Zon Artis |
PESAWAT Lancar Muzik Video ‘Menjelang Syawal’ Posted: 09 Aug 2012 11:10 AM PDT Bersempena menyambut hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi, band yang menggunakan nama PESAWAT telah melancarkan sebuah muzik video bagi lagu raya mereka yang berjudul 'Menjelang Syawal'. Muzik video tersebut diarahkan oleh Razaisyam Rashid yang pernah turut terlibat dalam menerbitkan muzik video pertama PESAWAT iaitu 'Mirage'. Muzik video 'Menjelang Syawal' mengambil konsep filem pendek di mana jalan ceritanya telah diadaptasi dan diolah semula dari sebuah buku berjudul "Sepucuk pistol di dalam laci" nukilan Hadi M.Nor dan Sufian Abas. Mengisahkan perseteruan antara dua kumpulan gangster iaitu Geng Punai dan Geng Garuda dalam menakluk kawasan di bandaraya Kuala Lumpur. Muzik video ini menampilkan anggota band PESAWAT sebagai ahli Geng Punai manakala Adibah Noor sebagai Kak Pah, Rom Mohd Nor (pengasas majalah muzik ROTTW) sebagai Ketua Geng Garuda dan vokalis band Couple iaitu Aidil Rusli sebagai orang kanan Geng Garuda. Ini merupakan kali pertama ahli PESAWAT tampil sebagai pelakon utama. Bagi yang masih tak tahu, PESAWAT dianggotai oleh 5 jejaka yang kacak-kacak belaka iaitu Jipie (vokal/gitar), Mann (bass), Kudux (drums), NizamCamel (gitar) dan Danial (synthesizer). Tanpa membuang masa, ayuh Saksikan muzik video 'Menjelang Syawal' daripada PESAWAT kat bawah ni atau anda boleh lihat kat YouTube dengan klik di sini. Tapi kalau kami dah kongsikan muzik video tu kat sini, buat apa nak tengok kat YouTube lagi kan? Hee.. Zon Artis: Macam, best ke tak best? |
Anne Ngasri Sedia Disunting Aliff Aziz Posted: 08 Aug 2012 07:58 PM PDT Perbezaan usia hampir lapan tahun bukan penghalang cinta antara Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 28, dan Aliff Aziz, 21, yang semakin mekar sejak lapan bulan lalu malah hubungan cinta itu turut direstui oleh keluarga masing-masing. Dan kerana cinta yang semakin mekar itu, Anne secara peribadi telah membuat pengakuan yang dia sedia disunting oleh Aliff Aziz jika jejaka muda kelahiran Singapura itu ingin membawa hubungan cinta mereka ke jenjang pelamin. Malah menurut Anne, dia dan Aliff sememangnya ada perancangan untuk berkahwin tapi menolak ianya akan berlangsung dalam tempoh terdekat atau selepas raya kerana perkara itu belum dibincangkan lagi. Seperti kata Anne kepada Metro:-
Zon Artis Jika benar hubungan anda berdua semakin serius dan merancang untuk berkahwin, kami doakan agar semua baik-baik sahaja dan semoga segala perancangan anda akan dipermudahkan olehNYA. Insya-Allah. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan