ads

Rabu, 26 November 2014

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


TERKINI - JOHAN RAJA LAWAK DAPAT ANAK PEREMPUAN

Posted: 25 Nov 2014 09:34 PM PST



Tahniah diucapkan buat Ozlyn, isteri kepada Johan Raja Lawak yang dikhabarkan sudah selamat melahirkan bayi perempuan. Waahhh... akhirnya dapat juga mereka anak perempuan setelah mempunyai tiga anak lelaki sebelum ini.

Apa yang menarik, baby terbaru mereka itu lahir seberat 4Kg dan ia menyamai berat anak sulung mereka yang ketika lahir juga seberat 4Kg.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BERSUNGGUH AJAR MENGAJI - RITA RUDAINI MAHU ANAKNYA JADI HAFIZ

Posted: 25 Nov 2014 08:55 PM PST



Bukan mudah menjadi ibu tunggal. Mereka bukan sekadar harus cari rezeki, malah hantar anak ke sekolah, mendidik dan mengajar mereka menjadi manusia yang berguna pada agama dan negara.

Meskipun selalu dilanda kontroversi, namun Rita Rudaini tetap tabah menghadapi segala dugaan. Apa yang penting, tanggungjawab terhadap anak-anak tetap dilaksanakan demi masa depan mereka.

Dan terkini, Rita telah berkongsi saat anak-anaknya belajar mengaji. Melalui caption yang ditulis, dia sayu melihat anak-anak suka mengaji, dan berharap agar Rayyan dan Arjuna boleh memimpin tangannya ke syurga.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

'MAYA DELAILA', NAMA ANAK KEDUA MEMEY SUHAIZA

Posted: 25 Nov 2014 08:20 PM PST



Meskipun baru mengandung empat bulan, namun Memey Suhaiza sudah mempunyai nama untuk anak kedua yang masih di dalam perutnya iaitu 'Maya Delaila'. Difahamkan, nama tersebut terilham dari nama perniagaan pakaiannya.

Bagaimanapun, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilannya itu. Tambah Memey, cuma anak sulungnya Mohamed Darwisz Hakim yang mula menunjukkan pelbagai ragam.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KES TELEFILEM BIOPIK SALOMA - WARIS TOMPEL GAGAL 'SAMAN'

Posted: 25 Nov 2014 02:38 PM PST



"Jika hendak saman malu, hanya individu yang dimalukan sahaja boleh mengeluarkan saman itu. Malangnya, dalam kes ini, individu berkenaan telah pun meninggal dunia.

"Biarpun AR Tompel itu adalah ayah saya, namun saya langsung tidak berhak ke atasnya," ujar pelakon dan penerbit Adlin Aman Ramlie yang juga anak seniman Allahyarham AR Tompel.

Ekoran kelonggaran undang-undang itu, keluarganya tidak dapat meneruskan kes saman terhadap produksi dan penerbit telefilem biopik, Saloma.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

JANGKITAN PARU-PARU - MUSTAPHA MAAROF DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Posted: 25 Nov 2014 02:07 PM PST



"Dah seminggu saya berasa sakit di bahagian dada, ingatkan sakit jantung tetapi selepas pemeriksaan saya tidak sangka ia berkaitan paru paru.

"Apabila sampai di pejabat saya pagi tadi, saya berasa sakit sangat dan susah untuk bernafas, jadi terlalu mengah.

"Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan dalam industri dan media," demikian kata seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof, 79, yang dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, petang semalam, akibat sakit paru-paru.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

15 GAMBAR - AKSI 'NEWBORN SHOOTING' ANAK ZAHID AF2

Posted: 25 Nov 2014 01:31 PM PST



Aksi 'newborn shooting' Zareef Nufael, anak zahid AF2 yang lahir 4 November lalu. Kesemua gambar ini telah dirakamkan oleh thephotolicious berkonsepkan 'papa work'.

Khabarnya, baby zahid memberikan kerjasama yang sangat baik sewaktu sessi photoshoot berlangsung.

Untuk info, majlis Aqiqah pula akan di langsungkan pada bulan Disember ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved