sumber :-
Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Dewi Liana (Mentor) Dikecam Sertai Ratu Cantik Kerana Disangka Muslim
- Hafiz Suip Bakal Gamatkan Konsert Krisdayanti
- Debaran pengacara ASK 2014
- Bingkisan buat Izwan Pilus
- Tiga sahabat dihukum gantung
- Raikan kemeriahan Lan Berambeh
- Hafiz, Krisdayanti bakal berduet
- Budak dua tahun mendaki di 40 buah negara
- Penceraian yang dilaknat Allah
- Nasi berlauk Pak Yeh RM1 sepinggan
Dewi Liana (Mentor) Dikecam Sertai Ratu Cantik Kerana Disangka Muslim Posted: 30 Oct 2014 05:30 PM PDT | |||
Hafiz Suip Bakal Gamatkan Konsert Krisdayanti Posted: 30 Oct 2014 05:29 PM PDT | |||
Posted: 30 Oct 2014 05:19 PM PDT PENGACARA itu ibarat nakhoda kapal, yang selalu menjadi penentu hala tuju dan kesempurnaan pelayaran. Jika pincang kawalan nakhoda alamatnya karamlah bahtera yang berlayar. Begitu pepatah orang dahulu kala. Sebesar itu tanggungjawab yang diletakkan di bahu seseorang pengacara yang menjadi kayu ukur keberkesanan, hala tuju dan kesempurnaan majlis, begitu juga besarnya debaran yang sedang berdentum di jantung lapan pengacara Anugerah Skrin tahun ini (ASK 2014). Mereka ialah Fahrin Ahmad selaku pengacara utama dan bakal diregukan dengan enam orang pengacara jemputan; Fara Fauzana, Shukri Yahya, Zul Ariffin, Tasha Shilla, Amyra Rosli, Fiza Sabjahan dan Nabila Huda, yang ada antaranya masih hijau dalam lapangan pengacaraan televisyen atau acara anugerah seperti ASK 2014. Hal itu tidak bermakna mereka mendapat tiket untuk melakukan kesilapan ketika berada di hadapan kamera yang bersiaran secara langsung pada 7 November depan malah, ruang itu tidak membenarkan mereka tumpas di hadapan ribuan pasang mata di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) nanti. Dua acara besar Fahrin Tentunya paling kuat yang merasakan gemuruh mengendalikan acara besar ialah Fahrin Ahmad. Selain ASK 2014, kurang seminggu daripada tarikh itu, pelakon drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna itu mengemudi Festival Filem Malaysia ke-26 pada 1 November. "Cabaran itu sangat besar bagi saya yang bukannya berlatar belakangkan bidang pengacaraan. Justeru, mengacarakan dua anugerah dalam tempoh yang sangat singkat benar-benar menguji kemampuan saya sebenarnya, tambahan pula jadual penggambaran saya sekarang sangat padat. "Saya berdepan faktor tekanan masa dan perbezaan dua acara anugerah. Risau sekiranya saya terbawa-bawa stail yang sama ketika anugerah sebelumnya ke dalam ASK 2014 nanti tetapi saya pasti dengan adanya garis panduan dan skrip daripada setiap produksi perkara itu tidak menjadi masalah besar. "Secara peribadi saya melihat FFM lebih formal dan hanya digandingkan dengan seorang sahaja pengacaranya manakala, ASK 2014 pula bersifat santai dan perlukan sedikit pendekatan jenaka," ujarnya yang baru pertama kali mengacarakan majlis besar seperti ASK 2014. Fahrin mengakui pemilihannya sebagai hos pada dua majlis besar tersebut barangkali disebabkan oleh faktor dirinya kini sedang hangat dalam banyak produk yang ditayangkan dalam beberapa stesen televisyen. "Memang klise setiap kali adanya drama yang sedang membabitkan seseorang pelakon itu ditayangkan di kaca televisyen, ketika itu juga namanya akan melonjak naik dan saya melihat situasi itu daripada sudut positif. Paling utama mengekalkan bagaimana saya menangani situasi ini agar saya tidak panik kalau nama saya kembali senyap kelak kerana itu satu kitaran," jelasnya. Shukri beranikan diri Ketika ditawarkan untuk menjadi pengacara jemputan ASK 2014, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Menjinak Ombak, Shukri Yahya tidak panik. Pendekatan yang diambil adalah memberanikan diri untuk mencuba perkara baharu dalam kerjayanya. "Saya seorang pemalu dan menjadi pengacara di pentas tidak sama seperti berlakon. Kali ini saya perlu mencari kamera, bukan kamera mencari saya jadi saya bersedia dan terbuka menerima kritikan selepas ini. "Ini pengalaman sulung saya dan sekiranya formula saya menjadi pengacara berkesan maka saya melihat ada potensi untuk mencuba lagi selepas ini," ujarnya yang mengagumi karisma pengacara ASK tahun lalu, Nad Zainal. Shukri yang bakal muncul menerusi telefilem Jalan Taubat dan drama rantaian Mahar Cinta Alia tidak lama lagi mengakui dia tidak menyangka dan terkejut apabila ditawarkan untuk menjadi pengacara jemputan anugerah itu tahun ini. Persiapannya, menyaksikan semula rakaman pengacaraan beberapa buah majlis anugerah yang pernah berlangsung sebelum ini sama ada dalam atau luar negara. Percubaan kedua Amyra Selepas muncul sebagai pengacara jemputan rancangan HLive yang juga bersiaran langsung pada awal minggu lalu, pelakon muda Amyra Rosli tidak menolak apabila ditawarkan untuk berkongsi pentas ASK tahun ini. Minatnya dalam bidang pengacaraan sejak kecil juga menjadikan perasaan teruja gadis kelahiran Kuala Lumpur itu untuk mengasah bakat dan potensi lain yang dia miliki. "Sepanjang hari sebelum berada di depan kamera menjadi pengacara rancangan HLive baru-baru ini saya gementar dan takut sekiranya membuat kesilapan namun sebaik memasuki set, perasaan itu bertukar menjadi seronok. "Memang saya masih baharu dalam bidang lakonan dan untuk saya terjun pula ke bidang pengacaraan rasanya agak mustahil tetapi tawaran untuk menjadi pengacara jemputan anugerah besar seumpama ASK 2014 seperti bulan jatuh ke riba," kongsi Amyra. Kata Amyra, dia harus memaksa diri untuk maju ke hadapan dan mengatasi perasaan gementar apabila berdepan dengan orang ramai. Pelakon yang bakal muncul menerusi drama bersiri Suamiku Encik Sotong itu memberitahu, setiap hari adalah proses untuk dia belajar. "Bahasa badan saya senang memberitahu sekiranya saya sedang gementar jadi perkara itu yang saya dahulukan untuk diperbaiki, saya perlu memaksa diri dan keluar daripada ruang keselesaan saya selama ini," tambahnya yang teringin untuk mengacarakan rancangan berbentuk travelog. Tasha harapkan Fahrin Peluang sulung Tasha Shilla menjadi pengacara adalah ketika karpet merah Anugerah Blokbuster 2013 di Johor Bahru, Johor. Hampir sama dengan ASK 2014 yang bersiaran secara langsung, format itu tidak membenarkan Tasha mengulangi kelemahan yang pernah dilakukan sebelum ini. "Kalau saya seorang berdiri di atas pentas memang saya pun tidak yakin, perasaan cuak itu kadang-kala tidak terungkap dengan kata-kata. Tetapi syukur apabila saya difahamkan tugas saya menjadi pengacara jemputan bersama Fahrin Ahmad yang merupakan nama besar dalam industri. "Harapan saya untuk melakukan yang terbaik dan mengelakkan daripada memalukan diri sendiri namun saya pasti dengan adanya sesi latihan beberapa kali sebelum acara berlangsung hal itu mudah-mudahan dapat dielakkan daripada berlaku," kata Tasha yang percaya akan ada komen bercampur sama ada positif mahu pun negatif. Setelah empat bulan mengacarakan rancangan Galaksi TV9, pengalaman itu sedikit sebanyak mematangkan Tasha dan memberikan keyakinan untuknya bercakap di hadapan kamera. "Saya mahu belajar mengenai kamera untuk mengumpul pengalaman kerana berlakon dan mengacara tidak sama. Memang pada mulanya saya terkejut apabila ditawarkan menjadi pengacara jemputan malah untuk menjadi pengacara Galaksi pun perasaan takut untuk bercerita mengenai kontroversi teman-teman saya dalam industri sama masih belum hilang. "Namun, saya melihat peluang ini sebagai tanggungjawab baharu dalam karier saya dan proses pembelajaran itu tidak akan terhenti pada satu peringkat sahaja," katanya yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Tabir Zulaikha bergandingan dengan Aiman Hakim Ridza dan Shahrizal Jaszle untuk slot Samarinda TV3. | |||
Posted: 30 Oct 2014 05:18 PM PDT TANGGAL 20 Januari 2012 meninggalkan catatan duka apabila penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus dijemput Ilahi. Beliau meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah. Kematian penyanyi itu bukan sahaja dirasai oleh peminatnya, bahkan meninggalkan kesan mendalam kepada penyanyi Khairul Azam Pilus atau lebih popular dengan panggilan Aril. Sebagai adik, pemergian abang kandungnya itu satu kehilangan besar dalam hidupnya. Terpanggil untuk mengenang kembali saat-saat manis bersama arwah abangnya, naib juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu merakamkan kembali lagu Kembali Senyum dan dimuatkan ke dalam album sulungnya, Aril. "Terdapat banyak cerita di sebalik lagu Kembali Senyum," tutur Aril membuka bicara ketika ditemui pada majlis pelancaran albumnya di No Black Tie, Kuala Lumpur baru-baru ini. "Lirik lagu ini ditulis oleh Izwan untuk saya sebelum saya menyertai AF. Pada waktu itu, saya banyak menyanyi secara underground. Izwan ada meminta saya untuk mengambil lagu itu sebagai lagu baharu saya. "Tetapi, apabila membaca kembali lirik yang ditulis olehnya, saya rasakan lagu itu tidak begitu sesuai dengan muzik yang saya bawakan. Lalu lagu itu dinyanyikan sendiri oleh Izwan. Saya masih simpan lirik tersebut sehinggalah saya terdengar semula lagu Kembali Senyum nyanyian arwah yang dimainkan di radio. Saya terdetik untuk menyanyikan semula lagu itu," kata Aril. Namun, menurut Aril, sebagai satu kelainan, versi baharu lagu yang pernah mempopularkan nama arwah abangnya itu telah mendapat sentuhan daripada AG Coco dari segi susunan semula muzik. "Saya hanya ada seorang abang. Dia yang banyak memberikan nasihat sewaktu saya mula-mula mahu menceburkan diri dalam bidang muzik dahulu. "Sebagai seorang adik, merakamkan lagu ini merupakan salah satu cara untuk saya mengenang segala nasihat dan tunjuk ajar yang pernah diberikan. Lagipun, saya percaya masih ada peminat yang merindui arwah. "Saya berharap, rakaman semula Kembali Senyum dapat mengubat kerinduan para peminat terhadap Izwan Pilus," katanya lagi. Selepas lima tahun Melanjutkan perbualan mengenai album pertamanya, Aril berkata, dia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan album tersebut kerana mengikuti pasaran dan perkembangan muzik semasa. "Jika kita lihat perkembangan industri muzik pada masa kini, pendengar lebih suka membeli single berbanding sebuah album penuh. "Saya telah merakamkan hampir 20 buah single selepas saya keluar dari AF. Rasanya sekarang merupakan masa yang tepat untuk menghimpunkan lagu-lagu yang pernah popular dulu dan beberapa lagu baharu ke dalam sebuah album," ujar Aril yang awalnya merancang menerbitkan album tersebut sekitar hujung tahun lalu. Album yang mendapat sentuhan komposer-komposer terkenal seperti AG Coco dan Kunci Demak itu turut menampilkan lagu yang pernah menaikkan namanya suatu masa dahulu, Menatap Matamu. Menurut Aril, dia pernah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pihak pengurusannya kerana memintanya merakamkan lagu berkenaan. Tanpa disangka, lagu tersebut menjadi satu sebab, kenapa dia masih kekal relevan dan diingati oleh para peminatnya. "Sejujurnya saya memang tidak gemarkan lagu itu (Menatap Matamu), tetapi, setelah mendapat respon yang sangat menggalakkan daripada pendengar, saya mula sedar bahawa pilihan lagu oleh pihak pengurusan memang satu perkara yang tepat. "Mungkin kita tidak gemarkan sesebuah karya, tetapi, pihak pengurusan lebih tahu apa yang terbaik untuk seseorang artis," ujar Aril yang kini lebih percaya kepada kehendak pasaran muzik berbanding selera atau pilihan seseorang penyanyi secara individual. | |||
Posted: 30 Oct 2014 05:15 PM PDT SHAH ALAM – Perbuatan kejam tiga bekas pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena Omar, 23, dan bapa wanita itu lebih dua tahun lalu berbalas apabila mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam. Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 23, yang merupakan teman lelaki Zara Eleena dan dua rakan sekelasnya, Mohamad Sharafe Mohd. Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, didapati bersalah membunuh wanita itu dan Omar Peter Abdullah, 56, di rumah nombor 28 Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong antara pukul 11.30 malam 8 Mac 2012 hingga 2.30 pagi keesokan harinya. Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menyangkal bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar. Beliau berkata, keterangan pembelaan ketiga-tiga tertuduh yang cuba meletakkan beban perbuatan jenayah itu kepada saksi pendakwaan pertama, Fadhil Rushdan Rahman, 20, tidak dapat diterima dan didapati sekadar penafian semata-mata. "Keterangan Fadhil diterima mahkamah kerana mempunyai kaliber dan konsisten dengan keterangan beberapa saksi pendakwaan lain termasuk ibu Zara Eleena, Normaliah Mahmood. | |||
Raikan kemeriahan Lan Berambeh Posted: 30 Oct 2014 05:13 PM PDT KUALA LUMPUR – Lebih 30,000 pengunjung termasuk pelancong asing dijangka menghadiri Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abd. Karim berkata, beliau yakin sasaran itu dapat dicapai kerana karnival tersebut memaparkan pelbagai aspek keunikan Sarawak kepada pengunjung yang belum pernah datang ke negeri berkenaan. "Bagi orang ramai yang belum pernah ke Sarawak, inilah masanya untuk mereka mengenali negeri ini dengan lebih dekat kerana terdapat lebih 100 pempamer yang menyertai Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014. "Baik makanan mahupun kebudayaan negeri Bumi Kenyalang, semuanya ada di sini. Peluang ini tidak harus dilepaskan," katanya ketika ditemui selepas meninjau persiapan akhir karnival tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini semalam. Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014 bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam di pekarangan stadium berkenaan. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang karnival tersebut termasuk pameran perniagaan, forum kerohanian, Senamrobik Mega Lan Berambeh serta pertunjukan fesyen Sarawak. Dalam pada itu, Rohani berkata, karnival tersebut merupakan platform yang sesuai bagi para peniaga dari Sarawak mengembangkan sayap perniagaan masing-masing ke Semenanjung Malaysia. | |||
Hafiz, Krisdayanti bakal berduet Posted: 30 Oct 2014 05:12 PM PDT KUALA LUMPUR – Penyanyi Hafiz Suip atau Hafiz diumumkan sebagai artis jemputan yang bakal bergandingan dengan Krisdayanti menerusi konsert sulungnya, Krisdayanti Live In KL 2014 yang akan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November depan. Pengarah Urusan One Drop Perfumes, Datuk Seri Josafri Johari berkata, pemilihan pemenang kategori Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-20 itu dibuat berdasarkan cadangan yang disuarakan oleh peminat menerusi akaun Facebook rasmi One Drop Perfumes sejak bulan lalu. "Setelah mendapat lebih 20,000 cadangan oleh pengikut di Facebook, kami bersepakat untuk mengundang Hafiz sebagai artis jemputan bergandingan dengan Krisdayanti. "Mengambil kira pencapaiannya dalam bidang muzik serta keupayaan vokal yang mantap, saya yakin Hafiz mampu memukau penonton menerusi persembahannya nanti," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar konsert berkenaan di Hotel Royale Chulan di sini semalam. | |||
Budak dua tahun mendaki di 40 buah negara Posted: 30 Oct 2014 05:10 PM PDT SACRAMENTO, California –Seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun telah melakukan pendakian sejauh 482 kilometer di 40 buah negara dengan ibu bapanya, lapor MailOnline semalam. Kanak-kanak itu, Bodhi Bennett telah menerokai kebanyakan gunung di taman negara sekitar Amerika Syarikat. Ibunya, Shannon, 27, berkata, anak sulungnya itu telah dibawa melakukan pendakian pertama ketika berusia lima hari. "Ketika mengandungkan Bodhi, saya dan suami tidak mahu kehidupan kami berubah selepas bergelar ibu bapa. Ramai yang mengatakan anak akan mengubah kehidupan pasangan suami isteri kerana selepas menjadi ibu dan bapa, kita dianggap tidak dapat lagi melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan. "Namun, tanggapan itu sama sekali tidak benar memandangkan sejak kecil lagi, kami telah mengajar Bodhi mendaki dan dia kelihatan seronok melakukannya," katanya. Namun demikian, Shahnon menegaskan dia amat menitikberatkan soal keselamatan ketika Bodhi melakukan pendakian kerana tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku. Dia yang telah mendokumentasikan pendakian mereka kini mempunyai beribu-ribu pengikut dalam laman Instagram. | |||
Penceraian yang dilaknat Allah Posted: 30 Oct 2014 05:03 PM PDT PERCERAIAN melalui li'an amatlah jarang direkodkan di Mahkamah Syariah. Bagaimanapun, terdapat kes individu yang cuba menafikan pertalian darah antara bapa dengan anak disebabkan keengganannya untuk membayar nafkah. Namun, dalam realiti kehidupan berkeluarga, terdapat juga aduan suami menuduh isteri melakukan hubungan seksual bersama lelaki lain, berlaku curang atau bapa tidak mahu mengakui anak kandungnya. Pembuktian tuduhan tersebut tidak dilakukan mengikut standard hukum syarak biasa iaitu empat orang saksi lelaki. Ini kerana, tuduhan melakukan penzinaan adalah tuduhan yang sangat berat dan jika tiada bukti, orang yang membuat tuduhan boleh dikenakan hukuman khadaf iaitu 80 sebatan sebagaimana yang disebutkan dalam surah al-Nur. Bagaimanapun, tuduhan ini dikecualikan jika berlaku dalam kalangan pasangan suami isteri. Li'an dari sudut bahasa bermaksud sumpah. Perceraian melalui li'an ini disyariatkan melalui firman Allah dalam surah al-Nur ayat 6 hingga 10 yang bermaksud: Orang lelaki yang menuduh isterinya berzina, sedang tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan itu) hanya dirinya sendiri, maka hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, sebanyak empat kali, sesungguhnya dia orang-orang yang benar; dan yang kelima (hendaklah dia berkata): laknat Allah jika dia orang-orang yang dusta. Bagi menghindarkan hukuman seksa isteri (yang kena tuduh) itu, dia bersumpah dengan nama Allah, sebanyak empat kali, yang suaminya telah berdusta; yang kelima (hendaklah dia berkata); laknat Allah jika suaminya orang-orang yang benar. Ayat di atas menerangkan tentang prosedur yang perlu diambil oleh pasangan suami isteri jika benar-benar bermaksud untuk menamatkan perkahwinan melalui cara tersebut. Ini merupakan satu lagi bentuk perceraian. Hakim Mahkamah Syariah boleh menamatkan perkahwinan itu setelah suami dan isteri mengangkat sumpah li'an mengikut prosedur seperti yang ditunjukkan dalam al-Quran. Kesan sumpah Kesan daripada perbuatan tersebut, kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri rela dilaknat oleh Allah sekiranya tuduhan yang dibuat adalah tidak benar. Hakim Mahkamah Syariah akan memberi amaran kepada kedua-dua pihak tentang kesan sumpahan mereka sekiranya suami ingin meneruskan upacara tersebut. Setelah upacara tamat, mereka tidak boleh berkahwin semula atau rujuk kembali. Peruntukan mengenai perceraian melalui li'an ini telah muatkan dalam Undang-undang Keluarga Islam. Berdasarkan peruntukan itu, pasangan suami isteri yang telah mengangkat sumpah dengan cara li'an, Hakim Syarie hendaklah memerintahkan mereka difarakkan dan dipisahkan serta hidup berasingan selama-lamanya. Dalam kes menafikan nasab pula, upacara li'an akan berlangsung sejurus selepas kelahiran bayi tersebut. Jika sebaliknya berlaku, mahkamah tidak akan melayan sebarang tuntutan. Pernah direkodkan dalam kes tuntutan menafikan nasab anak dibuat di Mahkamah Syariah selepas bapa kepada bayi tersebut meragui sah taraf anak yang dilahirkan kurang sembilan bulan. Bagaimanapun, mahkamah menolak penafian tersebut kerana ianya dibuat setelah sekian lama anak itu dilahirkan dan tidak ada keraguan yang munasabah untuk mengatakan bahawa anak tersebut boleh dikategorikan sebagai anak tidak sah taraf. Peruntukan di atas bertujuan memberi pengajaran kepada manusia supaya mengamalkan hidup berakhlak dan saling menjaga kehormatan diri dan rumah tangga. Ini kerana, jenayah seksual di luar perkahwinan adalah jenayah yang amat berat dan boleh merosakkan keturunan manusia serta menjejaskan kebajikan anak tersebut. | |||
Nasi berlauk Pak Yeh RM1 sepinggan Posted: 30 Oct 2014 06:44 AM PDT
TUMPAT - Bagaikan tidak percaya masih ada peniaga menjual nasi berlauk dengan harga RM1 sepinggan. Di kedai kopi Pak Yeh di Kampung Bendang Kerian di sini, dengan RM1, pelanggan boleh menikmati sepinggan nasi dengan pilihan gulai ikan tongkol atau gulai ayam. Jika nasi berlauk dengan secawan teh O, pelanggan hanya perlu membayar RM1.60 sen, manakala nasi berlauk bersama teh, harganya RM1.80 sen. Disebabkan harga murah, kedai Pak Yeh yang dibuka seawal jam 7.30 pagi itu menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat, daripada yang bekerja pejabat, buruh, pelajar, mahu pun penduduk Kampung Bendang Kerian. Pak Yeh atau nama sebenarnya, Idris Awang, 67, berkata, dia berniaga sejak 30 tahun lalu bermula dengan nasi berlauk berharga 30 sen sepinggan. Menurutnya, berikutan kenaikan kos bahan mentah, memaksanya menaikkan harga nasi berlauk beberapa kali dan kekal dengan harga RM1 sehingga hari ini. "Saya masih dapat untung walaupun tidak seberapa kerana inilah cara saya membantu golongan kurang berkemampuan dan juga golongan pelajar. "Jika dinaikkan harga, kasihan pula budak sekolah. Lagipun, kedai saya ni usang dan meja makan pun terhad, malu pula mahu jual nasi dengan harga yang mahal," katanya yang turut dibantu isteri, Asmah Ismail, 53, sebagai tukang masak dan anaknya, Adam, 24, sebagai pembantu kedai. Seawal jam 3 pagi lagi, Asmah akan bangun menyediakan lauk-pauk untuk dijual setiap hari di kedai berhadapan Klinik Kesihatan Bendang Kerian itu. Sementara itu, seorang pelanggan tetapnya, Aziz Abdul Rahid, 64, berkata, dengan harga yang murah, dia dapat makan sepinggan nasi yang sedap dan mengenyangkan, secawan teh O dan sebiji kuih. "Tiada kedai lain yang menjual harga semurah ini dan setiap hari jam 8 pagi, saya mesti datang makan di kedai Pak Yeh dan turut membelinya untuk keluarga di rumah," katanya. Sepein Deraman, 67, pula berkata, dia menjadi pelanggan di kedai Pak Yeh sejak berumur 15 tahun. Menurutnya, dahulu nasi berlauk Pak Yeh dijual dengan harga 30 sen tetapi kini RM1 dan baginya ia masih murah. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 ulasan:
Catat Ulasan