ads

Ahad, 12 Oktober 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Rita Rudaini Repot Polis Selepas Diugut Bunuh

Posted: 12 Oct 2014 08:46 PM PDT


Rita Rudiani
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 38, membuat satu laporan polis selepas diugut bunuh oleh pengikut di Instagram milik bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27,  menerusi satu status yang dimuat naik Jumaat lalu.

Laporan yang dibuat di Balai Polis, Jalan Tun Razak dekat sini pada Sabtu lalu itu antara lain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Instagram bernama 'Hanifhafizul' yang telah menimbulkan ketakutan Rita berhubung status ugutan bunuh.

"Pemilik akaun itu mengugut untuk membunuh saya selepas Aidil memuat naik resit pindahan wang nafkah anak-anak kami yang dilakukannya dengan kapsyen bertujuan menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada saya.

"Jadi… saya perlu melakukan seusatu kerana bimbang dengan ugutan berkenaan selain untuk menjaga keselamatan diri," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi sosial WhatsApp di sini pada Ahad.
Ini adalah bukti Rita membalas mesej-mesej kiriman Aidil dan Rita terkejut bagaimana bekas suaminya itu mengatakan sebaliknya.

Berdasarkan laporan polis berkenaan, pemilik akaun itu antara lain telah menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua.

Status berkaitan bunuh itu terus dipanjangkan apabila pemilik akaun tersebut menasihati Aidil agar pada masa depan merancang dapat membunuh dan tidak memberikan Rita peluang untuk  hidup.

Rita berkata, status paparan skrin yang dimuant naik Aidil itu berjaya meracuni pengikut Instagramnya untuk membenci Rita selain ia satu penghinaan kepada seorang wanita yang telah melahirkan dua orang anak hasil perkahwinan mereka yang sah.

Dalam pada itu diminta komennya mengenai paparan skrin resit pembayaran nafkah berjumlah RM2,000 itu Rita berkata, selama ini dia tidak  pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak sebaliknya kegagalan Aidil berhubung hak sebagai seorang suami kepada isteri semasa mereka belum bercerai.

"Saya sangat kesal dengan tindakan Aidil sehingga boleh membiarkan nyawa saya diancam hanya kerana saya menuntut hak saya sebagai isteri yang tidak diberikan oleh Aidil.

"Saya juga tidak pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak-anak tetapi apakah ia cukup dengan mengirimkan wang sahaja bagi menyatakan kesempurnaan tanggung jawab seorang bapa tanpa menjenguk anak-anaknya?" soal Rita.

Aidil dan isterinya, Zarema. Foto dari Instagram milik Aidil.
Mengenai status papran skrin berasingan Aidil dalam Instagram yang mendakwa Rita tidak menjawab mesej yang dikirimkannya untuk mengetahui perkembangan anak, wanita ini turut mendedahkan ia adalah tuduhan tidak benar.

Sambil memberikan bukti paparan skrin mesej perbualan mereka Rita berkata, seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha lalu dia ada mengirim mesej kepada Aidil yang berjanji untuk bertemu anak mereka tetapi pemuda berkenaan gagal berbuat demikian.

"Dia tiada kesungguhan. Sebab itu saya malas untuk melayan mesejnya apatah lagi saya pernah mendapat mesej 'jangan gatal' seoalah-oleh ada pihak yang menganggap saya mahu mengganggu rumah tangga yang baru dibina Adil.

"Saya juga pernah membalas mesej-mesejnya mengenai anak tetapi saya terkejut kenapa dia masih menganggap tidak menerima sebarang balasan daripada saya," ujar Rita.

Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal, 28, pada 14 Mac lalu.

Izreen terima jodoh bersama Amar

Posted: 12 Oct 2014 08:45 PM PDT


  • Izreen AzmindaIzreen Azminda

LUMRAH sebagai selebriti, semakin namanya dikenali, semakin banyak cerita-cerita peribadi yang turut menghambat diri dan diberi perhatian.

Sepanjang tempoh sembilan tahun dalam industri, 2014 merupakan tahun yang paling mencabar buat pelakon cantik ini. Bermula dengan isu penceraian, Izreen Azminda terus dijadikan sasaran kontroversi demi kontroversi.

Pernah dituduh kurang menghormati tempoh edah, pelakon drama Perjalanan ini juga menerima pelbagai bentuk kritikan dan cemuhan, apatah lagi dirinya turut dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Amar Baharin, walaupun baharu sahaja bercerai.

Mengakui agak terkilan dengan tuduhan yang tidak berasas, Izreen akui dia terpaksa menutup telinga agar kontroversi yang tercetus itu tidak mempengaruhi urusan kerjayanya.

"Sejujurnya, memang saya rasa tertekan bila terlalu banyak perkara negatif yang dituding ke arah saya. Namun, saya lebih selesa untuk berdiam diri dan tidak mudah melatah.

"Berkenaan dengan tuduhan hubungan cinta bersama Amar, buat masa ini, dia adalah kawan saya. Malah, kami berkawan sejak saya anak dara lagi. Cuma kini perhatian lebih diberikan padahal hubungan ini sudah lama terjalin.

"Saya tidak marah sekiranya ada peminat yang mendoakan hubungan kami, namun sedih bila dituduh dengan benda-benda negatif," katanya ketika ditemui ketika sidang media Anugerah Skrin 2014 di Sri Pentas.

Tambah Izreen, buat masa ini, dia belum terfikir untuk mencari pengganti kerana tumpuannya lebih kepada kerjaya dan membesarkan si kecil, Muhammad Umar Adrian yang kini berusia setahun tiga bulan.

"Buat masa ini, hati saya belum terbuka untuk mencari pasangan. Saya lebih selesa begini dan tidak akan membiarkan lelaki melukai hati saya dalam masa terdekat ini.

"Namun, saya tahu, jodoh itu rahsia ALLAH SWT dan saya tidak mampu menolak. Bukan sahaja dengan Amar, malah dengan mana-mana lelaki sekalipun, saya terima sekiranya ada jodoh di kemudian hari," katanya yang turut dilantik sebagai duta program, Jom Kahwin bersama Amar.

Bekas suami tak abai nafkah

Walaupun kisah penceraiannya turut dikaitkan dengan kontroversi hebat, namun Izreen memberitahu segalanya telah selesai dan segalanya berjalan dengan baik.

Malah, dia dan bekas suami, Muhammad Riza Baharuddin, masih berkawan dan tidak mendendami antara satu sama lain demi kebaikan anak tunggalnya.

"Saya mendapat hak jagaan sepenuhnya terhadap anak saya, namun bekas suami dibenarkan melawat. Hak bermalam hanya akan diberikan selepas anak saya berusia empat tahun. Ini kerana saya tahu kesibukan jadualnya.

"Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini, bekas suami tidak mengabaikan nafkahnya terhadap anak dan saya hanya meminta nafkah edah sahaja. Saya juga tidak minta lebih kerana saya tahu kemampuannya setakat mana.

"Mengenai anak pula, saya menguruskannya sendiri dengan bantuan ibu saya. Sekiranya saya bekerja, ibu akan mengambil alih menjaganya," katanya yang sah bercerai pada 9 Jun lalu.

Ditanya mengenai kriteria lelaki yang menjadi pilihannya kelak, Izreen memberitahu lelaki itu perlulah menerima dirinya seadanya.

"Dalam soal pasangan, saya meletakkan prioriti kepada anak. Sekiranya satu masa nanti, ada yang mahu mendekati saya secara serius, dia perlu menerima anak saya juga.

"Kalau dia tak boleh terima 'pakej' yang saya ada, dia boleh cari pilihan 'ala carte' yang lain. Pun begitu, ramai yang mencuba sebenarnya. Cuma hati saya keras mengatakan ianya bukan sekarang," jelas Izreen lagi.

Diana Rafar: 'Saya masih bahagia'

Posted: 12 Oct 2014 08:43 PM PDT


  • Diana bersama pemilik Perla Coffee, Yusmalisa.Diana bersama pemilik Perla Coffee, Yusmalisa.

ISU pergolakan melibatkan rumah tangga pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham bukan baru pertama kali diperkatakan.

Perihal rumah tangga pasangan ini mula diperkatakan kira-kira setahun selepas mereka mendirikan rumahtangga pada 16 Mei 2009. Bagaimanapun kedua-duanya menafikan perkara itu.

Terbaru, isu rumah tangga Diana dan Zamarul kembali menjadi perhatian apabila Diana tidak menafikan, dia sering menghabiskan masa bersama anaknya, Kashfi Haikal, 4, berbanding bersama Zamarul.

Pemilik nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar, 32, ini bagaimanapun menegaskan perkahwinannya dengan Zamarul masih bahagia dan masing-masing menjalankan tugas serta tanggungjawab terhadap keluarga.

"Saya masih seperti biasa, sibuk dengan rutin harian, menjaga anak, memasak. Manakala Zamarul sibuk dengan penggambaran.

"Saya akui Zamarul memang sering sibuk dengan penggambaran dan menyebabkan kami jarang dapat ke majlis hiburan atau majlis lain bersama.

"Lagipun kerja kami tidak sama, dia dengan jadualnya dan saya dengan jadual saya. Apa pun setakat ini saya masih lagi bahagia bersama," katanya kepada Zass.

Diana berkata, dia bagaimanapun menghormati keputusan suaminya dan menganggap tidak bergambar bersama sebagai satu masalah.

Katanya, sebaik berita mengenai rumahtangganya kembali diperkatakan, Zamarul tidak memberi sebarang komen mengenai perkara itu.

"Dia hanya diam dan menjalankan rutin seperti biasa. Apa pun yang berlaku, semuanya telah diaturkan oleh ALLAH SWT," tuturnya.

Kembali aktif

Enggan untuk terus berbicara perihal rumah tangganya, Diana berkata, dia kini akan kembali aktif di dalam bidang seni selepas lama bercuti demi menjaga anaknya.

"Dunia seni sudah sebati dalam diri saya, apatah lagi sejak usia lima tahun, saya sudah berkecimpung di dalam bidang ini.

"Alhamdulillah, tawaran lakonan masih lagi tidak putus walaupun sebelum ini banyak yang saya terpaksa tolak. Sekarang saya sedang mempertimbangkan tawaran lakonan yang datang.

"Selain itu, saya juga akan mengeluarkan mini album, Nantikan Aku. Album tersebut didedikasikan khas buat Allahyarham Memen (Rezaimen Kefli, anak Linda Rafar)," katanya yang turut mengakui Zamarul memberi sokongan penuh untuknya kembali dalam bidang seni.

Selain itu, Diana juga baru sahaja dilantik menjadi duta Perla Coffe.

"Alhamdulillah, pada mulanya ada seorang stokis memberi saya produk terbabit untuk dicuba. Setelah tujuh hari mencuba, saya dapat rasa perbezaan apabila kulit saya tidak lagi kusam.

"Kemudian saya ikut Instagram Perla Coffe, dan berkenalan dengan pemiliknya. Dari situ kami berkawan dan tidak sangka dia menawarkan saya untuk menjadi duta dan jurucakap produk mereka," katanya yang turut menjadi duta Sumber Ayu.

'Ikat Diana setahun' - Yusmalisa

Sementara itu, pemilik Perla Coffee, Yusmalisa Shazrenda berkata, pihaknya telah mengikat Diana selama setahun selepas Diana sendiri mencuba produk terbabit selama enam bulan.

"Pada mulanya memang ada stokis kita yang beri untuk dicuba, tapi selepas itu, Diana beli sendiri Perla Coffee kerana ia sesuai dengan dirinya.

"Dari situ kami berhubungan dan rapat, jadi saya tawarkan dia jadi duta. Malah kami tawarkan dia jadi duta bukan kerana dia cantik, tetapi kerana dia sudah mencuba produk ini," katanya.

Ujar Ysmalisa, buat masa ini, pihaknya mengikat Diana sebagai duta selama setahun dan jika mendapat sambutan menggalakkan, dia bercadang untuk meneruskan kontrak bersama Diana.

"Alhamdulillah setakat ini sambutan memang menggalakkan dan selepas kita ambil Diana sebagai duta, ramai mula percaya dan kebanyakan kedai kosmetik di seluruh Malaysia menjual Perla Coffee," katanya yang turut menambah produk Perla Coffee mengandungi Serbuk Mutiara, Lystein, Asid Hyalurinic dan Habatussauda.

Suami bercinta dengan janda

Posted: 12 Oct 2014 08:41 PM PDT


  • Hindari daripada sikap mengislamikkan cinta sebelum nikah sehingga menghalalkan aktiviti yang dilarang dalam Islam. - Gambar hiasanHindari daripada sikap mengislamikkan cinta sebelum nikah sehingga menghalalkan aktiviti yang dilarang dalam Islam. - Gambar hiasan

[SOALAN] SAYA mohon identiti saya dirahsiakan umum kerana saya tidak mahu mengaibkan sesiapa dalam masalah rumah tangga saya ini. Perkongsian ini sekadar untuk meleraikan segala kekusutan di hati yang kian sarat seakan tidak tertanggung lagi.

Saya dan suami telah berkahwin selama dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel dan sempurna sifatnya. Kami berdua terpaksa hidup berjauhan dan tinggal berasingan kerana tuntutan kerja sejak berkahwin. Saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan manakala suami bekerja sendiri dengan menguruskan perniagaannya.

Pada awal perkahwinan suami tidak pernah berungut untuk tiap-tiap minggu balik berjumpa dengan saya. Selepas empat bulan bernikah saya disahkan hamil, lalu bermulalah episod hitam dalam hidup saya.

Sepanjang mengandung dan menjaga diri sendiri di fikiran saya suami di sana mencari rezeki untuk kebahagiaan saya dan anak yang bakal lahir nanti. Itu hanyalah kata-kata manis untuk saya memujuk diri dan hati yang derita. Suami berubah sikap dari seorang yang mengambil berat dan selalu menghubungi menerusi panggilan telefon atau mesej, kini semakin sepi.

Sejak kebelakangan itu dia lupa akan kehadiran saya dalam hidupnya, hinggakan pada suatu hari saya menghantar sms pun dia tidak balas. Kadang-kadang jam 3 pagi saya bangun dari tidur saya akan belek telefon bimbit melihat kalau-kalau ada mesej dan panggilan daripada suami.

ALLAH itu maha adil dan pada suatu hari suami tertinggal telefon bimbit di rumah dan pada masa yang sama ada sms daripada seseorang. Tanpa berfikir panjang saya membaca sms tersebut. Hancur luluh hati saya membaca SMS berbunyi "SEHARIAN U TAK CALL, SMS I, MCM I NI TAK WUJUD DLM HIDUP U".

Pada malam tersebut saya menangis. Perempuan mengandung sangat sensitif dan perlukan kasih sayang seorang suami. Selepas peristiwa tersebut suami terus membuat kata kunci telefon bimbit dengan alasan tidak mahu saya tahu apa-apa mengenai dia. Saya benar-benar kecewa.

Sewaktu kandungan saya sembilan bulan, saya didatangi perempuan tersebut yang mengakui telah menjalin hubungan dengan suami malah hubungan mereka sudah lebih dari suami isteri. Menggeletar tubuh yang sarat mengandung ini. Suami saya juga telah pun mengaku dengan alasan kami berjauhan.

Kenapa dia tak beritahu dari awal? Bukankah hubungan kami boleh diselamatkan tanpa perlu dia berlaku curang? Pada saya, ini hanya alasan suami  membenarkan kesalahan yang dia buat. Saya amat kecewa dengan perbuatannya. Saya bersalin seorang diri di hospital. Saya sedih dengan pengorbanan yang tidak dihargai.

Saya tidak minta pengorbanan saya dibayar cukuplah sekadar menghargai. Sering kali saya meminta penceraian daripada suami tetapi bila memandangkan wajah anak kecil, saya jadi kasihan kepadanya yang membesar tanpa seorang bapa. Suami saya pernah berkata tidak akan menceraikan saya selagi saya tidak serahkan anak kepadanya.

Suami sekarang sedang teruskan hubungan dengan janda tersebut manakala saya terlontar sepi seorang diri menjadi ibu dan ayah kepada anak tunggal kami. Saya telah ke pejabat agama mendapatkan nasihat dengan membawa segala bukti-bukti. Alhamdulillah hati sedikit tenang.

Malah saya juga bercadang untuk berpindah tempat kerja agar dapat duduk sebumbung dengan suami. Tetapi, soalannya adakah suami akan berubah hati? Dan kembali kepada saya dan anak? Bagaimana saya mahu menambat hatinya semula sedang hati saya sakit? Saya masih sayangkan suami dan rumah tangga ini dan selalu berdoa suami kembali ke pangkal jalan. - Su, Johor.



Cari kekuatan diri, tawan suami

[JAWAPAN] Memang benar, apabila berjauhan kebanyakan suami akan 'terlupa', apatah lagi jika ia digoda. Dalam kes ini, meskipun suami anda bersalah, janda yang menggoda suami anda itu lebih bersalah. Perbuatan dia menyerahkan diri telah menyebabkan suami anda lebih terlena.

Mungkin juga dia tidak tahu lelaki yang dikenalinya pada masa itu adalah suami orang dan bakal bergelar ayah. Membina sebab 'luar kotak' membantu anda positifkan minda, memanglah hati sakit tetapi kita kena cari sebanyak-banyak sebab untuk memujuk hati kita sendiri bukan?

Saat begini siapalah yang akan kisahkan diri kita? Kalau kita bercerita pada orang pun belum tentu orang itu bersimpati kepada kita, apalagi hendak memberikan pertolongan. Memujuk hati sendiri dengan mempositifkan minda ini sangat baik untuk kesan kesihatan yang berpanjangan, sebab apabila mental sakit, ia mengakibatkan spiritual turut sakit, akhirnya melarat kepada fizikal turut mendapat kesannya. - Apa Kata Pakar - Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, Motivator www.drtuah.com

Silalah berpindah tempat kerja supaya keadaan dapat dipulihkan sebelum melarat menjadi lebih kronik. Andainya suami mampu sememangnya anda tidak perlu bekerja pun. Bukankah tugas mencari rezeki adalah kewajipan suami? Islam tidak melarang wanita bekerja tetapi andainya disebabkan bekerja itulah timbul macam-macam masalah, ia bukanlah bijak lagi.

Jika anda tanya bolehkah suami berubah hati, tiada siapa yang dapat menjawabnya secara tepat kecuali diri suami itu sendiri serta ALLAH yang Maha Mengetahui, namun sebagai insan yang mahukan yang terbaik dalam hidup, ia adalah salah satu usaha yang paling utama untuk diberikan perhatian.

Mengikut pengalaman saya menangani kes-kes seperti ini, seseorang suami yang sudah terkalih itu boleh ditawan semula melalui; Kembali hidup sebumbung. Maklumlah orang yang sudah terkalih tentulah yang dekat lebih diingatinya berbanding yang jauh walaupun yang jauh itu nyata lebih baik dan lebih cantik.

ni bermakna keputusan anda mengasingkan diri hidup berdua bersama anak adalah silap kerana tanggungjawab membesarkan anak bukan sepenuhnya tertanggung ke atas bahu anda sahaja, suami anda turut bertanggungjawab.

Bertekadlah memberikan layanan A1. Mengapa agaknya dia terpikat kepada janda berkenaan, tentunya sebab janda itu dilihatnya lebih menarik. Seorang janda tentu sudah hilang seri pada wajah dan bentuk badan, tetapi kelakuan yang manja-manja juga adalah antara sebab-sebabnya mengapa seseorang itu tunduk. Bagaimana anda hendak bermanja-manja jika berjauhan?
Memang boleh menghantar SMS atau Whatapps suara, tapi tentu tidak sama dengan berdepan sahaja. Hubungan seksual yang luar biasa mestilah dipersembahkan dalam setiap proses-proses 'keintiman'.

Seorang suami bukan hanya terpikat oleh apa yang sedia ada pada isterinya, juga bakat-bakat terpendam yang boleh menyebabkannya tersenyum dan riang serta sering teringat-ingat. Saya harap anda faham apa yang saya maksudkan. Anak adalah pengikat kasih, jika tinggal satu rumah keletah anak akan membuatkan hati terhibur lantas kasih sayang suami isteri dapat diterapkan.

Anak Datuk K, Adib Dilantik CEO Tune Studios

Posted: 12 Oct 2014 08:39 PM PDT


Adib kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios/Tune Records berkuatkuasa 9 Oktober 2014.

PETALING JAYA: Anak Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K iaitu Mohd. Adib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios/Tune Records yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Jeremy Ahmad Maikel.

Adib, 24, menerusi laman Instagram miliknya memberitahu, selain memegang jawatan tertinggi itu dia juga bertindak sebagai pemegang saham syarikat kumpulan Tune tersebut berkuatkuasa 9 Oktober lalu.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua di Tune Group terutamanya Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes di atas kepercayaan diberikan kepada saya untuk memikul tanggungjawab dan mengalu-alukan kedatangan saya ke dalam keluarga Tune," kataA Adib dalam status Instagram miliknya.

Terdahulu, Jeremy, 31, yang memegang jawatan tersebut sejak 2012 meninggal dunia pada 9 April lalu di Mekah, Arab Saudi semasa mengerjakan Umrah.

Selain syarikat rakaman, Tune juga mempuyai rangkaian hotel seluruh negara yang mana ia merupakan anak syarikat kepada AirAsia Berhad milik Kamarudin dan Tony Fernandes.

Dalam pada itu, Adib dalam kenyataan sama berjanji akan berusaha dalam memberikan perkhidmatan terbaik dengan menghidangkan muzik terbaik kepada peminat di seluruh rantau Asia.

"Saya tidak sabar untuk memberikan peminat di rantau ini hiburan muzik terbaik," katanya lagi.

Tune Studios/Tune Records adalah studio rakaman terbesar di Malaysia menyediakan peralatan rakaman audio dan produksi dengan lebih 10 bilik studio yang terletak di Klang, Selangor.

Selain kerja-kerja rakaman, ia juga menyediakan kelas pendidikan dan latihan muzik yang terbuka kepada orang ramai dan pemain dalam industri seni.

Dalam pada itu pihak Tune yang dihubungi mStar Online berkata, satu kenyataan rasmi berhubung pelantikan Adib akan dibuat dalam masa terdekat.

Adib sebelum ini mempunyai syarikat rakamannya sendiri iaitu What's Up Entertainment yang bertanggungjawab menerbitkan album Inggeris ibu tirinya iaitu Datuk Siti Nurhaliza berjudul All Your Love.

Laporan Alyah Hamil Tidak Benar

Posted: 12 Oct 2014 08:39 PM PDT


Alyah nafi kini sedang berbadan dua.
PETALING JAYA: Penyanyi Datin Alyah tidak mengetahui siapakah individu yang menyebarkan cerita kononnya dia kini sedang hamil anak pertama bersama pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 33,  berkata, dia hanya mengetahui perkara berkenaan melalui sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

"Pertama sekali berita saya hamil tidak benar dan apabila membaca mengenai laporan berkenaan saya terkejut kerana ia bukan datang daripada mulut saya.

"Saya tidak tahu siapa yang sebarkan mengenai cerita itu tetapi ia sama sekali tidak benar," katanya kepada mStar Online pada Ahad.

Menerusi laporan berkenaan, Alyah dikatakan berkunjung ke sebuah klinik kesihatan dan seorang individu yang turut berada di tempat sama terdengar penyanyi itu berbual mengenai kehamilan.

Dalam pada itu, Alyah tidak menafikan ada berkunjung ke klinik berkenaan bersama seorang temannya tetapi tidak berbual mengenai hal-hal kehamilan seperti yang dilaporkan.

Jelas Alyah, semasa berada di ruang menunggu hanya sepasang suami isteri turut berada di dalam klinik berkenaan dan dia pelik dengan tuduhan yang dibuat terhadapnya itu.

"Saya berkunjung ke klinik berkenaan atas sebab lain dan tiada pula bercakap mengenai kehamilan malah hanya ada sepasang suami isteri sahaja di dalam klinik tersebut ketika itu," katanya.

Alyah dan Ramli bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 dan perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Izara Aishah, anak Datuk K bercinta

Posted: 12 Oct 2014 08:20 PM PDT


  •  Izara Aishah

PELAKON jelita dan berwajah manis, Izara Aishah mengakui sedang bercinta dengan anak Datuk K, Adib Khalid.

"Di awal perhubungan saya akui kami hanya berkawan.  Itu yang saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercerita.

"Dan bila kami sudah bersama atau lebih tepat bercinta, tidak ada apa yang perlu saya sorokkan.  Tapi tidak bermakna saya perlu bercerita satu dunia akan hal tersebut.

"Bila saya sudah berterus terang, harapnya tidak ada lagi spekulasi yang timbul," luah Izara jujur tentang hubungan cintanya dengan anak tiri kepada penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.

Untuk cerita lanjut pengakuan daripada Izara sendiri, ada disiarkan di dalam  majalah Media Hiburan terbaharu.

Duit RM1,423.64 dalam akaun lesap

Posted: 12 Oct 2014 08:18 PM PDT


  • Huat Lian menunjukkan salinan laporan polis dan SMS menunjukkan transaksi pengeluaran wang daripada akaunnya.Huat Lian menunjukkan salinan laporan polis dan SMS menunjukkan transaksi pengeluaran wang daripada akaunnya.

PARIT BUNTAR - Seorang wartawan terkejut apabila mendapati sebahagian wangnya lesap setelah akaun bank tempatan miliknya digodam dalam tempoh sejam pada 3 Oktober lalu.

Difahamkan, keempat-empat transaksi pengeluaran wang mangsa dibuat melalui khidmat perbankan secara online dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Berlin, Jerman, sedangkan mangsa berada di Malaysia pada waktu itu.

Wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina itu, Lee Huat Lian, 47, berkata, pada hari kejadian kira-kira jam 9.30 malam, dia sedang membuat liputan media di Kuala Gula, Selinsing sebelum menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bank yang memaklumkan terdapat satu transaksi pemindahan wang secara online dibuat atas kad debit miliknya berjumlah EUR 107 kepada syarikat Deutsuche bagi satu urusan pembelian.

Menurutnya, pada kira-kira jam 10.06 malam, dia menerima satu lagi SMS daripada bank sama mengatakan terdapat satu lagi transaksi pemindahan wang secara online dibuat melalui kad debit miliknya berjumlah EUR 197.16 kepada syarikat penerbangan tambang murah, EasyJet bagi pembayaran tiket kapal terbang.

"Hairan dengan SMS itu, saya segera hubungi pihak bank dan pegawai bank itu mengesahkan terdapat empat transaksi pengeluaran wang dibuat melalui kad debit saya.

"Terkejut dengan maklumat tersebut, saya segera beritahu saya berada di Malaysia dan mengarahkan pegawai terlibat membekukan kesemua transaksi kewangan dibuat selain membatalkan kad debit digunakan," katanya semalam.

Huat Lian berkata, sebaik sahaja kad debitnya dibatalkan dan kesemua transaksi kewangan daripada akaunnya dibekukan, beliau kemudiannya bertanyakan jumlah keseluruhan transaksi yang dibuat tanpa pengetahuannya itu.

Menurutnya, dia tergamam apabila pegawai bank bertugas memaklumkan keseluruhan empat transaksi pemindahan wang dilakukan melalui kad debit miliknya berjumlah RM1,423.64 dalam tempoh tidak sampai sejam.

"Bimbang kejadian ini berulang, saya segera mengeluarkan keseluruhan wang simpanan dalam akaun bank dan membuka akaun baharu," katanya.

Huat Lian berkata, dia kemudiannya menemui pihak bank bagi mendapat penjelasan dan dimaklumkan, maklumat keselamatan akaun bank dan kad debit miliknya digodam dari luar negara.

Katanya, susulan kejadian tersebut beliau membuat laporan di Balai Polis Parit Buntar.

"Pihak bank juga turut beri jaminan akan menyiasat kes itu dan memulangkan wang saya yang dilesapkan dalam tempoh 30 hingga 60 hari," katanya.

Nasi lemuni menu sihat, petua untuk cantik

Posted: 12 Oct 2014 08:16 PM PDT


  • Daun lemuni punyai banyak khasiat di sebalik rasanya yang pahit.Daun lemuni punyai banyak khasiat di sebalik rasanya yang pahit.

APABILA  bercakap soal kecantikan, automatik figura wanita terpampang jelas. Ternyata, makhluk bernama wanita amat suka dan selalu ingin kepada kecantikan dan keindahan.

Maka, padanlah petua nenek moyang dulu kala, kebanyakannya lebih fokus untuk wanita berbanding lelaki.

Wanita yang memilih cantik secara alami, pengambilan ulam-ulaman dalam menu seharian adalah wajib.

Jika wanita itu pengamal awet muda cara 'orang lama', spesies ulam-ulaman seperti ulam raja, pegaga, pucuk kaduk, pucuk gajus pasti tidak asing.

Namun, apakah kenal dengan daun lemuni. Berapa ramai wanita moden kini yang tahu? Lemuni umpama tumbuhan kacukan antara pokok renek dan pokok batang berkayu. Ia mampu tumbuh tinggi. Di sesetengah tempat ia dipanggil lagundi, dangla, lipuk, tigau, three leaves chaste tree, Indian privet dan Indian wild-pepper.

Rasanya memang pahit, namun ternyata terkandung pelbagai khasiat khususnya buat ibu yang baharu melahirkan anak supaya kekal awet muda.

"Memang pahit daunnya. Jarang sangat ada orang boleh makan mentah-mentah macm tu saja," kata tukang urut tradisional, Zainab Ahmad.

Wanita berusia 54 tahun ini memberitahu, lemuni antara herba atau ulam yang paling baik untuk kesihatan wanita.

"Rasanya memang tak sedap pada lidah. Yelah... kalau sedap bukan ubat namanya kan," katanya berseloroh.

Oleh kerana rasanya yang pahit kata Zainab, ia sering dimasak bersama nasi sebagai alternatif mengurangkan rasa tidak enak tersebut pada tunas rasa.

"Bukan saja dimakan, dibuat mandi pun boleh. Ambil daunnya, rebus. Air rebusan tu, dijadikan mandian sepanjang tempoh berpantang. Memang bagus, badan rasa segar dan luka pun lekas sembuh. Jika amalkan daun lemuni masa berpantang Insya-ALLAH cantik dan sihat
semula," katanya yang mengamalkan makan nasi lemuni seminggu sekali bersama keluarga kerana khasiatnya.

"Nasi lemuni tak boleh makan hari-hari sebab panas, seminggu sekali tak apa. Makcik tahu fasal kebaikannya daripada mak mentua ketika berpantang. Sejak tu, terus jadikannya amalan," katanya sambil memberitahu resipi nasi lemuni menjadi kegemaran keluarganya amat ringkas tetapi sedap.

"Nak buatnya senang...bahan utamanya daun lemuni kisar digaul bersama bawang merah, bawang putih dan halia. Kalau nak lebih sedap masukkan santan, lepas tu tanak macam biasa. Tapi, untuk orang berpantang, guna bahan asas lebih baik.

"Ia boleh di makan dengan apa-apa lauk, dengan sambal tumis, ikan goreng atau asam pedas pun sedap," katanya sambil memberitahu sering memenuhi permintaan rakan-rakannya yang menggemari nasi lemuni air tangannya.

Abang Lan 'doktor kasut' diminati ramai

Posted: 12 Oct 2014 08:14 PM PDT


  • Abang Lan tekun menjahit kasut yang dihantar pelanggannya.Abang Lan tekun menjahit kasut yang dihantar pelanggannya.

KUALA TERENGGANU – Kelibatnya sering dinanti malah ada juga yang resah jika Ramlan Talib, 58, tidak berada di tempat membaiki kasut miliknya yang terletak di tepi laluan pejalan kaki di belakang sebuah bank di tengah bandar raya ini.

Ramlan yang mesra disapa dengan panggilan Abang Lan merupakan 'doktor kasut' diminati penduduk bandar kerana mampu membaiki kerosakan pelbagai jenis kasut lelaki mahupun kasut tinggi wanita.

Menariknya, dia mampu menyiapkan kasut yang dibaiki dalam tempoh singkat.

Kehadirannya di laluan pejalan kaki itu juga boleh diibaratkan sebagai penyelamat bagi membantu golongan bekerja di pejabat kerajaan mahupun swasta yang mengalami kerosakan kasut pada waktu yang tidak diduga.

Menurut Ramlan, kerjayanya sebagai seorang tukang kasut telah bermula sejak 30 tahun lalu.

"Sebelum menjadi tukang kasut, saya melakukan pelbagai pekerjaan sehinggalah mahir menjahit kasut setelah belajar dengan seorang kawan.

"Akhirnya saya pilih bidang ini dan jadi tukang kasut kerana yakin mampu peroleh pendapatan untuk menyara keluarga," katanya.

Kata Abang Lan, banyak tempat sudah dijelajahi di segenap ceruk bandar raya Kuala Terengganu.

"Lokasi sekarang sangat sesuai, ramai pelanggan dan selesa untuk bekerja," katanya yang merupakan warga Indonesia.

Namun, dia  akui pekerjaan tukang kasut tidak diminati golongan muda kerana selain dianggap tidak mampu memberi pendapatan lumayan, mereka juga malu dengan gelaran 'tukang kasut'.

Dia bagaimanapun enggan dedahkan pendapatannya tetapi hasil diperoleh dihantar kepada isteri dan anaknya di Riau.

Kesungguhan suami buka pintu hati

Posted: 12 Oct 2014 08:10 PM PDT


  • Kesungguhan suami buka pintu hati

PERKENALAN antara saya dan suami hanya sebulan sebelum kami ambil keputusan untuk berkahwin. Ia berlaku secara tidak sengaja di Stesen Bas Bukit Jalil. Suami menolong saya yang sedang menghadapi masalah ketika itu dan dari situ kami mula berkawan sehingga secara tiba-tiba suami ajak saya kahwin.

Saya tidak menolak sebaliknya memberitahu suami jika dia benar-benar ikhlas, lakukanlah. Saya tidak sangka dia betul-betul melakukan urusan perkahwinan. Saya hanya diminta hadir kursus kahwin sahaja yang turut diuruskannya.

Saya juga perkenalkan dia kepada ibu. Untuk pengetahuan saya juga pernah berkawan dengan lelaki bukan Melayu sebelum bertemu jodoh. Ibu tahu mengenai hubungan kami tapi bila sebut soal kahwin teman lelaki selalu mengelak sehingga ibu kata, selepas ini kawanlah dengan sesiapa pun. Ibu terima asalkan dengan niat untuk berkahwin.

Jadi bila saya beritahu ibu yang saya akan berkahwin dengan lelaki Afrika ibu tidak terkejut tapi mahu berjumpa dengan bakal suami terlebih dahulu. Kami berkahwin pada 2010 dan kini memiliki seorang anak bernama Qistina Maisarah.

Saya bekerja sebagai kerani insurans di Setapak dan sebelah malam saya bekerja sambilan di salon di Taman Connought Cheras. Selepas bernikah kami terus pindah dan saya berhenti kerja untuk beri tumpuan kepada suami. Kebetulan, saya memang menunggu seorang lelaki yang nak berkawan atas sebab ingin berkahwin.

Saya tidak mahu buang masa kecewa bercinta lama-lama. Masa majlis kenduri di kampung barulah kawan-kawan tahu pilihan hati saya dan mereka memang terkejut. Inilah jodoh dan saya bahagia dengannya.

Apa yang saya boleh banggakan adalah kesungguhan suami dalam perniagaan. Suami warga Afrika ini seorang yang cekal dan bersungguh-sungguh mencari rezeki. Di tempat mereka tiada peluang seperti di negara kita. Suami mendidik saya walaupun di negara kita birokrasinya tinggi untuk mendapatkan kelulusan perniagaan dan sebagainya (bagi warga negara Afrika) tetapi rezeki murah. Jadi saya banyak belajar dengan dia untuk sentiasa bersyukur dan berusaha sehingga berjaya.

Soal penjagaan makanan suami saya tidak rasa susah kerana suami lebih suka masak makanannya sendiri. Mereka tidak makan seperti kita. Tetapi selalunya kalau saya masak dia pasti makan. Cuma jangan makanan berasaskan durian dan petai. Itu dia tak makan. Untungnya sebab dia suka memasak sendiri dan tidak cerewet.

Ikan mulut buaya sambar mata kail

Posted: 12 Oct 2014 08:05 PM PDT


  • Shahrul Nizam menunjukkan ikan mulut buaya yang berjaya ditangkapnya di Jambatan Sultan Idris awal pagi semalam. Shahrul Nizam menunjukkan ikan mulut buaya yang berjaya ditangkapnya di Jambatan Sultan Idris awal pagi semalam.

PARIT BUNTAR - Seorang petani tidak menyangka berjaya menangkap spesies jarang ditemui apabila mata kailnya disambar ikan mulut buaya atau Alligator Gar yang dikenali dengan nama saintifiknya, Atractosteus Spatula ketika memancing di Jambatan Sultan Idris, di sini awal pagi semalam.

Shahrul Nizam Ahmad, 23, berkata, dia pergi memancing di jambatan itu bersama seorang adik dan tiga rakan pada kira-kira jam 3.30 pagi sebelum mengesan kelibat seekor ikan berbentuk pelik yang sering timbul di atas permukaan air dalam tempoh 15 minit.

Menurutnya, hanya berbekalkan sinaran lampu limpah yang terdapat di jambatan tersebut, dia cuba mengenal pasti spesies hidupan air tersebut dan pada mulanya menyangka ia adalah ikan arapaima.

"Teruja untuk menangkap ikan itu, saya segera menukar mata kail yang digunakan kepada mata kail paling besar dan mencampakkannya ke lokasi ikan itu sering timbul.

"Sebaik sahaja ikan itu timbul, saya segera merentap mata kail ke badan ia dan berjaya menaikkan ikan itu ke atas jambatan dalam tempoh setengah jam," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Shahrul Nizam berkata, sebaik sahaja menaikkan ikan tersebut ke darat, dia dan rakan-rakannya terkejut apabila mendapati ia Alligator Gar.

Menurutnya, dia dapat mengenal pasti spesies sebenar ikan itu setelah terbaca kisah penemuan spesies sama di Bukit Merah, Gunung Semanggol tahun lalu yang disiarkan dalam akhbar.

"Sebelum meletakkannya ke dalam satu bekas khas, saya turut mengukur panjang ikan mulut buaya itu, lebih kurang tiga kaki dengan anggaran keberatan 300 hingga 600 gram.

"Kami terkejut namun bersyukur kerana ikan spesies jarang ditemui itu berjaya ditangkap oleh kami sebagai hasil tangkapan sulung awal pagi ini (semalam)," katanya.

Shahrul Nizam berkata, dia segera membawa pulang ikan itu ke rumahnya di Kedai Empat, Titi Serong dan menyimpannya di dalam sebuah tong besar.

Katanya, sejak berita kejayaannya menangkap ikan mulut buaya tersebar, rumahnya menjadi tumpuan penduduk kampung yang mahu melihat sendiri hidupan air itu.

"Buat masa ini, saya hanya merancang memelihara ikan ini terlebih dahulu, tetapi jika terima tawaran berpatutan, saya tidak keberatan untuk menjualnya," katanya.

Semakin ramai budak sakit mental

Posted: 12 Oct 2014 07:53 PM PDT


Subramaniam (kanan) melancarkan Kempen Kesihatan Mental ASEAN di Taman Wetland, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Gejala masalah tekanan mental di negara ini semakin menakutkan apabila seorang daripada setiap lima kanak-kanak atau remaja berusia antara lima hingga 15 tahun dikenal pasti menghidap sakit mental.
Kajian Kementerian Kesihatan mendapati jumlah kanak-kanak atau remaja menghadapi masalah tekanan mental meningkat daripada 13 peratus pada 1996, 19.3 peratus pada 2006 dan 20 peratus pada tahun 2011.
Sehingga tahun 2011, kajian itu menunjukkan seramai 340,000 rakyat Malaysia menghadapi masalah tekanan mental iaitu meningkat sebanyak 11.2 peratus berbanding 10.6 peratus pada 2006.


Pelajar yakin berinteraksi

Posted: 12 Oct 2014 07:48 PM PDT




SUASANA redup dan tenang pada petang itu seolah-olah mengerti isi hati sekumpulan kanak-kanak yang sedang asyik dibuai imaginasi sambil tangan masing-masing sibuk mewarna sekeping kertas putih dengan sebatang berus lukisan.
Setelah seluruh permukaan kertas yang dicat dengan warna-warna asas itu kering, mereka mengambil sebotol kecil cecair seperti gam berwarna kuning yang dipanggil masking fluid. Lalu perlahan-lahan mereka lakar garisan dan bulatan kecil sehingga membentuk corak ringkas.
Kertas lukisan itu kemudiannya dilalukan di bawah mesin pengering supaya gam cepat kering sebelum ia diwarnakan sekali lagi menggunakan cat air dengan pelbagai warna. Apabila kering, gam yang diletak di atas permukaan kertas itu ditanggalkan perlahan-lahan sekali gus menampakkan lapisan warna biru, merah dan kuning.
Kegembiraan pada wajah kanak-kanak itu jelas terpancar apabila lukisan batik yang mereka hasilkan dengan penuh teliti dan bersungguh-sungguh selama lebih kurang satu jam akhirnya siap dan kelihatan sempurna seperti artis pelukis batik profesional.
"Tidak sia-sia usaha saya bertungkus-lumus mewarna dan melukis dengan penuh teliti akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menghasilkan lukisan batik yang cantik dan berwarna-warni ini.
"Setiap minggu ibu akan menghantar saya ke sini untuk belajar cara-cara melukis kerana dia tidak mahu saya asyik membuang masa di rumah dengan bermain dan menonton televisyen sahaja," ujar seorang kanak-kanak, Peenthiyah Chandran, 10.
Minat mendalam Peenthiyah terhadap seni lukis dikuatkan dengan sokongan serta dorongan ibunya yang membakar semangat kanak-kanak dari Cheras, Kuala Lumpur tersebut untuk mengikuti kelas lukisan batik yang diadakan setiap Rabu di Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun itu.

KELAS kulinari antara program yang ditawarkan di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun.


Seronok
Mesra dengan panggilan Thiya, dia memberitahu, aktiviti melukis merupakan satu cara untuk dia berseronok kerana dapat mengurangkan tekanan ketika menelaah pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah yang diberi cikgu.
Luah Peenthiyah, keadaan ruang studio lukisan yang kemas dan teratur serta landskap menyamankan di sekeliling pusat kreatif tersebut membuatkan dia seronok untuk meneruskan sesi pembelajaran tidak formal itu pada masa akan datang.
"Saya memang suka melukis dan dalam kelas ini macam-macam saya dapat belajar daripada cara asas mewarna hingga mengawal gerakan tangan semasa melakukan lakaran pada kertas lukis.
"Selain dapat belajar banyak perkara, saya juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan baharu dari sekolah lain dan berkongsi pengalaman mengenai sekolah masing-masing," kata murid Sekolah Kebangsaan Seri Cheras itu.
Perkara sama turut diakui seorang pelajar tingkatan empat, Nur Hidayah Nadia Ahmad Haris Nazri, 16. Dia mengakui tidak pernah mengetahui mengenai teknik-teknik melukis batik sehingga menyertai kelas tersebut sejak Julai lalu.
Selain belajar seni lukisan batik, kelas selama dua jam seminggu itu secara tidak langsung mengajar dirinya agar lebih sabar terutama ketika lukisan yang dihasilkan tidak menjadi.
"Kemahiran melukis saya sudah banyak berubah. Sebelum ini saya tidak tahu menggunakan berus atau peralatan lukisan dengan betul, tetapi kini semua itu tidak menjadi masalah dan boleh menghasilkan sesebuah lukisan dengan cepat.
"Saya tidak akan menyia-nyiakan ilmu yang dipelajari di sini, malah mempraktikkan teknik-teknik yang cikgu ajar di rumah dan sekolah," ujar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail itu. Nur Hidayah Nadia sudah empat bulan mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar dari Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun.

Peent hiyah menunjukkan hasil lukisan batik di atas kertas.


Ilham penubuhan
Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun yang didirikan di atas sebidang tanah seluas 0.81 hektar itu diilhamkan daripada pusat kanak-kanak yang terdapat di Boston, Amerika Syarikat dan Tokyo, Jepun. Idea penubuhannya dicetuskan pada tahun 1989 oleh Raja Permaisuri Agong pada waktu itu, Tuanku Bainun.
Walaupun ditubuhkan pada tahun 1995, namun pusat itu dapat memulakan operasi di kompleks bangunan sendiri sejak tahun lalu. Pusat itu kini mempunyai sembilan tenaga pengajar berpengalaman dalam pelbagai bidang.
Antaranya termasuklah kulinari, seni persembahan, ta-rian tradisional dan muzik.
Institusi yang membangunkan program-program spesifik untuk kanak-kanak itu menawarkan program-program seperti lukisan batik, lukisan artis muda, karya agung mini, kulinari, kelas jahitan, odissi, gamelan, drama serta bahasa kreatif sebagai tambahan dan sokongan terhadap sistem pembelajaran akademik di sekolah.
Seorang tenaga pengajar, Datin Nur­aida Yacob, 34, berkata, beliau yang mengajar kelas kulinari di pusat tersebut sejak setahun lalu me­ngakui selesa berkongsi pengalaman memasak dan resipi dengan kanak-kanak di situ.
Beliau yang berpengalaman mengajar kelas masakan sejak tiga tahun lalu memberitahu, kemudahan yang serba lengkap dan suasana persekitaran tenang memudahkan proses pengajaran serta pembelajaran dilakukan.
"Dalam kelas ini, saya lebih menekankan aspek keselamatan sewaktu berada di dapur, cara mengendalikan peralatan memasak dengan betul dan mengurus keadaan dapur supaya ia sentiasa dalam keadaan teratur sebelum, semasa dan selepas memasak.
"Mengajar kanak-kanak ini tidak susah tetapi kami perlu tahu cara berkomunikasi dengan betul supaya mereka mudah menerima segala input yang diberikan di samping menggalakkan mereka berinteraksi antara satu sama lain dan banyak bertanya," tutur wani­ta yang mesra di sapa Kak Aida oleh anak-anak muridnya itu.
Sementara itu, menurut seorang lagi tenaga pengajar, Fauziah Yahaya, 49, program-program yang ditawarkan di pusat itu sedikit sebanyak membantu kanak-kanak melepaskan tekanan belajar di sekolah di samping menjadikan mereka lebih kreatif.
Kata pelukis sepenuh masa yang mengajar lukisan batik setiap Selasa itu, beliau banyak memupuk rasa cintakan alam semula jadi dan menjadi ia sebagai terapi kepada mereka.
"Sejak mengendalikan kelas seni batik ini pada bulan Februari lalu, saya dapat melihat peningkatan dalam diri para pelajar. Mereka nampak lebih yakin untuk berinteraksi antara satu sama lain dan kemahiran menghasilkan karya juga bertambah.
"Apa yang mereka pelajari di sini mungkin tidak dapat diperoleh melalui pembelajaran di sekolah dan pendekatan yang kita gunakan juga berlainan daripada sistem pendidikan perdana kerana tidak berorientasikan peperiksaan," bicara wanita yang telah berkecimpung dalam seni batik sejak tahun 1999 itu.
Pembelajaran tidak formal melalui pendekatan kreatif seperti seni muzik, tarian dan lukisan merupakan salah satu cara membentuk pemikiran kanak-kanak ke arah lebih cemerlang dan menjadi modal insan serba lengkap pada masa akan datang.
Sementara itu, Pengarah Program Permata Kurnia Jabatan Perdana Menteri, Prof. Madya Dr. Hasnah Toran berkata, aktiviti kreatif tersebut dapat merangsang minda kanak-kanak dalam membentuk kemahiran kognitif yang sangat penting untuk perkembangan mental mereka.
Pantas
Menurut beliau, walaupun dengan hanya melakukan aktiviti mudah seperti pergerakan badan ketika menari dan sebagainya yang dipelajari daripada orang dewasa, ia mampu merangsang kemahiran berkomunikasi antara dua atau banyak pihak serta kemahiran merancang melalui koordinasi badan.
"Apabila mereka belajar dalam kumpulan, secara langsung kanak-kanak ini dapat mempelajari kemahiran bersosial dengan memerhati tingkah laku rakan-rakan lain.
"Kanak-kanak lebih cenderung dan pantas untuk belajar melalui persekitaran berbanding pembelajaran melalui cara konvensional di dalam bilik darjah," katanya ketika dihubungi.
Hasnah mengakui ibu bapa pada masa kini dilihat lebih cenderung membelanjakan wang untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen demi menjamin kecemerlangan akademik berbanding kebolehan kreatif yang menjurus kepada pembentukan imaginasi.


Bumbung jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang runtuh dipukul ribut (bersama gambar)

Posted: 12 Oct 2014 07:37 PM PDT



JOHOR BAHRU: Struktur bumbung jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan ribut petang tadi lalu menghempap dua kereta dan sebuah lori, menyebabkan dua lelaki dan tiga wanita cedera.

Kejadian pada jam 4.30 petang itu menyebabkan lalu lintas di laluan berkenaan terhalang.
Menurut kenyataan Balai Bomba Johor Baharu, runtuhan bumbung itu mengakibatkan kerosakan pada dua kereta dan sebuah lori yang sedang menggunakan lebuh raya itu.
"Lima orang cedera iaitu dua lelaki dan tiga wanita. Lelaki yang cedera itu adalah pemandu lori satu tan berusia 50-an dan seorang lagi lelaki adalah pemandu kereta berusia 30-an," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru memaklumkan pemandu lori yang cedera itu kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Katanya, pemandu lori itu yang tersepit di tempat duduknya, berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.
Dalam kejadian ribut itu, bumbung kira-kira 30 rumah di Taman Kobena turut diterbangkan angin.








0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved