Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Beza 7 Tahun Tidak Halang Cinta Sherry Ibrahim & Fattah Amin
- Sam (Bunkface) Sedia Kahwin Aida
- Drama Lakonan Anzalna Bakal Disiarkan Luar Negara
- Terpedaya Janji Manis Punca Berlaku Ganggguan Seksual
- Ziana korban masa demi keluarga
- 35,000 walrus terdampar di Alaska
- Padah wanita hina polis
- Mampu jinakkan ular berbisa
- Nama terpanjang di Malaysia
- Tomok, penyanyi hip hop pilihan Hafiz Hamidun
- Jambatan kaca setinggi 180 meter
- Nicol Calon MPV Sukan Asia
- "Diana Johor Berbohong" - Freddie Fernandez
- Pengarah Drama Jelas Sikap Dingin Sara Ali
- Ella pilih Felda
- Lelaki terkuat miliki 19 rekod dunia
- Bilionair mahu bina hospital ‘kapal layar’
- Fasa baharu jual beli muzik
- Perancangan pewarisan harta
Beza 7 Tahun Tidak Halang Cinta Sherry Ibrahim & Fattah Amin Posted: 02 Oct 2014 08:05 PM PDT | ||||
Sam (Bunkface) Sedia Kahwin Aida Posted: 02 Oct 2014 08:04 PM PDT | ||||
Drama Lakonan Anzalna Bakal Disiarkan Luar Negara Posted: 02 Oct 2014 08:03 PM PDT | ||||
Terpedaya Janji Manis Punca Berlaku Ganggguan Seksual Posted: 02 Oct 2014 08:00 PM PDT EKSKLUSIF | ||||
Ziana korban masa demi keluarga Posted: 02 Oct 2014 07:57 PM PDT
"BILA bercakap mengenai pengorbanan sebenarnya ia melibatkan perkara yang sangat meluas. Saban hari dalam kehidupan kita, ada pengorbanan yang dilakukan dan pengorbanan itu tidak semestinya dilakukan sempena sambutan Aidiladha sahaja. "Bagi saya sendiri, sebagai seorang isteri dan ibu masa adalah pengorbanan terbesar yang saya lakukan dalam hidup untuk mendidik anak-anak serta demi kebahagiaan keluarga," tuturnya ketika ditanya mengenai erti pengorbanan yang diraikan sempena sambutan Aidiladha yang bakal tiba. Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, penyanyi hebat tanah air, Ziana Zain turut mengatakan, sebagai seorang anak, dia juga tidak akan melupakan tanggungjawab terhadap ke dua ibu bapa yang sudah banyak berkorban membesarkannya. "Walaupun sudah ada keluarga sendiri, sebagai seorang anak kita perlu berkorban untuk ibu bapa sebab jasa mereka sangat bermakna dan membahagiakan mereka juga tanggungjawab kita. "Bagaimanapun pengorbanan tidak hanya terhad untuk ahli keluarga semata-mata. Kalau berkemampuan, kenapa tidak kita membantu sesama manusia yang memerlukan," ujarnya. Pada masa yang sama, ibu kepada empat cahaya mata ini turut mendedahkan dirinya sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima. "Sebenarnya saya sudah lama saya berniat untuk mengerjakan haji. "Insya-ALLAH kalau ada rezeki mungkin masa itu akan tiba, lagi pun ibu pernah berpesan, jika kita sudah berniat, Allah pasti akan makbulkan," katanya penuh teruja. Dalam perkembangan lain, Ziana bakal tampil dengan single terbaharunya yang kini masih lagi dalam proses susunan muzik. | ||||
35,000 walrus terdampar di Alaska Posted: 02 Oct 2014 07:56 PM PDT
LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT . Sekurang-kurangnya 35,000 walrus terdampar di pantai Alaska susulan pencairan ais Artik yang berpunca daripada perubahan iklim, menurut pakar kaji cuaca, kelmarin. Jurucakap Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, keadaan tersebut telah berlaku sejak hampir enam hingga lapan tahun lalu disebabkan pemanasan global. "Anak walrus yang terdampar di pantai terdedah kepada risiko kematian akibat dipijak dan kebiasaannya haiwan mamalia yang menyerupai anjing laut itu hanya akan keluar ke permukaan ais untuk makan,"katanya, dipetik dari laporan AFP. Sementara itu, Pegawai Penyiasatan dari udara Artik Marine Mamalia Megan Ferguson memberitahu, pada awalnya terdapat hanya 1,500 walrus yang terdampar, namun jumlah itu meningkat sehingga 24 kali ganda dalam beberapa hari. | ||||
Posted: 02 Oct 2014 07:54 PM PDT
IPOH – Tindakan seorang wanita memuat naik gambar dua anggota polis yang menyamannya dalam laman sosial, Facebook membawa padah apabila dia bakal dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Sebelum ini, wanita berusia 29 tahun itu ditahan oleh dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) terbabit atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu kereta jenis Proton Saga FLX di Kampar, dekat sini. Menerusi status Facebooknya, wanita terbabit menyatakan tindakan dikenakan terhadapnya itu bertujuan untuk mendapatkan 'duit kopi' dan dia turut menulis 'tidak guna polis dan kerajaan'. Susulan status yang dilihat menjejaskan imej polis, anggota terlibat membuat laporan di Balai Polis Kampar pada jam 2.15 petang, 29 September lalu. Anggota berpangkat Lans Koperal itu membuat laporan setelah berasakan status ditulis wanita terbabit berunsur hinaan kerana menjatuhkan maruah, reputasi dan kredibiliti pengadu sebagai anggota polis dan menjatuhkan imej PDRM. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kampar, Asisten Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, pihaknya menerima laporan polis terbabit namun kes berkenaan diserahkan kepada SKMM untuk siasatan lanjut. "Wanita terbabit telah dipanggil untuk ambil keterangan dan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kandungan statusnya menghina seseorang," katanya. | ||||
Posted: 02 Oct 2014 07:52 PM PDT TANAH MERAH - Mohd Fauzi Sarwani Seman, (gambar) 31, atau dikenali sebagai Fauzi Ular merupakan anak kelahiran Kampung Ulu Bertam, Mukim Air Naga, Tanah Merah. Antara kemahiran sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah ini ialah menjinakkan ular berbisa, selain melakukan aksi manusia robot. | ||||
Posted: 02 Oct 2014 07:49 PM PDT SHAH ALAM - Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam diiktiraf sebagai nama terpanjang pernah didaftarkan di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN). Nama unik itu diumumkan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Sulaiman Keling ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Ibu Pejabat JPN, baru-baru ini. Difahamkan, pemilik nama terpanjang di Malaysia itu masih menuntut di sebuah sekolah rendah dan berusia lapan tahun. Sulaiman dalam pada itu berkata, nama terpanjang itu adalah antara maklumat menarik yang pernah dikendalikan JPN sejak beroperasi pada 1948. "Mungkin ramai yang tidak tahu, namun ia (nama terpanjang) adalah antara maklumat menarik seperti nama yang paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini. "Suka untuk saya kongsikan dengan semua pada majlis hari ini (semalam) mengenai keunikan yang ada pada JPN," katanya ketika berucap di hadapan lebih 400 hadirin. Majlis Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 itu disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff. | ||||
Tomok, penyanyi hip hop pilihan Hafiz Hamidun Posted: 02 Oct 2014 07:47 PM PDT Pada saat dia menghasilkan album Zikir Terapi, tidak boleh dinafikan populariti Hafiz Hamidun melambung tinggi. Album dakwah tersebut nyata bukan album picisan, sebaliknya sambutan peminat yang membeli tiga siri album tersebut (Zikir Terapi 1, 2 dan 3) mencecah angka 400,000 unit. Zikir Terapi 3 yang telah berada di pasaran sejak bulan Ramadan lalu menjadi album terakhir siri tersebut yang diterbitkan oleh syarikat Arteffects International dan diedarkan oleh Warner Music. Malah, album tersebut juga telah membolehkan penyanyi nasyid berusia 30 tahun itu menerima anugerah triple platinum. Selepas kejayaan siri album tersebut, Hafiz yang ditemui pada pelancaran Zikir Terapi 3 yang berlangsung di Flora Terrace, Hamspire Place, Kuala Lumpur baru-baru ini menyatakan, dia akan muncul dengan album baharu tetapi kembali mengenengahkan konsep genre nasyid. Lebih daripada itu dia kini mencari seorang penyanyi hip hop untuk berkolaborasi dengannya kelak. Kosmo!: Hafiz, anda menyatakan akan muncul dengan album baharu yang bukan lagi seperti Zikir Terapi, sebaliknya anda akan kembali dengan irama nasyid. Boleh ceritakan sedikit mengenai album tersebut? HAFIZ: Ya, sebenarnya saya rindu untuk mempunyai album nasyid seperti pada zaman bersama kumpulan UNIC dahulu. Jadi saya kembali menghasilkan album pop ketuhanan. Sehingga kini, saya sudah merakamkan tiga buah lagu. Insya-Allah jika tiada aral melintang, album baharu itu akan dilancarkan dalam bulan Mac tahun depan. Dalam album itu, saya sudah merancang untuk berkolaborasi dengan beberapa artis lain, antaranya Tomok. Saya juga mengimpikan untuk berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi hip hop di negara ini bagi membawa lagu yang mengandungi unsur nasyid. Siapa penyanyi hip hop itu dan kenapa anda memilih penyanyi daripada genre ini untuk berganding bersama? Setakat ini, saya belum mempunyai pilihan yang khusus. Pada kali ini, saya memang mahu menonjolkan kolaborasi bersama penyanyi hip hop kerana mahu mencontohi penyanyi seperti Yasin yang dahulu pernah berduet bersama Too Phat dalam membawa lagu berunsur ketuhanan. Malah, Too Phat sendiri pernah menghasilkan lagu dakwah seperti Alhamdulillah. Jika mereka boleh lakukannya, kenapa tidak saya lakukan perkara yang sama. Bagaimanakah anda boleh membayangkan lagu tersebut kelak bakal terjadi? Apabila saya kembali kepada asal untuk membuat sebuah album nasyid, ia tidak bermakna saya meninggalkan corak album zikir sebelum ini. Jadi di dalam lagu yang menyaksikan saya akan berkolaborasi itu nanti, elemen zikir akan menjadi faktor kekuatan lagu tersebut, sekali gus membawa kelainan. Boleh anda jelaskan mengenai penundaan konsert Zikir Terapi Diri yang sepatutnya diadakan di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching, Sarawak pada 3 Oktober ini? Jika mengikut perancangan, konsert itu ditunda tetapi saya tetap mahu meneruskan hasrat melakukan konsert tersebut. Memang tarikh sebenar ialah pada 3 Oktober depan tetapi akibat bertindih dengan sebuah program bersama RTM dan tarikhnya pula dekat dengan tarikh Hari Raya Aidiladha, maka saya terpaksa tunda kepada tarikh lain. Saya merancang meneruskan konsert itu pada hujung tahun ini. Sementara itu, saya menggantikan konsert tersebut dengan persembahan zikir di Menara Kuala Lumpur, Exclusive Night With Hafiz Hamidun at Mega View pada 7 November depan. Difahamkan anda kini telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Arteffects dan hanya menjadi Pengarah Kreatif sahaja. Mengapa anda meletak jawatan? Saya meletak jawatan atas sebab kesuntukan masa menguruskan syarikat. Pada masa yang sama saya juga sibuk dengan perniagaan, jadi lebih baik saya letak jawatan dan kini saya hanya fokuskan kepada kerja-kerja kreatif dalam syarikat sahaja. Anda menyatakan sibuk dengan perniagaan. Perniagaan apa yang anda ceburi dan mengapa ceburkan diri dalam bidang perniagaan pula? Saya kini sibuk dengan urusan perniagaan butik Mikraj Concept. Terletak di Empire Damansara, Damansara Perdana, butik tersebut menempatkan pelbagai jenama baju, koleksi jubah milik saya sendiri, aksesori, jubah lelaki dan wanita serta banyak lagi. Saya masuk dalam bidang ini kerana saya ingin membuka peluang kepada pembeli secara dalam talian (online) untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka ke dunia nyata. Saya juga ada merancang untuk membuka cawangan di setiap negeri. | ||||
Jambatan kaca setinggi 180 meter Posted: 02 Oct 2014 07:46 PM PDT HUNAN – Sepasukan jurutera membina sebuah jambatan kaca yang menghubung dua lereng bukit setinggi 180 meter di daerah Pingjiang dalam wilayah Hunan, tenggara China, lapor Metro Online kelmarin. Jambatan sepanjang 300 meter ini berbeza daripada sebuah lagi jambatan gantung di wilayah Hebel kerana struktur tersebut berbuai apabila ditiup angin. Seorang wanita tempatan, Yun Ku, 23, berkata, dia teruja apabila berpeluang menyeberangi jambatan kaca itu. "Pada awalnya, saya tidak berasa apa-apa tetapi kaki saya longlai selepas berjalan kira-kira 100 meter di atas jambatan tersebut," kata Ku. Bantuan kakitangan yang dilatih khas turut disediakan bagi membantu pengunjung untuk menyeberangi jambatan tersebut. | ||||
Posted: 02 Oct 2014 07:41 PM PDT | ||||
"Diana Johor Berbohong" - Freddie Fernandez Posted: 02 Oct 2014 04:32 AM PDT | ||||
Pengarah Drama Jelas Sikap Dingin Sara Ali Posted: 02 Oct 2014 04:31 AM PDT | ||||
Posted: 02 Oct 2014 04:15 AM PDT Ella mahu masuk Felda. Begitu pengakuan yang dibuat penyanyi yang digelar Ratu Rock negara itu demi mencapai matlamat penjualan album baharunya kelak tepat kepada sasaran. Ironi, pada masa kini saat banyak anak muda memilih penjualan album menerusi digital kerana peredaran masa, Ella pula memilih untuk kembali menjual album seperti zaman 80-an dengan mendekatkan diri kepada khalayak di luar bandar. Lebih menarik, ia merupakan strategi serampang dua mata apabila penyanyi berusia 48 tahun itu bukan sekadar mahu menjual album baharunya, tetapi turut merancang sebuah konsert jelajah sempena ulang tahun ke-28 pembabitannya sebagai anak seni. "Buat masa ini, album tersebut sudah 60 peratus siap pembikinannya. Saya memilih untuk masuk ke beberapa gugusan Felda yang terpilih bagi mempromosikan album baharu tersebut. "Selain menjual album, saya teruja untuk mengadakan konsert di dalam Felda dan mendekatkan diri saya dengan peminat di luar bandar seperti dahulu," jelas Ella yang ditemui di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini. Bercerita tentang album terbaharunya terlebih dahulu, Ella memberitahu dia menggunakan khidmat komposer tersohor Datuk M. Nasir serta Sam Bunkface yang disifatkannya sebagai seorang komposer muda berbakat besar. "Saya menyifatkan Sam sebagai komposer muda yang punya banyak kelebihan. Selain komited, Sam punya ilmu muzik yang 'mahal'," ujar Ella tentang Sam yang menulis sebuah lagu berjudul Istimewa. 28 tahun Mengakui dirinya seorang yang memilih, Ella memberitahu bahawa kemunculannya semula dalam konsert jelajah yang dirancang pada hujung tahun ini memerlukan kesempurnaan dari banyak segi dan bukan hanya untuk suka-suka. Tempoh 28 tahun berkecimpung dalam industri seni memungkinkan Ella memilih yang terbaik untuk mengisi kanvas perjalanan kariernya. "Sebenarnya saya sudah lama mahu membuat konsert tetapi saya jenis seorang yang sangat memilih, kepuasan dan kesempurnaan dari semua segi. "Saya tidak mahu melakukan konsert tanpa sasaran. Sebaliknya setiap sesuatu yang saya lakukan mestilah ada perkara dan motif yang mahu disampaikan kepada penonton. Konsert bukan untuk suka-suka tetapi perlu ada sesuatu untuk dipersembahkan kepada penonton yang hadir," ujar pelantun lagu Pengemis Cinta itu. Sesekali bergurau senda dengan lagak badannya yang liuk lentok, Ella yang juga baru selesai menjalankan penggambaran di Indonesia untuk klip video lagu duetnya bersama penyanyi dari negara itu, Anji turut berkongsi perkembangan kesibukan jadual hariannya. "Selain sibuk menguruskan album baharu, saya juga kini sibuk dalam urusan program Mentor Legend yang akan bersiaran di TV3 pada 16 November ini pukul 9 malam. Uji bakat untuk mencari protege saya akan diadakan pada 18 dan 19 Oktober ini. "Saya tidak memilih apa kriteria yang harus ada pada protege saya. Cukuplah jika dia seorang yang bagus, berbakat dan pandai menyanyi. Tidak ada masalah untuk saya kongsikan apa sahaja ilmu kepadanya nanti," ujarnya sambil tersenyum manis. Tidak ketinggalan, Ella turut berkongsi kisah kehidupannya yang kini bahagia melayari alam berumah tangga bersama juruterbang FireFly, Azhar Husaini Ghazali. Selepas dua tahun berkahwin, dia menyatakan, hidupnya normal seperti orang lain tetapi mengakui bahagia mempunyai seorang suami yang sangat memahami dan penyayang. "Walaupun dia (Azhar) sibuk dengan tugas dan sehingga pada tahap dia hanya ada di rumah sebulan sekali, namun itu semua tidak menjadi masalah kerana saya juga sibuk dengan kerja. "Jadi, dia memahami saya dan saya memahami dia. Selalu saya berharap dia dapat ikut menemani saya bekerja tetapi tidak boleh kerana dia juga bekerja dalam bidang yang tidak menentu masa bertugas. "Kami hanya dapat keluar bersama sebulan sekali sahaja. Tapi jika ada masa terluang, saya teringin untuk melakukan aktiviti jamming bersama suami di rumah," ujarnya manja mengakhiri perbualan. | ||||
Lelaki terkuat miliki 19 rekod dunia Posted: 02 Oct 2014 04:13 AM PDT COBOURGE – Seorang lelaki yang juga paderi di sebuah gereja di Kanada telah diiktiraf sebagai individu terkuat di dunia apabila berjaya memecahkan 19 rekod dunia dalam acara menarik objek berat, lapor MailOnline semalam. Lelaki itu, Kevin Fast, 51, sehingga kini masih memegang sembilan rekod dunia yang masih belum dicabar mana-mana individu lain seperti menarik kapal terbang seberat 188.83 tan. Fast turut memegang rekod menarik sebuah jentera bomba sejauh 30 meter selain pernah mencipta rekod menarik sebuah rumah seberat 40 tan. Lelaki yang tinggal di Cobourge, Kanada itu pernah bersaing secara profesional dalam banyak acara di Amerika Utara dan masih mengekalkan sembilan rekod dunia tanpa dapat dicabar oleh mana-mana pesaing. "Kebanyakan masyarakat sukar untuk mempercayai saya mampu melakukan semua perkara ini dan beranggapan saya hanya seorang paderi biasa," kata Fast yang telah bertugas sebagai paderi selama 22 tahun. Tahun lalu, Kevin telah mencipta empat rekod dunia masing-masing dalam acara menarik trak dengan lengan seberat 12.5 tan, menimbang 11 orang di atas bahu, melontar 14 batang kayu balak dalam masa tiga minit dan menarik kereta luncur salji seberat 17.5 tan. | ||||
Bilionair mahu bina hospital ‘kapal layar’ Posted: 02 Oct 2014 04:12 AM PDT MOSCOW – Seorang bilionair Rusia merancang untuk membina sebuah hospital berbentuk seperti sebuah kapal layar, lapor akhbar MailOnline semalam. Bilionair tersebut, Vasily Klyukin berkata, binaan yang dinamakan Hospital dan Spa White Sail itu kelak akan muncul sebagai hospital paling menarik di dunia. Klyukin berkata, beliau mendapat ilham untuk mendirikan hospital unik selepas menjalani ujian kesihatan untuk menyertai program pelancongan ke angkasa lepas. "Saya akan berlepas ke angkasa lepas tahun hadapan. Saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan. Saya mahu membina hospital yang tidak menakutkan pesakit," tambah Klyukin. Hospital itu akan dibina di Bandar Raya Ekonomi Tunisia, Enfidha. Projek tersebut disokong oleh firma Arab Saudi, Lalei Al Barakah Est dan akan dibina oleh firma kejuruteraan Thornton Tomasetti. | ||||
Posted: 02 Oct 2014 04:10 AM PDT TITIK perubahan industri muzik global bermula sekitar tahun 2000 apabila pendapatan daripada jual beli muzik secara digital mengatasi penjualan album secara fizikal (atau dalam bentuk cakera padat). Menurut laporan Persekutuan Industri Fonografi Antarabangsa (IFPI), keuntungan yang diperoleh daripada penjualan album digital meningkat sebanyak 4.3 peratus ($5.9 bilion/ RM19.2 juta) dari tahun 2013 hingga suku pertama tahun ini. Sementelah, kadar muat turun single secara digital telah meningkat sebanyak 11 peratus dan penjualan album secara digital pula menaik sebanyak 24 peratus. Hal ini membuktikan bahawa industri muzik kini sedang mengalami fasa evolusi baharu yang mengubah trend pendengar mendapatkan muzik dalam konteks yang lebih jelas lagu yang mereka inginkan dengan kaedah lebih cepat dan efisien. Perkara itu dipersetujui oleh Mior Luqman Hakim atau lebih popular dikenali sebagai Myo, salah seorang daripada enam anggota kumpulan indie, Oh Chentaku yang melihat perkembangan jual beli album secara digital memudahkan cara dan mampu menjana pendapatan lebih sistematik. "Platform digital telah banyak membantu band indie dalam usaha memasarkan produk mereka kepada khalayak, faktor kos biasanya menjadi penghalang untuk artis merakamkan sesebuah album namun apabila munculnya pelbagai teknologi canggih, bebanan itu dikurangkan dan kos itu boleh disalurkan untuk promosi jelajah atau konsert. "Namun tidak dinafikan masih ada pendengar yang mahu membeli album dalam versi fizikal kerana mahu menjadikan item berkenaan sebagai kenang-kenangan dan bersifat keberadaan. Maksudnya mereka boleh melihat, mendengar dan merasa dalam satu masa," ujarnya yang menjadi salah seorang panel jemputan sempena forum Music Business 101: Power People pada persidangan dan pameran KL Converge 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. KL Converge 2014 merupakan platform berlatarkan persidangan dan pameran industri digital dan kreatif anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Ia merupakan persidangan bagi komunikasi, penyiaran, teknologi digital dan kandungan kreatif seperti filem, animasi, muzik dan drama. Single vs album Dalam pada perdebatan mengenai isu album yang dijual secara fizikal dan album digital, pertimbangan juga harus diletakkan pada penciptaan lagu single yang menjadi wahana lebih pantas meraih perhatian khalayak massa. Kata Myo, trend terkini melihat satu single sahaja sebenarnya sudah memadai untuk mendapatkan pendedahan maksimum dan populariti. Ada antara penyanyi yang hanya muncul dengan satu single kemudian terus hilang tanpa sempat mencipta album penuh. "Penciptaan single penting bagi seseorang artis terutama yang baru memulakan langkah sebagai penyanyi. Album sebenarnya cuma kad pengenalan kepada seseorang penyanyi dan kepentingan utamanya untuk mengembangkan sayap ke negara asing. Kalau lagu itu mesra pendengar dan sering diputarkan di radio tidak mustahil satu single saja sudah mencukupi!" tegasnya. Perkara itu dilihat selari dalam arus industri muzik di Amerika Syarikat kerana menurut data yang telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat rakaman indie di Amerika Syarikat, Tom Silverman & Tommy Boy Records, jumlah jualan yang diperoleh daripada jual beli secara digital meningkat dari $2.6 bilion (RM8.5 bilion) pada tahun 2006 menjadi $14.8 bilion (RM48.8 bilion) pada tahun 2011. Populariti single lebih efektif berbanding album disokong oleh penerbit dan komposer terkenal Audi Mok. Katanya sebuah single cukup untuk menyerang kelompok masyarakat tertentu. "Kuasa single mampu mencipta satu niche dalam sesuatu khalayak masyarakat. Apabila ramai yang mendengar dan menyokong single itu, penyanyi dan album (jika ada) akan sendirinya meraih dinamik," ujarnya. Bukti paling jelas juga apabila Anugerah Industri Muzik (AIM) telah mula memansuhkan kategori album dan digantikan dengan single (atau lagu) bermula tahun 2009 (AIM 17) ekoran kemerosotan jumlah penghasilan album di Malaysia ketika itu. Enam buah kategori album telah dimansuh dan ditukarkan kepada kategori lagu iaitu Album Pop Terbaik, Album Pop Etnik Terbaik, Album Rock Terbaik, Album Hip Hop Terbaik, Album Nasyid Terbaik dan Album Inggeris Tempatan Terbaik sementara Album Dangdut Terbaik dimansuhkan sepenuhnya. Justeru, pandangan itu tidak disokong oleh Naib Presiden Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Darren Choy. Tegasnya, kaedah mempromosikan single berbanding album telah terbukti menyebabkan banyak syarikat rakaman dan peruncit tempatan di Indonesia gulung tikar. "Tolak ke tepi masalah cetak rompak yang telah melanda kebanyakan negara Asia Tenggara sejak lebih 10 tahun lalu, apabila kebanyakan artis bertindak mengeluarkan hanya satu single pada satu tempoh masa peruncit bakal mengalami gangguan daripada produk untuk dipasarkan. "Mereka terlupa wujudnya cakera padat, kaset dan suatu masa dahulu piring hitam yang menjadi tanda pengenalan seseorang penyanyi kerana asyik terleka memuat turun atau mendengar satu lagu (single) sahaja. "Mengambil contoh di negara Korea Selatan pula, rata-rata penjualan cakera padat penyanyi pujaan mereka masih mendapat sambutan yang memberangsangkan. Formula rahsia mereka adalah pembungkusan produk yang sangat menarik," tambah Audi. Servis muzik strim Faktor perkembangan penghasilan single melebihi jumlah album sekali gus mendorong syarikat antarabangsa menyediakan platform dengan format portal muzik untuk kemudahan pendengar mendapatkan lagu yang mereka idamkan. Kelebihan portal muzik yang bersifat servis muzik strim itu antara lainnya menyediakan servis khusus untuk didengar atau dibeli oleh pendengar berdasarkan genre dan kategori artis tertentu. Beroperasi secara dalam talian, servis muzik strim dijalankan dengan kemudahan aplikasi telefon pintar seperti Android, iOS, Symbian, Windows Mobile dan Linux. Memandang daripada sudut positif, kewujudan portal-portal muzik antaranya iTunes, Spotify, Deezer, Pandora dan Rhapsody telah mengurangkan masalah cetak rompak yang menjadi punca utama kemerosotan penghasilan album. Malah, ia sekali gus memusnahkan beberapa laman sesawang yang menyediakan kemudahan muat turun lagu secara percuma seperti Megaupload. Dalam pada itu, Pengarah Urusan IFPI, Frances Moore telah menyelar tindakan sesetengah syarikat teknologi termasuk Google dan Wikipedia yang membantah tindakan penguatkuasaan Akta Anti Cetak Rompak Dalam Talian dan Akta Perlindungan Harta Intelek di bawah undang-undang Hadopi setelah diperkenalkan oleh negara Perancis. Penguatkuasaan dua akta terbabit telah berjaya mengurangkan perkongsian percuma sebanyak 26 peratus dan membendung cetak rompak dalam talian sejak diperkenalkan 2009. Sementara itu, beberapa syarikat penyedia perkhidmatan internet telah diarahkan untuk menyekat laman sesawang pro cetak rompak di beberapa buah negara seperti New Zealand, Itali, Belgium, Austria, Finland, Malaysia dan India. Malah, kata Presiden Perniagaan Digital Global Universal Music, Rob Wells perkembangan servis muzik strim menjadi pemacu baharu keuntungan industri muzik. "Sehingga kini kami tidak melihat sebarang penurunan daripada segi penggunaan servis muzik strim. Kami jangkakan syarikat terbabit bakal berkembang lebih pesat dalam tempoh 12 bulan akan datang," ujarnya. Jangkaan itu turut disokong oleh Darren selaku Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura. Ujarnya, syarikat rakaman dan artis paling beruntung kerana mereka akan dibayar setiap kali lagu-lagu mereka didengar di platform portal muzik berkenaan. Memberikan contoh di negara Australia, penggunaan iTunes telah menjangkau 80 peratus penduduk di negara terbabit yang memuat turun atau membeli lagu yang mereka minati. Hal itu membuktikan bahawa pendengar semasa lebih suka mendengar muzik berbanding 'memiliki' muzik. "Sama seperti YouTube, servis muzik strim menjana pendapatan melalui iklan dan yuran langganan. Walaupun Spotify contohnya baru beroperasi selama setahun di Malaysia, selepas berkolaborasi dengan syarikat telekomunikasi tertentu pengguna servis muzik strim tersebut meningkat mendadak dan lebih 100,000 pengguna membayar untuk yuran langganan bulanan servis berkenaan," kata Darren. | ||||
Posted: 02 Oct 2014 04:06 AM PDT PERANCANGAN harta adalah salah satu mauduk yang penting yang perlu dititikberatkan dalam konteks kehidupan semasa kita. Islam menegaskan tentang keperluan untuk kita merancang dan memanfaatkan harta dengan sebaik-baiknya. Ini dapat dilihat daripada kebijaksanaan Nabi Yusuf dalam perancangan harta yang dirakam oleh al-Quran dalam surah Yusuf dari ayat 47 hingga 49. Baginda menganjurkan agar sebahagian kekayaan hasil bumi Mesir sepanjang tujuh tahun yang subur disimpan bagi menghadapi tujuh tahun kemarau yang menyusul selepas itu. Mekanisme pengurusan risiko yang disusun Baginda bukan sekadar berjaya menyelamatkan penduduk setempat daripada krisis makanan, bahkan dapat memberi bantuan kepada penduduk Kan'an (menurut beberapa riwayat dalam Tafsir Ibn Kathir) hingga mempertemukan Baginda semula dengan saudara-saudara kandung yang sudah lama terpisah. Islam menyarankan pengikutnya agar merancang harta yang dianugerahkan oleh Allah bukan sekadar untuk hayatnya, bahkan kita dianjurkan mengurus dan merancang aset yang dimiliki untuk persediaan selepas kematian. Pada suatu hari, Rasulullah menziarahi sahabatnya, Saad Ibn Abi Waqqas yang sedang gering. Saad menyatakan bahawa beliau merupakan seorang yang berharta, namun tidak mempunyai zuriat kecuali seorang anak perempuan. Beliau meminta izin agar dua pertiga hartanya disedekahkan, namun Rasulullah melarang. Baginda juga tidak membenarkan Saad untuk mengeluarkan separuh kekayaannya dalam bentuk sedekah. Rasulullah bersabda: "Sepertiga! sepertiga itu juga banyak. Sesungguhnya, jika kamu meninggalkan zuriatmu dalam keadaan yang kaya, lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam kemiskinan dan meminta-minta kepada manusia." (Hadis Riwayat Muslim: 1628) Apabila seseorang meninggal dunia, harta mereka akan digunakan bagi menampung kos pengurusan jenazah dan melangsaikan hutang yang ditinggalkan. Harta itu kemudiannya akan diagihkan menurut hukum hakam faraid selepas wasiat si mati dipenuhi dalam kadar satu pertiga yang dibenarkan. Sebahagian kita mungkin mempersoalkan keperluan mengurus harta pewarisan, sedangkan hukum faraid sudah tersedia. Adakah kita cuba mempertikai hukum Allah? Ya, sebagai seorang Muslim kita amat berbangga dengan pensyariatan hukum faraid yang adil dan dinamik. Namun, terdapat beberapa instrumen alternatif bagi mengatasi situasi tidak dijangka dalam pewarisan harta. Contohnya, jika kita mempunyai seorang anak angkat atau saudara-mara yang miskin yang tidak dikategorikan sebagai waris dalam hukum faraid. Bagaimanakah caranya kita boleh membantu mereka? Dalam kes ini, kita boleh menetapkan mereka dalam senarai wasiat dengan syarat tidak melebihi sepertiga harta perwarisan. Konsep hibah pula boleh diaplikasi bagi membantu sebahagian waris ketika pewaris masih hidup. Merancang pewarisan pusaka boleh mengelakkan masalah seperti pertelingkahan sanak saudara dan harta tidak dituntut. Kita boleh menggunakan khidmat pengurusan pusaka seperti yang ditawarkan oleh Amanah Raya Berhad dan Maybank Trustee. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan