ads

Jumaat, 7 November 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Matahari Terbit Lagi Diumum Drama Terbaik ASK 2014

Posted: 07 Nov 2014 04:15 PM PST


Antara barisan pemenang ASK 2014.
KUALA LUMPUR: Drama terbitan Al Hidayah Production berjudul Matahari Terbit Lagidiangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam Jumaat.

Drama yang diterajui oleh pelakon Syed Ali, Mubarak Majid, Mimi Ernida dan Shawal Ruslan itu menewaskan drama lain seperti Balqis.

Matahari Terbit Lagi
  turut menggondol anugerah bagi Pengarah Terbaik iaitu Azeli Mohammad dan Pelakon Lelaki Drama Terbaik melalui Anuar Chew Abdullah dan anugerah daripada kategori teknikal iaitu Lakon TV Terbaik.

Manakala, pelakon cilik Puteri Balqis pula diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Balqis.

Antara calon yang tewas dalam kategori tersebut adalah Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.

Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Namron menerusi lakonan cemerlangnya dalam Balqis.

Manakala Nabila Huda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon seperti Didie Alias, Fauziah Nawi, Izreen Azminda dan ElFaeza.
Pengarah dan barisan pelakon filem Tanda Putera yang memenangi kategori Filem Terbaik ASK2014.

Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada karya terbitan Pesona Pictures berjudulTanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang dibintangi oleh Rusdi Ramli, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Datin Paduka Shuhaimi Baba diumum sebagai Pengarah Terbaik Filem. Manakala Zizan Nin turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik Filem.

Lakonan berkesan Sharifah Amani dalam Psiko Pencuri Hati telah membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Manakala Namron merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem yang sama.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Terbaik Filem dimenangi oleh Zizan Nin (Tanda Putera) dan Natasha Hudson (Lemak Kampung Pandan).

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

ASK 2014 pada tahun ini mengangkat tema prestij dan angun dan siaran langsung itu dihoskan oleh Fahrin Ahmad.

Ia disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV3.

Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Amy Search, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Yusof Haslam, dan Ziela Jalil sebagai penyampai anugerah.

Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh Hafiz Suip, Black, Lan Typewriter, Nora Danish, Fathia Latif, Aziz M.Osman, Ruminah Sidek dan Erma Fatimah.

Secara keseluruhan, ASK 2014 mempertandingkan sebanyak 31 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2014

KATOGERI DRAMA

DRAMA TERBAIK

Matahari Terbit Lagi

PENGARAH DRAMA TERBAIK
Azeli Mohammad (Matahari Terbit Lagi)

PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
Anuar Chew Abdullah (Matahari Terbit Lagi)

PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Puteri Balqis (Balqis)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Namron (Balqis)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK DRAMA
Nabila Huda (Balqis)

DRAMA RANTAIAN TERBAIK
Ummi (Filmscape Sdn Bhd)

DRAMA KOMEDI TERBAIK
Nasi Ayam Duda

LAKON TV TERBAIK
Eenaz Mokhtar (Matahari Terbit Lagi)

DRAMA BERSIRI TERBAIK DI LAMAN SOSIAL
Ariana Rose

DRAMA PREMIUM TERBAIK
Carlos Bolos (Frontrow Pictured Sdn Bhd)


KATEGORI FILEM

FILEM TERBAIK
Tanda Putera

PENGARAH TERBAIK FILEM
Datin Paduka Shuhaimi Baba (Tanda Putera)

PELAKON WANITA TERBAIK FILEM
Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)

PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Zizan Nin (Tanda Putera)

LAKON LAYAR TERBAIK
Hand Isaac (Lemak Kampung Santan)


KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK
Dengan Basikal Aku Menjelajah : Cahaya Misteri Arrora Borealis ( TV Alhijrah)

RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
MHI (Misi Mencari MH370)

RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Rockestra - TV9

RANCANGAN ANUGERAH TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 28 -TV3

RANCANGAN REALITI TERBAIK
Bintang Mencari Bintang -  TV3

LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK
Buletin Utama (Kude Kelate)


KATEGORI TEKNIKAL
VIDEOGRAFI TERBAIK
Mohammad Mohd Rameli

SUNTINGAN TERBAIK
Self Made - 8TV

PENATAAN CAHAYA TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG TERBAIK
Shout Award 2013 - 8TV

PENATAAN BUNYI TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG
The Ultimate Song : Grand Finale -8TV

REKA BENTUK SET TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 28 - TV3

MONTAJ TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 28 - TV3

Gegar Vaganza Kembalikan Populariti Artis Senior

Posted: 07 Nov 2014 04:14 PM PST


Antara artis yang akan terlibat dalam Gegar Vaganza.
KUALA LUMPUR: Penyertaan artis-artis senior menerusi program baharu Astro Ria iaitu Gegar Vaganza bukan mahu merendah-rendahkan kredibiliti mereka sebaliknya bertujuan mengembalikan kegemilangan masing-masing.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, perkara itu tidak seharusnya dibangkitkan apatah lagi juri-juri yang mengadili penyanyi-penyanyi senior yang bertanding adalah daripada kalangan profesional.

"Memang ada yang berpendapat program ini seperti ingin merendahkan bakat artis-artis senior.

"Bukan itu tujuan kami sebaliknya ia adalah platform untuk kembali menghangatkan nama mereka yang pernah menjadi fenomena sebelum ini," katanya kepada mStar Online.
Raqim Ahmad Ramli


Raqim ditemui pada majlis pelancaran program Gegar Vaganza di Hard Rock Cafe di sini pada Jumaat.

Turut hadir pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Vida.

Seramai 12 penyanyi menyertai Gegar Vaganza iaitu Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Shima, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.

Raqim menambah, pemilihan penyanyi-penyanyi tersebut adalah berdasarkan kemampuan mereka yang masih lagi hebat dalam persembahan nyanyian.

"Kami juga perlu mengikut masa mereka yang kebanyakannya sudah mempunyai kerjaya masing-masing.

"Tetapi jangan terkejut apabila menyaksikan program ini kerana mereka masih lagi menyengat," ujarnya.

Juri tetap yang terlibat ialah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selain tiga juri jemputan iaitu Mamat Khalid, Salih Yaacob dan Nash (Lefthanded).

Para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri.

Fazli Zainal turut mengambil bahagian dalam Gegar Vaganza.


Juara Gegar Vaganza akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan naib  juara akan menerima RM30,000.

Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak  RM15,000 dan RM5,000.

Gegar Vaganza akan bersiaran bermula 16 November ini setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Program ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Yusof Haslam Anggap Wardina Tidak Matang Komen Isu Buli

Posted: 07 Nov 2014 04:12 PM PST


Datuk Yusof Haslam
PETALING JAYA: Presiden, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam menyifatkan kenyataan aktres Wardina Safiyyah menyalahkan filem-filem gengster tempatan sebagai punca terjadinya kes buli melibatkan pelajar sekolah di negara ini merupakan pendapat yang tidak matang.

Yusof berkata, sepatutnya sebagai seorang yang berpelajaran seperti Wardina, dia perlu berfikiran luas dan tidak menuding jari pada satu pihak tanpa mengkaji dahulu punca-punca gejala sosial itu berlaku.

"Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja.

"Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?

"Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya?," soalnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Wardina Safiyyah

Wardina menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis meminta agar penerbit filem-filem berunsur gengster supaya bertanggungjawab terhadap kes buli melibatkan pelajar sekolah yang semakin berleluasa di negara ini.

Wardina berkata, kebanyakan filem gengster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada penonton untuk melakukan tindakan ganas sama seperti pelakon-pelakon popular di layar lebar.

Sementara itu. Yusof berkata, kenyataan Wardina itu dapat menjejaskan lagi industri perfileman negara yang sememangnya sedang 'nazak'.

"Kenyataan dia ternyata telah mengguris kebanyakan penggiat filem negara ini. Kalau orang negara luar tahu tentang isu yang timbul ini, mereka akan gelak, buat malu orang Malaysia saja.

"Ini kerana secara logiknya, filem-filem ganas tidak ada nilai untuk ditiru aksinya berbanding video-video di internet, di mana kanak-kanak pun boleh buka dan menontonnya jika tiada kawalan daripada ibu bapa," tegasnya.

Pada awal minggu lalu, tersebar sebuah klip video kes buli yang telah menjadi viral di Facebook.

Klip video selama lima minit itu dirakam di asrama dan dipercayai berlaku di sekolah berasrama penuh, menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakan sekolah mereka.

Selepas itu muncul pula video seorang remaja dipukul rakan-rakannya sehingga cedera. 

Aktress Fasha Sandha selamat lahir anak perempuan

Posted: 07 Nov 2014 04:09 PM PST


  • Aktress Fasha Sandha selamat lahir anak perempuan

TAHNIAH diucapkan kepada aktress, Fasha Sandha yang telah selamat bersalin anak perempuan. Bayi tersebut diberi nama Putri Raysha Jemaiman.

Media Hiburan Online melaporkan, berita gembira itu dikongsikan oleh ibu mertuanya, Raja Noora di akaun Instagram miliknya dua jam lalu.

"My latest granddaughter. #cucu Congratulations Jije and Fasha," kongsi ibu mentua Fasha.

Bayi yang baru dilahirkan merupakan anak kedua Fasha Sandha bersama suaminya, Jejai.

Rogol anak hingga mengandung

Posted: 07 Nov 2014 04:07 PM PST


  • Lelaki berusia 49 tahun ini, mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak gadisnya sehingga melahirkan dua anak yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.Lelaki berusia 49 tahun ini, mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak gadisnya sehingga melahirkan dua anak yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan tidak layak digelar bapa apabila sanggup bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua orang anak, yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.

Semalam, di Mahkamah Sesyen berasingan, dia yang berusia 49 tahun itu mengaku salah atas dua pertuduhan merogol mangsa, yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik.

Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen 2, dia yang beralamat di Marang, mengaku salah merogol mangsa yang ketika itu baru berusia 14 tahun sebulan.

Dia mengaku salah di hadapan Hakim Murtazadi Amran melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang, pada September 2009.

Mengikut pertuduhan kedua pula di Mahkamah Sesyen 3 di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman pula, dia mengaku salah mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan waktu yang sama, pada Disember 2013 yang mana ketika itu mangsa berusia 18 tahun.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, kedua-dua hakim menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula bagi hukuman sementara menunggu laporan lengkap ujian DNA. Bagaimanapun, sebarang jaminan tidak ditawarkan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nazlyza Mohamad Nazri.

‘Saya bukan pencuri, pemabuk

Posted: 07 Nov 2014 04:04 PM PST


Seorang individu yang menggunakan nama @itsmarianaa menulis komen di laman sosial Instagram milik adik Aliff Aziz, Aishah. Dia mendakwa melihat Aliff dimasukkan ke hospital pada 25 Oktober lalu akibat pengambilan alkohol yang berlebihan.


Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan keadaan terkini penyanyi dan pelakon yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz.
Bermula dengan isu didakwa lari dari set penggambaran sebuah drama sehinggalah kes mencuri telefon dan pengambilan alkohol yang berlebihan, kontroversi yang menimpa jejaka tinggi lampai itu bertali arus. Dikecam, dikritik dan dilabel sebagai bermasalah, pelantun lagu Sayang-Sayang itu bagaimanapun cekal meneruskan kariernya sebagai anak seni.
Di sebalik rimbunan sensasi membakar namanya, Aliff kini dalam proses akhir untuk melancarkan album terbaharunya yang berjudul Rebirth.
Bertemu dengan Aliff pada sesi pradengar album terbaharunya itu di pejabat Sony Music Sdn. Bhd. di Solaris Dutamas, Kosmo! cuba merungkai secara terperinci permasalahan yang dilalui oleh jejaka berusia 23 tahun itu.
KOSMO!: Baru-baru ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pelbagai isu yang menjatuhkan nama Aliff. Salah satu daripada isu itu adalah lari daripada set penggambaran sehingga menyusahkan banyak pihak. Boleh anda ulaskan sedikit mengenai isu tersebut.
ALIFF: Berhubung isu itu, sebenarnya saya tidak pernah lari daripada sesiapa. Saya tahu tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon. Saya mengakui pernah gagal untuk hadir ketika penggambaran sebuah drama sehingga menyusahkan semua orang. Namun, tuduhan lari daripada set penggambaran ialah tidak benar. Sebenarnya, saya sakit ketika itu. Saya rasa tidak sihat kerana terlalu banyak bebanan kerja. Saya berhadapan dengan dua komitmen serentak pada satu masa iaitu persediaan album dan berlakon. Mungkin apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya. Ia banyak menyedarkan saya supaya tidak terlalu mengambil terlampau banyak kerja dalam satu-satu masa. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua kru yang terlibat dalam penggambaran drama tersebut.
Benarkah anda dikatakan lari ke Singapura kerana mempunyai hutang dengan pihak tertentu sehingga menjejaskan jadual penggambaran drama tersebut?
Saya tidak pernah berhutang. Tuduhan bahawa saya lari daripada hutang adalah tidak benar dan hanya salah faham semata-mata. Sebelum ini, pihak pengurusan pernah memaklumkan kepada saya dan meminta untuk menjelaskan beberapa tunggakan bayaran bil yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Saya hanya perlu selesaikan bayaran bil, bukannya hutang seperti yang didakwa. Saya bukan seperti itu.
Beralih kepada isu seterusnya. Benarkah anda mencuri dua buah telefon iaitu telefon jenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza sekitar tiga bulan lalu ketika berada di Singapura?
Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Saya hanya berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah. Saya tidak sangka dua rakan saya memberi kenyataan yang salah sehingga membabitkan saya ke dalam kes tersebut. Kes itu sememangnya tidak masuk akal kerana saya masih mempunyai pendapatan sebagai penyanyi dan pelakon. Jadi, saya mampu untuk membeli barang yang saya mahukan. Saya pun tahu impak buruk tindakan sebegitu memandangkan saya seorang artis.
Anda mengaku bersalah dan membayar denda sebanyak RM5,165. Adakah tindakan tersebut mengiyakan tindakan anda mencuri telefon tersebut?
Setelah dinasihatkan oleh peguam saya di sana (Singapura), mereka menyarankan saya membayar denda kerana tidak mahu memanjangkan kes itu. Jika saya mengaku tidak bersalah dan pilih untuk dibicarakan, mungkin perjalanan kes memakan masa yang panjang sehingga tahun hadapan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membayar denda tersebut sekali gus menutup kes itu. Keputusan tersebut diambil kerana saya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya seni. Saya tidak mahu isu itu menjejaskan karier saya.
Baru-baru ini, seorang individu telah memberi komen dalam laman sosial Instagram milik adik perempuan anda iaitu Aisyah. Individu tersebut mendakwa telah ternampak anda dimasukkan ke hospital di Singapura kerana mabuk pada 23 Oktober lalu. Bagaimanapun, komen berkenaan telah pun dipadamkan. Benarkah dakwaan tersebut?
Saya mengaku ada dimasukkan ke hospital cuma lupa tarikhnya bila. Tetapi saya bukan mabuk. Perkara itu berlalu apabila saya tidak sedarkan diri di rumah dan terpaksa dibawa ke hospital menggunakan ambulan, sebenarnya, saya ada masalah sukar membuang air kecil dan mengambil beberapa ubat yang diberikan doktor. Namun begitu, ubat berkenaan tidak sesuai dengan tubuh saya. Itu yang menyebabkan saya pitam.
Adakah anda sedar bahawa semua isu berkenaan mencalarkan imej anda sebagai seorang penyanyi dan selebriti popular?
Saya sedar isu-isu itu memberi impak negatif terhadap karier seni. Saya turut berasa kasihan melihat nasib keluarga yang turut menerima tempias ekoran daripada semua kontroversi itu. Kontroversi juga membuatkan saya tidak mahu mengendahkan laman sosial buat seketika. Bukan saya mahu lari daripada masalah, tetapi tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Bercakap mengenai album terbaharu anda berjudul Rebirth, bolehkah anda ceritakan mengenai kandungannya?
Alhamdulillah, jika tidak ada aral melintang saya akan melancarkan album terbaharu yang saya berjudul Rebirth menjelang awal Januari 2014. Kalau diikutkan, album ini sepatutnya dilancarkan pada tahun 2014, namun, terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa masalah peribadi yang menimpa saya.
Genre lagu-lagu yang terdapat di dalam album itu juga jauh berbeza berbanding sebelum ini. Ia cenderung ke arah pop dan balada berbanding konsep muzik rancak yang sinonim dengan anda. Boleh anda ulaskan?
Saya hanya mahu bereksperimen dengan genre muzik yang pelbagai seiring dengan peningkatan usia. Saya tidak mahu lekat dengan hanya satu genre muzik. Saya juga mahu variasi kemampuan vokal saya seiring dengan kehendak pasaran. Setakat ini, saya merasakan album Rebirth merupakan album terbaik yang pernah saya hasilkan sepanjang enam tahun dalam bidang muzik. Album ini mempunyai sembilan buah lagu dan kebanyakannya lagu dan liriknya hasil sentuhan Faizal Tahir dan Awi Rafael. Saya percayakan bakat mereka dalam penulisan lirik dan lagu. Tambahan pula, saya juga amat meminati Faizal Tahir dan karya yang dihasilkan olehnya.


Guna parang bertarung dengan ular

Posted: 07 Nov 2014 04:00 PM PST


KIDANG (kanan) bersama anak buahnya, Jermai Along mengangkat ular sawa batik yang berjaya ditangkap mereka di Kampung Panchur, Daro, Mukah, Sarawak semalam.


MUKAH – Seorang penduduk Kampung Panchur, Daro di sini terpaksa berhempas-pulas 'bertarung' dengan seekor ular sawa batik seberat 30 kilogram menggunakan parang selepas reptilia itu cuba membaham seekor ayam di reban miliknya.
Kidang Bilong, 50, memberitahu, ketika kejadian pada pukul 4 petang, dia sedang berehat bersama keluarganya di rumah sebelum terdengar bunyi bising ayam.
Sejurus itu, dia terus bergegas meninjau kea­daan di rebannya sebelum terkejut melihat seekor ular sawa cuba membaham ternakannya.
"Tanpa berlengah, saya segera mengambil sebilah parang dan memberanikan diri untuk menangkap ular sawa terbabit.
"Disebabkan ia terlalu ganas, saya juga guna sebatang kayu untuk menewaskannya. Selepas lebih setengah jam bertarung, ular itu yang tiba-tiba bertindak agresif itu akhirnya lemah dan berjaya ditangkap. Bagaimanapun, haiwan itu tidak mati," katanya menceritakan detik-detik cemas itu ketika ditemui di sini semalam.
Kidang berkata, dia tidak berhasrat untuk membunuh reptilia berkenaan sebaliknya akan menye­rahkannya kepada Jabatan Hutan untuk tindakan selanjutnya.
Penangkapan reptilia yang sepanjang tiga meter itu katanya, telah menjawab segala tanda tanya mengenai kehilangan beberapa ekor ternakan di kampung itu selama ini.
Petani itu memberitahu, sebelum ini penduduk kampung berjaya menangkap seekor ular yang dipercayai datang dari hutan paya yang terletak berhampiran dengan kawasan kampung.


Dapat RM76,835 kes saman JPJ

Posted: 07 Nov 2014 03:57 PM PST


MOHD. ISKANDAR (kiri) memperkatakan sesuatu kepada peguamnya Mohd. Hakimi di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Trauma seorang peniaga yang ditahan polis sebelum disumbat ke dalam lokap kerana dituduh memiliki kereta curi yang dibelinya dalam satu lelongan oleh sebuah agensi kerajaan akhirnya mendapat ke­adilan setimpal apabila dia dibayar ganti rugi sebanyak RM76,835 semalam.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Rozana Ali Yusuff memutuskan demikian selepas mendapati kecuai­an Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi punca Mohd. Iskandar Idris, 32, ditahan polis pada 14 September 2009 atas tuduhan memiliki kenderaan curi yang dibelinya dalam satu lelongan di JPJ Selangor, Padang Jawa dekat sini enam tahun lalu.
Selain Ketua Pengarah JPJ sebagai defendan ke­dua, bekas Penolong Pengarah JPJ cawangan Selangor, Adenan Md. Isa dan Kerajaan Malaysia masing-ma­sing dinamakan sebagai defendan pertama dan ketiga.

KERETA jenis Perodua Kancil (EX) seumpama inilah yang dibeli Mohd. Iskandar dalam satu lelongan di JPJ Selangor, Padang Jawa, Shah Alam pada tahun 2008.


Rozana memerintahkan ketiga-tiga defendan membayar ganti rugi khas sebanyak RM11,835, ganti rugi am (RM50,000) dan kos (RM15,000) kepada Mohd. Iskandar yang me­rupakan seorang pelakon tambahan.
Mohd. Iskandar yang diwakili peguam Datuk Mohd. Hakimi Ab. Kadir memfailkan tuntutan saman tersebut terhadap JPJ dan dua defendan lain pada 13 September 2012.
Berdasarkan penya­taan tuntutan, plaintif telah membeli sebuah kereta jenis Perodua Kancil (EX) bernombor pendaftaran CAV4198 pada harga RM1,250 dalam jualan lelongan awam yang diadakan di JPJ cawangan Sela­ngor pada 31 Oktober 2008.

Jutawan Korea kutip sampah di Bahrain

Posted: 07 Nov 2014 03:54 PM PST



YOUTUBE - Yo melakukan kerja-kerja pembersihan di Bahrain sejak 11 tahun yang lalu.


MANAMA, Bahrain –Seorang jutawan pelaburan dari Korea Selatan yang menetap di negara ini sanggup bangun seawal pukul 5 pagi hanya untuk mengutip sampah dan menyusun barangan kitar semula, lapor kelmarin.
Jutawan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Yo atau 'The Boss of Cleaning' berkata, dia menjalankan tugasnya itu untuk penduduk negara tersebut sejak 11 tahun yang lalu.
"Terdapat banyak sampah dan ini akan menyebabkan orang ramai sakit. Sampah boleh menimbulkan masalah," katanya kepada seorang pengguna YouTube, Omar Varov yang merakamkan aktiviti jutawan itu.
Menurut akhbar Gulf Daily News, Yo amat komited menjaga kebersihan di Bahrain memandangkan negara Teluk itu menghasilkan banyak sampah berbanding negara-negara perindustrian yang lain.
Pada 2011, Menteri Hal Ehwal Perbandaran dan Perancangan Bandar Bahrain, Juma Ahmed Al Kaabi berkata, negara itu menghasilkan kira-kira 2,200 tan sampah di bandar, tujuh tan sampah daripada sektor penjagaan kesihatan dan 380 tan sampah sisa kilang setiap hari.
Omar yang mempunyai ribuan pengikut dalam YouTube berkata, pihaknya telah dihubungi oleh seorang wartawan untuk merakamkan aksi jutawan itu yang dianggap sebagai satu keadaan luar biasa yang jarang dilakukan oleh golongan jutawan.
"Dia merupakan contoh kepada sikap kesederhanaan, kesopanan dan budi pekerti yang mulia. Anda merupakan contoh kepada belia," kata Omar kepada Yo ketika merakamkan video itu.


Lelaki menangis gagal beli iPhone 6 dapat S$14,446

Posted: 07 Nov 2014 03:53 PM PST



YOUTUBE - PHAM menangis selepas diminta membayar caj tambahan sebagai pakej jaminan bagi pembelian iPhone 6.


SINGAPURA – Seorang pekerja kilang terkejut selepas sebuah kedai telefon bimbit mengenakan caj tambahan sebanyak S$1,445 (RM3,700) semasa dia membeli telefon pintar iPhone 6, lapor kelmarin.
Warga Vietnam, Pham Van Thoai, 28, sebelum itu telah membayar wang sebanyak S$949 (RM2,436) untuk harga iPhone 6 kepada sebuah kedai menjual telefon bimbit di Sim Lim Square di sini.
Bagaimanapun, dia terkejut selepas seorang pekerja kedai itu memberitahu, dia tidak boleh pulang sehingga dia membayar wang tambahan sebanyak S$1,507 (RM3,861) untuk pakej jaminan.
Pham yang tidak mampu membayar caj tambahan itu kemudian meminta supaya wangnya dipulangkan semula tetapi penjual berkenaan enggan memulangkan wang berkenaan.
Keadaan Pham yang merayu sambil menangis serta melutut agar wang tersebut dikembalikan turut menyebabkan dia diketawakan.
Katanya, dia menyimpan wang sebanyak S$169 (RM434) setiap sebulan sejak beberapa bulan lalu untuk membeli iPhone 6 sebagai hadiah hari jadi untuk kekasihnya.
Aksi Pham itu dirakam oleh seorang pelanggan di kedai berkenaan menyebabkan video tersebut kini menjadi popular di internet.
Ekoran keprihatinan orang ramai, lelaki malang itu berjaya menerima sumbangan S$14,446 (RM37,000) dari seluruh negara.
Seorang warga Singapura yang mengambil inisiatif itu, Gabriel Kang berkata, dia berbuat demikian kerana mahu membuktikan negara itu bukan pencuri atau penipu.
Kedai berkenaan sememangnya mempunyai reputasi buruk dengan 18 aduan diterima oleh pihak berkuasa selain pernah memulangkan wang pelanggan dalam bentuk syiling sebanyak S$1,651 (RM4,233).


Bercuti sambil belajar di Kota Singa

Posted: 07 Nov 2014 03:50 PM PST

Supertree Grove menjadi tarikan para pelancong yang berkunjung ke Gardens by the Bay


KEPETAHAN pemandu pelan-­cong, Tan Li Li bercerita mengenai sejarah penubuhan Singapura dan bangunan-bangunan yang tersergam di sepanjang Orchard Road cukup mengagumkan.
Perwatakan Li Li, 43, yang ceria itu menyebabkan perjalanan dari Lapangan Terbang Changi ke The Quincy Hotel di Mount Elizabeth sejauh 21 kilometer (km) yang mengambil masa kira-kira 20 minit itu seakan-akan tidak dirasai.
Li Li berkata, setiap bangunan yang terdapat di Orchard Road memiliki keunikan tersendiri, sekali gus menjadi daya tarikan kepada para pelancong asing ke Kota Singa itu.
Selain menjadi syurga membeli-belah, Orchard Road yang sepanjang 2.5 kilometer (km) ini turut menyimpan banyak sejarah.
Misalnya, The Government House telah ditukar nama kepada Istana Negara Singapura manakala kediaman bekas Setiausaha Kolonial pula dikenali sebagai Sri Temasek.
"Kini, Istana Negara menjadi kediaman rasmi Presiden dan Perdana Menteri Singapura. Namun, Istana Negara dibuka kepada orang ramai pada hari-hari tertentu iaitu sempena perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya Puasa, Hari Pekerja dan Hari Kebangsaan.
"Bayaran masuk ke Istana Negara adalah percuma untuk rakyat dan penduduk tetap Singapura manakala para pelancong asing perlu membayar sebanyak S$1 (RM 2.57) di pintu utama di Orchard Road," kata Li Li yang menjadi pemandu pelancong separuh masa sejak 10 tahun lalu.
Li Li berkata, Istana Negara bukan satu-satunya lokasi yang perlu dikunjungi para pelancong kerana banyak lagi tempat bersejarah dan menarik di Kota Singa itu.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Lembaga Pelancongan Singapura (STB), rata-rata para pelancong yang datang ke Singapura bertujuan untuk bersiar-siar, membeli-belah, berlibur dan bersuka ria di Resorts World Sentosa (RWS).
Penolong Pengurus Learning Travel Enrichment STB, Edmund Tan, 26, berkata, STB sedang mengkaji trend terbaharu pelancong dunia iaitu memperkaya pengalaman untuk seisi keluarga ketika bercuti.
Pengalaman

IBU bapa dan kanak-kanak berpeluang mendekati spesies ikan sungai di River Safari.


"Setiap kali mengikuti percutian keluarga, keinginan anak-anak tidak diberikan keutamaan. Golongan ini tidak memperoleh banyak pengalaman yang berharga.
"Mereka akan cepat berasa bosan kerana hanya mengikut kehendak ibu bapa setiap masa.
"STB memahami keperluan itu dan kami merangka beberapa program khusus agar mereka memperoleh pe­ngalaman yang berguna sepanjang tempoh percutian itu," katanya.
Edmund berkata, setiap lokasi pelancong di Singapura memiliki unit pendidikan sendiri yang bertujuan untuk menekankan aspek melancong sambil belajar.
Matlamat utama program itu adalah untuk menambah ilmu pengetahuan terutama dari aspek fizikal, estetik, moral dan sosio-ekonomi.
Aktiviti pembelajaran itu akan membantu kanak-kanak memperoleh kemahiran hidup menerusi pelbagai kreativiti, keyakinan, kasih sayang dan kesabaran. Situasi itu dapat membentuk hati dan minda mereka untuk bersedia menghadapi cabaran persekitaran global yang semakin dinamik pada hari ini.
Kemudahan infrastruktur yang sangat baik dan suasana aman di Singapura memberikan pakej yang lengkap kepada kanak-kanak dari seluruh dunia untuk menimba pengalaman.
"Singapura komited untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik, sekali gus memastikan kanak-kanak terutama pelajar teruja dengan proses pelajaran yang diperoleh.
"Mata pelajaran matematik, sains dan teknologi menjadikan mereka sebagai pelajar yang inovatif. Aktiviti akan menjadi menarik terutamanya dengan menggunakan aplikasi sains dan matematik di luar kelas.
"Para pelajar dapat memahami proses pemuliharaan dan peningkatan kepekaan yang membantu ke arah perubahan positif dengan memerhati serta menikmati alam tropika di Singapura.
"Pengalaman bercuti sambil belajar mampu melengkapi kurikulum teras pelajar, memberikan mereka banyak kesempatan untuk merenung apa yang dilakukan di sekolah kerana di sini mereka akan memulakan pembelajaran secara individu.
"Singapura kaya dengan budaya hasil gabungan etnik Melayu, India, China, Peranakan dan Eurasia yang membentuk sejarah di pulau ini," kata Edmund.
Menjelang musim cuti persekolahan yang akan tiba pada akhir bulan ini, rakyat Malaysia yang bercadang untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga boleh menjadikan Si­ngapura sebagai destinasi pelancong mereka.
Pesawat

kanak-kanak berpeluang melihat aktiviti membersih dan memberi makan kepada ikan di akuarium besar S.E.A. Aquarium di Marine Life Park.


Pengembaraan para pelancong ke Kota Singa perlu bermula di Flight Experience di Level 2, The Singapore Flyer, Raffles Avenue.
Di pusat latihan penerbangan itu, mereka akan belajar mengenai pesawat dan semua aspek penerbangan dengan menggunakan video, model serta anak-anak kapal yang profesio­nal.
Mereka juga berpeluang untuk meninjau suasana sebenar kabin pesawat dan bertemu dengan anak-anak kapal syarikat penerbangan latihan profesional.
Mereka akan mengendalikan pesa­wat di bawah bimbingan tenaga pe­ngajar juruterbang komersial menggunakan simulasi Boeing 737 Next Generation (NG).
Tidak lengkap percutian sekiranya tidak berkunjung ke Resorts World Sentosa (RWS) yang digambarkan sebagai taman tema terbesar di rantau Asia Tenggara setanding taman-taman tema Universal Studio yang terbaik di Hollywood (California), Orlando (Florida) dan Osaka (Jepun).
Spesies marin
Selain Universal Studio Singapura (USS), para pelancong bo­leh menimba ilmu di S.E.A. Aquarium di Marine Life Park.
Ia adalah akuarium terbesar di dunia dan lebih daripada 800 spesies haiwan marin termasuk ikan yang jarang-jarang dilihat boleh ditemui.Mereka boleh meninjau impak manusia terhadap biodiversiti marin, memahami kepentingan air, mengetahui tentang spesies laut dan keperluan amalan marin yang sesuai.
Selepas itu, para pelancong perlu berkunjung ke Rizab Hidupan Liar Singapura (WRS) yang merupakan syarikat induk mengendalikan Jurong Bird Park, Night Safari, Singapore Zoo dan River Safari.
WRS diwujudkan untuk pengurusan lokasi pelancongan bertaraf dunia yang menggalakkan pemuliharaan dan penyelidikan selain mendidik pengunjung mengenai haiwan dan habitatnya.
Di Singapore Zoo, para pengunjung akan dibawa menjelajah hutan untuk mengkaji proses penjagaan zoo, pembiakan dan penjagaan kupu-kupu, kala jengking dan invertebrata (haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang) yang lain. Selain itu, mereka juga boleh melihat aktiviti-aktiviti di belakang tabir seperti kekerapan ular diberi makan, berapa banyak anak komodo berjaya dibiakkan, kura-kura tertua di zoo, melihat ular sawa dan mengetahui skala sebenar ular.
Selepas mengkaji spesies haiwan, pelancong dibawa melihat pelbagai spe­sies flora di Gardens by the Bay seluas 101 hektar.
Di sini, mereka akan mempelajari proses tum­buh-tumbuhan menye­suaikan diri untuk hidup, cara-cara melindungi spesies tumbuhan yang hampir pupus dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Teknologi

Pelancong boleh merasai keseronokan menaiki bot menyusuri tasik apabila berkunjung ke River Safari.


Mereka juga didedahkan dengan teknologi unik yang diperkenalkan terutama di tiga taman utama di tepi laut iaitu Bay South Garden, Bay East Garden dan Bay Central Garden.
Taman-taman itu ada­lah sebahagian daripada strategi kerajaan Singapura untuk mengubah konsep taman dalam bandar kepada bandar dalam taman.
ArtScience Museum di Marina Bay Sands pula merupakan muzium kreativiti yang menggabungkan proses krea­tif bidang seni dan ilmu.
ArtScience Museum membentangkan pameran dan program untuk menyampaikan cerita-cerita dengan menggunakan gabungan reka bentuk yang indah, kandungan yang menarik dan perbincangan intelektual untuk memberi inspirasi kreativiti dalam diri para pengunjung.
Sementara itu, Mathura Gopa­la­krishnan, 20, berkata, tidak banyak beza antara Singapura dengan Malaysia terutamanya dari aspek budaya, makanan dan hiburan.
"Namun, saya memperoleh pengalaman yang menarik selepas melihat program-program yang disusun STB dan tempat-tempat bersejarah di Singapura.
"Kunjungan terakhir saya di Art­Science Museum sungguh menakjubkan terutamanya apabila menyaksikan hasil karya jurugambar kontemporari China dan Annie Leibovitz iaitu seorang jurugambar potret dari Amerika Syarikat. Kedua-dua jurugambar ini menjadi sumber inspirasi saya" kata Mathura iaitu salah orang peserta yang mengikuti rombongan media ke Singa­pura baru-baru ini.


Inovasi sistem suspensi tempatan

Posted: 07 Nov 2014 03:46 PM PST


Suspensi yang dihasilkan oleh Fawster Motorsports setanding jenama antarabangsa.


MULA memandu kereta jenis Honda Integra DC5 sejak setahun lalu, Izzat Razin Ali Bakri, 21, tidak pernah melakukan modifikasi enjin. Baginya, kereta untuk kegunaan harian terutama di Lembah Klang kurang sesuai diubah spesifikasi enjinnya.
Bagaimanapun, pelajar Kolej IACT, Petaling Jaya, Selangor itu amat menitikberatkan aspek kemahiran pemanduan, tetapan penalaan tayar dan sistem suspensi.
Disebabkan itu, setiap dua bulan, Izzat Razin akan membawa Honda Integra DC5 berona putih keluaran tahun 2006 itu ke Fawster Motorsports Sdn. Bhd. (Fawster Motorsports), di Subang Jaya, Selangor. Ia merupakan rutin penting bagi­nya untuk memastikan sistem penjajaran dan suspensi berada dalam keada­an baik.
"Sebaik membeli kereta ini pada tahun lalu, seorang rakan mencadangkan Fawster Motorsports untuk melakukan tetapan penjajaran penuh dan sistem suspensi," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Sejak pertama kali berkunjung ke Fawster Motorsports, Izzat Razin berpuas hati de­ngan servis sistem suspensi yang dilakukan bengkel itu yang membuatkan tayar ke­retanya lebih mencengkam di jalan raya terutama di laluan berliku.
Walaupun, sistem suspensi ku­rang dibe­ri perhatian oleh ke­banyakan pe­­mandu di Malay­sia, Izzat Razin menyifatkan, se­dikit perubahan tetapan sus­pensi mampu memberi kesan besar kepada pemanduan.
Selain memandu di jalan raya, dia yang berasal dari Kota Kemuning, Shah Alam itu juga aktif menyer­tai perlumbaan trek berdaftar tempatan, Saturday Night Fever di Litar Antarabangsa Sepang de­ngan memandu sebuah lagi kereta Honda Integra DC5 berwarna kuning miliknya.
Sistem suspensi kereta yang digunakan untuk perlumbaan trek itu juga mendapat sentuhan Fawster Motorsports. Penyerta­annya mendapat galakan daripada juara perlumbaan trek Merdeka Millennium Endurance (MME) yang juga merupakan orang penting Fawster Motorsports iaitu Faidzil Alang Abdul Rahman sejak setahun lalu.
Perkhidmatan

alat pengukur jajaran tayar kereta secara manual ini mampu memberikan ukuran yang lebih tepat.


Fawster Motorsports merupakan sebuah bengkel milik bumiputera sepenuhnya yang beroperasi sejak dua tahun lalu. Bengkel tersebut menyediakan empat perkhidmatan utama untuk pemandu kereta atau pelumba trek iaitu tetapan suspensi, tempahan spring penyerap hentakan, servis membaiki peredam (damper) dan penalaan pemanduan serta kawalan kenderaan.
Selain kereta lumba trek, bengkel itu juga menjadi tumpuan pemandu kereta harian untuk mendapatkan khidmat servis sistem suspensi yang merupakan elemen penting dalam pemanduan.
Secara asasnya, istilah suspensi dalam sebuah kenderaan merujuk kepada kom­binasi tayar, spring penyerap hentakan dan penalaan penjajaran untuk memastikan kestabilan sesebuah kereta. Ia juga mampu menampung rangka ke­reta, enjin, badan dan lingkaran kuasa yang berada di bahagian atas roda.
Pihak bengkel akan melakukan servis sistem suspensi mengikut kehendak dan kriteria pelanggan sewaktu memandu kereta. Keba­nyakan pemandu di Malaysia ha­nya mahu merendahkan suspensi kereta untuk kelihatan lebih sporty tanpa memikirkan kesan terhadap pemanduan mereka.
Jelas Faidzil yang merupakan Pengarah Teknikal Fawster Motor­sports, bengkel tersebut menggunakan kaedah asas untuk melakukan penalaan penjajaran tayar kereta iaitu menggunakan benang. Kaedah itu juga dipraktikkan oleh pasukan yang terlibat dalam perlumbaan trek dan Formula 1 ternyata berbeza dengan teknik dan mesin yang digunakan di bengkel lain.
Lebih tepat
"Bacaan ukuran darjah penjajaran tayar adalah lebih tepat. Pengukuran dilakukan dengan mengantung benang dan besi pada bampar kereta. Kemudiannya, besi yang disambung dengan benang akan dilaras mengikut bacaan yang telah ditetapkan untuk memastikan ketepatan jajaran tayar.
"Penjajaran tayar merupakan langkah asas dalam pemanduan dan kawalan kenderaan sama seperti sistem suspensi. Fawster Motorsports juga akan melakukan pengiraan berat sudut dan penimbang tayar untuk memastikan sistem suspensi selari de­ngan penjajaran tayar," ujarnya yang juga merupakan seorang pelumba trek profesional.
Selaku bengkel pakar dalam sistem suspensi, Fawster Motor­sports menitikberatkan aspek ke­selamatan sistem suspensi yang memberi keselesaan kepa­da pemandu. Bagi kereta yang digunakan secara harian, sistem suspensi penting ketika melalui selekoh dan menekan brek.
Sistem suspensi yang baik mampu menstabilkan kereta se­waktu melalui dua situasi pemanduan itu. Selain penjajaran tayar, penyerap hentakan perlu sentiasa diperiksa dan diser­vis.
Sementara itu, bagi pelumba trek pula, kebanyakan pemandu memerlukan sistem suspensi yang sesuai sewaktu mengambil selekoh dalam keadaan laju. Kehebatan enjin kereta lumba di trek tidak menjamin kemena­ngan pelumba kerana sistem suspensi juga memainkan peranan utama.

Faidzil melakukan pemeriksaan dalaman kereta Mazda 3 sebelum perlumbaan trek MME.


"Kebiasaannya pelumba trek lebih cerewet mengenai sistem suspensi kerana mereka hanya memikirkan cara terbaik untuk menang. Kami perlu menepati kriteria suspensi yang diinginkan oleh pelumba selain menitikberatkan keselamatan mereka," ujar­nya yang merupakan peman­du kereta Mazda 3, Bermaz Malaysia dalam siri perlumbaan trek tempatan.
Antara jenama suspensi yang biasa digunakan pemilik kereta ialah Aragosta dari Jepun, KW (Jerman), Tien (Jepun), Ohlins (Sweden) dan Nitron (Uni­ted Kingdom). Kebiasaannya, pelang­gan membeli sendiri suspensi seb­elum Fawster Motorsports memasangnya.
Jelas Faidzil, tiga orang mekanik terlatih di bengkel itu mementingkan ukuran sistem suspensi yang tepat setiap kali me­lakukan servis kereta pelanggan.
"Selain alat pe­ng­­ukur jajaran ro­da, kami juga menggunakan pe­ngukur kamber (lengkungan) tayar untuk memastikan kestabi­lan kereta. Pengukur kamber me­rupakan elemen penting untuk memastikan kerataan kedudukan permukaan tayar di atas jalan.
"Kebanyakan pemandu lebih berminat merendahkan dan memotong spring penyerap hentakan. Walaupun kereta kelihatan bergaya, ia bukanlah satu cara terbaik untuk menstabilkan pemanduan," ujar bapa kepada dua orang cahaya mata itu.
Tempahan
Fawster Motorsports turut menyediakan perkhidmatan tem­pahan suspensi kepada pelanggan sebagai satu langkah untuk mengembangkan industri pemanduan dan kawalan di negara ini. Suspensi yang menggunakan jenama bengkel itu mula dipasarkan mengikut kriteria yang diminta oleh pelanggan sejak dua tahun lalu. Set lengkap yang terdiri daripada empat batang suspensi itu dijual pada harga RM4,000 hingga RM8,000.
Menurut Faidzil, suspensi yang direka olehnya itu sesuai untuk pemandu yang gemarkan gaya sporty dengan pemanduan lebih cekap di atas jalan raya. Selain itu, ia merupakan inovasi Fawster Motorsports untuk mencipta suspensi yang sesuai buat pemandu di jalan raya negara ini.
"Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelanggan, ka­mi akan mencipta suspensi yang sesuai dengan tahap pemanduan mereka. Tetapan suspensi itu juga akan diselaraskan dengan beberapa penalaan yang lain seperti sudut tayar, dimensi ukuran dan penggunaan kamber," ujarnya yang merupakan antara rakyat Malaysia terawal yang mendapat latihan sistem suspensi daripada Lotus Engineering ketika bertugas di bahagian kejuruteraan Proton Holding Berhad pada tahun 2001.
Usai menerima tempahan, Fawster Motorsports akan mela­kar rekaan suspensi dengan meng­gunakan perisian Solidwork sebelum ia dihasilkan di sebuah kilang di ibu negara. Selain itu, bengkel tersebut juga menyediakan perkhidmatan tempahan spring suspensi yang juga menampilkan ciri-ciri sporty pada harga RM400 hingga RM600 untuk setiap set.

Mendekati habitat rama-rama Rajah Brooke

Posted: 07 Nov 2014 03:44 PM PST


RAMA-RAMA Rajah Brooke mampu membesar antara 15 hingga 17 sentimeter.


HUTAN di negara ini kaya dengan pelbagai hidup­an termasuklah spesies se­rangga yang sukar ditemui.
Antara serangga yang mendia­mi hutan di negara ini termasuklah spe­sies rama-rama yang dikenali sebagai Rajah Brooke atau nama saintifiknya Trogonoptera brookiana.
Nama Rajah Brooke diberikan oleh ahli zoologi, Sir Alfred Wallace Russle pada tahun 1885 bersempena nama Raja Putih Sa­rawak yang pertama, Sir James Brooke.
Lebih menarik, ra­ma-rama yang mendiami kawasan hutan sekitar Malaysia dan Indonesia itu juga dipercayai mempu­nyai 11 jenis sub­spe­sies di seluruh dunia.
Selain itu, se­rangga yang diiktiraf sebagai rama-rama ke­bangsaan Ma­laysia itu mampu membesar antara 15 hingga 17 sentimeter dan boleh dibezakan mengikut jantina.
Bagi jantina jantan, keseluruhan sayapnya berwarna hitam dan pada bahagian sayap hadapan terdapat tujuh corak gerigi berwarna hijau.
Rama-rama betina pula, keseluruhan sayapnya berwarna coklat dan terdapat kilauan putih di bahagian hujung sayap depan dan pada pangkal ke­pak belakang.
Keunikan corak dan warna yang terdapat pada sayap rama-rama tersebut menyebabkan ia sentiasa menjadi mangsa buruan pemburu haram untuk dijadikan perhiasan dinding mewah bernilai ribuan ringgit.
Memburukkan lagi keadaan, habitat rama-rama ini juga didapati semakin terancam disebabkan aktiviti penebangan hutan yang semakin berleluasa untuk tujuan pembangunan.
Menyedari hakikat itu, Majlis Ban­daraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menganjurkan Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) bertemakan rama-rama Rajah Brooke di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak baru-baru ini.
Hutan Lipur Kuala Woh terletak 13 kilometer dari Pekan Tapah. Ia meru­pakan salah satu habitat spesies rama-rama Rajah Brooke kerana terdapat kolam air panas semula jadi di Lubok Merbau.
Air kolam yang keluar dari bawah tanah itu dipercayai mempunyai garam mineral berjaya menarik perhatian rama-rama ke kawasan tersebut.
Dalam program yang diadakan selama tiga hari dua malam itu disertai oleh 30 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara, Petaling Jaya, Sela­ngor.
Aktiviti

SERAMAI 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar terlibat dalam Kem Kesedaran Alam Sekitar.


Menurut guru pengiring, Hashimi Ismail, program tersebut dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai rama-rama Rajah Brooke di samping memberi kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan hutan.
"Matlamat asal penganjuran program ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan hutan.
"Bagi memberi lebih keseronokan, saya cuba menyelitkan sedikit aktiviti berkaitan rama-rama Rajah Brooke yang kebetulan mendiami kawasan hutan ini," katanya sambil memaklumkan, rama-rama tersebut telah diwartakan sebagai salah satu haiwan tidak boleh diperdagangkan.
Antara aktiviti yang dianjurkan se­panjang program tersebut ialah pengajaran dan pembelajaran me­ngenai rama-rama Rajah Brooke, merentas hutan dan mengukur kuali­ti air su­ngai, melukis poster serta mewarna.
Selain itu, para pelajar juga dibawa berkunjung ke perkampungan Orang Asli yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mendalami cara kehi­dupan mereka.
Sementara itu, salah seorang wakil urus setia program tersebut yang juga kakitangan MBPJ, Salam Sai­min berkata, program tersebut meru­pa­kan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat pihaknya.
Katanya, MBPJ sentiasa komited dalam memberi pendidikan alam sekitar kepada para pelajar sekolah di sekitar daerah Petaling Jaya.
Selain memberi kesedaran menge­nai alam sekitar, penganjuran program tersebut juga memberi peluang kepada pelajar menikmati keindahan hutan.
"Program ini merupakan sebaha­gian daripada program KeKAS yang sudah bermula sejak tahun 2008. Setiap tahun pihak MBPJ menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk program KeKAS," katanya sambil memaklumkan, sebanyak lapan siri KeKAS dilaksanakan setiap tahun.


Kerana Kelazatan Ikan Bawal, Warung Tersembunyi Jadi Tumpuan

Posted: 07 Nov 2014 03:32 PM PST


KATA kawan-kawan Abang Fen, ada sebuah warung ikan bawal goreng yang sedap, tetapi untuk merasai kelazatan itu, kita perlu hadapi cabaran mencari premisnya yang  tersembunyi.
Tetapi cabaran itu hanya bagi mereka yang pertama kali melangkah masuk ke warung tersebut.
Tercabar dengan cerita itu, Abang Fen juga ingin tahu kenapa pelanggan gerai tersebut sanggup bersusah payah untuk menikmati ikan bawal goreng...sedap sangatkah?
Oleh itu, baru-baru ini, Abang Fen juga tidak terlepas untuk mencari gerai tersebut mengikut petua yang diberikan rakan-rakan demi pembaca mStar Online.
Warung bawal goreng itu dikenali sebagai Warung Kak Mah dan Abang Din, terletak di Kampung Datuk Keramat, Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah ,Pulau Pinang.
Tetapi untuk sampai ke warung tersebut, perlu melalui Kawasan Perindustrian Perai.
Ketika berada di kawasan perindustrian tersebut, Abang Fen menghabiskan selama 20 minit untuk mencari gerai berkenaan, akhirnya memberhentikan kereta untuk bertenang seketika.
Bila Abang Fen ingatkan semula petua rakan, mereka memberitahu, jalan ke gerai itu terletak di tepi sebuah kilang kotak, masuk ke situ dulu barulah kita akan nampak gerainya.
Akhirnya Abang Fen sampai di hadapan warung ikan bawal goreng tersebut. Tidak dinafikan memang ramai pelanggannya.
Bukan sahaja penuh dengan kereta, bas persiaran yang membawa rombongan turut ke warung tersebut.
"Apa istimewanya warung ikan bawal goreng ini, sampai ramai macam ni sekali.
"Patut pun tidak dipanggil restoran walaupun ramai orang, sebab meja dan kerusi hanya diperbuat daripada kayu biasa sahaja," bisik hati Abang Fen ketika melangkah masuk ke warung berkenaan.
Abang Fen kemudian meninjau lauk-pauk selain bawal goreng panas sebagai menu utama, ada juga sayur, ulam dan sambal belacan yang mula membuatkan selera makan membuak.
Gulai ikan bawal.
Tanpa membuang masa, Abang Fen meminta nasi putih, ikan bawal goreng, sambal belacan dan ulam untuk makan tengah hari.
Ketika pekerja warung tersebut menghantar bawal goreng bersama nasi dan ulam, dia turut meninggalkan kicap manis. Apabila dilihat di sekeliling, barulah Abang Fen tahu mengenai campuran yang akan melazatkan makanan itu.
Sebagai seorang penulis yang ingin berkongsi dengan pembaca, Abang Fen mula merasai nasi dengan ikan bawal goreng panas, disertai sambal belacan dan kicap manis.
Bayangkan, isi ikan bawal yang panas bersama sambal belacan dan manis-manis kicap di dalam mulut anda.
Sedapnya memang tidak terkata, ketika itu Abang Fen sedar, kenapa orang ramai termasuk menteri sanggup mencari warung tersembunyi ini untuk menikmati makan tengah hari.
Habis saja menjamah makanan lazat itu, Abang Fen memulakan misi mencari tuan empunya warung dengan niat untuk mencungkil rahsia serta mencari maklumat untuk dikongsi dengan you all.
Selepas bertanya dengan seorang daripada pekerjanya, Abang Fen ditemukan dengan seorang wanita iaitu  Razimah Hassan, 55, (gambar) di dapur warung tersebut.
Razimah memulakan perniagaan itu bersama suaminya Tajudin Hashim, 57, pada awal 1990-an.
"Waktu itu kami hidup susah tetapi saya dan suami pandai masak. Jadi kami ambil keputusan untuk mencuba dengan perniagaan ikan bawal goreng ini", cerita Razimah memulakan perbualan.
Perniagaan pasangan tersebut bermula dengan 5 kilogram ikan bawal sebelum ia mencecah 200 kilogram sehari ketika ini.
Semuanya kerana apa yang dihidangkan menepati cita rasa pelanggan.
"Saya tidak ada resipi istimewa sangat selain hanya masukkan serbuk kunyit dan garam untuk digaulkan bersama ikan bawal ini sebelum digoreng.
"Apabila hendak menggoreng pastikan minyak benar-benar panas kerana ikan akan masak dalam keadaan baik", jelas Razimah memberikan tips dan rahsia keenakan ikan bawal goreng yang menggamit ramai pelanggan.
Kerana idea Razimah dan Tajudin juga, perniagaan ikan bawal goreng kini terkenal sehingga ke ibu negara.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila ia turut dikunjungi oleh menteri dan timbalan menteri seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Noh Omar.
Ketika sedang merakam gambar warung tersebut, Abang Fen sempat mendapatkan pandangan seorang pelanggan tetap warung berkenaan iaitu Mohd Wazir Mat, 48.(gambar)
"Saya menjadi pelanggan warung bawal goreng ini sejak berusia awal 20-an kerana keistimewaan serta kelazatan ikan yang digoreng, sambal belacan dan kari ikan di sini memang tiada tandingannya.
Seorang pelanggan yang sedang menikmati makan tengah hari dengan lauk ringkas.
Warung tersebut dibuka seawal pukul 10 pagi dan ditutup pada pukul 8 malam dan menariknya tiada hari cuti dalam kalendar perniagannya.
Pelanggan boleh menikmati ikan bawal goreng pada hari apa sahaja.
Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi Razimah ditalian 017-4277206 atau Tajudin (011-12477754).

Pencetus Ummah kembali!

Posted: 07 Nov 2014 03:29 AM PST


  • Barisan Pencetus Ummah musim kedua ini bermula pada Khamis, 13 November bersiaran langsung pada jam 9 malam menerusi saluran Astro Oasis dan Maya HD.Barisan Pencetus Ummah musim kedua ini bermula pada Khamis, 13 November bersiaran langsung pada jam 9 malam menerusi saluran Astro Oasis dan Maya HD.

ADALAH perkara biasa sekiranya program-program hiburan popular seperti Maharaja Lawak, Akademi Fantasia dan Kilauan Emas mendapat rating tertinggi setiap kali bersiaran.

Tetapi, jangan tidak tahu, Pencetus Ummah (PU) juga berjaya meraih kedudukan yang tinggi sekali gus membuktikan program realiti dakwah Islam itu mampu mencetuskan fenomena tersendiri sehingga menarik perhatian jutaan penonton.

Atas kesedaran itu, Astro  meneruskan lagi program pencarian pendakwah kreatif musim kedua ini mulai Khamis, 13 November yang akan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (106) serta tayangan serentak di Maya HD (135).

Pengurus Saluran Astro Oasis, Namanzee  Harris berkata,  PU2  menerapkan pendekatan Seru Dengan Hikmah agar setiap peserta segera mempersiapkan diri untuk terus menilai diri,  memantapkan akhlak dan menguatkan diri sebagai seorang pendakwah.

"Tugas pendakwah adalah untuk menyampaikan kebenaran  Islam  dengan cara  yang  paling  sesuai mengikut keadaan masyarakat  agar  boleh diterima dengan penuh kesedaran," katanya pada majlis memperkenalkan 10 peserta PU2  di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai  PU2, Namanzee memberitahu PU2 membawa kelainan tersendiri terutama dari segi pesertanya.

"Ada di antara peserta PU2 adalah bekas mat rempit. Kami tahu setiap individu ada latar belakang yang pelbagai sama ada positif atau negatif.

"Namun, peluang kedua untuk berubah ke arah kebaikan itu tetap ada dan sebagai program yang berbentuk dakwah, pastinya kami ingin memberi ruang kepada mereka untuk berdakwah," katanya yang enggan berkongsi siapakah peserta PU2 terbabit.
Katanya, kisah lalu itu seharusnya dijadikan pengajaran yang bermakna.

PU2 disertai oleh Mohamad Azraie Mohamad Yunus dari Kedah; Amir Shahrizal Md Sharif (Kedah); Azihal Bangsawan (Sabah); Mohd Lokman Ahmad (Pahang); Mohd Yusof Arbain (Pahang); Mohd Nasri  Abd Manap (Kedah); Suhaimi Mohd Yunus (Perak); Johani Ibrahim (Johor); Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli (Kelantan) dan Azman Syah Alias (Kuala Lumpur).


Ambil peluang

Namanzee berkata, PU2 turut menampilkan Ustaz Haslin Baharim, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Fauziah Nawi sebagai Murabbi atau fasilitator.
Menurutnya, 10 peserta ini amat bertuah kerana mendapat barisan tenaga pengajar yang berpengalaman sekali gus akan membantu mereka mencapai misi ini.

"Kami berharap setiap peserta dapat mengambil peluang ini untuk mencedok segala ilmu sebagai bekalan di masa depan.
"Ini kerana PU bukan hanya sebuah program televisyen semata-mata, tetapi sebuah program yang melahirkan pendakwah, yang kelak akan kembali ke pangkuan masyarakat," ujarnya.

Pocong dekat bilik mayat

Posted: 07 Nov 2014 02:58 AM PST


  • Imej dipercayai pocong dirakam di laluan ke bilik mayat sebuah hospital, semalam.Imej dipercayai pocong dirakam di laluan ke bilik mayat sebuah hospital, semalam.

KULIM - Lain yang dirakam, lain yang dapat! Seorang kakitangan awam terkejut apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berhampiran bilik mayat di sebuah hospital, malam kelmarin.
Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan.
Katanya, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar diambil sebelum terlihat imej asing seperti pocong si laluan bilik mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan sentiasa menyesatkan manusia.
"Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT," katanya.

Feeya (Sinar FM) Nyaris Jadi Mangsa Penjenayah

Posted: 07 Nov 2014 02:02 AM PST


Feeya Iskandar
PETALING JAYA: Penyampai Radio Sinar FM iaitu Feeya Iskandar nyaris disamun oleh dua orang penunggang motosikal yang cuba memecahkan cermin keretanya ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Astro, Bukit Jalil dekat sini pada Jumaat.

Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 24, berkata, individu dipercaya sudah melihat beg mekap yang diletakkan pada kerusi hadapan penumpang lalu cuba memecahkan cermin keretanya jenis Mitsubishi ASX ketika dia sedang berhenti menunggu isyarat lampu merah di satu persimpangan jalan di Bukit Jalil.

"Saya sedang berhenti kerana lampu merah tiba-tiba terdengar satu bunyi yang kuat. Pada mula saya sangka ada berlaku kemalangan dan selepas saya lihat sebelah kiri cermin kereta saya sudah retak.

"Selepas itu, mereka cuba sekali lagi untuk mengetuk cermin tetapi gagal, mereka terus melarikan diri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Feeya berkata, dia bernasib baik kerana tiada sebarang barang miliknya berjaya diambil oleh penjenayah tersebut.
Keadaan cermin kereta milik Feeya yang cuba dipecahkan penjenayah.

Dalam pada itu, Feeya mengakui beg alat solek yang diletakkan di sebelah tempat duduk penumpang menjadi punca kejadian tersebut.

"Cermin kereta saya tiada penapis udara dan mungkin mereka nampak beg alat solek di sebelah tempat duduk penumpang itu membuatkan mereka cuba memecahkan cermin itu. Alhamdulillah, nasib baik mereka tidak berjaya pecahkan cermin kereta dan ambil barang-barang saya," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kejadian itu, Feeya berkata, dia terkejut dan mengigil ketika berhadapan situasi berkenaan. Dia juga masih trauma kerana pertama kali berhadapan dengan keadaan tersebut.

"Saya sangat terkejut dan menggigil takut kerana saya seorang sahaja dalam kereta dan di jalan raya pun tidak banyak kereta ketika kejadian itu. Mujur mereka terus berlalu selepas gagal pecahkan cermin kereta.

"Saya terpaksa keudara lambat sedikit hari ini sebab buat laporan dulu di Balai Polis Sungai Besi, ini pun masih lagi terkejut dan menggigil," ujarnya.

Feeya ke udara setiap hari pukul 3 hingga 7 petang di slot Santai Sinar, Sinar FM.

Fara Fauzana Minta Pemberian Sarjana Kehormat Tidak Dipersoalkan

Posted: 07 Nov 2014 02:00 AM PST


Fara Fauzana rancang sambung belajar peringkat PhD
PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana meminta orang ramai tidak merendah-rendahkan Ijazah Sarjana Kehormat  dalam bidang Komunikasi Massa yang diterimanya daripada Kolej Universiti Geomatika pada Ahad lalu.

Fara, 34, berkata, penganugerahan tersebut diberi berdasarkan pengalamannya selama sepuluh tahun dalam bidang penyiaran televisyen dan radio.

"Saya anggap ia sebagai satu rezeki dan penghargaan yang daripada pihak institusi tersebut. Sebelum menerimanya pihak institusi tersebut sudah menjelaskan tentang penganugerahan ini.

"Usahlah pertikaikannya kerana pihak mereka mempunyai penilaian tertentu kepada individu yang dirasakan layak dan perkara itu kena tanya pihak mereka sendiri," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.
Fara menerima penganugerahan tersebut pada majlis Konvokesyen Kolej Universiti Geomatika pada Ahad Lalu.
Fara berkata demikian bagi mengulas tentang penerimaan Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Komunikasa Massa yang diterimanya pada majlis Konvokesyen Kolej Universiti Geomatika yang berlangsung di Hotel Premiera, di sini, Ahad lalu.

Penganugerahan tersebut dipertikaikan segelintir pihak yang mendakwa penyampai radio Hot FM itu masih belum cukup berpengalaman untuk melayakkannya dikurniakan mana-mana ijazah kehormat.

Fara berkata, dia enggan mengulas berkaitan perkara tersebut dan menerima penganugerahan itu dengan hati terbuka.

"Mereka ingin beri penganugerahan itu, jadi saya ambil dengan hati terbuka. Pada saya ia dapat memberi semangat untuk berkerja lebih kuat lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Fara berkata, dia pernah menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2004, namun tertangguh akibat terlalu sibuk dengan kerja.

Namun dia berazam untuk menyambung pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (Phd) pada masa depan.

"Saya pernah cuba menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana di UiTM, namun terhenti sebab sibuk dengan kerja. Bila tengok rakan-rakan lain sambung belajar saya jadi cemburu.

"Insya-Allah, saya akan sambung diperingkat lebih tinggi jika tiada halangan," ujarnya.

Sebelum ini, Fara Fauzana memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) dari UiTM Shah Alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved