Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Tiz, Remy bercinta di Eropah
- Ahli Hijjaz Ada Petua Elak Bergolak Sejak 14 Tahun
- Kehadiran Anak Berjaya Ubah Sikap Tomok
- ‘Hidup saya masih kosong’
- Rossa Tunaikan Haji 12 Oktober Depan
- Tudung bawal tak lapuk
- 'Teman Pengganti' Nyanyian Black Cedok Lagu Norkumalasari
- Kembar bercakap selepas 4 tahun ‘bisu’
- George Clooney & Stacy Keibler Putus Cinta?
- Era FM terima banyak soalan cinta
- Hudson maafkan pembunuh
- Siapa di samping Suzy?
- Kertas percubaan SPM bocor di FB
- Derita gangren kaki, tangan
- Pencuri licik kebas Sinar Harian
- Penjual laksa didakwa menipu
- Penjaga gol kebangsaan didenda khalwat
- IPhone 5 mula dijual di AS
- Filem warna pertama ditayangkan
- Psy ajar Spears tarian kuda
- Anjing Great Dane tertinggi di dunia
- Kejohanan polo gajah bermula
- KLCC saksi kedatangan pasangan diraja
- Bayi lebih sihat dan cerdik
- Seronok berlumba untuk rumah amal
Posted: 13 Sep 2012 08:36 PM PDT
TAHU hakikat bercinta lama bersama Remy Ishak bakal mengundang 1001 masalah kepada hubungan mereka, akui Tiz Zaqyah, dia sanggup menghadapinya. "Ya, saya boleh terima apa jua keadaan pada hubungan kami ini," jelasnya ringkas tatkala diajukan soalan tentang dia tidak gentar bercinta lama dengan Remy. Hubungan cinta mereka boleh dihitung melebihi usia dua tahun. Tidak meletakkan sasaran bila mereka akan berkahwin, ulas Tiz, dia hanya berserah kepada jodoh. Katanya, jika ditakdirkan mereka berkahwin dalam masa terdekat ini, dia tidak menolak ketentuan itu. "Saya tidak merancang dan meletakkan sasaran bila akan berkahwin. Kalau ada jodoh saya kahwin. Kalau dalam masa terdekatpun saya terima. Namun begitu saya juga berharap ketika itu keadaan saya sudah stabil," ulasnya ketika ditemui pada majlis pengumuman duta terkini produk kecantikan May di Flora Terrace, Kuala Lumpur. Tiz sendiri enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama Remy kerana memang pendiriannya tidak mahu menjaja kisah peribadinya melebihi kisah kerjaya lakonan. Bagaimanapun, pada hari itu, dia berkongsi cerita cintanya bersama media kerana ingin menutup spekulasi bahawa hubungannya dengan Remy dilanda masalah. Ini kerana sebelum ini banyak spekulasi mengenai hubungan mereka timbul. Ada yang mengatakan hubungan mereka sudah putus selepas isu Remy tidak menerima layanan yang baik dari Tiz ketika pelakon filem Jiwa Taiko itu sakit. Ada juga mendakwa Tiz tidak tahan lagi dengan sikap panas baran Remy, namun semuanya itu sekadar gosip yang mematangkan hubungan mereka. Bercuti ke Eropah Tiz juga berkongsi rasa terujanya apabila dia dan Remy bakal bercuti ke Eropah, seterusnya menjayakan penggambaran drama arahan Kabir Bhatia iaitu Cinta Jangan Pergi pada pertengahan bulan Oktober ini. "Mungkin 15 atau 18 Oktober ini saya akan terbang ke Eropah untuk menjayakan penggambaran drama Cinta Jangan Pergi bersama Remy. Sesi penggambaran akan diadakan di beberapa lokasi seperti London, Paris dan New Zealand yang memerlukan kami berada di sana selama 20 hari," ulasnya yang sekali lagi akan menjayakan watak kekasih kepada Remy dalam drama 26 episod itu. Mengulas mengenai wataknya dalam drama tersebut, ujar Tiz, dia membawakan watak Lea Soraya yang memerlukannya berambut pendek. "Lea merupakan seorang wanita yang sangat teratur dalam menguruskan hidupnya. Cinta Jangan Pergi menceritakan kisah percintaan Lea Soraya dan Khalil (lakonan Remy) yang sama-sama menuntut di sebuah universiti di London," terang Tiz. Menurut Tiz, dia sangat berbesar hati melakonkan watak Lea Soraya kerana penulis skrip tersebut iaitu Mira Mustaffa yang juga isteri kepada Kabir Bhatia, mengilhamkan watak tersebut khusus buat dirinya. Ulas Tiz, drama bersiri tersebut akan ditayangkan di TV9 selepas tamat sesi penggambaran kelak. Terang pelakon itu lagi, ketika ini hanya drama bersiri tersebut yang menjadi keutamaannya memandangkan dia tidak mengambil tawaran lain. "Saya cuma fokus pada satu kerja sahaja. Saya tidak mampu buat banyak kerja dalam satu masa. Lagipun penggambaran drama ini akan mengambil masa selama tiga bulan. Jadi saya perlu fokus dan memberi komitmen kepada produk ini," jelasnya. Tidak tercabar Ditebak soalan adakah dia berasa tercabar dengan kehadiran artis-artis baharu di persada seni seperti Neelofa, Anzalna, Izara Aishah dan Tasha Shilla, ujar Tiz, dia tidak merasakan persaingan wujud di antara dia dengan artis-artis baharu. Baginya, dia berlakon untuk memberi kepuasan kepada dirinya, dan menganggap ia merupakan satu pekerjaan. "Bila berlakon, saya tidak terfikir untuk bersaing tetapi gembira dengan apa yang saya lakukan. Lainlah kalau saya berlakon untuk mendapatkan anugerah," jelasnya. Mengulas lanjut, kata Tiz, apa yang penting baginya adalah sentiasa memperbaiki mutu lakonannya agar ia sentiasa mendapat tempat di hati penonton. Tiz juga memberitahu, adalah penting bagi seorang pelakon itu memilih watak dan jalan cerita daripada menerima segala tawaran yang datang. | ||
Ahli Hijjaz Ada Petua Elak Bergolak Sejak 14 Tahun Posted: 13 Sep 2012 08:35 PM PDT PETALING JAYA: Kumpulan Hijjaz mengambil pendekatan meluahkan rasa tidak puas hati sesama ahli serta menjalankan perniagaan bersama merupakan petua bagaimana kumpulan nasyid itu tidak pernah bertukar anggota sejak 14 tahun. Salah seorang ahlinya, Isman Nadim Isam berkata, ikatan silaturahim di antara mereka terjalin ketika kumpulan itu belum tertubuh dan hubungan itu dieratkan lagi dengan sikap persefahaman selepas sama-sama bergabung menubuhkan Hijjaz. "Apabila kami bersatu menjadi sebuah kumpulan muzik, kami kukuhkan ikatan perhubungan ini melalui perniagaan, kiranya kami bekerja sama-sama. Malah kami akan sama-sama pastikan tiada siapa yang berkecil hati antara kami dalam sesuatu perkara. "Alhamdulillah, belum pernah lagi berlaku 'perang besar' di antara kami," selorohnya yang ditemui pada majlis rumah terbuka di Hijjaz Records Sdn Bhd, Dataran Sunway, di sini, Khamis. Selain Isman, Kumpulan yang popular dengan lagu Pelita Hidup itu turut dibarisi Munif Ahmad, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad. Mengenai perkembangan terkini, Hijjaz akan muncul dengan sebuah album terbaru berjudul Susah Senang Kita Bersama yang akan dipasarkan pada Oktober depan. Sebanyak 10 buah lagu baru akan dimuatkan dalam album tersebut termasuklah sebuah lagu runut bunyi animasi Saladin (disiarkan di TV AlHijrah) iaitu Pemula Langkah yang telah pun disiarkan di beberapa stesen radio tempatan. "Selepas dua tahun Hijjaz tanpa album, Susah Senang Kita Bersama akan mengubati rindu para peminat kami. "Walaupun jumlah kos pembikinan untuk album ini tidaklah sebesar album terdahulu iaitu sebanyak RM100,000, kami tetap tampilkan yang terbaik buat para peminat. "Cuma album kali ini lebih santai tanpa sebarang konsep. Tetapi masih lagi mengekalkan muzik-muzik orkestra pada setiap lagu yang dibikin," katanya. Antara lagu-lagu yang dimuatkan ialah Pemimpin Tiga Darjat, Serambi Madinah dan Susah Senang Kami Bersama. Sementara itu, majlis rumah terbuka Hijjaz dihadiri lebih 300 orang tetamu yang terdiri daripada kalangan penggiat muzik dan kenalan-kenalan rapat. | ||
Kehadiran Anak Berjaya Ubah Sikap Tomok Posted: 13 Sep 2012 08:34 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Tomok mengakui pengalaman bergelar bapa sejak tiga bulan lalu menjadikan dirinya lebih matang dan bertanggungjawab dalam segenap aspek. Pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 28, ini berkata, kehadiran anak sulung bernama Arrianshah Akid itu bagaikan satu rahmat yang banyak mengubah sikap dan pemikirannya sebagai ketua keluarga. "Kehadiran Arrian adalah rahmat bagi saya. Dia mengubah hidup saya, menjadikan diri ini lebih matang dan berfikiran jauh mengenai masa depan kami sekeluarga. "Saya perlu memastikan pendapatan untuk keluarga dan simpanan berada dalam keadaan stabil dan konsisten untuk jangka masa panjang. Alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan lancar," katanya ketika ditemui mStar Online. Arrian merupakan anak sulung Tomok dan Rahayu Abbas, 32, (Ayu). Mereka mendirikan rumah tangga pada 1 Julai tahun lalu. Tomok berkata, keterujaan bergelar bapa menjadikan dia lebih ringan tangan dan rajin menguruskan hal ehwal anak lelaki yang dilahirkan pada 29 Mei lalu itu. "Saya cukup teruja apabila membabitkan hal ehwal anak. Pendek kata, saya langsung tidak kisah dan rajin menguruskan hal Arrian sama ada makan, pakai, mandi dan kerenahnya. "Sejuk hati apabila setiap kali pulang dari kerja saya lihat dia tergelak dan bergurau. Fasa kehidupan saya sekarang adalah satu rahmat," katanya. Ditanya mengenai filem kedua lakonannya Istanbul Aku Datang, Tomok berkata, pembabitan dalam lakonan sekadar untuk mengembangkan profil kerjaya. "Saya memilih tawaran lakonan dan bukan ambil sembarangan demi kualiti dan impaknya kepada peminat. Pembabitan dalam lakonan bukan untuk beralih bidang tetapi untuk mewarnai profil kerjaya sahaja. "Secara kebetulan, kepercayaan dan peluang itu datang, mengapa tidak saya mencuba. Dalam filem Istanbul Aku Datang, saya dapat pengalaman baru yang bermanfaat untuk karier nyanyian juga," katanya. Selain membintangi filem arahan Bernard Chauly itu, Tomok turut menyumbangkan sebuah lagu berjudul Aku Datang yang bakal menjadi lagu tema filem komedi romantik itu. Filem yang menggandingkan Tomok dengan Lisa Surihani dan Beto Kusyairi itu bakal ditayangkan pada 8 November depan. | ||
Posted: 13 Sep 2012 08:32 PM PDT EJAD...bintangi siri Lelaki Yang Dicintai. JAUH di sudut hati, dia cemburu melihat semua teman sebayanya sudah berkahwin dan membina keluarga masing-masing. Itulah juga yang didambakan Siti Elizad (Ejad), 27, saat ini. Bukan terdesak untuk berkahwin, tapi naluri keibuannya yang begitu kuat kerana tidak sabar untuk memiliki cahaya mata daripada darah dagingnya sendiri. Setiap kali ditemubual, topik jodoh dan anaklah yang tidak pernah lekang daripada bibir pelakon yang bakatnya digilap menerusi filem Berlari Ke Langit, Gangster, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Cinta Nan Satu, Main-Main Cinta dan Rock ini. Bergelar anak perempuan tunggal daripada lima beradik yang semuanya lelaki, pasti hidupnya berasa kosong dan sunyi sejak pemergian insan yang paling rapat dalam hidupnya iaitu arwah ibunya, Nazariah Mohd Salleh, 62, dua tahun lalu.
| ||
Rossa Tunaikan Haji 12 Oktober Depan Posted: 13 Sep 2012 08:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi dari Indonesia, Rossa bakal menunaikan ibadah haji di Mekah bermula 12 Oktober depan. Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 34, berkata, perancangan tersebut sudah dilakukan sejak tahun lalu dan dia merasakan tahun ini adalah waktu yang sesuai untuk mengerjakan rukun Islam kelima tersebut. "Saya akan menunaikan haji seorang diri. Saya mula terfikir mengenai hasrat ini sejak tahun lalu kerana sudah tiga kali saya mengerjakan umrah sebelum ini. "Saya tidak mahu menunggu lama walaupun beberapa teman yang saya pelawa untuk sama-sama ke sana belum bersedia. "Memandangkan saya berkemampuan dan sihat, mengapa perlu saya bertangguh lagi? Saya bimbang tidak sempat pula jika umur tidak panjang," katanya. Rossa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album kompilasinya, The Best of Rossa di pusat beli-belah Pavilion di sini, petang Khamis. Rossa berkata, dia bakal bercuti daripada aktiviti seni sehingga penghujung Oktober depan bagi memberikan tumpuan pada ibadah berkenaan. "Persiapan ke arah itu (haji) sedang berjalan. Saya menghadiri kursus haji bagi menambahkan ilmu dan rukun-rukun yang berkaitan dengan ibadah itu. "Insya-Allah, saya akan sambung semula kerjaya seni pada awal November depan," katanya yang akan lebih tertib dalam penampilan selepas bergelar Hajah kelak. Mengenai laporan media di Indonesia yang mendakwa dia sudah membawa teman lelaki bertemu keluarga, Rossa berkata, semua lelaki yang dikenalinya akan berbuat demikian dan perkara itu bukanlah sesuatu yang pelik. "Saya bawa semua teman saya berjumpa ibu bapa dan keluarga selama ini, tidak kira yang istimewa atau tidak? Jadi perkara itu adalah sesuatu yang biasa. "Memang saya berkawan dengan seseorang sekarang tetapi masih terlalu awal untuk saya mengesahkan dia calon istimewa. Rasanya, saya tidak perlu terburu-buru untuk berkahwin," katanya. Ibu tunggal kepada Rizky Langit Ramadan yang berusia lima tahun ini bercerai dengan anggota kumpulan Padi iaitu Yoyo pada 14 Julai 2009 selepas lima tahun berkahwin. Dalam pada itu, album kompilasi edaran Suria Records yang memuatkan 16 lagu popular antaranya Pudar, Ayat-ayat Cinta, Tegar, Atas Nama Cinta dan Hati Yang Kau Sakiti kini sudah pun berada di pasaran. | ||
Posted: 13 Sep 2012 08:28 PM PDT SELESA...bawal menggunakan batik tie-dye memberi keselesaan kepada pemakai. MENARIK, mudah dipakai dan dibentuk antara ciri yang dititikberatkan sebelum memilih selendang atau tudung untuk dipakai sepanjang hari. Antara fabrik yang menjadi kegemaran pengguna sejak dulu hingga sekarang adalah kapas. Walaupun terus mengekalkan penggunaan kain kapas, ada juga pereka atau pengeluar tudung itu yang ingin memberi kelainan kepada pemakai untuk tampil anggun dan sopan setiap hari. Ia tidak dinafikan pemilik butik secara dalam talian, Pelangi by Sisters, Tengku Intan Farina Tengku Ahmad Tajuddin dan Erne Juliana Mohd Nasir.
| ||
'Teman Pengganti' Nyanyian Black Cedok Lagu Norkumalasari Posted: 13 Sep 2012 08:27 PM PDT PETALING JAYA: Pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti nyanyian Black bersama Mallique yang popular ketika ini adalah ilham yang dicedok daripada melodi lagu nyanyian Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular pada tahun 80-an. Perkara itu menjadi buah mulut segelintir pihak kononnya populariti lagu tersebut adalah disebabkan kehebatan melodi nyanyian Noorkumalasari yang merupakan bintang popular suatu ketika dahulu. Malah ada yang berkata tindakan Mallique selaku komposer lagu Teman Pengganti dikatakan tidak profesional apabila dia diberitakan tidak meminta kebenaran daripada pemegang hak cipta asal lagu tersebut iaitu Warner Music (M) Sdn Bhd. Bagaimanapun Pengurus A&R Warner Music (M), Mokhtaza Ahmad yang dihubungi bagi mengulas perkara tersebut berkata, komposer berkenaan tidak melakukan kesalahan kerana lagu yang dikatakan 'dicedok' itu mematuhi melebihi kiraan tertentu iaitu tidak melebihi lapan bar. "Jika sesebuah lagu yang sama melodinya dengan lagu asal diambil melebihi lapan bar, barulah ia menjadi kesalahan dan pemegang hak cipta sesebuah lagu boleh ambil tindakan mahkamah. "Dalam hal ini, kod pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti yang diambil berdasarkan melodi Hati Seorang Kekasih bukanlah satu kesalahan. "Lebih-lebih lagi apabila penggunaan kod muzik yang sama, ia tidak perlu menjadi satu 'perbalahan'. Melainkan keseluruhan melodi dalam sesebuah lagu baru itu sama," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Beliau diminta mengulas rungutan beberapa pihak yang mengatakan lagu terbaru nyanyian Black itu mempunyai persamaan dengan lagu Norkomulasari yang popular pada era 80-an. Tambah Mokhtaza, persamaan irama kod muzik pada kebanyakan lagu adalah satu perkara normal memandangkan nota muzik hanya ada 12 jenis sahaja. "Di mana-mana sekalipun, kod muzik tidak banyak yang boleh diubah. Paling tidak, ia akan digunakan semula sedikit dengan kod lain. "Dan perlu diingat, sudah beratus tahun muzik ada dalam masyarakat, banyak lagu telah didedahkan. "Sekiranya terdapat sedikit unsur sama muziknya, itu normal. Rasanya ia bukanlah satu 'trend' untuk tiru lagu-lagu yang sedia ada kerana kebanyakan mainan muzik itu satu pengulangan," tegasnya. Dalam pada itu, Mokhtaza berharap, selepas ini, pihak yang menilai mengenai hal peniruan lagu lebih memahami tentang konteks dan undang-undang muzik. "Bagi pihak-pihak tertentu yang mahu mengambil tindakan tentang isu ciplak , kaji dahulu lagu tersebut kerana setakat ini negara kita adil dalam hal undang-undang muzik," ujarnya. | ||
Kembar bercakap selepas 4 tahun ‘bisu’ Posted: 13 Sep 2012 08:26 PM PDT KIRSTIE (kiri) bercakap dengan loghat Australia, manakala Catherine mengikut loghat Amerika Syarikat. LONDON: Pasangan kembar seiras yang mengalami penyakit paling jarang ditemui di dunia menerima hadiah amat bermakna sempena hari lahir mereka yang ke-18, semalam. Kirstie dan Catherine Fields adalah satu-satunya pasangan di dunia mengalami penyakit Fields Condition yang menjejaskan otot mereka. Disebabkan penyakit itu tidak pernah ditemui sebelum ini, pakar perubatan merujuknya dengan nama pasangan terbabit (Fields).
Keadaan itu juga membolehkan kenalan mereka membezakan di antara Kirstie - yang bercakap dengan loghat Australia - dengan Catherine (loghat Amerika Syarikat). Menurut Catherine, sebelum ini mereka selalu berborak ketika malam. "Kirstie lebih becok dan boleh bercerita sepanjang malam," katanya. Sejak kehilangan suara, katanya, mereka sukar berkomunikasi. Justeru, kata Catherine, alat bantuan diterima semalam "membuka lembaran baru" dalam hidup mereka. Bagi Kirstie pula, dia berharap orang ramai tidak terlalu bersimpati dengan apa yang menimpa mereka. "Hidup hanya sementara. Justeru, nikmati hidup dengan gembira," katanya. Sementara itu, kekangan kesihatan tidak menghalang sifat lucu pasangan kembar terbabit. Kata Kirstie, dia ada soalan yang ingin ditanyakan kepada ibunya tetapi terpaksa dipendam terlalu lama. "Saya mahu bertanya - adakah ibu masih berasmara dengan bapa?" katanya. Fields Condition menyebabkan Kirstie dan Catherine mengalami kekejangan lebih 100 otot yang menyakitkan setiap hari. Ibu bapa mereka, Lyn, 43, dan Chris, 50, ternyata gembira apabila alat berkenaan diterima hasil pembiayaan kerajaan. Kata Lyn, dengan adanya alat itu, Kirstie dan Catherine kini boleh bertengkar atau berborak seperti selalu. "Saya bangga dengan apa yang mereka lalui," katanya. | ||
George Clooney & Stacy Keibler Putus Cinta? Posted: 13 Sep 2012 08:24 PM PDT DUNIA hiburan Hollywood tiba-tiba dikejutkan dengan berita pasangan selebriti George Clooney dan Stacey Keibler yang dikatakan putus cinta. Menurut laporan Digital Spy, khabar angin itu dinyatakan oleh sumber yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Stacey. "George mahu bersendiri tanpa sebarang ikatan dan dia tidak mahu berkahwin, tetapi Stacey pula mahu hubungan mereka kekal," kata sumber. Bagaimanapun, jurucakap George iaitu Stan Rosenfield menafikan berita tersebut dan menegaskan hubungan mereka yang telah terjalin selama setahun itu masih lagi baik. George dan Stacey bercinta pada bulan Julai tahun lalu selepas aktor itu putus cinta dengan aktres Elisabetta Cannalis. | ||
Era FM terima banyak soalan cinta Posted: 13 Sep 2012 08:23 PM PDT
SETELAH mengesahkan untuk tampil dalam segmen Doktor Cinta dan menyelesaikan masalah cinta yang dihadapi oleh peminatnya, pelakon filem Ombak Rindu, Aaron Aziz dihujani dengan pelbagai soalan cinta walaupun rancangan itu masih belum ke udara. Segmen Doktor Cinta Aaron Aziz mula ke udara di radio Era FM bermula Jumaat ini (hari ini) pukul 9 malam hingga 11 malam menerusi slot Meletop 40 Era bersama DJ Shac. Melalui kiriman e-mel di aaronaziz@era.fm mahupun hashtag #DrCintaAaronAziz di laman sosial Twitter, Aaron kini ditebak dengan 1001 soalan yang berkisar masalah percintaan remaja mahu pun pergolakan rumah tangga. Menurut Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran, pihaknya menerima terlalu banyak soalan yang ditujukan kepada Aaron mengenai masalah cinta dan rumah tangga walaupun segmen itu masih belum bermula. "Di Twitter, Aaron sudah ditanya dengan pelbagai soalan, kami akan pilih soalan terbaik dahulu untuk disiarkan setiap minggu," ujarnya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Era FM baru-baru ini. Mengulas mengenai segmen itu, Nazri berkata, setiap minggu Aaron akan menjawab 10 soalan sahaja berdasarkan e-mel, Twitter dan panggilan telefon. Berdasarkan pengalaman Aaron sebagai selebriti yang sudah berkeluarga, beliau percaya pelakon itu mempunyai kredibiliti untuk menjawab persoalan mengenai kisah cinta dan masalah rumah tangga. "Dia (Aaron) juga menjaga keluarganya dengan baik walaupun sibuk sebagai pelakon. Sudah tentu dia ada banyak pengalaman, jadi kami percaya dia boleh menjawab soalan cinta peminatnya," ujarnya. Nazri turut menjelaskan, pemilihan Aaron sebagai doktor cinta juga adalah pilihan pelakon itu sendiri selepas pihaknya membuat perbincangan. "Setelah berbincang untuk menempatkan Aaron dalam segmen yang mana satu, idea sebagai doktor cinta adalah daripada pelakon itu sendiri memandangkan dia sebelum ini banyak berinteraksi dengan peminat yang sering bertanya soalan cinta," jelasnya. Nazri kemudian mengakui, pemilihan Aaron diharap dapat mengekalkan stesen radio itu sebagai radio utama di negara ini, berdasarkan reputasi dan populariti Aaron. Segmen Doktor Cinta Aaron Aziz itu dikendalikan oleh DJ Shac bersama Aaron sebagai jemputan menyelesaikan masalah cinta pemanggil selama sebulan terlebih dahulu. "Kita akan tengok sebulan ini kalau segmen itu berjaya, Era FM akan ikat kontrak dengan Aaron selama setahun," ujarnya. Sementara itu, Aaron berkata tugasnya sepanjang slot tersebut cuma sebagai selebriti undangan yang berkongsi buah fikiran untuk menyelesaikan persoalan berkaitan masalah cinta. "Saya bukan menjadi deejay pun, sekadar dijemput untuk memberikan pandangan terhadap sesuatu isu berkaitan cinta dan cuba menyelesaikan soalan yang diajukan pendengar," katanya yang ditemui ketika majlis amal selebriti dan Rafflesia di Great Eastern Mall, Ampang, Selangor baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, Aaron akan memulakan penggambaran filem Lari arahan Ahmad Idham bersama Dira Abu Zahar pada 17 September ini selain menanti tarikh tayangan beberapa filem lakonannya yang lain antaranya Ngorat, Kerat 14, KL Gangster 2, Dampak dan Prince Of The City. Bagi DJ Shac pula yang mengendalikan slot Meletop 40 Era dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam, kehadiran Aaron bersamanya setiap Jumaat diharapkan dapat meningkatkan pendengar setia pada slot itu. "Saya pernah bekerjasama dengan Aaron sebelum ini, jadi kami ada keserasian. Saya juga berharap kami tiada masalah untuk berinteraksi dengan pendengar apabila ke udara nanti," ujarnya. | ||
Posted: 13 Sep 2012 08:22 PM PDT
JENNIFER HUDSON telah memaafkan abang iparnya, William Balfour yang membunuh tiga anggota keluarganya, termasuk ibunya pada tahun 2008. Kemaafan tersebut dilafaz Hudson sewaktu dia muncul dalam program bual bicara hos terkenal, Oprah Winfrey menerusi program Oprah Next Chapter. Dalam temu bual tersebut, penyanyi berusia 30 tahun itu membuka mulut buat pertama kali tentang insiden penuh tragis itu selepas Balfour menjalani hukuman penjara seumur hidup di atas perbuatannya. "Saya berasa bahawa apa yang dilakukannya itu bukan sepenuhnya kesalahan dia. Saya fikir, dia terpengaruh dengan gaya hidupnya sebelum ini dan bagaimana dia membesar tanpa kasih sayang. "Kami cuba untuk menawarkan kasih sayang itu, tetapi dia tak dapat menerimanya," ujar Hudson dalam temu bual tersebut. Pada 24 Oktober 2008, Balfour mengejutkan dunia apabila menembak mati ibu Hudson iaitu Darnell Donerson (57), abangnya, Jason Hudson (29), dan anak saudaranya, Julian King (7). Sementara itu, Hudson yang sebelum ini belum bersedia untuk mengunjungi kubur anggota keluarganya yang mati memberitahu dia kini telah mendapat kekuatan untuk 'bertemu' mereka. | ||
Posted: 13 Sep 2012 08:20 PM PDT Suzy Sekeping gambar ahli Miss A, Suzy yang diambil sendiri oleh penyanyi itu ketika berada di Everland, Yongin bersama kumpulan 2PM menarik perhatian ramai. | ||
Kertas percubaan SPM bocor di FB Posted: 13 Sep 2012 08:19 PM PDT Pautan kertas percubaan SPM yang tersebar di sebuah laman sosial Facebook. KUALA LUMPUR - Soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi Kuala Lumpur dan Selangor, yang berjalan dari 29 Ogos lalu hingga 21 September ini, didakwa sudah tersebar menerusi laman sosial Facebook. | ||
Posted: 13 Sep 2012 08:17 PM PDT Keadaan kesemua jari kaki serta tangan Yusoff yang mengalami gangren (sel darah mati). MARANG – "36 hari lalu saya normal, tapi selepas keluar dari kawasan hutan di Bukit Gondang, hidup saya berubah sama sekali. Ketika ini saya sungguh menderita dan hanya mampu berbaring tanpa dapat berbuat apa-apa." | ||
Pencuri licik kebas Sinar Harian Posted: 13 Sep 2012 08:11 PM PDT Rakaman CCTV menunjukkan suspek sedang mengangkat surat khabar milik Choop Soon Tuan, pagi semalam. TANAH MERAH - Dalam masa seminggu, dua kali surat khabar milik Choop Soon Tuan dikebas pencuri licik di depan kedainya dalam kejadian seawal jam 5 pagi dekat Jalan Datuk Nik Mustapa. | ||
Posted: 13 Sep 2012 08:08 PM PDT Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari bilik mahkamah, semalam. AYER KEROH - Seorang penjual laksa mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas tiga pertuduhan memperdaya dan menipu tiga individu membabitkan RM38,500 untuk pembelian motosikal berkuasa tinggi serta pelaburan hartanah. Bagaimanapun, tertuduh merayu supaya jaminan dikurangkan atas alasan kurang berkemampuan kerana hanya bekerja sebagai seorang penjual laksa, selain perlu menanggung isteri dan seorang anak. | ||
Penjaga gol kebangsaan didenda khalwat Posted: 13 Sep 2012 07:42 PM PDT ZAITON (kiri) dan Mohd. Farizal selepas dijatuhkan hukuman kerana berkhalwat oleh Mahkamah Rendah Syariah di Petaling Jaya semalam. PETALING JAYA - Penjaga gol kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias didenda RM2,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas mengaku salah berkhalwat dengan seorang jurumekap yang masih berstatus isteri orang pada tahun lalu. Selain Mohd. Farizal, 26, yang turut menjaga gawang Negeri Sembilan, turut dikenakan hukuman serupa ialah pasangannya, Zaiton Othman, 29, yang kini telah bergelar ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak. Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar turut mengarahkan kedua-duanya dihukum penjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda. Pasangan itu yang datang berasingan membayar denda tersebut di kaunter mahkamah sejurus prosiding berakhir. Mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik di sebuah rumah milik rakan Zaiton di 3A-02, Blok A, Shang Villa Condo, No. 2A, Jalan SS7/15, Kelana Jaya di sini pada pukul 3.40 pagi 12 Oktober 2011. Pegawai pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes yang diakui kedua-dua tertuduh, sewaktu pintu bilik dibuka, Zaiton berseluar panjang hitam dan baju T ketat warna merah jambu dalam keadaan meniarap manakala Farizal yang juga memakai baju T dan berseluar pendek berada dalam keadaan berselimut di atas katil. Terdahulu, Mohd. Farizal mendakwa dirinya insaf dan kesal dengan kesilapan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya. "Sejak kes ini keluar surat khabar, ia menjejaskan reputasi saya dan keluarga, orang ramai mula mencemuh, mungkin salah saya," katanya yang memberitahu sudah mempunyai perancangan untuk menikahi Zaiton kelak. Sehubungan itu, anak kelima daripada tujuh beradik itu memohon hukuman denda yang ringan kerana perlu menanggung adik-beradik yang bersekolah serta ibu bapa pula sudah tidak bekerja. "Saya juga hanya bekerja kontrak dan bukannya tetap. Selepas apa yang terjadi, saya bimbang sekiranya kontrak saya tidak disambung pada musim depan," katanya dalam nada perlahan. Sementara itu, Zaiton yang kelihatan sebak turut insaf dan memohon hukuman ringan kerana sejak bergelar ibu tunggal, dia perlu menyara dua orang anak serta membayar pelbagai pinjaman peribadi dengan pendapatan bulanan yang tidak tetap. Katanya lagi, dia masih trauma dengan perceraian yang berlaku hampir setahun lalu akibat kejadian tersebut. Farizal diturunkan semasa perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Vietnam Selasa lalu yang menyaksikan pasukan kebangsaan dibolosi 2-0. | ||
Posted: 13 Sep 2012 07:41 PM PDT DUA model telefon pintar terbaharu keluaran Apple, iPhone 5 dipamerkan di San Francisco, Amerika Syarikat kelmarin. SAN FRANCISCO - Telefon pintar iPhone terbaharu keluaran Apple Inc. mula dijual hari ini dengan paparan skrin lebih besar dan dilengkapi teknologi tanpa wayar 4G. Gajet terbaharu Apple itu dijadualkan berada dalam pasaran di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Britain pada bulan ini. IPhone 5 juga akan mula dijual di 100 negara di dunia menjelang hujung tahun ini. Telefon pintar itu dilihat mampu memberi kelebihan kepada Apple dalam persaingannya dengan Syarikat Elektronik Korea Selatan, Samsung dan gajet keluaran Google Inc. Namun, iPhone 5 gagal menawan beberapa penganalisis teknologi dan pakar gajet menjelang pelancarannya di Amerika Syarikat kelmarin. "Tidak ada faktor kejutan kerana apa yang anda lihat hari ini sekadar evolusi. Saya tidak fikir ia mencukupi untuk memuaskan hati (pengguna)," kata Ketua Eksekutif Syarikat Pengurusan Kekayaan, Michael Yoshikami. Para penganalisis bagaimanapun mengunjurkan jualan gajet terbaharu itu akan dapat dijual antara 10 juta hingga 12 juta unit pada bulan ini sahaja. Iphone 5 memiliki paparan skrin lebih besar bersaiz 10.16 sentimeter dengan fungsi internet berkelajuan tinggi 4G dan 20 peratus lebih ringan daripada model sebelum ini, iPhone 4S. Antara ciri ditingkatkan model baharu tersebut adalah iPhone 5 dapat digunakan untuk melayari web menerusi teknologi 4G selama 8 jam tanpa henti. Gajet berkenaan boleh ditempah hari ini di AS pada harga bermula daripada AS$199 (RM619) bersama pelan data. | ||
Filem warna pertama ditayangkan Posted: 13 Sep 2012 07:40 PM PDT IMEJ oleh Muzium Media Nasional menunjukkan filem pendek warna pertama di dunia yang ditayangkan di muzium berkenaan di London kelmarin. LONDON - Filem terawal di dunia yang dirakam dalam versi warna sekitar tahun 1906 ditayangkan semula oleh beberapa aktivis filem di Muzium Sains London di sini semalam. Tayangan tersebut membolehkan penonton mengimbau usaha industri filem memajukan filem warna sehingga mencapai tahap yang kita lihat sekarang. Filem kabur tersebut merupakan prototaip filem warna dan hanya ditonton oleh segelintir peminat sahaja sebelum ia diserahkan kepada sebuah arkib. Namun pihak Muzium Media Nasional di bandar Bradford, utara England menyatakan, teknologi digital telah dapat menyelamatkan filem tersebut. Filem yang ditayangkan di Muzium Sains itu secara purata berdurasi dari 5 hingga 40 saat. Filem itu memaparkan babak seekor burung kakak tua, latar belakang sebuah jalan di sini dan tiga kanak-kanak tersenyum sambil duduk di sebuah meja bulat. "Tiada sesiapa pun yang pernah melihatnya (filem berwarna pertama) sehingga ke hari ini," kata kurator sinematografi Muzium Media, Michael Harvey. Filem itu sedikit tersentak-sentak namun mempunyai kualiti yang baik. Menurut Harvey, seorang usahawan filem Amerika Syarikat era 1930-an, Charles Urban menyerahkan filem pendek berwarna itu kepada Muzium Sains London dengan filem itu diserahkan pula kepada Muzium Media Nasional empat tahun kemudian. | ||
Posted: 13 Sep 2012 07:39 PM PDT
SEOUL - Penyanyi rap Korea Selatan yang menjadi terkenal dengan mendadak di Amerika Syarikat (AS), Psy mengajar bintang sensasi, Britney Spears (gambar) menari tarian kuda Isnin lalu, lapor akhbar New York Daily News. Dia memberi tunjuk ajar tarian dalam muzik video Gangnam Style itu semasa muncul dalam program bual bicara tempatan popular, The Ellen DeGeneres Show. Kehadiran Psy menyebabkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Ops I Did It Again terkejut. Psy yang berusia 34 tahun muncul dengan gaya sinonimnya, kot dan seluar hitam bersama kasut tenis. Sebelum ini Spears, 30, menghantar mesej di laman Twitter menyatakan hasratnya mempelajari tarian kuda dengan betul. Aksi penyanyi berbadan gempal itu turut mendapat perhatian selebriti terkenal Katy Perry serta pengurus Justin Bieber, Scooter Braun. Klip video Gangnam Style kini telah ditonton lebih 150 juta kali di YouTube. Bahkan, populariti Psy melonjak di AS selepas muzik videonya itu dimuat naik pada Julai lalu. Minggu lepas, Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang turut diberi penghormatan menari tarian kuda di Anugerah Muzik Video MTV di Los Angeles. | ||
Anjing Great Dane tertinggi di dunia Posted: 13 Sep 2012 07:38 PM PDT
LONDON - Seekor anjing baka Great Dane setinggi 2.2 meter apabila haiwan itu berdiri dengan menggunakan kaki belakangnya dinamakan anjing tertinggi di dunia dalam edisi terbaharu Guinness Book of World Records semalam. Edisi ke-57 buku rekod global berkenaan menyatakan, anjing jantan seberat 70.3 kilogram bernama Zeus dari negeri Michigan di Amerika Syarikat itu memakan 14 kilogram makanan setiap hari. Tinggi anjing tersebut dari hujung kaki sampai ke tulang bahu mamalia tersebut adalah 1.18 meter. Haiwan tersebut merupakan anjing tertinggi pernah direkodkan oleh Guinness Book of World Records. Berjudul Guinness World Records 2013, buku berkenaan memberitahu, anjing itu 2.54 sentimeter lebih tinggi berbanding pemegang rekod sebelum ini iaitu seekor baka Great Dane bernama Giant George. "Pertanyaan biasa yang diajukan kepada kami adalah itu seekor anjing ke kuda?" kata pemilik haiwan berkenaan, Denise Doorlag. | ||
Posted: 13 Sep 2012 07:37 PM PDT REUTERS DUA pemain berebut bola polo semasa perlawanan pembukaan kejohanan polo gajah di Hua Hin semalam. BANGKOK - Sejumlah 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan polo gajah Piala Diraja 2012 yang berlangsung di bandar tepi pantai ini, 160 kilometer ke selatan ibu negara Thailand, Bangkok. Menurut laman berita International Business Times kelmarin, acara amal tersebut yang pertama kali diperkenalkan di Thailand pada 2001 oleh Anantara Hotels, Resorts & Spas kini memasuki tahun ke-11. Ia merupakan antara kejohanan paling terkenal di dunia. Dijadualkan berlangsung hingga 16 September ini, sebanyak 50 ekor gajah akan mengambil bahagian dalam kejohanan polo kali ini. Antara tarikan utama pada kejohanan tahun ini termasuk kehadiran bintang ragbi pasukan New Zealand All Blacks, Robin Brooke, Olo Brown dan Adrian Cashmore. Mereka akan bertanding bersama beberapa anggota keluarga diraja Eropah termasuk Putera Carl-Eugen Oettingen-Wallerstein dan isterinya, Puteri Anna serta anak perempuan mereka, Puteri Joanna dalam kejohanan itu. "Tahun ke-11 menjanjikan yang lebih besar dan lebih baik daripada aspek pasukan, keseronokan dan aktiviti," kata pemilik Hotel Anantara, Bill Heinecke. Menurut laman web rasmi kejohanan tersebut, acara itu berjaya mengumpulkan sumbangan lebih AS$500,000 (RM1.5 juta) sejak 10 tahun lalu. Semua wang yang dikumpulkan disumbangkan bagi aktiviti pemuliharaan populasi gajah di Thailand. | ||
KLCC saksi kedatangan pasangan diraja Posted: 13 Sep 2012 07:36 PM PDT
TENGAH HARI Rabu lalu di sepanjang jalan Gardens by the Bay, Marina Bay di Singapura sesak dengan kehadiran ribuan orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Penduduk tempatan dan pelancong asing berhimpit-himpit di bawah terik matahari selama tiga jam semata-mata untuk menatap wajah Duke dan Duchess of Cambridge iaitu Putera William dan isterinya, Catherine Middleton. Sehinggakan sewaktu menanti kehadiran pasangan diraja berkenaan, segelintir daripada penonton pengsan gara-gara keletihan dan kepenatan. Namun, sebahagian besarnya terus menanti dengan sabar sambil mengibarkan bendera Britain dan memegang poster yang terpampang foto Ratu Elizabeth II dan mendiang Puteri Diana. Mereka juga membawa kain rentang dan kad ucapan sebagai tanda mengalu-alukan kunjungan Putera William dan Catherine. Catherine lebih mesra dengan panggilan Kate Middleton. "Cuaca amat panas sehingga menyebabkan beberapa individu pengsan tetapi situasi ini sedikitpun tidak mencemaskan saya. Kepenatan menunggu selama tiga jam sangat berbaloi apabila saya berjaya melihat Putera William dan Catherine secara dekat," jelas salah seorang pengunjung, Penny Hall, 43. Sementara itu warga Amerika yang menetap di Singapura, Courtney Brassell memberitahu, dia tegar menunggu selama sejam setengah bersama anak lelakinya yang berusia lima bulan di persekitaran Marina Bay. "Saya meminati keperibadian dan penampilan Catherine yang sentiasa anggun dalam persalinan ringkas dan menawan. "Kuntuman senyumannya pula begitu jujur. Dia langsung tidak menunjukkan riak wajah yang kurang selesa meskipun terpaksa melayan kami dalam cuaca panas," tutur Brassell dalam nada teruja. Menurut Setiausaha Peribadi Duke and Duchess Of Cambridge, Jamie Lowther-Pinkerton, kunjungan rasmi Putera William dan Catherine di Singapura bagi memulakan lawatan ke Asia Tenggara dan Asia Pasifik sempena sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth II yang memerintah Britain sejak tahun 1952. "Lawatan rasmi sempena sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth II meliputi empat buah negara selama sembilan hari. Ia bermula dari 11 September sehingga 19 September 2012," katanya. Jika Ratu Elizabeth II bersama The Duke of Edinburgh, Putera Philip meraikan sambutan Jubli Intan dengan melawat ke beberapa daerah di United Kingdom (UK) dan Ireland Utara, ahli keluarga diraja yang lain pula mewakili Ratu Elizabeth II dengan berkunjung ke negara-negara luar. Buktinya, kehadiran Putera William dan Catherine di Singapura yang mendapat kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1963. Kemudian, pasangan itu singgah ke Malaysia, Kepulauan Solomon, Melanesia yang terletak di timur Papua New Guinea dan menamatkan lawatan di Tuvalu di Lautan Pasifik.
Pasangan diraja itu tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 11 September 2012, sekitar pukul 2 petang. Agenda pertama yang dilakukan ialah berkunjung ke Taman Botanikal Singapura. Di sana, William dan Catherine berpeluang melihat bunga orkid yang diberi nama nendanya, Ratu Elizabeth II. Kali terakhir Ratu Elizabeth melawat negara itu enam tahun lalu. Orkid Puteri Diana Paling mengujakan, bunga orkid putih jenis Dendrobium Memoria diberi nama Puteri Diana. Puteri Diana, ibu kepada Putera William maut akibat kemalangan jalan raya di terowong Pont de l'Alma, Paris pada 31 Ogos 1997. "Pemberian nama Puteri Diana pada orkid ini dilakukan sekitar bulan September 1997 memandangkan pada bulan itu mendiang dijadualkan melawat Singapura. Malangnya, hasrat kami untuk menunjukkan bunga orkid ini kepada beliau tidak terlaksana. "Namun dengan kehadiran Putera William bersama isteri sekurang-kurangnya menunaikan janji Puteri Diana. Bunga orkid putih ini antara orkid yang paling popular dan diminati ramai," jelas Pengurus Taman Botanikal Singapura, Alan Tan Chye Soon. Selain mengunjungi Taman Botanikal Singapura, pasangan diraja itu turut meluangkan masa bersama Presiden Singapura, Tony Tan dan isteri, Mary Chee. Mereka juga berkesempatan bertemu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong serta isteri, Ho Ching di Istana Presiden. Putera William dan Catherine berkahwin pada bulan April 2011. Kedua-dua pasangan itu membuat lawatan ke Strathmore Green, Queenstown dan pusat seni terapi di Rainbow Centre. Pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera William semalam menyatakan hasrat mahukan dua orang anak dalam keluarga mereka. Putera William, 30, berkata demikian semasa ditanya oleh seorang kanak-kanak lelaki ketika melawat kawasan komuniti di Queenstown mengenai bilangan anak yang beliau impikan. Ucapan awam Catherine Akhbar MailOnline melaporkan bahawa putera berkenaan yang memakai gelaran Duke of Cambridge menjawab tanpa teragak-agak: "Dua." PUTERA WILLIAM (kanan) dan isterinya, Catherine melawat Memorial Peperangan Kraji pada hari kedua lawatan di Singapura. Dalam pada itu, kedua-duanya berkenan berangkat ke majlis pelancaran enjin pesawat dan bilah kipas yang julung-julung kalinya dihasilkan di Singapura. Selain itu, Putera William dan Catherine berkenan mengunjungi Memorial Peperangan Kraji. Ia merupakan tanah perkuburan yang menempatkan mangsa-mangsa terkorban sewaktu mempertahankan Singapura dan Malaya daripada serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Sementara itu, bercakap mengenai aktiviti yang dilakukan Putera William dan Kate sepanjang berada di Malaysia, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Simon Featherstone memberitahu, rakyat tempatan menjadi penonton pertama di luar Britain yang berpeluang mendengar ucapan awam oleh Kate. "Duchess of Cambridge akan menyampaikan ucapan kepada kakitangan dan pesakit ketika melawat Hospis Malaysia. Ini kali kedua Catherine berucap di depan khalayak, tetapi pertama kali di luar UK," terang Featherstone yang turut memberitahu orang ramai berpeluang melihat pasangan diraja Britain itu dengan lebih dekat di Taman KLCC hari ini. Di taman berkenaan, Putera William dan Catherine akan menyaksikan persembahan kebudayaan khas yang penuh warna-warni. Selain itu, pasangan diraja tersebut juga dijadualkan berkenan menghadiri jamuan rasmi di Istana Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah serta jamuan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana pada hari pertama lawatan mereka. "Pasangan diraja ini akan berlepas ke Sabah pada hari kedua selepas Jamuan Teh Jubli Intan di kediaman Pesuruhjaya Tinggi di Kuala Lumpur. Mereka dijadual melawat hutan hujan tropika Lembah Danum bagi menyaksikan usaha pemuliharaan hutan terbabit. Kunjungan ke Tuvalu Sementara itu, menurut penganalisis, diplomatik dan koresponden diraja British Broadcasting Corporation (BBC), Peter Hunt menyatakan, ini bukanlah kali pertama Putera William dan Catherine melakukan kunjungan rasmi ke negara-negara luar. "Selepas dua bulan mendirikan rumah tangga, Putera William dan Catherine membuat lawatan rasmi ke Kanada," ujar Hunt. Hunt menyifatkan inisiatif kedua-dua pasangan diraja itu melakukan kunjungan rasmi ke negara-negara Komanwel jelas menunjukkan mereka begitu menjaga hubungan dua hala. Misalnya, di Tuvalu, Putera William lebih cenderung untuk mengetahui bagaimana masyarakat tempatan menjalani kehidupan seharian memandangkan ia salah sebuah negara yang terjejas akibat pemanasan global. Kali terakhir Tuvalu menerima kunjungan rasmi daripada Ratu Elizabeth II bersama Duke of Edinburgh kira-kira tiga dekad lalu.
"Sementara itu, masyarakat di Kepulauan Solomon pula baru saja pulih daripada konflik sivil yang membawa pada ambang kejatuhan dan kemusnahan negara berkenaan," terang Hunt mengenai situasi di Kepulauan Solomon dan Tuvalu yang merupakan antara negara Komanwel. | ||
Posted: 13 Sep 2012 07:34 PM PDT
JIKA dilihat 10 tahun lalu, tidak ramai ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan alasan yang tertentu. Antara alasan yang popular ialah takut gemuk dan khuatir bentuk payudara 'jatuh'. Menyusukan bayi di tempat-tempat awam juga jarang sekali dilakukan para ibu dek khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu. Kini, senarionya ternyata berbeza sama sekali. Ramai ibu-ibu yang mula sedar betapa pentingnya memberikan susu badan kepada bayi. Soal malu ditolak tepi. Jika dulu, ibu yang baru melahirkan bayi hanya memberikan susu badan dalam tempoh berpantang dan berhenti apabila mula bekerja, kini, pemberian susu badan diteruskan kerana mereka mengepam susu di pejabat bagi memastikan stok susu mencukupi. "Susu ibu sangat baik untuk bayi dan ia juga memberikan faedah buat ibu serta keluarga. Susu ibu merupakan makanan terbaik dan terunggul dicipta khas untuk bayi. "Semua haiwan menyusukan anak mereka dengan susu sendiri. Bayi manusia juga sepatutnya disusukan dengan susu ibu sendiri kerana apa yang bayi perlukan terkandung dalam susu ibu," kata Timbalan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (II) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Noor Haliza Yusoff. Tambahnya, berbanding susu formula yang diperbuat daripada susu lembu, komposisi zatnya sama sekali tidak sama walaupun ada pihak yang mendakwa ia lebih kurang sama dengan susu ibu. "Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan. "Ia memenuhi keperluan zat seiring usia bayi. Sebagai contoh, susu yang keluar pada usia bayi sehari lebih banyak kandungan lemak," ujarnya. Banyak kebaikan diperoleh oleh bayi yang diberikan susu ibu. Bayi akan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, terhindar daripada jangkitan-jangkitan penyakit seperti cirit-birit berbanding susu formula yang mendedahkan mereka dengan risiko masalah itu kerana air dan botol yang tidak bersih. Selain itu, susu ibu juga mengandungi antibodi-antibodi untuk mengelak dan mencegah jangkitan respiratori (pernafasan) dan jangkitan telinga, malah kesan daripada zat-zat yang diperoleh daripada susu ibu dapat mengelakkan kesan jangka masa panjang dari segi obesiti, darah tinggi dan diabetes. NOOR HALIZA (kiri) menunjukkan teknik penyusuan yang betul kepada Siti Nor Adilla, 31, sambil diperhatikan oleh suaminya. Perkembangan otak Noor Haliza juga memberitahu bahawa kandungan susu ibu juga dapat membantu perkembangan otak bayi agar menjadi cerdik dan cerdas. Walaupun banyak susu formula mengandungi bahan yang dikatakan dapat merangsang sel-sel otak, kita tidak tahu sama ada bahan itu dapat memberi kesan yang sama seperti apa yang terdapat dalam susu ibu. "Pemberian susu ibu juga boleh mengelakkan bayi kembung perut. Di sebalik semua kebaikan ia juga akan mengeratkan ikatan kasih ibu dan bayi. "Penyusuan badan juga dapat mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin. Secara tidak langsung, si ibu kurang mendapat masalah pendarahan selain tubuh akan cepat kembali ke bentuk asal," jelasnya sambil memberitahu ia dapat mengurangkan risiko barah payudara, ovari, rahim dan osteoporosis. Selain itu, penyusuan ibu dapat membantu ekonomi keluarga kerana tidak perlu membeli susu formula yang mahal harganya. Ia juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan si ibu tidak perlu mengambil cuti kecemasan dengan kerap kerana si anak berada dalam keadaan sihat. Mengulas mengenai mitos badan menjadi gemuk jika menyusu badan, Noor Haliza memberitahu bahawa mitos tersebut tidak benar sama sekali. Jika berikan susu ibu, badan lebih cepat kembali ke bentuk asal kerana sentiasa mengeluarkan lemak melalui susu dan dibakar ketika proses menyusu. "Semua orang fikir bahawa menyusu badan itu sesuatu yang semula jadi dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi ia bukan sesuatu yang mudah. "Ia satu kemahiran yang telah dilupakan dan perlu dipelajari semula kerana ramai yang sudah terbiasa memberikan botol dan menganggap menyusu badan itu tidak penting. Kita terpaksa ajar ibu-ibu cara menyusu badan dengan betul supaya ia menjadi satu penyusuan yang efektif," katanya. Penyusuan berjaya Kegagalan memberikan penyusuan efektif menyebabkan bayi tidak dapat membesar dengan baik dan mungkin susu ibu pula yang dipersalahkan. Penyusuan tidak efektif dan ditambah pula dengan teknik yang tidak betul menyebabkan luka puting, bengkak susu dan sebagainya membuatkan sesetengah ibu serik untuk memberikan susu badan. Lantaran itu, semua hospital kerajaan kini ialah hospital rakan bayi sejak tahun 1992 yang mengamalkan 10 langkah ke arah penyusuan ibu berjaya. "Mula-mula kita ajar dengan satu polisi iaitu semua bayi perlu diberikan susu ibu sejak lahir hingga enam bulan secara eksklusif. "Selepas enam bulan, kita sarankan ibu memberikan makanan pelengkap tanpa menghentikan penyusuan kerana selepas enam bulan, pemberian susu sahaja tidak cukup," katanya. Ujarnya, kebaikan susu ibu perlu dijelaskan kepada para ibu. Selepas sahaja bayi dilahirkan, bayi terus diberikan kepada ibu tanpa dimandikan terlebih dahulu kerana pengenalan pertama itu penting bagi interaksi awal. Apabila sudah ada stimulasi pada ibu dan bayi, senang untuk memulakan dan meneruskan penyusuan. "Bayi boleh 'meneroka' tubuh ibu untuk mencari payudara. Jika bayi tidak hisap tidak mengapa. Kalau hisap, bagus. Selepas bayi dimandikan, barulah si ibu diajar untuk menyusu. Tambah Noor Haliza, menyusu badan perlu ada tekniknya. Badan bayi perlu lurus, rapat dengan ibu, mukanya menghadap payudara. Jika bayi tidak hisap, kemungkinan dia dalam keadaan tidak selesa," ujarnya. KINI, ibu yang bekerja juga mahu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka dengan memerah susu badan bagi memastikan stok susu mencukupi. - Gambar hiasan Cara ideal Katanya lagi, ada tanda-tanda menunjukkan bayi bersedia untuk menyusu. Apabila bayi berada dalam posisi menyusu, mulutnya akan terbuka luas dan barulah ia diberikan susu. Mulut bayi perlu masuk dalam semua kawasan areola (kawasan hitam payudara) dan bukannya hisap puting sahaja yang akhirnya menyebabkan luka puting. "Ada juga sesetengah ibu masih tidak mahu memberikan susu badan selepas kita menerangkan tentang kebaikan susu ibu kerana takut bentuk payudaranya tidak cantik dan suami tidak benarkan. "Saya rasa ia satu kerugian. Bayi ada hak untuk mendapat yang terbaik. Sudahlah dia tidak dapat apa yang diciptakan untuknya, kita berikan pula susu haiwan seterusnya mendedahkannya kepada risiko jangkitan," katanya. Sesetengah ibu pula cuba memberikan susu badan tetapi ditolak beberapa kali oleh bayi. Akhirnya, ibu tersebut putus asa dan mengambil keputusan memerah susu kemudian memberikannya melalui botol. Antara sebab penolakan tersebut adalah kerana bayi mereka mengalami keliru puting (akibat pemberian susu melalui botol). Pengalaman si bayi menyusu terus dari payudara dan botol adalah sangat berbeza. "Jika demikian, jangan berikan susu dengan botol dan ajar bayi minum dengan cawan sedikit demi sedikit. Dengan kedudukan 45 darjah, bayi akan minum seperti kucing dan lama-kelamaan apabila sudah biasa, dia akan dapat minum susu dengan banyak. Noor Haliza mengesyorkan para ibu agar merancang jadual penyusuan dua minggu sebelum kembali bekerja. Susu perlu diperah dalam tempoh berpantang selepas bayi selesai menyusu bagi memastikan stok mencukupi. Apabila susu kerap diperah, lebih banyak susu dihasilkan. Sungguhpun begitu, apabila si ibu letih, sedih, marah dan stres ia mempengaruhi penghasilan hormon oksitosin yang menyebabkan pengeluaran susu terhenti. Bagi melancarkan pengeluaran oksitosin, ibu perlu duduk di tempat yang sunyi, lihat gambar bayi dan mendengar muzik-muzik lembut. Keadaan tersebut membolehkan susu keluar. "Jangan putus asa. Jika mempunyai masalah penyusuan, jangan segan untuk berjumpa dengan pakar laktasi, doktor dan jururawat di hospital kerana mereka akan memberikan bantuan," ujarnya sambil berpesan supaya para ibu tidak terpengaruh dengan iklan-iklan susu formula di televisyen. | ||
Seronok berlumba untuk rumah amal Posted: 13 Sep 2012 07:33 PM PDT CARRIE KON (tiga dari kiri) dan Lee Ann Low (tiga dari kanan) bergambar bersama juara cabaran Tesco Charity Community Sweep. PINTU masuk Tesco Paradigm Mall, Kelana Jaya petang 14 Ogos lalu lain daripada biasa. Ramai kanak-kanak berebut-rebut mahu melihat punca keriuhan yang berlaku. Pada masa yang sama, mereka memberi sokongan moral kepada teman-teman mereka yang mengambil bahagian dalam Tesco Charity Community Sweep. Bagaikan sudah tidak sabar, deretan troli kosong yang tertera angka 1 hingga 8 sudah sedia bersama 'pengemudi' masing-masing yang mewakili empat buah rumah amal. Empat rumah amal yang mengambil bahagian itu ialah Rumah Amal Suci Rohani, Rumah Kids, Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih dan Shelter Home. Sementara menunggu isyarat pelepasan, para peserta sibuk berbisik sesama sendiri bagi merangka strategi seterusnya menentukan barangan yang patut diletakkan ke dalam troli. Begitupun, mereka juga perlu mencongak perbelanjaan agar tidak tersasar daripada bajet yang diperuntukkan iaitu RM1,000 untuk pusingan pertama. Setiap pasukan diwakili empat peserta yang terdiri daripada dua orang kanak-kanak daripada rumah anak yatim yang dibantu oleh dua orang wakil media. Cabaran bermula Penulis pula mewakili pasukan 7 bersama dua gadis iaitu Grace Logeswary, 16, dan Kelly Lim Yoke Fong, 15, daripada Rumah Kids, Subang Jaya. Sebaik isyarat pelepasan diberikan, dengan pantas semua peserta menolak troli ke rak-rak barangan yang diperlukan mereka. Melaksanakan tugasan dengan tempoh masa yang diberikan selama 15 minit, ia sangat mencabar kerana ada antara peserta yang berpuasa. Dua pasukan yang menghampiri nilai RM1,000 layak ke peringkat seterusnya yang memerlukan mereka berbelanja dengan bajet RM2,000, sekali gus membawa pulang kesemua barangan tersebut. Sayangnya, pasukan penulis tidak layak ke peringkat seterusnya gara-gara terlebih bajet kerana berbelanja sebanyak RM1297.35. Kedua-dua pasukan kuning dan merah jambu yang layak berentap ke pusingan kedua adalah daripada Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih. Selepas berentap sesama sendiri selama 15 minit, pasukan kuning yang diwakili Muhammad Muaz Ramlan, 14, dan Wan Mubin Wan Zaidi, 16, dibantu oleh jurugambar dan wartawan The Sun, Mohamad Fairuz Ramli dan Anansa Jacob muncul juara. Berbelanja sebanyak RM2005.05, mereka menewaskan pasukan merah jambu yang terlebih belanja sehingga jumlah RM3290.50. "Tahniah kepada Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih yang telah menyempurnakan tugas dengan baik. "Hari ini saya sangat teruja melihat kanak-kanak yang mengambil bahagian bersama abang dan kakak daripada wakil media berganding bahu membeli-belah barangan keperluan," kata Pengurus Pusat Paradigm Mall, Carrie Kon. Menang besar Tiada pasukan yang tewas dalam Tesco Charity Community Sweep. Kesemua pasukan layak membawa pulang barangan bernilai RM1,000 pada pusingan pertama dan juara membawa pulang barangan bernilai RM3,000. Dalam pada itu, pasukan yang menang turut mendapat baucar tunai Tesco bernilai RM200 setiap seorang. Selepas penat membeli-belah, kanak-kanak daripada empat rumah amal tersebut dibawa menonton filem Brave di Golden Screen Cinemas diikuti sesi berbuka puasa bersama-sama di Old Town White Coffee. Dalam pada itu, Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tesco, Lee Ann Low memberitahu, Tesco komited memberikan sumbangan kepada komuniti yang memerlukan. "Saya sangat bertuah kerana berpeluang meluangkan masa bersama kanak-kanak di Tesco baharu di Paradigm Mall ini. "Sebagai sebahagian daripada program Kasih Ramadan, kami sangat gembira membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam komuniti dan berharap usaha murni sebegini sedikit sebanyak dapat menjadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri satu kenangan yang bermakna," katanya. Tambah Carrie, pihaknya mahu memberikan pengalaman beli-belah baharu kepada orang ramai di Paradigm Mall. "Tidak kiralah sama ada anda ke sini untuk menjamu selera, berhibur atau menjalani 'terapi' beli-belah, ia pasti memberikan pengalaman menarik. "Sempena sambutan hari raya tahun ini, Paradigm Mall bersama Tesco berganding bahu dengan harapan dapat mengubah kehidupan kanak-kanak yang menyertai program kami hari ini," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan