sumber :-
Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Bukan Islam bentang sejadah untuk Heliza solat
- 'Kos Tajaan Bersalin Tidak Cecah Ratusan Ribu Ringgit' - Rozita Che Wan
- Anak Kedua Fasha Bermula Nama 'Puteri'
- Pokok kurma tanaman landskap paling efektif
- Kayu buruk beri pulangan lumayan
- Ular sawa baham ternakan penduduk
- Mahir tangkap ikan gelama
- Medan anjakan industri motosikal
- Pakej perkahwinan Marina Putrajaya
Bukan Islam bentang sejadah untuk Heliza solat Posted: 18 Oct 2014 03:22 AM PDT
MODEL Muslimah, Heliza Helmi melahirkan rasa kagum terhadap kakitangan Silky White yang memahami dirinya sebagai seorang Muslim. Heliza berkata, ketika masuk sahaja waktu solat, kakitangan berkenaan yang bukan beragama Islam memberitahunya supaya menunaikan solat terlebih dahulu, kerana sudah masuk waktu Asar ketika itu. "MasyaAllah.... ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. Semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepada mereka. "Pagi tadi masa Ija baru sahaja sampai, ayat pertama yang mereka kata adalah, Heliza pergi makan dulu, kami akan 'prepare' kan untuk 'you' solat. "Bila masuk sahaja waktu azan. Tau apa mereka kata. 'Okay, kita 'break' dahulu, bagi Heliza solat, 'then' baru makan, 'then' baru 'shoot' balik. "Handphone' Ija, bila azan 'handphone' ni ada suara azan, waktu Asar tadi, Mereka sendiri yang 'stopkan shooting', dan mereka kata... 'Okay Heliza you solat dulu ok? ' Sejadah ni pun mereka yang 'prepare'," tulisnya di laman Instagram miliknya. Dalam pada itu, Heliza menzahirkan rasa syukur kerana dirinya dapat solat tepat pada waktunya tanpa memberitahu kepada mereka tentang kewajipan tersebut. "Allahu Akbar.. Ya Rabbi! Ya ALLAH MasyaAllah. Terima kasih ALLAH... Solat tepat waktu dan Ija tak perlu 'mention' pun tentang solat tapi mereka yang ingatkan Ija.. MasyaALLAH........ Adakah kita sebagai Muslim ingat panggilan ALLAH? ," tulisnya. | |||
'Kos Tajaan Bersalin Tidak Cecah Ratusan Ribu Ringgit' - Rozita Che Wan Posted: 18 Oct 2014 03:20 AM PDT | |||
Anak Kedua Fasha Bermula Nama 'Puteri' Posted: 18 Oct 2014 03:19 AM PDT | |||
Pokok kurma tanaman landskap paling efektif Posted: 18 Oct 2014 03:14 AM PDT
BAGAN SERAI - Tiada siapa sangka pokok kurma hidup di Malaysia sebelum ini, apatah lagi membayangkan pokok ditanam berbunga dan berbuah untuk dinikmati. Tidak keterlaluan individu yang berhajat menanam pokok kurma di laman rumah sendiri atau diusahakan secara komersial pada ketika itu akan dianggap kurang siuman kerana orang ramai beranggapan tumbuhan itu hanya mampu hidup di negara Timur Tengah. Pengasas Syarikat Syful Tamar, Mohd Syful Rizan Abd Manap berkata, pengalaman pahit sebegitu dirasai apabila mula menceburkan diri dalam bidang penanaman dan pembenihan pokok kurma secara komersial pada 2007. Bagaimanapun, menurutnya, pelbagai eksperimentasi dilakukan bagi mengkaji teknik mengadaptasi tumbuhan unik itu untuk disesuaikan dengan iklim negara ini. "Setelah kajian, akhirnya pada 2008 kami menemui formula untuk membolehkan pokok kurma ditanam bagi dijadikan tanaman landskap. "Sejak itu, saya yang sememangnya mengusahakan tapak semaian terus memfokuskan usaha mengkomersialkan pokok kurma sebagai tanaman landskap terbaharu ke peringkat umum," katanya. Mohd Syful Rizan berkata, usaha mengkomersialkan pokok kurma pada mulanya agak sukar memandangkan masyarakat umum pada ketika itu tidak yakin dengan kemampuannya memastikan pokok itu tumbuh normal di negara ini. Bagaimanapun katanya, sambutan semakin meningkat dari semasa ke semasa setelah beberapa siri eksperimentasi menunjukkan hasil memuaskan. "Permintaan terhadap penanaman pokok kurma semakin meningkat apabila terbukti ia mampu berbuah seperti dilaporkan di Kelantan, baru-baru ini. "Kami juga sudah menemui teknik terbaik untuk memastikan pokok kurma mampu mengeluarkan bunga dan buah," katanya. Beliau berkata, inisiatif pemilihan pokok kurma amat bertepatan memandangkan kini dianggap tanaman landskap paling efektif. Menurutnya, selain berfungsi sebagai tanaman landskap, pokok kurma juga boleh menghasilkan buah kurma selazat kurma di negara Arab sekiranya teknik penjagaan dan penggunaan baja yang tepat diamalkan. "Bagi setiap penanaman pokok kurma, jarak penanaman bagi setiap pokok haruslah lingkungan 5.5 hingga 6 meter, manakala bagi kurma Ajwa pula jaraknya lebih pendek iaitu 3.6 hingga 4.5 meter. "Pokok kurma ditanam mampu menjangkau 60 hingga 80 tahun, manakala tempoh matang untuk berbunga dan berbuah antara lima hingga tujuh tahun. | |||
Kayu buruk beri pulangan lumayan Posted: 18 Oct 2014 03:12 AM PDT
BAGAN SERAI - Siapa sangka kayu buruk dan reput mempunyai nilai harga tinggi yang tidak terlintas dalam pemikiran orang biasa. Samsudin Mohd Ghaus 29, berkata, kerja mencari buruk atau dipanggil kayu tongkol menjadi sumber pendapatan utamanya sejak dia berusia 18 tahun, iaitu sebaik menamatkan persekolahan. Menurutnya, kayu tongkol dipercayai berusia lebih 100 tahun dan amat sukar ditemui kerana terbenam dalam tanah berkedalaman hampir dua meter. Katanya, kayu tongkol berkenaan hanya boleh ditemui di kawasan Kerian, Larut, Matang dan Teluk Intan. "Kebiasaannya saya akan keluar menaiki motosikal sekitar jam 7.30 pagi, berbekalkan besi pencucuk dan mesin pemotong mencari kayu tongkol jauh dalam hutan di Bukit Merah dan Kampung Selamat. "Terdapat beberapa jenis kayu tongkol yang berharga seperti kumpas, merah, mancak, raidan, gambir dan teradih yang dibeli pemborong dengan harga tertentu mengikut saiz. "Untuk mencarinya, saya menggunakan sebatang besi khas untuk dicucuk ke dalam tanah bagi mengesannya dan jika bernasib baik, kayu tersebut akan dijumpai timbul di permukaan tanah," katanya. Samsudin berkata, bagi proses mengeluarkannya kayu berkenaan dia mengorek dengan tangan bagi mengelakkan kerosakan jika menggunakan cangkul. "Kadang-kadang kayu yang dijumpai sangat besar dan saya terpaksa memotongnya lebih kecil bagi memudahkan ianya diangkut keluar," katanya. Menurutnya, setiap potongan kayu dijual antara lingkungan RM5 hingga RM50 mengikut saiz dan ada masanya kayu yang mempunyai bentuk menarik boleh dijual melebihi RM 100. "Hampir setiap hari saya boleh dapat RM 150, tapi ada masanya terpaksa pulang dengan tangan kosong. "Pekerjaan ini sememangnya berisiko kerana hampir setiap hari saya terpaksa berdepan dengan ancaman ular berbisa dan babi hutan," katanya. Samsudin berkata, kayu tongkol yang dicarinya sebenarnya mempunyai nilai tersendiri dan di daerah Kerian sahaja, sebanyak empat pemborong yang menjadikannya produk eksport khas ke luar negara. "Kayu ini kebiasaannya dijadikan hiasan dalam akuarium, malah ada sebahagian yang mempunyai bentuk menarik diubah suai menjadi hiasan perabot. "Walau apa pun nilai estetika yang dihasilkan dari kayu ini, selagi ianya berharga, selagi itulah saya akan mencarinya sebagai sumber rezeki untuk menyara keluarga," katanya. | |||
Ular sawa baham ternakan penduduk Posted: 18 Oct 2014 03:10 AM PDT
PASIR PUTEH - Ular sawa seberat 80 kilogram (kg) yang mengancam ternakan penduduk di Kampung Gelam di sini, sejak beberapa bulan lalu berjaya ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kelmarin. Anggota JPAM, Fareez Helmi Ibrahim berkata, ular itu ditangkap jam 4 pagi di kawasan belakang pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selepas menerima aduan penduduk. Menurutnya, beliau bersama empat lagi anggota tidak mengambil masa lama untuk menangkapnya walaupun ular itu agak agresif. "Kami difahamkan ular itu sudah lama membaham ternakan penduduk, semalam ia memasuki reban itik yang berada tidak jauh dari kawasan habitatnya. "Penduduk yang mengesyaki sesuatu selepas mendengar bunyi bising ternakan memeriksa reban dan mendapati ular itu masih berada di dalam reban tersebut," katanya. Ular itu katanya, dibawa ke Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu kelmarin sebagai bahan pameran sebelum reptilia itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Fareez Helmi berkata, ular sawa batik atau nama saintifiknya, python reticulatus boleh membesar sehingga 10.05 meter dan merupakan ular terpanjang di dunia. "Ular sawa mempunyai 400 gigi yang tersusun dua baris pada bahagian bawah dan empat baris pada bahagian atas mulutnya. "Ligamen istimewa yang menyambungkan rahang atas dan bawah membolehkannya menelan mangsa tiga atau empat kali ganda saiz kepalanya," katanya. Katanya, kelebihan lain yang dimiliki ular sawa adalah berupaya mengesan haba mangsa berdarah panas walaupun pada waktu malam serta mengesan getaran mangsa pada tanah melalui tulang. Katanya, orang ramai perlu berhati-hati kerana ular itu terlalu berbahaya dan boleh menyerang manusia pada bila-bila masa dengan kekuatan otot yang luar biasa walaupun tidak mempunyai bisa. | |||
Posted: 18 Oct 2014 03:06 AM PDT SEBELAH tangannya berpaut pada birai perahu. Harun Muhammad mula menyelam, namun mata dan telinga ditumpukan sepenuhnya ketika di dalam air untuk mendengar punca bunyi ikan dari kedalaman laut yang biru itu. Harun merupakan salah seorang yang masih memiliki kemahiran sebagai pendengar ikan dan mungkin yang terakhir. Namun anak lelakinya, Zuraini, 44, menjadi satu-satunya perantis yang masih aktif mengamal seni tempatan yang hampir pupus itu. "Apabila kamu mendengar, ia seolah-olah melihat menerusi kaca dan kamu boleh melihat ikan kembung dan sardin," kata Harun, 68, yang sudah menangkap ikan di perairan Setiu, Terengganu iaitu kawasan pantai timur dan di luar bandar sepanjang hidupnya. "Bagi kami, hanya ikan gelama (jenis ikan raja) yang dicari. Bagaimanapun, dalam sekumpulan gelama akan ada ikan yang lain tetapi gelama adalah raja ikan." Pendengar-pendengar ikan lain telah ramai yang meninggal dunia, bersara atau beralih kepada kaedah moden iaitu teknologi pengesan ikan menyebabkan amalan tradisional itu kian pupus. Selain itu, faktor tangkapan yang semakin menurun dan kekurangan pembiakan ikan menyebabkan amalan seumpama itu mula dipinggirkan. Kajian mendedahkan perairan Malaysia telah kehilangan sekitar 92 peratus sumber perikanan antara tahun 1971 hingga 2007 akibat penangkapan ikan yang berlebihan. "Kamu tidak boleh meniru kaedah kami. Kamu perlu ada kemahiran dan belajar mengenai permukaan air terlebih dahulu sebelum mampu menghayati amalan ini," kata Harun. Menurut Harun, ada pemborong memberitahunya, jika dia ke laut, tidak akan ada gelama yang boleh dijual pada harga sehingga 10 kali ganda bagi ikan yang sama saiz. Dalam kalangan penduduk tempatan, Harun lebih mesra dengan panggilan Pak Harun. Bunyi ikan Ditanya mengenai gambaran ketika mendengar bunyi ikan, Pak Harun memberitahu, agak sukar untuk menggambarkan dengan tepat bunyi ikan. Bagaimanapun dia menjelaskan, bunyinya seperti batu-batu kecil yang jatuh ke dalam air. "Ikan-ikan itu mempunyai bunyi dan ikan lain, beza pula bunyinya. Apabila seseorang yang baharu dalam bidang ini, mereka tidak boleh membezakan jenis ikan hanya berdasarkan bunyi," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Pak Harun bersama 12 anak buahnya boleh turun ke laut hampir seminggu lamanya, namun mereka tidak lagi mendengar bunyi ikan gelama. Disebabkan itu, ia mengundang keraguan mengenai keupayaan mereka mendengar bunyi ikan se- perti yang didakwa. Bagaimanapun, pakar-pakar dalam bidang sonifery (bunyi ikan) me- nyatakan bahawa pelayar sememangnya telah lama mendengar bunyi ikan paus menerusi badan kapal mereka. "Penyelam skuba yang kerap menyelam juga tidak dapat mendengar apa-apa kerana mereka bernafas di bawah menggunakan kelengkapan menyelam selain air mengeluarkan bunyi yang dihasilkan oleh gelembung-gelembung udara. "Bagaimanapun, penyelam yang bebas menggunakan sebarang peralatan atau menyelam menggunakan alat pernafasan yang senyap boleh mendengar dengan lebih baik," kata ekologi marin yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Rodney Roundtree. Sementara itu, seorang bekas pendengar bunyi ikan menerangkan terdapat pelbagai teknik mendengar bunyi ikan. Malah, segelintir daripada mereka mendakwa dapat merasakan perubahan pada suhu air. Bagaimanapun pada Pak Harun, ia memerlukan pengalaman yang luas untuk memastikan deria lebih peka dan perlu membuka mata seluas-luasnya untuk mendengar bunyi ikan. "Selepas beberapa ketika, kamu seolah-olah boleh melihatnya. Meskipun keberadaan ikan itu sangat jauh, kamu boleh dapat rasakan arahnya sekali gus membawa kamu ke sana. "Apabila kamu telah mendekatinya, kamu boleh mendengar bunyi ikan itu dengan jelas sekali," ujarnya. Walaupun dia kelihatan sedikit buncit, berkulit gelap dan sudah beruban, Harun masih kekal ceria dan gembira pada usianya, cekap ketika melompat masuk dan keluar dari perahu untuk mendengar bunyi ikan. Daratkan ikan Apabila dia telah menemui lubuk sekumpulan gelama, anak-anak buahnya yang telah mematikan enjin bot akan bergerak ke hadapan lalu menurunkan jaring sambil menguak air di sisi bot supaya kumpulan ikan itu terperangkap dalam jaring. "Mesti kamu fikir bahawa ikan ini bodoh tetapi ia boleh melihat kamu datang. Apabila ikan mendengar bunyi bot, ia akan melarikan diri. Ini akan memberi 'amaran' kepada rakan-rakan ikan lain supaya berenang melarikan diri. "Mendaratkan ikan yang banyak adalah mudah jika sumber ikan itu banyak," kata Pak Harun. Bagaimanapun, selepas berdekad melakukan penangkapan ikan, kini dia terpaksa mendengar sehingga beberapa kali di bawah terik matahari sebelum dapat mengesan coretan lagu gelama. Faktor pemodenan termasuk pengorekan pasir, akuakultur, kilang-kilang dan nelayan pukat tunda telah mengubah bencah di kawasan Setiu yang kaya dengan sumber. Malang-nya, ekosistem pantai sepanjang 14 kilometer di Laut China Selatan itu kini terancam. Kerajaan negeri Terengganu telah melakukan permohonan untuk menjadikan kawasan pantai Setiu sebagai Tanah Bencah Setiu, sebuah Taman Negeri dilindungi kerana keunikan ekosistem di kawasan itu yang menjadi habitat populasi terakhir tuntung laut. Bagi Pak Harun pula, tangkapan semakin hari semakin tidak menentu dengan purata kasar kira-kira RM2,000 seminggu, hanya sedikit yang tinggal selepas ditolak bayaran untuk kru kapal, bahan api, penyelenggaraan dan kos lain. "Setiap tahun, hasil tangkapan semakin berkurangan dan saya pula tidak begitu mahir melakukan kerja lain, jadi saya masih perlu meneruskan pekerjaan ini," kata anaknya, Zuraini. Dalam pada itu, Zuraini memberitahu, suatu hari nanti dia akan melatih salah seorang daripada anak-anaknya untuk mewarisi kemahiran mendengar bunyi ikan. "Saya tidak mahu melihat kemahiran dan amalan ini hilang begitu sahaja," katanya. Sementara itu, Malaysia merupakan negara yang tinggi mengambil makanan laut di dunia. Penyelidik Industri Perikanan menyatakan, rakyat Malaysia memakan purata 56.5 kilogram (kg) makanan laut seorang setiap tahun, malah ada yang lebih daripada Jepun. Purata makanan laut global ialah 20kg. Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Hidupan Liar Malaysia, Datuk Dr. Dionysis Sharma berkata, penangkapan ikan yang berlebihan dijangka mengancam perairan Malaysia dan berisiko untuk menjadikan lautan luas dan tandus. Organisasi itu juga memberi amaran bahawa perairan Malaysia boleh kehabisan makanan laut menjelang tahun 2048. | |||
Medan anjakan industri motosikal Posted: 18 Oct 2014 03:03 AM PDT KOMPLEKS Koelnmesse yang terletak di Cologne, Jerman kembali sunyi pada petang 5 Oktober 2014. Bangunan yang terletak kira-kira 580 kilometer (km) dari bandar Berlin itu menjadi tuan rumah kepada pameran motosikal antarabangsa Intermot edisi 2014. Intermot adalah sebuah pameran dan program dagangan dwitahunan yang menjadi sebuah platform menemukan ratusan pengeluar motosikal dan para pelabur dari serata dunia di Eropah. Tahun ini menadakan ulang tahun ke-50 penganjuran Intermot. Acara edisi 2014 berjaya menghimpunkan sebanyak 960 syarikat dari 35 buah negara di ruang pameran seluas 118,000 meter persegi dalam Kompleks Koelnmesse. Inilah medan yang menjadi saksi kepada ketibaan pelbagai model motosikal baharu untuk pasaran dunia. Antara jenama antarabangsa yang membuat penampilan ialah BMW, Ducati, Honda, Kawasaki, KTM, Suzuki, Kymco, Yamaha, Piaggio, Triumph, Victory, Indians dan Husqvarna. Di sudut lain, kelihatan beberapa pempamer daripada industri sokongan dan aksesori mengambil bahagian dalam acara kali ini. Antara jenama yang terlibat ialah Daytona, Held, iXS, Nolan, Rukka, Schuberth, Alpha Technik, Rizoma, Ohlins, Akrapovic, Bridgestone, Kabuto, Metzeler, Rev'It dan Yuasa. Intermot bukannya satu pameran dagangan statik. Ia sebenarnya menawarkan solusi interaktif dengan adanya sebuah tapak aktiviti seluas 70,000 meter persegi yang disediakan khas untuk sesi tunggang uji bagi para pengunjung, pameran modifikasi motosikal dan demonstrasi produk-produk berkaitan industri motosikal. Pameran itu berjaya merekodkan ketibaan lebih daripada 201,000 pengunjung dari 105 buah negara sepanjang tempoh lima hari penganjurannya. Daripada jumlah pengunjung itu, 30 peratus adalah komuniti pelabur yang sedang mengintai peluang pelaburan dan perniagaan baharu. Apa yang menariknya, pameran Intermot kali ini menyaksikan pelancaran lebih 20 buah model motosikal baharu merangkumi pelbagai segmen dalam industri. Setiap ruang pempamer ada sahaja menyediakan kejutan buat para pengunjung. Himpunan model unik Di kawasan Kawasaki, peluang yang ada digunakan untuk menayangkan kepakaran dan kehebatan teknologi kejuruteraan Kawasaki Heavy Industries (KHI) menerusi model motosikal Kawasaki Ninja H2R. Siapa sangka syarikat Jepun itu menzahirkan produksi sebuah superbike dengan padanan teknologi turbin (supercharger) yang mampu mengekstrak tenaga lebih daripada segelintir jentera-jentera perlumbaan MotoGP. Bukan sekadar hamburan kuasa, KHI juga mempersembahkan kreativiti binaan komponen penutup badan dan fairing daripada material gentian karbon bersama sayap lawi untuk memastikan tayar hadapan Ninja H2R tetap melekat di jalan raya biarpun paras kelajuan tunggangannya mencecah 322km sejam. Tidak terhenti di situ, KHI juga mendedahkan siri motosikal touring baharu Versys 650 dan 1000 yang bakal menemui para peminatnya tidak lama lagi. Motosikal kembara itu diberi solekan baharu dengan tambahan beberapa inovasi terkini. Penulis difahamkan, Kawasaki Malaysia akan membawa masuk model Ninja H2R, Versys 650 dan Versys 1000 ke pasaran domestik selewat-lewatnya pada akhir bulan hadapan. Di sudut berlainan, BMW menyambut ketibaan Kawasaki Ninja H2R dengan senjata terbaharunya iaitu BMW S1000RR edisi 2015. Motosikal superbike buatan Jerman itu didakwa lebih pantas, berkuasa dan ringan tetapi sarat dengan pelbagai teknologi bantuan tunggangan baharu. Model S1000RR hanya kurang satu kuasa kuda jika dibandingkan dengan Ninja H2R. Ducati pula menggamit memori tahun 1970-an apabila memperkenalkan siri Scrambler kepada khalayak ramai. Model yang mengimbangi konsep rekaan retro dengan teknologi moden itu memberi fokus kepada elemen ekspresi, fesyen, keupayaan dan warisan Ducati untuk golongan pembeli muda. Sebanyak empat varian diperkenalkan iatu Ducati Scrambler Icon, Urban Enduro, Full Throttle dan Classic. Ducati Malaysia dijangka membawa masuk salah sebuah varian Scrambler untuk tonton umum tidak lama lagi. Yamaha Motor muncul tayangan motosikal konsep tiga roda yang dinamakan sebagai 01GEN dan mendakwa jentera itu menawarkan pengalaman tunggangan unik. Motosikal dengan skema warna biru perak itu mampu meredah pelbagai jenis permukaan bumi dengan tetapan dua mod tunggangan. Tidak cukup dengan itu, Yamaha Motor memperkenalkan model XJR1300 dan XJR1300 Racer serta jentera street MT-07 edisi Moto Cage. Selain majlis pengenalan model-model motosikal baharu, Intermot juga mencipta rekod tersendiri apabila mencatat lebih daripada 25,000 sesi tunggang uji dalam tempoh lima hari. Sesi itu merangkumi pelbagai jenis motosikal untuk kanak-kanak sehingga jentera kembara berkuasa tinggi. Tidak lupa model-model motosikal mesra alam yang menggunakan elektrik sebagai tenaga penggerak. Rata-rata peserta Intermot 2014 mengakui penganjurannya semakin matang dan memainkan peranan penting untuk menganjakkan industri motosikal global. Presiden Persatuan Industri Motosikal Jerman, Heiner Faust berkata, Intermot 2014 berjaya menetapkan standard baharu dengan catatan jumlah pengunjung dan pelancaran pelbagai model motosikal baharu. Turut senada dengan Faust ialah Pengarah Pemasaran Triump Motorcycles Jerman iaitu Lissa Herr. Dia berpendapat, peningkatan jumlah pengunjung antarabangsa mencerminkan pertumbuhan minat dalam industri motosikal dan Intermot itu sendiri. Bagi Ketua Jualan dan Pemasaran Kawasaki Motors Europe Jerman, Ingolf Zekalle pula, penyertaan Kawasaki dalam pameran kali ini adalah wajar kerana ia membantu memacu jualan motosikal syarikat bagi tahun 2015. Apa yang menariknya ialah ada pengkritik industri mendakwa Intermot 2014 sudah mampu menggugat populariti Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA di Itali sebagai pameran motosikal nombor satu dunia. Sejauh mana kebenarannya, nantikan sahaja sejauh mana hebatnya persembahan EICMA 2014 yang dijadualkan berlangsung pada November ini. | |||
Pakej perkahwinan Marina Putrajaya Posted: 18 Oct 2014 03:01 AM PDT DARI luar, bangunan berwarna coklat dan kelabu yang tertera tulisan biru Marina Putrajaya hanya kelihatan biasa-biasa sahaja. Namun, sebaik sahaja melangkah masuk, siapa sangka pihak pengurusan rupa-rupanya menawarkan pelbagai aktiviti dan pakej menarik pada harga murah demi melihat Marina Putrajaya (yang dahulu dikenali sebagai Pusat Maritim) di Presint 5, Putrajaya menjadi tumpuan pelancong apabila bertandang ke pusat pentadbiran kerajaan. Sesuai dengan taglinenya, Its More Than Just A Marina (Ia lebih daripada Sebuah Marina) keadaannya yang tenang dan berhawa dingin pasti membuatkan sesiapa sahaja yang bertandang ke situ merasa damai apatah lagi ia terletak bersebelahan tasik yang begitu mempesona. Kepada yang datang dengan menaiki kereta, tempat letak kenderaan disediakan. Marina Putrajaya ditubuhkan pada tahun 2008. Ketua Pegawai Eksekutif Marina Putrajaya Sdn. Bhd., Zaharah Salamat berkata, antara tawaran menarik yang menjadi taruhan pihaknya sebagai produk panas ialah pakej perkahwinan. Katanya, Marina Putrajaya sentiasa membantu bakal pengantin untuk menjadikan hari bahagia mereka sebagai kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan. Terdapat tiga jenis taman yang boleh disewa iaitu Laman Indera Kayangan, Indera Sari dan Indera Puri. "Menjadi trend sekarang ini mengadakan majlis perkahwinan di taman atau dewan. Sehubungan itu, kami menawarkan pakej perkahwinan berkonsep taman di tepi tasik termasuk makanan, kerusi dan meja serta pelbagai lagi berkaitan perkahwinan serendah RM55 seorang. "Makanan pula boleh dibawa dari luar jika pihak pengantin mahu menggunakan khidmat katering sendiri. Kita juga mempunyai kolam untuk dewasa dan kanak-kanak pada harga antara RM3 dan RM5 satu sesi dan parti persendirian pada harga harga RM150 seorang," jelasnya ketika ditemui. Seorang selebriti dan penyanyi kegemaran remaja, Alif Satar telah melangsungkan perkahwinannya di sini dengan pasangannya, Sha Dila Halid pada 20 September lalu. Selain itu tambah Zaharah, Marina Putrajaya juga menawarkan pakej bulanan bagi mereka yang berminat untuk ke gimnasium, sauna, snuker dan pool serta squash hanya RM150 berbanding harga asal iaitu RM1,800. Karaoke turut disediakan bagi yang gemar menguji suara. Mercu tanda Bagi yang membawa tiga rakan, mereka boleh mendapatkan khidmat tersebut secara percuma. Menurut Zaharah, kepada penggemar sukan air, mereka boleh berkayak, kanu, meluncur, menaiki perahu naga, kapal layar, ski dan sebagainya di tasik yang berada bersebelahan bangunan tersebut. "Kami juga mempunyai tempat untuk pembinaan pasukan (team building) dengan mengadakan modul keselamatan dan keyakinan air merangkumi jurulatih, minuman, makan tengah hari, minum pagi dan sijil pada harga RM85 seorang," katanya. Ujar Zaharah, pihaknya juga menyediakan dewan seminar pada harga RM95 seorang termasuk minum pagi dan petang serta makan tengah hari selain pertunjukan air pancut berwarna pada sebelah malamnya. Pertunjukan itu diadakan setiap hari. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan Marina Putrajaya sejak awal tahun ini, Zaharah optimis dengan hasratnya untuk menjadikan kompleks tersebut sebagai mercu tanda Putrajaya. "Pelbagai rancangan lain untuk menarik perhatian orang ramai sedang dibincangkan termasuk menjalinkan kerjasama dengan pihak pengurusan sebuah pusat peranginan untuk membuat taman tema mini bagi merancakkan lagi aktiviti sukan air di sini," katanya. Ujar Zaharah, selain gimnasium, pihaknya juga akan mengadakan kelas senamrobik tarian zumba bagi yang ingin menguruskan badan dengan cara yang sihat. Lokasi ideal "Kita mahu menjadikan Marina Putrajaya sebagai gerbang pelancongan kerana ia tidak sesak seperti di Kuala Lumpur dan tidak dibenarkan sebarang aktiviti tidak senonoh seperti bercumbuan. "Apa yang membezakan kami dengan yang lain ialah pelanggan mendapat layanan kelas pertama sesuai dengan harga yang ditawarkan," katanya. Pemandangan tasik yang cantik menjadikan Marina Putrajaya sebagai lokasi yang ideal bagi perlangsungan sesebuah majlis perkahwinan. Sementara itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Lelaki Seperti Aku, Muhammad Alif Mohd. Satar, 24, atau lebih dikenali sebagai Alif Satar yang melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya di Marina Putrajaya, pada bulan September lalu menjelaskan, dia memilih Marina Putrajaya sebagai lokasi majlis resepsinya kerana tertarik dengan keindahan pemandangan tasik Putrajaya itu. Menurut Alif, Marina Putrajaya merupakan kawasan yang ideal dan strategik kerana persekitarannya yang kondusif untuk tetamu yang datang ke majlis resepsinya. "Pada awal perancangan, saya bercadang untuk melangsungkan majlis saya di sebuah kawasan yang terbuka tetapi apabila memikirkan keadaan cuaca yang tidak menentu, saya memilih Marina Putrajaya. "Saya juga mengetahui tentang tempat ini melalui ibu bapa dan mereka mencadangkan supaya melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di sini," katanya ketika dihubungi Kosmo!. Penyanyi yang merupakan suami kepada pasangannya, Sha Dila Halid, 30, mengatakan majlis resepsinya itu berjalan lancar dan dia berasa sangat berpuas hati. "Majlis saya sangat sederhana dan Marina Putrajaya merupakan satu tempat yang bagus untuk sesiapa yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan. "Dewan di Marina Putrajaya tidak terlalu besar bahkan tidak terlalu kecil, makanan yang disediakan juga enak dan lokasi juga sangat strategik," ujarnya lagi. Alif sempat memberitahu bahawa selain pemandangan tasik yang cantik, Marina Putrajaya juga mempersembahkan pertunjukan air pancut yang berwarna-warni pada waktu malam untuk pasangan pengantin itu. "Kesemuanya berjalan dengan sempurna dan ia merupakan satu pengalaman indah yang tidak dapat kami lupakan," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan