ads

Khamis, 4 Disember 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


10 Lagu Bakal Berentap Dalam Anugerah Nasyid IKIM FM

Posted: 04 Dec 2014 11:16 PM PST


PUTRAJAYA: Sebanyak sepuluh buah lagu genre nasyid dan ketuhanan diumumkan layak ke Anugerah Nasyid IKIM FM yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada 10 Januari depan.

Senarai tersebut dibuat oleh barisan lima juri profesional hasil daripada pemilihan 30 buah lagu yang mendapat pencapaian terbaik dalam Carta IKIM sepanjang tahun 2014.

Pengumuman itu dilakukan oleh Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dalam satu sidang media yang diadakan di Anjung Tinjau PICC pada Khamis.

Menurut Nik Mustapha, penganjuran semula anugerah berkenaan adalah bagi mengiktiraf sumbangan penggiat nasyid dan lagu-lagu ketuhanan sama ada daripada kalangan komposer, penulis lirik dan penyanyi.

"Anugerah Nasyid IKIM FM kali terakhir diadakan pada 2005 dan sudah tiba masanya ia dikembalikan bagi memartabatkan industri nasyid tanah air yang semakin berkembang maju dengan pelbagai lagu dihasilkan oleh penggiat seni tanah air," katanya kepada mStar Online.
Acara itu bakal disiarkan secara langsung menerusi TV Al Hijrah, IKIM FM dan TV IKIM pada pukul 9 malam.
Mawi bakal bergandingan dengan Datuk AC Mizal menerusi lagu Al Haq...Yang Satu.
Ia bakal dihoskan oleh Heliza Helmi dan Amin Idris.

Sepuluh lagu yang tersenarai ke peringkat akhir Anugerah Nasyid IKIM FM adalah Al Haq...Yang Satu (Mawi & Datuk AC Mizal), Dalam Sujud Cintaku (Halim Ahmad), Iman dan Aman (Inteam) dan Rindu Ini (Du'a Feat Amal, Alkautsar, Anas Tahir dan Azfar).

Manakala kumpulan Nowseeheart turut tersenarai menerusi lagu Maafkan Aku, Seiring Sehaluan (UNIC) dan Tangis Sebatang Tamar (Daqmie).

Dua lagu nyanyian Hafiz Hamidun iaitu Jodoh Berdua dan Kasih Padamu turut dicalonkan pada peringkat akhir termasuk Ucaplah Alhamdulillah (Amirul Haswendy) yang juga seorang wartawan hiburan di akhbar Harian Metro.

Sementara itu ujar Nik Mustapha, sebanyak 10 kategori anugerah bakal dipertandingkan pada peringkat akhir tersebut termasuk Lagu Terbaik, Lirik Terbaik, Persembahan Terbaikdan Vokal Terbaik.
Tambahnya lagi, empat anugerah utama itu akan dinilai oleh barisan juri profesional dan kesemua finalis akan mengadakan persembahan pada malam tersebut sebelum pemenang diumumkan.

"Tiga lagi anugerah adalah bagi memberi pengiktirafan kepada lagu yang cemerlang dalam Carta IKIM FM iaitu Lagu Paling Banyak Menjadi Juara Carta IKIMLagu Paling Lama Bertahan Carta IKIM dan Artis Baru Terbaik," katanya.

Manakala tiga anugerah lagi iaitu Artis Solo Pilihan Pendengar, Artis Duo/Berkumpulan Pilihan Pendengar dan Lagu Pilihan Pendengar akan diberikan kepada pemenang berdasarkan undian daripada pendengar IKIM FM menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Kesemua pemenang bakal menerima sebuah trofi dan hadiah wang tunai yang jumlahnya hanya akan diumumkan pada malam kemuncak Anugerah Nasyid IKIM FM.

Scha Bimbang Anak Terdedah Bahaya Gara-Gara Media Sosial

Posted: 04 Dec 2014 11:15 PM PST


Scha Al-Yahya dan suaminya Awal Ashaari.
KUALA LUMPUR: Pelakon Scha Al Yahya berasa bimbang mengenai keselamatan anaknya, Lara Alana kerana kehidupan peribadi bayi tersebut terlalu terdedah menerusi media sosial yang diwujudkannya.

Scha, 31, juga sedar mendedahkan bayi berusia empat bulan itu kepada umum mempunyai banyak bahaya dan boleh mendatangkan risiko.

"Pada mulanya saya tidak setuju apabila Awal ingin buka akaun Instagram dan Facebook Lara kerana bimbang keselamatan dia.

"Saya risau dia lebih dikenali ketika di luar, tetapi Awal menganggap ia sebagai perjalanan kehidupan anak kami," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama komedi 3 Campur 2, di Souled Out, di sini, Khamis.
Keluarga bahagia... Awal bersama Scha dan anak mereka, Lara Alana.

Scha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang media sosial Instagram dan Facebook yang dibuka atas nama kanak-kanak itu.

Perkara tersebut mengundang pelbagai reaksi masyarakat yang menganggap sebagai mendedahkan privasi  bayi tersebut kepada risiko terhadap keselamatan.

Sementara itu, jelas Scha, laman sosial Facebook yang dibuka itu bagi mengelakkan akaun palsu yang dibuka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, pihak tersebut menggunakan nama Lara Alana bagi menarik pengikut supaya laman itu dapat dijual kepada pihak lain.

"Banyak sangat akaun Facebook palsu yang mana mereka buka untuk dapat keuntungan. Itu sebabnya kami sengaja buka akaun Lara sebenar agar peminat tidak tertipu," ujarnya.

Dalam pada itu, Scha berkata, setakat ini tiada perkara tidak diingini berlaku selepas akaun media sosial itu diwujudkan. 

Astro Ceria Beri Keutamaan Kepada Mia Sara, Rykarl Iskandar

Posted: 04 Dec 2014 11:13 PM PST


Mia Sara (kiri) dan Rykarl Iskandar
KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Astro memberi lebih keutamaan kepada dua pelakon kanak-kanak iaitu Mia Sara dan Rykarl Iskandar bagi membintangi program dan drama bagi saluran Astro Ceria.

Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin berkata, pihaknya memilih kedua-dua pelakon itu berikutan populariti mereka sebagai pelakon kanak-kanak paling diminati ketika ini.

"Ya, kedua-dua pelakon ini merupakan kegemaran Astro Ceria dan kami akui memang sering mengandingkan mereka untuk program terbitan kami.

"Salah satu sebab ialah nama dan populariti bintang kecil ini adalah yang paling atas ketika ini," ujarnya kepada mStar Online pada sidang media pelancaran drama 3 Campur 2, di Souled Out, di sini, Khamis.

Turut hadir pelakon Norman Hakim, Scha Al Yahya, Hefni Sahad, Mia Sara dan pengarah drama Emi Suffian Sabhe.

Sebelum ini, Mia Sara dan Rykarl bergandingan dalam telefilem Strawberry Karipap Sesat Kat Paris.
mStar Default Image
Mia Sara (dua dari kiri) dan Rykarl Iskandar (tiga dari kiri) bersama Nabil Ahmad (kiri), Lisa Surihani dan Zizan Nin menerajui telefilem Strawberry Karipap Sesat Kat Paris.

Tambahnya, biarpun menggunakan gandingan yang sama, namun watak-watak yang diberikan kepada dua kanak-kanak ini berbeza.

"Kita tidak mahu mereka kelihatan sama sahaja setiap drama atau telefilem, jadi kami akan pastikan watak yang mereka bawa berlainan berbanding sebelum ini," katanya.

Sementara itu, tambah Hadzelynda, drama ini menerapkan nilai-nilai kekeluargaan yang semakin rapuh.

Katanya, banyak mesej mengenai realiti kehidupan yang diselitkan sebagai panduan dan teladan kepada penonton.

"Melalui penelitian kami, rata-rata penonton menggemari kepada pengisian yang bersifat komedi, ringan dan tidak perlu penghayatan berat.

"Drama ini banyak menyelitkan usur positif dalam komedi yang menyentuh soal rumah tangga masa kini yang banyak berakhir dengan penceraian," ujarnya.

Drama 13 episod ini turut dilakonkan oleh Dynaz Mokhtar, Shahz Jaszle, Ana Dahlia dan Radhi Khalid.

Ia akan bersiaran bermula 13 Disember ini, setiap Sabtu, pukul 11 pagi di Astro Ceria,  Prima dan Maya HD.

Semangat Yazit Hidupkan Konsert Search Di Istana Budaya

Posted: 04 Dec 2014 11:12 PM PST


kemunculan Yazit mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang memenuhi ruang Panggung Sari, Istana Budaya untuk menyaksikan Konsert Search Live in Istana Budaya pada malam Khamis. 
UMUM mengetahui keadaan pemain drum kumpulan Search iaitu Yazit yang uzur akibat penyakit buah pinggang sehingga dia terpaksa menjalani rawatan dialisis sejak beberapa tahun lalu.
Yazit sering tercicir daripada muncul mengadakan persembahan bersama Search ekoran keadaan kesihatannya yang tidak menentu.
Bagaimanapun Amy bersama anggota lain kumpulan itu baru-baru ini mengumumkan dalam satu sidang media bahawa Yazit bakal beraksi bersama mereka pada Konsert Search Live in Istana Budaya yang turut menyaksikan ia persembahan pertama mereka di Panggung Sari.
Membuka tirai persembahan selama empat hari pada malam Khamis, kemunculan Yazit di pentas berprestij itu menggamatkan dewan apabila penonton memberikan tepukan gemuruh dan berdiri sebagai tanda hormat dan gembira atas keberanian lelaki.
Kemantapan vokal Amy memukau pada konsert berkenaan.
Jelas biarpun kesihatannya kelihatan terganggu namun semangat dan minatnya terhadap muzik rock terpancar dan masih belum pudar.
Tampil pada set kedua konsert itu, Yazit memulakan aksinya ketika Amy mendendangkan lagu popular mereka iaitu Kejora sebelum meneruskan persembahan dengan dua lagi buah lagu iaitu Fantasia Bulan Madu dan Isi Dan Kulit.
Biarpun Yazit sepatutnya muncul untuk tiga buah lagu itu sahaja namun dia masih bertenaga untuk meneruskan persembahan menerusi lagu keramat Search iaitu Isabelladan Gadisku.
Peminat turut mengambil peluang itu untuk bersama-sama menyanyikan lagu tersebut sebelum berdiri memberi penghormatan kepada Yazit.
Ia adalah momen indah buat semua peminat tegar kumpulan itu selepas sekian lama tidak melihat Yazit muncul di atas pentas bersama Search.
Search menyampaikan 22 buah lagu pada malam tersebut.
Jelas kehadiran Yazit menghidupkan konsert berkenaan dan untuk menyaksikan sendiri detik tersebut adalah kenangan indah buat semua hadirin pada malam pembukaan itu.
Terdahulu, Search Live in Istana Budaya menyaksikan Amy membuka tirai persembahan dengan Panggung Khayalan dan Balada Pemuzik Jalanan sebelum beralih kepada Kejora Ku Bersatu dan Laila Namamu Teratas.
Amy pada awalnya dilihat bersahaja ketika tampil dipentas sebelum tenaganya mula memuncak pada lagu-lagu seperti Langit dan BumiKau Pergi dan Menuju Puncak.
Pada usia 55 tahun, tenaga Amy barangkali lebih baik daripada sesetengah artis baharu sedia ada dan itu membuatkan Amy dan Search kekal dihati peminat dengan persembahan mengagumkan mereka.
Turut diiringi dengan alunan Cello bagi mengiringi persembahan mereka, persembahan tanpa henti itu diteruskan dengan Honky TongK Kosong dan Pelesit Kota
Selain Amy (vokalis), persembahan itu turut menampilkan Nasir (pemain bes) selain pasangan adik-beradik iaitu Nordin dan Kid masing-masing bermain gitar.
Search Live in Istana Budaya masih berbaki tiga malam persembahan sehingga Ahad ini (7 November) dan tiket untuk menyaksikan persembahan itu boleh didapati di www.ticketpro.com.my. atau kaunter tiket Istana Budaya.
Tiket untuk menyaksikan konset berkenaan dijual pada harga RM109, RM209, RM309, RM409 dan RM799 (VIP).

Kucing Berwarna Hijau Baka Baharu?

Posted: 04 Dec 2014 11:05 PM PST


KELIBAT seekor kucing berwarna hijau yang muncul di kawasan pantai Bulgaria mencetuskan tanda tanya kepada peminat haiwan peliharaan.
Malah ia turut menjadi tanda tanya sama ada kucing tersebut merupakan baka baharu kerana hampir keseluruhan bulunya berwarna hijau, berbelang kelabu.
Terdapat pihak mendakwa bulu kucing tersebut menjadi kehijauan kerana kesan radioaktif dari kawasan kilang berhampiran.
Bagaimanapun banyak pihak percaya haiwan peliharaan itu telah menjadi mangsa deraan - terdapat individu telah mengecat bulunya.
Green cat
Namun begitu, pengguna internet kagum dengan warna tersebut kerana ia kelihatan cantik dan manja.
Berikutan itu juga, terdapat peminat kucing di negara tersebut kini mula memburu haiwan berkenaan untuk dipelihara.

'Saya tak layak'- Remy Ishak

Posted: 04 Dec 2014 11:02 PM PST


  • Remy IshakRemy Ishak

BERILAH apa sahaja watak, pasti hasilnya tidak mengecewakan. Kehebatan lakonan yang dimiliki aktor kacak ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan.

Biarpun ramai yang menganggap dirinya sudah layak untuk beralih ke kerusi pengarahan namun buat masa ini Remy memiliki alasan tersendiri untuk meneruskan karier lakonannya.

"Saya rasa masih terlalu awal untuk berada di tahap itu. Saya anggap usia karier lakonan saya masih muda dan saya belum puas untuk bergelar seorang pelakon.

"Lagi pun kerusi pengarahan itu adalah satu darjat yang tinggi dan buat masa ini saya masih lagi belum berkemampuan untuk berada di situ walaupun ada yang cakap saya boleh.

"Disebabkan saya begitu menghargai kedudukan pengarahan, saya rasa buat masa ini saya belum layak," jelasnya ketika ditemui pada sidang media drama #Antidot yang bakal bersiaran bermula 9 Disember ini.

Mengulas lanjut mengenai lakonan terbaharunya itu, Remy memberitahu watak yang dibawa sedikit berbeza daripada lakonannya sebelum ini.

"Saya tertarik dengan tawaran ini kerana ditawarkan watak yang lari daripada kisah cinta di mana sudah banyak kali saya lakonkan.

"Dalam drama ini semua babak aksi memang saya lakukan sendiri dan dari segi cabaran saya rasa adalah lokasi yang dipilih agak berbahaya.

"Tapi sebagai pelakon saya cuba berikan yang terbaik," katanya.

Drama bersiri 13 episod di bawah arahan Kabir Bhatia ini turut dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Nabila Huda, Nad Zainal dan Kamal Adli.

IM2 Nazrul: Berlakon untuk berdakwah

Posted: 04 Dec 2014 11:01 PM PST


  • NazrulNazrul

BERGELAR seorang ustaz dan pendakwah tidak menjadi penghalang kepada naib juara Imam Muda musim kedua (IM2), Nazrul Izwan untuk mengejar minatnya terhadap bidang lakonan.

Bagaimanapun, teraju utama drama bersiri Warkah Cinta ini menolak untuk tampil berlakon secara sepenuh masa.

"Saya akui saya minat berlakon. Apabila ada minat barulah 'menjadi' akan sesuatu perkara yang dilakukan.

"Sejak kecil saya minat dengan seni, bahkan di sekolah saya aktif dengan persembahan nasyid dan lakonan.

"Bila ada minat, sedikit sebanyak kerja jadi lebih mudah," katanya kepada Zass.

Biarpun ada yang menyelar keputusannya itu ekoran sentimen negatif terhadap bidang berkenaan, Nazrul bagaimanapun menganggapnya sebagai satu cabaran.

"Ramai memandang dunia lakonan sebagai negatif, jadi atas dasar bertanggungjawab, saya mencuba untuk mengubah persepsi berkenaan.

"Bukan nak kata saya pelakon terbaik, tetapi saya cuba membantu dari sudut berkongsi ilmu melalui ayat-ayat al-Quran dan hadis.

"Apatah lagi, kini banyak drama berunsur Islamik semakin mendapat tempat di hati penonton," katanya yang berhasrat untuk berlakon filem suatu hari nanti.

Mengakui agak memilih watak, bintang drama bersiri Cikgu Sally ini memberitahu, dia harus menilai sesuatu tawaran dengan teliti terutama jalan cerita, babak serta barisan pelakon supaya tidak bercanggah dengan syariat.

"Saya berlakon atas dasar mahu berdakwah.

"Tiba masanya pendakwah mempamerkan indahnya Islam menerusi lakonan.

"Kerjaya lakonan tidak salah selagi apa yang kita pamerkan itu mengikut syariat," katanya yang turut bergiat aktif dalam teater.

Dalam perkembangan lain, dia sedang menunggu tayangan drama lakonannya Mencari Luqmanul Hakim di RTM, selain baharu saja melancarkan album pertamanya, Warkah Cinta iaitu runut bunyi bagi drama lakonannya di samping tampil berduet dengan IM2 Fakhrul.

Pencinta Baharu: Erwan-Adib cipta keserasian

Posted: 04 Dec 2014 11:00 PM PST


  • Foto Sinar Harian oleh AZAM MOKHTAR

MERASAKAN dirinya bukanlah vokalis sebenar, Erwan Taib menjemput Adib Nahar yang dahulunya dikenali menerusi kumpulan R&B popular, The Fabulous Cat menyertai The Muhibbain pada 2013.

Selaku ketua kumpulan, Erwan memberitahu, penyertaan Adib sangat bertepatan dengan matlamat penubuhan kumpulan apabila mereka berkongsi misi dan yang sama dalam menyampaikan mesej positif kepada semua pihak.

"Sejujurnya, saya sedar saya bukanlah seorang vokalis yang baik. Walaupun pendengar mahukan sesebuah lagu dengan pengisian spiritual tetapi kekuatan dari segi teknikal juga perlu ada.

"Saya berharap dengan gabungan ini akan menunjukkan bakat sebenar kami dari perspektif kesenian sekali gus dapat menghasilkan sesuatu lagu yang lebih segar.

"Lagipun, masing-masing punya nada suara tersendiri, jadi dengan gabungan ini ia memberi satu makna yang baharu," katanya kepada Zass ketika pelancaran album terbaharu mereka, #LoveCintaMahabbah, baru-baru ini.

Bagi Adib atau nama sebenarnya, Abdul Mutalib Nahar pula, keserasian di antara mereka berdua tercipta sejak menghadiri kelas di Majlis Ta'lim Darul Murtadza.
"Keserasian itu datang sebelum saya dijemput menyertai The Muhibbain lagi.

"Sebelum ini, kami ada menghadiri kelas agama yang dikelolakan oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid dan bermula dari situ perkenalan di antara kami berdua sudah pun terbentuk," katanya.

Begitu pun, baik Erwan mahupun Adib, kedua-duanya lebih mementingkan keikhlasan dalam penyampaian lagu sekali gus menambah baik nyanyian mereka.

#LoveCintaMahabbah

Dalam perkembangan lain, The Muhibbain yang membawa maksud pencinta baharu saja melancarkan album keduanya, #LoveCintaMahabbah.

Kata Erwan, album ini mempunyai pendekatan yang unik kerana ia tampil dengan variasi lagu yang boleh diterima oleh semua golongan dalam setiap peringkat usia.
"Lagu-lagu dalam album ini lebih segar, catchy dan mesejnya dapat difahami dengan mudah.

"Selain itu, ia juga mengandungi lagu berkaitan sebuah qasidah yang umurnya beratus tahun karangan ulama silam tersohor, Al-Habib Abdullah Alwi Al-Haddad berjudul Qad Kafani dengan penampilan Ahmed Sumait," katanya.

Lebih istimewa, kata Erwan, album ini turut menampilkan beberapa artis seperti Lah Ahmad, Zain Hamid, Taj Addin, Ramli Mohar dan Ahmad Izaham Omar.
"Kami cukup teruja dengan adanya album ini.

"Bukan saja pertambahan daripada anggota baharu tetapi juga dengan label dan dapat bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman.

"Kami berharap agar album ini dapat membawa mesej berguna kepada semua pihak," katanya.

Kata Adib pula, pembikinan album ini mengambil masa hampir dua tahun akibat pelbagai masalah dan ujian yang perlu ditempuhi.

"Biarpun dilanda pelbagai ujian, namun ia memberi kekuatan kepada kami untuk terus berkarya.

"Insya-ALLAH, kami akan terus ikhlas dalam menghasilkan karya yang baik dan berkesan," katanya.

#LoveCintaMahabbah memuatkan 14 lagu seperti Cukuplah Bagiku, Kacamata Cinta, Dengan 2014 dan The Zikir yang diterbitkan oleh Inteam Records Sdn Bhd dengan kerjasama Sony Music.

Ia kini boleh didapati di kedai-kedai muzik terpilih atau secara online di www.inteammobile.com dengan harga RM19.90 selain boleh di muat turun secara digital menerusi portal muzik terkemuka seperti iTunes, Spotify dan Amazon.

Al-Haq antara finalis Anugerah Nasyid IKIMfm 2014

Posted: 04 Dec 2014 10:59 PM PST


  •  Mawi dan Datuk AC Mizal.Mawi dan Datuk AC Mizal.

LAGU Al-Haq... Yang Satu nyanyian Asmawi Ani atau Mawi bersama Datuk AC Mizal adalah antara antara 10 finalis Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada 10 Januari depan.

Antara finalis lain ialah Dalam Sujud Cintaku nyanyian Halim Ahmad, Iman & Aman (Inteam), Jodoh Berdua serta Kasih Padamu (Hafiz Hamidun), Maafkan Aku (Nowseeheart), Rindu Ini (Du'a feat Ustaz Amal, Alkautsar, Anas Tahir dan Azfar), Seiring Sehaluan (UNIC), Tangis Sebatang Tamar (Daqmie) dan Ucaplah Alhamdulilah (Amirul Haswendy).

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dalam sidang media selepas pengumuman 10 finalis itu berkata, sudah tiba masanya genre nasyid dikembangkan bagi menyampaikan nasihat berunsur Islam kepada pendengar serta membawa mesej yang mendidik jiwa.

"Apa yang penting sekarang kita mulakan semula anugerah ini pada tahun hadapan dan diharapkan dapat berterusan untuk tahun-tahun seterusnya," katanya, sambil menambah kali terakhir anugerah tersebut diadakan pada 2005.

Sepuluh finalis itu dipilih daripada 30 buah lagu nasyid rancangan Carta IKIMfm yang disiarkan pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari. 

Doktor di India guna pam basikal

Posted: 04 Dec 2014 10:58 PM PST


  • Doktor menggunakan pam basikal untuk mengembungkan abdomen pesakit.Doktor menggunakan pam basikal untuk mengembungkan abdomen pesakit.

NEW DELHI - INDIA. Sebuah negeri di India menghentikan prosedur pemandulan besar-besaran di sebuah kem kesihatan selepas mendapati doktor menggunakan pam basikal untuk mengembungkan abdomen pesakit bagi memudahkan pembedahan dijalankan.

Dr Mahesh Chandra Rout berkata, penggunaan pam basikal adalah perkara biasa di kawasan terpencil di negara itu yang tidak mempunyai peralatan perubatan yang mahal.

"Kaedah ini terbukti selamat dan ia merupakan alternatif mampu milik. Seramai 56 wanita telah menjalani pembedahan dan tidak ada sebab mengapa isu ini perlu diperbesarkan," katanya pada laporan Press TV.

Bagaimanapun, kenyataan Rout disangkal pegawai negeri India yang berpendapat penggunaan pam basikal boleh membahayakan pesakit dan doktor sepatutnya menggunakan karbon dioksida.

Sementara itu, pegawai kanan kesihatan Orissa, Arati Ahuja berkata, mulai sekarang prosedur pemandulan hanya akan dijalankan di hospital yang lengkap dengan kemudahan sesuai.

Cantik menarik tetapi gatal

Posted: 04 Dec 2014 10:55 PM PST


  • Iesak (kiri) bersama Abu Samah (tiga, kiri) dan penduduk kampung mencabut rumpai Miang Mexico (gambar kecil) sebelum dibakar.Iesak (kiri) bersama Abu Samah (tiga, kiri) dan penduduk kampung mencabut rumpai Miang Mexico (gambar kecil) sebelum dibakar.

KUALA PILAH – "Bagi penggemar bunga, pasti akan tertarik melihat kecantikan rumpai Miang Mexico tetapi hakikatnya ia amat berbahaya kepada manusia dan haiwan," kata Timbalan Pengarah Pertanian negeri, Iesak Ngatinee.

Menurut Iesak, laporan mengenai bahaya spesies rumpai berkenaan didedahkan di media massa, baru-baru ini.

Oleh itu katanya, satu gotong-royong membasmi rumpai Miang Mexico oleh Jabatan Pertanian negeri (JPN) dengan kerjasama pelbagai pihak membabitkan keluasan 0.4 hektar diadakan di Kampung Sikota dan Pekan Johol selama dua hari.

"Kita mengajak orang ramai datang ke Kampung Tangkoh Sikota untuk melihat sendiri bagaimana rupa bentuk rumpai terbabit serta tahu cara untuk memusnahkannya.

"Sebelum melakukan gotong-royong, langkah keselamatan perlu dititikberatkan. Peserta terdiri daripada Agen Pengembangan Kawasan (APK) setiap daerah telah diberi taklimat terlebih dahulu berkaitan risiko memegang rumpai terbabit serta dibekalkan dengan sarung tangan serta topeng muka.

"Apabila kita tunjukkan rumpai ini kepada umum, ramai memberitahu mereka pernah melihat, malah turut menggunakan bunganya untuk menghias sirih junjung. Oleh itu, kesedaran itu penting supaya kita sama-sama dapat memusnahkan rumpai ini dari terus merebak," katanya.

Menurutnya, seramai 100 peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan Pertanian, penduduk kampung dan APK telah bersama-sama melakukan gotong-royong seluas 0.1 hektar di Kampung Sikota.

Menurut Iesak, terdapat beberapa kaedah untuk memusnahkan rumpai ini seperti mencabut, kumpul dan bakar.

"Selain itu, ia juga boleh dihapuskan dengan menggunakan racun rumpai dan air garam. Namun, selepas dua minggu pemeriksaan ulangan perlu dilakukan kerana ia mudah membiak dan sukar untuk mati," katanya.

Sementara itu, penduduk, Noriah Yunus, 55, berkata, dia adalah punca merebaknya rumpai Miang Mexico di sekitar kampung berkenaan.

"Ini kerana pada 2003, mak cik ada membawa sepasu pokok Miang Mexico yang mak cik minta daripada kawan di Tampin kerana bunganya cantik. Mak cik juga pernah gunakan bunga itu sebagai perhiasan tambahan pada sirih junjung.

"Memang pokok ini mudah merebak di sekeliling rumah dan sangat cantik kerana bunganya berwarna putih.

"Sebelum ini mak cik tak tahu  bahawa pokok ini berbahaya, cuma anak mak cik berusia 17 dan 30 tahun serta cucu mak cik sering mengalami batuk dan gatal-gatal," katanya baru mengetahui punca sebenar yang dialami cucu dan anaknya.

‘Tipu’ Zalora, suami isteri dapat kejutan misteri

Posted: 04 Dec 2014 10:52 PM PST


  • 'Tipu' Zalora, suami isteri dapat kejutan misteri

  • 'Tipu' Zalora, suami isteri dapat kejutan misteri


  • 'Tipu' Zalora, suami isteri dapat kejutan misteri

  • 'Tipu' Zalora, suami isteri dapat kejutan misteri

  • 'Tipu' Zalora, suami isteri dapat kejutan misteri

Skuad Zalora daripada Bahagian Talian Fesyen Asia, telah melawat Muhamad Radzi Ali dan Nuzaimah di Kuala Lumpur untuk memberi hadiah, semalam. Skuad Zalora daripada Bahagian Talian Fesyen Asia, telah melawat Muhamad Radzi Ali dan Nuzaimah di Kuala Lumpur untuk memberi hadiah, semalam.


SHAH ALAM - "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu," itulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri setelah mendapat hadiah khas daripada syarikat membeli-belah atas talian Zalora.com.my, selepas si suami melarang si isteri daripada membeli-belah di syarikat berkenaan.

Posting suaminya di laman Facebook Zalora yang berbunyi  "Hai Zalora kalau ada ternampak isteri saya 'shopping' dekat  sini jangan layan ya… pura-pura kata 'server down' ke komputer, rosak ke? Pandailah bagi alasan ye. Untuk makluman nama isteri saya Nuzaimah ingat tau… akhirnya membawa tuah kepada pasangan tersebut.

Mana tidaknya dek kerana 'post' tersebut lima skuad Zalora daripada Bahagian Talian Fesyen Asia, telah melawat pasangan tersebut semalam di kediaman mereka di Kuala Lumpur untuk memberi hadiah kepada pasangan suami isteri itu iaitu kepada, Muhamad Radzi Ali dan Nuzaimah Ideris.

Terdahulu post Radzi Ali dikomen balas oleh Zalora yang meminta maaf kepada Radzi kerana pihaknya tidak boleh berbuat sepertimana yang disuruh olehnya.

"Hai Radzi… hahahah maaf, kami tidak dapat mengesan setiap pelanggan kami yang melayari web kami dengan itu, web kami sentiasa berjalan lancar dan kami tidak dapat berpura-pura  untuk mengatakan server kami down. Jika anda mahu menjimatkan wang anda… anda boleh mendaftar Newsletter kami untuk dapat baucer dan maklumat terkini mengenai jualan atau diskaun kami sehingga 70 peratus," tulis Zalora.

Post Radzi itu juga mendapat perhatian isterinya apabila, isterinya Nuzaimah berkata Zalora tidak boleh berbuat demikian kerana bakal mengecewakan pelanggannya.

"Hi zalora. I don't  thinks it  is good for you ban potential client  like me. Don't dispointed ur client zalora!," tulis Nuzaimah.

Sementara itu, kedatangan skuad Zalora ke rumah pasangan tersebut semalam, ternyata membawa kejutan buat mereka.

"Kami tidak menyangka kejutan ini. Kami hanya bermain-main," kata Radzi.

Sementara isterinya, Nuzaimah pula berkata bahawa dia amat kagum kerana mendapat balasan yang interaktif daripada pihak perkhidmatan pelanggan Zalora.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Zalora Malaysia, Giulio Xiloyannis berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk melayan pelanggan seperti Radzi dan Nuzaimah di halaman Facebook mereka.

"Membeli-belah dalam talian adalah trend terkini yang  semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia.

"Kami percaya bahawa kenyataan suami, isteri dalam laman media sosial itu adalah satu refleksi dari masyarakat kita yang sekarang ini mengamalkan gaya hidup 'digital'," katanya.

Mengulas lanjut, Xiloyannis berkata, tujuan pemberian hadiah tersebut adalah untuk meraikan pasangan tersebut yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

"Oleh itu pihak kami, berasa amat gembira untuk menghadiahkan Radzi dan Nuzaimah dengan hadiah-hadiah yang dipilih khas untuk mereka. Dengan pemberian Zalora dan Zalia kami harap Nuzaimah mengalami pengalaman indah sepanjang kehamilan dia," tambah Xiloyannis.

Nuzaimah telah menerima bekalan pakaian dan kasut selama setahun dari Zalora serta baucar bernilai RM400.

Pasangan ini mendapat perhatian apabila 'post' yang ditulis Radzi di laman Facebook Zalora yang melarang isterinya dari membeli-belah dalam laman web berkenaan pada hari Isnin lepas.

Malu besar tersilap pengantin

Posted: 04 Dec 2014 10:45 PM PST


SABTU minggu lepas, saya berkira-kira hendak hadiri majlis kenduri tidak jauh dari rumah. Sampai dekat, terkejut apabila mendapati khemah di depan rumah kenduri itu tidak ada orang. Masa itu sudah pukul satu, masakan belum ada orang datang?

Saya minta isteri tengok semula kad jemputan. Sah! Kami tersilap tarikh. Kenduri di rumah itu esoknya.

Sehari sebelum itu, saya sudahpun minta isteri pastikan tarikh kenduri kerana pada dua hari hujung minggu itu, ada beberapa kenduri yang perlu dihadiri.

Mujur kami belum sampai terlalu dekat dengan rumah dan tidak buat ramah mencari dan bertanya di mana tuan rumah: "Awak kat mana? Awak kat mana?" apabila mendapati tidak ada sesiapa di khemah.

Kalau dia pula yang sedar kehadiran saya yang berbaju batik hari itu, mungkin pula yang akan disindir: "Datang nak merewang pun pakai bukan main lawa!"

Akhirnya saya suruh isteri dan anak-anak masuk semula ke dalam kereta, "jom kita pergi kenduri yang satu lagi... di sini esok baru kenduri."

Seorang daripada anak saya bertanya: "Kenapa ayah? Dia orang tak jadi kenduri ke? Esok baru nak kenduri?"

Saya yang sudah berasa termalu sendiri sekadar mampu berkata: "Ayah yang ubah kenduri dia orang jadi esok!"

Kereta kami terus meluncur ke Sungai Buloh. Mujur ada satu lagi kenduri yang sudah disahkan di sana, tidaklah kempunan kami anak beranak nak makan nasi minyak tengah hari itu.

Ya, cerita tersilap rumah, tersilap tarikh dan macam-macam lagi kesilapan berkaitan kenduri, memang banyak berlaku. Sekarang musim orang kahwin, ada wajarnya untuk saya mengingatkan diri sendiri, juga orang lain tentang itu supaya jangan ada yang tersilap seperti saya hujung minggu lepas.

Pada hari itu, memang sejak awal lagi saya sudah menyiapkan perut untuk makan nasi kenduri. Justeru, apabila itu yang berlaku, memang kecewalah.  Tambahan pula perut sudah mula berkeroncong. Walaupun ada kenduri lain yang boleh dihadiri, tempatnya agak jauh dan ambil masa.

Sungguhpun demikian, apa yang saya alami itu tidaklah seteruk pengalaman seorang rakan sekerja saya. Dia bukan tersilap tarikh bahkan tersilap rumah.

Alkisahnya, rakan saya itu pergi meraikan seorang kawannya yang naik pelamin. Kebetulan pada hari itu, ada dua majlis kahwin di kawasan perumahan yang sama. Menyangka dia sudah tuju di rumah yang betul, hadiah yang dibawa pun bertukar tangan.

Alangkah terkejutnya rakan saya tatkala berborak seketika dengan orang yang menyambut ketibaannya, nama pengantin yang disebut bukanlah nama kawannya itu.

"Mahu tak mahu, dengan tebal muka yang teramat sangat, terpaksalah aku minta balik hadiah yang sudah dibagi itu. Biarlah apa orang tu nak kata, aku pun belum lagi jamah nasi kenduri dia. Kalau sudah terlanjur makan kenyang, tak sampailah hati aku nak minta balik," katanya.

Seorang lagi kawan, lain pula ceritanya. Dia datang ke rumah kenduri seminggu awal daripada tarikh majlis.

"Hajat hati nak makan nasi beriyani, yang dapat hanya peknga (lempeng)," keluh kawan saya itu.

Melalui pengalaman seperti ini, juga perkongsian kisah dengan kawan-kawan, saya tertanya-tanya, mengapa perkara ini boleh terjadi?

Kita imbas semula pengalaman hidup di kampung pada zaman kanak-kanak tahun 1970an dan awal 1980an. Dua tiga minggu sebelum berlangsung, siang malam orang sudah bertandang ke rumah tuan kenduri. Yang menoreh tidak ke kebun, yang bersawah tidak turun bendang. Seluruh kampung bersepakat membantu tuan rumah melangsungkan majlis dengan lancar dan jaya. Ada sahaja yang dibuat daripada menebang buluh, membelah kayu, menyiapkan tungku, menjahit atap, mendirikan balai dan bangsal gedohok (tempat memasak, menghidang).

Yang wanita cara wanita. Memasak kerisek atau serai lengkuas, menyiapkan kuih-muih atau apa sahaja kerja. Tahap kerja akan berubah tatkala tarikh kenduri semakin hampir. Apa yang pasti, semua kerja dibuat secara gotong-royong dan tidak ada sesiapa yang berani culas kerana takut akan dibalas.

Itulah bezanya dahulu dengan sekarang. Orang sekarang hanya tahu hadir untuk penuhi jemputan, datang makan juadah yang sudah siap dihidang. Sekarang zaman senang, tidak perlu rewang.

Ada baiknya, tetapi yang buruk, inilah ... seperti apa yang terjadi pada saya.

Lelaki tangkap udang karang berusia 70 tahun

Posted: 04 Dec 2014 10:37 PM PST



Udang karang seberat 5.4 kilogram ini ditangkap oleh Galante ketika sedang menyelam di Pulau Anacapa di California, Amerika Syarikat pada 6 Oktober lalu.


SACRAMENTO, Amerika Syarikat – Seorang ahli biologi di sini berjaya menangkap seekor udang karang seberat 5.4 kilogram yang dipercayai mungkin berusia 70 tahun.
Ahli biologi tersebut, Forrest Galante, 26, menangkap udang karang itu ketika menyelam di Pulau Anacapa yang terletak di negeri California pada 6 Oktober lalu.
Katanya, dia terkejut melihat saiz udang karang berkenaan yang sangat besar dan mengambil keputusan untuk membawa haiwan itu pulang ke rumah.
"Berdasarkan berat dan saiz udang karang ini saya menganggarkan ia berusia hampir 70 tahun.
"Sangat menakjubkan kerana udang karang ini mampu hidup lama walaupun bilangan haiwan itu semakin berkurangan akibat tangkapan berlebihan," katanya.
Menurutnya, dia telah melepaskan udang karang itu di sebuah taman laut di sini di mana semua aktiviti perikanan tidak dibenarkan.


Kapal selam hasil bahan terbuang

Posted: 04 Dec 2014 10:31 PM PST


TAN YONG muncul secara tiba-tiba dari dalam tasik takungan bersama kapal selam buatan sendiri yang berwarna jingga.


SEORANG penternak ayam, Tan Yong menggemparkan penduduk di sebuah perkampungan di Danjiangkou di wilayah Hubei, China.
Lelaki berusia 44 tahun itu muncul secara tiba-tiba dari dalam tasik takungan bersama kapal selam buatan sendiri yang berwarna jingga.
Tan Yong keluar dari isi perut kapal seberat dua tan yang diinpirasikan menerusi watak kartun Happy Lamb itu. Kapal tersebut mengambil masa selama sembilan bulan untuk disiapkan dan mampu berada di kedalaman lapan meter.
Dia mewarisi kehebatan penduduk kampung yang memiliki bakat untuk mencipta produk binaan sendiri dengan menggunakan bahan terbuang.
Alat pengesan magnitud dan tekanan udara diletakkan pada dinding kabin di atas paip plastik manakala semua tulisan tangan arahan operasi hanya dilekatkan menggunakan pita pelakat dalam kapal elektrik itu. Kabel elektrik dan tong gas pula diletakkan di permukaan lantai.
"Ia merupakan pam udara yang digunakan untuk menimbul dan menenggelamkan kapal selam ini," kata Tan Yong yang turut memberitahu bahawa dia masih belum memasang sebarang ciri-ciri keselamatan dalam ciptaannya itu.
Idea pembinaan kapal selam itu tercetus dua tahun lalu sebelum melancarkan prototaip pada Mac lepas.
"Saya tidak menuntut di mana-mana universiti, idea hanya berdasarkan imaginasi semata-mata," ujar Tan Yong mengenai kapal selam yang mampu berada dalam air selama 45 minit itu.
Kapal selam yang dijanakuasakan dengan lima bateri kereta itu melakukan demonstrasi di tasik takungan Danjiangkou sambil dihadiri rakan-rakan dan orang ramai. Meskipun mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai, acara bersejarah itu tidak dihadiri oleh ibu Tan Yong.
"Saya tidak sanggup melihat kerana terlalu takut dengan keselamatannya," ujar Wang Mingfeng, 65.
Inovasi
Dia memberitahu, Tan Yong mempunyai minat yang mendalam dalam pembinaan barang-barang inovasi sejak kecil lagi seperti bot, senjata dan alat permainan.
Tan Yong merupakan salah seorang pereka amatur di China yang sejak kebelakangan ini membina banyak inovasi baharu termasuk kapal terbang, helikopter dan kereta kebal yang hampir kebanyakannya tidak mengikut prosedur pembinaan asal.

Kapal selam ini dikuasakan dengan lima bateri kereta.


Selain Tan Yong, seorang pendandan rambut dari wilayah Zhejiang antara yang mencipta inovasi mengejutkan iaitu sebuah kapal terbang kecil dengan satu tempat duduk menggunakan tayar kerusi roda elektrik dan tempat duduk daripada kereta go-kart terpakai.
Pada tahun 2012 pula, seorang petani dari wilayah Hebei mendapat liputan meluas apabila membina sebuah rumah bulat yang diperbuat daripada kaca fiber.
Tahun ini, petani berusia 32 tahun, Jian Lin tampil dengan ciptaan sebuah kereta kebal buatan sendiri di wilayah Sichuan.
Seorang pemuda dari wilayah Anhui, Tao Xiangli pula mencipta kapal selam buatan sendiri pada tahun 2010 sehingga dipamerkan dalam satu pertunjukan inovasi di Shanghai.
"Mereka sangat bersungguh-sungguh dan langsung tidak gentar dengan pandangan serong daripada orang sekeliling," ujar seorang kurator seni, Guo-qiang.
Masyarakat di kawasan pedalaman yang terletak di bawah penguasaan rejim Komunis kebiasaannya hidup berkelompok dan saling membantu antara satu sama lain.
"Kemunculan ramai 'Petani Da Vinci' itu juga memberikan bayangan bahawa kreativiti mereka mula mendapat tempat dan perhatian di China serta di peringkat antarabangsa," ujarnya.
Bagaimanapun, perjalanan kapal selam Tan Yong tidak terlepas daripada masalah kerana dia pernah berdepan situasi genting ketika berada di kedalaman lapan meter buat pertama kalinya.
"Tekanan udara menyebabkan beberapa panel besi rosak sehingga mengeluarkan bunyi menyeramkan," katanya.
Namun, dia yakin kapal selamnya itu mampu selamat berada dalam air sehingga di kedalaman 10 meter.
Ketika melakukan demonstrasi itu, kapal selam Tan Yong menghadapi masalah apabila tidak sampai beberapa minit berada di dalam air, permukaan luarnya pecah.
Penceraian
Dia melakukan kerja-kerja pembinaan itu di ladang milik ibu bapanya. Kos kapal selam tersebut dianggarkan berjumlah RM17,167 dan Tan Yong mengakui, sepanjang proses pembinaan kapal selam itu, rumah tangganya hampir berakhir dengan penceraian.
"Jika saya berpeluang membina sebuah lagi kapal selam, saya yakin dapat berada di kedalaman 30 hingga 50 meter tanpa sebarang masalah. Hanya perlu menebalkan permukaan besi pada kapal selam itu," katanya.
Namun, anak lelakinya, Tan Junfeng, 8, skeptikal dengan kemampuan bapanya itu.
"Keluarga kami tidak mempunyai wang yang cukup kerana banyak dibazirkan oleh ayah. Jadi, saya tidak rasa dia mampu membina sebuah lagi kapal selam," ujar Junfeng.


Anita Bikers Week 2014

Posted: 04 Dec 2014 10:26 PM PST


ANITA Entertainment & Productions akan menganjurkan Anita Bikers Week 2014 selama tiga hari di Janda Baik, Pahang bermula 12 Disember ini.


CUTI sekolah sudah bermula dan ibu bapa pasti telah merencana pelbagai aktiviti untuk dilakukan bersama keluarga, anak-anak dan kawan-kawan.
Masih belum terlambat jika anda mahu mengubah rancangan dengan berkunjung ke Petrosains, The Discovery Centre, Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang menjanjikan pelbagai pengisian menarik sepanjang cuti persekolahan ini.
Program yang bertemakan Face Your Fears! bermula pada 11 Oktober lalu hingga 4 Januari 2015 bertujuan mempamerkan sains yang berkaitan dengan perasaan takut dan paranoid dengan cara yang lebih menarik dan berinformasi.
Selain itu, ia juga menggalakkan pemikiran saintifik mengenai reaksi manusia terhadap rasa takut yang boleh merangsang pemikiran kreatif dan kritis.
Para pengunjung boleh mengambil bahagian untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik di beberapa buah lokasi pameran yang terdapat dalam Petrosains seperti Space, Sparkz, Exploration, Platform dan Refinery.
Dalam aktiviti Oracle Toast, pengunjung akan membakar sekeping roti untuk meramal masa depan atau mengembalikan masa lalu selain boleh mencuba untuk menghasilkan darah tiruan.
Petrosains juga turut menganjurkan kempen promosi The Hobbit - The Battle of the Five Armies yang pastinya menambahkan keseronokan lawatan pengunjung ke pusat ini.
Kempen ini memerlukan pelawat untuk mengambil bahagian dalam tiga persembahan sains mini yang diadakan di lokasi-lokasi terpilih seterusnya menghantar borang peraduan berserta slogan yang kreatif.
Pengunjung yang bertuah akan memenangi dua tiket menonton tayangan khas filem The Hobbit di IMAX One Utama, Petaling Jaya, Selangor pada 20 Disember ini. Selain pemenang peraduan, pengunjung yang baharu menjadi ahli Petrosains atau memperbaharui keahlian juga akan mendapat dua tiket ke tayangan yang sama.
Kempen yang terbuka kepada semua pengunjung berbayar dan ahli Petrosains bermula pada 15 November lalu akan berakhir pada 20 Disember 2014.
Dalam pada itu, PETRONAS StreetSmart yang diadakan di Galleria 2 dan 3 di Petrosains juga turut menjadi tarikan istimewa buat pengunjung yang berlangsung sehigga 31 Mei 2015.
Pameran interaktif ini adalah salah satu program tanggungjawab sosial yang dijalankan oleh PETRONAS yang bermula pada 2001 untuk mendidik orang ramai khususnya kanak-kanak sekolah tentang isu-isu keselamatan jalan raya.
Dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang musim cuti persekolahan ini, jangan lepaskan peluang anda dengan menjadi salah seorang daripada pengunjung Petrosains, The Discovery Centre.
ANITA Entertainment & Productions akan menganjurkan Anita Bikers Week (ABW) 2014 dengan pengisian Santai Jelajah Bersama Kumpulan Penunggang Motosikal pada 12 Disember ini. Ia bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama penunggang di negara ini.
Produksi yang aktif dalam penganjuran siri jelajah bersama media dan selebriti sejak tahun 2003 ini mengambil inisiatif mengajak orang ramai khasnya pemilik motosikal tentang kesedaran pemanduan yang berhemah dan langkah-langkah keselamatan bagi mencegah kemalangan jiwa.
Siri jelajah terbaharu bermula 12 Disember ini yang bertemakan Safe Ride & Go Green selama tiga hari di Janda Baik, Pahang, pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang tempoh tersebut.
Antaranya Games Bike Show yang merupakan pertandingan motor yang terbuka untuk semua peserta siri jelajah selain turut mengadakan Kempen Pemanduan di Jalan raya, Kempen Elak Kemalangan, Samun dan Jenayah oleh Kick Start Academy, persembahan daripada artis, gerai dan pameran selain cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan.
Selain itu, seramai 100 penunggang motosikal berkuasa tinggi dan rendah daripada Gabungan Bikers 1 Malaysia akan berkonvoi ke rumah Badan Amal Kebajikan Nurzahrah, Janda Baik untuk menyampaikan sumbangan pakaian sekolah dan barangan lain tajaan Pusat Pakaian Hari Hari Sdn. Bhd.


Keganasan terhadap wanita

Posted: 04 Dec 2014 10:23 PM PST

Lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung bagi wanita sebaliknya menjadi musuh yang menakutkan. – Gambar hiasan


KEGANASAN terhadap wanita merupakan satu isu menyayat hati yang sering menjadi topik utama di media massa. Kita sering mendengar kes wanita disimbah asid kerana cemburu dan dipukul de­ngan teruk sehingga menyebabkan kematian.
Ia bukan sahaja berlegar dengan isu rumah tangga, tetapi adakalanya ia juga berlaku di luar rumah. Dalam keba­nyakan kes, pelakunya ialah kaum lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kaum wanita.
Mengapa hal yang buruk seumpama ini selalu sahaja berlaku?
Secara tabiatnya, kaum wanita dan lelaki dikurniakan sifat yang berbeza. Wanita dikurniakan dengan sifat lemah lembut dan penyayang kerana ia berpadanan de­ngan tugas wanita untuk melahirkan dan membesarkan anak. Lelaki pula dikurniakan dengan sifat kasar dan secara fizikalnya mempunyai bentuk yang sasa kerana ia bertujuan untuk melin­dungi keselamatan keluarga.
Bagaimanapun, kerana tidak memahami peranan sebenar ini, wanita yang dianggap sebagai makhluk yang lemah sering menjadi objek pukulan kaum lelaki. Lelaki sepatutnya menjadi pelin­dung kepada kaum wanita sebaliknya menjadi musuh yang menakutkan.
Di Malaysia, dianggarkan antara 3,000 ke 4,000 kes keganasan terhadap wanita berlaku setiap tahun. Namun, ia merupakan kes-kes yang dilaporkan. Sekiranya kita mengambil kes yang tidak dilaporkan, jumlah tersebut tentu lebih besar.
Keganasan ini tidak pula hanya bersifat fizikal, adakalanya dalam bentuk emosi. Ada wanita yang menjadi bahan cacian, hinaan dan lebih teruk, dianggap sebagai hamba yang dinafikan hak untuk bersuara.
Terdapat juga kes-kes wanita yang dianggap seolah-olahnya 'tidak wujud' di dalam rumah apabila suami tidak bertegur sapa selama bertahun-tahun. Kesemua kategori tersebut merupakan sifat keganasan.
Mengapa wanita tidak melaporkan kejadian buruk yang menimpa mereka, khususnya apabila dilakukan oleh suami atau pasangan mereka?
Dalam kebanyakan kes, apabila wanita ini diperlakukan secara kasar, mereka kelihatan sanggup melakukan pengorbanan yang lebih besar kepada keluarga dan pasangan mereka.
Stockhlom
Dalam istilah psikologi, ia dikenali sebagai sindrom Stockholm. Sindrom ini selalu dikaitkan dengan mangsa penculikan yang pada peringkat awalnya sangat membenci penculik tersebut. Bagaimanapun, setelah sekian lama ditahan, kekuatan psikologi mangsa merosot de­ngan teruk kerana tidak menjumpai jalan keluar untuk menyelamatkan diri.
Mangsa yang asalnya membenci penculik tadi berubah menjadi orang yang simpati dan menyayangi penculik itu. Ini kerana mangsa sudah bertemu jalan buntu dan dengan hanya menterbalikkan perasaan tadi, dia mampu bertahan.
Simptom yang sama mungkin berlaku dalam banyak kes mangsa keganasan rumah tangga ini. Ada wanita yang masih sanggup memberikan wang mereka kepada suami yang diketahui sebagai penagih dadah, atau terus hidup dengan pasangan yang panas baran. Apabila diperlakukan secara tidak wajar, mereka mendiamkan diri dan tidak pula me­laporkan kepada pihak berkuasa.
Sesetengah beranggapan bahawa lelaki yang memukul atau memperlakukan wanita secara kasar ini seorang manusia yang gagah. Secara logiknya ia mungkin begitu, tetapi pada hakikatnya ia mungkin tidak. Dalam psikologi, Sigmund Freud, pelopor aliran psikoanalisis yang selalu dirujuk menghuraikan bagaimana manusia ini mempunyai satu mekanisma helah belah diri.
Manusia cenderung menyembunyikan kelemahannya dengan berpura-pura menunjukkan kekuatan yang mereka miliki. Dalam erti kata lain, apabila mereka tidak mempunyai apa-apa, mereka akan menunjukkan seolah-olahnya mereka memiliki sesuatu yang istimewa.
Rendah diri
Sebab itu, ada kemungkinan pelaku kepada banyak keganasan ini sebenarnya ialah mereka yang mempunyai perasaan rendah diri, tetapi mereka cuba menunjukkan ego mereka dengan melakukan sesuatu yang dianggap dapat menunjukkan betapa mereka bukan manusia yang lemah. Malangnya, dalam kebanyakan kes, mereka telah menjadikan wanita sebagai mangsa kepada kelemahan diri mereka.
Disebabkan itu, bagi menangani kes keganasan terhadap wanita ini, setiap pihak perlu bekerjasama. Wanita yang menjadi mangsa tidak lagi patut menyembunyikan penderitaan mereka. Ia perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa atau kepada individu yang dirasakan mampu membantu mereka.
Ahli masyarakat juga sewajarnya lebih peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Sebenarnya, mereka yang terlibat dengan kes keganasan dan penderaan ini dapat dikesan dengan pola perubahan tingkah laku.
Kebanyakannya, mereka yang terlibat dengan kes keganasan ini, sama ada sebagai mangsa atau pemangsa, selalunya cuba untuk menjauhkan diri daripada aktiviti sosial dengan masyarakat setempat.
Ini kerana mereka bimbang masalah tersebut akan terbongkar. Perkara itu mungkin boleh menjadi petunjuk ada sesuatu yang tidak kena terhadap jiran atau rakan komuniti kita yang lain.
Keganasan terhadap wanita tidak boleh ditangani sekiranya semua orang beranggapan bahawa apa yang berla­ku merupakan masalah rumah tangga masing-masing. Sedangkan ha­ki­katnya, ia mungkin bukan sekadar isu rumah tangga semata-mata, tetapi mungkin sudah berubah menjadi kes jenayah apabila ada wanita yang terus didera setiap hari.
Golongan wanita merupakan golo­ngan yang perlu dilindungi dan bukannya dijadikan sebagai objek kebencian.


Fauziah Latiff Sahkan Bakal Nikah Tahun Depan

Posted: 04 Dec 2014 01:41 AM PST


Fauziah Latiff mendedahkan bakal bernikah pada tahun hadapan ketika ditemui pada majlis pelancaran novel Mutiara Hati Reflesia, di Hotel Istana,pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengunci mulut mengenai alam rumah tangga, penyanyi Fauziah Latiff akhirnya mendedahkan bakal bernikah dengan lelaki pilihan pada tahun depan.

Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Jee, 44, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dia merasakan sudah tiba masanya untuk memulakan kehidupan berkeluarga selepas kekecewaan dalam perkahwinan terdahulu.

"Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga.

"Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak," ujarnya kepada mStar Online.
Fauziah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran novel Mutiara Hati Rafflesia, di Hotel Istana, di sini Rabu.

Dalam pada itu, Fauziah memberitahu tidak terlalu memberi tumpuan untuk mengenai persiapan majlis perkahwinan tersebut kerana mahu ia dilaksanakan secara sederhana sahaja.

"Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuksettle down sahaja.

"Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami," katanya.

Sementara itu, ditanya tentang lelaki berkenaan Fauziah belum bersedia mendedahkan identiti pemuda itu buat sementara waktu.

Fauziah pernah berkahwin dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan mereka disahkan bercerai pada tahun 2007.

Hasil perkahwinan selama 10 tahun itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jeffri Joaquim, 15 dan Jeremy Jay, 13.

Dalam perkembangan lain, Fauziah sedang dalam proses menghasilkan lagu baharu untuk mengubati kerinduan peminat terhadapnya. 

Erma Fatima Sedia Hadapi Kontroversi Kemban 'Takhta 3 Ratu'

Posted: 04 Dec 2014 01:39 AM PST


Antara barisan artis yang bakal tampil dalam pementasan teater Takhta 3 Ratu.
KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah filem televisyen (FTV), Takhta 3 Ratu, Erma Fatima sudah bersedia sekiranya watak wanita berkemban dalam karyanya itu kembali menjadi kontroversi.

Erma berkata, kali ini dia  menerima dengan lebih terbuka memandangkan sebelum ini perkara itu pernah berbangkit ketika penggambaran sedang dijalankan.

"Satu ketika dulu, saya pernah terduduk apabila babak rogol dalam karya saya menerusi filem Embun menjadi isu.

"Jadi andai kata ada pihak mahu menimbulkan isu dalam Takhta 3 Ratu, saya reda.

"Cuma saya harap penonton lebih bijak berfikir ketika menonton naskhah ini berbanding memikirkan isu kemban," katanya kepada mStar Online.
Erma ditemui selepas tayangan Takhta 3 Ratu di Panggung Sari, Istana Budaya di sini pada Rabu.

Erma Fatima


Pada awal April lalu, Erma mendapat kritikan hebat daripada pengikut-pengikutnya di Instagram selepas dia memuat naik foto-foto para pelakon filem tersebut yang memakai kostum ala-ala berkemban.

Pengikut-pengikut Erma meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara pemakaian pelakon yang ditonjolkan pengarah itu kerana ia dilihat tidak bersesuaian dengan norma agama Islam dan adat Melayu.

Sementara itu, Erma berkata, dia enggan memikirkan tentang perkara itu sebaliknya berharap karya berbentuk fiksyen sejarah tersebut mendapat respons positif daripada penonton.

"Saya bersyukur sangat kerana mempunyai barisan pelakon yang hebat di mana mereka memudahkan saya untuk berkarya.

"Cuma saya harap penonton dapat faham penceritaan karya ini dan tidak keliru dengan fakta sejarah kerana ia dihasilkan mengikut sudut pandang saya daripada kisah Hang Li Po dan Tun Teja.

"Sebab itu ia dipanggil sebuah naskah berbentuk fiksyen. Tetapi jangan salah faham, saya tidak  berniat mahu mengelirukan sejarah," tuturnya.

Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Feby Febiola) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar)  terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.

mStar Default Image
Dari kiri; Beto Kusyairy, Datuk Rahim Razali dan Awie yang akan tampil dalam Takhta 3 Ratu.


Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terkejut apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka.

Takhta 3 Ratu bakal bersiaran di Astro First Eksklusif mulai 25 Disember ini.

Manakala karya tersebut turut akan dipersembahkan menerusi pementasan teater bermula 13 hingga 22 Disember ini di Istana Budaya.

Tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter IB atau melayari laman www.airasiaredpix.com.

Zul Hamat Jawab Hal Ehwal Agama Dalam 'Bersama Ustaz'

Posted: 04 Dec 2014 01:38 AM PST


PETALING JAYA: mStar Online akan menerbitkan sebuah segmen baharu dalam bentuk video iaitu Bersama Ustaz bermula Jumaat (esok) bagi memberi ruang kepada orang ramai bertanyakan soalan mengenai kemusykilan hal ehwal agama.

Program berkenaan akan dihoskan oleh Uztaz Zulkefli Hamat, 39, yang juga pengacara bersama Fizo Omar dalam rancangan Pencetus Ummah musim kedua siaran Astro Oasis.

Dalam segmen Bersama Ustaz ini, Zulkefli yang menggunakan namanya sebagai Zul Hamat akan menjawab soalan-soalan mudah yang menjadi persoalan orang ramai tetapi tidak dipastikan mengenai hukum-hakamnya.
mStar Default Image
Antara aksi ustaz Zul Hamat menjawab soalan dalam Bersama Ustaz terbitan mStar Online.

"Banyak persoalan mudah seperti hukum memotong kuku pada hari-hari tertentu, salah atau tidak mewarnakan rambut yang menjadi kemusykilan orang ramai.

"Perkara-perkara seperti itu akan saya jelaskan agar orang ramai faham adakah ia salah atau tidak dalam agama Islam," katanya kepada mStar Online.
Untuk episod pertama Bersama Ustaz, beliau akan menjelaskan soalan hukum memakan makanan sembelihan orang Islam berfahaman Syiah dan hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan dalam keadaan-keadaan tertentu.

Orang ramai yang ingin bertanyakan apa sahaja mengenai masalah agama boleh e-melkan kepada ustaz.mstar@gmail.com

Program mingguan Bersama Ustaz ini menemui penonton setiap Jumaat hanya di mStar Online. 

Shaheizy Sam Azam Beli Rumah Besar Untuk Ibu

Posted: 04 Dec 2014 01:37 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam berazam menyempurnakan permintaan ibunya, Khaty Fauziah Musa untuk membeli sebuah rumah besar agar mereka dan keluarga dapat tinggal di bawah satu bumbung.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 32, berkata, ibunya sering meluahkan hasrat untuk mengumpulkan adik beradiknya di bawah satu bumbung agar dapat hidup bersama.

"Setiap orang ada keinginan masing-masing di dunia. Begitu juga dengan ibu, keinginan dia sama dengan saya. Dia dan saya ingin menyediakan sebuah kediaman yang selesa untuk diduduki oleh seluruh keluarga kami.

"Bagaimanapun saya masih berusaha ke arah itu, bekerja keras untuk mengumpul duit," katanya kepada mStar Online.

Tambah Sam, keadaan itu membuatkan dia terpaksa mengenepikan soal cinta dan hanya fokus kepada kerjaya lakonan untuk melaksanakan impian  itu.

Dalam pada itu, Sam juga bersyukur dia masih lagi mendapat pelbagai tawaran lakonan meskipun tidak terlalu popular seperti selepas kemenangannya sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun 2012.

Sementara itu, Sam yang bakal muncul menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) pada 11 Disember ini tidak sabar menunggu respons peminat-peminat mengenai lakonannya dalam karya arahan Bernard Chauly itu.

Katanya, itu merupakan kali pertama dia membawakan watak seorang lelaki romantis sebagai Nazmi yang menyintai Ifti Liyana, lakonan Fazura.

"Bukan senang nak bawak watak ini kerana lelaki romantis bukanlah jiwa saya.

"Tetapi saya berusaha juga untuk menjiwai watak itu. Mujurlah saya pernah bekerjasama dengan Fazura dan ia sedikit sebanyak memudahkan saya untuk mendapatkan keserasian," ujarnya.

Filem terbitan bersama Astro Shaw, Redfilms dan Global Stations itu mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Ifti Liyana yang tidak pernah mengharapkan kasih sayang daripada seorang lelaki.

Pertemuan Ifti dengan Nazmi  telah membuatkan hatinya terbuka semula untuk berkasih apatah lagi Nazmi turut yakin, Ifti adalah wanita yang dicari-carinya selama untuk dijadikan isteri.

Antara pelakon lain yang turut terlibat termasuklah Faizal Hussein, Josiah Hogan, Lisa Surihani, Eja, Zaibo dan Fauziah Ahmad Daud.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved