ads

Jumaat, 21 November 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Awal Ashaari Jadi Pengacara Mentor Tutup Desas-Desus Merajuk Dengan AF 2014

Posted: 21 Nov 2014 05:29 PM PST


Awal Ashaari mengacara rancangan realiti Mentor Legend.
PETALING JAYA: Pengacara Awal Ashaari memberitahu lega apabila diumum sebagai pengacara rancangan Mentor Legend yang bakal  membuka pentas pada 30 November di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Awal berkata, dia menerima tawaran program realiti tersebut sebelum kontroversi tentang dirinya merajuk apabila tidak dipilih mengendalikan program realiti nyanyianAkademi Fantasia 2014 lalu.

"Saya lega apabila diumum sebagai pengacara Mentor Legend yang mana sekali gus ia menamatkan desas-desus bahawa saya masih merajuk dengan rancangan realiti AF 2014.

"Pihak TV3 tawarkan program ini sebelum anak saya lahir lagi kira-kira Julai Lalu. Ketika kontroversi yang mengatakan saya merajuk itu pun sebenarnya saya sudah terima tawaran ini.

"Tetapi saya tidak boleh beritahu kepada media tentang itu. Jadi sekarang saya lega bila semuanya sudah terjawab bila saya akan mengendalikan rancangan Mentor Legend," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Awal berkata, dia gembira apabila tugas sebagai pengacara rancangan tersebut diserahkan sendiri oleh pengacara Mentor lalu iaitu Ally Iskandar.
Jelasnya, pemilihannya sebagai pengacara kali ini dibuat oleh pihak stesen televisyen tersebut dan tiada istilah merampas tugasan Ally Iskandar yang mengendalikan rancangan itu selama enam musim sebelum ini.
"Mula-mula takut juga dikatakan merampas tugas Ally sebab dia sudah jadi pengacara Mentor selama enam musim. Namun bila saya jumpa Ally dia menerimanya dengan hati terbuka," ujarnya.

Rancangan Mentor Legend yang akan menyaksikan enam penyanyi iaitu Dayang Nurfaizah, Ajai, Mas Idayu, Ella, Zainal Abidin dan Amy Search mendidik protege yang telah dipilih dalam satu sesi ujibakat.

Pentas utama Mentor Legend akan bermula pada 30 November ini di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Selain Awal, Zuan Azmi dan Shiha Mentor turut menjadi pengacara bersama dan Jurnal Mentor Legend.

Seni taranum, kelebihan Sharifah Khasif

Posted: 21 Nov 2014 05:27 PM PST


  • Sharifah KhasifSharifah Khasif

ALUNAN taranum dan teknik lontaran suara yang luar biasa berjaya menobatkan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya sebagai johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa pada 2009 sekali gus menjadikan namanya dikenali di mata dunia.

Tidak ketinggalan, bakatnya terhadap seni taranum turut dimanfaatkan dalam industri hiburan apabila qasidah berusia 32 tahun itu diberi kepercayaan untuk mengendalikan pelbagai program ilmiah di radio dan stesen televisyen tempatan seperti Kalam Suci, Qari Junior,

Kalamullah, Tilawah Interaktif Al-Quran, Tadbir Ringgit, Akademi Al-Quran dan Shoutul Quran.

Malah, biarpun dalam keadaan sarat mengandung kini, wanita yang mesra disapa sebagai Khasif ini turut berkesempatan melancarkan album terbaharunya, Taranum khas buat pencinta seni kaedah suara tersebut.

Album Taranum memuatkan variasi bacaan lapan surah pilihan merupakan kesinambungan daripada produk sulungnya, Al Husna yang dipasarkan pada pertengahan tahun lalu.

Antara surah pilihan dimuatkan dalam album Taranum itu ialah Fatihah, Asy Syarh, At Tin, Al-Qadr, Al Adiyat, At Takathur, Quraish, Al Hasyr, Al Nasr dan Al Ikhlas.

Kata Khasif, album itu sangat bermakna dan tidak ternilai harga buat dirinya kerana ia menjadi impiannya sejak sekian lama.

"Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan rakaman album ini kerana kesemua material sudah dipilih.

"Album ini sangat bermakna dan ia mungkin ditunggu-tunggu ramai. Apatah lagi, permintaan untuk album berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan memang mendapat perhatian.

"Apa pun, saya menerbitkan album ini bukan untuk mengejar keuntungan jualan, tetapi sekadar mahu berkongsi ilmu serta menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat," katanya sambil memberitahu proses rakaman dimulakan pada April lalu ketika usia kandungannya mencecah dua bulan.

Sebagai qariah tersohor negara, adalah menjadi impiannya untuk menyemai dan menyemarakkan minat kepada orang ramai agar suka membaca al-Quran.

"Saya dapati pendekatan menerusi muzik dan nyanyian cukup mendapat perhatian ramai.

"Jadi, saya pilih surah pendek dalam al-Quran dan alunkan bacaannya secara taranum.

"Apatah lagi, variasi bacaan secara taranum ini ada tujuh yang boleh dipelajari seperti raz, hijaz, nahwan, sobar, sikah, jiharkah dan bayati," katanya.

Ketika ditanya bagaimanakah untuk bertaranum dengan baik, kata Khasif:

"Ia sangat memerlukan latihan yang jitu.

"Jadi, apabila tiap-tiap hari mendengar dan berlatih sudah pasti akan mendatangkan kejayaan," katanya.
 
Bakal timang anak perempuan
 
Dalam pada itu, Khasif mengakui dirinya cukup teruja apabila mendapat tahu bakal menimang cahaya mata perempuan pada pertengahan Disember ini selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Mohammad Hizal Othman.

"Alhamdulillah, saya bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan ALLAH SWT kepada kami.

"Sebagai ibu, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak ini," katanya yang kini sedang sarat mengandung lapan bulan.

Katanya, sepanjang tempoh kehamilannya itu, Khasif mengamalkan membaca al-Quran setiap hari kerana baginya didikan untuk anak adalah bermula seawal dalam kandungan.

"Sejak kecil lagi, saya dididik oleh arwah ayah untuk cinta dan minat membaca al-Quran.

"Jadi, saya akan mengikut cara didikan ini. Namun tidaklah terlalu garang sepertinya.

"Saya berharap, anak ini mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Justeru, saya akan tanamkan minat membaca al-Quran kepadanya sejak kecil," katanya.

Pada masa sama, Khasif berhasrat untuk mengusahakan Pusat Al-Quran miliknya selepas melahirkan anak nanti,

"Pusat itu kini sedang beroperasi di Ampang Hilir, Kuala Lumpur dan dibuka atas bantuan dan sokongan suami.

"Penubuhannya bertujuan untuk mendidik generasi muda celik al-Quran," katanya.

Tambahnya, kekurangan pelapis muda yang boleh membaca al-Quran dengan baik adalah faktor utama kepada penubuhan Pusat Al-Quran itu.

"Bagi memupuk rasa cinta membaca al-Quran, ia seharusnya bermula dari usia kanak-kanak lagi.

"Oleh sebab itu, penubuhan Pusat al-Quran ini sangat penting," jelasnya lagi.

Terkejut jumpa bom tangan lama

Posted: 21 Nov 2014 05:24 PM PST

  • Bom tangan lama yang ditemui di kawasan tanah yang dibersihkan Omar, kelmarin.Bom tangan lama yang ditemui di kawasan tanah yang dibersihkan Omar, kelmarin.

KLUANG - Seorang warga emas yang sedang membersihkan kawasan tanah miliknya di Jalan Derumun, Kampung Dato' Abdul Rahman Yassin, di sini, terkejut dengan penemuan sebutir bom tangan lama,  kira-kira jam 10 pagi, kelmarin.

Omar Othman, 64, berkata, dipercayai bom tangan lama itu digunakan ketika Perang Dunia Kedua dan dia tidak menyangka ia tertinggal di kawasan kediamannya.

Menurutnya, dua bulan lalu dia pernah terjumpa bahagian kepala bom tangan lama berkenaan namun tidak mengendahkan ia kerana menyangka ia sekadar serpihan besi.

"Tetapi pagi ini (kelmarin) saya menemui bom tangan itu yang pada awalnya dibiarkan begitu sahaja.

"Lama kelamaan saya lihat benda itu seperti bom, membuatkan saya terbantut mahu meneruskan kerja membersihkan kawasan tapak rumah.

"Sukar untuk dipercayai kerana bom tersebut telah lama berada di situ dan ia hanya ditemui setelah saya membersihkan semak samun sebelum diratakan untuk dijadikan tapak rumah.

"Mujurlah ketika terjemur cuaca panas, bom ini tidak meletup, jika tidak sudah pasti ada yang akan menjadi mangsa," katanya, semalam.

Omar berkata, selepas menemui bom tangan berkenaan dia terus menghubungi pihak berkuasa bagi mengesahkan sama ada ia bahan letupan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze mengesahkan kejadian tersebut dan tindakan selanjutnya diserahkan kepada Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Johor.

"Sepasukan lapan anggota UPB dikejarkan ke tempat kejadian sebelum bom itu diletupkan di kawasan lapang di Jalan Derumun 8,  tidak jauh dari lokasi ia ditemui.

"Bom tersebut dipercayai daripada jenis PRV 36 buatan British, digunakan  pada Perang Dunia Kedua, 1945," katanya.

Subsidi petrol RON95, diesel dihenti 1 Dis

Posted: 21 Nov 2014 05:19 PM PST


  • RON95

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, mengumumkan mulai 1 Disember, penetapan harga runcit RON95 dan diesel akan mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata,  tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam minyak.

Untuk itu, Hasan berkata, penetapan terbaharu harga RON95 dan diesel pada 1 Disember akan bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
  
Hasan berkata, harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak 1983.
  
Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu iaitu perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
  
Beliau memberikan contoh harga purata RON95 yang direkodkan pada pasaran dunia dari 1 hingga 19 November 2014 ialah RM2.27 seliter, berbanding harga di pam RM2.30.
  
Hasan berkata, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Dis nanti bergantung pada harga purata pasaran minyak dunia sepanjang November.
  
"Dalam hal ini kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 30 November dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember," katanya.

Hasan juga tidak menolak kemungkinan harga runcit RON95 pada Disember akan lebih rendah daripada harga semasa sekiranya harga pasaran minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan.
 
"Jika trend ini berlarutan adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM," katanya.     Kepada satu soalan, Hasan berkata penetapan harga runcit RON95 dan diesel melalui kaedah pengapungan terkawal akan dibuat secara bulanan.
  
Beliau berkata, kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk berasaskan kos setiap masa, harga pasaran dunia dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.
 
"Kita akan pantau setiap hari harga di pasaran dunia tetapi kita ambil purata sebulan dan waktu itu kerajaan buat keputusan sama ada naik atau turun.
  
"Harga mungkin turun mungkin naik tetapi trend sejak bulan-bulan lepas stabil dan menurun," katanya.

Hasan berkata, kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel itu telah dilakukan oleh kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaannya.
 
"Langkah ini membuktikan hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia," katanya.
 
Ditanya sama ada pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal adalah muktamad, Hasan berkata kerajaan proaktif dan sensitif terhadap keadaan semasa berdasarkan harga pasaran dunia dan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
 
"Pendekatan kita adalah untuk meletakkan rakyat didahulukan. Jadi apa juga yang kita boleh jimat adalah untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

Haram pakai lilitan di lengan baju

Posted: 21 Nov 2014 05:18 PM PST


  • Datuk Dr Juanda Jaya Datuk Dr Juanda Jaya

KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis meminta supaya anggota beruniform seperti polis dan ahli sukan beragama Islam tidak memakai lilitan hitam ataupun warna lain di lengan baju kerana perbuatan itu adalah haram.

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perbuatan berkenaan sering dilakukan ketika kematian sedangkan ia merupakan adat kebudayaan bagi orang kafir.

"Pihak kami telah menyemak perkara ini dan mendapati Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1987 telah membuat keputusan bahawa perbuatan itu haram, oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara menerima keputusan itu.

"Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain," katanya merujuk kepada keputusan berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Perlis di sini, semalam.

Justeru beliau berharap pihak berkenaan dapat mengambil langkah drastik mengenai perkara ini apabila ia  dilihat sering berlaku dalam kalangan anggota uniform dan ahli sukan semasa berkabung yang juga tidak disyariatkan agama Islam kecuali kepada ahli keluarga dan isteri dalam tempoh tertentu,
 
"Jadi kita tidak boleh mewarisi perbuatan penjajah sebelum ini sedangkan ia bertentangan dengan agama. 
 
"Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari, Kitab al_Jihad Secara Taklil (Daripada Ibn Umar katanya: Sabda Rasulullah SAW:
 
"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.")," jelas Dr Juanda.
 
Qasidah mohon bantuan Rasulullah syirik 
 
Jawatankuasa Fatwa Perlis turut melarang penduduk Islam di negeri ini, samada dalam bentuk qasidah, nasyid atau doa yang menyebut perkataan 'al-madad ya Rasulullah' yang membawa maksud 'mohon bantuan wahai Rasulullah' kerana ia adalah perbuatan syirik.
 
Dr Juanda berkata berdasarkan kajian penyelidik jabatan mufti berkenaan mendapati tidak ada ruang langsung untuk memahami ungkapan 'al madad ya Rasulullah' itu membawa kepada maksud lain kecuali meminta pertolongan daripada Nabi Muhammad.
 
Katanya ia adalah sejenis al- istighathah (doa) yang tidak dibenarkan dalam agama Islam.
Malah nas-nas dalam al-Quran dan hadis jelas melarang meminta tolong kepada orang yang mati termasuk Rasulullah yang telah wafat 1,400 tahun yang lalu.
 
"Untuk perkara ini jabatan mempunyai penjelasan dalam bentuk risalah hampir 50 muka surat.
 
"Antaranya menggariskan sebarang bentuk qasidah termasuk yang melaungkan ungkapan-ungkapan membawa syirik tidak boleh dilaksanakan di Perlis.
 
"Ini kerana kami mengesan ada pihak-pihak tertentu yang cuba membawa masuk qasidah dan doa sedemikian yang harus dielakkan," katanya.
 
Dr Juanda juga meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)  melakukan penyelidikan tentang ungkapan sedemikian di dalam qasidah agar umat Islam terutama orang awam tidak tertipu oleh ungkapan yang boleh menyebabkan mereka secara tidak sedar jatuh melakukan perbuatan syirik dalam doa.
 
Pihaknya telah lebih setahun membincangkan mengenai ungkapan yang banyak disebut dalam qasidah atau syair dan jelas ia tidak menunjukkan maksud lain selain meminta pertolongan Rasulullah.
 
Ketika ditanya mengenai majlis qasidah yang dibawa oleh golongan tertentu yang semakin mendapat perhatian ramai, Juanda berkata sekiranya dalam qasidah tersebut mempunyai ungkapan sedemikian ia tetap syirik.
 
"Kita bukan menghukum majlis seperti itu, saya sendiri tidak pernah berada dalam majlis qasidah berkenaan.
 
"Bagaimanapun,  kita bimbang jika ia ada diselit dengan ungkapan tersebut secara tidak langsung  akan membawa kepada unsur Syiah seperti meminta pertolongan kepada cucu Rasulullah Hasan, dan Husein serta anakanda baginda Fatimah," katanya.

Kaji semula pindaan caruman KWSP

Posted: 21 Nov 2014 05:15 PM PST

  • Azih MudaAzih Muda

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menaikkan kadar caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh majikan dan pekerja kepada kadar lebih relevan.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kenaikan itu dilihat sejajar dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat kini.

Menurutnya, kadar caruman sebanyak 13 peratus oleh majikan dan 11 peratus kepada pekerja yang dikenakan kini tidak lagi dapat menampung keperluan sesudah bersara nanti.

"Ia sebagai jaminan pekerja mempunyai simpanan secukupnya untuk menampung kehidupan selepas bersara.

"Apabila jumlah caruman lebih banyak, pelbagai urusan boleh pencarum lakukan termasuk membuat pelaburan, membeli aset rumah dan sebagainya," katanya, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau tidak menyokong cadangan kerajaan untuk meminda caruman simpanan pekerja KWSP daripada umur 55 tahun kepada umur 60 tahun baru boleh mengeluarkan simpanan itu.

"Tetapi perlu tahu sebahagian pekerja di Malaysia ini semua tidak kira di peringkat mana, mengharapkan simpanan tersebut boleh digunakan untuk pelbagai perkara termasuk membeli rumah atau keperluan kehidupan lain dengan segera," katanya.

Justeru katanya, Cuepacs mencadangkan kerajaan memperkenalkan pilihan kepada pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka.

Nurul tunggu anak lelaki kedua

Posted: 21 Nov 2014 05:12 PM PST


NURUL WAHAB bersama suami, Eric Depp dan anak mereka Zachary yang kini berusia satu tahun.


SELEPAS menimang cahaya mata pertama, Zachary, hasil perkahwinan bersama lelaki kelahiran Perancis, Eric Depp, penyanyi Nurul Wahab bakal menimang cahaya mata kedua mereka menjelang pertengahan bulan Februari tahun depan.
Melewati fasa bahagia, Nurul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 37, mengakui pengalaman hamil bayi keduanya itu berbeza berbanding kehamilan sebelumnya. Untuk rekod, Nurul juga memiliki seorang anak gadis, Ayu Nazirah, 16, hasil pernikahan pertamanya bersama Ajai.
Seiring dengan detik gembira dan teruja menantikan kelahiran bayi keduanya tahun hadapan, Nurul juga rancak merancang kejutan untuk peminatnya sempena sambutan ulang tahun ke-20 bergelar anak seni. Penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka itu bakal merakamkan sebuah single bersama seorang komposer terkenal tanah air tidak lama lagi.
Kosmo! turut berkesempatan mendapatkan temu bual eksklusif bersama penyanyi berkulit hitam manis itu tentang reaksi terhadap kelantangan bekas suaminya, Ajai yang mengkritik ketelusan dan kredibiliti penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21).
KOSMO!: Tahniah atas kandungan kedua Nurul bersama suami. Sudi sekiranya dikongsikan usia kandungan dan jantina bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi?
NURUL WAHAB: Usia kandungan sudah memasuki enam bulan dan Alhamdulillah semuanya sihat. Kalau anak pertama kami lelaki, untuk kandungan kedua ini juga lelaki. Mulanya saya berhajat mahukan anak perempuan, tetapi itu semua kuasa Allah dan saya bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Lagipun senang. Nanti, saya sudah tidak perlu membeli banyak barang kelengkapan bayi kerana boleh menggunakan semula barang-barang Zachary yang masih berkeadaan baik.
Sudah mempunyai nama kepada bayi yang akan dilahirkan nanti?
Buat masa sekarang kami ada menyenaraikan beberapa nama tapi rahsia.
Adakah anda memang merancang mahu mempunyai anak dalam jarak usia yang rapat?
Ya, sebab boleh sekali jalan. Lebih mudah menguruskan banyak perkara kalau jarak usia mereka rapat-rapat. Lagipun, umur kami bukan muda lagi dan saya dan suami merancang untuk mempunyai tiga orang cahaya mata.
Apakah perancangan anda selepas bersalin kelak?
Proses berpantang akan dilakukan di Kuala Lumpur sahaja dan bermula pertengahan bulan Disember ini, saya akan berhenti melakukan aktiviti lasak dan bekerja. Namun, tahun hadapan saya akan kembali bersama buah tangan baharu untuk peminat.
Buah tangan bagaimanakah yang anda maksudkan?
Saya akan merakamkan sebuah single bersama seorang komposer terkenal tanah air. Saya sudah ada lagu demo dan saya pasti single tersebut akan mendapat sambutan. Ia masih mengekalkan genre pop tetapi disuntik sedikit kelainan. Kemudiannya, saya akan mengadakan sebuah showcase bagi menghargai sokongan peminat sepanjang usia 20 tahun dalam industri seni suara. Pendek kata, tahun 2015 ialah tahun untuk saya kembali bekerja dan memeriahkan industri hiburan!
Sudikah anda kongsikan showcase bagaimana yang akan diadakan kelak?
Buat masa sekarang saya bersama pasukan saya yang diuruskan oleh Uprising Event sedang menyediakan kertas kerja dan konsep persembahan. Showcase itu akan menjadi sebuah persembahan yang manis untuk dikenang dan dekat dengan penonton. Lagu-lagu yang akan saya nyanyikan pula senarai lagu hit sepanjang zaman sejak hari pertama saya bergelar penyanyi. Akan ada segmen untuk lagu solo dan duet. Saya masih ingat detik April 1995, itu merupakan tarikh penting bagi saya apabila album pertama, Nurul, dilancarkan di bawah syarikat rakaman BMG Music. Buat masa sekarang saya merancang untuk mengadakan showcase itu pada bulan Jun 2015.
Bercakap mengenai duet, adakah anda akan kembali berkongsi pentas bersama Ajai memandangkan banyak lagu yang dirakamkan bersama menjadi hit dan popular hingga sekarang?
Tidak mustahil. Saya ada terfikir untuk menjemput Ajai menyanyi bersama tapi saya tidak fikir dia akan memberikan reaksi positif sekiranya diajukan idea berkenaan (kolaborasi). Mungkin juga lagu duet bersamanya akan digubah semula menjadi lagu yang dinyanyikan solo, tetapi, sejujurnya saya tiada sebarang masalah untuk berduet dengan dia. Jika boleh, saya mengelak daripada dikaitkan dengan dia lagi kerana masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.
Mungkin dianggap kurang relevan namun anda dan Ajai pernah beberapa kali dinobatkan sebagai pemenang dalam beberapa kategori AIM sebelum ini. Apabila Ajai bertindak melepaskan ketidakpuasan hatinya berkenaan AIM21, tindakan itu menarik perhatian banyak pihak. Apakah komen anda berhubung isu tersebut?
Anugerah itu adalah anugerah berprestij di Malaysia yang menghargai penggiat industri muzik. Perubahan AIM membentuk industri hiburan hari ini, jika AIM tidak boleh dipercayai, tidak mungkin anugerah itu boleh bertahan selama 21 tahun. Kenapa perlu memusnahkan kredibiliti yang melibatkan industri kita sendiri? Kalau rasa tidak adil, sepatutnya pandangan itu disuarakan terus kepada badan yang bertanggungjawab iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan bukannya menyalurkannya hujah menerusi media sosial. Sekiranya penyanyi atau komposer tidak mempercayai industri sendiri, bagaimana masyarakat luar mahu mempercayai kita? Semua orang ada pandangan peribadi, namun tidak semua boleh disuarakan kepada publik.


Hal peribadi saya tak suka kecoh – Zizan

Posted: 21 Nov 2014 05:11 PM PST


ZIZAN lebih memberi fokus terhadap kariernya, berbanding memikirkan isu dirinya disaman setengah juta.


KES saman yang membabitkan pelakon, pengacara dan pelawak popular Zizan Razak dengan bekas pengurus peribadinya, Marina Juki masih berlarutan hingga kemuncaknya melibatkan saman berjumlah RM500,000 pada 6 November lalu. Saman yang dikemukakan oleh Marina kepada Zizan itu merupakan susulan kepada tindakan Zizan yang melanggar kontrak pengurusan artis yang telah ditandatangani ketika bersama syarikat Wirefame Entertainment Sdn. Bhd.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 30, didapati melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain ketika perjanjian bersama Wirefame Entertainment Sdn. Bhd. masih belum tamat yang mana akan berakhir pada 5 Mei 2015.
Kemelut antara mereka tercetus semenjak khabar angin penyingkiran Emma Maembong yang pernah menjadi artis naungan syarikat itu sekitar bulan Februari lalu ekoran sering bermasalah. Tambah parah apabila Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat dan Zizan yang memegang saham terbesar telah bertindak membekukan akaun bank syarikat hingga menjejaskan pembayaran pendapatan artis lain.
Bertemu pada majlis sidang akhbar pengumuman pengacara dan persembahan Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21) di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini, Zizan menjelaskan situasi yang sedang berlaku.
KOSMO!: Apakah perkembangan kes saman yang membabitkan Zizan dan bekas pengurus peribadi anda, Marina Juki?
ZIZAN RAZAK: Saya pernah cuba bercakap dengan pihak terbabit, namun diarahkan untuk menyelesaikan perkara yang telah berlaku menerusi peguam masing-masing. Jadi saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana hal ini membabitkan undang-undang. Risau sekiranya saya tersalah beri kenyataan dan hal menjadi lebih teruk. Lebih baik saya serahkan kepada individu yang lebih bijak (peguam) untuk menerangkan perkara ini kelak.
Tidakkah anda terfikir untuk mengadakan sidang akhbar khas bagi menjelaskan perkara yang berlaku dan menjemput pihak peguam serta Marina bersama?
Bukan saya yang saman orang, tapi saya disaman. Sekiranya ada masalah bersifat peribadi, rasanya tidak perlulah saya menyebarkan kepada orang ramai. Kalau dahulu ketika syarikat itu ditubuhkan tidak kecoh-kecoh, kenapa baru sekarang mahu memperbesarkan hal. Saya berharap niatnya baik dan tidak perlu untuk mengadakan sidang akhbar.
Adakah situasi tersebut (saman) menjejaskan imej Zizan memandangkan anda kini sedang menyertai beberapa pertandingan yang memerlukan rating dan undian penonton juga?
Saya percaya pada rezeki dan Alhamdulillah masih ada tawaran yang sampai kepada saya. Saya berserah dan tidak perlu mendedahkan semua perkara kepada orang ramai. Bagi saya berdiam diri lebih baik dan berharap perkara yang terjadi dapat diselesaikan dengan cara baik. Memandangkan saya sekarang diuruskan oleh syarikat lain maka segala strategi, nasihat, rundingan dan perbincangan saya rujuk kepada mereka.
Adakah anda akan membayar wang tuntutan RM500,000 yang diminta oleh pihak berkenaan?
Saya perlu rujuk kepada peguam saya dan hal itu masih dalam penilaian. Memandangkan saya juga sedang sibuk dengan beberapa program, mungkin mereka tidak mahu mengganggu saya dengan masalah ini. Buat masa sekarang saya belum menghubungi Marina untuk mendapatkan penjelasannya. Sama ada berlawan di mahkamah atau menyelesaikan masalah ini di luar, saya perlu tunggu jawapan daripada peguam saya.
Zizan akan digandingkan sekali lagi bersama Faizal Ismail untuk mengacarakan AIM21, malah sebelum ini pun anda berdua baru selesai mengacarakan Akademi Fantasia selama 10 minggu. Tidakkah anda merasakan penonton akan muak sekiranya pengacara sama digunakan berulang-ulang kali?
Itu keputusan Astro dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) memilih saya dan Faizal untuk mengendalikan AIM21, saya terima seadanya. Mengenai kritikan orang, saya tidak boleh halang. Saya pernah mengacarakan Akademi Fantasia berseorangan dan saya juga pernah digandingkan bersama Datuk AC Mizal untuk mengacarakan pentas AIM suatu ketika dahulu jadi saya tidak fikir ia satu masalah.
Mengacarakan AIM tidak sama seperti Akademi Fantasia, bagaimanakah anda membezakan dua pentas berkenaan?
Setiap perkara dan misi yang saya lakukan perlu berlandaskan pengalaman dan ilmu. Saya menganggap ini kerja saya dan pernah beberapa kali saya cuba pelbagai cara di pentas berbeza namun ramai yang mahukan saya menjadi diri sendiri. Saya sentiasa mahu ditegur dan seandainya saya seorang yang sensitif, rasanya sudah lama saya tidak berada dalam industri. Saya tidak tertekan dan saya profesional apabila bekerja dengan meletakkan masalah di luar kotak kerja saya.

Kisah lazat dan skeptikal Lelaki Harapan Dunia

Posted: 21 Nov 2014 05:09 PM PST

TERAJU utama filem Lelaki Harapan Dunia, Seng Tat (tengah) bersama Azhan (kanan) dan Sofi (kiri) sepenuh yakin bahawa filem genre komedi drama yang bakal masuk panggung pada 27 November itu mampu menambat hati khalayak.


TIGA lelaki, dua daripada mereka, aktor Azhan Rani dan Sofi Jikan sudah dikenali menerusi lakonan cemerlang selama ini. Lelaki yang paling asing di situ turut menghulurkan salam tanda perkenalan. Sambil memperkenalkan dirinya sebagai Seng Tat, atau penuhnya Liew Seng Tat, lelaki bertubuh kecil itu tidak kekok untuk berbual dengan selesa.
Dia pengarah filem atau secara tepatnya pengarah kepada filem Lelaki Harapan Dunia yang sedang berlari mahu mengelilingi festival serata dunia ketika ini.
Duduk di tengah-tengah di antara mereka, Sofi yang paling lantang bersuara manakala Seng Tat dan Azhan mengangguk memberi ruang kepada sahabat yang sedang bersemangat. Kami larut dalam bahasa sebuah filem yang sudah berbau harum di luar negara sedangkan buahnya baru hendak dituai khalayak di negara sendiri.
Berbunyi rangup, lazat, segar dan membayangkan harapan, filem yang sudah menjelajah beberapa festival bertaraf antarabangsa itu semacam ada kuasa. Ia sudah mencuri ghairah banyak peminat filem tegar untuk tidak sabar menyaksikan filem itu menjelang 27 November nanti.
"Saya memang ada satu keseronokan apabila bawa filem ke festival di luar negara," Seng Tat mengajak
bicara yang awalnya menjalar masuk ke permasalahan dunia sinema tempatan untuk kembali fokus kepada pertemuan itu.
"Dalam Lelaki Harapan Dunia tidak ada lelaki muka model, tiada heroin cantik, yang ada hanya kami. Tapi saya bangga, sebab muka saya yang macam 'pecah rumah' ini sudah dilihat ramai pemerhati filem di luar sana," sampuk Azhan sebelum ketawa berdekah-dekah dan kemudiannya tunduk malu sendiri.
Masih dalam proses untuk mendekati cerita belakang tabir, bagaimana sebuah filem yang didukung oleh lelaki 'muka pecah rumah' sebagai mana yang diberi jolokan oleh Azhan dan mengisahkan sekumpulan penduduk kampung yang bersatu untuk mengangkat sebuah rumah, pengarah filem yang baru pertama kali membikin filem Melayu itu diajak berdiskusi.
"Saya tahu tentang budaya angkat rumah hanya menerusi cara lisan dan pembacaan, sebab saya membesar dalam kalangan masyarakat yang memang Cina habis, iaitu di Jinjang, Selangor.
"Saya tidak pernah lihat sendiri bagaimana proses angkat rumah dibuat. Saya fikir, kalau visual itu dimasukkan dalam filem, pasti
impaknya kuat. Ingat tak, satu masa dahulu, ada sebuah iklan di televisyen. Iklan ubat nyamuk sahaja, tetapi visual Datuk Malek Noor angkat rumah dalam iklan itu masih boleh diingati oleh kita yang pernah lihat iklan tersebut sampailah sekarang," imbas kembali itu segera melancarkan adrenalin perbualan dengannya.
Bukan filem gerila – Seng Tat
Membikin filem dengan pengisian yang di luar budaya sendiri menuntut sebuah rujukan mendalam. Pengarah yang membina portfolio menerusi filem-filem pendek itu mengambil masa tujuh tahun untuk membikin Lelaki Harapan Dunia selepas filem fiksyen pertamanya, Flower In The Pocket pada 2007.
"Saya sendiri bukan sesiapa. Jadi, hanya dengan cerita dan skrip sahaja yang boleh meyakinkan pelakon-pelakon dan tenaga profesional yang lain untuk bekerja dengan saya. Lagi pun, menerusi filem ini, saya pertama kali bekerja dengan pelakon profesional dan tenaga produksi profesional yang lain. Sebelum ini, saya bekerja dengan pelakon yang bukan pelakon sebenar dalam industri.
"Industri tak kenal saya, jadi saya kena meyakinkan pelakon-pelakon macam Azhan, Sofi, Wan Hanafi Su dan ramai lagi untuk berlakon dengan saya," jelas Seng Tat yang mengasah kepulan idea menjadi cerita yang 'bulat' bermula sejak tahun 2010 lagi.
"Dahulu saya selalu buat filem secara gerila, tetapi filem ini tidak. Lagi pun saya ada banyak masa untuk buat skrip dan cari dana. Walaupun pasaran filem tempatan macam tak menentu, tetapi saya kena terus buat. Buat yang terbaik, itu sahaja cara untuk survival industri," cerita Seng Tat yang pernah mengambil masa selama dua tahun membawa filemnya Flower In The Pocket menjelajah beberapa festival filem termasuklah Festival Filem Antarabangsa Pusan (sekarang Busan) pada 2007 dan Festival Filem Antabangsa Rotterdam (2008).
Sama juga dengan Lelaki Harapan Dunia, sebelum filem komersial pertamanya itu hendak masuk panggung, Seng Tat sudah membawa Lelaki Harapan Dunia menembusi peta festival antarabangsa. Antara festival yang dikunjungi termasuklah Festival Filem Antarabangsa Locarno, Switzerland, Festival Filem Antarabangsa Toronto, Kanada, Festival Filem Antarabangsa Nara, Jepun, Festival Filem Antarabangsa Busan, Festival Filem Antarabangsa Vancouver, Kanada, Festival Filem Antarabangsa Kolkata, India, Festival Filem Antarabangsa Taipei Golden Horse, Taiwan, Festival Filem Torino, Itali dan akan datang Festival Filem Antarabangsa Singapura (Disember). Azhan Rani - Cina yang bukan Cina
Benar, menandai peta festival
dunia itu mengukir standard terhadap sesebuah filem. Yakin dan sesungguhnya percaya, lakaran itu sudah cukup sebagai satu pencapaian, namun kejayaan sesebuah filem juga bergantung kepada sejauh mana cerita itu sampai kepada penonton.
Dalam bahasa yang mudah, filem yang baik harus ditonton oleh khalayak, harus menghiburkan dan dari pada situ, barulah pengisian dan pemikiran itu bercambah dan melata.
"Saya setuju. Faktor keseronokan dan hiburan harus berada di tangga pertama. Tidak ada orang bayar tiket untuk berfikir. Seronok harus datang daripada cerita dan saya yakin, filem ini ada elemen yang audiens mahu. Penonton tidak perlu guna lapisan kedua untuk menonton dan merasa terhibur," kata Azhan yang awalnya mengakui skeptikal terhadap Seng Tat dan produksi filem berkenaan.
Akibat skeptikal yang dirasai, Azhan merujuk kepada rakan-rakan dalam industri dan menekan butang Google untuk mengetahui portfolio di sebalik nama Seng Tat.
"Saya dipertemukan dengan produksi Cina, pengarah Cina, penulis skrip Cina tetapi nak buat filem Melayu.
"Persepsi awal saya, filem ini tak bagus. Mula-mula mereka nak jumpa, nak kenal pelakon dan bagi skrip. Saya nampak kejujuran mereka, nampak barisan pelakon hebat yang mereka dapat, tetapi saya masih skeptikal. Sehinggalah saya masuk ke sesi bacaan skrip, daripada situ saya mula jatuh cinta dengan filem ini. Sekarang saya makin kagum dengan Seng Tat, sastera Melayunya agak hebat," jelas Azhan yang masih merasakan dia bukan sebahagian daripada muka filem di Malaysia.
Lakonan sebagai mata pencarian dan pada masa yang sama mahukan kepuasan apresiasi seni, Azhan memberikan pendapat. Muka filem sememangnya penting - untuk strategi pemasaran, poster dan sebagainya.
"Saya bukanlah banyak main filem. Macam orang lain, saya pun mudah tertarik dengan trailer dan poster yang cantik, walaupun isi tak cantik. Jadi poster yang ada muka filem ialah retorik filem. Saya pula ada satu aras. Filem harus lebih sedap daripada popcorn. Kalau popcorn saya habis, tetapi filem tak habis lagi, maknanya filem itu ada masalah. Kadang-kadang akan keluar. Tapi, kalau saya kurang makan popcorn, maknanya filem itu sedap," jawab Azhan saat disoal tentang apresiasi seni dan pengamatannya terhadap sesebuah karya filem.
Sesuatu yang unik tentang Azhan dalam Lelaki Harapan Dunia, watak pemuda kampung yang bernama Cina lakonannya, sepatah pun tidak bertutur dalam bahasa Cina.
"Mula-mula, saya ingat kena cakap Cina tetapi tidak. Orang kampung panggil dia Cina sebab matanya sepet. Jadi teori saya tentang watak itu, mata sepet tetapi fikiran tajam.
"Sebenarnya, Cina seorang pemuda yang lantang, dia nak jadi pemimpin dan sayangkan kampung. Semua watak begitu, tetapi mereka terlupa sikap agresif mereka itu ada pro dan kontra," cerita Azhan.
Lazatnya derita - Sofi Jikan
Banyak kegembiraan yang dikongsikan oleh Azhan termasuklah seluruh sokongan penduduk kampung sama-sama menyumbang semangat kekitaan dalam filem itu, Sofi pula ada pendapat berbeza.
"Saya terlibat daripada awal
proses pembikinan filem ini. Walaupun Seng Tat beri saya watak penagih tetapi tiada babak yang menunjukkan saya sedang menagih, Cuma dari segi perletakan watak dan visual, orang tahu yang saya ini penagih," beritahu Sofi yang menyifatkan karakter penagih dadah yang dilukis oleh Seng Tat itu merupakan sebuah karakter yang lazat walaupun penuh penderitaan.
"Cukup orang cuma tahu saya penagih tetapi tak perlu ada babak menagih dadah, itu tak perlu. Badan sahaja yang sakit, tetapi jiwanya sihat macam manusia lain.
"Dalam filem ini, ia bukan tentang apa saya mahu, tetapi apa saya tidak boleh dapat. Bukan apa yang saya luahkan, tetapi apa yang tidak terluah. Saya tidak layak hidup, terapi saya mahu hidup. Sedihnya watak saya, tetapi lazat," kata Sofi yang sinonim dengan watak aksi.
Pelik dan sedikit luar biasa daripada segi pengucapan dan bahasa badan, Sofi mengakui, sudah masak dengan sepak terajang industri seni. Di dadanya kini, Sofi tidak hairan dilihat jahat, waima di luar daripada lakonan sekali pun.
"Saya tak nak fikir lagi pasal filem, tetapi filem ini lain macam. Inilah filem yang memberi masa depan kepada saya. Kalau Seng Tat beri tawaran lagi kepada saya, saya akan terima sebab saya terima tawaran itu sebelum saya buat keputusan untuk berhenti berlakon," tutup Sofi yang sudah memutuskan untuk berhenti menjadi 'hamba' dalam bidang seni, sebaliknya mahu melebarkan pengaruh ke dalam bidang perniagaan.


Bapa cat muka anak nakal

Posted: 21 Nov 2014 05:05 PM PST



KEDUA-DUA kanak-kanak ini kelihatan ketakutan apabila didenda oleh bapanya dengan mengecat muka mereka akibat nakal.


HELENA, Amerika Syarikat – Rakaman video pasangan adik-beradik didenda bapanya kerana terlalu nakal dengan mewarnakan keseluruhan wajah mereka menggunakan cat menjadi popular internet.
Video menunjukkan bapa kanak-kanak tersebut meletakkan kedua-dua anak lelakinya itu di dalam sebuah bilik mandi dan memarahi mereka kerana terlalu nakal.
Bagaimanapun, keadaan muka kedua-dua mereka yang comot menyebabkan bapa tersebut akhirnya mentertawakan anak-anaknya.
Video berdurasi empat minit 37 saat itu telah mendapat tontonan hampir 800,000 kali selepas dua hari dimuat naik dilaman perkongsian video YouTube.
Menurut seorang pengguna laman tersebut, Kelly Goodacre, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu kelihatan comel dan lucu ketika masing-masing saling menyalahkan antara satu sama lain akibat dimarahi.
"Meraka sungguh comel dan kelakar sehinggakan saya ketawa tanpa henti melihat rakaman tersebut," jelasnya.
Beberapa pengguna lain turut mengakui rakaman tersebut terlalu lucu dan percaya tindakan lelaki terbabit mampu mendisiplinkan kedua-dua anaknya.


Rasa tetap sama selepas empat dekad

Posted: 21 Nov 2014 05:03 PM PST

MI kicap Mat Jasak masih bertahan selama empat dekad kerana rasanya tidak pernah berubah.


SEBUT sahaja mi kicap Ipoh, pasti terbayang sepinggan mi kuning berkuah kicap dengan tauge, hirisan daun bawang, sos lada dan taburan bawang goreng. Menjadi pelengkapnya ialah semangkuk sup berisi bebola dan filet ikan serta fucuk.
Mi berkuah kicap seperti ini sebenarnya ada di tempat lain cuma bezanya mi kicap di bandar raya Ipoh, Perak memiliki keistimewaan tersendiri. Makanan masyarakat Cina ini telah diubah suai mengikut cita rasa penggemar Melayu.
Keenakan mi kicap terletak pada campuran kuah kicap dan sup yang disediakan. Ada penggemarnya suka mi kicap cair tetapi ada juga gemarkan kuah kicap yang pekat. Semuanya bergantung kepada selera masing-masing.
Mereka yang bukan penggemar sup pula boleh memilih kuah mi kari untuk dimakan bersama mi kicap. Sebab itulah, mana-mana gerai yang menjual mi kicap di Perak turut menyediakan mi kari kepada pelanggan.
Terdapat banyak gerai makan yang menjual mi kicap di sekitar Ipoh, malah ada antaranya dibuka awal pagi hingga tengah malam. Lokasi terbaik hidangan ini bergantung kepada selera penggemarnya.
Bagaimanapun, salah sebuah gerai yang pastinya menjadi tumpuan di bandar raya Ipoh ialah Mee Kari Haji Daud Mat Jasak (atau disebut mi kicap Mat Jasak) yang terletak di Jalan Datuk Onn Jaafar. Lokasinya pula tidak sukar dicari.
Populariti gerai mi kicap ini menyebabkan ia menjadi tumpuan pengunjung setiap hari termasuklah yang datang dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Kisah perniagaan Mee Kari Haji Daud Mat Jasak bermula kira-kira 42 tahun lalu. Allahyarham Daud Mat Jasak yang merupakan anak jati Lambor Kanan, Parit ketika itu membuat keputusan berhijrah ke Ipoh bagi memulakan kehidupan baharu.
Mengayuh basikal
Beliau bersama isterinya, Allahyarhamah Masitah Abd. Kohor kemudian menetap di Kampung Manjoi, Ipoh dan berniaga mi kari di tepi kaki lima Jalan Datuk Onn Jaafar iaitu lokasi gerai yang sama wujud pada hari ini.

NORHAYATI meneruskan legasi bapanya, Allahyarham Daud dengan membuka gerai seawal pukul 8 pagi.


Setiap hari beliau yang ditemani isteri mengayuh basikal sejauh kira-kira lima kilometer dengan jualan hanya cukup-cukup makan. Hasil pergaulan dengan rakan-rakan berketurunan Cina memberi ilham kepada Daud untuk menjual mi kicap apabila mendapati makanan itu digemari orang-orang Melayu.
Hanya pada tahun 1985 perniagaan mi kicap dan mi kari Daud semakin maju berkat kesungguhan beliau.
Kini, terdapat empat cawangan Mee Kari Haji Daud Mat Jasak di Ipoh dan Tapah selain gerai asal di Jalan Datuk Onn yang dikendalikan sebahagian daripada sembilan orang anak-anaknya. Daud meninggal dunia tiga tahun lalu pada usia 85 tahun.
Anak ketujuh beliau, Norhayati menguruskan gerai asal bersama seorang lagi adiknya. Gerai ini dibuka seawal pukul 8 pagi sehingga 2 petang dan dibuka semula pukul 4.30 petang hingga 10 malam.
Menurut Norhayati, penyediaan kuah kicap, kari dan sup dilakukan mengikut sukatan tertentu termasuk rempah-ratus. Beliau hanya mengingati sukatan dan cara menyediakannya tanpa merujuk resipi.
Katanya, kaedah yang sama dipraktikkan Allahyarham bapanya dahulu. Operasi hariannya dibantu empat orang pekerja serta anak sulungnya, Mohamad Ashraf Mohamad Raffek, 23.
"Setiap hari kami menggunakan kira-kira 15 kilogram (kg) mi kuning, 12kg kuetiau, 6kg tauge dan kira-kira 1,000 biji campuran bebola dan filet ikan.
"Rasa mi kicap dan mi kari di gerai ini tidak pernah berubah sejak 42 tahun lalu. Ini juga merupakan cabaran kepada kami untuk mengekalkan perniagaan Mee Kari Haji Daud Mat Jasak," ujar Norhayati.
Sementara itu, Mohamad Ashraf yang merupakan graduan dalam bidang kulinari daripada sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota mengakui cabaran besar untuk meneruskan perniagaan warisan keluarganya itu.
Bagi mempelbagaikan lagi pilihan pelanggan, beliau memperkenalkan pan mi, yi mi dan mi segera bagi menggantikan mi kuning jika diminta pelanggan.
"Sebagai generasi baharu, saya ingin pastikan perniagaan Daud Mat Jasak dapat mengekalkan apa yang telah diberikan kepada pelanggan selama ini," ujarnya.
Satu lagi lokasi mi kicap yang mendapat tempat di hati penggemarnya ialah gerai mi kicap stadium atau dikenali juga dengan nama mi kicap Cina. Gerai ini antara yang kerap mendapat ulasan positif daripada penggemarnya di laman blog percutian dan makanan.
Gerai bernombor 98 ini terletak di Medan Selera Stadium Ipoh berdekatan Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh.
Mi kicap di sini disediakan hampir sama seperti mi kicap masyarakat Cina kerana pengusahanya, Harman Rashidi, 34, mewarisi resipi ibunya yang berketurunan Tionghua.
Hidangan asasnya ialah mi kuning berkuah kicap pekat, sambal lada dan kuah sup berisi dua keping filet ikan. Ada juga pelanggan yang memesan kedua-duanya iaitu sup dan semangkuk kuah mi kari.
Sepinggan mi kicap berharga RM5, manakala tambahan bahan-bahan di dalam sup seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola udang dan isi ketam pula dikenakan harga tertentu.
Kecil-kecilan

Para pelanggan sangguh datang dari jauh semata-mata ingin menikmati mi kicap Ipoh.


Menurut Harman, keluarganya mula berniaga mi kicap dan mi kari kira-kira sedekad lalu bermula di Silibin dan kemudian ke Manjoi sebelum berpindah ke gerai sedia ada pada tahun 1998.
Katanya, perniagaan keluarga itu diusahakan secara kecil-kecilan dan tidak berhasrat untuk membuka cawangan lain.
"Gerai ini dibuka setiap hari bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dengan waktu paling sibuk antara pukul 8 hingga 10 pagi iaitu pelanggan datang untuk bersarapan.
"Pernah juga pelanggan datang ramai secara berkumpulan menyebabkan kami tidak menang tangan melayan mereka," ujarnya yang memberitahu, perniagaan itu hanya dibantu oleh ahli keluarga.
Akuinya lagi, mi kicap menjadi antara makanan yang cukup digemari di bandar raya itu dan sebagai anak jati Ipoh, beliau amat berbesar hati apabila dapat menyumbangkan sesuatu yang boleh melonjakkan nama tempat kelahiran sendiri.
Sementara itu, penggemar mi kicap, Nur Athiqah Ahmad Bahalal, 26, memberitahu, dia kerap berkunjung ke beberapa gerai di bandar itu kerana setiap satunya memiliki keistimewaan tersendiri.
"Saya tidak mempunyai gerai pilihan dan ada ketikanya mengikut pilihan rakan-rakan. Misalnya, ke gerai mi kicap stadium kerana terletak tidak jauh dari pejabat.
"Di gerai ini, saya menggemari supnya bersama filet dan bebola ikan terutama semasa disajikan panas-panas," ujar eksekutif di sebuah syarikat swasta itu.
Seorang lagi penggemar, Siti Nor Amira Othman, 26, memberitahu keunikan makanan itu telah meletakkan bandar raya Ipoh dalam peta pelancongan tempatan sekali gus menjadi kebanggaan warganya.
Jelasnya, beliau berbangga kerana keenakan mi kicap Ipoh dikenali sehingga ada rakan-rakannya dari negeri lain sanggup datang bercuti di Ipoh semata-mata untuk mencubanya.


Optima K5 lebih segar

Posted: 21 Nov 2014 04:58 PM PST


LAMPU kabus empat butir antara imej baharu yang diperkemaskan pada optima K5.


PENGEDAR kenderaan Kia di Malaysia, Naza Kia Malaysia (Kia Malaysia) melancarkan Kia Optima K5 yang bakal mencetuskan satu perubahan dramatik dalam pasaran kereta segmen D (model sedan besar) pada bulan April lalu. Model itu juga dijangka memainkan peranan penting untuk membantu melonjakkan jumlah jualan kereta Kia Malaysia.
Optima K5 disasarkan kepada pembeli berusia di bawah umur 40 tahun dan mereka yang sudah berkeluarga. Kereta sedan itu didakwa memiliki pelbagai ciri yang diperlukan seisi keluarga khususnya elemen keselesaan.
Baru-baru ini, penulis telah diberi peluang oleh Naza Kia Malaysia untuk melakukan pandu uji pada model yang dipertingkatkan itu.
Pada pandangan mata kasar, kereta itu nampak sama sahaja dari luaran. Bagaimanapun, jika diteliti sekali lagi, kereta itu menerima sentuhan kreativiti jurutera Kia. Ia nampak lebih kemas.
Antara usaha pengemaskinian adalah pada bahagian set lampu hadapan yang didatangkan bersama lampu DRL LED, lampu kabus, bampar hadapan bersama peresap, lampu belakang LED, bampar belakang dengan peresap dan rim berukuran 18 inci.
Duduk sahaja di tempat pemandu, kerusi itu bergerak sendiri sebaik enjin kereta dihidupkan mengikut posisi yang ditetapkan pemandu sebelum ini. Bahagian dalamannya pula menampilkan ciri-ciri mewah dengan warna gelap. Antara ciri-ciri itu adalah seperti kerusi kulit premium, tempat duduk dengan pendingin hawa untuk pemandu dan penumpang hadapan, Drive Mode Select, brek elektronik, tempat duduk elektrik, sistem kemasukan tanpa kunci dan bumbung panoramik.

Ruang enjin Optima K5 tersusun dan kemas.


Sistem audio dengan lapan pembesar suara jenama Infinity memberikan bunyi yang sesuai untuk pembeli muda yang sukakan bunyi bass yang halus. Bagaimanapun, skrin LCD 4.3 inci yang didatangkan pada model itu agak kecil kerana papran itu disambungkan dengan fungsi kamera undur. Ada beberapa ciri lain didatangkan bersama termasuk kit bebas tangan dengan sambungan Bluetooth, AUX, USB dan iPod.
Sebagai kenderaan Kia pertama dilengkapi Drive Mode Select, penulis turut menguji mod itu yang boleh diaktifkan dengan menekan butang pada stereng. Tiga mod pemanduan ditawarkan ialah Normal, Eco dan Sport.
Sebaik mod dipilih, pemandu merasakan sedikit kelainan pada stereng sama ada ringan atau berat. Kuasa tujahan juga rasa lebih bertenaga selepas mod sport dipilih. Bagi mengawal sendiri transmisi, pemandu boleh menggunakan paddle shifter yang terletak di belakang stereng.
Penggunaan bahan api Optima K5 juga menjimatkan kerana sepanjang beberapa hari penulis menggunakan kereta ini catatan secara purata ialah 7.7 liter untuk perjalanan sejauh 100 kilometer. Kapasiti tangki Optima K5 ialah 70 liter.
Antara ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada Optima K5 ialah enam beg udara keselamatan, sensor parkir depan dan belakang, Impact Sensing Auto Door Unlock, Speed Sensing Auto Door Lock, VSM, ESP, ABS, EBD, BAS, TCS dan HAC.


Baucar bantu laris jualan

Posted: 21 Nov 2014 04:54 PM PST



KESIBUKAN tugas harian sebagai Ketua Komunikasi Korporat di salah sebuah syarikat swasta di Cyberjaya, Selangor menyebabkan Atirah Tan, 38, sukar untuk mendapatkan informasi mengenai premis perniagaan yang mengadakan promosi jualan.
Situasi tersebut menyebabkan ibu kepada tiga cahaya mata itu sering terlepas untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan pada harga yang lebih rendah daripada harga biasa.
Namun, sejak dua bulan lalu, masalah tersebut tidak lagi membelenggu anak kelahiran Subang Jaya itu selepas pusat beli-belah Shaftbury Square, Cyberjaya memasang peranti Beacon.
Beacon ialah peranti yang dikuasakan oleh teknologi bluetooth bertenaga rendah (BLE) atau lebih dikenali sebagai bluetooth pintar yang diperkenalkan oleh Apple.
Peranti tersebut berfungsi untuk memberi maklumat kontekstual atau kandungan yang relevan dan sesuai kepada pengguna berhampiran menerusi aplikasi Baucar.
Menurut Atirah, aplikasi Baucar memudahkan dia mendapatkan maklumat mengenai promosi yang sedang berlangsung di pusat beli-belah tersebut.
Katanya, teknologi itu sedikit sebanyak dapat membantu pengguna yang sibuk sepertinya untuk mengetahui promosi yang sedang berlangsung dengan hanya menekan satu klik pada telefon pintar.
Sentuh skrin
"Aplikasi Baucar yang berhubung dengan peranti Beacon ini membantu saya mengetahui setiap promosi terbaharu yang diadakan di pusat beli-belah ini.
"Ia satu inovasi yang menarik kerana dengan hanya menyentuh skrin telefon pintar, kita sudah boleh mendapatkan maklumat promosi terkini berserta gambar," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Aplikasi bersaiz lima megabait itu juga dapat membantu pengguna membeli barangan pada harga promosi tanpa perlu membawa sebarang kad keahlian atau baucar promosi.
Pengguna hanya perlu menunjukkan promosi yang tertera dalam telefon pintar mereka untuk membeli barangan tersebut.
"Selalunya apabila saya berkunjung ke pusat beli-belah, banyak barang dijual pada harga promosi.
"Bagaimanapun, ia hanya untuk pemegang kad ahli. Jadi, melalui aplikasi ini, masalah tersebut tidak lagi timbul," ujar Atirah.
Selain daripada memberi maklumat promosi, aplikasi tersebut turut menyediakan kemudahan peta lokasi, mencari barangan dalam premis dan pembayaran tanpa sentuh kepada pengguna.

PERANTI Beacon dikuasakan oleh teknologi bluetooth bertenaga rendah atau lebih dikenali sebagai bluetooth pintar.


Tambah menarik, aplikasi itu dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat teknologi tempatan, 1337 Tech Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada tahun 2012.
Pengasas 1337 Tech Sdn. Bhd., Arsyan Ismail berkata, aplikasi tersebut dibangunkan oleh syarikatnya sejak setahun yang lalu.
Katanya, aplikasi tersebut berfungsi menggabungkan iklan dan promosi perniagaan berdasarkan koordinat premis dan masa sebenar ketika seseorang pelanggan menggunakannya.
"Ia mudah untuk digunakan, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ini pada telefon bimbit atau gajet mereka.
"Kemudian ia akan bertindak balas dengan peranti Beacon yang dipasang di premis-premis perniagaan. Jadi, setiap promosi yang dijalankan akan disampaikan secara terus ke telefon pintar pengguna," terang Arsyan.
Setakat ini, sebanyak 85 peranti Beacon dipasang di lokasi strategik di pusat beli-belah Shaftsbury Square.
Setiap peniaga akan dikenakan caj RM1 bagi semua pelanggan yang berjaya ditarik ke premis mereka. Bagaimanapun, pelanggan tidak dikenakan bayaran untuk memuat turun aplikasi Baucar ke gajet masing-masing.
"Bagi setiap klik promosi yang dilakukan pelanggan, peniaga akan dicaj sebanyak RM0.50 sen.
"Sekiranya pembeli membeli produk yang dipromosikan, peniaga akan dikenakan caj sebanyak RM0.50 sen lagi," katanya sambil memaklumkan bahawa aplikasi tersebut berjaya meraih geran RM500,000 daripada Anugerah Teraju Superb baru-baru ini.
Arsyan berkata, kos yang terpaksa dikeluarkan oleh peniaga jauh lebih rendah berbanding kaedah pengiklanan konvensional seperti melalui promoter, kertas iklan dan papan iklan di jalan raya.
Tambahnya, aplikasi Baucar juga menyediakan data seperti jumlah pengguna, umur dan jantina bagi kemudahan peniaga.
"Aplikasi ini tidak hanya membantu pengguna tetapi turut memudahkan kerja peniaga.
"Melalui data-data yang diperoleh daripada aplikasi Baucar ini, ia dapat membantu peniaga merancang promosi terbaik bagi melariskan produk jualan mereka," katanya.
Peranti Beacon ini juga disifatkan sebagai lebih mesra pengguna berbanding kaedah imbasan kod respons pantas yang diperkenalkan sebelum ini.
Jelas Arsyan, tidak semua telefon pintar dibina dengan kaedah imbasan tersebut yang kadang-kadang menyulitkan pengguna untuk mengutip mata ganjaran atau promosi daripada premis kegemaran mereka.
Tempoh masa yang dikemas kini oleh aplikasi Baucar sudah ditetapkan kepada empat minit bagi setiap notifikasi supaya pengguna tidak terganggu dengan kekerapan notifikasi yang diterima.

ATIRAH menunjukkan aplikasi Baucar di dalam telefon pintar miliknya.


Maklumat
Setiap data yang diterima dihubungkan terus kepada akaun Facebook pengguna bagi mendapatkan maklumat demografi mereka.
Dalam pada itu, Ketua Korporat Komunikasi Kumpulan iKHASAS Sdn. Bhd. iaitu pemilik pusat beli-belah Shaftsbury Square, Jamie Loh berkata, pihaknya sangat berpuas hati selepas menggunakan teknologi terbaharu itu.
Katanya, maklum balas daripada para peniaga di sekitar pusat beli-belah tersebut juga sangat memberangsangkan.
"Hampir keseluruhan premis perniagaan di pusat beli-belah ini menggunakan aplikasi Baucar untuk melakukan promosi.
"Pemilik perniagaan juga gembira kerana pelanggan semakin ramai ke premis mereka dan boleh menganalisis corak kegemaran pelanggan terhadap satu-satu promosi," jelas Jamie.
Langkah untuk memasang peranti Beacon di pusat beli-belah berkenaan bertitik tolak daripada peningkatan jumlah penggunaan telefon pintar di negara ini.
Ia memberi peluang yang lebih besar kepada peniaga untuk me-
nyampaikan setiap promosi yang sedang dijalankan di premis mereka kepada para pengguna.
"Semakin ramai orang menggunakan telefon pintar. Jadi, kami mengambil keputusan untuk memasang peranti Beacon," katanya.
Tambahnya, pemasangan peranti Beacon tidak akan membebankan pihaknya kerana dari segi harga ia sangat berpatutan iaitu sekitar RM20 seunit.
Penyelenggaraan peranti Beacon sangat mudah dan tidak terlalu kerap iaitu hanya perlu menukar baterinya setiap 360 hari.
Mengulas mengenai perancangan untuk memperluaskan teknologi tersebut ke premis-premis lain milik kumpulan iKHASAS, beliau memaklumkan bahawa ia masih di peringkat perbincangan.
Namun, beliau tidak menolak kemungkinan untuk memasang peranti Beacon di tempat lain seperti hotel, jika ia berjaya membantu memajukan premis perniagaan di pusat beli-belah Shaftsbury Square.


Garis panduan di klinik veteriner

Posted: 21 Nov 2014 04:48 PM PST

Kebanyakan kucing yang dibawa ke klinik menghidap penyakit berjangkit dan bersifat zoonotik. – Gambar hiasan


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Kita sering berbicara mengenai kesihatan dan penjagaan kucing. Namun, kali veterinar ingin berbicara tentang perkara-perkara yang perlu dijaga sewaktu membawa si comel ke klinik veterinar.
Memang agak sukar untuk menyuarakan topik ini tetapi demi kebaikan bersama, veterinar rasa sangat penting untuk menyampaikan garis panduan ketika bertemu veterinar.
1. Menjawab panggilan telefon
Sewaktu di bilik pemeriksaan, veterinar akan bertanyakan pelbagai soalan-soalan berkaitan sejarah kesihatan dan pengurusan si comel di rumah.
Sekiranya telefon mudah alih berdering, anda dinasihatkan untuk jawab dan maklumkan kepada pemanggil yang anda sedang berada di klinik atau siap sedia meletakkan telefon anda dalam mod senyap. Ini adalah penting bagi memastikan kelancaran prosedur rawatan dan perubatan untuk si comel anda.
2. Berpakaian menjolok mata
Sebagai seorang rakyat Malaysia, pakaian yang sopan juga antara simbol budi bahasa yang baik. Harus diingat, veterinar juga manusia. Tidak kisah sama ada veterinar anda lelaki atau wanita, naluri mereka masih lagi seorang manusia. Ada antara kita mungkin terlalu yakin dengan kecantikan dan kekacakan diri namun, ada baiknya aset yang kita ada tidak ditonjolkan sewenang-wenangnya.
3. Membawa kucing tanpa menggunakan beg khas
Perkara ini sangat penting. Harus diingat, klinik veterinar merupakan tempat di mana anda pergi untuk mendapatkan rawatan dan nasihat berkenaan si comel.
Kebanyakan kucing yang dibawa menghidap penyakit yang boleh berjangkit. Penting untuk pemilik membawa si comel ke klinik dalam carrier atau beg khas bagi mengurangkan kebebasan mereka bergerak di dalam klinik.
Selain itu, persekitaran klinik yang mempunyai beberapa haiwan lain mungkin berbahaya buat si comel kita. Anjing contohnya. Pergerakan si comel yang agresif akan merangsang anjing untuk bertindak dan ia mampu mendatangkan kekecohan sewaktu prosedur dimulakan.
Sifat si comel juga tidak boleh dijangka. Jika di rumah mereka manja dan lemah lembut, mereka mungkin akan berubah dan menjadi lebih agresif kerana rasa kurang selesa serta terancam dengan kucing atau haiwan lain di klinik.
4. Kanak-kanak
Membawa anak-anak ke klinik adalah satu perkara yang perlu dilakukan untuk tujuan mendidik mereka menyayangi haiwan sejak daripada kecil. Namun, pastikan mereka sudah mampu berdikari dan berdisiplin bagi mengelakkan mereka cuba memegang dan mencederakan si comel pelanggan lain.
Harus diingat, ada antara kucing yang datang menghidap penyakit berjangkit dan bersifat zoonotik. Penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia. Kekangan yang kurang akan mengakibatkan si kecil memegang kucing-kucing sakit tersebut, sekali gus mendedahkan mereka kepada jangkitan yang tidak disangka.
Meragam sewaktu proses rawatan juga menjadi faktor yang menyebabkan anda tidak dapat mendengar dengan jelas nasihat doktor veterinar dan ini boleh mengakibatkan anda lupa keypoint yang digariskan.
5. Penafian
Sewaktu veterinar bertanyakan sejarah kesihatan si comel, anda dinasihatkan menjawab segala-galanya dengan jujur dan telus.
Jangan sesekali merahsiakan sejarah perubatan dan kesihatan mereka. Kegagalan anda menjadi jujur mungkin mengakibatkan masalah yang lebih teruk.
Kami faham, anda berpengalaman menjaga si comel anda namun, apabila sampai ke tahap rawatan, veterinar boleh mengenal pasti punca masalah yang mungkin tidak dinyatakan. Jangan sesekali menafikan diagnosis veterinar.
Sebagai contoh, sering kami nyatakan ada antara kucing yang datang mengalami masalah berat badan yang melampau dan perlu diletakkan dalam program khas penurunan berat badan.
Pemilik sering menjawab: "Eh, taklah.. dia tak gemuk pun. Veterinar yang lagi satu cakap berat dia baik sahaja. Comel macam ini."
Anda mengenali si comel anda tapi ingin saya tegaskan, veterinar lebih tahu keperluan mereka berdasarkan keadaan kesihatan, fizikal dan rekod perubatan mereka.
6. Hutang
Seringkali kami dihidangkan dengan janji-janji manis para penjaga si comel. Ada antara klinik veterinar yang boleh bertolak ansur tentang kaedah pembayaran sewaktu dan selepas rawatan diberikan.
Namun, kami tidak nafikan bahawa ada antara pelanggan yang mengambil kesempatan.
Sewaktu sebelum rawatan diberikan, penjaga bersetuju dengan sebut harga yang tersebut namun, bila sampai waktu untuk si comel balik, penjaga berikan alasan untuk berhutang dan sebagainya.
Berhutang dan dibayar, tiada masalah. Namun, apa yang merunsingkan apabila penjaga mula mendiamkan diri dan tidak menjawab panggilan.
Kami mohon maaf terpaksa nyatakan topik seperti ini tapi inilah realiti. Harus diingat, klinik veterinar juga beroperasi di atas kos yang tinggi.
Bukan percuma. Jadi, janganlah berkecil hati sekiranya pihak klinik terpaksa membuat salinan kad pengenalan atau mengambil butir-butir peribadi yang lebih banyak bagi mengelakkan mereka ditipu.
7. Tidak mengikut nasihat
Jangan sesekali malu atau segan mengaku anda tidak mampu berikan ubat kepada si comel anda di rumah. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan proses penyembuhan menjadi lebih panjang. Veterinar juga memiliki haiwan kesayangan dan kami pasti mereka faham kenapa ia berlaku.
Tindakan anda mengaku awal membolehkan veterinar meletakkan si comel di bawah jagaan mereka dan mempercepatkan proses pemulihan.
Ubat yang dibekalkan untuk si comel adalah mengikut masalah kesihatan dan berat badan si pesakit. Semua ubatan tersebut haruslah diberi seperti yang dinasihatkan. Jangan sesekali berkongsi dengan si comel yang lain. Tidak semua kucing mengidap penyakit yang sama.
Jadi, tidak sepatutnya ada isu lebihan ubat yang boleh digunakan untuk si comel yang lain. Perbincangan secara terbuka dengan veterinar mampu mencegah daripada masalah yang lebih kritikal.
Suka untuk veterinar jelaskan bahawa topik minggu ini bukan untuk memalukan sesiapa namun, ia merupakan asas yang penting bagi membantu memudahkan prosedur rawatan di klinik veterinar. Jangan berkecil hati sebaliknya jadikan panduan ini sebagai sesuatu yang positif dan pemudah cara bagi anda semua. Insya-Allah.


Warna-warni Festival Air

Posted: 21 Nov 2014 04:46 PM PST



Para peserta beradu tenaga pada acara lumba bot naga sempena Festival Air di Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini.


PULUHAN ribu peserta dengan pelbagai pakaian berwarna-warni memenuhi persekitaran sungai Tonle Sap, Kemboja. Para peserta yang berada di dalam bot kayu pula kelihatan begitu bersemangat dan tidak sabar untuk memulakan kayuhan.
Begitulah antara suasana Festival Air di Phnom Penh, Kemboja yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 5 November lalu. Pertandingan lumba bot naga tersebut menarik kehadiran ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Seorang penduduk tempatan mendukung anaknya di atas bahu ketika menyaksikan pertandingan lumba bot naga.


Festival Air terbesar di negara tersebut diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan pahlawan laut pada masa dahulu. Pada masa sama, festival itu sebagai tanda para nelayan dan petani menghargai peranan sungai terhadap kehidupan mereka.
Kali terakhir festival tersebut diadakan adalah pada tahun 2010. Ketika itu berlaku satu kejadian yang mengorbankan lebih 250 peserta menyebabkan acara tahunan tersebut tidak diadakan hampir empat tahun.
Pada tahun ini, jawatankuasa Festival Kebangsaan dan Antarabangsa Kemboja menyatakan hampir 28,000 peserta dan 420 bot naga kayu terlibat yang kebanyakan dari negara-negara ASEAN. Ia turut mendapat liputan secara langsung di televisyen tempatan. Turut diadakan pertunjukan bunga api dan pesta-pesta keramaian.


Mamat (Exist) Anggap Diri Bertuah Masih Disayangi Peminat

Posted: 21 Nov 2014 12:03 AM PST


Mamat mahu mengubati rindu para peminat menerusi lagu-lagu baharu nyanyiannya.
PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat tidak sangka dirinya masih diterima masyarakat meskipun pernah melalui pelbagai kontroversi sebelum ini.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 36, berkata, sejak membuat kemunculan semula baru-baru ini, sangkanya, karier muzik yang mahu dibina semula akan gagal tetapi sebaliknya pula berlaku apabila masyarakat lebih terbuka menerima kehadirannya di dalam industri seni muzik tempatan.

"Alhamdulillah, walaupun ada cabarannya dalam membuat kemunculan semula tetapi perjalanan yang saya lalui itu mudah.

"Saya anggap diri bertuah kerana masih lagi disayangi peminat. Bukan senang mahu buat kemunculan semula kerana kebanyakan artis yang berbuat demikian sering menemui kegagalan," katanya.

Tambah Mamat, kepercayaan yang diberikan masyarakat itu membuatkan dia bersungguh-sungguh mahu membuktikan bahawa dirinya masih relevan dalam industri muzik tempatan selain ingin mengubat rindu peminat-peminat menerusi lagu-lagu baharu yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
Mamat dan Ikka Razman berduet menerusi lagu Keluhan Cinta. 
Untuk permulaan, Mamat mengambil pendekatan berduet dengan penyanyi baharu, Ikka Razman menerusi lagu Keluhan Cinta.

Jelas Mamat, dia telah ditawarkan oleh Sweet Entertainment Production (IRSEP) untuk merakamkan lagu itu dan bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh syarikat berkenaan.

"Mungkin ada bertanya kenapa single lagu pertama saya bermula dengan lagu duet. Saya anggap ia satu rezeki apabila ada yang memberi kepercayaan untuk saya menyanyikan lagu tersebut.

"Keluhan Cinta diciptakan oleh Mie Kuarters dan Man Ikhman dan lagu itu sangat bagus, sayang jika tidak mengambil peluang itu.

"Sekarang ini lagu tersebut sudah dihantar ke semua stesen radio untuk dikeudarakan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mamat turut terlibat dengan pertandingan nyanyian Gegar Vaganza, yang menampilkan penyanyi-penyanyi yang pernah popular sebelum ini.

Antara penyanyi lain yang turut terlibat termasuklah  Shima, Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.

Gegar Vaganza bersiaran bermula 16 November 2014 setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Mamat sebelum ini pernah popular menerusi lagu Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemaradan Salju Di Danau Rindu.

Kembara Masih Berbisa Dalam 'Konsert Hati Emas Kembara'

Posted: 21 Nov 2014 12:01 AM PST


JIKA bercakap tentang lagu-lagu berunsurkan kerakyatan dengan melodi dan lirik puitis sudah tentu kita akan terus terbayangkan kumpulan Kembara yang cukup terkenal pada era 80-an.
Bait-bait kata yang indah dan mengena pada hati pendengar seperti Gerhana, Hati Emas, Ekspres Rakyat, Kolar Biru dan Duit meninggalkan kesan mendalam dan kekal segar sehingga hari ini.
Malah selepas 30 tahun nama Kembara kekal utuh sebagai sebuah kumpulan terbaik yang melakar sejarah tersendiri dalam industri muzik - fakta yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa.
Berita mereka bakal mengadakan sebuah konsert yang diberi nama Konsert Hati Emas Kembara di Panggung Sari, Istana Budaya sebelum ini seperti impian menjadi kenyataan kerana Kembara sudah lama tidak muncul dalam mana-mana persembahan pentas.
Kemantapan vokal M.Nasir pada Konsert Hati Emas Kembara cukup bertenaga.
Konsert pembukaan pada malam Khamis lalu menjadi bukti mereka masih mempunyai bilangan peminat cukup ramai apabila kerusi di Panggung Sari penuh dengan penonton yang teruja menantikan persembahan sulung kumpulan itu.
Tepat pukul 9 malam dewan bertukar gamat dengan sorakan apabila anggota kumpulan Kembara iaitu Datuk M.Nasir, A.Ali, S.Sahlan, Zoul dan Md Shah muncul di atas pentas dengan seleksi lagu seperti Ekspres Rakyat, Impian Anak Jalanan, Siapa orang Kita danSesat Kuala Lumpur.
Energi luar biasa M. Nasir selaku vokalis utama pada awal segmen cukup mengagumkan serta pengawalan vokal yang cukup baik membuatkan penonton bersorak setiap kali selesai persembahan.
Konsert pada malam itu turut diiringi oleh 12 pemuzik dan empat penyanyi latar dan secara keseluruhannya Kembara menyampaikan 27 buah lagu pada malam itu.
S.Sahlan turut menyampaikan beberapa buah lagu pada malam itu.
Tidak membiarkan penonton menunggu lama, persembahan pada malam itu diteruskan lagu Perjuangan, Senandung Buruh dan Kasar sebelum S.Sahlan tampil mendendangkan lagu Impian Seorang Nelayan.
A.Ali turut menyampaikan dua buah lagu Di Perehentian Puduraya dan Ada Sepasang Mata manakala Zoul dengan Bas No 13.
Sebagaimana M.Nasir, vokal ahli kumpulan lain sama mantap disamping keghairahan mereka yang sudah lama tidak beraksi dalam sebuah konsert.
M.Nasir turut berkongsi perjalanan mereka terutama di awal kemunculan sebagai penyanyi di Malaysia selain cuba berjenaka dengan penonton tentang beberapa kisah menarik tentang Kembara.
Kemantapan A.Ali bermain gitar sambil menyanyi menyerlah.
Kembara meneruskan persembahan dengan mendendangkan lagu wajib mereka sepertiMalam, Oh Bulan, Kiambang sebelum dewan bertukar gamat apabila lagu Keroncong untuk Ana dan Kepadamu Kekasih diperdengarkan.
Barangkali ia saat paling indah dalam konsert berkenaan kerana kedua-dua lagu berkenaan disampaikan M.Nasir dengan penuh penghayatan sehingga berjaya menyentuh perasaan penonton.
Tidak membiarkan penonton terbuai terlalu lama dengan lagu balada, M.Nasir kembali bertenaga dengan menyampaikan lagu rancak seperti Kutu, Duit, Hati Emas sebelum mengakhiri persembahan dengan Gerhana.
Kepuasan menonton Kembara di atas pentas dengan barisan ahli asal kumpulan itu ternyata suatu pengalaman menakjubkan dan penantian peminat untuk melihat semula mereka beraksi berbaloi.
Berbaki tiga hari lagi persembahan sehingga Ahad ini, peminat tidak seharusnya melepaskan peluang menonton Konsert Hati Emas Kembara di Istana Budaya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved