ads

Jumaat, 27 September 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Aaron Aziz Suntik Steroid Untuk Ke Cape Town

Posted: 27 Sep 2013 05:09 PM PDT

Pelakon Aaron Aziz yang menghidap sakit sendi tengkuk (cervical Facet Arthritis) telah dibenarkan keluar wad petang Jumaat selepas dimasukkan ke Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Isteri Aaron yang juga pengurusnya, Diyana Halik berkata, Aaron terpaksa meminta kebenaran untuk keluar wad kerana terpaksa bertolak ke Cape Town, Afrika Selatan bagi menjalani penggambaran Fear Factor Malaysia 2 pada malam Jumaat.

Aaron Aziz

"Sepatutnya Aaron tidak dibenarkan ke mana-mana kerana perlu menjalani rawatan fisioterapi selama tiga bulan. Tetapi Aaron akan bertolak ke Cape Town pada malam ini juga (Jumaat) dan doktor membenarkannya keluar selepas diberi tiga kali suntikan steroid.

"Suntikan itu akan bertahan selama sebulan, sepanjang penggambaran Fear Factor Malaysia 2. Dan kemudian apabila pulang ke Malaysia, dia wajib menjalani rawatan itu selama tiga bulan."

Akhbar melaporkan Aaron telah dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit leher sejak seminggu lalu.

Dia bagaimanapun terpaksa membiarkan sakitnya itu semata-mata mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem sehingga menyebabkan penyakit berkenaan menular ke tangan dan jari sehingga menjadi kebas.

Penyakit berkenaan menyebabkan lehernya senget dan tidak boleh bergerak.

Terdahulu, aktor kelahiran Singapura itu pernah beberapa kali dikejarkan ke hospital termasuklah kecederaan yang dialami ketika berada di lokasi penggambaran.

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Filem Paku Bukan Ciplak Paku Pontianak

Posted: 27 Sep 2013 05:01 PM PDT

Pada jam 10 pagi semalam (27 September 2013), Budiey telah menghadiri satu majlis exclusive presentation tayangan trailer filem Paku. Melihat pada nama tajuk ini mengingatkan Budiey dengan tajuk filem Paku Pontianak, walhal kata pengarah filem ini, filem seram Paku tak ada kena mengena pun dengan filem Paku Pontianak yang telah ditayangkan pada 22 Ogos lalu. Filem Paku Bukan Ciplak Paku Pontianak. Itu yang ditegaskan oleh pengarah. Apa yang sama mungkin tajuk dan jalan ceritanya yang berkisarkan tentang wanita meninggal dunia dihidupkan semula.

Pengarahnya, P Ramesh, berkata, filem Paku melakukan penggambaran dan siap terlebih dahulu sebelum filem Paku Pontianak.

"Pada asalnya memang nama tajuk filem ini ialah Paku Pontianak tapi terpaksa ditukar kerana ada filem lain yang menggunakan nama itu. Kami tidak meniru mana-mana filem."

Tambahnya, filem tersebut mempunyai jalan cerita berbeza yang mana skrip asal diambil dari Indonesia yang ditulis oleh Alexander, namun telah diubah suai mengikut kesesuaian masyarakat negara ini.

"Mungkin subjek sama iaitu menggunakan kepercayaan tentang mitos cerita hantu tentang puntianak namun jalan cerita berbeza. Skrip Paku kita ambil dari Indonesia dan telah digubah mengikut kesesuaian dan sensitiviti masyarakat kita."

Jelasnya, beberapa adegan panas dan khurafat telah dipotong untuk menjaga sensitiviti orang ramai.

Sementara itu, Ramesh berkata, sepanjang penggambaran, pihaknya berhadapan dengan pengalaman seram apabila diganggu makhluk halus.

"Setiap kali penggambaran di tempat-tempat yang agak 'keras' kami akan bawa seorang ustaz atau budak-budak tahfiz. Ketika di Highlands Tower memang kami ada rasa seram dan pengalaman diganggu oleh makhluk seperti jin apabila makhluk itu muncul dalam setiap gambar-gambar yang diambil."

Filem Paku berkisarkan tentang seorang suami yang tidak dapat menerima kematian isteri, lantas menggunakan ilmu hitam untuk menghidupkan kembali isterinya.

Filem terbitan Nusantara Seni Karya ini dibintangi oleh Aishah Alias, Johan As'ari, Azad Jasmin, Diddy Hirdi, Zaidi Omar dan Kamal Adli.

Ia akan ditayangkan di pawagam pada 12 Disember depan.

poster paku

paku

DSC_0391

DSC_0603

paku

Komen via Facebook

Komen

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved