ads

Sabtu, 18 Oktober 2014

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


sumber :-

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


8 Gambar Kereta Kesayangan Milik Pekin Ibrahim

Posted: 17 Oct 2014 06:55 PM PDT

Pelakon Pekin Ibrahim memiliki sebuah kereta Volkswagen Golf GTi yang sporty yang cantik.

Kereta Golf GTi ini kalau model baru boleh mencecah RM 200 ribu dan kalau secondhand masih boleh dijual dengan harga RM 80 ribu ke atas (bergantung spec dan tahun keluaran).

Kereta Pekin Ibrahim pada mulanya berwarna merah dan pelakon ini baru sahaja mengecat semula keretanya kepada warna biru 2 minggu lepas (awal bulan Oktober).

Jom layan gambar kereta Pekin Ibrahim.






- sumber -

Anak Gadis Derhaka, Buat Maksiat Depan Ibu

Posted: 17 Oct 2014 06:51 PM PDT


Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.

Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK).

Enam pegawai penguatkuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.

Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yang ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.

Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian, katanya.

Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka.

Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yang berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

PADK akan mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap diri mereka, katanya.  - sumber -

Iklan Payudara Penyebab 500 Kemalangan Dalam Masa 24 Jam

Posted: 17 Oct 2014 06:48 PM PDT


Moscow -
 Satu iklan yang menunjukkan seorang perempuan sedang memegang payudara dengan tangan dikatakan penyabab 500 kemalangan yang berlaku dalam masa sehari.

Iklan yang sama diletakkan pada 30 lori itu bagaimanapun tidak mempamerkan puting payudara tersebut kerana telah ditapis menggunakan garisan biru.

Pengguna jalan raya yang tidak senang dengan iklan itu telah membuat laporan polis bagi membuang iklan tersebut dari jalan-jalan di Moscow.

Seorang penunggang motor, Ildar Yuriev, 35 berkata, "Saya sedang dalam perjalanan ke perjumpaan bisnes dan ternampak satu gambar payudara yang besar tertampal di bahagian tepi lori".

"Kemudian saya dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang yang mengatakan fokusnya lari apabila ternampak lori tersebut.", tambahnya lagi.

Syarikat pengiklanan yang terbabit dalam isu ini, Sarafan Advertising Agency berkata mereka terjejas kemalangan disebabkan gambar itu akan diberikan wang pampasan sekiranya tidak dibayar oleh insuran mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved