ads

Rabu, 22 Oktober 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Yana Samsudin tunggu lamaran

Posted: 22 Oct 2014 09:28 PM PDT

  • Yana SamsudinYana Samsudin

UMUM mengetahui bintang filem Wawa Semput ini berkawan rapat dengan adik kepada aktor terkenal, Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari.

Malah pelakon berusia 29 tahun ini mengakui sudah bersedia menamatkan zaman solonya sejak awal tahun 2014 lagi.

Meskipun usia perkenalan mereka sudah mencecah angka 5 tahun tetapi pemilik nama Norliana Samsudin memberitahu dia hanya berserah kepada jodoh.

"Kami masih berkawan baik cuma sebagai perempuan saya cuma mampu menunggu dan terus menunggu.

"Apabila sampai masanya, saya akan beritahu kepada semua. Lagipun perkara baik seperti ini pasti menggembirakan keluarga dan peminat saya juga," katanya yang lebih dikenali sebagai Yana Samsudin.

Ujarnya, dia bagaimanapun menyerahkan semuanya kepada Fadzil mengenai hubungan mereka.

"Jika ada perkembangan mengenai status hubungan kami, biarlah ia keluar daripada mulut dia sendiri," jelasnya mahu mendapat restu keluarga dalam memilih calon suami.

Dalam pada itu, Yana juga mengimpikan perkahwinan yang sederhana jika tiba masanya nanti.

"Saya seorang yang 'simple', jadi saya mahu majlis saya nanti juga dilakukan dalam suasana yang sama.

"Kalau boleh, saya tidak mahu majlis tunang dan sebagainya sebaliknya terus bernikah," akui duta produk jenama Super ini.

Rindu MIG?

Tidak bersama Metrowealth International Group(MIG) sejak Mac lalu bukan bererti pelakon yang meningkat naik menerusi syarikat penerbitan popular itu sudah melupakan asal usulnya.

Malah, Yana cukup bersyukur kerana MIG telah membantunya mencipta nama dan karier sehingga ke tahap ini setelah 10 tahun bernaung di bawah syarikat tersebut.

"Walaupun meninggalkan MIG tetapi ia secara profesional. Bila ada masa saya sering ke MIG untuk berjumpa David Teo dan isterinya. Malah, dia masih memberi tawaran berlakon kepada saya.

"Tetapi kerana punya komitmen lain saya terpaksa menolaknya," jelasnya.

Tambah pemilik Yanasuperfriend Talent ini, pada awalnya agak sukar dia menguruskan karier sendiri.

"Tetapi sekarang Alhamdulillah, semua sudah teratur. Buat masa sekarang syarikat saya belum lagi di tahap untuk menguruskan mana-mana artis lain," katanya bakal turun padang memeriahkan on9 Shop Festival di Stadium Tertutup Gong Badak Terengganu 31 Oktober ini dan festival di Stadium Melawati Shah Alam 1- 2 November ini.

Tidak hanya tertumpu kepada sisi peribadi, Yana yang dikenali sangat komited kepada kariernya memberitahu, dia sangat sibuk sejak bergelar duta kepada produk jenama Super.

"Sebab itulah saya terpaksa tolak tawaran lakonan dalam masa beberapa bulan lepas. Bukan kerana tidak mahu berlakon tetapi saya jenis yang memberi komitmen penuh kepada satu-satu kerja yang diterima.

"Saya tidak mahu membuat banyak kerja dalam satu masa, bimbang pula menyusahkan orang lain," ujarnya yang akan kembali aktif berlakon November ini.

Hati sedang dimiliki?

Posted: 22 Oct 2014 09:27 PM PDT


  • Reen RahimReen Rahim

BINTANG drama Sahara, Reen Rahim mengakui sedang berkawan rapat dengan jejaka yang sudah lama dikenalinya.

Gadis berusia 26 tahun ini memberitahu, dia mengenali jejaka tersebut sebelum bergelar juara program realiti Pilih Kasih musim ketiga (PK3) lagi.

"Saya memang sedang berkawan rapat dengan seseorang.

"Tiada hubungan yang serius tetapi kami rapat," katanya kepada Zass.

Mengulas lanjut akan hala tuju hubungannya itu, pelakon drama Cinta Jannah ini bagaimanapun menyerahkan semuanya kepada takdir.

"Saya berserah pada jodoh. Jika ada jodoh, saya terima. Kalau bercinta bagai nak rak sekali pun, kalau tiada jodoh, maka tetap tiada jodoh juga kan?," katanya.

Ditanya mengenai wajahnya yang dilihat semakin berseri, Reen bagaimanapun hanya ketawa, apabila ia dikaitkan dengan dirinya yang kini sedang dilamun cinta.

"Tidaklah, mungkin sebab sudah semakin matang agaknya. Semenjak berkecimpung dalam bidang seni, saya juga sudah menitikberatkan soal penjagaan terutamanya kulit," katanya.

Menolak dikaitkan dengan suntikan botox, Reen memberitahu dia gerun dengan rawatan kecantikan tersebut.

"Saya lebih selesa menjaga makan selain mengambil makanan tambahan seperti vitamin C," katanya.

Dalam perkembangan lain, Reen bakal menjalani penggambaran bagi filem Mirip dan Rempit Sampai Langit. selain itu, Reen juga  bakal muncul dalam telefilem Talak, Oi Mer Ta dan drama bersiri 26 episod, Pergilah Air Mata.

MLM 2014: Zizan Razak Letak 3 Syarat Sebelum Sertai Virus

Posted: 22 Oct 2014 09:25 PM PDT


Kumpulan Jambu
PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju bergabung dengan dua pelawak daripada kumpulan Jambu bagi membentuk sebuah kumpulan baru iaitu Virus untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM) akan datang.

Salah seorang anggota Jambu, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri berkata, syarat-syarat adalah nama kumpulan baharu mestilah dilihat komersial selain saling bekerjasama dalam menyumbang idea dan membuat susunan strategi.

"Sebenarnya sudah lama saya dan Yus merancang untuk mengambil Zizan menyertai kami. Lagipun dia sudah lama tidak terlibat dengan MLM.

"Dua bulan juga nak menunggu jawapan Zizan dan dia telah menetapkan tiga syarat di mana kami rasa ia bukanlah satu masalah besar. Cuma, apabila sudah bertiga, persefahaman itu sangat penting," katanya.
Zizan Razak

Tambah Tauke, pada mulanya, mereka ingin meletakkan nama JambuZ kerana gabungan nama Jambu dan Zizan tetapi selepas dikaji semula, nama Virus menjadi pilihan kerana mereka ingin dilihat sebuah kumpulan yang tidak membawakan lawak slapstik.

Dalam pada itu, menerusi nama Virus juga, mereka akan menyampaikan persembahan yang berbeza dengan idea yang lebih segar.

"Saya percaya ramai yang tidak yakin dengan gabungan Jambu dan Zizan. Tetapi sebenarnya keserasian kami sudah lama wujud.

"Dan saya mengakui pengambil Zizan juga kerana kami ingin menggabungkan  peminat-peminat Zizan dengan peminat kami," tuturnya.

Program itu akan bersiaran secara langsung bermula 14 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

"Tiada Sebab Untuk Saya Berkecil Hati" - Aizat

Posted: 22 Oct 2014 09:24 PM PDT


Aizat hanya tercalon dalam kategori Kulit Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM 21) pada tahun ini.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer Aizat Amdan tidak mempunyai sebarang sebab untuk berkecil hati apabila album terbaharunya berjudul Legasi tidak mendapat sebarang pencalonan dalam kategori utama Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM21) yang bakal berlangsung pada 6 Disember depan.
Aizat, 25, berkata, dia yakin dengan penilaian juri profesional yang mengadili album tersebut dan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
"Itu adalah keputusan muktamad daripada juri dan saya tidak berkecil hati kerana tidak tercalon dalam kategori utama AIM edisi tahun ini.
"Kesemua juri yang dilantik mempunyai pengalaman dalam bidang masing-masing dan semua calon yang tersenarai adalah terbaik," katanya kepada mStar Online.
Aizat bersama albumnya berjudul Legasi.
Aizat ditemui pada sidang media majlis pengumuman calon akhir AIM 21 yang diadakan di Hotel Istana di sini pada Selasa lalu.
Penyanyi lagu Pergi itu bagaimanapun hanya tercalon dalam kategori Kulit Album Terbaik bersama pereka Art: Tech.
Dalam pada itu, Aizat berkata, dia berpuas hati dapat tercalon dalam kategori tersebut kerana ia dapat memberi pengiktirafan kepada penat lelah pereka yang turut memainkan peranan penting dalam pembikinan sesebuah album.
Malah katanya, kulit album juga adalah salah satu ekspresi muzik dalam bentuk visual yang mampu menterjemahkan isi kandungan muzik sesebuah karya itu.
"Kulit album adalah salah satu kompenan penting dalam sesebuah album dan bukan hanya muzik. Saya sendiri teruja dengan pencalonan dalam kategori ini kerana usaha pihak Art: Tech mendapat perhatian," katanya.
Sementara itu, Aizat berkata, selain sibuk dengan pelbagai undangan nyanyian dan kerja-kerja di studio, dia baharu sahaja melancarkan single terbaharu bersama Elizabeth Tan dan Waris berjudul Aku Ikon Patriotik.

Alyah Tidak Guna Pengaruh Ramli MS

Posted: 22 Oct 2014 09:22 PM PDT


Alyah tidak pernah menggunakan pengaruh suaminya untuk berjaya sebagai penyanyi.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Datin Alyah tidak pernah menggunakan pengaruh suaminya yang juga pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS untuk menaikkan namanya dalam industri muzik.
Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 33, berkata, mereka tidak pernah mencampur-adukkan urusan profesional dan peribadi dalam rumah tangga mereka dan kejayaannya sebagai penyanyi adalah usaha kerasnya selama ini.
"Benar suami saya adalah antara individu terbaik dalam kerjayanya namun untuk mengatakan saya mengambil kesempatan atas pengaruhnya sama sekali tidak benar.
"Saya seorang yang berpijak pada bumi yang nyata dan segala pencapaian diperolehi sekarang adalah atas usaha keras dan bukannya kerana pengaruh sesiapa," katanya kepada mStar Online.
Alyah bakal muncul dengan album baharu pada awal tahun hadapan.
Alyah ditemui pada majlis pengumuman pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM 21) yang diadakan di Hotel Istana pada Selasa.
Penyanyi itu turut tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi Sesal Separuh Nyawahasil ciptaan Rizal Tiga dan Adil AF manakala lirik ditulis oleh Alyah dan Shah Shamsiri.
Bagaimanapun Alyah mengakui Ramli ada memberikan nasihat mengenai beberapa perkara berhubung kerjayanya namun memberitahu ia secara tidak langsung.

Pasangan itu bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 dan perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Alyah berkata, kehidupannya sebagai isteri berjalan lancar dan berharap akan dikurniakan cahaya mata bagi menyerikan rumah tangga mereka.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pada usia sekarang apa yang saya harapkan akan dikurniakan anak secepat mungkin," ujarnya.

Ditanya mengenai kebarangkalian dia dan Ramli akan mengadakan majlis resepsi, Alyah berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada suaminya untuk membuat keputusan.

Sementara itu, Alyah berkata, dia bersyukur apabila lagu Sesal Separuh Nyawa tercalon dalam AIM 21 pada tahun ini selepas lapan tahun tidak disenaraikan sebagai calon akhir.
Ramli MS.
Bagi Alyah, pencalonan tersebut memberi makna besar kepadanya namun tidak meletakkan sebarang harapan untuk membawa pulang trofi.

"Ini adalah pencalonan kedua saya selepas lapan tahun dan saya sangat bersyukur lagu Sesal Separuh Nyawa mendapat tempat dalam lima terbaik selepas kali terakhir dicalonkan lapan tahun lalu menerusi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alyah berkata, dia kini sedang dalam proses merakamkan album ketiganya yang dijangka berada di pasaran awal tahun hadapan.

Saintis jumpa labah-labah sebesar tapak tangan

Posted: 22 Oct 2014 09:18 PM PDT


  • Saintis jumpa labah-labah sebesar tapak tangan

GUYANA - AMERIKA SELATAN. Seorang saintis menemui seekor Tarantula sebesar saiz tapak tangan seorang dewasa sewaktu meneroka hutan hujan Amazon di Guyana.

Menurut pakar serangga, Piotr Naskrecki, labah-labah itu ditemui di trek laluan pejalan kaki sewaktu dia menjelajah hutan itu.

"Saya boleh dengar dengan jelas saat kakinya menyentuh tanah. Saya juga boleh dengar bunyi daun kering seolah dipijak dengan sesuatu sewaktu binatang tersebut bergerak.

"Saya arahkan kamera saya ke arah bunyi tersebut, saya ingat saya mungkin akan terserempak dengan mamalia kecil, mungkin tikus hutan atau tupai," jelasnya seperti yang dipetik melalui portal Metro.co.uk.

Namun apa yang ditemui ialah seekor tarantula sebesar saiz tapak tangannya.

"Labah-labah jenis itu mungkin merupakan satu-satunya tarantula yang menghasilkan bunyi ketika bergerak.

"Kakinya yang keras telah menghasilkan bunyi 'klik' yang aneh, tidak banyak bezanya dengan bunyi tapak kaki kuda di atas tanah," tambahnya.

Tarantula yang ditemui Naskrecki merupakan jenis Goliath birdeater merupakan spesis labah-labah kedua terbesar pernah direkodkan dan hanya dijumpai di bahagian utara selatan Amerika, Utara Brazil dan bahagian selatan Venezuela.

Spesis ini dikatakan boleh menyerang dan memakan burung kelicap.

Ia mempunyai kepanjangan kaki yang boleh mencecah sehingga 30 cm dan beratnya pula boleh menyamai seekor anak anjing.

Teh O cuma 50 sen

Posted: 22 Oct 2014 09:09 PM PDT


  • Rohaizat dan Yusmira berazam untuk memajukan Kedai Teh O 50 sen yang mendapat sambutan ramai.Rohaizat dan Yusmira berazam untuk memajukan Kedai Teh O 50 sen yang mendapat sambutan ramai.

PORT DICKSON - Ketika segelintir orang ramai mengeluh dengan kenaikan harga barang, sebuah kedai makan terletak berhampiran dengan Masjid Khariah Bagan Pinang mengambil iniasitif segelas teh  O dengan harga 50 sen.

Kedai diusahakan Rohaizat Abd Khalid, 34, bersama isterinya, Yusmarina Mokhtar, 32, baru saja seminggu beroperasi.

Menurut Rohaizat, idea meletakkan harga 50 sen bagi secawan teh O datang secara spontan.

"Ini bukannya bermusim atau sekadar untuk promosi sempena pembukaan kedai ini, sebaliknya harga ini adalah untuk selama-lamanya.

"Malah, kedai teh O 50 sen diangkat sebagai nama kedai ini yang setakat ini beroperasi dengan menyediakan hidangan sarapan pagi dan makan tengah hari dengan harga berpatutan.

"Saya juga berhasrat untuk memanjangkan waktu operasi kedai ini hingga waktu malam dan mempelbagaikan lagi hidangan menu makanan," katanya ketika ditemui, semalam.

Rohaizat berkata, ada sesetengah pelanggannya tidak percaya harga secawan teh O yang dikenakan.

"Ada pelanggan tetap membayar RM1.20 dan terpaksa saya kejar hingga ke kereta mereka untuk memulangkan baki duitnya.

"Malah, ada segelintir pelanggan terperanjat dengan harga itu dan memberitahu ia terlalu murah dengan harga barang yang semakin mahal hari ini.  Tapi ada juga yang menasihatkan saya menaikkan sedikit harganya," katanya.

Rohaizat berkata, walaupun teh O di kedainya jauh lebih murah berbanding kedai lain, namun kualiti serta rasa masih sama.

"Menjual 50 sen untuk secawan teh O, ia tidak akan jejaskan perniagaan, malah kami juga sebenarnya berniat untuk berniaga sambil bersedekah," katanya.

Waspada taska diragui status

Posted: 22 Oct 2014 09:07 PM PDT


  • RozitaRozita

SEREMBAN – Tidak kurang 50 taman asuhan kanak-kanak (taska) di negeri ini diragui, sekali gus boleh mengundang risiko terhadap keselamatan anak-anak.

Presiden Taska Negeri Sembilan, Rozita Kamil sehubungan itu berkata, ibu-bapa perlu menyemak terlebih dahulu status taska dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum membuat keputusan menghantar anak mereka.
"Ibu bapa jangan keliru dengan istilah berdaftar, bukan sekadar perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tetapi juga JKM bagi memastikan pengusaha mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Berdasarkan maklumat diperolehi, hanya 166 taska yang berdaftar di negeri ini.  Sebab itu ibu-bapa sangat digalakkan mendapat maklumat daripada JKM terlebih dahulu,"katanya.
Mengenai kes-kes kemalangan atau kematian yang berlaku di taska, beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kebanyakannya  berlaku di taska tidak berdaftar dengan JKM.
Menurutnya, JKM diharap dapat membuat pemantauan secara berterusan dan bukan hanya apabila berlakunya sesutau kejadian tidak diingini di taska.

"Saya sangat berharap JKM dapat menjadikan kita sebagai kumpulan sokongan mereka bagi membolehkan kita pergi ke taska, pusat jagaan dan tadika membuat pemantauan," katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak boleh menghalang ibu-bapa daripada memilih taska tidak berdaftar yang yuran dikenakan lebih murah, namun risiko keselamatan anak-anak lebih tinggi.

Selain itu, katanya, setiap pengasuh perlu dipastikan memiliki sijil kursus asuhan kanak-kanak bagi melayakkan mereka bekerja di taska.

"Kursus ini penting bagi memberi pengetahuan berhubung soal penjagaan anak-anak di taska yang bukan sekadar tentang soal penjagaan, tetapi juga merangkumi aktiviti dijalankan dan suasana persekitaran taska.

Malah, katanya,  ibu-bapa juga digalakkan membuat tinjauan mengejut ke taska anak-anak bagi memastikan pengusaha mematuhi SOP ditetapkan.

Sokong hasrat pencinta kucing

Posted: 22 Oct 2014 09:05 PM PDT


  • Pusat jagaan kucing terbiar yang dibina untuk kucing yang ditemui didera, sakit dan dilanggar kenderaan.Pusat jagaan kucing terbiar yang dibina untuk kucing yang ditemui didera, sakit dan dilanggar kenderaan.

KUANTAN - Pengurusan Felda Chini 4 menyokong hasrat pencinta kucing, Maslina Omar, 36, memanfaatkan tanah di felda itu untuk membantu haiwan berkenaan menyambung kehidupan di situ.

Setakat ini, semua kucing yang dibantu di pusat jagaan kucing yang dikenali sebagai Kucing Valley Hajah Maimunah (KVHM) adalah kucing sakit akibat didera, dibuang dan dilanggar kenderaan.

Penolong Pengurus Felda Chini 4, Hamede Hassan berkata, pengurusan Felda menyambut baik usaha Maslina dengan menyediakan tanah bagi memudahkannya menguruskan kucing terbiar dan menyelamatkannya dari terus dianiaya.

Katanya, usaha lain akan diteruskan bagi membantu pusat jagaan kucing terbiar itu dapat dimajukan dan menjadi satu lagi ikon Felda selain produk makanan dan tanaman.

"Kita sudah maklum kesungguhan yang ditunjukkan Maslina dan keluarga sehingga wujudnya KVHM namun saya berharap dia tidak keseorangan dan mendapat sokongan dari masyarakat," katanya.

Bagaimanapun, katanya, ada juga yang mengambil kesempatan dengan meletakkan binatang itu di depan pintu tanpa memaklumkan kepada Maslina.

"Paling menyedihkan apabila ada yang meletakkan kucing dalam keadaan yang menyakitkan sedangkan kita sedang berusaha membantu binatang berkenaan supaya tidak teraniaya," katanya.

Hamede berharap usaha Maslina disokong penduduk Felda kerana mereka juga tidak terganggu dengan kehadiran kucing terbiar selain boleh dikomersialkan sebagai tempat pelancongan.

"Jika sebelum ini, pelancong yang datang ke Felda hanya melawat tempat berkaitan memproses makanan atau tanaman, namun perubahan dan pembangunan boleh mengubah keadaan itu dengan wujudnya taman kucing," katanya.

Beliau menyasarkan tempoh dua atau tiga tahun untuk KVHM menjadi sebuah taman kucing yang moden dan cantik sekali gus boleh dikomersialkan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mengenai usaha Maslina membuka pusat jagaan kucing dengan kos RM45,000 dan sudah menyelamatkan 53 kucing dalam pelbagai keadaan.

Terkejut temui ular sawa besar

Posted: 22 Oct 2014 09:01 PM PDT


  • Penduduk melihat ular sawa yang ditemui di kebun getah di Slow Temiang.Penduduk melihat ular sawa yang ditemui di kebun getah di Slow Temiang.

KUALA KRAI - Sekumpulan penduduk kampung yang sedang membersihkan kebun getah di Slow Temiang, di sini dikejutkan dengan penemuan ular sawa seberat 50 kilogram, tengah hari kelmarin.

Ular sepanjang kira-kira empat meter ini dikatakan sedang bersembunyi di dalam batang kayu.

Kumpulan penduduk ini bernasib baik kerana sempat menyedari kehadiran ular yang sedang bersembunyi itu.

Ketika kejadian, Mohd Musmizi Ibrahim, 37, dan beberapa rakannya mengambil upah menebas kebun getah berkenaan sejak empat hari lalu, untuk kerja-kerja penanaman semula tidak lama lagi.

Menurutnya, ketika sedang menebas semak samun, mereka ternampak seekor ular di dalam batang kayu.

"Kami segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kerana masing-masing tidak mempunyai kepakaran dan kelengkapan untuk menangkap ular tersebut

"Penemuan ular di kebun ini bukan pertama kali. Sebelum ini ular sawa juga pernah ditemui di kebun ini tetapi di lokasi yang berlainan," katanya.

Penemuan ular sepanjang kira-kira empat meter itu menarik perhatian penduduk kerana jarang ditemui ular sawa sebesar itu sebelum dibawa pulang ke Pejabat JPAM Kuala Krai.

Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM Kuala Krai, Sarjan (PA) Mohd Bakri Mohd Noor berkata, ular tersebut dapat ditangkap dalam masa 15 minit dengan kerjasama penduduk.

Menurutnya, ular itu dibawa balik ke pejabat dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.

Elfira sedia kahwin muda

Posted: 22 Oct 2014 06:41 PM PDT



Awal minggu ini, nama aktres Elfira Loy cukup hangat bukan sahaja di Malaysia tetapi sehingga ke negara seberang, Indonesia. Masakan tidak, Elfira hadir berpasangan dengan aktor popular Indonesia, Baim Wong ke majlis perkahwinan pelakon Raffi Ahmad dan Nagita Slavina yang berlangsung di Hotel Ritz-Carlton di Jakarta pada Ahad lalu.
Pelakon genit itu kelihatan cukup anggun dengan busana rekaan Rizman Ruzaini. Sudah pasti selain pasangan pengantin, Elfira yang berada di sisi Baim menjadi tumpuan pihak media yang membuat liputan majlis perkahwinan tersebut.
Paling mengejutkan menurut laporan portal hiburan Kapanlagi.com dan beberapa media Indonesia yang lain, Baim mengakui bahawa Elfira merupakan kekasihnya dan mereka sudah berkenalan selama empat tahun. Bukan itu sahaja, hubungan mereka berdua itu sudah sampai tahap gerbang perkahwinan.
"Ya, dia (kekasih) orang Malaysia. Sudah kenal empat tahun. Memang rapat dan serius. Sudah ada perancangan untuk ke sana (Malaysia). Namun, saya tidak tahu mahu cakap apa. Tidak tahu bila akan berkahwin, mungkin tahun ini mungkin juga tidak. Saya sendiri tidak tahu bila jodoh saya akan tiba. Harap doakan sahaja yang terbaik.
"Saya sudah membawanya (Elfira) bertemu keluarga dan mereka juga serasi dengannya. Semuanya cukup baik," kata Baim kepada media Indonesia.
Itu kenyataan daripada Baim yang dilaporkan media di sana. Bagaimanapun Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri yang masih berada di Jakarta, Indonesia ketika dihubungi Selasa lalu menafikan
Baim mengeluarkan kenyataan sedemikian.

ELFIRA LOY memegang prinsip untuk tidak melabelkan hubungan baiknya dengan Baim Wong sebagai pasangan kekasih, namun dia menyifatkan mereka sedang dalam proses hubungan yang matang.


Akui Elfira, memang dia dan Baim diburu pihak media Indonesia sebaik selesai majlis perkahwinan Raffi dan mereka telah memberi kerjasama untuk ditemu bual pihak media. Bagaimanapun selepas sesi temu bual, pihak media di sana memperbesarkan berita tersebut walhal mereka berdua tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengesahkan mereka merupakan pasangan kekasih.
"Baim tidak beri kenyataan yang keluar di media Indonesia itu. Benar, pada majlis itu kami diburu dengan pihak media tetapi selepas kami terangkan kedudukan sebenar waktu temu bual mereka (media) mengeluarkan cerita mengikut cita rasa sendiri kerana media di sana asyik mengulangi soalan bila mahu kahwin? Baim hanya menjawab 'tengok sahaja perkahwinannya nanti. Kami berkawan dan andai ada jodoh, kami akan berkawin'," kata Elfira dalam mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp kepada Kosmo! untuk memperbetulkan berita awal yang dikeluarkan media di Indonesia.
Bagaimanapun tanpa berselindung, si manis itu mengakui hubungan baiknya bersama Baim sudah berusia empat tahun. Dia juga mengaku hubungan mereka memang akrab, namun Elfira memegang prinsip untuk tidak melabelkan hubungan mereka sebagai sedang bercinta, sebaliknya melihat perhubungan tersebut dalam proses hubungan yang matang.
"Entahlah saya tidak tahu hendak cakap apa sebab saya tidak dengar pun dari mulut Baim yang mengaku secara terang-terang saya ini kekasihnya. Saya tidak suka komen berdasarkan perkara yang saya tidak tahu dan tidak dengar sendiri. Kami hanya cakap kami berkawan sampai tahap bertemu jodoh.
"Saya dan Baim sudah besar, jadi tidak perlulah bercinta seperti budak kecil. Kami lebih kepada menjaga hati masing-masing. Jujurnya, saya mahu hubungan yang matang yang bermakna kalau ada jodoh, saya okey sahaja untuk terus berkahwin," balasnya yang masih berada di Jakarta saat temu bual berlangsung.
Bagaimanapun, melihat kepada usaha Elfira yang sanggup terbang ke Jakarta demi menemani Baim ke sebuah majlis perkahwinan dan sudah dibawa berjumpa keluarga besarnya di Jakarta, hubungan mereka sudah tentu serius. Bahkan Elfira juga dilihat semakin terbuka soal hubungannya dengan Baim apabila memuat naik sekeping foto bersama keluarga Baim di akaun Instagramnya.
"Bila sudah berkawan dan sudah jumpa keluarga, hubungan itu ke arah yang lebih serius tetapi kami hanya mengikut arus. Sampai waktunya dan ada keizinan dan jodoh, kami akan berkahwin. Tetapi kami bukan jenis bercinta seperti remaja," ujarnya yang pernah bergandingan bersama Baim dalam telefilem Untuk Terakhir Kali.

PERCAYA kepada ketentuan Ilahi, Elfira bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri sekiranya ditakdirkan berkahwin pada usia muda.


Mahu cari suami
Gadis yang baru berusia 20 tahun itu terdiam sebentar saat disoal bagaimanakah dia melihat institusi perkahwinan dan adakah sudah bersedia andai jodohnya tiba awal.
"Saya percaya Allah tidak akan membebankan umatnya dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Kalau jodoh saya sampai awal maknanya saya sudah bersedia. Saya memang berserah kepada takdir kerana Allah perancang yang terbaik. Insya-Allah aturannya baik untuk kami berdua," tutur Elfira optimis.
Berbicara tentang tujuannya ke Indonesia, jelas Elfira yang bercuti selama empat hari tiga malam di Jakarta, menjelaskan dia memenuhi jemputan Baim untuk menghadiri perkahwinan sahabatnya itu.
"Saya ke Indonesia, bersama adik dan ibu. Memang tujuan ke Jakarta untuk menghadiri majlis perkahwinan, selepas itu saya memang ingin sangat melihat ikan lumba-lumba, jadi Baim bawa saya bersama adik saya, Nurul Ezlisa Loy serta ahli keluarganya ke daerah berdekatan Jakarta untuk melihat ikan lumba-lumba," terang Elfira.
Sementara itu, ibunya Filzah Yusoff yang dihubungi Kosmo! memberitahu anak gadisnya itu mempunyai prinsip sendiri berkaitan soal berpasangan. Tidak seperti anak muda yang lain, anak kedua daripada lima orang adik-beradik itu enggan bercinta sebaliknya ingin mencari suami untuk dibuat pasangan hidupnya.
"Setahu saya, Elfira ini ada prinsip sendiri walaupun muda, dia tidak akan cuba-cuba bercinta. Itu bukan cara dia. Dia pernah cakap dia tidak mencari kekasih sebaliknya mencari seorang suami. Maknanya, jika dia mula bercinta tujuan untuk berkahwin bukan main-main.
"Namun, selagi belum sah sebagai suami, dia lebih selesa menganggap lelaki itu sebagai kawan sahaja," balas ibunya.
Sungguhpun begitu, apabila disoal tentang hubungan anaknya dengan Baim, ibunya enggan memberi sebarang komen tetapi tidak kisah andai jodoh anaknya tiba awal.
"Soal komen kenyataan Baim itu, saya tidak berani. Biarlah Elfira atau Baim sahaja yang menjawab soalan pihak media. Sebagai ibu saya percaya pilihannya, jika dia mahu berkahwin awal atau lambat saya tidak kisah kerana soal jodoh memang diserahkan kepadanya. Sama seperti ibu yang lain, saya mendoakan kebahagian anak walaupun siapa pun lelaki yang menjadi pilihannya kelak," tutur Filzah.
Elfira yang pulang ke Kuala Lumpur pada hari Selasa lalu memberitahu, sebaik menjejakkan kaki di Kuala Lumpur jadual kerjanya kembali padat.
"Saya baru selesai penggambaran drama 26 episod berjudul Setulus Janji untuk siaran RTM. Bermula semalam, saya sudah mula penggambaran untuk program kembara berjudul Mad Markets untuk TV9. Destinasi pertama ialah Taiwan. Saya seronok menjadi pengacara program ini kerana dapat berjalan ke negara lain. Sambil bekerja saya boleh melihat negara orang," luah Elfira tentang perkembangan kerjayanya.


Keluarga Jep sudah kenal Nazeera

Posted: 22 Oct 2014 06:40 PM PDT

BIARPUN kurang selesa berbicara tentang kisah peribadinya kepada umum, Jep tetap melayan soalan media dengan baik.


PERNAH suatu ketika dahulu namanya hangat apabila didakwa sudah bertunang dengan seorang deejay sebuah stesen radio secara senyap. Namun, pelakon dan pelawak terkenal, Jep Sepahtu (Jep) atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal Abidin, 28, tidak mudah melatah. Sebaliknya dia bijak mengawal setiap cerita itu dengan jawapan yang jujur.
Bagaimanapun, baru-baru ini sekeping gambarnya bersama seorang gadis yang dimuat naik oleh Jep dalam laman Instagram mengundang pelbagai tanggapan daripada para peminatnya. Sekeping gambar Jep bersama gadis bernama Nazeera Sardi itu mengundang reaksi teruja dalam kalangan peminatnya.
Berpeluang bertemu figura tinggi lampai yang berasal dari Kulai, Johor itu usai sidang akhbar pengumuman senarai peserta program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM), Jep dengan terbuka bercakap tentang siapakah gerangan si gadis manis tersebut.
Kosmo!: Jep, rasanya anda pun tahu pihak media akan bertanya tentang soalan yang satu ini. Ia berkenaan sekeping gambar anda bersama seorang gadis yang dimuat naik dalam laman Instagram baru-baru ini. Boleh kongsikan siapa gadis itu?
Jep: Sejujurnya, dia merupakan wanita yang rapat dengan saya. Dia merupakan seorang model. Bermula daripada situ, saya kenal dengan dia. Kami sudah berkawan selama enam tahun. Namun dalam tempoh dua tahun kebelakangan, kami kurang berhubung kerana saya sibuk dengan kerjaya. Apa yang boleh saya katakan di sini ialah, dia merupakan satu-satunya rakan perempuan saya yang paling rapat dan paling lama saya berkawan. Sewaktu berkawan dulu, saya memang ada bawa dia berjumpa keluarga tetapi setakat itu sahaja perkembangan kami. Selebihnya saya tidak mahu cakap apa-apa kerana perkara sebegini pada saya tidaklah penting mana. Lagi pula, saya kurang gemar berkongsi perkara ini dengan mana-mana pihak kerana perkara ini tidak rasmi lagi. Buat masa sekarang saya hanya berkawan dengan dia.

GAMBAR yang dimuat naik oleh Jep menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini menarik perhatian ramai. Jep mengaku wanita yang bernama Nazeera Sardi ini sebagai kawan wanita paling rapat dengan dirinya sekarang.


Setelah dua tahun mendiamkan diri, bagaimana kalian boleh kembali berhubung?
Sememangnya saya tidak sangka dapat berhubung dan bertemu dengan dia semula seperti dulu. Masing-masing sibuk dengan kerjaya. Semuanya bermula pada awal tahun ini apabila kami ada berhubung semula dan berjumpa di luar. Saya yang mula menghubungi dia dahulu dan dia juga memberikan respon yang baik.
Selepas anda memuat naik gambar itu, ramai peminat yang memberi respon positif. Mereka mendoakan agar kalian cepat mendirikan rumah tangga. Apa kata Jep mengenai perkara itu?
Saya tidak kisah jika peminat mendoakan yang baik-baik untuk saya. Apa yang peminat doakan itu juga kebaikan saya juga jadi untuk apa saya marah atau tidak suka dengan semua komen itu. Cuma pada saya, soal jodoh, biarlah Allah yang tentukan. Jika dulu saya pernah letakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga pada usia 28 tahun, tetapi tidak kesampaian. Sebab itu sekarang, saya berpegang kepada satu. Andai ada jodoh saya, suatu hari nanti saya akan berkahwin juga. Insya-Allah.
Bagaimana dengan persiapan anda untuk menyertai MLM 2014 yang akan mula ditayangkan pada 14 November depan?
Jika tahun lepas Sepahtu bergabung dengan Rahim, tahun ini kami memilih untuk meneruskan tradisi bersama seorang rakan pelawak lain. Tahun ini kami memilih pelawak senior iaitu Ilya yang merupakan bekas anggota Senario. Kami memilih Ilya kerana pada awal program MLM berlangsung beberapa tahun lalu, banyak Ilya memberi nasihat kepada kami dan rasanya kali ini kami perlu membalas jasa beliau dengan memberi peluang beliau merasai kemeriahan berlawak dengan pelawak generasi baharu. Selain itu, kami menghormati dan memang meminati beliau.


Syarikat cipta papan luncur terapung

Posted: 22 Oct 2014 06:34 PM PDT



PAPAN luncur Hoverboard ini menggunakan daya magnet yang kuat bagi membolehkan ia terapung beberapa sentimeter dari permukaan logam.


LOS ANGELES – Sebuah syarikat berjaya menghasilkan sebuah papan luncur yang boleh terapung di udara dan bakal berada di pasaran tidak lama lagi, lapor Metro Online kelmarin.
Papan luncur tersebut yang dikenali sebagai Hoverboard direka oleh syarikat teknologi, Hendo yang dimiliki oleh sepasang suami isteri, Greg dan Jill Henderson.
Ketika ini syarikat tersebut sedang menjalankan kempen untuk mengutip derma daripada orang ramai melalui laman web Kickstarter bagi mencari dana untuk memasarkan papan luncur berkenaan.
Syarikat tersebut turut mengeluarkan satu klip video yang memaparkan seorang lelaki yang memakai baju putih sedang meluncur menggunakan papan luncur berkenaan.
Menurut syarikat itu, mereka menggunakan tindak balas magnet untuk menghasilkan satu daya yang membuatkan papan luncur tersebut terapung di udara.
Bagaimanapun, papan luncur yang mungkin berharga AS$10,000 (RM32,610) hanya berfungsi di permukaan logam dan tidak boleh digunakan di permukaan jalan raya bertar.


Mudahkan semakan stok produk

Posted: 22 Oct 2014 06:30 PM PDT



SEPANJANG lima tahun berkecimpung dengan perniagaan secara dalam talian, Emerilda Sani, 36, sentiasa mencatatkan aliran wang dan stok barangan yang dijual.
Baginya, catatan itu merupakan kaedah penting yang perlu dilakukan saban hari dan waktu terutama apabila mendapat tempahan daripada pelanggan.
Ia juga merupakan satu kaedah penyimpanan data inventori atau senarai terperinci barangan serta produk yang dijual.
Sebagai seorang usahawan dalam talian sepenuh masa, catatan di atas kertas itu akan sentiasa dibawa ke mana-mana untuk merekod jualan dan inventori. Walaupun ia direkodkan menerusi cara manual iaitu dengan tulisan tangan pada kertas, Emerilda sentiasa menyimpannya dengan rapi.
"Rekod jualan dan aliran wang perniagaan merupakan perkara penting yang perlu direkodkan. Sebagai seorang usahawan dalam talian, pelanggan akan menempah produk yang dijual tanpa mengira masa. Setiap kali mendapat tempahan, saya pasti akan merekodkan jualan dan aliran wang masuk ke akaun bank," ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Sejak dua bulan lalu, kerja merekod jualan dan aliran wang perniagaan produk melangsingkan badan, minuman penyahtoksikan dan kolagen yang dijual oleh Emerilda semakin lancar.
Bagaimanapun, kunjungan ke sebuah ekspo usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini memberikan idea mengenai kaedah baharu kepadanya untuk merekod jualan dan inventori perniagaannya menerusi aplikasi pada peranti mudah alih Android iaitu Puff Inventory.
Aplikasi yang dibangunkan oleh sebuah syarikat bumiputera, Atas Awan Sdn. Bhd. itu ternyata memudahkan Emerilda untuk menguruskan perniagaannya. Baginya, aplikasi Puff Inventory memudahkannya untuk membuat semakan stok produk yang masih ada dalam simpanannya untuk dijual kepada pelanggan.

DARI kiri, Mohd. Nor Amin, Aridzan dan Razman menunjukkan laman web Puff Inventory dengan menampilkan kandungan maklumat ringkas serta padat.


Apabila mendapat panggilan daripada pelanggan, Emerilda akan terus merekodkan permintaan produk itu menerusi telefon pintarnya.
"Puff Inventory merupakan satu langkah untuk merekod jualan dan inventori produk dengan mudah. Menerusi aplikasi itu, saya boleh merekodkan kesemua produk yang dijual dengan kod nama yang telah ditetapkan berserta harga. Ia memudahkan proses untuk merekod aliran penjualan setiap produk.
"Bagi saya, tetapan yang paling membantu menerusi aplikasi ini ialah kalkulator yang dihubungkan terus dengan rekod jualan. Apabila pelanggan meminta diskaun, saya boleh mengira amaun tepat dengan catatan pengurangan harga yang turut direkod," ujar Emerilda yang juga Ketua Biro Wanita Persatuan Usahawan Internet Malaysia.
Pautan
Aplikasi Puff Inventory tidak berhubung atau mempunyai pautan dengan akaun bank. Pengguna aplikasi akan memasukkan data mengenai senarai produk dan harga dalam tetapan kategori yang telah disediakan. Ia membantu memudahkan usahawan untuk merekod jualan dan inventori perniagaan mereka.
Menerusi aplikasi yang mula berada di pasaran Google Play sejak Ogos lalu, usahawan tidak perlu lagi menulis data inventori, rekod dan resit jualan. Tugas itu kini diganti dengan menggunakan telefon pintar atau gajet Android yang menjadi keperluan seharian.
Aplikasi yang merekodkan jualan dan inventori pertama dibangunkan oleh anak tempatan itu merupakan kaedah terbaik untuk membantu usahawan PKS di negara ini.
Dua anak muda, Razman Yusof Mohd Sarit, 32, dan Aridzan Idzwan Alias, 34, yang berpengalaman luas dalam bidang perisian komputer membuat penyelidikan khusus mengenai sistem rekod jualan dan inventori di Malaysia. Ternyata terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh usahawan PKS di negara ini.
Masalah utama yang dihadapi oleh usahawan PKS di Malaysia ialah tiada penyelarasan rekod jualan dengan laporan inventori. Rekod jualan perlu diselaraskan dengan inventori untuk mendapatkan laporan penjualan serta kemasukan stok produk yang tepat.

USAHAWAN PKS kios kecil di pasar raya boleh menggunakan aplikasi Puff Inventory untuk menggantikan mesin juruwang.


Razman yang juga merupakan Pengarah Urusan Atas Awan Sdn. Bhd. memberitahu, berdasarkan kajiannya mengenai rekod jualan dan inventori itu, terdapat beberapa faktor PKS tidak mengamalkan kaedah sistematik.
Antaranya ialah mesin rekod jualan seperti mesin juruwang automatik di kios kecil terlalu mahal yang dianggarkan berharga RM2,500 hingga RM6,000. Sudahlah harga mesin yang mahal, ia juga tiada integrasi terkini, tidak stabil, rekaan lama, tidak boleh diakses dengan segera dan tiada sistem sandar internet.
Jelasnya, harga yang tinggi merupakan faktor utama kebanyakan usahawan PKS tidak akan melaburkan wang mereka untuk membeli mesin juruwang.
"Aplikasi ini dibangunkan bertujuan untuk membantu usahawan PKS merekodkan jualan dan inventori produk mereka. Usahawan juga dapat melihat graf jualan produk mereka di laman web. Ia membantu usaha untuk memantau jualan produk mereka dengan segera.
"Puff Inventory menggunakan kaedah perkomputeran awan (cloud computing) menerusi sistem Amazon Web Service. Pengguna aplikasi boleh mengakses akaun mereka pada setiap masa di semua lokasi untuk merekodkan jualan dan inventori perniagaan mereka menerusi sistem keselamatan unique user identification data (UUID).
"Sistem ini juga tidak boleh di godam dan kesemua data disimpan dengan selamat," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di pejabat Atas Awan Sdn. Bhd. di Bangsar South, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain usahawan dalam talian, aplikasi Puff Inventory juga boleh digunakan oleh peniaga di kios kecil di pasar raya. Pemilik kios dapat memantau rekod jualan produk dan aliran wang masuk menerusi aplikasi tersebut dengan jaringan internet.
Bagi peniaga dalam talian, mereka boleh menghantar resit jualan kepada pelanggan menerusi sistem pesanan ringkas, aplikasi WhatsApp dan e-mel sebagai bukti pembelian. Menerusi teknologi Bluetooth, usahawan PKS boleh mencetak resit secara terus menerusi mesin pencetak untuk diberi kepada pelanggan.

RAZMAN menunjukkan graf jualan yang dipaparkan dalam laman web Puff Inventory untuk rujukan pengguna aplikasi tersebut.


Teknologi terkini
Razman Yusof yang pernah bekerja dalam bidang teknologi maklumat di United Kingdom berkata, Puff Inventory merupakan ideanya bersama empat orang ahli pembangun Atas Awan Sdn. Bhd. untuk memberi galakan kepada usahawan PKS menyimpan rekod jualan dan inventori secara lebih sistematik dengan menggunakan teknologi terkini.
"Berdasarkan kajian kami, telefon pintar Android menjadi pilihan pengguna gajet di Malaysia. Gajet Android juga terdapat dalam pelbagai saiz dan disebabkan itu kami memilih untuk membangunkan aplikasi Puff Inventory menerusi platform itu. Jika di kios kecil, tablet Android boleh dijadikan sebagai mesin juruwang untuk merekod jualan.
"Setiap maklumat yang dimasukkan menerusi aplikasi itu akan diselaraskan dengan data dalam akaun pengguna di laman web. Ia memudahkan usahawan untuk melihat pergerakan kategori produk jualan mereka menerusi catatan graf," ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer, Universiti Birmingham dan graduan Ijazah Sarjana Pengurusan, Universiti Wolverhampton, United Kingdom itu.
Puff Inventory boleh dimuat turun secara percuma di Google Play manakala untuk nama pengguna dan kata laluan bagi mengakses aplikasi itu terbahagi kepada tiga kategori bayaran bulanan iaitu Standard, Perak dan Emas.
Bermula dengan bayaran serendah RM49.90 sebulan bagi kategori Standard, dua nama pengguna dibenarkan untuk mengakses akaun aplikasi itu. Meskipun hanya dua nama pengguna, usahawan boleh memasukkan pelbagai perniagaan yang dijalankan mereka tanpa batasan dalam akaun itu.


Pinjaman bak talian hayat

Posted: 22 Oct 2014 06:28 PM PDT



SEKITAR pukul 5 petang, seorang lelaki berusia lewat 20-an memeriksa keadaan motosikalnya buat kali terakhir sebelum memulakan perjalanan sejauh 500 kilometer (km) dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur.
Muhd. Sofi Mohd. Isa, 29, turut mengira semula stok barangan yang diisi dalam dua buah beg yang dibawanya itu mencukupi untuk tempoh selama seminggu.
Bertemankan sahabat karibnya, Ikram Mohd. Shariff, 31, mereka perlu tiba di Kuala Lumpur sebelum pukul 12 tengah malam.
Kedua-dua pemuda itu memerlukan rehat yang cukup sebelum memulakan perniagaan di sekitar ibu kota bermula dari pukul 7 pagi sehingga 11 malam keesokan harinya.
Rutin tersebut berlanjutan selama setahun apabila setiap seminggu atau dua minggu sekali, Muhd. Sofi perlu pulang ke Alor Setar untuk mengambil stok dan kembali ke Kuala Lumpur bagi menjual produk berasaskan makanan sunah Rasulullah SAW dari Yemen itu.
Berniaga di masjid
Bermula dengan skala kecil menjual madu asli, minyak habbatus sauda dan minyak wangi daripada kasturi, Muhd. Sofi memberitahu, pada peringkat awal perniagaan, dia menyasarkan di surau dan di sekitar ibu kota.
"Setiap kali tiba di kawasan masjid dan surau, saya memohon kebenaran kepada ahli kariah untuk berniaga di kawasan pintu pagar masjid. Di situ, saya mengedarkan risalah mengenai produk yang kami pasarkan.
"Cabaran utama pada ketika itu ialah untuk meyakinkan pelanggan. Maklum sahaja, kami tidak mempunyai kedai, bawa barang dengan menggunakan motosikal biasa. Produk yang paling mahal pada ketika itu ialah madu asli Yemen yang berharga RM100 (250 gram) dan RM400 (500 gram).
"Peringkat awal perniagaan lebih tertumpu kepada penerangan produk dan makanan sunah nabi sebelum saya mengumpul testimoni. Selain itu, kami turut mengamalkan sistem toleransi jika pelanggan tidak berpuas hati dengan hasil yang diingini," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Kira-kira setahun selepas itu, Muhd. Sofi dan rakannya berjaya memiliki beberapa tapak di pasar malam antaranya di Damansara. Selepas itu, dia memasang impian untuk menyediakan pusat sehenti pelbagai produk makanan dari Asia Barat dan produk tempatan yang halal.

AHMAD SHADAN RANI (dua kanan) menyerahkan buku Aspirasi Keusahawanan kepada Muhd. Sofi di Iyamani G-Mart di Ampang Waterfront, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Sekitar tahun 2011, Muhd. Sofi menjalin hubungan baik dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) kerana ketika itu dia sedang mencari dana untuk menyuntik modal bagi penambahan stok dan pengubahsuaian premis.
Kos untuk menyediakan stok yang cukup di kedai itu menjadi keutamaan Muhd. Sofi dan dia membuat kajian mengenai perbankan pinjaman kewangan tersebut.
Menurut beliau, pinjaman secara konvensional agak sukar kerana pihak bank hanya memproses permohonan peminjam yang mempunyai slip gaji dan kadang-kadang ia terpaksa melalui kerenah birokrasi yang rumit. Namun, beliau tidak berdepan dengan masalah itu sepanjang membuat permohonan pinjaman dengan skim mikro kewangan BSN.
"Kali pertama berurusan dengan BSN, saya memohon pinjaman sebanyak RM15,000 dan berjaya membuka sebuah premis seluas 140 meter persegi.
"BSN meluluskan pinjaman dalam tempoh kira-kira dua minggu. Perkhidmatan yang disediakan oleh BSN amat baik kerana pihak bank sering memaklumkan kepada kami status terkini permohonan pinjaman.
"Selepas pinjaman diluluskan, wakil BSN turun padang untuk memantau pergerakan perniagaan saya selain memberikan tip bagi memajukan perusahaan," katanya yang kini menjadi Pengarah Urusan Iyamani Global Sdn. Bhd. (Iyamani Global) dan pemilik bersama Iyamani G-Mart.
Iyamani Global yang kini merupakan perniagaan rakan kongsi milik bersama Ikram dan Shamsul Musa, 34, berjaya melangsaikan pinjaman sebanyak RM15,000 dalam tempoh kurang lima tahun.
Luaskan empayar
Setelah empat tahun, Iyamani Global meluaskan empayar dalam menyediakan produk makanan dan minuman dari Asia Barat selain mempunyai butik pakaian Islam dan pusat rawatan bekam.
Cawangan kedua Iyamani G-Mart dibuka pada tahun 2012 melibatkan kos pinjaman sebanyak RM50,000 melalui skim mikro kewangan yang sama.
Graduan Ijazah Pengajian Islam, Universiti Al-Yamaniah, Sana'a, di Yemen itu mahu mengejar impian bersama dua rakan kongsinya dengan menjadikan Iyamani Global sebagai hab produk berasaskan sunah Rasulullah SAW, membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan menambah cawangan Iyamani G-Mart.
'Musuh' utama usahawan PKS ialah kewangan. Ia membabitkan pusingan modal, keuntungan, penyediaan stok dan gaji pekerja.
Tanpa sokongan kewangan yang kukuh, perniagaan mereka terdedah dengan masalah muflis dan kekangan untuk melebarkan sayap perniagaan.
Lantaran itu, skim mikro kewangan yang diperkenalkan sejak tahun 2007 atas ilham mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk semua usahawan PKS antara elemen penting survival perniagaan masing-masing.

HO mengusahakan produk berasaskan aromaterapi dan bahan semula jadi keluaran Australia dengan jenama Rose Crown.


Dokumen
BSN antara 10 institusi perbankan di Malaysia yang menawarkan produk pinjaman minimum RM5,000 sehingga RM50,000 dengan faedah yang rendah. Sejak tujuh tahun lalu, skim tersebut sudah membantu lebih 30,000 usahawan PKS.
Syarat kelayakan skim mikro kewangan BSN dikhaskan untuk warga Malaysia berusia antara 21 hingga 60 tahun dan mempunyai lesen perniagaan selain menjalankan perniagaan minimum selama enam bulan.
Pinjaman mikro boleh dilakukan mengikut kehendak peminjam bermula dari RM5,000 hingga RM50,000 dengan tempoh bayaran semula pinjaman maksimum selama lima tahun.
Pinjaman tersebut terbuka kepada usahawan PKS yang menceburkan diri dalam sektor pemborongan, perkhidmatan, peruncitan dan pembuatan.
Dokumen yang diperlukan ialah salinan kad pengenalan peminjam, salinan daftar perniagaan atau lesen perniagaan, salinan penyata bank dalam tempoh enam bulan.
Berdasarkan piagam pelanggan BSN, sekiranya kesemua maklumat permohonan lengkap, keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh enam hari bekerja. Jika gagal, permohonan semula boleh dikemukakan dan maklum balas akan diterima dalam tempoh 21 hari.
Sementara itu, senyuman manis dan layanan mesra menjadi moto pengusaha pusat rawatan kecantikan dan spa, SIS Beauty.
Bertubuh kecil molek, wajah pemilik pusat kecantikan itu jauh lebih muda daripada usianya yang mencecah lewat 50-an. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam perkhidmatan penjagaan diri dan kecantikan berasaskan aromaterapi, pada awalnya Janice Ho sering bergantung kepada simpanan peribadi dalam memastikan kelancaran perniagaannya.
Bagaimanapun, tiga tahun lalu, Ho mula mengenali produk kecantikan berasaskan aromaterapi dan bahan semula jadi keluaran Australia dengan jenama Rose Crown.
Dia memasang impian untuk menjadi pengedar tunggal produk yang sudah bertapak selama dua dekad di Australia itu.
Kekangan yang dihadapi oleh Ho ialah kewangan kerana proses pelesenan, kebenaran membawa masuk produk dan mengeksport produk di negara ini menelan belanja sehingga mencecahRM50,000.
Ho berasakan, menjadi pengedar tunggal dan mempunyai pusat kecantikan serta spa dengan jenama khusus menjadi platform terbaik dalam perniagaannya.

MUHD. SOFI melihat produk makanan yang terdapat di premis miliknya.


Eksport
"Selepas melakukan kajian, Rose Crown merupakan produk kecantikan semula jadi dan aromaterapi sesuai untuk wajah wanita di Malaysia.
"Selain itu, kemampuan produk tersebut bertahan di Australia selama lebih daripada 20 tahun menguatkan lagi azam saya," katanya yang juga Pengarah SIS Beauty Sdn. Bhd.
Tidak mempunyai pendapatan tetap dan nilai faedah tinggi yang dikenakan syarikat perbankan melalui pinjaman konvensional antara sebab utama Ho memilih skim mikro kewangan BSN.
Malah, dia perlu mendapatkan wang sebanyak RM50,000 dalam tempoh terdekat untuk mempercepatkan proses mengeksport Rose Crown selain menambah kelengkapan pusat kecantikannya.
"Saya meneliti setiap bank sebelum membuat keputusan melakukan pinjaman. Berdasarkan pemantauan, saya dapati syarat yang ditawarkan BSN tidak membebankan.
"Kadar faedah serendah 6.38 peratus ia tidak menyusahkan usahawan kecil seperti kami untuk membayar semula pinjaman," katanya kini mempunyai stokis di bahagian selatan, utara dan Lembah Klang.
Kongsinya lagi, proses yang cepat selain bebas kerenah birokrasi memudahkan peminjam untuk berkomunikasi dengan pegawai terbabit.
Sehingga kini, Ho mempunyai stokis di Johor Bahru, Johor; Taiping dan Ipoh di Perak.


Pelancong nadi Lembah Hunza

Posted: 22 Oct 2014 06:26 PM PDT



PENGUNJUNG yang datang ke Lembah Hunza mahu mengelak bahang musim panas yang akan berakhir pada bulan ini.


WALAUPUN kehadiran pelancong luar negara mencatat penurunan yang ketara selepas kejadian serangan berdarah tahun lalu, lokasi indah di utara Pakistan, Lembah Hunza masih mendapat kunjungan daripada penduduk tempatan. Tiada rekod rasmi yang mengesahkan
peningkatan tersebut tetapi kebanyakan pemilik hotel mampu tersenyum gembira kerana pertambahan pelancong domestik yang membanjiri penginapan di sekitar destinasi itu.
Pengunjung yang datang ke Lembah Hunza rata-rata cuba mengelak bahang musim panas yang bakal berakhir pada bulan ini. Ramai pelancong mengambil gambar kenangan di lokasi purba, Baltit Fort di kawasan bandar di Karimabad. Ia menjadi saksi kepada tinggalan sejarah abad pertama yang turut diindahkan dengan saujana pandangan hutan menghijau dan puncak bersalji tumpuan kepada pendaki seluruh dunia.
Kes pembunuhan 10 orang pendaki luar di kem penginapan pergunungan Nanga Parbat tahun lepas mengakibatkan kejatuhan kedatangan pelancong antarabangsa. Bagi mengatasi masalah tersebut, pelbagai kempen dilakukan untuk menarik pelancong dalam negara menerusi media massa.
Biarpun perubahan positif mula ketara, penduduk tempatan berasa kurang senang dengan perbezaan kepercayaan dan budaya yang dibawa oleh pelancong yang kebanyakannya berasal dari timur Punjab dan Karachi. Wujud rungutan yang mengatakan tindakan biadab para pelancong tersebut selain dikatakan menjadi punca utama kepada masalah pencemaran.
"Tahun ini, tiada pelancong luar negara, hanya warga tempatan. Mereka tidak membeli barangan yang dijual di sini," ujar Saddar Karim yang mempunyai sebuah kedai barangan mendaki.
Terkenal sebagai lokasi yang menjanjikan pemandangan menakjubkan di samping hospitaliti berteraskan Islam, penduduk tempatan sangat menghargai kedatangan pelancong luar negara memandangkan mereka banyak membantu pembangunan sosial dan fizikal Lembah Hunza .
Sekolah
Sejak kedatangan mereka lewat abad ke-20, sebanyak 12 buah sekolah dibina dan pelaburan tinggi bagi meningkatkan taraf hidup penduduk terutamanya di kawasan kampung.
Salah satunya ialah Sekolah Awam Memorial Hasegawa yang dibina pada tahun 1995 bagi mengenang pendaki terkenal dari Jepun, Tuseno Hasegawa. Sekolah itu memper­kenalkan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi selain memainkan peranan penting kepada peningkatan kawasan itu.
"Pelancongan antarabangsa memberikan sumbangan besar dalam mengangkat sosio ekonomi Lembah Hunza dan kami sangat bersyukur kepada usaha itu," ujar Saddar.
Pengurus Baltit Fort, Sherbaz Kaleem berkata, ketika musim puncak sebelum tahun 2001, jumlah pengunjung luar negara dianggarkan antara 200 hingga 300 orang sehari. Kemasukan pelancong merudum selepas peristiwa 9/11 di Amerika Syarikat tetapi mula meningkat sejak sedekad lalu.
Perubahan itu terus terhenti Jun lepas apabila berlakunya pembunuhan di kem penginapan pendaki di Nanga Parbat yang kini mendapat gelaran secara meluas di seluruh dunia sebagai Gunung Pembunuh.
Ia merupakan serangan paling dahsyat yang berlaku di negara yang mempunyai masalah dengan senjata nuklear sejak 10 tahun lalu itu. Sherbaz memberitahu, sejak kes pembunuhan tersebut, ramai pelancong luar negara membatalkan tempahan awal ke Lembah Hunza. Kini, pengunjung di Baltit Fort hanya antara dua hingga tiga orang dalam sehari.
"Mereka turut berada dalam ketakutan apabila ada yang membuat ugutan supaya keluar dari pada kawasan ini," ujarnya.

JUMLAH pengunjung luar negara dianggarkan antara 200 hingga 300 orang sehari sebelum tahun 2001.


Pencemaran
Pemilik agensi pelancongan, Hunza Holiday, Ahmed Ali memberitahu, mereka kini mengubah strategi pemasaran dengan memberi tumpuan kepada pelancong tempatan.
"Sudah tiba masanya kami menumpukan pengunjung domestik berbanding luar negara kerana mereka tidak terkesan kepada isu politik dan keselamatan. Selain itu, ia juga membantu untuk merapatkan jurang perbezaan budaya yang berlaku di Pakistan," ulasnya.
Namun, kedatangan pelancong tempatan tidak disukai kerana mereka dikatakan menjadi punca kepada pencemaran alam.
"Mereka membuang sampah merata-rata sehingga membawa masalah pencemaran yang teruk di sini," keluh pemilik rumah tumpang, Ahmed.
Masyarakat setempat juga mengadu bahawa amalan tradisi termasuk penganut Syiah berfahaman Ismailiah turut mengancam keadaan di kawasan tersebut. Ia diakui oleh pemerhati sosial tempatan, Aziz Ali Dad yang berkata, perbezaan ketara dapat dilihat antara pelancong tempatan dan luar negara.
"Pelancong luar lebih prihatin kepada tradisi tempatan dan menunjukkan hormat kepada mereka. Perkara tersebut tidak terjadi dalam kalangan pelancong tempatan.
"Sebahagian daripada pelancong tempatan tetap dengan identiti Wahabi Islam yang diamalkan di selatan Pakistan sehingga mewujudkan perselisihan faham yang mengancam ritual agama dan budaya tempatan," ujarnya
Ketika melakukan lawatan di Baltit Fort baru-baru ini, Sherbaz pernah ditanya oleh sekumpulan pelajar dari Punjab mengenai perbezaan pendapat agama di Hunza.
"Mereka hairan kerana ada penduduk tempatan yang meminum wain dan tidak mengerjakan solat dengan sempurna," katanya.
Dia tidak menjawab soalan tersebut tetapi hanya tersenyum bagi mengelakkan ia berlanjutan kepada pergaduhan dan percanggahan pendapat.


Promosi produk Negeri Sembilan

Posted: 22 Oct 2014 06:24 PM PDT


Noorshila (kiri) dan Nurrul Nadia menunjukkan produknya pada Pameran Keusahawan Negeri Sembilan baru-baru ini.


BERTITIK-tolak daripada pertanyaan seorang teman yang ingin tahu mengenai cara penyediaan makanan tradisi Negeri Sembilan dengan mudah dan ringkas, Itri Hanif memperoleh idea untuk mencipta pes segera dalam bentuk peket dan botol.
Dinamakan sebagai Nismilan, inovasi anak jati Kuala Pilah itu kini mempunyai 18 jenis pes menu makanan tradisional asli dari Negeri Sembilan.
"Setiap pes tersebut menggunakan bahan-bahan segar dan asli bagi menjamin kualiti sama seperti hidangan asal," ujar Itri yang menggunakan resipi tradisi keluarganya.
Diusahakan bersama suaminya, Faizal Faiz, pes tersebut dibahagikan kepada dua jenis iaitu sedia makan yang dijual dengan harga RM7 dan sedia masak (RM5).
Antara jenis pes sedia makan ialah masak lemak cili api, sambal ikan bilis dan sambal sumbat ikan cencaru. Bagi sedia masak pula hidangan pes yang ada ialah masak lemak, rendang negeri dan ikan bakar.
"Produk kami boleh didapati dengan mudah di sekitar Kuala Pilah terutama di sepanjang jalan di Terachi yang banyak menjual makanan salai," katanya.
Dia menambah, penjualan dalam talian produk keluarannya mendapat permintaan daripada pembeli luar negara seperti Sweden, Singapura dan Brunei.
Itri ditemui ketika Pameran Keusahawan Negeri Sembilan yang diadakan di Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebanyak 37 usahawan Negeri Sembilan mempamerkan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) daripada pelbagai produk makanan, perubatan dan pakaian pada program anjuran Mara itu.
Pengarah Mara Negeri, Negeri Sembilan, Mumfahir Suparja berkata, pameran itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan meluaskan lagi pasaran mereka selain memperkenalkan produk kepada pelanggan baharu.
"Kami berharap mereka dapat menggunakan peluang yang ada untuk mempromosikan produk ciptaan mereka dan menemui peluang perniagaan di luar Negeri Sembilan," ujarnya.
Peluang
Salah seorang peserta, Hafieza Hassanah Abu Hasan berpuas hati dengan sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang datang ke pameran selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Oktober lalu.
"Penganjuran pameran ini memberi peluang sama rata kepada usahawan tidak kira baru atau lama.
"Pendedahan tersebut juga memberi peluang kepada kami untuk bertemu pelanggan secara terus dan pada masa sama memperkenalkan produk yang dibawa," ujarnya yang mengusahakan jenama busana muslimah, Hijabulous Hassnah.
Memperkenalkan tudung dua jenis tudung iaitu bawal dan selendang, Hafieza memberitahu jenama tudungnya menekankan keselesaan menerusi material yang digunakan.
"Saya menggunakan material seperti sifon dan satin kerana ia mudah dan selesa dipakai. Malah, pemilihan warna juga memainkan peranan penting kerana banyak memilih palet yang sukar didapati di pasaran," ujarnya

Hafieza mengusahakan produk jenama busana muslimah, Hijabulous Hassnah.


Hijabulous Hassnah yang mempunyai sebuah gerai jualan di Tumpat turut beroperasi secara dalam talian menerusi Facebook dan Instagram.
Rempah Diraja yang mula diperkenalkan pada tahun lepas mula mendapat permintaan dari negara jiran, Singapura selepas memilih medium pemasaran yang sama.
Diusahakan oleh penyanyi popular 80-an, Noorshila Amin, produk itu mempunyai pelbagai fungsi dalam masakan sama ada untuk menggoreng, perapan atau bahan tambahan makanan.
"Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pengganti serbuk kari atau bahan pemekat yang biasanya menggunakan tepung jagung," ujar anak kepada penyanyi itu, Nurrul Nadia Norrizan.
Selain rempah, terdapat dua lagi produk yang diperkenalkan usahawan tersebut iaitu pes soto dan serbuk perasa.
Tempahan
Nurrul Nadia memberitahu, idea penciptaan produk itu tercetus apabila salah seorang pelanggan awal mereka mempromosikan Rempah Diraja di laman sosial.
"Selepas itu, kami mula menerima tempahan kerana pelanggan menggemari rempah tersebut yang boleh digunakan dalam pelbagai cara," kata Nurrul Nadia.
Bagi Juliana Baharin, percubaan menceburi industri kulinari membuka cabang niaga baharu menerusi produk bakeri yang dinamakan Jaz's Rich.
Keberaniannya membuahkan hasil apabila jenama Jaz's Rich kini boleh didapati di tiga cawangan pasar raya borong Mydin iaitu di Seremban, Negeri Sembilan; Kuala Nerus, Terengganu dan Subang Jaya, Selangor.
"Kami turut memberi peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen dengan modal permulaan serendah RM50 sahaja.
"Ia boleh disertai oleh sesiapa sahaja khususnya pelajar institut pengajian tinggi dan suri rumah bagi menambah punca pendapatan," jelas Juliana yang berasal dari Seremban.
Juliana menambah, orang ramai juga boleh menempah produk Jaz's Rich untuk dijadikan cenderamata perkahwinan serendah RM0.99 manakala bagi pakej hamper bermula RM100 ke atas.
Pameran tersebut juga berobjektif untuk memperkenalkan tradisi dan budaya Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat perpatih.
Pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan muzik, makanan tradisional selain memperkenalkan dialek negeri kepada orang awam.
Selepas Negeri Sembilan, Mara akan menganjurkan pameran dari usahawan Melaka pada bulan November dan Pulau Pinang pada Disember depan.


Penyakit mental boleh dirawat

Posted: 22 Oct 2014 06:22 PM PDT



PERSONALITI manusia dianggap sesuatu yang tekal dan tidak mudah berubah secara mendadak.


ISU peningkatan pesakit mental di Malaysia yang dilaporkan di dalam media massa baru-baru ini sewajarnya membuka mata kita semua. Satu daripada 100 orang rakyat di negara ini dikatakan menghidap penyakit mental termasuklah skizofrenia.
Walaupun laporan ini mungkin tidak memberikan gambaran yang jelas, terdapat data lain menunjukkan bahawa lebih tiga juta rakyat Malaysia dikatakan sedang menghidap masalah mental.
Kita selalu beranggapan bahawa seseorang yang menghidap penyakit mental ialah seorang manusia gila bahkan berkemungkinan besar tidak mempunyai peluang untuk dirawat. Hakikatnya, penyakit mental merupakan sebahagian penyakit yang boleh dirawat seperti penyakit fizikal yang lain.
Kebanyakan orang awam mempunyai tanggapan bahawa penyakit mental ini kerana 'diganggu' oleh makhluk-makhluk halus malah tanggapan ini dapat memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Terdapat juga sesetengah ibu bapa yang gemar mendapatkan nasihat bomoh apabila anak atau ahli keluarga berkelakuan pelik.
Kita percaya bahawa nasihat bomoh merupakan satu-satunya jalan yang boleh menyembuhkan pesakit pelik ini.
Selain itu, kita juga percaya bahawa pesakit akan ditempatkan di dalam wad mental sekiranya dihantar ke hospital untuk rawatan, malah hal itu menyebabkan mereka digelar sebagai orang gila, satu istilah yang sangat memalukan.
Walhal pada hakikatnya, manusia adalah sama. Ada yang menghidap penyakit fizikal dan ada pula yang tidak bernasib baik untuk menghidap pelbagai penyakit mental.
Adakalanya, ia disebabkan oleh faktor biologi atau faktor persekitaran. Ada sesetengah individu, mewarisi genetik tertentu daripada ibu bapa mereka.
Ada pula yang pada awalnya mengalami tekanan emosi tetapi kerana tidak dirawat dengan betul, ia kemudiannya menular menjadi penyakit mental yang teruk.
Ciri-ciri
Umumnya, simptom penyakit mental ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Pada peringkat permulaan, ia akan dimulai dengan kemurungan, perasaan was-was terhadap sesuatu perkara, berasa diri bersalah, berfikir hal yang tidak rasional dan sebagainya.
Apabila ia bertambah teruk, seseorang akan mula mengalami satu lagi peringkat termasuk berhalusinasi atau dalam bahasa yang mudah, seseorang berupaya untuk mendengar suara-suara halus yang menyuruh pesakit melakukan sesuatu. Dalam istilah psikologi, ia dinamakan sebagai false beliefs of persecution.
Dalam keadaan yang teruk, pesakit ini boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain termasuklah melakukan pembunuhan. Terdapat banyak kes yang telah dilaporkan di seluruh negara termasuk bapa menyembelih anaknya sendiri.
Pada waktu-waktu tertentu, pesakit ini kembali normal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Jika terdapat ahli keluarga yang disyaki menghidap penyakit mental atau tingkah lakunya berubah mendadak, rujuklah kepada pakar.

JIKA tidak dirawat dengan betul pesakit mental boleh bertindak ganas. – Gambar hiasan


Misalnya, jika dahulu Ali seorang yang periang tetapi tiba-tiba berubah menjadi seorang yang pendiam atau pemarah, berkemungkinan besar Ali mempunyai tanda-tanda menghidap penyakit mental.
Personaliti manusia pada umumnya dianggap sebagai sesuatu yang tekal dan tidak mudah berubah secara mendadak. Sekiranya berlaku sebarang perubahan pada diri pesakit maka ada sesuatu yang tidak kena.
Bukan mudah untuk menerangkan kepada pesakit bahawa kesihatan mental mereka terjejas. Hampir kebanyakan pesakit berada dalam 'dunia' mereka sendiri.
Mereka percaya bahawa apa yang mereka fikirkan adalah benar dan pendapat orang lain adalah salah. Sebab itu, tidak mudah untuk meyakinkan golongan ini bahawa mereka sebenarnya sedang mengalami masalah mental.
Hal ini menyebabkan mereka perlu didampingi oleh orang-orang yang rapat seperti ahli keluarga dan teman rapat untuk meyakinkan bahawa mereka memerlukan rawatan untuk pulih.
Lebih membimbangkan lagi, gejala penyakit mental ini ada kalanya sudah mula ditunjukkan ketika seseorang masih di peringkat kanak-kanak dan remaja lagi namun tidak mencapai tahap yang serius seperti di peringkat dewasa.
Menyeksa haiwan
Misalnya, anak-anak ketika semua rakannya sibuk bermain, dia pula bermain dalam dunianya sendiri. Kanak-kanak ini mungkin bermain dengan cara yang aneh seperti menyeksa dan mencederakan binatang. Kanak-kanak ini mungkin membawa simptom sadisme iaitu salah satu personaliti yang berisiko untuk membawa gejala kecelaruan mental.
Jika pembaca mempunyai kesempatan, bacalah kisah Ben Mohammed Ezzedine Sabai, seorang pendatang Tunisia di Itali yang membunuh lebih 15 wanita, kesemuanya berusia 70 tahun ke atas. Kebanyakan mangsanya ditikam di bahagian kiri leher.
Mengapakah dia melakukan sedemikian? Kesemuanya berpunca daripada penyakit mental. Perkara ini berkemungkinan besar tidak akan berlaku sekiranya dia dirawat dengan lebih awal.
Penyakit mental boleh dirawat seperti penyakit-penyakit yang lain asalkan kita mencarinya di jalan yang dan bertemu dengan orang yang betul.


Makan nasi kandar jumpa gigi

Posted: 22 Oct 2014 06:20 PM PDT


SEORANG pelanggan yang mahu dikenali sebagai Man menunjukkan sebatang gigi geraham yang didakwa dijumpai dalam kuah kari ketika menjamu selera di sebuah di ibu negara semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tidak menyangka kunyahan terakhirnya ketika menikmati hidangan nasi kandar di sebuah restoran terkemuka di sini menjadi igauan ngeri dalam hidupnya apabila menemui sebatang gigi geraham manusia di dalam kuah kari.
Menurut lelaki yang mahu dikenali sebagai Man itu, dia berkunjung ke restoran tersebut untuk makan selepas diberitahu oleh rakan-rakan mengenai kelazatan makanan yang ada di sana kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.
"Pada mulanya saya ingat apa yang digigit itu adalah bahan-bahan rempah atau nasi. Tetapi disebabkan rasanya keras saya terus keluarkan benda itu daripada mulut untuk melihatnya sendiri.
"Sebaik melihatnya, terus terdetik di hati bahawa ia adalah sebatang gigi geraham. Bagi memastikan kebenarannya lagi, saya terus membasuh 'benda' yang digigit itu dan terkejut kerana sememangnya ia sebatang gigi," kata Man ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Pencuci mulut luar biasa

Posted: 22 Oct 2014 04:14 PM PDT


  • Azhar menunjukkan betik dalam betik yang ditemui di rumahnya di Bukit Payong, Marang semalam.Azhar menunjukkan betik dalam betik yang ditemui di rumahnya di Bukit Payong, Marang semalam.

MARANG - Hasrat seorang mekanik untuk menikmati betik yang ditanamnya sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari terbantut setelah mendapati buah tersebut luar biasa.

Azhar Mohamed, 40, dari Bukit Payong, di sini, berkata, ketika betik itu dibelah dua, dia terkejut kerana mendapati  ada sebiji lagi buah betik di dalamnya yang berwarna putih berukuran empat sentimeter panjang berada di dalam buah tersebut.

"Melihat keadaannya yang luar biasa, saya batalkan niat untuk makan betik ini," katanya.

Katanya, ini adalah kejadian pertama dialaminya selepas menanam pokok tersebut beberapa tahun lalu.

Menurut bapa kepada empat anak ini, pokok betik tersebut ditanamnya di belakang rumah dan tidak menyangka ia akan mengeluarkan buah seperti itu.

"Sehingga semalam, saya masih simpan betik ini di dalam peti sejuk dan tidak berhasrat untuk memakannya kerana buah betik ini memang lain daripada yang lain, malahan biji di dalamnya juga sedikit sahaja.

"Bukan senang dapat buah betik sebegini dan mungkin saya akan menyimpannya," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved