Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Talha Harith Muntah Darah Dipercayai Terkena Sihir Peminat
- Mek kahwin kali kedua
- Tasha Shilla Tidak Malu Jual Biskut Raya
- Boboiboy Jadi Maskot Kempen Hari Raya TV3
- Daniel ke depan, Andy sokong
- Rekaan segar
- CCTV rakam hantu budak
- Biskut buatan sendiri
- Proses penyesuaian buat banduan
- Baju raya si comel
- Bayi sihat di Hari Raya
- Suami ada teman lelaki
- Cerai taklik
- Nostalgia Qaseh
- Mesin kuih sepit
- Upah amil fitrah
- Belanja berhemah
- Kewajipan zakat fitrah
- Jaminan syurga
- Puasa pintu ibadah
- Azura saingi pereka lelaki
- Pertaruh bakat pereka batik
- InSTAR raih dua emas pertandingan inovasi
- Enam pelajar wakili negara ke cabaran perdagangan dunia
- Televisyen pintar
Talha Harith Muntah Darah Dipercayai Terkena Sihir Peminat Posted: 10 Aug 2012 07:47 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon baru Talha Harith atau Talha menjadi mangsa terbaru perbuatan ilmu hitam apabila dia mengalami muntah darah dipercayai perbuatan seorang wanita yang jatuh cinta kepadanya. Talha, 22, berkata, dia tidak pernah menyedari bahawa dirinya terkena sihir seorang peminat sehingga dimaklumkan selepas selesai menjalani proses berubat secara tradisional pada malam Khamis lalu. "Kebetulan rakan saya merupakan anak murid kepada seorang pengamal perubatan alternatif. Dia telah melihat kelainan kepada diri saya. "Daripada situlah saya pergi berubat cara perubatan Islam selama tiga hari dan alhamdulillah segalanya sudah pulih. Saya harap perkara ini tidak berulang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat. Selain Talha, beberapa selebriti lain sebelum ini pernah mendakwa terkena sihir dan ilmu hitam seperti Awie, Razali Hussein dan Fezrul Khan. Ditanya mengenai pengalaman Talha berkata, dia tidak mengalami sebarang perkara pelik sehingga ditegur oleh rakannya itu. "Saya tidak pernah sedar yang saya sudah terkena perbuatan ilmu hitam kerana tidak ada sebarang perkara pelik atau kesakitan yang berlaku selama ini. "Cuma, ketika proses berubat orang keliling memberitahu, saya berada dalam keadaan tidak sedar dan mengalami muntah darah tetapi tidak serius," katanya. Pelakon yang sudah dua tahun berkecimpung dalam bidang seni ini berkata, dia dimaklumkan perbuatan itu dilakukan oleh peminat wanita yang dipercayai memendam perasaan kepadanya selama ini. "Saya benar-benar berharap, 'benda' yang dihantar kepada saya itu sudah keluar sepenuhnya. Apabila difikirkan semula, saya berasa pelik dengan apa yang berlaku. "Namun, saya cuba renung kesilapan sendiri yang mungkin pernah melukakan hati orang secara sedar atau tidak. Sekiranya ada yang pernah terasa hati, saya memohon maaf," katanya. Terbaru, pelakon drama Miss Octopus ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri berjudul Darjat untuk TV9. Siri sebanyak 20 episod itu diarahkan Jet Li dan turut membariskan Ika Nabella dan Syazwan Zulkifli. |
Posted: 10 Aug 2012 07:44 PM PDT Nik Sayyidah Fatiha Yazib KOTA BHARU: Pengacara dan pelakon terkenal sitkom Salam Pantai Timur, Nik Sayyidah Fatiha Yazib, 29, mengaku sudah bercerai dengan suaminya awal tahun lalu dan kini hidup bermadu sebagai isteri kedua selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Mei lalu. Nik Sayyidah yang mesra dengan panggilan Mek berkata, walaupun perkahwinan keduanya itu tidak dilangsungkan dengan meriah namun statusnya yang kembali bersuami, disifatkannya bukan perkara rahsia. |
Tasha Shilla Tidak Malu Jual Biskut Raya Posted: 10 Aug 2012 07:43 PM PDT PETALING JAYA: Penglibatan aktres Tasha Shilla (Tasha) dalam perniagaan penjualan biskut sempena Hari Raya yang diberi nama Gemilang Tasha Shilla Cookies pada bulan Ramadan ini tidak menjejaskan nilai eksklusifnya sebagai selebriti popular. Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, berkata, pada hakikatnya dia juga merupakan manusia biasa yang perlu melalui kehidupan seperti individu lain dan tidak salah baginya untuk berniaga. "Tiada apa yang perlu saya segan atau malu hanya kerana menjual biskut raya. Saya juga sama seperti orang lain, cuma lebih dikenali kerana kerjaya sebagai seorang pelakon. "Tidak timbul soal hilang nilai eksklusif sebagai artis apabila saya berniaga di depan khalayak umum. Apa yang penting, saya perlu pandai bawa diri dan jaga penampilan ketika berniaga," katanya ketika ditemui mStar Online di Bazar Terbaik Raya TV3 di perkarangan Sri Pentas, petang Khamis. Nama bisnes yang diilhamkan Tasha itu diambil bersempena drama bersiri Gemilang yang mempopularkan dirinya pada tahun lalu. Perniagaan itu mula beroperasi sejak minggu kedua Ramadan di Bazar Ramadan Kampung Baru, dekat sini. Pelakon yang baru muncul dalam telefilem Ombak Rania (Astro Ria) ini berkata, minat yang mendalam terhadap perniagaan menjadi motivasi untuk dia mencuba pengalaman menjual biskut raya buat julung kalinya. "Keluarga saya memang menjalankan perniagaan makanan. Malah, pada bulan Ramadan yang lepas-lepas, kami berniaga mi rebus dan laksa tetapi pada kali ini kami mencuba biskut raya. "Alhamdulillah, setakat ini sudah 400 balang pelbagai jenis biskut berjaya dijual. Saya cuma buat tiga jenis saja iaitu "Almond Chocolate", Suji Badam dan "Chocolate Chip", manakala selebihnya dihasilkan ibu dan makcik," katanya. Menurut Tasha, perniagaan itu bukan sahaja dapat menjana pendapatan tambahan malah mendekatkan lagi dirinya dengan para peminat. "Saya anggap pengalaman berniaga ini sebagai peluang terbaik untuk mendapatkan rezeki yang berkat dan menyeronokkan. "Dengan aktiviti ini saya juga dapat mendekati peminat yang berkunjung ke gerai untuk membeli biskut yang dijual," katanya yang bakal bercuti selama seminggu pada Hari Raya nanti. |
Boboiboy Jadi Maskot Kempen Hari Raya TV3 Posted: 10 Aug 2012 07:39 PM PDT PETALING JAYA: TV3 memperkenalkan karakter animasi adiwira tempatan Boboiboy dan rakan-rakannya sebagai maskot kempen Aidilfitri tahun ini yang bertemakan Terbaik Raya. Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, karakter animasi itu menjadi pilihan kerana popularitinya di kalangan penonton cilik pada hari ini. "Sebagai kelainan bagi tahun ini, kita memperkenalkan karakter animasi Boboiboy dan rakan-rakannya sebagai maskot kempen Hari Raya di TV3 yang bertemakan Terbaik Raya. "Boboiboy menjadi pilihan kerana ia popular dan menjadi ikon seisi keluarga. Sambutannya juga hebat apabila siri animasi itu mendapat kadar tontonan tertinggi di kalangan penonton berbilang kaum," katanya pada pelancaran kempen Terbaik Raya TV3 di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama di sini, petang Khamis lalu. Sherina berkata, karakter Boboiboy itu turut digunakan bagi tujuan pesanan khidmat masyarakat (PSA) berhubung keselamatan jalan raya dan peringatan kepada masyarakat mengenai pemanduan. "Selain pengenalan Boboiboy sebagai maskot dan PSA bagi Syawal ini, kami juga menawarkan siaran "streaming" secara langsung dengan percuma kepada penonton untuk 7 hari bermula 18 hingga 24 Ogos ini. "Penonton berpeluang menonton pelbagai program menarik Hari Raya ini di mana saja dan pada bila-bila menerusi telefon pintar, tablet dan komputer," katanya. Majlis tersebut dirasmikan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar. Ia turut dimeriahkan barisan selebriti tanah air antaranya Datuk Tamimi Siregar, Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad, Azma Aizal Yusoof, Sharifah Amani, Syafie Naswip, Taiyuddin Bakar, Normah Damanhuri dan Nor Albaniah. Artis-artis yang menjayakan Bazar Terbaik Raya pada 9 dan 10 Ogos adalah Tasha Shilla, Anzalna Nasir, Fouziah Gous, Karl Shafek, Nadia Mustafar, Fizo Omar, Shera Aiyob dan Danny (X-Factor). Majlis sama turut meraikan 43 anak yatim dari Rumah Kebajikan At-Taqwa, Puchong yang berumur 5 hingga 17 tahun. Layari www.tv3.com.my/live atau tonton.com.my untuk menonton program-program menarik sempena Syawal ini. Berikut adalah sebahagian program istimewa yang akan disiarkan di TV3: Filem Terbaik Mael Lambong, Jangan Pandang-pandang, RA One, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Hikayat Merong Mahawangsa, Apa Celop Raya dan Vanila Coklat Raya, minggu pertama Hari Raya, setiap pukul 9 malam Hiburan Terbaik Sampaikan Raya 2012, malam Raya, 11 malam Melodi Raya, raya pertama & Kelapan, 12.30 t/ hari Dialah Juara, raya pertama, 6 petang Ziana, Amy & Erra, raya pertama, 11 malam Bola Pun Raya, raya kedua, 11 malam Irama, raya ketiga, 6 petang Mentor Raya, raya kelapan, 9 malam Dramedi/ Variasi Terbaik Sebelum Raya, petang raya, 6 petang Dua Dalam Satu, raya pertama, 11.30 pagi 48 Jam, raya kedua, 6 petang Buletin Cinta, raya keenam, 9 malam Telefilem Terbaik From London with Almond, raya pertama, 4 petang Nur Ramadan, raya kedua, 9.30 pagi Muat Tak Muat, raya kedua, 4 petang Fatihah Untuk Abah, raya ketiga, 9.30 pagi Takbir Along Untuk Angah, raya ketiga, 4 petang Di Bawah Langitmu, raya keempat, 4 petang Sabar Tak Sabar, raya kelima, 4 petang Perempuan Tanpa Rahim, raya ketujuh, 4 petang Lepas Raya Harap Balas, raya ketujuh, 10 malam Pelita Buluh Tok Wan, raya kelapan, 5 petang |
Posted: 10 Aug 2012 07:37 PM PDT LEWAT petang itu, meskipun hujan renyai di luar, sambil menghirup kopi panas, nampaknya sembang bersama penyanyi bersuara serak basah yang ditemani isteri dan tiga anaknya bagai tiada penghujung. Ada saja ingin dikongsikan memandangkan pertemuan itu adalah yang pertama kalinya. Perjuangan muziknya, kisah silam dan detik awal pembabitan, transformasi diri hinggalah pengalaman menjadi suami dan bapa, Megat Effendy Zakaria atau lebih dikenali sebagai Andy juga vokalis kumpulan Flop Poppy punya ceritanya. Lebih manisnya, penyanyi yang tidak lekang mengukir senyum ini kali ini berdiri sama tinggi dengan anak sulung, Megat Danial Azreen yang kini sudah pun berusia 20 tahun.
|
Posted: 10 Aug 2012 07:35 PM PDT BERSERI...bermotif corak ceria tambah berseri dengan rekaan lapisan kain beralun. ALUNAN kain berpotongan duyung dan berlapis ketika kaki melangkah begitu mempesona. Tambah menarik, koleksi raya 2012 yang ditampilkan sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai bentuk badan menarik bagi menonjolkan keanggunan si empunya diri. Koleksi yang memikat itu diketengahkan oleh Buttonmybuttons untuk memberi idea dan pilihan kepada wanita yang pentingkan gaya unik ketika menyambut Syawal. Menampilkan rona pastel pada koleksinya, ia lebih menonjolkan potongan vintaj dengan sentuhan kreatif daripada pereka tempatan, Shahida Sharif.
|
Posted: 10 Aug 2012 07:30 PM PDT RAKAMAN kamera menunjukkan satu bentuk ganjil melompat di atas kereta. LONDON : Sepasang suami isteri di Clifton yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangkap penceroboh terkejut apabila ia merakam apa yang mereka percaya hantu kanak-kanak melompat di atas kereta mereka. Lisa Rigley, 44, dan suami, Phil, 51, memasang kamera itu di luar kediaman mereka selepas berlaku beberapa pencerobohan terhadap kereta mereka.
Ia kemudian hilang sebelum muncul semula di seberang jalan.
"Kami melihat rakaman itu untuk melihat kemungkinan ada orang melintasi pintu pagar kami ketika kejadian curi itu dan nampak hantu itu melompat di atas kereta kami. "Ia sungguh menyeramkan. Ia kelihatan seperti Casper the Friendly Ghost tetapi ia melompat-lompat di atas kereta kami. Ia sudah pasti hantu." Suaminya berkata: "Saya tidak percaya pada hantu tetapi rakaman itu sungguh ganjil." |
Posted: 10 Aug 2012 07:28 PM PDT RASANYA tidak sah jika ruangan ini tidak saya kongsikan artikel berkenaan biskut lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Maklumlah seminggu sahaja lagi kita akan menyambut hari raya, jadi minggu-minggu terakhir ini cuba kita ambil sedikit masa yang terluang untuk membuat biskut untuk dijamu pada hari raya nanti. Saya mendapat banyak permintaan supaya saya berkongsi resipi biskut raya. Untuk memenuhi permintaan pengikut setia ruangan ini saya akan kongsi resipi biskut raya yang enak dan mudah untuk anda cuba di rumah. Bukankah ini akan memberi suatu kepuasan yang tidak terhingga apabila biskut hasil sendiri dihidangkan di atas meja. Saya juga ingin berkongsi tentang biskut dan kategori-kategorinya kerana cara membuat akan memberikan kategori yang berbeza pada biskut. Biskut saiznya adalah kecil, manis, leper atau sedikit naik jika mengunakan bahan penaik. Ia memang mudah dan cepat dibuat selagi resipi dan kerja-kerja menghiasnya tidak rumit. Biskut yang mudah menggunakan kombinasi bahan-bahan asas seperti tepung gandum, lemak haiwan atau tumbuhan, gula, telur, bahan penaik dan perisa tambahan. Ia mempunyai pelbagai bentuk, tekstur, rasa dan dan boleh dikategorikan seperti berikut: 1 Bar - Biskut jenis ini adalah adunan biskut yang basah yang diratakan pada dulang pembakar. Kemudian ia akan dibakar dan dipotong bentuk kepingan bar atau empat segi. 2Jatuh - Ini adalah teknik jatuhan di mana adunan biskut yang lembik dan basah anda letakkan di atas dulang pembakar menggunakan sudu atau senduk aiskrim jadi pastikan jumlah yang disenduk itu sama banyak barulah saiz biskut yang dibakar mempunyai sama saiz. 3Acuan/bentukkan dengan tangan - Biskut jenis ini lebih kering dan ia tidak melekit. Ini membolehkan ia dibentuk menjadi bebola, dan sebagainya dengan jari dan tapak tangan anda. Anda juga boleh memadatkan atau memadatkan adunan dalam acuan yang digemari. 4Paip - Adunan biskut ini juga basah dan lembik kerana anda perlu memasukkan ke dalam beg pastri yang mengandungi muncung hiasan dan memaipkannya di atas dulang pembakar. Kemudian ia akan dibakar. 5Peti sejuk atau peti ais - Adunan biskut akan dibentuk menjadi silinder atau tiga segi yang panjang dan disejuk atau dibekukan dalam peti ais sehingga ia menjadi sejuk atau beku. Kemudian ia akan dipotong nipis dan dibakar. 6 Lenyek atau canai - Teknik ini anda perlu canai atau menipiskan adunan biskut lebih kurang 8-12cm menjadi leper menggunakan papan pencanai. erus dicanai nipis lebih kurang 8-10cm. Kemudian ia akan disusun di atas dulang pembakar dan dibakar. |
Proses penyesuaian buat banduan Posted: 10 Aug 2012 07:26 PM PDT "It having been made to appear to the United States Parole Commission... Cameron Poe is eligibleto be paroled." (Bahawasanya kamu Cameron Poe telah diperkenankan oleh Suruhanjaya Parol Amerika Syarikat dengan ini dilepaskan secara parol). Petikan daripada filem Conair yang ditayangkan pada tahun 1997 ini, memberi gambaran ringkas tentang perlaksanaan sistem parol di Amerika Syarikat(AS) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1907 lagi. Sesiapa yang pernah menonton lakonan hebat Nicholas Cage dan John Cusack ini pasti juga tertanya-tanya adakah wujud sistem yang sama di negara ini? Dalam filem tersebut memaparkan kisah banduan Cameron Poe (Cage) , yang mendapat parol (menjalani hukuman di luar penjara) kerana berkelakuan baik sepanjang di penjara. Memang ia sesuatu yang baru di negara ini berbanding di AS dan Australia kerana sistem itu hanya mula dilaksanakan pada tahun 2008. Pengarah Parol Wilayah Persekutuan, Penguasa Penjara (PP) Saidun Othman berkata, usaha ke arah sistem parol telah bermula sejak tahun 1990 apabila beberapa pegawai dari Jabatan Penjara dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat lawatan ke AS dan Australia untuk menilai keberkesanan sistem di sana. Kemudian Akta Penjara (Pindaan) Seksyen 46 dibentangkan di Parlimen pada Disember 2007 dan diluluskan pada 24 Disember 2007. "Setelah diluluskan, beberapa orang pegawai dari Jabatan Penjara dan KDN dihantar kursus di Australia. Seterusnya dua pegawai parol dari Australia telah dibawa ke Malaysia untuk melatih pegawai dari Jabatan Penjara di Akademik Koreksional Malaysia Langkawi. "Bermula Mei 2008, pelantikan pegawai parol dibuat. Seterusnya pada 8 Julai 2008 tahun yang sama seramai 18 yang merupakan kumpulan pertama banduan dilepaskan secara perintah parol. "Inilah detik bermulanya perlaksanaan sistem parol di negara ini," jelasnya yang ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut Saidun, sistem parol bertujuan meneruskan pemulihan banduan di luar bersama masyarakat. Ia agar berlaku integrasi positif dan penyesuaian diri sebelum mereka dibebaskan sepenuhnya. Apabila berlaku integrasi yang positif ia dapat mengurangkan kes berulang dan kemasukan semula ke penjara . Parol juga mampu mengurangkan kesesakan dalam penjara serta mengurangkan kos operasi selain mendorong penghuni berkelakuan baik dan dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat. "Semua banduan yang mempunyai tarikh bebas, layak memohon dengan syarat berkelakuan baik, berjaya mengikuti program dalam penjara sekurang-kurang sebanyak dua fasa dan telah menjalani hukuman melebihi satu tahun di dalam penjara. "Bagaimanapun ada kategori banduan yang tidak layak kerana bergantung kepada tahap keseriusan jenayah. "Banduan yang tak layak ialah yang dijatuhi hukuman mati, banduan limpah sultan, yang dijatuhi hukuman penjara seumur hayat, banduan kesalahan seksual seperti merogol dan juga melibatkan kes culik, bunuh, senjata api dan ISA," jelasnya. Tambahnya, kejayaan sistem parol hasil dari sokongan keluarga dan masyarakat. Malah ia lebih menjamin lagi apabila mereka mendapat peluang pekerjaan, selain bimbingan agama dan sokongan dari pelbagai agensi seperti polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, hospital dan badan kaunseling. "Badan bukan kerajaan seperti NZ Curry House adalah salah satu contoh badan swasta yang memberikan ruang untuk banduan parol berniaga. "Ada majikan yang mengambil inisiatif merahsiakan identiti orang diparol (ODP) sebab takut wujudnya diskriminasi," ujarnya. Jelasnya, sejak sistem parol mula dilaksanakan pada tahun 2008 hingga kini (18 Januari 2012) sudah 268 ODP berjaya dalam program parol. Peratusan kegagalan pula kurang dari tiga peratus (statistik untuk Wilayah Persekutuan sahaja). Sementara itu, Pegawai Parol, Ketua Inspektor (KIP) Kasim Sharif berkata, sistem parol dilaksanakan memang tepat pada masanya. "Diberikan parol tidak bermakna pelepasan terus banduan ini. Parol sebenarnya membantu dan membimbing penghuni untuk hidup sebagai individu yang menghormati undang-undang dan peraturan. "Penyeliaan parol bermula dengan kajian latar belakang ODP, dari segi penerimaan keluarga dan komitmen mereka untuk menjalani intervensi yang telah ditetapkan. "Setakat ini kami menerima ODP yang paling lama dalam tempoh sembilan bulan dan paling singkat dua bulan. Kami juga memastikan hubungan kami dengan ODP yang sudah tamat parol tetap baik," jelas Kasim. |
Posted: 10 Aug 2012 07:24 PM PDT BERBAJU kurung di pagi raya memang nampak manis apatah lagi jika yang mengenakannya si cilik yang comel. Untuk keselesaan pilihan baju kurung untuk si cilik lazim daripada fabrik benang kapas . Berbanding fabrik yang dibuat daripada bahan sintetik, kain benang kapas sebenarnya memberikan kesan sejuk dan selesa pada si pemakai walaupun dalam cuaca panas. Selain keindahan corak kain kapas yang pelbagai, ia juga tidak hanya tertumpu kepada satu corak sahaja seperti bunga-bungaan. Malah ia boleh didapati dalam banyak pilihan contohnya corak jalur, abstrak, polka dot dan sebagainya. Lazimnya kanak-kanak manis dengan corak bunga-bunga kecil. Bagaimanapun ia juga nampak cantik apabila digabungkan kedua-dua coraknya di mana baju bercorak bunga manakala kain bercorak jalur. Tarikan lain ialah pilihan warna-warna kain yang terang dan ceria sekali gus membangkitkan kegembiraan di hati si pemakai. Pada masa yang sama pelbagai potongan baju kurung boleh diperoleh seperti baju kurung pesak gantung, baju kurung Johor dan kurung moden. Bagi jenama Drama Queen, tahun ini mereka menyediakan dua jenis baju kurung iaitu baju kurung pesak gantung dan juga baju kurung Johor. Kedua-dua baju kurung ini diperbuat daripada kain kapas sutera dan juga kain kapas Jepun. Apa yang menarik mengenai baju kurung jenama Drama Queen ini ialah mereka menggunakan fabrik benang kapas yang berkualiti, bertekstur lembut, ringan dan tahan. Pada masa yang sama jenama ini turut memberi pilihan kepada si pemakai sama ada inginkan baju kurung kosong mahupun bermanik. Dijual pada harga yang berpatutan, kedua-dua jenis baju kurung ini tidak mencecah RM100. |
Posted: 10 Aug 2012 07:23 PM PDT BERTEMU ahli keluarga merupakan saat indah di Hari Raya yang pastinya membuatkan perjalanan jauh dan persiapan rapi berbaloi. Bagi yang mempunyai anak kecil, mungkin berasa cuak bagaimana mahu memastikan si manja riang dan ceria bertemu datuk, nenek, bapa dan ibu saudara di kampung. Perkara utama sudah tentu memastikan si manja sihat dan selesa. Begitupun ia bukanlah mudah, lebih-lebih lagi kulit bayi sensitif dan sekiranya terabai, masalah berkaitan kebersihan kulit boleh menyebabkan ketidakselesaan. "Untuk bayi baru lahir, kulit adalah perlindungan pertama daripada persekitaran yang tercemar dan bakteria selepas keluar daripada rahim yang selesa dan selamat. "Kehalusan kulit bayi menjadikannya mudah terjejas akibat organisma, bahan toksin, perengsa dan alahan," kata Dr. Anna Padmavathy, Perunding Pediatrik dan Neonatologi. Justeru, katanya, jika tidak memberi perhatian kepada kebersihan bayi, ia akan menimbulkan pelbagai masalah kulit. Yang paling kerap berlaku adalah ruam. "Ruam lampin berlaku kerana kulit bersentuhan dengan najis dan air kencing untuk tempoh yang lama di kawasan lampin. "Kelenjar peluh bayi yang baru lahir masih belum terbentuk sepenuhnya untuk membolehkan mereka mengimbangi suhu badan sehingga menyebabkan ruam panas, terutamanya di bahagian yang terlipat. "Ruam juga terjadi kerana kelembapan, air liur atau susu. Bahan kimia dalam sabun pencuci atau fabrik juga boleh merengsakan," terang Dr. Anna. Kulit bayi baru lahir juga mudah kering dan ia jarang disedari oleh para ibu. Satu kajian mendapati 60 peratus daripada bayi secara klinikalnya mempunyai kulit yang kering dan 90 peratus ibu pula tidak sedar masalah tersebut. Menurut beliau, apabila umur kanak-kanak meningkat, dia akan meneroka dunia dan menyentuh setiap benda di sekelilingnya. Ibu bapa kemudiannya akan mencuci tangan dan kaki bayi mereka dengan lebih kerap. Tetapi tindakan tersebut akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering yang mengganggu perlindungan dan menyebabkan jangkitan. Adalah penting untuk ibu bapa memilih rumusan mandian yang lembut dan dirumus khas untuk keperluan kulit bayi. Tanda Johnson's baby Clinically Proven Mildness pada produk mandian adalah jaminan komitmen untuk memberikan yang terbaik kepada bayi. Tanda itu adalah simbol standard murni dan lembut yang dipercayai oleh ibu bapa dan pengamal kesihatan di seluruh dunia untuk mengekalkan kesihatan dan kelembapan kulit bayi. Kepercayaan terhadap produk Johnson's baby terletak pada komitmennya dalam membangunkan formula yang sesuai dengan kulit bayi yang lembut . Dengan teknik pengukuran dan penilaian klinikal oleh pakar, Johnson's baby mengkaji tahap sensitif kulit bayi baru lahir kepada bahan perengsa luar. Malah mereka juga membandingkan kulit bayi dengan kulit orang dewasa untuk memahami keperluan khas masing-masing. Hasilnya, Johnson's baby mampu memberikan pelbagai rangkaian produk mandian yang membersih secara lembut sambil mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit bayi. Untuk melanjutkan kesegaran dan keselesaan kulit bayi, sapukan bedak Johnson's baby selepas mandi. Bedak ini mengurangkan kerengsaan akibat geseran antara kulit dan fabrik di samping aromanya yang segar. Selain daripada rutin mandian biasa, Dr. Anna juga menggalakkan sesi mengurut selepas mandi dengan losen atau minyak bayi yang melembapkan. "Losen atau minyak bayi boleh memerangkap kelembapan kulit bayi. Tambahan pula, mengurut membantu menenangkan bayi. "Kesan yang menenangkan membantu si manja tidur lena sepanjang malam dan rasa segar. "Melawat ahli keluarga atau melayani tetamu di rumah boleh memenatkan anda dan si manja. "Mengurut adalah cara terbaik untuk mengeratkan hubungan yang kukuh dan berkekalan," kata Dr. Anna. Untuk meningkatkan komunikasi sentuhan ibu dan bayi, boleh bergantung pada minyak dan losen Johnson's baby. Lembut dan mudah disapukan, Johnson's baby oil memerangkap sehingga 10 kali lebih kelembapan pada kulit basah berbanding losen biasa pada kulit kering. Losennya pula mempunyai formulasi yang menyerap pantas serta kaya dengan pelembap yang melembut dan menyegarkan kulit bayi tanpa rasa melekit. |
Posted: 10 Aug 2012 07:22 PM PDT MASALAH saya rumit. Nak diluahkan pun macam membuka pekung sendiri. Saya dah kahwin tapi macam tak ada suami. Dia tak pernah nak ambil tahu tentang saya, malah ke mana saya pergi, di mana saya berada dia tak pernah tanya," pantas wanita muda ini melontar tekanan yang jelas ketara pada wajahnya. Pertemuan dengannya tidak dirancang. Ia berlaku di sebuah taman di tengah ibu kota, sementara menunggu waktu berbuka puasa. Duduk sendirian di bangku kayu dengan wajah yang cukup sugul menggamit hati untuk mendekatinya. Selepas menghulur salam sambil saling memperkenalkan diri, wanita berkurung biru dengan tudung sedondon yang cuma membahasa diri sebagai Ina, sedikit demi sedikit mula membuka cerita. Katanya, dia sudah bersuami tetapi masih belum dikurniakan anak walaupun sudah hampir dua tahun mendirikan mahligai rumah tangga bersama lelaki pilihannya. "Saya memang nak sangat anak. Tapi macam nak mengandung kalau hubungan dengan suami sangat dingin. Waktu itu saya pun tak tahu apa puncanya sedangkan kami berkahwin suka sama suka," katanya. Menurut Ina, dia berkenalan dengan suaminya, Hadi, ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan. Tidak mengambil lama untuk mengenali hati budi masing-masing, kedua-duanya memutuskan untuk berkahwin. "Sebelum ini saya pernah beberapa kali kecewa dalam bercinta. Jadi kali ini saya bertekad tak mahu bercinta lama-lama yang penting lelaki itu baik dan bersedia untuk mengambil saya sebagai isteri. "Kebetulan Hadi pun sedang mencari pasangan hidup. Lagipun waktu itu usia kami pun bukan muda lagi dan memang sudah sepatutnya berumah tangga dan saya percaya cinta selepas berkahwin pasti lebih manis," kata Ina. Begitupun, hasrat murni tersebut tidak berjalan lancar seperti diharapkan kerana keluarga Hadi tidak merestui hubungan mereka. Walaupun tidak mendapat restu, Hadi mahu teruskan juga rancangan untuk berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya. Peringkat awal perkahwinan mereka, berjalan lancar seperti biasa di mana masing-masing masih meneruskan proses untuk mencari keserasian. Seperti pasangan suami-isteri lain, Ina juga menaruh harapan yang tinggi dengan rumah tangga yang dibina. "Saya akui Hadi lelaki yang baik, tutur katanya lembut dan tidak pernah meninggi suara cuma agak kurang romantik. Dia juga agak pendiam berbanding saya suka bercakap," katanya. Enam bulan berlalu, Ina mula merasakan ada sesuatu yang kurang dalam rumah tangga yang baru dibina. Kemesraan yang cuba dipupuk antara mereka berdua seolah-olah tidak menjadi. Rumah tangga terasa hambar tidak ada keceriaan seperti yang diharapkan. Walaupun tinggal sebumbung, kata Ina, mereka jarang sekali dapat makan atau berbual bersama, apatah lagi untuk tidur sekatil. "Saya mula perasaan Hadi seolah-olah mahu mengelak atau menjauhkan diri dari saya. Walaupun bekerja pejabat, dia cuma akan pulang ke rumah menjelang tengah malam ketika saya sudah masuk tidur dan dia akan tidur di sofa. "Bila ditanya, katanya dia menghabiskan masa lepak di rumah rakan-rakan bujangnya dan tak mahu menganggu tidur saya. "Rupa-rupanya bukan setakat keluarganya yang tidak tahu kami berkahwin, dengan kawan-kawannya juga dia tidak beritahu kami sudah bernikah," kata Ina yang waktu itu menerima saja alasan diberi oleh Hadi. Sejak berkahwin, Ina juga jarang berpeluang menghabiskan hujung minggu bersama suami kerana lelaki itu akan sentiasa mencari alasan untuk keluar sama ada pulang ke kampung atau keluar daerah bersama rakan-rakannya. "Jadi setiap hujung minggu melangut saya seorang di rumah. Ingatkan dapatlah bermanja-manja dengan suami. Sebulan dua, saya tahan juga tapi bila dah nak masuk dua tahun hati saya mula memberontak . "Saya rayu Hadi supaya beritahu kepada keluarga dan rakan-rakannya yang dia sudah berkahwin. Tapi Hadi enggan katanya tunggu dulu. "Saya pun tak tahu apa yang dia nak tunggu. Malah kerana terlampau memikirkan hal rumah tangga saya pernah jatuh pengsan di pejabat dan doktor kata saya terlalu tertekan," katanya. Kemuncak kesedihan Ina apabila baru-baru ini dia terserempak Hadi dalam bilik tidur rumah mereka bersama seorang lelaki. "Waktu itu kebetulan saya tak sihat dan mendapat pelepasan balik awal daripada majikan. Sampai di rumah hati saya cuak terlihatkan kereta Hadi ada di depan rumah. "Dengan menggunakan kunci rumah yang ada, saya masuk dan saya temui Hadi bersama seorang lelaki di atas katil. Selebihnya fikirlah sendiri. "Waktu itu dunia saya bagai gelap gelita. Luluh hati saya melihatkan perbuatannya. Padanlah dia cuba mengelak mendekati saya. "Rupa-rupanya nafsu Hadi bukan pada saya tapi pada kaum sejenisnya. Dia mengaku lelaki tersebut teman istimewanya. "Kenapalah saya tak nampak selama ni. Suami saya pengikut umat Nabi Luth. Saya tak tahu nak buat apa sekarang, saya minta diceraikan dia tak mahu, saya nak buat laporan di Jabatan Agama kasihan nanti dia malu. "Itu yang saya datang ke sini mencari ketenangan dan jawapan terhadap kemelut saya," kata Ina sambil menyeka air matanya dan berlalu tanpa menemui sebarang jawapan yang dicari. |
Posted: 10 Aug 2012 07:21 PM PDT JIKA dua minggu lalu saya menulis mengenai permohonan cerai melalui talak, kali ini saya akan menyambung perbincangan mengenai cerai dengan melihat satu lagi seksyen dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 iaitu cerai taklik. Sebenarnya cerai taklik ini ialah cerai melalui talak juga tetapi bersyarat. Ini bermakna talak ada tiga jenis iaitu talak segera, bersyarat dan bersandar masa depan. Talak segera adalah seperti yang telah saya terangkan dua minggu lalu di mana di Malaysia ia kini perlu dipohon kepada Mahkamah Syariah untuk mendapat kebenaran mentalak. Talak segera boleh berlaku jika suami menyebut 'aku talak kamu' atau 'kamu tertalak' dan sebagainya. Bagi yang bersandarkan masa depan pula, ia adalah talak yang disebut untuk berlaku esok lusa atau sebulan dua lagi. Misalnya, suami menyebut 'engkau aku talak esok' atau "Oktober ini engkau tertalak". Dari sudut hukum, talak seperti ini sah dan berkuatkuasa mengikut masa yang disebutkan. Talak seperti ini jarang kita dengar di kalangan masyarakat Melayu-Islam Malaysia. Yang ada di Malaysia ialah talak taklik atau talak bersyarat. Ini berlaku apabila suami melafazkan talak yang bergantung kepada berlakunya sesuatu perkara dan sebaik sahaja syarat itu berlaku, maka talakpun jatuh. Misalnya suami berkata 'jika awak pergi melawat ibu awak, maka kamu tertalak' atau 'apabila kamu hadir ceramah itu, kamu tertalak' atau 'jka saya pergi juga jumpa perempuan itu'. Semua ini adalah contoh talak taklik. Talak dijatuhkan atas syarat dan sebaik sahaja syarat yang disebut itu berlaku, maka talak pun jatuh. Hari ini talak taklik, cerai taklik diperuntukan dalam enakmen keluarga Islam setiap negeri. Sebagai contoh di Negeri Melaka ia diperuntukan dalam seksyen 50 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, Melaka 2002 yang berbunyi: "Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat perakuan taklik yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian sedemikian telah berlaku." Mahkamah pula hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu siasatan mengenai sahnya perceraian itu dan hendaklah, jika puas hati bahawa perceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syara, mengesahkan dan merekodkan perceraian itu dan menghantar suatu salinan rekod itu yang diperakui Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan. Jika kita ingatkan majlis pernikahan yang diadakan sekarang, sebaik sahaja suami menerima nikahnya daripada wali atau wakil wali, imam akan membacakan doa kesyukuran. Selesai doa, imam akan meminta pengantin lelaki membaca taklik dan didengar oleh pengantin perempuan dan disaksikan oleh semua orang. Antara lain isi kandungan taklik ialah jika suami meninggalkan isterinya empat bulan berturut-turut tanpa nafkah zahir dan batin atau jika suami lazim menyakiti isterinya dan jika dalam mana-mana keadaan isteri tadi membuat aduan ke Mahkamah Syariah dan Mahkamah mengesahkan aduan tersebut, maka isteri tertalak dengan talak satu. Selepas membaca, kedua pasangan pengantin yang telah sah menjadi suami isteri menandatangani surat taklik tersebut. Taklik diletakkan di belakang surat nikah supaya pasangan tahu bahawa lafaz taklik itu termaktub secara bertulis supaya mereka tidak terlupa. Ini kerana taklik akan menjadi sah dengan berlakunya keadaan yang disebutkan dan isteri membuat aduan. Taklik formal ini diwujudkan di semua negeri. Jika diamati, tujuan utama ialah untuk mengelak isteri daripada digantung tak bertali atau ditinggal langsung. Dahulu kita biasa dengar suami meninggalkan isterinya tanpa sebab dan khabar berita. Isteri tidak membuat aduan kepada sesiapa, malah meneruskan kehidupan bersama anak dengan tabah. Ada masanya sehingga meninggal dunia, isteri tidak pernah meminta cerai dan berdosanya seorang suami yang menyiksa isterinya sebegitu rupa. Rujuk surah an-Nisa ayat 19 dan al-Talaq ayat 1, jika diamati kedua-dua ayat Quran ini, suami yang diberi kuasa talak hendaklah menggunakannya dengan tanggungjawab dan kebijaksanaan. Meninggalkan isteri begitu sahaja tanpa nafkah sedangkan nafkah isteri itu wajib ke atas suami, tentulah suami menanggung dosa di atas kesengsaraan isteri dan anak-anak. Daripada mengumpul dosa tanpa sedar, alangkah baiknya suami menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan menghadapinya, sama ada dengan ke mahkamah syariah atau mencari pendamai atau kaunselor yang boleh memperbaiki keadaan. |
Posted: 10 Aug 2012 07:19 PM PDT KETIKA suri rumah serta ibu-ibu sibuk memikirkan menu untuk dimasak sewaktu berbuka puasa mahupun bersahur, bagi usahawan berjaya ini beliau tidak perlu memikirkannya kerana telah mempunyai rangkaian menu nostalgia yang boleh dijadikan hidangan. Tatkala semua orang ingin menikmati hidangan yang berbeza daripada hari-hari sebelumnya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DCL, Datuk Dr. Stapa Omar dilihat tetap bersederhana. Menjadikan pengalaman hidup masa lampau sebagai sepadan diri, Stapa tidak pernah lupa dengan menu-menu yang pernah dinikmatinya bersama keluarga ketika susah dahulu. Baginya menu-menu tersebut mempunyai nilai nostalgia yang tersendiri. Malah sehingga kini beliau menyifatkan menu-menu tersebut merupakan menu mewah untuknya sekeluarga. Maka tidak harianlah sekiranya masakan daripada air tangan Stapa sendiri menjadi 'tagihan' anak-anaknya hari ini. Ketika ditemui di kediamannya di Kajang, Selangor, baru-baru ini, Stapa telah menyediakan lima hidangan nostalgia untuk dikongsi bersama. Masakan-masakan tersebut ialah masak pedas timun (kulit tembikai) Qaseh, mi changlong Qaseh, sardin tranformasi Qaseh, sambal keropok Qaseh dan sup ikan kerisi Qaseh. Ternyata kesemua hidangan yang dimasak mempunyai keistimewaannya yang tersendiri selain dilihat begitu berbeza daripada menu-menu yang sedia ada hari ini. Mengikut Stapa, kesemua menu tersebut adalah ilham beliau bersama adik-beradiknya yang lain ketika kecil dahulu. Disebabkan kesempitan hidup menjadikan mereka sekeluarga makan apa yang ada dan mencipta menu yang berlainan agar tidak jemu. Untuk masak pedas timun (kulit tembikai) Qaseh ia merupakan hidangan sayur masak air dengan menggunakan kulit tembikai. Selain rasanya seperti sayur kundur ia sememangnya satu menu yang jarang dilihat dimasak oleh masyarakat hari ini. Bagi mi changlong Qaseh pula ia merupakan mi goreng yang menggunakan mi lidi bersama bebola ikan yang dibuat sendiri menggunakan ikan sardin segar. Mi lidi ini hanya boleh diperoleh di Terengganu dan sudah pasti rasanya berbeza daripada mi yang terdapat di pasaran hari ini. Sardin tranformasi Qaseh merupakan antara menu kegemaran Stapa, isteri dan anak-anak. Ini kerana ikan sardin tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum digoreng manakala sosnya tidak digunakan langsung. Selepas itu, ikan sardin tersebut akan digaulkan bersama sambal tumis yang dimasak asing. Menu sambal keropok Qaseh merupakan satu lagi menu yang begitu unik. Ia adalah hasil gabungan keropok kering yang direndam terlebih dahulu bersama air panas bersama peria dan juga sambal. Sup ikan kerisi Qaseh merupakan menu biasa yang diperoleh tetapi menu ini juga antara menu kegemaran anak-anak Stapa. Selain mudah dan ringkas untuk dimasak ia merupakan satu hidangan yang sihat. Dilihat cukup bersederhana dan ringkas, Stapa menjelaskan bila tibanya Ramadan dia lebih selesa berbuka di rumah bersama isteri dan anak-anak berbanding di luar. "Walaupun saya dilihat begitu sibuk dengan tugasan harian, saya seboleh- bolehnya akan memastikan mempunyai masa untuk berbuka bersama isteri dan anak-anak di rumah," katanya. |
Posted: 10 Aug 2012 07:18 PM PDT SIRI keempat ruangan Inovasi menampilkan mesin untuk membuat kuih sepit atau kapit. Seperti diketahui umum, kuih sepit terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia kerana rasanya yang sedap dan klasik. Mesin kuih sepit ini ringkas dan mudah digunakan di samping dapat menjimatkan masa pengguna. Setelah menjalankan beberapa sesi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Zull Design Autotronic (ZDA) telah menghasilkan sebuah mesin seperti yang sedia ada ketika ini. Mesin ini mempunyai dua model iaitu automatik dan separa automatik. Selain itu, pengguna juga boleh membuat pilihan untuk menggunakan bahan sama ada daripada mild steel ataupun keluli tahan karat. Penggunaan bahan tahan karat memberi jaminan bahawa produk yang dihasilkan lebih bersih dan selamat. Ia terdiri daripada tujuh dapur dan 12 acuan kuih sepit yang disusun dalam bulatan. Melalui mesin ini, pengguna dapat menjimatkan kos. Kos gaji pekerja boleh dijimatkan kerana untuk pengendalian, mesin ini hanya memerlukan seorang atau dua orang pekerja sahaja. Lebih menarik ia boleh ditempah mengikut keperluan dan kehendak pengguna. Oleh itu ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia siap. Ia bergantung kepada pengguna. Hal ini dapat membantu pengguna menempah mesin yang diperlukan mengikut modal, kemampuan spesifikasi yang di kehendaki. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan mesin ini, boleh hubungi ZDA pada waktu pejabat iaitu dari hari Isnin-Jumaat jam 9 pagi - 5.30 petang, di talian 03-6092 1928, 012-733 2066 dan faks 03-6091 4000. Pengguna juga boleh layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my untuk maklumat lebih lanjut. |
Posted: 10 Aug 2012 07:15 PM PDT WAJAHNYA tenang kala menemui penulis di Masjid as-Salam, Puchong Perdana, Selangor. Orangnya sopan dan lembut menelurkan perkataan. "Assalamualaikum, ustaz di mana? Saya sudah sampai di masjid." Dia menelefon kala saya baru sahaja memarkir kereta di halaman masjid yang indah tersergam itu. Kami bertemu sesuai janji temu yang diatur, khusus untuk slot Jejak Asnaf pada kali ini. Untuk itu, marilah sama-sama kita ikuti jejak-jejak kehidupan Mohd. Akhir Jaafar, 49, dan isterinya, Jamaliah Abu Bakar, 39, dalam merintis kejayaan demi masa hadapan berbekalkan keazaman merubah kehidupan. "Mula-mula, memang segan bagi saya untuk memohon bantuan zakat. Maklumlah, saya ini penjawat awam, bergaji tetap. Namun, dengan pangkat yang rendah dan pendapatan yang kecil, ditambah dengan tanggungan yang ramai, saya akur akhirnya untuk memohon bantuan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS). "Saya akui, kehidupan hari ini memang memerlukan belanja yang besar. Isteri saya tidak mampu bekerja berat, memandangkan dia sendiri mengidap penyakit tulang belakang dan doktor menggesa agar dia banyak berehat." Demikianlah secebis perkongsian Akhir, kala kami memulakan perbualan. Benar, isteri beliau yang turut hadir kemudiannya memberitahu, dia disahkan mengidap penyakit slip disk, radang saraf dan toksin yang berlebihan dalam badan. "Doktor menyatakan, akibat banyak makan ubat, akhirnya ia telah menjadi toksin. Malangnya, toksin itu telah menular ke dalam hati dan organ-organ dalam badan saya. Akibatnya, saya tidak mampu melakukan kerja-kerja berat. Doktor menasihati saya agar berehat. Namun jika saya berehat sepenuhnya, bagaimana dengan keperluan keluarga. Suami saya tidak mampu menyediakan semua keperluan dengan pendapatan beliau yang kecil," tambah Jamaliah. Lalu, sekitar tahun 2006 bermulalah episod mereka sekeluarga disenaraikan sebagai asnaf zakat di Selangor. LZS mengenal pasti apakah keperluan utama, maka antara yang disegerakan ialah bantuan persekolahan anak-anak dan juga keperluan lain. "Sebelum dapat bantuan LZS, kami telah melalui hidup yang sempit. Misalnya, untuk menghadapi musim persekolahan yang baru, maka keperluan anak-anak banyak tertangguh. Yuran sekolah misalnya, ada yang tidak mampu saya jelaskan sehingga ke penghujung tahun. Mujurlah pihak sekolah memahami dan mereka tidak pula memaksa. Pernah saya tidak membeli baju sekolah anak-anak dan mereka hanya memakai pakaian yang lama," akui Akhir lagi. "Apabila menjelangnya musim perayaan seperti sekarang, lagilah terasa bebannya. Maklumlah, saya menanggung keperluan tujuh orang anak. Dahulu, jika saya dapat belikan mereka sehelai pakaian baru pun sudah memadai. Manakala, bagi saya dan isteri, kami tidak kisah andai tidak bertukar pakaian baru. "Mujurlah saya dilantik menjadi amil fitrah. Dengan upah amil fitrah itulah, saya dapat jadikan modal untuk berhari raya di kampung halaman. Orang mungkin tidak tahu, namun bagi saya upah itulah yang banyak membantu," jelas Akhir ikhlas. |
Posted: 10 Aug 2012 07:14 PM PDT KITA sudah melepasi pertengahan Ramadan, bulan mulia yang bukan sahaja afdal lebih daripada 1,000 bulan tetapi juga bulan pentarbiah diri seluruh umat Islam agar mencari seberapa banyak pahala daripada pengisian ibadat yang amat unik dan istimewa ini. Salah satu hikmat kedatangan Ramadan adalah menganjurkan umatnya agar bersederhana dalam berbelanja terutama untuk persiapan berbuka dan bersahur. Dalam situasi ekonomi negara yang masih lagi berdepan dengan harga minyak yang masih tinggi dan harga barangan keperluan yang telah meningkat, maka pada bulan Ramadan inilah kita perlu mempraktikkan sikap berhemah berbelanja yang sebenarnya. Jika sebelum Ramadan, kita makan empat kali sehari, pada bulan ini kita hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk dua kali makan sahaja, iaitu waktu berbuka dan bersahur. Namun, bagi segelintir daripada kita, perkara sebaliknya pula yang berlaku. Perbelanjaan dapur meningkat berganda berbanding hari-hari biasa. Ramai yang tunduk pada nafsu hingga menyebabkan kepelbagaian juadah berbuka yang disediakan berlebihan sehingga berlaku pembaziran. Makanan adalah sesuatu yang amat bernilai kerana ia adalah rezeki Allah SWT yang harus dihargai. Semua agama di dunia ini juga menolak penganutnya daripada suka berboros dan melakukan pembaziran. Menurut kajian pada 2006, lebihan makanan membentuk hampir separuh buangan pepejal di negara ini. Daripada hampir 20,000 tan buangan pepejal yang dihasilkan setiap hari, 45 peratus terdiri daripada makanan yang dibuang. Jika difikirkan, menyediakan sendiri juadah berbuka di rumah lebih menjimatkan, buat apa lagi kita membeli makanan di bazar Ramadan yang yang dijual itu terlalu tinggi harganya. Bagi yang berkeluarga berbuka puasa di rumah dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Sesedap mana makanan itu sekalipun, yang penting ialah keredaan Allah SWT kepada kita dalam menjalani ibadah puasa secara keseluruhannya. Pada bulan puasa ini juga terdapat segelintir daripada kita, terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar menjadikan amalan berbuka puasa di hotel dan restoran mewah sebagai gaya hidup sungguhpun bayaran bufet Ramadan mencecah RM128 bagi seorang dewasa di sebuah hotel lima bintang. Berbuka di luar Tidak salah berbuka puasa di luar, sekiranya dirancang dengan sebaik-baiknya. Ini termasuklah memilih tempat berpatutan harganya, ingin mengubah selera pada hari-hari tertentu dan yang penting juga, ia menyediakan kemudahan untuk bersembahyang. Bukan setakat bersiap siaga untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur, Ramadan begitu besar maknanya bagi kita untuk bermuhasabah diri. Tidak akan lengkap sekiranya kita tidak membuat penilaian terhadap perbuatan atau perilaku kita yang dilakukan sehari-harian dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Aspek yang perlu kita tanyakan kepada diri kita ialah sejauh mana amalan nilai-nilai murni telah meresap dalam jiwa kita seterusnya menjadi amalan perlakuan kita seharian. Muhasabah pemikiran yang paling mudah ialah berfikir sama ada kita telah memenuhi tuntutan dalam menghargai nikmat yang kita peroleh dan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita. Renung nikmat Puasa di bulan Ramadan mengajar kita merenungi bahawa betapa banyak nikmat yang telah kita terima selama hayat kita dan sejauh mana kita telah bersyukur dengan kenikmatan tersebut. Secara mudah, dalam melaksanakan ibadah puasa sendiri, kita dapat melaksanakannya tanpa terlalu banyak rintangan fizikal yang perlu kita lalui, bahkan suasana bulan Ramadan di Malaysia menunjukkan betapa damai dan melimpahruahnya rezeki, sehingga kadang-kala timbulnya pembaziran. Ini berbeza dengan suasana Ramadan di kalangan umat Islam di negara-negara yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah bencana alam, pergolakan, krisis dan keamanan yang tergugat. |
Posted: 10 Aug 2012 07:13 PM PDT TINGGAL beberapa hari sahaja lagi kita akan keluar daripada madrasah Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Madrasah Ramadan ini diharapkan menjadi medan tarbiah kepada diri kita semua untuk menyucikan jiwa dan membersihkan hati (tazkiyatun nafs) daripada segala sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah SWT. Biasanya, apabila kita menyebutkan bulan Ramadan, lantas akan mengingatkan kita tentang kefarduan puasa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT bagi sesiapa yang sempat berada di bulan ini. Objektif tertinggi daripada ibadah puasa ini ialah melahirkan manusia yang bertakwa kepada Allah. (rujuk al-Baqarah: 184) Namun, berapa ramai yang hampir terlupa tentang kewajipan yang turut ditetapkan pada bulan istimewa ini iaitu membayar zakat fitrah. Secara umumnya, zakat dari sudut bahasa bermaksud kesuburan (al-numuww atau al-nama'), keberkatan (al-barakah) dan pertambahan baik (ziyadah al-khayr). Memahami maksud zakat fitrah atau dikenali juga sebagai zakat badan dimaksudkan sebagai "satu nama bagi apa yang dikeluarkan sebanyak satu sa' daripada tamar atau satu sa' daripada bijirin (sya'ir) di bulan Ramadan ke atas setiap manusia yang merdeka ataupun hamba, sama ada lelaki atau perempuan daripada orang Islam." (lihat al-iqna' fi hall al-fadz Abi Syuja', Muhammad al-Syarbini). Takrifan ini sebenarnya adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar yang bermaksud: Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum. (riwayat Muslim) Buku panduan zakat yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memberikan panduan bahawa satu sa' ialah bersamaan dengan satu gantang Baghdad. Satu gantang Baghdad pula bersamaan dengan 2.7 kilogram (kg). Ia perlu dikira berdasarkan makanan ruji di sesuatu tempat. Contohnya, pada zaman Rasulullah SAW, makanan ruji di tempat dan zaman tersebut adalah kurma dan gandum. Manakala makanan ruji di Malaysia ialah beras. Maka kadar zakat fitrah bagi masyarakat Islam di Malaysia ialah mengikut harga beras semasa didarabkan dengan 2.7kg. Kewajipan zakat fitrah adalah berlainan dengan zakat harta. Zakat harta diwajibkan apabila harta tersebut telah mencapai kadar nisab yang mengikut harga emas semasa dan apabila telah mencukupi satu haul. Apabila telah sempurna syarat-syarat tersebut, maka hendaklah dikeluarkan sebanyak 2.5 peratus daripada harta yang diwajibkan zakat itu. Manakala zakat fitrah pula diwajibkan kepada mereka yang mempunyai makanan yang cukup dari malam hari raya sehinggalah pagi hari raya mengikut kadar makanan yang menjadi kebiasaan kepada masyarakat setempat. Sekiranya dihayati, zakat fitrah mempunyai syarat yang amat mudah yang kebiasaannya dapat dipenuhi oleh umat Islam. Ini menyebabkan hampir semua individu Muslim menepati kewajipan membayar zakat fitrah. Ia juga memberikan ruang kepada golongan miskin untuk turut membayar zakat bagi membantu golongan yang lebih tidak berkemampuan daripada mereka. Dalam konteks ini, Islam telah menaikkan martabat golongan miskin kerana dapat memberikan sumbangan melalui zakat fitrah. |
Posted: 10 Aug 2012 07:12 PM PDT DI antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW yang mendapat perhatian dan pengkajian di kalangan ahli ilmu ialah tentang kemampuan baginda menjamin tanah syurga. Keistimewaan ini telah disebut oleh al Hafiz al Suyuti, al Qustallani dan al Zurqani dalam syarahnya bagi kitab al Mawahib al Ladunniyyah. Perkara sedemikian pernah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya: "Aku hanyalah pembahagi dan Allahlah Pengurnia." Jika pepatah syurga di bawah telapak kaki ibu itu benar, mengapa tidak benar kenyataan yang menegaskan bahawa syurga itu di bawah titah Nabi Muhammad SAW? Bahkan di bawah telapak kaki baginda? Walau bagaimanapun, maknanya adalah sama dan diketahui sesiapapun, meskipun bagi orang yang mempunyai serendah-rendah ilmu. Ia merupakan ungkapan majazi (kiasan) yang bermaksud, untuk sampai ke syurga, mesti melalui jalan melakukan kebaikan dan berkhidmat kepada kedua ibu bapa, terutama kepada ibu. Jika ia dinisbahkan kepada nabi SAW, bererti untuk memasuki syurga disyaratkan supaya mentaati, mengasihi dan menyokong baginda. Jaminan Makna menjamin tanah syurga ialah Nabi SAW menjadi penjamin masuknya sebahagian para sahabat ke dalam syurga. Jaminan ini telah diperoleh oleh orang-orang yang menyaksikan Perjanjian 'Aqabah. Ubadah ibnu Somit r.a. meriwayatkan dengan katanya: "Saya termasuk di antara orang yang menghadiri Perjanjian 'Aqabah yang pertama. Dalam perjanjian tersebut, kami membai'ah Rasulullah SAW untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatupun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan melakukan pendustaan besar yang kami ada-adakan di antara kami dan tidak akan menderhakai Nabi SAW." Baginda SAW bersabda: "Jika kalian menyempurnakan bai'ah ini, maka bagi kalian syurga. Tetapi jika kalian mengingkari sesuatu daripada itu, maka urusan kalian diserahkan kepada Allah, jika Dia menghendaki Dia akan menyeksa kalian dan jika Dia berkenan, Dia akan mengampuni kalian." Dalam sahih Muslim disebutkan dengan jelas bahawa bai'ah tersebut disertakan dengan jaminan masuk syurga. 'Ubadah ibn Somit RA berkata: "Saya termasuk di antara pemimpin yang membai'ah Rasulullah SAW." 'Ubadah berkata lagi: "Kami membai'ah Rasulullah SAW untuk tidak lagi menyekutukan Allah dengan sesuatupun, tidak mencuri, tidak berzina, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah, kecuali dengan jalan yang hak, tidak merampas dan tidak menderhaka. Kami dijanjikan syurga jika kami melakukan perkara-perkara tersebut." Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa menyempurnakan bai'ahnya, maka baginya balasan syurga." Menurut riwayat Qatadah r.a., mereka yang berbai'ah itu berkata: "Wahai Rasulullah! Apa hak kami jika kami memenuhi bai'ah itu?" Baginda menjawab: "Syurga." Menurut riwayat Ibnu Mas'ud r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: "Apabila kamu telah melaksanakan (bai'ah) itu, maka bagi kamu hak Allah dan aku untuk memasukkan kamu ke dalam syurga." Diriwayatkan daripada Abdullah ibnu 'Abbas r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda: "Disediakan bagi para nabi mimbar khusus daripada cahaya, mereka semua duduk di atasnya. Yang tinggal (kosong) cuma mimbar saya. Iaitu saya tidak duduk di atasnya, tetapi saya berdiri di hadapan Tuhan dalam keadaan bimbang jika saya diutuskan ke syurga, sedangkan umat saya masih tercicir. Maka saya berkata "Wahai Tuhan! Umat saya, umat saya!" Allah berfirman: "Wahai Muhammad! Apakah yang engkau ingin Aku lakukan terhadap umatmu?" Saya pun menjawab: "Wahai Tuhan saya! Percepatkanlah hisab mereka." Lalu mereka pun dipanggil, kemudian dihisab. Di antara mereka, ada yang masuk ke dalam syurga dengan rahmat-Nya dan ada yang masuk ke dalam syurga dengan berkat syafaat. Maka saya terus memberi syafaat sehinggalah saya memberikan tiket masuk ke syurga untuk beberapa orang yang telah dihalau masuk ke dalam neraka. Sehinggakan Malik malaikat penjaga neraka berkata: "Wahai Muhammad! Engkau tidak sekali-kali meninggalkan pada umatmu suatu peluang bencana (azab) pun untuk kemurkaan Tuhanmu." |
Posted: 10 Aug 2012 07:09 PM PDT SIAPA yang tidak mahu mendapatkan sesuatu secara berganda. Bayangkan kita membeli sebuah kereta mewah dan diberikan lagi percuma sebuah, malah sehingga lebih 70 kereta secara percuma. Kedengaran agak melucukan, namun begitulah perumpamaan kelebihan ganjaran yang Allah SWT janjikan kepada umat Islam yang melakukan amal ibadah pada bulan mulia iaitu Ramadan yang sedang kita lalui sekarang. Terasa amat rugi jika kita tidak mengambil peluang memanfaatkan kelebihan bulan ini di mana di dalamnya terdapat satu malam yang bersamaan seribu bulan. Tanpa kita sedari, pantasnya masa berlalu, Ramadan bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Bagi mereka yang benar-benar menghayati bulan yang penuh istimewa ini pasti terasa amat berat untuk meninggalkannya. Bulan Ramadan yang dijanjikan pelbagai kelebihan itu hanya tiba sebulan dalam setahun. Tiada siapa dapat menjamin akan peluang untuk menemuinya pada tahun akan datang. Pendakwah terkemuka, Datuk Ismail Kamus berkata, selain dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda, bulan Ramadan yang disyariatkan berpuasa kepada umat Islam merupakan pintu kepada ibadah. Ini kerana katanya, melalui berpuasa dapat menyempitkan saluran darah yang menjadi laluan syaitan untuk menghasut manusia daripada melakukan amal kebajikan dan meninggalkan pelbagai perbuatan mungkar. "Amalan berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum. Oleh itu dengan cara berlapar menjadikan saluran darah dalam tubuh manusia yang menjadi laluan syaitan akan mengecil. "Justeru dengan melaksanakan puasa dapat menyempitkan laluan syaitan itu daripada melalui tubuh manusia dan menghasut fikiran kita untuk melakukan perkara-perkara mungkar. "Malah, dengan itu, kita perlu mengambil peluang menjadikan bulan puasa sebagai salah satu bulan untuk muhasabah diri dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT," katanya. Beliau berkata demikian ketika memberikan ceramah umum sempena sambutan Ramadan 2012 di Madrasah al-Ikhsaniah, Pangsapuri Bukit Baru, Keramat Hujung, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Tambahnya, terdapat tiga kategori atau tingkat orang yang berpuasa iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khususul khusus. "Puasa umum adalah orang yang hanya mendapat penat, lapar dan dahaga sahaja tanpa diberikan apa-apa ganjaran daripada Allah SWT. Ini kerana, puasa umum adalah puasa orang yang tidak berusaha mencegah daripada melakukan perbuatan mungkar dan juga meninggalkan perintah Allah SWT yang lain. "Puasa Khusus pula adalah puasa orang yang sentiasa menjaga tingkah lakunya daripada melakukan perbuatan mungkar dan menunaikan perintah Allah SWT yang lain, di samping memperbanyak amalan sunat. "Manakala puasa Khususul Khusus pula adalah dengan menyertakan semua perbuatan di atas di samping disertai dengan puasa di hati, iaitu berpuasa daripada cita-cita kotor dan pemikiran duniawi. Puasa ini adalah puasa tahap Anbiya', Siddiqin dan para ulama," jelasnya. |
Posted: 10 Aug 2012 07:08 PM PDT TAHUN 2003 ternyata membawa tuah kepada anak jati Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini. Dia bukan setakat dilihat memecah dominasi lelaki ketika menyertai pertandingan rekaan fesyen Anugerah Jarum Berlian, malah dia memenanginya ketika umurnya baru menginjak angka 19 tahun. Sejak itu, bintang anak sulung daripada lima beradik ini terus berkerlip terang dalam industri fesyen tempatan. Seterusnya menempatkan diri setanding dengan pereka-pereka sedia ada. Mengakui meminati bidang seni sejak di bangku sekolah lagi, pemilik nama, Azura Mazaruddin ini lebih selesa memilih bidang yang bersangkutan dengan minatnya. Malah pembukaan Azura Couture sekitar tahun lepas membuktikan kesungguhan wanita muda ini untuk pergi lebih jauh dalam bidang fesyen. Apa yang lebih membanggakan ia 'terhasil' daripada titik peluhnya sendiri setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia tersebut. "Mungkin masa yang diambil untuk membuka Azura Couture agak lama selepas memenangi Anugerah Jarum Berlian. Dalam tempoh itu saya sebenarnya belajar dan mengumpul pengalaman sehingga benar-benar yakin untuk tampil dengan label sendiri," katanya. Begitupun, dia amat berterima kasih kepada kedua ibu bapanya serta ahli keluarga yang lain kerana memberi sokongan padu yang tidak terhingga di kala susah dan senang. Hadir sebagai pereka fesyen dalam dunia yang lebih didominasi lelaki, Azura nyata tidak kekok untuk berada dalam kumpulan tersebut malah dia amat berbangga untuk bersama-sama menaikkan lagi industri fesyen tanah air. "Jika ditanya perasaan Zura apabila berada dalam bidang yang didominasi kaum lelaki sudah pasti ia satu kelebihan kerana kita sering menjadi tumpuan. "Bagi Zura setiap pereka ada kelebihan masing-masing kerana ada pelanggan yang lebih senang berurusan dengan pereka perempuan terutama apabila membincangkan mengenai bentuk tubuh mereka. "Bagaimanapun senario ini merupakan satu persaingan yang sihat dan dalam masa yang sama mereka (pereka-pereka lelaki) ini juga merupakan kawan seperjuangan Zura yang sama-sama naik," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Tambahnya, kehadirannya dalam bidang fesyen bukan bertujuan menyaingi sesiapa tetapi mempercayai rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh-Nya. Hari ini siapa sangka Azura merupakan salah seorang pelapis pereka fesyen yang sedang mencipta nama. Dalam masa yang sama, pemilik Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka Fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini semakin galak mendapat tempahan daripada selebriti, bakal pengantin, syarikat-syarikat pakaian korporat dan sebagainya. Pelakon popular, Nora Danish merupakan artis pertama menggayakan rekaannya pada awal kemunculan dalam dunia fesyen. Menampilkan rekaan-rekaan yang elegan, kreatif dan tersendiri, apa yang pasti buah tangan Azura sentiasa segar dan mengikut peredaran zaman. Bagi Azura, segala idea yang 'dicurahkan' di atas sekeping kertas sebelum merealisasikan di atas kain, diperoleh daripada bahan-bahan bacaan baik melalui Internet, majalah tempatan mahupun majalah antarabangsa. Tidak ketinggalan menggarap idea daripada pemantauan fesyen-fesyen antarabangsa terutama dari Indonesia. Dengan idea kreatif serta berani mencetuskan kelainan dalam setiap rekaannya, pereka berusia 28 tahun ini gemar memilih fabrik mewah seperti satin, sifon dan dutches serta gabungan warna-warna terang agar tampak eksklusif. Menyentuh mengenai Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, Azura tidak ketinggalan menerima tempahan pakaian daripada para pelanggan tetapnya. Begitupun tempahan yang diambil agak terhad mengikut kemampuan untuk menyiapkannya. Bagi memastikan tempahan dihasilkan dengan baik dan mengikut waktu yang ditetapkan, Azura mengupah empat orang pembantu. "Sebenarnya sebelum ini saya lebih memberi tumpuan pada pakaian untuk majlis perkahwinan. "Memang banyak masa diperlukan untuk menyiapkan tempahan perkahwinan kerana ia lebih rumit dan memerlukan ketelitian. "Sebab itu saya mengehadkan tempahan untuk hari raya takut tidak terbuat," jelasnya. Pada masa yang sama, setiap tahun Azura turut bertanggungjawab menyediakan pakaian raya untuk seluruh ahli keluarganya. Ceritanya, sejak melibatkan diri secara serius di dalam bidang fesyen, dia lebih selesa menyediakan pakaian untuk ibu bapa serta empat lagi adiknya walaupun dia sentiasa dihambat kesibukan. Hari ini selepas lebih enam tahun bergelumang dalam bidang fesyen, awal tahun lalu menyaksikan Asura mengembangkan lagi perniagaannya dalam bidang perunding perkahwinan. Ini secara tidak langsung Azura Couture bukan sahaja mengambil tempahan baju perkahwinan tetapi turut menawarkan perkhidmatan seperti solekan, fotografi, hiasan majlis dan sebagainya. Menyentuh mengenai alam perkahwinan pula, tanpa berselindung Azura menyatakan kegagalan dalam bercinta beberapa tahun lalu membuatkan dia kini lebih senang menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya. Bukan tidak mahu memikirkan soal rumah tangga, namun Azura percaya mungkin jodohnya masih belum sampai. "Tipulah kiranya Zura beritahu tidak langsung memikirkan soal ini (kahwin). Wanita mana yang tidak mahu berpakaian cantik dan digandingkan pula dengan orang yang tersayang di atas pelamin. "Tetapi mungkin sudah tertulis jodoh Zura belum sampai dan Insya-Allah ada tapi bukan sekarang," katanya sambil tersenyum. Sememangnya dikenali sebagai seorang pereka fesyen tetapi mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Azura sebenarnya pernah menjadi pensyarah dalam bidang yang sama di salah sebuah kolej swasta di ibu kota. Memegang jawatan tersebut lebih kurang setahun, dia terpaksa melepaskan jawatan itu kerana merasakan ia bukan bidangnya. Begitupun, Azura sering dijemput memberi ceramah mengenai fesyen dan kerjaya kepada para pelajar ataupun mereka yang terlibat dalam dunia fesyen. Apa-apa pun, wanita cantik ini dilihat begitu komited dalam kerjayanya hari ini hinggakan dia merancang untuk memasarkan jenamanya ke pasaran antarabangsa. |
Posted: 10 Aug 2012 07:06 PM PDT MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui bahawa Galeri Seri Endon mempunyai butik pamerannya yang terletak di Epicure 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Galeri tersebut bukan sahaja mempamerkan kain batik malah banyak produk kraf, aksesori yang berasaskan batik. Terkini Galeri Seri Endon mengetengahkan rekaan kreatif lagi menawan oleh para peserta pertandingan akhir Piala Seri Endon. Dalam pertandingan yang diadakan setiap tahun itu, pelbagai bakat telah dicungkil yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam menghasilkan rekaan batik eksklusif bagi memastikan warisan budaya kekal dalam hasil kreativiti mereka. Baru-baru ini berlangsung majlis minum petang dan perarakan batik rekaan eksklusif lima pereka batik tersebut di Kafe Chef & Brew, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Antara tetamu yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang), Datuk Leela Mohd. Ali, Puan Seri Faridah Idris dan tetamu kehormat lain. Pengerusi Penyayang, Nori Abdullah berkata, Galeri Seri Endon bukanlah sekadar satu butik penjualan batik yang menggunakan nama ibunya, Allahyarham Endon Mahmood. Ia sebenarnya satu galeri yang memberikan satu ilmu kepada masyarakat Malaysia dan juga pelancong tentang Batik Malaysia sebagai satu kebanggaan dan juga warisan negara. "Inisiatif ini yang diberi nama 'Galeri Seri Endon' adalah hak milik sepenuhnya Yayasan Budi Penyayang Malaysia dan juga menjadi sebahagian daripada Pergerakan Kraftangan Batik Malaysia Untuk Dunia yang telah diketuai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Dalam galeri ini, kami menghimpunkan hasil kerja terbaik peserta akhir Piala Seri Endon, satu pertandingan tahunan yang mencari bakat terbaru yang terpendam di dalam industri batik. "Galeri ini boleh dianggap sebagai 'inkubator' untuk memberi sokongan kepada pereka batik ini dari bermula sebagai status 'artis' hinggalah kepada usahawan," ujar Nori. Ujar Nori lagi, dengan pembelian batik oleh orang ramai di Galeri Seri Endon, ia bukan saja menunjukkan tanda sokongan malah memastikan bahawa kecintaan terhadap batik tempatan tidak pupus. "Ini adalah impian ibu saya, di mana satu usaha yang bukan bermotif keuntungan yang memberikan sumbangan kepada pembangunan bakat muda dalam industri batik. "Batik bukan saja dari Malaysia, malah Indonesia, India, China dan sebahagian dari negara Afrika, namun batik Malaysia mempunyai karakter yang tersendiri dan kami amat gembira kerana dapat berkongsi keindahan tersebut dengan semua," jelasnya. Peminat batik eksklusif boleh berkunjung ke Galeri Seri Endon untuk mendapatkan pilihan batik anda atau boleh juga kunjungi laman web www.galeriseriendon.com.my. |
InSTAR raih dua emas pertandingan inovasi Posted: 10 Aug 2012 07:05 PM PDT Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) sekali lagi menyerlahkan keupayaannya dengan memenangi dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa pada Pertandingan Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) sekolah Malaysia peringkat kebangsaan di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor baru baru ini. Pengetuanya, Lailatun Zalaliah berkata, kemenangan tersebut adalah kesinambungan daripada kejayaan yang diperoleh dalam pertandingan ciptaan dan inovasi peringkat antarabangsa di Thailand, Amerika Syarikat, Romania, Turki dan Taiwan. "Kejayaan yang dicapai sepanjang tahun 2012 dalam bidang ciptaan dan inovasi ini diharap menjadi satu etos dan watak kepada InSTAR serta dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. |
Enam pelajar wakili negara ke cabaran perdagangan dunia Posted: 10 Aug 2012 07:04 PM PDT ENAM pelajar tingkatan empat mewakili tiga sekolah sekitar Lembah Klang menggalas harapan negara setelah terpilih menyertai Malaysia Cabaran Perdagangan Antarabangsa (ITC) FedEx Express/Junior Achievement 2012 yang berakhir di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. Mereka terdiri daripada wakil pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat bandar Puchong 1, Vienoth Segar dan Tan Khai Wen; See Pei Er dan rakannya, Yovisha Vijayakumar (SMK Seafield) manakala SMK Bandar Utama 3 pula diwakili Tan Lu Ping dan Lee Nao JIN. Pada pertandingan peringkat akhir kali kelima ini, mereka menewaskan 14 pelajar lain untuk membawa pulang hadiah berupa piala dan baucer buku MPH bernilai RM1,000 setiap pasukan. Kesemua peserta mengambil masa selama tiga minggu untuk melengkapkan persiapan menjadi pasukan yang paling bijak mengetengahkan strategik pemasaran yang baik dalam aspek pengeluaran, eksport barangan dan pemasaran barangan ke destinasi pasaran luar negara. Pelajar diadili barisan hakim profesional bagi memilih pasukan yang layak mewakili negara menyahut cabaran 24 pasukan lain dari Hong Kong, Jepun, Korea, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam di Hong Kong dari 27 hingga 29 Ogos ini. Seramai 536 pelajar mewakili 29 sekolah menyertai pertandingan tersebut dengan memfokuskan aspek pembelajaran mengenai strategik dan menghasilkan perniagaan yang berkesan. Penganjuran ITC FedEx Express/ Junior Achievement bertujuan membentuk fikiran pemimpin perniagaan pada masa hadapan dan menyedarkan mereka mengenai kemungkinan yang terdapat dalam ekonomi global. |
Posted: 10 Aug 2012 07:03 PM PDT LG Electronics Malaysia (LG) kini kembali dengan tawaran lebih istimewa dengan promosi Balik Kampung Raya yang lebih hebat. Promosi tersebut menawarkan pakej yang menarik untuk pelbagai produk LG termasuk televisyen 3D, TV pintar, TV LED, 3D dan peralatan teknologi maklumat (IT) lain termasuk monitor, sistem teater rumah, mesin basuh dan peti sejuk. Pengguna yang membeli produk TV LG Cinema 3D Smart TV 72 inci LM9500 iaitu model TV FPR 3D LED terbesar di negara ini , atau model 55 inci LM9600 akan menerima sistem teater rumah 3D Blu-ray dan pek parti mengandungi empat pasang cermin mata 3D bernilai lebih RM3,000. Bagi pembelian TV LG 65 inci, LM6200 Cinema 3D Smart TV, LG akan menawarkan sistem teater rumah 3D Blu-ray, dongle wi-fi dan empat pasang cermin mata 3D tambahan bernilai RM2,300. Sementara itu, pengguna yang membeli TV LG 55 inci LM4610 Cinema 3D Smart akan membawa pulang pemain DVD Blu-ray 3D secara percuma. LG juga menawarkan pelbagai pakej lain untuk televisyen Cinema 3D TV Smart serta pilihan tawaran tambahan diskaun untuk sistem teater rumah yang terpilih apabila mereka membeli mana-mana TV ini. Teknologi Cinema LG 3D membolehkan tontonan 3D yang lebih menarik, selesa dan tontonan tiada had untuk keseronokan maksimum. Menariknya, antara tambahan baru dalam reka bentuk Cinema Screen, termasuk dengan mengurangkan lebar bezel hampir 1mm, yang menghapuskan halangan fizikal untuk memberikan satu pengalaman tontonan 3D seakan menonton filem di pawagam sebenar. Bagi peralatan rumah, LG juga telah menawarkan jaminan lima tahun untuk kompresor peti sejuk dan jaminan 10 tahun pada motor Inverter Direct Drive mesin basuh yang terkenal dengan ketahanan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Inverter Direct Drive LG juga menawarkan prestasi yang diperingkatkan, bunyi bising yang dikurangkan dan penjimatan tenaga yang lebih baik. Selain itu, LG menawarkan lagi bonus dengan menawarkan bekas air 9L dan kad cenderamata RM50 daripada Petronas sebagai tambahan kepada hadiah percuma musim raya ini. "Kami menghargai kesetiaan pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk kami. Dengan promosi Raya tahun ini, pengguna kini boleh mengambil kesempatan memilih pakej menarik LG yang ditawarkan. Ia sesuai dengan semangat kami untuk meraikan perayaan kali ini bersama-sama pelanggan-pelanggan kami," kata HK Kwon, Pengarah Urusan LG Electronics (M) Sdn Bhd. Bermula 6 hingga 9 Ogos ini, LG turut memberikan buah tangan percuma dalam bentuk paket duit raya di plaza tol lebuh raya DP-Sunway, Jalan Duta, Sungai Besi dan Sri Damansara. Promosi LG Balik Kampung Raya kini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 31 Ogos ini . Untuk maklumat lengkap tentang promosi Raya LG, layari ke www.lg.com/my atau layari laman Facebook LG (www.facebook.com/LGE Malaysia) atau hubungi 1-800-822-822. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan