ads

Khamis, 6 November 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


"Hubungan Dengan Izara Aishah Terlalu Peribadi" - Adib Khalid

Posted: 06 Nov 2014 10:05 PM PST


Adib Khalid, baharu sahaja dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios.
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios iaitu Adib Khalid memberitahu kisah hubungannya dengan aktres Izara Aishah terlalu peribadi untuk dikongsi dengan orang ramai.

Adib atau nama sebenarnya, Muhammad Adib Khalid, 24, bagaimanapun tidak menafikan kenyataan yang dibuat oleh aktres berkenaan iaitu mereka sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Kenyataan yang Izara Aishah beri kepada media sebelum ini adalah benar dan kami memang saling mengenali.

"Cukuplah dia sahaja yang beri kenyataan bagi pihak saya kerana ia terlalu peribadi untuk diceritakan," ujarnya kepada mStar Online.
Adib yang juga anak anak kepada ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ditemui pada sidang media sempena konsert Sky Blu Live In Kuala Lumpur, di Signature @ The Roof, Sky Lounge, di sini, Khamis.

Tune Studios terlibat membawa kumpulan muzik itu ke negara ini. Konsert berkenaan telah diadakan di The Play Club, di sini, malam Khamis.

Izara Aishah


Dalam pada itu Adib menetapkan tempoh masa antara tiga hingga empat tahun untuk memberi fokus kepada kerjayanya sebelum memikirkan soal berumah tangga.

Katanya, buat masa ini dia terlalu sibuk untuk mengatur perancangan syarikat   yang baru diterajuinya itu.

"Insya-Allah saya beri tempoh tiga hingga empat tahun untuk beri perhatian sepenuhnya kepada syarikat sebelum memikirkan soal peribadi atau berumah tangga.

"Buat masa sekarang ini belum masanya, kerana banyak perancangan dan strategi yang diatur untuk syarikat ini," ujarnya.

Adib juga dalam proses mencari beberapa artis baharu dan lama untuk bernaung di bawah syarikat tersebut selain merancang  membawa  beberapa artis popular antarabangsa bagi mengadakan konsert pada tahun hadapan.

"Sekarang kami belum ada artis, Insya-Allah akhir tahun ini kita akan tandatangan beberapa orang artis tempatan.

"Bagi mereka yang berminat untuk berada di bawah Tune Studio juga boleh hantar profil dan demo kepada kami," ujarnya.

Tune Studios sebelum ini diterajui oleh Jeremy Little, 31, yang memegang jawatan tersebut sejak 2012.

Pemuda itu meninggal dunia di Mekah, Arab Saudi pada 8 April lalu ketika mengerjakan Umrah.

Lukisan Di Kaki Bukanlah Tatu - Kaka Azraff

Posted: 06 Nov 2014 10:04 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan lakaran yang terdapat di kaki kanannya hanyalah sekadar lukisan yang dilakukan secara suka-suka dan ia tidak kekal lama.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 25, berkata, lukisan itu dibuat oleh seorang rakannya yang pandai melukis dan menjalankan perniagaan lukisan inai.

"Ia bukan tatu tetapi lukisan daripada dakwat pen yang dibuat oleh seorang kawan. Kami bila bertemu memang akan buat perkara-perkara pelik.

"Kawan saya ada kedai inai dan dia seorang yang pandai melukis, jadi saya muat naik gambar itu sebab segaja menghargai hasil kerja seni dia. Saya belum gila lagi untuk buat tatu kekal di kaki," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Lukisan di kanan Kaka dikritik pengikut Instagram

Kaka diminta mengulas tentang gambar lukisan di kaki yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Rabu.

Gambar tersebut telah menerima kecaman daripada pengikut-pengikut Instagram yang menyangka ia sebagai lukisan tatu yang kekal.

Manakala, ada beberapa pengikut yang menganggap lakaran tersebut tidak sesuai dimuat naik kerana menyerupai lambang sebuah agama.

Dalam pada itu, Kaka turut menafikan lukisan kompas itu ada kaitan dengan agama yang dimaksudkan.

"Lukisan itu ialah bentuk kompas dan tiada kaitan dengan mana-mana agama. Saya tidak ada niat pun untuk membuat lukisan yang menyentuh sensitiviti masyarakat atau mana-mana agama.

"Mereka tiada apa ingin komen dan sengaja jadikan perkara itu sebagai sesuatu yang nampak seperti isu besar," katanya.

Sementara itu, Kaka berkata, dia sudah menjelaskan perkara tersebut di ruang komen pada gambar yang dimuat naik itu bagi mengurangkan perbalahan sesama pengikutnya.

Penerbit Filem Antara Punca Kes Buli - Wardina

Posted: 06 Nov 2014 04:50 PM PST


Wardina minta pengiat filem hasilkan filem yang beri inspirasi kepada penonton.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah meminta agar penerbit filem-filem berunsur gengster supaya bertanggungjawab terhadap kes buli melibatkan pelajar sekolah yang semakin berleluasa di negara ini.

Wardina berkata, kebanyakan filem gengster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada penonton untuk melakukan tindakan ganas sama seperti pelakon-pelakon popular di layar lebar.

"Pembikin filem gengster seharusnya bertanggungjawab kerana merekalah yang memberi inspirasi terhadap kes buli yang berlaku. Ya, memang mereka bukan penyebab utama tetapi ia adalah salah satu faktor menyemarakkan sikap agresif remaja untuk bertindak sedemikian.

"Pembuat filem seharus mendidik masyarakat, bukannya semarakkan sifat agresif remaja melalui penghasilan filem ganas seperti gengster," ujarnya melalui laman sosial Facebookmiliknya, pada Rabu.

Tambah Wardina, penerbit filem tidak seharusnya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira terhadap kesan jangka panjang kepada masyarakat.

Jelasnya, alasan pada pengakhiran filem terselit pengajaran sekadar bagi mengurangkan rasa bersalah mereka kepada masyarakat.

"Kononnya ada pengajaran di penghujung cerita anda, tetapi realitinya tiada apa yang boleh dipelajari pada akhir cerita.

"Janganlah buat-buat tidak tahu dan buatlah cerita yang boleh memberi inspirasi dan menaikan semangat jati diri.

"Sebagai pekerja industri kreatif anda seharusnya ada banyak jalan untuk beri inspirasi kepada penonton dan jangan jadikan keuntungan sebagai agenda mutlak anda semua," ujarnya.

Wardina yang sedang menyambung pelajaran dalam bidang psikologi di sebuah universiti di Brisbane, Australia juga memberitahu keadaan tersebut memberi kesan terhadap tahap keganasan seseorang.

"Pembesaran kanak-kanak semuanya bermula daripada rumah, sedikit sebanyak filem-filem seperti itu menjadi punca utama yang mencorakkan perangai mereka ketika bergaul dalam masyarakat," ujarnya.

Pada awal minggu lalu, tersebar sebuah klip video kes buli yang telah menjadi viral di Facebook.

Klip video selama lima minit itu dirakam di asrama dan dipercayai berlaku di sekolah berasrama penuh, menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakan sekolah mereka.

Selepas itu muncul pula video seorang remaja dipukul rakan-rakannya sehingga cedera.

Hasrat Melaram Di ASK 2014 Musnah, Zalif Sidek Disamun 'Peminat'

Posted: 06 Nov 2014 04:49 PM PST


Zalif Sidek
PETALING JAYA: Hasrat pelakon Zalif Sidek untuk melaram pada majlis Anugerah Skrin 2014, Jumaat (esok) musnah apabila dia disamun individu yang menyamar sebagai peminat.

Zalif, 29, berkata, kejadian tersebut berlaku selepas dia mengeluarkan wang di sebuah mesin teler automatik (ATM) di pusat beli belah The Curve, malam Rabu.

"Semalam (Rabu) selepas keluarkan duit untuk beli pakaian sempena ASK 2014 esok. Saya perasaan ada orang mengekori saya dari belakang dan ketika masuk ke sebuah butik individu itu menyapa saya dan meminta untuk mengambil gambar bersama.

"Saya sangkakan dia adalah peminat dan ketika di kaunter pembayaran barulah saya sedar yang beg duit saya sudah disamun," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Zalif berkata, dia kerugian wang tunai lebih RM1000 bersama kad pengenalan dan beberapa kad bank.

Bagaimanapun, dia sudah meminta untuk membuat pemeriksaan melalui kamera litar tertutup (CCTV) milik butik berkenaan namun masih belum mendapat sebarang keputusan.

"Selepas kejadian itu, beberapa pekerja di butik itu memberitahu nampak pemuda tersebut mengekori saya. Saya ada minta untuk melihat CCTV di butik itu tetapi ada peraturan yang melecehkan.

"Mereka tidak benarkan saya masuk untuk lihat, sebaliknya akan menghubungi dan beritahu saya jika kejadian tersebut berjaya dirakam oleh CCTV," ujarnya.

Sementara itu Zalif sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Mutiara Damansara di sini, kira-kira pukul 10 malam, Rabu.

Dalam pada itu, Zalif berkata, dia tetap menghadiri majlis anugerah tersebut dalam keadaan sederhana menggunakan baju koleksi yang ada dalam simpanan sahaja.

"Selalunya saya ada tajaan untuk majlis seperti ini, tetapi kerana sibuk dengan penggambaran drama saya tidak sempat untuk dapatkan tajaan dan memadai saya beli sahaja.

"Tidak sangka pula kena samun, nampaknya pakai sahajalah baju yang ada dalam almari," ujarnya.

Majlis Tunang Cef Riz & Shikin Maembong Sederhana

Posted: 06 Nov 2014 04:48 PM PST


Chef Riz dan Shikin Maembong akan mendirikan rumah tangga pada Disember ini.
PETALING JAYA: Majlis pertunangan dan risik cef Riz dengan Shikin Maembong yang diadakan pada malam Rabu dilakukan secara sederhana.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, majlis tersebut berlangsung  di kediaman keluarga perempuan iaitu di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka dekat sini dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dalam sebuah majlis secara sederhana sahaja, rombongan saya hanya tiga orang sahaja iaitu ayah, ibu dan nenek saya. Manakala keluarga Shikin agak ramai kerana adik beradik dia semua ada.

"Kami bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah pada Disember ini tetapi masih lagi mencari tarikh yang sesuai dan kemungkinan pada awal Disember," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Majlis pertunangan berlangsung pada Malam Rabu dikediaman pihak wanita.

Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan berkata, pada majlis tersebut pihaknya hanya membawa tiga dulang hantaran iaitu cincin, buah-buahan dan kek.

Sementara tiada balasan hantaran daripada pihak perempuan.

Dalam pada itu, Riz berkata, sebagai lelaki dia tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dan membina sebuah keluarga yang sempurna.

"Kalau boleh saya ingin berkahwin cepat kerana kami menjalankan pernigaan bersama dan kemana-mana pun perlu pergi berdua.

"Secara jujurnya sebagai lelaki saya memang teringin sangat untuk ada sebuah keluarga yang sempurna dan dapat anak cepat," ujarnya.

Pasangan ini dilaporkan bercinta sejak dua tahun lalu.

Shikin berumur 31 tahun merupakan anak kepada pelukis terkenal tanah air, Ismail Embong dan kakak kepada Emma Maembong.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012.

Seniwati Mariani Stabil Selepas 3 Hari Dirawat

Posted: 06 Nov 2014 04:46 PM PST


Mariani dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
PETALING JAYA: Pelakon veteran seniwati Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail, 81,  berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Sentosa, dekat sini, tiga hari lalu.

Anaknya, pelakon dan pengarah Melissa Saila memberitahu, Mariani dibawa ke pusat perubatan itu pada pagi Selasa lalu selepas mengadu sakit perut biarpun selepas mendapat rawatan di klinik.

"Ibu saya memang sering mengalami gastrik,  tetapi pada Isnin lalu sakit dia tidak baik biarpun sudah makan ubat.

"Adik saya bawa ke klinik pada malam Isnin, selepas itu, keesokkan paginya pula saya bawa dia terus ke hopital kerana masih tidak baik. Saya risau sebab dia tidak makan beberapa hari," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Antara artis yang hadir melawat Mariani ialah Datuk Maria Menado, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez dan bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Dalam pada itu, Melissa berkata, buat masa ini doktor masih membuat pemeriksaan lanjut selepas mengambil sampel darah bagi mencari punca sebenar penyakit tersebut.

Ditanya khabar angin kononnya seniwati tersebut menghidap penyakit kanser, Malissa menafikan perkara tersebut dan berharap spekulasi tentang penyakit ibunya tidak disebarkan sebelum disahkan oleh pihak doktor.

"Setakat ini doktor tidak beritahu apa-apa lagi dan masih buat pemerisaan lanjut tentang penyakit dia. Bagaimana orang luar boleh sebarkan khabar angin itu kerana saya sendiri tidak tahu.

"Saya harap jangan ada sesiapa yang buat spekulasi tentang penyakit ibu saya selagi tidak disahkan sendiri oleh pihak hospital," ujarnya.

Sementara itu, Melissa berkata, keadaan Mariani semakin baik dan sudah boleh bercakap dengan tetamu yang datang menziarahnya.

"Beberapa orang rakannya ada datang melawat, dia pun nampak semakin sihat dan sudah boleh bercakap dengan tetamu yang datang," ujarnya.

Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma.

Antara filem yang pernah dibintanginya ialah Tiga Abdul,  Saudagar Minyak Urat, Setinggan, Dendan Dari Pusara, Santau dan Puntianak Harum Sundal Malam II.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved