ads

Jumaat, 3 Ogos 2012

borak kosong


sumber :-

borak kosong


Lukisan Raksasa di Atas Permukaan Pasir Pantai

Posted: 03 Aug 2012 09:30 PM PDT


Seni memang tak mengenal batas, begitu juga dengan lingkungan boleh menjadi objek yang menakjubkan bagi para seniman. Everwright seniman dari Inggris telah melakukan projek gambar berjalan selama 8 tahun terakhir, seperti yang telah ia lakukan akhir-akhir ini di pantai Inggris. Ia menggambar di atas permukaan pasir dipantai inggris menjadi pola-pola yang begitu indah, dalam penggambarannya tersebut ia menggunakan traktor kuno sehingga menciptakan pola-pola yang unik di sepanjang pasir pantai inggris.












Anda Tak Akan Percaya Melihat Fenomena Seperti Ini (Foto)

Posted: 03 Aug 2012 09:15 PM PDT

Pelangi ini sering disebut fire rainbows atau pelangi api. Namun, bentuk aneh dan misteri ini bukan jenis pelangi ataupun api. Secara teknis, keadaan alam ini disebut iridescent clouds atau awan berwarna-warni dan sebuah fenomena yang jarang terjadi.

Dalam pernyataan yang dikeluarkan NASA dan dikutip Fox News, Sabtu (4/8/2012), fenomena ini terjadi kerana jatuhnya butiran air dari awan yang ukurannya beraturan. Awan ini kemudian menguraikan sinar atau membelokkan sinar yang kemudian memisahkan cahaya dalam ukuran ataupun warna yang berbeda. 
Akibatnya, awan ini mirip dengan warna-warna yang indah yang terbentuk kerana penguraian serta memproduksi pola yang bergerak ke sana ke mari mulai dari warna biru, hijau, ke merah, hitam, lalu kembali ke biru lagi.



Meski awan warna-warni mirip dengan pelangi yang kaya akan warna, cara pembiasan cahayanya berbeza. Pelangi terbentuk dari pembiasan dan refleksi dan ketika cahaya dibiaskan maka akan berbelok menembus medium yang berbeza seperti air atau prisma.

Sementara awan warna warni terbentuk, seperti bulu burung merak, warnanya berubah tergantung dari posisi relatif ke matahari dan sebuah objek.Awan ini tertangkap kamera di langit Florida selatan, Amerika Syarikat (AS), pada 31 Julai lalu.

sumber: Tribunnews.com

Kucing Paling Beruntung Milik Karl Lagerfeld

Posted: 03 Aug 2012 09:00 PM PDT

Choupette bukan sembarang kucing. Haiwan peliharaan Karl Lagerfeld ini memiliki tiga asisten pribadi, jet peribadi, iPad, buku harian, dan akaun Twitter dengan 12.000 follower. 

"Anda tahu, sesungguhnya saya tak merasa popular. Choupette yang justru sekarang terkenal. Dia menjadi kucing paling terkenal di dunia," kata desainer Rumah Mode Chanel itu, seperti dikutip guardian.co.uk. 

Hidup Choupette semanis namanya. Choupette --dalam bahasa Perancis ertinya manis--, sehari-hari makan bersama Lagerfeld di meja makan. Tidur di atas bantal berkualiti tinggi. Setiap dua minggu, kucing ini juga memiliki jadual check up ke doktor haiwan. 

Ada tiga asisten pribadi yang bertugas memenuhi keperluan Choupette. Dengan sistem kerja shift, dayang-dayang ini tak hanya bertugas memberi makan dan mengajak bermain, tapi juga mencatat semua tindakan dan emosi dalam sebuah jurnal harian. 

Sembilan bulan terakhir, sudah ada 600 catatan harian mengenai keseharian Choupette. "24 March. Mengambil daging ayam dengan tangan, ditata di mangkok kristal. Choupette tidak mahu makan. 17 April. Choupette harus membersihkan sedikit kotoran dari kakinya. Menggunakan syal Chanel."

Daya pikat Choupette bukan mustahil menginspirasi Lagerfeld meluncurkan serangkaian koleksi Chanel teranyar. "Bulunya begitu indah, seperti powderpuff besar yang membuat orang-orang terpana," ujarnya. 

Kisah Lagerfeld dan Choupette bermula sembilan bulan lalu. Saat model Baptiste Giaconi menitipkan Choupette di kediaman Lagerfeld. Merasa jatuh hati, Lagerfeld meminta Giaconi untuk tak mengambilnya lagi. Lagerfeld mengadopsi dan merawatnya.

Sumber : http://life.viva.co.id

Lelaki Ini Menggigit Bibir Isterinya Sebagai Bukti Kesetiaan

Posted: 03 Aug 2012 08:45 PM PDT


Seorang lelaki asal Sweden dihukum setelah menggigit bibir isterinya. Lelaki itu adalah seorang profesor . Namun ternyata alasan sang Profesor menyerang isterinya adalah untuk membuktikan bahawa istrinya tersebut tidak pernah mencium lelaki lain selain dia.
Berita online Sweden melaporkan, bahawa hukuman pria tersebut dikurangi, kerana Ia tetap menemani istrinya sampai ambulan datang sesaat penyerangan itu terjadi.
Aksi gigit-menggigit ini pun juga pernah terjadi dibeberapa negara dengan motif dan bagian tubuh yang berbeza.

Foto Markas Baru Google di London

Posted: 03 Aug 2012 08:30 PM PDT







Habis Transplant Hati, Datuk 61 Tahun Berubah Muda

Posted: 03 Aug 2012 08:15 PM PDT


 Seorang lelaki 61 tahun mulai berubah menjadi semakin muda dimana kedutnya mulai berkurang dan dirinya tak lagi memerlukan ubat-ubatan diabetes setelah menjalani transplantasi hati.


KGK Pillai gak lagi bergantung pada ubat diabetes, pun rambut keabu-abuan miliknya berubah berwarna jadi hitam serta kedutnya hilang sejak dirinya menjalani transplant hati atau liver milik lelaki 21 tahun.


"Aku tak hanya terlihat muda, aku seperti dilahirkan kembali sebagai seorang lelaki muda.


Aku dulu minum ubat untuk diabetes selama 12 tahun. Setelah transplantasi, aku tak lagi minum ubat sejak tingkat kadar gulaku secara misteri  terkendali."

Berani tak korang tegur kakak ni?

Posted: 03 Aug 2012 08:00 PM PDT

tengah lena diulit mimpi..reserved seat dia sapu..siap baring lagi...

Ibu bimbang anak diculik untuk dijadikan pelacur

Posted: 03 Aug 2012 07:45 PM PDT


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri, Phua Cheak Hock, 42, dan Tan Lu Ceng dari Wangsa Maju di sini, mengesyaki kehilangan anak perempuannya sejak Rabu lalu adalah akibat menjadi mangsa culik dua individu yang mempergunakan pelajar-pelajar perempuan untuk kegiatan pelacuran.
Menurut ibu malang itu, Lu Ceng, 42, anaknya, Yvonne Phua Sze Kei, 18, merupakan pelajar Sekolah Menengah Perempuan Air Panas, Setapak telah hilang secara tiba-tiba dari sekolah pada 1 Ogos lalu.
"Pada hari kejadian, saya telah menghantar Yvonne ke sekolah pada waktu pagi dan nampak dia terus memasuki kawasan sekolah seperti biasa.
"Namun, ketika saya ingin menjemputnya selepas tamat sesi persekolahan pada pukul 1.10 petang, saya dapati dia tidak muncul-muncul sehingga memaksa saya ke sekolah untuk bertanya kepada gurunya.
"Peliknya, gurunya menyatakan Yvonne tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan," katanya pada sidang akhbar yang berlangsung di Pusat Khidmat Datuk Yew Teong Look di Taman Danau Kota semalam.
Cerita Lu Ceng lagi, sebulan yang lalu, anak lelakinya telah mengadu kepadanya bahawa Yvonne sedang berkawan dengan dua individu iaitu seorang lelaki bernama Father (nama samaran) dan seorang tomboi iaitu seorang wanita yang menyerupai lelaki, Low Hong Xiu, 25, dari Skudai, Johor melalui laman sosial, Facebook.
Ekoran itu, Lu Ceng telah menasihati anak perempuannya mengenai perhubungan itu dan meminta agar berhati-hati dengan kawan-kawan baharu berkenaan.
Ujar Lu Ceng, beberapa hari kemudian sebelum anak perempuannya itu hilang, ada seorang wanita telah menghubungi anak lelakinya dan mengugut untuk melarikan Yvonne ke luar negara jika keluarganya menghalang mereka daripada berkawan.

sumber : kosmo online

Aktres porno ‘panaskan’ Bollywood

Posted: 03 Aug 2012 07:30 PM PDT


MUMBAI: Seorang bintang filem lucah membuat penampilan pertama Bollywood semalam dalam produksi dijangka paling panas dalam industri perfileman India.
Sunny Leone, anak pasangan India tetapi lahir di Kanada membawa watak pelakon lucah dalam filem Jism 2 (Tubuh 2).

Tayangannya memang diperkatakan ramai, sama seperti poster promosinya yang mencetuskan kontroversi kerana bersifat provokatif. Datuk Bandar Mumbai, Sunil Prabhu, mengarahkan poster Jism 2 ditanggalkan dari bas awam di bandar raya itu, selepas seorang ahli politik mendakwa ia tidak senonoh. Iklan filem itu memaparkan seorang wanita tetapi bukan Sunny bergaya seksi dan menggoda di bawah selimut yang basah.


Pengkritik berkata, langkah itu adalah contoh terbaru dasar "pengawasan moral" dilaksanakan di Mumbai, selepas beberapa serbuan ke atas pusat hiburan popular dijalankan pihak berkuasa baru-baru ini. Sunny, 31, memang popular di AS dan mula mencipta nama di India sejak menyertai siri realiti di televisyen, Bigg Boss, tahun lalu. Menurut Sunny, filem Hindi pertamanya itu bukan produksi murahan.

"Ya, promosinya mungkin membayangkan filem ini sarat dengan aksi seks tetapi sebenarnya ia adalah cerita thriller dramatik. Anda boleh mengharapkan beberapa kejutan," katanya. Video menggunakan judul filem itu yang dimuat naik di YouTube mencatat hampir tiga juta pelawat sejak bulan lalu.


Dalam promosi di Delhi Jumaat lalu, Sunny mengejutkan media tempatan apabila bergaya dengan pakaian dalam sambil berbaring di atas katil. Dia juga muncul dalam iklan kondom serta kempen amal haiwan India. - AFP



sumber : myMetro

Doktor mengaku buang mayat pesakit wanita di taman tepi sungai

Posted: 03 Aug 2012 07:15 PM PDT


SEOUL: Seorang doktor mengaku membuang mayat pesakitnya selepas dia secara tidak sengaja membunuh wanita terbabit dengan ubat penenang, kata polis semalam.
Menurut polis, pihak berkuasa kini menunggu waran tangkap rasmi ke atas doktor tempatan berusia 45 tahun itu hanya dikenali sebagai Kim.

Jurucakap polis berkata, suspek bertugas di sebuah pusat perubatan di daerah Gangnam, selatan Seoul. "Mangsa mendapatkan khidmat Kim kerana mengalami masalah sukar tidur di sebuah hospital," katanya.


Jurucakap itu berkata, Kim kemudian memberi wanita terbabit dikenali sebagai Lee, 30, lima miligram ubat penenang tanpa menyatakan bagaimana ia sepatutnya dimakan.

"Suspek mendakwa, dia mendapati Lee tidak bernyawa apabila datang semula untuk membuat pemeriksaan lanjutan," katanya. Selepas gagal menyelamatkan Lee, Kim meletak mayat wanita itu di kerusi roda dan menutup mukanya dengan topeng pembedahan.


Mayat itu kemudian dibawa ke sebuah taman di tebing sungai menggunakan kereta Kim sebelum ia ditinggalkan di situ. Kim menyerah kepada polis beberapa jam selepas orang ramai menemui mayat berkenaan. - AFP



sumber : myMetro

Bersemadi dalam gitar

Posted: 03 Aug 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Seorang bekas pemain gitar kumpulan rock era 1960-an disemadikan dalam keranda berbentuk alat muzik itu, semalam.
Pernah menganggotai kumpulan The Ramrods, John Graham dikebumikan dalam keranda berbentuk gitar Fender Stratocaster sepanjang kira-kira tiga meter. Kakitangan yang mengendalikan urusan mayat Graham menghasilkan masa berbulan-bulan untuk menyiapkan keranda berkenaan yang dicipta sempena gitar kegemaran pemuzik terbabit.

Dia menerima gitar model itu sebagai hadiah ketika berusia 15 tahun. Beratus-ratus peminat menghadiri majlis pengebumian Graham di sebuah gereja di Cheltenham, Gloucestershire.


Balu Graham, June, 63, berkata keranda itu adalah penghormatan paling sesuai diberi untuk suaminya.

"Seluruh hidupnya dihabiskan untuk bermain gitar.


"Dia adalah lelaki terhebat yang dapat anda impikan," katanya. Menurut June, dia bersama Graham selama 20 tahun dan tidak pernah mendengar suaminya berkata sesuatu yang tidak menyenangkan.






"Sepanjang hidup bersama, kami sangat bahagia," katanya. Majlis pengebumian Graham dihadiri ramai rakan, ahli keluarga, bekas anggota The Ramrods serta peminat mereka yang berpakaian hitam dan putih.

Ia dijalankan dengan iringan muzik serta lagu yang pernah dimainkan datuk kepada lima cucu dan lebih mesra dikenali dengan panggilan Johnny itu.


Kumpulan The Shadow of Cliff dipimpin Jimmy Jemain memainkan beberapa lagu pernah menjadi kegemaran Graham, termasuk Travelling Light, Born to Rock and Roll, Only Angel dan Johnny Be Good. - DM


sumber : myMetro



Peragut jam mewah diburu

Posted: 03 Aug 2012 06:45 PM PDT


CANNES (Perancis): Polis Perancis memburu penjenayah yang bertanggungjawab menyamun banyak jam tangan mewah daripada mangsa sekitar Riviera sejak dua minggu lalu.
Kejadian itu menyebabkan kerugian puluhan juta ringgit. Antara mangsa mereka ialah seorang warga Russia yang kehilangan sebuah jam jenama Richard Mille bernilai 550,000 euro (RM2,105,608).

Kumpulan terbabit biasanya mengekori mangsa ke kereta menaiki motosikal.


Sejurus sebelum mangsa memulakan pemanduan, penjenayah terbabit sengaja menolak cermin sisi kenderaan itu.

Ketika mangsa mengeluarkan tangan untuk membetulkan cermin berkenaan, penunggang motosikal kedua akan meragut jam berkenaan. - AFP



sumber : myMetro

200 polis alami gangguan seksual

Posted: 03 Aug 2012 06:30 PM PDT


OTTAWA: Lebih 200 polis dan bekas polis wanita mendakwa mengalami gangguan seksual ketika bertugas dalam saman terhadap polis Kanada dalam perbicaraan bermula, semalam.
Kes itu didengar di Mahkamah Agung British Columbia di Vancouver, bagi memperakui saman difailkan Janet Merlo, Mac lalu.

Janet berkhidmat dengan Polis Diraja Kanada selama 19 tahun.


Peguam, David Klein, berkata saman itu dikemukakan selepas lebih ramai wanita tampil mendakwa menjadi mangsa gangguan ketika bertugas. Saman itu menyatakan bahawa "ada masalah dengan sistem" polis di negara itu.

Kata Klein, masalah berkenaan memang diketahui pihak berkuasa dan sepatutnya diatasi lama dulu.


"Kini pelanggan saya mahu ia diperbaiki," katanya. Berdasarkan keterangan mangsa, mereka mengalami pelbagai gangguan, termasuk diminta memberi khidmat seks serta berdepan jenaka biadab. - AFP



sumber : myMetro

Wanita adakan hubungan seks dengan pelajar didakwa

Posted: 03 Aug 2012 06:15 PM PDT


SINGAPURA: Bekas guru di sekolah menengah terkemuka yang dikatakan mengadakan hubungan seks dengan seorang budak lelaki bawah umur, telah didakwa.
Guru wanita itu berusia dalam 30-an, didakwa di mahkamah, kelmarin. 
Menurut akhbar Straits Times, beliau mengadakan hubungan seks dengan kerelaan dengan pelajar itu beberapa kali.

Pertama kali mereka mengadakan hubungan seks pada Januari, tahun ini.




Pihak pendakwa raya berjaya mendapatkan perintah agar nama budak itu tidak didedahkan.

Tertuduh tidak diwakili dan mungkin akan menghadapi tuduhan sama yang lain.

Beliau akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 18 Ogos dan ikat jamin sebanyak S$10,000 (RM25,128) akan dilanjutkan hingga tarikh berkenaan. - ST 



sumber : myMetro

Angkara jiran

Posted: 03 Aug 2012 06:00 PM PDT


AMPANG: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang mengelar leher seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika cuba merogol mangsa ketika memecah masuk sebuah rumah di Pangsapuri Kos Rendah, Pandan Perdana, bulan lalu, berjaya ditahan polis, kelmarin.
Lelaki tempatan itu mahu menyamun rumah berkenaan tetapi mengambil kesempatan cuba merogol anak pemilik rumah berkenaan pada 4 Julai lalu.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Hasrin Abdullah dan isteri sedang tidur apabila dikejutkan oleh jeritan anak perempuan berusia 17 tahun. Mereka bergegas ke bilik anaknya itu dan mendapati leher mangsa berlumuran darah akibat dikelar perompak menggunakan pisau pemotong buah.


Kejadian itu menyebabkan keluarga berkenaan trauma sehingga memaksa mereka tidur dalam kereta.

Bagaimanapun, hasil risikan dan intipan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di perumahan yang sama, tetapi di blok berlainan.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata lelaki tempatan yang ditahan pada jam 12.45 tengah malam kelmarin itu mengaku terbabit dalam kes samun pada 4 Julai lalu.




"Pemeriksaan dalam rumah suspek menemui telefon bimbit, dompet dan barang lain dipercayai milik mangsa yang disamunnya," katanya pada sidang media di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari hingga 9 Ogos ini bagi membantu siasatan kegiatan jenayah dilakukannya.


Beliau berkata, semakan lanjut mendapati suspek positif syabu dan mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kes pukul mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Polis juga sedang menyiasat sama ada suspek melakukan jenayah samun secara bersendirian atau berkumpulan," katanya.


Berikutan penahanan lelaki itu, Amiruddin berkata, kes pecah masuk dan cubaan merogol itu dianggap selesai. Dalam perkembangan lain, itu, Amiruddin menafikan jenayah di Pandan Jaya meningkat kebelakangan ini seperti dakwaan penduduk yang tersiar di sebuah akhbar.


Beliau berkata, indeks jenayah bagi jenayah kekerasan, harta benda dan jalanan menunjukkan penurunan bukan saja di Pandan Jaya, malah di seluruh daerah Ampang Jaya.



sumber : myMetro

Remaja putus cinta telan 80 biji pil

Posted: 03 Aug 2012 05:45 PM PDT


ALOR GAJAH: Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja nekad menelan 80 pil darah tinggi milik ibunya di sebuah kampung dekat sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, remaja berusia 18 tahun itu ditemui dengan mulut berbuih dan tidak bermaya oleh ibunya sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan bantuan.

Menurut sumber, remaja lelaki itu yang tinggal dengan ibu selepas kematian bapa sejak setahun lalu dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 19 tahun.


"Anak bongsu dua beradik itu dikatakan meminta wang belanja daripada ibunya setiap hari bagi menyara teman wanitanya itu.

"Malah, remaja lelaki itu dipercayai pernah mengherdik ibunya yang enggan memberi wang," katanya, di sini, semalam.


Kata sumber itu, pada hari kejadian remaja lelaki terbabit berada seorang diri di rumah kerana ibunya berada di Pekan Alor Gajah atas urusan tertentu.




Menurutnya, dia dipercayai menelan kira-kira 80 biji pil sakit darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan dikejarkan ke hospital. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin, berkata siasatan awal mendapati, remaja itu dipercayai gagal dalam percintaan.

"Lelaki itu dipercayai menelan sekali gus kira-kira 80 biji pil darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan mulut berbuih oleh ibunya sendiri.


"Remaja itu dikejarkan ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


sumber : myMetro

Tradisi Aneh,,,Kahwin Paksa Sebelum Haid

Posted: 03 Aug 2012 05:30 PM PDT


Sanaa - Para lelaki normal, bujang atau duda, tentu ingin mendapatkan isteri dengan usia lebih muda dan tentu saja masih perawan. Namun, tradisi yang berlaku di sejumlah negara berkembang, seperti Yaman dan Afganistan, memperlihatkan kelakuan kaum Adam di sana yang sungguh keterlaluan.



Mereka bukannya mencari gadis cukup umur untuk dijadikan istEri, tetapi malah menyasar anak-anak usia di bawah satu dekad, bahkan lima-enam tahun, untuk dijadikan pendamping hidup. Meski bakat cantik sudah terlihat, namun secara lahiriah belum ada yang menarik dari tubuh anak-anak ini. Payudara dan punggung saja belum terbentuk.

Seperti dilaporkan majalah National Geographic edisi terbaru, saban tahun, 10-12 juta gadis belia dipaksa menikah sebagai tradisi dan cara menyelesaikan kemelut keluarga. Biasanya, upcara pernikahan berlangsung tengah malam atau dinihari agar tidak ketahuan polis.

Seperti pengalaman Rajani, lima tahun, dari Negara Bagian Rajashtan, India, yang tertidur saat hendak dinikahkan. Ia pun terpaksa dipangku oleh pak ciknya ke tempat pernikahan dengan calon suaminya yang baru berumur 10 tahun.

Lain lagi dengan gadis cilik dari Yaman bernama Ayesha, 10 tahun. Ia begitu ketakutan saat melihat calon suaminya yang berusia setengah abad. ?Tiap hari ia menelefon saya dan menangis,? ujar adiknya yang bernama Fatimah. Ayesha dan suaminya tinggal di sebuah desa, sekitar dua jam perjalanan dari rumah orang tuanya.

Dunia pernah dikejutkan oleh kisah Nujood Ali yang lari dari rumah suaminya kerana dinikah paksa. Ia lantas meminta pengadilan mengabulkan gugatan cerai terhadap suaminya yang berumur 30-an tahun. Upayanya berhasil. Ia sekarang kembali bersekolah dan tinggal dengan orang tuanya. Cerita Nujood dibukukan dalam 30 bahasa dengan judul I Am Nujood, Age 10 and Divorced.

Selain kehilangan masa kanak-kanan mereka, gadis-gadis bau kencur itu juga terancam kehilangan nyawanya saat melahirkan .

Metode Mengajar Unik yang Menggabungkan Video dan Live Action

Posted: 03 Aug 2012 05:15 PM PDT

Ada begitu banyak metode yang dilakukan guru untuk membuat murid lebih memahami apa yang ia ajarkan dan berusaha agar mereka gembira didalam kelas, dan beberapa diantara metode itu sangat unik dan dijamin membuat murid enggan bangun dari kerusinya.



Matthew Weathers, seorang guru matematik di Universiti Biola di California Selatan misalnya, yang mengajari murid-muridnya dengan cara sedikit agak aneh, yaitu menggabungkan video dengan live action dalam menyampaikan materinya.

"Saya suka melakukan percubaan dengan mengabungkan video dan aksi nyata, dan ini adalah suatu trik yang aku lakukan di kelas, dan kali ini dengan tema thanksgiving," terang Weathers.


Kegunaan lain kipas komputar, memang bijak

Posted: 03 Aug 2012 05:00 PM PDT


Mahu Tampan? Ini Tips Rahsianya

Posted: 03 Aug 2012 04:45 PM PDT


Setiap lelaki terlahir dengan wajah yang beragam, ada yang terlahir tampan dan ada juga yang biasa saja. Sebenarnya setiap lelaki memiliki kelebihan masing -masing dari wajahnya. Bila Anda terlahir dengan wajah yang biasa- biasa saja, tidak usah minder. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketampanan wajah Anda. Mahu tahu apa saja rahsianya? Berikut diantaranya.
Berikut beberapa caa meningkatkan ketampanan wajah, seperti dilapor dari timeofindia:
1. Peduli perawatan kulit
Siapa kata perawatan kulit hanya diperlukan oleh kaum wanita saja? Lelaki juga perlu merawat kulitnya agar sel epidermis pada kulit tidak mati. Gunakan pelembab untuk menjaga kulit dari kekeringan.
Penting juga untuk mengoleskan krim tabir suria untuk mengurangi penuaan dini dan kerosakan kerana paparan sinar ultraviolet. Jadikanlah kegiatan merawat kulit sebagai kebiasaan rutin seperti mencukur atau menggosok gigi.
2. Berhenti merokok
Kebiasaan merokok bukan hanya membuat lelaki mendapatkan image negatif dari para wanita tetapi merokok juga dapat menyebabkan kerutan pada kulit yang lebih buruk daripada efek sinar matahari.
Merokok dapat merampas kolagen dan elastin yang memberikan tekstur kulit, kekuatan, elastisitas dan mempercepat proses penuaan. Rokok juga dapat menyebabkan warna keabu-abuan pada kulit.
3. Pola makan yang sihat
Pola makan yang akan membuat kulit lelaki lebih bersinar, rambut lebih indah dan badan lebih segar. Kuncinya adalah dengan menjaga agar asupan gizi tetap seimbang. Makanlah makanan yang kaya serat yang mampu menurunkan kolesterol dan makanan yang rendah gula, tinggi protein dan kalsium.
4. Tidur yang berkualiti
Penuhi jam tidur yang direkomendasikan baik untuk kesihatan iaitu setidaknya 8 jam sehari. Tidur dapat mengembalikan kondisi semua organ tubuh, termasuk kulit yang merupakan organ terbesar tubuh.
Tidur juga dapat mengurangi ketegangan dan kecemasan, mengurangi keriput, garis-garis kerut dan garis khawatir. Kurang tidur juga menimbulkan lingkaran hitam di bawah mata yang mengganggu penampilan pria.
5. Jauhkan diri dari dehidrasi
Kulit memerlukan air agar dapat berfungsi dengan baik terutama untuk melawan kerosakan yang disebabkan oleh matahari. Minum air delapan gelas sehari seperti yang dianjurkan juga dapat mengeluarkan racun dari tubuh dan membawa nutrisi ke lapisan dalam kulit (dermis).
6. Menjaga tubuh tetap langsing
Menjaga tubuh agar tetap langsing tidak hanya akan meningkatkan penampilan pria tetapi juga mengurangi risiko stroke, kanker, diabetes, dan penyakit lainnya. Tapi lakukan diet dengan cara yang tepat.
Kurangi asupan kalori yang tidak sehat dengan mengurangi konsumsi makanan yang digoreng. Dengan cara ini, berat bedan pria akan berkurang hingga satu pon selama dua minggu.
7. Jadilah pro-antioksidan
Antioksidan seperti vitamin A, C dan E ditemukan dalam buah dan sayuran yang sangat penting bagi tubuh. Antioksidan mempromosikan perbaikan dan elastisitas kulit dan juga mengurangi risiko penyakit jantung dan kanker.
8. Latihan kardio
Sebuah latihan kardio dapat menurunkan stres, membuat lelaki lebih bahagia dan memberikan efek bersinar pada kulit. Latihan aerobik ringan selama setengah jam sehari juga dapat meningkatkan denyut jantung dan memperlancar aliran darah.
Latihan tersebut juga dapat dilakukan dengan berjalan-jalan, naik sepeda atau melakukan aktivitas yang membuat tubuh berkeringat. Pilihlah jenis latihan yang menyenangkan dan membuat pria nyaman melakukannya.
9. Hindari minum-minuman keras
Alkohol menyebabkan pembengkakan pada jaringan, terutama mata bengkak dan menyebabkan kebiasaan makan yang buruk yang berakibat terhadap kenaikan berat badan. Hal tersebut tentu membuat penampilan pria tampak buruk.
10. Badan yang tegap
Postur tubuh yang baik benar-benar memberikan tampilan yang baik bagi lelaki. Inti dari latihan kekuatan atau olahraga yang sedikit berat adalah untuk mencegah tubuh bungkuk. Berolahragalah untuk melatih kekuatan otot selama 2 sampai 3 kali seminggu.

Nak test cawan pun pakai Lamboghini

Posted: 03 Aug 2012 04:30 PM PDT







Sampai begitu sekali nak membuktikan ketahan cawan ni...
pakai kereta Lamboghini......


Manusia yang mempunyai 30 keunikkan

Posted: 03 Aug 2012 04:15 PM PDT


Kedua kaki memijak pisau tajam, kelopak matanya sedang menampung baldi yang berisi air.Ular keluar dari mulutnya.


Berharap kebolehannya yang ada padanya dapat memasuki Guiness Book of The Record, pemuda yang punya 30 kebolehan unik ini mengatakan kebolehannya sukar di tandingi oleh orang lain.




 Yang Guanghe 37 tahun berasal dari daerah Hunan China menunjukkan kebolehannya kepada orang ramai di taman Changsha . Dia berdiri di mentol lampu yang nyala dan elektrik di alirkan melalui logam yang di letakkan pisau tajam dan dia berdiri tegak. Bukan itu saja , kelopak matanya yang sudah dijepit dibebani dengan baldi besi yang sudah diisi dengan air.Selain itu Yang juga berani memasukan seekor ular berbisa ke dalam lubang hidungnya lalu ular dari keluar melalui mulunya.

Kalau yang ni dipanggil hubungan jenis apa?

Posted: 03 Aug 2012 11:00 AM PDT

inilah akibat salah ajaran.....

Detik cemas ketika gadis mahu bunuh diri

Posted: 03 Aug 2012 10:30 AM PDT



CHANGSHA, China - Seorang gadis berusia 24 tahun gagal untuk membunuh diri dari sebuah bangunan selepas anggota-anggota polis berjaya menggagalkan rancangannya untuk terjun dari tingkat 32 di sini pada Isnin lalu.
Tangan, kaki dan paha gadis tersebut yang memakai seluar panjang ditarik masuk ke dalam sebuah tingkap di tingkat 32 bangunan itu oleh beberapa anggota polis.
Insiden yang berlaku lebih tiga jam itu bermula selepas gadis itu bertinggung di atas simen yang terdapat di atas sebuah tingkap.
Gadis itu mahu membunuh diri kerana dia tidak mempunyai pekerjaan dan kekasih manakala anggota keluarganya kerap menengkingnya. - Agensi

Video Nakal Pentti Arajarvi, Suami Presiden Finland Mengintip Belahan Dada Puteri Denmark

Posted: 03 Aug 2012 10:15 AM PDT

Video Nakal Suami Presiden Finland Pentti Arajarvi mengintip belahan dada puteri denmark beredar di dunia maya di mana Pentti Arajarvi yang merupakan suami Presiden terakam sebuah kamera sedang mengintip belahan dada isteri Putera Mahkota denmark. Nampak Arajarvi melirik agak nakal itu ke Puteri Denmark, Mary dalam sebuah jamuan makan kenegaraan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved