Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Rezeki Alif Satar Bertambah Sejak Berkahwin
- Bront Palarae Terkejut Dipuji Pelakon Lagak Ngeri Thailand
- Tasha Manshahar Buka Bisnes Kerana Sering Berbelanja Secara Online
- 6 Teater Dipilih Ke Peringkat Akhir FTM 2014
- Pulau Pinang Larang Warga Asing Masak Makanan Tempatan
- TMJ - Khaleeda Selamat Diijab Kabul
- Rizalman Lantik Peguam Hadapi Tuduhan Di New Zealand
- Jalinan ukhwah Far East
- Status tak ubah pendirian
- Hidangan RM10 seorang
- Pokok kurma kini hiasi landskap Lumut
- 'Empat daripada 11 peluru masih dalam badan saya'
- Bilangan hafaz al-Quran meningkat
- Tapir jantan 300kg ditemui mati
- 13 lembu mati dipanah petir
- UAI tidak akan buat laporan polis
- Penjaga kunci Kaabah meninggal dunia
- 'Kami ingat anak buaya'
- Malaysia bakal hab industri tuna
- Bunkface belum berhenti berjuang
- Muhdalena ditangkap di Ayer Keroh
- Wanita mahu bercerai bingung sijil nikah didakwa palsu
- Kagumi kredibiliti bisnes bapa
- Ejen pengubah stigma Proton
- Menakluk ruang udara Gua Damai
Rezeki Alif Satar Bertambah Sejak Berkahwin Posted: 24 Oct 2014 07:50 PM PDT | |
Bront Palarae Terkejut Dipuji Pelakon Lagak Ngeri Thailand Posted: 24 Oct 2014 07:49 PM PDT | |
Tasha Manshahar Buka Bisnes Kerana Sering Berbelanja Secara Online Posted: 24 Oct 2014 07:48 PM PDT | |
6 Teater Dipilih Ke Peringkat Akhir FTM 2014 Posted: 24 Oct 2014 07:47 PM PDT | |
Pulau Pinang Larang Warga Asing Masak Makanan Tempatan Posted: 24 Oct 2014 07:46 PM PDT | |
TMJ - Khaleeda Selamat Diijab Kabul Posted: 24 Oct 2014 07:45 PM PDT | |
Rizalman Lantik Peguam Hadapi Tuduhan Di New Zealand Posted: 24 Oct 2014 07:43 PM PDT | |
Posted: 24 Oct 2014 07:41 PM PDT BERUSIA lebih 10 tahun dalam industri ini bukanlah satu masa yang singkat buat pembabitan kumpulan nasyid, Far East. Kehadiran mereka diketahui umum, tetapi tidak sepopular Rabbani, Raihan, Hijjaz mahupun In-team. Bagaimanapun, itu bukanlah alasan utama Far East untuk mengalah dan berundur sebaliknya menunjukkan semangat perjuangan dalam industri nasyid. Jika tidak, masakan Far East mampu menghasilkan sehingga enam album iaitu Far East (2002), Cinta Pertama (2005), Halawatul Iman: Menanti di Barzakh (2006), Eksplorasi (Kompilasi) (2008), Halawatul Iman II: Saat Lafaz Sakinah (2010) dan Kilauan Khazanah (2012) sejak ditubuhkan pada 2001. Tidak cukup dengan itu, Far East kini tampil dengan buah tangan terbaharu, Aku Zikirkan Nama-Mu. Ketua kumpulan Far East, Ahmad Fadzli Bakar memberitahu, bagi memastikan Far East kekal bertahan dalam industri, pihaknya akan terus menghasilkan lagu yang segar dan lirik berkualiti. "Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan yang cukup hebat daripada semua pihak. "Jika tidak, kami tidak mampu untuk bertahan sehingga ke hari ini," katanya kepada Zass ketika ditemui selepas pelancaran album baharunya itu. Tambahnya, kekuatan Far East terletak kepada jalinan ukhuwah yang terbentuk pada setiap ahli-ahlinya. "Saya bersyukur, susah senang kami semua bersama-sama. "Kami bukan sekadar rakan tetapi sudah dianggap sebagai keluarga. Ini adalah kekuatan kami," katanya. Dalam tempoh 10 tahun bertapak dalam industri, Far East menimba banyak pengalaman dengan mengadakan pelbagai persembahan di dalam dan luar negara. "Selain mengadakan persembahan di seluruh negara, kami turut berpeluang mengasah bakat sehingga ke luar negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, India dan lain-lain," katanya. Selain Ahmad Fadzli, Far East turut dianggotai tiga ahli lain iaitu Azwan Ibrahim, Shairiman Badzri dan Nabil Ahmad. Lahir album zikir Bercerita lanjut mengenai buah tangan terbaharu mereka, Ahmad Fadzli memberitahu, Far East turut tidak ketinggalan dalam menghasilkan album yang berkonsepkan zikir. Lebih menarik, album ketujuh Far East ini tidak hanya berkonsepkan zikir semata-mata sebaliknya ia turut diiringi dengan alunan doa, qasidah dan nasyid yang dinyanyikan dalam irama taranum, Melayu asli dan Tamil. "Sejujurnya, kami tidak meniru gaya penasyid lain sebaliknya konsep ini adalah keinginan kami yang sudah lama terpendam. Kami sendiri juga tidak tahu, album ini akan berkonsepkan sebegini pada akhirnya. "Lagipun, irama zikir sesuai untuk semua peringkat umur. "Alunannya cukup menenangkan manakala melodinya pula bersifat catchy sesuai untuk seisi keluarga," katanya. Album yang diterbitkan oleh Inteam Records dan diedarkan bersama Sony Music ini memuatkan 17 lagu yang dapat menarik tumpuan pendengar masa kini. Antaranya, ALLAH, Asma ALLAH, Doa Untuk Ayah, Ya Tawwab, Ya Latif, Doa Untuk Ibu, Istighfar, Syahadah, Laukana Bainana (duet dengan Raqib Majid) dan Rahsia ALLAH. Menariknya lagi, album ini membuat penampilan istimewa apabila berduet dengan Ustaz Rodzie dan Ustaz Don Daniyal melalui lagu Tazkirah 1, Tazkirah 2, Tazkirah 3 dan Tazkirah 4. "Biarpun hanya memberi tazkirah pendek tetapi ia sangat bermakna pada setiap lagu," katanya. Bukan itu saja, lebih istimewa, klip video bagi lagu Asma ALLAH diambil berlatar belakangkan penderitaan rakyat Palestin akibat daripada kekejaman tentera Zionis Israel. "Kami merasakan lagu itu adalah yang paling sesuai untuk menceritakan bagaimana masyarakat Palestin meletakkan sepenuhnya kebergantungan hanya kepada ALLAH SWT. "Sangat hebat dan semoga mereka terus dipelihara-NYA," katanya. Sudah memasuki pasaran sejak minggu lalu, Ahmad Fadzli memberitahu, respons dari peminat sangat menggalakkan dan sehingga kini permintaan yang diterima sangat memberangsangkan. "Kami sasarkan satu rumah satu album," akhirnya. | |
Posted: 24 Oct 2014 07:40 PM PDT "SAYA masih akan jadi diri sendiri dan tidak akan berubah menjadi seorang yang hipokrit," itulah penjelasan pelakon dan pelawak, Sharifah Sakinah apabila ditanya sama ada akan berubah setelah bergelar tunangan orang. Pelakon yang mesra di sapa Sakinah ini bakal menjalani majlis pertunangan esok bersama bersama jejaka yang dikenali sebagai Aliff Adha Jamil, 26. Kata Sakinah, apa pun statusnya selepas ini ia tidak akan mengubah dirinya menjadi orang lain. "Ramai yang bertanya soalan yang sama, tapi saya hanya mahu jadi diri sendiri. "Status saya selepas ini memang tidak akan beri kesan apa-apa cuma dari segi tanggungjawab sahaja yang semakin bertambah. "Aktiviti seni pula masih akan berjalan seperti biasa dan Aliff tidak pernah menghalang untuk saya teruskan kerjaya saya dan dia amat memahami dalam hal ini," katanya. Sementara itu bercakap mengenai persiapan majlis pertunangannya, Sakinah bagaimanapun memberitahu ia dijalankan secara bersederhana. "Dari segi persiapan itu tidaklah terlalu meriah tapi semuanya biasa-biasa sahaja. Segala persiapan saya serahkan kepada keluarga lagi pun ia hanya majlis pertunangan," katanya. Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, sebelum ini turut mengumumkan majlis pernikahannya bakal akan dilangsungkan pada 28 Mac tahun depan. | |
Posted: 24 Oct 2014 07:38 PM PDT
DOMINO'S Pizza Malaysia melancarkan hidangan 'Incredible Meals' versi baharu dengan tawaran harga lebih jimat dan pelanggan juga berpeluang mendapat baucer pizza percuma (Free Personal Pizza Voucher), bernilai RM11.80. Pengurus Kanan Pemasaran, Domino's Malaysia dan Singapura, Hasfahlinda Hassan berkata, hidangan 'Incredible Meals' kembali pada 27 Oktober ini di semua rangkaian Domino's Pizza kerana sambutan menggalakkan yang diterima sebelum ini. "Kami menjangkakan, jualan hidangan 'Incredible Meals' meningkat empat kali ganda daripada versi sebelum ini kerana adanya tawaran baucer yang hebat dan banyak pilihan makanan, sekali gus menyumbang pertumbuhan jualan dua angka kepada syarikat," katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah sempena Peraduan 'Eat, Drink and Win a Car Contest', di Shah Alam, semalam. Hasfahlinda berkata, 'Incredible Meals' ditawarkan dengan lima pilihan hidangan untuk empat hingga 15 orang dengan harga serendah RM10 setiap orang, sama ada dibeli di rangkaian Domino's Pizza, secara penghantaran mahupun dibawa pulang. Katanya, menerusi set 'Incredible Meals' versi baharu itu, pelanggan boleh berjimat antara RM23.20 hingga RM85.40. Pelanggan 'Incredible Meals' boleh menikmati tambahan minuman dengan tawaran penjimatan sehingga RM2 dan pilihan menu sampingan seperti 'Crazy Chicken Crunchies' perisa asli atau Tomyam, 'Chicken Wings' dan 'Roasted Chicken Drummet'. Pada majlis itu, Chee Hin Kiat diumumkan sebagai pemenang peraduan 'Eat, Drink and Win a Car Contest' yang dianjurkan Domino's Pizza pada 8 September hingga 19 Oktober lalu dan beliau membawa pulang sebuah kereta Honda Jazz 1.5L S. | |
Pokok kurma kini hiasi landskap Lumut Posted: 24 Oct 2014 07:35 PM PDT
LUMUT - Majlis Perbandaran Manjung (MPM) melaksanakan penanaman pokok kurma di sekitar kawasan Lumut sebagai satu usaha penjenamaan Lumut sebagai bandar pelancongan dan maritim. Penolong Pegawai Pelancongannya, Mohamad Shahril Salihan berkata, sebagai permulaan pihaknya menanam sebanyak 10 pokok kurma di sekitar Kompleks Pelancongan jaluran pesisir Lumut. Menurutnya, jika usaha tersebut membuahkan hasil positif, ia akan diteruskan lagi di kawasan lain di sekitar Lumut. "Ini adalah antara kita dalam penjenamaan Bandar Lumut sebagai bandar pelancongan dan maritim. "Selain daripada produk sedia ada, kita berharap dengan adanya pokok kurma ini, ia akan membantu menarik lebih ramai pelancong datang ke sini," katanya ketika ditemui pelancaran projek tanaman kurma itu semalam. Sebanyak 10 pokok kurma iaitu lima jenis kurma Ajwa dan lima jenis lagi kurma madu ditanam untuk projek tersebut. Katanya, MPM berharap penanaman pokok kurma berkenaan adalah sebagai satu usaha perubahan landskap baharu dan menjadi promosi untuk tanaman kurma di negara ini. "Sebelum ini kita juga menanam beberapa jenis pokok dalam kategori pokok Palma seperti pokok kelapa di sekitar kawasan Lumut bagi menimbulkan suasana laut dan pantai. "Ini adalah sebagai penambahan kepada jenis pokok berkenaan dan kita berharap Lumut menjadi antara lokasi tanaman pokok kurma yang boleh dijadikan contoh," katanya. Beliau berkata, projek tanaman kurma berkenaan boleh dikatakan sebagai projek perintis kepada MPM sebelum diteruskan di lokasi lain. Katanya, beliau yakin MPM adalah pihak berkuasa tempatan pertama di Perak mengusahakan tanaman itu sebagai landskap untuk mengindahkan dan menambah tarikan orang ramai. Menurutnya, jika projek itu berkata, ia akan diteruskan di lokasi lain di sekitar Lumut supaya bersesuaian dengan tema iaitu bandar pelancongan dan maritim. "Kita juga harap ia boleh dijadikan contoh kepada kawasan lain untuk menambah landskap mereka dengan tanaman pokok kurma," katanya. | |
'Empat daripada 11 peluru masih dalam badan saya' Posted: 24 Oct 2014 07:35 PM PDT
IPOH – Empat peluru masih tertanam lagi dalam badannya. Itulah kenangan yang tersimpan ketika menentang pengganas komunis di Gerik, 38 tahun dahulu. Keperitan diserang sekumpulan 40 komunis terhadap kenderaan semboyan yang dinaiki Konstabel Bahari Ismail, 46, bersama tiga rakannya masih segar dalam ingatan. Dalam serangan hendap terhadap kenderaan yang dinaikinya, 11 peluru menembusi badannya di mana empat peluru yang berada di dada kirinya dikeluarkan sendiri ketika menyelamatkan diri dalam hutan berhampiran. "Kami yang parah akibat serang hendap itu dikejarkan ke Hospital Kroh untuk mendapatkan rawatan untuk mengeluarkan peluru sebelum pindah ke Hospital Alor Setar dan seterusnya Hospital Kuala Lumpur. "Saya menyedari ada peluru masih tertanam di tangan, kaki dan belakang dan memerlukan pembedahan kecil untuk keluarkannya. Namun, akibat tertangguh, peluru itu masih lagi ada sehingga kini," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Himpunan Tahunan Skuad 69 PDRM di Pengkalan Latihan Polis Gerakan Udara di sini, semalam. Bahari berkata, pengalaman itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berbakti dalam PDRM. "Ini adalah semangat polis yang diperturunkan daripada ayah dan kami adik beradik. Semangat itulah jua menjadikan kami mencintai negara kerana kami sendiri merasai keperitan dan kepayahan hidup ketika itu," katanya. Sementara itu, Abdul Aziz Bakar, 46, bukan sahaja menggalas senjata untuk memerangi komunis sebaliknya turut menggalas buku bagi menghadapi ujian LCE (PMR) ketika berusia 19 tahun. Beliau yang juga Presiden Persatuan kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM berkata, beliau terus memasuki Skuad 69 sebagai penggempur utama di dalam hutan ketika negara memerlukan anak muda untuk mempertahankan negara. "Semangat memerangi komunis tetap ada namun, ilmu pengetahuan tidak dilupakan. Saya turut menggalas buku untuk menjalani ujian LCE, MCE (SPM) ketika masih berkhidmat dalam pasukan polis. "Namun, saya merasa sedih apabila sumbangan dan perjuangan polis ketika ini dalam menjaga keamanan negara dilupakan malah, ada yang terang-terangan mengutuk tindakan polis," katanya yang bersara ketika memegang pangkat superintendan. | |
Bilangan hafaz al-Quran meningkat Posted: 24 Oct 2014 07:32 PM PDT
BUKIT KELUANG - Bilangan pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut yang mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran meningkat kepada 68 orang tahun ini berbanding 62 tahun lalu. Pengetuanya, Abdul Wahab Mohd Arshad berkata, penambahan 68 hafiz dan hafizah daripada keseluruhan 359 pelajar tahun ini telah menjadikan jumlah pelajar yang berjaya menghafaz kitab suci itu sebanyak 324 orang sejak lima tahun lepas. Menurutnya, sejak program menghafaz al-Quran dimulakan pada 2009, 38 pelajar berjaya menghafaz al-Quran tahun itu diikuti 48 pada (2010), 53 (2011) dan 55 pada (2012). "Kesemua pelajar yang berjaya menghafaz pada tahun ini terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian Sijil Graduasi Hafazan Al-Quran sekolah tersebut yang disempurnakan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Omar Adam di Kompleks Kolej Imtiaz Besut di sini. Dalam majlis itu, Mohamad Amin Asyraff Noor Zeli terpilih sebagai Anugerah Tokoh Hafazan Lelaki manakala Nurul Amniyah Azhar untuk kategori perempuan Abdul Wahab berkata, semua pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran pada masa yang ditetapkan antara jam 7.40 hingga 9.40 pagi di bangunan surau sekolah kecuali pelajar tingkatan satu yang diadakan di kelas. "Pemakanan sunnah menjadi amalan pihak sekolah untuk memastikan pelajar lebih mudah menghafaz apabila setiap hari pada waktu rehat jam 10.50 pagi, mereka disediakan makanan seperti madu, susu segar, anggur dan kismis selain pemakanan biasa," katanya. Menurut Abdul Wahab, pengambilan pelajar tingkatan satu untuk sesi baharu tahun depan akan meningkat kepada 150 orang berbanding hanya 90 orang tahun ini. Menurutnya, pemohon yang disenarai pendek oleh Yayasan Terengganu (YT) untuk kemasukan ke sekolah ini pada tahun depan akan dipanggil temu duga di Kompleks Imtiaz di sini, sebelum diterima masuk. | |
Tapir jantan 300kg ditemui mati Posted: 24 Oct 2014 07:30 PM PDT
CHUKAI - Orang ramai yang melalui Kilometer 10 Jalan Mak Lagam-Cheneh, dekat sini, terkejut melihat seekor tapir jantan dewasa seberat kira-kira 300 kilogram mati dipercayai dilanggar kenderaan berat ketika sedang melintas jalan, pagi kelmarin. Haiwan liar yang dilindungi dan jarang dapat dilihat itu disyaki dilanggar kira-kira jam 2 pagi sebelum orang ramai menemui bangkai haiwan itu tersadai di tepi jalan. Mohd Rizal Amri, 39, dari Cheneh berkata, dia segera memberhentikan keretanya selepas melihat bangkai tapir itu di tepi jalan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di bandar Chukai, kira-kira jam 7.30 pagi. "Sedih lepas lihat haiwan liar yang unik ini mati begini, sedangkan sudah ada papan tanda amaran hidupan liar melintas diletakkan di kawasan ini. "Sepatutnya pengguna jalan raya tidak memandu laju di kawasan ini," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Yusoff Shariff meminta orang ramai yang melalui Jalan Mak Lagam ke Cheneh agar lebih berwaspada kerana kawasan itu menjadi tempat haiwan liar melintas jalan terutama tapir. Menurutnya, tapir terbabit dipercayai keluar dari hutan berdekatan yang menjadi habitatnya. Beliau berkata, tapir merupakan haiwan yang dilindungi di bawah Seksyen 69 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta 716) yang jika sabit kesalahan mana-mana individu yang dengan sengaja membunuh haiwan itu boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun. "Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan tidak membunuh haiwan tersebut dan sekiranya ternampak haiwan itu berkeliaran di mana-mana, kita minta laporkan segera kepada Perhilitan berdekatan untuk diambil tindakan," katanya. Beliau juga berharap, pengguna jalan raya peka kerana terdapat papan tanda peringatan haiwan liar melintas di kawasan itu. "Saya minta orang ramai prihatin dan patuhi peraturan dan undang-undang kerana keprihatinan semua dapat mengelakkan haiwan dilindungi ini pupus," katanya. Bangkai tapir berkenaan dilupuskan kakitangan Perhilitan Kemaman dengan cara menimbus bangkai tersebut di kawasan lapang tidak jauh dari lokasi kejadian. | |
Posted: 24 Oct 2014 07:28 PM PDT
HULU TERENGGANU – Seorang penternak yang menyangka sekumpulan lembu sedang tidur di bawah pokok bongor terkejut apabila mendapati kesemua 13 ekor lembu itu mati dipercayai terkena renjatan kilat dalam kejadian di Kampung Kemat, di sini, lewat petang kelmarin. Kamaruddin Ali, 53, berkata, ekoran kejadian bencana alam itu, dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM20,000 termasuk lima ekor lembu milik saudaranya yang diserahkan untuk dijaga. Dia menyedari lembunya mati kira-kira jam 5.30 petang kelmarin apabila dia datang untuk membawa ternakan itu masuk ke kandang yang terletak lebih kurang satu kilometer dari kawasan kejadian. "Memang petang itu (kelmarin) hujan lebat berserta kilat, tetapi saya tidak terfikir langsung akan berlaku kejadian buruk kepada lembu-lembu di sini kerana menyangka ia selamat berada di kawasan seperti ini (sawah padi). "Saya amat terkejut dengan kejadian ini kerana apabila tiba, semua lembu sudah tidak bernyawa dipercayai mati akibat dipanah petir, lagipun terdapat kesan terbakar pada daun pokok bongor ini," jelasnya ketika ditemui di tempat kejadian, pagi semalam. Apa yang lebih menyedihkan Kamaruddin, dia baharu sahaja melepaskan lembu itu dua hari lalu kerana pemilik sawah telah selesai mengetam padi. Menurutnya, menjadi rutin penduduk di kampung itu apabila selesai musim mengetam padi, penternak akan melepaskan lembu mereka di kawasan terbabit. "Saya baru sahaja melepaskan lembu di sini dua hari lepas dan tidak menyangka kejadian ini berlaku menyebabkan sekelip mata sahaja saya kehilangan lapan ekor lembu serentak," katanya. Ekoran kejadian itu juga, Kamaruddin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu pagi semalam dan dalam masa sama akan menyelesaikan urusan menanam ternakan berkenaan. Boleh cuba mohon bantuan Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Nawi Mohamad berkata, mangsa boleh memohon bantuan daripada kerajaan walaupun kejadian itu disebabkan bencana alam. "Insya-Allah kita akan menyalurkan sedikit bantuan sebagai ihsan daripada kerajaan kerana penternak menanggung kerugian yang banyak akibat kejadian itu walaupun lembu terbabit adalah milik persendirian. "Apa yang penting, surat permohonan perlu dibuat dan disertakan sekali dengan laporan polis supaya memudahkan urusan pemberian bantuan," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Dr Abdul Razak Mohd Zailan berkata, pihaknya telah pun mengarahkan pegawai veterinar daerah untuk ke kawasan kejadian petang semalam. Bagaimanapun, menurut Razak, jabatannya tidak menyediakan bantuan khas untuk kes sedemikian tetapi boleh dirujuk kepada majlis mesyuarat kerajaan negeri berkaitan. | |
UAI tidak akan buat laporan polis Posted: 24 Oct 2014 07:25 PM PDT
KUALA TERENGGANU - Tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) susulan dakwaan penyebaran video lucah dan gambar lucah di laman sosial yang mula tersebar sejak awal pagi kelmarin. Rakaman berdurasi 38 saat itu dikatakan mula tersebar melalui beberapa blog, Facebook dan WhatsApp sehingga menjadi topik hangat. Menurut sumber rapat kepada UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini. "Tiada laporan polis akan dibuat. Baik daripada pihak UAI sendiri atau pihak penyokong UAI," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan tiada laporan diterima pihaknya sehingga semalam berhubung penyebaran video dan gambar lucah berkenaan. Sinar Harian semalam melaporkan, penyebaran video dan gambar lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal merupakan niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini. | |
Penjaga kunci Kaabah meninggal dunia Posted: 24 Oct 2014 07:24 PM PDT
MAKKAH - ARAB SAUDI. Penjaga kunci tradisional pintu Kaabah, Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Shaibi meninggal dunia di Hospital Raja Khaled, di sini pada usia 74 tahun. Memetik laporan Aran News, beliau dinamakan sebagai penjaga kanan kunci pintu Kaabah selepas kematian bapa saudaranya, Abdul Aziz Al-Shaibi kira-kira empat tahun lalu. Difahamkan, Dr Saleh bin Taha Al-Shaibi akan mengambil alih tanggungjawab itu berikutan ia telah diamanahkan kepada anggota keluarga tertua Al-Shaibi sejak zaman pra-Islam. | |
Posted: 24 Oct 2014 07:22 PM PDT
PASIR MAS – Penduduk Kampung Seberang Merbau teruja kerana berjaya menangkap ikan patin hampir 70 kilogram, malam kelmarin. Norisan Mustafa, 35, berkata, ikan patin sepanjang hampir dua meter itu ditangkap menggunakan teknik 'jeremai' di Sungai Lubok Jong. Menurutnya, kenaikan paras air di Sungai Lubok Jong kerana hujan sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan ikan mula memenuhi kawasan di sini. Norisan berkata, seramai 10 penduduk meletakkan pukat jeremai pada jam 10 malam dan selang 30 minit kemudian mereka dapati perangkap mula mengena. "Disebabkan keadaan terlalu gelap, kami ingat anak buaya terperangkap kerana ekornya mengibas ketika jala ditarik ke atas. "Selepas empat penduduk berusaha mengangkat pukat jeremai itu, barulah kami dapati ia adalah ikan patin terbesar pernah ditangkap di sungai ini," katanya. Sementara itu, Abdullah Mohamad, 50, berkata, inilah kali pertama penduduk berjaya menangkap ikan seberat dan sepanjang ini. Selain ikan patin katanya, penduduk berjaya menangkap beberapa guni ikan sungai, baung, tapah dan lambak. Katanya, kebiasaannya penduduk berjaya menangkap ikan patin seberat kurang daripada 20 kilogram seekor. "Kejayaan ini meningkatkan lagi semangat penduduk untuk menangkap ikan ketika musim tengkujuh," katanya. | |
Malaysia bakal hab industri tuna Posted: 24 Oct 2014 07:20 PM PDT
INI bukan semata-mata khabar dari Labuan, tetapi kita bakal melihat satu lagi peluang Malaysia menjadi perhatian dunia. Pertama, perdagangan tuna dan kedua industri pelancongan akan meningkat hasil implikasi perdagangan ikan itu. Aktiviti penangkapan ikan tuna di Labuan berpotensi besar untuk dikomersilkan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab industri perikanan tuna antarabangsa. Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, sekiranya hasrat itu terlaksana, ia akan mendatangkan pendapatan lumayan kepada nelayan dan negara khususnya melalui aktiviti pengeksportan ikan tuna dan pelancongan. "Labuan didapati sesuai dan tempat yang baik untuk aktiviti penangkapan dan pendaratan ikan tuna. Maka industri perikanan tuna dilihat berpotensi dibangunkan di sini. "Industri ini jadi pemangkin untuk menjenamakan nelayan dan menjadi mercu tanda nelayan," katanya ketika bertemu lebih 100 nelayan sempena lawatan ke Kompleks LKIM di Kiamsam, Labuan baru-baru ini. Irmohizam yang pertama kali melawat kompleks tersebut juga teruja menyaksikan sendiri pendaratan beberapa ekor ikan tuna dianggarkan 70 kilogram seekor di jeti berkenaan. Menurutnya, dalam mencapai hasrat besar itu, pihaknya akan membuat perangkaan dan kajian teliti kerana ia memerlukan komitmen bersepadu antara LKIM, agensi kerajaan yang terlibat dan pihak swasta. "Selain agensi kerajaan, untuk menjayakan hasrat ini, ia perlukan kolaborasi pihak swasta," tegasnya. Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, potensi pengeksportan tuna di Labuan berlaku semula jadi berdasarkan aktiviti nelayan berjaya mendaratkan banyak ikan tuna selama ini. Ujarnya, mungkin sahaja Labuan tempat laluan ikan tuna terutama jenis sirip kuning (Yellow Fin Tuna). "Ikan tuna di kawasan Labuan memang segar dan besar-besar. "Justeru kompleks untuk pendaratan ikan tuna dengan kelengkapan akan dibangunkan," katanya. Ujarnya, dengan faktor semula jadi itu ia menyediakan peluang kepada nelayan membangunkan perindustrian tuna dan tidak mustahil Labuan seterusnya Malaysia bakal menjadi pusat perdagangan tuna peringkat antarabangsa sekali gus menjadikan wilayah itu sebagai pusat komuniti bagi industri perikanan. Namun tegasnya, semua itu jadi realiti jika Persatuan Nelayan Labuan memberikan cukup komitmen. Sedia bantu dari segi pakar Labuan Food Industries Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam industri tuna menyokong hasrat itu dan bersedia membantu LKIM. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Sin Teck berkata, pihaknya bersedia mengadakan perbincangan bersama LKIM atau Jabatan Perikanan terutama dari segi kepakaran kerana syarikatnya mempunyai beberapa pakar mengenai ikan tuna. "Syarikat kami perintis dalam industri pemprosesan ikan tuna sejak 28 tahun lalu. Sudah tiba masa kita perlukan satu hab untuk menarik lebih ramai pembeli dari seluruh dunia. "Hasrat ini bukan semata-mata urusan jual beli atau berorientasikan perniagaan tapi boleh dijadikan pelancongan apabila orang luar masuk ke Labuan melihat industri ikan tuna di sini," katanya. Ujarnya, antara pembeli utama dari negara luar adalah New Zealand, Australia, Amerika Syarikat, Jepun dan Kanada. Antara produk tuna yang mendapat permintaan ialah burger tuna, steak tuna termasuk spring rolls tuna. "Bayangkan pembeli tuna mentah atau diproses bertambah dan kita ada pusat pemprosesan standard. Kita perlu tangkap banyak ikan tuna. "Justeru mesti bangunkan satu hab bagi menarik pembeli. Saya harap kemudahan di kompleks LKIM baru itu untuk aktiviti pendaratan, pemprosesan, pemunggahan dan bilik simpanan pada suhu sesuai untuk simpan tuna dipertingkat," katanya. Beliau berkata, penambahbaikan infrastruktur penting dalam usaha mencapai hasrat itu kerana jika pendaratan ikan tuna berlangsung dengan banyak tetapi ia juga sia-sia jika tiada tempat penyimpanan. Galak industri hiliran dan nelayan moden Sementara itu Irmohizam berkata, dalam usaha mempertingkatkan sosio- ekonomi, nelayan perlu memperbanyakkan sumber pendapatan lain misalnya pada musim tengkujuh dengan mengkomersilkan industri hiliran berasaskan hasil laut dan generasi muda disaran jadi nelayan moden. Beliau mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk pembangunan kompleks nelayan baharu tersebut di mana RM300,000 untuk pembinaan sebuah pasar nelayan manakala RM200,000 untuk mewujudkan dataran perniagaan di kompleks itu. Pada masa sama, beliau akan menyelesaikan masalah nelayan di sana secara berfasa antaranya berkaitan alat penghalang ombak yang menjadi isu termasuk kelengkapan bilik dingin, stor simpanan dan kemudahan lain supaya kompleks tersebut memberi semangat kepada nelayan merancakkan industri perikanan negara. | |
Bunkface belum berhenti berjuang Posted: 24 Oct 2014 07:08 PM PDT BUNKFACE sudah menjadi jenama yang tidak asing lagi dalam genre punk rock. Lapan tahun sudah cukup untuk tiga anak muda itu menapak kukuh dalam industri muzik tempatan. Tampil dengan album studio terbaharu terbitan Sony Music Malaysia, album berjudul Malam Ini Kita Punya (MIKP) disifatkan Bunkface sebuah produk yang membawa makna besar sepanjang perjalanan menjelajah peminat dengan irama dan melodi acuan sendiri. Vokalis kumpulan tersebut, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, atau lebih dikenali sebagai Sam, menjelaskan, MIKP merupakan rangkuman keseluruhan elemen muzik yang diamalkan mereka sama ada melibatkan cara kerja mahupun ideologi yang dipegang selama ini. "Tajuk MIKP merupakan single pertama kami daripada album ini. Judul itu juga dipilih sebagai judul kami kerana ia satu ekspresi yang berkait rapat dengan cara kerja kami. Kami mahu peminat dekat dengan kami melalui muzik yang kami sampaikan. "Setiap perancangan yang diaplikasikan pada hari persembahan bertujuan menjadikan pentas itu kami yang punya. Apabila penonton dan peminat memberikan maklum balas yang baik, mereka terhibur dan gembira. Daripada situlah kepuasan sebenar buat kami sebagai pemuzik. "Album MIKP juga simbolik kepada perjuangan kami. Walaupun pasaran industri muzik seperti penjualan album berada pada paras yang lemah, Bunkface tetap meneruskan perjuangan," kata Sam ketika ditemui usai pelancaran album MIKP yang diadakan di The Bee, Publika Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini. Tercatat sebagai album studio ketiga, namun yang pertama diterbitkan bawah naungan syarikat rakaman gergasi, Sony Music Malaysia, MIKP memuatkan lagu-lagu seperti Malam Ini Kita punya, Orang Kita, Rentak Lagu Ku, Darah Muda, Anugerah Syawal, Goyang dan Kembali. Bercerita mengenai proses pembikinan album, Sam berkata, album berkenaan agak berbeza berbanding daripada album sebelumnya. Banyak eksperimental tercetus misalnya daripada segi susunan muzik. "Tidak ada perubahan yang besar dalam muzik kami, cuma kali ini kesemua lapan lagu yang terdapat di dalam album ini disuntik dengan pelbagai elemen baharu terutamanya daripada segi melodi dan susunan muzik. "Kami juga banyak melakukan eksperimentasi termasuk menyelitkan beberapa instrumen termasuk keyboard dalam lagu Kembali yang sememangnya merupakan sesuatu yang baharu untuk kami," katanya. Ditanya mengenai tindakan kumpulan tersebut mengambil keputusan untuk menerbitkan album walaupun menyedari penjualan album kini merundum. Sam memberitahu, mereka telah mengkaji terlebih dulu elemen yang dapat melonjakkan penjualan album. "Saya tertarik dengan penjualan album oleh artis Korea yang seakan-akan tidak terjejas. Apabila dikaji strategi promosi dan pemasaran mereka, terdapat banyak foto atau poskad menarik yang dimuatkan dalam album. "Sama ada kita sedar atau tidak, besar dan tebalnya sesebuah album artis Korea sudah kelihatan seperti buku. Itulah antara sebab kenapa peminat masih mahu membeli album artis Korea. Kami cuba aplikasikan konsep sebegitu untuk album kali ini, tetapi dalam pendekatan yang lebih ringkas," ujar Sam lagi. Ditanya mengenai perancangan promosi album berkenaan pada masa akan datang, Sam berkata, mereka merangka untuk mengadakan konsert jelajah ke universiti di seluruh Malaysia. Pendekatan itu dilakukan kerana program sebegitu merupakan salah satu daripada strategi Bunkface untuk menghargai peminat, sekali gus membawa mesej kepada anak muda untuk terus menyokong industri muzik tempatan. "Sempena promosi album ini, kami akan adakan konsert jelajah di universiti-universiti seluruh Malaysia. Insya-Allah, acara itu akan dijalankan dalam masa terdekat. Kami sedar, peminat Bunkface terdiri daripada generasi muda. Sebab itu kami pilih untuk buat persembahan di lokasi orang muda," ujar Sam lagi. | |
Muhdalena ditangkap di Ayer Keroh Posted: 24 Oct 2014 07:06 PM PDT JOHOR BAHRU – Selepas hampir 19 jam meloloskan diri daripada pihak polis, Muhdalena Ahmad yang terbabit dalam insiden amuk di kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua tahun lalu berjaya ditahan semula di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka, awal pagi semalam. Wanita tersebut yang melarikan diri ketika ditahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada pukul 9 pagi kelmarin berjaya ditangkap ketika dia berada di R&R itu pada pukul 3.05 pagi. Jarak antara HSA dengan R&R Ayer Keroh kira-kira 211 kilometer. | |
Wanita mahu bercerai bingung sijil nikah didakwa palsu Posted: 24 Oct 2014 07:05 PM PDT ALOR SETAR – Seorang wanita kebingungan selepas perkahwinannya dengan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi di sini tiga tahun lalu didakwa tidak sah kerana disyaki menggunakan khidmat sindiket nikah ekspres. Ekoran masalah itu, Nurul Fikriah Abdul Halim, 30, yang dalam proses memohon penceraian di mahkamah syariah berdepan kesukaran untuk membuat tuntutan nafkah atau penjagaan anak. | |
Kagumi kredibiliti bisnes bapa Posted: 24 Oct 2014 07:02 PM PDT SEAWAL usianya 12 tahun, Datuk Dr. Mohd. Zaini Ariff @ Haris sudah didedahkan dengan perniagaan air cincau di Pasar Besar, Jalan Bandar, Kuala Lumpur. Beliau juga sudah terbiasa membantu mengusahakan dan menguruskan katering milik bapanya.Hasil pendedahan tersebut, hari ini beliau kini boleh berbangga dengan perniagaan yang dimilikinya. Doa yang dipohon ketika berada di Tanah Suci Mekah seawal usia 30 tahun juga dikabulkan Allah. Mahu menjadi insan berjaya, memiliki sebuah kereta Jaguar dan menghantar orang lain ke Tanah Suci menjadi kenyataan. Menjangkau umur 50, beliau sudah memiliki lebih daripada yang diminta. Namun, masih ada sesuatu yang belum lengkap dalam hidup usahawan ini. Penghijrahannya menjadi usahawan membuka lembaran baharu dalam hidup beliau. Hijrah seorang usahawan bagi dirinya ialah mengubah cara perniagaan yang dikendalikan mengikut syariat Islam.Setiap tahun beliau berazam untuk berhijrah ke jalan yang lurus dan benar selain berdoa agar dapat menghadapi cabaran hidup dengan tenang. "Saya fikir semua orang mengharapkan kecemerlangan dalam buku laporan audit tahunan kehidupannya yang dicatat oleh malaikat. "Moga timbangannya melurut laju ke sebelah kanan. Lebih manis lagi jika tidak perlu dihisab," jelas usahawan ini dalam bukunya, Usahawan Akhirat yang ditulis bersama Profesor Madya Dr. Muhd. Kamil Ibrahim. Positif Usahawan akhirat kedengaran agak dangkal. Namun, bagi anak kepada pasangan Haris Idris dan Esah Abd. Halim ini, setiap yang ada di dunia ini diwujudkan berpasang-pasangan oleh Allah termasuklah usahawan dunia dan akhirat. Baginya, sebagai muslim, seseorang perlu mencari keuntungan bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Tegas Mohd. Zaini, semua manusia sebenarnya merupakan peniaga yang menjalankan urusan sesama manusia dan Pencipta. "Sebagai seorang pekerja, kita bekerja untuk mendapatkan gaji dan upah. Jika kita bekerja dengan amanah dan jujur, kita akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah," jelasnya ketika ditemui. Mengungkap cerita awal pembabitannya dalam perniagaan, lelaki yang lebih dikenali dengan nama DZ ini mula berniaga ketika masih belajar di Sekolah Kebangsaan St. John, Kuala Lumpur. Mendapat galakan daripada bapanya yang juga seorang peniaga di pasar pada ketika itu mendorong DZ membuka perniagaannya sendiri. "Pada awalnya saya ada rasa malu, apatah lagi apabila rakan-rakan melihat saya berniaga di pasar selepas waktu sekolah. "Namun, ayah selalu mempositifkan fikiran saya. Dia mahu saya belajar berniaga. Mungkin pada ketika itu, dia mahu saya mewarisi kerjayanya sebagai peniaga untuk menjaga tiga orang kakak walaupun saya anak bongsu," kongsinya. Bermula dengan berniaga air cincau di pasar di Kampung Baru, Kuala Lumpur sehingga melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia sekitar tahun 1980-an, DZ menjadi dirinya yang sekarang. Beliau kini banyak mengusahakan perniagaan berasaskan kejuruteraan elektrik dan membekalkan bahan perubatan. DZ bekerja makan gaji selepas menamatkan pengajian dengan gaji permulaan RM600 sebulan pada tahun 1987. Setelah hampir enam tahun bekerja sambil berniaga menguruskan sebuah koperasi, DZ telah membeli sebahagian besar saham koperasi tersebut dengan duit simpanannya. Ternyata, jiwa usahawan yang mengalir dalam darahnya mempunyai kesan yang besar dalam hidup suami Datin Norashikin Mat Jusoh, 50, ini. Beliau mengagumi kredibiliti ayahnya sebagai seorang peniaga yang berjaya menyara enam orang abangnya untuk bersekolah walaupun dirinya sendiri tidak mendapat pendidikan. "Sebagai anak bongsu, ayah berjaya menyara keluarga malah menjadi seorang yang lebih berjaya berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia adalah peniaga pertama yang mengusahakan bisnes katering di Kuala Lumpur sekitar tahun 1970-an. "Ayah dikenali dengan nama Pak Haris. Ibu pula membantu ayah bekerja sebagai seorang tukang jahit. Paling saya kagumi tentang ayah ialah dia tidak pernah berhutang untuk mendapatkan modal berniaga. Kongsi pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Southern Cross, Australia ini, beliau gagal mengikuti cara ayahnya yang berniaga tanpa membuat pinjaman. "Pada usia sebegini, barulah saya sedar betapa amalan berhutang itu tidak baik untuk diri saya, keluarga dan perniagaan. "Apabila dibelenggu hutang, hidup tidak tenang. Saya telah terlibat dengan pinjaman untuk menyuntik modal bisnes pada peringkat awal. "Dalam tidak sedar juga, saya telah melakukan perkara yang Allah tidak suka," jelasnya yang kini tidak lagi mengamalkan konsep pinjaman untuk berniaga setelah menemui konsep usahawan akhirat. Luah DZ, beliau juga telah terlibat dengan riba melalui pinjaman tersebut. Malah, ramai usahawan pada masa kini tidak dapat mengelakkan diri daripada situasi tersebut. Pulangan Cadangnya kepada para usahawan, elakkan amalan berhutang dan pinjaman yang mempunyai unsur riba. Dalam pada itu, terang anak bongsu daripada empat beradik ini, sudah lumrah bagi seseorang yang mengusahakan perniagaan mencari keuntungan. Namun, tidak semua perniagaan yang dijalankan mendatangkan pulangan lumayan, malah ada yang kerugian dan kehilangan modal. Jika tidak untung, rugi yang mendatang. Itulah risiko yang perlu dihadapi oleh seorang usahawan. Bagaimanapun, erti keuntungan sebenar dalam konteks manusia sebagai hamba Allah bukan terletak kepada perolehan harta. Bagi usahawan dunia, empat aspek yang menjadi keutamaan iaitu kekayaan, kesihatan, kekuasaan dan takhta yang pastinya tidak abadi untuk dikecapi berbanding usahawan akhirat yang mengejar keuntungan di dunia untuk akhirat. Kongsinya, selama ini beliau tidak sedar bahawa keuntungan dunia bukanlah kebahagian sebenar yang dicari malah lebih daripada itu. "Pengalaman rakan perniagaan yang tidak menepati janji, membatalkan perjanjian perniagaan, dan menghadapi persaingan yang membuatkan saya berfikir tentang kurniaan Allah. "Ada satu ketika seseorang yang sepatutnya berjumpa dengan saya untuk satu urusan perniagaan telah membatalkan temu janji tetapi saya bertemu orang lain yang tidak pernah saya kenal untuk menjalinkan urusan perniagaan. "Sungguh, hanya Allah tempat bergantung. Bukan manusia, hanya Dia yang sentiasa ada untuk menolong kita," ceritanya penuh insaf. Sejak peristiwa tersebut, DZ mula sedar bahawa sebagai seorang usahawan, beliau bukan hanya perlu menjadi usahawan dunia bahkan usahawan akhirat yang bekerja untuk dunia dan mendapat keredaan Allah. Bapa kepada empat orang anak ini memberitahu, Allah mengurniakan rezeki kepada semua orang. Sebagai manusia, seseorang itu perlu berusaha mendapatkan petunjuk daripada Pencipta selain berusaha secara fizikal untuk mendapatkan sesuatu. "Senario yang berlaku kini manusia sanggup melakukan pelbagai cara untuk memastikan hajatnya tercapai seperti mengamalkan rasuah yang sebenarnya menyebabkan hak orang lain dirampas," jelas anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur ini. Dalam menjalani kehidupan seharian sebagai hamba, manusia sebenarnya melakukan urusan perniagaan dengan Pencipta. Mereka akan mendapat balasan syurga atau neraka bergantung kepada amalan masing-masing. Ganjaran Tegasnya, jika banyak amalan kebaikan yang dibuat di dunia, ganjaran pahala yang diperoleh juga adalah banyak, begitu juga sebaliknya. "Apabila berniaga dan meraih keuntungan, bayarlah zakat dan bersedekah. Rezeki yang dianugerahkan itu bukan milik kita semata-mata sebaliknya perlu dikongsi. "Zakat dan sedekah ini juga mempunyai keberkesannya yang tersendiri. Hati lebih tenang, dan insya-Allah rezeki yang datang juga melimpah ruah. Niatkan amalan ikhlas kerana Allah," terang DZ. Ceritanya lagi, 9/10 rezeki yang datang adalah melalui perniagaan, namun tidak semua perniagaan yang dijalankan berjaya. Sebagai peniaga, proses menjalankan perniagaan sama seperti proses perkembangan manusia yang perlahan-perlahan melalui fasa-fasa tertentu bermula dari awal kelahiran. "Semuanya tidak berlaku dengan pantas. Namun, ramai yang mahu cepat untuk berjaya lantas memilih jalan yang salah kerana hanya ada dua cara iaitu cara yang betul dan salah. "Dengan memilih cara yang salah, pastinya melanggar etika dan mengundang dosa. Hidup mungkin mengecapi nikmat dunia dengan wang, namun hati tidak akan tenang. "Cara yang betul, pastinya lebih lambat dan menguji kesabaran. Percayalah, hati akan lebih tenang, keuntungan yang diperoleh mencukupi malah boleh dikongsi bersama orang lain. "Paling penting, jalankan suruhan Allah. Tinggalkan larangan-Nya. Dalami dan cintai al-Quran," jelasnya berkongsi pengalaman. | |
Posted: 24 Oct 2014 06:58 PM PDT Penantian untuk menyaksikannya menjadi nyata pada 25 September lalu. Bertempat di Tanjung Malim, Perak, Proton Holdings Bhd. (Proton) akhirnya mendedahkan senjata terbaharunya, Proton Iriz. Model kereta ke-23 keluaran syarikat kenderaan nasional itu ibarat serampang dua mata yang cuba memadamkan stigma lama jenama Proton dan membantu syarikat menembusi segmen pasaran baharu. Proton sedar kategori kereta kompak (segmen B) ibarat satu zon peperangan yang amat kompetitif antara setiap pengeluar kenderaan di Malaysia. Apatah lagi berdepan dengan model pendahulu pasaran Malaysia sejak sembilan tahun lalu iaitu Perodua Myvi. Bagaimanapun, setiap produk ada nilai dan kekuatan masing-masing. Bagi Proton Iriz, ia menawarkan satu pakej pembelian yang hampir sempurna untuk orang ramai khususnya buat individu yang berpendapatan sederhana. Untuk mengenali Iriz secara lebih mendalam, Proton mempelawa sekumpulan pengamal media termask penulis untuk satu sesi pandu uji ke Pulau Pinang. Program yang terbahagi kepada beberapa sesi ujian itu bermula dengan pemanduan sejauh 185 kilometer (km) dari Shah Alam, Selangor ke Gopeng, Perak. Fokus ujian ini adalah untuk mencatatkan penggunaan bahan api terbaik. Untuk menjadikan ujian itu adil, penganjur program tidak membenarkan mana-mana peserta untuk mengubah suhu pendingin hawa yang ditetapkan pada 18 darjah celsius. Tidak cukup dengan itu, dua bekas plastik ditampal pada tombol pendingin hawa untuk memastikan tiada sebarang unsur penipuan dalam cabaran itu. Kami juga perlu sampai ke destinasi itu (Gopeng) dalam tempoh dua jam 20 minit. Penulis digandingkan bersama wartawan portal The Mole, Muhammad Zaidi Azmi dengan memandu Proton Iriz varian automatik. Kami memutuskan untuk mengekalkan kelajuan antara 80 hingga 100km sejam (km/j) dan berjaya mencatat penggunaan petrol sebanyak 6.3 liter untuk 100km. Secara purata, satu liter petrol membolehkan kami mencapai jarak 15.9km. Catatan itu pastinya lebih ekonomikal jika kami mengamalkan kaedah pemanduan yang lebih bijak. Selesai ujian jimat minyak, kami beralih kepada varian transmisi manual untuk menyambung baki perjalanan kira-kira 220km ke Pulau Mutiara. Penulis mengambil kesempatan menilai prestasi Iriz transmisi manual dan mendapati konfigurasi enjin empat silinder dengan aplikasi kotak gear lima kelajuan itu satu padanan bijak. Prestasinya cukup baik. Penukaran gear sememangnya lancar. Klac lembutnya menghilangkan keletihan kaki sepanjang pemanduan. Ciri ini pastinya berita baik untuk mereka yang memasang impian menggunakan Iriz di kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur. Sepanjang pemanduan di lebuh raya, badan penulis tidak terasa lenguh dan aspek keselesaan boleh diberi pujian. Sejurus tiba di laluan berselekoh di Batu Feringgi, Pulau Pinang, penulis tidak teragak-agak memijak pedal minyak untuk merasai kelincahan kereta kompak ini. Keyakinan penulis untuk berbuat demikian adalah disebabkan Iriz ada sistem brek antikunci (ABS) yang akan campur tangan secara automatik untuk menstabilkan kereta jika pedal brek dipijak secara kuat. Keesokkan harinya, kami diberi peluang untuk mempelajari dan menguji sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC) Iriz menerusi aktiviti autocross di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Objektif ujian untuk membuktikan keupayaan Iriz melayan selekoh dengan tepat sewaktu pemanduan kelajuan tinggi. Proton Iriz juga mempunyai stereng elektronik dan kawalan pengemudiannya amat praktikal mengikut corak pemanduan anda. Jika memandu pada kelajuan rendah, sterengnya terasa ringan. Sebaliknya, apabila kelajuan ditambah, stereng menjadi lebih berat untuk kestabilan kawalan kenderaan. Selesai dengan siri-siri ujian, penulis mengambil peluang merehatkan diri dalam Iriz untuk seketika. Masa itu digunakan untuk meneliti setiap aspek ruangan kabinnya. Papan pemuka dengan skema warna gelap disulam tekstur jahitan benang membuatnya kelihatan lebih kemas. Bagi varian premium CVT, Proton menawakan lebih banyak ciri mewah termasuk butang start/stop dan kemasukan tanpa kunci. Seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi, Iriz turut menawarkan empat soket pengecas USB untuk gajet-gajet pengguna. Mungkin selepas ini, anda tidak perlu berebut dengan ahli keluarga atau kawan-kawan untuk mengecas telefon pintar masing-masing Proton Iriz didatangkan dengan empat varian pilihan untuk enjin 1.3 liter iaitu MT (manual), CVT (automatik), Eksekutif MT dan Eksekutif CVT. Harganya adalah antara RM42,438 hingga 49,888 sebuah. Pilihan lain disediakan ialah model 1.6 liter. Ada empat varian pilihan iaitu Eksekutif MT, Eksekutif CVT, Premium MT dan Premium CVT dengan harga permulaan serendah RM53,438 hingga RM62,888 sebuah. Landskap segmen kereta kompak bakal berubah dengan ketibaan Iriz. Apa yang penting, Proton nampaknya meneruskan momentum peralihan daripada sebuah syarikat berkelas tempatan menuju ke arah standard global. Transformasi itu sebenarnya satu bukti kebangkitan semula jenama Proton untuk mengubah nasib sedia ada dan membuktikan keupayaannya untuk bersaing dengan jenama-jenama lain. | |
Menakluk ruang udara Gua Damai Posted: 24 Oct 2014 06:52 PM PDT SUASANA Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, Selangor pagi itu tidak seperti hari-hari biasa. Dari jauh kelihatan benda berwarna-warni berterbangan mengelilingi taman tersebut. Rupa-rupanya beberapa orang sedang melakukan aktiviti terjunan bebas dari puncak Gua Damai setinggi 96 meter. Dari tebing itu, kelihatan seorang wanita sedang bersedia melakukan terjunan dan dalam tempoh tiga saat melompat dari tebing itu, payungnya mulai kembang sebelum dia meluncur bebas umpama burung. Aksinya mendapat sorakan daripada para penonton. Kira-kira 15 saat, dia selamat mendarat dan terpancar kepuasan di wajahnya. "Waktu pagi merupakan masa yang paling sesuai melakukan aktiviti terjunan bebas di Gua Damai ini kerana keadaan angin tidak terlalu kencang. Pada waktu tengah hari, hembusan angin sukar dijangka dan ada kalanya terlalu kuat hingga boleh membahayakan nyawa peserta. "Cuaca di kawasan ini, pada hari ini sangat memuaskan kerana kawasan pendaratan yang kering dan angin tidak terlalu kencang. Saya sangat seronok melakukan aksi ini dan berjaya melakukan pendaratan yang sempurna," kata Elaina Thornhill, 32, dari Amerika Syarikat yang merupakan salah seorang daripada 45 peserta Gua Damai International Base Jump 2014. Dia yang pertama kali menjejakkan kaki di negara ini berjaya melakukan terjunan bebas sebanyak dua kali pada pagi itu, namun dia masih belum puas dan akan meneruskan aktiviti tersebut sehingga tengah hari. Minat Walaupun mempunyai kerjaya sebagai guru, Thornhill masih sempat mencari ruang dan peluang menceburi aktiviti lasak itu. Setakat ini, dia telah melakukan sebanyak 170 terjunan. "Saya lebih gemar melakukan terjunan bebas yang lebih bersifat alam semula jadi berbanding melakukan terjunan di bangunan-bangunan tinggi. Saya rasa gembira kerana berpeluang menikmati keindahan Gua Damai dan sekitarnya dari udara," ujarnya yang menceburi sukan terjunan bebas sejak tiga tahun lalu. Acara Gua Damai International Base Jump 2014 itu merupakan edisi ketujuh dan merupakan aktiviti bersama sempena penganjuran acara KL Tower International Base Jump 2014. Ia membabitkan peserta dari 13 buah negara iaitu Australia, Denmark, Rusia, Kuwait, Amerika Syarikat, Jerman, England, Perancis, Belarus, Norway, New Zealand, United Kingdom dan Malaysia. Ia anjuran bersama Majlis Perbandaran Selayang dan Wira Adventure Consultant yang turut membabitkan empat peserta wanita. Acara yang diadakan pada bulan September itu mempunyai empat lokasi terjunan bermula di Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah; Wisma Sanyan, Sibu, Sarawak; Taman Ekstrem Gua Damai dan terakhir di Menara Kuala Lumpur. Seorang lagi penerjun bebas yang berasal dari Perancis, Antoine Laporte, 38, mengatakan ia pengalaman pertama kali melakukan terjunan di Malaysia. "Saya lebih gemar melakukan terjunan bebas di tebing atau yang lebih bersifat alam semula jadi, namun ini satu pengalaman yang sangat mengujakan bagi saya," katanya. Laporte, yang dahulunya merupakan seorang bekas tentera, mengatakan dia amat menyukai cabaran dan sukan lasak kerana sudah terbiasa melakukannya ketika masih berkhidmat dalam tentera. Persahabatan Secara keseluruhannya, dia telah melakukan terjunan bebas sebanyak 350 kali dan giat dalam aktiviti tersebut sejak empat tahun lalu. "Setiap kali saya melakukan aktiviti ini di lokasi yang berbeza, saya berpeluang untuk menjalinkan persahabatan yang baharu malah juga mendapat ilmu daripada pakar-pakar penerjun bebas," ujarnya. Laporte berkata, Gua Damai mempunyai tarikan tersendiri ekoran para peserta perlu menaiki tangga dan menempuh gua sebelum sampai ke lokasi penerjunan. Ini kerana, para peserta perlu melalui kawasan gua dan menikmati keindahannya kira-kira 45 minit. Selain daripada penerjun-penerjun yang datang jauh dari negara luar, terdapat juga penerjun bebas negara yang turut serta. Antaranya, seorang penerjun veteran, Jamaludin Ismail, 60, yang masih mempunyai kekuatan untuk melakukan terjunan bebas itu. "Umur bukanlah satu penghalang asalkan minat kita itu masih lagi membara dalam diri," katanya dengan penuh yakin. Jamaludin yang mendapat pengiktirafan sebagai penerjun tertua, berasakan bahawa acara terjunan bebas ini memberikannya satu kepuasan malah dia juga mengatakan dia lebih gemar berada di udara berbanding di darat. Dia menceburkan diri dalam sukan ini sejak tahun 1980 ketika berkhidmat dalam bidang ketenteraan di Melaka. Sejak itu, aktiviti terjunan bebas mulai bercambah dalam dirinya. Jamaludin sempat berkongsikan pengalamannya buat pertama kali melakukan terjunan bebas dan tidak dinafikan, dia juga mempunyai perasaan takut. "Pelbagai cara untuk kita mengatasi ketakutan ini dan salah satunya adalah untuk tidak memandang ke bawah, tetapi menikmati pemandangan di udara," katanya lagi. Dia yang telah melakukan lebih daripada 3,000 terjunan itu mengatakan, dia lebih menyukai terjunan tanah tinggi berbanding bangunan tinggi. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 ulasan:
Catat Ulasan