ads

Ahad, 9 November 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Firman Juara AF 2014, Menang RM50,000 & Kereta Vios

Posted: 09 Nov 2014 04:33 PM PST


Firman diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2014. 
SHAH ALAM: Peserta berasal dari Sabah, Firman, 25, diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Firman atau nama sebenarnya Mhd Firman Bansir membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000, Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo, percutian ke Osaka Jepun beserta trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengetua, Datuk Hattan.
Aman berjaya menduduki tempat kedua Akademi Fantasia 2014. 

Pada pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria itu, Firman menyanyikan lagu berjudul Kejoraku Bersatu nyanyian Amy Search dan sebuah lagu baharu, Di Pintumu ciptaan Datuk M.Nasir.

Tempat kedua diungguli peserta daripada Melaka iaitu Aman atau nama sebenarnya Mohd Razman Abdul Aziz, 21, dengan membawa pulang wang tunai RM30,000, Produa Myvi 1.3, percutian ke Osaka Jepun, dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Sementara, tempat ketiga dimenangi oleh Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail, 22 dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, percutian ke Osaka Jepun serta trofi.

Manakala tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Nuha dan Adel masing-masing menerima RM15,000 dan RM10,000 berserta percutian ke Osaka Jepun dan trofi.

Sementara itu, Nuha turut dipilih memenangi anugerah khas wang tunai RM10,000 daripada D'Herbs sebagai pelajar paling banyak menunjukkan perubahan sepanjang 10 minggu AF 2014 bersiaran.

Senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Zizan Razak, Faizal Ismail dan Jihan Musa.

Selain juri tetap, Ramli MS dan Raja Azura, turut diundang sebagai pengkritik ialah Amy Search.

Selain persembahan para peserta, malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan persembahan Bunkface, Amy Search, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura dan Mas Idayu.

Zizan Nin Tegur Artis Baharu Gila 'Selfie'

Posted: 09 Nov 2014 04:31 PM PST


Zizan bersama isterinya Fazilah Hani Harun.

PETALING JAYA: Pelakon Zizan Nin agak kurang senang dengan perangai segelintir pelakon-pelakon baharu yang gemar 'berselfie' ketika berada di lokasi penggambaran.

Zizan atau nama sebenarnya, Azizan Nin, 39, berkata, tindakan tersebut menganggu kosentrasi pelakon lain serta dilihat tidak menghormati pelakon-pelakon senior yang turut terlibat dalam sesebuah penggambaran.

"Saya gembira dengan kemunculan hero-hero baru dalam industri, namun ada segelintirnya yang saya tidak suka kerana kurang fokus ketika di lokasi.

"Pelakon lain sibuk menghayati watak tetapi segelintir pelakon lain pula suka sangat berselfie. Selalunya saya akan tegur sahaja perangai begitu supaya mereka jaga tingkah laku ketika di lokasi," ujarnya kepada mStar Online.

Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemunculan ramai pelakon-pelakon baharu dalam industri seni tanah air.

Jelasnya, pelakon-pelakon baharu perlu mengambil peluang untuk menambah ilmu daripada pelakon senior ketika berada di lokasi dariapda sibuk dengan telefon masing-masing untuk merakamkan gambar-gambar selfie.

Katanya, lebih memalukan apabila mereka gagal membawakan watak dengan baik sehingga menjejaskan jadual pelakon-pelakon lain.

"Ada segelintir pelakon yang suka main-main dan tidak berdisiplin. Bagi saya tidak guna wajah yang cantik dan tampan kalau tiada disiplin.

"Mereka seolah-olah tidak malu jika berlaku kesalahan atau gagal membawakan watak dengan baik dihadapan pelakon lama," ujarnya.

Sementara itu, Zizan yang merangkul anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Filem menerusi filem Tanda Putera pada Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) Jumaat lalu tidak menjangkakan kemenangan tersebut.

Katanya, biarpun filem tersebut kurang mendapat sambutan di pawagam, namun ia mempunyai nilai sebenar dalam tranformasi filem negara.

"Saya tidak sangka akan menang kerana mereka tidak beritahu tentang pencalonan akhir dan saya datang hanya untuk beri sokongan sahaja.

"Alhamdulillah, ini merupakan kali pertama saya ke atas pentas untuk ambil anugerah," ujarnya.

Tukar nombor pendaftaran kenderaan

Posted: 09 Nov 2014 04:26 PM PST


  • Muhammad Khairul bersama dua anaknya memegang nombor pendaftaran baharu (kanan) dan nombor pendaftaran lama (kiri) sewaktu ditemui di kedai aksesori kereta.Muhammad Khairul bersama dua anaknya memegang nombor pendaftaran baharu (kanan) dan nombor pendaftaran lama (kiri) sewaktu ditemui di kedai aksesori kereta.

TEMERLOH – Cuti hujung minggu digunakan sebaik mungkin oleh pemilik kenderaan apabila ramai yang mengambil peluang menukar nombor pendaftaran kenderaan yang mematuhi saiz sebenar seperti diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Tinjauan Sinar Harian di sekitar bandar Temerloh dan Mentakab semalam menemui beberapa pemilik premis dan pemilik kenderaan yang mengakui terpaksa mengambil langkah segera menukar nombor pendaftaran bagi mengelak dikenakan saman antara RM150 hingga RM300.

Seorang kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Muhammad Khairul Mohamed Isa, 37, berkata, dia patuh dengan arahan yang dikeluarkan JPJ itu bagi mengelakkan dikenakan saman yang sia-sia.

Menurutnya, isu nombor pendaftaran kenderaan sudah heboh diperkatakan di seluruh negara dan jika tidak ditukar kepada saiz sebenar hanya mendatangkan kerugian kepadanya.

"Saya hendak balik kampung di Maran hari ini, takut juga kalau ditahan JPJ yang tengah kuat operasi sekarang, daripada rugi RM150 lebih baik saya tukar baharu hanya RM30.

"Kebanyakan kedai aksesori kereta hari ini dipenuhi pemilik kenderaan yang mahu tukar nombor pendaftaran, nasib baik banyak pilihan di bandar ini," katanya.

Seorang pemilik premis di Mentakab, Lim Sew Pek, 62, berkata, kedainya didatangi ramai pemilik kenderaan sejak awal minggu ini dan bertambah apabila cuti hujung minggu.

Menurutnya, jarang sekali orang ramai mengambil peluang menukar nombor pendaftaran seperti yang dilakukan sekarang akibat arahan JPJ.

"Biasanya orang ramai hanya mengikut sahaja saiz yang dicadangkan pemilik kedai kerana mereka tidak mahu lagi kena saman, pemilik kedai ada saiz sebenar yang ditentukan JPJ," katanya.

Sementara itu seorang pemilik kenderaan yang enggan dikenali berkata, dia mengambil keputusan menukar nombor pendaftaran memandangkan dia selalu memandu dalam jarak jauh setiap minggu.

Menurutnya, dia menukar nombor pendaftaran pada harga RM70 untuk bahagian hadapan dan belakang kenderaan yang mengikut saiz diluluskan JPJ.

Prioriti pada Hijjaz – Ariffin

Posted: 09 Nov 2014 04:15 PM PST


KUMPULAN Hijjaz bakal muncul dengan album ke-20 mereka sekitar hujung tahun ini.


BERDIRI dengan empat orang ahli, kumpulan yang memperjuangkan irama nasyid kontemporari sejak tahun 1997, Hijjaz tidak goyah apabila ada antara ahlinya, Muhammad Ariffin Abdul Rahim merakamkan album solo.
Kata Ariffin, 35, biar pun telah menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Media Asia Production (MAP) untuk menerbitkan album solonya Qiyamullail - Sebuah Alunan Zikir pada bulan Mac lalu, prioriti masih diberikan kepada kumpulannya, Hijjaz.
"Walaupun saya sudah mengikat kontrak dengan MAP, komitmen saya bersama Hijjaz tidak akan diabaikan dan seandainya ada tawaran membuat persembahan, saya akan dahulukan kumpulan ini. Walaupun perjalanan seni saya secara solo lebih kencang berbanding Hijjaz, saya tidak akan sesekali meninggalkan kumpulan Hijjaz," katanya yang ditemui pada majlis mesra media bersama artis MAP di Restoran Hadramawt, Curve, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Ariffin merupakan artis solo pertama yang menandatangani kontrak artis rakaman di bawah syarikat MAP milik Nasir Deraman sekali gus menjadi artis pertama yang mengeluarkan album sejak syarikat itu ditubuhkan hujung tahun lalu.

ARIFFIN optimis karier solonya dengan kelahiran album Qiyamullail tidak akan menjejaskan komitmennya bersama kumpulan Hijjaz.


Jelas Ariffin, album Qiyamullail - Sebuah Alunan Zikir mengandungi 13 buah trek zikir Qiyamullail, lima dilatari muzik dan selebihnya hanya zikir yang dipetik daripada hadis Rasulullah S.A.W.
"Saya sudah lama mahu mempunyai album solo dan Alhamdulillah hasrat ini tertunai apabila teman baik saya Nasir Deraman menawarkan saya untuk merakamkan album solo bersifat Islamik dan ketuhanan.
"Konsep yang saya pilih ini untuk memberikan kelainan kerana ketika ini tidak banyak album zikir diiringi muzik. Dalam album ini ada antara beberapa zikir baharu yang dilagukan mengikut lenggok dan rasa saya sendiri namun kebanyakannya daripada hadis Rasulullah S.A.W.," tambahnya yang merakamkan album itu dalam tempoh tiga hari sahaja.
Dalam pada itu, Hijjaz yang dianggotai oleh empat ahli Munif Ahmad, Mohd. Faizal Osman, Isman Nadim Isam dan Ariffin sendiri sudah bertapak lebih 17 tahun bakal mengeluarkan album terbaharu mereka yang ke-20 berjudul Selawat Nabi 2. Jelas Ariffin, album yang dalam proses adunan bunyi itu dijangka akan diterbitkan sekitar hujung tahun ini.

Muhammad ARIFFIN (dua dari kanan), Ustaz Nabil Ahmad, Pengarah Urusan MAP, Nasir Deraman, Ali'Din, Pengarah Pemasaran MAP, Ayob Abd. Majid, dan Pengarah Operasi MAP, Isman Nadim pada majlis mesra media bersama artis di Hadramawt, The Curve, Damansara,baru-baru ini.


"Album itu mengandungi 10 himpunan selawat popular yang digubah semula dan diberikan nafas baharu," tambahnya.
Selain Ariffin, MAP telah berjaya mengedarkan sembilan lagi album Islamik seperti zikir, selawat dan doa. Antaranya Satu Suara Satu Kalimah yang dianggotai oleh tujuh orang sahabat Poji, Yus, Hadee, Burn Ali, Ejoey, Sham Baro dan Luqman Hakim.
Beberapa buah album lain yang telah diterbitkan oleh MAP ialah Alunan Zikir (Ali Din), Alunan Doa dan Zikir Pagi (Nabil Ahmad), Doa Anak-Anak Soleh (Ibnu Sina) dan single pertama penyanyi baharu Emmet Azmir berjudul Ku Rela Kau Pergi.
Sementara itu, Pengarah Urusan MAP, Nasir Deraman meletakkan keyakinan tinggi terhadap perkembangan jualan album fizikal dalam pasaran muzik Islamik. Katanya, sambutan terhadap album bersifat Islamik masih cerah walaupun berdepan persaingan dengan pasaran muzik komersial dan jualan album digital.
"Lihat saja contohnya Hafiz Hamidun yang berjaya mengutip jualan album lebih 200,000 unit sejak Zikir Terapi dilancarkan dua tahun lalu, hal ini bermakna album Islamik masih mendapat tempat di hati pendengar. Alhamdulillah, kami sudah memiliki lebih 200 wakil pengedar seluruh Malaysia," ujarnya.


Berkat sabar Dayang

Posted: 09 Nov 2014 04:14 PM PST




Panggung berprestij, Dewan Filharmonik Petronas baru-baru ini menjadi saksi kepada kehebatan penyanyi bersuara lunak, Dayang Nurfaizah dalam konsert solo pertamanya sejak memulakan perjalanan seni bermula pada tahun 1996.
Bagaikan sebuah rangkuman padat jarak masa yang dilalui, konsert Dayang sempena 15 tahun perjalanan kariernya dalam bidang muzik itu sudah cukup menggambarkan jiwa dan rasa anak kelahiran bumi kenyalang itu apabila berbincang mengenai bidang seni suara. Mengakui menyimpan impian untuk mengadakan konsert secara solo, hajat penyanyi berkulit hitam manis itu tertunai sudah.
"Sudah lama saya ingin mengadakan konsert secara solo mengikut konsep dan cara persembahan saya sendiri. Akhirnya, sejak pelancaran album saya 15 tahun lalu, kini barulah berpeluang menguasai penuh pentas mengikut cara saya sendiri.
"Syukur, saya sangat berpuas hati pada konsert malam ini (Isnin lalu), peminat juga terhibur kerana saya sememangnya ingin membalas budi peminat yang selama ini menyokong penuh perjalanan karier saya," ujarnya usai konsert tersebut berlangsung.
Tampak eksklusif pada malam bersejarah tersebut, Dayang tampil yakin dengan busana bercorak permata rekaan Micheal Ong. Dendangan pertamanya menerusi lagu berjudul Erti Hidup ternyata membuatkan penonton terpegun dek keasyikan suara penyanyi yang digelar 'Beyonce Malaysia' itu.
Berjaya mengekalkan tumpuan penonton, Dayang cuba berinteraksi dengan peminat yang selama ini sentiasa memberi sokongan kepadanya. Menurut Dayang, kebanyakan penonton yang datang pada malam 3 November itu merupakan peminat yang sudah lama mengikuti perkembangannya sejak awal pembabitannya dalam bidang seni.

SUDAH mempunyai sembilan buah album, Dayang mempunyai deretan lagu popular seperti Seandainya Masih Ada Cinta dan Di Pintu Syurga.


"Saya sangat terharu apabila melihat penonton yang hadir pada malam ini. Mereka merupakan peminat yang sudah saya kenali. Walaupun konsert ini diadakan bukan pada hujung minggu, mereka tetap hadir memberi sokongan.
"Sebagai balasan kesetiaan mereka, saya melakukan persembahan ini secara santai dan memberi peluang kami berinteraksi dua hala supaya kami masing-masing gembira," katanya.
Lagu seterusnya yang menjadi santapan halwa telinga penonton ialah Hakikat Cinta. Menerusi lagu yang dimuatkan dalam album pertamanya berjudul Dayang Nurfaizah, Dayang mendedikasikan lirik romantis itu khas untuk semua petugas media yang selama ini menyokong perjalanan karier seninya.
"Pernah suatu ketika dahulu, pada awal pembabitan saya dalam industri muzik, pihak media banyak membantu terutamanya daripada segi penulisan dan mereka juga memberi semangat dengan mengatakan bahawa saya mampu pergi lebih jauh dalam industri.
"Kini, setelah 15 tahun saya mampu sampai ke tahap yang boleh dibanggakan," ujarnya penuh syukur.
Adrenalin penonton yang hadir dipacu lagi dengan beberapa lagu medley miliknya seperti Berserah Kasih, Sekali Lagi dan Coretan Cinta yang menjadi saksi pembabitan awal penyanyi itu dalam industri seni tanah air.
Anggun dan memukau dalam balutan busana rekaan Rizman Ruzaini, tanpa melengahkan masa, Dayang mengalirkan emosi indah konsert ulang tahun itu dengan seleksi lagu hit yang berjaya mengangkat namanya seperti Sedingin Mana Cintamu dan Pintaku Yang Terakhir.
Susunan melodi yang digarap oleh pengarah muzik, Jenny Chin nyata berbisa apabila berjaya memberi kelainan terhadap lagu-lagu yang disampaikan Dayang pada malam tersebut.

TERBAIK. Itu satu perkataan yang sesuai diberikan kepada konsert solo Dayang Nurfaizah.


Menurut Dayang, susunan muzik dan pemilihan lagu merupakan antara perkara paling sukar yang dilaluinya serta pemuzik iringan lain sepanjang persiapan menjayakan konsert tersebut.
"Saya sangat menitikberatkan persembahan dan cara penyampaian lagu. Perkara itu penting dalam perancangan mengenai sesebuah konsert. Dari situlah, persembahan menjadi lebih istimewa dan berbaloi dengan tiket yang dibayar penonton.
"Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan penonton memberi maklum balas yang sangat baik mengenai konsert ini. Mungkin konsert ini mampu menjadi penanda aras untuk saya menjayakan konsert yang lebih besar pada masa akan datang," katanya yang pernah menghasilkan sembilan buah album sepanjang 15 tahun menjadi penyanyi.
Perjalanan konsert diteruskan dengan rangkaian medley nyanyian asal daripada biduan dan biduanita negara seperti Allahyarham Rafeah Buang, Allahyarham Adam Ahmad dan Allahyarham Sharifah Aini. Ujar Dayang, sebagai seorang penyanyi generasi baharu, dia sangat menghormati tiga figura hebat industri hiburan tanah air itu yang telah memberi pengaruh secara tidak langsung di dalam kehidupannya.
"Saya sangat menghormati perjuangan seni mereka. Mereka merupakan insan yang menjadi inspirasi dalam kehidupan seni saya. Lagu ini diharap mampu mengembalikan memori kegemilangan insan-insan yang pernah mewarnai industri muzik suatu ketika dahulu," katanya.
Menariknya, pada konsert tersebut, Dayang turut menyampaikan lagu medley daripada beberapa penyanyi antarabangsa yang menjadi fenomena masa kini, antaranya Get Lucky daripada kumpulan Daft Punk dan Love Never Felt So Good (Micheal Jackson) serta Happy (Pharrel William).
Menandakan tirai konsert bakal ditutup, Dayang menyampaikan lagu terakhir berjudul Di Pintu Syurga yang turut tercalon dalam Anugerah Planet Muzik 2014 menerusi kategori Artis Wanita Terbaik.
Menurut Dayang, pencalonan itu disifatkan sebagai satu penghormatan besar buatnya. Lagu ciptaan oleh komposer Tam Spider dan penulis lirik, Rudy Imran juga pernah menjadi tema drama rantaian Ariana Rose di kaca televisyen telah menyemarakkan namanya.
Meninggalkan pentas tanpa mengucap selamat tinggal kepada penonton merupakan antara gimik yang direncanakan Dayang buat peminatnya. Terus lekat di kerusi, penonton semestinya tidak mahu berganjak, masing-masing belum puas dengan persembahan keseluruhan Dayang pada malam tersebut.
Sekitar 10 minit kemudian, Dayang naik ke pentas untuk menyampaikan lagu terakhirnya berjudul Seandainya Masih Ada Cinta. Lagu 'berhantu' itu sengaja disimpan sebagai senjata terakhir untuk menawan para peminatnya kerana nostalgia lagu tersebut telah memperkenalkan dan meletakkan dirinya sebaris dengan banyak artis wanita popular yang berpaksikan genre balada.
Relevan
Sementara itu, Dayang yang ditemui usai konsert ditebak mengenai relevan dirinya di dalam industri muzik kini. Tidak melatah walaupun tidak mendapat sokongan daripada majoriti peminat industri seni tempatan, bagi Dayang, dia akan terus memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan. Selagi ada peminat menghargai bakat seni yang ada di dalam dirinya, selagi itulah dia akan kekal di pentas seni suara.
"Saya tidak mempunyai masalah menghiburkan peminat walaupun di hadapan tiga orang peminat yang hadir sahaja. Bagi saya, apa yang penting ialah dapat memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan," ujarnya serius.
Berkongsi mengenai resipi kejayaannya dalam mengekalkan nama dalam industri seni, Dayang memberitahu, kesabaran merupakan hal penting untuk mengecapi kejayaan.
"Selama 15 tahun, saya bersabar untuk sampai ke tahap ini. Pelbagai suka duka terpaksa dihadapi. Mungkin sebelum ini, masa untuk menyinar masih belum tiba, tetapi penting untuk saya akan terus berusaha tanpa putus asa selagi peminat menghargai saya," katanya.
Melanjutkan perbualan, Dayang memberitahu, dia tidak pernah menyesal mengharungi pengalaman pahit manis bergelar anak seni sebaliknya pengalaman banyak mengajarnya untuk terus cekal dalam industri ini.
"Sukar untuk menggambarkan perjalanan seni saya sepanjang 15 tahun ini. Terus-terang saya katakan, saya sangat berpuas hati dengan konsert ini," ujarnya yang berhasrat mahu mengadakan konsert secara besar-besaran pada masa akan datang.


Lelaki bina trak terbalik

Posted: 09 Nov 2014 04:10 PM PST



SULLIVAN bersama trak terbalik yang dibina di bengkel miliknya di bandar Clinton, Amerika Syarikat. 


CLINTON, Amerika Syarikat – Seorang mekanik di sini mengubahsuai sebuah trak miliknya supaya ia kelihatan seperti sebuah kenderaan yang terbalik ketika dipandu.
Mekanik tersebut, Rick Sullivan berkata, dia mendapat idea untuk membina kenderaan berkenaan selepas seorang pelanggan menghantar sebuah trak yang terbalik akibat terlibat dalam satu kemalangan untuk dibaiki.
"Selepas melihat trak tersebut saya terfikir untuk membina sebuah kenderaan yang kelihatan terbalik dan boleh dipandu di jalan raya.
"Saya mengambil masa selama enam bulan dan membelanjakan hampir AS$6,000 (RM20,076) untuk membina trak istimewa ini," katanya.
Menurutnya, trak terbalik tersebut dibina daripada gabungan dua buah trak iaitu jenis Ford Ranger dan Ford F150.
"Saya berasa sangat seronok kerana setiap kali saya memandu trak ini di jalan raya ramai pemandu yang terkejut," ujarnya.


Konservasi habitat Sungai Indus

Posted: 09 Nov 2014 04:04 PM PST



POPULASI ikan lumba-lumba ini dikatakan merudum sehingga 50 peratus sejak tahun 1944.


MENURUT cerita penduduk tempatan, ikan lumba-lumba di Sungai Indus di Pakistan dipercayai berasal daripada seorang wanita yang disumpah oleh lelaki warak kerana terlupa menghidangkan makanan kepada lelaki itu.
Selepas beribu-ribu tahun ikan lumba-lumba Indus atau nama saintifiknya, Platanista gangetica berenang bebas di sungai tersebut, spesies itu berhadapan dengan ancaman kepupusan disebabkan kegiatan memancing tanpa kawalan dan empangan buatan manusia.
Dilahirkan sebagai mamalia air yang tidak agresif tetapi buta, aktivis pemuliharaan alam sedang berusaha untuk menyelamatkan ekosistem ikan yang dikenali dengan nama bhulan dalam kalangan penduduk setempat.
Namun, masalah baharu timbul apabila habitat penyu bintik hitam di sungai yang sama pula menjadi sasaran pemburu haram. Harga penyu itu meningkat kerana menjadi pilihan pengumpul haiwan unik dan pengamal perubatan tradisional.
Populasi
Ikan lumba-lumba Indus mampu membesar dengan kepanjangan sehingga 2.5 meter dan antara haiwan mamalia yang jarang ditemui di dunia.
Menurut rekod, terdapat 1,400 ikan lumba-lumba Indus yang bergelut untuk mempertahankan habitat mereka di sepanjang 1,200 kilometer (km) Sungai Indus yang berpunca dari Banjaran Himalaya. Sungai ini mengalir keluar ke Laut Arab berhampiran Karachi.
Populasi habitat ikan lumba-lumba Indus itu menurun lebih daripada 50 peratus sejak tahun 1944. Sejak itu, Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) menyenaraikan spesies itu sebagai haiwan terancam.
Walaupun buta, mamalia itu masih mampu bergerak dan mencari sumber makanan menggunakan kaedah gemalokasi. Gemalokasi ialah proses mengesan objek dengan cara mendengar dan mengenal pasti arah kebalikan bunyi.
Ikan tersebut sentiasa mengeluarkan kepala di permukaan air dipercayai untuk mencari ketenangan di sebalik bayang-bayang Bendungan Sukkur yang dibina ketika jajahan British sepanjang 470km ke utara Karachi.
Pada musim monsun, pesisiran Sungai Indus dipenuhi pengunjung untuk menyaksikan aksi ikan lumba-lumba Indus. Namun, pembinaan empangan di Sungai Indus sejak abad ke-19 bertujuan untuk mengairi kawasan pertanian telah menyebabkan ikan lumba-lumba Indus terbahagi kepada 17 habitat yang berbeza.
Kajian terkini pakar Universiti St. Andrews Britain dalam jurnalnya, PLoS One mendedahkan, 10 daripada 17 habitat ikan lumba-lumba Indus sudah pupus. Pembahagian populasi itu menunjukkan bahawa kepupusan berlaku sangat pantas.
Sungai menjadi surut setiap kali musim monsun berakhir. Ikan lumba-lumba Indus mati kerana terdampar di kolam kecil, anak sungai yang cetek, kelaparan dan menjadi sasaran pemangsa.

PENYU bintik hitam ini sering menjadi sasaran pemburu haram.


Aktiviti memancing di kawasan sekitar menyebabkan sungai menjadi keruh dan kelibat spesies yang mempunyai tona kulit merah jambu-kelabu itu mudah dikesan pemancing.
"Pukat merupakan ancaman kepada ikan lumba-lumba di sini kerana mereka mudah terperangkap. Ia amat membahayakan kerana ikan lumba-lumba perlu ke permukaan air untuk bernafas setiap satu hingga dua minit," kata Muhammad Imran Malik daripada Projek Perlindungan Ikan Lumba-Lumba bersama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).
WWF menyediakan rangkaian hubungan dalam kalangan komuniti tempatan di kedua-dua bahagian tebing Sungai Indus. Rangkaian itu mempercepatkan proses menyelamatkan ikan lumba-lumba tersebut.
"Kami sudah menganjurkan pelbagai kempen kesedaran khas untuk nelayan tempatan di sini. Usaha kami untuk membendung kepupusan habitatnya selain memelihara ekosistem sungai," katanya.
Seorang nelayan, Gajan Khas Malah yang merupakan seorang sukarelawan WWF merupakan individu yang bertanggungjawab memantau spesies tersebut.
"Beberapa tahun lalu, kami pernah ternampak seekor ikan lumba-lumba terdampar di kawasan perairan yang cetek.
"Perkara itu dimaklumkan kepada pihak WWF dan mereka berjaya menyelamatkan haiwan itu," katanya.
Ketika WWF dan agensi berkaitan di Pakistan berjuang menyelamatkan spesies ikan lumba, ekosistem Sungai Indus diancam kumpulan penyeludup yang memburu penyu hitam berbintik.
Penyu itu diseludup secara haram ke China dan Thailand.
"Wujud permintaan yang tinggi terhadap spesies penyu ini dalam pasaran. Ia sering dijadikan sebagai haiwan peliharaan kerana mempunyai tompokan putih dan kuning," kata Penyelaras Projek WWF, Uzma Noureen di pusat perlindungan, pemuliharaan dan menyelamat penyu.
Kira-kira 200 penyu disenaraikan sebagai hampir pupus oleh IUCN yang diseludup dari Pakistan hingga Taxkorgan ke Xinjiang China sejak bulan Jun lalu.
Misi menyelamat
Pegawai Pakistan melalui jalan darat untuk membawa pulang kesemua penyu itu dan ditempatkan di pusat perlindungan di Sukkur.
"Misi menyelamat ini umpama kami membawa pulang kapal dan terpaksa bertarung dengan lanun. Sekarang kami akan membebaskan mereka di habitat semula jadi. Ia pencapaian yang amat membanggakan," kata Ketua Jabatan Hidupan liar Sindh, Javed Mahar.
Pihak kastam Pakistan mengesan dua kiriman melibatkan ratusan penyu terkawal dibawa keluar melalui lapangan terbang Karachi.
"Kami melihat permintaan terhadap penyu ini semakin tinggi di Thailand dan China," kata pakar penyelidik IUCN, Ghulam Qadir Shah.
Seekor penyu mampu mencecah sehingga RM5,348. Bagaimanapun, harga boleh meningkat mengikut kualiti dan kecantikan penyu. Selain menjadi haiwan peliharaan, pengamal perubatan tradisional percaya darah dan daging penyu mampu mengubati penyakit tertentu.
Shah menegaskan, pihak berkuasa Pakistan tidak mampu bergerak sendirian dalam membanteras penyeludupan itu sebaliknya memerlukan kerjasama daripada negara-negara terbabit.
"Kami tidak akan berhenti menentang penyeludupan penyu ini," katanya lagi.


Video Klip Remaja Perempuan Bergaduh Jadi Viral Terbaharu

Posted: 09 Nov 2014 12:46 AM PST



PETALING JAYA: Video klip kes buli terbaharu melibatkan remaja perempuan menjadi viral selepas dimuat naik di laman Youtube, awal minggu ini.

Video klip berdurasi enam minit tiga saat itu menunjukkan sekumpulan remaja perempuan lebih kurang lima orang memukul seorang remaja di kawasan tandas awam.
Pada masa sama, seorang lagi rakan mereka bertindak merakamkan kejadian yang dipercayai berlaku di Kelantan berdasarkan dialek mereka.
Mangsa hanya berdiam diri ketika rambutnya ditarik, malah turut ditampar, disepak dan dibelasah menggunakan lutut sehingga terjatuh.
Aksi buli yang bermula di dalam tandas dipercayai tandas awam itu berlarutan hingga ke luar.

Berdasarkan perbualan yang dirakam itu, kumpulan terbabit bengang dengan remaja yang berusia 16 tahun  itu kerana dikatakan 'bermulut jahat'.
Selepas dipukul dan diherdik kerana tidak berpuas hati dengan kelakuan remaja itu, video itu berakhir dengan kumpulan remaja berkenaan tanpa perasaan kasihan menyuruh remaja itu pulang.

Kebelakangan ini, video kes buli yang dimuat naik ke laman sosial seperti menjadi satu trend terkini.

Sebelum ini, dua rakaman video kes buli membabitkan pelajar di dua buah sekolah turut tersebar.

Berikutan kes itu, polis telah mengenal pasti kes buli itu berlaku di asrama sebuah sekolah di Pontian pada 2010, manakala satu lagi berlaku pada Mei lalu di sekolah anak yatim di Kangar, Perlis.

Suspek utama yang berlaku di Pontian itu telah dibuang sekolah pada 2011, manakala polis berjaya menahan enam suspek berusia 13-15 tahun bagi kes di Kangar.

Kes itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved