ads

Rabu, 26 November 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Peserta Guna Taktik Kotor Sertai Pertandingan 'Berposing Ala Mawar Fizo'

Posted: 26 Nov 2014 07:43 PM PST


Fizo dan isterinya Mawar menerima ribuan penyertaan pertandingan Berposing Ala Mawar Fizo
PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar menjelaskan penambahan beberapa syarat bagi mencari pemenang pertandingan Berposing Ala Mawar Fizo yang berlangsung sejak dua bulan lalu sebagai langkah berlaku adil kepada semua peserta.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, perkara tersebut dilakukan selepas mengenal pasti terdapat peserta yang menggunakan taktik kotor bagi memenangi pertandingan tersebut dengan jalan mudah.

"Pada asalnya kami memang buat peraduan ini secara santai sahaja dan tidak menjangkakan akan menerima beribu-ribu penyertaan sehingga membuatkan kami terpaksa menambah syarat tertentu supaya pemenang yang dipilih adalah benar-benar layak.

"Kami dapat tahu ada yang menggunakan cara kotor dan tidak sihat apabila mereka menetapkan akaun facebook mereka secara auto like membuatkan gambar tersebut mendapat like secara automatik. Ia tidak adil kepada peserta lain yang menyertainya," ujar Fizo ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tentang segelintir peserta yang tidak berpuas hati dengan perubahan dan penambahan syarat-syarat yang ditetapkan bagi memenangi pertandingan itu.
Perubahan syarat yang dikemaskini melalui laman facebook Fareeda pada Selasa.
Komen daripada peserta yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak Fareeda yang sering membuat perubahan syarat.

Segelintir peserta turut menganggap pertandingan yang dianjurkan oleh jenama tudung terkenal Fareeda itu tidak profesional.

Dalam pada itu, Fizo berkata, peraduan tersebut pada asalnya dikira melalui jumlahlike terbanyak yang diterima untuk gambarBerposing Ala Mawar Fizo.

Jelasnya, pemenang akan dipilih daripada 25 peserta akhir di majlis kemuncak yang akan diadakan di butik Fareeda di Bangi, 30 November ini.

"Pada asalnya ia memang dikira berdasarkan jumlah like pada gambar terbanyak, namun kami tambah beberapa syarat lagi iaitu 25 peserta senarai pendek akan diuji sekali lagi di majlis yang diadakan di butik Fareeda di Seksyen 9, Bangi pada Ahad ini.

"Mereka perlu mengkaji tentang latar belakang saya, Mawar dan Fareeda. Saya pasti pemenang yang dipilih itu nanti merupakan yang benar-benar layak kerana mereka akan dinilai oleh beberapa selebriti tempatan," ujarnya.

Sementara itu, Fizo mengakui terharu dengan usaha peserta yang sanggup memberi aksi terbaik bagi memenangi peraduan tersebut.

Katanya, ada segelintir sanggup meminta kebenaran untuk bergambar di hadapan rumahnya kerana pertandingan itu.

"Saya perlu berlaku adil kerana ada peserta yang benar-benar berusaha untuk beri posingterbaik. Ada yang sanggup mencari kuda, bergambar dengan menara condong di Teluk Intan semata-mata meniru gaya saya di Menara Condong Pisa di Itali.

"Ada juga yang meminta kebenaran pengawal keselamatan untuk bergambar depan rumah saya," ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Fizo, tiga pemenang bakal membawa wang tunai sebanyak RM30,000 dan tudung Fareeda.

Melissa Saila Tidak Tahu Perkembangan Isu Telefilem Saloma

Posted: 26 Nov 2014 07:41 PM PST


Semangat Melissa untuk terus menghasilkan karya berbentuk biografi tidak pernah pudar.
PETALING JAYA:Pelakon dan pengarah Melissa Saila berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai perkembangan terbaharu isu penayangan telefilem biografi Saloma yang mendapat bantahan waris keluarga Allahyarham AR Tompel baru-baru ini.

Melissa berkata, dia juga tidak menerima sebarang surat daripada peguam keluarga waris allahyarham berhubung perkara itu selain tidak pernah berhubung dengan mana-mana ahli keluarga AR Tompel bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya sendiri tidak tahu apa lanjutan kes berkenaan malah saya juga tidak mendapat surat atau panggilan daripada mana-mana pihak keluarga waris berhubung isu tersebut.

"Apa yang saya tahu surat daripada peguam itu diserahkan kepada pihak Astro jadi saya tidak boleh ulas lanjut," ujarnya kepada mStar Online.

Terdahulu pada 9 Oktober lalu, waris keluarga AR Tompel yang diketuai oleh Adlin Aman Ramlie mengadakan sidang media bagi menyuarakan bantahan terhadap pihak Astro agar tidak terus menayangkan filem berkenaan menerusi saluran Astro First kerana karya itu dikatakan ditokok tambah dan tidak menggambarkan sifat sebenar Allahyarham.
Azhan Rani memegang watak sebagai AR Tompel dan Nabila Huda sebagai Saloma.

Dalam pada itu, Melissa memberitahu, isu berkenaan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menghasilkan karya berbentuk biografi sebaliknya merancang untuk menghasilkan sebuah filem dari genre sama.

Bagaimanapun kata Melissa, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan dia akan mengumumkan sekiranya perancangan tersebut menjadi realiti.

"Untuk Saloma saya sudah melunaskan tanggungjawab saya dengan baik dan produk akhir pun sudah ditayangkan jadi selebihnya saya tidak mahu komen.

"Isu berkenaan tidak pernah melemahkan semangat saya malah berhasrat untuk mengarahkan sebuah filem dengan figura lain tetapi ia masih dalam peringkat pembangunan idea," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan ibunya, Seniwati Mariani Ismail, Melissa memberitahu keadaan wanita berkenaan beransur pulih sejak dimasukkan ke hospital pada 5 November lalu akibat mengalami komplikasi pada bahagian usus.

Kata Melissa, ibunya itu turut mencuba rawatan alternatif bagi mengubati penyakitnya itu selain melakukan pemeriksaan di hospital.

"Alhamdulillah Mummy seorang yang kuat semangat dan dia kini semakin pulih malah kami baharu sahaja menjalani sesi fotografi bersama-sama.

"Dia sudah terbiasa dengan kehidupan aktif dan sentiasa ceria jadi proses pemulihan itu berlaku dengan cepat," katanya.

Jurey Harap Tidak Digam Stesen TV Kerana Kelantangan Suara

Posted: 26 Nov 2014 07:40 PM PST


Jurey Latiff
KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berharap namanya tidak disenarai hitam oleh stesen televisyen kerana kelantangannya memerjuangkan isu pengggiat seni termasuklah menganjurkan kempenSwitch Off'14.
Jurey berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk membantu industri seni yang dilihat semakin nazak sejak akhir-akhir ini dan dia berharap agar pihak stesen televisyen berlaku adil dan bersifat terbuka dalam menangani masalah tersebut khususnya dalam usaha menaikkan bayaran terhadap produk-produk drama tempatan.

"Saya sentiasa berasa diri ini sebagai suara kepada industri dan menjadi tanggungjawab saya sebagai presiden gafim menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit.

"Diharap mereka tidak menyifatkan ia sebagai isu peribadi dan saya memohon agar semua pihak berlaku adil kepada saya yang hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab," katanya kepada mStar Online.
Jurey ditemui selepas mengadakan mesyuarat bagi membincangkan cadangan-cadangan yang diberikan menerusi memorandum Switch Off'14 bersama 14 persatuan lain di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini pada Rabu.

Tambah Jurey yang juga merupakan pengerusi kempen tersebut, dia sudah lama bersedia dengan segala risiko dan kemungkinan yang bakal berlaku pada dirinya selepas memperjuangkan hak-hak penggiat seni negara.

"Saya tak pasti sama ada nama saya sudah, belum atau bakal digam oleh mereka kerana setakat ini saya belum menghantar sebarang kertas cadangan pada mana-mana stesen televisyen berikutan mahu memberi fokus terhadap masalah industri kita ini.

"Apa-apapun saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Cuma kalau boleh, janganlah kerana perkara ini mereka mahu membunuh kerjaya saya," ujarnya.

Sementara itu, Jurey bersyukur apabila pihak Finas turut memandang serius dengan masalah industri lebih-lebih lagi selepas Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberi perhatian mengenai kempen Switch Off'14.

Antara 11 permintaan yang terkandung dalam resolusi kempen Switch Off'14  termasuklah mewujudkan Akta Industri Kandungan Kreatif, menaikkan kadar harga dan menyelaraskan belian kandungan di stesen-stesen televisyen, pengagihan slot televisyen yang lebih adil dengan menekankan 70 peratus kandungan tempatan dan Penguatkuasaan polisi Made In Malaysia (MIM) dan Puducitra.

Gabungan kempen berkenaan terdiri daripada 10 persatuan penggiat seni tempatan dan keanggotaannya termasuklah pelakon, kumpulan krew penerbitan dan pengiklanan.

Bernard Chauly Tinjau Lokasi Filem Di Turki Tanpa Pemandu Pelancong

Posted: 26 Nov 2014 07:38 PM PST


Bernard Chauly
KUALA LUMPUR: Pengarah filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) Bernard Chauly meninjau sendiri lokasi penggamabran filem itu di Cappadocia, Turki tanpa bantuan pemandu pelancong sebelum penggambaran filem itu bermula pada awal tahun lalu.

Bernard berkata, dia sengaja berbuat demikian bagi merasai sendiri cabaran berada di negara  tersebut sebelum membawa masuk kru produksi untuk melakukan penggambaran di lokasi-lokasi yang dipilih.

"Saya memberanikan diri berada di tempat yang tidak pernah saya pergi dengan menyewa sebuah kereta dan memandu lebih 2,500 kilometer dalam masa seminggu.

"Bermula dari Cappadocia ke Anatolia sehingga ke Pamukkale dan kemudian berakhir di EFes dan Izmir berdekatan lautan Aegean. Mujurlah saya tak sesat," katanya kepada mStar Online.
Tambah Bernard, dia mencari lokasi yang bukan menjadi perhatian pelancong agar memperoleh sinematografi terbaik terhadap karyanya itu.
Salah satu babak MCDC di Turki.

Mengenai MCDC, ia sebuah filem yang diadaptasi daripada novel Manisnya Cinta tulisan Anis Anisa.

Kata Bernard agak sukar untuk dia mengekalkan keaslian jalan cerita novel berkenaan ke dalam sebuah filem berdurasi sejam setengah itu.

Bagaimanapun dia bertuah kerana memiliki seorang penulis skrip yang berkaliber seperti Rafidah Abdullah yang memudahkan tugas pengarahannya karya berkenaan.

"Kalau nak diikutkan semua babak penting dalam novel itu mahu dimuatkn dalam MCDC, tetapi ia tidak mungkin akan berlaku. Maka saya, Rafidah dan Anis Ayuni berbincang mendapatkan kata sepakat bagi memuatkan mana-mana babak yang sesuai selain mengekalkan watak utama pada jalan cerita.

"Selain itu, babak romantik yang sepatutnya berlaku di Kaherah, Mesir juga diubah iaitu di  Cappadocia dan Anatolia. Lagipun selepas menghasilkan filem Istanbul Aku Datang di Istanbul, saya memang dah berniat ingin melakukan penggambaran sekali lagi di negara yang penuh dengan sejarah itu," ujarnya.

Filem terbitan bersama Astro Shaw, Redfilms dan Global Stations itu mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Ifti Liyana (Fazura) yang tidak pernah mengharapkan kasih sayang daripada seorang lelaki.

Pertemuan Ifti dengan Nazmi (Shaheizy Sam) telah membuatkan hatinya terbuka semula untuk berkasih apatah lagi Nazmi turut yakin, Ifti adalah wanita yang dicari-carinya selama ini untuk dijadikan isteri.

Antara pelakon lain yang turut terlibat termasuklah Faizal Hussein, Josiah Hogan, Lisa Surihani, Eja, Zaibo dan Fauziah Ahmad Daud.

MCDC bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 11 Disember ini.

UPSR: Cacat Pendengaran Tidak Halang Izzatul Cemerlang

Posted: 26 Nov 2014 07:37 PM PST


IPOH: Kecacatan pendengaran yang dialami Izzatul Husna Mohd Jaffri, 12, sejak lahir tidak menghalangnya untuk berjaya menjadi murid pertama memperolehi 1A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh, selepas 12 tahun.
Pelajar perempuan sekolah itu membuktikan, dia juga mampu untuk mencipta kejayaan seperti rakan-rakan normal lain asalkan ada kesungguhan dan kegigihan.
Izzatul Husna yang bercita-cita mahu menjadi seorang guru mencatatkan 1A bagi subjek Bahasa Melayu (penulisan), B bagi Matematik, Sains dan Bahasa Melayu (Pemahaman) serta C bagi subjek Bahasa Inggeris.
Guru Bahasa Melayu, Ahaniza Jaafar yang bercakap bagi pihak Izzatul berkata kekurangan yang ada pada anak muridnya menjadi faktor untuk berusaha lebih gigih berbanding orang lain.
"Saya ingin buktikan orang kurang upaya (OKU) juga boleh berjaya. Di sekolah ada program-program tahun enam, di samping membentuk latihan bersama program yang boleh membantu meningkatkan pencapaian murid," katanya.
"Selalu berdoa kepada Allah supaya berjaya, berbuat baik dan sokongan daripada keluarga menjadikan kejayaan kepada apa yang saya capai hari ini.
Malah berasa bangga dan gembira apabila menjadi murid pertama memecah rekod mendapat A di sekolah," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan peperiksaan UPSR 2014 di sini, Rabu.
Ibu beliau, Marhamah Embon, 50, ketika ditemui pula berkata anak ketiga daripada lima beradik itu adalah seorang anak yang rajin mengulang kaji pelajaran.
"Seorang anak yang baik dan suka mengulang kaji pelajaran. Walaupun pada kes bocor kertas UPSR, tetapi atas dorongan guru besar dan guru-guru lain memberi semangat kepada Izzatul untuk terus belajar," katanya sambil menambah kakak dan adik bongsu Izzatul Husna juga cacat pendengaran sejak lahir.
Sementara itu, Zainab Karmilawati Karim, 12, murid Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta, di sini yang berasal dari perkampungan Orang Asli Kampung Bukit Serok, Pahang, berazam untuk menjadi insan yang cemerlang dan dia yakin ia boleh dicapai melalui pendidikan.
Zainab yang bercita-cita menjadi seorang doktor haiwan berkata beliau menyedari kepentingan pendidikan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Menurut beliau yang agak kecewa apabila berlakunya kebocoran kertas peperiksaan UPSR pada Sept lepas, berkata ia bukan penghalang untuk dia terus berusaha untuk memperoleh 5A dalam UPSR.
"Masa itu saya tertekan sangat tapi atas dorongan guru dan ibu bapa, saya teruskan juga dengan membuat latihan dengan banyak," katanya yang tinggal bersama keluarganya di Kem Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.
Terdahulu, Pengarah Pendidikan Negeri Mohd Idris Ramli mengumumkan sebanyak 2,847 atau 7.6 peratus daripada 37,479 murid yang menduduki UPSR di negeri ini lulus cemerlang dengan memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini.
Beliau berkata peratusan calon yang mencapai keputusan cemerlang itu bagaimanapun mengalami sedikit penurunan berbanding 8.49 peratus tahun lepas.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved