ads

Jumaat, 17 Ogos 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Video Klip Lagu Muara Hati Hafiz Siti Nurhaliza

Posted: 17 Aug 2012 08:48 AM PDT

Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza – Muara Hati (OST Adam & Hawa)

Salam lebaran buat semua pembaca, esok adalah hari terakhir kita berpuasa. Pada malam ini juga, Budiey telah menonton video klip yang dinantikan oleh peminat drama Adam & Hawa buat pertama kalinya.

Kolaborasi Dato' Siti Nurhaliza bersama Hafiz nampaknya satu eksprimen yang tidak menghampakan. Kedua-duanya memiliki vokal terbaik. Ramai peminat rasa teruja apabila dapat tahu enyanyi tersohor negara ini akan bekerjasama dengan juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip untuk sebuah lagu duet Muara Hati.

Sebelum ini pun, Budiey lihat Siti Nurhaliza juga ada menjemput Hafiz berkolaborasi dan berduet dengannya di beberapa persembahan termasuklah di Hi Tea bersama Siti Nurhaliza sempena Hari Ibu yang lalu.

Lagu yang diberi judul Muara tersebut merupakan ciptaan dan nukilan daripada Hafiz sendiri bersama Adi Sixth Sense untuk drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa.

Video klip ini memaparkan imej dan sisi berbeza. Malam dan siang. Gelap dan cerah. Pastinya mahu menggambarkan tema sebenar drama Adam & Hawa yang memaparkan hati yang baik dan sebaliknya. Siti nampak cantik dalam video nih.

Apa pendapat anda tentang video klip ini?

Adakah lagu Muara Hati ini dapat menandingi lagu Ombak Rindu? Korang rasa?

Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.

Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.

Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.

Adam tetap berusaha untuk menawan kembali hati Hawa. Bagaimana kesudahannya? Saksikannya di saluran Mustika HD setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 27 Ogos ini.

Dengarkan dan saksikan muzik video OST Adam & Hawa nyanyian Hafiz AF7 dan Dato' Siti Nurhaliza dengan penampilan istimewa Aaron Aziz!

Saksikan drama bersiri dalam definisi tinggi (HD), Adam & Hawa mulai 27 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam, eksklusif di Astro Mustika HD (134)

Sila ke saluran 200 untuk melanggan Pakej Mustika.

Video Klip Lagu Muara Hati Hafiz Siti Nurhaliza

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Siti Saleha Remove 1000 Kawan dari Facebook

Posted: 17 Aug 2012 08:33 AM PDT

Pelakon Siti Saleha memberitahu sebagai mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak mahu ada pihak yang menyalahgunakan gambar peribadinya, bintang utama drama bersiri Nora Elena ni telah membuat tapisan terhadap rakan-rakan Facebooknya.

Memetik kenyataan di Gua.com, tindakannya itu berikutan gambarnya bersama bekas teman lelakinya yang juga penjaga gol Sabah, Syed Adney telah tersebar lantas menimbulkan gosip mereka kononnya kembali bercinta.

"Gosip yang tersebar baru-baru ini adalah disebabkan gambar saya bersama Syed Adney kira-kira tiga tahun lalu. Gambar itu saya muatnaik di laman Facebook dan saya percaya ada di antara rakan-rakan Facebook yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu. Sebab itu, saya terpaksa ambil langkah berjaga-jaga. Saya sudah singkirkan kira-kira 1000 orang rakan yang kurang dikenali dan yang tidak saya kenali langsung. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali."

Dalam masa yang sama, adik kepada Sam Bunkface itu sekali lagi menegaskan ketika ini dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Ini kerana dia mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan. Selain itu, Siti Saleha juga punya pendirian untuk tidak terlalu terbuka tentang perihal peribadi.

Siti Saleha

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved