Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Faizul, Juara AF 2013 Akur Tidak Popular
- Faizal Tahir Kurus Kerana Anak Terlalu Aktif
- Scha Bawa Bayi Bercuti Untuk Lihat Dunia Luar
- Bayaran Tertunggak Awal Ashaari Hanya Salah Faham - Produksi 'The Band'
- Sofi Jikan kecil hati?
- Benarkah iPhone 6 Plus mudah bengkok?
- Iriz akan pacu jualan Proton
- Kasih warga emas pada kucing jalanan
- Kes curi pili bomba menjadi-jadi
- Dua suspek kes ugut ditahan
- ND Lala: Tunjuk bukti hutang RM15,000
- Majlis kahwin rosak angkara mak andam
Faizul, Juara AF 2013 Akur Tidak Popular Posted: 26 Sep 2014 04:20 AM PDT |
Faizal Tahir Kurus Kerana Anak Terlalu Aktif Posted: 26 Sep 2014 04:19 AM PDT |
Scha Bawa Bayi Bercuti Untuk Lihat Dunia Luar Posted: 26 Sep 2014 04:18 AM PDT |
Bayaran Tertunggak Awal Ashaari Hanya Salah Faham - Produksi 'The Band' Posted: 26 Sep 2014 04:17 AM PDT |
Posted: 26 Sep 2014 04:16 AM PDT
BUKAN baru semalam dia bergelar anak seni; sudah pelbagai sepak terajang di lalui dan sudah pelbagai kerja dilakukan atas rasa cinta terhadap bidang seni. Namun setelah 20 tahun berkecimpung di dalam bidang seni, Mohamad Shoffi Jikan, atau lebih dikenali dengan nama Sofi Jikan akhir mengangkat tangan tanda mengalah. Niatnya untuk meninggalkan industri seni bukan juga baru di buat; setelah puas bersabar bintang berusia 44 tahun ini mengakui tidak mampu lagi untuk bertahan. "Saya sudah terlibat dalam bidang seni sejak tahun 1995 dan pernah melakukan pelbagai kerja belakang tadbir sebelum bergelar pelakon. Tetapi sejak dari mula saya berkecimpung dalam industri seni sehingga kini, tidak banyak benda yang berubah. "Jujurnya memang saya berkecil hati dengan keadaan industri perfileman hari ini hingga membuatkan saya nekad untuk meninggalkan dunia lakonan," katanya. Bagaimanapun, rajuk itu mungkin tidak lama kerana akui Sofi, dia hanya akan berlakon di bawah produksinya sahaja selepas ini. "Saya baharu sahaja menerima geran dari Perbadanan Filem Nasional (Finas) berjumlah RM400,000 untuk menyiapkan filem Gangster Rock Kasi Sengat dengan usaha sama Serina Redzuan dan Yusuf Kelana. "Bagi saya geran itu adalah satu amanat buat saya untuk menghasilkan filem yang berkualiti. Namun jika ada tawaran dari produksi tempatan lain, saya tidak akan menerimanya," katanya. Ujar Sofi buat masa ini, masih banyak lagi filem lakonannya belum ditayangkan termasuklah filem, Lelaki Harapan Dunia. Filem yang turut menampilkan Wan Hanafi Su itu, turut menyertai beberapa festival filem di luar negara termasuk di Kanada, Jepun dan Switzerland, sebelum ditayangkan di negara ini pada akhir tahun nanti. Tambah Sofi, dia juga menerima bayaran lumayan dari sebuah produksi Hollywood untuk membintangi siri Marco Polo yang menjalani penggambaran di Iskandar, Johor Bharu baru-baru ini. "Selama ini, pelbagai perit jerih telah saya lalui dengan produksi tempatan. Malah ada yang menggugurkan nama saya pada saat akhir setelah hampir setahun mereka 'block' jadual saya. "Jadi bila mendapat peluang seperti ini, tidak mungkin saya lepaskan," jelasnya yang sedang menyiapkan skrip filem City Of Gold. |
Benarkah iPhone 6 Plus mudah bengkok? Posted: 26 Sep 2014 04:15 AM PDT
KURANG dua minggu selepas Apple melancarkan produk terbarunya, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, timbul perkara yang tidak enak didengar mengenai peranti mudah alih itu yang didakwa mudah bengkok apabila disimpan dalam saku seluar dalam tempoh tertentu. Pembaharuan dari segi rekaan nipis untuk telefon pintar itu bukan sahaja mengujakan peminat Apple namun pada masa sama menimbulkan kesan negatif dan mendapat kecaman hebat di media sosial. Beberapa hari ini salah satu video yang dimuatnaik di YouTube menunjukkan demonstrasi iPhone 6 Plus dibengkokkan ditonton lebih 30 juta pelayar. Sehingga kini, pihak Apple masih mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap kelemahan produk terbarunya itu. iPhone 6 juga kini menjadi mangsa troll dalam sebuah iklan telefon pintar dari Korea yang membuat perbandingan dari segi kekuatan kerangka telefon itu. |
Posted: 26 Sep 2014 04:14 AM PDT
SELEPAS beberapa bulan dipamerkan, kereta kompak Proton, Iriz menerima 17,000 tempahan pra-pelancaran setakat ini. Proton Holdings Bhd menjangkakan Iriz, model ke-23 Proton, akan memacu jualan keseluruhannya dan membantu mencapai sasaran jualan sebanyak 160,000 unit setahun bagi semua model. Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamed berkata Iriz akan memberi sumbangan yang ketara kepada jualan Proton dan lebih banyak tempahan dijangkakan selepas pelancaran. Beliau berkata Iriz, yang berada di dalam segmen B, akan membantu Proton menguasai bahagian pasaran automotif yang lebih besar dengan harganya yang kompetitif dan ciri-ciri teknologi yang inovatif. "Proton berada pada landasan yang tepat dengan pengeluaran Iriz dalam memenuhi standard global dan peraturan global," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kereta tersebut di kilang Proton di sini hari ini. Harga atas jalan bermula dari RM42,438 bagi varian 1.3 liter kepada RM58,268 bagi varian 1.6 liter dengan tujuh warna pilihan. Dr Mahathir berkata selain harga yang kompetitif, spesifikasi kereta itu memenuhi standard global. Beliau berkata kereta itu telah diuji dalam keadaan iklim yang melampau termasuk cuaca bersalji dan panas padang pasir. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Abdul Harith Abdullah berkata Proton melabur RM560 juta untuk membangunkan Iriz sejak ia dicadangkan buat kali pertama di Pameran Motor di Geneva pada 2009. Dianggap sebagai kereta terbaik yang dikeluarkan oleh Proton, Iriz dilengkapi enjin VVT empat silinder yang memenuhi standard Euro-4 untuk menjadikannya cekap bahan api dan kos efektif. Kereta itu juga mempunyai standard keselamatan yang tertinggi dan diberi penarafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Asean (Ncap). Abdul Harith berkata ciri-ciri tersebut biasanya terdapat pada kereta-kereta mewah atau jenama antarabangsa yang berharga RM100,000 dan ke atas. Pada majlis itu, Dr Mahathir turut melancarkan Pusat Penghantaran Pelanggan Proton yang akan mengendalikan penghantaran kereta di seluruh negara. Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri. |
Kasih warga emas pada kucing jalanan Posted: 26 Sep 2014 04:09 AM PDT
TANJUNG TOKONG - Biarpun sudah menginjak ke usia emas, namun kasih sayang sepasang suami isteri, dekat Kampung Tanjung Tokong, di sini terhadap kucing jalanan tidak pernah terputus. Digelar Tok Kucing, Omar Hassan, 75, dan Zainab Osman, 74, hidup ditemani lebih dari 20 ekor kucing dan sememangnya menyayangi haiwan kesukaan Rasulullah SAW itu sejak kecil lagi. Zainab yang mesra disapa Maksu berkata, dia gemar membawa kucing jalanan pulang ke rumah dan kerana hobinya itu jugalah menyebabkan suaminya turut sama menyukai haiwan tersebut. "Paksu tak pandai bawa kereta mahupun tunggang motor, tapi dia sanggup bawa haiwan kesayangannya itu ke klinik hanya dengan basikal bila kucingnya sakit," katanya. Menurutnya, dia pernah memarahi seorang kanak-kanak yang memukul seekor kucing. "Maksu paling pantang tengok kucing dipukul jadi disebabkan sakit hati kucing dibuat sebegitu rupa, akhirnya Maksu bawa kucing itu balik ke rumah. "Kalau dulu memang kerap Maksu kutip kucing jalanan, tapi sekarang dah kurang sebab sudah tua," katanya. Katanya, hampir kesemua kucing yang dipelihara pasangan warga emas ini mempunyai kecacatan tertentu. "Salah seekor daripadanya dinamakan Nyunyu kerana berjalan seperti penyu gara-gara tiada tulang kaki di bahagian depan. "Memang kasihan kalau tengok dia, tapi alhamdulillah umur Nyunyu panjang walaupun berjalan begitu. Ramai yang datang ke rumah Maksu akan ambil gambar Nyunyu sebab dia akan berdiri macam kanggaru," katanya kepada Sinar Harian. Walaupun tidak mempunyai pendapatan tetap, namun warga emas ini sanggup membeli ikan untuk kucing-kucing peliharaan mereka sehingga mencecah dua kilogram sehari. "Kalau ke pasar, tauke Cina akan panggil Maksu dengan gelaran Tok Kucing. Tapi sekarang dah tak mampu nak beli ikan lagi dan terpaksa digantikan dengan makanan kucing disebabkan harga ikan yang makin mahal," katanya. Tambah Maksu, dia dan suami akan memberi kucingnya makan ikan yang direbus terlebih dahulu dan dibuang tulang sebelum digaul bersama nasi. "Kami sentiasa jaga makan untuk kucing-kucing ini. Kami juga sentiasa memanggil kucing dengan panggilan yang elok," katanya. Tidak kenal erti penat lelah, walaupun sudah menginjak ke usia tua, Maksu tetap menjual kuih dan setiap hasil kuihnya itu akan digunakan untuk menampung bekalan makanan buat kucing-kucingnya. Bagi yang ingin membantu pasangan warga emas ini bolehlah menghubungi Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Tokong, Mohd Asrul Ismail di talian 0164046529. |
Kes curi pili bomba menjadi-jadi Posted: 26 Sep 2014 04:04 AM PDT
KAMPUNG RAJA - Kejadian mencuri komponen pili bomba semakin menjadi-jadi sehingga boleh memberi kesan buruk kepada orang ramai sekiranya berlaku kecemasan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Hasmadi Jusoh berkata, kes kecurian komponen pili bomba semakin berleluasa di daerah ini terutama di kawasan Kampung Raja. Menurutnya, dalam tempoh Januari hingga semalam, bilangan komponen dan pili bomba yang didapati hilang atau rosak sebanyak 63 unit. "Perkara ini berlarutan setiap tahun dan ia menjejaskan kepentingan orang ramai terutama ketika berlaku kebakaran. "Sekiranya berlaku kebakaran sudah tentu pili bomba yang tidak mempunyai komponen cukup menyebabkan pasukan bomba tidak dapat mengambil air," katanya. Hasmadi berkata, pihaknya sudah berusaha mengganti dan membaiki semula pili bomba yang komponennya dicuri pihak tidak bertanggungjawab, namun dalam tempoh singkat, ia hilang semula. Katanya, pada awal tahun ini sahaja, pihaknya membelanjakan kira-kira RM10,000 untuk menggantikan komponen yang hilang, selain menyelenggarakan kira-kira 25 unit pili bomba di bawah Balai Bomba Besut. "Kawasan yang kerap mengalami kehilangan komponen pili bomba adalah di sekitar Gong Medang, Kampung Raja dan Tembila. "Keseluruhan pili bomba yang terdapat di bawah seliaan Balai Bomba dan Penyelamat Besut sehingga Ogos tahun ini adalah sebanyak 1,426 unit," katanya. Kata Hasmadi, pihaknya percaya logam yang terdapat pada pili bomba dicuri pihak tertentu untuk dijual sebagai barang lusuh. Menurutnya, laporan polis dibuat pada setiap kehilangan dan pernah polis menemui komponen dicuri di sebuah kedai lusuh. "Saya minta kerjasama orang ramai laporkan kepada pihak polis atau bomba sekiranya melihat perbuatan mencuri ini atau melihat di mana-mana kedai besi lusuh," katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Mustafa Ismail berkata, nasib sama berlaku di kawasannya dan meminta kerjasama orang ramai menghalang kejadian itu daripada berterusan. Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menghalang kedudukan pili bomba. "Ada pihak mengubahsuai rumah hingga menjejaskan pili bomba seperti pili terlindung, menghalang, mengepong sehingga tidak dapat dilihat atau tak boleh digunakan. "Mereka ini boleh dikenakan tindakan tegas termasuk kompaun," katanya. |
Posted: 26 Sep 2014 04:02 AM PDT
TAPAH - Polis berjaya menahan dua lelaki didakwa terlibat kes ugutan di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah yang menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp dan laman sosial. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pada 23 September lalu, pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita yang membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, Kedah. Menurutnya, berdasarkan maklumat itu, pihaknya berjaya menahan dua penarik kereta di Bidor kira-kira jam 2.15 petang kelmarin. "Dua lelaki itu didakwa mengugut mangsa di Pekan Tapah dan bukan di R&R Tapah seperti yang dihebahkan dalam laman sosial. "Dengan penahanan dua lelaki itu kami percaya kes itu selesai," katanya. Som Sak berkata, kedua suspek dikatakan mahu menarik kereta milik mangsa yang didakwa tidak melunaskan hutang dengan pihak bank. Namun begitu, katanya, dua lelaki itu tidak membawa surat daripada pihak bank yang mengatakan mereka dibenarkan menarik kereta mangsa. Menurutnya, kedua lelaki itu juga turut mengugut mangsa yang ketika itu dalam perjalanan dari Kota Damansara ke Kedah bersama tunangnya. Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan reman hingga 28 September ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan. |
ND Lala: Tunjuk bukti hutang RM15,000 Posted: 26 Sep 2014 04:00 AM PDT
TIDAK tertumpu kepada anaknya Shila Amzah, 24, penyanyi ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, turut terheret sama dalam satu kontroversi yang melibatkan rakan artisnya. Menerusi sebuah media tempatan ND Lala dilaporkan masih belum membayar hutang berjumlah RM15,000 yang dipinjamnya daripada pelakon, Den Wahab sekitar tahun 2000. Malah menerusi sebuah portal berita, Den Wahab mendakwa dia tidak akan menghalalkan hutang tersebut, sementelah ND Lala sengaja melarikan diri darinya sejak sekian lama. Rentetan dakwaan itu, ND Lala sempat memberikan penjelasan ketika sidang media bersama Shila yang diadakan di Mega Music World (MMW) kelmarin. "Sebenarnya saya sudah memberikan penjelasan mengenai perkara ini Mac lalu. Tetapi ia tidak sampai kepada mana-mana pihak. Di sini saya tegaskan, kepada sesiapa sahaja yang membuat fitnah ini sila buat laporan polis," katanya. Jelasnya, dia sedia berhadapan dengan pihak berkenaan mengenai dakwaan itu. "Dakwa saya dan kita berhadapan. Tunjuk bukti kepada saya," katanya lagi. |
Majlis kahwin rosak angkara mak andam Posted: 26 Sep 2014 03:58 AM PDT
SEREMBAN – Impian sepasang pengantin baharu untuk meraikan hari bahagia mereka minggu lalu, bertukar pengalaman ngeri apabila mereka ditipu mak andam. Lebih teruk, pasangan yang hanya mahu dikenali sebagai Zack, 42, dan Nina, 32, terpaksa membeli persalinan lain sebagai ganti disebabkan mak andam dinantikan hanya tiba 15 minit sebelum majlis persandingan bermula. Menceritakan kejadian itu, Zack berkata, dia dan isteri membuat keputusan memilih mak andam berkenaan yang ditemui di pameran pengantin di pusat membeli-belah Terminal 2, Februari lalu selepas tertarik dengan pakej perkahwinan ditawarkan. "Pakej ditawarkan meliputi pelamin, jurugambar, solekan dan lapan persalinan baju dengan hanya RM1,500. Selepas berbincang dengan isteri, kami telah pergi ke kedai mak andam itu di Seremban Jaya beberapa hari kemudian untuk membuat tempahan," katanya. Menurutnya, dia membayar deposit sebanyak RM450 pada 10 Februari lalu selepas membuat pilihan pelamin dan pakaian pengantin serta membuat bayaran tambahan RM700 pada 26 Mac lalu. Namun, kata Zack, dia dan isteri mula berasa tidak sedap hati kerana sukar berurusan dengan wanita terbabit bagi membincangkan persediaan majlis perkahwinan mereka. "Bila kita telefon mahu tengok baju dan buat fitting, dia beri alasan sibuk dan selalunya gagal untuk dihubungi. Tapi disebabkan kami telah membuat bayaran dan majlis perkahwinan pun tidak lama lagi, saya bersangka baik mungkin dia betul-betul sibuk," katanya. Bagaimanapun, katanya, perasaannya bertambah tertekan kerana sebaik saja hari dinantikan, pelamin dan pakaian diberikan tidak seperti dipesan. "Saya pilih pelamin lain, tapi yang dia pasang pada majlis di rumah isteri saya macam pelamin budak tadika buat. Baju pula dia beri bukan yang kami pilih," katanya. Lebih mengecewakan, katanya, apabila pada majlis bertandang di rumahnya pula, dia dan isteri terpaksa memakai pakaian sendiri kerana wanita terbabit gagal dihubungi. Zack berkata, suami kepada mak andam itu hanya tiba kira-kira 15 minit sebelum majlis bermula dan memberi alasan isterinya tidak dapat datang kerana terjatuh di dalam tandas. "Bayangkan, tertekannya kami ketika itu. Tapi mahu buat macam mana, majlis perlu diteruskan kerana tetamu sudah dijemput. "Mereka berjanji mahu memulangkan semula wang yang dibayar sebanyak RM1,150. Tapi tak tahulah macamana," katanya yang kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan