Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- KIL Bolot Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 26
- Syurga Tanpa Cinta Drama Carian Tertinggi di RTM
- Restu Ibu Punca Pekin Bertahan Jadi Artis
- Pahang Pertahan Trofi Piala Malaysia, Impian JDT Lebur
- Saat Indah Pasukan Dan Penyokong Pahang - Zainal Abidin
- Pahang juara Piala Malaysia 2014
- Lisa Surihani, Rusdi Ramli raih pelakon terbaik
- Sarah turuti permintaan Syamsul
- Nadia istimewa di hati Tauke
- Debaran ke pentas akhir AJL 29
- Wanita biasa idaman Adi 6ixth Sense
- Jerat kekasih alam maya
- Jual cenderamata dalam bas mini
- Cabaran sebenar Kharleez bermula
- Erra temui pengganti Engku Emran?
- Zul Ariffin bikin DJ radio bengang
- Cef Riz, Shikin Maembong nikah hujung tahun ini
- Rozita Che Wan Selamat Bersalin Bayi Perempuan
- Mamat Khalid Stabil Selepas Pembedahan
- Teh tarik percuma Piala Malaysia
- Kereta dalam terusan timbul tanda tanya
- Lima tahun hidup bergelumang dosa
- Guna duit kahwin biaya rawatan
- Edar makanan percuma kepada penyokong
- Pinjaman takaful ah long
KIL Bolot Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 26 Posted: 01 Nov 2014 04:41 PM PDT | ||||||
Syurga Tanpa Cinta Drama Carian Tertinggi di RTM Posted: 01 Nov 2014 04:39 PM PDT | ||||||
Restu Ibu Punca Pekin Bertahan Jadi Artis Posted: 01 Nov 2014 04:38 PM PDT | ||||||
Pahang Pertahan Trofi Piala Malaysia, Impian JDT Lebur Posted: 01 Nov 2014 04:35 PM PDT | ||||||
Saat Indah Pasukan Dan Penyokong Pahang - Zainal Abidin Posted: 01 Nov 2014 04:34 PM PDT | ||||||
Pahang juara Piala Malaysia 2014 Posted: 01 Nov 2014 04:28 PM PDT PAHANG berjaya mempertahankan kejuaraan dan berjaya menjulang Oppo Piala Malaysia apabila bergelar juara selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, malam tadi. Kemenangan Pahang diraih menerusi sepakan penalti dengan jaringan 5-3 selepas terikat 2-2 dalam pelawanan yang mengheret sehingga masa tambahan. Sepakan penalti JDT: 1, 1, 1, 0, X Pahang: 1, 1, 1, 1, 1 | ||||||
Lisa Surihani, Rusdi Ramli raih pelakon terbaik Posted: 01 Nov 2014 04:26 PM PDT
BERIKUT adalah senarai penuh pemenang bagi 20 anugerah utama yang disampaikan pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) yang diadakan di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad di Seremban, Negeri Sembilan, malam tadi: SENARAI PEMENANG ANUGERAH FESTIVAL FILEM MALAYSIA 26 1. Filem Terbaik - KIL (Primeworks Studio (Grand Brilliance) 2. Pengarah Terbaik - Nik Amir Mustapha (KIL) 3. Pelakon Lelaki Terbaik - Rusdi Ramli (Tanda Putera) 4. Pelakon Wanita Terbaik - Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang) 5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Datin Paduka Umie Aida (Sembunyi : Amukan Azazil) 6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Datuk Rosyam Nor (KL Gangster 2) 7. Lakon Layar Terbaik - Nik Amir Mustapha (KIL) 8. Cerita Asal Terbaik - Mamat Khalid (Rock Oo) 9. Pelakon Harapan Wanita - Cristinne Suzanne (KIL) 10. Pelakon Harapan Lelaki - Zul Ariffin (Penanggal) 11. Sinematografi Terbaik - Raja Mukhriz (Penanggal) 12. Penyunting Terbaik - Syamsul Yusof/ Hisyam Jupri (KL Gangster 2) 13. Kesan Khas Terbaik - Tanda Putera (Pesona Pictures) 14.Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik - Paper Moon (Double Vision/ Astro Shaw/ Passion Entertainment) 15. Filem Box-Office 2013- Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (Keuntungan sebanyak RM5.9 juta dalam masa dua minggu tayangan) 16. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Wanita - Datuk Rosnani Jamil 17. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki - Datuk Rahim Razali 18. Anugerah Khas Juri - Tanda Putera (Mengangkat elemen patriotik) 19. Anugerah Khas Juri - PaperMoon (Mengangkat elemen budaya tempatan) 20. Anugerah Khas Juri - Kolumpo (Mengangkat isu semasa) | ||||||
Sarah turuti permintaan Syamsul Posted: 01 Nov 2014 04:24 PM PDT Seawal pukul 9 pagi, ketika matahari pagi berkerdip bersama calitan warna biru di kaki langit, Puteri Sarah Liyana sudah melangkah menuju ke butik Eiliya di Taman Melawati, Hulu Klang. Itulah tempatnya mencari rezeki setelah 'titik noktah' diletakkan bekas pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu pada dunia glamor sejak lebih setahun lalu. Kerjanya dalam bidang pemasaran di butik itu diteruskan, waima setelah mendirikan rumah tangga dengan pengarah KL Gangster, Syamsul Yusof pada 9 Mac lalu. Saya membiarkan pemilik mata besar yang mempunyai seraut wajah comel itu bercerita tentang kehidupan terkininya di banglo enam tingkat yang terletak di lereng bukit Taman Melawati, milik bapa mertuanya yang merupakan pemilik syarikat Skop Production Sdn. Bhd., Datuk Yusof Haslam. Ironinya, di hadapan saya bukan lagi Puteri Sarah yang dulu seperti keanak-anakan, sebaliknya tutur kata dan perilakunya jauh lebih matang dan sopan. "Syamsul seorang suami yang sentiasa menjaga peribadi dan imej saya, malah mengambil alih tugas kedua-dua ibu bapa saya untuk menguruskan saya 100 peratus. Contohnya, dia menjaga aurat, cara percakapan dan bagaimana cara saya membawa diri di hadapan orang. Dia juga menjaga solat saya dan sentiasa bertanya sama ada saya sudah solat atau belum. "Saya akui, dulu seperti keanak-anakan tetapi sekarang saya lebih matang," kata Sarah membuka bicaranya pada petang itu. Tidak mahu orang membuat telahan buruk mengenai suaminya, Sarah memberitahu, Syamsul seorang suami penyayang dan tidak pernah melepaskan amarah kepadanya. Wang pelaburan Syamsul Barangkali ada yang beranggapan untuk apa Sarah bersusah payah bekerja sedangkan dia boleh bersenang-lenang selepas mendirikan rumah tangga dengan anak jutawan filem itu. Tidak cukup dengan itu, ada juga kata-kata yang dilayangkan kenapa seorang bekas pelakon sepertinya bekerja di butik berkenaan. "Apa yang segannya kerja di butik. Tiada rasa segan, malah jika orang mengenali saya sebagai pelakon, itu merupakan platform yang mudah bagi saya untuk bekerja dan berurusan dengan pelanggan. "Tambahan pula, selepas bekerja di butik berkenaan, saya mendapat idea untuk menghasilkan rekaan jubah sendiri di bawah label Shara By Puteri Sarah. Alhamdulillah, sejak dijual secara online seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha lalu, sambutan diterima agak memberangsangkan. Saya juga ada meletakkan enam rekaan jubah saya itu di butik Eiliya. "Mungkin pandangan skeptikal, orang ingat saya kini hidup senang. Hakikatnya, saya seorang yang berdikari. Saya tidak anggap pekerjaan ini berat. Lagipun, perjalanan ke tempat kerja cuma mengambil masa selama 15 minit. Syamsul juga suka melihat saya bekerja kerana dia tidak mahu saya berasa bosan," jelasnya dengan ramah ketika ditemui di kediaman bapa mertuanya itu baru-baru ini. Mendapat sepenuh sokongan daripada suami, Sarah juga tanpa berselindung memberitahu, dia mendapat modal menghasilkan rekaan jubahnya itu daripada suaminya. Berapa nilai yang diberikan Syamsul kepadanya, bagi Sarah, ia tidak perlu dikongsikan kepada umum. Bahkan, selepas melihat jubah-jubah Sarah laris dijual melalui promosi Instagram Sarah, @puterisarahshara dan Syamsul, @syamsulyusoffilm, pengarah berusia 30 tahun itu kini teruja untuk menghasilkan rekaan sendiri buat kaum Adam pula. "Apabila Syamsul tengok Sarah berniaga, dia pula teringin menghasilkan jubah sendiri tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya. Jadi, saya suruh dia reka tiga rekaan dan saya akan mencari kain untuk menghasilkannya," ujar Sarah yang memberitahu jubah miliknya boleh didapati menerusi ig dan e-mel sharabyputerisarah@gmail.com. Sudah puas Ditebak daripada mana dia beroleh kekuatan untuk bekerja, berniaga dan pada masa yang sama menguruskan suaminya, Sarah mengakui, dia pernah menyuarakan perkataan 'tidak larat' terhadap mamanya, Paridah Puteh. "Alhamdulillah, mama saya banyak membantu saya dalam mencari bahan dan menghasilkan jubah. Memang pada awalnya saya ada cakap tak larat untuk melakukan perniagaan ini, namun mama banyak bagi motivasi untuk saya meneruskan rekaan jubah," ujarnya. Kesibukan itu juga menjadi faktor pemilik lulusan Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu tidak memikirkan langsung untuk kembali ke dunia lakonan. Kata Sarah, cukuplah dulu dia sudah merasai percikan dunia glamor. Sebagai isteri, jelasnya, dia kini harus berada di sisi Syamsul dan menjaga semua keperluan suaminya itu. "Saya tidak rindu untuk berlakon, malah tidak terfikir untuk kembali berlakon. Saya sudah puas merasai dunia lakonan. Sebabnya, saya sudah cukup sibuk bekerja dari pagi sampai ke petang. "Kemudiannya, pada malamnya pula saya akan memasak untuk Syamsul. Walaupun ada orang gaji, dia mahu saya menyediakan makanan untuknya. Kalau suami balik penggambaran dalam pukul 3 atau 4 pagi, dia cuma akan panaskan makanan tersebut. Saya tidak rasa terbeban tetapi seronok memasak untuknya. Lebih-lebih lagi, Syamsul rajin mencari menu-menu sihat di laman Google dan memberi idea untuk saya memasak. "Cuma, saya agak takut apabila meminta dia komen mengenai masakan tersebut memandangkan selama ini saya tidak pernah memasak untuk sesiapa kecuali sejak berkahwin. Jika peratus yang dia beri rendah, saya akan cuba buat yang lebih baik pada hari yang berikutnya," ujar Sarah yang memberitahu suaminya itu kini dalam proses menjaga badan demi menjayakan watak polis dalam drama Gerak Khas musim terbaharu. Keguguran Pada Mac hadapan, genap setahun pasangan Syamsul dan Sarah berkahwin. Sepanjang jalan percintaan yang telah menyatukan mereka, bukan sedikit rintangan yang dihadapi. Sebelum Ramadan lalu, Sarah mengalami keguguran. Bukan sekali mereka berusaha untuk memperoleh zuriat, namun kerana belum diizinkan Tuhan, hajat tersebut tidak termakbul lagi. "Saya percaya belum ada rezeki lagi. Saya tidak tertekan dan menunggu kerana apabila tiba masanya, saya akan dikurniakan cahaya mata," getusnya dengan penuh harap. Sepanjang bulan Ramadan lalu Sarah hanya berehat. Akhirnya Syamsul mengajaknya mengerjakan umrah dan beraya di Kota Mekah. Berada selama 16 hari di sana, Sarah menganggap pemergiannya ke Tanah Suci itu merupakan rezeki tak ternilai untuknya. "Kali terakhir saya pergi umrah semasa kecil. Tak silap dalam umur tiga tahun. Kali ini saya berpeluang lagi ke sana (Mekah), malah bersama suami pula. Saya tidak dapat gambarkan keseronokannya. Alhamdulillah, Syamsul banyak beri tunjuk ajar sebelum mengerjakan umrah," jelasnya lagi. | ||||||
Posted: 01 Nov 2014 04:22 PM PDT KALAU sebut nama sebenarnya iaitu Zamatul Amri Zakaria, mungkin tidak ramai yang begitu mengenali siapa sebenarnya pelawak ini. Bagaimanapun, dengar saja Tauke Jambu, bukan sedikit gosip sensasi yang terpaksa ditelan oleh duda terhangat di pasaran itu. Semuanya gara-gara aura popular yang tercetus selepas gandingannya bersama Pak Yus tampak menjadi ketika menyertai Maharaja Lawak pada 2011. Kalau tidak dikenali sekarang lainlah cerita, mungkin orang tidak ambil pusing langsung pasal Tauke. Sekiranya bersembang mengenai karier Tauke juga mungkin masih boleh diterima. Ini tidak, balik-balik cerita pasal Tauke kaki perempuan. Balik-balik cerita Tauke seorang playboy. Bukan apa, cerita-cerita kurang enak ini pastinya memberikan kesan terhadap kehidupan peribadi anak jati Johor Bahru itu. Sesiapa saja gadis yang cuba singgah dalam hatinya pasti diusik perasaan resah tambahan pula dengan reputasi Tauke yang telah menduda sebanyak tiga kali. Tambahan pula, di dalam hati Tauke kini dikatakan sudah ada taman. Bunga-bunga cinta Tauke yang dikatakan sedang disulam bersama seorang wanita bernama Nadia juga bukan lagi satu rahsia apabila gambar kemesraan mereka berdua luas bertebaran di laman-laman sosial ketika ini. Gara-gara reputasi silam, ramai yang beranggapan ini cuma satu lagi episod baharu dalam kehidupan Tauke, sedangkan tuan yang empunya badan sendiri lebih tahu cerita sebenar. Jadi, siapa sebenarnya Nadia di hati Tauke? "Nadia paling rapat dalam hati saya buat masa sekarang, terpulanglah kepada orang lain hendak fikir kami berdua macam mana. "Nantilah, selepas selesai Maharaja Lawak Mega (MLM 2014), saya akan uar-uarkan siapa dia sebenarnya," katanya kepada Sensasi Bintang. Menurutnya, dia juga belum berkesempatan untuk memperkenalkan Nadia kepada anak-anaknya melainkan ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. "Belum sempat kenalkan betul-betul lagi, jumpa pun masa raya," jelasnya yang bakal menemui penonton menerusi filem Mana Mau Lari arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen pada 27 November depan. Robohnya gerbang perkahwinan sebanyak tiga kali sebelum ini bukan alasan untuk Tauke serik kembali berumah tangga. "Hampir tiga tahun saya menduda, sudah tentu saya rindu untuk kembali bergelar suami. Saya juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak walaupun mereka tidak lagi bersama. "Jika rindu anak-anak, saya akan melihat perkembangan mereka menerusi laman sosial Facebook," katanya yang memiliki enam anak berusia antara 7 dan 15 tahun hasil perkahwinan terdahulu. Tauke mengakui, dia tidak boleh menutup mulut pengkritik yang gemar menghentamnya di laman sosial gara-gara reputasi negatifnya sebelum ini. "Ini semua persepsi lama, saya bukan playboy cuma terlebih peramah satu ketika dahulu. Nak buat macam mana, inilah risiko sebagai anak seni. "Jika semua hendak tahu, saya memang baca satu-satu setiap komen. Jika benda tak betul, sudah tentu saya marah dan tidak pernah menyesal untuk menegur kembali. Bagi salam pun tidak, tiba-tiba buat cerita tak betul. "Saya bukan sorokkan sesuatu, buat apa nak bohong. Apabila keluar (gambar bersama wanita), ramai yang marah bila ia tidak menjadi, sebab itu saya lebih berhati-hati sekarang," kata Tauke lagi. Alang-alang bercerita mengenai MLM 2014 yang bakal bermula pada 14 November depan, Tauke turut menegaskan, dia dan Pak Yus tidak pernah terniat untuk memecah-belahkan Kumpulan Jozan apabila membentuk gandingan baharu bersama Zizan menerusi Virus kali ini. "Ia hanya untuk MLM 2014, selepas ia berakhir Jambu akan pulangkan semula Zizan. Jadi, peminat Jozan tidak perlu risau," katanya. | ||||||
Debaran ke pentas akhir AJL 29 Posted: 01 Nov 2014 04:20 PM PDT SABAN tahun, baik penggiat seni mahupun pengikut setia dunia muzik tanah air, program berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) antara yang ditunggu-tunggu ramai. Hampir tiga dekad penganjuran, AJL edisi ke-29 kini sudah tiba ke peringkat pencalonan separuh akhir. Detik yang paling mendebarkan itu bakal menyaksikan 30 buah lagu berentap untuk menempah tiket ke pentas akhir yang dijadual berlangsung pada Januari tahun depan. Justeru, sebanyak tiga pusingan separuh akhir Muzik Muzik bakal diadakan pada 14, 21, dan 28 November ini. Tirai pembukaan separuh akhir Muzik Muzik ke-29 pada 14 November nanti bakal menampilkan sebanyak 10 buah lagu dipertandingkan. Antara pencalonan lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir pada hari tersebut ialah Akhiri Penantianku (Alif Satar), Gilalah (Stacy), Cinta Tak Pergi (Tomok & Yana), Malaikat (Hazama The Penglipurlara), Romancinta (MOJO), Hilang (Najwa Latif), Si Putih Si Merah (Black & RJ), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search) dan Dunia & Syurga (Akim Ahmad). Pada 21 September pula, sebanyak 11 lagu yang tercalon iaitu Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Aku Juga Manusia (Amir Jahari), Dia Yang Kau Pilih (Shahir), Matahari (Hafiz), Gadis Jolobu (Datuk Hattan & Waris), Arjuna Beta (Fynn Jamal), Pasti Sempurna (Kristal), Kau Pergi Jua (IamNeeta ft. Najwa Latif), Infiniti Cinta (Zizan & Kaka) dan dua buah lagu nyanyian Encik Mimpi iaitu Rindukanlah dan Ayuh Tinggalkan Dia. Sementara itu, lapan buah lagu lagi yang bersaing pada 28 November nanti ialah Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun), Mewangi (Akim & The Majistret), Percayalah (Indah Ruhailah), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Apa Khabar (Joe Flizzow ft. Sona One), Al Haq Yang Satu (Mawi & Datuk AC Mizal), Lelaki (Yuna) dan Tak Pernah Berjumpa (Forteen). Kesemua lagu yang bakal bersaing itu nyata mempunyai kekuatan tersendiri dari segi lirik dan susunan melodi. Jika diperhatikan juga, beberapa muka baharu turut tercalon ke peringkat separuh akhir, antaranya Encik Mimpi, Indah Ruhaila dan Fynn Jamal. Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, program hiburan muzik seperti AJL merupakan platform yang baik untuk mengetengahkan bakat-bakat besar penggiat seni tanah air. "Program seperti ini menjadi anjakan utama bagi komposer, penulis lirik dan penyanyi lagu tempatan untuk terus berkarya untuk memantapkan industri muzik di negara ini. "Justeru, penganjuran AJL edisi ke-29 ini kami ingin terus menghargai bakat seni terutamanya golongan muda yang banyak memberi inspirasi dalam memeriahkan industri hiburan tanah air," katanya. Apa yang pasti, sebanyak 12 lagu sahaja yang bakal mara ke pentas akhir AJL 29 nanti. Orang ramai yang ingin menyaksikan artis kegemaran mereka bertanding di gelanggang separuh akhir boleh hadir ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada 14, 21 dan 28 November ini pada pukul 9 malam. | ||||||
Wanita biasa idaman Adi 6ixth Sense Posted: 01 Nov 2014 04:18 PM PDT LUMRAH bagi setiap insan berdarah seni pastinya memerlukan sumber ilham untuk berkarya. Bukan apa, setiap naskhah seni disifatkan 'berhantu' jika berjaya menjentik segenap bucu kotak hati peminat. Sumber ilham itu juga boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Ada yang memerhatikan suasana persekitaran sebagai pencetus idea, selain ada juga yang menjadikan insan tersayang sebagai sumber inspirasi dalam menghasilkan sesuatu yang malar segar sampai bila-bila. Memang tidak dinafikan bahawa kadang kala ilham itu tercetus secara spontan. Jangan sesekali cuba berbohong dengan diri sendiri semata-mata mahu menafikan pengaruh sumber inspirasi di saat setiap kali menghasilkan sesuatu cebisan karya yang berupaya mencetuskan satu fenomena. Pendek kata, tanpa pencetus inspirasi, maka tidak wujudlah karya yang berkualiti. Jika hati kesepian, setiap bait indah yang cuba disusun pastinya tidak semolek yang diidamkan dan ia turut diakui vokalis band 6ixth Sense, Adi. "Orang lain saya tidak tahu tetapi sejujurnya saya sukar mencipta lirik dan lagu jika sunyi dan tidak gembira," katanya kepada Sensasi Bintang. Kekosongan hati pemilik nama sebenar Adi Priyo Sambodo ini juga dikhabarkan sudah diisi dengan cinta baharu selepas episod cintanya sebelum ini gagal berakhir ke jinjang pelamin, biarpun telah menyulam kasih hampir empat tahun lamanya. Adi enggan terburu-buru mendefinisikan hubungan baharu itu sebagai sesuatu yang eksklusif selagi segala-galanya masih di peringkat percaturan awal. "Saya masih belum berumah tangga, insya-Allah kalau ada rezeki dan jodoh satu hari nanti. Buat masa ini, kami baru saja mengenali hati budi masing-masing, jadi saya belum berani menganggap ia sesuatu yang istimewa," katanya yang telah menginjak usia 31 tahun pada 1 Oktober lalu. Biarpun cuba ditebak bila agaknya dia bakal mengumumkan notis pertukaran status sebagai seorang suami kepada khalayak umum, tidak banyak yang Adi mahu kongsikan, melainkan wanita berkenaan tetap bukan dalam kalangan rakan artis, sama seperti mana kisah cintanya bersama wanita Malaysia yang tidak kesampaian sebelum ini. "Sejak dahulu lagi saya lebih selesa dan sukakan wanita biasa, itu saja," katanya tenang menguntum senyum. Jika benar hati Adi kembali berbunga riang, tidak mustahil sekiranya dia mampu berterusan mengulangi magis seperti mana ketika mencipta lagu-lagu meletup seperti Kisah Hati (Alyah), Muara Hati (Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz) serta Relakan Jiwa (Hazama) di sebalik nama penanya sebagai Manusia Putih selaku komposer sebelum ini. Anak jati Jember, Indonesia itu enggan peminatnya keliru dengan kewujudan Manusia Putih yang seolah-olah mencerminkan sisi lain Adi ketika menghasilkan sesuatu karya berbanding semasa mencipta lagu bergenre progresif pop rock sepanjang bersama 6ixth Sense. "Saya lebih selesa menjadi diri saya sendiri tidak kira sebagai Adi 6ixth Sense mahupun Manusia Putih. "Senang cerita, saya adalah Adi 6ixth Sense manakala Adi 6ixth Sense itu Manusia Putih, sementara Manusia Putih pula saya. Jadi, tiada beza," jelasnya lagi. Tidak lagi bernaung di bawah syarikat Universal Music sejak tahun lepas, Adi juga mengakui, sudah tiba masanya 6ixth Sense berdikari di bawah label mereka sendiri iaitu 6ixth Sense Production, Puteh Entertainment serta Luna Suara Record. "Kami sudah lama bekerja di bawah orang, jadi kini kami pula jadi bos. Hubungan kami bersama label terdahulu juga masih baik, cuma sudah tiba masanya kami bergerak sendiri. "Antara artis baharu di bawah label kami ketika ini termasuklah Cherpen Band, Sakura Band serta Zara Ali. Single mereka dijangka dikeluarkan dalam tahun ini juga," katanya. Ini bukan bermakna 6ixth Sense bakal terkubur sebegitu saja selepas membina empayar secara universal sejak 2005. Ungkap Adi, perjuangan bersama rakan-rakan sekugiran iaitu Gjie, Athan, Wan dan Ayoy tidak akan terhenti meskipun lebih banyak terlibat dengan kerja-kerja di belakang tabir selepas ini. "Industri memang ada pasang surut, malahan sejak dulu lagi kami lebih dikenali menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan. "Lebih mudah begitu, hendak pergi Downtown pun senang barangkali," katanya tertawa. | ||||||
Posted: 01 Nov 2014 04:14 PM PDT KHAMIS lalu, akhbar melaporkan lebih 200 orang lelaki tempatan yang kemaruk seks menjadi mangsa sindiket peras ugut menggunakan gadis cantik dan seksi sebagai umpan di laman sosial. Kehadiran gadis itu memukau mangsa hingga sanggup berbogel melalui video dalam talian Skype tanpa mengetahui perbuatan mereka dirakam walaupun tidak sampai 12 jam berkenalan. Menurut Pegawai Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Superintendan Mohd. Syafiq Jinuin Abdullah, kesemua mangsa mendakwa mereka bukan sahaja diperdaya, tetapi terpaksa membayar sejumlah wang untuk mengelakkan video bogel mereka disebarkan melalui internet. Dianggarkan kerugian sebanyak RM100,000 dilaporkan sejak Januari lalu. Wanita Asia Jelasnya, ada kemungkinan lebih ramai mangsa lelaki diperdaya sindiket tersebut tetapi malu untuk tampil membuat laporan polis. "Hasil siasatan mendapati, sindiket itu menggunakan wanita Asia seperti Filipina, Vietnam dan Indonesia yang cantik serta seksi untuk memerangkap mangsa. "Sindiket ini mungkin bergerak secara berkumpulan bagi memerangkap mangsa. Mangsa peras ugut seperti ini lebih cepat diperdaya dan digoda berbanding penipuan cinta Afrika yang mengumpan harta pusaka dan berjanji untuk berkahwin. "Biasanya mangsa ditipu dalam tempoh kurang seminggu, malah ada yang sanggup berbogel hanya selepas mengenali gadis yang diupah sindiket itu kurang daripada tempoh 12 jam," katanya. Berdasarkan siasatan, sindiket itu dipercayai berpangkalan di Filipina susulan penahanan 58 orang anggotanya oleh polis negara berkenaan pada Mei lalu. Sindiket itu menggunakan rakaman Skype untuk merangkap mangsa dan pihak polis tidak menolak kemungkinan kegiatan peras ugut itu dilakukan penjenayah tempatan yang meniru modus operandi penjenayah warga asing. Menurut Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, lapan orang lelaki sudah membuat aduan kepada pihaknya pada bulan lalu akibat menjadi mangsa peras ugut sindiket itu. "Sindiket biasanya cuba mendekati mangsa melalui laman sosial Facebook sebelum berhubungan melalui Skype dan kebanyakan mangsa terpedaya dengan suspek yang kononnya mahu memuaskan nafsu mereka dengan melihat mangsa berbogel," ujarnya. Sementara itu, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr. Zainal Madon berkata, situasi tersebut dijangkakan berlaku dalam kalangan lelaki yang memerlukan seseorang wanita untuk memenuhi keperluan rasa memiliki. Situasi separa sedar "Apabila seseorang wanita itu hadir dengan memberi layanan, kemesraan dan pujuk rayu sudah tentu lelaki tersebut akan berasa seronok dan bahagia. Keseronokan berbicara dan berkongsi perasaan ini akan menimbulkan kepercayaan antara satu sama lain. "Individu yang kesunyian dan sedang mengalami masalah dalam perhubungan adalah mangsa yang berpotensi untuk terjebak dalam situasi ini. Wanita pula dalam situasi ini menggunakan tarikan seksual sebagai daya penarik yang paling mudah untuk menggoda lelaki sehingga membuatkan mereka menjadi angau dan gila bayang. "Apabila sudah berada dalam keadaan itu, lelaki tersebut akan hilang kawalan diri dan tidak berupaya untuk berfikir secara rasional. Situasi separa sedar ini akan dimanipulasi oleh wanita tersebut untuk meminta mangsa mengikuti apa juga permintaannya termasuk berbogel," jelasnya sambil memberitahu, keadaan itu akan mewujudkan satu penghargaan kepada lelaki apabila dipuji. Tambahnya, kawalan kendiri amat penting dalam menangani situasi itu selain jangan mudah melakukan sesuatu yang disuruh oleh orang lain apatah lagi jika baru berkenalan. | ||||||
Jual cenderamata dalam bas mini Posted: 01 Nov 2014 04:13 PM PDT JARUM jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam, namun keadaan di sekitar Jalan Pantai Cenang, Langkawi, Kedah masih meriah dengan kehadiran orang ramai. Ada yang datang berkumpulan bersama keluarga dan rakan-rakan, tidak kurang juga yang datang membawa kekasih sambil menikmati panorama malam atau sekadar membeli-belah di kios dan gerai jualan yang berselerakan di sepanjang pantai. Izman Malik, 27, hanya memerhatikan gelagat tersebut dari tingkap bas mini miliknya yang diletakkan di satu sudut laluan berkenaan. Hatinya sedikit terhibur. Sekurang-kurangnya pelbagai gelagat dilihat dapat menghilangkan perasaan bosan yang melanda dirinya sejak berada di atas bas berwarna hijau dan jingga itu setengah jam lalu. Bagaimanapun, tumpuannya sedikit terganggu sebaik sahaja mendengar bunyi derapan kasut memijak lantai pintu bas. Kelihatan dua orang pelancong asing, seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 20-an muncul dari bahagian hadapan bas. "Good evening. Welcome to Bus Butik," sapanya mesra. Bagi Izman, itulah rutin hariannya setiap hari sejak dua tahun lalu. Bermula dari pukul 8 hingga 11 malam dia akan setia menunggu pelanggan di atas bas itu. Bagaimanapun, kehadirannya di situ bukan sebagai pemandu bas yang membawa penumpang ke lokasi-lokasi menarik di sekitar pulau peraginan yang popular di Malaysia itu sebaliknya sebagai peniaga. Tidak seperti peniaga-peniaga lain yang selesa berniaga di dalam premis atau kios, anak bongsu daripada enam beradik itu memilih untuk berniaga di atas sebuah bas mini. Komuniti hipi Izman memberitahu, dia mendapat idea untuk mengusahakan butik konsep bergerak menggunakan bas ketika berkunjung ke Sydney, Australia pada tahun 2008. Katanya, ketika berada di sana dia melihat sekumpulan komuniti hipi yang menjalankan perniagaan menerusi bas dan karavan. "Saya tertarik dengan konsep perniagaan di atas bas ini dan berhasrat memperkenalkannya di Malaysia, namun ketika itu saya tidak tahu mahu berniaga apa di samping kekurangan modal, malah ketika itu saya sudah mempunyai pekerjaan tetap sebagai pemuzik irama reggae di sebuah kafe di Pantai Cenang," katanya ketika ditemui kru Jurnal di sini baru-baru ini. Perkenalan dengan isteri, Claudia Hamel, 24, seorang warga Kanada pada tahun 2012 membuka ruang buat dirinya untuk menceburi konsep perniagaan itu. "Bas mini jenis Mercedes 309 ini pada asalnya merupakan sebuah bas kilang. Saya membelinya melalui laman portal Mudah.com dengan harga RM14,000 di Banting, Selangor sebelum dibawa ke pulau ini. "Saya dan isteri kemudiannya melakukan pengubahsuaian pada bahagian luar dan dalam bas ini termasuk mengecat serta mereka bentuk hiasan dalaman dengan kos sekitar RM6,000," jelasnya yang berasal dari Ipoh, Perak. Ujarnya, dia turut menghias bas mini itu dengan lampu yang dijana menggunakan sebuah generator. "Kami memilih untuk menjalankan perniagaan menjual aksesori dan kraftangan wanita selain pakaian serta barangan kulit seperti beg. Menariknya, aksesori seperti rantai dan gelang tangan itu dihasilkan sendiri oleh Claudia dengan menggunakan bahan-bahan dari Kanada seperti batu-batuan milik kaum asli Amerika (Red Indian). "Gabungan kreativiti dan kehalusan tangan serta keunikan bahan-bahan yang digunakan menjadikan kesemua produk yang dijual di sini tampak unik dan eksklusif," ujarnya yang sudah berhenti bermain muzik bagi memberi tumpuan kepada perniagaan. Jimat kos Menurutnya, selain barangan jualan yang menarik, keunikan butik bas itu sendiri menggamit kehadiran pengunjung setiap kali ia beroperasi. "Ramai pelanggan yang datang pastinya tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan di dalam atau di luar bas," jelasnya yang mampu menjana pendapatan sekitar RM3,000 hingga RM6,000 sebulan. Menurut bapa kepada seorang anak itu, dia merancang untuk mengembangkan perniagaan secara dalam talian seterusnya menjadikan Bus Butik lebih dikenali pada masa hadapan. "Setakat ini, sambutan yang diberikan amat menggalakkan, malah setiap hari Bus Butik dikunjungi 50 hingga 100 orang pelanggan termasuk dari dalam dan luar negara. Jelasnya, perniagaan seperti itu lebih menjimatkan memandangkan kos sewa premis di pusat peranginan itu yang tinggi mencecah RM4,000 sebulan. "Melalui Bus Butik, saya hanya mengeluarkan modal untuk membeli bahan jualan sahaja manakala selebihnya bergantung kepada kreativiti ketika penghasilan dan memasarkannya. "Saya berharap agensi-agensi yang berkaitan dapat memberi kerjasama dalam membantu saya mengembangkan perniagaan ini kerana ia mempunyai potensi untuk diketengahkan sebagai tarikan pelancong," ujarnya. Dalam pada itu, Claudia memberitahu, konsep perniagaan menggunakan bas seperti Butik Bas sememangnya popular di luar negara khususnya Eropah. "Bagaimanapun, di Malaysia ia mungkin yang pertama, malah sejak diperkenalkan dua tahun lalu, ia terus mendapat sambutan hangat daripada pelanggan terutama dalam kalangan pelancong asing. "Mereka menggemari aksesori wanita yang dijual kerana keunikan serta kehalusan seninya yang dihasilkan menggunakan tangan, malah bahan-bahan yang digunakan juga tiada di negara ini sekali gus memberikan ciri-ciri eksklusif kepada si pemakai," tambahnya. Kraftangan unik Sementara itu, seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Mohd. Noor Sidek Ahmad, 57, tertarik dengan kelainan pada Bus Butik ini ketika melalui kawasan tersebut. Bagi pelancong dari Jerman, Julia Abawi, 29, dia dan suaminya, Michele Abawi, 29, tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar kenangan di dalam Bus Butik untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Katanya, ini kali pertama dia melihat konsep perniagaan menggunakan bas sepanjang melawat negara ini sejak beberapa hari lalu. "Konsep perniagaan ini lazimnya popular di Eropah apatah lagi kesemua produk ini dihasilkan menggunakan tangan sekali gus memberi nilai eksklusif kepada si pemakai," ujarnya yang tertarik dengan hiasan dalaman berkonsepkan vintaj pada Bus Butik itu. "Pada masa yang sama, saya juga teruja melihat bas mini ini kerana di negara saya tidak ada bas seperti ini," katanya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di Frankfurt, Jerman. | ||||||
Cabaran sebenar Kharleez bermula Posted: 01 Nov 2014 04:11 PM PDT DALAM sekelip mata sahaja, sudah seminggu saya meninggalkan ibu negara dan berkayuh secara solo merentasi beberapa buah negeri dalam misi Kayuh Adventure yang dijangka berakhir di Kunming, China pada penghujung Disember depan. Untuk tempoh beberapa hari lalu, saya menikmati setiap saat sepanjang pengembaraan saya merentasi Perak dan Pulau Pinang sebelum tiba di Kedah pada 29 Oktober lalu. Orang ramai yang saya temui sepanjang perjalanan cukup ramah dan kebanyakannya mengenali serta mengetahui bahawa saya kini dalam perjalanan ke negara Tembok Besar dengan jarak sejauh 3,200 kilometer (km). Selain dipelawa untuk menjamu selera dan minum bersama, rata-rata individu yang ditemui tidak lokek berkongsi nasihat serta turut memberi tunjuk ajar mengenai tempat-tempat bersejarah di negeri masing-masing. Mengimbau kembali saat-saat berpisah dengan ahli keluarga dan rakan-rakan sebelum memulakan ekspedisi ini, saya menyedari bahawa ia bukan lagi satu tugas mudah kerana saya memikul tanggungjawab bagi menjayakan misi mengumpul dana untuk Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM). Perjalanan ke Ipoh dari Tapah selepas berkayuh dari ibu negara pada hari pertama, merupakan satu pengalaman yang indah kerana ibu negeri itu merupakan tempat saya membesar. Dengan perasaan teruja, saya terus singgah di rumah seorang rakan sejurus tiba di Ipoh kira-kira pukul 12 tengah hari. Selepas itu, saya berjumpa pula dengan rakan-rakan lain yang sama-sama pernah menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson, Ipoh. Apa yang saya teruja apabila ramai kawan yang datang untuk memberi sokongan kepada saya. Pengembaraan saya diteruskan ke Taiping pada hari ketiga dan di sana, saya bertemu dengan penduduk setempat yang bermurah hati dengan memperkenalkan bandar tersebut yang terkenal dengan sejarah dan kawasan pelancongan, antaranya ialah Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping. Pengembaraan saya sepanjang misi Kayuh Adventure berjalan dengan lancar dari hari pertama. Namun, saya perlu menghentikan seketika kayuhan dalam pengembaraan saya ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang dari Taiping disebabkan hujan tetapi syukurlah apa yang dirancang berjalan lancar. Selepas berkayuh sejauh 60 km dan tiba di Sungai Petani pada hari kelima, saya bermalam di rumah ibu saudara yang terletak di Bandar Laguna Merbok. Lokasi tersebut merupakan tempat kunjungan kami sekeluarga setiap tahun menjelang sambutan Hari Raya. Ketibaan saya disambut oleh sanak saudara terdekat. Namun, ada dalam kalangan mereka yang masih pelik mengenai penglibatan saya dalam misi yang mengambil masa kira-kira dua bulan ini tetapi apa yang pasti mereka semestinya memberi sokongan penuh kepada saya. Sejujurnya, cabaran sebenar masih belum bermula lagi dalam pengembaraan saya buat minggu pertama ini kerana di tanah air, saya ada ramai kenalan dan mereka boleh menyalurkan bantuan kepada saya sekiranya diperlukan. Dengan perasaan agak bimbang dan gementar, saya perlu bergantung kepada diri sendiri serta berdikari selepas memasuki sempadan Thailand menerusi Bukit Kayu Hitam, Kedah kerana di sanalah, cabaran sebenarnya akan bermula. | ||||||
Erra temui pengganti Engku Emran? Posted: 01 Nov 2014 04:09 PM PDT BARU-BARU ini, sedang Diva memanjakan diri dengan mandian jakuzi sambil menikmati jus oren, telefon bimbit Diva berdering. Diva biarkan sahaja panggilan tersebut kerana ia menganggu keasyikan tubuh Diva yang sedang dibelai dan diurut oleh air dalam jakuzi itu. Telefon bimbit Diva berdering buat kali kedua. Dengan berat hati, Diva terpaksa melangkah mencapai telefon yang terletak di meja solek. Tertera di talian nama teman gosip Diva, Miss Zara. Kalau Miss Zara yang telefon, Diva tahu mesti ada gosip hangat yang ingin disampaikan wanita itu kepada Diva. Masakan tidak, Miss Zara ini memang sering berkawan dan dikelilingi dengan golongan sosialit (masyarakat golongan atasan). Lantas, dengan segera Diva mencapai tuala dan melabuhkan badan Diva di atas katil untuk mendengar dengan jelas butir-butir bicara Miss Zara. Dalam diam-diam rupa-rupanya aktres jelita, Erra Fazira sudah menemui pengganti Engku Emran. Bagaimanapun, lelaki yang bertakhta di hati aktres jelita itu bukanlah bekas Akademi Fantasi musim kelapan, Shahir. Sebaliknya, Erra dikatakan sedang menyulam cinta dengan seorang lelaki sosialit. Bertuahnya Erra. Dalam usianya sudah mencapai 40 tahun, aktres yang kekal jelita dan langsing itu cukup mudah mencari pengganti. Bukan calang-calang tetapi penggantinya seorang usahawan berjaya. Diva yang dengar terus gigit tuala memendam rasa. Diva sebenarnya gembira Erra sudah temui pengganti. Ialah, bekas suaminya, Engku Emran juga sudah mempunyai kekasih dikenali sebagai Adeena Richardson. Diva: Hafiz Suip dikhabarkan bakal bertunang dengan kekasihnya, tahun depan. Tahniahlah. | ||||||
Zul Ariffin bikin DJ radio bengang Posted: 01 Nov 2014 04:08 PM PDT RASANYA isu pasal pelakon kacak Zul Ariffin berpeluk dengan seorang perempuan baru sahaja kecoh minggu lepas. Minggu ini sampai satu lagi cerita yang tidak berapa sedap didengar mengenai Zul sampai ke telinga Diva. Apa yang Diva dapat tahu Zul buat perangai. Perangai yang macam mana pula? Katanya, Zul tak datang ke satu program anjuran salah sebuah stesen radio. Kalau melibatkan dirinya bersama dengan pihak stesen radio itu sahaja, mungkinlah tak mengapa. Apa yang Diva dimaklumkan, tindakan Zul yang tak muncul itu menyebabkan deejay wanita yang mengendalikan segmen itu terpaksa menanggung malu besar kepada peminat-peminat Zul yang hadir. Katanya, hari yang dijanjikan itu sepatutnya Zul ada slot bersama peminat. Kira slot antara artis beramah mesra dengan peminatlah. Makanya, peminat-peminat yang datang ke konti hari itu berkobar-kobarlah teruja sebab nak jumpa artis kesayangan mereka. Malangnya, kelibat Zul tak kunjung tiba. Ye lah, apa yang Diva dapat tahu peminatnya sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk jumpa Zul, tiba-tiba dia pula tak ada. Kempunanlah peminat Zul nak tatap wajahnya yang kacak itu. Deejay pun bengang jugalah, siapa pula artis nak dicari ganti. Lainlah kalau yang datang itu peminat deejay itu sendiri. Penyudahnya, segmen itu terpaksa jadi slot antara deejay dengan peminat Zul Ariffin je lah. Diva: Terkejut apabila dapat tahu pengarah terkenal, Mamat Khalid dirawat di ICU kerana serangan jantung. Semoga cepat sembuh. | ||||||
Cef Riz, Shikin Maembong nikah hujung tahun ini Posted: 01 Nov 2014 04:07 PM PDT SEJAK bulan November tahun lalu, hubungan cinta antara anak lelaki Cef Wan yang bertubuh sasa, Cef Riz dengan Shikin Maembong mula bertebaran. Biarpun tiada pengakuan bercinta daripada mulut bekas suami kepada Ana Dahlia dan juga kakak kepada Emma Maembong itu, gambar-gambar mesra kedua-duanya yang dimuat naik di internet menunjukkan mereka seperti pasangan bercinta. Selepas itu, gosip percintaan Cef Riz dengan Shikin kembali senyap. Diva tertanya-tanya juga apa yang terjadi kepada pasangan itu. Pertanyaan Diva akhirnya terjawab. Khabarnya, hubungan Cef Riz dengan Shikin semakin serius. Diva dikhabarkan, Cef Riz sudah bertemu dengan keluarga Shikin dan meminta kebenaran bapa kekasihnya itu, Ismail Embong untuk memperisterikan Shikin. Shikin juga sudah bertemu bapa Cef Riz, Cef Wan dan kedua-dua pasangan itu mendapat restu bapa masing-masing untuk berkahwin. Khabarnya, pasangan itu akan mengakhiri zaman solo mereka pada hujung tahun ini. Diva: Teringin pula melihat Ana Dahlia berkahwin dengan teman tapi mesranya, Ubai Zulkiflee. | ||||||
Rozita Che Wan Selamat Bersalin Bayi Perempuan Posted: 01 Nov 2014 04:08 AM PDT | ||||||
Mamat Khalid Stabil Selepas Pembedahan Posted: 01 Nov 2014 04:07 AM PDT | ||||||
Teh tarik percuma Piala Malaysia Posted: 01 Nov 2014 04:04 AM PDT
SEGAMAT - Persatuan Belia Batu Anam (PBBA) akan menghidangkan segelas teh tarik percuma kepada penonton yang menyaksikan tayangan skrin besar Piala Malaysia 2014 di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Pahang di Restoran Thai Tom Yam, Batu Anam, Sabtu ini. Pengerusi PBBA, Mohd Aidil Othman berkata, ia kelainan kepada penonton yang sentiasa menyokong Harimau Selatan sehingga melayakkan pasukan tersebut ke peringkat akhir. "Saya pasti, ramai rakyat Johor termasuk penduduk di sekitar Batu Anam ini yang tidak berpeluang ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Jadi, kami (PBBA) berusaha mewujudkan suasana di stadium dekat sini walaupun ia sedikit berbeza. "Apa yang penting adalah sokongan tidak berbelah bahagi daripada kita (penyokong). Jadi, untuk memeriahkan suasana, setiap pengunjung yang datang pada Sabtu nanti akan diberikan teh tarik percuma," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, PBBA juga bekerjasama dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Umno Bahagian Segamat untuk memastikan tayangan skrin besar itu mendapat sambutan serta mencapai sasaran. Mohd Aidil berkata, Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim, akan turut bersama-sama penyokong menyaksikan tayangan skrin besar di restoran tersebut. "Kami jangkakan seramai 200 penyokong akan datang menyaksikan perlawanan menerusi tayangan skrin besar itu dan kita juga telah melakukan pelbagai persiapan seperti memasang kain rentang dan memeriksa peralatan serta sistem audio. "Turut diadakan nanti adalah cabutan bertuah dan hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan seperti telefon bimbit dan jersi pasukan JDT. Apa yang kami lakukan ini adalah untuk menyemarakkan lagi industri bola sepak negara," katanya. Ujarnya, Johor perlu membawa pulang Piala Malaysia pada tahun ini kerana kali terakhir Johor memenangi piala tersebut adalah pada 1991 dan kemarau selama 23 tahun itu perlu ditamatkan pada tahun ini dengan menumpaskan Pahang. | ||||||
Kereta dalam terusan timbul tanda tanya Posted: 01 Nov 2014 04:01 AM PDT
ALOR SETAR - Sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipercayai terjunam ke dalam terusan di Jalan Stargate, dekat sini, hari ini, menimbulkan tanda tanya kepada pengguna jalan raya di kawasan itu. Kenderaan berwarna putih itu tenggelam dan hanya ternampak bahagian bumbung. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4 pagi semalam akibat jalan yang licin selepas hujan. Menurut sumber, bomba menerima maklumat awal sekitar jam 7.20 pagi tadi dan enam anggotanya bergegas ke tempat kejadian. Bagaimanapun, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja mendapati tiada sebarang kecederaan dan difahamkan mangsa berjaya menyelamatkan diri. "Apabila tiba di tempat kejadian, kami dapati semuanya selamat dan diberitahu mangsa sempat menyelamatkan diri," katanya. | ||||||
Lima tahun hidup bergelumang dosa Posted: 01 Nov 2014 03:58 AM PDT
SABAK BERNAM – "Lima tahun hidup saya bergelumang dengan dosa dan Alhamdulillah, ALLAH bukakan hati saya untuk berubah," kata seorang bekas pelatih Rumah Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Hazumi (bukan nama sebenar), 24. Hazumi anak sulung daripada enam beradik berkata, dia mula terjebak dengan gejala sosial sejak dari tingkatan tiga lagi apabila sering mengikut teman lelakinya merempit di sekitar Kuala Lumpur. Menurutnya, bermula dari situ, dia semakin 'liar' dan sering pulang lewat malam hingga pernah terlanjur beberapa kali dengan teman lelakinya. "Jiwa muda merasakan inilah dunia yang saya cari. Saya dah besar panjang, inginkan kebebasan dan berseronok dengan teman lelaki yang memahami keinginan saya," katanya kepada Sinar Harian. Walaupun sering dimarahi ibu bapanya, Hazumi masih terus bersosial, tetapi dia yang cepat bosan dengan sesuatu aktiviti itu mula meninggalkan dunia rempit dan terjebak dengan budaya 'skin' dan 'punk'. "Akibat pengaruh kawan juga, saya jadi gengster dan mula ikut kumpulan tertentu dengan perwatakan diri saya pun berubah. Rambut saya pacak, dan kalau rasa tak puas hati saya juga sanggup bergaduh," katanya. Hazumi berkata, setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia ditawarkan menyambung pengajian peringkat diploma dalam jurusan pengurusan perhotelan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). "Langkah saya makin panjang. Saya praktikal di hotel terkemuka.Semasa cuti semester saya bekerja sambilan di sebuah hotel dan pernah menerima bayaran daripada pelanggan untuk khidmat seks," katanya. Katanya, dia tidak pernah serik dengan perbuatannya itu sehinggalah bapanya tekad mengambil keputusan menghantarnya ke Baitul Ehsan agar Hazumi dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral. "Mulanya memang saya tak nak datang ke sini (Baitul Ehsan). Tapi bapa cabar saya, kalau saya boleh ubah perangai dia akan keluarkan saya dengan cepat. "Masuk saja sini saya demam seminggu. Saya tak bebas, tapi lama-kelamaan saya makin selesa dan seronok dengan rakan-rakan di sini. "Saya di sini hanya tiga bulan. Ketika melangkah keluar, hati jadi sebak dan sayu kerana terpaksa tinggalkan rakan-rakan," katanya. Menurutnya, sejak dari itu, dia tekad untuk berubah dan menyambung pengajiannya dalam bidang kemahiran di Pekan, Pahang sebelum bertemu jodoh dengan seorang duda yang sememangnya lelaki terbaik yang membimbingnya ke jalan kebenaran. "Kalau tak kerana ibu bapa saya yang suruh masuk ke Baitul Ehsan, tak tahulah kehidupan saya pada masa sekarang. Saya juga bersyukur kerana mendapat suami yang dapat menerima saya seadanya," katanya. | ||||||
Guna duit kahwin biaya rawatan Posted: 01 Nov 2014 03:56 AM PDT
JERAM – Hilang punca pendapatan selepas menanggung derita kanser mulut membuatkan Sharuddin Mohd Ali, 31, terpaksa menggunakan duit simpanan perkahwinannya untuk menanggung sara hidup dan kos rawatannya. Lebih menyedihkan, Sharuddin yang juga bekas pekerja kilang itu kini resah memikirkan kebajikan ibu bapanya yang tinggal bersamanya memandangkan dia satu-satunya anak yang menyara kehidupan mereka. Ibunya, Aminah Sukir, 63, berkata, siapa sangka anak yang menjadi tulang belakang keluarga kini terlantar sakit dan menanggung derita selepas disahkan menghidapi kanser mulut beberapa bulan lalu. "Makcik sedih tengok Sharuddin tanggung sakit macam ini, suami (Mohd Ali Hitam, 74) pun dah uzur. Tak larat nak buat kerja berat-berat sebab sebelum ini kerja ambil upah kait kelapa. "Makcik pun tak boleh nak buat kerja berat sebab ada penyakit lelah dan selalu kena periksa…bila jadi begini, kami terpaksa guna duit simpanan anak untuk tanggung kos rawatannya dan kimoterapi," katanya. Menurutnya, anaknya kini sudah disahkan kanser tahap ketiga dan terpaksa berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan bagi mengelakkan keadaannya bertambah serius. "Syukurlah ada kawan anak yang boleh bantu untuk hantar dia ke hospital dan alhamdulillah bayaran bil hospital tak membebankan. "Tapi bila Sharuddin tak boleh bekerja menyebabkan kami buntu, nak minta bantuan orang atau jabatan kerajaan, kami malu tapi terima kasih banyak-banyak kepada kawan Sharuddin yang datang bantu," katanya ketika ditemui dikunjungi rakan media sosial anaknya iaitu Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram untuk bertanya khabar dan sumbangan. Wakil kumpulan, Mohd Yusry Denan, 31, menyifatkan, Sharuddin seorang yang pendiam dan kuat bekerja demi menyara keluarganya. "Bila kami dapat tahu dia sakit, kami pakat untuk melawat dia untuk beri dorongan untuk dia tabah hadapi dugaan Ilahi. "Saya yakin dia akan cepat sembuh sebab saya nampak dia beransur pulih berbanding beberapa bulan ini yang nampak kusam dan tidak bermaya," katanya kepada Sinar Harian. Orang ramai yang berhasrat untuk membantu keluarga ini, boleh menghubungi di talian 017-3180134 atau memberikan sumbangan menerusi akaun RHB Bank 11205901008500. | ||||||
Edar makanan percuma kepada penyokong Posted: 01 Nov 2014 03:54 AM PDT
KUANTAN – Sebanyak 1,000 bungkus bihun goreng diedarkan secara percuma kepada penyokong tok gajah yang berpusu-pusu membeli tiket perlawanan akhir piala Malaysia 2014 di perkarangan Stadium Darul Makmur, di sini, kelmarin. Pengurus edaran Sufi Brand Pantai Timur, Syed Ahmad Zulkifli Syed Kassim berkata, program berkenaan adalah sebahagian daripada kerja amal yang dijalankan oleh syarikat mereka. "Kami menempatkan sukarelawan bagi setiap penjuru lokasi penjualan tiket untuk mengedarkan makanan secara percuma kepada penyokong tok gajah. "Inisiatif ini diambil memandangkan terlalu ramai penyokong yang hadir seawal jam 9.00 malam dan berkampung di situ sedangkan jualan tiket dibuka keesokan harinya. "Ia juga adalah sebagai sokongan kami kepada pasukan Pahang dan diharapkan mereka dapat beraksi dengan baik. "Program amal sebegini bukan kali pertama dilakukan kerana sebelum ini kita pernah mengedarkan makanan percuma di masjid-masjid terpilih," katanya kepada Sinar Harian. | ||||||
Posted: 01 Nov 2014 03:51 AM PDT
BUKIT PALAH - Menggunakan perkataan "Takaful" dikenal pasti sebagai taktik terbaru sindiket pemberi pinjaman wang haram (ah long) menarik perhatian orang ramai yang kononnya ia berkonsepkan Islam. Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi sekitar Bandaraya Melaka mendapati keadaan itu sudah menjadi trend sindiket terbabit dengan meletakkan poster-poster mereka di merata tempat. Menurut seorang penduduk, Muhammad Taufik Khalil, 30, sindiket terbabit tidak sepatutnya menggunakan istilah Islam semata-mata bagi menarik perhatian orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan mereka. Jelasnya, pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) harus memantau keadaan ini bagi mengelakkan orang ramai terkeliru dengan tawaran dijanjikan atas nama Islam kononnya. "Saya terkejut apabila menemui poster yang ditampal menggunakan perkataan 'Pinjaman Takaful'. Mengikut tafsiran syarak, takaful bermaksud satu kumpulan pakatan yang saling menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain apabila salah seorang peserta ditimpa musibah. "Perkataan takaful sering digunakan oleh syarikat insurans berasaskan muamalat Islam atau perkataan takaful itu sendiri dalam bahasa Arab berasal dari perkataan 'kafala' yang bermaksud saling menjamin. Jelas sekali, sindiket ah long ini menggunakan perkataan ini yang kononnya pinjaman mereka berlandaskan syarak," katanya. Muhammad Taufik yang juga seorang Imam di Masjid Al-Abrar, Semabok berkata, paling dikesali apabila poster-poster terbabit ditampal sesuka hati sehingga mencemarkan pemandangan sekitar. "Poster-poster ini juga sukar ditanggalkan dan menyulitkan anggota penguatkuasa pihak berkuasa tempatan untuk membersihkannya," katanya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
1 ulasan:
Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? kami juga menyediakan pinjaman akhir tahun, pinjaman untuk christmas pakej, tahun baru, seorang sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.
Catat Ulasan