ads

Khamis, 2 Oktober 2014

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


DAHLAN ZAINUDIN BAKAL BERGELAR DATUK

Posted: 01 Oct 2014 11:14 PM PDT



Dahlan Zainudin, 73, yang telah hampir 40 tahun bergelar anak seni akhirnya menerima pengiktirafan apabila dianugerah gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Dahlan menerima anugerah tersebut di Balai Rong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, hari ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SUAMI GAGAL BAYAR NAFKAH - A. AIDA FAILKAN SAMAN

Posted: 01 Oct 2014 10:18 PM PDT



Bekas suaminya kepada A. Aida, Suffian Sulaiman, 46, yang bertugas sebagai Deputi Superintendan, Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur, didakwa gagal melunaskan bayaran nafkah anak selepas dia dan A. Aida bercerai setahun yang lalu.

Sehubungan itu, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, yang diwakili peguamnya, Zulkifli Che Yong telah mengambil keputusan untuk menfailkan saman penghutang penghakiman terhadap bekas suaminya itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 176 Akta Tatacara Mal 1984.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ISU HUTANG - SHILA AMZAH NAFI MASA SUSAH MINTA MAKANAN ORANG

Posted: 01 Oct 2014 06:37 PM PDT



Baru-baru ini, ada pihak yang membangkitkan isu hutang berbelas ribu termasuk cerita mengenai zaman susah Shila Amzah dan bapanya. Dakwa mereka, jika dulu Shila sering bertandang ke rumah Den Wahab dan makan di sana, kenapa kini Shila tidak ingat kisah tersebut bila senang.

Mengenai soal iu, Shila yang menulis melalui Twitternya mengakui pernah jatuh dalam perniagaan dan susah tetapi tidaklah sampai mahu meminta makan di rumah orang. Ia jelas bermaksud, susah senang mereka yang tanggung sendiri tanpa mengharapkan ihsan pihak lain.

"Kami pernah susah, bisnes jatuh tetapi tidaklah sampai meminta untuk makan di rumah orang. Kami enam orang boleh kongsi sebungkus nasi tanpa berhutang dengan awak," jelas Shila.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MUNGKIN JADI PRAMUGARA - ARIL AF7 'BERHENTI' DARIPADA ERA FM

Posted: 01 Oct 2014 03:06 PM PDT



Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Khairil Azam Pilus atau Aril AF7 akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada stesen radio Era FM. Alasan Aril berhenti dari Era, dia mahu menumpukan perhatiannya kepada bidang pengacaraan dan nyanyian.

Perkembangan tersebut telah diumumkan sendiri oleh Aril menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

"Saya tidak ke mana-mana. Cuma, selepas ini saya mahu kembali fokus kepada bidang pengacaraan dan nyanyian. Tambahan pula, album saya akan berada di pasaran pada bulan ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AKIBAT DEMAM PANAS - RAS ADIBA RADZI DIMASUKKAN KE ICU

Posted: 01 Oct 2014 02:41 PM PDT



Personaliti televisyen yang sememangnya tabah menempuh pelbagai suka duka, iaitu Ras Adiba Radzi semalam dimasukan ke ICU (Unit Rawatan Kecemasan) di sebuah hospital yang dirahsiakan akibat demam panas.

Keadaan Ras Adiba itu disahkan sendiri oleh adiknya, Ras Afiona Radzi melalui FB.

"Keadaannya sangat lemah tetapi ia stabil. Saya berharap agar kita dapat doakan kesihatannya," ujar ahli keluarga lain yang enggan dikenali.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved