ads

Khamis, 23 Oktober 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Lelaki 'Dengar' Rama-Rama Kibas Kepak Dalam Telinga

Posted: 23 Oct 2014 09:42 PM PDT


Mikey lega selepas rakan berjaya keluarkan rama-rama dalam telinganya.
SEORANG lelaki menjadi tidak keruan apabila pendengarannya diganggu dengan bunyi seolah-olah ada sesuatu sedang bergerak-gerak dan mengibaskan kepak dalam telinganya.

Hanya dikenali sebagai Mikey, lelaki itu ditemui rakannya terbaring di lantai sambil mengadu mengesyaki ada serangga masuk ke dalam telinganya dan ia mungkin rama-rama.

Mikey juga memberitahu rakannya, dia dapat mendengar pergerakan serangga itu dalam telinganya terutama ketika kepaknya dikibas.

Menggambarkan saat serangga itu terbang ke dalam telinganya, Mikey berkata: "Saya dapat rasakan ia masuk, saya cuba menepis tetapi gagal."

Kejadian di Missouri, Amerika Syarikat ini menyebabkan rakannya terpaksa menggunakan lampu suluh dan penyepit untuk mengeluarkan rama-rama itu.

Tambah menyukarkan keadaan apabila telinga Mikey juga dipenuhi tahi telinga menyebabkan rakannya perlu membersihkannya dahulu, sebelum meneruskan usaha untuk mengeluarkan rama-rama yang bersembunyi jauh ke dalam lubang telinga lelaki malang itu.

Selepas beberapa kali cubaan gagal, akhirnya mereka berjaya menarik keluar rama-rama coklat sepanjang kira-kira tiga sentimeter dan ia masih hidup.

Sambil serangga itu mengibaskan kepaknya di lantai, Mikey yang ternyata lega berulang kali mengucapkan terima kasih kepada rakan yang membantunya.

Pada awal bulan ini, Mirror melaporkan bagaimana pengembara Britain terpaksa menahan rasa sakit dan tidak selesa apabila lintah melekat pada hidungnya.

Daniella Liverani ke Vietnam dan mengalami pendarahan hidung dan sebaik pulang ke Edinburgh dan mendapatkan rawatan, doktor mengesan adanya lintah pada hidungnya.

Selain itu, pada Ogos, Brit Rob Fielding dilaporkan menjalani pembedahan selama 90 minit untuk mengeluarkan rama-rama yang dikatakan berterbangan dalam kepalanya.

'Tercalon Dalam AIM 21 Bukti Dangdut Masih Relevan' - Haiza

Posted: 23 Oct 2014 04:02 PM PDT


Haiza memberitahu semangatnya untuk terus menghasilkan lagu terbaharu semakin membara selepas menerima pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik AIM 21 yang bakal berlangsung 6 Disember depan.
PETALING JAYA: Penyanyi Haiza menganggap pencalonan lagu nyanyiannya berjudulKerana di Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM 21) adalah bukti muzik dangdut masih relevan dan mampu bersaing dengan genre lain.
Haiza, 34, berkata, walaupun lagu berkenaan dicalonkan dalam kategori Lagu Hip Hop Terbaik namun ia sangat bererti kepada kariernya kerana pertama kali tercalon dalam anugerah berprestrij itu.

"Pencalonan tersebut sangat bererti dalam karier saya kerana sepanjang 20 tahun memperjuangkan muzik dangdut ini adalah kali pertama saya tercalon dan saya sangat gembira.
"Biarpun bukan kategori khusus untuk dangdut namun penilaian yang dibuat terhadap lagu tersebut bukti genre dangdut masih relevan," katanya kepada mStar Online.
Kerana dicipta oleh Damian Mikhail manakala liriknya pula ditulis oleh Shah Shamsiri dan Filsuf.
Haiza bersama penulis lirik dan komposer lagu Kerana Shah Shamsiri(kiri) dan dan Damian Mikhail.
Haiza turut bersaing dengan empat lagi buah lagu dalam kategori sama iaitu Apa Khabar(Joe Flizzow/SonaOne), Havoc (Joe Flizzow/SonaOne/Altimet), Hello (Altimet/The Trisno Trio) dan Tepi Sikit (Sleeq/Joe Flizzow).
Dalam pada itu, Haiza berkata, dengan pencalonan tersebut ia telah membangkitkan semangatnya untuk terus berkarya dalam menghasilkan single terbaharu dan mengekalkan muzik dangdut.
Bagaimanapun kata Haiza, dia terbuka untuk melakukan eksperimen dalam muzik tersebut agar bersesuaian dengan kehendak dan selera pendengar yang sentiasa mahukan pembaharuan.
"Seperti Kerana ia sebenarnya adalah sebuah karya eksperimen dan ternyata ia menjadi dan dapat diterima ramai namun elemen dangdut yang sudah sebati dengan diri saya masih akan dikekalkan pada single terbaharu nanti," katanya.
Sementara itu, Haiza berkata, selain sibuk dengan undangan nyanyian dia kini semakin rancak menguruskan perniagaan produk jus kesihatannya ke seluruh negara.
"Alhamdulillah perniagaan semakin berkembang dan ejen di seluruh negara pun semakin ramai biarpun produk berkenaan tidak mempunyai promosi besar-besaran," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved