ads

Selasa, 25 November 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Chacha Maembong Tidak Sedar Aksi Mesra Dirakamkan Kamera

Posted: 25 Nov 2014 10:29 PM PST


Chacha Maembong
PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong memberitahu aksi mesra yang disaksikan penonton ketika program Maharaja Lawak 2014 pada 21 November lalu tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kebahagiaanya di khalayak.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia langsung tidak menyedari kemesraan antara dia dan teman lelakinya itu dirakam kamera.

"Saya tiada niat pun mahu menunjuk-nunjuk aksi mesra itu. Saya pun tidak perasan yang kami dirakam kamera pada acara itu.

"Kalau tengok betul-betul pun kami tidaklah terlalu rapat sehingga nampak seperti berbaring seperti diperkatakan di sebuah portal hiburan," ujarnya kepada mStar Onlinepada Selasa.

mStar Default Image
Antara aksi-aksi Chacha yang dirakamkan dan menjadi isu.

Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas aksi mesranya bersama teman lelaki yang dirakamkan kamera apabila duduk di belakang juri tetap Taufik Batisah ketika siaran langsung program Maharaja Lawak 2014 pada 17 November lalu.

Tambah Chacha, ketika aksi tersebut dirakamkan dia sedang bercakap dengan pemuda tersebut ketika keadaan dalam dewan agak bising.

"Orang ramai nampak saya rapat kerana ketika itu saya ingin bercakap sesuatu kepada dia dan keadaan pula terlalu bising. Biasa la orang luar kalau nampak kita rapat sikit mula bercakap yang bukan-bukan," ujarnya.

Sementara itu, Chacha berkata, dia baharu tiga bulan mengenai pemuda tersebut dan masih dalam peringkat untuk saling kenal mengenali.

Tiada Cemburu Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait

Posted: 25 Nov 2014 10:27 PM PST


Aksi mesra Fathia dan Fattah Amin dilakonkan dengan profesional. 
KUWAIT CITY: Adegan romantik dan berpelukan yang dilakokan oleh Fathia Latiff dan Fattah Amin dalam Bencinta tidak menjadi penghalang walaupun kedua-duanya mempunyai pasangan kekasih.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 27, berkata, soal cemburu kekasihnya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza tidak timbul kerana pemuda itu juga seorang pelakon.

"Apabila di set penggambaran, saya akan menjadi seorang yang profesional kerana dalam sesebuah drama, sudah tentu banyak adegan peluk," katanya kepada mStar Online. 
Fathia ditemui ketika sesi penggambaran drama Bencinta terbitan Zeel Production arahan Shuhaimi Lua Abdullah yang dilakukan di Kuwait.
mStar Default Image
Salah satu adegan dimana Nabil (Fattah) bertemu dengan Nabila (Fathia) meluahkan rasa cinta.

Penggambaran di negara teluk itu dilakukan bermula 16 November lalu dan dijangka berkahir pada Khamis ini.

Selain Fathia dan Fattah, pelakon baharu dari Singapura iaitu Erwin Dawson dan Abdul Rahman Suhud yang berasal dari Iraq turut terlibat.

Dalam pada itu Fathia berkata, sebagai seorang artis, sikap professional seseorang amat penting untuk menghayati watak.

Malah adegan peluk di antara dia dan Fattah dilakukan selepas mereka berbincang dan membuat latihan terlebih dahulu sebelum diminta untuk beraksi di hadapan kamera.
"Kami berbincang dahulu apakah dialog-dialog yang dirasakan sesuai sebelum diminta beraksi. Insya-Allah, kami faham tugas dan peranan masing-masing," katanya.
mStar Default Image
Fathia bersama pelakon baharu, Erwin Dawson (kanan)

Sementara itu Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Amin, 24, berkata, kekasihnya iaitu aktres Sherry Ibrahim tidak pernah mempersoalkan adegan-adegan peluk yang terpaksa dilakonkan.

Malah bagi Fattah apabila tiba pada peringkat diperlukan untuk melakukan perkara sedemikian, dia bersedia melakonkannya asalkan adegan itu tidak keterlaluan ataupun melampaui batas.

"Saya dan Fathia amat profesional dalam melakonkan watak masing-masing. Saya pun percaya produser dan pengarah pun tahu apa yang mereka mahukan," jelasnya yang turuit memberitahu Sherry juga memahami situasi berkenaan.

Berkongsi pengalaman melakukan penggambaran Bencinta di Kuwait pula Fathia berkata, ia merupakan drama kelimanya yang dilakonkan di luar negara selepas Indonesia, London, Paris dan Turki.

mStar Default Image


Peluang itu katanya amat menarik kerana seseorang pelakon dapat merasai banyak pengalaman termasuklah dari segi budaya, stail dan sikap seseorang.

"Ini merupakan kali pertama saya menyertai penggambaran di negara Arab dan ia amat menarik kerana saya juga berdarah keturunan Arab iaitu sebelah emak. 
"Apabila sampai di sini, ada juga orang yang bertanya adakah saya ini orang Arab atau sebaliknya dan saya beritahu mereka saya orang Malaysia yang berdarah Arab," katanya.
Jelas Fathia, sepanjang berada di Kuwait, dia benar-benar menimati keindahan negara itu terutamanya makanan Arab selain berbelanja membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang sebagai cenderamata.
mStar Default Image
Salah satu lokasi menarik di Kuwait City.

Tidak lupa hadiah untuk Aiman Hakim iaitu jubah dan minyak atar turut dibelinya untuk kenang-kenangan.

Dalam pada itu bagi Fattah, penggambaran di luar negara banyak menguji kesabaran seseorang pelakon sekiranya berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak diduga.

Bagaimapaun dia berpuas hati kerana pelakon dan kru drama berkenaan dapat memberikan komitmen yang baik menyebabkan penggambaran berjalan tanpa masalah. 
Apa yang menarik kata Fatah, drama Bencinta  itu memberikan sisi berbeza dalam kerjaya lakonannya apabila diminta melakonkan watak jahat.
"Kalau sebelum ini saya banyak melakonkan adegan-adegan cinta tetapi kali ini watak saya agak berbeza apabila mempuyai sifat dendam yang tinggi terhadap bapa angkat yang memelihara saja sejak kecil," katanya.
mStar Default Image
Fathia sempat berjalan-jalan di pusat tumpuan pelancong yang dikenali sebagai Mubarakiya.
Ditanya apakah buah tangan dibelinya sepanjang berada di Kuwiat ini Fattah memberitahu, dia tidak banyak berbelanja sebaliknya membeli jubah untuk ibu dan juga minyak atar buat kekasihnya, Sherry. 
Bencinta mengisahkah bagaimana seorang pemuda bernama Nabil (Fattah) yang mempunyai perasaan dendam terhadap Datuk Majid (Eizlan Yusof) apabila usahawan itu telah melanggar ibunya.

Datuk Majid yang simpati dengan nasib Nabil kerana statusnya sebagai anak yatim piatu mengambil pendektakan menjadikannya sebagai anak angkat dan memeliharanya sehingga dewasa. 
Sikap Nabil yang memberontak kerana rasa marah tidak kesudahan itu turut menimbulkan masalah dalam keluarga bekenaan. Namun dia mempunyai perasaan cinta terhadap Nabila (Fathia) iaitu adik angkatnya yang juga anak Datuk Majid.
mStar Default Image
Antara kru produksi yang terlibat dalam penggambaran Bencinta di Kuwait.

Ketika Fathia menyambung pelajaran di Kuwait, dia telah bertemu dengan pemuda beranma Adam (Erwin Dawson) namun hubungan mereka itu dihalang oleh Nabil yang sememangnya mempunyai perasaan terhadap Nabila dan sanggup ke negara itu untuk menemuinya.

Bencinta dijangka disiarkan menerusi slot Samarinda (TV3) pada Januari atau Februari 2015.

Penggambaran Dapat Tajaan - Fadzil Teh

Produser Zeel Production, Fadzil Teh yang gemar memilih lokasi luar negara untuk melakukan penggambaran drama-drama terbitan syarikatnya berkata, pemilihan lokasi luar adalah bertujuan menunjukkan suasana berbeza dalam karya-karya tertentu.

Katanya, tidak ada syarikat produksi drama yang melakukan penggambaran di negara berkenaan dan pemilihan lokasi itu tentunya akan memberi kelainan kepada drama 15 episod itu.

mStar Default Image
Produser Zeel Productions, Fadzil Teh (kiri) berkata sesuatu kepada Erwin Dowson.

"Kami memilih Kuwait untuk menyuntik elemen baharu dalam drama-drama Zeel Produsctions selain tujuan kami untuk meluasklan pandangan dengan melihat tempat orang," katanya.

Dalam pada itu jelas Fadzil, setiap produser juga harus menurut skrip yang ditulis agar karya berkenaan benar-benar dekat dengan hati penonton.

Malah lebih menarik pihaknya mendapat tajaan tertentu daripada agensi pelancongan ataupun pihak-pihak swasta yang ingin mempromosikan produk mereka di negara yang dikunjungi.

Selain Bencinta drama-drama Zeel Productions lain yang menjalani penggambaran di luar negara antaranya Atas Nama Cinta (Perth, Australia), Rindu Bertamu Di Abu Dhabi (Abu Dhabi, UAE), Cinta Agra (Agra, India) dan Kiah Pi Jepun (Jepun).

Tiz Zaqyah Tidak Rasa Tergugat Kemunculan Pelakon Baharu

Posted: 25 Nov 2014 10:25 PM PST


Tiz Zaqyah
PETALING JAYA: Pelakon Tiz Zaqyah menyifatkan kehadiran pelakon-pelakon baharu dalam drama-drama televisyen tidak pernah menggugat rezekinya di bidang seni.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 26, berkata, walaupun dia dilihat jarang muncul di televisyen, ia tidak sedikitpun membuatkan dia resah atau berasa dipinggirkan.

"Dari dulu lagi saya berlakon kerana minat dan ikhlas melakukannya. Tidak pernah terdetik pun mahu bersaing dengan sesiapa.

"Apatah lagi saya mahu rasa diri tergugat kerana lambakan pelakon baru. Saya yakin, setiap pelakon mempunyai keaslian lakonan masing-masing tanpa perlu bersaing," katanya kepada mStar Online.

Tambah Tiz, kehadiran pelakon-pelakon baru juga akan memberi warna dalam memeriahkan lagi industri lakonan tempatan.

Sementara itu, Tiz berkata, dia juga kini sibuk menguruskan syarikatnya iaitu KL Calling yang menganjurkan aktiviti-aktiviti belia.

Beritahu Tiz, sejak menganjurkan pelbagai program, dia berasa aktiviti seperti itu dapat membuatkan dia 'melarikan diri' seketika sebagai seorang selebriti dan dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa.

"Sebenarnya saya rindu sangat mahu menjalani kehidupan jauh dari dunia glamor.

"Apabila menjadi penganjur bagi acara-acara belia, ia membuatkan saya menjadi seperti orang biasa. Apatah lagi sebahagian pulangan daripada acara yang dianjurkan itu akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan. Rasa seronok pula.

"Tetapi, tidak bermakna saya sudah bosan dengan dunia lakonan pula," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tiz bakal muncul menerusi drama misteri Seludup, arahan Jehan Miskin bermula 4 Disember depan.

Ia akan keudara setiap Khamis, pukul 9.30 malam di saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

Antara pelakon yang turut terlibat termasuklah Pekin, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri.

Artis Baharu, Didi Astillah Mula Dikritik Peminat

Posted: 25 Nov 2014 10:23 PM PST


Didi Astillah
PETALING JAYA: Penyanyi remaja Didi Astillah mula merasai kehangatan sebagai seorang selebriti apabila gerak-gerinya menjadi sasaran dikritik peminat menerusi laman sosial.

Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 18, berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai suatu isu besar sebaliknya mengambil kritikan dan peminat untuk memperbaiki kelemahan diri.

"Ada diantara pengikut di laman sosial mula menegur cara saya berpakaian, lagu mahupun cara nyanyian namun saya positif dan cuba memperbaiki diri daripada teguran mereka.

"Bagaimanapun ada juga kata-kata semangat diberikan kepada saya," katanya kepada mStar Online.

Didi ditemui pada majlis pelancaran album debutnya berjudul 'Didi Astillah' yang diadakan di pejabat Warner Music di sini pada Selasa.

Album pertama penyanyi tersebut menampilkan enam buah lagu iaitu Pujaan Hatiku, La la la, Aku Jatuh Cinta, Fikirkan Kamu, BFF Ku, Stop Mencintaiku dan sebuah lagu berbahasa Inggeris, I Love You So.
Didi Astillah

Tambah Didi yang mempunyai pengikut kira-kira 100,000 di Instagram berkata, ibunya sentiasa menjadi peneman kemana-mana yang antara lain menjadi penyebab dia tidak terlalu terdedah dengan anasir negatif.

"Kalau ikutkan… saya dari dahulu lagi bukan jenis gadis sosial dan hanya keluar dengan teman-teman rapat sahaja.

"Saya selesa ibu sentiasa menemani saya ke mana sahaja kerana dia boleh menegur jika saya ada melakukan kesilapan," ujarnya.

Dalam pada itu, Didi bersyukur kehadirannya sebagai penyanyi semakin diterima baik oleh peminat dan berharap kemunculan album pertamanya itu dapat mengukuhkan lagi namanya.

Jelas Didi, dia memilih konsep Pop Dance kerana ia bersesuaian dengan usianya yang masih remaja selain genre muzik itu masih belum banyak dipelopor oleh artis lain.

"Saya juga sangat bertuah kerana album ini turut mendapat sentuhan daripada duo komposer dan penulia lirik terkenal iaitu LY dan Baiduri yang menghasilkan tiga buah lagu dalam album ini.

"Selain itu pihak Warner juga mendapatkan tiga lagu buah lagu ciptaan komposer Indonesia iaitu Posan yang pernah mencipta lagu Sayang nyanyian Shae," katanya.

Mengenai albumnya itu, Didi memberitahu dia merakamkannya pada bulan Ramadan tahun lalu sebelum berehat untuk memberikan tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Penyanyi Rap Sejati Mampu Tulis Karya Sendiri - Altimet

Posted: 25 Nov 2014 10:21 PM PST


Altimet bersama Wakil Kartel Record, David Tee (kiri), Pengarah Urusan Sony Music, Julius Ng dan Pengurus Besar Sony Music, Hermen Cheng.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Altimet menganggap seorang penyanyi rap sejati akan menjadi diri sendiri dan mampu menulis lirik tanpa menyanyikan karya yang ditulis oleh orang lain.

Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 36, berkata, semua lirik yang dilontarkan oleh penyanyi rap adalah melalui hati dan mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadi mereka.

"Pada saya penyanyi rap yang sebenar adalah yang menulis sendiri lirik tersebut dan bukan menyanyikan lirik yang dibuat oleh penulis lirik lain.

"Penyanyi rap perlu menjadi diri sendiri dan berkarya melalui hati dan kehidupan seharian yang kita lalui," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media video muzik Belantara Konkrit, di pejabat Sony Music, di sini, Selasa.

Altimet berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemunculan penyanyi-penyanyi rap baharu dalam industri muzik tempatan dengan menyanyikan lagu ciptaan komposer dan penulis lirik lain.

Altimet

Sementara itu katanya, tiada sebarang program realiti yang mampu melahirkan seseorang penyanyi rap.

Ujarnya, kradibiliti seorang penyanyi rap itu boleh diragui sama ada mereka benar-benar menyanyi daripada jiwa atau sekadar mencuba nasib untuk berada dalam industri seni.

"Kita lihat Joe Flizzow dalam program Mentor dahulu pun tidak mengambil protegenya untuk menjadi seorang penyanyi rap kerana dia tahu ia tidak boleh dicari melalui program realiti seperti itu.

"Kita dapat kenal siapa yang benar-benar penyanyi rap atau yang sekadar suka-suka sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang singleterbaharunya berjudul Belantara Konkritbersama Salam dan Aman-RA, Altimet berkata, dia mencipta lagu tersebut berdasarkan pandangannya terhadap kota raya yang semakin dipenuhi dengan bangunan.

Video muzik Belantara Konkrit ini juga mengisahkan tentang perihal Kuala Lumpur yang sentiasa mempunyai permasalahan isu semasa.

"Pada suatu malam semasa saya sedang memandu di sekitar Kuala Lumpur, tiba-tiba terdetik frasa hutan bangunan di benak fikiran.

"Sebagai anak jati Kuala Lumpur, saya rasa terpanggil untuk menceritakan kisahnya dalam lagu," ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Sony Music, Julius Ng dan Wakil Kartel Record, David Tee.

MH370: Sampai Bila Nak Digantung Tak Bertali?

Posted: 25 Nov 2014 10:18 PM PST


Khairul Anwar Rahmat.
PETALING JAYA: Ketiadaan sijil kematian susulan status pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masih belum dimuktamadkan sehingga kini bukan sahaja menyukarkan proses pernikahan suami salah seorang penumpang pesawat malang itu, malah beberapa waris lain turut berhadapan pelbagai masalah lain sejak tragedi itu berlaku 8 Mac lalu.
Beberapa waris penumpang pesawat yang hilang itu turut mengadu menghadapi beberapa kesukaran dalam menyelesaikan pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit milik mangsa.
Aduan tersebut disampaikan kepada Pertubuhan Sukarela Peguam Malaysia (SukaGuam) yang dalam dilema mengenai apa yang patut dilakukan mengenai status pesawat yang masih 'tergantung tidak bertali' itu.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, beberapa waris telah menemuinya untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan
yang dihadapi.
"Mereka datang mengadu masalah pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit milik mangsa. Buat masa ini, mereka hanya dapatkan khidmat nasihat daripada kami," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak menerima sebarang permintaan daripada waris yang mahu kes tersebut dibawa ke mahkamah.

"Setakat ini belum ada waris yang mahu membawa kes ini ke peringkat pemfailan. Sekarang, hanya di peringkat khidmat nasihat sahaja," katanya.
Bagaimanapun, Khairul berkata, beliau sedia membantu sekiranya ada waris yang mahukan bantuan guaman bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.
"Insya-Allah kalau mereka datang kami sedia membantu, jika ada waris yang mahu mendapatkan bantuan guaman," katanya.
Khairul yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Johor berkata, beliau akan mengetengahkan isu status MH370 ketika membahaskan ucapan Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis ini.
"Insya-Allah, perkara ini akan dibahaskan pada Khamis ini. Kita mahu status pesawat tersebut dimuktamadkan dengan segera agar waris dapat meneruskan kehidupan masing-masing," katanya.
Beliau berkata, keputusan untuk memuktamadkan status pesawat tersebut perlu dibuat dengan mengambil kira pandangan terkini daripada Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat pakar yang boleh mengesahkan pencarian tersebut sudah berakhir.
"Kerajaan juga perlu ambil kira hasil analisis teknologi satelit yang mengatakan pencarian sudah muktamad supaya suatu tempoh yang munasabah ditetapkan dalam mengisytiharkan status pesawat itu. Tidak perlu tunggu tempoh empat atau tujuh tahun untuk mengesahkan kematian," katanya.
Jelas beliau, sekiranya terdapat alasan kukuh yang menyokong kepada keputusan tersebut, sijil kematian bolehlah dikeluarkan dengan segera bagi memudahkan proses tuntutan insurans dan pampasan kepada waris mangsa.

Kuda Terbang Di Langit Jeddah

Posted: 25 Nov 2014 09:48 PM PST

Kanak-Kanak Berusia Dua Tahun Ditendang, Pijak Oleh Pengasuh

Posted: 25 Nov 2014 04:27 PM PST



SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dibaling ke lantai sebelum dipukul, dipijak dan ditendang oleh pengasuhnya.

Bagaimana pun tindakan Jolly Tumuhiirwe,22, yang menyiksa Aneela Kamanzi kerana muntah selepas makan malam dirakam melalui kamera tersembunyi di ruang tamu rumah keluarga Kamanzi.

Sebelum itu, rakaman turut memaparkan Tumuhiirwe memukul muka Aneela ketika menyuap makanan.

Bapa Aneela, Erick Kamanzi melihat rakaman itu selepas mendapati kesan lebam di badan anaknya.

Berang dengan kelakuan Tumuhiirwe itu, lelaki tersebut memukulnya sehingga mendatangkan kecederaan serius.
Pengasuh itu membuat laporan polis menyebabkan Kamanzi ditahan.

Namun selepas dia menunjukkan rakaman penderaan itu kepada polis, tuduhan terhadap Kamanzi yang bekerja di sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Kampala digugurkan.

Tumuhiirwe yang bekerja di rumah itu lebih kurang tiga bulan ditahan dan didakwa di bawah Akta Anti-Keseksaan Uganda di Mahkamah Nakawa pada 8 Disember ini.
Dia kini dikatakan terpaksa menggunakan kerusi roda dan mengguna saluran tiub untuk makan.

Pihak polis juga turut mendakwa Tumuhiirwe dengan percubaan membunuh.
Laporan mendedahkan Aneela telah meninggal dunia pada 15 November lalu, namun pihak penyiasat menafikannya dan memberitahu kanak-kanak itu sedang menjalani rawatan.

Intan Ladyana Nafi Sudah Ada Kekasih Baru

Posted: 25 Nov 2014 03:07 AM PST


Intan Ladyana selesa solo buat sementara waktu ini.
PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana menegaskan lelaki di sampingnya dalam beberapa foto yang disebarkan di dalam blog bukan kekasihnya seperti yang didakwa beberapa pihak.

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berasa terkejut apabila dia diandaikan sudah mempunyai kekasih baharu hanya berdasarkan foto yang diambil bersama rakan-rakannya itu.

"Hahaha.. Mana adalah. Suka hati saja cakap macam itu. Lelaki itu kawan biasa  saya, bukan kekasih.

"Saya belum ada teman istimewa lagi. Pelik, lagipun gambar itu biasa sahaja dimana saya bersama rakan-rakan. Bukannya berdua dengan dia," katanya kepada mStar Onlinemenerusi aplikasi Whatsapp pada Isnin.

Intan kini sedang menjalani penggambaran Gugurl Propa di Switzerland. Ia akan disiarkan menerusi siaran Hypptv pada 1 Disember ini.
Lelaki (berbaju kotak) di sebelah Intan dikatakan kekasih baru aktres itu. 

Pada Ahad lalu, foto Intan bersama rakan-rakannya yang dimuat naik di Instagram milik pelakon itu telah disebarkan di beberapa blog.

Foto tersebut menjadi tanda tanya beberapa pihak apabila Intan dilihat sering bergambar bersebelahan dengan seorang lelaki yang dikatakan kekasihnya itu. Penyanyi Yuna turut berada dalam foto berkenaan.

Sementara itu, Intan berharap foto-foto yang disebarkan itu tidak perlu diperbesar-besarkan memandangkan ia hanyalah foto biasa.

Ditanya adakah Intan masih belum terbuka hati untuk menjalinkan hubungan cinta, katanya, dia lebih selesa menikmati kehidupan solo buat sementara waktu ini.
"Belum lagi buat masa ini, tunggu dululah," ujarnya yang baru saja selesai penggambran filem Adik Abang bersama pelakon Farid Kamil, Adiba Yunus dan Fadlan Hazim.
Terdahulu, Intan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Kamal Adli selama enam tahun. Namun aktres itu mendedahkan mereka telah pun putus pada pada akhir Ramadan lalu.

Amelina Buat Tiga Kali Solat Istikharah Sebelum Kembali Menyanyi

Posted: 25 Nov 2014 03:05 AM PST


Amelina bakal kembali mewarnai industri muzik. 
PETALING JAYA: Penyanyi dangdut Amelina mendedahkan dia telah membuat sebanyak tiga kali solat istikharah sebelum memutuskan untuk kembali ke dunia hiburan.

Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, berkata, dia yakin kemunculan semulanya di industri seni tanah air selepas 15 tahun menghilangkan diri adalah pada masa yang sesuai dan tepat.

"Saya sudah lama memikirkan untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang saya fikirkan membantutkan usaha itu.

"Sehingga saya buat tiga kali solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai," ujarnya kepada mStar Online.

Amelina ditemui pada satu sidang media kemunculan semulanya yang diadakan di Di Nartwork Studio, dekat sini, Isnin.

Penyanyi yang popular pada zaman 90-an menerusi lagu Rindu ini memberitahu keputusan itu disokong oleh ibu dan enam orang anaknya.

Bagaimanapun, Amelina berkata, kemunculan kali ini membawa imej yang bersesuaian dengan umur dan statusnya sebagai seorang ibu.

"Saya akan tampil dengan gaya baru yang tidak terlalu seksi kerana perlu menjaga maruah anak-anak yang semakin membesar serta ibu.

"Lagi pula saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengan lagu dan suara saya sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang pasaran industri dangdut yang kurang mendapat perhatian, Amelina mengakui sedih dengan perkara tersebut.

Katanya, dia sendiri tertanya-tanya adakah jika dia tidak menghilangkan diri genre tersebut masih bertahan hingga sekarang.

"Sudah tentu saya sedih melihat lagu dangdut sudah tidak dapat perhatian seperti dahulu dan terpinggir.

"Saya juga ada terfikir bagaimana kalau saya tidak menghilang dahulu, adakah ia masih bertahan hingga kini.

"Apa pun saya akan cuba kembalikan genre ini dengan cara baru nampak mahal dan tidak terus dilabel sebagai muzik kampung," katanya.

Sementara itu, Amelina berkata, dia kini masih dalam proses mencari masa yang sesuai untuk proses rakaman bersama komposer Ajai dalam masa terdekat.

Katanya, single terbaharu itu bakal dikeluarkan pada pertengahan Disember depan.

"Kami masih dalam perbincangan tentang lagu dan proses untuk masuk studio untuk rakaman. Saya memang agak gementar sebab sudah lama tidak masuk studio merakam lagu.

"Saya yakin Ajai dapat memberikan yang terbaik sesuai dengan peredaran lagu masa kini," ujarnya.

'Lelaki Harapan Dunia' Tidak Perkecilkan Orang Melayu - Pengarah

Posted: 25 Nov 2014 03:01 AM PST


Barisan pelakon filem Lelaki Harapan Dunia ketika menghadiri tayangan perdana yang diadakan di GSC Pavilion pada malam Isnin. 
KUALA LUMPUR: Pengarah filem Lelaki Harapan Dunia, Liew Seng Tat tidak mempunyai niat buruk atau memperkecilkan orang Melayu apabila karya terbaharunya itu dilihat sarat dengan kritikan sosial yang cukup sinis dan skeptikal terhadap masyarakat berkenaan.

Liew, 35, menjelaskan isu itu tidak sepatutnya timbul kerana kritikan yang diselitkan dalam filem berkenaan bersifat subjektif dan setiap orang mempunyai sudut pandang berbeza dalam membuat penilaian.

"Tiada niat dalam hati saya untuk menyelar atau membangkitkan kemarahan mana-mana pihak kerana objektif asal menghasilkan filem ini adalah untuk menceritakan budaya 'angkat rumah' yang popular di kalangan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu.

"Bagi saya subjek itu cukup menarik untuk diketengahkan kerana tidak ramai mengetahui tentangnya dan kritikan sosial di dalamnya adalah bersifat subjektif dan ia berbeza mengikut pandangan setiap orang," katanya kepada mStar Online.

Liew ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan di Golden Screen Cinemas Pavilion di sini pada malam Isnin.

Lelaki Harapan Dunia menampilkan barisan pelakon seperti Wan Hanafi Su, Azhan Rani, Sofi Jikan, Harun Salim Bachik, Jalil Hamid dan Hishamuddin Rais.
Pengarah Lelaki Harapan Dunia, Liew Seng Tat.

Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 27 November ini.

Lelaki Harapan Dunia berlatar sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat salah faham di antara penduduk yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung itu dikatakan berhantu.

Pak Awang yang ingin menghadiahkan rumah tersebut kepada anak perempuannya menyangkal dakwaan tersebut dan meminta penduduk kampung tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan sehingga timbul kekecohan dikalangan mereka.

Dalam pada itu, Liew berkata, dia mengambil masa selama dua tahun untuk melakukan penyelidikan dan menyiapkan skrip sebelum menjalani penggambaran bagi memastikan fakta yang ditampilkan tidak tersasar daripada tujuan asal.

"Indah sebenarnya budaya masyarakat Melayu dan budaya mengangkat rumah sesuatu yang jarang diketengahkan membuatkan saya tertarik untuk menghasilkan filem ini sebagai subjek utama.

"Bukan mudah sebenarnya kerana penyelidikan yang saya lakukan mengambil masa dua tahun bagi memastikan tiada kesalahan terhadap fakta dilakukan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai adegan Wan Hanafi Su yang tampil separuh bogel sebagai orang minyak dalam filem berkenaan, Liew menjelaskan pelakon itu bersetuju untuk menjayakan babak berkenaan tanpa sebarang rungutan.

Gimik mengangkat replika sebuah rumah Melayu ketika tayangan perdana filem berkenaan.
Bagi Liew, pelakon veteran itu berjaya melunaskan watak tersebut dengan baik selain menyifatkan beliau seorang profesional ketika berada di set penggambaran.

"Saya sangat mengagumi sikap profesionalnya ketika berada di set dan Wan Hanafi berjaya melunaskan wataknya dengan baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Liew berkata, Lelaki Harapan Dunia telah ditayangkan di festival filem antarabangsa seperti di Toronto, Nara, Vancouver, Busan, Kolkata, Taipei dan Locarna.

Malah kata Liew, filem itu akan dibawa ke festival filem di Singapura pada bulan hadapan dan biarpun masih belum mendapat sebarang anugerah namun dia berpuas hati dengan penerimaan penonton antarabangsa terhadap filem berkenaan.

"Mereka cukup tertarik dengan budaya mengangkat rumah yang langsung tidak ada di negara mereka dan bagi saya keterbukaan mereka dan penerimaan baik terhadap cerita yang cuba saya sampaikan sudah memadai.

"Paling penting kini penerimaan penonton di Malaysia kerana sejujurnya saya hasilkan filem ini untuk tontonan semua lapisan masyarakat dan tidak tertumpu kepada kaum Melayu sahaja," jelasnya.

Didie Alias Rancang Mengarah Drama Tahun Hadapan

Posted: 25 Nov 2014 03:00 AM PST


Didie rancang mengarah drama dibawah syarikat produksi miliknya tahun hadapan. Foto Ihsan Instagram Didie Alias.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Didie Alias memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah terpaksa membawa anak keenamnya, Muhammad Dayyan ke tempat kerja kerana tidak mempunyai pembantu rumah.

Didie atau nama sebenarnya,  Fadzilah Mohd Ali, 40 , berkata, dia tidak merasakan ada keperluan untuk mengupah pembantu rumah kerana masih mampu menjaga Dayyan yang kini berusia empat bulan tambahan pula suaminya, Norisham Ismail sentiasa berada disisi untuk membantu.

"Tidak rasa beban pun terpaksa membawa Dayyan ke tempat kerja kerana memang kami tidak merancang untuk mengambil pembantu rumah bagi menjaga anak.

"Bukan tidak mahu ambil pembantu tetapi memandangkan lima anak saya yang lain sudah pun besar jadi rasanya saya dan suami masih boleh menguruskan Dayyan," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Didie berkata, permintaan suaminya supaya Dayyan diberikan susu badan tanpa dicampur dengan susu formula sekurang-kurangnya untuk enam bulan turut menjadi faktor dia membawa anaknya ke tempat kerja.

Katanya, dengan cara itu lebih mudah dia menyusukan anaknya itu dan bersyukur kerana Dayyan tidak banyak meragam seolah-olah memahami situasinya yang perlu bekerja.

"Dia seorang anak yang baik dan jarang sekali menangis apabila berada di mana-mana acara yang melibatkan saya sebagai pengacara atau pun dilokasi penggambaran.
Didie bersama suami, Norisham Ismail dan anak mereka Muhammad Dayyan.
"Sebelum memasuki set atau naik pentas saya akan menyusukan dia terlebih dahulu dan selalunya selepas itu dia akan tidur sehingga saya selesai bekerja," jelasnya.

Tambah Didie, biarpun pada awalnya dia berasa penat dengan rutin tersebut namun kini dia sudah terbiasa dengan situasi itu selain enggan berenggang dengan anaknya.

"Pada usia sekarang memang ada terasa penatnya namun saya lebih puas dapat melihat dia depan mata saya membesar dan suami juga banyak membantu ketika saya sibuk bekerja.

"Dialah orang yang paling sibuk sekali apabila berkaitan dengan anak kami dan sentiasa memanjakannya," ujarnya.

Sementara itu, Didie juga memberitahu, anak-anaknya yang lain juga turut ringan tulang dalam menjaga adik mereka sehingga dia tidak berpeluang memegang anaknya itu.

"Mereka bergilir-gilir menjaga Dayyan sehingga kadang-kadang berebut nak jaga adik. Alhamdulillah anak-anak memahami keadaan saya yang kadang-kadang sibuk dan sentiasa membantu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Didie berkata, kerjaya seninya kembali rancak dengan pelbagai aktiviti selepas dia selesai berpantang selama 100 hari dan sudah bersedia untuk kembali aktif.

Bagaimanapun kata Didie, buat sementara waktu, dia hanya akan menerima tawaran yang tidak memerlukan dia bekerja dalam jangka masa panjang kerana perlu mengutamakan anaknya yang masih kecil.

"Alhamdulillah rezeki semakin bertambah sejak melahirkan anak namun saya terpaksa memilih terutamanya lakonan kerana keadaan anak yang masih kecil.

"Bagaimanapun sepanjang November hingga Disember depan, saya banyak menerima undangan sebagai pengacara dan akan aktif berlakon pada Januari depan," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved