ads

Khamis, 20 November 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Perkahwinan Punca Amelina Tinggalkan Dunia Nyanyian

Posted: 20 Nov 2014 05:05 PM PST


Perkahwinan adalah antara alasan Amelina meninggalkan dunia nyanyian 15 tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan penyanyi Amelina dalam dunia hiburan akhirnya terjawab apabila mengakui perkahwinannya sekitar 1999 menjadi punca dia meninggalkan bidang nyanyian.

Bagaimanapun penyanyi dangdut yang popular sekitar 90an itu enggan mendedahkan lebih lanjut pengalaman yang disifatkannya sebagai 'pembunuh' kerjaya seninya itu.

"Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tetapi kembali aktif selepas 15 tahun, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsi dengan sesiapa.

"Namun untuk saya terus hidup dalam kisah silam adalah sesuatu yang 'membunuh' secara perlahan. Justeru saya kuatkan hati, bulatkan tekad dan lupakan segala kisah itu untuk terus hidup dan memandang ke depan," katanya menerusi kenyataan media kepada mStar Online pada Khamis.

Amelina kini tampil bernaung di bawah Wake The Baby Records Sdn Bhd dan bakal menghasilkan single yang bakal menjadi pengenalan kepada kemunculan semula penyanyi itu.

Enggan mendedahkan lanjut mengenai kisah perkahwinannya yang terus menjadi tanda tanya, Amelina yang mesra dipanggil Alin hanya selesa berkongsi tentang kebahagiaannya dengan enam cahaya mata yang menjadi pembakar semangat untuk kembali aktif di bidang nyanyian.

Menurutnya, perasaan rindu untuk kembali memegang mikrofon dan merakamkan lagu terlalu tinggi hingga memaksa untuknya nekad melupakan apa saja alasannya mengenai 'kehilangannya' sebelum ini.

"Semua yang pernah berlaku sebelum ini adalah satu proses kehidupan yang banyak mengajar saya menjadi individu yang jauh lebih tabah, kuat dan bersemangat.

"Kehilangan saya adalah sesuatu yang begitu peribadi untuk saya kongsikan secara terperinci. Tapi cukup jika saya katakan ia pengalaman yang tak mungkin saya lupakan," katanya.
Amelina pernah bertudung bagi mengelak orang ramai mengenalinya.

Mengulas mengenai gambarnya yang dimuat naik di laman sosial, kononnya Amelina sudah bertudung, penyanyi yang popular dengan lagu Rindu, Asyik dan Seri Langkat  itu akhirnya menjelaskan kedudukan sebenar.
"Jujur saya katakan yang semua itu hanya spekulasi kerana saya belum lagi bertudung penuh. Namun saya akui gambar itu adalah saya yang mengenakan tudung ketika itu.
"Saya terpaksa mengenakan tudung bagi mengelak orang ramaimengenali saya.
"Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di khalayak ramai lebih-lebih lagi dengan mana-mana pihak mengenali saya. Tapi sekarang adalah masa paling sesuai untuk saya muncul dengan penampilan baharu selepas menyusun dan merencana langkah dengan teratur," katanya.

Jaclyn Victor Belum Sedia Hijrah Ke Amerika Syarikat

Posted: 20 Nov 2014 05:03 PM PST


Jac bersama album berbahasa Inggeris pertamanya berjudul Unleashed. 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Jaclyn Victor masih belum bersedia untuk berhijrah ke Amerika Syarikat bagi bersama suaminya, anggota kumpulan Az Yet, Shawn Rivera yang menetap di negara itu.

Jaclyn berkata, dia merasakan tidak sesuai berbuat demikian buat masa ini kerana komitmen terhadap kerjaya nyanyiannya terlalu padat.

"Banyak perkara yang perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menetap di sana kerana kerjaya saya berpusat di sini.

"Biarpun ada perancangan daripada syarikat rakaman untuk melancarkan album saya di sana tetapi saya perlu realistik bahawa bukan mudah untuk menembusi pasaran Amerika dan ia perlu dibuat secara berperingkat dengan strategi konkrit," katanya kepada mStar Online.

Jaclyn ditemui pada majlis pelancaran album bahasa Inggeris pertamanya berjudulUnleashed di Hotel Vivatel di sini, Khamis.

Album terbitan KRU Music itu memuatkan enam lagu termasuk single pertamanya,Remedy.

Dalam pada itu, Jaclyn berkata, buat masa ini dia terpaksa berjauhan dengan suaminya ekoran lelaki itu terikat dengan jadual promosi album terbaharu Az Yet.
Jac belum bersedia berhijrah ke Amerika Syarikat.

Bagaimanapun katanya, suaminya akan kembali ke Malaysia sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember nanti.

"Kami bukannya berjauhan untuk tempoh lama dan dia baharu sahaja kembali ke Amerika pada Oktober lalu kerana urusan kerja.

"Malah dia merancang untuk menetap di Malaysia selepas ini kerana selesa tinggal di negara ini," jelasnya.

Tambah Jaclyn, bagi mengubat rasa rindu terhadap suaminya, mereka sentiasa berhubung menerusi telefon untuk mengetahui keadaan masing-masing.

Sementara itu, Jaclyn memberitahu,Unleashed memperlihatkan kredibilitinya sebagai penulis lirik menerusi tiga lagu.

Jelas Jaclyn, dia teruja diberi peluang oleh KRU Music untuk berbuat demikian kerana telah lama memendam hasrat untuk menulis lagunya sendiri.

"Biarpun ia bukan proses yang mudah tetapi saya berjaya melakukannya dan sudah pasti suami banyak memberi input tentang penulisan lirik yang baik.
"Selepas sepuluh tahun bergelar penyanyi, saya yakin ini adalah masa paling sesuai untuk saya tampil dengan karya sendiri," ujarnya.
Selain Remedy, album terbitan Edry Abdul Halim itu turut memuatkan lagu seperti Over and Over, Delirious, Pinnacle, Sweeter Than A Dream dan Magical Moment duet bersama Az Yet.

Dalam perkembangan sama, Jaclyn berkata, album berkenaan turut memperlihatkan kepelbagaiannya dalam menyampaikan lagu-lagu selain berentak balada bersesuaian dengan kehendak muzik masa kini.

Malah jelas Jaclyn, album berkenaan turut dihasilkan dengan teliti bagi memastikan ia mencapai standard dan dapat diterima pendengar antarabangsa.

"Asalnya pihak KRU ingin melancarkan single sahaja tetapi kami menyedari untuk pergi ke luar negara kita perlukan album penuh dan inilah hasilnya.

"Biarpun terpaksa berulang-kali melakukan rakaman bagi mendapatkan hasil terbaik namun saya puas," katanya.

Unleashed mula dipasarkan dalam bentuk fizikal dan digital bermula Khamis.

Pekin Tidak Yakin Kebolehan Jehan Miskin Mengarah

Posted: 20 Nov 2014 05:02 PM PST


Pekin Ibrahim berasa kurang yakin dengan kebolehan Jehan mengarah Seludup.
PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim mengakui pernah memandang rendah terhadap kebolehan rakan seperjuangannya, Jehan Miskin dalam mengarah sesebuah karya.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 33, berkata, apabila ditawarkan berlakon drama Seludup arahan Jehan, dia kurang yakin dan agak keberatan mahu menerima tawaran berkenaan.

"Jehan telah menghubungi saya dan bercakap tentang jalan cerita Seludup dan menawarkan untuk saya terlibat dengan projeknya itu.

"Ketika kami berbual, hati saya sempat bertanya boleh ke dia mengarah? Maklumlah kita kenal dia sebagai pelakon dan tiba-tiba nak mengarah pula.

"Dan Jehan pula macam tahu apa yang saya fikirkan. Dia terus nyatakan beberapa hasil pengarahannya menerusi drama What If. Bila tonton drama tersebut, sangkaan saya meleset," katanya.

Pekin ditemui pada sidang media majlis pra-tonton drama Seludup di TGV Cinema, One Utama, di sini pada petang Khamis.

Dalam pada itu tambah Pekin, selepas hampir tiga bulan terlibat dengan penggambaranSeludup, dia yakin Jehan mampu pergi jauh dalam bidang pengarahan selepas melihat cara kerjanya yang sangat efisyen.

Sementara itu, mengenai drama Seludup, ia merupakan karya terbitan dan arahan kedua Jehan selepas drama What If.

Kata Jehan, penglibatan produksi bagi menjayakan drama tersebut lebih daripada 100 kru serta pelakon dan bersyukur kerana mampu mengawal keadaan penggambaran dengan baik.

"Orang kata bila bekerja dengan ramai orang, pastinya terdapat perselisihan faham dan agak sukar untuk mengendalikan kesemua mereka di bawah satu arahan.

"Tetapi lain pula buat produksi saya, mereka semuanya profesional dan ia telah memudahkan lagi kerja saya menghasilkan Seludup.

"Saya harap drama yang mengisahkan tentang pemerdagangan haram ini dapat memberi hiburan dan mesej berguna kepada penonton," ujarnya.

Antara pelakon yang akan terlibat dalam Seludup termasuklah Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri.

Seludup bakal disiarkan bermula 4 Disember depan, setiap Khamis, pukul 9.30 malam di saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

Gempar pocong masuk kampung

Posted: 20 Nov 2014 04:56 PM PST


  • Penduduk mendakwa kelibat pocong juga dilihat di lokasi ini. Gambar kecil: Papan tanda Sekolah Kebangsaan Balun Bidai.Penduduk mendakwa kelibat pocong juga dilihat di lokasi ini. Gambar kecil: Papan tanda Sekolah Kebangsaan Balun Bidai.

KAMPUNG GAJAH - Penduduk gerun, takut dan bimbang keluar malam. Itu gambaran situasi semasa sebahagian besar penduduk Kampung Balun Bidai di sini, selepas digemparkan dengan kisah penemuan pocong sejak seminggu lalu.

Lebih menggemparkan, ada laporan memetik pengakuan penduduk yang mendakwa terserempak dengan lembaga tersebut menunjukkan muka, berlegar-legar malah bergolek-golek di hadapan mereka sekitar kawasan masjid di kampung itu.

Kawasan sekitar masjid baharu yang dalam proses pembinaan kini dianggap lokasi 'panas' dalam kampung, ramai yang mula resah untuk melalui kawasan tersebut lebih-lebih lagi di waktu malam, seboleh-bolehnya mahu dielak daripada melintas di kawasan jelmaan pocong itu.

Tabung masjid kena pecah

Namun, dalam pada penduduk resah dengan kisah pocong, wujud satu lagi situasi lain yang membimbangkan penduduk kampung.  Dalam hangat-hangat penduduk bercerita mengenai penemuan hantu itu, berlaku satu kejadian tabung masjid kampung dipecah. 

Perkara itu didedahkan ketua kampung, Hamaidi Ismail yang bimbang kehangatan kisah pocong masuk kampung diambil kesempatan pihak lain untuk melakukan jenayah.

"Saya tidak menafikan kerana kita harus percaya makhluk ghaib memang wujud namun di dalam kes ini saya juga tidak mengiakan kerana saya sendiri tidak pernah mengalaminya.

"Daripada cerita penduduk juga mereka hanya mengatakan ternampak seperti kelibat bayang-bayang sahaja dan bukannya hantu yang bergolek-golek seperti yang didakwa," katanya.

Katanya, dalam kehangatan orang ramai bercerita tentang penemuan hantu itu, berlaku satu kejadian yang tidak diingini iaitu tabung masjid telah dipecah.

"Inilah yang kita khuatir sebenarnya, takut pocong jadian sahaja untuk cuba menakutkan penduduk dan dalam masa yang sama turut melakukan kejadian jenayah.

"Kita tidak menyedari pihak yang tidak bertanggungjawab ini cuba mengambil kesempatan tetapi kita lebih suka untuk menyebarkan perkara yang tidak betul.

"Saya amat berharap perkara ini dapat dihentikan kerana banyak implikasi buruk yang berlaku. Saya juga telah membuat laporan polis berkenaan isu ini bagi meredakan keadaan," katanya.

Katanya, sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya tetap melakukan rondaan keselamatan di kawasan kampung.

"Kami juga akan mengadakan bacaan Yasin pada setiap minggu untuk mengembalikan keyakinan penduduk kampung.

"Sebenarnya isu ini tidaklah besar namun menjadi hangat disebabkan penyebaran melalui internet sehinggakan perkara yang tidak benar juga turut tersebar," katanya.

Nampak bayang wanita

Penduduk Kampung Balun Bidai di sini nyata terkejut dengan berita penemuan hantu pocong sehingga menakutkan penduduk untuk keluar rumah pada waktu malam.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Zara, 22, mendakwa, dia pernah terlihat bayang-bayang menyerupai wanita namun tidak dapat mengagak sama ada ia bayang manusia atau sebaliknya ketika berjaga sehingga jam 1 pagi menguruskan premis kafe sibernya.

"Pernah satu ketika saya terlihat kelibat bayang-bayang di sebalik pokok pisang yang menyerupai wanita namun saya sendiri tidak pasti sama ada ia makhluk halus atau bayang-bayang biasa sahaja.

"Keadaan pada waktu itu pula gelap dan pelbagai kemungkinan boleh ditafsirkan berkenaan bayang-bayang itu," katanya.

Katanya, dia amat terkejut apabila penduduk kampung mula heboh memperkatakan penemuan pocong bermata merah sedang bergolek-golek dan melompat-lompat.

"Saya sendiri terkejut bagaimana cerita itu boleh timbul kerana saya tidak melihat keadaan seumpama itu dan hanya melihat bayang-bayang sahaja," katanya.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Reen, 22, berkata, rumahnya paling hampir dengan kawasan yang dikatakan pocong ditemui.

"Kami sekeluarga tidak pernah terjumpa atau terlihat sebarang kelibat bayang-bayang atau sebagainya sepanjang tinggal di sini dan berulang-alik ke masjid.

"Ayah saya bilal di masjid ini dan setiap pagi akan keluar ke masjid untuk azan subuh tetapi tidak pula berjumpa dengan pocong.

"Begitu juga dengan abang saya yang kadang-kala balik pada jam satu atau dua pagi tidak pernah bertembung dengan sebarang kelibat yang mencurigakan," katanya.

Katanya, dia sendiri mengetahui berkenaan cerita itu melalui lama sosial yang hangat memperkatakan mengenai isu itu.

"Saya merasakan ada pihak yang cuba membesarkan isu ini untuk menakutkan penduduk bagi tujuan-tujuan tertentu sedangkan ada penduduk kampung yang langsung tidak mengetahuinya," katanya.

Jangan mudah percaya  

Umat Islam di negeri digesa menjauhi perbuatan menyebarkan maklumat palsu di laman sosial sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, masyarakat perlu memastikan sumber berita tersebut.

"Macam kes pocong di Kampung Balun Bidai, saya harap masyarakat tidak terlalu taksub kepada perkara itu agar tidak menjadi 'kepercayaan' pula.

"Jika dia nampak sekalipun, tidak perlu dia menceritakan kepada orang lain bagi tujuan menyampai. Perkara ini boleh menimbulkan ketakutan, pergaduhan dan lain-lain lagi," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Nizar menambah, masyarakat dinasihatkan tidak mudah terpengaruh atau bersemangat untuk berceritakan tentang kewujudan pocong sehingga menakut-nakutkan orang ramai.

"Adalah lebih baik ia diisi dengan pelbagai aktiviti ilmu seperti mengadakan bacaan Yasin atau solat hajat agar memohon kepada ALLAH SWT supaya dijauhkan daripada gangguan jin dan syaitan.

"Apabila kita dah dapat berita kita perlu pastikan daripada mana datangnya sumber berita tersebut sebelum terus menyebarkannya, jadi saya harap janganlah besar-besarkan lagi berita seperti ini," katanya.

Terkejut jumpa skru dalam jeli

Posted: 20 Nov 2014 04:55 PM PST


  • Skru besi ditemui dalam jeli berperisa buah-buahan yang dibeli dari sebuah kedai runcit.Skru besi ditemui dalam jeli berperisa buah-buahan yang dibeli dari sebuah kedai runcit.

TELUK INTAN - Bapa kepada tiga orang anak terkejut apabila salah satu jeli perisa buah-buahan yang dibeli di sebuah kedai runcit di Jalan Sungai Nibong, dekat sini, mengandungi skru ketika mahu makan bersama-sama anak-anaknya.

Mohamad Salam Buardi, 35, berkata, dia menyedari kewujudan skru itu apabila tiga orang anaknya berusia lima hingga lapan tahun mahu makan jeli tersebut.

Menurutnya, salah seorang anaknya memintanya untuk membuka bungkusan salah satu jeli tersebut.

"Ketika saya mahu buka bungkusan salah satu jeli, saya nampak ada benda pelik dalam bungkusan tersebut.

"Apabila saya periksa, saya terkejut apabila jeli perisa buah-buahan itu mengandungi skru besi. Saya bersyukur kerana anak tidak makan jeli itu, jika tidak pasti berlaku kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohamad Salam berkata, dia yang terkejut dengan penemuan skru besi dalam jeli perisa buah-buahan itu segera membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan untuk tindakan lanjut.

"Dalam masa sama saya juga membuat laporan kepada pihak Jabatan Kesihatan supaya tindakan tegas dikenakan kepada pengeluar jeli buah-buahan yang didakwa cuai ketika membungkus makanan tersebut," katanya.

Mohamad Salam turut menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan memeriksa dahulu makanan sebelum diberikan kepada anak.

Kebangkitan Dynas Mokhtar

Posted: 20 Nov 2014 04:46 PM PST

DYNAS bersama dua anaknya, Khyra dan Haqaish.


sudah cukup tempoh berteka-teki dan bermain tarik tali merahsiakan pekung lara yang sarat di hati. Sudah cukup juga jiwa wanitanya menjadi cekal membawa bebanan yang lama dipendam dalam diam.
Hampir setahun membiarkan dirinya bergelumang dengan spekulasi ikatan rumah tangganya di ambang kehancuran, pelakon, pengacara dan usahawan jelita, Dynas Mokhtar akhirnya tampil memberi kenyataan tentang status perkahwinannya.
Semuanya bermula dengan laporan sebuah portal hiburan yang mendakwa rumah tangga yang dibina Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar, 31, bersama bekas suami pada Mac 2008 telah berkecai di tengah jalan.
Walaupun diasak bertalu-talu dengan kesahihan berita tersebut, pelakon yang pernah membintangi filem Kayangan itu tidak mudah melatah dalam memberikan jawapan yang pasti.
Acapkali bertemu dalam mana-mana majlis, Dynas bijak menyembunyikan keadaan sebenar daripada dihidu pihak media.
Tanpa berselindung lagi, Dynas mengiyakan dakwaan bahawa dirinya kini memegang status janda. Tanggal 25 Februari lalu menjadi detik hitam buat dirinya dengan Mohd. Hafizy Hafiz, 43. Mereka sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Memandang dugaan itu sebagai salah satu jatuh dan bangunnya dalam hidup, Dynas kekal optimis dengan ketentuan Ilahi demi meneruskan kelangsungan hidup selepas ini.
"Alhamdulillah, kehidupan saya seperti biasa. Mampu tersenyum, ketawa dan bergembira seperti orang lain," ujarnya ceria membuka bicara pada awal perbualan.
Tidak gila
Mengakui dilanda kemurungan kerana terpaksa berdepan perceraian, Dynas dengan terbuka berkongsi cerita apabila didakwa menemui pakar psikiatri akibat tertekan.
"Ya, memang benar saya ada menemui pakar psikiatri selepas bercerai dengan bekas suami. Saya mengaku tentang perkara itu tetapi di sini saya mahu perbetulkan keadaan yang telah dispekulasi oleh pihak-pihak tertentu.
"Saya berjumpa pakar atas sebab saya mengalami kemurungan. Setiap orang ada kemurungan masing-masing disebabkan tertekan dengan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan saya. Sudah tentu saya akan murung dan tertekan apabila rumah tangga bergolak. Takkan saya mahu gembira pula, kan?
"Jadi, apabila saya mendapatkan khidmat daripada pakar, itu tidak semestinya saya ada masalah mental. Ini yang menjadi masalah dalam kalangan masyarakat kita sebenarnya. Orang ramai sering salah tafsir dengan istilah sebenar depresi atau kemurungan.
"Saya tidak gila. Kemurungan tetap kemurungan, bukan bermaksud gila. Kemurungan itu merupakan perkara biasa dalam hidup manusia. Semua orang akan mengalami kemurungan. Cuma yang bezanya, sama ada perkara itu teruk atau tidak, besar atau kecil, itu sahaja.
"Saya kongsikan perkara itu (berjumpa pakar) dengan orang ramai kerana mahu memberi kesedaran tentang bahayanya kemurungan. Saya mahu orang ramai, terutamanya golongan wanita yang mengalami kemurungan, jangan pendam beban yang ada dalam hati. Cari tempat untuk meluahkan. Jika tidak, akhirnya kemurungan itu akan memakan diri sendiri nanti," ujar Dynas panjang lebar menjelaskan situasi sebenar.
Bina kekuatan
Pada saat pertama kali bertemu mata dengan wanita tinggi lampai itu, jelas terukir di wajahnya seribu satu keceriaan. Senyuman yang tidak lekang dari bibir, bergelak ketawa dan boleh berjenaka seperti biasa. Ibu kepada dua cahaya mata itu ternyata kuat menghadapi hari-hari yang mendatang dengan semangat baharu.
Walaupun entah apa yang masih berlegar dalam benak dan sanubari wanita jelita itu, sedikit pun riak kegusaran mahupun kesedihan tidak terpampang di wajahnya. Melainkan hanya senyuman polos dan tawa ceria menghiasi sepanjang perbualan.
"Apa yang penting bagi saya sekarang ialah keluarga. Anak-anak nombor satu bagi saya. Selama saya berdepan dengan ujian perceraian, anak-anak adalah sumber kekuatan saya untuk terus melangkah dalam hidup.
"Ibu bapa dan keluarga juga antara penentu kepada kebangkitan semangat saya. Mana mungkin saya boleh berdiri pada hari ini tanpa sokongan dan dorongan daripada mereka.
"Begitu juga dengan peminat yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada saya selama ini. Tidak kira dalam laman sosial Facebook ataupun Instagram, tidak putus-putus saya menerima kata-kata positif.
"Sedikit sebanyak, semua itu mampu memberi semangat kepada saya," ujar pelakon yang pernah membintangi filem Bisikan Syaitan itu dengan ceria.
Anak
Atas dasar jodoh tidak berpanjangan, ikatan suci yang bertahun dibina akhirnya terpaksa akur dengan perpisahan. Memilih untuk bercerai kasih dengan mempertaruhkan hidup anak-anak bukanlah suatu perkara yang ringan untuk ditangani.
"Saya dan bekas suami tiada masalah. Sehingga ke hari ini, walaupun sudah berpisah, kami masih berhubung dan berkawan baik. Setiap hujung minggu kami berdua akan curi masa untuk lakukan aktiviti bersama anak-anak.
"Sebelum saya umumkan perkara (perceraian) ini kepada media, saya ada berbincang dengan bekas suami. Ternyata dia seorang lelaki yang sangat memahami.
"Motif utama kami berdua sekarang sebagai ibu dan bapa adalah untuk membesarkan anak-anak, sama seperti ibu bapa yang lain. Kami mahu anak-anak membesar dalam keadaan normal, bahagia dan cukup kasih sayang," ujar ibu kepada Khyra Khalyssa, 4, dan Mohamed Haqaish, 2, itu penuh semangat.
Kerjaya dan bisnes
Memilih untuk lebih cenderung ke arah pengacaraan berbanding lakonan, pelakon drama Projek Memikat Suami itu memberitahu, dia kini kembali aktif dengan dunia seni.
"Alhamdulillah, saya kini sudah kembali kepada dunia pengacaraan. Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran program Sebelum Terlambat untuk terbitan Astro Prima. Saya sedang menjalani penggambaran drama Full House terbitan Astro Ceria di samping pelakon Scha Al-Yahya.
"Selain itu, saya juga akan melancarkan satu produk baharu iaitu pakaian Muslimah yang dikhususkan buat ibu-ibu yang mengandung dan menyusu. Kali ini, saya perkenalkan produk yang sama sahaja konsepnya dengan Dynas Nursing Attire (DNA) tetapi seratus peratus berkonsepkan Muslimah. Insya-Allah produk itu akan dilancarkan pada bulan Disember nanti," katanya.
Selain giat mengembangkan perniagaan butik pakaian, Dynas juga dalam rangka untuk membuka sebuah kilang makanan sejuk beku dan pembuatan pakaian yang diusahakan bersama ibunya.
"Jika tiada aral melintang, semuanya akan dimulakan pada bulan Januari tahun depan," ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu bersemangat bercerita tentang perancangannya.


Diana beri alasan ikut arahan PR

Posted: 20 Nov 2014 04:45 PM PST


DIANA DANIELLE mengakui pernah melatah ketika berhadapan sesuatu isu, apatah lagi yang melibatkan sisi peribadinya.


KEMATANGAN usia, status diri serta pengalaman dihimpit bermacam kontroversi antara penyumbang kepada perubahan sikap seseorang. Bercerita dalam konteks perubahan sikap selebriti tempatan, perubahan yang paling ketara dikesan menerusi aspek keterbukaan mereka terhadap perhatian pihak media. Antara contoh yang agak ketara, sikap dan pembawaan diri yang ditunjukkan oleh Diana Danielle sejak kebelakangan ini.
Selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor tampan, Farid Kamil, ada sahaja isu berbangkit yang melingkari kehidupan pelakon dan duta produk itu. Selepas rantaian kisah sensasi bermula dengan soal anak, isu hubungan dengan ibu kandungnya, Norsiah Ramli yang belum berkesudahan serta pengakuan cemburu terhadap gambar Nora Danish dan suaminya di Instagram, Diana seperti mengelak, tidak mahu kisah peribadinya diberi perhatian dan dia mula membuang sifat mesranya terhadap media.
Sehinggalah sampai ke satu tahap, Diana hanya memberi reaksi 'no comment' kepada sekumpulan media yang menghadiri sebuah majlis hiburan, semata-mata untuk mendapatkan ruang temu bual dengannya. Bayangkan, hanya jawapan itu yang dibawa pulang setelah berjam-jam meredah kesesakan lalu lintas yang teruk di Kuala Lumpur pada hari berkenaan.
Pelakon yang pernah membintangi filem Magika itu sekali lagi mengundang sensasi. Baru-baru ini, tindakannya mengelak daripada ditemu bual oleh media dalam sebuah majlis anjuran produk penjagaan wanita, Kotex telah menjadi isu hangat. Disifatkan tidak sensitif, berlagak 'diva' dan sengaja tidak menjaga hati serta perasaan orang sekelilingnya, Diana akhirnya terpanggil untuk membuat penjelasan.
Kebetulan bertemu di sesi pratonton filem terbaharu lakonan Farid Kamil, Kaki Kitai di TGV Setia Walk, Puchong. Diana kelihatan bersahaja. Dia tidak lagi berusaha memberi banyak alasan untuk segera meninggalkan majlis. Tenang menjawab persoalan yang diajukan, ibu anak satu itu ada sebab yang dirasakan kukuh untuk menyokong tindakannya lari daripada pihak media.
KOSMO!: Benarkah dakwaan yang mengatakan Diana mengelak untuk ditemu bual pihak media pada sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini?
DIANA: Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Saya tidak pernah berniat untuk lari daripada pihak media pada majlis tersebut, malah saya sudah bersedia untuk ditemu bual pihak media. Namun, tindakan untuk meninggalkan majlis dilakukan atas dasar menurut permintaan pegawai perhubungan media (PR) majlis berkenaan. Dia meminta saya untuk beredar usai sesi fotografi, saya hanya menurut perintah disebabkan saya hanyalah jemputan pada majlis itu. Bagaimanapun, saya meminta maaf jika ada pihak media yang terasa hati.
Adakah anda diberitahu oleh pihak penganjur bahawa media ingin menemu bual anda?
Sebelum majlis bermula, pihak penganjur ada memberitahu saya bahawa media ingin menemu ramah saya. Saya juga tertanya-tanya apa yang terjadi dengan media yang hendak menemu ramah saya. Kebetulan pula, saya baru balik dari Jakarta dan jadual tersebut sedikit sebanyak membuatkan saya penat. Jadi, mungkin mereka (pihak penganjur) fikir saya penat dan tidak mengapa untuk membenarkan saya pulang terlebih dahulu.
Pada hemat anda, apakah situasi sebenar di sebalik isu itu?
Saya rasa hal ini terjadi mungkin disebabkan salah faham. Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Mungkin perkara ini menjadi pengajaran kepada saya dan semua pihak supaya lebih memberi perhatian terhadap sesuatu perkara. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Kalau saya bersalah, saya mohon maaf kepada semua pihak. Saya juga seorang manusia dan tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan.
Selepas melangsungkan perkahwinan, nama anda sering kali dihambat kontroversi. Bagaimana anda menangani isu yang mengaitkan hal peribadi anda?
Sebagai seorang manusia, saya juga pernah melatah, namun saya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak mahu membesarkan sesuatu isu. Apa yang menjadi kepentingan saya ialah menumpukan sepenuh perhatian kepada anak saya, Muhammad yang kini menginjak usia setahun empat bulan. Dia sedang membesar, jadi dia keutamaan saya.
Adakah kehadiran anak anda sedikit sebanyak menjejaskan karier lakonan anda?
Saya akui perjalanan karier seni lakonan saya agak kurang aktif berbanding sebelum ini. Saya mahu memberi sepenuh perhatian kepada anak saya. Saya tidak mahu jika saya terlalu sibuk bekerja dan suami saya juga sibuk dengan penggambaran menyebabkan tiada siapa yang menjaga anak kami. Biarlah dahulu, saya mahu melihat Muhammad membesar di hadapan mata saya.
Boleh anda ceritakan sedikit mengenai perkembangan terbaharu anda?
Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah telemovie berjudul Talak. Telemovie itu merupakan telemovie terakhir saya pada tahun ini. Buat masa sekarang, saya masih lagi belum memikirkan projek seterusnya untuk tahun depan.


Isteri Ezad berkali-kali ungkap perkataan cinta

Posted: 20 Nov 2014 04:38 PM PST


EZAD dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Selayang semalam selepas direman selama empat hari.


SELAYANG – Perintah tahanan reman ke atas bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad berlangsung dalam suasana menyentuh hati apabila isteri penyanyi itu, Nor Azeana Ramli (gambar kecil) berkali-kali mengungkap perkataan I love you so much (Saya sangat cintakan awak) sebaik Ezad tiba di Mahkamah Majistret semalam.
Nor Azeana yang setia me­nunggu Ezad selama lebih satu jam sejak pukul 9 pagi turut sempat berkata, Take Care B (Jaga diri B) kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu Percintaan Ini itu selepas selesai perintah tahanan reman tersebut.
Dalam perintah tahanan reman semalam, Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohamad Lazim, 35, direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan tuduhan memiliki dadah jenis syabu di pekarangan tempat letak kereta di kompleks beli-belah Selayang di sini kelmarin.


Tiada alasan untuk tidak bayar zakat

Posted: 20 Nov 2014 04:27 PM PST



UMAT Islam lebih sinonim dengan zakat fitrah berbanding zakat harta walhal ­kedua-duanya termasuk dalam rukun Islam ketiga, iaitu mengeluarkan zakat selepas ­mengucap dua kalimah syahadah dan solat lima waktu setiap hari.
Berbeza dengan zakat fitrah, zakat harta boleh dibayar sepanjang tahun dan tidak bermusim. Bagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang liat untuk menunaikan kewajipan ini.
Dalam satu hadis riwayat Muslim, "Rukun-rukun Islam itu adalah ­mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah sekiranya berkemampuan."
Bagi menggalakkan dan memudahkan orang ramai untuk menjalankan kewajipan ini, Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah memperkasakan langkah dakwah tentang ibadah zakat ini.
Menurut Pengerusinya, Datuk Che Mat Che Ali, pihak PPZ-MAIWP ­telah menyediakan pelbagai ­kemudahan bagi membolehkan orang ramai ­menunaikan kewajipan tersebut.
Terdapat 11 buah kaunter PPZ-MAIWP seluruh Wilayah Persekutuan yang dibuka setiap hari kecuali Sabtu minggu pertama dan ketiga pada dari pukul 8.15 hingga 4.45 petang. Bagi kaunter UTC Kuala Lumpur, ia beroperasi setiap hari sehingga 10 malam.
Pada bulan Disember ini, kaunter PPZ-MAIWP akan dibuka setiap hari termasuk cuti umum.
Pembayaran zakat boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah termasuklah Skim Thohir atau potongan gaji, melalui agen-agen zakat yang dilantik seperti kaunter pos dan Myeg, pembayaran melalui portal zakat di www.zakat.com.my dan van bergerak zakat.
Sejajar dengan kecanggihan teknologi, pada Disember tahun lalu, pembayaran zakat ­melalui telefon pintar atau ­I-Zakat telah diperkenalkan yang menyediakan perkhidmatan seperti taksiran dan bayaran zakat serta maklumat berkaitan zakat .
Aplikasi yang boleh diakses sepanjang masa dan menjimatkan masa serta kos ini boleh dimuat ­turun secara percuma ­melalui App Store dan Google Play.
Bayar segera
Dalam pada itu, Che Mat menyeru orang ramai agar segera membayar zakat sebelum berakhirnya tahun ini.
Katanya, tiada sebab untuk tidak membayar zakat kerana pelbagai kaedah telah disediakan.
"Dalam rekod PPZ, tiada lagi orang yang jatuh miskin atau ­muflis ­kerana membayar zakat malah mereka ­mendapat keberkatan dan ­ketenangan jiwa.
"Perlu difahami bahawa sebahagian daripada harta yang kita miliki adalah amanah Allah. Ia bukan hak kita. Jadi, keluarkanlah zakat supaya dapat disalurkan kepada orang yang lebih berhak," tegasnya.
Segala kutipan zakat yang dibayar kepada PPZ-MAIWP akan disalurkan terus kepada Baitulmal MAIWP untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan asnaf. Kira-kira ­­­­18,000 orang asnaf menerima bantuan bulanan daripada Baitulmal.
Tambahnya, ramai yang tidak mahu membayar alasan dengan ­alasan mereka bukan daripada ­golongan wajib mengeluarkan zakat.
Nasihat Che Mat, setiap orang Muslim yang merdeka, mempunyai pendapatan dan harta milik sendiri supaya ke kaunter zakat untuk memastikan sama ada mereka benar-benar wajib atau tidak untuk melaksanakan rukun Islam ketiga ini.
"Hanya 2.5 peratus daripada jumlah harta individu atau untung ­bersih perniagaan yang dikira untuk ­pembayaran zakat.
"Jika keuntungan perniagaan RM100,000, bayaran zakat hanyalah RM2,500. Apalah sangat duit tersebut jika dibandingkan dengan ­kewajipan yang anda lakukan untuk menunaikan rukun Islam di samping dapat menyumbang kepada agama," ujarnya.
Terdapat kira-kira 30 ayat dalam al-Quran yang memperkatakan tentang ibadah solat dan zakat seperti surah al-Nur ayat 56, surah al-Taubah ayat 103 dan surah al-Baqarah ayat 267.
"Daripada ayat-ayat tersebut, dapat dilihat betapa pentingnya ibadah ini, sama seperti pentingnya mendirikan solat.
"Allah SWT tidak akan menjadikan setiap perkara tanpa ada nikmat di sebaliknya. Berzakat adalah salah satu cara untuk menyucikan harta dan memperoleh keberkatan harta di samping mensyukuri rezeki yang dikurniakan," jelasnya ketika ditemui di Wisma PPZ-MAIWP, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebarang kemusykilan berkaitan zakat, orang ramai boleh menghubungi Talian Zakat, 1-300-88-5757 atau layari portal zakat, www.zakat.com.my untuk mendapatkan maklumat.


Bekas Pemain Chelsea Ponteng Latihan Kerana Takut Kucing

Posted: 20 Nov 2014 04:16 PM PST


BEKAS penyerang Chelsea dan Birmingham City, Mikael Forssell tidak menghadiri latihan harian bersama kelabnya apabila seekor kucing berada berhampiran pintu kereta.
Forsell yang juga bekas pemain Finland dikatakan takut terhadap kucing dan kejadian itu telah menyebabkan dia gagal hadir latihan bersama kelab VFL Bochum di Jerman.
Mikael Forssell celebrates after scoring the openin
Forsell
Dalam laman sosial Twitter miliknya, pemain berusia 33 tahun itu berkata," Saya alergi pada kucing... saya perlu lepaskan latihan... separuh ketakutan... telah menunggu selama 20 minit termasuk menganggunya (kucing) dengan getah."
Forsell pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris sepanjang 1998-2008 dengan mewakili Chelsea, Crystal Palace dan Birmingham, selain menjaringkan 50 gol sebelum mengalami kecederaan.
Dia kemudian mewakili Hannover di Bundesliga sebelum kembali beraksi bagi Leeds United dan akhirnya ke Jerman.

Permohonan Baharu BR1M Bermula 1 Disember - Ahmad Husni

Posted: 20 Nov 2014 04:13 PM PST

KUALA LUMPUR: Pemohon baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta membuat permohonan mulai 1 Disember depan manakala penerima sedia apa perlu mengemas kini semula maklumat peribadi bagi memastikan proses bayaran berjalan lancar. 
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, proses permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat melalui portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu https//:ebr1m.hasil.gov.my sehingga 31 Disember.
Proses tersebut juga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini dan dikembalikan ke mana-mana cawangan/pusat khidmat hasil/Pusat Transformasi Bandar LHDNM atau pejabat daerah.
"Kerajaan telah menghantar surat mulai 1 November ini untuk meminta penerima sedia ada mengemas kini maklumat peribadi merangkumi pasangan/tanggungan; alamat terkini untuk memastikan tidak berlaku keciciran semasa proses pengeposan surat. 
"...maklumat tepat akaun bank pemohon memandangkan pembayaran BR1M akan dibayar sebanyak tiga kali setahun dan maklumat waris pemohon di bawah kategori isi rumah serta warga emas bagi tujuan pembayaran khairat kematian," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Selain itu, bagi memudahkan penerima sedia ada, kerajaan akan menghantar Borang Kemas Kini mengikut alamat dalam rekod mulai 24 November ini.
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my.
Pembayaran BR1M 2015 akan dibayar tiga kali setahun kepada penerima di bawah kategori isi rumah manakala bagi penerima di bawah kategori individu dengan pendapatan RM2,000 ke bawah, bantuan sekali bayaran sebanyak RM350 akan diberi mulai 28 Januari 2015.
Bagi kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, nilai BR1M adalah sebanyak RM950 dan bayaran pertama sebanyak RM300 akan dibuat pada 28 Januari, RM300 (28 Mei) dan RM350 (28 September).
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 nilai BR1M adalah sebanyak RM750 dengan bayaran pertama sebanyak RM200 pada 28 Januari, RM200 (28 Mei) dan RM350 (28 September).
"Pembayaran BR1M 2015 secara berperingkat diharap dapat membantu meringankan belanja bulanan dan merancang perbelanjaan isi rumah," katanya.
Ahmad Husni berkata, memandangkan masih terdapat ramai penerima yang belum membuat penuaian BR1M 2014, kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh penuaian sehingga 30 November 2014.
"Penuaian boleh dilakukan terus di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara dan penerima hanya perlu mengemukakan kad pengenalan asal untuk tujuan pengesahan serta semakan," katanya. 
Sementara itu, bagi Skim Perlindungan Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M), sehingga kini sebanyak 16,540 tuntutan telah diluluskan dan waris boleh membuat tuntutan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015.
Borang tuntutan boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.malaysiantakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27152716 atau emel ke i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.

Seronoknya Memancing Di Sungai Putat

Posted: 20 Nov 2014 04:10 PM PST


Memancing juga dapat merapatkan hubungan anak dan ayah.
KETIKA memancing pasti banyak kejutan akan muncul. 
Terbaru, kepulangan sempena menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Melaka, cukup memeranjatkan apabila mendapati Sungai Putat dekat kampung halaman saya merupakan lubuk beberapa jenis ikan.
Pemancing yang terdiri daripada golongan muda dan tua boleh dilihat berada di sepangjang sungai masing-masing menantikan nasib agar umpan mereka disambar sang ikan. 
Ikan keli paling banyak ditemui di Sungai Putat.
Ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku, membuatkan saya berjalan menyusuri tebing sungai dengan membawa peralatan memancing bersama. 
Selepas memerhatikan apa yang dilakukan oleh si pengail sambil berborak dengan mereka, saya membuat keputusan untuk turut serta sekaligus mengimbau kembali kenangan indah ketika zaman kanak-kanak. Ketika ini saya sanggup curi-curi keluar rumah semata-mata untuk pergi memancing di tepi sungai. 
Kegembiraan jelas terpancar di wajah pemancing bila umpan mereka disambar si ikan keli. 
Beberapa dekad lalu Sungai Putat menjadi lokasi pelbagai jenis ikan. Ia merupakan merupakan lokasi tempat tinggal beberapa jenis ikan seperti kaloi, haruan, ikan betok atau puyu. 
"Saya memang tidak boleh melupakan satu peristiwa di mana jirannya saya, berjaya menangkap seekor ikan kaloi dan ia diletakkan di dalam akuarium. Dia membela ikan tersebut selama beberapa tahun sebelum melepaskannya kembali ke sungai apabila berat ikan tersebut mencecah 2.5 kilogram," katanya. 
"Saya suka menangkap ikan puyu menggunakan batang buluh. Bukan itu sahaja, saya juga sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk memancing dengan menggunakan telur dan kertas getah sebagai umpan."
Pemancing cilik ini turut cuba mengasah bakat memancing mereka. 
Namun ia hanyalah kenangan terindah pada masa dahulu ketika sungai itu dipenuhi dengan pelbagai jenis ikan air tawar.
Akibat projek pembangunan di kawasan perdagangan bebas di Batu Berendam yang terletak berhampiran telah menyebabkan sungai tersebut tercemar akhirnya dan ia mengakibatkan pelbagai jenis ikan mati. 
Cengerik juga sering digunakan sebagai umpan untuk menangkap ikan keli. 
Ekoran kejadian itu, tiada siapa yang berani untuk memancing di sungai yang telah tercemar itu, justeru bila melihat sungai tersebut kembali jernih dan orang kampung mula memancing semula di sungai berkenaan, ia ternyata menarik minat saya untuk ke sana.
Menurut penduduk kampung, ikan puyu dan kaloi sudah tiada lagi, sebaliknya sungai tersebut kini menjadi lokasi bagi ikan keli, ikan duri, dan ikan haruan bersaiz besar. 
Menurut pemancing tempatan yang dikenali sebagai Karim, usaha kerajaan negeri untuk membersihkan dan memulihara Sungai Melaka dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini telah berjaya memberi nadi baru kepada hidupan sungai di sana.

Sungai tersebut juga kini menjadi lubuk untuk mendapatkan ikan keli dan tilapia. Ikan keli paling besar yang berjaya ditangkap penduduk kampung ialah seberat 300 gram hingga 400 gram.


"Saya cukup gembira apabila dapat kembali ke sungai dengan tiga batang joran, sekaligus mengimbau kembali kegembiraan yang dinikmati ketika zaman remaja. Ketika itu, dalam tempoh satu jam sahaja lima ekor ikan keli berjaya saya tangkap, ia sangat mengujakan.
"Saya menggunakan alat menangkap ikan yang ringan untuk aktiviti memancing kali ini, joran dipasang dengan gelendong mini, Abu Garcia sx% dengan garis 8lb.
"Untuk umpan pula saya menggunakan ihsan yang diberikan daripada pemancing di sana dan saya juga menggunakan cengkerik dan cacing yang panjang dan pendek dengan cangkuk berhuruf J," katanya.
Biarpun percutian kali ini agak pendek, namun kenangan memancing di situ mengimbau kembali kenangan ketika zaman kanak-kanak. Saya berjanji akan kembali ke kampung halaman dan meluangkan lebih banyak masa untuk memancing di sungai berkenaan.
Selamat memancing semua! 

Sambutan Hari Jadi Roslan Shah Dapat Tajaan RM10,000

Posted: 20 Nov 2014 03:22 AM PST


Roslan bersama kenalan dan rakan artis yang menjayakan sambutan hari jadinya pada malam Isnin lalu. 
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Roslan Shah berasa terharu apabila ada beberapa syarikat swasta berbesar hati untuk menaja sambutan hari jadinya yang diadakan di The Heritage, Seri Kembangan dekat sini pada malam Isnin lalu.

Roslan, 44, berkata, dia menerima tajaan sebanyak RM10,000 bagi menjayakan majlis tersebut biarpun perancangan untuk mengadakan acara itu disaat-saat akhir.

"Alahmdulillah saya memang tidak menyangka pada usia 44 tahun masih ada pihak yang sudi menaja sambutan hari jadi saya. Sejujurnya saya tidak merancang pun untuk mengadakan majlis tersebut.

"Ini dinamakan rezeki biarpun perancangan untuk mengadakan majlis tersebut dibuat pada saat-saat akhir," katanya kepada mStar Online.

Majlis bertemakan retro itu mendapat tajaan daripada Morgage Capitals, Morazihan Malaysia Sdn Bhd, Adi Putra Dekor dan Sid Bake.

Pelakon dan pengacara, Didie Alias pula bertindak sebagai hos acara yang turut dihadiri oleh rakan artis seperti Lisdawati, Azza (Elite), Dior, Zima Din, Syed Ali dan Azmeer.

Dalam pada itu, Roslan berkata, dia juga teruja apabila majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran lebih 100 tetamu biarpun pada asalnya hanya menjangkakan 70 tetamu bakal hadir.

Jelas Roslan, sokongan yang ditunjukkan rakan-rakannya dan teman artis adalah hadiah paling istimewa kepadanya pada malam sambutan itu.

"Tiada apa yang saya harapkan selain daripada kesihatan yang baik, rezeki dan dikelilingi teman rapat yang sentiasa bersama saya dalam waktu susah dan senang.

"Alhamdulillah semua teman-teman rapat dan rakan artis ramai hadir pada malam itu bagi memeriahkan suasana," ujarnya.

Sementara itu, Roslan yang kini berada di Singapura memberitahu, dia berulang-alik ke negara tersebut setiap minggu bagi menjaga ibunya, Mariam Kari, 76 tahun yang kini berada dalam keadaan uzur.

Jelas Roslan, dia tidak pernah berasa beban kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai anak dan mengambil peluang ini untuk membalas jasa baik ibunya selama ini.

"Keadaan ibu walaupun stabil namun dia tidak kuat berjalan dan memerlukan bantuan untuk bergerak, makan dan membersihkan diri. Sebagai anak lelaki ibu menjadi tanggungjawab saya dan akan melakukan sedaya upaya supaya beliau dapat dijaga dengan baik," ujarnya.

Sementara itu, Roslan berkata, dia bakal ke Vietnam pada 12 hingga 16 Disember depan untuk mengadakan persembahan di negara itu atas anjuran Morazihan Malaysia Sdn Bhd.

Bagi tujuan tersebut, Roslan memberitahu dia turut mempelajari bahasa ibunda negara itu bagi memudahkan dia berkomunikasi dengan penonton nanti.

"Alhamdulillah itu dinamakan rezeki dan saya akan cuba buat yang terbaik untuk persembahan di Vietnam nanti dan saya tidak sabar untuk menghiburkan penonton di sana nanti," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved