Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Promosi Sempena Tahun Baru di The Saujana Hotel KL! Posted: 10 Dec 2011 03:34 PM PST Pasport Sambutan Ulangtahun yang Penuh Kenikmatan di The Saujana Hotel KL! Lupakan kesesakan lalulintas ataupun barisan yang panjang tika beratur menunggu penerbangan dan cubalah ajnas pilihan buat menjamu selera di The Saujana Hotel Kuala Lumpur. Sambutlah kedatangan tahun baru dengan kelainan melalui "Passport 2012", pas masuk anda ke tempat-tempat makan menarik dan pesta terbaik sepanjang malam. Perjalanan bermula apabila para tetamu tiba dan menginap di Executive Deluxe Room. Bilik yang baru sahaja diberi sentuhan terbaru ini direka untuk mencapai keseimbangan sempurna dari segi gaya dan keselesaan, bak sebuah syurga tersembunyi bagi mereka yang mencari ketenangan tempat tinggal. Bilik yang luas dan selesa ini menggabungkan unsur-unsur Malaysia dengan teknologi moden bagi menghidupkan nilai kontemporari. Tamu akan disajikan dengan minuman serta buah-buahan di dalam bilik masing-masing. Sesudah itu mereka boleh singgah di Senja di mana satu sajian makan malam khas Itali berkonsep pasangan romantis menanti. Restoran yang sudah banyak meraih anugerah ini terletak di tepi tasik dan menawarkan suasana yang hebat untuk menikmati hidangan rekaan Chef Giovanni Ricci, yang pernah menyediakan sajian buat Presiden George Bush semasa salah satu sidang kemuncak G8. Kemudian masa untuk berpesta berlanjutan di RP Entertainment Centre, dengan menikmati minuman sambil menghayati persembahan kugiran yang mengasyikkan. Sebaik sahaja pulang ke bilik, tamu akan diberi hadiah istimewa untuk beradu dengan damai di malam hari. Para pengunjung juga akan disambut keesokan pagi dengan sajian sarapan yang enak di Suria Cafe, sebuah kafe sepanjang hari berlatar belakangkan pemandangan taman serta kolam renang. Teruskan hari dengan makanan Jepun bento yang lazat di Kogetsu, sebuah lagi restoran hotel ini yang telah merangkul pelbagai anugerah dengan suasana makannya seeprti di desa-desa Jepun. Bagi melengkapkan lagi penginapan, para tamu akan diberikan hadiah semasa meninggalkan hotel. Buat mereka yang mencari secebis sentuhan mewah lagi, The Club Saujana Resort Kuala Lumpur turut menawarkan promosi Passport 2012 mereka tersendiri. Ini termasuk penginapan mewah di Club Room, minuman di bilik serta makan malam istimewa di The Restaurant. Para tamu juga akan dapat mencuba sajian moden Eropah oleh ketua Chef Alexander Waschl, penerima 16 mata Gault Milau di Switzerland – satu kejayaan bak seorang bintang Michelin. Selesai makan malam tamu juga akan dibawa ke RP Entertainment Centre untuk menikmati persembahan kugiran yang menghiburkan. Pengunjung juga akan menikmati sarapan lazat di The Restaurant sebelum menghabiskan sepanjang hari dimanja dan dibelai di The Spa and Med Beauty untuk menenangkan serta mengembalikan keseimbangan tenaga dan kecantikan. Alamilah cara paling sempurna untuk menyambut Tahun baru di The Saujana Hotel Kuala Lumpur dan The Club Saujana Resort hanya pada harga RM2,012.00 nett untuk dua orang, bermula dari 24 Disember sehingga to 1 Januari 2012. Tempahan paling cepat akan menerima potongan harga sebanyak 10 peratus bagi setiap tempahan yang dibuat sebelum 15 Disember 2011. Hujung tahun ini juga menjanjikan satu pesta penuh makanan kerana terdapat pelbagai pakej hidangan menarik yang disediakan khas buat hari menjelang Krismas, hari Krismas, hari menjelang tahun baru serta hari tahun baru. Untuk tempahan sila layari www.thesaujana.com atau hubungi (+60 3) 7843 1234 Utnuk tempahan menjamu selera, emel dine@thesaujana.com atau hubungi (+60 3) 7843 1234 sambungan 6122 / 4717 Tags: TravelClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Isu Penulis Novel Ombak Rindu Tak Bersyukur? Posted: 10 Dec 2011 05:07 AM PST Penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashari Dah Dapat RM219,845.09 Tapi Masih Tak Bersyukur? Semasa Majlis Prebiu Media Filem Ombak Rindu, novelis Ombak Rindu, Fauziah Ashari berkecil hati kerana tidak terlibat sebagai penulis skrip bersama. Penulis ini juga katanya hanya menerima RM1,600 dan tak setimpal selepas karyanya menjadi filem yang mencetuskan fenomena pada masa ini. (kiri) Penerbit filem Ombak Rindu, Sharad Sharan, tenang mendengar komen Fauziah Ashari sewaktu di majlis pra-tonton yang lalu. Semalam, bertempat di Karangkraf Shah Alam, Alaf 21 mengadakan sidang media untuk menjelaskan kenyataan Fauziah Ashari. Sebagai Penerbit Eksklusif novel, Alaf 21 menerima RM4,000 daripada Tarantella Pictures untuk mengangkat menjadi sebuah filem. Fauziah Ashari menerima 40% dari jumlah tersebut iaitu RM1,600 dan selebihnya milik Alaf 21. Bukan strategi Alaf 21 meminta bayaran lumayan dari pihak penerbit filem. Memang satu jumlah yang sangat kecil. Lagi pun, projek filem adaptasi ini sikit sebanyak telah melariskan kembali novel yang telah dicetak sebanyak 40ribu naskah. Pergh! banyak tu! Untuk cetakan terbaru, setakat ini sudah pun laris sebanyak 20 ribu naskah. Dan sekiranya semua habis dijual, Fauziah Ashari bakal menerima RM50 ribu dalam bentuk royalti seperti yang mereka lakukan sebelum ini. Untuk rekod, novel tersebut sebelum ini sudah pun tercetak sebanyak 23 kali dan Fauziah Ashari sudah menerima lebih RM219,000 dalam bentuk wang royalti sejak jualan pertama sekitar tahun 2002. Bagaimana pun, menurut pengasas & Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Dato' Hussamuddin Yaacob, pihak beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan sebaliknya menyatakan rasa terkilan dengan sikap novelis popular itu yang disifatkan sebagai tidak bersyukur namun telah memaafkannya. – via Mstar & Malaysian Digest Tags: BeritaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan