ads

Rabu, 16 Oktober 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Penyeludupan Rokok Haram Semakin Berleluasa

Posted: 15 Oct 2013 11:21 PM PDT

Rokok… bagi Budiey ia satu perkataan yang tragik. Rasanya, tak perlu nak ceritakan lagi, semua orang tahu, rokok boleh memberi kesan buruk, takde yang bestnya rokok nih. Faktanya, rokok boleh membawa maut. Banyak kesan buruk dari merokok. Jadi, tak perlu Budiey nak senaraikan satu persatu kat sini. Korang tentu tahu kan? Tapi walau banyak sekali pun kesan buruk merokok, ramai orang tak hiraukan tentang bahaya rokok. Yang merokok terus merokok walaupun harga rokok kat Malaysia makin naik, tak turun-turun.

Cakap pasal kenaikan harga rokok nih, Budiey rasa, harga rokok yang tinggi boleh menyebabkan berleluasanya rokok seludup ni, betul tak?

Budiey ada kisah tersendiri bila bercakap pasal rokok. Bukti rokok membahayakan nyawa terang-terangan di depan mata Budiey. Arwah ayah Budiey seorang perokok yang tegar. Kalau korang nak tahu, arwah ayah meninggal sebab terlalu kerap merokok. Merokolah antara puncanya. Bila jadi perokok tegar ni, banyak penyakit yang datang. Dari kejadian ini, Budiey insaf dan sikit trauma. Budiey tak mahu hilang nyawa sebab dari terlalu kuat merokok. Sekarang ni, nak sentuh pun jauh sekali.

Penyeludupan Rokok Haram Semakin Berleluasa

Rokok bukan saja dah jadi isu global sebab ia memudaratkan kesihatan, tapi kegiatan penyeludupan rokok juga menjadi topik hangat diperkatakan di media semasa. Dari tahun ke tahun, nampaknya penyeludupan rokok haram semakin berleluasa. Tahukah anda, satu daripada tiga batang rokok dihisap adalah diseludup? Haa, jangan tak tahu, sindiket ini telah meraih RM1bilion setahun dan kerajaan rugi RM1.5 bilion pendapatan setahun.

Baru-baru ini, Budiey ada menonton berita tentang kegiatan penyeludupan rokok yang berlaku di Sabah. Oleh sebab takut dicekup oleh Pasukan Polis Marin, pengemudi bot mencampakkan semua muatan ke laut. Haa, tahu pulak takut, kan? Selepas diperiksa, polis mendapati ada 615 bungkus rokok kretek. Nilai kesemu rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM100,000. Wow! Banyak kan? Nampaknya, begitulah, diorang ni sanggup ambil risiko ditangkap semata-mata untuk dapat untung lebih.

Itu satu kejadian. Budiey rasa banyak lagi penyeludupan rokok haram ni berjaya meloloskan diri, cuma kegiatan mereka ni tak dapat dikesan je. Dengan itu, jika korang ada maklumat berkaitan dengan kegiatan pasaran gelap ni, jangan segan-segan pulak untuk buat laporan kepada pihak berkuasa.

Keputusan kajian terbaru rokok haram menampakkan banyak peningkatan. Budiey tengok, rokok seludup ni muda didapati di gerai dan kedai-kedai. Sebagai contoh, Budiey dapati untuk tempoh Mac hingga Mei 2011 menunjukkan tahap rokok yang menyalahi undang-undang meningkat kepada 37.3 peratus di negara ini berbanding tahun sebelumnya. Kebanyakan perokok membeli rokok jenis ini rata-ratanya berasal daripada golongan berpendapatan rendah sebab ia boleh dibeli serendah RM2.50 untuk 20 batang. Sedangkan harga runcit bagi satu pek 20 batang biasanya berharga lebih RM9.

Sebab itulah penyeludup ambil kesempatan untuk memasarkan rokok dengan harga jauh lebih murah berbanding harga ditetapkan kerajaan. Harus diingat, menjual rokok di bawah harga minimum adalah satu kesalahan!

Kajian di seluruh negara, yang dilakukan Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) dikendalikan sebuah agensi penyelidikan bebas, The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd menunjukkan bahawa masalah rokok haram di Malaysia masih berterusan.

Dianggarkan bahawa dagangan haram ini mengakibatkan kerugian berjumlah RM2 bilion dalam hasil eksais kerajaan setiap tahun.

Perdagangan haram atau ekonomi bawah tanah ini menggalakkan jenayah dalam masyarakat dan menjejaskan agenda kesihatan negara untuk mengurangkan gejala merokok di Malaysia.

Kajian di seluruh negara, yang dilakukan Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) dikendalikan sebuah agensi penyelidikan bebas, The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd menunjukkan bahawa masalah rokok haram di Malaysia masih berterusan.

Dianggarkan bahawa dagangan haram ini mengakibatkan kerugian berjumlah RM2 bilion dalam hasil eksais kerajaan setiap tahun.

Penyeludupan Rokok Haram Semakin Berleluasa

Perdagangan haram atau ekonomi bawah tanah ini menggalakkan jenayah dalam masyarakat dan menjejaskan agenda kesihatan negara untuk mengurangkan gejala merokok di Malaysia.

Lepas tu, kalau kegiatan pasaran gelap ni berleluasa, macamana kerajaan nak menggalakkan kempen anti-merokok di kalangan generasi muda merokok. Selain itu, ia juga menggagalkan usaha kerajaan untuk menaikkan harga bahan berasaskan tembakau.

Budiey sendiri pernah tengok peniaga menjual rokok seludup dengan cara menyembunyikan rokok tersebut di bawah meja dan hanya akan dijual kepada pembeli sekiranya diminta.

Untuk info anda, negara kita adalah salah sebuah negara yang mempunyai cukai tertinggi untuk rokok selepas Singapura.

Permintaan di negara kita terutamanya, di kelilingi laut dan terdapat banyak jeti-jeti persendirian. Di sini kita dapat lihat, sindiket ambil kesempatan dan seterusnya menjadikan 'laluan tikus' sebagai pintu masuk utama.

Budiey rasa, nak tak nak, kerajaan kena ambil serius tentang kegiatan rokok haram ni. Hukuman yang dikenakan untuk penjualan dan penggunaan rokok haram adalah sangat minimum kat Malaysia. Penguatkuasaan sekarang rasanya tak cukup ketat untuk halang penyeludup yang rata-ratanya dari negara-negara jiran termasuklah Thailand, Indonesia, Kemboja dan China. Dengan itu, pihak berwajib kena cari jalan dan berusaha untuk menghentikan penjualan rokok haram ni. Malangnya, undang-undang negara dipandang sebelah mata. Hukuman yang lebih berat perlu diberikan kepada pesalah supaya dia sedar dan orang ramai pun takut nak buat.

Masyarakat pula perlu dididik tentang penyeludupan rokok ini adalah satu jenayah yang perlu dibanteras. Menjual rokok seludup adalah satu kesalahan mengikut Akta Kastam 1967. Kepada penyeludup, awas! Anda sekarang diintai.

Jika tiada permintaan, pasti rokok seludup tak dibawa masuk, betul tak?

Nak hapuskan penyeludupan susah gak, memang tak boleh hapuskan seratus peratus. Penyeludupan tak boleh dihapuskan tapi Budiey rasa boleh dikurangkan. Brtul tak?

Komen via Facebook

Komen

Peraduan Menangi Tiket Konsert Pelangi Untukmu Ning Baizura

Posted: 15 Oct 2013 11:20 PM PDT

Konsert Pelangi Untukmu dari penyanyi Ning Baizura akan berlangsung pada 16 November 2013 di TM Convention Centre, Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Blog Budiey.com sangat berbesar hati kerana telah dilantik menjadi Blog Rasmi untuk Konsert  Pelangi Untukmu. Terima kasih kepada Ning Baizura atas kepercayaan ini.S

Jadi, untuk anda semua, pembaca setia Budiey.com, Ning Baizura dengan ini bermurah hati untuk memberikan hadiah 40 keping tiket kepada pembaca Budiey.com. Anda nak tiket? Apa kata sertai peraduan ini!

Ning Baizura Perkenal Dua Lagu Baru

Budiey pasti, di saat dan ketika ini, Ning Baizura sedang sibuk membuat persiapan konsert Konsert Pelangi Untukmu pada November nanti. Melihat pada kemaskini terkini di Instagram, pada hari ini, Ning Baizura berada di Jakarta untuk menjalani pengambaran muzik video Bukan Wanita Sempurna. Selain itu Ning juga bakal melancarkan album terbarunya, KEKAL tidak lama lagi. Album tersebut memuatkan 10 lagu terdiri daripada lagu-lagu hitsnya dahulu.

Dua buah lagu baru bakal dipersembahkan buat pertama kalinya pada malam konsert tersebut sebagai hadiah untuk peminat. Ning memastikan kepuasan yang tinggi kepada para peminat dan pendengar khususnya yang selama ini menantikan buah tangan terbaharu daripada bintang ini.

Menurut Ning Baizura:

"Konsert ini memang diadakan sebagai tanda terima kasih kepada peminat saya. Saya sedang sibuk menyiapkan dua buah lagu baharu supaya dapat diperdengarkan buat pertama kali kepada mereka. Lagu-lagu ini amat dekat dengan saya, justeru saya meletakkan keutamaan yang tinggi. Saya harap ianya akan menjadi sesuatu yang amat bermakna kepada peminat yang hadir menonton konsert itu secara langsung pada tarikh yang baru ditetapkan."

Selepas kali terakhir mengadakan konsert dua tahun lalu, penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura bakal muncul dengan Konsert Pelangi Untukmu pada 16 November ini bertempat di TM Convention Centre, Kuala Lumpur jam 8.30 malam.

Konsertnya ini pastinya dinantikan oleh peminat setia Ning yang sebelum ini berjaya dengan konsert solonya di KL Live.

Ning Baizura mensasarkan kehadiran seramai 2,000 hingga 3,000 penonton untuk konsertnya kali ini memandangkan harga tiket yang lebih murah serta ruang konsert yang lebih luas.

Ning dikategorikan antara penyanyi pop, soul dan R&B wanita terbaik di tanah air. Beliau telah memenangi hati peminat-peminatnya dengan bukan sekadar bakatnya sahaja, tetapi dengan pesonanya yang menyerlah serta sifat baiknya yang sangat dipandang tinggi. Dengan jumlah peminat melebihi 40,000, Ning sememangnya seorang ikon di Malaysia.

Konsert Pelangi Untukmu akan banyak memfokuskan pengalaman peribadi Ning yang terkini. Pada malam konsert, Ning akan membawa para penonton mengalami fasa yang paling penting dalam hidupnya setakat ini, iaitu menyahut tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Segmen Konsert Pelangi Untukmu Ning Baizura

Konsert itu akan dibahagikan kepada 3 sesi berlainan untuk menggambarkan tiga peringkat dalam kehidupannya. Sesi pertama akan membawa penonton melalui pengalaman Ning bersama anaknya, dari hari pertama kandungan sehingga lahirnya putera kesayangannya, Ryan Sky Dalton. Ning akan seterusnya membawa Ryan ke atas pentas dan menyanyi kepadanya untuk meluahkan rasa cinta dan syukur dengan kehadiran Ryan di dalam hidupnya. Konsert ini akan diakhiri dengan Ning mempersembahkan lagu-lagu popular beliau yang akan dihadiahkan khas buat para peminat yang setia bersamanya selama ini.

Para peminat akan diberi peluang untuk mengalami persembahan Ning secara eksklusif dan diharapkan kenangan itu akan diingati selamanya. Budiey boleh andaikan konsert ini adalah konsert pertama yang bertemakan keibuan dan menunjukkan hubungan antara ibu dan anak di Malaysia. Sebelum ini, memang tiada penyanyi wanita yang mempunyai anak melakukan konsert seperti ini.

Dapatkan Tiket Anda Sekarang!

Pihak penganjur memohon maaf atas permasalahan yang dihadapi. Tiket-tiket yang telah dimiliki masih boleh digunakan atau dipulangkan kembali di kaunter pembelian. Tiket berharga RM75 dan RM50 boleh didapati melalui Tiket Charge Hotline: +603 9222 8811 atau layari www.ticketcharge.com.my

Budiey ucapkan semoga konsert ini berjaya mencapai sasaran dan meriah dengan kehadiran ramai peminat. Good luck Ning! Love! Budiey harus pergi konsert ini sebagai tanda sokongan.

Konsert Pelangi Untukmu Ning Baizura Ditunda

Hashtag #KonsertPelangiUntukmuKepada anda yang mengikuti Budiey di Twitter @budiey, bolehlah mengikuti segala berita terbaru berkenaan dengan konsert ini melalui hashtag rasmi iaitu #KonsertPelangiUntukmu.Jadi, jangan lupa untuk follow hashtag ini dan setiap kali anda ingin tweet anda dibaca oleh Ning Baizura, sila guna hashtag ini. Tidak lupa, anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook milik Ning Baizura yang rasmi iaitu: www.facebook.com/Ning.Baizura

Berikut adalah info tentang Konsert Pelangi Untukmu :-

Tarikh: 16 November 2013 (Sabtu)

Lokasi: TM Convention Centre, Kuala Lumpur

Masa: 8.30 malam

Peraduan Menangi Tiket Konsert Pelangi Untukmu

Ramai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, sebagai Blog Rasmi Konsert Pelangi Untukmu ini, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat Ning Baizura untuk berhibur dengan alunan suara mantap Ning Baizura di Konsert Pelangi Untukmu pada 16 November 2013 (Sabtu) nanti di TM Convention Centre, Kuala Lumpur.

Budiey ada 40 tiket untuk diberikan kepada 20 orang pembaca Budiey.com  (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen, ucapan kepada Ning Baizura ini di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila LIKE Fanpage Rasmi Ning Baizura: www.facebook.com/Ning.Baizura , Follow Twitter Ning Baizura: @NingDalton & Instagram: NingDalton

3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey & @ningdalton

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertPelangiUntukmu. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu ke #KonsertPelangiUntukmu bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)

4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertPelangiUntukmu. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #KonsertPelangiUntukmu bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawap soalan di bawah ini:

Soalan 1:
1. Sebutkan judul lagu terbaru yang menjalani pengambaran muzik video di Jakarta?

Soalan 2:
2. Apakah tema Konsert Pelangi Untukmu?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu sangat ke Konsert Pelangi Untukmu kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Peraduan

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Konsert Pelangi Untukmu Ning Baizura

Tarikh tutup peraduan:
13 November 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Ning Baizura dan Universal Music Malaysia kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Komen via Facebook

Komen

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved