ads

Ahad, 19 Oktober 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Anak kucing tumpang kasih beruk betina

Posted: 19 Oct 2014 08:47 PM PDT


  • Gelagat Putih dan beruk peliharaan Zainudin yang sangat akrab.Gelagat Putih dan beruk peliharaan Zainudin yang sangat akrab.

KEMAMAN - Pelik tapi benar! Seekor anak kucing terbuang berusia empat bulan yang dipungut seorang pemandu di Klinik Kesihatan Bandar Ceneh Baru menumpang kasih seekor beruk betina apabila kedua-duanya kelihatan akrab tak ubah seperti ibu dan anak.

Kemesraan dua ekor haiwan itu mula terjalin sejak Zainudin Ismail, 52, membawa pulang anak kucing itu ke rumahnya dua bulan lalu selepas menemuinya berkeliaran dalam keadaan kelaparan di kaki lima lot kedai dekat sini.

Zainudin berkata, simpati akan keadaan anak kucing itu yang kurus kering, dia mengambilnya untuk dipelihara dan diberikan nama Putih.

Katanya, di rumah dia turut membela seekor beruk betina yang ditemui di tepi Jalan Cheneh-Mak Lagam dalam keadaan cedera kerana dilanggar dua tahun lalu.

"Walaupun spesies berbeza, kedua-dua haiwan belaan saya ini sangat rapat hingga kedua-duanya dilihat sentiasa makan dan bermain bersama seperti ibu dan anak.

"Beruk betina milik saya ini juga kelihatan sangat sayangkan Putih dan kedua-duanya sering berpelukan antara satu sama lain," katanya.

Katanya, sehingga kini Putih tidak sedikit pun dicederakan beruknya itu.

"Saya sekeluarga sangat terhibur dan adakalanya tersentuh hati setiap kali lihat gelagat Putih dan ibu baharunya ini. Dua haiwan ini ibarat anugerah ALLAH SWT kepada kami sekeluarga kerana situasi ini jarang terjadi," katanya.

Ramai Lelaki Mahu Dekati Izreen Azminda

Posted: 19 Oct 2014 05:16 AM PDT


Izreen tidak buka hati pada mana-mana lelaki buat masa ini.
PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda mendedahkan ada lelaki cuba mendekatinya selepas lima bulan dia memeggang status janda.
Bagaimnapaun, Izreen, 29, berkata, dia belum bersedia untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya buat masa ini kerana bimbang hatinya akan disakiti oleg golongan itu.

Saya tak izin orang menyakiti hati saya dan untuk masa terdekat ini, memang ramai yang mencuba mendekati saya tetapi saya belum bersedia.

"Bagi saya apa yang berlaku masih baru dan biarlah saya beri tumpuan kepada anak dahulu," ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, banyak aspek yang perlu diambil kira selepas  memegang status ibu tunggal.

Izreen berkata, lelaki yang ingin mendekatinya juga perlu menerima anaknya Muhammad Umar Adrian yang kini berusia setahun tiga bulan.

"Sudah tentu saya perlu utamakan anak saya dahulu, kalau seseorang lelaki itu mahu mengenali saya, dia perlu terima anak saya juga," ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang status janda yang dipikulnya Izreen tidak merasakan ia sebagai bebanan.

Baginya, status tersebut hanya sekadar gelaran dan ia tidak memberi sebarang tekanan kepadanaya dalam meneruskan kehidupan.

"Orang sekarang sudah maju dan tidak ada masalah dengan status atau gelaran janda.

"Saya sendiri tidak anggap ia sebagai tekanan, hanya segelintir masyarakat yang memberi komen negetif tentang perkara itu yang membuatkan saya tertekan," katanya.

Izreen berkata, apa yang membeza kehidupannya selepas berstatus ibu tunggal apabila banyak perkara perlu dilakukannya sendiri.

Dia akui pada mulanya agak sukar untuk melaluinya seorang diri, namun banyak yang dipelajari terutama dalam menguruskan hal-hal kehidupan.

Dalam pada itu, bercakap tentang pelakon yang sering digosipkan dengannya iaitu Amar Baharin, Izreen berkata, hubungan mereka rapat  sebelum dia berumah tangga lagi.

"Amar kawan yang baik dan kami berkawan sejak saya anak dara lagi tetapi orang tidak ambil perhatian kerana kami tidak popular ketika itu," ujarnya.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan Muhammad Riza Baharuddin dan mereka telah bercerai pada 9 Jun 2014 selepas mendirikan rumah tangga kira-kira hampir dua tahun.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah.

Konsert Hayat 45 Tahun Seniman Ramli Sarip Bertenaga

Posted: 19 Oct 2014 05:16 AM PDT

Ramli berjaya membuai penonton Istana Budaya dengan lagu-lagu popular dendangannya.
KUALA LUMPUR: Biarpun sudah berusia 63 tahun, Penyanyi yang digelar Papa Rock Datuk Ramli Sarip berjaya memberi persembahan bertenaga dalam konsert Hayat...45 Tahun Seniman Ramli Sarip yang berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya, pada malam Jumaat lalu.

Konsert yang mengimbau penglibatannya sepanjang 45 tahun dalam industri muzik tanah air ini membuatkan penonton terpukau dengan kelunakan suara beliau dalam menyanyikan lagu-lagu popularnya.

Acara bermula tepat pukul 9 malam, Ramli keluar bersahaja berbaju hitam mendendangkan lagu Tersendiri sebagai pembuka tirai pada malam itu.


Lebih mengasyikan tiupan seksofon daripada komposer muzik Jari mengiringi nyanyian beliau membuatkan penonton terbuai dan menyanyi bersama-sama penyanyi itu.

Dalam konsert tiga jam itu Ramli mendendangkan lebih 20 buah lagu termasuk lagu Doa, Batu, Syair Laila Dan Majnun, Temasya Desa Gemalai, Bukan Kerana Nama, Tajam danIstilah Bercinta yang mengembalikan memori zaman kegemilangan rock tanah air sekitar tahun 80-an.

Selain itu konsert bersejarah ini turut menampilkan penyanyi asal lagu Zakiah iaitu Achmad Albar yang berasal daripada Indonesia.

Pada malam itu, Achmad turut diberi peluang menyanyikan dua buah lagu termasuk lagu Zakiah yang dinyanyikan secara duet bersama Ramli.



Selain Achmad, penyanyi Aris Ariwatan dan Dayang Nurfaizah turut tampil sebagai penyanyi undangan pada konsert tersebut.

Dalam pada itu, Ramli sempat berinteraksi dengan penonton menyatakan tentang perjalanan kerjaya nyanyian hingga kini.

"Konsert ini menceritakan perjalanan dan detik permulaan bagaimana saya mencari Ramli Sarip, banyak pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama penonton.

"Pengalaman bagaimana proses saya berhijrah daripada menyanyi dalam kumpulan iaitu Sweet Charity hingga saya bergerak secara sendiri dengan nama Ramli Sarip," ujarnya.

Pada segmen penutup, beberapa lagu popular seperti Teratai, Sejuta Wajah, Kamelia, danDoa Buat Kekasih mendapat reaksi dan tepukan gemuruh daripada penonton.

Konsert ini turut menampilkan barisan pemuzik Man Kidal (gitar utama), Rizal Halim (gitar kedua), Tom Anuar (drum), Fauzie Zain (bass), Roza Rasul (kibod utama), Belle Fatah (kibod kedua), Kamrulbahrin Hussin (perkusi utama), Paang Zaman (perkusi kedua), Boy Razli (flute/gambus) dan pemuzik jemputan seperti Aji Samin (gitar) dan Din Safari (bass).

Selain konsert, Ramli turut mengadakan galeri lukisan untuk menjual koleksi peribadinya buat peminat dan hasil kutipannya akan disumbangkan kepada badan-badan tertentu yang memerlukan.
Konsert Hayat 45 Tahun... Seniman Ramli Sarip berlangsung pada 17 hingga 19 Oktober di Panggung Sari, Istana Budaya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved