ads

Rabu, 12 September 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Rozita belum ada calon suami

Posted: 12 Sep 2012 08:11 PM PDT

LELAKI yang sudah berkahwin merupakan antara ciri lelaki yang tidak disukai Rozita Che Wan.


SELAGI Rozita Che Wan tidak berkahwin, selagi itulah isu perkahwinan sering sahaja membelenggu diri pelakon jelita yang mesra disapa Che Ta ini.

Selepas digosipkan bercinta dengan Shahir AF8, Zain Saidin dan Beego, terbaharu dia digosipkan bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan bernama Bob.

Berikut jawapan yang diberikan Rozita kepada Kosmo!.

Kosmo!: Benarkah Che Ta bakal berkahwin dengan Bob?

ROZITA: Cerita itu tidak benar. Semuanya adalah fitnah. Mana ada saya hendak berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.

Macam mana gosip tersebut boleh timbul jika ia tidak benar?

Mungkin gosip itu timbul sebab saya masih tidak kahwin-kahwin lagi.

Adakah anda mengenali lelaki bernama Bob itu? Khabarnya juga anda sebaya dengan Bob?

Saya langsung tidak kenal dia. Saya juga tidak ada berkawan dengan ahli perniagaan bernama Bob.

Apakah perasaan anda bila timbulnya gosip ini?

Rasa sedih, kecewa dan kelakar pun ada. Saya takut juga jika lelaki yang digosipkan itu sudah berkahwin. Tak pasal-pasal saya bergaduh pula dengan isterinya.

Jadi bila anda akan berkahwin?

Macam mana hendak kahwin jika calon pun belum ada. Hendak cari lelaki berduit memang senang, tetapi hendak cari lelaki yang baik, susah.

Lelaki yang bagaimana anda mahukan?

Saya mahukan lelaki yang fleksibel dan tidak suka lelaki yang keras kepala. Saya juga tidak suka dengan lelaki yang sudah berkahwin.

Apa perkembangan terbaharu anda?

Sekarang saya sedang sibuk di lokasi drama Bila Papa Masuk U dan bakal menjalani penggambaran di Jepun untuk telefilem Kiah Pekasam. Saya juga bakal bercuti ke negara Eropah iaitu Paris dan London bersama Ayu (Raudhah) selepas penggambaran Kiah Pekasam.

Rebut 100 Tiket Percuma Menonton 'Untuk Tiga Hari'

Posted: 12 Sep 2012 08:05 PM PDT

Rashidi Ishak dalam 'Untuk Tiga Hari'.

PETALING JAYA: Pihak mStar Online dengan kerjasama GSC Movies Sdn Bhd akan memberikan hadiah berupa 100 tiket percuma (50 tiket X dua orang) bagi menonton filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki.

Filem yang diadaptasi daripada novel tulisan Ahadiat Akashah ini bakal menemui penonton pada 20 September depan di seluruh pawagam tanah air.

Ia membariskan para pelakon seperti Afdlin Shauki sendiri, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Dira Abu Zahar, Ainul Aishah dan Ayu Raudhah.

Pembaca mStar Online hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah dan kirimkan jawapan itu menerusi e-mel seperti yang dinyatakan dalam syarat penyertaan di bawah.

Pihak kami akan menghubungi para pemenang selepas tarikh tutup penyertaan iaitu pada 20 September 2012.

Untuk Tiga Hari merupakan sebuah filem adaptasi genre komedi drama yang memberi cabaran besar buat Afdlin kerana dia perlu menjaga karya itu agar ia tidak lari daripada cerita asal tulisan Ahadiat.

'Untuk Tiga Hari' merupakan filem adaptasi novel pertama arahan Afdlin Shauki (kiri).

Menurut Afdlin, dia terpaksa memilih adegan-adegan penting untuk diolah agar filem ini benar-benar dapat membuatkan orang ketawa.

Ia mengisahkan hubungan cinta Zafrin (dilakonkan oleh Rashidi Ishak) dan Ujie (Vanidah Imran) yang berada dalam dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta masing-masing untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga.

Zafrin mengahwini Juwita (Ayu Raudhah) manakala Ujie berkahwin dengan Armi (Afdlin Shauki) seorang lelaki kaya yang romantik.

Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Zafrin dan Ujie berjanji untuk meneruskan juga perkahwinan yang diaturkan keluarga itu tetapi mereka akan berusaha untuk bercerai setelah tiga hari berkahwin.

Promo filem ini dapat ditonton menerusi: http://www.youtube.com/watch?v=gqAOMPQbbzI&feature=player_embedded

SYARAT PENYERTAAN

1. Peraduan ini terbuka kepada seluruh pembaca mStar Online.

2. 50 Pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan kepada pengirim jawapan terpantas.

3. 10 penghantar jawapan terawal akan menerima beg istimewa daripada GSC Movies Sdn Bhd.

4. Setiap seorang pemenang akan mendapat dua tiket untuk menonton filem berkenaan.

5. Tarikh tutup penyertaan adalah 20 September 2012.

* Jawab tiga soalan mudah berikut dan kirimkannya menerusi e-mel phiwit2012@gmail.com

* Jangan lupa sertakan A)Nama penuh B)Alamat C)Nombor kad pengenalan D)e-mel E)Nombor telefon.

Soalan:

i) Apakah nama watak Afdlin Shauki dalam filem Untuk Tiga Hari?

ii) Apakah genre filem ini?

iii) Selain Afdlin Shauki, nyatakan dua orang lagi pelakon filem ini.

Moustafa bangga jadi ‘Popeye’

Posted: 12 Sep 2012 08:01 PM PDT

BISEP Moustafa berukuran hampir 79 sentimeter menyebabkan dia kelihatan seperti Popeye (gambar kecil).
BISEP Moustafa berukuran hampir 79 sentimeter menyebabkan dia kelihatan seperti Popeye (gambar kecil).
MODEL, Jessica Jerrard, diangkat Moustafa sempena pelancaran Buku Rekod Guinness di London, semalam.
MODEL, Jessica Jerrard, diangkat Moustafa sempena pelancaran Buku Rekod Guinness di London, semalam.

BOSTON: Seorang ahli bina badan kelahiran Mesir diiktiraf memiliki bisep terbesar di dunia dengan ukuran 78.7 sentimeter, lapor media semalam.

Moustafa Ismail, 24, menghabiskan masa selama 10 tahun untuk berlatih mengangkat berat dua kali sehari bagi membentuk otot di pangkal lengannya.

Disiplin itu membolehkan Moustafa memiliki bisep yang sama besarnya dengan ukur lilit pinggang lelaki dewasa.

Walaupun fizikalnya seperti watak kartun Popeya, Moustafa mengaku dia tidak gemar sayur bayam, sebaliknya dia memakan sehingga 1.5 kilogram ayam, 0.5 kilogram daging atau ikan dan empat cawan almond bersama sembilan liter air dan tiga liter bancuhan protein.


Disebabkan komited dengan aktiviti bina badan, Moustafa membawa semua ahli keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat (AS) bagi memudahkan dia menggunakan peralatan lebih baik.


Kata Moustafa, ramai mendakwa mereka terkenang kepada Popeye setiap kali melihatnya.

"Saya hanya ketawa dan berpendapat, lengan saya lebih besar daripada Popeye," katanya.

Moustafa berkata, dia memulakan aktiviti bina badan 10 tahun lalu dalam usahanya mengekalkan kecergasan.

Selepas sering mengunjungi gimnasium, katanya, dia menerima banyak pujian mengenai bisepnya.

"Justeru, saya menumpukan aktiviti latihan kepada bisep dan membentuknya menjadi lebih besar," katanya.

Lima tahun lalu Moustafa gagal dipilih menyertai pasukan bina badan Mesir.

Kegagalan itu mendorong dia berhijrah ke AS.

Walaupun mengakui mengambil bancuhan protein untuk membentuk badannya, Moustafa berkata, keupayaannya itu juga dipengaruhi genetik bapanya - seorang ahli gusti Mesir.

Setiap hari, Moustafa berlatih dari jam 5 pagi hingga 8 pagi dengan tumpuan diberikan kekuatan jantung serta pembentukan fizikal.

Jika tidak berada di gimnasium, Moustafa menguruskan dua stesen minyak miliknya di Massachusetts.

Kata Moustafa, latihan fizikal membolehkan dia fokus dalam setiap apa yang dilakukan.

"Pada masa sama, anda boleh melihat bagaimana fizikal anda berubah," katanya.

Bisep Moustafa kini disahkan sebagai paling besar dan namanya muncul dalam Buku Rekod Dunia Guinness 2013 yang dilancarkan di London, semalam.

Mencapai pendidikan berkualiti

Posted: 12 Sep 2012 08:00 PM PDT

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 memberi tumpuan kepada keberhasilan murid dan memperuntukkan sumber kepada inisiatif yang mempunyai pulangan atas pelaburan yang tinggi. - Gambar hiasan

DALAM memastikan negara tidak ketinggalan dan mampu berdaya saing, Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif menyediakan satu sistem pendidikan negara yang berkualiti melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Laporan awal pelan tersebut memaklumkan, pelan itu menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan dengan terperinci bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara yang dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan semua.

Pelan tersebut juga dihasilkan oleh kementerian melalui kajian dan penilaian yang mendalam serta penglibatan meluas pihak awam termasuk agensi luar seperti Bank Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

''Lazimnya, kepelbagaian dan keadaan kompleks sistem pendidikan sesebuah negara yang ingin melaksanakan transformasi mengambil masa beberapa tahun sebelum hasilnya dapat dizahirkan dan dilihat.

''Oleh yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu segera memulakan tindakan berani, bersungguh-sungguh dan drastik dalam melaksanakan transformasi yang penting serta kritikal ini," jelas laporan itu.

Tambah laporan itu lagi, pelan tersebut mempunyai tiga objektif utama iaitu memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan negara melalui penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan jurang pencapaian dan menggalakkan perpaduan di kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.

Jelas laporan tersebut, ia juga memberi fokus kepada mewujudkan visi serta aspirasi jelas bagi sistem pendidikan dan setiap murid bermula 2013 hingga tahun 2025.

''Selain itu, pelan pembangunan pendidikan ini turut menggariskan program transformasi menyeluruh bagi sistem pendidikan termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran yang membolehkan ia memenuhi permintaan baharu, jangkaan meningkat dan sokongan transformasi perkhidmatan awam," jelas laporan itu.

Tambah laporan tersebut, hampir 98 peratus daripada lebih 3,000 responden yang mengikuti Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) berpendapat usaha kerajaan menjalankan kajian semula pendidikan adalah tepat pada masanya.

Jelas laporan itu, ada di kalangan responden turut berpendapat kajian semula itu seharusnya telah dilakukan lebih awal lagi.

''Bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat, negara-negara lain sentiasa menambah baik pendekatan terhadap pendidikan dan Malaysia juga perlu melakukan perkara sedemikian," ujar laporan itu.

Dua bidang utama akan difokuskan dalam proses transformasi Kementerian Pelajaran bagi merealisasi aspirasi untuk meningkatkan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan serta keberkesanan sistem pendidikan negara.

Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyebut, pertamanya kementerian akan memperkukuh sistem penyampaian untuk memastikan pelaksanaan dasar yang lebih baik.

Hal itu jelas laporan tersebut, menuntut penetapan semula peranan dan fungsi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan memberikan lebih kuasa membuat keputusan serta keluwesan dan sikap tanggungjawab dalam menjalankan tugas bagi membolehkan penyelesaian yang sesuai dirancang dan disampaikan ke sekolah.

"Individu yang berkebolehan dan komited pada semua peringkat organisasi merupakan nadi bagi menjayakan proses ini. Justeru kementerian akan terus meningkatkan cara untuk menarik, membangun dan mengekalkan individu yang berkemahiran bagi melaksanakan perubahan ini.

"Usaha ini merangkumi keseluruhan organisasi daripada fungsi yang berkaitan dengan pendidikan seperti pembangunan kurikulum dan pendidikan guru hinggalah kepada fungsi pengurusan seperti perancangan pembangunan modal insan dan infrastruktur," jelas laporan itu.

Laporan tersebut menambah, menerusi bidang kedua pula, kementerian akan menambah baik produktiviti sumber dengan memberi tumpuan utama kepada keberhasilan murid dan memperuntukkan sumber kepada inisiatif yang mempunyai pulangan atas pelaburan (ROI) yang tinggi.

Usaha itu bukan sahaja memerlukan kemampuan mengagih semula peruntukan sedia ada kepada perkara yang perlu diutamakan tetapi pada dasarnya mengubah cara kementerian memperuntukkan sumber serta memantau projek dan perkhidmatan yang diberikan.

"Melalui Gelombang Pertama yang meliputi pelaksanaan 2013 hingga 2015, kementerian akan memberi tumpuan mengkaji semula program-program dan perbelanjaan mengurus dalam usaha meningkatkan keberkesanan berbelanja dan mengagihkan semula sumber kepada penggerak yang mempunyai impak besar ke atas keberhasilan murid.

"Semasa Gelombang Kedua pula (2016-2020), kementerian akan mengalih tumpuan dalam usaha pewajaran daripada melaksanakan kejayaan segera kepada pelaksanaan sistem secara meluas termasuk menghapuskan pertindihan bajet antara bahagian apabila proses penstrukturan semula berlaku," jelas laporan itu.

Bagi Gelombang Ketiga (2021 - 2025) pula, kementerian menjangkakan keseluruhan penstrukturan semula termasuk pelaksanaan rombakan dalam sistem dan proses pengurusan kewangan akan selesai.

"Hasilnya, produktiviti sumber akan selari dengan standard antarabangsa. Sebagai contoh, tahap perbelanjaan awam seharusnya selari dengan sistem pendidikan negara lain yang mempunyai tahap prestasi yang hampir serupa dalam pentaksiran antarabangsa.

"Dalam gelombang itu, kementerian juga akan memberi tumpuan untuk mengekalkan amalan terbaik bagi menjamin kecekapan kewangan yang dibangunkan semasa gelombang terdahulu," tambah laporan itu.

Tiga fasa pembangunan

Posted: 12 Sep 2012 07:59 PM PDT

PENYEDIAAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2025 melibatkan tiga fasa yang diambil Kementerian Pelajaran dalam memastikan sistem pendidikan negara adalah konsisten, berkesan, dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan semua.

Menurut laporan awal pelan tersebut, fasa pertama yang diambil dalam penyediaan pelan itu adalah melibatkan kajian semula dan ujian menyeluruh tentang sistem pendidikan dengan membuat penilaian terperinci prestasi pendidikan selain memberi tumpuan terhadap keberhasilan murid.

Selain itu, tambah laporan berkenaan, fasa pertama turut mentaksir punca sebenar dan penggerak utama pencapaian tahap prestasi masa kini selain mengenal pasti kecemerlangan yang terdapat dalam sistem pendidikan sebagai model untuk dicontohi.

''Keberhasilan murid, penggerak utama, contoh kecemerlangan, kerja lapangan dan temu bual bersemuka, perbincangan berkumpulan dan bengkel merupakan antara kaedah yang digunakan pada fasa pertama penyediaan pelan tersebut.

''Hasil daripada kajian ini akan disahkan melalui proses penyemakan data (triangulasi) dengan beberapa sumber bebas seperti Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Bank Dunia selain semua hasil tersebut dinilai secara kritikal oleh satu Jawatankuasa Khas yang terdiri daripada kumpulan pemimpin kanan kementerian," kata laporan itu.

Tambah laporan tersebut, bagi fasa kedua penyediaannya, pelan itu memberi tumpuan kepada penyediaan laporan awal dengan menggunakan input yang diperolehi dalam fasa pertama bagi mengenal pasti bidang keutamaan.

Katanya, fasa kedua turut memperincikan program transformasi yang komprehensif mengenai dasar dan inisiatif yang akan dilaksanakan bagi tempoh 13 tahun akan datang iaitu antara tahun 2013 hingga 2025.

''Fasa ini merangkumi Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) yang dijalankan pada April hingga Julai tahun ini dalam mendapatkan maklum balas dari orang awam. Selain itu penyediaan Makmal Pendidikan GTP 2.0 yang bakal dilaksanakan dari tahun 2013 hingga 2015 akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan Gelombang 1 pelan tersebut meliputi seluruh tempoh 2013 hingga 2025.

''Kementerian Pelajaran kemudian akan mengkaji semua cadangan daripada DNPN dan Makmal Pendidikan GTP 2.0 itu dengan teliti," menurut laporan itu lagi.

Laporan awal itu menambah bahawa fasa ketiga penyediaan pelan tersebut akan memberi tumpuan untuk menyiapkan Pelan Pembangunan Pendidikan dengan melibatkan rundingan serta penglibatan dengan guru, ibu bapa, murid dan pihak berkepentingan yang lain bagi mendapatkan maklum balas mengenai laporan awal pelan berkenaan.

Katanya, rundingan awam secara meluas dan segala maklum balas itu akan disatukan pada penyerahan laporan akhir pelan berkenaan pertengahan Disember tahun ini.

Tiga gelombang pembaharuan

Posted: 12 Sep 2012 07:58 PM PDT

Prestasi sistem pendidikan negara ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun bermula tahun depan hingga 2025. - Gambar hiasan

TIGA gelombang pembaharuan yang bertujuan meningkatkan prestasi sistem pendidikan negara ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun bermula tahun depan hingga 2025.

Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjelaskan, menerusi Gelombang Pertama membabitkan tahun pelaksanaan 2013 hingga 2015, sasaran diletakkan bagi menambah baik kualiti pendidikan negara supaya setanding dengan pencapaian purata global.

Menurut laporan itu, sepanjang pelaksanaan gelombang itu, Kementerian Pelajaran menentukan tiga bidang tumpuan iaitu menambah baik pengajaran di bilik darjah, meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah serta meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris.

"Hal ini tidak bermakna inisiatif perubahan akan menumpukan perhatian kepada tiga bidang berkenaan sahaja malah terdapat inisiatif yang memberikan tumpuan kepada isu lain seperti penambahbaikan kurikulum dan peningkatan infrastruktur.

"Bagaimanapun, tiga bidang itu dipilih sama ada ketiga-tiganya merupakan pemacu utama bagi menambah baik kualiti guru dan pengetua atau kerana keperluan bagi keseluruhan aspirasi ekonomi negara (bahasa Inggeris)," jelas laporan tersebut.

Bagi Gelombang Kedua (2016-2020), laporan berkenaan memberitahu, kementerian akan melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk mempercepat langkah perubahan dengan perancangan bagi semua inisiatif akan bermula semasa gelombang pertama.

Perancangan itu termasuk menggerakkan semua 410,000 orang guru dan 10,000 pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baru selain menstruktur dan menjajarkan pejabat Persekutuan, negeri serta daerah terhadap fungsi baru.

Ini bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan memperkenalkan kurikulum sekolah menengah yang baru dan kurikulum sekolah rendah yang disemak dalam menangani isu mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk berkembang maju di persekitaran ekonomi global masa kini.

Sementara itu laporan itu menyebut, semasa awal Gelombang Ketiga (2021-2025) pula, semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan prestasi yang lebih tinggi daripada standard minimum.

"Oleh itu, kementerian akan menumpukan perhatian kepada peningkatan keluwesan operasi untuk menyemai budaya pemimpin rakan sebaya ke arah kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan menggerakkan kebanyakan sekolah, jika tidak semuanya, ke arah model pengurusan berasaskan sekolah dan menambah model inovasi pengajaran yang berjaya.

"Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus kendiri yang mampu membuat pembaharuan dan membawa pencapaian ke tahap lebih tinggi," tambah laporan itu.

Jelas laporan itu, kementerian menyedari kepentingan serta kesegeraan dalam melaksanakan tugasan yang sedang dijalankan dan untuk itu, kementerian akan mula mengambil tindakan awal dalam beberapa bidang kritikal.

"Sebahagian besar daripada tindakan awal itu akan menjadi asas perubahan dramatik pada masa depan. Bagaimanapun kementerian juga menyedari keperluan menghasilkan pencapaian dengan kadar segera dan konsisten bagi membina dan mengekalkan momentum transformasi.

"Dalam 12 bulan yang akan datang, kementerian mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan perubahan dan mendapatkan hasil seperti semua 70,000 guru bahasa Inggeris dinilai pada tahap kecekapan berbahasa mengikut standard antarabangsa dan syarat pengambilan guru diperketat selain semua 10,000 sekolah rendah dan menengah kebangsaan akan mendapat liputan internet 4G melalui pelaksanaan 1BestariNet," jelas laporan berkenaan.

Kurikulum baru mulai 2016

Posted: 12 Sep 2012 07:57 PM PDT

Kurikulum baru akan dirangka supaya ia mampu melonjak sistem pendidikan negara termasuk dengan mengambil kira perkembangan teknologi dan global. - Gambar hiasan

KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara.

Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.

Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata.

Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.

Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran.

Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.

"Kementerian sedar masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek kurikulum baru ini, untuk itu gelombang pertama transformasi pendidikan akan memberi tumpuan kepada inisiatif jangka pendek.

"Ia bagi memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang diajar dan kurikulum pentaksiran dapat ditambah baik selain meletakkan asas kepada perubahan fundamental sebelum gelombang kedua dan ketiga dilaksana dan dikaji semula untuk melihat tahap pencapaian," jelas laporan itu.

Sekolah Seni Johor Bahru harumkan nama negara di Bulgaria

Posted: 12 Sep 2012 07:54 PM PDT

SERAMAI 20 pelajar Sekolah Seni Johor Bahru bersorak gembira sewaktu tiba di Balai Ketibaan KLIA semalam setelah muncul juara keseluruhan pada Festival Budaya Rakyat Antarabangsa Interfolk 2012 di Bulgaria, baru-baru ini.

SEPANG 4 Sept. - Malaysia terus menjadi sebutan dunia apabila 19 pelajar Sekolah Seni Johor Bahru (SSJB) dinobatkan juara keseluruhan pada Festival Budaya Rakyat Antarabangsa Interfolk 2012 yang berlangsung di Bulgaria pada 29 Ogos hingga 1 September lalu.

Pada kejohanan bertaraf dunia itu, sekolah berkenaan berjaya menggondol tiga anugerah utama yang dipertandingkan iaitu kategori nyanyian, tarian dan juga vokal terbaik sekali gus menjadi juara keseluruhan.

Menurut guru pengiring SSJB, Mohd. Fauzi Ahmad Selo, pihaknya telah menghantar pasukan yang dinamakan 'Warisan Art Troupe of Johor' bagi kategori Folklore Ensembles dan bersaing dengan 70 kumpulan dari 26 buah negara.

Katanya, pada tahun lalu SSJB juga telah menyertai festival yang sama di Rusia, namun pada ketika itu Malaysia hanya berjaya memenangi pingat perak.

"Ini adalah kumpulan pelajar seni SSJB yang kedua menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa dan mereka telah melakukan persembahan terbaik malah mencapai tahap penari dan penyanyi profesional.

"Pelajar kita menerusi persembahan tarian tradisional seperti piring, inang dan zapin memberi saingan kepada penari-penari profesional dari negara-negara yang sememangnya terkenal dengan tarian kebudayaan seperti Rusia, Mexico, China dan Greece," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Menurut beliau, pada penyertaan kali ini peserta negara berjaya membawa pulang tiga pingat emas selain wang tunai RM4,000 sebagai juara keseluruhan.

"Pada masa akan datang kita akan terus menghantar penyertaan dalam mana-mana pertandingan di peringkat antarabangsa.

"Selain sebagai pendedahan kepada pelajar jurusan seni di SSJB, penyertaan ini juga dilihat sebagai salah satu medium untuk memperkenalkan lagi budaya Malaysia di mata dunia," katanya.

Dalam pada itu, juara bagi kategori vokal, Nurul Farahin Mustafa, 17, berkata, dia amat terkejut dengan pengiktirafan yang diterima memandang terdapat peserta luar negara yang lebih berpengalaman dalam bidang nyanyian.

Katanya, kemenangan tersebut merupakan satu bonus dan hasil usahanya yang berlatih secara individu hasil daripada tunjuk ajar guru-guru di SSJB.

"Saya amat terkejut dan tidak percaya ketika diumumkan sebagai pemenang kategori vokal terbaik, namun saya anggap ini adalah pengiktirafan untuk SSJB dan Malaysia khususnya.

"Bagi kategori nyanyian kumpulan kami menyanyikan tiga buah lagu iaitu Qasidah, Kuda Hitam dan juga Seloka Di Aidilfitri, Alhamdulillah ia berjaya memikat hati juri dan membolehkan kami memenangi kategori tersebut dan vokal terbaik," katanya.

Hidup baru Miera Liyana

Posted: 12 Sep 2012 07:52 PM PDT

CINTA membuatkan Miera Liyana matang dan kini lebih menghargai kehidupan.

KATA orang, pengalaman mendewasakan kita dan perkara itu nampaknya betul-betul kena dengan situasi yang dialami oleh pelakon muda ini yang semakin mendapat tempat di layar perak.

Bagi Miera Liyana, pengalaman lalu sebenarnya banyak mengajar dia untuk berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.

Selain itu ia turut mengajar dirinya untuk tidak terlalu terburu-buru dalam mengejar sesuatu.

Tanpa berselindung, Miera mengakui kisah cinta bersama bekas kekasihnya, Shahrizal Jaszle, sedikit sebanyak memberi pengajaran yang bermakna dalam hidupnya.

Malah dalam masa yang sama telah membuatkan dirinya bertambah kuat untuk mengharungi hari-hari mendatang.

"Saya akui, kegagalan hubungan kami sebenarnya mempunyai hikmah yang besar. Masa bercinta dengan dia, saya hanya fikir mengenai cinta sahaja.

"Maklumlah, ketika itu saya merasakan saya baru sangat lagi mengenal cinta. Kiranya ketika itu cinta adalah segala-galanya bagi saya.

"Saya lupa mengenai perkara lain kerana meletakkan keutamaan kepada hati dan perasaan sahaja. Tapi bila difikirkan balik, saya sebenarnya dah buang banyak masa ketika itu.

"Mujurlah perhubungan tersebut berakhir dan membuatkan saya tersedar bahawa masih terdapat banyak lagi perkara yang lebih penting daripada cinta," jelasnya ketika ditemui majlis pelancaran filem-filem terbitan Grand Brilliance 2012 di ibukota baru-baru ini.

Tidak mahu bersedih dan terus hanyut melayan perasaan, Miera tangkas bangun dan kembali bangkit untuk menempuhi perjalanan seninya yang kini semakin mendapat perhatian.

Bagaikan baru memulakan langkah baru, Miera kini mahu lebih fokus terhadap bidang kerjaya dan tidak mahu memikirkan sangat mengenai soal cinta buat masa ini.

"Memang saya kesal dengan perkara yang berlaku tapi saya juga perlu meneruskan kehidupan. Malah saya juga belajar bahawa tindakan untuk menghebahkan status hubungan kepada orang ramai bukanlah sesuatu yang menarik untuk dilakukan dan sedikit sebanyak merobek privasi kita.

"Apa-apa pun, sebenarnya saya juga perlu berterima kasih kepada dia kerana telah memberi pengajaran kepada saya bahawa cinta itu bukanlah segala-galanya.

"Saya lebih suka dengan kehidupan saya sekarang. Tidak lagi terbelenggu atau dikawal dengan pelbagai perkara dan kerenah," katanya.

Ketika ditanya adakah dia sudah mempunyai pengganti dan mungkin sudah ada cinta baru yang sedang berputik, Miera menafikan perkara tersebut sambil tertawa kecil.

"Buat masa ini tidak mahu sangatlah fikir mengenai perkara tersebut dan cukuplah jika saya hanya berkawan sahaja," katanya.

Tiada dendam

Jika kini bekas kekasihnya itu sudah melangkah setapak untuk menghadapi dunia perkahwinan, Miera pula masih senang bergelar solo tanpa sebarang komitmen.

Namun Miera mengakui kini dia tidak menyimpan sebarang dendam malah turut mendoakan agar bekas kekasih dan pasangannya itu akan terus bahagia.

"Saya memang tidak ada simpan perasaan dendam atau marah kepada Shahrizal kerana hubungan kami telah berakhir. Dah jadi sejarah dah pun.

"Mungkin jodoh dia sudah sampai. Saya percaya setiap manusia boleh berubah dan kini giliran Shahrizal untuk berubah apabila dia bersama dengan pasangan hidupnya itu.

"Apa yang dilakukannya sekarang ini adalah untuk masa hadapan dia sendiri. Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk dia," jelas Miera penuh jujur.

Miera dan Shahrizal sebelum ini pernah menafikan bahawa hubungan mereka retak malah menganggap perkara tersebut sebagai fitnah.

Malah sebelum ini, Shahrizal juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia betul-betul mahu mengahwini pelakon muda itu namun nampaknya impian tidak kesampaian.

Kenyataan Shahrizal ketika dia mula-mula bercinta dengan Miera juga pernah membuatkan seorang pelakon muda, Lash Mokhtar, tersinggung kerana Miera dikatakan rapat dengannya sebelum itu.

Namun kini semuanya sudah berakhir. Miera dan Shahrizal masing-masing sudah mengatur langkah sendiri dalam meneruskan kehidupan dan karier mereka dalam industri seni yang penuh berliku ini.

Ning Baizura tarik diri persembahan Souled Out

Posted: 12 Sep 2012 07:47 PM PDT

Ning Baizura tarik diri persembahan Souled Out
Poster promosi persembahan Guinness Arthur's Day di Souled Out.

PENYANYI bersuara soprano, Ning Baizura menarik diri daripada mengadakan persembahan di Souled Out 28 September ini.

"Kami ingin memaklumkan kepada semua pihak bahawa Ning Baizura telah menarik diri daripada persembahan di Souled Out yang bertarikh pada 28 September 2012," kata pihak pengurusan Ning, HappenNINGS (M) Sdn Bhd dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan di laman webnya.

Penyanyi itu dukacita di atas penyalahgunaan gambarnya pada poster promosi mengenai penglibatannya dalam persembahan acara 'Guinness Arthur's Day' yang akan berlangsung di Bukit Kiara.

Ning berkata dia tidak terlibat langsung dalam promosi jenama arak itu dan gambarnya telah digunakan tanpa mendapat persetujuan daripada pihaknya.

Pihaknya turut menjelaskan bahawa Ning telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada tarikh itu dan bukannya didampingi oleh Guinness Anchor Berhad.

Pengurusan penyanyi itu turut berkata, pihaknya sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana syarikat yang mempromosikan minuman keras.

Colgate sumbang set kit penjagaan gigi untuk jemaah haji

Posted: 12 Sep 2012 07:40 PM PDT

COLGATE Palmolive Marketing Sdn Bhd
Aziah (tiga, kiri) bersama kakitangan Colgate Palmolive Marketing meraikan tahun kelima sumbangan bersama Program Sahabat Korporat Tabung Haji.

COLGATE Palmolive Marketing Sdn Bhd (Colgate) akan menyumbangkan 37,000 set kit perjalanan penjagaan gigi kepada jemaah haji tahun ini.

Sumbangan itu selaras dengan penyertaan dalam Program Sahabat Tabung Haji Korporat 1433 Hijrah Colgate.

Pengurus Kanan Pemasarannya, Nor Aziah Mohamad Said berkata, kit perjalanan ini lengkap dengan keperluan penjagaan gigi untuk jemaah haji dan disediakan dalam kantung yang mudah dibawa.

"Ini akan membantu jemaah dalam program tersebut di samping menyediakan penyelesaian yang praktikal dan mudah bagi memastikan mereka mengekalkan kesihatan peribadi.

"Colgate akan terus meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Inilah sebabnya mengapa kami sentiasa menyokong kempen yang memperkayakan kehidupan rakyat. Malah kami menghargai peluang untuk menyumbang kepada jemaah haji di majlis seperti ini," katanya.

Apple perkenal iPhone 5, 20% lebih ringan

Posted: 12 Sep 2012 07:38 PM PDT

Apple
Phil Schiller, Naib Presiden Kanan Apple bagi pasaran sedunia, memperkenalkan ciri-ciri iPhone 5.
Apple
Apple memperkenalkan iPhone 5 semalam.

SAN FRANCISO - Apple melancarkan iPhone 5, yang lebih kecil dan ringan serta sejumlah ciri-ciri terkini, tersenarai dalam kategori 4G, pada satu majlis yang dinanti-nantikan dunia, di sini semalam.

Produk terbaru ini 18 peratus lebih tipis dan 20 peratus ringan berbanding iPhone 4S.

Apple berkata iPhone 5 akan berada di pasaran mulai 21 September ini.

Apple mendakwa telefon pintar terbaru ini sebagai yang paling tipis dalam dunia buat masa sekarang.

Naib Presiden (Pasaran Sedunia) Apple, Phil Schiller berkata, ia mempunyai skrin yang lebar iaitu paparannya sehingga empat inci berbanding 3.5 inci sebelum ini, dan beratnya pula 112 gram iaitu 20 peratus lebih ringan berbanding iPhone 4S.

Ia membawa kamera 8 mega pixel dan resolusinya 1136 x 640. Lebarnya 2.4 inci manakala tingginya 4.9 inci dan setebal 7.6mm.

Selain itu menurut Schiller, iPhone menggunakan pemproses A6 yang lebih baik, memiliki kuasa memproses dua kali lebih pantas berbanding komponen sebelum ini dan disertakan penghubung 4G LTE sesuai dengan platform 4G.

"iPhone baru beroperasi menggunakan cip A6, bermakna anda boleh mengendalikan foto, muzik dan pelbagai aplikasi dengan cepat," katanya lagi.

Apple juga dilaporkan telah memperbaiki jangka hayat bateri dan menyediakan ciri-ciri kamera yang lebih baik.

Ia juga dikatakan mempunyai tiga mikrofon. Produk terbaru ini boleh diperoleh dalam warna putih dan hitam.

Pratempahan bagi iPhone 5 akan bermula Jumaat ini.

Di Amerika Syarikat (AS), iPhone dijual pada harga AS$199, AS$299 dan AS$399 masing-masing bagi model 16GB, 32GM dan 64GB.

Sejak iPhone pertama diperkenalkan pada 2007, Apple telah menjual 244 juta unit. Jualan iPhone dan produk-produk berkaitan membawa pulangan 46 peratus kepada Apple pada suku pertama tahun ini.

Penganalisis meramalkan bahawa Apple boleh menjual sehingga 10 juta iPhone dalam tempoh 10 hari pertama.

[KENYATAAN MEDIA APPLE MENGENAI iPHONE 5]

Pengguna di AS, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Singapura dan United Kingdom boleh memilikinya mulai 21 September ini.

Pasarannya akan diperluaskan ke 22 negara mulai 28 September ini termasuk Austria, Belgium, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Hungary, Ireland, Itali, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden dan Switzerland.

Remaja disyaki lari ikut teman lelaki

Posted: 12 Sep 2012 07:32 PM PDT

Nur Husna Nasri
Nur Husna Nasri

SHAH ALAM –"Husna, pulanglah nak. Ibu tengah sakit sekarang," rintih Hamidah Maun, 47, kepada anak perempuan bongsunya, Nur Husna Nasri, 16, yang menghilangkan diri dari kediaman keluarga itu di Seksyen 20, sejak seminggu lalu.

Hamidah berkata, anak bongsu daripada tiga adik-beradik yang mesra dengan panggilan Adik itu hilang selepas meminta kebenaran bapanya, Nasri Sohod, 51 untuk keluar beraya bersama rakan, di sini, 7 September lalu.

Bapanya, Nasri berkata, pada kira-kira jam 5.30 petang hari kejadian, Husna memaklumkan mahu keluar beraya dan memberitahu rakannya sedang menunggu di bawah.

"Husna nak ke mana? saya tanya dia dan dia menjawab nak pergi beraya dengan kawan. Kawan sudah tunggu di bawah. Tidak lama kemudian dia turun ke bawah, saya tidak sedar kerana tertidur selepas pulang dari kerja.

"Sejam kemudian baru saya tersedar dan jiran memaklumkan dia nampak Husna keluar bawa beg besar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, dia ada bertanyakan mengenai anak gadisnya itu kepada beberapa rakan sekolah dan mereka memaklumkan yang dia mempunyai empat orang teman lelaki dari Kuala Lumpur, justeru kemungkinan besar dia lari mengikut salah seorang daripada mereka.

"Saya merayu Husna pulang kerana ibunya sudah seminggu tidak selera makan dan tidak bekerja. Lagipun ibunya akan menjalani pembedahan kanser rahim pada hujung bulan ini.

"Baliklah, ayah tidak akan marah, kami semua risau keselamatan Husna," katanya.

Dia berkata, pihak polis sedang menyiasat kehilangan anaknya itu dan risalah berserta gambar Nur Husna sudah diedarkannya di sekitar Shah Alam, Klang dan Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah mengesahkan menerima laporan kehilangan remaja berkenaan dan sedang melakukan siasatan bagi mengesannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubunginya Nasri di talian 017-6345719.

Kes rogol: Tiada maaf buat Koden

Posted: 12 Sep 2012 07:30 PM PDT

Tiada maaf buat Koden
Mahkamah Tinggi, semalam, mengarahkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan ke atas 'Koden' kerana kesalahan merogol murid tahun lima dikekalkan.

KUALA TERENGGANU - Kesalahan seorang pekerja kilang kelapa sawit yang dikenali dengan nama 'Koden' merogol seorang murid tahun lima dua tahun lalu di kawasan semak di Kampung Masjid Padang Kubu Ayer Putih, Kemaman, dipandang serius oleh Mahkamah Tinggi semalam.

Ini terbukti apabila Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kemaman ke atasnya tahun lalu, selepas didapati bersalah merogol mangsa yang juga anak kepada arwah rakan baiknya sendiri.

Sebelum ini, Koden, 33, didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan iaitu merogol mangsa yang baru pulang dari mengaji al-Quran di kawasan semak di Kampung Masjid Padang Kubu Ayer Putih, Kemaman, kira-kira jam 8.30 malam, 5 Mei 2010.

Tertuduh telah mengumpan RM2 kepada mangsa yang masih mentah itu sebelum bertindak menanggalkan pakaian dan menyandarkan badan mangsa di batang pokok pisang lalu merogolnya.

Mangsa memaklumkan tertuduh sudah beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu sejak dia dalam tahun tiga lagi, dan setiap kali melakukan perbuatan itu, tertuduh akan memberi sejumlah wang kepadanya.

Bagaimanapun, mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada ibunya pada 23 Mei 2010 selepas ditanya sebelum bapa saudaranya membuat laporan di Balai Polis Ayer Puteh, 24 Mei 2010.

Susulan laporan dibuat, 'Koden' yang juga rakan baik kepada arwah ayah mangsa dan tinggal berhampiran rumah mangsa ditahan sepasukan polis di hadapan Pondok Polis Padang Kubu, Kemaman keesokan harinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi.

Resident Evil bantu Bingbing

Posted: 12 Sep 2012 07:28 PM PDT



"SELAMAT datang, apa khabar, saya Li Bingbing," sapaan itu terpacul dari bibir milik aktres kelahiran China, Li Bingbing ketika sesi tayangan perdana filem Resident Evil: Retribution di Sunway Pyramid, Selangor baru-baru ini.

Kemunculannya pada acara karpet merah majlis tersebut disambut jeritan gembira lebih 200 peminatnya yang berkumpul di pintu masuk utama pusat beli-belah itu, malah aktres berusia 39 tahun tersebut begitu terkejut dengan sambutan yang diterima.

"Saya sangat terharu dengan sokongan anda semua yang sanggup datang pada hari ini. Saya bimbang juga sebenarnya sebab tak yakin ada orang mengenali saya di sini. Ini benar-benar mengejutkan dan sesungguhnya saya berbesar hati dengan sambutan ini," luahnya dalam bahasa Kantonis yang diterjemahkan oleh juru bahasa di sebelahnya.

Bingbing sebelum ini pernah berkunjung ke Malaysia untuk mempromosikan filem lakonannya bersama Datuk Michelle Yeoh berjudul Silver Hawk pada tahun 2003.

Katanya: "Kembali ke Malaysia ibarat kembali ke rumah saya sendiri."

Bagi seorang selebriti yang sudah berjaya menembusi pasaran Hollywood, berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa perantaraan universal adalah satu kemestian yang harus dikuasai.

Hal itu diakui sendiri oleh Bingbing. Namun dia juga mengakui penguasaannya dalam bahasa Inggeris masih dalam peringkat amatur dan sedang merangkak untuk memahirkan diri.

"Penting untuk seorang pelakon mahir bercakap bahasa Inggeris, selain untuk mudah menghayati watak bahasa itu, ia juga penting untuk berkomunikasi.

"Sejujurnya, filem terkini lakonan saya Resident Evil: Retribution banyak membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris saya.

"Filem ini 'memaksa' saya sedar akan kepentingan bahasa tersebut," ujarnya yang pertama kali berlakon filem berbahasa Inggeris menerusi The Forbidden Kingdom bersama Jet Li dan Jackie Chan pada tahun 2008 selain Snow Flower dan Secret Fan (2011).

Dia tanpa berselindung mengakui, pada mulanya berasa sangat malu untuk membuka mulut bercakap dalam bahasa Inggeris kerana dalam fikirannya, jika tidak bercakap, dia tidak akan melakukan kesilapan di hadapan orang ramai.

"Jadi saya berdiam diri dan menggunakan mata saja untuk memberikan isyarat.

"Tapi apabila sudah semakin rapat dan kru produksi juga sering berjenaka, saya berani bersuara dan tiada siapa pun yang gelakkan saya. Malah kata mereka, bahasa Inggeris saya sangat baik!" tambah Bingbing yang diberi layanan baik sepanjang penggambaran.


BERGANDING dengan aktres Milla Jovovich (kanan) dalam filem Resident Evil: Retribution, Li Bingbing mengaku dia mempelajari banyak perkara baharu sepanjang penggambaran berlangsung.


Permainan video

Bingbing menggalas peranan Ada Wong dalam filem francais kelima arahan Paul W.S. Anderson bersama aktres jelita, Milla Jovovich.

Watak Ada Wong merupakan sekutu Alice (Milla) yang berjuang menghapuskan zombi akibat penularan virus-T oleh sebuah syarikat Umbrella Corporation.

Menariknya, Bingbing tidak begitu mengenali karakter yang ditawarkan kepadanya, melainkan karakter itu katanya amat popular di China menerusi permainan video.

"Saya tahu Resident Evil merupakan siri permainan video terkenal dan karakter Ada Wong disifatkan gadis paling seksi oleh penggemar permainan video. Apabila saya dimahukan oleh Paul untuk melakonkan watak itu, ramai pula yang memberikan respons positif untuk saya menerima tawaran tersebut

"Ulang kaji saya adalah menonton kesemua filem Resident Evil sebelum penggambaran di Kanada. Saya berlatih untuk memahami siapa Ada Wong dan bagaimana percakapan serta bahasa tubuhnya," kata Bingbing tentang karakter yang dibawanya.

Tambahnya, pengalaman melakonkan babak aksi menerusi produksi Amerika Syarikat dan China berbeza daripada banyak sudut.

"Banyak aspek teknikal dititik beratkan dalam produksi ini (Resident Evil: Retribution). Contohnya, bagaimana mereka memotong dan membahagikan babak, sudut pandangan kamera dan banyak lagi. Tapi di China mereka lebih mementingkan kebolehan untuk berlawan berbanding memotong satu persatu dan menjadikan pelakon handal berlawan," terangnya.

Pertama kali menyarungkan gaun merah terbelah di paha, kata Bingbing dia menyangka pakaian itu hanya untuk dipakai di karpet merah. Namun apabila dipakaikan sekali sarung pistol di pahanya, ia nampak sangat berbeza; seksi dan misteri! Itu juga merupakan busana rasmi buatnya dalam filem tersebut.

Aksi

Menjawab pertanyaan tentang kecenderungannya terhadap filem aksi, kata Bingbing dia sangat menggemari genre tersebut.

"Dalam filem ini ada babak yang menemukan saya dengan Milla pertama kali di sebuah bilik dan apabila saya terbang di udara bersama gegelung wayar, saya rasa sangat luar biasa! Saya rasa sangat teruja.

"Kemudian, saya diberikan babak menembak menggunakan pistol buat pertama kali. Sememangnya harus saya akui perasaan itu benar-benar berbeza," ceritanya yang sangat teruja menggunakan senjata api.

Beraksi bersama Milla yang disifatkannya sangat peramah dan profesional, akui Bingbing, aktres tersebut banyak membantunya untuk menjadi lebih yakin.

"Milla melayan saya dengan baik dan apabila penggambaran dilakukan di kawasan sejuk, dia akan pastikan saya disediakan jaket sejuk sebelum diberikan kepadanya," katanya tentang kebaikan aktres tersebut.

Filem ini banyak menjalani penggambaran di Kanada dan perjalanan ke sana dari Beijing mengambil masa lebih 13 jam. Kata Bingbing, berpisah jauh daripada keluarga merupakan bahagian paling sukar sepanjang penggambaran filem itu.

"Saya sangat merindukan keluarga dan bersendirian di tempat asing benar-benar menyukarkan," getusnya.

Resident Evil: Retribution merupakan kesinambungan impak merebaknya virus-T yang dihasilkan oleh Umbrella Corporation dan telah mengubah populasi manusia menjadi zombi pemakan daging yang mengerikan.

Penonton pasti teruja melihat debaran aksi mengejar dalam usaha Alice (Milla Jovovich) dan sekutu-sekutunya menyelamatkan diri berlatar belakangkan New York, Washington, Moscow dan Tokyo.

Suspek ragut, tetak pembantu klinik dicekup

Posted: 12 Sep 2012 07:27 PM PDT

DUA suspek kes tetak dan ragut seorang pembantu klinik dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bahru untuk mendapat perintah reman semalam.


KOTA BHARU - Polis yakin dapat menyelesaikan kejadian seorang wanita yang diragut dan tangankirinya ditetak oleh dua penyamun pada 29 Ogos lalu apabila menahan dua lelaki di dua buah rumah di kawasan Pintu Geng dan Bunut Payong, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, suspek berusia 32 dan 25 tahun itu ditahan dalam operasi selama enam jam bermula pukul 7.50 pagi oleh sepasukan polis di sini.

"Selain tangkapan, kita turut merampas sebilah pisau, pedang, sehelai jaket dan dua topeng. Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg mengandungi rantai tangan dan lima bentuk cincin.

"Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dicuri di Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar semalam.

Pada 30 Ogos lalu Kosmo! melaporkan, seorang pembantu klinik, Rohairani Abdullah (gambar kecil), 36, cedera parah selepas diragut dan ditetak ketika berjalan menuju ke sebuah kedai tudung di Jalan Sultanah Zainab, dekat sini.

Mangsa mengalami kecederaan parah di tangan kiri selepas ditetak tujuh kali dengan parang oleh suspek.

Menurut Ismail, kedua-dua suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah selain dipercayai terlibat dalam tiga lagi kes ragut di sekitar daerah ini.

Tambahnya, perancangan rapi Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman membolehkan anak buahnya menangkap suspek dalam tempoh dua minggu dan ia harus diberi pujian. Suspek kini direman selama tujuh hari.

Sementara itu, Rohairani ketika ditemui di rumahnya di Pintu Geng di sini berharap suspek dijatuhi hukuman setimpal jika terbukti bersalah.

"Saya masih trauma dengan kejadian itu walaupun saya sudah boleh menggerakkan jari-jari," luahnya.

Tambahnya, dia kini berteman jika hendak ke mana-mana dan tangannya mengambil masa beberapa bulan lagi untuk sembuh.

Isteri dibunuh angkara cemburu

Posted: 12 Sep 2012 07:25 PM PDT

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah tempat Novi dibunuh di Seksyen 26, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Perasaan cemburu yang meluap-luap oleh seorang lelaki sampai ke kemuncaknya apabila dia menetak kepala seorang wanita dipercayai isterinya dengan kapak hingga mati selepas hilang pertimbangan ketika bertengkar di rumah sewa mereka di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini kelmarin.

Kejadian pukul 9.15 malam itu mengakibatkan seorang suri rumah, Novi Aryani, 34, dari Jawa, Indonesia mati selepas ditetak sebanyak dua kali di belakang kepala selain dicekik.

Mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di atas lantai biliknya oleh seorang rakan penyewa rumah sama. Rumah setingkat yang memiliki lima bilik itu turut didiami oleh tujuh individu lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Mazlan Othman berkata, pemeriksaan menemui sebilah kapak di sisi mayat yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Katanya, siasatan mendapati, sebelum kejadian, pasangan itu dikatakan telah bertengkar. Lelaki itu telah melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.

"Kita percaya motif kejadian akibat cemburu buta namun masih menyiasat punca sebenar. Lelaki itu dipercayai suami mangsa," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, pasangan itu tidak mempunyai permit namun mereka sudah menyertai Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mengetahui di mana Ahmad Syafi, 35, berada supaya menghubungi pihaknya di talian 03-5510 2220 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, rakan serumah mangsa, Ahmad Noer Lukman, 33, mendakwa, dia melihat suami mangsa bergelar Mat itu membawa beg dan menyangkut sehelai baju di bahu sebelum memecut laju dengan motosikal.

Wanita cemas kereta terbakar

Posted: 12 Sep 2012 07:24 PM PDT


REAKSI Umi selepas melihat kenderaannya terbakar ketika melalui jejambat Jalan Tun Razak dekat bulatan Loke Yew semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang wanita nyaris maut apabila kenderaan jenis Mitsubishi Storm yang dipandunya terbakar di atas jejambat Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Loke Yew di sini semalam.

Kejadian mencemaskan pukul 11 pagi itu berlaku ketika wanita berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Umi memberhentikan kenderaan berkenaan selepas enjinnya terhenti secara tiba-tiba.

Pekerja di sebuah syarikat swasta itu kemudian cuba menghidupkan kenderaannya tetapi gagal sebelum anggota polis yang tiba selepas menerima aduan kesesakan jalan membantunya untuk menolak kenderaan itu ke tepi.

Tanpa disangka, kenderaan itu terus disambar api di bahagian enjin sebelum wanita itu bergegas keluar sebaik melihat api tersebut.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras yang menerima maklumat pada pukul 11.08 pagi bergegas ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran tersebut.

Jurucakap bomba memberitahu, pihaknya mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk mengawal kebakaran itu namun kenderaan itu telah terbakar sepenuhnya ketika mereka tiba.

Dadah untuk 2 juta penagih dirampas

Posted: 12 Sep 2012 07:23 PM PDT


MOHD. MOKHTAR (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan pistol dan sebahagian dadah yang dirampas daripada tujuh individu pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.


MUAR - Polis semalam mendedahkan satu sindiket yang dikesan menjadikan tiga unit rumah di Pangsapuri Pemandang Tanjung di Jalan Junid di sini sebagai makmal dadah pada Sabtu lalu berselindung di sebalik perniagaan ikan kelisa bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan jiran-jiran.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, sindiket telah meletakkan lebih 100 buah akuarium mengandungi ikan tersebut di tingkat bawah apartmen dan menjalankan kegiatan haram tersebut di dalam rumah.

Lebih mengejutkan katanya, nilai sebenar dadah yang dirampas mencecah RM68 juta dan ia mungkin meningkat jika memasuki pasaran gelap. Dadah itu boleh menampung keperluan seramai 2,221,561 penagih.

"Selain apartmen itu, kita turut menyerbu dua buah rumah di sekitar bandar ini dan jumlah tangkapan seramai tujuh individu termasuk dua wanita berusia 24 hingga 50 tahun.

"Kita turut merampas bahan mentah dadah, peralatan memproses, sepucuk pistol jenis HK P7 dengan tujuh butir peluru, wang RM9,268, barang kemas bernilai RM6,704, sebuah kereta Toyota Estima serta Peugeot yang kedua-duanya bernilai RM459,268," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Isnin lalu, Kosmo! melaporkan, polis menyerbu tiga unit rumah di pangsapuri tersebut dan merampas pelbagai jenis dadah yang ketika itu dianggarkan bernilai lebih RM1 juta serta menahan sepasang suami isteri dan seorang lelaki warga emas pada pukul 6.30 pagi.

Menurut Mohd. Mokhtar, antara dadah yang dirampas ialah syabu, heroin, ketamin, serbuk dan pil ekstasi, pil eramin 5 dan kafein yang kesemuanya seberat lebih satu tan bernilai RM68 juta.

Cipta perisian kesan ijazah palsu

Posted: 12 Sep 2012 07:21 PM PDT


Dr. Muhammad Zaly menunjukkan perisian pengimbas kod bar yang boleh mengesan sesuatu produk itu halal atau tidak.


SKUDAI – Penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya membangunkan perisian baharu yang didakwa mampu mengesan ketulenan ijazah graduan.

Sebagai permulaan, perisian itu akan diuji pada bakal graduan majlis konvokesyen universiti itu yang dijadualkan berlangsung pada Oktober nanti.

Menjelaskan lebih lanjut, Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Dr. Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein berkata, teknologi yang diberi nama Imbas Pembaca itu merupakan sebuah sistem pengesan identiti sekali gus dapat mengetahui sijil milik individu tersebut sah atau sebaliknya.

Katanya, perisian itu yang boleh dimuat turun secara percuma tidak lama lagi menerusi satu laman web yang sedang dibangunkan berfungsi mengimbas kod bar pada setiap sijil ijazah.

Tambahnya, Imbas Pembaca bukan sahaja boleh digunakan di universiti malah berguna kepada majikan untuk memastikan bakal tenaga kerja mereka menggunakan sijil sah atau palsu.

"Ciptaan ini memang menjimatkan masa kerana sebelum ini majikan perlu menghubungi pihak universiti untuk dapatkan pengesahan tetapi tidak lagi dengan adanya perisian baharu ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Muhammad Zaly turut memperkenalkan satu lagi ciptaannya iaitu aplikasi telefon pintar yang boleh mengesan status halal produk.

William dan Catherine mahu dua anak

Posted: 12 Sep 2012 07:20 PM PDT


PUTERA WILLIAM dan Catherine beramah mesra dengan penduduk semasa melawat komuniti di Queenstown, Singapura semalam.


SINGAPURA - Pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera William semalam menyatakan hasrat mahukan dua orang anak dalam keluarga mereka.

William, 30, berkata demikian semasa ditanya oleh seorang budak lelaki ketika melawat kawasan komuniti di Queenstown di sini, mengenai bilangan anak yang beliau mahukan.

Akhbar MailOnline melaporkan bahawa putera berkenaan yang memakai gelaran Duke of Cambridge menjawab tanpa teragak-agak: "Dua."

William baru-baru ini menjelaskan bahawa beliau dan Catherine, 30, mahu menimang cahaya mata secepat mungkin dengan ramai meramalkan mereka akan membina sebuah keluarga selepas rangka lawatan tersebut selesai.

Terdahulu, Putera William dan isterinya, Catherine merasmikan enjin pesawat pertama keluaran Rolls-Royce di kilang baharunya di sini semalam.

Pasangan diraja Britain berkenaan memperkenalkan enjin jet Trent 900 yang menjana pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380 pada hari kedua lawatan mereka ke rantau Asia Pasifik.

"Inilah teknologi aeroangkasa terkini (Trent 900) yang dibangunkan oleh sebuah syarikat global dari United Kingdom," kata William di kilang seluas 154,000 meter persegi itu yang dibuka pada Februari lalu.

Kunjungan William dan Catherine ke Singapura merupakan sebahagian lawatan mereka ke seluruh dunia bagi meraikan pemerintahan 60 tahun nendanya, Ratu Elizabeth II pada tahun ini.

Hari ini pasangan itu berkunjung pula ke Malaysia untuk melawat Kuala Lumpur dan Sabah hingga Sabtu ini.

Pasangan diraja itu antara lain dijadual menghadiri majlis makan malam diraja di Istana Negara dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mereka juga akan menghadiri program persembahan kebudayaan khas di Taman Kuala Lumpur City Centre sebelum berangkat ke Kota Kinabalu dan mengakhiri lawatan dengan melawat ke Lembah Danum iaitu salah satu hutan hujan tropika utama di Sabah.

Sindiket raket tiruan Yonex

Posted: 12 Sep 2012 07:19 PM PDT


WAN AHMAD UZIR (tengah) bersama pegawai penguat kuasa menunjukkan raket tiruan jenama Yonex yang dirampas di Kuching semalam.


KUCHING – Menyedari populariti jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mampu melariskan perniagaan, satu sindiket tempatan dikesan mengambil kesempatan menjual raket tiruan jenama Yonex dengan 'meminjam' nama atlet berkenaan.

Aktiviti jualan peralatan sukan tiruan terbabit berjaya dibongkar selepas sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak disertai wakil jenama Yonex dari ibu negara dan Pegawai Undang-Undang dari Singapura menyerbu beberapa premis di sekitar pusat bandar raya pada pukul 9 pagi semalam.

Pengarah PPDNKK Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, dalam serbuan itu, sejumlah peralatan sukan badminton jenama Yonex terdiri raket dan peralatan sukan lain bernilai RM2,000 dirampas.

Menurutnya, sindiket terbabit dikesan menjual raket tiruan jenama Yonex yang seakan-akan sama digunakan oleh pemain badminton terkenal itu semata-mata mengaut keuntungan.

"Pengguna yang membeli peralatan sukan terbabit langsung tidak menyedari ia barangan tiruan kerana harga dan kualitinya tidak banyak berbeza dengan yang tulen.

Tanggung azab diikat lima jam

Posted: 12 Sep 2012 07:18 PM PDT


ANGGOTA polis menyiasat pejabat syarikat pengeluaran produk tenusu yang disamun empat lelaki bertopeng di Kepong kelmarin.


KEPONG – Seramai 11 pekerja sebuah syarikat produk tenusu terpaksa menanggung azab selama lima jam sebelum dapat melepaskan diri dari diikat sekumpulan empat perompak bertopeng yang melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM200,000.

Kejadian pukul 5.30 petang kelmarin di Metro Perdana di sini itu berlaku ketika mereka yang sedang asyik menjalankan tugas di pejabat urusan syarikat tersebut didatangi kesemua perompak yang mengacukan parang dan pistol.

Suspek kemudian telah mengumpulkan kesemua pekerja berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut sebelum mengikat mereka lalu mula menggeledah. Difahamkan, mereka melarikan wang 2,500 Euro (RM9,899), telefon bimbit, barang kemas dan pelbagai barangan berharga lain.

Tidak lama kemudian, kesemua suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Avanza.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kesemua pekerja warga tempatan terbabit tidak cedera.

"Perompak melarikan diri dengan sebuah kereta dipercayai jenis Toyota Avanza berwarna putih. Polis masih menjalankan siasatan lanjut," ujarnya.

Difahamkan, jumlah kerugian keseluruhan yang terpaksa ditanggung syarikat berkenaan mencecah RM200,000.

1,466 poster, iklan ah long dimusnah

Posted: 12 Sep 2012 07:17 PM PDT


ZAIZUL RIZAL (dua dari kanan) melihat sebahagian daripada poster ah long yang ditanggalkan di Kuantan semalam.


KUANTAN - Kegiatan ceti haram atau ah long terus menjadi-jadi di bandar ini apabila mereka semakin berani memasang poster dan iklan pelbagai saiz yang menawarkan pinjaman wang kepada orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Mohd. Jasmani Yusof berkata, sejak Januari hingga Ogos tahun ini, pihaknya telah menanggal serta memusnahkan sebanyak 1,466 poster dan pelekat ah long di sekitar Kuantan.

"Dalam operasi hari ini (semalam) kita berjaya menurunkan 480 poster lagi di kawasan Kubang Buaya, Air Putih, Bukit Setongkol dan Indera Mahkota.

"Operasi dari pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari itu melibatkan enam anggota yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Kuantan, Asisten Superintendan Zaizul Rizal Zakaria dan lapan kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan," katanya selepas operasi itu di sini semalam.

Mohd. Jasmani berkata, perbuatan menampal pelekat atau poster iklan perkhidmatan pinjaman wang di tempat awam menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (pindaan 2011).

"Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta dan minimum RM250,000," ujarnya.

Jelasnya, dalam tempoh lapan bulan lalu, pihaknya menerima tiga aduan membabitkan mangsa yang meminjam wang daripada ah long.

Kontraktor didakwa cederakan petinju negara

Posted: 12 Sep 2012 07:16 PM PDT


MUHAMAD FARKHAN (kiri) menunjukkan kecederaan yang dialaminya akibat dipukul
di Johor Bahru baru-baru ini.


JOHOR BAHRU - Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap petinju negara, Muhamad Farkhan Mohd. Haron dalam kejadian empat bulan lalu.

Bagaimanapun, Mohd. Ariff Husin, 35, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zamri Bakar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama dua rakan lain dan empat individu yang masih bebas didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas Muhamad Farkhan dengan menggunakan senjata tumpul.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di No. 4, Jalan Molek 3/2, Taman Molek di sini di antara pukul 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei lalu.

Mohd. Ariff didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Hakim Zamri Bakar menetapkan ikat jamin sebanyak RM12,000 kepada tertuduh dan tarikh 1 hingga 3 Oktober ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd. Jaafar manakala tertuduh diwakili peguamnya Mazri Mohamad.

Pada 25 Jun lalu, dua rakan tertuduh, Tunku Nick Tazuddin Izwan Shah Tunku Qadir, 27, dan Alex Foo Hee Wee, 41, telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan sama dan mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Kosmo! pada Jun lalu melaporkan, Muhamad Farkhan, 24, yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2009 mengalami kecederaan akibat dibelasah sekumpulan lelaki sehingga patah tulang pipi dan terpaksa digantikan dengan tulang rusuk kanan selain menerima 18 jahitan di muka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved