Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Eina Azman Akui Hilang Populariti Akibat Kontroversi Afiq Muiz
- Fahrin Ahmad Sedar Popularitinya Bersifat Sementara
- Farid Kamil Kurangkan Tawaran Aksi Ngeri Selepas Patah Tulang Rusuk
- Watak psiko: ‘Lena’ uji kemampuan Lisa Surihani
- Android 5.0 dikenali sebagai Lolipop
- HTC kembali ke arena tablet
- Aplikasi permesejan LINE untuk iPad
- Tidak tertekan status janda
- Pikat sejuta pendengar di seluruh negara
- Pamer jaring tarik pelancong
- Penghuni istimewa Sungai Relau
- Zul Ariffin Jawab Isu Mabuk Bersama Wanita Seksi
- Isu Masalah Disiplin, Aishah Ilias Mohon Maaf
- Imej Tomboi Chomel Dipersoalkan
Eina Azman Akui Hilang Populariti Akibat Kontroversi Afiq Muiz Posted: 20 Oct 2014 07:18 PM PDT | |||||
Fahrin Ahmad Sedar Popularitinya Bersifat Sementara Posted: 20 Oct 2014 07:17 PM PDT | |||||
Farid Kamil Kurangkan Tawaran Aksi Ngeri Selepas Patah Tulang Rusuk Posted: 20 Oct 2014 07:16 PM PDT | |||||
Watak psiko: ‘Lena’ uji kemampuan Lisa Surihani Posted: 20 Oct 2014 07:14 PM PDT SELAMA ini, kita sering melihat aktres cantik, Lisa Surihani menjayakan watak-watak romantis, komedi dan juga antagonis. Namun belum sekali kita melihat Lisa berlakon dalam filem seram, apatah lagi membawakan watak sebagai wanita psiko. Namun akhirnya, Lisa berjaya keluar dari zon selesanya dan menerima watak psiko dalam filem terbarunya, Dendam Orang Mati akan menemui penonton di pawagam pada 23 Oktober ini. Bercerita lanjut mengenai filem tersebut, Lisa berkata, dia membawakan watak sebagai Lena yang tersedar di hospital setelah dua tahun koma dan hilang ingatan akibat kemalangan. Katanya, pada awalnya dia enggan terlibat dengan pembikinan filem ini kerana tidak suka wataknya sebagai wanita psiko. Namun setelah beberapa kali diyakinkan oleh suaminya, Yusry Abdul Halim, dia akhirnya bersetuju untuk terlibat dengan filem itu dengan satu syarat. "Sejujurnya tatkala melihat naskhah filem ini, saya tidak suka dengan karakter Lena dan apatah lagi, filem ini sangat gelap jalan ceritanya dan berbeza dari karakter saya yang sebenar. "Namun Yusry yakinkan saya untuk keluar dari zon selesa. Jadi saya terima dan minta Yusry menyediakan bengkel untuk saya mendalami watak Lena terlebih dahulu sebelum menjalankan penggambaran," katanya yang ditemui selesai sesi tayangan filem Dendam Orang Mati di e@Curve, baru-baru ini. Lisa berkata, dia bersyukur apabila Fauziah Nawi rela hati membantunya mendalami watak Lena, manakala Yusry pula sering menemaninya di set penggambaran. "Saya bukan peminat cerita seram dan tidak suka berlakon dalam filem seram. Tapi saya ambil ini sebagai satu cabaran dan saya sentiasa berfikiran positif. "Malah dek kerana terlalu mendalami watak Lena, pada penghujung penggambaran, saya sudah mula 'masuk' dengan perwatakan Lena. Tetapi mujur ibu Fauziah banyak mengingatkan saya untuk sentiasa jadi profesional dan meninggalkan watak Lena di set penggambaran setelah pulang ke rumah dan Yusry banyak membantu saya untuk tidak terus kekal sebagai Lena," katanya. Lisa berkata, setelah melihat hasilnya dia berpuas hati dengan karya Jasong Chong dan berpendapat segala usaha dan perit-jerih mereka di lokasi, berhasil. "Filem ini memerlukan kami berlakon ada kalanya sehingga 23 jam. Malah ada kalanya kami hanya balik ke rumah untuk mandi dan kemudian kembali ke set. "Bukan itu sahaja, banyak masa kami habiskan di lokasi penggambaran di sebuah gudang dan kadangkala hanya makan roti di cicah air milo. "Namun segala komitmen dan usaha kami tampak berhasil. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh krew yang terlibat, terutamanya Jason yang berjaya menghasilkan filem sebaik ini," katanya. Kerjaya & rumah tangga Dalam pada itu, bercerita mengenai perkembangan seninya, Lisa berkata, buat masa ini dia tidak terlibat dengan sebarang penggambaran. "Sekarang saya sibuk dengan promosi filem Dendam Orang Mati sahaja dan kalau mengenai tawaran saya tak boleh kongsi apa-apa lagi. Senang kata, saya kosong lagi sekarang," katanya yang kini terikat dengan Marigold Peel Fresh, The Body Shop, Oral B, Head, Shoulders dan juga Shell. Tidak lengkap andai tidak berbual perihal kehidupannya kini, akui Lisa, usia perkahwinannya yang sudah menjangkau dua tahun setengah adalah tempih yanv masih baharu bagi mana-mana pasangan yang berkahwin. "Apa pun, saya sangat bersyukur kerana Yusry bukan setakat suami yang mampu menjaga saya dengan baik. Dia juga kawan baik dan pendorong terbaik dalam kehidupan saya. "Komunikasi itu penting, lebih-lebih lagi kami dalam industri yang sama. Jadi, kami boleh berborak dan sentiasa menyokong antara satu sama lain," katanya. Jelas Lisa, Yusry juga tidak pernah menghalang dia berlakon dengan mana-mana produksi lain selain produksi milik suaminya. "Dia tiada masalah saya nak berlakon bawah mana-mana produksi, dia bukan macam tu. Dia sentiasa beri peluang kepada saya," katanya popular dengan program travel log, Passport Cinta yang dikendalikan bersama Yusry. | |||||
Android 5.0 dikenali sebagai Lolipop Posted: 20 Oct 2014 07:11 PM PDT
SETELAH pelbagai teka-teki, akhirnya Google secara rasmi memperkenalkan nama rasmi untuk Android 5.0, yang mana ia akan dikenali dengan nama Android Lolipop. Android Lolipop menyertakan pelbagai pembaharuan, termasuk dari segi antaramuka yang memfokuskan antaramuka selari pada pelbagai saiz peranti dan web. Android 5.0 Lolipop juga hadir dengan beberapa fungsi tambahan lain, termasuk Battery Saving Mode untuk membolehkan masa penggunaan bateri dipanjangkan, sokongan guest mode, fungsi multi akaun pengguna, paparan notifikasi pada lockscreen dan beberapa yang lain.Android 5.0 Lolipop akan hadir terbina pada Nexus 9 dan Nexus 6, sementara Nexus 4, Nexus 5, Nexus 7 dan Nexus 10 akan menerimanya dalam beberapa minggu lagi. | |||||
Posted: 20 Oct 2014 07:10 PM PDT
SELAIN pengenalan telefon pintar Nexus baharu, Google mengumumkan sebuah tablet Nexus baharu bersaiz 8.9-inci yang dibangunkan bersama HTC.Google berkata, ia hadir dengan rekaan yang mesra untuk dipegang dengan sebelah tangan, dan amat ringan serta membawakan bahagian kerangka tepi yang nipis. Nexus 9 ini hadir dengan cip pemprosesan 64-bit, serta dilengkapi dengan sokongan HTC BoomSound yang mana membawakan dwispeaker di bahagian depan. Beberapa aksesori turut disediakan, termasuk sebuah papan kekunci yang boleh disambungkan secara magnetik pada Nexus 9 ini, sekali gus memudahkan membuat tugasan kerja. | |||||
Aplikasi permesejan LINE untuk iPad Posted: 20 Oct 2014 07:09 PM PDT LINE merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular di Malaysia, di mana ia telah ditawarkan dalam bentuk aplikasi untuk peranti mudah-alih, selain klien desktop yang turut disediakan untuk penggunanya. Kini, mereka menambah penawaran mereka, dengan melancarkan aplikasi iPad. Menggunakan aplikasi LINE, pengguna boleh menggunakannya untuk menghantar dan menerima mesej pada skrin yang lebih besar, di samping ia turut 'sync' antara peranti sedia ada sama ada telefon atau PC. Apa pun, untuk menggunakan LINE pada iPad, pengguna terlebih dahulu perlu membuat akaun menggunakan telefon pintar mereka, dan seterusnya menghubungkan ia melalui iPad ini. Beberapa fungsi seperti Sticker Shop, panggilan video dan juga panggilan audio masih tidak disokong buat masa ini. | |||||
Posted: 20 Oct 2014 07:03 PM PDT GURUH yang melingkari awan hidup Izreen Azminda Aznam sepanjang tiga bulan lalu kini diakhiri dengan pelangi. Barangkali bulan Oktober menjadi titik baharu buat dramatis yang kembali menggetar populariti menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu. Ironi daripada judul drama lakonannya yang mendapat hit hingga diolah dan dibikin lagi dalam, bentuk telefilem yang sudah pun bersiaran pada 5 Oktober lalu, Izreen, 29, akur dengan ketetapan yang sudah diaturkan sempurna oleh Yang Maha Esa. "Saya bersyukur kerana semuanya sudah selesai dan segala perkara negatif yang datang saya abaikan sahaja. Orang sekeliling akan terus bercakap sampai bila-bila dan saya tidak menegah pun, asalkan saya gembira itu sudah memadai. "Sekarang pun saya sudah dapat apa yang saya mahukan dan saya sudah tenang," kongsi luahan hati Izreen yang ditemui pada majlis sidang akhbar Anugerah Skrin 2014 di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Berita mengenai keretakan rumah tangga pelakon itu mula tersebar sekitar bulan Mei lalu. Bekas suaminya, Muhamad Riza Baharudin didakwa telah melafazkan talak cerai pada 16 Mei di lokasi penggambaran Kerana Terpaksa Aku Relakan di Pulau Pinang selepas berlaku sedikit pertengkaran antara mereka. Bagaimanapun, laporan sebuah akhbar pada 22 Mei lalu yang memetik kenyataan Izreen bahawa ikatan suami isteri pasangan itu sudah berakhir dinafikan sendiri oleh suaminya yang bertugas sebagai jurukamera bebas. Situasi tegang itu mengheret pasangan itu ke mahkamah sehingga disahkan bercerai pada 9 Jun lalu. Menerima suratan takdir, pelakon kelahiran Kangar, Perlis itu menyifatkan situasi yang dilaluinya itu antara waktu paling sukar dalam hidup. Jelas Izreen, dia bersyukur diberikan bantuan moral teman-teman rapat sepanjang berlangsungnya kes tersebut. "Tidak tahulah sekiranya orang lain berada di tempat saya. Mungkin sudah gila! Bayangkan ketika itu penggambaran drama sudah siap 70 peratus. Kalau ikutkan hati, saya akan merisikokan jadual penggambaran sembilan orang pelakon lain di Pulau Pinang. "Tarikh tayangan juga sudah dekat dan saya akan menyusahkan produksi. Sama ada mahu atau tidak, saya harus korbankan hati, emosi, fikiran dan keadaan untuk memberikan yang komitmen terbaik ketika itu. Saya akui tanpa bantuan kawan-kawan di set penggambaran, pasti semuanya tidak berjalan lancar dan saya akan lebih tertekan," katanya. Tekanan gelaran janda Bercerita mengenai tekanan, selepas melalui fasa penceraian Izreen menempuhi alam baharu yang lebih besar cabarannya. Menggalas status janda dan ibu tunggal itu sendiri mengundang pelbagai persepsi negatif dan stereotaip serong masyarakat sekeliling. "Orang sekarang sudah moden, kalau dahulu memang benar orang akan memandang serong wanita berstatus janda. Janda sekarang sudah maju dan itu sekadar gelaran, orang pun tidak akan meletakkan sebarang label atau memandang serong lagi. "Sejak bergelar ibu tunggal, saya mampu mengawal tekanan yang datang daripada segala sudut, cuma komen-komen negatif orang yang tidak tahu cerita sebenar itu yang banyak menguji kesabaran saya," tambahnya. Ujar Izreen, tiada banyak perubahan dalam rutin harian dan kerjayanya selepas bercerai malah dia kini sudah mampu menguruskan kehidupannya dengan optimum. "Tiada apa cabaran yang dahsyat pun datang menimpa saya. Kalau dahulu ada suami yang membantu serba sedikit tapi sekarang banyak perkara yang saya lakukan sendiri. Pada permulaannya memang sukar tapi sekarang saya sudah semakin stabil dan mampu menguruskan banyak hal sendirian," jelas lulusan Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) itu. Kompromi bekas suami Selepas perceraian, Izreen dan suaminya masih berhubung sebagai kawan begitu juga soal kompromi dalam hak pemberian nafkah serta penjagaan anak. Susulan daripada kes perceraian pasangan itu, mahkamah pada 30 September lalu memutuskan hak penjagaan penuh diberikan kepada Izreen. Bekas suaminya hanya dibenarkan melawat anaknya, Muhamad Adrian Umar yang baru berusia setahun tiga bulan tanpa kebenaran untuk bermalam. "Hak penjagaan diberikan sepenuhnya kepada saya dan saya berterima kasih kepada pihak bekas suami saya kerana memberikan kerjasama yang baik untuk melancarkan proses tersebut. Buat sementara waktu, anak saya diletakkan di bawah jagaan saya dan bekas suami hanya dibenarkan melawat sahaja dan tidak boleh bermalam. "Pada hemat saya, dia (bekas suami) akan sentiasa sibuk dan tiada masa untuk memberikan tumpuan kepada anak kami. Jadual jurukamera tidak sama seperti artis dan dia perlu berada di set penggambaran sepanjang masa. "Buat masa sekarang biarlah anak kecil itu tinggal dengan saya jadi makan minumnya terjaga. Malah, kalau saya bekerja pun tanggungjawab itu diambil alih ibu saya. Saya bukan mahu bergaduh dengannya tapi saya fikirkan demi kebaikan anak," katanya yang akan memberikan bekas suaminya hak untuk bermalam dengan Muhamad Adrian Umar apabila anaknya itu berusia empat tahun. Dalam soal nafkah pula, Izreen hanya menuntut nafkah untuk anaknya sahaja manakala tuntutan nafkah untuk dirinya hanya dibuat sepanjang tempoh idah kerana memikirkan kemampuan bekas suaminya itu. Ditebak kemungkinan untuk kembali ke sisi bekas suaminya, jawab Izreen, perkara itu adalah mustahil baginya. "Tidak! Saya sudah nekad, namun, kalau sudah tertulis bahawa saya akan berbalik kepadanya, saya tidak tolak kerana itu kuasa jodoh. Tapi, kalau ditanya pada saya sendiri, hal itu tidak mungkin berlaku kerana sebaik-baiknya kami lebih selesa berkawan," tegasnya. Ruang hati Pendirian Izreen kukuh. Dia tidak akan membenarkan ruang hatinya terbuka untuk sewenang-wenangnya disakiti lagi. Pinta Izreen, berikan ruang dan sedikit masa untuknya merawat luka yang sedang berdarah. "Dalam masa terdekat ini, saya tidak akan benarkan orang menyakiti hati saya. Berkawan itu ramai dan tidak dinafikan ada yang mahu mencuri perhatian saya tapi soal hati bukan keutamaan waktu sekarang. Kes saya pun baru sahaja selesai. Saya mahu beri tumpuan membesarkan anak dan kerjaya. "Kalau ada yang mahu mendekati saya, mereka perlu menerima saya seadanya. Saya datang dengan pakej bersama anak," ujar Izreen. Menjelaskan hubungannya bersama hero drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, Amar Baharin, dia memberitahu, ikatan persahabatan yang wujud antara mereka tekah terjalin sebelum dia mendirikan rumah tangga. "Amar itu kawan rapat saya. Kebetulan pula kami menjadi duta untuk mempromosikan acara Jom Kahwin yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober depan, di Pusat Konvensyen Shah Alam. Dia antara teman yang banyak memberikan sokongan kepada saya dan tidak meninggalkan saya terkontang-kanting sendirian ketika di Pulau Pinang. "Kami berkawan rapat sejak saya belum berkahwin dan saya tidak kisah digosipkan dengan dia kerana saya tahu kebenaran serta kesahihan cerita itu. Melainkan kami cuba lari dan orang akan lebih syak wasangka. "Saya rasa tidak salah pun untuk kami bergambar bersama-sama dan di luar set penggambaran pun kami masih berkawan cuma sebelum ini tidak diberikan perhatian kerana kami sekadar watak pembantu sahaja,' katanya. Harapan Anugerah Skrin 2014 Sementara itu, selepas memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2013 menerusi drama Perempuan Itu Ibuku, pelakon itu sekali lagi tercalon untuk dua buah drama lakonannya tahun ini menerusi Perjalanan dan 7 Suami. Dia tidak meletakkan sebarang harapan sekiranya kemenangan tidak berpihak kepadanya kali ini. "Seperti biasa saya tidak meletakkan sebarang harapan. Tercalon pun sudah cukup untuk saya bersyukur. Kalau ada rezeki, Insya-Allah. "Kedua-dua naskhah drama itu ada kekuatan tersendiri, namun saya akui drama Perjalanan banyak menguji kemampuan fizikal dan mental apabila perlu meletakkan usia saya lebih tua daripada usia sebenar," ujar Izreen. | |||||
Pikat sejuta pendengar di seluruh negara Posted: 20 Oct 2014 06:59 PM PDT MENYAJIKAN lagu-lagu irama nasyid sebagai halwa telinga antara faktor yang membantu stesen radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) menjadi pilihan pendengar khususnya masyarakat Muslim di negara ini sejak penubuhannya pada tahun 2001. Selepas 13 tahun berlalu, radio yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad itu kini menjadi stesen radio terkemuka dalam kalangan pendengar setia radio di negara ini. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai rintangan yang perlu diharungi oleh pengendali IKIMfm khususnya para penyampai dalam menangkap perhatian pendengar. Berorientasikan penyampaian ilmu dan dakwah sebagai isi utama sebelum diselitkan dengan hiburan, radio ini berbeza dengan radio-radio komersial lain. IKIMfm yang turut diiktiraf sebagai radio digital Islam pertama di Malaysia oleh The Malaysia Book of Records (MBR) kini didengar kira-kira sejuta orang termasuk di Singapura, selatan Thailand, Batam serta pendengar dalam talian seluruh dunia. Selain pengisian yang menarik, celoteh para penyampai menjadi tarikan utama dalam memastikan siaran yang ke udara tidak sepi daripada sambutan pendengar. Menjadi penyampai kepada sebuah stesen radio Islamik adalah cabaran yang besar bagi Fairuz Noordin yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang penyiaran dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu. Dikenali dengan nama konti sebagai DJ Fairuz, wanita berusia 38 tahun itu merupakan antara penyampai radio terawal IKIMfm. Memulakan khidmat sebagai penyampai IKIMfm sebaik radio tersebut ditubuhkan, Fairuz bersyukur kerana dia berpeluang untuk mengharungi liku-liku perjuangan dalam arena penyampaian dakwah menerusi media penyiaran. Biarpun bukan berlatarbelakang kan pendidikan agama, anak jati kelahiran Kedah itu tekad untuk meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio setelah mendapat tawaran temu duga IKIMfm ketika menjadi juruhebah sambilan di UiTM sebaik menamatkan pengajian. Fairuz yang kini bertugas sebagai Penerbit Rancangan Kanan berkata, dia banyak bertanya dan membuat kajian tentang pelbagai isu, khususnya agama pada peringkat awal bertugas sebagai penyampai. "Sebagai radio yang dikenali dengan imej agama, banyak perkara yang perlu diambil perhatian termasuk bagaimana sebutan untuk sesuatu perkataan seperti nama surah yang perlu disebut dengan betul mengikut ejaannya. "Pada peringkat awal, saya juga berasa gusar tentang kebolehan diri untuk memikul amanah sebagai penyampai. Pastinya tidak mudah pada awal pembabitan kerana IKIMfm masih baru bertapak dalam arena penyiaran radio dan tidak mempunyai satu panduan khusus," jelasnya. Cabaran Fairuz berkata, menjadi penyampai sulung IKIMfm menghadirkan satu cabaran besar buat dirinya dan rakan-rakan penyampai kerana bertanggungjawab mewujudkan satu identiti serta memperkenalkan kepada pendengar tentang IKIMfm. Selain itu, Fairuz berkata, para penyampai menjadi imej atau ikon kepada radio tersebut dan perlu mewujudkan satu pandangan positif dalam kalangan pendengar. "Peribadi saya banyak dibentuk oleh radio ini. Menjadi penyampai radio Islamik dan menjaga imej sebagai wanita Muslimah sangat bertepatan dengan status saya. "Apa yang lebih penting, imej yang dibawa bukan sahaja pada suara dan pengisian ketika ke udara tetapi perlu dikekalkan walaupun berada di luar konti," jelasnya yang rindu untuk ke udara seperti awal-awal pembabitannya sebagai penyampai. Kini, Fairuz lebih banyak bekerja di belakang tabir dan jarang ke udara. Peluang untuk bersiaran sekali-sekala menjadi pengubat kerinduannya untuk bersapa dengan para pendengar. Bagi Mahathir Shaharuddin, 39, pula, kehendak dan harapan pendengar adalah suatu keperluan yang wajib dipenuhi oleh IKIMfm. Salah seorang penyampai senior IKIMfm, dia berkata, dalam memenuhi kehendak tersebut, para penyampai perlu bijak mengisi slot supaya kehendak berkenaan tidak lari daripada objektif penubuhan IKIMfm sendiri sebagai radio Islamik. Pelajar lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah itu menjelaskan, sebagai penyampai, dia dan rakan-rakan bertanggungjawab untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. "Melalui penyampaian dan pengisian ilmu dalam konti, secara tidak langsung kami boleh membentuk masyarakat dan menyeru kepada kebaikan. "Kreativiti penyampaian sangat diperlukan ketika bertugas kerana pengisian kami penuh dengan ilmu dan nasihat. Hanya suara yang didengar dan tiada visual yang dipaparkan. Besar cabarannya untuk menarik minat pendengar. "Dalam ruang lingkup yang terbatas, kami perlu garap kreativiti dalam bahan dan rancangan yang diterbitkan," kongsinya yang kini bertugas sebagai Pengurus Program Radio. Ketika ditanya tentang pembabitannya dalam IKIMfm, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu memberitahu bahawa dia tidak pernah terfikir untuk bergelar penyampai radio. Mahathir berkata, biasanya pelajar lulusan Syariah sepertinya akan menjadi ustaz atau pegawai agama bertepatan dengan kelulusannya. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1999, dia pernah bekerja di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam media penyiaran sebelum menghadiri temu duga sebagai Penerbit Rancangan Sambilan IKIMfm. "Namun, selepas menghadiri temu duga dan terpilih sebagai keluarga IKIMfm, saya menemui minat yang baharu. "Bidang ini sangat seronok untuk diteroka. Saya dapat memberi sesuatu kepada masyarakat dan berinteraksi dengan pendengar," jelasnya yang menyertai IKIMfm pada Jun 2003. Pengalaman Mahathir yang kini bertugas di belakang tabir, bertanggungjawab menyelaras semua rancangan di samping memantau rancangan yang diterbitkan dan jadual penyampaian para penyampai. Katanya, selain faktor usia, sedikit kemahiran dan pengalaman yang ada sebelum ini dapat digunakan untuk dikongsi dengan masyarakat melalui penyampai-penyampai lain. Mahathir bersiaran di konti sehingga tahun 2008 dan kini banyak bertindak sebagai penerbit rancangan. Sementara itu, penyampai slot Warna Pagi, Norhayati Paradi, 33, mempunyai cerita yang berbeza tentang penglibatannya sebagai penyampai IKIMfm. Siswazah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM dengan pengkhususan dalam bidang pengiklanan itu bertugas sebagai tenaga penggerak di belakang tabir di IKIMfm selama tiga tahun sebelum memberanikan diri untuk menghadiri temu duga sebagai penyampai. Ketika menghadiri temu duga, Norhayati bertugas sebagai Eksekutif Trafik Udara IKIMfm yang berperanan menjaga penjadualan iklan radio. Dia mula bekerja pada tahun 2007 sebelum ditawarkan menjadi penyampai pada tahun 2009. Dipilih menjadi penyampai radio tersebut, wanita manis itu menjelaskan bahawa banyak perubahan yang berlaku kepada dirinya. Anak jati kelahiran Johor itu berkata, IKIMfm banyak membentuk kerjayanya. "Kerjaya sebagai penyampai membentuk diri saya yang sekarang terutama luaran dan dalaman. Sangat berbeza berbanding dahulu. "Sebagai penyampai radio Islamik, saya menjaga imej penyampai dan wanita Muslimah. Imej ketika di dalam dan di luar konti tetap sama. Apa yang lebih penting, penyampai perlu menjadi diri sendiri," jelasnya. Norhayati yang sudah tujuh tahun bersama IKIMfm mula meminati bidang penyiaran selepas menjadi penyampai. Katanya, dia banyak belajar daripada pengalaman sendiri untuk meningkatkan kemahiran sebagai penyampai, selain turut menghadiri kursus-kursus. Pengikut IKIMfm kini mempunyai pendengarnya tersendiri. Buktinya, terdapat lebih 500,000 pengikut di laman Facebook, selain bilangan pendengar yang semakin bertambah. Pengarah Pusat Media IKIM, Dr. Nik Roskiman Abdul Samad berkata, IKIMfm bukan sahaja mahu menarik para pendengar dari dalam konti. "Sebaliknya, IKIMfm telah melakukan pelbagai aktiviti turun padang untuk menemui masyarakat seperti Karnival Mahabbah yang diadakan saban tahun di lokasi berbeza. "Para pendengar boleh berjumpa dan melihat secara terus para pendengar, tetamu jemputan dan mengenali IKIMfm dengan lebih dekat," jelasnya. Dalam pada itu, pendengar setia IKIMfm sejak awal penubuhannya, Rahmatiah Al-Faruqy M. Sujuthi, 26, berkata, sejak di bangku sekolah lagi dia jatuh cinta dengan IKIMfm. Katanya, radio tersebut menjadi pilihan kerana mempunyai identiti sendiri dan penuh dengan pengisian ilmu di samping menyajikan lagu-lagu nasyid sebagai halwa telinga. "Wujud situasi menang-menang ketika mendengar IKIMfm. Kita diberikan dengan pelbagai informasi berguna yang meliputi pelbagai aspek, diselitkan dengan bacaan puisi-puisi lama dan pelbagai lagu yang sedap didengar. "Bukan hanya mendapatkan hiburan semata-mata tetapi kita boleh belajar sesuatu sambil berhibur," kata pelajar Sarjana Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah itu. Rahmatiah berkata, suara penyampai yang ke udara turut memainkan peranan dalam menarik perhatian pendengar di samping slot-slot yang diisi dengan penceramah yang berwibawa. | |||||
Posted: 20 Oct 2014 06:57 PM PDT LIMA lelaki kelihatan sedang menarik jaring yang dipasangkan di gigi air sambil bernyanyi kuat untuk menghiburkan hati masing-masing. Pemandangan di pesisir pantai selatan India sejak beberapa abad lalu itu merupakan perkara biasa yang dapat dilihat terutama di Fort Kochi, Kerala. Tidak semena-mana, dua daripada mereka bergegas ke pelantar usang untuk mengambil hasil tangkapan yang tidak seberapa itu. Hanya beberapa ekor ikan berwarna perak dan ketam kecil berjaya ditangkap. Itulah aktiviti lazim di kota lama yang menjadi pusat perdagangan rempah itu. Susunan jaring di sepanjang pesisiran pantai itu merupakan satu pemandangan yang biasa. Bagaimanapun, tujuan utama jaring-jaring itu dipamerkan adalah untuk menarik perhatian pelancongan berbanding menjala ikan. "Pekerjaan ini sangat sukar dan kami perlu bekerja keras untuk melakukannya. Jika kurang ikan, kuranglah sumber pendapatan kami. Saya tidak boleh menyara keluarga dengan pekerjaan ini," kata John Kalathil Barried, 62. Peralatan menangkap ikan yang jarang dilihat itu dipasang di atas tanah menggunakan tiang-tiang kayu untuk menyokongnya. Jaring itu kemudian ditegangkan dengan menggunakan kaedah takal dan batu pemberat. Beberapa catatan mendakwa, jaring itu diperkenalkan oleh sida-sida Cina, Cheng Ho yang datang menjelajah India pada abad ke-15 atau pedagang Cina dari zaman pemerintahan Kublai Khan. Namun, penduduk tempatan menegaskan bahawa ia telah diperkenalkan oleh orang Portugis yang pernah memerintah Fort Kochi sehingga tahun 1663 selepas hab komersial tersebut. Kosa kata Portugis yang masih digunakan untuk menggambarkan bahagian jaring dan warisan nelayan beragama Kristian memperkuatkan teori tersebut. Merosot "Orang-orang Portugis membawa masuk pelbagai bahan mentah terutama kopi, kacang gajus dan ubi kayu yang menjadi tanaman kami pada hari ini," kata bekas Datuk Bandar Kochi. KJ Sohan. Beliau berkata, jaring yang dibawa masuk orang Portugis pada asalnya bersaiz kecil dan digunakan oleh masyarakat dahulu untuk menjala di sepanjang Sungai Mekong, Vietnam. Sebanyak 22 struktur didirikan di pesisiran pantai sejak tiga dekad yang lalu. Namun, kini jumlah tersebut berkurangan kepada 12 selepas tempat itu menjadi kawasan pelancongan. Hari ini, golongan lelaki akan menarik jaring lebih daripada 100 kali sehari dan turun ke laut lebih 250 kali apabila mereka membawa hasil yang lebih banyak. Seorang nelayan paling tua, V.R. Simon, 75, mendakwa bot-bot kecil yang sering menangkap ikan di sekitar kawasan itu menyebabkan tangkapan ikannya semakin merosot. "Kini, kami hanya menarik jaring untuk mencuri tumpuan pelancong dan mereka akan memberikan kami sedikit wang. Itulah cara kami meneruskan kehidupan," katanya yang turut menyalahkan kilang berdekatan kerana mencemari air laut serta tsunami pada tahun 2004. Seorang Profesor dari Jabatan Meteorologi dan Oseanografi di Universiti India Andhra, Bhanu Kumar berkata, penurunan jumlah stok ikan mendapat perhatian di luar Fort Kochi. "Perubahan cuaca, pencemaran industri dan pengurangan perlindungan pokok bakau di sepanjang pesisir pantai India antara punca yang memberikan kesan buruk kepada ikan," katanya. Walaupun terdapat teknologi yang boleh membantu mengenal pasti kawasan perairan yang sesuai untuk meletakkan pukat tunda, kemudahan itu akan menambahkan tekanan pada jumlah stok ikan dan mengganggu perniagaan jaring. "Namun, impian mula kelihatan apabila beberapa ahli diplomatik China membuat kunjungan baru-baru ini. Ia bertujuan untuk menggalakkan perhubungan antara warisan dan sebagai simbol tawaran kerjasama," kata Setiausaha Pelancongan Kerala, Suman Billa. Bagaimanapun, tidak ada tawaran secara rasmi dibuat dan penduduk Kochi bimbang jika India menolak tawaran bantuan daripada pihak luar. Pada masa sama, pihak kerajaan Kerala memperuntukkan wang berjumlah 15 juta rupee (RM794,000) untuk membaiki jaring kerana beberapa bahagian perlu diganti. Aktiviti Namun, penurunan aktiviti penangkapan ikan perlu dipelihara sebagai tapak warisan dan bukan hanya untuk tarikan pelancongan semata-mata. "Ia adalah mata pencarian bagi komuniti di sini dan menjadi ikonik Kochi," kata Sohan yang merupakan Datuk Bandar pertama dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar. Beliau menambah, kerajaan perlu menyediakan insurans untuk nelayan dan subsidi kayu. Ramai antara mereka kini menggunakan besi untuk dijadikan tiang dan ia bukan jati tradisional penduduk setempat. Sohan berkata, para nelayan juga perlu menambahkan nilai hasil tangkapan mereka yang semakin merosot termasuk menyediakan perkhidmatan memasak dan menghidang ikan segar kepada pelancong. "Apa yang dijual oleh nelayan untuk harga 100 rupee (RM5.26) dijual semula di hotel pada harga 500 rupee (RM26). Mengapa mereka tidak boleh menjual pada harga yang sama? "Inilah cabaran untuk meneruskan kehidupan," katanya. Buat masa ini, nelayan masih lagi menarik perhatian pengunjung. Ia memberi peluang kepada pelancong merasai sendiri pengalaman menarik tali dan membantu merakamkan saat indah itu sebagai pertukaran untuk sumbangan. "Kami hidup seperti pengemis," kata Simon apabila para pengunjung cuba mengenali gaya kehidupan mereka dengan lebih mendalam. | |||||
Penghuni istimewa Sungai Relau Posted: 20 Oct 2014 06:55 PM PDT LELAKI berusia 41 tahun itu mengatur langkah untuk masuk ke dalam sungai di Kuala Juram, Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Pahang. Tiba-tiba kedengaran suaranya memanggil Jhonny sambil melempar dedak ke permukaan sungai. "Jhonny, bapak datang ni," jeritnya. Sejurus kemudian, muncul puluhan ekor ikan yang berebut-rebut memakan dedak itu. Dia lantas bermain dan 'bermesra' dengan ikan-ikan kesayangannya itu yang merupakan antara spesies kegilaan kaki pancing iaitu kelah. Kelah yang digelar 'Raja Sungai' menjadi kegemaran kaki pancing ekoran sifat agresif haiwan tersebut selain kesukaran untuk mencari lubuknya yang terletak di tengah hutan belantara. Dalam tempoh dua tahun menjadi penjaga di santuari kelah itu, siapa sangka Zulkifli Daud mampu 'berkomunikasi' dengan ikan kelah. Keistimewaan Zulkifli membuatkan ikan-ikan itu tidak takut dan senang dengan kehadirannya. Baginya, ikan kelah itu bagaikan anak-anak sendiri kerana banyak masanya dihabiskan bersama penghuni sungai itu. "Sebelum ini, saya menggunakan loceng untuk memanggil ikan kelah ketika memberi makan tetapi lama-kelamaan hanya dengan panggilan suara ikan-ikan ini berpusu-pusu datang. "Bagaimanapun, untuk bermain dengan ikan-ikan ini ada caranya yang tersendiri. Ia perlu dilakukan dengan lembut, ikan-ikan tidak boleh dipegang terlalu lama dan sebelum dilepaskan semula ke sungai perlu diberikan oksigen terlebih dahulu dengan cara meletakkan di permukaan air beberapa saat sebelum dilepaskan," kongsinya. Terdapat kira-kira 3,000 ikan kelah di santuari itu yang terdiri daripada jenis kelah merah, putih, hitam dan hijau. Zulkifli akan memberi makan ikan-ikan kelah itu pada pukul 2 petang setiap hari. Ikan kelah atau nama saintifiknya tor tambroides banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan dan mendiami sungai, tasik serta membiak di kawasan yang berbatu. Ia tinggal di hulu sungai kerana faktor airnya yang bersih. Berasal daripada spesies ikan kap dalam keluarga cyprinidae yang bersisik, kelah memiliki garisan tengah yang jelas kelihatan di tengah-tengah bahagian badan selain bentuk sisik yang besar dan cantik. Faktor persekitaran Jumlah sisik di bahagian garisan tengah ikan dewasa kebiasaannya adalah antara 20 hingga 30 keping. Ikan kelah dewasa mempunyai lebihan daging di bawah dagunya dan boleh membesar sehingga lebih 50 kilogram (kg). Ia mudah dikenali kerana memiliki bibir dan mulut yang besar. Faktor persekitaran habitatnya mempengaruhi bentuk badan ikan kelah sama ada lebih lonjong atau lebar. Ikan kelah juga suka memakan tumbuh-tumbuhan air seperti rumpai, buah-buahan kecil, daun-daun pinggiran sungai dan lumut. Ikan kelah amat gemar dengan persekitaran berbatu dengan aliran air yang deras manakala anak-anaknya gemar berenang di celah-celah batu tersebut. Menurut Pengurus RA Adventure Travel & Tour Sdn. Bhd. (RA Adventure), Roslan Abdullah, santuari itu ditubuhkan bagi tujuan memulihara dan melindungi ikan kelah daripada ancaman kepupusan selain memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali ikan tersebut secara lebih dekat. "Sejak menguruskan santuari ini kira-kira tujuh tahun lalu, pihak kami telah menerima ramai pelawat yang ingin melihat, bermain, memberi makan dan mempelajari kehidupan ikan ini. Para pengunjung pasti tidak melepaskan peluang untuk menangkap ikan kelah yang jinak ini. "Bagaimanapun, pihak kami akan mengawasi tindak-tanduk pengunjung bagi memastikan ikan-ikan kelah ini tidak mati akibat perlakuan ganas atau dipegang terlalu lama di permukaan air," katanya yang memberitahu santuari itu pernah menerima pengunjung seramai 100 orang dalam tempoh sehari. Akses Santuari yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Taman Negara Pahang, Sungai Relau itu boleh diakses dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. Pengunjung yang berminat mengikuti program selama tiga hingga empat jam itu akan dikenakan bayaran sebanyak RM25 seorang. Roslan memberitahu, kebanyakan pengunjung Taman Negara Pahang tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke santuari tersebut kerana pengalaman itu sukar diperoleh di tempat lain. "Memang spesies ini terdapat di negeri lain seperti Kelantan, Terengganu dan Perak, namun di sini mempunyai kelebihan tersendiri iaitu pengunjung berpeluang memberi makan dan bermesra dengan ikan kelah," katanya yang turut memaklumkan bahawa harga ikan kelah jenis merah mampu mencecah RM200 sekg. Setakat ini, ikan kelah yang paling berat pernah direkodkan di santuari tersebut adalah seberat 25kg. Roslan turut berkongsi keunikan ikan kelah. "Jika kami pindahkan salah seekor ikan dari santuari ini ke tempat lain ia akan disedari oleh kumpulannya. Dalam bahasa mudah, kami gelarkan ikan ini 'merajuk' dan ia selalunya mengambil masa lebih tiga hari untuk ia pulih seperti sedia kala," ujarnya. Tempat tinggal Dalam pada itu, Taman Negara Pahang, Sungai Relau mula dibuka kepada pelawat pada Ogos 1993. Ia menjadi tempat tinggal kepada kira-kira 14,000 spesies tumbuhan, 200 spesies mamalia, 480 spesies burung dan 80 spesies kelawar. Tujuan penubuhan Taman Negara ini adalah untuk memelihara dan melindungi hidupan liar, tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kaji bumi, kaji purba, sejarah dan etnologi serta kepentingan lain. Taman ini juga menjalankan program konservasi dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) terhadap lima spesies hidupan liar utama iaitu gajah, harimau, tapir, badak dan seladang. Selain itu, ia juga merupakan laluan pintu masuk untuk ke Taman Negara Pahang selain Kuala Tahan. Perjalanan mendaki Gunung Tahan melalui kawasan ini lebih pendek iaitu sekitar empat hari berbanding tujuh hari dari Kuala Tahan. Pengunjung yang berasal dari Ireland, Pearse Kennedy, 42, berkata, dia memilih Taman Negara Pahang untuk dijadikan sebagai tempat beriadah kerana suasana hutan dan keindahan alam yang tidak terdapat di bumi Eropah. Dia yang menginap di Kuala Lipis mengambil inisiatif mengembara seorang diri ke kawasan perhutanan itu bagi menghayati keindahan alam. "Ini pertama kali saya ke datang ke sini, ia sangat seronok kerana saya dapat berjalan menyusuri taman ini kerana di Ireland tidak ada suasana seperti ini. "Suasana di sini menenangkan dan saya pasti kembali ke sini kelak," katanya. Bagaimanapun, dia tidak berkesempatan untuk mengunjungi santuari ikan kelah kerana kesuntukan masa. Baginya, pada masa akan datang, dia pasti tidak akan melepaskan peluang mengunjungi habitat semula jadi kelah itu. | |||||
Zul Ariffin Jawab Isu Mabuk Bersama Wanita Seksi Posted: 20 Oct 2014 02:51 AM PDT | |||||
Isu Masalah Disiplin, Aishah Ilias Mohon Maaf Posted: 20 Oct 2014 02:50 AM PDT | |||||
Imej Tomboi Chomel Dipersoalkan Posted: 20 Oct 2014 02:48 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 ulasan:
Catat Ulasan