Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- "Dia Wanita Paling Rapat Dalam Hidup Saya" - Jep (Sepahtu)
- Azwan Kombos sedia terima Nad Zainal
- Tasha Shilla Kesal Digelar 'Gadis Liar'
- Pelakon Tempatan, Miller Semakin Berjaya Di Indonesia
- Siti Nurhaliza Terima Pencalonan Terbanyak AIM 24
- "Artis Baru Akan Sedar Apabila Mereka Jatuh" - Zed Zaidi
- Peserta Indonesia Tidak Dipilih Sertai 'Maharaja Lawak Mega 2014'
- Lembu guna lampin
- Burgerbyte kekal harga selepas GST
- Erti Deepavali dan pengorbanan Jasmine
- Zul Ariffin tenang beri kenyataan
- Farhan juarai Da’i musim kedua
- Cipta payung khas anjing untuk elak panas, hujan
- Peminta sedekah potong kaki unta untuk raih simpati
- Pejuang sastera yang tiada galang ganti
- Skandal pemakanan ancam negara Asia
"Dia Wanita Paling Rapat Dalam Hidup Saya" - Jep (Sepahtu) Posted: 21 Oct 2014 06:39 PM PDT | |||
Azwan Kombos sedia terima Nad Zainal Posted: 21 Oct 2014 06:38 PM PDT
PELAKON filem Nasi Tangas ini mengakui bersedia menerima bekas kekasihnya, pelakon Nad Zainal kembali jika ditakdirkan jodoh mereka bersama. Ujar Azwan Kombos, dia keliru apa sebenarnya yang dimahukan oleh bekas kekasihnya itu dalam percintaan. "Sewaktu bersama saya dahulu pun hubungan kami tidak berjaya dan hubungannya dengan kekasih baharu juga tidak ke mana. "Mungkin dia masih belum menemui lelaki yang benar-benar sesuai dengan dirinya," katanya mengulas mengenai kenyataan Nad Zainal yang mengakui dirinya tidak bernasib baik dalam cinta. Tambah Azwan, selepas mereka berpisah, dia tidak pernah menghubungi Nad Zainal lagi. "Dia sudah ada orang lain ketika itu, jadi saya tidak mahu mengganggu hubungannya dengan orang baharu. "Apa pun, saya doakan dia bahagia. Jika suatu hari nanti masih ada ruang untuk kami bersama, siapa tahu...," katanya. Ditanya jika masih ada perasaan kasih terhadap pelakon comel itu, Azwan hanya ketawa. "Entahlah..., saya benar-benar keliru," jelasnya. Sedikit perkembangan terbarunya, Azwan Kombos bakal muncul dengan drama bersiri siaran TV3 yang berjudul Bila Hati Berbicara 28 Oktober nanti. | |||
Tasha Shilla Kesal Digelar 'Gadis Liar' Posted: 21 Oct 2014 06:37 PM PDT | |||
Pelakon Tempatan, Miller Semakin Berjaya Di Indonesia Posted: 21 Oct 2014 06:35 PM PDT | |||
Siti Nurhaliza Terima Pencalonan Terbanyak AIM 24 Posted: 21 Oct 2014 06:34 PM PDT | |||
"Artis Baru Akan Sedar Apabila Mereka Jatuh" - Zed Zaidi Posted: 21 Oct 2014 06:31 PM PDT | |||
Peserta Indonesia Tidak Dipilih Sertai 'Maharaja Lawak Mega 2014' Posted: 21 Oct 2014 06:30 PM PDT | |||
Posted: 21 Oct 2014 06:27 PM PDT PERATURAN baja baharu yang dikuatkuasakan oleh Kesatuan Eropah (EU) menyebabkan lembu ternakan di negara rantau tersebut perlu memakai 'lampin'. Memetik laporan The Mirror, di bawah peraturan tersebut, EU melarang penggunaan baja kompos di kawasan lereng bukit yang mempunyai kecerunan lebih 15 peratus. Penternak haiwan yang melanggar arahan tersebut didakwa bakal kehilangan subsidi pertanian yang bernilai ribuan Euro pada setiap tahun. Presiden Pertubuhan Peladang di Upper Bavaria, Anton Kreitmair berharap larangan itu dikecualikan di Jerman kerana ia didakwa memberi kesan besar kepada penternak di negara tersebut. Menurut EU, peraturan tersebut sebenarnya adalah salah satu langkah penting untuk mengelakkan pencemaran air yang disebabkan oleh penyerapan baja asli di dalam tanah. | |||
Burgerbyte kekal harga selepas GST Posted: 21 Oct 2014 06:26 PM PDT
BURGERBYTE Sdn Bhd (Burgerbyte) akan mengekalkan harga makanan yang ditawarkannya walau selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan April 2015. Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Najib Zakaria berkata, Burgerbyte akan menanggung cukai yang dikenakan sekiranya mereka berjaya memperoleh permit mengimport daging. "Jika dapat permit tersebut, kami tidak perlu berurusan dengan orang tengah yang turut akan mengenakan GST dan sekali gus menambah kos yang kami akan tanggung. "Adalah lebih baik jika kami mendapatkan permit itu dan harga makanan kami tidak akan dinaikkan kerana kami mampu mengawal harga tersebut," katanya ketika majlis pembukaan Burgerbyte cawangan Shah Alam, baru-baru ini. Menurutnya, perkara tersebut merupakan antara cabaran yang dihadapi Burgerbyte sebelum GST dilaksanakan dan sekiranya berjaya, mereka mampu meminimumkan kos yang ditanggung. Ditanya mengenai cawangan Burgerbyte, Mohd Najib berkata, pembukaan di Shah Alam menjadikan jumlah keseluruhan kedai Burgerbyte kepada 12 cawangan. "Kami juga akan buka dua cawangan Burgerbyte sehingga hujung tahun ini di Pasar Karat Johor Bahru, Johor dan Ampang, Kuala Lumpur. "Setiap cawangan baharu yang ingin dibuka memerlukan pelaburan antara RM350,000 hingga RM450,000 dan akan meneliti lokasi, kesesuaian kedai serta beberapa aspek lagi," katanya. Pembukaan cawangan Burgerbyte Shah Alam menjadikan empat cawangan berada di bawah pengurusan Burgerbyte, manakala bakinya menggunakan perniagaan Licensing di bawah jenama makanan Burgerbyte. Burgerbyte Shah Alam turut memberi diskaun 10 peratus kepada pelajar institut pengajian tinggi di sekitar Shah Alam apabila menikmati makanan di situ dengan mempamerkan kad pelajar mereka. | |||
Erti Deepavali dan pengorbanan Jasmine Posted: 21 Oct 2014 06:19 PM PDT DEEPAVALI membawa makna besar bagi empunya nama Jasmine Michael, 35. Perayaan yang bukan sekadar meraikan kemenangan cahaya ke atas kuasa kegelapan, ia juga memberi erti sebuah permuafakatan dan semangat muhibah antara pelbagai kaum. Bagi pelakon filem Estet itu, biarpun perayaan pesta cahaya atau lebih dikenali sebagai Diwali tahun ini diraikan bersederhana sama seperti tahun-tahun terdahulu, erti sebuah Deepavali memandu kehidupannya ke arah yang lebih positif. "Tradisi itu paling penting bagi saya, setiap tahun sambutan Deepavali diraikan bersama keluarga tercinta di Kuala Lumpur. "Keutamaan pada hari pertama perayaan Deepavali ialah bersama keluarga dan itu perkara wajib yang kami empat beradik akan lakukan. Selepas sembahyang, kami akan berkumpul beramai-ramai di rumah dan meluangkan waktu yang jarang diperoleh pada hari lain," kongsi Jasmine yang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Deepavali di Hotel Park Royal Kuala Lumpur baru-baru ini. Pada majlis yang sama anjuran Bill Bora itu, Jasmine bersama beberapa selebriti lain termasuk Fathia Latiff, Miera Leyana dan Chris Tong turut memperagakan aksesori mutiara Rafflesia oleh pengeluar barangan kemas eksklusif Rafflesia Pearl Centre Kuala Lumpur. Payasam, Pongal, Vade Bercerita lebih lanjut mengenai sambutan Deepavali tahun ini, kata Jasmine dia lebih tertarik pada tradisi membelikan baju raya buat keluarganya malah tahun ini dia telah menyiapkan beberapa helai sari berwarna hijau sebagai warna tema. "Seronoknya meraikan Deepavali barangkali tidak sama seperti zaman ketika masih usia kanak-kanak. Ketika itu semua baju mestilah baharu dan berwarna-warni. Namun, apabila sudah dewasa perasaan itu semakin berkurangan walaupun sambutannya masih meriah terutama hari pertama. "Perkara yang paling mengujakan saya adalah menyediakan hidangan bersama ibu. Pada hari pertama Deepavali selalunya kami sekeluarga akan memasak hidangan sayur-sayuran manakala tiga jenis makanan yang wajib ada ialah payasam, pongal dan vade sebagai pemanis mulut. "Paling penting semua makanan itu wajib dimasak sendiri oleh kami sekeluarga sebagai tanda ikatan silaturahim yang tidak akan putus sampai bila-bila. Biasanya kedua-dua orang kakak saya akan menyediakan hidangan lain antaranya tose dan roti puri," ceritanya teruja. Tambah Jasmine, tradisi membuat kolam (lukisan menggunakan beras pelbagai warna) di hadapan rumah hanya dibuat sekiranya berkesempatan berkumpul bersama keluarga beberapa hari sebelum sambutan Deepavali. Kollywood Kesibukan dengan jadual penggambaran yang padat untuk sebuah drama bersiri Tamil berjudul Anbu hanya memberikan ruang sehari buat Jasmine meluangkan masa bersama keluarga sempena Deepavali. Malah, Jasmine juga baru usai menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Janini Daughter of Madhavan terbitan syarikat produksi dan penerbitan terkenal Singapura, Media Corp yang baru-baru ini. Faktanya, keberadaan Jasmine dalam industri hiburan tempatan sebenarnya sudah memasuki usia 12 tahun. Langkah sulungnya bermula seawal tahun 2002 dan pencapaian tertinggi Jasmine apabila tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 menerusi lakonan berkesan dalam filem Estet arahan Mamat Khalid. Sedar atau tidak, industri hiburan Tamil yang tidak seluas pasaran tempatan sekali gus tidak berupaya memperkenalkan nama Jasmine secara optimum. Hal itu tegasnya sedikit pun tidak melemahkan semangat untuk terus berkarya dengan cara tersendiri. "Industri hiburan Tamil di negara kita memang kecil dan disebabkan itu saya tidak menerima semua tawaran berlakon. Selalunya saya akan memilih untuk berlakon dalam dua buah drama sahaja setahun begitu juga kesesuaian karakter. "Biasanya penonton drama Tamil suka akan watak klise wanita teraniaya atau dimadukan oleh suami. Saya cuba keluar daripada zon tersebut dan memilih untuk berlakon dalam karya yang memaparkan peranan wanita yang berdikari dan tidak semata-mata objek untuk ditindas," katanya yang bakal muncul menerusi telefilem khas sempena Deepavali berjudul Hadiah dan disiarkan di saluran TV2. Selepas berjaya melakonkan watak Geetha penuh berkarisma dalam filem Estet sekitar empat tahun lalu, Jasmine mengakui, dia sentiasa merindui peluang untuk membintangi filem atau drama Melayu. "Oleh kerana industri hiburan Tamil kecil maka produser juga mempunyai pilihan yang terbatas untuk mencari pelakon jadi kebanyakannya akan terus kekal berlakon dalam pasaran drama atau filem Tamil, ia bukannya soal bakat," jelas anak bongsu daripada empat beradik itu. Putus tunang Sebelum memasuki industri hiburan, hati Jasmine terlebih dulu dimiliki seorang penyanyi dan pelakon terkenal, KK Khanna, 38. Pasangan itu bagaimanapun mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan sekitar lapan tahun lalu. Namun, jodoh tidak menyebelahi Jasmine dan KK Khanna apabila pasangan itu telah mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa hala tuju masing-masing beberapa empat tahun lepas. "Walaupun sudah lama bertunang, kami tiada jodoh untuk bersama dan memilih untuk putus. Bagaimanapun kami masih lagi berkawan rapat dan saling memahami satu sama lain memandangkan dia juga orang dalam industri. "Jadi, kalau kami mengambil pendekatan untuk berpisah dan 'berperang', saya fikir tindakan itu akan menyebabkan banyak perkara terjejas termasuk kerjaya kami. Buat masa sekarang saya masih solo dan belum berkenalan dengan sesiapa," jelasnya. KK Khanna mula menempatkan diri dalam industri hiburan pada usia 16 tahun sebagai seorang penari dan koreografer. Kariernya kemudian berkembang apabila ditawarkan menjadi penyanyi dan seterusnya berlakon malah kini bergelar seorang pengarah filem. | |||
Zul Ariffin tenang beri kenyataan Posted: 21 Oct 2014 06:18 PM PDT KECOH awal bulan Oktober lalu apabila sekeping foto pelakon drama bersiri popular Rindu Awak 200%, Zul Ariffin berpelukan dengan seorang gadis tidak dikenali di sebuah pusat hiburan di Langkawi, Kedah tersebar di internet. Foto yang telah tersebar di internet itu menunjukkan Zul yang memakai kemeja-T biru memeluk seorang gadis yang hanya memakai baju tanpa lengan berwarna hitam. Belum pun terjawab persoalan mengenai gambar tersebut, terbaharu, Zul didakwa menerima sebuah kereta mewah jenis Maserati daripada kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai baru-baru ini selepas beberapa keping foto dimuat naik di laman sosial Instagram masing-masing. Selepas dua spekulasi tersebut menjadi buah mulut orang ramai di internet, Zul bagaimanapun masih belum memberikan sebarang kenyataan kepada media bagi menjelaskan perkara sebenar. Bertemu dengan pelakon filem Jin itu pada majlis ramah mesra pengacara Anugerah Skrin 2014 di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor, Kosmo! mendapatkan keterangan lanjut daripada Zul. Kosmo!: Seperti diketahui umum, selepas sekeping foto Zul dan seorang gadis berpelukan di sebuah pusat hiburan di Langkawi tersebar, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh anda. Adakah perkara itu benar? ZUL ARIFFIN: Ya, saya mengaku ada mengunjungi pusat hiburan di Langkawi ketika sedang menjalani penggambaran drama bersiri Istikharah Cinta awal bulan ini untuk menyaksikan persembahan live band malah, saya juga ada mengambil gambar bersama beberapa peminat perempuan ketika di lokasi tersebut. Memang gambar yang telah tersebar itu sedikit melampau namun ingin saya tegaskan dia cuma salah seorang daripada peminat saya yang bertemu secara kebetulan di sana. Apakah tindakan anda sejurus mengetahui akan hal tersebarnya foto tersebut? Saya segera menghubungi keluarga saya dan Gayatri (Su-Lin Pillai) untuk menerangkan perkara tersebut agar mereka tidak terkejut apabila mendengar berita berkenaan nanti. Bagaimanakah reaksi Gayatri (kekasih) selepas dimaklumkan mengenai hal itu? Dia memahami dan sedikit terkejut namun kami tidak bergaduh pun. Dia pun tahu ramai peminat saya yang gemar merakamkan foto bersama saya dalam keadaan ekstrem. Menjadi individu popular pastinya memberikan kesan sama ada positif dan negatif. Adakah spekulasi ini menjejaskan reputasi anda? Sudah tentu ia memberikan kesan kerana orang sekeliling akan menilai saya daripada semua segi. Saya akui itu kesilapan saya dan belajar untuk tidak mengulanginya lagi. Adakah tindakan tersebarnya foto itu mengundang tanda tanya kepada anda bahawa ada pihak tertentu mahu menjatuhkan karier anda? Saya tidak salahkan sesiapa tetapi saya menganggap semua peminat saya harus dilayan dengan baik. Sudah pasti mereka teruja untuk memuat naik foto apabila bertemu dengan individu yang mereka minati. Saya tiada masalah asalkan mereka gembira. Dengan tercetusnya isu ini, ada yang menilai anda seorang yang gemar bersosial. Apakah komen anda? Saya jarang berparti, kalau ada pun mengunjungi pusat hiburan untuk menyaksikan live band namun sejak akhir-akhir ini saya terlalu sibuk maka saya tiada masa. Kebetulan ketika di Langkawi saya sempat ke sana sekejap. Selepas tersebar foto itu, mengapakah anda sukar dihubungi? Adakah anda cuba melarikan diri daripada menjelaskan hal sebenar? Saya tidak tertekan sebaliknya individu di sekeliling saya yang membuatkan situasi itu tegang. Selagi keluarga saya tiada masalah maka saya okey. Saya bukan orang yang suka mengelak daripada menjelaskan perkara sebenar. Selain penyebaran foto, isu Gayatri menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Maserati juga tersebar. Adakah dakwaan itu benar? Tidak. Kalau dia mahu sudah tentu dia akan belikan untuk dirinya sendiri terlebih dulu. Lagipun saya tidak meminati kereta jenis itu. Saya ada membeli sebuah kereta minggu lalu tetapi dengan hasil titik peluh saya sendiri. Saya tidak pernah ditaja oleh sesiapa termasuk pakaian saya sehari-hari. Saya telah menjual sebuah kereta dan motorsikal berkuasa tinggi demi membeli kereta jenis Audi A5. Bagaimanapun saya masih mempunyai sebuah kereta jenis MyVi untuk memudahkan urusan saya ke set penggambaran setiap hari. Apakah projek terkini anda? Saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Istikharah Cinta bersama pelakon baharu Faye Kusyairi untuk slot Akasia TV3. Sebuah telefilem saya bersama Ayda Jebat yang menjalani penggambaran di Istanbul berjudul Lokum Untuk Mama pula akan disiarkan tidak lama lagi. | |||
Farhan juarai Da’i musim kedua Posted: 21 Oct 2014 06:16 PM PDT PERNAH terkandas pada minggu kelima pertandingan Da'i musim kedua berlangsung kerana diduga dengan penyakit Pneumothorax iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan paru-paru menjadi kecut kerana terdapat kebocoran antara rangka dada dan paru-paru, ternyata ada 'hadiah' besar yang telah disediakan Allah buat dirinya. Sebaik diserap semula dalam pertandingan tersebut pada pusingan wild card (serap semula) pada minggu kelapan, ia merupakan tuah buat Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad atau Farhan, 25, apabila dinobatkan sebagai juara program berkenaan pada Jumaat lalu. Bersyukur dengan kemenangan itu, Farhan menganggap dugaan penyakit yang diberi kepadanya itu sebagai hikmah terbaik untuk dirinya. "Waktu saya sakit, saya kecewa kerana terpaksa menarik diri pada minggu kelima. Namun, saya tidak putus asa berdoa kepada Allah. Selepas kesihatan semakin pulih, saya tidak menyangka dapat masuk semula ke program Da'i pada minggu kelapan menerusi episod kemasukan semula (wild card) seterusnya bergelar juara," kata Farhan yang ditemui selepas program akhir Da'i berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Bercakap mengenai kemenangannya sekali gus membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM50,000 serta hadiah sampingan. Farhan mempunyai sebuah cerita menarik untuk dikongsi bersama. "Awal tahun ini, saya telah kehilangan wang tunai RM5,000 ketika berada di masjid. Wang itu sepatutnya digunakan sebagai pendahuluan membeli kereta. Walaupun sedih, ibu saya meminta saya reda dengan kehilangan wang itu dan menghalalkan wang yang dicuri itu selain berserah kepada Allah. "Hari ini tidak sangka, Allah menggantikan RM5,000 yang hilang itu dengan RM50,000. Ini semua kuasa Allah," ujar Farhan terharu. Disoal apakah yang ingin dilakukan dengan wang kemenangan itu, kata Farhan dia mahu berkongsi wang itu bersama keluarganya selain membantu mereka yang memerlukan. "Wang itu bukan milik saya seorang. Saya percaya lebih banyak kita memberi kepada orang lain, lebih banyak rezeki yang Allah akan beri kembali kepada kita. "Justeru, selain menggunakan wang itu untuk keperluan diri, saya akan kongsi bersama keluarga terutama ibu bapa dan selebihnya membantu orang lain," tutur penuntut ijazah sarjana muda jurusan pendidikan di Universiti Malaya itu. Tambah Farhan kemenangannya dalam program Da'i telah menyuntik semangatnya untuk menjadi seorang pendakwah profesional pada masa hadapan. "Memang impian saya untuk menjadi seorang pendakwah atau pakar motivasi. Walaupun saya bukan belajar dalam bidang agama tetapi ilmu yang saya kutip sepanjang program Da'i cukup berharga. Selepas ini, saya akan memperkasakan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang agama serta bidang berkaitan dan menggunakan ilmu yang ada untuk berdakwah," katanya penuh semangat. Dalam program akhir Da'i musim kedua itu, Farhan telah menewaskan dua peserta iaitu Da'i Ammar Ismail, 25, dan Da'i Ahmad Izzhar Ahmad Nazri, 22. Mereka berdua terpaksa berpuas hati dengan hadiah saguhati berupa wang tunai RM5,000 setiap seorang dan hadiah sampingan. "Saya menerima dengan hati terbuka kekalahan ini. Walaupun tidak menjadi juara, pengalaman yang saya perolehi dalam program Da'i sangat berharga. Selepas ini saya merancang untuk menyambung pelajaran dalam bidang hadis di Jordan," kata Ammar. Izzhar yang turut berpuas hati dengan kekalahan itu berazam untuk menjadi pakar motivasi selepas menamatkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. "Tahun ini merupakan tahun akhir saya di universiti. Jadi, penyertaan dalam program Da'i telah membuka ruang yang besar untuk saya membina kerjaya pada masa hadapan. "Saya sedar banyak lagi ilmu yang harus saya pelajari untuk menjadi seorang pakar motivasi yang bagus. Pendedahan serta pengalaman yang saya kutip dalam program ini amat berguna untuk kerjaya," katanya yang sebelum ini bekerja sebagai konsultan motivasi. Sementara itu, penilaian pada peringkat akhir telah dilakukan oleh tiga juri tetap iaitu Zainal Ariffin, Ustaz Sharhan Safie dan Ustaz Harryanto Rizal Rokman manakala Datuk Siti Nor Bahyah muncul sebagai juri jemputan. Tiga finalis tersebut diuji dalam tiga segmen iaitu menyampaikan tazkirah selama empat minit menerusi soalan dilontarkan oleh Beego, Fattah Amin, Amar dan Issey sebagai artis jemputan. Segmen kedua pula mereka perlu menjawab lima soalan daripada juri dan seterusnya tazkirah selama tiga minit secara spontan. Program Da'i mencari pendakwah milenia itu berjalan selama 10 episod dan dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor. | |||
Cipta payung khas anjing untuk elak panas, hujan Posted: 21 Oct 2014 06:13 PM PDT LONDON – Sebuah syarikat pengeluar barangan penjagaan haiwan telah memperkenalkan payung yang direka khas untuk melindungi anjing daripada panas dan hujan. Payung khas itu dikeluarkan oleh syarikat penjagaan haiwan, Puppia dan dijual pada harga harga £24 (RM126). Satu kolar khas akan dipasang di leher anjing dan pemilik haiwan hanya perlu menyambung payung berkenaan pada kolar tersebut. Payung khas itu juga boleh digunakan untuk kucing yang takutkan air ketika dibawa bersiar-siar oleh tuannya ketika musim hujan. "Ada anjing tidak suka pada air, namun kini pemilik haiwan itu boleh menangani masalah tersebut dengan menggunakan payung khas ini," kata seorang pengedar Puppia, Melody Lewis. | |||
Peminta sedekah potong kaki unta untuk raih simpati Posted: 21 Oct 2014 06:11 PM PDT BEIJING – Sekumpulan peminta sedekah di China didakwa sanggup memotong kaki seekor unta untuk menggunakan haiwan tersebut meraih simpati orang ramai, lapor MailOnline semalam. Seorang aktivis hak asasi haiwan di China, Xiong Kung mendakwa, mereka mengesan dua lelaki membawa seekor unta yang kudung keempat-empat kaki untuk meminta sedekah di bandar Fuzhou, dalam wilayah Fujian. "Kami mendapat maklumat mereka memperoleh banyak wang daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasib haiwan ini. "Peminta-peminta sedekah itu mendakwa, unta berkenaan cacat selepas dilanggar sebuah kereta api dan mereka meminta dana daripada orang ramai untuk menjaga haiwan berkenaan. "Polis mengesahkan haiwan itu sengaja dicacatkan sebagai salah satu cara untuk meraih simpati orang ramai," katanya. Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa terhadap individu berkenaan kerana di China tiada undang-undang berhubung penganiayaan terhadap haiwan," katanya. | |||
Pejuang sastera yang tiada galang ganti Posted: 21 Oct 2014 06:06 PM PDT Tiga adik-beradik Hussein dalam susur galur kesu sasteraan dan seni budaya negara begitu masyhur. Datuk Abdullah Hussein merupakan penulis dan novelis yang diangkat sebagai Sasterawan Negara kelapan, manakala Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein pula seorang pelukis tersohor yang mengharumkan nama Malaysia ke seanterio dunia. Bagaimanapun, istimewanya Profesor Emeritus Tan Sri Ismail dalam keluarga Hussein ialah beliau me rangkumkan ranah kedua-dua adik-beradiknya iaitu jalur kesusasteraan, bahasa dan kebudayaan untuk mendakap erat dalam dirinya. Dalam seluruh hidupnya, Allahyarham Ismail mengabdikan diri untuk memperjuangkan bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu, bukan sahaja di Malaysia, bahkan nun jauh sampai ke tanah Afrika. Pemikiran Ismail cukup jelas jika diamati daripada ungkapannya dalam pelbagai konvensyen, gagasan mahupun penulisan iaitu memartabatkan kesusasteraan bahasa Melayu ke setiap penjuru dunia. Maka tidak hairanlah, gerakan pemikiran beliau berjaya menyatupadukan rumpun bangsa Melayu menerusi gagasan seperti Pertemuan Sasterawan Dunia, Pertemuan Sasterawan Nusantara dan Pertemuan Penulis Asia Tenggara. Handalan sastera Selain itu, beliau turut menganjurkan idea Simposium Kebudayaan Melayu di Vietnam, Yunan, China dan Cape Town, Afrika Selatan selain Persidangan Dunia Melayu Dunia Islam yang menggabungkan negara-negara seperti Indonesia, Kemboja, China, Thailand, Filipina, Australia dan Madagaskar. Kehebatan pemikiran Ismail memperikat kukuh dan menghembus nafas baharu bahasa Melayu amat dikagumi dunia Melayu yang menganugerahkan beliau dengan gelaran Pendeta pada Simposium Dunia Melayu di Sri Lanka pada tahun 1985. Namun malam kelmarin, pencinta kesusasteraan seluruh dunia tergamam hiba menerima perkhabaran duka pemergian Ismail yang menghembus nafas terakhir pada usia 82 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid, 76, empat orang anak dan lima orang cucu. "Dia adalah hero saya kerana kehandalannya dalam dunia sastera. Allahyarham tidak pernah lokek ilmu. "Hormatnya saya kepada Tan Sri, sehinggakan saya tidak pernah bergurau senda dengannya kerana menganggap beliau sebagai seorang guru," ujar bekas Menteri Pertanian yang juga mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika ditemui pada majlis pengebumian jena zah Allahyarham di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam. Selain Sanusi, tokoh sasterawan negara, A. Samad Said turut mengagumi dan menghargai ketokohan Allahyarham. Ungkap Pak Samad, Ismail ialah tokoh sastera, bahasa dan budaya yang sangat gemilang pada zamannya. "Saya kehilangan seorang sahabat. Dia seorang Bapa Persuratan Melayu dan sewajarnya Allahyarham diberi penghargaan atas segala sumbangan hebat beliau," ujar Pak Samad ketika ditemu bual Kosmo! semalam. Ternyata sebelum Ismail me ngangkat gagasan idea sastera dan budaya Melayu di peringkat antarabangsa, beliau terlebih dahulu memahat nama dan menyentuh hati segenap lapisan masyarakat di dalam negara. Dilahirkan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah pada tanggal 30 Januari 1932, Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Limau Dalam sebelum menyambung pelajaran di Sekolah St. Michael, Alor Setar dan Maktab Sultan Abdul Hamid. Dibesarkan dalam keluarga yang susah, Ismail hidup sama se perti anak-anak kampung lain yang gemar bermain layang-layang, gasing atau melastik burung. Namun, ayahnya segera menangkap minat Ismail yang gemar membaca buku sehingga ketajaman pengetahuannya membo lehkan dia mendapat 5A dalam Pe periksaan Senior Cambridge (Tingkatan lima). 41 tahun mengetuai Gapena Malah, beliau dikatakan terlebih dahulu mengambil jurusan Sains, tetapi kemudian memilih Kesusaste raan Melayu di Universiti Malaya (UM) dari tahun 1955 hingga 1959. Kepin taran Ismail membolehkan dia menjadi anak Melayu pertama yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Pe ngajian Melayu Kelas Pertama. Beliau menyambung pengajian di pe ringkat Sarjana di UM pada tahun 1961 dan seterusnya ke peringkat Doktor Falfasah di Universiti Leiden, Belanda. Ismail kemudian menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan dilantik sebagai Profesor Kesusasteraan Me layu pada tahun 1971. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan kemudian menjadi Ketua Jabatan Pe ngajian Me layu dari tahun 1978 hingga 1984. Namun, salah satu jawatan yang paling dekat di hati Ismail ialah Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) yang dipegang beliau selama 41 tahun dari 1971 sehingga 2012. Sewaktu memegang jawatan itulah selain selaku seorang tokoh akademik, Ismail berjaya mengembang dan me ngangkat kesusasteraan serta budaya Melayu bukan sahaja di Malaysia, bahkan di pelosok dunia. Sekadar menyebut beberapa pengiktirafan yang diterima Ismail antaranya Darjah Setia Diraja Kedah membawa gelaran Datuk pada tahun 1980, Ijazah Kehormat Doktor Honoris Causa daripada Universitas Indonesia pada tahun 1984, gelaran Pendeta pada Simposium Dunia Melayu di Sri Lanka pada tahun 1985, Darjah Pang lima Setia Mahkota oleh Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri pada tahun 1993 dan anugerah Profesor Emeritus daripada Universiti Malaya pada tahun 1997. Namun, bagi mereka yang mengenali Ismail secara dekat, susunan anugerah itu tidak pernah menjadikan beliau individu yang bermegah atau meninggi diri. Ujar anak kedua Allahyarham, Ria Ismail, 47, bapanya mempunyai karakter happy go lucky tetapi tegas dalam mendidik anak-anak. Beliau juga tidak pernah kisah mengenai status dan pangkat sehinggakan mudah didekati sesiapa sahaja. "Dari segi penampilan ayah sangat ringkas. Ayah boleh keluar berjalan dengan baju T dan seluar panjang sehinggakan orang mungkin tidak pernah menyangka dia seorang tokoh sasterawan dan pendeta bahasa," kata anak keduanya itu. Sementara itu, anak saudara Ismail, Roosmawaty Ibrahim 56, turut menceritakan bagaimana Allahyarham merupakan seorang individu yang gemar menolong orang susah. "Dulu bila Pak Anjang (gelaran dalam kalangan anak saudara) pulang ke kampung, beliau akan pastikan but keretanya dipenuhi dengan puluhan tin Milo, Ovaltin dan makanan lain untuk diberikan kepada sanak saudara," katanya sambil memberitahu Ismail gemarkan makanan tradisi Kedah seperti gulai ikan Kedah, pulut durian dan ikan terubuk. Mengimbau kenangan bersama Allahyarham, kata Roosmawaty, bapa saudaranya itu sangat mementingkan pendidikan sehingga sanggup menanggung segala perbelanjaan persekolahannya sewaktu belajar di Sekolah Menengah Convent Assunta, Petaling Jaya. Bahkan, Roosmawaty sukar melupakan bagaimana hampir setiap hari Ismail akan menyuruh dia membaca akhbar berbahasa Inggeris dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. "Mula-mula memang saya marah bila kena buat macam itu, tapi hakikatnya itulah kehebatan beliau dalam mendidik yang akhirnya membantu saya melanjutkan pelajaran peringkat A-Level di Kolej Oxford dan Sarjana Muda dalam bidang Sains di Universiti Coventry, United Kingdom," kata Roosmawaty yang kini bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar di Sekolah Menengah Sungai Kapar Indah, Klang, Selangor. Yang pasti, kehebatan pemikiran dan idea Allahyarham Ismail begitu mudah menyentuh hati sesiapa sahaja, bukan hanya ahli keluarga, kawan, pelajar, pencinta sastera, para ilmuan, tokoh politik, bahkan segenap lapisan masyarakat. | |||
Skandal pemakanan ancam negara Asia Posted: 21 Oct 2014 06:04 PM PDT SETIAP pagi, sampel makanan diletakkan di atas meja panjang dalam sebuah makmal milik sebuah firma Jerman di Singapura. Syarikat Perkhidmatan Produk Global TUV SUD itu menggunakan sampel tersebut untuk mengkaji bahan tercemar yang boleh membahayakan pengguna di Singapura dan negara-negara lain di Asia. Situasi itu sangat membimbangkan apabila negara Asia digegarkan dengan skandal keselamatan makanan baru-baru ini. Jualan francais makanan segera, McDonald's di China dikecam teruk pada tahun ini berikutan laporan yang mendakwa pembekal mencampurkan daging lembu yang tamat tempoh dalam proses penghantaran. Sebuah syarikat Taiwan juga didapati menjual beratus-ratus tan minyak murah untuk menghasilkan makanan seperti roti, kek, mi segera, biskut dan ladu yang digunakan oleh masyarakat Hong Kong di kediaman mereka. Kelihatan seorang ahli kimia di makmal TUV SUD yang lengkap berpakaian serba putih sedang membawa bateri ujian ke atas tepung susu dari Filipina, makanan laut dari Indonesia, Vietnam dan Malaysia. Selain itu, ahli kimia tersebut turut membawa makanan tempatan yang diproses dan dijual di negara Asia lain. Naib Presiden Hal Ehwal Makanan TUV SUD di Singapura, Chong Kok Yong memberitahu, beliau berkhidmat dalam industri itu sejak 25 tahun lalu. Namun, beberapa tahun ini merupakan tempoh paling sukar dalam kariernya. "Ia merupakan satu cabaran yang sukar dan akan terus berlaku kerana ada pihak tertentu yang melakukannya. Mereka berusaha untuk menghasilkan makanan yang tidak berkualiti tetapi kelihatan baik. Pada hakikatnya, mereka melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang," ujar Kok Yong. Rantaian makanan Kebanyakan pakar memberikan amaran bahawa corak penggunaan makanan melibatkan golongan kelas pertengahan mengalami perubahan. Ia berkaitan dengan rantaian makanan dan pemindahan penyakit baharu daripada haiwan kepada manusia secara global. Situasi itu menyebabkan usaha untuk memerangi masalah berisiko semakin sukar. Penyelidik Kanan di Institut Strategi Alam Sekitar Global (IGES) yang berpangkalan di Jepun, Sivapuram V.R.K. Prabhakar memberitahu, tiada kerjasama yang selaras dilakukan antara kementerian dan agensi untuk membendung masalah tersebut. Pada tahun 2008, industri produk tenusu China digegarkan dengan berita penggunaan bahan kimia melamine yang ditambah dalam susu tepung bertujuan untuk menambahkan kandungan protein dalam produk itu. Hampir 300,000 bayi di seluruh dunia mengalami kesakitan akibat kesan daripada penggunaan produk tersebut. Ujian yang dijalankan menggunakan kelengkapan di TUV SUD itu menunjukkan bahawa beberapa sampel bahan mentah mengandungi lebih 10,000 melamine. Bahan itu terdiri daripada kimia putih yang digunakan semasa pembuatan plastik, pelekat, meja, pinggan mangkuk dan papan putih. Singapura telah menggantung kerjasama import tiga jenama jus dari Taiwan pada tahun 2011. Syarikat itu didapati menggunakan phthalate diethylhexyl iaitu sejenis bahan kimia yang biasa digunakan dalam pembuatan plastik dalam minuman mereka. Kesan buruk pengeluaran makanan mencetuskan kebimbangan terhadap penggunaan racun perosak dalam tanaman dan antibiotik haiwan. Ia juga dianggap sebagai tidak wajar dilakukan. Hasil kajian Prabhakar mendapati tanaman dalam kawasan satu hektar di India kurang menggunakan racun perosak berbanding dengan Taiwan dan Jepun. Namun, banyak kes penyalahgunaan racun perosak dan bahan kimia digunakan tanpa pengawasan dilaporkan di negara itu. Kanser Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bahagian Makanan dan Pertanian Asia Pasifik, Hiroyuki Konuma memberitahu, makanan yang tidak sihat menyebabkan penyakit jangka masa panjang seperti pelbagai jenis kanser. Selain itu, lebih daripada 200 penyakit tersebar melalui makanan yang tercemar. Menurut kajian TUV SUD, purata perbelanjaan pengeluar makanan yang dikaitkan dengan isu keselamatan dianggarkan sebanyak 9.4 peratus daripada pendapatan tahunan. Situasi itu akan menjejaskan keuntungan dalam industri dengan anggaran margin sebanyak lima hingga 15 peratus. Kajian itu menunjukkan bahawa infrastruktur seperti peti sejuk amat diperlukan untuk memastikan keselamatan makanan semasa ia dihasilkan. Undang-undang untuk mengawal keselamatan makanan itu tidak seiring dengan trend pemakanan masyarakat dewasa ini. Konuma berkata, sukar untuk membuang perkara buruk yang berlaku dalam sistem rantaian makanan. Perkara itu perlu dilaksanakan semasa proses pembuatan untuk memastikan produk yang dijual selamat kepada pengguna. Ketua Eksekutif Perkhidmatan Produk Global TUV SUD, Ishan Palit memberitahu, pemeriksaan perlu dilakukan pada setiap penghujung rantaian pemprosesan pemakanan walaupun kebanyakan negara mengambil firma ketiga untuk melaksanakannya. "Anda tidak menghapuskan risiko yang ada. Namun, anda boleh mengurangkan risiko kerosakan produk ini apabila ia dipasarkan. Kawalan yang ketat perlu dibuat ketika produk hendak dipasarkan. "Produk makanan tidak seperti barangan elektronik yang boleh dicop dengan nombor siri yang memberi maklumat lokasi ia dikilangkan. Dalam makanan, cara itu tidak boleh dilakukan," ujarnya. Pakar juga memberi cadangan agar pihak kerajaan mengemas kini dasar keselamatan makanan. "Hanya beberapa negara yang menggunakan dasar atau polisi mengenai keselamatan makanan," jelas Konuma. Selain itu, undang-undang berkaitan pemakanan perlu lebih relevan di beberapa negara. Bagi Prabhakar, tahap keselamatan makanan di negara-negara Asia masih di tahap rendah. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 ulasan:
Catat Ulasan