ads

Ahad, 5 Oktober 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Bila musim 'salmon' tiba di Malaysia!

Posted: 05 Oct 2014 06:45 PM PDT


  • Bila musim 'salmon' tiba di Malaysia!

SHAH ALAM - [VIDEO] Meriah! Bagaikan satu pesta, itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan bagaimana perasaan penduduk Gerik apabila tiba musim menangkap ikan loma.

Lazimnya, aktiviti menangkap ikan tersebut bermula dari bulan September hingga Disember, tatkala itulah penduduk setempat akan berkumpul di sepanjang Sungai Kuala Rui bagi menangkap ikan tersebut.

Apa yang uniknya tentang ikan loma ini ialah kitaran hidupnya tidak ubah seperti ikan salmon.

Sama seperti ikan salmon, ikan loma juga hanya 'muncul' di sungai apabila tiba musim 'membuang telur' sepertimana salmon yang banyak  masanya dihabiskan di laut sebelum akhirnya kembali ke habitat asal di sungai untuk bertelur, begitulah juga loma.

Namun apa yang membezakannya, ikan loma hanya dapat hidup di air tawar bukan air masin, sepertimana ikan salmon.

Bagi ikan loma, Kuala Rui adalah destinasinya untuk 'membuang telur' sebelum kembali ke tempat asalnya di Tasik Chenderoh.

Jika anda ke sana (Kuala Rui) ketika musim loma membuang telur pastinya anda terpegun, kerana sepanjang sungai itu bukan sahaja dijadikan lokasi atau tempat ikan-ikan ini bertelur, malah kelibat ikan tersebut yang  secara 'tiba-tiba' muncul serta ditambah dengan aksi 'meloncatnya' pasti akan mengujakan anda.

Walaupun di tempat lain ikan loma agak mudah didapati tetapi Sungai Kuala Rui dianggap lubuk bagi ikan tersebut.

Perjalanan ikan-ikan loma bermula dari Tasik Chenderoh sebelum ke Empangan Kenering seterusnya ke Sungai Kuala Rui tatkala musim hujan tiba, aliran deras hujan akan 'memandu' ikan-ikan loma ini ke sungai tersebut.

Maka, tidak hairanlah sungai itu menjadi pilihan bagi penangkap ikan tersebut.

Menurut seorang penduduk setempat, Rosnani Abd Ghani, 42, musim hujan satu rahmat baginya kerana dapat menangkap ikan ini.

Katanya di bulan sekarang, beliau akan turut membawa bersama anak-anaknya untuk merasai sendiri aktiviti menangkap ikan ini.

"Seronok, selalunya kami akan membawa penyauk untuk menangkap ikan ini.

"Ikan ini sesuai untuk digoreng, dibuat pekasam, dan lain-lain lagi,  serta telurnya sangat enak. Apabila dimasak, telurnya yang berwarna kehijauan akan bertukar menjadi kuning pucat. Keenakannya begitu terasa,"  katanya kepada Sinar Harian Online.

Sementara menurut anaknya, Zarul Haniff Zulkifli, 16, setiap tahun dia pasti akan menemani ibunya ke Sungai Kuala Rui untuk menangkap ikan tersebut.

''Setiap kali tibanya musim ini, hampir setiap hari saya akan temani ibu menangkap ikan ini, kawan-kawan saya turut serta bagi membantu saya.

''Bagi saya aktiviti menangkap ikan loma ini bagaikan satu tradisi keluarga, kerana setiap tahun saya pasti akan turun ke Sungai Kuala Rui bersama ibu bagi menangkap ikan ini," katanya.

Sementara, menurut Syaiful Abdul Ghani, 20, yang juga merupakan penduduk setempat, baginya musim ikan loma bagikan satu pesta 'muda-mudi' kerana dia dan kawan-kawannya akan berkumpul beramai-ramai di Sungai Kula Rui bagi menangkap ikan tersebut.

"Macam pesta anak muda pun ada, saya dan kawan-kawan akan ke Sungai Kuala Rui bersama-sama khemah, penyauk ikan, jala dan peralatan menangkap ikan yang lain.

"Selalunya kami akan tidur sehari disana bagi memudahkan kami menjalankan aktiviti menangkap ikan loma pada pagi esok, lazimnya banyak juga ikan yang kami perolehi, bila dah dapat kami akan bahagi sama rata bersama kawan-kawan yang sertai aktiviti ini," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved