Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
- Konsert Ning Baizura dan Mizz Nina Ditaja Minuman Keras?
- Pinjaman dibawah AKPK anda layak untuk membuat pinjaman khususnya Swasta dan Kerajaan.
- Faizal Tahir undur diri dari Anugerah Juara Lagu (AJL)
- Fasha Sandha Hamil Tiga Bulan, kini Alah Pada Ubat Gigi
- Azza Elite Keguguran, selepas hamil 6 minggu
- Pengacara Popular TV3 Letak Jawatan kerana masyarakat di Bintulu?
- Gambar bogel Nikita Mirzani disebar lagi? Mengapa?
Konsert Ning Baizura dan Mizz Nina Ditaja Minuman Keras? Posted: 11 Sep 2012 08:07 AM PDT Panas panas panas, kecoh satu kampung apabila segelintir pihak mengetahui konser Ning Baizura dan Mizz Nina telah ditaja dari sebuah syarikat minuman keras bagi mengadakan satu persembahan. Artikel di petik dari portal murai.com.my, penyanyi ini mengakui mengetahui persembahannya yang bakal dijayakan mendapat penajaan syarikat itu. Difahamkan penyanyi Ning Baizura juga turut membuat persembahan. "Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini. "Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya. "Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu," ujar Mizz Nina. Dalam pada itu, Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan. "Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi. "Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya," jelasnya. Ps : adakah persembahan ini akan mendapat sambutan setelah segelintir pihak membocorkan isu minuman keras ini sebelum persembahan dilakukan, kita tungguuuuuu.... |
Pinjaman dibawah AKPK anda layak untuk membuat pinjaman khususnya Swasta dan Kerajaan. Posted: 11 Sep 2012 12:43 AM PDT Sebelum itu mari saya terangkan apakah itu AKPK? AKPK ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia yang menyediakan perkhidmatan berukit:- Perkhidmatan pengurusan kewangan dan kaunseling kredit, Penstrukturan pinjaman pendidikan kewangan yang bermasalah,nPendidikan kewangan. Saya percaya ramai yang mengeluh dan tention kepada sesiapa yang mengikuti program AKPK ini. Nie saya nak kongsi kebaikkan dan keburukkan sebelum anda mengikuti program ini, Terutama untuk membuat pinjaman dibawah AKPK Keburukan Dan Kebaikan AKPK. KEBAIKAN AKPK 1. Bagi yang mempunyai hutang yang terlalu tinggi dan sering diganggu oleh pihak Bank,AKPK adalah penyelesaiannya. Ini kerana AKPK menstruktur semula hutang dengan merendahkan bayaran bulanan. 2. Pihak bank tidak lagi mengganggu anda hutang hanya dibayar kepada AKPK. 3. Bayaran bunga dapat dikurangkan 4. Mereka yang tidak dapat menyelesaiakan hutang yang tinggi dan hampir muflis. 5. Sesuai bagi mereka yang tidak dapat menyelesaikan pinjaman tinggi dan juga blacklist contoh: hutang kredit kad dan pinjaman peribadi tidak dapat dibayar selama beberapa tahun dan disenarai hitam. KEBURUKAN AKPK 1. Nama akan disenarai dalam program AKPK 2. Peserta program tidak layak untuk memohon pinjaman daripada mana-mana bank sehingga hutang dengan AKPK selesai.Contoh kalau ikut program AKPK 10 tahun maknanya 10 tahun tak boleh apply dengan mana-mana bank. 3. Tidak sesuai untuk mereka yang tidak blacklist kerana dengan menyertai program AKPK nama anda seperti di blacklist dengan bank kerana sepanjang mengikuti program dengan AKPK anda tidak layak untuk memohon pinjaman daripada bank. Pengalaman saya sepanjang menjadi KONSULTAN PINJAMAN:- Kebayakan pelanggan saya tidak menggunakan duit pinjaman dengan baik contoh menggunakan duit pinjaman untuk modifikasi kereta,pergi bercuti dan membeli belah. Ini menyumbang kepada jumlah hutang yang meningkat dan tidak mampu dibayar. Ini kerana hutang itu tadi digunakan untuk membuat sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat dan pendapatan yang lebih kepada peminjam. Pemohon disarankan menggunakan sebahagian duit pinjaman bagi memulakan sesuatu perniagaan yang boleh membantu mendapatkan income bulanan bagi membantu peminjam membayar balik pinjaman. Untuk maklumat lanjut atau urusan mengenai AKPK sila berhubung terus dengan pegawai AKPK di Pejabat AKPK berhampiran. Bagaimanapun anda tidak perlu risau, kerana ada juga peserta yang mengikuti program AKPK telah berjaya membuat pinjaman, apa yang saya dapat tahu, sebelum anda ingin membuat pinjaman pihak AKPK akan merujuk terlebih dahulu hutang hutang anda sebelum dia membuat pengesahan untuk anda membuat pinjaman. Ya pada dasarnya dibawah AKPK anda tidak boleh membuat pinjaman, tetapi sekiranya anda benar benar memerlukan pinjaman tersebut pihak bank akan bertolak ansur untuk memberi pinjaman kepada anda mengikut syarat yang akan ditetapkan.. Kawan saya ada 2 orang mengikuti program ini malah dia berjaya membeli rumah dan membuat pinjaman perumahan daripada BANK diMalaysia. Maklumat lebih lanjut boleh rujuk ke website AKPK dan call terus konsultansi anda. Percayalah AKPK akan cuba menyelesaikan masalah anda |
Faizal Tahir undur diri dari Anugerah Juara Lagu (AJL) Posted: 11 Sep 2012 12:22 AM PDT Gimik atau realiti, seorang penyanyi penyanyi yang terkenal dengan lagu Gemuruh dan Mahakarya Cinta, Faizal Tahir dikatakan mahu berehat dan tidak mahu menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun ini laporan dari pihak media hiburan. Berita mengejutkan ini telah disampaikan oleh Faizal Tahir sendiri menerusi rancangan Muzik Muzik 27, pada 1 September lalu di TV3. "Untuk tahun ini saya mengambil keputusan untuk tidak mempertandingkan atau mencalonkan lagu saya di Muzik Muzik kerana mahu berehat dahulu," ujar Faizal. Selain itu, Faizal Tahir turut memaklumkan bahawa keputusan ini telah lama difikirkan olehnya, iaitu sejak tahun lalu, sewaktu selesai AJL ke 26. Faizal turut menyatakan bahawa, dia sendiri tidak dapat jangkakan sampai bila dia ingin berehat daripada memasuki AJL. Untuk makluman, sebelum ini Faizal Tahir pernah mempertaruhkan lagu Karma, Sampai Syurga dan Selamat Malam untuk pentas AJL. Namun begitu, rezeki masih belum berpihak kepadanya apabila dia gagal menyandang gelaran Juara Lagu. Nasihat G.A.M tak perlu lah sampai nak berundur diri, kalau atas alasan berehat tu, kira dah okie lah tu... |
Fasha Sandha Hamil Tiga Bulan, kini Alah Pada Ubat Gigi Posted: 10 Sep 2012 11:59 PM PDT Pelakon Sensasi Fasha Sandha mula alah kepada ubat gigi selepas hamil hampir tiga bulan. Walaupun alah terhadap bahan tersebut tetapi dia terpaksa bertahan kerana tidak berasa selesa jika tidak menggosok gigi setiap hari. "Kalau muntah-muntah pada waktu pagi itu biasa tetapi sekarang mula alah pada ubat gigi. "Bagaimanapun saya terpaksa tahan kerana kita memang perlu memberus gigi setiap hari," ujarnya selepas ditemui pada pelancaran drama Runtun Qalbu di sini pada Isnin. Dalam pada itu, Fasha berkata, dia juga mudah kepenatan dan memerlukan rehat walaupun mendapat tidur secukupnya. Atas alasan itu juga, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga kandungannya benar-benar stabil. "Drama bersiri Runtun Qalbu adalah yang terakhir sebelum saya berehat sebentar sehingga November depan. "Selepas itu saya akan mengambil satu projek drama sebelum bercuti sepenuhnya sehingga bersalin," ujarnya. Tambah Fasha, dia belum mengidam sebarang benda-benda pelik sebaliknya suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli (Jejai). "Memang pelik tetapi itulah yang berlaku apabila suami yang mengidam nak makan macam-macam. Sehingga kini saya belum teringin apa-apa lagi," ujarnya. Sementara itu, Fasha memberitahu seronok dapat berlakon dibawah arahan pengarah muda iaitu Khalid Nadzri yang juga adik kepada Ahmad Idham. Jelas Fasha lagi, Runtun Qalbu juga akan menjadi fenomena dan akan mengangkat nama pelakon gandingannya iaitu Kamal Adli ke tahap yang lebih tinggi. "Pertama kali saya berlakon dengan Kamal tetapi dia seorang pelakon yang bagus dan saya yakin menerusi drama ini namanya akan lebih menyerlah," jelasnya. |
Azza Elite Keguguran, selepas hamil 6 minggu Posted: 10 Sep 2012 11:31 PM PDT Mungkin ini salah satu berita sedih untuk diperdengarkan. Ia mengenai pelakon yang juga ahli kumpulan Elite iaitu Nor Azzarima Zawari atau Azza. Khabarnya dia telah pun keguguran selepas hamil 6 minggu gugur pada semalam (khamis). Dipetik daripada sebuah portal hiburan tempatan, bekas kumpulan Elite ini walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang insiden tersebut. "Memang benar saya mengalami keguguran, tetapi saya enggan mengulas lanjut kerana emosi saya agak tertekan ketika ini. Berikan masa untuk saya bertenang," jelas Azza yang meminta agar semua pihak memahami situasinya. Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Azlan Zulaily pada 1 April lalu. Apa pun G.A.M berharap Azza bersabar yea. Anggap sajalah ini bukan rezeki. Semua ini pasti ada hikmahnya. Yang penting, Azza tidak boleh berputus asa dan sentiasalah berdoa pada Allah Swt supaya dikurniakan lagi rezeki daripadaNYA. |
Pengacara Popular TV3 Letak Jawatan kerana masyarakat di Bintulu? Posted: 10 Sep 2012 11:21 PM PDT Pengacara yang begitu popular di TV3 kini menerima tamparan yang hebat dari masyarakat bintulu, gara gara pengacara tersebut tersilap menggunakan perkataan daif. Hasil dari kesilapan sebutan itu orang orang di sarawak marah dengan kenyataan pengacara itu. Bagaimanapun Pengacara tersebut cuba menangkas sekeras kerasnya bahawa perletakkan jawatan nya itu bukan dari hasil insiden di bintulu tetapi katanya dia telah memberikan notis untuk meletak jawatannya sebgai pengacara ' Malaysia Hari Ini' kira kira sebulan yang lalu. "Sebenarnya, notis perletakkan jawatan saya hantar sebulan yang lalu. Perkara ini tiada kaitan dengan insiden baru-baru ini. "Saya harap orang ramai tidak mengaitkannya dengan isu berkenaan, kerana ini merupakan keputusan peribadi saya," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima Berhad di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. Menurut Nurul Syuhada, 28, walaupun dia meletak jawatan sebagai pengacara sepenuh masa, namun dia tetap bekerja dengan TV3 separuh masa. Jelasnya, kini dia mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga dan mahu menyambung pelajarannya ke peringkat sarjana. "Sebelum ini, saya mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang geokimia tapi separuh jalan saja. Jadi saya ingin teruskan cita-cita saya untuk menyambung pengajian. "Mungkin saya akan sambung pelajaran dalam bidang psikologi atau tamadun Islam," katanya. Pada masa, Nurul Syuhada turut menafikan khabar angin yang kononnya dia meletak jawatan kerana mendapat tawaran lebih baik daripada stesen televisyen lain. Sementara itu, personaliti TV3 berkata, kini sudah tiba masanya untuk membina keluarga dan menimang cahaya mata selepas enam tahun lebih bekerja tanpa pernah mengambil cuti. |
Gambar bogel Nikita Mirzani disebar lagi? Mengapa? Posted: 10 Sep 2012 11:12 PM PDT Macam - Macam Kontroversi sekarang kita dapat baca selepas Hari Raya hampir separuh perjalanan telah berlalu, Ratu kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani kembali menjadi bualan hangat ramai selepas pelakon sensasi ini mencetuskan kontroversi apabila gambar-gambar bogel yang diambil menggunakan telefonnya tersebar meluas di dunia maya. Menurut laporan daripada laman web indonesia yang begitu popular, satu sumber telah mengirimkan sebanyak enam gambar Nikita yang memperlihatkan berdiri di hadapan cermin dengan hanya memakai pakaian dalam sambil membuat gaya di hadapan cermin dengan memegang telefon berkamera. Walaupun gambar-gambar Nikita sudah mula tersebar meluas, namun sehingga kini Nikita masih lagi belum membuat sebarang kenyataan berhubung gambar tersebut. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan