ads

Sabtu, 10 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Jangan kaitkan saya lagi

Posted: 10 Dec 2011 07:58 PM PST




SEJAK pasukan bola sepak Harimau Muda naik daun ni, ramai sungguh yang mula minat pada mereka. Paling tidak Syed pasti ramai yang berbangga dengan pencapaian mereka yang memang cukup memberangsangkan tu.

Cuma bila diberi publisiti berterusan, ramai yang mula ambil perhatian. Terbaru ramai yang mula nampak golongan artis yang mula berminat dengan mereka ni.

Salah seorangnya Neelofa, nama dia mula panas apabila dikaitkan dengan salah seorang pemain muda. Macam-macam versi cerita yang Syed dengar termasuklah pelawaan Neelofa yang nak ajak pemain kita makan malam.

Cuma ada beberapa peminat bola yang mula tak puas hati bila ada artis macam Neelofa yang minat bola sepak. Macam-macam tuduhan yang dilemparkan dan ada yang sanggup menyebarkan e-mel mengatakan artis macam Neelofa akan menjatuhkan moral pemain sebab menghimpit pemain bola.

Syed sempat berbual dengan Neelofa baru-baru ni. Dia memang terkejut dikaitkan dengan nama beberapa pemain Harimau Muda sedangkan antara dirinya langsung tak ada apa-apa hubungan.

"Saya tahu orang banyak bercakap hal tu. Tapi apa lagi saya nak cakap selain ketawa sahaja. saya minat bola sepak tapi tak sampai nak himpit mana-mana pemain.

"Yang saya kenal pun hanya Apex. Itupun kenal sebab dia popular dan dia penjaga gol yang hebat tapi tidaklah kenal secara dekat pun. Pemain lain langsung saya tak kenal.

"Bila balik daripada Lombok baru-baru ni, ramai sangat yang twit saya pasal Nazmi Faiz. Saya pun tak mengenali pemain tu secara peribadi. Kalau tanya dia pun dia akan ketawa dengan penyebaran cerita oleh orang-orang yang puas hati ni.

"Kepada orang yang menyebar cerita buruk pasal saya tu, bersabarlah. saya tak macam mana yang mereka dakwa sebab saya tak seperti itu. Orang boleh buat cerita macam-macam tapi kena tahu asas juga.

"Tak mengapalah, asalkan pemain kita berjaya dalam kerjaya mereka sudah cukup baik," kata bakal pengacara Nona 2012 ini lagi.

Izreen akan umum pertunangan

Posted: 10 Dec 2011 07:57 PM PST


IZREEN menafikan bakal bertunang dalam masa terdekat.


AKTRES dengan nama Izreen Azminda ini sedang menebarkan namanya dengan debunga bakat. Eksplorasi bakatnya banyak ditunjangi watak antagonis yang berjaya membuat penonton berasa benci.

Kemunculan dengan watak kontra dalam drama popular Juvana, menambahkan lagi sebab mengapa dirinya dilihat sebagai pelapis aktres tanah air.

Sewaktu sedang enak melakar satu demi satu portfolio atas nama pelakon, cerita-cerita peribadi turut menghimpit dirinya. Seakan-akan terkesan dengan watak antagonis yang dipegangnya, ada sahaja cerita panas dan kelam menghampiri pelakon ini.

Terbaru, pelakon berusia 26 tahun ini dikatakan bakal bertunang dengan seorang jejaka di belakang tabir. Bukan sebuah cerita negatif tetapi nampaknya hidup Izreen sekarang sudah masuk dalam baris pelakon yang semakin ingin dikenali lebih daripada sekadar cerita di layar.

Sedang enak melayari hari-hari penggambaran di bawah arahan Michael Ang, Izreen bakal muncul dengan sebuah telefilem yang bertajuk Pelesit dan Penjara.

Dengarnya akan bertunang tidak lama lagi?

(Gelak) Mana dengar cerita? Tidak ada perancangan apa pun lagi. Saya sedang sibuk dengan penggambaran. Kalau ada dan sampai masa, saya akan umumkan.

Maksudnya benarlah ada hubungan cinta dengan orang di belakang tabir?

Saya berkawan-kawan sahaja dan sejauh ini belum ada hubungan istimewa dengan siapa-siapa pun. Orang mungkin salah tafsir kerana saya berkawan dengan semua orang terutamanya orang produksi. Saya memang boleh ngam.

Tiada hubungan istimewa dengan siapa-siapa?

Tidak ada. Baru-baru ini saya sudah terkena, jadi kena relaks dulu. Saya tak nafikan kalau jodoh sampai, saya terima seadanya. Saya ni sebenarnya suka lelaki yang berwajah Melayu. Perangainya kena kontra dengan saya maksudnya dia perlu jadi air kerana saya bersifat api.


MENGANGGAP tahun 2011 sebagai tahun penuh cabaran.


Setelah Juvana dan polemik dengan Johan (Botak), nampaknya cerita peribadi Izreen bertubi-tubi keluar. Peminat hendak tahu cerita peribadi Izreen. Komen Izreen?

Memang tidak dinafikan tahun ini paling banyak saya dilanda kontroversi. Itu lumrah dan saya sudah bersedia. Awalnya mungkin saya kekok diterjah soalan sebegitu dan saya emosi menjawab. Itu pengajaran dan pada masa depan saya lebih berhati-hati menjawab. Kadang kala penyampaian itu tidak sama dengan tafsiran.

Sejauh mana keterbukaan Izreen berkongsi cerita-cerita peribadi dengan peminat?

Sekarang ini saya lebih selesa bercakap pasal kerja. Tentang peribadi, ada batasnya.

Bagaimana melihat perjalanan tahun 2011 dan harapan 2012?

Perjalanan 2011 sangat mencabar kerana bukan sahaja saya diterima ramai tapi juga terpalit kontroversi yang bukan-bukan. Saya ingat orang akan menyampah dengan saya, tetapi saya lihat sambutan orang ramai terhadap saya sangat baik kerana lakonan saya.

Daripada aspek karier, saya bersyukur kerana diberi kepercayaan penerbit, pengarah dan penonton. Sejak drama Tentang Dhia ditayangkan di TV3, orang lebih memanggil saya dengan nama Melly berbanding cikgu Zakiah (Juvana). Pengarah, Michael Ang juga antara individu yang mempercayai saya dengan memberikan watak yang berat dan comot. Saya mengharapkan 2012 akan muncul dengan kurangnya kontroversi dan prestasi kerja semakin meningkat.

Gossip Sam & Sara

Posted: 10 Dec 2011 07:56 PM PST

pix_gal0
SHAHEIZY Sam dinobatkan sebagai Aktor Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) baru-baru ini menerusi filem Kongsi dan namanya mula meledak menerusi genre komedi aksi dan komedi seram seperti Adnan Semp-It, Jangan Pandang Belakang Congkak dan Ngangkung. Tak keterlaluan Sam lebih menonjol dengan gelaran pelakon komedi.

Pun begitu, menerusi filem terbarunya, Songlap, Sam menampilkan lakonan yang jauh dari sisi komedi, langsung tiada elemen jenaka yang ditampilkan menerusi filem yang diterbitkan secara bersama produksi Primeworks Studios dan Red Films ini.
Songlap yang akan menemui penonton di pawagam bermula 15 Disember ini menampilkan Sam sebagai Am, bergandingan dengan Mohammad Syafie Naswip (Ad) iaitu adik beradik yang berdepan dengan konflik kekeluargaan dan berbeza pendapat.
Filem arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina mengupas isu sindiket penjualan bayi dan pemerdagangan wanita untuk dijadikan pelacur.

"Saya sedar selepas memenangi pelbagai anugerah, harapan peminat terhadap mutu lakonan saya tinggi. Selama ini orang kenal Sam menerusi filem komedi, namun Songlap tiada unsur jenaka, jadi saya harap orang ramai mampu menerima lakonan saya dari perspekstif yang berbeza pula.

"Bagi saya, Songlap adalah sebuah filem sangat berbeza berbanding filem lakonan saya sebelum ini apabila ia menampilkan aksi paling dekat dengan realiti kehidupan manusia seharian. Am yang dilakonkan saya sebagai watak serius yang cuba memahami rasa dan lakonan penuh elemen realiti.

"Penonton tidak lagi dapat melihat saya berjenaka, tetapi masih ada sebahagian babak yang masih ada sedikit unsur humor pada sesetengah situasi. Jujurnya, saya belum pernah membawakan watak seperti Am sebelum ini dan Songlap adalah percubaan pertama saya. Saya harap peminat sentiasa di belakang saya memberikan sokongan. Saya sudah memberikan yang termampu," kata Sam kepada B*POP, baru-baru ini.
Sam boleh dianggap pelakon yang bersih dan bebas kontroversi apabila dirinya belum pernah dicalit cerita negatif keterlaluan.

Sekadar gosip cinta itu adalah lumrah apabila bergelar selebriti popular, setiap gerak-geri artis termasuk kehidupan peribadi dan kisah cinta, pasti diindai media massa dan peminat.

Mengenali Sam, dia sering berfikiran positif apabila tidak mahu memanjangkan perkara remeh menjadi isu besar yang boleh mengundang rasa tidak senang ramai pihak. Justeru, apa saja cerita termasuk kisah cinta, dia menerimanya dengan hati terbuka.

Sama halnya apabila dia dikatakan bercinta dengan Sara Ali yang turut membintangi Songlap, Sam tidak pernah melatah dan menjawab setiap pertanyaan dengan tenang. Sam dan Sara kali pertama bergandingan menerusi filem ini dan mereka dikatakan berkawan rapat seterusnya bercinta apabila mula mengenali sebaik dipertemukan menerusi filem berkenaan.

Sara dikatakan mencanang bahawa Sam adalah kekasihnya dan sering ke rumah aktor popular itu sebelum ini. Namun, kehadiran Sara dalam hidup Sam tidak disenangi anggota keluarga pelakon berkenaan kerana sikap Sara yang dikatakan sombong.

"Saya akui memang pernah rapat dengan Sara. Namun, saya tak tahu dari mana datangnya gosip kami bercinta. Namun, selepas penggambaran Songlap, kami tiba-tiba 'hilang' kerana saya dapati BBM contact Sara dah tak ada dalam telefon saya. Saya tak cari dia, dia pun tak cari saya.

"Saya akui, ketika saya membawa Sara makan-makan di rumah keluarga, mungkin berlaku insiden apabila keluarga saya dikatakan tidak menyenangi sikap Sara. Saya sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Bagi saya, dia seorang kawan yang baik. Mungkin ia sekadar salah faham.

"Gosip kononnya Sara mencanang kami bercinta, saya pernah bertanya kepadanya hal berkenaan dan dia memberitahu saya, cerita itu tidak pernah keluar daripada mulutnya. Bagi saya, itu sekadar gosip. Namun, saya akui selesa berkawan dengannya dan saya tak ada masalah memperkenalkannya kepada keluarga. Dia juga pernah datang ke rumah saya.

"Saya menyayangi Sara sebagai orang yang saya pernah kenal, namun kami tidak pernah bercinta seperti yang digembar-gemburkan. Bagi saya, sayang dan cinta adalah dua perkara yang berbeza," kata Sam berterus-terang.

Menerusi B*POP terbitan 13 November lalu, Sam dikatakan masih berhubungan dengan bekas kekasihnya, Tengku Putri Najwa atau Wawa. Sekalipun sudah putus cinta, kedua-duanya masih berkawan seperti biasa.

"Dia (Wawa) rapat dengan keluarga saya dan saya rapat dengan keluarga dia. Kami pernah bercinta selama tiga tahun. Namun, sampai hari ini saya masih menyayanyi dirinya kerana sejarah diri masing-masing, iaitu sejarah perkenalan kami. Saya dah kenal Wawa dalam dan luar dan saya tahu kebaikan dirinya.

"Pengorbanan dirinya dulu terhadap saya, kami pernah rasa.

Sekarang kami dah putus, tapi keluarga saya masih menyayangi dirinya. Namun, untuk kembali bercinta dengan Wawa, saya masih menepis perasaan cinta itu. Buat masa ini biarlah saya berjaya dalam karier, saya nak kumpul duit dulu," kata Sam tanpa berselindung.

Intan Sarafina Selamat Lahir Megat Israfel Raez

Posted: 10 Dec 2011 07:55 PM PST

Wajah anak kedua Intan, Megat Israfel Raez.

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Megat Israfel Raez pada 2 Disember lalu di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya.

Bayi keduanya itu dilahirkan secara normal seberat 3.38 kilogram.

Menurut Intan, nama Israfel dipilih kerana membawa maksud malaikat yang meniup sangkakala manakala Raez bermaksud ketua atau pemimpin yang juga merupakan gabungan nama kedua Intan dan suami iaitu Sarafina dan Ezzahuddin.

Nama Raez turut diberikan kepada anak sulung mereka iaitu Megat Evan Raez yang berusia 2 tahun.

Biarpun sekian lama menyepi dari industri seni, Intan tetap tidak berputus asa untuk kembali menyanyi selepas selesai berpantang.

"Insya Allah, sekiranya ada rezeki saya teringin juga hendak menyanyi semula," katanya kepada mStar Online.

Intan berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli tiga tahun lalu.

'Dingin Lavenda' Menyusuli 'Tahajjud Cinta' Di TV3

Posted: 10 Dec 2011 07:54 PM PST

Salah satu babak dalam Dingin Lavenda.

PETALING JAYA: Menyusuli Tahajjud Cinta, drama bersiri terbaru, Dingin Lavenda menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat, jam 9 malam.

Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Eira Syazira, Zarina Zainordin, Faralyna Idris, Salleh Mahfooz dan Azlee Khairi, terbitan Layar Consult Sdn Bhd yang diarahkan oleh sutradara Amy Maziah dengan nukilan skrip oleh Zabidi Mohamed.

Drama ini turut menjalani penggambaran di Melbourne, Australia.

Drama bersiri 13 episod tersebut mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.

Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni.

Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.

Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung.

Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne.

Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.

Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne.

Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.

Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana.

Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar.

Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.

Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya?

Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?

Karnival Yuan Ntv7 Labuh Tirai Dengan 1,001 Keceriaan

Posted: 10 Dec 2011 07:53 PM PST

Ribuan penonton yang hadir di Karnival Yuan ntv7.

PETALING JAYA: Karnival Yuan ntv7 akhirnya melabuhkan tirainya pada 4 Disember lalu dengan jumlah pengunjung di semua lokasi menjangkau 135,000 orang.

Ternyata hujan lebat pada hujung minggu lepas tetap tidak mematahkan semangat komuniti di sana apabila SJK (C) Serdang Baru 1, Sri Kembangan dipilih menjadi destinasi ke tujuh dan penutup kepada karnival yang menjanjikan seribu satu keceriaan kepada mereka.

Tujuh lokasi yang telah dipilih tahun ini dan telah pun dijelajahi adalah Pulau Pinang, Johor, Perak, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur dan Selangor.

Lokasi terakhirnya pula menyaksikan seramai 23,000 pengunjung hadir untuk berseronok bersama warga ntv7 itu dengan menyertai pelbagai aktiviti seperti permainan riang-ria serta barisan persembahan hebat yang telah disediakan istimewa buat mereka.

Tahun ini, Karnival Yuan ntv7 dijayakan dengan tajaan syarikat telekomunikasi yang dicetuskan oleh Celcom serta rakan media OneFM dan Guang Ming Daily.

Karnival yang diwujudkan pada dasarnya adalah untuk beramah mesra bersama komuniti Cina semestinya turut menambahkan nilai kasih sayang bersama keluarga serta keseronokan buat mereka.

Antara selebriti yang terlibat di Karnival Yuan ntv7.

Kehadiran ramai artis yang membuat persembahan mereka menjadi salah satu tarikan utama karnival tersebut terutamanya penampilan khas artis yang bakal membuat persembahan istimewa mereka di konsert besar tahunan ntv7, Star Live Concert 2011 iaitu kumpulan muzik lelaki, dayDream serta Athena Beh.

Pastinya tidak lengkap jika personality ntv7 tidak bersama di karnival itu. Adrian Tan, Ah Niu dan Nick Chung ternyata membuat ramai bersorak menggilai personaliti tampan itu. Mayjune pula sentiasa menjadi ikutan sekarang kerana mengacara rancangan Women's Zone dan berkongsi sesi kecantikan bersama pengunjung yang berkesempatan.

Personaliti Mandarin 7, Tiang Kah Chee dan Yong Yu Xi juga hadir di gerai berita ntv7 untuk beramah mesra.

Adrian Tan.

Serta ujibakat penyampai berita juga dilakukan bagi mencari wajah baru dan memberi pendedahan kepada mereka bagaimana untuk menceburi bidang penyiaran.

Peluang bergambar bersama teraju kisah seram 23:59 yang bakal ditayangkan pada 29 Disember nanti, Henly Hii dan Stella Chung juga tidak dilepaskan para pengunjung.

Bagi peminat Astrologi Cina pula, seminar khas BaZi tetap menjadi pilihan.

Bengkel bersama DJ one FM- Nicholas, Wayne, Max dan Kyan turut menjadi rebutan orang ramai untuk mencedok pengalaman mereka untuk menjadi penyampai radio.

Pengunjung kanak-kanak juga tidak dilupakan kerana pelbagai aktiviti disediakan untuk menarik minat si cilik agar bersama bergembira di karnival itu.

Ah Niu.

Antaranya sesi mewarna, kuiz dan bengkel Go Green yang mendidik mereka dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Mereka juga boleh meyertai beberapa peraduan untuk memenangi hadiah menarik.

Sepanjang dua hari karnival itu berlangsung di lokasi terakhirnya tahun ini, pengunjung sentiasa terhibur dengan persembahan pentas terutama muzik yang dimainkan sepanjang ia berlangsung. Pertandingan tarian, karaoke serta kebudayaan ternyata menggembirakan pengunjung.

Berakhir jam 7 petang, penutup tirai kali ini ialah adaptasi siri komik "Monkey King" oleh murid-murid sekolah tersebut yang ternyata turut memeriahkan lagi karnival dengan jalan cerita menarik serta set pentas yang penuh warna warni.

Istimewanya, pengunjung juga berpeluang mendapatkan album khas sempena Tahun Baru Cina nyanyian personaliti hebat dari One FM, ntv7 dan 8TV dengan slot Roadshow Album Tahun Baru Cina 2012 yang turut menarik minat ramai peminat mereka.

Karnival Yuan ntv7 dianjurkan untuk bersama penonton setianya di seluruh Malaysia.

Karnival ceria bersama komuniti ini adalah inisiatif saluran ini dimulakan sejak tahun 2010 bagi memberi penghargaan bersama penonton yang sentiasa menyokong ntv7.

Randy Pangalila Takut Dengan Jarum Suntikan

Posted: 10 Dec 2011 07:52 PM PST

PELAKON sinetron Nada Cinta dan Cinta Melody, Randy Pangalila, 21, (gambar) akui takut dengan jarum suntikan.

"Walaupun bentuknya kecil dan halus, tetapi menyeramkan. Terus mengingatkan saya tentang jarum suntikan yang mampu menjadi penyebaran penyakit Aids," katanya seperti yang dilaporkan dalam detikhot, Jumaat.

Walaupun fobia kepada jarum suntikan, tidak bermakna jejaka berasal dari Surabaya ini menolak jika harus disuntik.

Menurutnya, dia pernah mempunyai pengalaman yang kurang menyenangkan berkaitan dengan fobianya itu.

Pelakon yang turut berlakon dengan pelakon negara ini, Elfira Loy menerusi telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini pernah berasa trauma semasa hendak menderma darah sewaktu di sekolah menengah.

"Saya pernah berasa sangat sakit selepas menderma darah. Namun, perasaan itu reda selepas saya makan tiga pinggan mi," ujarnya.

Gunawan Mengaku Tidak Mampu Berpoligami

Posted: 10 Dec 2011 07:51 PM PST

PELAKON sinetron Hikmah dan Ratapan Anak Tiri, Gunawan, 38, (gambar) mendapat banyak pengajaran ketika melakonkan watak suami yang mempunyai dua isteri.

Dia mengaku tidak mampu menjadi seorang yang adil terhadap dua isteri.

Dalam sinetron terbarunya Dia atau Diriku, Gunawan melakonkan watak Anjar yang mempunyai dua orang isteri, namun salah seorangnya harus diceraikan kerana keluarganya tidak bahagia.

"Anjar sebenarnya orang baik, cuma manusia melakukan kesilapan. Kesilapam itu yang membuat dia terbelenggu," katanya seperti yang dilaporkan oleh detikhot, Jumaat.

Melihat dua isteri yang tidak bahagia membuat Gunawan banyak belajar. Menurutnya, dia pasti tidak mampu menjadi seorang yang adil jika mempunyai dua isteri dalam kehidupan realitinya.

"Saya rasa untuk menghadapi satu isteri saja pasti ada konflik. Berkeluarga ada dua orang yang beza, ditambah lagi isteri kedua dengan karakter berbeza, boleh jadi pening kepala," ujarnya sambil tertawa.

Sesal hubungan berlaku

Posted: 10 Dec 2011 07:48 PM PST

KUALA LUMPUR: "Saya bukan perampas, tapi dia adalah playboy yang menyembunyikan status sebenar," kata penyanyi muda berbakat, Amanda Imani, 20, yang dituduh menjalin kasih dengan seorang penyanyi tampan dari negara jiran, sedangkan lelaki itu bakal bertunang tidak lama lagi.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Selamilah Cinta itu, dia berkawan rapat dengan penyanyi berkenaan kerana lelaki itu tidak pernah memberitahu sudah memiliki kekasih ketika peringkat awal perkenalan.


Akibat salah faham, peminat kedua-dua artis berkenaan yang mengetahui kisah percintaan mereka mula menuding jari ke arah Amanda dan melepaskan kata-kata kesat, termasuk menggelarnya perampas menerusi laman sosial Facebook dan twitter.

Ikuti luahan hati dan penjelasan Amanda terhadap segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.


"Sebenarnya, saya berfikir panjang sebelum membawa perkara ini kepada media. Lagipun, ini sekadar kisah percintaan biasa dan tidak bersangkut paut dengan isu besar yang boleh dikongsikan bersama.


Namun, hari demi hari saya menjadi tertekan dan murung apabila setiap kali membuka twitter dan Facebook, pasti ada peminat saya atau peminatnya menghentam saya dengan pelbagai tuduhan.

Sebab itu, atas nasihat mama dan kawan yang lebih lama dalam industri ini, saya memberanikan diri untuk bercerita mengenai perkara ini dengan tujuan membersihkan nama saya serta menceritakan kisah sebenar.


Saya mula mengenali penyanyi terbabit ketika berada di negara berkenaan untuk menghadiri satu majlis anugerah popular yang diadakan awal tahun ini. Kebetulan, kami sama-sama terbabit dalam anugerah itu dan berkolaborasi mencipta lagu dan sebagainya.

Kemudian, hubungan sebagai kawan menjadi lebih akrab. Begitupun, sebelum mengenali hati budi masing-masing, saya bertanya sama ada dia mempunyai hubungan dengan wanita lain dan dia menafikannya.


Pada mulanya saya keberatan untuk mempercayainya tetapi selepas melihat kesungguhannya bersama saya dan dia begitu baik kepada keluarga saya, saya menerimanya.


Selama enam bulan berkawan, setiap hari dia menelefon untuk bertanya khabar. Malah, jika tidak dapat menghubungi saya, dia menelefon mama untuk bertanya keadaan saya.


Ketika saya dan keluarga bercuti di sana, pasti dia menawarkan diri menemani kami dan membawa kami bersiar-siar. Malah, dia benar-benar menunjukkan dia tidak mempunyai hubungan di sana dan tanpa segan silu membawa kami berjalan sekitar negara itu.


Begitupun, baru-baru ini saya menerima mesej dihantar seorang wanita menerusi laman twitter yang meminta saya tidak mengganggu penyanyi itu lagi.


Saya kebingungan, kemudian wanita terbabit menjelaskan dia adalah kekasih lelaki itu dan mereka akan bertunang tidak lama lagi.


Selaku wanita, pastinya saya patah hati dan kecewa apabila mengetahui hubungan terbabit adalah pembohongan semata-mata, lebih-lebih lagi mama juga merestuinya.


Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan beberapa kali menghubungi saya melalui mesej di laman sosial untuk meminta saya meninggalkan teman lelakinya supaya mereka dapat hidup bersama. Dia juga menuduh saya sebagai perampas.


Akhirnya, saya cuba mendapatkan kepastian daripada penyanyi itu dan selepas berkali-kali didesak, dia hanya meminta maaf atas apa jua yang berlaku tetapi masih tidak mahu mengakui kesalahannya.


Keadaan menjadi bertambah buruk apabila rakannya turut menuduh saya dan mengatakan saya bersalah dalam hal ini, sedangkan mereka juga tahu perkara sebenar.


Pada masa sama, cerita ini merebak kepada peminat dan ramai meminta saya mengundur diri. Saya tidak salahkan peminat dan wanita itu kerana mereka tidak tahu cerita sebenar.


Mungkin ini strategi lelaki itu dalam mencari kepuasan hidup dan mereka pelbagai cerita kepada teman wanitanya. Mungkin juga dia menyatakan saya yang mengganggu hidupnya dan mencipta cerita supaya nampak 'mulia' pada kaca mata orang ramai dan peminat.


Yang pasti, saya malu diperlakukan begini dan seakan-akan menjadi mangsa seorang 'playboy'. Sebagai penyanyi, sudah tentu cerita sebegini sungguh memalukan dan boleh 'membunuh' kerjaya saya.


Jika ia tidak berpanjangan dan tidak membabitkan sesiapa, sudah pasti saya juga berdiam diri dan berundur cara baik. Lagipun, ramai lagi lelaki lebih mulia di dunia ini untuk dijadikan teman.


Saya menyesali hubungan ini dan seakan-akan tersalah langkah memilih walaupun pada mulanya saya tidak mencari lelaki untuk dijadikan teman. Semuanya datang dengan sendiri.

Hilang arah lepas cerai

Posted: 10 Dec 2011 07:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Dia layak digelar janda gengster! Selepas diceraikan suaminya, wanita ini cuba melupakan masalah dihadapi dengan cara songsang apabila terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kumpulan kongsi gelap.

Lebih memalukan, janda mualaf berusia 28 tahun yang memeluk Islam ketika berkahwin dengan bekas suaminya tiga tahun dulu seakan-akan membelakangi agama dianutinya apabila kini mempunyai dua anak hasil hubungan luar nikah dengan dua lelaki berbeza.


Usaha wartawan Metro Ahad yang cuba menyelongkar kisah janda ganas ini berhasil apabila penyiasatan dilakukan berjaya menembusi tembok 'kebal' wanita itu.

Hidup janda dikenali sebagai Zalika atau Ika itu didapati tidak terurus apabila dia tidak lagi bekerja. Disebabkan itu, kehidupannya bersama dua anak yang masih kecil terumbang-ambing dan serba kekurangan, lebih-lebih lagi apabila si ibu menjadi hamba dadah.


Selepas berjaya memasuki rumah wanita itu menerusi penyamaran, wartawan mendapati Ika tanpa segan silu menghisap syabu di depan anak perempuannya berusia dua tahun.


Selain itu, keadaan rumah yang sempit, tidak terurus, berbau serta kotor juga tidak sesuai buat wanita ini membesarkan anaknya, termasuk paling kecil berusia empat bulan.

Menurut Ika yang berasal dari Johor Bahru, pada mulanya dia berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan pekerjaan tetapi selepas beberapa bulan di bandar raya ini, dia mengenali seorang lelaki beragama Islam dan kemudian merancang untuk berkahwin.


"Masa itu umur saya baru 23 tahun tetapi sudah berjinak-jinak dengan heroin dan syabu. Pada waktu itu juga saya dan keluarga penganut agama Kristian.

"Tidak lama selepas itu, kami mengikat tali pertunangan dan saya bertekad ingin mempelajari Islam dan memeluk agama itu sebelum kami bernikah serta meninggalkan segala tabiat buruk yang pernah saya lakukan.


"Selepas berkahwin, keluarga mentua menyambut baik kedatangan saya sebagai saudara baru. Mereka mengajar dan membimbing saya mengenai pelbagai ilmu agama seperti bagaimana mahu menunaikan solat, membaca al-Quran dan menutup aurat seperti memakai tudung," katanya.


Bagaimanapun, Ika menjelaskan, tanggungjawab terbabit yang sepatutnya dipikul bekas suaminya sering diabaikan dan lelaki itu menyerahkan segala-galanya kepada keluarga.


"Pada mulanya saya pelik kenapa bekas suami tidak mengajar saya mengenai perkara itu? Saya saudara baru yang harus dibimbing olehnya, tetapi perkara lain pula berlaku.


"Selepas tiga tahun berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata, tiba-tiba bekas suami benci dan muak melihat saya tanpa sebab. Dia juga secara terang-terangan mengatakan ada teman wanita baru dan ingin menceraikan saya.


"Hati wanita mana tidak hancur mendengar kenyataan itu, lebih-lebih lagi saya sanggup meninggalkan keluarga kerana cinta dan sayang kepadanya," katanya.


Selepas diceraikan, kedua-dua anak wanita ini diambil bekas suaminya. Patah hati dengan tindakan itu dan bergelar janda pada usia 26 tahun, Ika mengambil keputusan tidak lagi menjalin ikatan dengan keluarga bekas suami dan mencari hala hidup baru.


Bagaimanapun, sinar dicari tidak ditemui apabila wanita ini mula berkawan dengan rakan lamanya. Sejak itu, Ika kembali mengambil dadah untuk melupakan masalahnya serta mengamalkan seks bebas sehingga terlanjur dengan teman lelaki.


"Selepas bercerai, saya seakan-akan hilang arah dan tidak tahu ke mana ingin dituju. Walaupun keluarga masih menerima saya, saya tidak mahu menyusahkan mereka kerana mereka juga bukan orang senang.


"Saya mengambil keputusan untuk hidup sendirian dan bergaul semula dengan teman lama. Lama-kelamaan, saya kembali mengambil dadah, melakukan seks bebas dan menyertai kumpulan kongsi gelap untuk melepaskan tekanan hidup," katanya.


Selepas dua tahun menjanda, Ika tidak mempunyai kerja tetap dan kadangkala hanya menjadi pelayan separuh masa di sebuah restoran berdekatan rumahnya bagi menyara kehidupannya dan dua anak tidak sah taraf terbabit.


Menurut anak kedua daripada tujuh beradik ini, dia tidak mempunyai kelayakan untuk mendapatkan kerja yang baik, malah akibat pengambilan dadah, tingkah laku yang berbeza membataskan pergaulannya dengan orang ramai.


"Saya tidak ada keyakinan untuk mencari pekerjaan. Yang boleh saya lakukan ialah mencari kerja separuh masa saja. Walaupun tidak cukup untuk menampung belanja saya dan anak, sedikit sebanyak ia membantu. Paling tidak, saya menjadi 'pusher' menjual dadah secara kecil-kecilan.


"Kadangkala, kawan terdekat dan keluarga turut memberi bantuan untuk saya menyediakan keperluan dua anak. Walaupun tidak mewah, ia memadai bagi kami meneruskan kehidupan," katanya.


Meskipun sudah lama terjebak dengan pelbagai gejala sosial sehingga membinasakan dirinya, Ika masih mengharapkan peluang kedua untuk kembali ke jalan asal.


Namun, sehingga kini apa saja dilakukannya menjadi serba tidak kena dan sering tersalah arah. Malah, Ika juga sedar tabiatnya menghisap dadah boleh mempengaruhi anaknya dan membinasakan hidup mereka.


"Saya seakan-akan berputus asa untuk meneruskan kehidupan, lebih-lebih lagi hidup saya tidak terurus dan sering berdepan masalah.


"Sebenarnya, saya pernah terfikir untuk menyerahkan dua anak ini kepada rumah kebajikan tetapi tidak sanggup berpisah dengan mereka.


"Saya sedar perangai buruk saya akan turut memakan diri mereka. Namun begitu, saya hanya ada mereka sebagai penguat semangat," katanya.

Jue reda ujian pahit

Posted: 10 Dec 2011 07:44 PM PST

Jue Aziz
Jue Aziz

DUA bulan Jue Aziz menderita penyakit misteri, sekali gus mengganggu penumpuannya terhadap kerjaya. Apa saja yang dilakukan serba tak kena dan segala kerja tak menjadi.

Masih berlakon tetapi di lokasi, dia terasa ada gangguan yang membuatkannya sukar memberi tumpuan, badan terasa lemah dan pada masa tertentu dia 'ghaib' di depan kru.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

"Seperti ada yang cuba menghalang rezeki saya tetapi kepada produser dan pengarah yang kenal rapat, tetap ambil saya berlakon dan mereka faham keadaan saya ketika itu. Saya ada di lokasi tetapi mereka kata saya tak datang. Saya reda dengan dugaan ini dan perlahan-lahan keadaan saya sekarang semakin pulih sepenuhnya.

"Saya sudah 'dapat' diri saya semula. Daripada apa yang saya lalui dan dugaan terbaru ini, saya banyak belajar dan melihat dalam diri, apa yang sudah saya buat selama ini. Saya anggap ia dugaan saya sebagai artis yang mana kita tak tahu siapa suka kita dan siapa tak suka pada kita serta dugaan sebagai hamba Allah SWT. Saya reda dengan setiap ujian yang datang kerana walaupun pahit saya dapat belajar sesuatu daripadanya.


"Kebelakangan ini saya hanya bercinta dengan kerja, itupun masih ada yang cuba mencari kesilapan saya. Masa untuk berpeleseran seperti zaman remaja dulu sudah tiada lagi. Cukuplah dengan apa yang saya lalui selama ini.


"Masa saya sekarang banyak di lokasi, selepas habis kerja singgah sekejap di kedai beli makanan dan terus balik rumah. Saya lebih banyak menyendiri lantas memberi ruang membetulkan semula hidup ini," katanya.

Menginjak usia 28 tahun, dia terfikir untuk mendirikan rumah tangga apatah lagi ibunya teringin benar melihat anak daranya naik pelamin.

"Sebagai anak bongsu, sebelum emak 'menutup' mata, dia mahu tengok saya berkahwin. Apa daya saya kerana jodoh, ajal dan maut ditentukan Allah SWT. Biar apapun yang terjadi, keluarga tetap menjadi keutamaan di mana sokongan mereka dan peminat adalah sumber kekuatan saya.

"Saya pun tak tahu berapa lama lagi saya akan aktif dalam industri. Apa yang pasti, saya belum bersedia untuk bersara daripada bidang lakonan kerana ini minat dan periuk nasi saya. Barangkali, kalau saya sudah berumah tangga nanti, saya akan memperlahankan sedikit kerjaya seni ini. Saya percaya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

"Pun begitu saya agak kesal kerana ada yang lebih suka menilai saya berdasarkan wajah sekali gus mereka menuduh saya ini gadis sosial. Mungkin saya kelihatan bergaya seksi ketika menghadiri majlis hiburan tetapi pada hari biasa, saya berpakaian biasa saja.

"Semakin berusia, saya semakin sedar diri. Bagaimanapun, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana ia hak masing-masing. Sampai masanya, setiap orang pasti akan berubah," katanya.

Bulan lalu filem terbaru lakonan Jue, Abuya ditayangkan kepada umum. Sudah lama tidak dihimpit kontroversi, Jue kembali bimbang dan jantungnya berdegup kencang apabila memikirkan wataknya sebagai isteri keempat kepada Abuya (Faizal Hussein).

Sepatutnya menjadi isteri paling muda, dia mengecapi nikmat kasih sayang dan perhatian yang lebih daripada suami tetapi sebaliknya dia menjadi isteri yang gersang, gagal mendapat perhatian suami segi zahir dan batin.

"Dalam filem itu, saya terbiar sepi. Abuya asyik melayan isterinya yang lain sehingga saya dipinggirkan. Dek kerana marah, dendam, geram dan sakit hati, saya sanggup melakukan apa saja untuk meraih perhatian suami termasuk menggunakan nasi kangkang. Inilah adegan yang tak sanggup saya buat sebenarnya tetapi oleh kerana tuntutan cerita dan pengarah, dengan berat hati saya terpaksa melakukannya juga.

"Bagi menjiwai watak itu saya berkemban dan gerak geri saya ketika menyediakan nasi kangkang itu agak memberahikan. Filem ini mengisahkan ajaran sesat yang mana banyak perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan, dipaparkan dalam filem ini. Mujur, tiada satu pun adegan saya dalam filem ini dipotong oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem).

"Terlalu banyak adegan panas dalam filem ini termasuk saya terpaksa memuaskan nafsu salah seorang madu saya. Keempat-empat isteri Abuya tinggal serumah.

"Pada mata kasar filem ini dan lakonan saya bakal mengundang kontroversi tetapi mesej yang tersirat cukup kuat kerana saya memperjuangkan hak wanita dan isteri yang dimadukan.

"Filem ini mahu menunjukkan kepada penonton, ada wanita sanggup menggunakan ilmu hitam terhadap suami kerana dia berasakan dirinya teraniaya. Ia juga membuka minda saya mengenai masalah sosial dalam masyarakat terutama penderaan terhadap isteri sehingga ada isteri yang sanggup membunuh suami sendiri.
Wanita akan bertindak kejam apabila dia sudah tidak tahan melalui penderitaan disebabkan sikap suami.

"Selagi boleh saya cuba mengurangkan dan mengelakkan perkara sensitif dalam setiap lakonan saya tetapi pada masa sama saya kena hormat dan patuh pada kehendak pengarah yang juga penulis skrip filem itu, Imran Ismail. Bagaimanapun banyak adegan yang tergantung dan saya bimbang penonton tak faham kenapa sesuatu adegan itu diadakan dan apa tujuannya," katanya.

Jelas Jue, boleh dikatakan sepanjang masa dalam filem itu dia berbaju tidur tali halus. Tidak mahu keterlaluan menayangkan tubuh montoknya, Jue mengenakan pakaian luar.

"Bagi saya, apa yang penting adalah kualiti lakonan, pakaian dan sebagainya hanyalah sebagai membantu jalan cerita itu agar ia lebih mantap. Ketika saya membaca skrip filem itu, jalan ceritanya biasa saja. Tiada satu pun yang melampaui batas dan sebab itulah saya terima tawaran Imran. Lagipun itu kali pertama saya diberi watak utama dalam filem.

"Tetapi apabila tiba di lokasi, lain jadinya. Imran minta saya melakukan sesuatu yang sangat sukar dan mencabar. Apa boleh buat, saya sudah tandatangan kontrak. Asalnya penggambaran yang dibuat di Perlis itu selama 15 hari tetapi berlanjutan sampai sebulan iaitu sepanjang Ramadan tahun lalu.

"Bayangkan Ramadan saya macam mana, saya tak berpeluang untuk menikmati keindahan Ramadan pada tahun itu dan tak sempat balik berbuka dengan emak di Kuala Lumpur.

"Sampai saja di lokasi, Imran terus bagi arahan buat begitu begini dan saya tak sempat berlatih. Saya terpaksa memikirkannya ketika itu juga apa yang perlu saya lakukan. Watak itu sangat mencabar kemampuan saya tetapi saya tetap boleh melakukannya dengan baik. Ketika melakukan adegan nasi kangkang, saya menangis kerana bimbang penerimaan keluarga dan peminat.

"Apabila saya dapat tawaran berlakon filem ini saya ada minta izin emak tetapi saya tak sangka pula apabila berada di lokasi, lain jadinya. Sebelum tercetusnya kontroversi selepas tayangan filem ini, saya minta maaf dengan emak dan harap peminat boleh terima yang ia cuma lakonan semata-mata," katanya.

Dalam pada itu, Jue bersyukur lakonannya sebagai jururawat dan kekasih kepada Zizan Raja Lawak dalam filem Hantu Bonceng berjaya memberi impak yang besar kepada kerjaya seninya.

"Baru-baru ini saya menjadi hos dalam projek Jelajah Satu Malaysia. Di mana saja rombongan kami berhenti, ramai yang mengerumuni, menjerit, ada yang menangis dan pengsan dapat berjumpa saya. Saya melayan mereka semua sampai tak ada masa untuk mengendalikan rancangan itu.

"Lantaran penangan Hantu Bonceng, sekarang ke mana pergi semua orang kenal saya," katanya.

Kaedah ‘clamp’ mudah

Posted: 10 Dec 2011 07:43 PM PST

PERIKSA... teknik rawatan menggunakan bius  kurang sakit tapi masih lagi mengerikan.
PERIKSA... teknik rawatan menggunakan bius kurang sakit tapi masih lagi mengerikan.
TRADISIONAL... teknik berkhatan cara lama yang menyakit dan mengerikan.
TRADISIONAL... teknik berkhatan cara lama yang menyakit dan mengerikan.

PENGALAMAN berkhatan pastinya antara detik yang tidak dapat dilupakan kebanyakan kita. Berkhatan atau bersunat adalah detik penting bagi kanak-kanak lelaki, khususnya beragama Islam, kerana ia menandakan seseorang itu memasuki fasa alam dewasa.

Dalam Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan.

Tujuannya pula bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit berkenaan.

Dalam kaedah sains perubatan pula, berkhatan bermaksud membuang lapisan kulit yang membalut bahagian depan alat kelamin lelaki yang disebut 'Qulfah' kerana lapisan ini mengandungi najis dan lebihan alat kelamin lelaki.


Kekotoran itu pula mampu menyebabkan seseorang lebih mudah mengalami keradangan dan penyakit berjangkit berpunca daripada hubungan seks.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Program HIV/Aids Bersama Bangsa-bangsa Bersatu dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) juga mendapati berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan virus HIV.

Ia mungkin disebabkan kulit penghujung zakar lelaki berkhatan lebih tebal berbanding lelaki tidak berkhatan dan ia dapat mengurangkan kemungkinan kulit melecet atau tercedera ketika melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun perlu diingat, lelaki berkhatan tetap mempunyai peluang tinggi dijangkiti virus HIV atau virus penyakit kelamin lain jika mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang ada virus berkenaan.

Berdasarkan Persatuan Pakar Pediatrik Amerika, jika tidak berkhatan, seseorang lelaki itu perlu menarik lebihan kulit (kulup) itu ke belakang sehingga mendedahkan hujung zakar. Ia bagi membolehkan kemaluan dibersihkan setiap hari.

Jika tidak dilakukan, sel kulit yang mati akan terkumpul lalu membentuk kekotoran.

Pakar perubatan berpendapat kulit kulup inilah yang mungkin menjadi punca jangkitan saluran kencing sehingga menyebabkan keradangan.

Justeru, berkhatan adalah cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan ini, terutama bagi kanak-kanak lelaki yang mempunyai masalah buah pinggang.

Malah, hasil kajian juga mendapati kanak-kanak lelaki yang berkhatan mempunyai masalah jangkitan saluran kencing lebih rendah berbanding kanak-kanak tidak berkhatan. Masalah zakar seperti keradangan, kerengsaan dan jangkitan sangat kerap berlaku di kalangan lelaki tidak berkhatan.

Menurut Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga (Kesihatan Lelaki), Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Shaiful Bahari Ismail, berkhatan pada masa kini bukan saja dilakukan oleh umat Islam, malah mula dilakukan oleh masyarakat bukan Islam, termasuk di Barat.

Katanya, ini kerana mereka mendapati proses berkhatan menjadikan kemaluan mereka lebih bersih dan mudah dijaga.

"Di dalam Islam, berkhatan memang dituntut dan jika kita lihat kenapa ia dituntut, ia sememangnya berkait dengan soal kesihatan.

"Kajian sains perubatan sendiri mengesahkan berkhatan mengurangkan risiko jangkitan HIV dan menjadikan kemaluan seseorang lebih bersih," katanya.

Shaiful berkata, walaupun kaedah rawatan membabitkan operasi pembedahan kecil sama ada secara tradisional ataupun moden, evolusi rawatan pada masa kini menyebabkan berkhatan semakin mudah dan paling utama kurang menyakitkan.

Namun yang pasti, katanya berkhatan menerusi kaedah tradisional atau moden adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan.


Berkhatan secara tradisional dan moden

Dalam proses berkhatan, ia boleh dibahagikan kepada dua cara iaitu tradisional dan moden.

Jika ditanya mana-mana lelaki 20 atau 30 tahun dulu, pastinya tidak ada seorang pun dapat melupakan detik cemas berdepan tok mudim bagi menjalani proses berkhatan.

Sebut saja nama tok mudim mendatangkan perasaan takut kepada kebanyakan kanak-kanak yang belum berkhatan ketika itu.

Malah, kaedah rawatan tanpa bius itu juga menyebabkan ia menyakitkan. Namun, bagi mengurangkan risiko sakit sewaktu berkhatan, terlebih dulu kanak-kanak yang akan melalui proses berkenaan dibiarkan berendam di dalam air untuk satu tempoh tertentu.

Namun, ia belum cukup untuk mengurangkan rasa ngeri, terutama apabila terpaksa duduk di atas batang pisang sebagai alas tempat duduk bagi proses berkhatan.

Dengan menggunakan pisau, gunting dan penyepit, ia cukup membuatkan proses khatan sebagai proses yang mengerikan untuk dihadapi.

Bukan itu saja, proses berkhatan dengan cara ini juga dikatakan rumit dan leceh kerana ia memerlukan teknik jahitan bagi menjahit luka.

Proses penjagaan selepas selesai berkhatan juga dikatakan sedikit rumit dan luka memakan masa lama untuk sembuh.

Namun, kaedah sains perubatan menyebabkan proses berkhatan melalui beberapa proses evolusi, yakni kurang sakit dan lebih mudah.

Antara kaedah rawatan adalah dengan menggunakan bius dan terbaru menggunakan teknik sepitan atau 'clamp'.

Kaedah rawatan menggunakan bius mampu mengurangkan rasa sakit sewaktu berkhatan, namun masih lagi menggunakan peralatan sama seperti digunakan tok mudim.

Bezanya, ia dikatakan lebih selamat dan dilakukan oleh pakar perubatan atau pembantu perubatan bertauliah saja.

Namun, dengan kaedah berkhatan menerusi teknik sepitan, ia membawa proses berkhatan kepada satu dimensi baru.

Ini kerana, dengan teknik sepitan, ia lebih cepat, tidak menyakitkan, kurang risiko jangkitan dan langsung tidak mengerikan.

Menurut Shaiful, teknik sepitan ini menjadikan proses berkhatan lebih mudah.

"Dulu bila orang sebut berkhatan, ia memang dianggap detik yang menakutkan.
Namun dengan pengenalan proses berkhatan menerusi teknik terbaru ini, rasanya ia melenyapkan rasa takut berkenaan.

"Paling utama, ia tidak mengganggu emosi kanak-kanak dan selamat digunakan," katanya.


Kebaikan berkhatan menerusi kaedah tradisional dan moden

Proses berkhatan sememangnya berkait dengan soal emosi kanak-kanak. Ini kerana kaedahnya yang dikatakan menyakitkan menyebabkan ada kanak-kanak tidak sanggup menghadapi saat untuk dikhatankan, terutama jika dilakukan oleh tok mudim.

Disebabkan itu, boleh dikatakan kerap berlaku insiden kanak-kanak melarikan diri gara-gara takut untuk dikhatankan.

Shaiful berkata, antara penyebab gangguan emosi ini kerana mereka sering diceritakan mengenai kesakitan sewaktu berkhatan atau komplikasi jangkitan yang berlaku selepas berkhatan.

Katanya, kaedah rawatan tradisional sememangnya lebih terdedah kepada risiko jangkitan jika tidak dilakukan dengan betul.

"Sebenarnya sama ada secara tradisional atau moden, berkhatan mempunyai matlamat sama iaitu untuk memastikan lebihan kulit berkenaan dipotong, sekali gus memastikan kemaluan kanak-kanak itu lebih bersih.

"Cuma kita khuatir kerana kaedah rawatan tradisional mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi atau jangkitan jika tidak dilakukan dengan betul," katanya.

Berlainan dengan teknik sepitan, prosesnya tidak membabitkan penggunaan alat seperti pisau atau gunting.

Malah, dengan hanya menggunakan satu peralatan, teknik jahitan tidak perlu dilakukan dan penjagaan lebih mudah serta lebih cepat sembuh.

Kaedah ini tidak menyebabkan pendarahan dan menghasilkan khatan yang cantik.

Alat sepitan ini direka khas pada kedudukan tempat untuk menyepit kulit dan memastikan sepitan yang kuat dan terkunci pada posisinya.

Ia turut disediakan dengan pilihan saiz yang dapat disesuaikan dengan saiz kepala zakar, sama ada bagi kegunaan kanak-kanak hinggalah orang dewasa.


Berkhatan bagi kanak-kanak perempuan

Berlainan dengan lelaki, hukum berkhatan bagi perempuan adalah harus. Ada juga yang berpendapat berkhatan mampu membendung nafsu syahwat melampau apabila dewasa kelak.

Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Al-Islam Kampung Baru, Dr Rosilawati Abdul Ghani, berkhatan adalah memotong daging di sebelah atas faraj yang seakan-akan bonggolan atau jambul kepala ayam. Lebih afdal ialah memotong sedikit saja daripada daging berkenaan.

Perkara ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW menegur Ummu 'Athiah dengan bersabda bermaksud: "Apabila engkau mengkhatan, maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhr) dan jangan engkau berlebih-lebihan (dalam memotong), kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami (boleh menambah kelazatan bersetubuh)." (Riwayat Ath-Thabrani)

"Berkhatan bagi perempuan adalah sesuatu yang sangat disarankan, terutama bagi masyarakat Melayu, malah hingga kini amalan berkenaan masih diteruskan dan menjadi pilihan ibu bapa.

"Ada banyak pendapat mengenai hukum berkhatan bagi perempuan. Ada yang mengatakan wajib, harus dan sunat. Namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-86 memutuskan amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan umat Islam," katanya.

Pun begitu, Islam juga mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran jika sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudaratan pada diri.

Untuk itu, pandangan Jumhur Ulama muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib.

Dalam hadis riwayat Muslim, hukum berkhatan bermula bermaksud: "Lima perkara fitrah yang perlu dilakukan iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai. Namun, hadis itu tidak memberi pengkhususan sama ada untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan."

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi berpendapat, hadis yang mewajibkan khatan bagi wanita adalah lemah. Justeru, khatan adalah wajib bagi lelaki saja dan harus bagi wanita. Malah, khatan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat dan tidak digalakkan jika ia merosakkan wanita.

Ditanya mengenai umur yang sesuai bagi mengkhatankan kanak-kanak perempuan, Rosilawati menjelaskan seelok-eloknya sebelum mereka aktif bergerak supaya memudahkan kerja berkhatan.

"Ada juga dakwaan mengatakan berkhatan mampu membendung tahap seksualiti melampau bagi wanita. Namun benar atau tidak hingga kini masih tiada penyelidikan dijalankan.

"Sehingga kini amalan berkhatan masih dikekalkan meskipun memasuki zaman moden. Cara berkhatan pula berbeza mengikut negara dan bangsa," katanya.

Di negara Islam seperti Afrika, Sudan dan Mesir, kanak-kanak dikhatankan dengan cara yang 'menyeksakan' sehingga mendatangkan kemudaratan.

Mereka dikhatankan bukan setakat dibuang 'prepuce', tetapi sehingga keseluruhan bahagian klitoris.

Lebih menyeksakan sehingga ada yang dibuang keseluruhan klitoris, bibir luar dan bibir dalam kemaluan serta dijahit semula sehingga mengecilkan saluran faraj semata-mata mahu memuaskan nafsu lelaki ketika bersetubuh.

Selain itu, kebaikan berkhatan bagi kanak-kanak perempuan adalah kebersihan diri iaitu menghalang pengumpulan kuman di sekeliling klitoris.

Seterusnya ketika berkahwin kelak, ia memudahkan suami memuaskan kehendak seksual isteri supaya diberikan keadilan mendapat kenikmatan ketika bersama.

Ikhlas, jujur pegangan Meer Sadik

Posted: 10 Dec 2011 07:41 PM PST

MESRA...Meer bersama kakitangannya.
MESRA...Meer bersama kakitangannya.

HANYA jauhari mengenal manikam dan ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi dua pepatah lama yang tepat menggambarkan generasi kedua keluarga Habib yang sinonim dengan perniagaan emas Habib Jewels.

Bermula sebagai sebuah kedai emas kecil di Pitt Street, Pulau Pinang yang diasaskan Habib Mohamed Abdul Latif pada 1958 sebagai perniagaan keluarga, persaingan ketika itu dengan deretan kedai emas lain sememangnya bukan sesuatu yang mudah.

  • Foto

    MEWAH...antara koleksi barang kemas terkini Habib.

  • Foto

    OPTIMIS...mementingkan kualiti dan menjual emas pada harga berpatutan.

Boleh dikatakan setiap kedai mempunyai kelebihan tersendiri, namun perniagaan dengan nama Haji MA Habib Mohamed Sdn Bhd ini mempunyai aura tersendiri.
Benarlah kata orang, keikhlasan serta kejujuran penting dalam sesebuah perniagaan.

Daripada perniagaan kecil, syarikat ini berkembang menjadi Habib Corporation Berhad - petukang barang kemas Malaysia pertama disenaraikan di bursa saham pada 1998 di bawah kelolaan anak lelaki tunggal keluarga Habib.

Kini selepas 25 tahun meneruskan legasi bapanya, Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd, Datuk Meer Sadik Habib boleh berbangga dengan pencapaian luar biasa produk emas keluaran syarikatnya.

Bermula dengan pembukaan cawangan pertama di Semua House, Kuala Lumpur pada 1987, Habib kini menjadi antara pelopor perniagaan barangan kemas dengan 24 cawangan seluruh negara, dua kilang di samping lebih 600 kakitangan terlatih dan profesional.

Mengakui bukan mudah berada pada tahap sekarang, Meer menjelaskan, paling penting dalam perniagaan adalah ikhlas dan jujur iaitu prinsip bapanya yang dipegang hingga kini.

"Dalam perniagaan, kami bukan hanya menjual barang tetapi pada masa sama menjadi perunding kepada pelanggan mengenai emas, permata dan berlian yang terbaik untuk mereka.

"Pada saya, jika mahu berniaga, kita harus melengkapkan diri dengan pengetahuan supaya mudah menjadi rujukan kepada pelanggan apabila mereka memerlukan perkhidmatan tertentu," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Habib di Ampang Point, Kuala Lumpur.

Mungkin juga reka bentuk terkini dan motif flora khas untuk wanita menyebabkan ia sering dikunjungi dan menjadi pilihan biarpun ada deretan kedai emas yang tidak kurang hebatnya.

Selain itu, layanan baik dan ikhlas menyebabkan jenama Habib kekal utuh hingga kini dengan pelanggannya daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

"Ramai beranggapan produk Habib hanya untuk golongan kaya dan ternama.
Sebenarnya produk Habib untuk semua. Kami menjual emas, permata dan berlian dengan kualiti antarabangsa berserta harga berpatutan.

"Habib Jewels mementingkan kualiti dan rekaan berlian terkini dalam usaha memastikan ia memperoleh pengiktirafan antarabangsa.

"Melalui pengiktirafan antarabangsa, Habib Jewels menjadi entiti perniagaan yang dipercayai pelanggan, termasuk di Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan Indonesia," katanya.

Semangat kerja profesional dan mementingkan mutu rekaan serta kajian pasaran yang berterusan menjadikan syarikat itu bertahan dan pesaing yang kompetitif dalam industri ini hingga disenaraikan sebagai perniagaan berasaskan hiasan berlian terbesar Malaysia.

Bagi terus memperkukuhkan jenama dan memperkembangkan rantaian perniagaan, Habib Jewels turut menjalin kerjasama dengan pengeluar berlian hiasan antarabangsa seperti koleksi Queen's Heart dan Hearts on Fire daripada Amerika Syarikat di samping menyertai pameran perdagangan, termasuk di Asia Barat dan Eropah.

Ditanya mengenai persaingan yang semakin sengit serta kewujudan banyak kedai emas seperti cendawan tumbuh lepas hujan, Meer mempunyai pandangan dan cara tersendiri menangani isu berkenaan.

"Tidak dinafikan, untuk mencapai tahap seperti sekarang, kerja keras sangat diperlukan selain kejujuran. Yang membezakan Habib dengan jenama lain adalah kami tidak sekadar menjual, sebaliknya memberi rundingan kepada pelanggan.

"Disebabkan itu, tidak hairan kami mempunyai pelanggan setia kerana yakin mutu dan kualiti ditawarkan terhadap mereka.

"Kami juga akan cuba membantu apa yang termampu untuk pelanggan mencapai kepuasan apabila membeli barangan Habib," katanya.

Sebagai syarikat terkemuka dalam industri barang kemas di Malaysia dan bidang kepakaran merangkumi pemborongan, jualan, pengeluaran, pemasaran serta francais, Habib komited dan mampu menawarkan berlian kualiti bertaraf antarabangsa pada harga berpatutan.

Selain menjual barang kemas dan berlian, Habib menubuhkan pajak gadai berteraskan syariah bercagarkan emas dan berlian, Ar-Rahnu Time Zone Sdn Bhd, (Ar-Rahnu).

Pajak gadai ini diharap dapat membantu masyarakat yang memerlukan kewangan selain membeli balik barangan kemas yang mungkin tidak ditawarkan di tempat lain. Ia diwujudkan khas bagi memberi kemudahan kepada pelanggan, terutama yang terdesak memerlukan wang.

Ar-Rahnu Time Zone adalah 100 peratus milik Habib Jewels dan beroperasi di bawah pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan cawangan di Ampang.

Lumrah berniaga pasti ada pasang surutnya. Syarikat itu tidak terkecuali menghadapi situasi berkenaan, namun dapat diatasi sebaik mungkin.

Menurut Meer, pekerja di Habib Jewels tidak hanya tertumpu kepada satu bidang bagi memastikan mereka menjadi pekerja serba boleh.

"Misalnya, pekerja bahagian perakaunan tidak hanya mengira keuntungan syarikat tetapi turut sama turun padang membuat jualan. Seperti saya, meskipun bergelar Pengarah Urusan, tetapi masih turun padang membuat jualan.

"Cara seperti ini bukan saja inisiatif terbaik menambah ilmu, tetapi juga dapat mengetahui keluhan atau bertukar-tukar pendapat dengan pelanggan mengenai produk yang mahu dibeli selain mendekatkan diri kepada mereka," katanya.

Demi kepuasan pelanggan, Habib memberi 100 peratus komitmen meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan bagi mengenal pasti kehendak pasaran dan berusaha bekerjasama dengan pereka antarabangsa mengeluarkan barang kemas bertaraf dunia khusus untuk pasaran domestik dan luar negara.

Pejabat canggih dunia

Posted: 10 Dec 2011 07:40 PM PST

CANGGIH... bangunan syarikat Google.
CANGGIH... bangunan syarikat Google.

GOOGLE memerlukan juruteranya mencetuskan idea pintar. Untuk membolehkan mereka berbuat demikian, suasana kerja seperti di rumah siri Big Brother dapat membantu.

Ibu pejabat syarikat enjin pencarian Internet terkemuka di London yang terletak di Victoria meliputi tiga tingkat. Bagaimanapun, minggu lalu, sebahagian daripada 350 kakitangannya mula bekerja di tingkat kejuruteraan yang disusun semula, dipanggil L4, antara pejabat paling canggih di dunia.


Bilik mesyuarat dilengkapi sofa bersegi ganjil, koridornya kelihatan seperti di dalam kapal angkasa Enterprise dan pekerjanya boleh bermain snuker dan permainan video ketika waktu rehat.

  • Foto

    BERHIBUR... pekerja digalak bermain permainan.

  • Foto

    CERAH... tidak ada sudut gelap di pejabat Google.

  • Foto

    RUANG KREATIF... pekerja boleh menulis idea pada papan putih di koridor.

  • Foto

    TERKINI... bilik mesyuarat canggih.

  • Foto

    MASA UNTUK BERMAIN... pekerja boleh bermain snuker pada waktu rehat.

Naib Presiden Kejuruteraan Google, Nelson Mattos berkata: "Kami menggunakan khidmat jurutera terbaik dan paling pintar di Britain dan menempatkan mereka bersama dalam suasana yang mempunyai ciri kreativiti, santai dan paling menyeronokkan.


"Ketika Google merancang membina pejabat baru, mereka memulakannya dengan di atas kanvas kosong. Semua dinding diruntuhkan dan perabot dikeluarkan. Kemudian, impian memiliki pejabat yang unik diatur dan dijelmakan bagi memastikan kakitangannya berada di tahap kepuasan tinggi." Jelas, idea menjadi bahagian terpenting untuk bekerja dengan Google dan pejabat baru itu memiliki ruang secukupnya untuk melakar idea itu kerana sebahagian dinding koridor dilengkapi dengan papan putih yang besar.


Dalam pada itu, untuk memastikan juruteranya tidak kekeringan idea, makanan dan minuman secukupnya disediakan. Ada 'makmal kopi' yang menyediakan 19 jenis minuman kopi dan empat restoran yang menyediakan makanan, termasuk tapas (makanan Sepanyol) dan sushi. Pekerja tidak perlu risau mengenai harga kerana semuanya percuma.

Ada juga gimnasium, bilik muzik kalis bunyi dengan dram dan gitar serta bilik permainan dengan meja snuker, konsol video dan sebuah televisyen besar.


Malah, pejabat Google itu turut menawarkan versi tersendiri taman Big Brother, lengkap dengan kerusi santai, permaidani yang menyerupai rumput serta sampan.

"Pejabat yang santai dan ganjil tidak menjejaskan kepintaran dan kebijaksanaan. Pengalaman kami membuktikan suasana selesa, terbuka dan seronok meningkatkan kreativiti dan keterbukaan.


"Ruang terbuka memberi lebih banyak peluang untuk berinteraksi dan ia mendorong tercetusnya idea lebih baik. Sebahagian besar produk kami datang daripada kumpulan yang tidak mempunyai hubung kait tetapi menemui sesuatu mengenai kerja masing-masing menerusi perbincangan mengenai pendekatan terbaru," kata Mattos.


Syarikat itu berminat menunjukkan bahawa pejabat mereka di London sangat penting dalam operasi globalnya. Kakitangannya bertanggungjawab mencipta sebahagian besar aplikasi popular Android dan iPhone.


Pencarian suara, pencarian tempatan penyendirian dan elemen penyemak imbas semuanya dihasilkan di London. Sudah tentu tidak ada kakitangan di pejabat itu mahu disingkirkan.

Jenama ‘Malaysia’ gah di London

Posted: 10 Dec 2011 07:39 PM PST

PENUH SESAK...penyokong QPR membeli-belah di kedai barangan cendera mata stadium selepas  selesai perlawanan.
PENUH SESAK...penyokong QPR membeli-belah di kedai barangan cendera mata stadium selepas selesai perlawanan.

MEMANG percutian tidak semestinya lama dan serba mewah, malah kadangkala kepenatan 'terkepung' di kerusi pesawat belasan jam mungkin tidak akan terasa apabila hajat di hati ada di depan mata.

Lapangan Terbang Heathrow nama gah bagi sesetengah individu yang menjadikan kota raya London sebagai lokasi berbelanja.

  • Foto

    DAPAT SAMBUTAN...jersi pasukan QPR tersusun di kedai barangan cendera mata stadium.

  • Foto

    SEMARAK SEMANGAT...beberapa maskot pasukan berlegar di padang ketika pemain memanaskan badan.

  • Foto

    TEMPAT TETAMU...penulis dan Yusrizal duduk di C Club bagi menyaksikan perlawanan.

Namun bagi peminat bola sepak, London bukan sekadar syurga beli-belah, sebaliknya seakan-akan puncak kegembiraan melihat sekian banyak nama dan pasukan besar beraksi merebut kejuaraan mutlak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menjejakkan kaki ke London tidaklah pula semestinya menyaksikan kelibat pasukan seperti Arsenal, Liverpool, Chelsea atau Manchester United semata-mata, malah ia adalah lapangan untuk belajar menjadi peminat bola sepak yang baik.


Itu antara pengalaman paling minimum dapat dilalui ketika dua wakil Harian Metro menerima jemputan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), baru-baru ini.


Sesuai dengan kemesraan dan layanan baik syarikat penerbangan utama negara itu, kami melalui perjalanan hampir 12 jam untuk tiba di Heathrow sebelum disambut Pengurus Kanan Stesen Penerbangan Malaysia, Ibrahim Isahak, di pintu pesawat Boeing 747-400.

Kami kemudian dibawa ke hotel Holiday Inn untuk bermalam dan pastinya menghilangkan sedikit sebanyak lenguh dan kebas badan yang melalui perjalanan sejauh hampir 11,000 kilometer.

Di situ, kami kurang terasa terlalu asing kerana hotel berkenaan turut menjadi pusat penginapan kakitangan Penerbangan Malaysia, selain beberapa syarikat penerbangan asing.

Keterujaan semakin terasa keesokan hari apabila kami dibawa Pengurus Kawasan United Kingdom MAS, Yuzrizal Mohd Yousuf, menuju ke Jalan Loftus lokasi akhir yang dituju.

Jam ketika itu baru 2 petang, tetapi polis mula menutup pangkal jalan berkenaan daripada digunakan sebarang kenderaan. Keadaan itu memaksa kami berjalan kaki 300 meter ke Stadium Loftus Road.

Stadium terkecil di kalangan pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris itu terletak di tengah-tengah kawasan kediaman.

Mempunyai empat sisi, setiap satu diberi nama tersendiri iaitu Jalan Afrika Selatan dan The Paddocks (menyediakan tiket paling murah di bahagian bawah dan paling mahal di atas, turut menempatkan bilik persalinan, suite, pejabat dan laluan pemain), The Loft (kawasan di belakang tiang gol dibina pada 1981 dan biasanya menempatkan penonton memiliki tiket semusim), Jalan Ellerslie (paling digemari di kalangan peminat QPR) dan The School End (menjadi tempat penonton pasukan pelawat dan menempatkan skrin besar).

Di pangkal simpang, di kanan kami ialah bangunan Pusat Penyiaran British (BBC) dan tidak jauh dari situ - di sebelah kiri - sekumpulan anak muda bersorak-sorak bermain bola sepak di padang yang sederhana.

Di sana sini, orang ramai berjalan pantas dengan kebanyakannya memakai baju berbelang biru putih - warna utama pasukan Queens Park Rangers (QPR) dengan tulisan 'Malaysia' jelas terpampang di dada masing-masing.

Tentulah kami bersikap keterlaluan jika tidak berasa apa-apa melihat nama negara sendiri dipakai dengan megah di situ.

Berjalan 15 minit, kami pun tiba di pintu masuk stadium. Tidak seperti kebanyakan penonton lain, kami dibawa Yuzrizal memasuki pintu kecil yang disambut mesra petugas stadium berkenaan.

Sejurus selepas dialu-alukan, kami dibawa menaiki lif ke tingkat dua dan diiring masuk ke ruang yang menyediakan suasana berbeza seolah-olah bukan berada di stadium.

Ia adalah C Club yang menjadi tempat pegawai kanan dan tetamu diraikan pada hari QPR menjadi tuan rumah kepada pasukan lain dalam EPL.

Di situ, tetamu diberi layanan istimewa. Selain suasana selesa, pelayan berseragam putih sedia melayan tetamu pada bila-bila masa dengan sekian banyak hidangan lazat serta untuk pengunjung bukan Islam, pastinya - deretan minuman keras yang pelbagai.

Turut ramah menyapa tetamu ialah Ketua Pegawai Eksekutif QPR, Philip Beard.
Kira-kira 15 minit sebelum perlawanan dimulakan, Yuzrizal mengajak kami ke tempat duduk. Ketika itu masih banyak ruang tempat duduk yang kosong.

Ruang tempat duduk utama Stadium Jalan Loftus juga hampir 80 peratus kosong.
Saya menjangkakan perlawanan kali ini tidak mendapat sambutan kerana lawan QPR berada di kedudukan lebih bawah daripadanya - West Bromwich Albion (WBA).

Di tengah padang, pemain kedua-dua pasukan asyik dengan pelbagai aktiviti memanaskan badan sambil diperhatikan dengan teliti dua pengurus - Neil Warnock dan Roy Hodgson.

Bagaimanapun, kira-kira lima minit lagi perlawanan dilangsungkan, Stadium Jalan Loftus tiba-tiba gamat dengan sorakan penonton.

Stadium dengan kapasiti maksimum 18,500 orang itu penuh sesak. Di bahagian kanan dikhaskan untuk penyokong WBA, manakala di sebelah kiri adalah tempat peminat tegar QPR.

Ia pengalaman menarik bagi saya. QPR memanglah tidak sehebat gergasi bola sepak seperti Arsenal atau Manchester United di England, tetapi sambutan orang ramai terhadap sesebuah pasukan rupa-rupanya begitu hebat.

Selain mengakui bola sepak mempunyai pengaruh besar, keghairahan penonton di The Loft mengajar saya bahawa kesetiaan tebal penyokong kepada sesebuah pasukan - walaupun untuk pasukan kurang ternama - bukan khayalan.

Kekaguman juga semakin tinggi apabila perlawanan berakhir.

Dari tempat duduk, kami bergerak ke luar di bahagian kiri Stadium Jalan Loftus yang menempatkan kedai pelbagai barang membawa jenama QPR.

Membanggakan juga apabila melihat orang ramai berbaris panjang untuk masuk ke kedai itu. Disebabkan sambutan hebat, seorang petugas ditempatkan di pintu masuk bagi mengawal bilangan orang yang ada di dalam premis bagi satu-satu masa.

Ketika bilangan pelanggan berada di tahap maksimum, hanya selepas ada yang keluar, baru si pengawal membuka pintu pintu untuk membenarkan pelanggan lain masuk.

Di dalam kedai, deretan baju belang biru putih menguasai bahagian pakaian, selain sedikit jersi QPR yang dipakai ketika bertandang ke stadium lawan.

Di bahagian depan jersi utama QPR, tertera perkataan Malaysia Airlines dengan perkataan 'Malaysia' begitu besar.

Hampir setiap pelanggan membeli sekurang-kurangnya sehelai baju QPR, menjadikan mereka 'duta' tidak rasmi untuk Malaysia apabila perkataan itu bakal terpampang megah di dada masing-masing.

Bagaimanapun, harga menjadi isu kepada peminat sederhana dari Malaysia seperti saya. Nampaknya strategi pemasaran diguna pakai Malaysia Airlines memang mengena.

Menurut Yuzrizal, secara asasnya pembabitan syarikat penerbangan itu dengan QPR adalah langkah pendedahan yang berkesan untuk warga setempat, terutama di kalangan peminat kelab berkenaan di London.

"Seperti yang anda lihat, QPR mempunyai peminat setia yang ramai dan penajaan terhadap pasukan itu memberikan pendedahan meluas kepada pasaran di United Kingdom," katanya.

Menurut Yuzrizal, keberkesanan langkah itu juga dapat dilihat daripada sokongan diberi ejen pelancongan tempatan yang mengalu-alukan pembabitan syarikat penerbangan itu.

Daripada aspek penjenamaan pula, katanya, ia dapat dilihat sendiri kepada keghairahan peminat membeli pelbagai barang, terutama jersi QPR.

Secara tidak langsung kesedaran orang ramai kepada Malaysia Airlines dan Malaysia semakin meningkat, sekali gus memberi kesan positif kepada industri pelancongan negara.

Kata Yuzrizal, secara bandingan QPR memang kecil berbanding kelab lain, tetapi ia membawa potensi besar dari semasa ke semasa.

Difahamkan, QPR juga bakal mendapatkan beberapa pemain baru pada musim perpindahan akan datang.

Jika ia menjadi kenyataan, kelab itu dijangka menjadi lebih kukuh dan mencabar dalam baki saingan EPL.

"Rasanya di Malaysia sendiri, peminat QPR juga semakin ramai kerana mereka semakin yakin dengan kemampuan kelab ini memberi saingan," katanya.

Kelekaan meninjau-ninjau dalam kedai juga menyebabkan peluang bertemu pemain QPR, terutama bintang utamanya, Joey Barton dan Shaun Wright-Phillips terlepas.

Jika anda mahu melalui pengalaman bertegur sapa dan bergambar bersama pemain QPR, petuanya ialah - segera membeli-belah di kedai pasukan sebelum perlawanan supaya boleh menunggu di tepi jalan.

Tidak seperti pasukan pelawat yang akan menaiki bas, pemain QPR akan berjalan kaki dengan selamba dari stadium ke kawasan tempat meletak kenderaan kira-kira 150 meter dari situ dan ramah dengan peminat.

Bantu penyelamat hadapi bencana

Posted: 10 Dec 2011 07:37 PM PST

BERPASUKAN...ahli wanita Atfire membentuk bulatan di permukaan air mengikut garis panduan Jabatan  Bomba dan Penyelamat sempena Kursus Menyelamat Di Air dan  Persediaan Banjir 2011 di Gate Sungai Sat, Machang.
BERPASUKAN...ahli wanita Atfire membentuk bulatan di permukaan air mengikut garis panduan Jabatan Bomba dan Penyelamat sempena Kursus Menyelamat Di Air dan Persediaan Banjir 2011 di Gate Sungai Sat, Machang.
BERDEBAR...Nurul Hidayah meniti tali.
BERDEBAR...Nurul Hidayah meniti tali.

PERANAN skuad ini mungkin dianggap kecil pada mata masyarakat, namun buat pasukan bomba, kehadiran mereka sedikit sebanyak mampu menyelamatkan nyawa ketika kebakaran.

Malah, kepantasan mereka hadir ke lokasi kejadian dalam tempoh singkat juga membantu mengurangkan risiko kerugian atau 'kehilangan' kediaman yang dihadapi mangsa.

Khidmat kumpulan itu turut ditagih pasukan bomba dalam membantu melakukan pemantauan dan pemeriksaan pili bomba, selain mampu menjadi barisan depan jika berlaku kecemasan di kawasan berhampiran.

Walaupun usia baru setahun jagung dan tidak sehebat anggota bomba sebenar, Persatuan Sukarela Bomba dan Penyelamat Radio Amatur Machang boleh berbangga apabila semua ahlinya berusia 18 hingga 45 tahun berjaya melepasi beberapa tahap modul latihan dan kecekapan mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat.


Ditubuhkan secara rasmi Jun lalu mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Seksyen 62(1)(Ca), Persatuan Sukarela Bomba dan Penyelamat Radio Amatur Machang atau 'Amateur Team Fire and Rescue' (Atfire) kini mempunyai 60 ahli berbanding 25 pada awal penubuhannya.


Pertambahan ahli secara mendadak dalam tempoh tidak sampai setahun itu membuktikan masyarakat mula sedar mengenai tanggungjawab sosial mereka dalam membantu pihak penyelamat menghadapi pelbagai bencana seperti banjir, kebakaran dan kemalangan, selain sanggup 'berkorban' demi menyelamatkan nyawa manusia.

Presiden Atfire, Mohd Asri Mohd Zahari, 39, berkata perkembangan itu petanda positif kepada negara disebabkan sebelum ini ramai kurang berminat menyertai pasukan sukarelawan polis dan bomba kerana kurangnya kesedaran sivik, selain sikap mementingkan diri sendiri.

Katanya, idea penubuhan Atfire tercetus ketika bertemu Pegawai Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Che Zamri Che Ya, sembilan bulan lalu.

"Ketika itu, saya dan beberapa rakan radio amatur lain menyertai Ronda Raya Tahun Baru Cina bersama anggota bomba Machang dan sebaik dimaklumkan bahawa sukarelawan bomba belum 'wujud' di bandar ini, terus terlintas di fikiran untuk menubuhkan satu persatuan.

"Tambahan pula, kelebihan pihak kami memiliki kemudahan alat komunikasi dua hala atau 'walkie-talkie' mungkin boleh membantu kami berhubung dengan cepat tatkala berlaku kecemasan," katanya ketika ditemui selepas Kursus Menyelamat Di Air dan Persediaan Banjir 2011 di Gate Sungai Sat, Machang, anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Machang bersama Atfire.

Beliau yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang berkata, majoriti ahli Atfire adalah belia, penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kakitangan kerajaan dan swasta.

Katanya, ahli Atfire menjalani beberapa kursus asas, antaranya 'Sever' dan 'Breathing Apparatus Training Gallery (BATG)' di Pusat Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor.

"Latihan dwi mingguan diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Machang, bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam, di mana setiap ahli diwajibkan menjalani latihan sekurang-kurangnya lapan jam sebulan.

"Memandangkan Atfire masih 'menumpang' di balai berkenaan, saya merayu kerajaan menyediakan satu tempat khas bagi memudahkan kami melakukan aktiviti bomba, selain diberi elaun bulanan," katanya.

Che Zamri, 39, berkata Atfire adalah sukarelawan bomba kedua 'terbesar' selepas Persatuan Bomba Sukarela Kembara Skuad 4x4 Adventure Team, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Katanya, selain Sever, BATG, latihan kawad kaki dan kawad hose, semua ahli diberi latihan pengenalan peralatan kebombaan lain seperti cara-cara menyelamat dan penggunaan peralatan memadam kebakaran.

"Latihan seumpama itu menguji tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan mental bagi mengelakkan mereka menjadi panik dan kelam-kabut, terutama ketika berdepan situasi sebenar.

"Mereka turut diajar cara-cara menyelamatkan mangsa di air, terutama ketika banjir," katanya yang mengakui Atfire juga dipanggil bertugas 24 jam pada musim tengkujuh.

Penuntut, Mohamad Zainal Azim Ozeman @ Azeman, 20, berkata kerjaya bomba adalah tugas penuh mencabar serta memerlukan komitmen tinggi semua ahli bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan sempurna.

Katanya, walaupun anggota sukarela tidak dibenarkan memasuki bangunan ketika kecemasan, tugas membantu kerja menyelamat daripada luar dapat dilakukan dengan baik.

"Saya memasuki sukarelawan bomba bukan ingin mencari 'glamor', sebaliknya berhasrat membantu masyarakat sekeliling tatkala mereka ditimpa kesusahan.

"Sukarelawan bomba juga dianggap responden pertama dalam membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya yang menyertai kadet bomba ketika di Sekolah Menengah (SM) Teknik Bachok, Kelantan.

Bagi dua beradik, Siti Rohayu Che Azmi, 21, dan Nurul Hidayah, 20, mereka menyertai Atfire atas kehendak sendiri, bahkan semakin teruja sebaik diberi restu oleh keluarga sekalipun menyedari kerjaya itu berisiko tinggi.

Menurut Siti Rohayu, pengalaman menjalani latihan BATG dianggap paling menggerunkan buat mereka bergelar wanita kerana semua ahli perlu berada dalam bilik gelap yang sempit itu selama setengah jam.

"Walaupun penyertaan kami berstatus sukarelawan, perkara itu tidak pernah menjejaskan kewibawaan kami dalam membantu pihak bomba melakukan operasi bomba.

"Malah, saya dan Nurul anggap kerjaya itu paling seronok berbanding khidmat badan beruniform lain kerana hati berasa puas jika kita dapat menyelamatkan mangsa," katanya yang turut disokong adiknya.

Pelajar, Mohamad Salman Rosman, 18, pula berkata ahli Atfire turut didedahkan mengenai teknik menangkap ular dan memusnahkan sarang tebuan.

"Kedua-dua kerja itu tampak mudah, namun kalau tidak kena cara atau teknik, ia boleh mengundang padah kepada ahli seperti dipatuk atau disengat haiwan berbisa itu.
"Sebab itu, setiap ahli tidak digalakkan 'menunjuk-nunjuk' kepada masyarakat, terutama ketika melakukan kerja menyelamat, kerana ia boleh memakan diri jika kita terlalu takbur dan riak," katanya yang turut mewakili negeri dalam sukan silat.

Penuntut jurusan Diploma Pengajian Perniagaan, UiTM Machang, Amizatulsaima Mazlan, 22 berkata walaupun baru dua minggu menyertai Atfire, dia tidak terkecuali menjalani latihan menyelamatkan mangsa di air.

"Dalam latihan itu, saya dan ahli lain diberi pendedahan mengenai cara menyelamatkan mangsa di dalam air sebelum menaikkannya ke atas bot.

"Kami turut diajar menyeberangi sungai menggunakan teknik 'reverse crossing', 'monkey crossing', 'commando crossing', 'water confined' dan membentuk bulatan atau 'circle' di atas permukaan air secara berkumpulan," katanya yang meminati aktiviti lasak.

Fabrik perabot

Posted: 10 Dec 2011 07:33 PM PST

pix_gal0
Jenis, corak dan warna tentukan seri dan keselesaannya

PERABOT ruang tamu biasanya menggunakan bahan fabrik bagi membaluti sofa. Bahan yang bukan sekadar menjadi pembalut sofa atau kusyen, sebaliknya turut berperanan memberi keselesaan baik ketika duduk mahu pun bersandar.

Biarpun kusyen berfungsi sebagai pengalas punggung yang memberi keselesaan, hiasan fabrik pada pembalut kusyen turut memberi impak kepada kediaman kerana kerana dari segi pilihan bahan fabrik dan gabungan warnanya, dapat membantu menyerlahkan lagi suasana ruang. Dalam memilih fabrik untuk sarung sofa atau kusyen, memerlukan perhatian dan pengetahuan kerana bahan fabrik dalam pasaran kadang kalanya turut mengelirukan.
Oleh itu pengguna memerlukan masa untuk memilih bukan saja untuk mengenali bahan fabrik itu tetapi mencari corak dan warna yang turut digemari. Pilihan itu pula seharusnya mengambil kira gaya penampilan serta tekstur fabrik berkenaan.
Tekstur Fabrik
Semua tekstur fabrik ditentukan sumber atau bahan bagi menghasilkannya. Justeru, ada fabrik jenis jarang, tebal dan sederhana tebal. Dan apabila dipegang pula, ada yang kasar, halus serta licin. Sesetengah fabrik pula menyebabkan rasa gatal, licin dan mudah memerangkap habuk.

Corak Fabrik
Seperti juga tekstur, corak juga berfungsi 'menghidupkan' penampilan fabrik. Ada empat tema corak di pasaran iaitu fabrik tanpa corak atau polos, corak bergaris dan corak floral. Tema bergaris sama ada secara vertikal atau horizontal dengan permainan berbagai warna akan menjadikan ruang menjadi ceria. Tema bermotif floral juga amat menarik jika bijak disesuaikan dengan keadaan ruang dan mengikut tema pada zaman tertentu. Sesetengah corak pula dihasilkan sama ada dicetak terus atas fabrik, terutama pada fabrik jenis linen dan kapas manakala pada fabrik yang lain ditenun atau disulam.

Warna Fabrik Kepentingan warna pada fabrik sama pentingnya dengan tekstur dan corak. Biasanya pewarna digunakan bagi mewarnakan fabrik. Ada juga fabrik diwarnakan selepas ditenun dan menghasilkan warna padu. Jika diwarnakan dulu pada benang, ia boleh menghasilkan corak dengan pelbagai warna. Bagaimana pun, fabrik yang diwarnakan mudah pudar jika terdedah kepada pancaran matahari dan hilang apabila dibasuh dengan mesin pembasuh atau cucian kering.

Bahan Fabrik
Ada dua jenis bahan digunakan bagi menghasilkan fabrik - bahan asli atau semula jadi dan dihasilkan daripada bahan gentian atau sintetik. Bahan fabrik semula jadi bersumberkan tanaman dan binatang seperti kapas, sutera dan linen.

Kapas misalnya, adalah bahan serba guna, sama ada kapas tulen atau bercampur dengan gentian lain. Fabrik ini tahan lasak, mudah dibersih, senang diwarnakan serta murah. Fabrik kapas tebal cukup sesuai untuk sarung kusyen. Bagaimanapun, kapas senang berkedut, mudah terbakar dan luntur.

Linen pula mahal, tetapi mudah dibentuk dan tahan cahaya matahari. Linen juga mudah berkedut dan mudah terbakar. Fabrik semula jadi ini memerlukan penjagaan yang lebih teliti bagi memastikannya sentiasa kemas dan cantik. Ini menjadikannya tidak sesuai sebagai sarung kusyen.

Fabrik bulu binatang pula yang paling mahal. Fabrik ini berbentuk anjal, kenyal dan kuat, tahan kotor serta mudah dibersih, selain tidak mudah terbakar. Namun, ia tidak tahan gegat. Kulit binatang juga antara fabrik semula jadi yang popular dan antara yang kuat dan tahan lama. Selain itu, nilai eksklusif dan mewah jelas kelihatan pada perabot apabila menggunakan bahan fabrik ini.

Sutera dihasilkan daripada kepompong dan kekal fabrik paling mahal. Fabrik sutera berkilau, menganjal, tahan kotor dan lambat terbakar, tetapi tidak tahan kepada cahaya matahari. Ketika ini pihak pencinta alam sekitar mengadakan kempen menghalang penggunaan bulu haiwan sebagai bahan fabrik dan ini menyebabkan pengeluaran bahan ini agak terhad.

Bahan Fabrik Gentian
Bahan yang turut dikenali sintetik ini adalah campuran bahan kimia dan diproses mengikut teknologi terkini. Hasilnya dalam bentuk fabrik rayon, akrilik, polyster dan nilon. Ada juga fabrik yang dihasilkan daripada gabungan sintetik dan gentian asli untuk menghasilkan fabrik terbaik.

Rayon
Rayon dan asetat dihasilkan daripada pulpa kayu, kemudian diproses menjadi bahan sintetik. Ia tidak tahan cahaya matahari, bahkan asetat mudah terbakar dan cair. Campuran rayon dan bulu sesuai untuk membuat sarung kusyen.

Akrilik
Akrilik bermutu dan mempunyai tekstur hampir serupa dengan bulu. Harganya juga lebih murah. Walaupun tidak sekuat bulu dan cenderung meregang, ia kenyal, lambat terbakar, tidak mudah pudar serta mudah dijaga.

Polyster
Polyster kelihatan seakan sutera dan bulu. Ia kuat, kenyal dan tidak berkedut, tetapi tidak sesuai untuk dijadikan sarung kusyen kerana ringan.

Nilon
Nilon biasanya dicampurkan dengan bahan gentian lain untuk kegunaan menghias rumah. Ia kuat, kenyal dan boleh dibersihkan dengan span. Disebabkan licin dan berkilau, ia tidak sesuai digunakan sebagai hiasan, kecuali nilon yang sudah dicampur dengan bulu sesuai dibuat sarung kusyen.

Chong Wei idam mahkota keempat

Posted: 10 Dec 2011 07:32 PM PST

 CHONG Wei   dijangka akan ditentang hebat dua pemain pilihan - Lin Dan dan Chen Long dari China.
CHONG Wei dijangka akan ditentang hebat dua pemain pilihan - Lin Dan dan Chen Long dari China.
Jaguh negara tekad ulangi kejayaan Siri Super Masters 2008, 2009, 2010

LEE Chong Wei mengidam untuk menjuarai pusingan akhir Siri Super Masters buat tahun keempat - sekali gus kekal selaku pemain nombor satu dunia.

Pemain perseorangan berusia 29 tahun itu berkata walaupun tidak mempunyai masa cukup untuk menghadapi kejohanan, dia akan memberi aksi terbaik memandangkan kejohanan itu adalah pertandingan terakhir tahun ini.
"Saya baru pulang dari Macau dan kesuntukan masa melakukan persiapan fizikal tetapi daripada segi mental saya sudah bersedia. Saya akan berangkat ke China esok (hari ini) dan berharap dapat bermain dengan baik menjuarainya buat kali keempat," katanya, semalam.
Chong Wei adalah pemain pilihan nombor satu kejohanan dengan undian bakal dilakukan Selasa ini.

Juara Siri Super Masters pada 2008, 2009 dan 2010 akan ditentang hebat dua pemain pilihan - Lin Dan dan Chen Long dari China pada kejohanan yang bermula di Liuzhou, China 14 hingga 18 Disember ini.

Chong Wei yang tewas dua kali kepada kedua-dua Chen Long dan Lin Dan dalam tempoh tiga bulan lalu berkata dia juga sedang menumpukan perhatian kepada Sukan Olimpik 2012 dan dalam tempoh lapan bulan berikut akan berusaha gigih bermain dengan baik dalam setiap pertandingan untuk mengekalkan ranking dunianya.

"Saya yakin dapat layak ke Olimpik tetapi kedudukan dalam acara berkenaan sangat penting dan saya mahu menjadi pemain nombor satu dunia bagi mengelakkan bertemu Lin Dan pada separuh akhir," katanya.

Usah tipu mohon bantuan RM500

Posted: 10 Dec 2011 07:29 PM PST

pix_gal0
Warga tua sebatang kara, ahli keluarga berdaftar eKasih layak terima BR1M

KUALA LUMPUR: Warga tua hidup sebatang kara dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, yang akan dibayar mulai pertengahan bulan depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata mereka yang tergolong dalam kategori tidak mempunyai slip gaji ini hanya perlu mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran BR1M yang diedarkan mulai semalam di lebih 800 sekolah dan lokasi terpilih di seluruh negara.
Katanya, kerajaan menyasarkan untuk mendaftar 5.2 juta rakyat bagi mendapat bantuan khas itu, khusus bagi yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan bagi satu isi rumah serta ramai tanggungan.
Beliau berkata, golongan yang tidak mempunyai slip gaji, tetapi layak kerana berpendapatan isi rumah kurang RM3,000, boleh memohon berdasarkan pengisytiharan diri dalam borang itu. Semua permohonan akan diproses Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana agensi kerajaan itu mempunyai maklumat dan data lengkap bagi membantu kerajaan menilai kelayakan setiap penerima bantuan.

"Kita berpegang kepada pengisytiharan diri, jadi pemohon perlu mendaftar secara jujur dan ikhlas. Kerajaan akan semak, sekiranya kita dapati laporan itu tidak betul dan pemohon terbabit menerima bantuan RM500, maka kita akan ambil tindakan.

"Tetapi sekiranya pemohon mengisytihar maklumat dengan jujur walaupun tanpa slip gaji dan berdasarkan semakan menunjukkan mereka layak, maka mereka akan tetap menerimanya," katanya kepada media selepas penyerahan borang BR1M, semalam.

Bermula semalam, agensi kerajaan terutama LHDN dan pemimpin masyarakat mula mengedarkan borang pendaftaran BR1M di seluruh negara. Borang pendaftaran diedar percuma di 862 kaunter seluruh negara termasuk 415 sekolah terpilih dan pemohon boleh memuat turunnya dari laman web Kementerian Kewangan.
eKasih adalah sistem pengkalan data keluarga miskin dengan mempunyai pendapatan kurang RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan bandar iaitu kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah. Data dan maklumat dalam eKasih berasaskan Banci Isi Rumah Miskin (BIRM) dijalankan Jabatan Perangkaan dan kemudian disalurkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Ahmad Husni berkata, semua pendaftaran akan diproses segera bagi membolehkan kerajaan mengagihkan bantuan kepada pemohon yang layak pada pertengahan bulan depan.

Katanya, kerajaan sudah mempunyai kaedah yang sesuai untuk menyalurkan bantuan RM500 itu namun ia akan diumumkan kemudian bagi memberi tumpuan kepada proses pendaftaran terlebih dulu.

"Saya faham proses pendaftaran 5.2 juta individu dalam tempoh sebulan bukannya mudah, justeru kami membuka lebih banyak lokasi pendaftaran.

"Insya-Allah kami akan mengadakan mesyuarat esok (Isnin) bagi mendapatkan jumlah pendaftaran untuk minggu pertama, supaya proses pendaftaran ini dapat diperbaiki untuk tempoh tiga minggu akan datang," katanya.

Mengenang koleksi datuk

Posted: 10 Dec 2011 07:28 PM PST


Antara porselin Dinasti Ming dan Song peninggalan datuk yang berusia beratus tahun.


MAJLIS pemberian nama gelar sebagai penghulu melibatkan allahyarham datuknya iaitu Dato' Ariffin Alias Rajo Angek di Padang Panjang, Sumatera Barat Indonesia pada tahun 1979 pernah singgah di telinganya.

Cerita daripada ibu, Puti Zahrah Ariffin, 53, itu juga menerbit rasa bangga kerana dia adalah cucu kepada seorang lelaki yang berkarisma dan banyak berjasa kepada ramai orang tanpa mengira latar belakang.

Apabila arwah datuknya itu menjadi antara orang kepercayaan ketika zaman pemerintahan jajahan Belanda sewaktu berkhidmat sebagai kapten kapal di Melaka pada tahun 1940.

Memikul tanggungjawab berat berkenaan memberi dia banyak peluang untuk bertemu dengan pelbagai lapisan golongan bangsa sebelum Jepun mengibarkan bendera putih.

Arwah datuk Mohammad Rifkian Shah ini ringan tulang dan tidak pernah meminta balasan atas pertolongan yang diberikan semasa di Melaka.

Selepas zaman gelap berakhir, arwah datuknya diminta pulang bertugas ke Jakarta, Indonesia di Interpol Indonesia sebagai Malim 1.

Bersejarah

Takdir Tuhan kemudiannya menemukan allahyarham Arifin dengan salah seorang lelaki bersama keluarganya yang pernah dibantu ketika ke Tanjung Balai, Indonesia pada tahun 1950.

"Lelaki itu memberi arwah datuk kain songket yang sangat cantik dan tidak diketahui dari mana asal datangnya lantaran ketelitian seni tenunan," katanya.

Bertitik tolak dari situ juga arwah datuknya menerima macam-macam pemberian yang berupa keris, pisau Arab, porcelin dari Dinasti Ming dan Song, almari, kerusi, kain batik, piring dan jam berusia beratus-ratus tahun.

Kesemuanya disimpan baik di tiga rumah berasingan iaitu di Kuala Lumpur, Dubai dan Jakarta, Indonesia dengan baik.

Bapanya, Shamsudin Mentor, 60, adalah kapten kapal yang bekerja di Dubai dan adik bongsunya, Muhammad Zulfarouq Shah turut melanjutkan pengajian kejuruteraan sivil di situ. Sementara Rifkian bersama dua beradiknya yang lain mengikuti pengajian di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, lelaki berusia 24 tahun memberitahu bahawa tujuan dia berkongsi koleksi arwah datuk yang jarang ditemui sebagai tanda peringatan buatnya. Itu juga tanda seorang cucu yang cukup merindui datuk setelah berpisah dengannya sejak tahun 2001.

Gabungan Timur dan Barat

Posted: 10 Dec 2011 07:27 PM PST


Ruang tamu utama dan ruang santai di belakangnya gabungan moden dan oriental.


SESEKALI menyelit idea oriental dalam sesebuah kediaman mampu menyuntik kelainan yang bukan sedikit. Misalnya seperti kediaman contoh Marbella, satu projek di bawah Lebar Daun Dev. Sdn. Bhd yang terletak di D'Kayangan, Seksyen 14, Shah Alam.

Dikendalikan oleh sebuah syarikat rekaan dalaman, Benua Unit Design. ia akan dilancarkan kepada tidak lama lagi kepada pengunjung.

Pengarahnya, Mohd Nizar Manaf berkata, hiasan dalaman kediaman tersebut berkonsep moden oriental yang menggabungkan elemen Timur dan Barat pada setiap sudut supaya ia kelihatan seimbang.

"Kalau diperhatikan, saya hanya meletakkan sedikit sahaja sentuhan Oriental kerana ingin memberi kelainan. Contohnya dengan menyelitkan pinggan porselin bermotif Cina pada sebuah meja kayu yang moden ini," katanya.

Sebagai sebuah kediaman contoh, Marbella katanya, tidak boleh terlalu sarat dengan hiasan. Justeru Mohd Nizar perlu menggunakan kebijaksaan untuk mengaplikasikan kemahirannya pada setiap ruang supaya ia kelihatan kemas dan selesa.

Gabungan sofa berwarna putih tiga tempat duduk dipilih menghiasi ruang tamu utama. Ia digabungkan dengan kerusi sisi dan bangku dari material serta warna yang sama. Permaidani berwarna jingga di pilih bagi menaikkan seri ruang. Di belakang ruang tamu utama, Mohd Nizar mencipta kelainan dengan membina ruang santai daripada material kayu. Kerangka besi dipilih menjadi rak yang unik, menempatkan pelbagai hiasan.

Ruang makan dan ruang dapur dipisah menggunakan kaca. Menurut beliau, kaca memang menjadi keutamaannya dalam menentu susun atur kediaman kerana faktor keluasan. Di tengah-tengahnya, beliau sengaja meletakkan lukisan Picasso untuk mencipta kelainan.

"Walaupun ada yang berkata tidak sesuai saya menggandingkan lukisan Picasso dengan konsep sebegini, namun bila diamati dengan teliti ia sebenarnya memberi kelainan dan ada keserasian," katanya.

Teras kepada pemilihan warna kediaman tersebut adalah semula jadi di mana banyak bermain dengan warna alam seperti putih, krim, coklat dan kelabu.

Pemilihan perabot yang minimum di bahagian dapur menjadikan ruang tersebut kelihatan luas walau hakikatnya tidak terlalu besar.

Kemas dan menawan

Sengaja menambah elemen ekstravaganza pada beberapa sudut kediaman seperti bilik tidur utama, Mohd Nizar berkata ia dibuat berdasarkan kriteria pasaran.

"Tidak semua pembeli gemar kepada konsep moden ketika ini yang sangat minimalis. Jadi kami gabungkan elemen kedua-duanya agar memenuhi cita rasa semua," katanya.

Pemilihan chandelier berwarna hitam menambah gaya elegan kepada bilik tidur utama yang sangat luas. Aspek kekemasan dititikberatkan di mana pemilihan setiap perabot diberi perincian. Ruang persalinan yang dipisah dari bilik menjadikan ia kelihatan kemas dan tidak berserabut.

Dua bilik lagi di tingkat atas turut menerima sentuhan yang sama. Ruang tengah yang dijadikan tempat menonton keluarga juga diberi sentuhan moden.

Ruang membaca pada satu sudut mencipta kelainan dengan pemilihan dinding kaca yang menjadikan pemandangannya tidak tertutup di situ.

Secara keseluruhan, walaupun kelihatan ringkas, namun unsur kelainan tetap menyerlahkan kediaman tersebut. Sesuai dengan cita rasa pemilik kediaman kini yang gemar kepada konsep minimalis namun tetap elegan dan menawan.

Masakan kampung di Menara Tinjau

Posted: 10 Dec 2011 07:26 PM PST


Perjalanan ke restoran ini hanya mengambil masa 30 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur.


KEPALA ikan baung sungai dengan kuah masak asam tempoyak kelihatan cukup menambat selera penulis tengah hari itu. Dihidangkan ketika masih panas, aromanya sahaja membuatkan sesiapa jua tidak sabar untuk menjamu selera.

Tidak cukup dengan itu, semangkuk ikan patin sangkar masak asam tempoyak turut dihidangkan. Menurut pemilik Restoran Samudra De Menara Tinjau, Kamarul Ariffin Hamzah, ini supaya penulis dapat membezakan antara hidangan ikan sungai liar dan ikan yang dipelihara.

"Sebenarnya rasa masakan tetap sama. Cuma bezanya terletak pada tekstur isi ikan sahaja. Dari segi harga pula tentulah ikan pelihara jauh lebih murah," ulasnya.

Memang benar bagai dikata, keenakan kuah asam tempoyak kedua-dua hidangan tidak ada beza. Bagi mereka yang kurang arif dengan tekstur ikan pula pasti sukar membezakan yang mana satu ikan sungai liar dan ikan yang dipelihara. Ikan pelihara yang dijual di restorannya juga tidak berbau hanyir berikutan ia diternak dalam sangkar di Sungai Pahang.

Selain dua masakan signatur tadi, Restoran Samudra De Menara Tinjau juga menghidangkan pelbagai jenis masakan kampung ala carte yang dihidangkan ketika masih panas. Selain patin dan baung, mereka turut menyediakan ikan kerai, talapia, tengalan, tapah, lampam, sebarau, kelah, jelawat dan juga ikan paling mahal, Empurau Sarawak yang perlu dipesan dua hari lebih awal. Ikan laut turut dijual seperti ikan siakap, terubuk dan pari.

Pengunjung boleh memilih masakan yang diingini sama ada masak asam tempoyak, tempoyak, lemak tempoyak, lemak cili padi, pindang, goreng, goreng sambal, bakar kunyit dan juga bakar sambal.

Tidak cukup dengan itu terdapat juga gulai tunjang, gulai perut lembu, gulai otak lembu, masak lemak kulat sisir, masak lemak nangka, asam batang keladi, sambal tumis petai dan sambal janda milenium iaitu cili padi yang digoreng bersama bawang dan ikan bilis.

Restoran Samudra De Menara Tinjau dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 11 malam. Masakan sampingan turut disediakan seperti nasi dagang, mee bandung, mee hailam, nasi goreng dan banyak lagi.

Ceria dengan haruman Anees

Posted: 10 Dec 2011 07:25 PM PST


Duta minyak wangi Anees, Siti Sumaziana Che Ali Mohamed.


HARUMAN yang yang tidak mengandungi alkohol dan diinspirasi daripada jenama-jenama terkenal semakin mendapat sambutan di kalangan penggemar minyak wangi.

Anees Perfumes yang memulakan pasarannya di negeri-negeri Pantai Timur antara minyak wangi tanpa alkohol yang telah menembusi pasaran seluruh Malaysia.

Produk ini terdiri daripada dua jenis saiz yang berbeza iaitu 2.5 milimeter bagi botol kecil dan enam milimeter bagi botol besar.

Menurut Pengurus Pentadbiran Anees Creative, Roshasyla Othaman berkata, minyak wangi Anees di pasaran pada enam bulan pertama adalah di luar jangkaan kerana telah mendapat hasil jualan lebih 30,000 botol.

"Sambutan yang diterima meyakinkan syarikat kami untuk mengukuhkan lagi jenama Anees ke seluruh negeri di Malaysia. Ini kerana sebelum ini jualan adalah terhad di Pantai Timur sahaja", ujarnya yang menghasilkan minyak wangi dengan cara penggunaan botol 'Miniature Roll On' yang mudah diguna oleh pengguna.

Sementara itu, pemenang tempat kedua pertandingan Citra Wanita anjuran Mingguan Malaysia 2010, Siti Sumaziana Che Ali Mohamed memberitahu, dia menyukai minyak wangi ini kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan yang tidak halal dan tidak memudaratkan kesihatan.

"Harganya pula berpatutan di samping menyerlahkan gaya, keceriaan dan rasa selesa di kalangan pengguna wangian untuk sepanjang hari. Menariknya, orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut tentang minyak wangi ini menerusi laman sosial, facebook; www.facebookcom/aneesperfume atau www.facebook.com/sumazianahappyhealthy. Ini memudahkan orang yang bekerja dan tidak mempunyai masa membeli-belah untuk mendapatkan minyak wangi dengan aroma bertaraf dunia," ujarnya yang kini bergelar duta minyak wangi Anees.

Nurasyikin pelapis dunia penyiaran

Posted: 10 Dec 2011 07:24 PM PST


Nurasyikin


ANAK kelahiran Kuala lumpur ini, Nurasyikin Alfian, 22 tampil menarik tatkala memakai dan menggayakan solekan ala Twiggy. Manis seperti wanita 60-an, Nurasyikin memiliki badan yang kurus dan tinggi lampai.

Nurasyikin merupakan penuntut Ijazah Penyiaran tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) bercita-cita menjadi wartawan penyiaran berjaya.

Baginya, kerjaya sebagai wartawan penyiaran bukanlah sesuatu yang mudah dan penuh glamor.

Sebelum menceburkan diri dalam bidang ini, Nurasyikin bersedia sepenuhnya menghadapi segala bentuk cabaran yang mendatang.

"Memang banyak dugaan bekerja dalam bidang ini, jadi saya perlu bersedia terutama dalam menghadapi pelbagai kerenah dan ragam orang ramai," katanya yang akan menjalani latihan praktikal wartawan penyiaran tidak lama lagi.

Berfesyen

Berkongsi tentang aktivitinya pada masa lapang, wanita yang sentiasa dan murah dengan senyuman ini gemar pergi membeli-belah pada masa lapang.

"Inilah cara saya melepaskan tekanan setelah penat bekerja," ujarnya.

Dalam berfesyen pula , Nurasyikin gemar mengenakan pelbagai gaya dan mengikut kesesuaian keadaan.

"Selalunya, orang ramai mengatakan wanita tidak dapat mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kerjaya lebih-lebih lagi mereka yang hanya kelihatan tahu bergaya sahaja. Ternyata pendapat tersebut salah, yang penting untuk berjaya, seseorang itu perlu fokus dan berilmu," katanya yang turut berjinak-jinak dalam dunia modeling.

Nurasyikin tidak menafikan tugas sebagai pelajar agak membataskan masa untuk dia memenuhi undangan peragaan.

"Namun, saya akan cuba memenuhinya jika berkesempatan. Sebagai wanita, segalanya perlu seimbang termasuk menguruskan diri sendiri, menghabiskan masa bersama keluarga dan kawan-kawan pada masa terluang," ujarnya.

Perkahwinan impian

Posted: 10 Dec 2011 07:21 PM PST


Gaun pengantin dengan tema putih dan elegan rekaan Carven Ong.


SETIAP orang mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan sempurna. Sekiranya anda merancang untuk berkahwin dengan yang tercinta pada tahun 2012, mungkin inilah peluang anda untuk mengecapi perkahwinan impian anda.

Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur dan agensi perancang perkahwinan Wedding Artists oleh Carven Ong menjemput para pasangan yang bakal berkahwin untuk ke pameran elegan sambutan perkahwinan, Dream Weddings pada hari ini di hotel tersebut.

Pasangan yang mengambil pakej hiasan jamuan serta fotografi Wedding Artists by Carven Ong akan berpeluang untuk memenangi semula perbelanjaan mereka.

Dalam soal mengkhususkan perkahwinan mengikut bajet, pengasas agensi perancang perkahwinan ini, Carven Ong menyarankan pasangan yang merancang untuk berkahwin untuk bersikap terbuka dalam soal kewangan, tidak kira apa jumlah perbelanjaan mereka.

"Mereka mesti mengutamakan apa yang dirasakan penting. Perunding-perunding Wedding Artists by Carven Ong akan bertemu dengan semua pasangan yang bakal berkahwin dan berbincang tanpa kos. Mereka juga boleh menjalankan soal jawab perkahwinan dengan perunding untuk mengetahui dan lebih memahami keperluan dan mengutamakan rancangan perkahwinan mereka," ujar Carven.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved