengajar saya bagaimana untuk sentiasa merendah diri. Terutamanya Kwang Soo dan Seok Jin, selalu mengajar saya bagaimana untuk menghargai peminat dan menjadi natural. Kami juga tidak akan berada di sini kalau bukan tanpa sokongan peminat," katanya. Peminat terhibur Sementara itu, kemuncak keterujaan dan keseronokan penonton yang berada di stadium bermula kira-kira jam 6.45 petang. Berlangsung selama dua jam, Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia, hangat dengan aksi-aksi bersahaja, mencuit hati, dan nakal. Bukan itu sahaja, peminatdihiburkan dengan persembahan nyanyian, tarian dan sesi permainan oleh ke semua bintang ini. Acara yang dianjurkan saluran One HD ini dimulakan dengan pembukaan nyanyian daripada setiap anggota Running Man. Terus-terang, walaupun suara mereka tidaklah sesedap mana, tetapi kesungguhan dan keikhlasan Ji Hyo, Kwang Soo dan Seok Jin menyanyikan lagu masing-masing wajar dipuji. Manakala, keupayaan Jong Kook dan HaHa yang menyanyi dengan baik memang tidak dinafi, lagipun mereka juga memang sedia bergelar penyanyi. Kemudian suasana dihangatkan lagi dengan acara yang membuatkan rata-rata peminat 'makan hati' iaitu sesi permainan bersama peminat-peminat bertuah menerusi cabutan bertuah. Sepanjang acara ada saja gelagat, lawak juga aksi-aksi spontan yang dipamerkan mereka hingga membuatkan penonton 'pecah perut' dek ketawa terbahak-bahak. Apa tidaknya, ada saja lawak-lawak dan adegan usik mengusik sesama mereka. Gamat stadium dibuatnya dengan sorakan dan gelak tawa penonton, terutamanya gelagat Kwang Soo dan Seok Jin dan HaHa. Keterujaan peminat semakin menjadi-jadi apabila Kwang Soo turun dari pentas dan terus meluru ke arah peminat yang duduk di bahagian atas belah kanan stadium. Peminat tidak melepaskan peluang mengejar idola yang terkenal dengan jolokan Prince of Asia itu untuk bersalaman dan bergambar bersama. Pendek kata, layanan Kwang Soo kepada peminatnya di Malaysia memang terbaik. Sebelum tamat, kelima-lima anggota Running Man menyanyikan lagu Sarang Suruwo. | ||
Posted: 03 Nov 2014 10:19 PM PST
PELAKON kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini memberitahu dia bakal muncul dalam sembilan buah filem bermula hujung tahun ini sehingga tahun 2015. Antara filem tersebut termasuklah Juvana, Rumah Pusaka Di Simpang Jalan, Rentas, Keindahan Hidup, Pphilia dan Villa Nabila. Jelas Pekin Ibrahim, dia tidak menyangka meskipun kelahiran pendatang baru membanjiri industri seni tempatan, namun rezeki masih berpihak padanya. "Alhamdulillah, saya masih mendapat tempat dalam bidang lakonan sehingga hari ini. "Walaupun semakin banyak projek diterima, namun saya masih belum berpuas hati dengan tahap lakonan saya," katanya ketika ditemui di majlis kesyukuran dan pelancaran poster rumah pusaka di simpang jalan sentuhan pengarah terkenal Mamat Khalid. Mengulas mengenai pembabitan Pekin menerusi filem yang mengangkat genre komedi itu, akuinya ia kali pertama dia diberi tanggungjawab memainkan dua peranan. "Sebenarnya saya dapat peranan kedua ni pun minit-minit terakhir, abang Mamat beri pilihan kepada saya untuk melakonkannya dan saya fikir mengapa perlu tolak. "Lagipun ia satu peranan yang hebat dan menarik," jelasnya seronok berlakon bersama Jihan Musa dan Syuk Balas. Tambahnya, dia berterima kasih kepada Mamat Khalid kerana percaya kepada bakatnya dan memberi peluang tersebut kepadanya . "Untuk memegang dua peranan bukannya mudah dan ia satu pengalaman baru yang mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon. "Tetapi dengan bantuan abang Mamat, saya mampu jayakannya dan saya harap peminat tidak ketinggalan menyaksikan filem ini nanti," katanya filem itu akan ditayangkan pada 1 Januari 2015 depan. Sedikit perkembangan terbarunya, pelakon berusia 33 tahun ini bakal muncul di pentas teater Disember ini menerusi teater Mat Deris Kola Pilah. | ||
Fokus komitmen bagi pasaran Malaysia Posted: 03 Nov 2014 10:17 PM PST
SHAKLEE Products (Malaysia) Sdn Bhd (Shaklee Malaysia) terus memberikan komitmen terhadap pasaran di Malaysia dengan pembukaan ibu pejabat baharu di The Pinnacle Sunway. Presiden Shaklee Malaysia, Victor Lim berkata, pembukaan ibu pejabat baharu tersebut adalah selari dengan perkembangan perniagaan di Malaysia yang berkembang pesat sejak beberapa tahun ini. "Ia adalah tanda komitmen kami terhadap usaha mempertingkatkan dan memperluaskan perniagaan serta kehadiran kami di negara ini," katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, menjadi satu keperluan bagi Shaklee Malaysia untuk berpindah ke ibu pejabat lebih baik dan lebih besar dalam langkah memperkembangkan perniagaandi mana ia merupakan sebuah bangunan Bijak Gred A dengan indeks Bangunan Hijau yang disahkan memenuhi misi Shaklee untuk "menyediakan kehidupan yang lebih sihat bagi semua dan kehidupan yang lebih baik bagi sesiapa sahaja". Malah ia juga selari dengan prinsip tanggungjawab sosial korporat Shaklee yang mempromosikan gaya hidup hijau dan mesra alam. Shaklee Malaysia juga mengadakan usaha penghijauan secara dalaman dengan memperkenalkan beg anyaman untuk menggantikan penggunaan beg plastik bagi para pengedar dan pelanggannya. Sementara itu, baru-baru ini Shaklee Malaysia juga melancarkan laman sesawang baharu, www.shaklee.com.my, untuk orang ramai dan para pengedar serta pelanggannya, selain menawarkan 'widget' jualan sebagai sebahagian daripada alat bantuan perniagaan yang boleh digunakan oleh para pengedar untuk membolehkan pelanggan mereka membeli produk secara terus dari Shaklee Malaysia pada bila-bila masa. | ||
Zawara intai lokasi luaskan pasaran Posted: 03 Nov 2014 10:15 PM PST
PENGELUAR pakaian Muslimah, Mirage Resources Sdn Bhd (Mirage Resources), menerusi jenama Zawara berhasrat meluaskan rangkaian perniagaannya dengan mencari lokasi strategik bagi cawangan francais baharu. Pengarah Mirage Resources, Nur Fadilla Abd Karim berkata, syarikat itu menyasarkan membuka empat cawangan Zawara di negara ini menjelang hujung tahun depan iaitu di Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. "Kita terima banyak permohonan daripada mereka yang berminat untuk buka cawangan Zawara di negeri itu. "Proses pemilihan francaisi kami agak ketat kerana kami bukan saja mahu cari orang yang mahu jadi jurujual, tetapi kami sebenarnya mencari rakan kongsi perniagaan dan juga mereka yang benar-benar minat fesyen," katanya. Beliau berkata, Zawara yang ditubuhkan pada 2012 kini mempunyai 11 cawangan melibatkan Menara Mara, Shah Alam, Johor Bahru, Bangi, Wangsa Melawati, Kota Bharu, Kota Damansara, Sungai Petani, Kuantan, Ipoh dan Pulau Pinang. "Pada 2012, kami memulakan perniagaan menerusi atas talian sebelum membuka kedai pertama di Menara Mara setahun kemudian, dan menerima lesen francais pada Januari tahun ini," katanya. Menurutnya, Zawara mempunyai pelbagai jenis koleksi fesyen Muslimah lengkap kontemporari terdiri daripada tudung, hijab ekspres, jaket, blaus, dress labuh, jubah, palazo dan skirt. "Setiap minggu, Zawara akan mengeluarkan satu koleksi baharu dan dalam setahun, kita akan menghasilkan sekurang-kurangnya 48 koleksi baru mengikut inspirasi antarabangsa dan menggunakan warna mengikut trend terkini. "Ini membolehkan pelanggan mempunyai pelbagai pilihan dan mewujudkan kelainan jika mereka berkunjung ke kedai kami," katanya. Walaupun fesyen Muslimah banyak didapati di pasaran ketika ini, Nur Fadilla bagaimanapun optimis Zawara mampu pergi lebih jauh dengan kelainan konsep koleksi yang ditampilkan. "Koleksi kami adalah untuk Muslimah kontemporari yang sesuai untuk wanita di seluruh dunia. "Tambahan pula, pesaing memberi persaingan sihat kerana membuatkan orang ramai mempunyai banyak pilihan busana Muslimah pada harga berpatutan. Dulu, kita lihat, harga fesyen Muslimah sangat mahal, sekarang tidak lagi, sebaliknya ia akan memberi persaingan kepada pengeluar untuk menghasilkan fesyen lebih cantik," katanya. Beliau berkata, Zawara merancang meneroka pasaran luar negara seperti Indonesia dan Dubai menjelang 2016. | ||
Posted: 03 Nov 2014 10:14 PM PST
DR Rahmatullah Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Bumiputera, bakal memasarkan tilam pertama di negara ini diperbuat daripada gentian kenaf, selewat-lewatnya tahun depan. Pengarah Urusannya Dr Rahmatullah Hussain berkata keputusan itu diambil selepas melihat kejayaan memberangsangkan jualan produk berkenaan kepada penduduk di sekitar Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. "Alhamdulillah, selama tujuh tahun tilam ini dibuat kajian dan dijual kepada penduduk di sekitar Permatang Pauh, Pulau Pinang dan negeri di Utara, tilam daripada kenaf ini semakin dapat perhatian. "Ini disebabkan tilam kami hasilkan ini bukan sahaja jauh lebih murah malah didakwa oleh pembeli mampu merawat masalah tidur dan sakit belakang," katanya di kilangnya di Pengkalan Tambang, Permatang Pauh, semalam. Rahmatullah berkata tilam berjenama `Finaf' itu akan dipasarkan melalui anak syarikatnya Finaf Mattress Sdn Bhd. Beliau berkata, empat variasi tilam iaitu King, Queen, Single dan tilam bayi yang dijual pada harga antara RM300 dan RM1,200. Beliau berkata enam pekerja kilang berkenaan kini mampu menghasilkan lebih 500 tilam sebulan, dan merancang meningkatkannya kepada lebih 1,000 apabila ia mula diperluas ke luar negeri itu. "Alhamdulillah kami dapat sokongan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) yang telah membekalkan kira-kira tiga tan metrik kenaf sebulan," katanya. Memperoleh perakuan Sirim QAS pada awal tahun ini, syarikat itu baru-baru ini memenangi pingat emas pada pertandingan peringkat kebangsaan menerusi tilam bayi kenaf. | ||
Nia menderita jantung semakin membesar Posted: 03 Nov 2014 10:11 PM PST
JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung berlubang mengharapkan simpati orang ramai untuk mendapatkan dana sejumlah RM45,000 bagi tujuan pembedahan. Ibunya, Nor Azirah Mohd Nasir Kok, 28, berkata, anak tunggalnya, Nia Ryana Zul Azri yang berusia dua tahun tujuh bulan dikesan menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan. Menurutnya, penderitaan anaknya yang mesra dipanggil Nia semakin serius sejak berumur dua tahun kerana keadaan jantung yang semakin membesar. "Mengalir air mata saya setiap kali Nia mengadu dadanya sakit selepas terlalu aktif bermain, tapi apa boleh saya buat hanya mampu berdoa dan mengharap ada insan yang simpati membiayai dana pembedahan anak saya. "Pihak hospital anggarkan kos RM40,000 hingga RM45,000 perlu disediakan untuk pembedahan segera memandangkan keadaan jantung Nia semakin hari semakin membesar," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Nor Azirah berkata, keadaan tumbesaran anaknya terbantut sejak dari kecil sehingga beratnya di bawah 10 kilogram meskipun sudah berusia lebih dua tahun kesan daripada penyakit jantung berlubang yang dihidapinya. Katanya, pendapatan suami sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Pasir Gudang sekadar cukup makan mereka tiga beranak dan jauh sekali dapat menampung dana pembedahan anaknya. "Saya sudah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan dana pembiayaan bagi melakukan pembedahan Nia termasuk ke jabatan bertanggungjawab, namun sehingga kini belum membuahkan hasil. "Saya rayu simpati orang ramai agar dapat menghulurkan sumbangan supaya Nia dapat menjalani pembedahan secepat mungkin. "Orang ramai yang sudi membantu boleh hubungi saya di talian 012-7153296" katanya. | ||
Posted: 03 Nov 2014 10:09 PM PST
JEMPOL - Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan akan menyediakan kemudahan kad diskaun untuk kegunaan golongan ibu tunggal. Pengerusinya, Datuk Melati Ali berkata, pihaknya telah membuat permohonan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). "Kad berkenaan akan digunakan untuk ibu tunggal seluruh negara. Bagaimanapun, terdapat sebahagian ibu tunggal di Melaka dan Pahang telah menerima kad tersebut memandangkan mereka telah menghantar borang berkenaan lebih awal. "Kad diskaun ini boleh digunakan untuk membeli barang keperluan harian seperti makanan, pakaian sekolah di pasar raya terpilih serta di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)," katanya ketika dihubungi semalam. Melati berkata, semua ibu tunggal perlu menyerahkan nama mereka kepada persatuan di kawasan masing-masing untuk tindakan selanjutnya bagi menikmati kemudahan yang disediakan. "Kita juga berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan kita supaya golongan ibu tunggal ini disediakan insurans berkelompok secara percuma," katanya. Melati berkata, setakat ini terdapat 80,000 ibu tunggal seluruh negara berdaftar melalui persatuan berkenaan. "Setakat ini, kita telah buka ibu pejabat persatuan di Ayer Keroh, Melaka beberapa bulan lepas dan kita juga mempunyai Yayasan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia dengan dana RM1 juta. "Dengan dana ini, kita akan bantu ibu tunggal berjaya dalam bidang usahawan dan kemahiran," katanya. | ||
Kutip derma bantu maahad tahfiz Posted: 03 Nov 2014 10:06 PM PST
TANAH MERAH - Kelab motosikal berkuasa tinggi, Veteran Kelantan Bikers (VKB) melancarkan kutipan derma kilat untuk disumbangkan kepada sebuah maahad tahfiz di Padang Bongor, dekat sini, kelmarin. Kutipan amal bagi membantu Pondok Tahfiz Padang Bongor, Tanah Merah itu, dilancarkan dengan kerjasama Persatuan Pemegang Polisi Insurans dan Takaful Negeri Kelantan (Pinkel). Presiden Pinkel, Datuk Azhar Mohd Hussain berkata, RM342 berjaya dikumpulkan daripada penderma dalam kalangan ahli VKB dan Pinkel pada hari pertama kutipan tersebut. "Hasil kutipan ini akan diserahkan kepada Pondok Tahfiz Padang Bongor, Sabtu ini dan mereka yang ingin turut sama menderma boleh hulurkan sumbangan melalui VKB," katanya. Keperluan pondok tahfiz itu dari segi kemudahan asas untuk keselesaan guru dan pelajar sebelum ini mendapat perhatian Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Muhammad Nasir Hamzah. Sempena kunjungan itu, Muhammad Nasir menyampaikan bantuan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) KMK menolong pihak yang terlibat dalam pengembangan syiar Islam. Selain menyampaikan bantuan, beliau turut menyeru pelbagai pihak untuk turut sama menyumbang bagi memenuhi keperluan pondok tahfiz tersebut terutama kemudahan asas. Ditanya pemilihan pondok tahfiz itu, Azhar memberitahu, pihaknya terpanggil membantu selepas masalah kekurangan dihadapi pelajarnya disiarkan akhbar ini, baru-baru ini. "Bukan sahaja membantu pelajar, bahkan kami berharap, usaha VKB dan Pinkel melalui kutipan amal ini menggalakkan pihak lain untuk turut sama menghulurkan sumbangan," katanya. Dalam pada itu, beliau mempelawa ahli VKB yang tinggal di Tanah Merah untuk bersama pada acara penyampaian sumbangan kepada pondok tahfiz berkenaan, Sabtu ini. "Menerusi program amal ini, kita harap dapat buktikan kelab motosikal tinggi bukan berkaitan konvoi semata-mata atau untuk kepentingan ahli sahaja tetapi kita juga buat kerja amal bagi bantu golongan yang memerlukan," katanya. | ||
Berhenti sebar gambar pontianak Posted: 03 Nov 2014 10:04 PM PST
BANTING - Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan. Bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin berkata, beliau percaya keadaan itu wujud. Namun katanya, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh sehingga menakut-nakutkan pelanggan hospital. Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar, Datuk Harun Idris memaklumkan, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit. Justeru katanya, kewujudan makhluk halus di kawasan-kawasan berkenaan tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa hal tersebut tidak wajar dijadikan isu utama kerana bimbang ia disalah tafsir, sedangkan yang Maha Berkuasa adalah ALLAH SWT. Berhenti sebar gambar "Masa tu, kawasan tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta yang mengusahakan ladang getah dan kemudian di jadikan ladang kelapa sawit. Selepas pembinaan bangunan hospital dilakukan, tidak pula pernah dengar ada jelmaan makhluk halus. Cuma... jika betullah seperti yang kecoh sekarang ni, saya cuma anggap itu sebagai petunjuk dari ALLAH, untuk manusia beringat-ingat. "Lagipun hospital... biasalah. Hospital kan tempat banyak berlaku insiden ngeri macam pesakit mati kemalangan, mati dibunuh, mati bunuh diri, atau pun mati sakit. Itu perkara biasa, tapi janganlah pula ia dijadikan satu kebimbangan yang tidak sepatutnya kepada masyarakat. "Mengenai gambar-gambar (pontianak) tu, boleh jadi ia telah diedit. Bagi saya mudah saja, selagi ia tak kacau masyarakat biarkanlah. Tapi jika ada gangguan, pihak pengurusan hospital perlu ikhtiar melakukan sesuatu," katanya yang mahukan masyarakat berhenti menyebarkan foto berkaitan makhluk halus berkenaan di laman sosial ataupun menerusi lain-lain medium. Abd Samad berkata, beliau mahu masyarakat memanfaatkan kemudahan yang ada dengan baik dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat. "Saya yakin masyarakat boleh buat pertimbangan yang wajar akan situasi yang berlaku ini," katanya yang juga merupakan bekas Adun Morib sekitar tahun 1995. Bukan rakaman CCTV hospital Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting, Abdul Razak Khasbullah berkata, beliau belum pernah menerima aduan daripada pihak pengurusan hospital atau aduan awam mengenai sebaran gambar tersebut. Bagaimanapun, beliau memaklumkan telah bertemu dengan pengarah hospital berhubung hal berkenaan dan merumuskan kejadian itu tidak pernah berlaku di dalam wad apatah lagi ia hanya sebuah rakaman melalui telefon bimbit dan bukannya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hospital. "Bagi saya senang, dalam Islam kita tak boleh meragui kewujudan makhluk-makhluk berkenaan. Cuma, apa yang perlu diberi perhatian adalah pihak yang mengirimkan gambar-gambar berkenaan agar berhenti menyebarkannya jika hanya nak menakut-nakutkan orang ramai. "Paling penting kejadian itu pun bukan boleh dilihat oleh semua orang... hanya insan-insan terpilih sahaja yang boleh nampak. Jadi tak perlulah nak sebarkan gambar-gambar seumpama itu. Ini penting bagi mengelakkan keraguan dan kebimbangan di kalangan masyarakat," katanya yang turut memaklumkan hospital tersebut telah dibina sejak tahun 1974. Simpan buat koleksi peribadi Sementara itu, seorang orang awam, Adenan Yusop, 50, berkata, dia tidak pernah melihat atau terdengar khabar angin mengenai sebaran gambar menyerupai pontianak itu walaupun percaya kewujudan makhluk halus. "Pihak yang dapat rakam gambar 'benda' tu tak payahlah nak sebar-sebarkannya... bagi takut orang ramai buat apa. Nanti orang yang sakit takut nak datang hospital, bukankah dah bagi masalah tu. "Apa lebih elok, pihak tu simpan sendiri semua gambar pontianak tu jadi koleksi peribadi. Lagipun, kejadian makhluk halus ni tak boleh dibuat main-main... jika benarlah ada, hal ni perlu diambil serius... bukannya memutar belitkan maklumat," katanya. | ||
Lelaki baharu dalam hidup Erra Posted: 03 Nov 2014 04:04 PM PST Erra Fazira bukan baru semalam melangkahkan kaki dan duduk selesa di dalam dunia seni. Sudah lebih 10 tahun beliau di sini, dan selain kisah kariernya yang selalu diberitakan, sensasi sebuah kehidupan anak wayang sepertinya sering menjadi 'makanan' umum. Terkini, dalam sebuah kolum gosip akhbar hujung minggu, wanita tinggi lampai itu dikaitkan sedang menyulam cinta dengan seorang lelaki yang tergolong dalam kelas sosialit. Golongan sosialit lazimnya seseorang yang bergaul rapat dengan orang-orang ternama. Kosmo! yang menghubungi Erra untuk mendapatkan pengesahan daripadanya dilayan dengan cukup baik. Hanya tegas Erra, pada usianya 40 tahun, memegang status ibu tunggal dan sudah lama dihenyak dengan pelbagai gosip peribadi sejak dahulu lagi, beliau berharap agar diberi ruang untuk menjalani kehidupan sendiri tanpa gosip seumpama itu lagi. Akuinya yang sempat digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa orang artis muda lelaki antaranya Amar Baharin dan Shahir, selepas bercerai dengan Engku Emran awal tahun ini, beliau sudah letih untuk melayan kerenah gosip yang tidak berkesudahan. Kosmo!: Erra Fazira, maaf mengganggu. Saya hubungi anda untuk bertanya tentang gosip yang mendakwa anda kini sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki dalam kalangan sosialit. Apakah benar dakwaan tersebut? Erra: Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali. Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa. Apa yang penting individu tersebut merupakan seorang yang baik dan boleh menerima diri saya seadanya, itu sudah cukup. Saya tidak suka jika dikaitkan dengan mana-mana orang atasan kerana semua itu tidak benar dan itu merupakan satu cerita yang sengaja diada-adakan. Adakah anda membuat pengakuan sedang rapat dengan seseorang, tetapi bukan daripada golongan sosialit hanya untuk mematikan gosip itu? Saya tidak kisah untuk mengakui status hati saya jika tujuannya adalah untuk menutup semua cerita tidak benar yang pernah dipalitkan kepada saya sebelum ini. Saya mengakuinya bukan untuk publisiti tetapi jika saya tidak bercakap jujur pada hari ini, esok lusa akan muncul lagi pihak-pihak tertentu yang mengaitkan nama saya dengan kisah yang tidak benar. Walaupun mengakui status saya sebagai seorang wanita bergelar janda bukanlah sesuatu yang mudah untuk digalas lebih-lebih lagi saya terlibat dalam industri hiburan, tetapi saya bukan seorang yang jenis mudah dan rela hati untuk dikaitkan dengan mana-mana orang daripada golongan atasan. Jika tidak keberatan, boleh anda kongsikan siapakah lelaki bertuah itu dan bagaimana peringkat perhubungan kalian setakat ini? Maaf jika saya katakan, saya tidak boleh kongsikan siapakah dia. Cukuplah sekadar saya ceritakan bahawa dia seorang lelaki biasa. Lagi pula, kami baru sahaja saling mengenali antara satu sama lain. Bercakap soal peringkat perhubungan pula, saya rasa tidak perlu diceritakan dengan lebih lanjut. Pada usia saya yang semakin meningkat kini, saya rasa saya juga berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang saya selesa bersama. Itu hak dalam hidup seseorang. Setelah memegang status ibu tunggal buat kali kedua dan pada usia sudah mencecah 40 tahun, sejujurnya apakah perasaan anda apabila sering dikaitkan dengan cerita gosip bercinta dengan lelaki muda? Komen saya, perkara seperti digosipkan bercinta dengan mana-mana lelaki sudah seperti tidak kena dengan diri saya. Semacam sudah tidak relevan kiranya saya dikaitkan dengan gosip seperti itu. Bukan apa, usia saya sudah cukup matang dengan perkara-perkara sebegini. Sejak awal membabitkan diri dalam bidang seni, saya sudah cukup muak bergelumang dengan cerita-cerita gosip yang tidak betul ketika zaman remaja dahulu. Umur saya sekarang sudah tidak sesuai rasanya untuk dijadikan bahan gosip atau publisiti kepada mana-mana pihak tertentu. Carilah pula artis-artis muda yang lain untuk dikorek cerita mereka. Apa yang penting saya sudah 'penat' dan muak dengan semua gosip seperti itu. Buat masa sekarang, apa yang ada dalam jiwa saya ialah lebih mengutamakan kerjaya berbanding kisah peribadi. Saya mahu kisah kerjaya lebih membangun jika dibandingkan dengan sisi peribadi. Kalau boleh, saya mahu tolak ke tepi semua kata-kata yang tidak benar mengenai diri saya. Kerjaya lebih penting. Baiklah. Sekarang berbalik kepada soal kerjaya Erra. Apa perkembangan terbaharu anda sekarang? Alhamdulillah saya sekarang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Warna Cinta Impian bersama gandingan pelakon Awie. Namun pada masa yang sama, jadual merencanakan program Primadona masih berjalan seperti biasa. Saya juga akan memulakan raptai sebuah teater berjudul Tiga Ratu pada bulan Disember depan. Dalam teater itu, saya bergandingan dengan pelakon dan penyanyi Soo Wincci dan juga seorang pelakon wanita dari negara jiran, Indonesia. | ||
11 tuntutan dan Switch Off’14 relevan – Zed Zaidi Posted: 03 Nov 2014 04:03 PM PST KEMPEN Switch Off'14 merupakan sebuah kempen yang digerakkan oleh Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) iaitu Jurey Latiff Rosli bagi membela nasib pekerja industri kreatif tanah air. Kempen yang dijadualkan berlangsung pada 11 November itu mempunyai objektif mahu meningkatkan taraf hidup pekerja dalam industri supaya lebih terjamin pada masa hadapan. Kempen itu juga mendapat sokongan penuh daripada persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Presiden Seniman, Zed Zaidi. Secara rasminya, kempen tersebut telah dilancarkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada 21 Oktober lalu dan dihadiri lebih 200 orang termasuklah beberapa artis terkenal tanah air seperti Fauziah Nawi, Harun Salim Bachik, Imuda dan Norish Karman. Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil menyuarakan kelantangan persatuan itu berdiri bersama Gafim dalam memastikan 11 tuntutan yang dibawa dalam Switch Off'14 akan diterima oleh pihak kerajaan sekali gus memastikan kebajikan para penggiat seni lebih terpelihara. Tegas Zed Zaidi ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini, kempen tersebut sebenarnya lebih menjurus kepada kempen kesedaran mengenai cara memperbaiki taraf hidup dan sistem ekonomi buat golongan penggiat seni terutamanya pelakon, kru produksi dan penggiat kreatif. "Saya mahu semua orang faham. Kami buat kempen ini (Switch Off'14) bukan bertujuan mahu menentang kerajaan. Kami buat kempen, bukan demonstrasi atau rusuhan. Apa yang kami mahukan ialah membawa perubahan bagi mengatasi kemelut berpanjangan yang melanda industri seni sejak 20 tahun dahulu. "Melalui Switch Off'14 juga, kami mahu usulkan 11 tuntutan kepada pihak menteri yang terbabit iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabeery Cheek. Dalam tuntutan itu, banyak yang kami perincikan dan jika diluluskan, itu semua juga adalah untuk kebaikan banyak pihak. "Seperti contoh, sebelum ini tidak wujud walau satu pun akta yang mempertahankan industri seni. Tiada akta yang mempertahankan drama televisyen. Apa yang ada hanyalah Akta Finas, itupun untuk filem, bukan drama. Begitu juga dengan para pekerja seni yang tidak mempunyai apa-apa akta bagi melindungi mereka. Sebab itu, kempen ini kami bangkitkan isu untuk mendesak kerajaan supaya mewujudkan akta industri seni kreatif," ujar Zed Zaidi dengan panjang lebar. Bagi menjayakan kempen yang berlangsung selama sehari pada 11 November itu nanti, penganjuran Switch Off'14 turut menyarankan supaya orang ramai mematikan siaran televisyen mereka selama tempoh tiga jam (dari pukul 8-11 malam). Saranan tersebut juga disifatkan sebagai langkah penjimatan elektrik. Sementara menunggu hari kempen berlangsung, Seniman turut mengambil langkah meraih sokongan daripada orang ramai melalui laman sosial. Ujar Zed Zaidi, pihak Seniman akan memuat naik pelbagai video yang berkaitan bagi mendapatkan sokongan padu daripada para penggiat seni sendiri dan juga orang ramai. "Secara tidak langsung langkah ini akan membantu memberi sokongan kepada kempen itu nanti. Mungkin salah satu caranya ialah dengan menukar gambar profil di akaun Facebook masing-masing dengan menggunakan logo Switch Off'14. Pihak kami (Seniman) juga, melihat cara itu sebagai platform dalam menyatukan anak seni di bawah satu bumbung perpaduan. "Saya sendiri sebagai Presiden Seniman menyokong tindakan Gafim yang menganjurkan kempen sebegini kerana ia merupakan salah satu jalan yang terbaik dalam meluahkan perasaan yang selama ini kami pendam sebagai penggiat seni. Apa-apa sahaja yang Gafim anjurkan, kami harus sokong kerana di situ baru nampak kami bersatu. Apa yang diperjuangkan Gafim, itu juga merupakan perjuangan bersama-sama dengan Seniman," ujar Zed Zaidi dengan lanjut. | ||
Posted: 03 Nov 2014 03:59 PM PST SKUAD Pahang bakal menerima ganjaran wang tunai daripada kerajaan negeri yang bernilai dua kali ganda daripada tahun sebelumnya ekoran kejayaan pasukan itu memenangi Piala Malaysia pada Sabtu lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jumlah itu sangat berbaloi dengan kejayaan mereka membawa pulang Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu. "Saya tidak mahu umumkan berapa, tetapi jumlahnya adalah 'double' daripada tahun sebelum ini. Saya rasa ganjaran tersebut sangat berbaloi untuk wira-wira Pahang. "Selain daripada wang tunai, kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk memberi beberapa insentif yang lain, cuma saya tak boleh umumkan di sini kerana mahu bersikap adil kepada semua," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan kepulangan wira-wira Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam. Pada tahun lalu, Adnan mengumumkan ganjaran wang tunai berjumlah RM30,000 kepada seluruh pemain, pegawai termasuk pasukan sokongan skuad Tok Gajah ekoran kejayaan mereka memenangi Piala Malaysia 2013. Menurut beliau, ganjaran tersebut akan diberikan kepada seluruh pasukan termasuklah pemain, pegawai dan pasukan sokongan. "Semua yang terlibat kita akan bagi termasuklah tukang buat air. Jumlah itu nanti kita akan umumkan tetapi yang pasti ganjaran ini kita akan berikan secepat mungkin," katanya. Musim ini, Pahang telah menjulang tiga trofi dalam saingan Liga Malaysia iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia. | ||
Kulinari Palestin taruhan Laila Posted: 03 Nov 2014 03:57 PM PST MEMILIKI rupa paras menarik, berkulit mulus, bermata biru dan berbibir menawan bukanlah penghalang kepada Laila el-Haddad untuk sama-sama berjuang menegakkan keadilan di negara tumpah darahnya, Palestin. Bagaimanapun, cara dan kaedah yang digunakan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu begitu berbeza dengan para pejuang di negara bergolak itu. Wanita berusia 46 tahun itu merupakan individu yang bertanggungjawab melaporkan berita mengenai keganasan tentera Israel terhadap rakyat Palestin ketika negara tersebut terputus hubungan pada tahun 2005 melalui laman web agensi berita Al-Jazeera dan The Guardian. Liputan meluas itu telah mendapat pujian daripada masyarakat dunia kerana keberanian Laila melaporkan kisah penderitaan rakyat negara tersebut walaupun nyawanya terancam. Tetamu Selain bertugas sebagai wartawan antara tahun 2003 hingga 2007, anak kelahiran Kuwait itu juga memiliki blog sendiri iaitu Gaza Mom sejak tahun 2004. Blog yang melaporkan kisah-kisah perjuangan rakyat Palestin itu telah memenangi beberapa anugerah. Antaranya ialah blog Asia Barat terbaik dalam anugerah Brass Crescent, mendominasi Anugerah Bloggies pada tahun 2007 dan terpilih sebagai Blog of the Day oleh www.BlogAwards.com. Empat tahun lalu, Laila berjaya menerbitkan buku pertamanya, Gaza Mom: Palestine, Politics, Parenting and Everything in Between yang diterbitkan oleh Just World Books. Walaupun kini Laila menetap di Amerika Syarikat (AS) dan seorang suri rumah yang sibuk, namun dia sangat aktif sebagai aktivis memperjuangkan Palestin. Baru-baru ini, Laila telah berkunjung ke Malaysia sebagai tetamu jemputan Festival Filem Kuala Lumpur-Palestin yang dianjurkan oleh Pertubuhan Viva Palestina Malaysia. Pada acara tersebut, wanita tinggi lampai dengan ketinggian 170 sentimeter ini telah melakukan demonstrasi masakan tradisi Palestin di restoran Picknic, Publika, Kuala Lumpur. Festival yang berlangsung selama dua hari itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia mengenai isu Palestin sambil mengutip dana untuk pembangunan negara tersebut. Walaupun Laila dilahirkan di Kuwait dan dibesarkan di Arab Saudi, namun dia tidak pernah sesekali melupakan asal usulnya. Anak kepada pasangan doktor itu, Dr. Moussa El-Haddad, 70, dan Dr. Maii El-Farra, 69, itu menjelaskan, bagi rakyat Palestin, berhijrah merupakan perkara normal kepada mereka sejak tahun 1948 selepas pelbagai sekatan dan tekanan rejim Israel. "Ibu bapa sering menasihati saya supaya jangan sesekali melupakan asal usul keluarga. "Mereka turut mengingatkan saya supaya sentiasa bersyukur kerana tidak merasai penderitaan yang dialami oleh penduduk di Gaza," kata graduan Universiti Duke sebelum menyambung pengajiannya ke Harvard Kennedy School of Government. Laila turut diberi biasiswa Clinton. Mengulas mengenai kerjaya sebagai wartawan, Laila memaklumkan bahawa ia merupakan kerjaya yang mulia kerana dapat melaporkan penderitaan rakyat Palestin. Walaupun ramai yang memilih kerjaya sebagai doktor untuk membantu mangsa kekejaman Israel, namun wartawan juga memainkan peranan penting. Sepanjang bertugas di Palestin, pelbagai kejadian telah berlaku kepada Laila. Antaranya terkandas selama 55 hari bersama anaknya di Kaherah, Mesir. "Suami saya, Dr. Yassine Daoud (pakar bedah mata) tinggal di AS kerana dia merupakan pelarian Palestin dan dibesarkan di kawasan perkhemahan. "Memandangkan dia seorang pelarian, dia tidak dibenarkan masuk ke Palestin. Jadi saya yang akan pulang ke sana," katanya. Diskriminasi Laila menambah, kejadian itu merupakan sebahagian daripada bentuk diskriminasi yang dilakukan oleh masyarakat Barat terhadap rakyat Palestin. Katanya, ia merupakan perkara lumrah yang perlu dilalui oleh rakyat Palestin yang bergelar pelarian. Ketika berkunjung ke negara ini, Laila sempat mempromosikan buku keduanya iaitu The Gaza Kitchen: A Palestinian Culinary Journey. Buku yang diterbitkan akhir tahun 2013 itu memaparkan keunikan masakan tradisional penduduk Gaza. Menurut Laila, buku masakan tersebut turut memaparkan kisah mengenai perubahan gaya masakan Mediterranean yang diamalkan oleh masyarakat di Palestin selepas mereka dihimpit masalah kekurangan makanan dan kemiskinan. "Bagi masyarakat Palestin, makanan boleh diibaratkan sebagai jambatan penghubung untuk mengeratkan silaturahim. Dianggarkan hampir 1.7 juta penduduk Gaza berjuang untuk mendapatkan sesuap makanan. Keadaan ini berlaku kerana pihak berkuasa Palestin terpaksa melakukan catuan terhadap bahan-bahan utama yang digunakan dalam masakan seperti tepung gandum dan minyak sayuran. Situasi ini berlaku sejak tahun 2007 apabila kumpulan perjuang Hamas berjaya menguasai wilayah Palestin. Ia menyebabkan Israel dan Mesir melakukan sekatan makanan ke atas Palestin. Antara makanan tradisional Palestin yang dipaparkan dalam buku tersebut ialah salad Gazan, salad Abo Safiya, zibdiyit gambari serta sotong sumbat bersama rempah ratus, kismis dan beras. "Masakan ruji masyarakat Palestin banyak menggunakan elemen pedas, masam dan berempah. "Ia disebabkan Gaza pernah menjadi pusat pelabuhan rempah ratus antara Asia dan Eropah suatu masa dahulu," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai faktor mendorongnya untuk menulis buku The Gaza Kitchen: A Palestinian Culinary Journey Laila memberitahu, ia bertitik tolak daripada keinginan untuk memaparkan sesuatu yang menarik di Gaza. Katanya, melalui buku berharga RM42 senaskhah itu, ia diharap dapat mengubah minda masyarakat dunia supaya tidak mengaitkan Palestin dengan kejadian pengeboman, pembunuhan dan politik semata-mata. "Saya berharap melalui buku ini, sekatan yang dikenakan Barat terhadap Palestin terutamanya berkaitan makanan dimansuhkan. "Saya juga menyimpan harapan suatu masa nanti, Palestin akan kembali aman dan aktiviti kulinari dapat diteruskan oleh wanita di sana," katanya penuh yakin. | ||
Chef Riz Pinang Shikin Maembong Esok Posted: 03 Nov 2014 02:58 AM PST | ||
Hattan Lakukan Solat Istikharah Sebelum Pilih Adel Posted: 03 Nov 2014 02:57 AM PST | ||
Pahang Juara Piala Malaysia, ERA FM Putar Lagu Siti Nurhaliza Sepanjang Hari Posted: 03 Nov 2014 02:55 AM PST | ||
Lisa Surihani Adakan Bengkel Sebelum Penggambaran Formula Kejayaan Posted: 03 Nov 2014 02:53 AM PST | ||
Azwan Tersingkir, Adel Diserap Masuk AF 2014 Posted: 03 Nov 2014 02:52 AM PST |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 ulasan:
Catat Ulasan