ads

Selasa, 10 Januari 2012

:: MYARTIS.COM ::


sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


FASHA SANDHA & JEJAI NIKAH DI THAILAND?

Posted: 09 Jan 2012 11:55 PM PST


Fuhhhh semangat bila dengar gosip terbaru tentang Fasha Sandha dan kekasihnya jejai yang didakwa sudah bernikah. Mereka bukan nikah di Malaysia, tetapi dikatakan bernikah di Thailand dan kemudian merahsiakan perkahwinan tersebut.

Aikkk... biar betul? Soal nikah jangan buat main-main sebab ia melibatkan banyak pihak yang mungkin tidak senang dengan hubungan tersebut. Al-maklumlah... Jejai datang dari keluarga berada yang pastinya mempunyai banyak halangan dan rintangan jika melibatkan soal nikah.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MIERA LIYANA BERPARTI SAKAN?

Posted: 09 Jan 2012 11:26 PM PST


Gambar ini didakwa menyerupai pelakon Miera Liyana sedang bersosial bersama rakan-rakan di sebuah parti yang menghidangkan minuman keras. Menurut pengirim email, gambar tersebut kononnya diambil di Pulau Pinang dan kemudian disebarkan oleh pihak yang tidak dikenali.

Jika benar bagai apa yang dikata, pesan kita kepada artis-artis baru yang mahu mencipta nama, usahlah terlalu seronok dengan kehidupan bebas seperti ini. Mana tahu satu hari nanti kita akan jatuh tersembam akibat terlalu asyik dengan keseronokan dunia hingga terpaksa merangkak kembali.

Bak kata pepatah, teman ketawa senang dicari... teman menangis seorang diri. Insaflah..!

Klik untuk imej besar...


KASUT RM20,000 REKAAN NEELOFA UNTUK EZLYNN

Posted: 09 Jan 2012 12:03 PM PST


Esok merupakan majlis resepsi perkahwinan penyanyi Ezlynn di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Majlis tersebut bukan sahaja bakal bergemerlapan dengan berlian dan aksesori tajaan Rafflesia Pearl Wedding, malah ia akan tambah berseri apabila kasut Ezlynn mendapat sentuhan rekaan khas pelakon Neelofa.

Kasut bernilai RM20,000 itu direka oleh Neelofa hasil bimbingan perunding perkahwinan Bill Bora yang memberikan platform untuk memperagakan kreativitinya dalam rekaan kasut.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BILA GANGSTER MALAYA 'TAKUT' JARUM

Posted: 09 Jan 2012 11:42 AM PST


Pelik tapi benar..!

Tapi itulah nyang berlaku terhadap pelakon KL Gangster 2, Aaron Aziz, yang mengalami kecederaan ketika pengambaran sambungan filem tersebut. Beliau sememangnya tidak gentar apabila melakukan aksi lasak melibatkan pelanggaran kereta hingga dimasukkan ke hospital kerana cedera, tetapi gentar pada 'benda' lain..

Ini kerana, hero pujaan ramai ini rasa rimas, benci dan gementar bila kena suntik. Bukan sekali, tetapi tiga kali iaitu di bahagian tangan, badan dan punggung..!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved