ads

Jumaat, 17 Oktober 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Yazer & Ekin (AF3) Bakal Nikah Selepas Krisis Cinta Diselamatkan

Posted: 17 Oct 2014 05:29 AM PDT


Yazer mengesahkan akan berkahwin dengan kekasihnya, Ekin pada hujung tahun ini.
PETALING JAYA: Penyanyi Yazer mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya Ekin pada 26 Disember ini selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta.

Yazer atau nama sebenarnya Mohd Yazer Yusof, 32, juga tidak menyangka perhubungan yang lama itu akhirnya dapat disatukan meskipun cinta mereka pernah putus seketika pada hujung tahun lalu.

"Jujurnya, saya sangka jodoh kami tidak panjang lebih-lebih lagi hubungan kami putus pada November tahun lalu.

"Selepas masing-masing bermuhasabah diri, saya mengambil keputusan untuk memujuk Ekin pada April lalu dan terus melamarnya tanpa membuang masa," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di kediaman keluarga Ekin di kampung Bebuloh Laut, Labuan, Sabah dan acara resepsi diadakan pada 28 Disember di lokasi sama.
Yazer dan Ekin bakal berkahwin Disember ini.

Bagaimanapun, Yazer belum merancang sama ada mahu mengadakan majlis di kampungnya, Tawau, Sabah atau tidak.

"Majlis kami sederhana sahaja. Tengoklah macam mana, jika ada rezeki lebih makan kami turut akan mengadakan majlis di kampung saya juga," tuturnya.

Dalam pada itu, tambah Yazer, dia juga bersyukur apabila Ekin atau nama sebenarnya Norashikin Abdul Rahman, 30, menerima lamaran itu tanpa berfikir terlalu lama.

Katanya, selepas putus cinta selama lima bulan, jiwa mereka berasa kosong dan saling memerlukan antara satu sama lain.

"Saya anggap ada hikmahnya kami berpisah sementara. Masing-masing berfikir tentang hala tuju hubungan ini apatah lagi kami susah senang bersama.

"Dan saya percaya sukar untuk kita mencari pasangan yang sanggup jatuh bangun bersama-sama. Doakan jodoh kami kuat hingga akhir hayat," ujarnya.

Yazer dan Ekin mula menjalinkan hubungan cinta ketika mereka menyertai program realiti siaran Astro, Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) pada tahun 2005.

Najwa Mahiaddin Sesuaikan Diri Bertudung Selepas Tunai Haji

Posted: 17 Oct 2014 05:28 AM PDT


Foto imej terbaru Najwa yang dikongsi bersama pembaca mStar Online.
PETALING JAYA: Penyanyi Najwa Mahiaddin masih belajar untuk menyesuaikan diri apabila membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji pada Selasa lalu.

Pegawai perhubungan awam penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Najwa, 28, bagaimanapun memberitahu, semasa dalam proses menyesuaikan diri ini, pelbagai perkara boleh berlaku sama ada dia mahu berubah dengan imej baharunya itu ataupun kekal kepada penampilan sebelum ini.

"Memang Najwa sudah bertudung selepas menunaikan haji baru-baru ini. Tetapi dia pun tidak berani mengulas panjang mengenai perkara tersebut kerana risau sekiranya, imej itu bersifat sementara sahaja.

"Kerana itu juga dia tidak memuat naik sebarang foto dirinya bertudung di Instagram. Bagaimanapun dia berharap imej itu akan kekal, Insya-Allah," katanya yang dihubungimStar Online di sini pada Khamis.

Najwa kini berada di Singapura untuk menjayakan persembahan pada Anugerah Planet Muzik (APM) yang akan berlangsung pada Jumaat (hari ini).
Joe (kiri) bersama Najwa dan rakan-rakan mereka.
Sementara itu, Joe berkata, pihaknya bersama Najwa sedang membuat penelitian dan kaji mengenai imejnya itu.

"Setakat ini, apa yang dilihat dalam gambar yang saya berikan adalah imej tudung yang dipakai Najwa sekarang. Tetapi pihak kami tetap akan mengkaji pelbagai gaya tudung bersesuaian untuk Najwa tampil di khalayak.

"Lagipun Najwa seorang yang sederhana tetapi tetap memiliki elegan yang tersendiri. Nantikan saja imejnya pada acara APM malam ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Najwa yang sudah pun tamat pengajiannya di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS) hujung tahun lalu ingin memberi fokus kepada karier nyanyiannya di negara ini.

Najwa yang bernaung di bawah syarikatnya sendiri iaitu Nada Biru Muzik Sdn Bhd akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat rakaman Sony Music Malaysia bagi penerbitan albumnya akan datang.

Fizz Fairuz Tidak Ambil Kesempatan Adegan Peluk Dua Artis

Posted: 17 Oct 2014 05:27 AM PDT


Fizz Fairuz.
PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz tidak penah menyimpan hasrat untuk mengambil kesempatan terhadap dua aktres iaitu Lisa Surihani dan Miera Leyana apabila terpaksa berpeluk dengan dmereka yang menjadi isterinya dalam filem terbaharu mereka berjudul Dendam Orang Mati.
Fizz, 35, berkata, adegan tersebut dilakukan atas dasar memenuhi kehendak skrip dan jalan cerita yang ingin disampaikan pengarahnya, Jason Chong dan ia tidak lebih daripada itu.

"Ada beberapa babak yang mungkin tidak menyenangkan penonton dan ingin saya tegaskan bahawa ia sekadar memenuhi kehendak skrip dan bukannya saya sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap mereka.

"Kami semua profesional dan apa yang dilihat dalam filem itu nanti hanyalah sekadar tanggungjawab kami untuk menjayakan watak diberikan," katanya kepada mStar Online.
Fizz ditemui selepas majlis tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan di Cathay E@Curve di sini pada Rabu lalu.

Dendam Orang Mati bakal menemui penonton dipawagam bermula 23 Oktober ini.
Barisan pelakon filem Dendam Orang Mati iaitu Miera Leyana, Fizz Fairuz, Jason Chong (pengarah), Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim.
Bercakap mengenai filem itu, Fizz berkata, dia menerima pelawaan untuk membintangi karya berkenaan kerana sudah lama berhajat untuk bergandingan dengan aktres berkenaan.

Malah Fizz turut memuji kredibiliti isteri kepada Yusry Abdul Halim itu yang berjaya menterjemahkan watak sebagai wanita psiko dengan baik.

Lisa adalah antara sebab saya terima tawaran berlakon dalam filem ini kerana kagum dengan bakatnya dan wataknya sebagai Lena dalam Dendam Orang Mati sangat mengagumkan," jelasnya.

Sementara itu, Fizz turut mengakui pada awalnya dia agak sukar dan keliru untuk menyampaikan wataknya sebagai Shahrul kerana tidak memahami kehendak pengarahnya.

Bagaimanapun kata Fizz, selepas menonton sendiri karya berkenaan, dia sangat berpuas hati dengan hasil akhir filem itu dan menganggap Jason mempunyai sentuhan luar biasa sebagai pengarah.

Ini pertama kali saya berlakon dibawah arahan Jason dan harus akui saya keliru dengan apa yang cuba dia lakukan pada watak saya tetapi selepas melihat hasilnya saya mula memahami apa yang cuba dilakukan Jason semasa berada di set penggambaran.

"Banyak yang saya belajar daripada Jason dan pengalaman berada di set dalam jangka masa panjang nampaknya berbaloi," katanya.

Dendam Orang Mati  mengisahkan misteri Lena yang tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan.

Lena mula mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku di flat tersebut ekoran berlakunya beberapa kejadian aneh dan menyeramkan. Gangguan seram tersebut sekali gus memberi tekanan terhadap Lena yang terasa diabaikan oleh suaminya, Sharul yang berkahwin lain.

Kumpulan Radio Star Lantik Agensi Antarabangsa Ukur Rating

Posted: 17 Oct 2014 05:26 AM PDT


Kudsia Kahar
PETALING JAYA: Kumpulan Radio Star telah melantik sebuah syarikat antarabangsa iaitu GfK untuk menjalankan kajian terhadap pendengar radio bagi empat stesen di bawah syarikat berkenaan iaitu  Red FM, Suria FM, 988 dan Capital FM.

Kaji selidik itu bagi ukuran pendengar sepanjang tempoh 2014.

Ketua Pegawai Operasinya, Kudsia Kahar berkata,  sebelum ini pihaknya menggunakan perkhidmatan Nielsen yang bergantung kepada penggunaan buku harian dalam kaedah penyelidikan mereka.

Bagaimanun kali ini pihaknya menjalinkan kerjasama dengan GfK yang diakui berpengalaman dalam menguruskan kaji selidik rating radio di beberapa negara seperti Jerman, Belanda dan Australia.

Pengenalan e-diari bagi komputer, tablet dan telefon pintar yang menggunakan internet, membenarkan GfK untuk memperolehi data terperinci daripada pendengar online atau melalui telefon mudah alih.

"Pendekatan ini sesuai dengan perubahan dalam landskap media dan gaya hidup terkini," katanya kepada mStar Online dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Katanya, GfK telah membuktikan keberkesanannya dalam mengukur jumlah pendengar radio di Australia, yang ternyata mempunyai industri radio yang dinamik.

Ujarnya, pada ketika ini tidak dapat disangkal orang ramai lebih banyak mendengar radio secara dalam talian dan proses kajian juga perlulah seiring dengan perubahan itu.

Tambah Kudsia, Kumpulan Radio Star tidak ragu-ragu untuk mengambil langkah ini kerana ia dapat membantu dalam memahami trend pendengar sementara kaedah penyelidikan yang digunakan tidak terlalu berbeza, sebaliknya ia lebih terkini dan terperinci.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved