Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Tomok Elak Anak Terlibat Bidang Seni
- Aril Pilus Tinggalkan Era FM, Bimbang Diskriminasi Stesen Radio
- Jangan Bandingkan Shukri Yahaya Dengan Jericho Rosales
- Yana Samsudin Tidak Mahu Sekat Rezeki Peniaga Bazar
- 'Saya sedia dipanggil sotong'
- Peminat restu Elfira - Baim Wong
- Jaga privasi, Eja tolak laman sosial
- U Mobile rancak pikat pelanggan
- Pengorbanan seorang usahawan berjaya
- Tak dapat melihat sejak lima tahun
- 'Nafas' baharu buat pelajar
- Berita gembira menanti Akmarul
- Hidangan ikan patin Temerloh di Shah Alam
- Nelayan terkejut tangkap pari gergasi
- Moyang 9 cicit gigih jual kerepek sekitar bandar
- Sanggup redah hutan cari madu tualang
- Ketagih pil khayal usia 15 tahun
- Sakinah, Aliff jatuh cinta pandang pertama
- Datuk Siti Nurhaliza dominasi AIM21
- Tarikan isteri pandai berniaga
- 300 sertai pertandingan janggut, misai
- Buat keris perlu berseni
- Pengangkutan awam masih bukan pilihan
- Semangat porter sebagai motivasi
- AuraWhite mudah dibeli di butik Sasa
Tomok Elak Anak Terlibat Bidang Seni Posted: 27 Oct 2014 06:42 PM PDT | |||
Aril Pilus Tinggalkan Era FM, Bimbang Diskriminasi Stesen Radio Posted: 27 Oct 2014 06:41 PM PDT | |||
Jangan Bandingkan Shukri Yahaya Dengan Jericho Rosales Posted: 27 Oct 2014 06:40 PM PDT | |||
Yana Samsudin Tidak Mahu Sekat Rezeki Peniaga Bazar Posted: 27 Oct 2014 06:39 PM PDT | |||
Posted: 27 Oct 2014 06:37 PM PDT PELAKON kacak, Sharnaaz Ahmad, meminta agar peminat melupakan 'Jebat' seketika untuk memberi peluang kepada Farish menerusi drama terbaharunya, Suamiku Encik Sotong yang mula bersiaran sejak semalam. Mengakui bukan mudah membawa watak lelaki lembut, Sharnaaz menganggap ia adalah pengorbanan dalam karier lakonan demi tuntutan watak. "Ini adalah kali pertama saya mencabar diri untuk membawa watak seumpama ini. Malah saya mengambil masa sehingga dua bulan untuk menerima tawaran ini memandangkan watak ini jauh berbeza dengan diri saya. Namun, jalan cerita sangat menarik! "Menerusi drama ini, saya turut mengorbankan imej dengan membiarkan perut sedikit buncit walaupun mempunyai pusat gimnasium sendiri. Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kepada penonton sekiranya lakonan kali ini tidak menjadi. "Sehingga kini, saya tidak berani menonton 'playback' takut timbul rasa tidak puas hati. Sejujurnya saya sudah mencuba sebaik mungkin. Kalau dulu orang panggil saya Jebat, sekarang saya bersedia dipanggil 'sotong'," katanya sambil ketawa. Jelas Sharnaaz, drama ini bukanlah bertujuan mengeksploitasi golongan lelaki lembut, namun lebih kepada situasi di mana golongan ini sering dipergunakan orang lain. "Dalam drama ini, saya sering menjadi mangsa Erica lakonan Amyra Rosli yang juga isteri saya sendiri. Namun, saya berkawan baik dengan Dhia (Hanis Zalikha) namun saya merahsiakan status saya daripadanya. "Untuk mendalami watak ini, saya banyak melihat golongan ini bercakap termasuk kawan-kawan mekap artis dan memerhatikan cara berbual serta sikap mereka. Walaupun ia drama komedi, namun saya tetap memastikan hasil kerja saya terbaik dan buat betul-betul," katanya yang turut tampil bersama Nelydia menerusi drama, Setitis Kasih Darmia di TV9. Drama arahan Eoon Shuhaini ini disiarkan setiap Isnin, 10 malam, di saluran Astro Ria dan Maya HD. Selain kerjaya, Sharnaaz turut diheret dalam kancah kontroversi apabila dia menempelak wartawan akhbar (bukan Sinar Harian) berhubung artikel yang dikaitkan dengan kemalangan ngeri motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Karak hingga menyebabkan dua penunggang maut. Tegas Sharnaaz, dia menyifatkan penulis itu tidak menghormati keluarga si mati dan tidak berfikir panjang sebelum menulis. "Arwah Zali (Hazalli Khalid, 32,) adalah sahabat saya dan saya juga dari golongan 'rider'. Jangan sesekali menulis tanpa asas yang kukuh sekiranya anda bukan dari golongan ini kerana anda tidak akan faham. "Cuba anda berada di tempat itu, bagaimana rasanya? Jangan sesekali cuba guna bahasa 'double standard' yang boleh membawa kepada pemahaman negatif!," katanya lagi. | |||
Peminat restu Elfira - Baim Wong Posted: 27 Oct 2014 06:36 PM PDT KECOH seketika dunia seni apabila media Indonesia melaporkan mengenai pelakon kacak Indonesia Baim Wong telah membawa Elfira Loy menemaninya ke majlis perkahwinan pasangan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina di The Ritz Carlton, Jakarta baru-baru ini. Bahkan Elfira sempat memuat naik gambar mereka di Instagram miliknya yang sedang bersiar-siar bersama Baim di kota tersebut. Menariknya, gambar itu menjadi perhatian peminat mereka yang tampak gembira dengan hubungan kedua-dua pelakon berbakat ini. Walaupun Elfira menjelaskan mereka hanya berkawan baik setelah empat tahun berkenalan, namun ramai yang mendoakan keduanya bersatu ke jinjang pelamin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikan hubungan mereka, kerana umur Elfira masih muda dan disifatkan terlalu kebudakan. Apa pun, kalau dah jodoh, mereka pastinya mengikut jejak Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari yang kini bahagia dengan alam rumahtangga. | |||
Jaga privasi, Eja tolak laman sosial Posted: 27 Oct 2014 06:33 PM PDT
JIKA artis lain lebih selesa menggunakan laman sosial sebagai penghubung dengan masyarakat, berbeza pula buat dramatis terkenal, Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih mesra disapa Eja. Mengakui dirinya sedikit perahsia, Eja selesa dirinya 'bebas' dari laman sosial sejak terlibat dalam industri hiburan 18 tahun lalu. Bagaimanapun atas dasar ingin berkongsi dan pada masa sama mempromosikan produk miliknya, Eja mengambil keputusan mengaktifkan akaun Instagram. "Pada mulanya saya memang tidak mengambil tahu perkara yang berkaitan dengan laman sosial. Tapi sejak dua tahun lalu, saya mula mengaktifkan Instagram dengan tujuan untuk mendekatkan diri dengan peminat. "Namun tidak lama. Saya bertindak untuk mengehadkan akaun itu daripada umum mungkin sebab saya memang perahsia orangnya," jelasnya. Berkongsi cerita kehidupannya, isteri kepada Mohd Silahuddin Jamaluddin ini sedang berbahagia menjalani fasa hidupnya apatah lagi puteri bongsu mereka, Nur Eishal kini semakin membesar. "Inilah kehidupan saya sekarang. Sepenuh perhatian saya berikan kepada anak kami yang kini sedang membesar. "Tidak ada apa yang bernilai selain keluarga yang kami bina. "Saya senang hati menjalani kehidupan yang sederhana dan ia benar-benar memberi makna dalam hidup saya," katanya tersenyum manis. Lebih tenang, Eja mahu terus istiqamah Sentiasa memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih baik, pelakon cantik manis ini bersyukur kerana pintu hati diketuk tepat pada masanya. "Alhamdulillah, ketika di usia matang seperti ini Tuhan menurunkan hidayah kepada saya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik. "Sejak berhijrah sehingga hari ini saya masih menggelar diri sebagai seorang pelajar yang mencari keredaan dan ilmu agama untuk dimanfaatkan. "Perubahan yang saya alami hari ini sangat besar jika dibandingkan dengan sebelumnya. "Bayangkanlah sebelum ini saya asyik merungut dan masa 24 jam tidak pernah cukup. Tapi kehidupan saya kini lebih tenang dan segala urusan menjadi lebih mudah," ujarnya penuh teruja. Berhasrat ingin terus istiqamah dalam menjalani kehidupan yang diredai, wanita berusia 42 tahun ini tidak jemu mengisi masanya dengan mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan. "Setiap dua kali seminggu, saya akan mengikuti kelas agama di Nur 'Ala Nur Academy. Selain itu, kalau ada masa terluang, saya akan mengikut serta majlis ilmu yang melibatkan penceramah dari luar mahupun di dalam negara. "Bila sudah belajar ilmu agama, sudah pasti perkara yang saya teringin lakukan adalah untuk menunaikan fardu Haji. Kalau ada rezeki, saya memang teringin ke sana," katanya. Karier bersyarat Walaupun karier lakonan bukan lagi keutamaan, jauh dari sudut hati pelakon filem Janin ini tidak pernah terlintas untuk meninggalkan periuk nasinya. Sebagai seorang yang memegang status isteri dan ibu, Eja akui perjalanan seninya tidak lagi berjalan seperti sebelumnya. "Sudah pasti semuanya berbeza dan saya kembali ke dunia lakonan pun bersyarat. "Dari segi watak pun sekarang saya lebih selektif. Malah penerbit dan pengarah pun faham dengan batas yang sepatutnya. "Saya tidak akan berhenti, tapi saya tidak tahu apa akan jadi beberapa tahun akan datang yang mungkin akan menyebabkan saya lebih mengurangkan aktiviti ini," katanya. Ketika ditanya adakah dia dan suami akan menghalang sekiranya puteri kesayangannya bakal mengikuti jejak langkahnya, Eja ternyata punya jawapan yang tersendiri. "Saya tidak akan menghalang kalau dia mengikuti jejak saya. Dunia hiburan kini pun telah berubah dan tidak hanya fokus pada hiburan semata-mata. "Sekarang ramai selebriti yang berdakwah dan kalau boleh saya mahu anak saya menjadi seperti itu. Itu tidak salah," katanya. Lebih berhati-hati Terkesan dengan kejadian rompakan yang dialaminya baru-baru ini, Eja akui dia terkilan kerana kehilangan barang yang berharga. "Sejujurnya saya memang terkejut dengan tindakan perompak itu tambahan pula ketika itu saya bersama anak tanpa suami. "Lebih sedih, barang yang dirompak itu sangat berharga buat kami sekeluarga," katanya yang kehilangan Ipad dan Iphone yang dipenuhi dengan foto mereka sekeluarga. Reda dengan kejadian malang itu, Eja kini lebih berhati-hati. "Tapi saya terima dengan reda dan menganggap musibah itu sebagai satu dugaan dari ALLAH untuk lebih mendekatkan diri dengannya-NYA. "Kepada perompak itu, mungkin mereka akan terlepas di dunia, tapi jangan sangka akan terlepas dari hukuman di akhirat," tegasnya. | |||
U Mobile rancak pikat pelanggan Posted: 27 Oct 2014 06:31 PM PDT
U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) menjalin kerjasama dengan Oppo Mobile Malaysia (Oppo Mobile) untuk menarik lebih ramai pelanggan bagi mencapai sasaran dua juta pelanggan menjelang hujung tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Jasmine Lee berkata, menerusi kerjasama itu, pelanggan berpeluang melanggan pelan prabayar dan pasca bayar U Mobile daripada dua telefon pintar keluaran Oppo Mobile melibatkan Oppo Joy dan Oppo Neo 5. "Kami optimis kempen dua juta pelanggan boleh dicapai menerusi kerjasama dengan Oppo Mobile ini. U Mobile dan Oppo Mobile masing-masing mempunyai sasaran pelanggan yang sama, fokus kepada golongan muda. "Pada masa akan datang, U Mobile sedia bekerjasama dengan Oppo Mobile dan kami masih menanti model telefon pintar mereka untuk kerjasama seterusnya," katanya selepas majlis pelancaran perkhidmatan pelan prabayar dan pasca bayar untuk telefon pintar Oppo Joy dan Oppo Neo 5, di Kuala Lumpur, semalam. Jasmine berkata, bermula semalam, pelanggan U Mobile boleh membeli Oppo Joy pada harga RM348 dan akan menerima baucer tambah nilai RM20 serta pek permulaan prabayar bernilai RM8. "Dalam masa tiga bulan, pelanggan akan menerima 250 megabait (MB) data internet mudah alih percuma dengan setiap tambah nilai RM30 untuk empat bulan berikutnya semasa tempoh promosi. "Selain itu, pelanggan boleh membuat pembelian Oppo Neo 5 pada harga RM598 dengan langganan percuma pelan U58 untuk tempoh enam bulan pertama. Langganan percuma pelan U58 termasuk 2 gigabait (GB) internet mudah alih berkelajuan tinggi dan 300 minit panggilan," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Oppo Mobile, William Fang berkata, syarikat itu beroperasi sejak lapan bulan lalu di Malaysia dan berharap kerjasama itu meningkatkan pertumbuhan syarikat. "Ketika ini, kami ada 3,000 kedai yang menjual produk keluaran Oppo Mobile di Malaysia dan berharap lebih banyak lagi kedai yang mahu mengedarkan produk kami," katanya. | |||
Pengorbanan seorang usahawan berjaya Posted: 27 Oct 2014 06:30 PM PDT
MINAT mendalam terhadap bidang keusahawanan menjadi pemangkin semangat Datuk Hashim Yahaya, 61 untuk melepaskan kerjaya profesionalnya sebagai Konsultan Korporat 17 tahun lalu dan meninggalkan kota metropolitan, Kuala Lumpur. Graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak pernah sesekali menyesal meninggalkan kerjayanya apabila menjadi penternak kambing bersama rakan kongsinya, Ismail Awang. Pengerusi Eksekutif HR Marketing itu berkata, beliau tekad berbuat demikian kerana tidak menerima gaji daripada syarikat yang bekerjasama dengan mereka. Pada waktu itu adalah zaman kegawatan ekonomi dunia. "Sehingga ke hari ini saya tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya itu. Saya menternak kambing kerana lihat ia berpotensi besar untuk dimajukan walaupun saya tidak mempunyai asas penternakan. "Saya pilih kambing kerana susunya baik untuk penjagaan kulit, kesihatan, makanan dan minuman," katanya yang berasal dari Kampung Sematang Gunung, Kedah. Modal permulaan RM150,000 Hashim berkata, segalanya bermula pada 4 Januari 1997, beliau bersama Ismail mengeluarkan modal sendiri RM150,000 untuk menternak kambing. Mereka mengorak langkah mencari ilmu menternak kambing. "Saya menggunakan RM30,000 untuk membeli 50 ekor kambing dari luar negara. Saya bina kandang kambing sendiri dan 50 ekar tanah digunakan untuk penanaman rumput di Kampung Labi, Kuala Nerang. Saya bina kandang kambing dengan kayu biasa saja," katanya. Hashim berkata, selepas beberapa tahun, beliau membela kambing dengan skala yang besar iaitu 500 ekor. Kambing- kambingnya menghasilkan susu 1 tan setiap hari. "Alhamdulillah, susu banyak dan saya mula memikirkan supaya susu dikomersilkan. Bayangkan seekor kambing dapat menghasilkan dua kilogram susu sehari," katanya. Bagaimanapun, Hashim terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk memelihara kambing di negara ini berbanding negara asal iaitu New Zealand, Australia, England dan Perancis. "Jika di negara asal, kambing-kambing itu dapat menghasilkan lima kilogram susu sehari. Di Malaysia hanya dua kilogram saja boleh dihasilkan kerana masalah cuaca dan persekitaran. Kami juga terpaksa memberikan kawalan intensif kepada kambing," katanya. Komersilkan susu Hashim berkata, beliau tidak merasakan ada keperluan untuk menghasilkan susu kambing berpuluh tan sebulan tetapi kos tinggi untuk memelihara kambing bersaiz besar. "Kami menjual susu kambing segar 1 tan sehari yang mampu memuatkan 8,000 botol sahaja dan dijual RM3.50 sebotol. Kami mengedarkan susu kambing segar sebanyak 40 botol melibatkan 200 kedai di seluruh Kedah sahaja," katanya yang merupakan bapa kepada tiga cahaya mata dan datuk kepada lima cucu. Katanya, susu kambing HR Marketing menerima permintaan yang tinggi tetapi bekalan susu tidak mencukupi pada awal tahun 2000. "Susu kambing kami berada di tangga teratas dalam pasaran pada waktu itu. Pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas permintaan susu kambing kami yang tinggi dengan meniru produk itu. Ia adalah satu fenomena yang tidak sihat. "Susu kambing tidak boleh disimpan. Ketidakupayaan kami membekalkan susu segar kambing pada waktu itu menyebabkan ada segelintir pihak mencampurkan susu kambing dan susu lembu. Ia memberikan kesan teruk kepada perniagaan kami. Produk kami tidak laku," katanya. Pada masa sama, Hashim mencari idea untuk mengkomersilkan susu kambing dengan membuat produk susu kambing iaitu penjagaan kulit yang dijual secara atas talian (online). "Saya berjumpa Sirim dan mendapat tunjuk ajar daripada Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (Porim) membuat sabun. Saya membuat sabun dan menukar strategi sejak 2003, saya mengimport susu secara agresif," katanya. Terlibat perniagaan MLM HR Marketing melantik 14 ejen jualan produk di seluruh negara kerana sambutan diterima di luar jangkaan. Pada tahun 2003, HR Marketing mempunyai 8,500 wakil jualan. "Produk pertama HR Marketing ialah sabun susu kambing yang berwarna hijau. Saya mengkomersilkan susu kambing menjadi sabun kerana saya mendapati produk penjagaan kulit bermula daripada sabun. "Pada 2003, HR Marketing terlibat dalam perniagaan MLM dan hanya mengeluarkan 15 produk saja termasuklah lima produk penjagaan kulit. Pada tahun 2007, produk kosmetik pula diperkenalkan.," katanya. Beliau berkata, pada 2010, HR Marketing menjenamakan kesemua produknya sebagai Hi Goat. "Pada 2010, saya membina sebuah kilang yang terletak di Mergong. Sebelum ini, kami hanya beroperasi di Jalan Pegawai, Alor Setar. Kami berpindah kerana mendapat permintaan yang tinggi dan kilang di Jalan Pegawai hanya berkapasiti mengeluarkan 2 juta sebulan," katanya yang merupakan anak kedua daripada enam adik- beradik. Hashim berkata, kilangnya di Mergong berjaya menghasilkan sebanyak 10 juta produk sebulan dan dilengkapi dengan makmal dan pusat kajian serta penyelidikan. Tidak mendapat sokongan Hashim berkata, pengeluar di kalangan Bumiputera adalah perkara baharu di negara ini. "Saya tidak mendapat sokongan dari kalangan Bumiputera. Ia tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan perniagaan ini. Saya membeli mesin dari Itali untuk membuat sabun susu kambing kerana ia melekat. "Ia perlu menggunakan mesin khas. Jika menggunakan mesin dari teknologi China dan Jerman, sabun yang dihasilkan akan melekat pada mesin. Kami menghasilkan susu kambing dalam keadaan sejuk kerana menggunakan teknologi Itali yang juga digunakan oleh Amerika," katanya. Katanya, HR Marketing sahaja mempunyai mesin tersebut di Malaysia. Tidak ada kilang yang membuat susu kambing di Malaysia. Pengeluar sabun lain menggunakan mesin yang tidak sama. "Kita boleh guna konsep bergerak seperti di Thailand. Hanya menggunakan satu kilang untuk menghasilkan perisa minuman. Mereka hanya pergi ke kebun buah- buahan dan melakukan pemprosesan buang kulit di kebun sahaja. "Hanya isi yang diambil dan disimpan dalam tong serta diproses di kilang," katanya. Menurutnya, setakat ini jumlah produk HR Marketing lebih 200 dan pihaknya bekerjasama dengan 20 syarikat pengeluar peralatan tulen (OEM) yang juga Bumiputera. Katanya, HR Marketing membangunkan budaya MLM dengan cara tersendiri iaitu tetap bekerja tanpa mengharapkan keuntungan sahaja. "Saya melaksanakan MLM untuk menjadikan mereka berjaya dengan perniagaan, bukan hanya mahu bergelar jutawan," katanya. Rancang membangunkan 'Home Shopping' Hashim berkata, 'Home Shopping' akan dibina di setiap negeri bagi memudahkan pelanggan HR Marketing mendapatkan produk yang mereka mahukan. "Ia seperti pusat sehenti yang mempunyai hampir 1,000 jenis barang. Ia membolehkan wakil jualan saya berniaga tanpa perlu membayar sewa kedai dan membayar bil elektrik dan air. "Mereka juga dapat menjimatkan kos mengepos produk yang ditempah pelanggan. Pelanggan hanya menempah melalui online," katanya. Katanya, HR Marketing juga mempelawa usahawan Bumiputera untuk meletakkan barangan mereka di 'Home Shopping'. HR Marketing juga akan bekerjasama dengan beberapa syarikat lain. Katanya, HR melaburkan RM1 juta untuk menjayakan konsep 'Home Shopping'. "Konsep ini akan memberikan kemudahan kepada pelanggan kami untuk membeli-belah barang- barang keperluan mereka. Kami menjangkakan konsep ini diperkenalkan di beberapa kawasan di seluruh negara antaranya di Lembah Klang yang menjadi tumpuan dan mempunyai jualan produk HR Marketing tertinggi," katanya. Hashim berkata, walaupun perniagaannya mencecah 17 tahun tetapi ia masih muda. Beliau menghadapi pelbagai cabaran dalam memajukan perniagaannya. "Jatuh bangun dalam perniagaan perkara biasa, saya menghadapi cabaran dengan tenang. Saya mahu seiring dengan perubahan zaman kerana teknologi berubah pantas, begitu juga perniagaan," katanya yang mahu melihat HR Marketing menjadi konglomerat. Beliau berkata, isterinya, Atikah Ab Ghani, dan anak- anaknya serta sahabatnya, Ismail adalah penyokong kuat untuk beliau terus memperjuangkan perniagaannya. Katanya, HR Marketing mempunyai 100 pekerja dan sebuah kilang di Mergong bernilai RM18 juta dan mesin RM8 juta. "Saya mempunyai prinsip mudah iaitu percaya kepada diri sendiri, menggunakan kepakaran, memberikan kepada yang hak dan jangan memutuskan silaturahim," katanya yang menggunakan HR bermaksud Hajah Range of Product. Hashim berkata, perniagaannya fokus kepada pembuatan dan pengeluaran produk makanan dan kosmetik buatan Malaysia berasaskan susu kambing tulen kini dikenali sebagai Hi Goat. "Saya merancang membuat perniagaan baharu yang dijangka dilaksanakan dua tahun lagi," katanya. Tingkatkan jualan HR Marketing Hashim berkata, syarikatnya menjangkakan peningkatan jualan produknya kepada RM100 juta berbanding RM40 juta pada 2013. "Sasaran tersebut dipacu oleh permintaan tinggi daripada pasaran tempatan dan luar negara melibatkan beberapa negara Asia antaranya Thailand, Indonesia Brunei dan Singapura. Jangkaan jualan itu juga akan tercapai kerana sebanyak 10 produk baharu akan diperkenalkan menjelang akhir tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan produk keluaran HR Marketing adalah lebih 200 produk," katanya. "Setakat ini, bilangan wakil jualan HR Marketing adalah seramai 450,000. Syarikat juga merancang menambahkan bilangan wakil jualan yang dijangkakan meningkat kepada sejuta menjelang pertengahan tahun 2015 sekali gus membantu peningkatan jualan HR Marketing," katanya. Hashim berkata, HR Marketing merancang pelbagai projek dilaksanakan menjelang 2015 antaranya menyasarkan penambahan bilangan produk baharu sekali gus menjadikannya 500 produk. | |||
Tak dapat melihat sejak lima tahun Posted: 27 Oct 2014 06:28 PM PDT
ALOR SETAR - Bukan sahaja tidak mampu melihat sejak hampir lima tahun lalu, namun seorang lelaki di Kampung Alor Gunung, Pumpong, dekat sini juga tidak berupaya berjalan seperti biasa. Mohamad Rosidi Bidin, 55, berkata, dia menghidap penyakit kencing manis dan perlu menjalani rawatan dialisis buah pinggang selama tiga kali seminggu pada Ahad, Selasa dan Khamis. Menurutnya, dia terpaksa membelanjakan sekitar RM150 seminggu untuk mendapatkan rawatan, sedangkan dia dan isterinya, Khalijah Muda, 54, tidak mampu untuk membiayainya. "Kami tak ada kenderaan, jadi terpaksalah menyusahkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan. "Saya tak mampu lagi bekerja akibat masalah kesihatan yang dihadapi. Selain kesempitan wang ringgit saya juga tak mampu nak sewa teksi ke klinik mahupun hospital," katanya. Mohamad Rosidi berkata, dua daripada limanya anaknya sudah bekerja, namun wang gaji mereka hanya cukup untuk menampung perbelanjaan sendiri dan keperluan harian rumah sahaja. "Kami menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300, namun wang berkenaan hanya cukup untuk kos perubatan diri pakcik termasuk lampin pakai buang," katanya. Oleh itu katanya, dia merayu untuk mendapatkan bantuan kerusi roda demi membolehkan dirinya bergerak dan memudahkan isterinya menguruskan dirinya lebih baik. "Tapi masalah yang paling utama adalah pengangkutan kerana saya perlu menjalani rawatan tiga kali seminggu," katanya. Bagi mereka yang prihatin dengan nasib Mohamad Rosidi boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 02109-41-000061-96-0 atas nama Khalijah. | |||
Posted: 27 Oct 2014 06:26 PM PDT
KAMPAR – Lebih 3,000 pelajar di empat sekolah, di sini tidak perlu lagi menggadai nyawa untuk menyeberangi Jalan Ipoh – Kuala Lumpur apabila sebuah jejantas baharu akan dibina di kawasan itu tidak lama lagi. Jejantas yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta akan dibina bagi menggantikan jejantas usang yang telah ditutup sejak enam bulan lalu. Empat sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist ACS Kampar serta SMK dan Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Yuan. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri, Datuk Dr Safry Kamal Ahmad berkata, projek berkenaan bakal dilaksanakan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai tentang risiko keselamatan ketika melintas jalan raya yang sempit dan sibuk. Menurutnya, jejantas terbabit tidak selamat digunakan dan ditutup berikutan sering dilanggar kenderaan yang melebihi had ketinggian. "Aduan ini sudah dipanjangkan ke ibu pejabat dan sudah menerima maklum balas. Kami sudah merangka sebuah jejantas baharu yang dianggarkan kos RM1.5 juta untuk diluluskan. "Buat masa ini, kami menjalankan siasatan lanjut di kawasan itu untuk mengambil tindakan sewajarnya yang boleh membantu orang ramai termasuk pelajar-pelajar untuk melintas dengan selamat," katanya. Dr Safry Kamal berkata, isu keselamatan perlu mendapat kerjasama daripada masyarakat terutama ibu bapa bagi memantau keselamatan anak-anak mereka. "Difahamkan terdapat anggota Rela ditempatkan untuk membantu memimpin pelajar-pelajar ini melintas selain terdapat lintasan pejalan kaki di lampu isyarat berhampiran. "Jadi, kesemua pelajar digalakkan untuk melintas jalan melalui dua inisiatif itu dan tidak melintas sendirian tanpa dipimpin oleh orang dewasa,' katanya. Sementara itu, pengawal keselamatan, Rahmad Ahmad, 37, berkata, jejantas itu kerap dilanggar oleh lori melebihi had ketinggian dan kejadian terbaru membabitkan lori balak menyebabkan jejantas itu senget. "Kemalangan juga sering berlaku di hadapan sekolah ini dan membahayakan pejalan kaki. Ketiadaan kemudahan ini berisiko kepada pelajar-pelajar untuk melintas berikutan ia merupakan jalan utama sehingga ada kala menyebabkan kesesakan lalu lintas. "Diharapkan pihak berkenaan dapat mempercepatkan kelulusan pembinaan jejantas ini," katanya. | |||
Berita gembira menanti Akmarul Posted: 27 Oct 2014 06:22 PM PDT
MELAKA - Usaha untuk mengumpul dana sebanyak RM30,000 bagi menampung perbelanjaan pembedahan Muhammad Akmarul Haikal Affizan, 8, yang mengalami masalah usus terkeluar, dijangka dapat dicapai dalam masa terdekat ini. Keyakinan itu disuarakan Pengarah Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka, Amir Hamzah Aziz yang memberitahu, kutipan terkini sehingga semalam sudah mencecah RM15,000 hasil sumbangan orang ramai. Ditambah beberapa pihak lagi yang menyatakan hasrat untuk membantu, sekali gus mencerahkan peluang untuk Muhammad Akmarul Haikal menjalani pembedahan di Munich, Jerman. Amir Hamzah yang turut terlibat dalam usaha membantu mengumpulkan dana itu berkata, lebih menggembirakan apabila ada yang turut menyatakan hasrat untuk menanggung keperluan keluarga kanak-kanak berkenaan ketika di Jerman. "Ada beberapa pihak sudah menyatakan hasrat untuk menyumbang bagi menampung keperluan dana yang masih tidak mencukupi. "Kita juga dapat khabar gembira apabila anak sebuah keluarga yang menetap di Munich, Jerman sudah menyatakan kesudian menampung keperluan keluarga kanak-kanak terbabit sepanjang berada di Jerman nanti," katanya yang memberitahu, akan mengumumkan sesuatu pada pada sidang media yang dijadualkan berlangsung hari ini. Sementara itu, ibu kanak-kanak itu, Naima Yuzi, 31, berkata, dia sekeluarga melahirkan rasa syukur tidak terhingga atas keprihatinan rakyat Malaysia terhadap anaknya yang akan diterbangkan ke Munich untuk menerima rawatan di sebuah hospital pakar di sana. Menurut Naima, dia sekeluarga akan berangkat 3 November depan dengan kos perubatan ditanggung sepenuhnya hospital berkenaan hasil kerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). "Kami mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada orang ramai yang membantu, kepada pihak media terutama Sinar Harian yang banyak membantu kami sekeluarga," katanya yang tinggal di Taman Sri Duyong 2 di sini. Sinar Harian sebelum ini melaporkan mengenai penderitaan Muhammad Akmarul Haikal yang mengalami Chron's Disease iaitu sejenis penyakit usus yang terkeluar. Keadaan itu telah mengakibatkan dia tidak dapat membuang air besar secara normal sementara perutnya membengkak serta punggungnya mengalami bengkak dan bernanah. Selepas menerima rawatan di Hospital Melaka, akhirnya kes itu dirujuk kepada PPUM yang kemudiannya menjalinkan kerjasama dengan sebuah hospital pakar di Jerman. Kes Muhammad Akmarul Haikal juga dirujuk kepada Pembela BN Melaka yang kemudian mengaturkan pihak untuk mendapatkan dana. Orang ramai yang mahu membantu Muhammad Akmarul Haikal boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank bapanya, Affizan Sarif (1540-2635-5020). | |||
Hidangan ikan patin Temerloh di Shah Alam Posted: 27 Oct 2014 06:20 PM PDT
[DIKEMASKINI] TIDAK perlu kembara hingga ke Pahang untuk menikmati hidangan asli ikan patin masak tempoyak dan variasi resipi popular negeri Tok Gajah kerana Restoran Temerloh Catering di Kompleks Dataran Automobil di Seksyen 15, Shah Alam pasti memenuhi selera pengunjung yang bertandang. Jejak sahaja kaki di premis ini pastinya aroma tempoyak membangkit selera pengunjung untuk menikmati makan tengah hari bertemakan hidangan popular dari Temerloh yang terkenal dengan keenakan ikan patin. Satu-satunya restoran di Lembah Klang yang menghidangkan menu ikan-ikan sungai yang segar menjadikan Temerloh Catering tidak lekang daripada kunjungan pelanggan setiap hari. Restoran masakan asli yang menghidangkan 30 menu istimewa dari hari Isnin hingga Ahad bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang pastinya setiap sajian yang ditawarkan tidak akan dapat dinikmati di kedai lain. Pemiliknya, Aina Yahya, 61, berkata, bagi menjaga kualiti setiap sajiannya ikan patin mas, patin buah dan patin sangkar diambil sendiri dari Temerloh selang dua hari. "Pengalaman 20 tahun mengusahakan perniagaan katering dan minat mencuba menjadi nadi kepada kejayaan hari ini. "Temerloh Catering kini berdiri dengan dua buah cawangan iaitu bermula di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh sekitar lapan tahun lalu dan operasi di Shah Alam kira-kira empat tahun," katanya. Aina berkata, tanpa pakej hidangan ditetapkan membolehkan pelanggan bebas memilih hidangan mengikut selera sendiri misalnya ikan kerai goreng dan masak lemak, ikan baung tempoyak, jelawat masak lemak, keli salai masak lemak, opor daging, pari asam pedas, sambal tempoyak pucuk ubi dan juga sambal hitam Pahang. Tambahnya lagi, selain itu sebagai pemecah selera sajian ulaman dan sayuran kampung juga turut tersedia untuk dinikmati bersama sambal tempoyak dan juga sambal belacan serta air asam. "Bagi menu masak lemak tempoyak patin sangkar RM10 seketul, patin buah RM20 seketul manakala patin mas RM25 seketul. "Selain itu, untuk ikan baung, jelawat dan kerai harga bermula RM18 hingga RM25 untuk setiap seketul," katanya. Bagi penghilang dahaga dan pedas pelanggan boleh memesan minuman air lemon soda, timun soda dan air naga yang sering mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung. | |||
Nelayan terkejut tangkap pari gergasi Posted: 27 Oct 2014 06:18 PM PDT
NENASI – Tiga nelayan terkejut apabila melihat seekor ikan pari bersaiz gergasi tersangkut pada pukat mereka ketika turun ke laut petang kelmarin. Seorang nelayan terlibat yang dikenali Che Deraman, 60an berkata, dia bersama dua lagi rakannya turun ke laut seperti biasa awal pagi kelmarin untuk mencari rezeki. Menurutnya, jumlah hasil tangkapan pada hari berkenaan adalah seperti biasa sahaja dan mereka turut mengambil masa untuk berehat sebentar ketika berada di laut Nenasi manakala pukat ikan telah diturunkan bagi menahan dan menangkap hasil laut. 'Kami kemudiannya memeriksa kedudukan dan menaikkan pukat untuk melihat hasil yang diperoleh, namun terkejut selepas melihat seekor pari yang amat besar dan berat berada di dalam pukat. "Kabel yang digunakan untuk mengangkat pukat membantu kesukaran kami menaikkan pari tersebut namun tetap bimbang kerana saiznya yang amat besar mampu menyebabkan kerosakan kepada pukat dan kabel," katanya ketika menimbang berat pari berkenaan di jeti Nenasi, di sini. Dia berkata, struktur isi ikan pari gergasi ini mungkin jauh lebih keras atau kenyal berbanding ikan lain namun ia menepati cita rasa dan mendapat permintaan tinggi pembeli dari negara jiran iaitu Singapura. "Ini tangkapan pari yang paling besar diperoleh kerana sepanjang menjadi nelayan sejak lebih 30 tahun lalu, saya juga sering memperoleh tangkapan ikan pari tapi selalunya berat ikan mencecah 100 kilogram lebih sahaja. "Harga ikan ini turut dikira melalui berat kilogram namun ia bersesuaian dengan tawaran di antara pembeli dan nelayan atau peraih yang bersetuju untuk menjualnya dengan harga semasa," katanya. | |||
Moyang 9 cicit gigih jual kerepek sekitar bandar Posted: 27 Oct 2014 06:17 PM PDT
KUALA POR - Biarpun usianya sudah menginjak warga emas, seorang moyang sembilan cicit, di sini, masih gigih mengusahakan kerepek pisang dan kerepek ubi bagi dijadikan sumber pendapatan untuk belanja hariannya. Maznah Deraman, 65, yang mula mengusahakan kerepek secara kecil-kecilan untuk dijual sekitar bandar Kuala Berang dan Ajil sejak 2000 kini mampu tersenyum puas kerana sudah mempunyai pelanggan tetap. Berkongsi cerita, warga emas yang turut mempunyai 17 cucu ini berkata, penglibatannya dalam industri kecil dan sederhana dalam bidang penghasilan kerepek bermula secara tidak langsung dan banyak dibantu serta disokong Jabatan Pertanian Daerah Hulu Terengganu. Menurutnya, sejak bergelar ibu tunggal setelah suami meninggal akibat masalah kesihatan Disember tahun lalu, kerepek pisang dan kerepek ubi itulah yang menjadi sumber rezeki utamanya. "Secara purata, seminggu saya boleh jual 60 bungkus dengan harga RM2 sebungkus, jadi dalam sebulan dapatlah sekitar RM400 hingga RM500. "Dengan duit inilah saya gunakan untuk belanja harian, tapi ada kalanya ia meningkat jika ada tempahan bagi program tertentu," katanya kepada Sinar Harian. Maznah berkata, pada awal berniaga, dia mengakui terpaksa 'tebalkan' muka menjaja kerepek sambil membimbit bakul, namun lama kelamaan ia menjadi perkara biasa. "Rasa malu dah pun hilang, lagi pun saya jual kerepek untuk cari rezeki yang halal. Malah, sekarang ini ada pembeli yang panggil saya dahulu untuk beli kerepek apabila terserempak. "Antara kerepek ubi yang dijual ialah pedas dan tawar, manakala pisang pula manis, tawar dan lemak," katanya. Bagaimanapun Maznah berkata, beberapa tahun belakangan ini bekalan pisang sukar diperoleh sehingga dia terpaksa berebut dengan pembeli lain di pasar pagi setiap Rabu dan Sabtu. Katanya, dia perlu keluar rumah seawal mungkin supaya dapat sampai ke pasar berkenaan di Kuala Berang sekitar jam 6.30 pagi. "Kalau lambat, memang saya akan pulang hampa kerana biasanya pisang akan habis dibeli sebelum jam 7 pagi lagi. "Biasanya saya ke pasar naik van tambang dengan bayaran RM2 bagi perjalanan satu hala, tapi kadang-kadang saya suruh anak hantar," katanya. Ibu kepada tiga anak itu berkata, selagi kudratnya terdaya, dia tidak akan berhenti mengusahakan pembuatan kerepek kerana selain sebagai sumber pendapatan, sehariannya juga akan terasa janggal jika tidak melakukan pekerjaan itu. | |||
Sanggup redah hutan cari madu tualang Posted: 27 Oct 2014 06:16 PM PDT
HULU BESUT - Institut Agropolis Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dengan kerjasama Unisza B-(Bikers) Care menganjurkan program kembara bermotosikal mencari Madu Tualang Jerteh yang terkenal dengan pelbagai khasiat semula jadi. Program yang berlangsung selama satu hari itu turut disertai penduduk dan 29 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Terengganu, Besut, Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan) Unisza, Profesor Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, pelbagai aktiviti diadakan pada program itu antaranya taklimat mengenai madu lebah, demonstrasi mengambil madu tualang oleh pemanjat dan kaedah membela lebah tualang. Menurutnya, pihak Agropolis Unisza ingin mengambil peluang mengenal lebah tualang secara lebih dekat dengan menganjurkan ekspedisi tersebut. "Peserta tidak melepaskan peluang melihat sendiri bagaimana madu tualang diambil dari hutan walaupun mereka kepenatan kerana terpaksa berjalan kaki selama satu jam setengah meredah hutan di kawasan Hulu Besut," katanya. Mohd Ekhwan berkata, Agropolis Unisza berhasrat bekerjasama dengan pencari lebah madu tualang untuk mengkomersialkan madu berkenaan di bawah jenama 'Madu Tualang Jerteh' bagi membantu meningkatkan ekonomi mereka. "Sebuah kawasan di Pasir Akar, Hulu Besut telah dikenal pasti bagi merealisasikan program ini di mana Agropolis Unisza menjadi hub kepada kajian saintifik lebah madu di negara ini," katanya. Sementara itu, pemanjat dan pencari madu lebah tualang, Yunus Ismail, 30-an berkata, pada musim ini, bilangan sarang untuk setiap pokok boleh mencapai 30 hingga 60 sarang dan hasil pengumpulan madu boleh mencecah sehingga 20 kilogram bagi setiap satu sarang. "Satu sarang boleh dituai madunya sehingga lima kali dalam masa tiga ke empat minggu dan pengambilan pula melalui beberapa proses antaranya mengasap, menaikkan dan menurunkan baldi untuk mengisi madu. "Selain itu, khasiat yang terdapat dalam madu ini juga antara tarikan utama dan sering mendapat permintaan ramai. Malah, harga madu ini juga boleh mencecah sehingga RM80 sekilogram," katanya. Yunus sudah hampir 20 tahun berpengalaman mencari dan menuai madu tualang. Program yang julung kali diadakan itu turut mendapat kerjasama AdunHulu Besut, Nawi Mohamad. Peserta ekspedisi kemudiannya menyambung perjalanan ke Kampung Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan untuk meneruskan pencarian di sana. | |||
Ketagih pil khayal usia 15 tahun Posted: 27 Oct 2014 06:15 PM PDT
TRAGEDI menyayat hati apabila kehilangan putera sulung yang lemas di sebuah pantai di Terengganu, masih 'hijau' ingatannya. Niat di hati bukanlah mahu melawan takdir, namun bekas penagih yang hanya mahu dikenali sebagai Ita ini pernah merasakan menyesal dan menyalahkan diri sendiri atas kejadian malang menimpa anaknya itu. Banyak masa juga, wanita berusia 36 tahun ini terfikir, mungkinkah insiden itu adalah peringatan ALLAH SWT terhadapnya, mengingatkan dia atas segala kekhilafan dilakukannya selama ini. Dilahirkan dalam keluarga besar, Ita mempunyai 11 beradik, tiga daripadanya lelaki dan selebihnya perempuan. Bapanya seorang nelayan dan ibunya pula suri rumah tangga. Cerita Ita, dia mula berjinak-jinak dengan pil khayal seawal usia 15 tahun. Ketika itu akuinya, dia terpengaruh dengan ajakan rakan dan mula mengambil pil khayal dipanggil 'Arjon'. "Arjon dijual dengan harga RM10, tujuh biji. Masa itu saya hanya suka-suka ambil pil tersebut untuk rasa khayal, namun lama-kelamaan saya ketagihan. Dari situlah bermulanya episod duka lara dan segala titik noda yang berlaku di dalam hidup saya," katanya sebak. Ita berkata, kerana malu disebabkan hidup miskin, dia mengambil keputusan berhenti sekolah semasa di tingkatan tiga. Segala ilmu yang pernah diajar oleh gurunya itu ditinggalkan, akan tetapi tabiat ketagihan dibawa sehinggalah dia mendirikan rumah tangga pada usia 16 tahun. "Pada awal usia perkahwinan, saya mengambil keputusan berhenti menagih tetapi suami saya pula yang lebih 'hebat' dalam hal ini. Dia juga penagih dadah jenis heroin dan kerana terbiasa dengan tabiat dulu, saya turut sama cucuk untuk memasukkan dadah dalam badan saya," ujarnya lagi. Kehidupan mereka berterusan begitu sehingga dikurniakan empat anak. Suatu hari, Ita dikejutkan dengan kedatangan seorang jiran sekampung yang memaklumkan anaknya lemas ketika mandi bersama tiga sepupunya. "Sebelum itu, saya dengar suara dia bermain-main di halaman rumah. Sekejap sangat, tiba-tiba seseorang datang beritahu anak saya lemas," katanya yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan dan berhampiran dengan pantai lokasi anaknya lemas. Ketika itu dia menyesal kerana berasakan tidak menjaga anaknya itu dengan baik sehingga terpaksa ditenangkan abang-abangnya supaya menerima perkara itu sebagai takdir ALLAH SWT yang ada hikmah di sebaliknya. Pun begitu, penyesalan yang dirasakan hanyalah seketika saja. Ita masih meneruskan tabiat ketagihannya sehingga pada suatu hari, dia rasa betul-betul gian dadah. "Apabila terlalu ketagih, otak tidak dapat berfikir dengan waras. Saya perlukan duit untuk dapatkan dadah. Saya balik ke rumah untuk meminta wang daripada ibu tetapi dia tiada di rumah. "Saya kemudian mengambil pisau dengan niat mahu menjual pisau itu kepada peniaga keropok di kawasan kejiranan kampung saya. Sekali lagi nasib tidak menyebelahi saya apabila orang yang saya cari untuk jualkan pisau itu tiada di rumah," katanya yang kemudiannya terserempak dengan seorang kana-kanak perempuan berusia 7 tahun, anak penduduk kampungnya. Ita meragut rantai leher yang dipakai kanak-kanak itu sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal. Dia kemudiannya menjual rantai berkenaan untuk mendapatkan bekalan dadah yang terlalu diinginkan itu. Kelegaan dapat melampiaskan giannya itu bagaimanapun tidak kekal lama. Ita berjaya ditahan polis dua minggu selepas kejadian. "Sekarang saya di sini, di sebalik tirai besi kerana perlu menjalani hukuman empat tahun penjara seperti yang telah diputuskan penghakiman dunia. Ini baru hukuman dunia tetapi saya tetap syukur kerana terpilih untuk berada di sini. "Inilah tempat saya, tempat yang mengingatkan semula siapa diri saya dan dari mana lahirnya saya. Mengembalikan semula saya kepada Yang Maha Pencipta. Saya bukan sahaja kehilangan seorang anak, malah saya juga hilang suami apabila diceraikan," katanya mengakhiri cerita perjalanan hidupnya sebelum menghuni Penjara Pengkalan Chepa, di sini. | |||
Sakinah, Aliff jatuh cinta pandang pertama Posted: 27 Oct 2014 06:12 PM PDT "SAYA mula jatuh hati dengan Aliff sewaktu pertama kali berjumpa dan bertentang mata dengannya selepas diperkenalkan oleh seorang rakan sekitar bulan Februari lalu," getus pelakon Sharifah Sakinah ringkas usai majlis pertunangannya bersama jejaka bernama Aliff Adha Jamil, 26, di kediaman keluarganya di Taman Melawati, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Tuan empunya nama, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, dilihat begitu bijak merahsiakan rencana cintanya bersama Aliff daripada pengetahuan khalayak umum. Tanpa 'angin kencang', pelakon telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu terus mengumumkan tarikh pertunangannya beberapa minggu lalu. Berbicara tentang bunga-bunga cinta yang berputik antara mereka berdua Sakinah berkata, ianya bermula selepas Aliff menyertai program senaman dan kesihatan anjurannya, Fitnessakinah. "Kami berdua berjumpa setelah diperkenalkan oleh seorang kawan rapat. Selepas berjumpa, kami kemudian bertukar-tukar nombor telefon dan terus berhubung menerusi khidmat pesanan ringkas. "Waktu itu, Aliff tidak sekurus ini dan badannya kelihatan sedikit berisi. Saya terus menawarkan diri untuk melatih dan menolongnya untuk menurunkan berat badan. "Daripada perkenalan itu, saya mula jatuh hati padanya. Alhamdulillah, saya berasa sangat gembira apabila kami telah diikat sebagai pasangan tunang secara rasmi pada malam ini," ujarnya sambil memberitahu program kesihatannya itu sedikit sebanyak membuka laluannya bertemu dan mengenali jejaka yang kini bergelar tunangnya. Persefahaman Ketika ditanya adakah tidak terlalu awal bagi mereka menjalinkan ikatan pertunangan sekali gus bakal menamatkan zaman bujang pada 28 Mac tahun hadapan, Sakinah berkata, jika kedua-dua belah pihak sudah bersedia, tiada apa yang perlu dilengahkan lagi. "Selepas berkenalan dan menjalinkan hubungan rapat, kami berasa masing-masing telah menunjukkan tanda keserasian. Justeru, apabila Aliff melamar bulan lalu, saya terus bersetuju. "Saya tidak kisah jika ada yang mengatakan ikatan pertunangan ini terjalin terlalu pantas. Bagi saya, apabila Aliff sudi melamar saya, bermakna dia telah bersedia untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya," ujar Sakinah lagi. Walaupun senggang masa enam bulan sebelum bergelar isteri kedengaran terlalu pendek, Sakinah tidak terlalu memikirkan tentang persediaannya sebelum mendirikan rumah tangga. Malah, adik kepada pelakon Sharifah Shahirah itu memberitahu, apa yang lebih penting adalah komunikasi serta persefahaman yang ditonjolkan oleh kedua-dua mereka. "Proses belajar memasak dan mengatur rumah tangga boleh dipelajari selepas kami berkahwin nanti. "Apa yang penting adalah rasa percaya yang dibina antara satu sama lain. Selepas faham memahami, barulah kita boleh hidup secara harmoni. Lagipun, belajar memasak dan mengemas rumah bersama-sama bukankah lebih manis?," jelasnya sambil tertawa. Faham karier Melihat kepada personaliti kedua-dua pasangan itu, ternyata Aliff tampak lebih pendiam jika dibandingkan dengan Sakinah. Namun, setiap kali buah hatinya itu menuturkan sesuatu perkara yang lucu, pasti bibirnya tidak lekang daripada memekarkan senyuman. Ditanya apa istimewanya Sakinah pada mata Aliff, juruterbang syarikat penerbangan FireFly itu berkata, selain bersifat kelakar, Sakinah merupakan seorang gadis yang sederhana dan tidak mudah merajuk. "Sepanjang mengenalinya, Sakinah merupakan seorang gadis yang baik. Jika ada sebarang masalah, kami sering duduk berbincang bersama. "Lagipun, kami berdua jenis suka berterus-terang. Apa yang kami suka atau tidak, kami akan suarakan supaya masing-masing tidak berkecil hati," kata Aliff yang tidak akan menghalang tunangnya itu untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon pada masa akan datang. Meriah Mengimbau kembali acara tersebut, majlis pertunangan Sakinah dan Aliff pada malam itu diraikan dengan penuh meriah. Pelamin rekaan Adiputra Decor yang terletak di sudut tengah ruang tamu dihias cantik dengan ratusan kuntuman bunga ros kuning sepadan dengan tema warna-warna pastel yang dipilih oleh pasangan itu. Pada majlis tersebut, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek. Pihak perempuan pula membalas dengan tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan. Bagi memulakan majlis, Datuk Wira Jamil Osman, bapa kepada Aliff yang mewakili pihak lelaki menyampaikan sepatah dua kata sebelum perbincangan tentang pertunangan anaknya dimulakan. Kemudian, ibu kepada Aliff, Datin Rodzi Abdullah meneruskan majlis berkenaan dengan menyarungkan cincin ke jari manis Sakinah. Turut hadir ibu dan bapa Sakinah, Sharifah Zubaidah Syed Alwi dan Syed Abu Bakar Syed Abd. Rahman serta kedua-dua kakaknya, Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar dan Sharifah Shahirah. Pada malam itu, teman rapat Sakinah, Jihan Muse, Marsha Milan Londoh, Siti Saleha dan Liza Abdul turut terlibat sebagai pengiring. Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis termasuklah pengarah Michael Ang serta pengacara dan pelakon Raja Azura. Keluarga Sakinah dan Aliff telah bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mac 2015. | |||
Datuk Siti Nurhaliza dominasi AIM21 Posted: 27 Oct 2014 06:11 PM PDT SUDAH hampir dua dekad berkecimpung dalam bidang muzik, biduanita negara, Datuk Siti Nurhaliza membuktikan beliau masih menduduki carta penyanyi nombor satu negara apabila mendapat lapan pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21) yang akan diadakan pada 6 Disember depan. Dalam satu pengumuman finalis yang diadakan oleh penganjur AIM21, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) di Hotel Istana baru-baru ini, sebanyak 17 kategori telah dipertandingkan dan penyanyi tersohor negara itu mendominasi separuh daripada kategori yang dipertandingkan menerusi album terbaharunya, Fragmen. Siti dicalonkan dalam kategori Kulit Album Terbaik (Fragmen), Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu – Wanita (Lebih Indah), Rakaman Album Terbaik (Fragmen), Lagu Pop Terbaik (Jaga Dia Untukku) dan Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu (Lebih Indah). Menariknya pada tahun ini, penyanyi tersebut juga turut tercalon dalam kategori Pop Etnik menerusi lagu Popaleh Weh dan bersaing bersama empat penyanyi lain termasuk Noraniza Idris, Azmir Arif, Fauziah Suhaili dan Ahmad Fedtri Yahya. Selain Siti, penyanyi hip-hop Joe Flizzow dilihat turut mendominasi pencalonan apabila mendapat enam pencalonan pada AIM21 menerusi album solonya, Havoc dan kolaborasi bersama kumpulan Sleeq, Ila Damiaa dan SonaOne. Havoc juga turut dicalonkan dalam kategori Video Muzik Terbaik menerusi lagu Apa Khabar dan ia turut menerima pencalonan dalam Lagu Hip Hop Terbaik. Lagu Havoc dan Tepi Sikit kolaborasi bersama Sleeq turut dicalonkan dalam kategori sama. Joe juga turut mendapat pencalonan dalam kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik menerusi lagu duet bersama Illa Damiaa iaitu Di Sebalik. Selain itu, bagi kategori lain termasuk Album Terbaik, calon yang mencuba nasib ialah kumpulan Wings melalui album terbaharu mereka berjudul Menakluk Kosmos!, Salamiah Hassan (Aku) dan Stacy (#1). Bagi kategori Artis Baharu Terbaik, lima artis yang tercalon adalah Azmarul Azuan, Fakhrul Razi, Poova, Russell Curtis Project dan SonaOne. SonaOne turut dicalonkan dalam kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik iaitu No More. Antara calon lain yang bertanding adalah Liza Hanim, Akim Ahmad, Forteen, Azhael, Noraniza Idris, Nora dan Spider. Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim memberitahu, tahun ini menyaksikan peningkatan pencalonan sebanyak 20 peratus atau 670 calon yang menghantar penyertaan berbanding hanya 564 pencalonan pada AIM sebelumnya. "Peningkatan ini disifatkan sebagai cukup baik kerana ia membuktikan industri muzik kita masih berkembang serta anak seni masih mempercayai kredibiliti penganugerahan ini," jelasnya. Rosmin menambah, pihaknya melantik 67 orang juri profesional untuk menilai dan memberi markah kepada semua pencalonan untuk 20 kategori dipertandingkan. Antara juri yang terlibat dalam pemilihan calon ialah Datuk Adnan Abu Hassan, Acis, Aubrey Suwito, Helen Yap, Joe Wings dan Sharon Paul. AIM21 dijadualkan berlansung pada 6 Disember depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria. | |||
Tarikan isteri pandai berniaga Posted: 27 Oct 2014 06:09 PM PDT KANGAR – Wanita warganegara Thailand yang memiliki kemahiran perniagaan yang baik merupakan antara faktor utama mereka digilai oleh lelaki Malaysia hingga ramai antara mereka sanggup berkahwin sekali lagi. Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama dan Pembangunan Sumber Manusia Perlis, Khairi Hassan yang memaklumkan hal itu berkata, wanita-wanita di negara Gajah Putih itu hidup berdikari dengan membuka perniagaan restoran, butik kecantikan dan salun rambut. "Keistimewaan itu yang menyebabkan lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an nekad menikahi wanita Thailand yang berusia 20 tahun ke atas," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini. Selain itu, Khairi memberitahu, faktor sampingan yang turut mendorong warga tempatan berbuat demikian ialah pesona yang dimiliki oleh wanita di sana yang mempunyai wajah yang jelita dan penampilan lebih elegan. "Ada juga yang mendakwa kononnya mereka lebih pandai menjaga hati suami berbanding wanita tempatan," katanya. Khairi berkata, pihaknya menerima lebih 3,000 permohonan pernikahan semula pasangan yang bernikah di Selatan Thailand di seluruh negara setiap tahun. Meskipun denda sebanyak RM1,000 dikenakan kepada setiap individu, itu ternyata tidak menghalang gejala terus berlaku kerana nilai denda itu mampu dibayar. "Perkara ini terjadi sebab si lelaki takut untuk beritahu hasratnya berkahwin kepada isteri tua masing-masing. Ada juga pasangan yang tidak dapat restu daripada keluarga," jelasnya. Antara lokasi-lokasi pernikahan popular pasangan Malaysia di Thailand ialah di masjid-masjid sekitar Songkhla, Narathiwat, Pattani dan Sadao. Khairi berpendapat, sekiranya suami mahu berpoligami kerana ingin mengelak daripada melakukan perkara maksiat, tujuan itu perlu dicontohi. "Namun, sekiranya suami hanya ingin mengambil kesempatan untuk berpoligami dan menambah isteri tanpa memaklumkan kepada isteri pertama, kedua atau ketiga hanya atas dorongan nafsu, ia suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. "Jangan ambil kesempatan kerana urusan pernikahan ini melibatkan hukum agama Islam," katanya. Khairi menambah, walaupun syarat poligami di Perlis tidak memerlukan kebenaran isteri pertama, namun hanya tiga peratus lelaki negeri ini yang berkahwin lebih seorang. | |||
300 sertai pertandingan janggut, misai Posted: 27 Oct 2014 06:07 PM PDT PORTLAND, Amerika Syarikat – Seramai 300 peserta menyertai pertandingan janggut dan misai tercantik yang berlangsung di Auditorium Keller di sini baru-baru ini. Pertandingan tersebut dipecahkan kepada 17 kategori termasuklah kategori janggut semula jadi tercantik dan janggut gaya bebas tercantik. Menurut penganjur, seramai 300 peserta dari sembilan buah negeri bertanding dalam kejohanan kali itu untuk mewakili Amerika Syarikat di pertandingan peringkat dunia yang berlangsung di Austria pada tahun depan. Katanya, pemenang dipilih berdasarkan kecantikan dan keunikan janggut serta misai milik mereka. Juara keseluruhan dimenangi oleh seorang lelaki dari bandar ini, Madison Rowley. | |||
Posted: 27 Oct 2014 06:06 PM PDT SEORANG pemuda, Ahmad Hazuan Hasmi yang lengkap berpakaian seperti seorang pendekar kelihatan begitu khusyuk mengikir dan menajamkan sebilah pisau belati. Selepas berpuas hati dengan ketajaman pisau tersebut, Ahmad Hazuan, 29, mengeluarkan pula beberapa senjata lain hasil kerja tangannya sendiri seperti parang dan pedang. Bagaimanapun, senjata yang paling mencuri tumpuan para pelancong adalah keris kerana setiap keris mempunyai perbezaan dari segi saiz, keluk dan pamor. Meskipun terdapat keris yang tidak memiliki ciri-ciri seperti itu, ia tetap dianggap unik kerana dicipta secara berpasangan bersama sarungnya. Anak kelahiran dari Kampung Datuk Kayaman, Perlis itu kemudiannya melakukan demonstrasi untuk menguji ketajaman senjata-senjata tersebut dengan menghiris sehelai surat khabar lama hanya dengan satu hirisan. Selain itu, beliau turut mendemonstrasikan proses-proses membuat keris seperti menempa, membentuk, mengikir dan menyepuh. Senjata tradisi Ahmad Hazuan berkata, proses untuk menghasilkan sebilah keris sangat berbeza kerana bergantung kepada saiz, keluk dan pamor. Malah, anggaran masa untuk menghasilkan sebilah keris mungkin memakan masa lebih daripada lapan bulan. "Pembuatan keris ini bukan satu kerja yang mudah kerana keris ialah sejenis senjata tradisi dan cara pembuatannya pula memerlukan seni. "Senjata lain seperti pisau dan parang lebih mudah untuk dihasilkan kerana ia merupakan senjata bagi kegunaan harian," ujarnya yang telah menceburkan diri dalam bidang pembuatan keris selama lapan tahun. Menurutnya, harga keris berbeza-beza bergantung kepada saiz dan ukiran seninya. Sebilah keris berharga antara RM1,000 hingga RM5,000. Ahmad Hazuan turut menerima tempahan daripada pelancong dari dalam dan luar negara terutama dari Perancis dan Belanda. Mengimbas perjalanan karier Ahmad Hazuan, beliau dahulunya merupakan seorang ahli perbankan sebelum menceburkan diri sepenuhnya dalam pembuatan keris pada tahun 2006. Menurutnya lagi, mengumpul senjata merupakan sebahagian daripada hobinya sejak remaja lagi. Oleh kerana minatnya yang mendalam, beliau sanggup mencari pakar membuat senjata. Beliau juga berasa bertuah kerana berpeluang mempelajari ilmu pembuatan senjata daripada seorang tok guru yang dikenali sebagai Sahabudin Bakar. Tambahan pula, beliau tidak hanya belajar membuat keris tetapi lengkap dengan pembuatan hulu dan sarung keris daripada tok gurunya yang berasal dari Perlis. Empat tahun kemudian, Ahmad Hazuan mula menghasilkan senjata buatan sendiri secara berperingkat bermula dengan parang dan pisau sebelum mempamerkan kemahiran tinggi menghasilkan keris. Bekas pelajar Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan itu kini dianggap sebagai 'orang pandai besi' iaitu seseorang yang mahir dalam penghasilan belati. Setakat ini, antara senjata buatannya terdiri daripada pisau, parang, keris, pedang, sundang, lembing dan tumbuk lada. Berdasarkan kemahirannya itu, beliau dijemput untuk menunjukkan hasil kerja tangannya buat pertama kali di Muzium Negara bersempena dengan Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia baru-baru ini. Sejarah Pameran itu turut mempamerkan artifak-artifak senjata sejak zaman prasejarah sehingga ke zaman moden. Lebih-lebih lagi, pameran tersebut tidak hanya mempamerkan artifak tetapi turut membongkar sejarah dan kegunaan senjata yang digunakan untuk tujuan peperangan. Senjata-senjata yang dipamerkan dalam pameran itu termasuklah pedang, pistol, meriam serta peralatan pelindungan seperti baju besi, baju wafak dan perisai. Seorang pengunjung, Ahmad Amir Shahizan berkata, pameran senjata itu tidak hanya menarik perhatian tetapi memberikan pelbagai ilmu yang tidak pernah diperolehnya sebelum ini. Ilmu pengetahuan "Kita hanya tahu bahawa senjata lazimnya digunakan untuk tujuan peperangan tetapi banyak lagi kegunaan senjata yang tidak ketahui. "Muzium merupakan salah satu tempat untuk kita meningkatkan ilmu pengetahuan dan program ini sangat membantu kami untuk berfikir secara lebih rasional," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Ahmad Amir berkata, kehadiran ramai pengunjung terutama yang membawa anak-anak untuk menyaksikan pameran itu merupakan satu langkah yang baik. "Pendedahan ini sangat baik untuk anak-anak kita supaya mereka tahu tentang kegunaan senjata dan menggunakannya untuk tujuan yang betul," ujarnya. Pameran senjata kali ini menghimpunkan lebih daripada 1,000 artifak terpilih daripada Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Polis Diraja Malaysia, Muzium Tentera Darat serta muzium-muzium dari luar negara seperti Indonesia, Korea dan United Kingdom. Antara senjata yang mencuri tumpuan utama pada pameran ini ialah Pedang Al-Ma'thur atau dikenali sebagai pedang milik Rasulullah SAW. Namun, pedang itu hanya replika kerana pedang asal tidak dapat dibawa keluar dari Turki atas sebab-sebab tertentu. Dalam pada itu, Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail berkata, Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia itu merupakan pameran yang terbesar pernah diadakan dan menghimpunkan kepelbagaian artifak dari pelbagai muzium. "Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang sejarah senjata dan perkembangan evolusinya," katanya pada majlis pembukaan pameran bulan September lalu. Ibrahim berkata, ramai orang beranggapan bahawa senjata ialah sejenis alat pemusnah yang digunakan untuk peperangan semata-mata tetapi mereka juga lupa bahawa senjata merupakan simbol ketamadunan manusia. "Kini, nilai-nilai kemanusiaan penggunaan senjata sudah hilang, maka pameran ini secara tidak langsung dapat membantu meluaskan pengetahuan pengunjung tentang penggunaan senjata," ujarnya. | |||
Pengangkutan awam masih bukan pilihan Posted: 27 Oct 2014 06:02 PM PDT MESKIPUN banyak lebuh raya dibina dan laluan ekspres giat dibina di pusat-pusat bandar, namun kesesakan lalu lintas masih berlaku dan keadaannya semakin teruk. Nampaknya, orang ramai memilih memandu sendiri walaupun harga petrol Apakah faktor yang menyebabkan orang ramai tidak mahu menaiki pengangkutan awam seperti bas, Transit Aliran Ringan (LRT), tren dan teksi walaupun pilihan itu ternyata lebih murah? Berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada laman web sosial, seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Irina Muis mengakui dirinya sebagai pengguna pengangkutan awam tegar selama bertahun-tahun. Keselamatan "Saya rasa susah, sesak, lama tunggu, penat dan takut bila gunakan pengangkutan awam. Tambahan pula susah nak dapat tempat duduk. Kalau naik kereta sendiri tak terikat dengan masa. Kalau jam sekali pun, kita dalam kereta lebih selesa," katanya. Keselamatan kereta dan keperluan keluarga menjadi keutamaan bagi Jaja Karim berkata: "Bila naik LRT kena parking berdekatan stesen LRT tapi bimbang pula kereta kena pecah atau curi. Kena ambil anak pula lepas kerja, terkejar-kejar sangat." Seorang pengguna yang hanya dikenali sebagai Mhh Meow pula berkongsi pendapat yang berbunyi sedikit keras. "Pengangkutan awam tak cekap. Kalau naik bas, nak kena naik teksi pula, kalau tidak, memang tak sampai. Kalau naik teksi insya-Allah sampai terus tapi lelaki pun takut balik tengah malam, apa lagi perempuan," katanya. Keselesaan, lokasi, keanjalan masa, keperluan dan keselamatan antara sebab utama ramai yang tidak mahu menggunakan khidmat pengangkutan awam. Seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 30, memberitahu pengalaman berulang-alik dengan bas hampir setiap hari semasa belajar di universiti sedekad lalu menyebabkan dia serik menaiki pengangkutan awam. "Bayangkan berhimpit-himpit dalam bas, kena berdiri pula dari Perhentian Bas Klang ke Shah Alam. Perjalanan selalunya satu jam lebih sebab kesesakan lalu lintas di Federal Highway. Nak naik komuter, stesen jauh dari kampus, kena ambil teksi pula. Teksi tahu sajalah, ada yang tidak jujur, caj mahal dan tidak pakai meter," ujarnya. Noraini bagaimanapun, lebih selesa memandu Viva kesayangannya meskipun terpaksa menempuh kesesakan. Bagaimanapun punca utama mengapa ramai tidak mahu menaiki pengangkutan awam ialah faktor keselamatan selain lokasi yang kurang sesuai. Misalnya, stesen komuter atau perhentian bas yang sunyi kerana terletak agak jauh dari pusat aktiviti orang ramai. S. Kisho Kumari, 29, pernah diragut dua kali sepanjang dua tahun pertama beliau bekerja di Bernama. "Pengangkutan awam tidak akan membawa anda sehingga ke depan pintu masuk. Anda masih perlu berjalan lagi untuk sampai ke destinasi," kata gadis dari Tapah, Perak ini. Dia pernah disamun ketika berjalan dari perhentian bas untuk pulang ke rumah. Saya perlu ambil masa kira-kira 10 minit berjalan untuk sampai ke rumah. Bas hanya berhenti di jalan utama. Pada masa itu saya memang tiada pilihan terpaksa jalan kaki seorang diri," ceritanya. Menurutnya, kali kedua dia diragut selepas turun bas untuk ke pejabat. Kali ini rantai lehernya menjadi sasaran peragut motosikal. Meskipun cubaan ragut itu gagal, peristiwa itu masih berbekas di ingatannya sehingga menyebabkan Kisho agak fobia untuk menaiki bas. Dia kini menggunakan kereta dan cuma sesekali sahaja menaiki pengangkutan awam. Cabaran Noraini dan Kisho, yang boleh dikelaskan sebagai golongan berpendapatan sederhana mungkin masih mampu untuk menampung kos kenaikan harga petrol. Namun, bagaimana pula mereka yang terpaksa menggunakan pengangkutan awam? Inilah yang menjadi cabaran bagi SPAD iaitu membangunkan satu sistem pengangkutan awam di negara ini yang bersepadu, cekap dan selamat. Badan itu yang ditubuhkan pada tahun 2010 mewujudkan pelan Pembangunan Berorientasikan Pengangkutan yang dikenal pasti sebagai satu daripada pelan tindakan utama dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Kebangsaan. Menurut Timbalan Pengurus Besar Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPAD, Nor Fanim Mohd. Amin, proses menambah baik sistem pengangkutan awam sedia ada di Malaysia ke tahap yang cemerlang seperti di Hong Kong, mengambil masa yang lama dan beliau sendiri tidak berani untuk menyatakan satu jangka masa tertentu. SPAD menetapkan sasaran 40 peratus penduduk bandar akan mengguna pengangkutan awam menjelang 2030 berbanding 20 peratus pada masa kini, kata Nor Fanim kepada pemberita pada siri syarahan Veritas Metropolis TOD Development for Kuala Lumpur baru-baru ini. Badan itu menggalas tugas berat mengkoordinasikan agensi-agensi berkaitan pengangkutan darat termasuk kerajaan tempatan dan syarikat pemaju bagi mencapai matlamat itu. Dari segi dasar, suruhanjaya berkenaan mengenal pasti lima imperatif strategik untuk membantu mencapai sasaran berkenaan. Salah satu yang menjadi keutamaan ialah meningkatkan tahap keselamatan pengangkutan awam. Imperatif lain termasuklah meningkatkan sambungan pengangkutan awam bagi penduduk bandar dan akses ke kawasan luar bandar, memastikan perkhidmatan pengangkutan awam pada kos berpatutan, mengukuhkan peringkat-peringkat perkhidmatan, mengurangkan kesesakan dan pencemaran. | |||
Semangat porter sebagai motivasi Posted: 27 Oct 2014 06:00 PM PDT MELIHAT panorama Gunung Kinabalu pasti membuatkan sesiapa saja tidak berkedip mata. Malah, ia seakan-akan melambai-lambai sesiapa sahaja untuk menakluknya. Namun, gunung yang memanjang di Banjaran Crocker itu bukan sahaja memerlukan seorang pendaki yang memiliki kemahiran dan kecekalan tinggi malah perlu membuang ego diri. Mengikut perkiraan, jarak perjalanan cuma 8.5 kilometer (km) tetapi menawarkan pendakian menegak setinggi 3,075.2 meter. Kiraan itu diambil dari perjalanan Timpohon Gate yang berketinggian 1,830 meter dari paras laut dengan puncak tertinggi di Asia Tenggara itu yang dikenali sebagai Low Peak iaitu 4,905.2 meter. Episod seperti keluhan lesu dan penat, kejang serta 'meminta nyawa' adalah perkara biasa dilontarkan oleh para pendaki setiap kali mencuba laluan yang dirintis oleh dua pendaki pertama iaitu seorang penduduk tempatan kaum dusun iaitu Gunting Lagadan dan Gabenor British di Labuan, Sir Hugh Low. Tolak pelawaan Kedua-dua perintis terbabit mengambil masa selama tiga minggu untuk membuka jalan tersebut. Atas kejayaan mereka merintis laluan itu, nama kedua-duanya disemadikan di papan tanda dan puncak. Kedua-dua lokasi ini menjadi kegilaan para pendaki merakamkan gambar setiap kali berjaya menawan gunung terbabit. Bagi Loo Hun Ching, 27, pendakian tersebut amat menyeronokkan kerana berpeluang melihat pelbagai fauna seperti pohon periuk kera bersaiz gergasi selain lumut hijau yang masih basah dek air embun. Menurut Eksekutif Makanan dan Minuman Pusat Perubatan Mahkota (MMC) Melaka itu, kewujudan fauna tersebut secara tidak langsung menghilangkan rasa penat apatah lagi ketika melalui trek pendakian batu granit yang tersusun secara semula jadi seperti menaiki tangga. "Keadaan trek di sini agak licin kerana cuaca yang sentiasa lembab dan basah serta berkabus yang memerlukan kita berhati-hati setiap kali melangkah. "Tapi saya rasa sangat gembira sebab dapat bersama-sama mendaki pada program ini," katanya yang ditemui semasa pendakian ke Gunung Kinabalu baru-baru ini. Di sebalik bentuk badan Hun Ching yang agak sederhana dengan ketinggian 160 sentimeter dan berat 54 kilogram (kg), kekuatannya tidak boleh dinilai dari aspek fizikal. Buktinya, apabila anak kelahiran Ipoh, Perak itu gagah mengangkat bebanan sehingga 15kg. Ia merupakan satu bebanan yang agak berat bagi seorang wanita yang mendaki dari Timpohon Gate ke Laban Rata dengan ketinggian menegak 1,522 meter. Malah, dia juga menolak pelawaan porter atau pengangkut barang yang sering kali memujuk dan menasihatinya agar menggunakan perkhidmatan mereka bagi memudahkan pendakian. "Secara psikologi dan fizikal, saya telah cukup bersedia untuk pendakian setelah menjalani latihan selama enam bulan sejak bulan Februari lalu. "Letih memang letih tetapi saya cuma lakukan rentak langkahan seperti dipelajari sebelum ini sambil menikmati kehijauan alam diiringi bunyi cengkerik," seloroh anak kedua daripada empat beradik itu. Ujian pendakian Jawapan yang diberikan oleh Hun Ching kemudiannya disokong oleh Ketua Ekspedisi, Anas Md. Nor, 43, yang memberitahu sesi pemilihan telah dilakukan terhadap 52 peserta MMC bagi memilih hanya 20 peserta yang berkualiti termasuk pendaki gantian sempena ulang tahun ke-20 MMC tahun ini. Ujarnya, setiap peserta diuji dari segi ketepatan masa, semangat setia kawan dan kekuatan fizikal individu. "Ujian kelayakan telah dilakukan di Taman Botanical Melaka yang memerlukan setiap peserta melakukan larian sejauh 8km dengan membawa bebanan seberat 10kg bersamaan sekampit beras setiap seorang. "Selain itu, peserta turut diuji dengan pendakian condong 45 darjah di Bukit Beruang dengan bebanan yang sama. Semua ini dilakukan sejajar dalam memastikan kesemua peserta dipilih sampai ke puncak Gunung Kinabalu," katanya. Anas menerangkan, setiap peserta yang telah dipilih menjalani prapendakian dengan mendaki Gunung Ledang di Johor serta Gunung Angsi, Negeri Sembilan. Sehubungan itu, menyedari setiap individu mempunyai kekuatan yang berbeza, setiap peserta MMC dipecahkan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada empat hingga lima peserta. Motivasi Bagi Nor Mohd. Fairuz Satibi, 31, yang ditugaskan sebagai ketua kumpulan D dan bertindak sebagai gate keeper memerlukannya berada di kedudukan terakhir dalam kumpulan. Menurutnya, tindakan itu bagi memastikan kelancaran perjalanan pendakian seterusnya mengelakkan pendaki yang tercicir biarpun telah disediakan jurupandu arah atau malim gunung oleh Taman-Taman Kinabalu. "Memang kadang-kadang ada rasa ingin berada di hadapan tetapi kita bergerak secara berkumpulan dan harus membuang rasa ego bahawa kita adalah kuat dan pantas. "Sebaliknya, kesemua kekuatan itu digunakan dalam membantu ahli pasukan terutama dalam aspek komunikasi, memberikan semangat di samping merasai keseronokan mendaki," katanya. Pada program yang julung-julung kali dianjurkan MMC itu, kesemua 20 peserta ekspedisi termasuk empat doktor pakar berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu antara pukul 10.30 pagi hingga 11 pagi pada 21 Ogos lalu. Kejayaan itu diperoleh selepas mereka dibenarkan memulakan pendakian terakhir ke Low Peak dari Laban Rata bermula pada pukul 6 pagi selepas gagal mendaki pada waktu lazim iaitu pukul 2.30 pagi kerana faktor hujan lebat. Dalam menempah nama sebagai antara peserta yang berjaya, Nur Zulaiqha al-Juhari, 23, merasa amat teruja kerana dapat menikmati pemandangan indah dari puncak terbabit. Bagaimanapun, gadis periang yang meminati warna biru laut itu turut mengakui agak gayat terutama ketika melihat laluan yang ditempuh sewaktu dalam proses menuruni semula ke kawasan permulaan pendakian iaitu Timpohon Gate. "Sebaik menuruni puncak, hujan agak lebat ditambah dengan kabus tebal membuatkan penglihatan agak terbatas. "Keadaan menjadi lebih genting apabila melalui kawasan curam di lereng gunung selepas pusat pemeriksaan Sayat-Sayat memerlukan kami memegang erat tali kerana jika tersalah langkah akan mengundang risiko yang tinggi," ujar Eksekutif Pemasaran MMC itu. Zulaiqha memberitahu, sepanjang program terbabit dia belajar banyak perkara terutama ketahanan psikologi dan semangat yang ditunjukkan oleh jurupandu arah dan porter yang sentiasa gagah merintangi laluan di gunung terbabit. "Sudahlah sejuk, penat dan lapar ditambah hujan lebat menjadikan pendakian lebih sukar. Treknya juga sentiasa menegak. "Sehubungan itu, saya menjadikan kekuatan porter sebagai motivasi sepanjang pendakian ini sambil dibantu oleh rakan-rakan," ujarnya. Biarpun hanya memerlukan dua hari pendakian berbanding gunung-gunung lain di negara ini yang memakan masa lebih lama, aspek keselamatan amat ditekan terutama apabila berhadapan dengan cuaca sejuk sehingga 3 darjah Celcius. Keadaan ini menyebabkan pendaki mengalami kesejukan yang amat sangat sehingga menusuk tulang. Seluruh anggota terasa kebas dan rasa amat sukar untuk bernafas yang merupakan gejala penyakit altitud. Justeru, pakar saraf bedah MMC, Dr. Wong Wee Yen menegaskan, teknik pernafasan yang betul adalah menggunakan hidung berbanding mulut. Katanya, penggunaan mulut akan membuatkan udara yang disedut adalah sejuk dan membuatkan tekak sentiasa kering dan sukar bernafas. "Semakin kita mendaki semakin nipis oksigennya. Apabila oksigen yang disedut tidak betul dan tidak mencukupi kepala akan menjadi pening, mual, terasa mahu tidur dan berhalusinasi. "Otak merupakan organ yang tinggi metaboliknya. Secara umumnya, dalam masa tiga minit jika otak tidak menerima oksigen, ia boleh menyebabkan seseorang koma dan mengalami kematian otak dalam masa lima minit selepas itu," jelasnya. | |||
AuraWhite mudah dibeli di butik Sasa Posted: 27 Oct 2014 05:59 PM PDT SEBAGAI duta kepada produk kecantikan AuraWhite, Natasha Hudson mengakui bahawa dia berasa sangat bangga dengan jenama tersebut. Perasaan itu semakin membuak-buak apabila jenama tersebut dijual menerusi rangkaian butik kosmetik gergasi Asia, Sasa di seluruh negara sejak sebulan lalu. Natasha mula menjadi duta produk AuraWhite Beauty Stemcell Collagen kira-kira setahun lalu kerana tertarik dengan produk yang diasaskan menggunakan bahan semula jadi bersama gabungan ekstrak buah-buahan itu. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk itulah menjadi faktor utama Natasha menerima tawaran untuk menjadi duta produk berkenaan. Produk tersebut merupakan salah satu daripada rangkaian produk AuraWhite Beauty di bawah AuraWhite Global Sdn. Bhd. Pelakon filem Chermin itu turut mengakui dia sememangnya amat cerewet mengenai produk kesihatan terutama apabila berkaitan dengan sumber makanan yang diambil sepanjang hari. Namun, formulasi 100 peratus bahan-bahan semula jadi menambahkan keyakinan Natasha terhadap AuraWhite Beauty Stemcell Collagen. Menurut Natasha yang masih menyusukan anak bongsunya yang kini berusia setahun lebih, Naeema Taqiyyah, produk itu turut membantu mengekalkan stamina selain menambahkan kandungan nutrisi susu badannya. "Saya memberi susu badan kepada anak (Naeema Taqiyyah). Saya dapati susu badan saya semakin bertambah dan kecergasan diri pula pada tahap yang optimum. "Sebelum ini, ada beberapa pihak menawarkan saya menjadi duta produk mereka tetapi saya memilih AuraWhite kerana ia berkesan dan berasaskan bahan semula jadi," katanya ketika ditemui pada satu majlis di butik Sasa Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini. Pada bulan Ogos lalu, dua produk AuraWhite telah dipelawa untuk dijual menerusi lebih 30 cawangan butik Sasa oleh Sa Sa (M) Sdn. Bhd. Dua produk terpilih itu, AuraWhite Beauty Collagen dan AuraWhite Beauty Stemcell Collagen merupakan antara produk premium jenama tersebut. Pengasas AuraWhite Beauty, Nurfuryna Mohd. Azmeer menegaskan, dua produk syarikatnya itu kini boleh didapati di lebih 30 cawangan butik Sasa di seluruh negara. "Peluang memasarkan dua produk iaitu AuraWhite Beauty Collagen dan AuraWhite Beauty Stemcell Collagen menerusi rangkaian butik Sasa merupakan satu pengiktirafan buat syarikat kami. "Pada masa yang sama, langkah pemasaran baharu ini dapat memudahkan pengguna kedua-dua produk itu untuk mendapatkannya berbanding kaedah sebelum ini. "Jika sebelum ini, produk Aurawhite dijual menerusi ejen-ejen terpilih dan stokis AuraWhite sahaja tetapi sekarang jualan produk semakin meluas dengan kerjasama butik kecantikan Sasa. "Harga yang ditawarkan untuk AuraWhite Beauty Collagen ialah RM150 setiap satu manakala AuraWhite Beauty Stemcell Collagen RM180," tambahnya. Sementara itu, menurut Penolong Pengurus Kategori Sasa, Janet Chan, pihaknya juga turut membuat penelitian terperinci terhadap kedua-dua produk AuraWhite itu sebelum dipelawa untuk dijual di rangkaian butik mereka. "Pihak kami turut melakukan ujian dan mencuba sendiri kedua-dua produk tersebut dan ia terbukti memberi kesan yang positif sebelum membuat keputusan itu. "Buat masa ini, kami telah memasarkan dua produk itu menerusi 30 butik daripada 54 cawangan kami di seluruh Malaysia sebagai permulaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 ulasan:
Catat Ulasan