sumber :-
Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- 'Pukul' Ayu Raudhah, Iqram Mohon Maaf Kepada Zaquan
- Siti Saleha Komen Dituduh Bergambar Lucah
- "Tiada Persiapan Kahwin Nabila" - Amy (Search)
- Awie Anggap Tuah, Mokhtar Dahari Muncul Dalam Mimpi
'Pukul' Ayu Raudhah, Iqram Mohon Maaf Kepada Zaquan Posted: 10 Sep 2014 03:06 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly memohon maaf kepada suami Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha jika dia terasa hati melihat isterinya dipukul teruk dalam filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3). Iqram, 33, berkata, sebagai suami, Zaquan mempunyai hak untuk berasa bengang apabila melihat babak Ayu dipukul tetapi pada masa sama pemain bola sepak itu perlu faham ia hanyalah lakonan semata-mata. "Saya tidak boleh pertikaikan hak dia (Zaquan) sebagai suami apabila berasa marah melihat adegan tersebut. "Dan saya memohon maaf sekiranya dia terasa hati sehingga mengeluarkan status meluahkan rasa tidak puas hati Ayu dipukul," katanya yang dihubungimStar Online di sini pada Rabu. Pada petang Selasa, Zaquan yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan memuat naik status di Twitter meluahkan rasa tidak puas hati melihat adegan Ayu dipukul Iqram dalam Lagenda Budak Setan 3 (LBS3) ketika menghadiri pra tonton filem tersebut pada 27 Ogos lalu. Adegan itu menyebabkan Zaquan bertegas tidak membenarkan isterinya berlakon lagi. "Saya tak sanggup tengok isteri diperlakukan sebegitu.. lepas ini, no more shooting!!! #lagendabudaksetan3," luah Zaquan dalam Twitter miliknya. Status tersebut membuatkan Iqram membalas komen Zaquan menyatakan ia hanyalah sebuah lakonan, bukannya seperti bermain bola sepak. "Lu ingat berlakon dalam filem sama ke main bola sepak di padang. Bukannya wa rembat bini lu macam bola dowh!! Gentle Ahh. #lagendabudaksetan3," balas Iqram semula. Sementara itu, Iqram mengakui, Ayu trauma selepas berlakon pada tiga babak pertama untuk babak pukul itu. Kata Ayu, dia tidak pernah diperlakukan sebegitu kasar dan dia kemudiannya terus masuk ke bilik dan menangis. Saya datang memujuknya kerana ada satu lagi babak pukul antara saya dan dia. Dan kami berbincang untuk hanya melakukan satu 'take' sahaja. "Ketika berlakon babak akhir, saya pun bersungguh menjiwai watak manakala Ayu pula benar-benar trauma dan menangis. Selepas selesai babak itu, saya meminta maaf terus kepadanya dan dia pun okey. "Penggambaran itu pun berlaku dua tahun yang lalu. Tak sangka ia jadi isu pula," ujarnya. Dalam filem arahan Sharad Sharan itu, Iqram memegang watak sebagai Shan yang terlalu menyayangi isterinya, Zahirah (Ayu). Namun Shan seorang yang kuat cemburu dan sering memukul isterinya apabila melihat mana-mana lelaki mendekatinya. Ia juga mengisahkan tentang Kasyah, lakonan Farid Kamil yang kehilangan isteri dan anak ingin membina hidup baru dengan Kate (Maya Karin). Mereka mengambil anak angkat selepas berkahwin.Bagaimanapun, rumah tangga mereka goyah apabila bekas suami Kate dan bekas rakan sekerja Kasyah kembalidalam hidup mereka dengan niat yang tidak baik. |
Siti Saleha Komen Dituduh Bergambar Lucah Posted: 10 Sep 2014 03:05 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha tidak menganggap gambar yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya ketika bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini sebagai keterlaluan dan lucah. Siti Saleha, 24, berkata, sebagai seorang selebriti dia sedar pergerakannya diperhatikan peminat dan sentiasa berhati-hati sekiranya ingin berkongsi gambar peribadi dalam laman sosial. "Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik. "Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial," katanya kepada mStar Online. Saleha ditemui pada sidang media teater Asmara-Ra All Stars yang diadakan di Kaki Seni SS2 Mall di sini pada Selasa. Saleha mengulas mengenai sekeping gambarnya yang dirakamkan daripada bahagian belakang badan sambil duduk di atas kayu di tepi pantai. Pengikut profilnya menganggap gambar tersebut sebagai lucah dan Saleha menerima pelbagai kritikan daripada pengikut di laman sosial tersebut. Dalam pada itu, Saleha berkata, dia tidak terlalu memberi perhatian terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap ia perkara biasa. Bagaimanapun dia mengakui ada menyekat pengikut Instagram yang disifatkan melampau dan keterlaluan daripada mengikuti perkembangannya di laman tersebut. "Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang terlalu melampau saya akan sekat mereka," ujarnya. Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam Asrama-Ra All Stars, Saleha berkata ini adalah kali kedua dia akan muncul di pentas teater. Jelas Saleha, persembahan teater memberikannya kepuasan berbeza berbanding drama dan filem namun terpaksa menolak banyak tawaran daripada produksi kerana komitmen penggambaran. "Kali terakhir saya berlakon teater adalah pada tahun 2009 iaitu Stage Theraphy dan saya cukup teruja apabila akhirnya dapat kembali ke pentas teater. "Bukan tiada tawaran sebelum ini tetapi kekangan masa membuatkan saya terpaksa menolak kerana untuk berlakon teater kita ken berikan komitmen penuh," ujarnya. Teater arahan Khairunazwan Rodzy itu bakal dipentaskan di KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober depan dan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sherry Al-Hadad, Sharifah Amani, Nadiya Nisaa, Dira Abu Zahar dan Amerul Afendi. Tiket untuk menyaksikan teater berkenaan dijual pada harga RM40 (tempahan awal) dan RM50. Tempahan dan pembelian boleh menghubungi Nik Chip Afiq di talian 010-7603101. |
"Tiada Persiapan Kahwin Nabila" - Amy (Search) Posted: 10 Sep 2014 03:03 AM PDT Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 56, juga terkejut dengan berita tersebut kerana sehingga kini dia dan Nabila langsung tidak berbincang mengenai perkara berkenaan. "Eh... saya pun tidak tahu yang dia nak berkahwin kerana tiada perbincangan mengenai perkara itu antara saya dan Nabila. "Apatah lagi persiapan kahwin seperti yang diperkatakan," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran stesen radio baharu iM4U FM di Black Box, Publika disini pada Selasa. Sebelum ini hubungan Amy dan Nabila pernah menjadi renggang gara-gara penyanyi itu menegur anaknya di laman Instagram dengan nada kasar selepas Nabila memuat naik gambar percutian dengan kekasihnya di luar negara. Bagaimanapun pada sambutan Hari Raya pertama lalu, Amy telah berkongsi gambar dia sekeluarga di Instagram dengan meletakkan status syukur kerana hubungannya dan Nabila sudah jernih. Sementara itu, tambah Amy, dia tidak mempunyai masalah untuk merestui Nabila dan pasangannya jika mereka benar-benar sedia mahu berkahwin. Dalam perkembangan lain, Amy bakal berduet dengan anaknya itu menerusi persembahan konsert solonya di Singapura pada 20 September ini. "Insya-Allah Nabila akan menjadi artis jemputan pada konsert solo saya. Kami akan berduet sebanyak dua buah lagu. "Tetapi sehingga kini dia masih lagi kurang berkeyakinan untuk melakukan persembahan itu. Risau katanya. "Mungkin kami juga akan berkongsi pengalaman hidup kami sebagai ayah dan anak sebelum memulakan persembahan. Tak pasti lagi," ujarnya. Dalam perkembangan yang sama, Amy juga dalam proses menyiapkan album solo terbaharunya yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu setelah 13 tahun tidak merakamkan album. |
Awie Anggap Tuah, Mokhtar Dahari Muncul Dalam Mimpi Posted: 10 Sep 2014 03:01 AM PDT Awie atau nama sebenarnya Mohd Azhar Othman, 46, berkata, kisah berkenaan tidak pernah diceritakan kepada sesiapa sebelum ini dan hanya diberitahu kepada isteri Allahyarham iaitu Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim. "Allahyarham datang dalam mimpi saya sekitar tahun lalu sebelum pementasanSuperMokh yang pertama berlangsung dan ketika itu saya tertidur selepas keletihan mengadakan persembahan di Melaka bersama Wings. "Apabila terjaga sekitar pukul empat pagi saya rasa 'kedatangannya' itu seperti benar-benar berlaku dan saya sedekahkan Al-Fatihah kepadanya," ujar Awie kepada mStar Online. Awie ditemui selepas pementasan pertama Teater muzikal SuperMokh Sebuah Muzikal Restaging di Panggung Sari, Istana Budaya di sini pada malam Isnin lalu. Masih mengekalkan Awie dan Maya Karin sebagai teraju utama, ia turut menampilkan Rashidi Ishak, Dina Nazir, Douglas Lim, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna. Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai mimpi berkenaan, Awie berkata, Mokhtar menggunakan bahasa Inggeris ketika berbual-bual dengannya selain mengajarnya teknik bermain bola sepak. Awie juga ada menceritkan mengenai butiran mimpi itu kepada isteri Allahyarham dan Tengku Zarina memberitahu arwah suaminya itu memang menggunakan bahasa berkenaan untuk berkomunikasi. "Saya tidak beritahu sesiapa mengenainya dan terus menceritakan kepada isterinya dan tidak sangka pula banyak perkara yang memang menggambarkan tentang Mokhtar dan disahkan sendiri oleh Tengku Zarina," jelasnya. Sementara itu, Awie berkata, dia menganggap mimpi tersebut sebagai satu tuah kerana sedikit sebanyak dia dapat memahami Mokhtar dan menjiwai watak figura berkenaan dalam pementasan teater tersebut. Mokhtar dilahirkan pada 13 November 1953 dan meninggal dunia pada 11 Julai 1991 pada usia 38 tahun. Supermokh adalah gelaran yang digunakan untuknya. Dalam perkembangan lain, Awie berkata, musim kedua SuperMokh memberikan kepuasan berbeza kepadanya kerana dapat memperbaiki kekurangan sebelum ini. Malah dia juga semakin selesa membawakan watak legenda itu di pentas dan berharap musim kedua ini akan memberi peluang kepada peminat untuk mengenali Kehidupan Mokhtar dengan lebih baik. Tiket untuk menyaksikan teater tersebut sudah mula dijual di www.ticket2u.biz atau boleh menghubungi 03-41478600 atau 019-2111600. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan