ads

Jumaat, 27 September 2013

Sensasi


sumber :-

Sensasi


Afdlin Shauki Muflis?

Posted: 27 Sep 2013 07:47 AM PDT


Pelakon, pengarah dan pelawak terkenal, Afdlin Shauki menyangkal dakwaan kononnya dia muflis kerana dikatakan gagal membuat bayaran terhadapa satu pinjaman yang dibuat dengan sebuah bank.

"Kalaulah benar saya muflis sekarang ini, sudah tentu tidak ada stesen televisyen seperti TV3 dan Astro memberikan projek kepada syarikat saya untuk menghasilkan program.

"Untuk memberikan projek kepada sesebuah syarikat, mereka tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan kerana perlu melihat kedudukan terkini syarikat tersebut terlebih dahulu. Jadi, kenapa pula ada yang mendakwa saya sudah muflis," Katanya kepada Kosmo!

Tambahnya lagi, dakwann tersebut adalah fitnah semata-mata yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Biarlah apa yang orang hendak fitnah, saya tetap akan maafkan perbuatan mereka. Saya sekadar ingin memberi peringatan supaya selidik terlebih dahulu sesuatu perkara itu sebelum membuat dakwaan. Sekiranya tidak benar sudah tentulah ia satu fitnah dan dosanya sangat besar."

Pada masa sama, Afdlin Shauki turut memberitahu bahawa rekod syarikatnya dengan pihak bank masih baik dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Tips hilangkan dagu berlapis

Posted: 27 Sep 2013 07:45 AM PDT




Lapisan kulit dan lemak tisu ekstra yang terletak di bawah dagu anda dikenali sebagai dagu berlapis a.k.a 'double chin'. Seseorang itu boleh mendapat dagu berlapis apabila terdapat pemendapan jumlah lemak yang berlebihan di bawah kulit akibat berat badan yang berlebihan. Selain itu, pengambilan terlalu banyak makanan yang tinggi kalori, penuaan, kurang aktiviti fizikal dan faktor genetik juga menyumbang kepada dagu berlapis.

Walaupun terdapat prosedur pembedahan yang boleh membantu hilangkan dagu berlapis, tetapi prosedurnya agak mahal sedikit. Namun, jangan risau kerana anda boleh rawatan sendiri di rumah yang mudah, murah dan tidak menyakitkan serta bebas dari kesan sampingan seperti berikut:

Gula-gula getah bebas gula 



Untuk menghilangkan dagu berlapis, ianya sangat penting untuk menjaga otot muka. Salah satu cara terbaik adalah dengan mengunyah gula-gula getah yang bebas gula. Ini kerana ia tidak akan membuatkan gigi anda sakit sebaliknya menguatkan lagi gigi dan gusi anda. Pada masa yang sama, aktiviti mengunyah gula-gula getah akan memberikan otot rahang anda senaman yang selama berjam-jam. Anda boleh melakukan aktiviti ini beberapa kali sehari untuk mengurangkan dagu berlapis dalam masa secepat yang mungkin.

Vitamin E 



Tahukah anda bahawa pengambilan vitamin E secara harian dapat menyingkirkan dagu berlapis? Ini kerana vitamin E sangat bagus dalam meningkatkan keanjalan dan kesihatan kulit. Vitamin E boleh didapati secara semula jadi dalam sumber makanan seperti sayur-sayuran hijau, produk tenusu, beras perang dan banyak lagi. Anda juga digalakkan untuk mengambil vitamin E secara harian dengan mengambil supplemen tetapi dengan nasihat doktor.

Lemak koko



Anda boleh menyapu leher dan dagu dengan lemak koko a.k.a 'butter cocoa' untuk menyelesaikan masalah dagu berlapis. Cara-caranya ialah ambil beberapa sudu lemak koko dan masukkan ke dalam ketuhar mikro untuk memanaskannya. Kemudian, urut kawasan leher dan dagu dengan lemak koko yang sedikit panas perlahan-lahan. Untuk lebih efektif, pastikan anda melakukan aktviti ini beberapa minit sebelum tidur pada waktu malam dan sebelum mandi pada waktu pagi. Kegunaan lemak koko secara kerap dapat meningkatkan keanjalan kulit anda. Cubalah.

Susu



Susu sangat bagus untuk menegangkan kulit di sekitar kawasan dagu. Gunakan susu sebagai toner dan pakaikan pada dagu. Kemudian, urut untuk beberapa minit sebelum membilasnya dengan air suam. Satu lagi cara adalah dengan membuat 'masker' gabungan susu dan madu. Campurkan kedua-dua bahan dan gunakannya di kawasan dagu selama sepuluh minit sebelum cuci dengan air suam. Ulang proses ini sekali sehari untuk menjadikan kulit lembap dan licin serta membantu kurangkan dagu berlapis dengan cepat. 

Tembikai



Aplikasikan ekstrak jus tembikai yang segar dengan gunakan kapas pada kawasan di sekitar dagu dan leher. Biarkan selama 15-20 minit sebelum cuci dengan air bersih. Untuk hasil yang lebih baik, gabungkan jus tembikai dengan jus epal, kemudian urut di sekitar rahang anda. Pada masa yang sama, anda juga disarankan memakan tembikai secara harian kerana ia mengandungi kandungan air yang agak tinggi. Justeru, ia membantu untuk mengusir toksin yang tidak diingini daripada badan anda serta membantu dalam penurunan berat badan.

Air



Untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan dagu berlapis, anda perlu minum air secukupnya. Kajian mendapati bahawa kekurangan air boleh menambahkan berat pada muka anda dan menyebabkan dagu berlapis. Jadi, cuba untuk minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari kerana ia membantu untuk mengusir toksin yang tidak diingini dari dalam badan anda. Pada masa yang sama, kawal diri anda daripada pengambilan kopi, alkohol, teh dan minuman berkarbonat secara kerap.

Teh hijau



Pengambilan teh hijau secara kerap merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menghilangkan dagu berlapis. Seperti anda tahu, teh hijau mengandungi antioksidan yang kuat dan pelbagai komponen yang mempercepatkan kadar metabolisme serta membantu untuk membakar ekstra kalori. Jadi, ia memang idea yang baik untuk minum teh hijau daripada kafein. Mulakan hari anda dengan secawan teh hijau setiap hari untuk melihat transformasi dagu anda!

Ulasan Filem Bencinta

Posted: 27 Sep 2013 07:42 AM PDT






Pernah Menonton filem Enough yang dibintangi oleh Jennifer Lopez?
Cerita Bencinta mempunyai persamaan jalan cerita.Bagi Sensasi Filem "Enough" memang menarik.

Bagi sesiapa yang belum pernah menonton filem tersebut apa kata korang try layan filem Bencinta.






Bintang
Keseluruhan: 3.5 bintang 
Pelakon: 4 bintang
Plot: 3 bintang 
Efek: 3 bintang 
Sinematografi: 4 bintang

Tonton filem ini jika anda suka filem: "Enough"


Filem "Bencinta" ini mengisahkan Fathia lakonan Nora Danish yang jatuh cinta dengan Faizal seorang lelaki kaya lakonan Farid Kamil. Mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tiara lakonan Adrianna. Selepas itu, perkahwinan yang dibina mereka berdepan konflik apabila suami yang disayangi mempunyai skandal dengan wanita lain.

Sebuah filem yang agak menarik dengan lokasi pengambaran yang sempurna dan penggunaan kamera yang baik, namun begitu, audio filem sedikit menganggu apabila ia kelihatan tidak selari dengan suara pelakon.


Filem yang diarahkan oleh Eyra Rahman ini mendapat kritikan kerana mempunyai persamaan dengan filem "Enough" lakonan Jennifer Lopez ,i ternyata plot dan aksi ada sedikit sama tetapi pujian harus diberikan kepada Nora Danish kerana aksi pertarungannya dengan Farid Kamil dilakukan oleh beliau sendiri.

Pemilihan pelakon yang mantap menyerlah lagi filem seperti Nora Danish dan Farid Kamil yang dilihat mempunyai keserasian kerana sudah dua kali diganding bersama. Pemilihan Qi Razali juga tidak mengecewakan kerana pelakon itu berjaya menjiwai wataknya dengan cemerlang.


Selain Farid Kamil, Nora Danish dan Qi Razaki, "Bencinta" turut dibintangi oleh Fezrul Khan, Zalif Sidek, Uqasha Senrose, Angeline Tan serta pelakon kanak-kanak, Adrianna.

Secara keseluruhan yang penulis boleh simpulkan di sini adalah filem terbitan Metrowealth ini adalah sebuah filem drama-aksi yang patut anda semua tonton kerana ia bukan sahaja padat dengan aksi, malah turut mempunyai pengajaran untuk semua. Syabas diucapkan kepada pengarah Eyra Rahman kerana berjaya menghasilkan sebuah filem yang berkualiti.

Tarikh tayangan 26 September 2013

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved