sumber :-
Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
- Isu Keguguran Ayu Raudhah Anggap Rita Rudaini Melampau
- Pelawak memanggil Linda Onn 'bengong' di depan Perdana Menteri
- Rozita Che Wan dikaitkan dengan Jejaka Bernama Bob ?
- Abby Abadi didakwa Jual Badan dan Muka?
Isu Keguguran Ayu Raudhah Anggap Rita Rudaini Melampau Posted: 12 Sep 2012 09:38 AM PDT Ayu, 27, berkata, tuduhan melalui entri Twitter Rita itu juga telah menyebabkan orang ramai menganggap dia mengalami keguguran kali kedua sedangkan kandungannya sekarang yang berusia dua bulan berada dalam keadaan sihat dan selamat. "Saya tak faham kenapa dia (Rita) masih lagi beria-ia nak menghentam saya. Walaupun entri tersebut tidak meyebut nama, tapi rasanya semua orang tau dia tujukan luahan itu kepada saya. "Tambahan pula ia telah mengelirukan sesetengah orang yang anggap saya telah keguguran sekali lagi," katanya. Bagaimanapun tambah Ayu Raudhah, dia tidak berasa tertekan dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan padanya, cuma masih tertanya-tanya apakah punca Rita terlalu bencikan dirinya sedangkan mereka tidak pernah berjumpa. Sementara itu, bercerita mengenai kandungannya, Ayu begitu teruja dengan cahaya mata sulung yang dikandung malah tidak sabar mahu menunggu kelahiran bayi itu. Ayu memberitahu dia lebih berjaga-jaga daripada segi penjagaan diri agak kejadian dia keguguran tahun lalu tidak berulang lagi. "Saya memang teruja dengan kehadiran bayi ini. Lebih seronok lagi apabila saya mendapat perhatian lebih daripada suami (Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak). "Terasa macam permaisuri pula kerana saya tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja rumah walaupun hanya mahu sapu sampah. Doktor tidak membenarkan saya membuat apa-apa pun. "Seronok juga, kerana inilah masanya untuk kita berhat sebaik-baiknya, cuma kadang-kala saya berasa sedikit bosan kerana tidak tahu nak buat apa," selorohnya. Kemelut Ayu dan Rita berlaku apabila Ayu dikatakan menjadi penyebab kepada keretakan rumah tangga yang dibina Rita bersama kembar kepada Zaquan Adha iaitu Aidil Zafuan. Ayu Raudah menyifatkan Rita Rudaini yang membuat tuduhan kandungannya gugur pada tahun lalu adalah satu balasan Tuhan sebagai perbuatan yang melampau dan amat kasar. |
Pelawak memanggil Linda Onn 'bengong' di depan Perdana Menteri Posted: 12 Sep 2012 09:28 AM PDT Terkilan, malu dan terasa! Itulah perasaan yang boleh digambarkan oleh penyampai radio dan pengacara popular, Linda Onn setelah digelar 'bengong' oleh seorang pelawak di sebuah majlis yang diadakan pada bulan Syawal yang mulia. Menurut Linda, ini pertama kali dia mengalami pengalaman sedemikian dan nyata terkejut apabila di perlakukan sedemikian. Walaupun ianya tidak digembar-gemburkan, perkara ini harus diperjelaskan agar ianya tidak berulang kepada pengacara dan pelawak lain. Portal murai.com.my telah menghubungi Linda Onn sendiri setelah membaca status laman rasmi Twitternya yang ditulis Linda pada minggu lalu. "Dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh Tengku Mahkota, Perdana Menteri dan isteri, Menteri Besar, kenamaan dan jemputan yang lain saya telah dipanggil 'bengong' dan dia (pelawak) telah menunjukkan jari kepada saya dan mengarahkan saya turun dari pentas. "Saya kurang jelas mengenai maksud sebenar dia berbuat demikian, namun begitu bagi saya dalam keterujaan berlawak masih ada batas dan etikanya. Ketika di panggil demikian saya tergamam, dan tidak tahu apa yang perlu saya buat. "Ini bukan pertama kali saya berkongsi pentas dengan pelawak. Walaupun mereka ada 'lesen besar' untuk berlawak tetapi sesama pelawak mungkin mereka sudah arif dengan cara masing-masing. Tetapi sebagai pengacara saya kurang selesa apabila digelar sedemikian rupa,"ujarnya yang merasakan tindakan pelawak itu seolah menjatuhkan air mukanya. Linda yang pernah mengacara bersama pelawak lain seperti Saiful Apek, Zizan, Sharifah Shahira dan Sepah namun dia tidak pernah mengalami situasi yang memalukan dirinya. Baginya jika mengadakan persembahan terbuka, pelawak malah pengacara harus tahu etika dan had beraksi di atas pentas. Pelawak itu juga tidak bertindak memohon maaf atau merasakan tindakannya itu keterlaluan menurut Linda lagi. Namun bagi Linda dia terkilan dengan apa yang berlaku dan berharap ia menjadi pengajaran kepada pelawak lain supaya lebih peka kala berjenaka. "Mungkin bagi pelawak tersebut, ia merupakan satu senda gurauan atau cara mereka berinteraksi. Saya pun tidak menuntut dia memohon maaf tetapi sedikit terkilan dan rasa dimalukan di hadapan tetamu yang hadir. "Pasangan pengacara saya ketika majlis tersebut berlangsung juga terkejut namun kami hanya meneruskan tugas kami,"jelasnya yang nyata kesal diperlakukan sedemikian. Linda juga berkata, sebagai individu yang sudah lama mengacara dia berharap para pelawak atau sesiapa sahaja yang bertindak melakukan persembahan terbuka bersikap lebih peka dengan keadaan sekeliling. "Semua gerak laku kita diperhatikan dan setiap tutur yang diucapkan harus lebih berhati-hati agar tidak mengguriskan perasaan sesiapa yang ada menonton ketika itu, apatah lagi jika selebriti popular yang sering menjadi perhatian"pesannya lagi. Hai! Pelawak kalau boleh nak melawak pun biarlah beretika sikit dan kalau boleh hormati lah orang, jangan semua perkara nak dijadikan bahan lawak jer... |
Rozita Che Wan dikaitkan dengan Jejaka Bernama Bob ? Posted: 12 Sep 2012 09:15 AM PDT Rozita Che Wan telah dikatakan dengan Jejaka Bernama Bob. Desas desus khabar angin yang menyatakan figura cantik, Rozita Che Wan yang ingin menamatkan zaman solonya hujung tahun ini. Ini jawapan yang diberikan oleh Rozita, dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip tersebut tersebar sedangkan dia sendiri tidak mengenali lelaki berkenaan,Bob yang dikaitkan dengannya itu. "Lucu juga sebab ini bukanlah kali pertama saya dikaitkan dengan lelaki dan terbaru, lelaki tersebut kononnya merupakan seorang ahli pernigaan dari Johor Bahru. Saya sendiri tidak mengetahui kewujudan lelaki berkenaan apatah lagi mahu mendirikan rumah tangga," jelas Rozita Che Wan yang akan bercuti selama seminggu bersama adiknya, Ayu Raudhah ke Belanda serta Paris awal Oktober depan. Mengulas mengenai kisahnya yang dikatakan suka mencari lelaki yang berharta pula, Rozita mempunyai jawapannya yang tersendiri. "Jujur saya cakap setiap orang pasti akan memilih yang terbaik bagi dijadikan suami atau isteri, begitu juga dengan saya. Jadi sudah tentulah saya akan pilih yang terbaik bagi diri serta anak-anak. Pasal duit atau harta itu semua subjektif. Duit boleh cari tetapi lelaki yang baik bukan mudah untuk ditemui," ujar Rozita lagi. - Rozita Che Wan Nafi Kenal Jejaka Bernama Bob G.A.M tidak kisah lah siapakah jejaka pilihan Rozita Che Wan, asalkan bahagia bersama sudah sempurna rumahtangga tersebut... |
Abby Abadi didakwa Jual Badan dan Muka? Posted: 12 Sep 2012 09:08 AM PDT Pelakon yang begitu popular dan kini telah berhijab masih teguh dalam usaha mendekatkan diri dengan ilmu agama, penghijrahan Abby Abadi dalam dunia politik (Pas) mengundang pelbagai reaksi. Abby yang ramai sudah sedia tahu, sejak berhijrah dia bukan saja semakin pandai berkata-kata mengenai ilmu agama, bahkan semakin berani mengkritik orang di sekelilingnya. Selepas isunya mempertikaikan kenyataan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengenai hukum hudud, baru-baru ini Abby kembali memanaskan 'alam maya' apabila membuat pengakuan ada individu menuduhnya menjual badan dan muka semata-mata untuk parti. Abby menerusi Twitternya bagaimanapun pantas mempertahankan dirinya; "Saya tidak pernah terlintas untuk berbuat sedemikian. Fitnah bertebaran, dosa berpanjangan," katanya ringkas. G.A.M pun tidak pasti bilakan gossip gossip liar begini akan reda terhadap Abby Abadi |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan