ads

Selasa, 10 Januari 2012

Celebrity News


sumber :-

Celebrity News


Kumpulan Gangster Malaysia

Posted: 10 Jan 2012 09:00 AM PST

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya,
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah…"
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Panduan Mendidik Anak Cara Islam

Posted: 10 Jan 2012 08:37 AM PST


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.
"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

"Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi"

Credit :Myibrah.com
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Perang Dingin Rita Rudani Dan Adik Ipar Zaquan Di Twitter

Posted: 10 Jan 2012 08:09 AM PST


Setelah beberapa lama menyepikan diri daripada dunia hiburan, kini tampil gossip dan konterversi panasyang terbaru mengenai artis bernama Rita Rudani ini. Menurut info daripada Murai dan dan gambar yang terdapat diatas yang dipetik daripada laman Twitter menunjukkan Akak Ipar dan Adik Ipar bergaduh sesama sendiri (Dalam Alam Maya Jer tau).

Bagi anda yang mengetahui kisah Rita dan Suami beliau yang memang sudah tersebar sebelum ini mengenai hubungan dingin dengan keluarga mertuanya.

Apa-apapun Zoom berharap buanglah yang keruh dan ambil yang jernih, kerana tidak semua manusia sempurna di muka bumi ini.

Zoom : Apa Pula Kata Anda?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kisah Adik Menangis Di Tepi Jalan

Posted: 10 Jan 2012 07:53 AM PST

Ali ialah seorang anggota polis .Pada suatu hari,ketika dia sedang pergi meronda di sebuah kampung,dia terlihat seorang budak menangis di tepi jalan lalu bertanya:

Ali : Kenapa adik menangis?

Budak : Saya nak lintas jalan ni…

Ali : La..tu pun nak menangis ke…Lintas ajelah,bukannya ada kereta lalu pun…jalan lengang ni..

Budak : Tapi mak kata kalau nak melintas jalan kena bagi kereta lalu dulu tapi dari tadi lagi tak ada kereta yang lalu pun.

Ali : %&$#%%..
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kisah Seram Volkswagen Kuning

Posted: 10 Jan 2012 07:44 AM PST

Pada suatu malam, aku pandu kereta sorang-sorang di jalan yang sunyi berlanskapkan pokok-pokok kelapa sawit.Jalan ni memang terkenal dengan kisah seramnya.Sedang aku pandu dalam keadaan takut-takut berani, ada kereta Volkswagen beetle klasik warna kuning datang potong kereta aku. Lega aku dibuatnya sebab ade jugak orang lalu.

2 minit selepas tu kereta yang sama potong. Seminit lepas tu kereta yang sama lagi. Dan 10 lagi kereta yang sama potong kereta aku. Aku mula rasa menggelabah dan takut.

Aku pecut kereta aku potong kereta Volkswagen tadi. Aku pecut lagi, nampak kereta yang sama. Aku potong dan pecut lagi. Sampai dekat 5 kereta yang sama aku potong. Aku hati aku berbisik "Matilaaa aku.. camana nak buat lagi ni.."

Tiba-tiba aku nampak cahaya seperti Funfair lebih kurang 500 meter. Aku mula rasa lega selega-leganya. Sampai disana aku nampak banyak kereta Volkswagen beetle klasik warna kuning parking kat situ. Pastu aku nampak kat pintu gerbang "Volkswagen beetle Grand touring Classic" laaaaaaaaaaaaa…. Perlumbaan Waksegan rupanyer. Chesssssss!!!



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved