ads

Isnin, 1 Disember 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Nora Danish Antara Artis Kenakan Caj Iklan Di Instagram Tertinggi

Posted: 01 Dec 2014 11:02 PM PST


Nora Danish
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish adalah antara artis yang mengenakan caj periklanan produk tertinggi menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Nora mengenakan caj antara RM1,500 sehingga RM3,000 bersesuaian dengan jumlah opengikutnya yang ramai di laman sosial berkenaan iaitu mencecah 1.4 juta orang.

Bayaran RM1,500 dikenakan Nora adalah bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi.

Caj sebanyak RM3,000 pula untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama.

Bagi hari Sabtu dan Ahad pula, kos yang sama dikenakan itu RM3,000.

Dalam pada itu, model Raisyyah Rania (Felixia Yeap) yang mempunyai 214 ribu pengikut mengenakan caj mengikut pakej-pakej tertentu di mana dia akan membuat iklan sebanyak dua kali di Instagram dan sekali di Facebook dengan harga RM2,000.

Bagi tiga kali periklanan di Instagram, model itu meletakkan harga RM2,500.

Bagaimanapun penyanyi Fynn Jamal (408 ribu pengikut) meletakkan harga diantara RM200 hingga RM500 di mana caj yang dikenakan mengikut kemampuan peniaga Instagram berkenaan.

Begitu juga dengan pengacara Nana Mahazan (177 ribu pengikut) yang meletakkan harga di bawah RM500 mengikut perbincangan yang dibuat dengan penjual iklan.

Fizo Omar

Aktor Fizo Omar yang mempunyai 380,000 pengikut mengenakan caj di bawah RM1,000 dan akan memberikan diskaun pada masa-masa tertentu kepada mana-mana pengikut laman sosial berkenaan yang mahu mengiklankan produk mereka.

Menurut Fizo yang dihubungi mStar Online, dia menganggap perkhidmatan IG Review iaitu periklanan di laman sosial Instagram atis adalah satu kaedah baru dalam dunia perniagaan dalam mempromosikan sesebuah produk.

"Saya percaya, konsep peniaga memerlukan bantuan artis yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi bagi mempromosikan kedai online masing-masing adalah cara baru dalam perniagaan.

"Dan saya rasa, tidak salah jika seseorang selebriti itu mengenakan caj tertentu. Lagipun tidak ada yang percuma sekarang ini.

"Cuma saya harap, bagi pihak artis, janganlah letak harga yang begitu tinggi sehingga membebankan peniaga-peniaga yang baru ingin menapak," katanya.
Sebut harga Raisyyah Rania
Sementara itu, salah seorang peniaga Instagram yang dikenali sebagai Ela ketika dihubungi mStar Online berkata, terdapat segelintir artis yang mengambil kesempatan terhadap peniaga-peniaga online apabila mengenakan harga yang tidak munasabah bagi setiap promosi yang dimuatnaik di Instagram.

"Biasanya, artis yang mempunyai lebih daripada 800 ribu pengikut akan meletakkan harga yang sangat tinggi. Saya anggap perkara ini tidak patut kerana hasil yang diterima daripada peniaga hanyalah mendapat penambahan pengikut di Instagram sahaja dan yang membeli pula tidak ramai," ujarnya.

Bagaimanapun Ela berkata, ada juga kebanyakan artis yang mengenakan cas yang relevan mengikut kemampuan peniaga itu sendiri di mana para peniaga turut memberi harga diskaun bagi mana-mana barangan yang ingin dibeli oleh artis berkenaan.

Ketika ini trend orang ramai mumuat naik status promosi produk masing-masing di status yang dimuat naik oleh kebanyakan artis semakin menjadi-jadi menyebabkan kaedah IG Review ini terpaksa diperkenalkan.

Para artis akan mempromosikan produk-produk berkenaan selepas persetujuan dicapai bersama pelanggan termasuk kaedah pembayaran.

Liyana Jasmay Mengaku Kenalkan Pemuda Kepada Intan Ladyana

Posted: 01 Dec 2014 11:00 PM PST


Liyana Jasmay terkejut dikatakan sebagai antara punca perpisahan aktres Intan Ladyana dan Kamal Adli.
PETALING JAYA: Aktres Liyana Jasmay menyangkal dakwaan kononnya dia menjadi punca kehancuran hubungan cinta Intan Ladyana dan Kamal Adli selepas dia memperkenalkan seorang lelaki kepada wanita itu.
Liyana, 25, menegaskan dia memperkenalkan individu yang dimaksudkan kepada Intan hanya selepas hubungan pasangan berkenaan putus.

Malah Liyana Jasmay juga tidak melihat ia sebagai satu kesalahan kerana Intan tidak lagi mempunyai ikatan dengan Kamal.

"Pemuda tersebut rakan kepada suami saya dan tidak ada salahnya saya memperkenalkan dia kepada Intan kerana Intan pun sudah kembali solo.

"Bagaimanapun tujuan saya itu bukan hendak menjodohkan mereka tetapi hanya sekadar mahu mereka berkawan sahaja dan tiada kena mengena dengan soal percintaan Kamal dan Intan sebelum ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.
Lelaki (berbaju kotak) di sebelah Intan dikaitkan dengan Intan ketika ini. 

Intan dan Kamal sebelum ini bercinta selama enam tahun namun hubungan mereka putus pada akhir Ramadan lalu.
Aktres itu dikatakan sudah bosan kerana Kamal dilihat tidak serius untuk meneruskan cinta mereka ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan.

Bagaimanapun Intan sebelum ini  menafikan laporan dia sedang bercinta dengan seorang pemuda selepas kehancuran cintanya dengan Kamal.

Dalam pada itu, Liyana berkata, dia tidak pernah mencampuri sebarang urusan peribadi rakan baiknya itu kerana merasakan tidak manis berbuat demikian.

Malah katanya, sejauh mana hubungan Intan dengan rakan suaminya itu adalah terpulang kepada wanita tersebut kerana soal hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa.

"Perjumpaan Intan dan pemuda berkenaan tidak lebih sebagai seorang rakan. Selebihnya itu terpulang kepada Intan dan sebagai seorang kawan baik saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia," jelasnya.

Wang RM100,000 Milik Anak Andy Flopp Poppy Lesap Dilarikan 'Pegawai Kastam'

Posted: 01 Dec 2014 10:59 PM PST


Dan mengakui sikapnya yang mudah mempercayai orang lain antara faktor dia ditipu sebanyak RM100,000.
PETALING JAYA: Impian vokalis kumpulan Loka yang juga anak kepada penyanyi Andy (Flop Poppy) iaitu Dan Azreen untuk memiliki kereta baharu musnah apabila wang deposit berjumlah RM100,000 miliknya lesap dilarikan seorang lelaki kira-kira lima bulan lalu.

Dan atau nama sebenarnya Megat Daniel Azreen, 22, berkata, jumlah tersebut diserahkan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kastam Daerah Lumut, Perak bagi proses pembelian tiga kereta untuk dirinya, tunang dan seorang kenalan mereka.

"Ada seorang kenalan yang memperkenalkan saya kepada individu itu dan saya mula yakin apabila dia menunjukkan bukti termasuk kad kuasa miliknya selain memberitahu dia boleh membantu dalam proses pembelian kenderaan lelong Kastam.

"Malah dia turut membawa saya, tunang dan seorang kenalan ke gudang tempat penyimpanan kereta tersebut di Perak kononnya tempat kereta kami disimpan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Jelas Dan lagi, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Faleq itu turut membawa mereka ke rumah keluarganya di Bota Kiri, Perak untuk berjumpa keluarganya dan ia menambahkan keyakinannya terhadap individu itu.

"Selepas kami menyerahkan wang berkenaan secara tunai kepadanya dia ada menyerahkan satu salinan geran dan sijil daripada Puspakom namun tidak menyertakan nombor plat kenderaan tersebut.

"Sejak itu dia mula memberikan pelbagai alasan apabila ditanya bila kami boleh dapat kenderaan tersebut sehinggalah dia menghilangkan diri. Kali terakhir dia menghantar mesej kepada saya pada 27 September lalu," ujarnya.
Dan turut memuat naik gambar lelaki yang didakwa melarikan wangnya.
Dalam pada itu, Dan memberitahu sebelum membuat laporan polis mereka merujuk perkara itu kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mendapati kereta yang dimaksudkan tidak pernah didaftarkan.

Menyedari mereka ditipu, Dan membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara dekat sini baru-baru ini dan kes berkenaan sedang dalam siasatan.

"Kami bukan sahaja membuat laporan polis malah turut menghubungi keluarganya di Perak namun mereka turut mendakwa tidak mengetahui di mana lelaki itu berada," ujarnya.

Sementara itu, Dan berkata, pendedahan tentang perkara tersebut di laman sosial Instagram dan Facebook baru-baru ini turut mendapati lelaki berkenaan telah melakukan banyak penipuan berhubung jual beli kereta.

Malah kata Dan, beberapa rakan dan saudara terdekatnya juga pernah menjadi mangsa penipuan tersebut dengan pelbagai taktik sebelum melarikan diri selepas mendapat wang yang diminta.

"Saya salahkan diri saya sebenarnya kerana terlalu mempercayai orang dan langsung tidak terdetik dalam hati saya akan ditipu sehingga ratusan ribu ringgit.

"Ralat menang ralat kerana itu adalah wang simpanan saya tetapi ini adalah pengajaran buat saya supaya tidak mudah mempercayai orang lain. Tidak lagi selepas ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dan berkata, kumpulan Loka bakal melancarkan single terbaharu mereka berjudul Teguh Tekadmu selain beberapa projek solo bersama Life Records.

Selain itu, Dan sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan makanan bawah label Bonisimo Malaysia selain merancang untuk memasarkan produk mereka ke luar negara.

"Produk yang kami keluarkan adalah snek seperti Almond Snaps yang agak mahal di luar negara dan kami mengambil peluang ini untuk memasuki pasaran antarabangsa dengan harga lebih murah dan paling penting ia halal," katanya.

Pengarah Jawab Isu Pelakon Pegang Telefon Terbalik Dalam 'Cinta Ibadah'

Posted: 01 Dec 2014 10:58 PM PST


Barisan pelakon telenovela Cinta Ibadah.
PETALING JAYA: Pengarah drama Mazri Mustafa menyangkal dakwaan kecuaiannya ketika mengarahkan drama bersiri Cinta Ibadah apabila babak memperlihatkan pelakon Raja Ilya memegang telefon bimbit terbalik disiarkan sehingga ia dikritik hebat oleh peminat.

Mazri, 43, berkata, episod yang menampilkan babak tersebut diarahkan oleh pengarah sinetron Indonesia, Shiddar Sheety yang hanya mengarahkan 20 episod terawal.

"Ia memang kecoh dan saya sedar ada pihak menyalahkan saya tetapi saya beritahu di sini bahawa saya hanya mula mengarahkan episod ke 21 hingga 130 dan kejadian itu bukan terjadi semasa arahan saya.

"Bagaimanapun saya yakin kesilapan itu bukanlah disengajakan dan pasti pengarah terlepas pandang," katanya kepada mStar Online.

Cinta Ibadah sedang ditayangkan di Astro Prima dan Astro Mustika setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 5 petang.
Adegan yang memperlihatkan Raja Ilya memegang telefon bimbit secara terbalik.
Dalam pada itu, Mazri mengakui insiden berkenaan banyak memberi hikmah kepada telenovela itu apabila rating menunjukkan peningkatan cukup memberangsangkan sejak ia menjadi viral.

"Semua perkara yang terjadi pasti ada hikmah tersendiri termasuk insiden berkenaan yang pada akhirnya memberi kesan kepada penonton untuk menyaksikan telenovela tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Mazri turut menegaskan penguguran pelakon Fattah Amin dalam siri berkenaan dan digantikan dengan Hisyam Hamid bukan kerana pelakon berusia 24 tahun itu tidak mampu berlakon dengan baik seperti didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, pelakon itu mempunyai komitmen lain dan dia telah memaklumkan kepada produksi sebelum terlibat dalam siri itu lagi.

"Sebelum kita ambil Fattah, dia dah beritahu hanya boleh memberi komitmen sehingga waktu tertentu kerana sudah mempunyai komitmen lain dan sebab itu wataknya dimatikan dan digantikan dengan Hisyam.

"Isu dia tidak boleh berlakon tidak masuk akal kerana dalam siri ini bukan wataknya sahaja dimatikan tetapi ramai artis lain kerana masalah komitmen dan mengikut kesesuaian skrip," jelasnya.

Atilia Harap Bakal Dapat Bayi Kembar

Posted: 01 Dec 2014 10:57 PM PST


Atilia dan Adam telah diijabkabulkan pada 30 Ogos lalu.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Atilia telah membeli alat ujian kehamilan dalam jumlah yang banyak bagi memudahkan dia membuat ujian setiap bulan di rumah.

Atilia atau nama sebenarnya Raja Puteri Atilia Raja Haron, 40, berkata, dia dan suaminya, Adam Sofian Mazlan, 37, tidak sabar mahu menimang anak dan mengharapkan anak kembar sekiranya diberikan rezeki.

"Bayangkan saya beli berbungkus-bungkus alat ujian kehamilan. Seganlah kalau beli berulang kali di kedai, orang cakap apa pula.

"Lagipun, ia memudahkan saya melakukan sendiri ujian kehamilan di rumah. Kalau boleh kami nak empat orang anak, kiranya dua pasangan kembar, mesti seronok," katanya kepada mStar Online.

Atilia ditemui selepas majlis persandingannya dengan Adam yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini pada malam Ahad.

Majlis tersebut telah berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dengan konsep persandingan moden kontemporari.

Bermula pada pukul 9 malam, kira-kira 800 tetamu memenuhi ruang dewan tersebut terdiri daripada tetamu kehormat, ahli keluarga, sahabat handai dan rakan artis.

Kedua-dua pasangan pengantin yang menggayakan busana rona putih rekaan Rico Rinaldi berarak masuk ke dalam dewan utama diringi ahli keluarga terdekat untuk ke pelamin utama.
Sepanjang berlangsungnya majlis, pasangan pengantin dan tetamu dihiburkan oleh penyanyi Ning Baizura, Alyah dan ibu kepada penyanyi itu, Salamiah Hassan selain beberapa kumpulan penari tradisional.
"Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan lancar. Sebenarnya kami inginkan majlis yang sederhana, tetapi keluarga Adam pula mahu meraikan kami. Jadi kami ikutkan sahaja.
"Selepas ini, saya dan Adam akan sibuk dengan kerja masing-masing. Saya pula akan sibuk dengan kerja-kerja menyiapkan album terbaharu selain menguruskan studio Yoga, Yogaonethatiwant," ujarnya.
Atilia dan Adam yang juga merupakan jurutera bunyi telah bernikah di sebuah majlis tertutup di Saujana Golf & Country Club pada 31 Ogos lalu.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Atilia.
Terdahulu, penyanyi jaz itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada 18 Disember 1998 dan mereka bercerai pada Januari 2009.
Ariff Johan telah meninggal dunia pada 7 Ogos lalu akibat penyakit kanser hati.

Sherry Ibrahim Kecewa Hubungan Dengan Fattah Dilaporkan Sudah Putus

Posted: 01 Dec 2014 10:55 PM PST


Sherry dan Fattah.
PETALING JAYA: Pelakon Sherry Ibrahim kecewa apabila hubungan cinta dengan aktor Abdul Fattah Amin, 24, dikatakan sudah berakhir seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

Sherry, 31, memberitahu terkejut apabila membaca laporan tersebut kerana ia tidak benar sedangkan mereka masih lagi menjalinkan hubungan seperti biasa.

"Saya tak tahu nak cakap apa apabila membaca berita itu. Rasa kelakar pun ada. 'Its a joke of the day'.

"Tetapi saya amat kecewa kerana laporan itu seolah-olah telah menoktahkan perhubungan kami tanpa sebarang kenyataan daripada saya mahupun Fattah," katanya kepada mstar Online.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan hubungan Sherry dan Fattah sudah pun berakhir.

Ini berikutan Sherry telah membuang ke semua gambar dia bersama aktor tersebut di akaun Instagram miliknya selepas 'menghidu sesuatu' mengenai Fattah.

Sementara itu, Sherry berkata, ada sebab mengapa dia membuang foto-fotonya bersama Fattah, dan perkara itu tidak bermakna mereka sudah tidak lagi berhubungan cinta.

"Saya ada sebab sendiri yang tidak perlu dijelaskan kepada umum. Kami bukannya pasangan suami isteri, jadi tak mahulah hubungan ini nampak berlebih-lebih. Tambahan pula kami perlu menjaga hati keluarga masing-masing.

"Yang penting umum tahu bahawa kami menjalinkan hubungan, itu sudah cukup. Dan tak elok rasanya apabila sesebuah perhubungan itu terlalu didedahkan. Apa-apapun kami tidak melatah dengan gosip itu," tegasnya.

Sherry dan Fattah mula menjalinkan hubungan ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran drama Cinta Ibadah sebanyak 130 episod, Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, Sherry kini sedang menjalani penggambaran Keluarga Karaoke untuk siaran Astro Mustika HD.

Fattah yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon.

Rita Rudaini Malu Digandingkan Dengan Aktor Muda

Posted: 01 Dec 2014 10:54 PM PST


Rita Rudaini. 
KUALA LUMPUR: Pelakon Rita Rudaini berasa malu apabila sering ditawarkan menjadi heroin bergandingan dengan pelakon lelaki lebih muda dalam sesebuah drama yang dibintangi walaupun usianya sudah mencecah 38 tahun.

Rita berkata, meskipun masih diberi kepercayaan memegang watak utama, dia tetap risau perkara tersebut akan membuatkan dirinya dilihat lebih tua daripada gandingannya itu.

"Saya risau juga apabila digandingkan dengan pelakon muda, takut saya nampak tua dan tidak sesuai dengan gandingan saya di televisyen nanti.

"Tetapi sehingga kini saya sering ditawarkan menjadi heroin kepada aktor-aktor muda dan berdasarkan kata pengarah, pihak stesen TV yang mahukan saya. Nak tergelak pun ada,  saya anggap semua ini rezeki buat anak-anak," katanya kepada mStar Online.
Rita ditemui selepas majlis pelancaran produk Rudaini Beaute di Hotel Royal Chulan di sini pada Ahad.

Majlis tersebut disempurnakan oleh isteri kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, Datin Seri Nor Aswana Omar.

Dalam pada itu, Rita yang baru selesai penggambaran drama Satu Hari bersama Remy Ishak memberitahu, dia turut bersyukur kerana masih lagi diberi peluang menjadi heroin di mana tidak semua pelakon wanita seusianya berpeluang memegang watak utama.

"Apa-apapun, saya hanya menerima tawaran lakonan sekiranya pelakon lelaki itu pernah bergandingan dengan saya. Kalau tidak, susah untuk saya mendapatkan keserasian.

"Malah saya akan menolak dengan baik jika ada penerbit yang mahu saya bergandingan dengan aktor berwajah 'jambu'. Rasa macam dah tak sesuai sangat dah tu," selorohnya.

Sementara itu, mengenai  Rudaini Beaute, rangkaian produk tersebut terdiri daripada set penjagaan kesihatan dalaman iaitu Luv My Coffee serta set kecantikan Rudaini Beaute Skincare dan Angel Mask.

Rudaini Beaute memasarkan produk-produk menerusi kaedah pemasaran secara talian menggunakan laman sosial Instagram rasmi iaitu @b_fabulousgalleria dan @luvmycoffee_rr selain stokis yang dilantik secara sah bermula 1 Disember 2014.

Wan Raja Risau Tajaan Kahwin Ditarik Balik

Posted: 01 Dec 2014 10:53 PM PST


Wan Raja.
PETALING JAYA: Pelakon Wan Raja berharap tajaan yang diterimanya sebanyak RM200,000 bagi melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Yaya Maembong tidak ditarik pada saat-saat akhir.

Wan Raja, 37, berkata, walaupun yakin dengan penajanya iaitu Putree Bridal dan Wedding Studio, namun perasaan risau tetap membelenggu di fikiran apatah lagi ramai artis yang pernah ditipu oleh penaja-penaja yang tidak bertanggungjawab.

"Diakui perasaan itu memang timbul kerana maklumlah sebelum ini pun ramai artis yang mendapat tajaan perkahwinan larikan diri pada saat akhir.

"Tetapi Alhamdulillah setakat ini pihak penaja sentiasa mengemaskini setiap persiapan yang telah dibuat. Diharap semuanya berjalan dengan lancar," katanya kepada mStar Online.

Wan Raja dan Yaya bakal bernikah pada 12 Disember ini di Masjid Al-Ridhuan Ulu Klang dekat sini.

Majlis resepsi akan berlangsung pada 14 Disember 2014 di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur manakala pada 26 Disember 2014 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang.

Sementara itu, Wan Raja berkata, dia tidak sangka menerima tajaan yang besar memandangkan dia dan Yaya bukanlah selebriti popular.

"Asalnya kami nak buat majlis yang sangat sederhana. Tetapi majlis kami terus diubah kepada sebuah acara yang besar pula.

"Semua itu adalah sebab penaja yang kami terima. Rezeki orang kahwin agaknya...Hahaha. Alhamdulillah.

"Persiapan kahwin pun sudah hampir selesai dan hanya tinggal urusan menyiapkan beberapa dokumen yang perlu diselesaikan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Wan Raja sedang sibuk dengan penggambaran drama Teman Lelaki Upahan yang diarahkan oleh Edora Rahman, bagi slot Akasia, TV3.

Persembahan Kurang Memuaskan Punca Ada Lagu Tercicir Senarai Akhir AJL 29 - Azmeer

Posted: 01 Dec 2014 10:52 PM PST


Ketua juri peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 29, Azmeer.
SHAH ALAM: Ketua juri peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 29, Azmeer menjelaskan antara faktor beberapa lagu mempunyai potensi tetapi tidak terpilih ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) disebabkan persembahan kurang memberangsangkan pada pertandingan yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini pada malam Jumaat lalu.
Azmeer berkata, pada peringkat tersebut persembahan yang disampaikan oleh artis terlibat diambil kira biarpun sesuatu lagu tersebut mempunyai potensi tinggi untuk ke peringkat seterusnya ekoran persaingan sengit.
"Kita juga membuat penilaian pada persembahan dilakukan pada malam separuh akhir selama tiga minggu ini dan ada beberapa faktor lagu dijangka masuk ke AJL 29 namun gagal dipilih selepas persembahan.
"Lagu yang baik tetapi artis tidak bersungguh-sungguh ketika melakukan persembahan turut diambil kira dalam pemarkahan," ujarnya.

Pada malam tersebut 12 buah lagu diumumkan layak ke AJL 29 yang akan diadakan pada 18 Januari depan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Barisan artis yang berjaya ke peringkat akhir AJL 29 pada pertandingan separuh akhir minggu ketiga.
Lagu-lagu yang layak ke AJL29 yang akan diadakan pada 18 Januari hadapan terdiri daripada Gilalah (Stacy), Gadis Jolobu (Datuk Hattan & Waris), Malaikai (Hazama),Romancinta (Mojo), Apa Khabar (Joe Flizzow) dan Lelaki (Yuna).

Manakala Matahari (Hafiz Suip), Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Rentak Laguku(Bunkface & Amy Search), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Percayalah (Indah Ruhaila), danMasih Aku Cinta (Shila Amzah) turut dipilih untuk berentap pada peringkat akhir.
Sementara itu, Azmeer tidak menafikan terdapat banyak lagu yang baik dan layak untuk dipertandingkan di AJL kali ini.
"Lagu-lagu separuh akhir tahun ini banyak yang mempunyai kualiti untuk ke AJL.
"Bagaimanapun, pihak penganjur hanya mahu 12 lagu terbaik sahaja, kalau diikutkan ada 14 lagu yang kami ingin ke peringkat akhir," ujarnya.
Sementara itu, Yuna yang layak menerusi lagu Lelaki memberitahu masih memikirkan untuk membuat persembahan di pentas akhir itu berikutan dia dijangka kembali ke Amerika Syarikat Januari depan.
"Kalau lagu sebelum ini saya boleh meminta bantuan daripada Aizat, namun kali ini lagu tersebut berjudul Lelaki tidak mungkin Aizat yang akan menyanyikannya.
"Sekarang masih mempertimbangkan lagi perkara itu," katanya.

Festival Nusantara 2014 Erat Hubungan Indonesia-Malaysia

Posted: 01 Dec 2014 10:50 PM PST


Ella antara artis yang bakal mengadakan persembahan pada Festival Nusantara 2014.
PETALING JAYA: Barisan artis daripada Malaysia dan Indonesia bakal berhimpun pada Festival Nusantara 2014 yang bakal diadakan di Tempat Letak Kereta A, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 287 Disember ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Indigital Sdn Bhd, penganjuran festival itu turut mendapat kerjasama daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur yang bertujuan merapatkan lagi hubungan diantara dua buah negara menerusi kesenian dan muzik.
"Disamping merapatkan hubungan kekeluargaan diantara dua negara, festival ini juga diadakan bagi menghargai peminat-peminat muzik dengan membawa artis terkenal tanah air dan Indonesia pada acara sama," kata wakil syarikat Indigital Sdn Bhd.
Tambah kenyataan itu lagi, festival itu turut mendapat tajaan daripada Celcom Frenz dan acara itu bakal berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.
Malah pihak Celcom Frenz telah memilih kumpulan Slank, Trio Macan dan Zaskia Gotik dari Indonesia untuk membuat persembahan di konsert yang dinamakan 'Konser Frenz' pada pukul 5 petang.
Selain konsert, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan pada festival berkenaan seperti kedai jualan pakaian, makanan serta aktiviti-aktiviti pentas lain seperti karaoke.
Pengunjung yang ingin menghadiri festival berkenaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran manakala untuk Konser Frenz, tiket dijual pada harga RM 33 dan ia boleh didapati di www.ticketpro.com.my atau menghubungi hotline ticket pro di 03-7880 7999.
Selain itu juga tiket boleh didapati di cawangan Rock Corner, The Guitar Store atau Victoria Music Centre.

Raja Ilya: Puas jadi jahat

Posted: 01 Dec 2014 10:45 PM PST


  • Raja IlyaRaja Ilya

WAJAH jelita bukan ukuran kepada mana-mana pelakon untuk mendapatkan karakter yang bersifat protagonis.

Sebaliknya bagi Raja Ramilah Raja Mohd atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya ini dia mengakui watak jahat atau antagonis lebih berpihak kepadanya sepanjang bergelar pelakon.

Mengakui selesa dengan peranan yang diberikan kepadanya, pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu, dia sebenarnya gembira kerana diberi kepercayaan menjadi 'jahat'.

"Ikhlas saya katakan saya tidak kisah membawakan watak seumpama itu. Bagi saya menjadi jahat adalah lebih sukar daripada menjadi baik.

"Watak baik semestinya sudah ada dalam diri mana-mana pelakon sedangkan watak jahat perlu digilap terlebih dahulu.

"Jika ia tidak kena dengan watak tersebut, boleh jadi lakonan kita akan kelihatan kaku," katanya.

Meskipun sentiasa diberi peranan sama, namun Raja Ilya mengakui setiap kejahatan yang dilakukannya berbeza-beza.

"Jahat saya tidak klise. Jika diperhatikan menerusi drama lakonan saya, bukan semua jahat itu sama dan memerlukan saya mencari personaliti baru dalam setiap karkter," kata pelakon Cinta Ibadah ini.

Berkongsi perkembangan terbarunya, Raja Ilya berkata, dia bakal muncul menerusi drama Seludup arahan pelakon Jehan Miskin.

"Dalam drama ini juga saya menjadi jahat yang agak 'daring'.

"Tetapi saya puas kerana kali ini saya berkesempatan melakukan aksi-aksi lagak ngeri.

"Semua dibuat sendiri oleh saya dengan bantuan krew-krew terlibat," katanya yang memainkan peranan sebagai Rina.

Selain itu, pelakon yang fasih berbahasa Tamil ini juga baru sahaja habis penggambaran sebuah telefilem seram, Jelmaan yang mengambil lokasi di Jakarta, Indonesia.

Menerusi telefilem ini, Raja Ilya bergandingan bersama hero kacak, Keith Foo.

Pesawat A330 MAS guna kemudahan iPad

Posted: 01 Dec 2014 10:41 PM PST


  • Juruterbang MAS kini dilengkapi kemudahan iPadJuruterbang MAS kini dilengkapi kemudahan iPad

PESAWAT A330 milik MAS kini dilengkapi kemudahan iPad Air Apple yang dipasang dengan carta navigasi elektronik dari sistem Lufthansa dan Airbus Flysmart.

Syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan berkata, langkah pemasangan itu bagi memperkemas dan meningkatkan kecekapan operasi serta keselamatan penerbangan.

Maklumat elektronik interaktif itu mengandungi semua laluan dan lapangan terbang untuk juruterbang.

Pengarah Operasi MAS, Kapten Izham Ismail berkata, aplikasi sistem itu membolehkan penyediaan penerbangan dipermudahkan tanpa menjejaskan keselamatan.

"MAS jadi pelopor di Asia Pasifik dalam menyediakan  penyelesaian elektronik  dalam dek penerbangan. Adalah penting bagi kami memanfaatkan teknologi dan inovasi terkini untuk meningkatkan kesedaran keadaan juruterbang," katanya.

Aplikasi tersebut membolehkan juruterbang mengakses maklumat tertentu secara elektronik dan mudah selain untuk mempertingkat keselamatan penyediaan penerbangan.

MAS lebih awal daripada syarikat penerbangan lain di Asia Pasifik yang menyediakan iPad untuk kru dalam dek penerbangannya.

Pengantin bersanding atas jentera padi

Posted: 01 Dec 2014 10:36 PM PST


  • Azizul Hafiz dan Norshahida bersanding atas jentera padi dan diarak sejauh lebih satu kilometer semalam.Azizul Hafiz dan Norshahida bersanding atas jentera padi dan diarak sejauh lebih satu kilometer semalam.

BAGAN SERAI - Sepasang pengantin di Kampung Bukit Merah, Semanggol, di sini, mengabadikan kenangan indah menjadi raja sehari dengan bersanding di atas sebuah jentera padi yang diubah suai.

Malah pasangan itu turut diarak sejauh lebih satu kilometer dengan diiringi 70 kereta Toyota Innova dari Kelab Pemilik Innova Malaysia (KPIM) serta lima trak tunda yang membawa pasukan kompang.

Pengantin lelaki, Azizul Hafiz Mohd Nordin, 27, berkata, dia memilih untuk bersanding di atas jentera padi bagi mencipta satu kelainan selain mahu memberikan kejutan kepada isterinya, Norshahida Hamzah, 27.

Anak bongsu dari empat beradik itu berkata, idea untuk bersanding  di atas jentera padi dicetuskan pekerjanya memandangkan ia merupakan sumber rezekinya selama ini.

"Setelah didesak dan dipujuk, akhirnya saya akur akan permintaan pekerja dan menghabiskan hampir RM2,000 hanya untuk mengubahsuai sebuah dari tiga jentera padi milik saya.

"Saya menggantikan alat pengisar hadapan dengan pelamin ringkas. Idea unik ini akan membuatkan isteri saya menghargai pekerjaan yang saya lakukan selama ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Semanggol semalam.

Sementara itu, Norshahida berkata, dia terkejut dengan perancangan suaminya itu dan mereka pasti tidak akan melupakan kenangan tersebut.

Azizul Hafiz dan Norshahida bersanding atas jentera padi dan diarak sejauh lebih satu kilometer semalam.

Tak kekok jadi tok mudim

Posted: 01 Dec 2014 10:33 PM PST


  • Yahya (kiri) mengkhatankan seorang kanak-kanak dengan dibantu Wan Ismail.Yahya (kiri) mengkhatankan seorang kanak-kanak dengan dibantu Wan Ismail.

TUMPAT - Melakar sejarah tersendiri apabila Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Wakaf Bharu 1 menjadi tok mudim mengkhatankan kanak-kanak di rukun tetangganya.

Yahya Mamat selaku pengerusi KRT di sini, tidak kekok mengkhatankan kanak-kanak kerana dia berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang itu.

Yahya berkata, selepas bersara sebagai pembantu perubatan tiga tahun lalu, dia menglibatkan diri dalam KRT tersebut.

Menurutnya, pengalaman yang ada padanya dimanfaatkan untuk berbakti kepada Rukun Tetangga Wakaf Bharu 1.

"Ilmu dan kepakaran yang ada pada saya ini saya manfaatkan pada rukun tetangga ini bagi meringankan bebanan ibu bapa untuk khatankan anak masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada  majlis khatan anjuran KRT Wakaf Bharu 1 di Dewan Kada di Kampung Mulong, di sini.

Pada majlis itu, seramai 20 kanak-kanak dikhatankan Yahya dan dibantu seorang pesara pembantu perubatan, Wan Ismail Wan Daud.

Yahya juga memiliki sijil khas berkhatan daripada Kementerian Kesihatan dan pernah ke Kemboja untuk program khatan anak yatim di negara itu pada 2001 semasa dia memegang jawatan Timbalan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia.

Lesap bersama telefon bimbit

Posted: 01 Dec 2014 10:31 PM PST


  • Suspek yang berjaya dirakam melalui CCTV yang dipasang di kedai berkenaan.Suspek yang berjaya dirakam melalui CCTV yang dipasang di kedai berkenaan.

SEGAMAT – Gelagat mencurigakan seorang lelaki di sebuah kedai menjual peralatan telekomunikasi dan telefon bimbit di Jalan Mentol, di sini, akhirnya terjawab selepas dia melarikan sebuah telefon bimbit dari kedai tersebut.

Pemilik kedai yang ingin dikenali sebagai Han, 30, berkata, tindakan lelaki itu berjaya dirakam CCTV di kedainya.

"Dia awalnya berpura-pura mahu membeli telefon bimbit, jadi seorang pekerja saya melayannya, saya hanya perhatikan dari jauh sebab sedang betulkan telefon bimbit milik seorang lagi pelanggan.

"Dia kemudian mahu cuba salah satu telefon bimbit yang dijual kerana mahu membandingkan kualiti. Pekerja saya yang tak mengesyaki apa-apa terus berikannya telefon bimbit tersebut," katanya.

Menurutnya, lelaki tersebut berpura-pura mengambil gambar di luar kedainya sebelum melarikan diri bersama-sama telefon bimbit tersebut.

Katanya, ini merupakan kejadian pertama selepas memulakan perniagaan beberapa tahun lalu dan telah membuat satu laporan polis di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail mengesahkan menerima laporan kejadian dan usaha mengesan suspek giat dilakukan.

Bas mesra alam

Posted: 01 Dec 2014 10:29 PM PST


  • Bas yang menggunakan najis manusia dan sisa makanan sebagai bahan bakar.Bas yang menggunakan najis manusia dan sisa makanan sebagai bahan bakar.

BRITAIN menjadi negara perintis yang menggunakan najis manusia dan sisa makanan sebagai bahan bakar untuk menggerakkan bas bio di laluan pertama antara Bath dan Bristol.

Inisiatif itu diambil selepas Bristol menerima anugerah European Green Capital 2015 berikutan bandar terbabit berjaya mengekalkan piawaian alam sekitar yang tinggi secara konsisten.

Penggunaan gas biometana tersebut didakwa boleh meningkatkan kualiti udara di seluruh bandar dan ia juga boleh bergerak sejauh 300 kilometer dengan menggunakan sisa buangan tahunan lima individu.

Pengurus Besar GENeco, Mohammef Saddiq berkata, rawatan kumbahan itu juga membolehkan mereka menyediakan bekalan gas yang cukup untuk membekalkan kuasa kepada hampir 85,000 rumah. "Ia jelas menunjukkan najis manusia dan sisa makanan juga boleh menjadi sumber penting pada masa hadapan," jelasnya.

Beberapa tahun lalu, pembuat tandas di Jepun, Toto juga pernah menggunakan idea sama untuk menggerakkan motosikal di negara itu, laporan dipetik dari The Guardian.

Ustaz ekspres, ustazah jadian

Posted: 01 Dec 2014 10:27 PM PST


  • Mashitah selaku Ketua Wanita Umno Baling mewakili Kedah membahaskan usul ketika Perhimpunan Agung Umno, Khmais lalu.Mashitah selaku Ketua Wanita Umno Baling mewakili Kedah membahaskan usul ketika Perhimpunan Agung Umno, Khmais lalu.

ALOR SETAR - Kebanjiran golongan artis berhijrah dan giat berdakwah kebelakangan ini seolah menjadi trend, apabila golongan itu tidak lagi aktif dalam dunia hiburan.
Perkara itu disentuh perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang lantang mempertikaikan kewujudan artis berhijrah seterusnya bergelar ustaz ekspres dan ustazah jadian, terutama dalam Pas.
"Nak cari ustaz, ustaz pun ceramah macam Maharaja Lawak Mega, ada juga ustaz macam ustaz Bollywood. Padan yang dengar pun, nak pilih ustaz yang nyanyi dan buat lawak, nak dengar lawak pi dengar Maharaja Lawak lah, tak payah dengar ceramah agama," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno, Khamis lalu.
Ketua Wanita Umno Baling itu juga kesal apabila wujud artis yang mendapat hidayah terus digelar ustaz atau ustazah, sehingga ada yang diberi peluang mengendalikan program keagamaan.
"Penyanyi jadi ustaz, rockers jadi ustaz, artis dipanggil ustaz. Artis wanita bertudung pula jadi ustazah dan terus kendalikan program agama. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian, yang asalnya adalah pelakon, penyanyi dan rockers masuk Pas, celaru keadaan," katanya.

Menurutnya, dibimbangi apabila golongan itu mengeluarkan pandangan yang menyimpang daripada ajaran Islam, boleh menyesatkan pihak yang mendengar.

"Orang ini mungkin ada kesedaran dan semangat Islam, tetapi tak boleh bercakap tentang hukum agama sebab tidak ada wibawa. Setakat pengalaman tidak melayakkan kita jadi ustazah atau ustaz," katanya.

Ditipu syarikat pelaburan emas

Posted: 01 Dec 2014 10:23 PM PST


  • Laporan polis yang dibuat Alang.Laporan polis yang dibuat Alang.

BANDARAYA MELAKA - Seorang kakitangan kerajaan hanya mampu gigit jari kerana tidak sempat merasa wang pulangan pelaburan emas berjumlah RM70,000, selepas sebuah syarikat berpengkalan di Selangor enggan membayar hasil pelaburannya.

Lelaki berusia 31 tahun yang mahu dikenali sebagai Alang, mendakwa ditipu hingga menyebabkan dia mengalami kerugian RM6,980 selepas tiga kali membuat bayaran atas tiga jenis pelan ditawarkan syarikat terbabit sejak 6 November lalu.

Alang yang menetap di Pulau Gadong berkata, lebih menyedihkan dan membimbangkan apabila diugut pemilik syarikat berstatus enterprise itu, sekiranya dia membuat laporan polis.

Menurut Alang, yang pernah melabur sebanyak lima kali sejak September lalu, dia menemui iklan tawaran pelaburan emas oleh ejen syarikat terbabit di dalam sebuah laman sosial pada 24 September lalu sebelum membuat bayaran RM180 pada hari sama.

"Saya hanya sempat berurusan sekali dengan ejen dan kemudian berurusan secara terus dengan seorang lelaki dipercayai pemilik syarikat berkenaan secara atas talian melalui Facebook dan  Whatsapp selain SMS.

"Dua pelaburan awal berjumlah RM4,680 dilakukan sehingga 3 Oktober lalu dan saya terima pulangannya seperti  dijanjikan pada tarikh ditetapkan, namun tidak pada pelaburan yang ketiga pada 18 November bernilai RM14,000," katanya semalam.

Alang membuat bayaran kali ketiga pada 6 Oktober berjumlah RM3,800 sebelum keesokan harinya melabur kali keempat kira-kira RM3,000 dan kelima pada 19 Oktober lepas sebanyak RM180 namun hanya menyedari ditipu apabila tidak menerima bayaran sepatutnya pada 18 November.

"Saya tidak menerima bayaran pulangan pada 18 November lalu seperti yang dijanjikan selepas mendebitkan RM4,500 menerusi bayaran secara atas talian sedangkan saya ada beberapa kali mengingatkan pihak pengurusan mengenai 'payout' sebelum tarikh tersebut lagi.

"Disebabkan tiada respons saya kemudian bertindak menghantar Whatsapp secara personal kepada seorang wanita dipercayai menguruskan pembayaran kepada pelabur namun saya dikejutkan dengan mesejnya 'Saya tiada urusan dengan kamu lagi, tolong jangan ganggu saya' pada 15 November lalu," katanya.

Menurutnya, dia terus menghubungi pemilik syarikat pelaburan emas itu secara personel melalui pelbagai medium atas talian selain membuat panggilan sejak 26 November lalu namun hanya menerima mesej berbaur ancaman dan kata kesat tiga hari kemudian.

"Saya ada menghantar mesej saya akan membuat laporan polis sekiranya dia dan syarikat berdiam tidak membantu menyelesaikan isu yang timbul.

"Akhirnya pada jam 11.17 malam, 29 November lalu dia balas mesej saya di Facebook menyatakan enggan membayar pulangan pelaburan selain mengugut pelabur-pelabur lain tidak juga akan menerima bayaran sekiranya hal ini diketahui umum," katanya.

Alang berkata, melalui mesej tersebut juga, lelaki tersebut mengugut akan memburuk-burukkan nama saya kepada pelabur lain kerana dia dikatakan telah merosakkan nama baik syarikat berkenaan.

"Saya nekad membuat laporan polis untuk menuntut hak saya selain kerana saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa. Kalau mereka boleh buat kepada saya, tidak mustahil mereka boleh lakukan kepada orang lain.

"Kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya dan diharapkan dapat dijadikan iktibar kepada orang lain. Jadi saya nasihatkan supaya berhati-hati dengan pelaburan emas dan semua jenis perniagaan atas talian," katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak, sekitar jam 6,00 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan daripada mangsa.

Pengeluar jam tangan mewah tidak puas hati?

Posted: 01 Dec 2014 10:20 PM PST


  • Moto 360 yang dimiliki kini boleh kelihatan seperti jam mewah Rolex dan Richard Mille tanpa perlu membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk membeli jam sebenar.Moto 360 yang dimiliki kini boleh kelihatan seperti jam mewah Rolex dan Richard Mille tanpa perlu membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk membeli jam sebenar.

MOMENTUM penghasilan jam pintar bertambah sejak akhir-akhir ini dan dijangka semakin popular apabila Apple Watch mula dijual tahun depan.

Antara sebab mengapa jam pintar semakin popular ialah terdapat puluhan muka jam yang boleh dimuat turun oleh pengguna mengikut kehendak mereka.

Tidak seperti jam biasa, anda tidak terhad kepada hanya satu rupa muka jam kerana rekaan skrinnya yang hampir serupa dengan jam biasa, Moto 360 mempunyai puluhan muka jam mewah yang boleh dimuat turun. Moto 360 yang dimiliki kini boleh kelihatan seperti jam mewah Rolex dan Richard Mille tanpa anda perlu membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk membeli jam sebenar.

Ini membuatkan pengeluar jam tangan mewah tidak berpuas hati.

Laman Torrentfreak melaporkan pengeluar jam tangan mewah IWC, Panerai, Omega, Fossil, Armani, Michael Kors, Tissot, Certina, Swatch dan Mondaine kini secara aktif menghalang muat turun muka jam mereka pada jam pintar.

Ini kerana muka jam dan logo syarikat dipamerkan pada versi digital adalah harta intelek serta tanda dagang terpelihara.

Beberapa laman menawarkan muat turun muka-muka jam jenama itu  diarahkan membuangnya dalam masa 24 jam.

Adzrin nekad kembali menyanyi

Posted: 01 Dec 2014 10:18 PM PST


HADIR dengan imej berhijab, Azrin Adzhar yakin masih ada ruang untuk meneruskan perjuangan di persada muzik tempatan.


HATI penyanyi Adzrin Adzhar, 29, pernah luluh tatkala dijatuhkan hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima deposit tanpa lesen berjumlah lebih RM100 juta menerusi syarikat pelancongan bapanya, Noradz Travel & Services Sdn. Bhd.
Atas kesalahan tersebut, pada 3 Oktober 2011, dia bersama bapanya, Datuk Adzhar Sulaiman dan kakaknya, Noradzma Adzhar telah diarahkan untuk menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, Selangor.
Nasib ternyata masih menyebelahi penyanyi yang pernah popular dengan lagu Pujaan Malaya itu. Seminggu selepas menjalani hukuman penjara, atas perintah mahkamah, Adzrin dibenarkan diikat jamin sebanyak RM500,000 sementara rayuan kesnya didengar di Mahkamah Tinggi Putrajaya.
Sejarah hitam yang melanda diri dan keluarganya itu akan kekal tersimpan dalam kotak memori, namun, tragedi itu sedikit pun tidak menjadi penghalang Adzrin untuk kembali menyanyi selepas hampir empat tahun menyepi daripada dunia hiburan tempatan.
Berkesempatan bertemu dengan Adzrin pada majlis pelancaran single terbaharunya, Petua di Hotel Holiday Villa, Subang, Selangor baru-baru ini, penyanyi tinggi lampai yang turut bergelar guru vokal itu turut mengejutkan pihak media apabila tampil dengan imej bertudung.
Bernaung di bawah syarikat rakaman Dream Music, Adzrin mengakui, dia nekad membawa semangat baharu di samping mengekalkan jalur muzik yang pernah mempopularkan namanya suatu ketika dahulu.
Kosmo!: Tahniah Adzrin atas kemunculan kembali dan imej baharu anda. Boleh kongsikan sedikit bagaimanakah anda terfikir untuk mengenakan hijab?
ADZRIN: Terima kasih. Alhamdulillah, saya telah mengenakan tudung sejak dua tahun yang lalu. Ianya berlaku secara spontan atas sebab kegemaran saya menukar gaya rambut setiap kali tibanya hari raya. Pada awalnya, sebelum ketibaan lebaran, saya bercadang untuk mewarna dan membuat rambut kerinting, tetapi, apabila setelah berfikir panjang, lebih baik saya mengenakan tudung. Justeru, pada pagi raya, ibu saya merupakan individu yang paling gembira dengan perubahan saya ini.
Boleh kongsikan perkembangan terbaharu kes yang hampir menyebabkan anda masuk penjara satu ketika dahulu?
Maaf, saya tidak mengulas dengan lebih lanjut kerana kes itu masih belum selesai. Apa yang boleh saya katakan, bapa dan kakak saya sudah selesai menjalani tempoh hukuman penjara mereka.
Hampir empat tahun anda menyepikan diri. Apakah yang anda lakukan dalam tempoh masa yang panjang itu?
Saya sibuk mengajar vokal secara kontrak di Kolej Vokasional ERT, Setapak, Kuala Lumpur. Jadi, apabila musim cuti sekolah tiba, saya mula terfikir untuk menyambung semula kerjaya nyanyian saya yang pernah terhenti suatu ketika.
Adakah anda benar-benar bersedia untuk kembali sebagai penyanyi?
Saya benar-benar bersedia. Saya yakin lagu ciptaan saya, Petua mampu diterima oleh pendengar. Lebih-lebih lagi lagu itu disuntik dengan elemen unfolk yang semakin popular pada masa kini.
Bercakap mengenai lagu tersebut, tidakkah anda gusar dikatakan meniru karya-karya yang sering dihasilkan oleh Yuna?
Sejujurnya, saya tidak mempunyai sebarang masalah. Lagu Jejaka Malaya sama-sama naik bersama lagu Dan Sebenarnya nyanyian Yuna. Karier saya bermula agak serentak dengan Yuna. Jadi, sebab itu saya meneruskan apa yang telah saya mulakan dahulu.
Lagu Jejaka Malaya pernah mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun, kehadiran anda seperti dipandang sepi oleh peminat. Adakah anda sedar tentang perkara tersebut?
Ya, saya akui bahawa populariti saya tidak sama jika mahu dibandingkan dengan penyanyi seangkatan yang lain. Mungkin pada waktu itu saya tidak tahu cara untuk mempromosikan karya-karya saya. Tambahan pula, kes mahkamah yang tidak semena-mena datang terus menutup cerita kerjaya seni saya ketika itu.
Bagaimanakah anda mahu meyakinkan khalayak bahawa kisah hitam yang pernah melanda keluarga anda tidak akan mematahkan semangat anda untuk terus berkarya?
Hidup mesti diteruskan. Saya tidak kisah jika masih ada mulut-mulut yang mahu menghakimi saya. Saya serahkan segalanya kepada Tuhan.

Cinta lokasi Sam, cinta sejati Lisa

Posted: 01 Dec 2014 10:16 PM PST

BARISAN pelakon dan pengarah filem Manisnya Cinta Di Cappadocia sewaktu majlis pratonton filem berkenaan di Kuala Lumpur, baru ini. (Dari kiri) Zaibo, Shaheizy Sam, Rafidah Ibrahim, Bernard Chauly, Fazura dan Lisa Surihani serta dua orang pelakon kanak-kanak.


Istilah cinta tentunya membawa tafsiran yang berbeza buat dua bintang industri perfileman tempatan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri apabila berbicara tentang cinta.
Membawa makna besar dan diakui penting, Sam dan Lisa menghuraikan secara mendalam mengenai makna manisnya cinta dalam diri masing-masing. Bukan sekadar meluahkan cinta melalui perkataan, lebih mendalam lagi pengertian cinta melibatkan pengorbanan dan kesetiaan.
"Cinta saya ialah untuk keluarga. Apa yang menjadi kepentingan kepada saya ialah melihat keluarga terutamanya ibu saya bahagia. Walaupun saya terpaksa mengorbankan rasa cinta terhadap seseorang wanita kerana mendahulukan keluarga saya, saya rela.
"Masih banyak yang perlu dilakukan saya untuk memastikan keluarga saya bahagia. Terutamanya hajat ibu saya untuk memiliki rumah yang selesa. Itulah tujuan saya berlakon, selain bakat yang ditaburkan, kewangan menjadi faktor utama untuk saya memenuhi hajat dan impian mereka," ujar Sam yang bagaimanapun sudah bersedia untuk mempunyai seorang kekasih.
Sam menambah, buat masa sekarang, dia mahu terus aktif dalam bidang lakonan sekali gus mengukuhkan kewangan. Dia juga tidak mahu memikirkan soal jodoh. Baginya jodoh akan datang pada bila-bila masa dan jika sudah ditakdirkan untuknya bertemu jodoh dalam waktu terdekat, dia sudah bersedia.
"Kita tidak boleh memaksa seseorang itu untuk bertemu jodoh. Biarlah takdir yang menentukan. Jika jodoh saya sampai, sudah tentu saya menerimanya dan jika ditanya mengenai persediaan, saya sudah lama bersedia.
"Lagipun, saya merasakan masih banyak perkara yang belum saya capai terutamanya dalam bidang lakonan. Saya mahu terus berkarya sekali gus terus memberi yang terbaik kepada peminat saya," ujarnya bersemangat.
Lain pula cerita kisah cinta, pelakon yang baru-baru ini menampilkan karakter matang dalam Dendam Orang Mati, Lisa Surihani. Kebahagiaannya yang dikecapi bersama suami tercinta, Yusry KRU sudah tentu dicemburui setiap pasangan lain di luar sana.
Menghurai makna cinta dalam frasa hubungan berumah tangga, Lisa berkata, peluang untuk hidup terus bersama orang yang tersayang membawa erti besar dalam kehidupannya.
Walaupun sering dihambat kata-kata jahat yang cuba menggugat kebahagiaan mereka termasuk soal anak, Lisa tidak pernah melatah, malah menyerahkan ketentuan itu kepada Yang Maha Esa.
"Memang orang mengatakan bahawa punca rezeki dan kebahagiaan ialah anak, namun saya tidak boleh berkata apa-apa selain menyerahkan segalanya kepada takdir. Pasangan mana yang tidak mahukan anak," ujar Lisa usai pratonton filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC), di GSC Pavillion baru-baru ini.
Lisa tidak ambil hati apabila ramai yang bertanyakan bilakah gilirannya untuk menimang cahaya mata, namun, dia cuma kecewa apabila ada yang berani mengajukan pertanyaan sehingga menyentuh soal yang terlalu sensitif.
"Saya tak kisah kalau orang kerap bertanya soal anak. Ini semua kuasa Allah. Mungkin belum rezeki kami. Tapi saya tak boleh terima apabila ada soalan cuba menyentuh hal yang terlalu peribadi.
"Saya tidak faham kenapa mereka tidak sensitif dan tidak menjaga perasaan orang lain. Cubalah mereka letakkan diri dalam situasi saya. Bukan kami tidak berusaha, tetapi tidaklah sampai kami perlu berkongsi semuanya kepada umum," luahnya sedikit kecewa.
Manisnya Cinta Di Cappadocia
Digandingkan dalam naskhah berjudul MCDC, Sam dan Lisa mengakui sudah selesa bekerjasama, ditambah pula dengan kerjasama kru produksi filem berkenaan yang sangat profesional sepanjang penggambaran.
"Apabila diberi tawaran untuk terlibat dalam filem ini, saya begitu teruja kerana melihat kepada jalan penceritaan yang menarik, ditambah pula dengan tenaga produksi yang pernah bekerjasama dengan saya melalui filem sebelum ini termasuk Istanbul Aku Datang.
"Walaupun hanya memegang watak sampingan sebagai Izelea, watak itu antara watak yang penting dalam menyatukan dua cinta. Jadi, tanggungjawab yang digalas oleh Izelea agak berat, walaupun bukan sebagai watak utama," lontar Lisa.

Shaheizy SAM dan Lisa berganding lagi dalam sebuab filem. Kali ini bukan filem terbitan MIG, sebaliknya bersama produksi Redfilm.


Lain pula hal yang dikongsikan oleh Sam yang memegang watak sebagai Nazmi. Peluang untuk bekerjasama dengan produksi Redfilm merupakan pengalaman pertama baginya.
"Sebelum ini saya jarang terlibat dengan kru produksi selain daripada syarikat pengurusan saya iaitu MIG Sdn. Bhd., bagaimanapun pengalaman bernaung di bawah pengarah Bernard Chauly menjadi satu kenangan manis untuk saya.
"Dia (Bernard) sangat profesional dalam setiap tindakannya. Dia juga seperti mempunyai bayangan dalam setiap apa yang hendak dilakukan. Saya senang bekerjasama di bawah arahannya," ujar Sam.
Secara ringkas, filem adaptasi novel itu mengisahkan kehadiran cinta yang tidak dijangka. Seorang wanita bernama Ifti Liyana kerap gagal dalam telah percintaan bertemu dengan Nazmi lakonan Sam secara tidak sengaja. Plot bertambah menarik apabila Ifti (Fazura) terpaksa pergi ke sebuah daerah yang dikenali sebagai Cappadocia di Turki diatas urusan kerja. Ifti bertemu lagi dengan Nazmi dan daripada situlah cinta mereka itu berputik. Nazmi akhirnya melamar Ifti, namun kebenaran muncul juga apabila mereka mendapati pertemuan mereka sebenarnya telah diatur oleh adik kandung Ifti, iaitu Izelea (Lisa).
Gemuruh bermain cinta – Shaheizy Sam
Ditebak mengenai pembawaan watak Nazmi dalam filem tersebut, Sam mengakui sedikit terbeban membawakan watak berkenaan kerana sudah biasa membawa watak aksi dan komedi.
Menganggap watak tersebut sebagai satu cabaran, Sam memberitahu, dia terpaksa mengimbau kembali memori percintaannya untuk mengembalikan mood romantis yang diperlukan untuk menjiwai watak Nazmi.
"Seperti yang khalayak sedia maklum, sebelum ini saya terkenal dengan watak-watak aksi dan komedi. Untuk naskhah ini, wataknya amat berlainan. Rasa dan jiwa romantis perlu ditonjolkan dengan sebaik-baiknya.
"Saya juga terpaksa mengimbau kembali memori percintaan berdasarkan kisah sebenar saya untuk mendapatkan mood bercinta, malah jika diperlukan, saya akan bercinta terus dengan heroin filem ini walaupun di luar set penggambaran," ujarnya berseloroh.
Ditanya mengenai adegan yang tidak dapat dilupakan dalam filem adaptasi novel ini, dia memberitahu, antara adegan yang sukar untuk dilakonkan ialah ketika babak lamaran antara Nazmi dan Ifti yang dilakonkan oleh Nur Fazura.
"Babak itu menjalani penggambaran di sebuah kawasan pergunungan di daerah Cappadocia, Turki. Keadaan cuaca ketika itu sangat sejuk dan saya terpaksa melutut selama 20 minit untuk memdapatkan visual matahari terbenam.
"Babak tersebutlah antara yang paling sukar dilakukan, bagaimanapun ia berjalan dengan lancar dan yang paling mengejutkan ialah, babak tersebut hanya dirakamkan sekali sahaja, tanpa perlu diulang," ujarnya mengakui jatuh cinta terhadap heroin filem tersebut, Fazura di luar set penggambaran.
Beri laluan kepada Fazura
– Lisa Surihani
Sementara itu, pemenang anugerah pelakon Pelakon Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-26, Lisa Surihani turut menafikan dakwaan bahawa dia kelihatan lebih menonjol berbanding heroin filem berkenaan.
"Saya tidak pernah terniat untuk kelihatan lebih menonjol berbanding heroin filem ini. Mungkin kerana dalam filem saya yang terdahulu, Istanbul Aku Datang juga diterbitkan oleh Redfilm, khalayak masih lagi memikirkan saya sebagai pemegang watak utama filem MCDC.
"Walaupun kali pertama berpeluang untuk bekerjasama bersama Fazura, namun keserasian yang terjalin antara kami sangat tidak dijangka. Dia merupakan pelakon yang sangat baik dan Alhamdulillah, biarpun masa yang diberikan begitu singkat, namun keserasian yang terjalin antara kami begitu kuat," katanya tegas.
Bercerita mengenai watak Izelea yang dipegangnya, Lisa menambah, walaupun watak tersebut hanyalah watak sampingan, namun peranan Izelea sepanjang penceritaan MCDC, sangat penting.
"Izelea merupakan watak penting dalam filem ini. Dia merupakan orang yang bertanggungjawab merencanakan pertemuan antara Nazmi dan Ifti," katanya yang dijangka akan tampil dengan filem terbaharu menjelang Disember nanti.
Ditebak mengenai harapannya terhadap filem ini, Lisa berkata, penjualan novel MCDC yang pernah menjadi novel terlaris di Malaysia boleh dijadikan batu loncatan kepada filem berkenaan untuk mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.
"Mungkin MCDC versi filem boleh memberikan gambaran yang lebih jelas berbanding versi novel. Peminat yang sudah membaca novel pasti mahu lihat impak versi filem. Jadi, harapnya sambutannya juga bagus," kata Lisa mengakhiri perbualan.


Belantara Konkrit bukan kritik individu

Posted: 01 Dec 2014 10:13 PM PST


(dari kiri) Salam, Altimet dan Aman Ra pertama kali berkolaborasi menghasilkan lagu Belantara Konkrit.


PENYANYI rap Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 28, menegaskan, bait-bait lirik yang dicipta untuk dimuatkan dalam single terbaharu nyanyiannya bersama Salam dan Aman-RA tidak berniat untuk menyindir sesiapa. Tegas Altimet, lagu itu merupakan kesinambungan kepada single terdahulu Kotarayaku yang mana liriknya mencerminkan kehidupan warga kota.
"Itu realitinya, daripada seni kata dan olahan klip video untuk lagu Belantara Konkrit semuanya mencerminkan diri kita seharian. Tidak semua perkara di dunia ini lawa dan saya berimaginasi bagaimana sekiranya ibu kota Kuala Lumpur berubah menjadi sebuah rimba dan penghuninya terdiri daripada haiwan.
"Oleh itu, saya jadikan setiap bait kata dalam single ketiga daripada album Kotarayaku menjadi sebuah metafora. Bukan bersikap kurang ajar, tetapi, saya lebih senang bercakap terus terang," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran single Belantara Konkrit di pejabat urusan Sony Music Malaysia, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Altimet, menariknya mengenai genre hip hop dan rap, apabila sesebuah lagu itu diberikan kebebasan untuk berterus terang dan hal itu sama sekali membezakan genre yang dipegangnya dengan aliran muzik lain.
"Lagu ini tidak berniat menyinggung sesiapa, namun setiap penceritaan membawa maksud tersendiri. Hakikatnya yang indah tentang genre muzik hip hop ialah kita boleh berkarya tanpa berselindung atau berbunga-bunga. Kalau terus bertopeng, susahlah bagi seseorang artis hip hop itu hendak menyampaikan mesej dalam lagu," katanya.
Altimet mengakui lagu Belantara Konkrit mempunyai sifat bertentangan dengan Kotarayaku yang lebih bersifat positif dan menceritakan keindahan semata-mata. Masih mengekalkan rentak muzik sama seperti lagu terdahulu, Belantara Konkrit mula digarap sekitar tiga tahun lalu secara tidak sengaja dan memakan masa selama dua bulan untuk disiapkan.
"Suatu malam, ketika saya sedang memandu kereta di Kuala Lumpur, saya mendapat bayangan bahawa semua penghuni kota hanya terdiri daripada haiwan sahaja. Ketika itu terdetik frasa concrete jungle dalam fikiran saya dan terpanggil untuk bercerita kisahnya dalam lagu. Jadi, saya menelefon Salam dan bercerita tentang idea itu kepadanya. Saya mengajak Aman-RA untuk turut berkolaborasi," cerita Altimet yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya ke-36 pada 27 November lalu.
Kepercayaan untuk mengarahkan klip video lagu tersebut masih diberikan kepada individu sama yang pernah menghasilkan klip video lagu Bangkit, iaitu Hafiz Mohtar daripada produksi SchizoMotion. Konsep pergerakan grafik yang terkandung lirik lagu tersebut diguna pakai sekali lagi untuk memberikan visual lebih jelas kepada penonton dan pendengar.
Selepas Belantara Konkrit, Altimet akan mempromosikan single Aku Tahu yang dirakamkan bersama Tomok. Kata Altimet, lagu itu menceritakan kasih sayang antara seorang bapa dan anak.
Diajak bercerita mengenai perkembangan semasa muzik hip hop, Altimet meletakkan dirinya sebagai bukan pesaing dalam liga penyanyi hip hop baharu. Jelas bekas anggota kumpulan The Tarik Crew itu, dia melihat rapper sejati hanya menulis lagu sendiri.
"Saya letakkan diri saya sebagai old school rapper kerana saya perlu membuat lirik sendiri untuk lagu sendiri. Jangan letakkan saya sealiran dengan rapper yang baru muncul kerana saya sama sekali tidak sama dengan mereka. Bagi saya, seorang rapper sejati akan menulis sendiri lagu mereka, manakala rapper yang tidak menulis lirik untuk lagu mereka hanya boleh dianggap sekadar vokalis. Bagaimanapun, saya menghormati setiap karya yang ada dalam industri," tambahnya.
Kata Altimet lagi, kredibiliti seseorang penyanyi rap boleh dilihat menerusi perjuangan muzik hip hop mereka sendiri. Ada antara lagu yang dihasilkan dan dinyanyikan oleh rapper gagal menyampaikan mesej kepada pendengar, sekali gus menjadikan karya itu kurang bermakna.
"Dahulu, ketika Joe Flizzow menyertai rancangan realiti pencarian bakat nyanyian, kita dapat lihat, dia bukan mencari penyanyi rap sebaliknya protege yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan penulisan lagu. Hal itu jelas membuktikan bahawa penyanyi rap bukan boleh dicari melalui program realiti seumpama itu," simpulnya.


500,000 penduduk China dikesan menghidap penyakit HIV, AIDS

Posted: 01 Dec 2014 10:11 PM PST



PETUGAS kempen menentang AIDS mengedarkan kondom dalam sebuah tren di wilayah Hubei, tengah China semalam.


BEIJING ­ Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa China meningkatkan langkah pencegahan selepas hampir 500,000 penduduk negara itu dilaporkan menghidap penyakit HIV dan AIDS manakala beratus ribu lagi masih belum membuat ujian pengesahan.
Seorang wakil WHO di China, Bernhard Schwartlaender berkata, banyak yang perlu dilakukan Beijing untuk mencegah dan membantu pesakit yang menghidap penyakit maut tersebut.
"Apa yang paling penting, kita mesti menghapuskan sikap diskriminasi terhadap mereka yang hidup dengan penyakit ini dan golongan yang be­risiko tinggi terdedah kepada HIV seperti pelacur dan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan," katanya dalam satu artikel di akhbar China Daily.
Tambahnya, dia melihat beberapa rakannya yang berkecimpung dalam bidang perubatan turut menyisihkan pesakit yang dijangkiti penyakit bahaya tersebut.
"Sikap itu tidak boleh diterima dan ia perlu dihentikan," tegasnya.
Kira-kira 497,000 penduduk di China disahkan menghidap HIV/AIDS sejak kes pertama direkodkan di China pada tahun 1985.
Bagaimanapun, angka itu meningkat dari September 2013 apabila 434,000 orang disahkan menghidap HIV/AIDS.
Lebih 500,000 penghidap HIV/AIDS di China kini menerima rawatan antiretroviral.
Kebanyakan kes HIV/AIDS di China berlaku disebabkan hubungan seks tidak selamat diikuti jangkitan daripada ibu kepada anak dan perkongsian jarum suntikan dadah.


Doktor keluarkan 120 ulat dari mata dan hidung

Posted: 01 Dec 2014 10:08 PM PST



Agensi - SEJUMLAH ekor ulat berenga dilihat berada di dalam lubang hidung seorang wanita yang dirawat di sebuah hospital di Kanada.


OTTAWA, Kanada – Sekumpulan doktor mengeluarkan sejumlah 120 ulat berenga daripada hidung dan kelopak mata seorang pesakit wanita yang dihinggapi lalat ketika dirawat di sebuah hospital di sini.
Satu laporan jurnal perubatan di Kanada memberitahu, wanita itu yang dirahsiakan identitinya di masukkan ke sebuah hospital kerana sakit.
Bagaimanapun, ketika dirawat di hospital seekor lalat dipercayai hinggap di muka wanita tersebut dan telah bertelur di rongga hidungnya tanpa disedari oleh pesakit berkenaan.
"Beberapa petugas mendakwa, terlihat seekor lalat terbang di dalam sebuah wad di mana wanita itu dirawat selama beberapa hari.
"Wad berkenaan tidak mempunyai tingkap yang terbuka sekali gus menyebabkan lalat itu tidak boleh keluar," kata laporan berkenaan.
Rakaman video yang memaparkan doktor mengeluarkan ulat berengga dari mata dan hidung wanita itu kini menjadi popular di internet selepas dimuat naik beberapa hari lalu.


Nasi lemak paling popular

Posted: 01 Dec 2014 10:06 PM PST

PENGENDALIAN yang betul ketika proses pembungkusan nasi lemak dapat mengelakkan pelanggan keracunan.


LAZIMNYA, setiap cuti hujung minggu Sarah Lee gemar menghabiskan masa cuti berehat di rumah.
Bagaimanapun, pada hari tersebut, wanita berusia 27 tahun itu sanggup bangun awal semata-mata untuk berkunjung ke acara I Eat Nasi Lemak 2014.
I Eat Nasi Lemak 2014 merupakan acara yang menghimpunkan 20 penjual nasi lemak terbaik di seluruh negara anjuran FriedChillies Media Sdn. Bhd. (FriedChillies).
"Saya sanggup bangun awal hari ini, semata-mata untuk menikmati keenakan nasi lemak.
"Tambahan pula, nasi lemak sesuai dijamah pada waktu pagi sebagai sarapan," katanya yang memiliki perniagaan sendiri.
Anak kelahiran Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur itu berkata, nasi lemak merupakan menu wajib kebanyakan penduduk Malaysia pada setiap pagi.
Sebagai penggemar nasi lemak, dia tidak mahu terlepas berkunjung ke acara tersebut untuk merasai aneka pilihan nasi lemak dari seluruh negara.
"Semua orang tahu nasi lemak merupakan sarapan No. 1 di negara ini. Ia bukan sahaja menu untuk kaum Melayu, bahkan semua kaum datang untuk menikmati keenakannya," jelas Sarah yang berkunjung ke acara tersebut bersama tiga rakannya.
Teruja
Pada acara yang berlangsung di TM Convention Centre, Bangsar, Kuala Lumpur itu, dia berkesempatan merasai nasi lemak di gerai Nasi Lemak Kelana Jaya dan Nasi Lemak Royale, Alor Setar, Kedah.
Acara tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba keenakan nasi lemak di sekitar Lembah Klang malah dari seluruh negara.
"Saya sangat tertarik dengan menu nasi lemak Royale dari utara kerana ia menggabungkan nasi lemak dengan campuran kuah pelbagai lauk.
"Acara ini memberi peluang kepada penduduk di sekitar Lembah Klang merasai nasi lemak dari negeri-negeri lain di seluruh negara. Jika berkunjung ke Kedah, saya pasti akan mencari kedai nasi lemak ini," ujarnya.
Bagi salah seorang penjual nasi lemak, Phirence Tan, 32, dia sangat teruja kerana dijemput oleh FriedChillies sebagai salah seorang penjual pada hari tersebut.
Pemilik Restoran GreenLicious, Allamanda, Petaling Jaya, Selangor itu memberitahu, pada acara tersebut pihak penganjur meminta mempromosikan nasi lemak organik di restorannya.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih kami sebagai salah satu penjual nasi lemak paling popular di negara ini.
"Ia merupakan satu pengiktirafan kepada kami selepas sekian lama mencuba untuk menghasilkan menu nasi lemak yang baik untuk kesihatan ini," katanya.
Rendang tempe

sebanyak 80kg nasi lemak organik berjaya dijual pada acara I Eat Nasi Lemak 2014 baru-baru ini.


Pada acara tersebut, 80 kilogram (kg) nasi lemak organik yang dibawa oleh Tan habis dijual dalam tempoh kurang lima jam.
Menurut anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu, lauk yang menjadi kegemaran pengunjung ke gerainya pada acara tersebut ialah rendang tempe.
"Kami membawa beberapa jenis lauk pada acara ini tetapi yang paling laris ialah lauk rendang tempe.
"Kami berjaya menjual hampir 2,000 bungkus nasi lemak dengan keuntungan bersih mencecah hampir RM3,000," katanya yang membawa tiga pembantu dalam acara tersebut.
Sempena acara berkenaan, gerainya juga menawarkan nasi lemak pada harga istimewa khusus untuk pengunjung acara itu.
Di restoran, nasi lemak rendang tempe harganya ialah RM15.90, namun pada acara tersebut pengunjung boleh menikmatinya pada harga RM2 sahaja.
"Acara ini merupakan sebahagian daripada medium untuk mempromosikan nasi lemak di restoran kami.
"Sehubungan itu, kami perlu menjualnya pada harga yang lebih murah bagi memberi peluang kepada pengunjung merasainya," jelas Tan.
Berjaya
Selepas program tersebut tamat, dia mendapati jumlah pengunjung ke restorannya meningkat sekali ganda.
Selain itu, pengunjung-pengunjung tetap restorannya juga memilih untuk menikmati nasi lemak organik berbanding menu-menu lain.
"Selepas hampir sebulan acara ini berlangsung, saya dapati ramai pengunjung ke restoran memilih menu nasi lemak organik.
"Saya anggap acara ini berjaya mencapai objektifnya iaitu membantu mempromosikan nasi lemak kepada masyarakat," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai FriedChillies, Mohd. Adly Rizal berkata, I Eat Nasi Lemak 2014 merupakan kesinambungan daripada penganjuran kali pertama tahun lalu.
Disebabkan sambutan yang begitu hebat, pihaknya mengambil keputusan untuk menambah bilangan penjual nasi lemak daripada 10 kepada 20 orang.
"Tahun ini kami bawakan 20 orang penjual nasi lemak dari negeri-negeri seperti Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
"Tahun ini, acara I Eat Nasi Lemak 2014 berlangsung selama tujuh jam bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang di dewan yang lebih besar," katanya ketika di temu bual Kosmo! Antara penjual nasi lemak yang menyertai acara kali ini ialah nasi lemak Vegetarian dari Kepong, Kuala Lumpur, nasi lemak kerang (Taman Tun Dr. Ismail) dan nasi lemak paru (Taman Melur, Ampang, Selangor).

PELANCONG asing tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasi lemak.


Kesemua penjual nasi lemak pada acara tersebut dikumpul sendiri oleh FriedChillies.
"Penjual-penjual ini mempunyai tarikan tersendiri dalam menyediakan nasi lemak.
"Kami kelaskan mereka kepada lima kategori iaitu Luar Kawasan, Lauk Power, Ayam Goreng Terbaik, Unik dan Institusi," ujar Adly.
Selain menikmati nasi lemak, pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti menarik seperti Kejohanan Makan Nasi Lemak (UNLC).
Pada hari tersebut, para peserta bertanding untuk merebut gelaran Diva Division bagi peserta wanita manakala Heavyweight Division untuk peserta lelaki.
"Kami juga menganjurkan acara UNLC buat julung-julung kalinya bagi menambah keseronokan pada acara ini.
"Alhamdulillah, ia mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pengunjung," katanya sambil memaklumkan jumlah keseluruhan pengunjung pada acara tersebut lebih 15,000 orang.
Seperti tahun lalu, acara pada tahun ini dilangsungkan seperti Hari Kantin. Para Pengunjung perlu membeli kupon dan menukarnya dengan nasi lemak, lauk dan minuman.
Setiap kupon bernilai RM2 dan pengunjung boleh membelinya dalam bentuk buku kupon yang bernilai RM10.
"Kami melangsungkan acara ini seperti Hari Kantin. Ia bagi mengimbau pengalaman kita ketika berada di bangku sekolah dahulu," jelasnya.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved