ads

Ahad, 26 Oktober 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Perancangan Kahwin Masih Kabur - Adira

Posted: 26 Oct 2014 03:46 PM PDT


Adira meletakkan soal jodoh dengan Shahrul kepada Allah.
PETALING JAYA: Penyanyi Adira menjelaskan dia dan teman lelakinya, Shahrul Nasrun Kamarudin masih belum berbincang atau menetapkan sebarang tarikh perkahwinan mereka seperti mana didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini.
Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 23, berkata, perancangan untuk berkahwin dengan lelaki tersebut masih lagi kabur dan meletakkan soal itu kepada jodoh.
"Buat masa sekarang perancangan untuk berkahwin itu masih kabur namun sekiranya kami sudah menetapkan tarikh Insya Allah saya akan beritahu kepada semua," katanya kepada mStar Online.
Tambah Adira, dia kesal apabila ada sesetengah pihak menganggap keputusannya menutup aurat semata-mata mahu berkahwin dengan Shahrul dan berharap tohmahan tersebut dapat dihentikan.
Adira semakin selesa dengan imej terbaharu.
"Pendapat itu tidak benar sama sekali kerana apa yang saya lakukan ini bukan kerana orang lain tetapi untuk kebaikkan diri sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Adira mengakui mengelak daripada membaca bahan gosip di akhbar dan internet termasuk perkara negatif diperkatakan tentang hubungannya dengan Shahrul kerana enggan terlalu memikirkan kata-kata orang lain.

"Sejak dulu saya memang mengelak daripada baca ruangan gosip sama ada dalam akhbar atau pun internet kerana tidak mahu sakitkan hati sendiri.

"Pada saya lebih baik saya tidak tahu daripada mengetahui sesuatu yang tidak benar yang akhirnya akan memberi kesan buruk kepada diri," ujarnya.

Sementara itu, Adira berkata, dia bersyukur kerana dapat merasai nikmat menutup aurat apabila rezekinya dalam bidang nyanyian semakin murah dengan pelbagai undangan dan projek.
Adira dan Shahrul masih belum berbincang secara serius mengenai perancangan untuk berkahwin.
Katanya lagi, sejak berhijab dia tidak pernah mengalami masalah dengan mana-mana promoter yang ingin menggunakan khidmatnya dan rata-rata menyokong perubahannya itu.

"Alhamdulillah tiada sebarang masalah malah rezeki semakin bertambah-tambah. Itulah orang kata jika kita buat sesuatu yang baik pasti akan dibalas dengan perkara sama," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adira berkata, dia bersyukur apabila tercalon dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Hilang pada Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM21) yang akan diadakan pada 6 November depan.

Kata Adira, pencalonan itu amat bererti buat kariernya namun tidak mengharapkan sebarang kemenangan memandangkan empat calon lain turut mempunyai kehebatan tersendiri.

"Sudah dicalonkan pun saya bersyukur kerana bukan mudah untuk menjadi antara lima terbaik dalam kategori berkenaan," ujarnya.

Tuduhan Zul Ariffin Ditaja Kekasih Mengarut

Posted: 26 Oct 2014 03:45 PM PDT


Kehidupan Zul Ariffin bukan ditaja oleh kekasih.
PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menyangkal dakwaan kononnya hidupnya ditaja oleh kekasihnya, penerbit Gayatri Su-Lin Pillai agar dapat menikmati kehidupan mewah termasuk memiliki kereta jenis Maserati.
Zul, 28, bagaimanapun tidak terkilan dengan tuduhan berkenaan kerana menganggap ia perkara biasa yang terpaksa dilalui oleh anak seni sepertinya.
"Semua yang saya miliki sekarang adalah hasil titik peluh saya malah pakaian untuk penggambaran pun saya beli sendiri dan isu ditaja oleh Gayatri tidak timbul kerana saya tidak pernah mengharapkan sebarang 'tajaan' daripada sesiapa pun.
"Kereta Maserati yang didakwa dia belikan untuk saya tidak benar dan lebih baik dia beli untuk dirinya sendiri sebab dia yang minat kereta itu," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun Zul tidak menafikan dia ada membeli sebuah kereta baharu jenis Audi beberapa minggu lalu dan kekeliruan timbul apabila Gayatri memuat naik gambar kereta Maserati di Instagram miliknya sehingga menyebabkan salah faham sesetengah pihak.
Teman wanita Zul, Gayatri.
Jelas Zul, dia terpaksa menjual motosikal berkuasa tinggi dan sebuah trak miliknya untuk membeli kereta tersebut dan bukannya atas bantuan kekasihnya itu.

"Selepas Gayatri memuat naik gambar kereta berkenaan di Instagram kakak saya memuat naik gambar kereta saya dan kekeliruan timbul sebab kereta berkenaan kelihatan sama.

"Orang mungkin tidak tahu bagaimana cara saya hendak beli kereta idaman saya itu dan terus membuat spekulasi apabila melihat gambar di Instagram," katanya.

Tambah Zul, biarpun sudah mempunyai kereta baharu namun dia tetap menggunakan kereta MyVi untuk ke lokasi penggambaran kerana ia lebih fleksible dan menjimatkan.

Dalam perkembangan lain, Zul kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri berjudul Istikarah Cinta begandingan bersama pelakon baru Faey Khusyairy.

Selain itu, Zul juga bakal bertindak sebagai pengacara bersama Anugerah Skrin 2014 yang akan diadakan pada 7 November depan.

Joe Flizzow Belum Berjaya Pujuk Malique

Posted: 26 Oct 2014 03:44 PM PDT


Kemungkinan Malique untuk kembali bersama Too Phat masih samar.
PETALING JAYA: Usaha penyanyi rap, Joe Flizzow memujuk rakan seperjuangannya, Malique untuk menghidupkan semula kumpulan Too Phat masih belum menampakkan hasil positif.
Joe, berkata, dia sentiasa berdoa agar pintu hati Malique akan terbuka untuk kembali ke dunia seni namun tidak dapat memaksa sekirannya dia tetap dengan pendirian untuk tidak kembali ke pentas sebagai penyanyi rap.
"Saya menulis lagu 'Apa Khabar' bagi melahirkan rasa rindu untuk kembali bergabung bersamanya malah dia sendiri sudah dengar lagu tersebut sebelum ia dilancarkan lagi.
"Usaha untuk menghidupkan kembali Too Phat nampaknya masih kabur kerana dia belum bersedia untuk kembali dan saya sebagai kawan baiknya tidak mahu memaksa sekiranya itu keputusannya," katanya kepada mStar Online.
Joe ditemui pada sidang media pengumuman calon akhir Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM21) di hotel Istana Kuala Lumpur, minggu lalu.
Joe berjaya tersenarai dalam enam pencalonan termasuk dua pencalonan untuk kolaborasi beliau bersama kumpulan Sleeq dan Illa Damiaa menerusi kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu (Tepi Sikit/Disebalik), Kulit Album Terbaik (Havoc), Video Muzik Terbaik (Apa Khabar) dan Lagu Hip Hop Terbaik (Havoc/Apa Khabar).
AIM21 bakal berlangsung di PWTC pada 6 Disember 2014.
Joe mendapat enam pencalonan dalam AIM 21.
Tambah Joe, biarpun sudah tidak bergabung sebagai Too Phat namun mereka masih berjumpa untuk bertanya khabar sekiranya mempunyai masa terluang.

Malah katanya, sekiranya Malique bersetuju untuk kembali bergabung dia akan menjadi orang pertama mengumumkan perkara itu kepada media dan peminat.

"Saya ada berjumpa dengan dia tetapi kami jarang-jarang bercakap mengenai hal kerja dan lebih kepada untuk bertanya khabar tentang perkembangan terbaharu masing-masing.

"Ikutkan Malique masih aktif sebagai komposer kerana banyak lagu yang dibuat kini dimainkan di radio cuma tinggal lagi dia tidak muncul dihadapan kamera sahaja," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai pencalonan dalam AIM 21, Joe berkata, dia kecewa apabila album Havoc tidak tersenarai dalam kategori Album Terbaik kerana merasakan ia layak untuk tercalon.

Bagaimanapun kata Joe, dia berharap Apa Khabar akan mendapat pengiktirafan kerana lagu tersebut mempunyai nilai sentimental kepadanya.

"Banyak cabaran yang terpaksa saya lalui sepanjang dua tahun menyiapkan Havoc dan sangat berharap ia akan tercalon dalam kategori Album Terbaik tetapi nampaknya bukan rezeki saya.

"Tapi saya memang berharap lagu Apa Khabar akan membawa pulang trofi pada malam itu nanti kerana ia sebuah karya yang cukup istimesa buat diri saya," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved