Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Elly Mazlien Selamat Bergelar Isteri Azmi Hatta
- Sharifah Amani Yakin Industri Filem Tempatan Belum 'Mati'
- Pembunuhan Ngeri Di Penang Jadi Bualan Utama
- Wanita Saudi Dibenar Memandu Jika Tak Mekap
- Pelakon cilik Puteri Balqis, pecah rekod
- Zalif Sidek kena samun!
- Bigfoot mengganas
- Penangan hero sihir
- Suspek mengaku bunuh pelajar
- Lelaki makan muka, biji mata teman wanita
- Banjir selepas hujan 15 minit
- 12 sekeluarga terperangkap banjir
- Air pasang hingga 3.6 meter
- Guru diingat usah cepat puas hati
- Enaknya bepang pulut
- Ketupat daun tebu Zulkefli lebih sedap
- Belajar piano melalui laman You Tube
- 859 kereta cermin gelap diberi notis advokasi
- Misteri ternakan hilang terjawab
- Tiga pelajar parah, kotak tiba-tiba meletup
- Elak jodoh dengan rakan artis – Zara
- Sudut pandang Erma, Khir
- Saya bukan berhenti menyanyi – Nomad
- De Meises lebih popular di Malaysia
- CGI berkesan dalam Man Rider
Elly Mazlien Selamat Bergelar Isteri Azmi Hatta Posted: 08 Nov 2014 10:10 PM PST | |||||
Sharifah Amani Yakin Industri Filem Tempatan Belum 'Mati' Posted: 08 Nov 2014 07:09 PM PST | |||||
Pembunuhan Ngeri Di Penang Jadi Bualan Utama Posted: 08 Nov 2014 07:07 PM PST | |||||
Wanita Saudi Dibenar Memandu Jika Tak Mekap Posted: 08 Nov 2014 07:04 PM PST | |||||
Pelakon cilik Puteri Balqis, pecah rekod Posted: 08 Nov 2014 07:01 PM PST
PELAKON cilik berbakat besar, Puteri Balqis Azizi memecah rekod apabila berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Balqis di Anugerah Skrin 2014 (ASK2014), kelmarin. Kemenangan itu sekali gus memperlihatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun ini menjadi pelakon wanita termuda yang memenangi kategori berkenaan dan menewaskan nama besar dalam kategori tersebut iaitu Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin. Untuk rekod, Datin Paduka Umie Aida membawa pulang trofi berkenaan menerusi drama Aku Bukan Malaikat, tahun lalu. Sebelum ini, Balqis pernah memenangi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin ke-16 (2012) menerusi drama Pelarian. Di temui sebaik menerima trofi terbabit, Balqis yang selesa membahasakan dirinya dengan panggilan Aqish mengakui terkejut sebaik diumumkan sebagai pemenang. "Ini merupakan kali kedua Aqish tercalon dalam kategori ini, kali pertama tahun lalu. Tapi tak sangka Aqish akan menang tahun ini. "Aqish memang rasa gembira, teruja dan terkejut dengan kemenangan ini. Aqish nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa Aqish, mama Eirma Fatima yang banyak memberi Aqish tunjuk ajar untuk menghayati watak ini. "Apa pun, Aqish berlakon bukan kerana nak menang anugerah, tapi Aqish berlakon kerana Aqish mahu penonton fahami dengan lakonan Aqish," katanya kepada media. Mengakui drama Balqis terbitan Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd itu diolah berdasarkan kisah hidupnya, anak kepada pasangan Azizi Aziz @ Adziz dan Norashikin Mohd Aziz ini mendedahkan drama tersebut tetap mencabar buatnya. "Boleh dikatakan, 90 peratus perjalanan cerita tersebut diolah dari kisah hidup Aqish, tapi ada jugalah yang ditambah. "Jadi agak mudah untuk Aqish menghayati watak Balqis itu dengan bantuan mama Eirma, tapi apa pun drama itu tetap mencabar kerana Aqish kena faham dengan karakter, minum banyak air dan masuk dengan karakter itu sebelum memulakan penggambaran," katanya yang mengimpikan untuk membawakan karakter kanak-kanak dirasuk selepas ini. | |||||
Posted: 08 Nov 2014 07:00 PM PST
TAHUN ini agak malang bagi segelintir selebriti tempatan apabila mereka menjadi mangsa samun golongan tidak bertanggungjawab. Selain Noryn Aziz, Eja dan pengarah Mamat Khalid, pelakon kelahiran Metrowealth International Group (MIG), Zalif Sidek juga tidak terkecuali menjadi mangsa. Disamun ketika berada di pusat membeli-belah The Curve, Damansara malam Rabu lalu, bintang filem Papa I Love U ini kerugian hampir RM1,000. Zalif sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan ini merupakan kali pertama dia berhadapan kejadian malang itu. "Saya agak trauma dengan kejadian tersebut. Ia merupakan pengajaran kepada saya supaya lebih berhati-hati selepas ini. "Malah saya juga ingatkan rakan artis supaya berwaspada dengan sesiapa sahaja yang mahu mendekati mereka, bimbang akan mengalami nasib yang sama seperti saya," katanya. Mengimbau kejadian tersebut, Zalif memberitahu, selepas mengeluarkan wang di sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di pusat membeli-belah tersebut, dia perasan seperti diekori seseorang. "Sewaktu saya masuk ke sebuah butik, ada individu menyapa saya dan meminta bergambar bersama. Saya sangka dia hanyalah peminat biasa. Tetapi ketika mahu membayar, barulah saya sedar dompet saya telah hilang," katanya. | |||||
Posted: 08 Nov 2014 06:57 PM PST BIGFOOT yang bermaksud kaki besar adalah makhluk misteri bersaiz gergasi yang masih di bawah kajian dan penyelidikan sehingga kini. Dikatakan makhluk tersebut masih hidup dan menetap di kawasan pergunungan salji antaranya di Amerika Syarikat dan gunung Himalaya China malah sesetengah pihak percaya makhluk ini boleh didapati di seluruh dunia. Ramai yang mendakwa telah terserempak dengan Bigfoot dan mengatakan makhluk itu bertubuh besar, memiliki gigi yang besar, mata berwarna merah, bulunya berwarna perang gelap atau merah kehitaman dan meliputi seluruh badan. Sesetengah saksi juga melihat makhluk berbulu seperti seekor gorila dan mempunyai ketinggian 7 hingga 8 kaki. Bigfoot dikatakan tidak menyerang manusia atau mengganggu manusia sebaliknya akan melarikan diri jika terserempak dengan manusia malah sering berpindah kawasan sekiranya kewujudannya disedari oleh manusia. Ia hanya makan pucuk kayu muda dan akan menggosokkan badannya pada batang pokok untuk menghilang kegatalan pada tubuh. Begitulah serba sedikit mengenai sejarah Bigfoot yang menjadi tunjang utama kepada perjalanan filem terbaru arahan Eduardo Sanchez, iaitu Exists. Filem yang menampilkan barisan muka-muka baru seperti Dora Madison Burge, Brian Steele, Samuel Davis, dan Chris Osborn ini mengisahkan adik-beradik, Brian dan Matt Tover yang telah mencuri kunci kabin milik pak cik mereka yang terletak di Timur Texas. Mereka juga telah mengajak beberapa rakan lain untuk mengadakan parti pada hujung minggu. Namun dalam perjalanan mereka telah melanggar haiwan misteri yang tanpa mereka sedari merupakan seekor Bigfoot atau juga dikenali dengan nama Sasquatch. Sebaik tiba di kabin, mereka telah diekori oleh Bigfoot tersebut, sehingga menakutkan rakan yang lain. Menyedari keselamatan mereka terancam, mereka mengambil keputusan untuk pulang pada keesokannya. Namun mereka harus memikirkan jalan lain untuk pulang setelah kereta mereka dirosakkan dan sekali gus membuatkan mereka terkandas di situ. Plot ringkas Secara keseluruhannya, apa yang boleh penulis katakan, plot filem ini bergerak ringkas, pendek kata, dalam masa 10 minit, penonton sudah dikejutkan dengan babak pelanggaran. Biarpun kisah Bigfoot yang kita sering dengar membuatkan kita terfikir haiwan ini tidak akan keluar mendekati manusia, namun Sanchez telah mengubahnya. Dek kerana Matt telah melanggar Bigfoot tersebut, ia seolah-olah berdendam dengan lima sekawan ini dan mula menyerang seorang demi seorang. Meskipun perjalanan cerita boleh di agak, namun ia tidak sedikit pun mengganggu mood penonton untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya dan seterusnya. Turut menggunakan teknik 'found footage' atau penggambaran secara langsung membuatkan anda yang tidak biasa mungkin berasa sedikit pening dengan kamera yang bergoyang-goyang. Begitu juga dengan pencahayaan filem ini yang agak terbatas dan membuatkan anda terpaksa membuka mata seluas mungkin tatkala tiba pada babak yang gelap. Gandingan baru Selain itu, dari sudut lakonan pula, biarpun masih baru, namun penulis puji mereka kerana memberi keberkesanan lakonan yang baik. Bila tiba babak menakutkan, mereka berjaya mengemudi tanpa perlu pekikan yang berlebihan. Malah keserasian anda setiap pelakon tampak realiti, tanpa di buat-buat hanya kerana tuntutan tugas dan watak semata-mata. Dan keseluruhannya, walaupun tampak seperti sebuah filem berbajet kecil, namun ia tetap mempunyai keistimewaan tersendiri. Bagi anda yang ingin mengetahui nasib lima sekawan ini, jangan lupa untuk menyaksikan filem Exists, di pawagam. | |||||
Posted: 08 Nov 2014 06:55 PM PST
POPULARITI Daniel Radcliffe atau lebih mesra disapa sebagai Dan meningkat dek peranannya sebagai hero sihir JK Rowling menerusi lapan filem Harry Potter yang kesemuanya mencatat kutipan pecah panggung. Selepas tamat filem berkenaan. pemilik nama Daniel Jacob Radcliffe ini meluangkan lebih banyak masa memikirkan bagaimana filem itu telah mengubah kehidupannya sejak dia mula berlakon dalam siri filem berkenaan ketika berusia 11 tahun. "Ia adalah pengalaman yang paling menarik dan mengagumkan dalam hidup saya. Setiap peluang yang datang dalam hidup saya disebabkan oleh lakonan saya itu dan saya amat bersyukur dapat berlakon dalam siri filem ini," katanya. Dan kini terus bergiat aktif dalam bidang lakonan sehingga kini dan dijangka tampil dengan tiga filem termasuk Trainwreck, Victor Frankenstein dan Now You See Me: Now You Don't. Persoalannya sekarang ialah apakah filem Harry Porter memang benar-benar sudah berakhir kerana baru-baru ini, Rowling memberitahu dia ada menulis kesinambungan kisah berkenaan yang menceritakan kehidupan tiga karakter utama dalam Harry Potter saat mereka sudah berusia 30 tahun. Mengenai kemungkinan akan ditawarkan kembali watak berkenaan, Dan menjawab: "Sepertinya tidak (bermain sebagai Harry Potter). Apa yang saya faham ia adalah cerita yang sangat pendek dan saya tidak yakin ia akan diadaptasi ke filem. "Malah, watak Harry itu juga digambarkan lebih 12 tahun tua dari usia saya sekarang," katanya yang turut memiliki kebolehan menyanyi. Pelakon The Woman in Black ini mengakui suka menghafal lirik lagu rap sekali gus menyanyikannya. "Saya sangat obses dengan lirik lagu yang rumit dan cepat. Ia macam penyakit. "Saya sangat menyukai penyanyi rap, Eminem dan Plan B," katanya kepada Jimmy Fallon menerusi rancangan The Tonight Show. Pakai tanduk? Tinggalkan seketika watak hero sihirnya itu, aktor berusia 25 tahun ini bakal muncul dalam filem seram, Horns arahan Alexander Aja. Selain Dan, filem adaptasi novel berjudul sama dari karya Joe Hill ini turut menampilkan pelakon berbakat besar seperti Max Minghella, Joe Anderson, Juno Temple, Kelli Garner, James Remar, Kathleen Quinlan dan Heather Graham. Membawa watak sebagai Ignatius Ig Perrish, memerlukan Dan tampil dalam keadaan bertanduk sekali gus membuatkannya dirinya cukup teruja sehingga berjaya menimbulkan perasaan 'teransang'. Bagaimanapun, 'teransang' yang dimaksudkan bukanlah membawa maksud kepada perkara negatif sebaliknya, Dan cukup suka dengan tanduk yang dipakainya itu. "Saya sangat horny dalam filem ini. Saya fikir tanduk itu membuatkan penampilan saya sangat menarik. Mungkin ini akan menjadi satu trend baharu?" katanya. Bukan itu saja, penampilannya itu turut disukai oleh teman wanitanya yang juga aktres, Erin Drake. Horns mengisahkan seorang lelaki yang bernama Ig Perrish yang telah dituduh terlibat dalam kes rogol dan pembunuhan teman wanitanya Merrin Williams. Dengan kebolehan paranormal yang baharu ditemui dan dihadapinya, dirinya nekad untuk mencari siapakah pembunuh sebenar. Apakah yang terjadi? Nantikannya di pawagam mulai 13 November ini. | |||||
Posted: 08 Nov 2014 06:53 PM PST
BANDARAYA MEXICO - Suspek kes culik 43 pelajar di Mexico mengaku membunuh sebelum membakar mayat mangsa. Dua ahli kumpulan Guerreros Unidos membuat pengakuan itu kepada polis dan memberitahu sebelum dibunuh, mangsa dibawa ke sebuah tapak pelupusan sampah menggunakan trak, kata Pendakwa Raya, Jesus Murillo Karam. Menurut Murillo Karam, suspek membakar mangsa menggunakan tayar selama 14 jam, sehingga menjadi abu. "Suspek turut menghancurkan cebisan mayat mangsa dan membuangnya ke dalam sungai. Mereka juga tidak tahu jumlah sebenar pelajar yang dibunuh. "Namun salah seorang suspek memberitahu jumlah pelajar yang diserahkan kepada mereka melebihi 40 orang," kata Murillo Karam ketika membuat pengumuman itu di hadapan keluarga mangsa di Chilpancingo, semalam. Sebelum pengumuman itu dibuat, ahli keluarga mangsa enggan menerima berita kematian pelajar terbabit sehingga mendapat keputusan rasmi daripada pakar forensik Argentina. Sebelum ini, pihak berkuasa menemui beberapa mayat dalam kubur besar di selatan Mexico. Lubang kubur itu ditemui di sebuah bukit di luar Iguala, bandar di mana pelajar dari kolej latihan guru Chilpancingo dilihat untuk kali terakhir dan saksi menyatakan polis tempatan membawa beberapa pelajar berkenaan ke kawasan tersebut. | |||||
Lelaki makan muka, biji mata teman wanita Posted: 08 Nov 2014 06:52 PM PST
LONDON - ENGLAND. Seorang lelaki menggemparkan penduduk Britain apabila membunuh kemudian memakan muka serta biji mata teman wanitanya dalam satu kejadian di Cardiff, semalam. Suspek dikenali sebagai Matthew Williams, 34, membunuh mangsa di sebuah asrama yang menempatkan golongan gelandangan di Argoed, 34 kilometer di utara Cardiff. Memetik laporan Mirror, perbuatan suspek disedari oleh pengawal keselamatan asrama terbabit apabila melakukan pemeriksaan mengejut pada bilik hotel suspek. Pihak polis segera bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada kakitangan asrama tersebut dan mematahkan serangan Williams menggunakan senjata renjatan elektrik. Bagaimanapun, suspek tidak memberi sebarang tindak balas selepas ditangkap. Pihak paramedik yang tiba memberitahu suspek mati selepas terkena renjatan elektrik oleh pihak polis. Difahamkan, Williams memiliki rekod jenayah dan baru sahaja dilepaskan dari penjara dua minggu lalu gara-gara menyerang teman wanitanya. Kejadian itu hampir sama dengan serangan ke atas seorang warga emas di Miami, Amerika Syarikat dua tahun lalu. Dalam serangan itu, Ronald Popo, 65, kehilangan hampir tiga suku wajahnya kerana dimakan penyerang berbogel, Rudi Eugene. | |||||
Posted: 08 Nov 2014 06:45 PM PST
ALOR SETAR - Sebanyak 35 keluarga di Taman Permai Baru di Jalan Langgar, dekat sini merayu pihak berkuasa tempatan supaya (PBT) dapat mengatasi masalah banjir yang berlaku setiap kali hujan. Penduduk mendakwa, pelbagai usaha telah dibuat bagi mengatasi masalah itu, tetapi tidak berjaya. Rosita Suhaimi, 48, berkata, sejak beberapa taman bersebelahan kediaman itu dibina, penduduk mula berhadapan masalah banjir. Katanya, jika hujan lebat dalam masa 15 minit sahaja, air parit akan melimpah dan akan terus masuk ke dalam rumah mereka. Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, rata-rata penduduk menaik taraf rumah mereka dengan membina benteng di luar rumah supaya air dari parit tidak masuk ke rumah. Rosni Yahya, 53, pula berkata, masalah itu pernah diadukan kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan pihak berkenaan telah menyerahkan pam air untuk digunakan sekiranya berlaku banjir di kawasan itu. Bagaimanapun, pam itu tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Masalah bertambah serius jika air parit yang sudah lama bertakung melimpah naik hingga menyebabkan bau busuk. "Perkara ini sudah berlarutan hampir lima tahun dan kami merayu pihak berkenaan pantau punca masalah banjir itu," katanya. Sementara itu, Adun Derga, Tan Kok Yew ketika dihubungi berkata, selepas pembinaan parit di kawasan itu, pihaknya sudah tidak menerima sebarang aduan penduduk. Bagaimanapun, beliau akan turun meninjau dan membawa masalah itu kepada PBT bagi tindakan lanjut. | |||||
12 sekeluarga terperangkap banjir Posted: 08 Nov 2014 06:42 PM PST
REMBAU – 12 sekeluarga di dua lokasi di kawasan Pekan Pedas dan Batu 2, Pedas Tengah, termasuk seorang warga emas berusia 66 tahun diselamatkan pasukan penyelamat dalam kejadian banjir kilat di kawasan berkenaan, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, turut terjejas dan dinaiki air ialah Balai Polis Pedas serta kuartersnya membabitkan enam buah keluarga dan Masjid Lama Batu 17, Chembong serta kawasan sekitarnya. Menurut mangsa, Ajijah Satan, 66, sejak dari lewat petang lagi dia sudah mulai risau apabila melihat air sungai mulai melimpah dan menghampiri kawasan kediaman mereka sekeluarga di Batu 2, Pedas Tengah. "Bagaimanapun, uwan susah nak bergerak kerana berkerusi roda dan kami tunggu bantuan untuk redah arus deras. Bila pasukan penyelamat tiba sekitar jam 8.00 malam, uwan rasa sangat lega walaupun cemas dikendong merempuh arus deras. "Ini merupakan pengalaman pertama uwan redah banjir dan mujurlah anak serta cucu uwan juga sudah selamat menyeberangi laluan yang dinaiki air dengan bantuan pasukan penyelamat," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, semalam. Bagi enam sekeluarga di Pekan Pedas, mereka segera menghubungi bomba sebaik menyedari bahagian rumah bawah yang menempatkan dapur mulai dinaiki air. Menurut Siti Misnani Bakhtiar, 25, ketika kejadian mereka sekeluarga menonton televisyen dan terkejut apabila air naik dengan begitu cepat serta segera menghubungi bomba. "Kami hanya sempat selamatkan dokumen penting sahaja, manakala barangan lain terutamanya di bahagian dapur sudah hampir ditenggelami air. Semasa menunggu bantuan penyelamat sampai, kami berdoa supaya selamat lebih-lebih lagi saya mempunyai dua anak yang masih kecil berusia dua dan empat tahun. "Semasa mengharungi arus deras menggunakan tali, saya hampir ingin terlucut tali berkenaan, namun mujurlah pasukan penyelamat berada di belakang saya serta memegang saya daripada hanyut dibawa arus deras," katanya. Susulan insiden berkenaan, sepasukan enam anggota bomba diketuai Pegawai Bomba, Abdul Halil Abdul Malek dikejarkan ke lokasi kejadian dan menggunakan tali sejauh kira-kira 80 meter bagi menyelamatkan keluarga yang terperangkap di dalam rumah. Menurutnya, selain lokasi berkenaan bomba dan juga polis turut membantu mengeluarkan enam sekeluarga di Batu 2, Pedas Tengah. Manakala, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, sekitar jam 5.45 petang, air sungai sudah mulai melimpah masuk ke kawasan Balai Polis Pedas sehingga menyebabkan beberapa buah kereta anggota hampir ditenggelami air. "Malah, kediaman bagi enam buah keluarga yang tinggal di berek Balai Polis Pedas juga dinaiki air dan kejadian ini kali pertama berlaku di kawasan ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Rembau, Zaidi Johari berkata, pihaknya kini mengarahkan kesemua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk sentiasa berjaga-jaga bagi memantau keadaan bencana di penempatan masing-masing. "Malah, kita sudah arahkan mereka untuk mengenal pasti lokasi selamat untuk menempatkan mangsa banjir sekiranya berlaku kejadian banjir. Seperti hari ini, kita menempatkan enam sekeluarga di pekan Pedas di Balai Raya Pedas. "Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga akan membantu mangsa banjir selama tiga hari dari segi penyaluran makanan dan keperluan lain seperti lampin pakai buang dan selimut," katanya. | |||||
Posted: 08 Nov 2014 06:40 PM PST
KUANTAN - Sungai Pahang dijangka mengalami air pasang sehingga 3.6 meter dalam tempoh musim tengkujuh tahun ini. Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah Kuantan 2014 yang dimuat naik melalui Facebook Jabatan itu, memaklumkan air pasang bermula Oktober lepas iaitu 3 hingga 3.2 meter dalam tempoh 9 hingga 31 Oktober. Bagi bulan ini, ketinggian air pasang pada 5 hingga 13 November dijangka setinggi 3.2 hingga 3.4 meter dan ketinggian meningkat kepada 3.5 meter pada 22 hingga 29 November. Mesyuarat itu turut memaklumkan, paras sungai lebih tinggi berikutan air pasang dijangka lebih besar pada Disember dengan ketinggian mencapai sehingga 3.6 meter sekitar 20 hingga 28 Disember. Difahamkan, hingga Ogos lepas, jumlah hujan yang turun sebanyak 971.8 milimeter iaitu 35 peratus berbanding purata tahunan dan menunjukkan masih berbaki sebanyak 65 peratus. Bagaimanapun, bagi September lepas, tiada air pasang tinggi. Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Pahang mengalami ribut petir di satu dua tempat dan hujan di satu dua tempat di kawasan pantai bermula semalam hingga Jumaat ini. Di Cameron Highlands, diramalkan berlaku ribut petir pada waktu petang dan suhu minimum 16 darjah Celsius dan maksimum 24 darjah Celsius. Khamis ini pula diramalkan air pasang sehingga 2.91 meter pada lewat tengah malam di perairan Pulau Tioman. Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini memaklumkan, musim Monsun Timur 2014/2015 di Pahang dijangka bermula pada minggu kedua November depan dan berakhir pada minggu kedua Mac tahun depan. Hujan lebat monsun yang pertama dijangka berlaku pada minggu ketiga hingga keempat November depan dan tempoh air pasang besar dijangka berlaku pada 24 November jam 11.08 malam manakala pada 25 November air dijangka pasang pada jam 11.53 malam dan jam 12.38 pada 27 November. | |||||
Guru diingat usah cepat puas hati Posted: 08 Nov 2014 06:39 PM PST
KUANTAN - Guru yang kreatif dan banyak melakukan inovasi dapat membantu perkembangan emosi kanak-kanak sama ada di dalam atau di luar kelas. Pengarah Bahagian Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional, Tukimin Sarlan berkata, pencapaian berkenaan bagaimanapun tidak boleh menjadi faktor guru cepat berpuas hati dengan pencapaian yang dicapai. Menurutnya, usaha berterusan perlu untuk meningkatkan kemampuan diri dan menjadi pendidik yang lebih kreatif dalam usaha mengembangkan bakat kanak-kanak dan menyemai nilai murni golongan itu. "Mereka ada cara dan gaya yang lebih teratur jika diasuh dan ini membuktikan kanak-kanak sebenarnya bijak, tetapi memerlukan pendidikan dan asuhan berterusan terutama oleh ibu bapa ketika di rumah," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Peringkat Negeri Pahang 2014 di sini, semalam. Beliau berkata, atas kesedaran pembangunan pesat di negara ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) turut berusaha membangunkan pendidikannya khusus dalam pendidikan pra-sekolah. "Saya ingin yakinkan ibu bapa supaya terus memberi sokongan kepada pra-sekolah JPNIN yang kini semakin maju dalam pendidikannya," katanya. Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya turut menerapkan ilmu agama yang kukuh ketika usia kanak-kanak bagi mengelakkan mereka terjerumus dengan gejala negatif pada masa akan datang. Pada majlis sama, Tukimin menyampaikan hadiah kepada pemenang Inovasi dan Projek Tunas Wawasan Kanak-kanak. Program pintar kreatif bertujuan mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan dan bidang selain mengetengahkan kebolehan sedia ada guru dan kanak-kanak dari seluruh Pahang di bawah JPNIN. | |||||
Posted: 08 Nov 2014 06:37 PM PST
MARANG – Terengganu yang sememangnya sinonim dengan industri pembuatan kuih tradisional pastinya tidak lengkap sekiranya pelancong datang ke negeri ini tidak membawa pulang kuih tradisional sebagai ole-ole. Begitu juga dengan dengan kuih bepang pulut yang sering dijadikan sebagai makanan ringan masyarakat tempatan dan keenakan rasa bepang pulut pula terletak pada bahan yang menggunakan beras pulut, nisan dan garam. Menyedari tidak ramai pengusaha kuih tradisional mengusahakan industri bepang pulut, sepasang suami isteri menjalankan perusahaan tersebut sejak 20 tahun lalu di sebuah bengkel yang terletak di Kampung Surau Panjang, Bukit Payong dekat sini. Mereka dibantu beberapa pekerja wanita tempatan. Salah seorang pembantunya, Meriam Othman, 48, berkata, biarpun penghasilan bepang pulut nampak mudah namun ia masih memerlukan kecekapan dan penelitian untuk memastikan produk keluaran mereka berkualiti. "Mungkin kalau orang lihat pembuatannya mudah kerana beras pulut dijemur hanya perlu dimasak bersama nisan dan bahan yang dimasak itu tidak boleh terlalu lama kerana dikhuatiri hangus. "Selepas dimasak, teknik potong juga perlu betul dan selari agar bentuk bepang pulut nampak menarik dan kemas," katanya. Malah Sinar Harian difahamkan permintaan kuih tradisional ini terus meningkat menjelang cuti sekolah pada akhir November ini apabila tempahan banyak diterima daripada mereka yang hendak mengadakan majlis perkahwinan. Meriam berkata, sebungkus bepang pulut mempunyai tiga biji yang dijual dengan harga 50 sen dan RM1 bagi bungkusan yang besar dan ia bukan sahaja disukai orang Melayu malah kaum Cina dan India kerana rasanya enak. Malah makanan kudapan ini juga boleh dibawa pulang pelancong sebagai cenderamata, selain ia juga mampu bertahan lebih seminggu selepas dibungkus. | |||||
Ketupat daun tebu Zulkefli lebih sedap Posted: 08 Nov 2014 06:35 PM PST
KEBIASAANNYA apabila ada kenduri atau tibanya Aidilfitri, pembuat ketupat daun palas di negeri ini perlu bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Namun pengorbanan itu amat berbaloi apabila peniaga meraih rezeki berganda. Antara yang tersenyum lebar apabila tibanya musim itu ialah Zulkefli Razak, 26, dari Maras, Batu Rakit di sini. Ketika itu, dia sekeluarga tidak menang tangan membuka daun palas dan membungkus ketupat kerana tempahan meningkat berganda-ganda. Lebih hebat, Zulkefli kini berjaya mempopularkan ketupat daun tebu yang dikatakan rasanya lebih enak berbanding ketupat daun palas masih digemari ramai. Membuka rahsia bagaimana timbulnya idea menghasilkan ketupat menggunakan daun tebu, Zulkifli berkata, idea itu tercetus apabila ibunya Chik Ghani, 51, terima banyak tempahan ketupat daun pada musim perayaan. "Ketika itu kami menghadapi masalah kekurangan daun palas untuk membungkus ketupat. Setelah berbincang bersama keluarga timbul idea untuk cuba menggunakan daun tebu sebagai pembalut ketupat menggantikan daun palas. "Percubaan 10 tahun lalu itu bukan sahaja berjaya tetapi kami tidak sangka rasa ketupat juga lebih sedap," katanya. Sejak itu kata Zulkefli, ketupat daun tebu yang dihasilkan mula menjadi bualan ramai, sehingga tempahan dari pelanggan makin bertambah dari hari ke hari. "Malah kadangkala kami menerima tempahan ketupat daun tebu lebih banyak daripada daun palas. "Sekarang selain tempahan di terima dari rumah.. kami juga menjualnya di Pasar Tani Mega Padang Hiliran," katanya. Ketika ditanya mengenai resipi ketupat daun tebu itu pula, Zulkefli berkata, ia lebih kurang sama dengan pembuatan ketupat daun palas. Menurutnya, sebanyak 15 kilogram beras pulut direndam selama 5 hingga 6 jam manakala santan daripada 15 biji kelapa diperlukan. Daun tebu segar pula digunakan sebagai pembungkus ketupat manakala daun palas dijadikan tali untuk mengikat ketupat. "Kita perlu mengukus pulut terlebih dahulu dan dalam masa sama memasak santan sehingga pekat. "Kedua-dua bahan itu akan dicampur bersama. Setelah dicampur biarkan ia sejuk...apabila pulut sejuk, kita boleh mula membungkus ketupat dengan daun tebu," katanya. Menurutnya, setelah dibungkus ketupat kemudiannya diikat dengan menggunakan daun palas dan dikukus sekitar 20 minit atau sehingga daun tebu bertukar warna menjadi lebih pudar atau layu," katanya kepada Sinar Harian. Zulkefli berkata, daun tebu yang digunakan perlu dipastikan hanya yang segar dan ketupat daun tebu lebih sedap dimakan panas. | |||||
Belajar piano melalui laman You Tube Posted: 08 Nov 2014 06:33 PM PST
KUALA KRAI - Tanpa disangka-sangka, dengan hanya mempelajari piano melalui laman sosial 'You Tube', seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai berjaya mengharumkan nama sekolah. Harith Haikal Kamaruzaman, 14 bergabung dengan rakannya, Muhammad Syabil Shariffudin, 14 yang bermain alto saksofon berjaya mendapat tempat kedua pada Pertandingan Muzikal MRSM Se-Malaysia setelah menang dalam kategori solo, duo. Walaupun kedua-dua pelajar ini amat meminati instrumen muzik tetapi mereka hanya menjadikannya sebagai hobi masa lapang kerana hasrat utama adalah belajar sehingga ke peringkat tertinggi. Harith Haikal yang merupakan anak kepada seorang doktor dari Pengkalan Chepa sentiasa menggunakan piano yang dibeli oleh ibu bapanya pada masa lapang. Katanya, bagi memahirkan diri dengan satu-satu lagu, dia akan mempelajarinya melalui You Tube kerana merasakan medium tersebut mudah difahami dan dia mampu menguasai sesebuah lagu dalam masa sebulan. "Boleh dikatakan You Tube menjadi guru setiap kali saya cuba menguasai sesebuah lagu mengguna piano," katanya. Sementara itu, Muhammad Syabil berkata, pengalaman menyertai pertandingan rekoder semasa di sekolah rendah banyak membantunya memahirkan diri bermain alto saksofon. Menurut anak ketiga daripada lima beradik ini, dia pernah mewakili Kelantan pada peringkat kebangsaan ketika berusia 11 dan 12 tahun. "Walaupun hanya mendapat tempat kedua pada pertandingan berkenaan, saya dan Harith Haikal tetap gembira memandangkan penyertaan melibatkan 28 pasukan dari seluruh negara," katanya. Kemenangan tersebut membolehkan kedua-duanya membawa pulang sijil dan plak yang sekali gus membanggakan guru pembimbing mereka, Umi Kalsum Jusoh. Umi Kalsum berkata, kedua-dua pelajarnya itu bukan sahaja cemerlang dalam bidang muzik, malah sentiasa memperoleh keputusan membanggakan dalam akademik sehingga mendapat anugerah pada setiap peperiksaan. | |||||
859 kereta cermin gelap diberi notis advokasi Posted: 08 Nov 2014 06:30 PM PST
BANDARAYA MELAKA - Sebanyak 859 notis advokasi penggunaan cermin gelap tidak menepati spesifikasi dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam beberapa operasi sejak seminggu lalu. Pengarahnya, Azaharuldin Abdullah berkata, pengeluaran notis advokasi ini adalah bertujuan mendidik pemilik kenderaan supaya memahami kadar peratusan ketelusan cahaya yang dibenarkan JPJ bagi penggunaan cermin gelap sebelum ia dikuatkuasakan tahun depan. Menurutnya, dalam tempoh ini, mana-mana pemilik kenderaan yang didapati tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan tidak akan disaman tetapi akan dinasihatkan supaya memastikan cermin gelap yang mereka gunakan memenuhi spesifikasi. "Bagaimanapun, apabila perundangan baru mengenai penggunaan cermin gelap ini dikuatkuasakan tahun hadapan, tiada lagi kelonggaran akan diberikan kepada mereka," katanya kepada media selepas satu operasi bersepadu yang dijalankan di Lebuh AMJ di sini malam kelmarin. Di bawah peraturan baharu itu, kadar ketelusan cahaya nampak bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang adalah 30 peratus manakala bagi sisi pemandu dan penumpang hadapan pula pada kadar 50 peratus. | |||||
Misteri ternakan hilang terjawab Posted: 08 Nov 2014 06:29 PM PST
SEMERAK - Tanda tanya mengenai kehilangan ternakan ayam dan itik di Kampung Raja Dagang di sini, akhirnya terjawab selepas seekor ular sawa berukuran lebih tiga meter berjaya ditangkap. Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Raja Dagang, Yusof Nordin yang dibantu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung itu, Yusof Awang Mat mengambil masa selama 20 minit untuk menangkapnya. Yusof Nordin berkata, dia bergegas ke rumah penduduk jam 7 pagi kelmarin, selepas dimaklumkan mengenai penemuan seekor ular sawa berhampiran reban itik. Katanya, ular seberat lebih lapan kilogram itu sedang membelit seekor itik dan bertindak agresif ketika dihampiri. "Saya memberanikan diri menangkap ular itu, namun lengan dan badan saya dibelit dengan kuat ketika saya memegang lehernya. Dengan bantuan Pengerusi JKKKP, ular itu berjaya ditangkap dan kami masukkan ke dalam guni," katanya. Menurutnya, ular sawa itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya. Yusof berkata, sebelum ini penduduk mengadu kehilangan itik dan ayam dan sesetengahnya menemui bangkai ayam dan itik yang mati di sekitar rumah mereka. "Saya menasihati penduduk supaya berhati-hati kerana mungkin terdapat seekor lagi pasangan ular berkenaan di sekitar ini," katanya. | |||||
Tiga pelajar parah, kotak tiba-tiba meletup Posted: 08 Nov 2014 06:26 PM PST
KUALA TERENGGANU - Tiga pelajar pusat latihan di Gong Badak cedera terkena letupan dalam satu kejadian di Kampung Padang Machang, Manir, di sini, hari ini. Seorang daripada pelajar tersebut cedera parah pada bahagian tangan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Pelajar berkenaan Nazrin Che Mohamad, 20, Khairul Shahiran Che Ibrahim, 19 dan Mohd Afiq Mohd Misran, 18. Menurut sumber, maklumat awal diterima mengatakan kejadian berlaku ketika mereka sedang mengemas rumah nenek seorang daripada pelajar tersebut, iaitu Nazrin untuk disewa. Ketika mengemas, Mohd Khairul Shahiran mengangkat sebuah kotak yang tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan ketiga-tiganya cedera. Akibat letupan itu, kedua-dua tangan Mohd Khairul Shahiran hancur. | |||||
Elak jodoh dengan rakan artis – Zara Posted: 08 Nov 2014 06:23 PM PST PERTEMUAN Sensasi Bintang bersama Zara Zya membuka ruang kepada aktres jelita itu bercerita tentang bingkisan kisah kerjaya dan cintanya. Pelakon genit itu tanpa berselindung rancak menyusun butir bicaranya berkongsi tentang rasa hati untuk dititipkan buat peminatnya di luar sana. Hujan lebat yang membasahi bumi pada petang Rabu lalu seakan mengizinkan penulis berbual rancak dan bercerita lebih lanjut perihal fokus aktres itu dalam kerjayanya. Dia memberikan sepenuh tumpuan kepada penulis untuk menyelami percikan dunia populariti yang diraih dan isi hati yang masih membungkam jiwa pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd. Zainuddin itu. Dia yang mesra disapa sebagai Zara sememangnya tidak asing dalam industri seni tanah air. Selama 10 tahun penglibatannya dalam industri lakonan, dia telah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Bertentang mata dengan teraju utama drama Love You Mr. Arrogant itu, penulis turut menanyakan perihal jodoh dan ciri-ciri lelaki idamannya. "Saya tidak pernah memilih pasangan hidup. Jika sukakan seseorang itu, saya akan menerima diri dia seadanya. Rupa paras tidak menjanjikan kebahagiaan sesebuah hubungan, sebaliknya keperibadian seseorang itu yang lebih saya utamakan. "Sejujurnya, buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan soal jodoh. Fokus saya kini lebih kepada untuk menstabilkan kedudukan kewangan dan keluarga," katanya membuka bicara. Tambahnya, dia masih belum bersedia untuk mempunyai komitmen cinta dengan mana-mana lelaki walaupun usianya sudah menginjak 29 tahun. "Mungkin bagi sesetengah orang fikir, usia seperti saya ini sudah sepatutnya berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri tetapi pada zaman kini, kahwin lewat bukan menjadi isu besar. "Berilah saya peluang untuk mencari harta sendiri sebelum berfikir mengenai jodoh dan menyerahkannya kepada takdir. Lagipun, saya bukannya seorang yang tidak boleh hidup tanpa cinta," luahnya. Sebelum ini, ada kata-kata yang berterbangan mendakwa kononnya pemegang diploma dalam bidang teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan itu sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor Fahrin Ahmad dek kerana kemesraannya berbalas komen di laman sosial Instagram sehingga menjadi perbualan ramai. Bagaimanapun luah Zara, hubungannya bersama Fahrin tidak lebih daripada rakan sesama industri. Zara juga mendedahkan, dia akan mengelak daripada bercinta dengan teman seperjuangan dalam industri seni tempatan. "Saya tidak mahu bercinta dengan rakan sesama industri. Ini kerana, industri seni ini terlalu sibuk. Saya bimbang apabila saya bercuti, takut si suami pula baru mahu mulakan kerja. Kesimpulannya kami tidak dapat meluangkan waktu bersama. "Kalau boleh biarlah calon suami saya itu bekerja dalam bidang lain. Sekurangnya-kurangnya kami tidak terikat dengan perkembangan dunia seni sahaja," kongsi Zara. Populariti Jatuh Siapa sangka selama sedekad bergelar anak seni, baru kini Zara Zya meraih populariti menggunung. Ia tercetus selepas kemunculannya pada tahun lepas menerusi drama bersiri Love You Mr. Arrogant yang berjaya meraih jumlah penonton mencecah 4.6 juta orang. Watak Zaraa Amirah yang dipegangnya nyata telah mengubah landskap kerjaya sehingga berjaya menggondol trofi Anugerah Bintang Popular 2013 menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular pada Jun lalu. Bagaimanapun, Zara mengakui bimbang jika namanya kembali lenyap dalam persada seni tanah air sekiranya tiada lagi produk yang mampu menghangatkan namanya semula. "Ketika nama sedang berada di puncak, saya ambil langkah untuk tidak terlalu mengejarnya. Saya sebenarnya takut juga jika nama saya kembali menyepi dalam industri seni lakonan tetapi saya percaya setiap rezeki itu Tuhan yang tentukan. "Kadang-kala saya bukan sengaja menyepi dalam dunia lakonan tetapi disebabkan tarikh tayangan yang terpaksa ditangguh menyebabkan kelibat saya tidak kelihatan seketika. "Tidak dinafikan selepas menjalani penggambaran untuk sesebuah drama itu, saya akan berehat seketika kerana perlu meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Sejujurnya, saya bukanlah seorang pelakon yang boleh bekerja 24 jam. Saya juga manusia normal yang perlukan rehat," katanya. Menyentuh mengenai perkembangan terbaharu yang sedang dilakukannya kini, kata pelakon tersebut, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Zahira terbitan Excellent Pictures. Diarahkan oleh pengarah muda, Khalid Nadzri, drama bersiri 15 episod itu bakal mengisi slot Samarinda di TV3 pada 20 November ini. "Drama Zahira merupakan kemunculan semula saya selepas beberapa bulan menyepi dalam industri seni. Drama ini juga merupakan kemunculan semula aktor Adi Putra yang hampir setahun tidak menjalani sesi penggambaran. Saya percaya naskhah terbaharu ini akan berjaya menaikkan nama saya kembali. "Selain itu, saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Jahil yang akan ditayangkan di Astro Oasis tidak lama lagi," katanya. Drama Zahira mengisahkan perjalanan hidup seorang graduan bernama Zahira (lakonan Zara Zya) yang menganggur setelah idea perisian komputernya dicuri oleh kekasihnya sendiri. Zahira yang sangat mencintai kekasihnya itu kecewa dan patah hati setelah cintanya dikhianati dan menjadi mangsa kepada teman lelakinya, Sufiyan (lakonan Ryzal Jaafar) yang hanya mahu mempergunakannya sejak dari zaman universiti lagi. Demi membantu keluarganya yang miskin dan dibelenggu hutang-hutang lama, Zahira bangkit daripada kesedihan yang dihadapi untuk membantu emaknya yang juga seorang ibu tunggal, Mak Ani (lakonan Anne Abdullah). Disebabkan sukar mencari kerja dalam bidangnya, Zahira nekad bekerja di sebuah hotel milik Iqbal (Adi Putra) sebagai pekerja biasa. Bertitik tolak dari situ, kisah percintaan mula berputik antara Zahira dan Iqbal. Sementara Iqbal yang memiliki anak tunggal bernama Idlan dilihat mudah mesra dengan Zahira sehingga memanggilnya dengan panggilan mama. Meskipun sering kali diberi peranan sebagai perempuan kampung, bagi Zara dia tidak pernah cerewet ketika menerima sesuatu watak itu. "Saya tidak pernah memilih watak. Apabila dapat skrip saya akan ubah dan jadikan karakter saya itu lebih segar. Nama pun pelakon, banyak benda boleh diteroka dalam membawa karakter itu dengan penuh warna-warni," ujar Zara lagi. | |||||
Posted: 08 Nov 2014 06:22 PM PST Selepas lapan kumpulan terdiri daripada orang awam, pelawak dan artis bersaing menunjukkan kehebatan masing-masing, akhirnya tiga kumpulan berjaya ke pentas akhir Liga Lawak Superstar musim kedua (LLS2) pada malam ini. Tiga kumpulan yang berjaya terdiri daripada Muka Cari Makan (Pian Kepoh, Naz dan Uncle Jo), Kami Tuan Rumah (Wan Mmmmm, Zoey Rahman dan Mirul) serta Melodrama (Izu Kepoh, Zulin Aziz dan Ain). Ibarat kata peribahasa Melayu, 'tuah kerbau gemuk, tuah lombong berisi, tuah manusia semuafakat'. Itulah yang boleh dikatakan nasib kumpulan Kami Tuan Rumah yang akhirnya berjaya mendapat peluang kedua untuk bersaing dengan dua lagi kumpulan. Hakikatnya, kata Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, peringkat separuh akhir yang berlangsung Ahad lalu sebenarnya hanya melayakkan pasukan Muka Cari Makan dan Melodrama untuk berentap di pentas akhir. "Sebelum ini, hanya pasukan Melodrama diangkat sebagai pasukan yang layak ke peringkat akhir bersama Muka Cari Makan. Ini kerana, dalam permainan 'Karaoke 3 Uncle' ketiga-tiga ahli kumpulannya yang terdiri daripada Zulin Aziz, Izu Kepoh dan Ain bersungguh-sunguh menyanyi walaupun diduga dengan urutan refleksologi. "Bahkan, Melodrama juga dilihat berjaya bertahan apabila mereka diletakkan dalam akuarium berisi katak dan belut serta dikehendaki mencari cicak di sebalik cacing. "Malangnya, bagi kumpulan Kami Tuan Rumah pula, nyanyian mereka tidak konsisten menyebabkan penjurian malam itu tidak menyebelahi mereka. Memandangkan Kami Tuan Rumah mengumpul markah seri dengan kumpulan Melodrama, maka pihak TV3 dan produksi Vision Works Sdn. Bhd. bersetuju untuk memberi peluang kedua kepada mereka," jelasnya. Jika tahun lalu, pasukan OMG dianggotai Sathiya, Akim Ahmad dan Anas Redzuan berjaya merebut gelaran juara, siapa di antara Muka Cari Makan, Melodrama dan Kami Tuan Rumah yang bakal membawa pulang hadiah lumayan RM200,000? Malam akhir Liga Lawak Superstar musim kedua yang akan berlangsung di De Showroom, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam itu turut menyediakan hadiah wang tunai RM100,000 untuk tempat kedua dan RM50,000 untuk tempat ketiga. Sensasi Bintang berpeluang menemu bual dua juri tetap program tersebut, Erma Fatima dan Khir Rahman mengenai sudut pandang mereka terhadap ketiga-tiga kumpulan yang bakal berentap pada malam ini. SENSASI BINTANG: Bagaimanakah kalian melihat prestasi persembahan ketiga-tiga kumpulan yang layak ke pentas akhir? ERMA: Saya melihat prestasi persembahan ketiga-tiga kumpulan meningkat dari segi usaha tetapi tidak banyak pada kreativiti. Kalau dari segi kreativiti, ia belum pada tahap yang saya mahukan. KHIR: Saya lihat ketiga-tiga kumpulan mempunyai kekuatan. Melodrama, misalnya, mereka sangat berbakat. Walaupun mereka bukan pelawak sebenar, namun mereka ada bakat melawak. Mereka juga berkemampuan untuk melakukan apa sahaja. Bagi Muka Cari Makan pula, saya melihat kumpulan itu mampu melakukan perkara di luar jangkaan. Walaupun, seorang ahlinya, Uncle Jo (orang awam) dilihat banyak kelemahan, namun dua lagi ahli kumpulan itu iaitu Pian Kepoh dan Naz bijak menutupi kelemahan Uncle Jo. Bahkan, mereka menjadikannya seorang yang mempunyai kelebihan dan disayangi penonton. Sementara itu, kumpulan Kami Tuan Rumah pula mempunyai kelebihan apabila mempunyai ahli Zoey (pelakon) yang berwajah kacak. Zoey berjaya menarik undian daripada penonton. Apakah intipati yang perlu ada pada setiap kumpulan di pentas akhir malam ini? ERMA: Mereka perlu ada kreativiti. Sayangnya, mereka tidak berfikir di luar kotak dan tidak menggunakan tugasan yang diberi dengan baik. Mereka juga tidak menjual bakat yang ada dan cuma sekadar buat sahaja. Pada malam akhir ini, saya harapkan mereka bekerja secara berkumpulan. Salurkan bakat dan kreativiti untuk memantapkan kumpulan masing-masing. Sebagai contoh, kumpulan Muka Cari Makan, saya kasihan Naz dan Pian Kepoh kerana mendapat Uncle Jo dalam kumpulan itu. Bagaimanapun, mereka bijak menjadikan Uncle Jo itu seorang yang pekak dan gila. Walaupun tidak mempunyai kelebihan seperti dua lagi ahli, Uncle Jo pandai membawakan watak-watak yang digalasnya. Saya anggap itu sebagai kreativiti dan lelaki itu membawa tuah kepada kumpulan itu. KHIR: Mereka kena besarkan lagi dari sudut kreativiti masing-masing. Selain itu, mereka juga perlu cepat dalam berfikir dan bertindak dalam sesuatu tugasan. Antara ketiga-tiga kumpulan, yang manakah mempunyai kelebihan untuk menjuarai Liga Lawak Superstar Musim Kedua malam ini? Kenapa? ERMA: Setiap kumpulan mempunyai kelebihan masing-masing. Cuma, mereka harus mempertaruhkan lebih kreativiti di pentas akhir nanti. Kita tahu, mereka ada bakat dan mampu melakukan yang terbaik. KHIR: Saya rasa Melodrama mempunyai lebih kelebihan berbanding dua lagi kumpulan. sebabnya, ketiga-tiga ahlinya mempunyai bakat komedi. Apakah pendapat kalian mengenai program Liga Lawak ini. Adakah ia dapat mencungkil pelapis pelawak di Malaysia? ERMA: Saya tidak rasa Liga Lawak adalah platform untuk mencungkil pelawak. Ia hanya sebuah program yang melibatkan permainan, bukan program mencari pelawak. KHIR: Saya rasa program ini menampilkan beberapa permainan yang mencabar. Ia berisiko tetapi mereka selamba melakukannya. Setiap ahli kumpulan juga terdiri daripada orang awam, pelawak dan artis yang mana mereka tidak kenal antara satu sama lain tetapi mereka mampu bekerjasama dengan baik. Beralih pada soalan lain, apakah projek seni terbaharu kalian? ERMA: Selepas ini, saya akan sibuk menghasilkan teater Takhta yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada bulan Disember ini. Ia dibintangi oleh Erra Fazira, Awie, Soo Wincci, Beto Kusyairy dan Datuk Rahim Razali. Ia asalnya sebuah drama yang kini dibawa ke pentas teater. KHIR: Saya sedang sibuk dengan penggambaran Rock Ooo 3. Selain itu, syarikat saya, Suar Channel Sdn. Bhd. bersama dengan syarikat milik Sein, Camwerks Studio Sdn. Bhd. akan menghasilkan filem Bangunan. Filem tersebut berdasarkan kisah sebenar yang terjadi kepada dua individu berbeza. | |||||
Saya bukan berhenti menyanyi – Nomad Posted: 08 Nov 2014 06:20 PM PST TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja penyanyi bersuara serak-serak basah, Nomad dikhabarkan mahu berhenti daripada meneruskan karier nyanyian yang sudah lebih setahun dilayarinya. Bagaimanapun, menurut Nomad, dia sebenarnya bukan mahu berhenti terus daripada menyanyi seperti apa yang tersebar dalam blog-blog hiburan ataupun akhbar. Katanya, ada berlaku sedikit kesilapan menerusi berita mengenai hasratnya untuk berhenti daripada bidang nyanyian itu. "Saya bukannya berhenti terus. Saya cuma berehat seketika sahaja. Sekarang saya juga masih lagi menerima undangan untuk membuat persembahan nyanyian. Cuma saya berhasrat untuk kurangkan aktiviti seni buat sementara waktu. "Keputusan untuk berehat sekejap itu dibuat oleh saya sendiri. Ia tiada kena mengena dengan syarikat Indigital yang menguruskan perjalanan seni saya selama ini," katanya kepada Sensasi Bintang. Menurut penyanyi berusia 26 tahun itu, dakwaan yang mengatakan dia mahu berhenti menyanyi kerana tidak mampu membuat persembahan secara langsung juga adalah tidak benar. "Saya sendiri terkejut apabila keluar laporan sedemikian. Mungkin ia disalah tafsir. Sebenarnya, saya masih boleh membuat persembahan dengan menyanyi secara langsung. "Cuma, saya mempunyai masalah gugup apabila berdepan dengan kamera. Jika persembahan di hadapan khalayak ramai tanpa kamera, saya masih boleh menyanyi seperti biasa. "Itulah dilema yang saya hadapi selama ini apabila berdepan kamera sampaikan saya sendiri tidak tahu kenapa terjadi begitu," katanya. Jelas Nomad lagi, masalah yang dihadapinya itu membuatkan pihak pengurusannya ada memberikan teguran dan nasihat agar dia memperbaiki kelemahan dirinya itu. "Saya dah cuba yang terbaik, cuma berasa buat masa sekarang biarlah saya berehat sebentar dulu untuk memperbaiki diri. Keputusan ini memang saya sendiri yang buat, tidak ada kena mengena dengan pihak pengurusan," jelasnya. Menurut pelantun lagu Tetap Menantimu itu, keputusan untuk mengurangkan aktiviti nyanyian dibuat selepas melihat prestasi dirinya masih lagi sama seperti dulu tanpa ada perubahan positif. "Saya sendiri rasa yang nyanyian saya bermasalah apabila di depan kamera. Saya rasa lebih baik perbaiki diri dulu. Kalau diteruskan juga, bimbang ia akan mencemarkan imej pihak pengurusan yang selama ini membantu saya," katanya. Menurut Nomad, buat masa sekarang dia akan menetap di Kemaman, Terengganu bersama neneknya untuk menguruskan perniagaan keluarga. "Apabila saya sudah bersedia, saya akan kembali semula aktif menyanyi. Cuma buat masa ini, banyak masa saya di Terengganu sahaja," ujar nama pemilik sebenar Nur Mohd. Alieff Ayub itu. Ditanya mengenai pandangan keluarga mengenai keputusannya itu, kata Nomad, ahli keluarga menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada dia untuk membuat keputusan demi masa depannya. "Mereka akur dengan apa yang saya mahu lakukan," jawabnya. Dalam perkembangan lain, menurut Nomad, dia juga dalam perancangan untuk tampil dengan single terbaharu pada tahun depan. "Ada dua buah lagu yang sudah saya rakam. Cuma belum tahu bila ia mahu diterbitkan. Mungkin dalam pertengahan tahun depan apabila saya sudah betul-betul bersedia," katanya menutup bicara. | |||||
De Meises lebih popular di Malaysia Posted: 08 Nov 2014 06:19 PM PST FORMULA untuk band dari negara seberang mencipta nama di Malaysia seringkali difikirkan mudah. Asalkan berwajah tampan biarpun sekadar memiliki satu lagu yang meletup, itu sudah dikira memadai. Selepas mula dikenali di sini, faktor populariti mana-mana band berkenaan akhirnya pudar sedikit demi sedikit gara-gara lagu sama saja dimainkan di corong-corong radio tempatan. Bukan tidak memiliki lagu lain tetapi barangkali penangannya tidak begitu meresap jiwa berbanding lagu pertama. Itu belum dikira isu klise berhubung perbezaan dua darjat antara penggiat seni kedua-dua negara yang hangat diperdebatkan sejak dulu. Senang sungguh artis Indonesia cari makan di sini, sedangkan situasi sebaliknya pula berlaku ketika membicarakan mengenai hala tuju dan penerimaan artis Malaysia di sana. Jika cuba digali satu-persatu dengan lebih mendalam, tidak mudah buat mana-mana penggiat seni melebarkan sayap empayar masing-masing di negara orang. Seperti mana penggiat seni tempatan terpaksa berdepan persaingan sihat antara satu sama lain, senario yang lebih kurang sama juga pastinya terpaksa dihadapi barisan pemuzik Indonesia. Skrip liku-liku perjuangan bagi band yang menggelarkan mereka sebagai De Meises juga hampir sama. Siapa sangka kumpulan yang berasal dari Cianjur, Indonesia itu hanya menerima percikan aura popular selepas hampir lima tahun memperjuangkan karier seni mereka sebaik ditubuhkan secara rasmi pada 5 Mei 2009. Naskhah lagu berjudul Dengarlah Bintang Hatiku sememangnya membuka pintu rezeki buat empat anak muda ini iaitu Iman Lukman Asikin (Iman) selaku vokalis; Messias Mochammad Mahdi (Messi) pemain gitar, Neno Juliana (Neno) selaku pemain bass dan Moch Riza Lesdiana Mulyana (Riza) pemain dram dalam usaha mengiktiraf jenama De Meises di persada muzik serumpun. Percaya atau tidak, De Meises juga mengakui lebih popular di sini berbanding di Indonesia gara-gara penangan lagu itu yang dijadikan runut bunyi (OST) bagi drama tempatan iaitu Ijab dan Qabul yang pernah ditayangkan di negara ini sedikit masa dahulu. "Kami tidak pernah bermimpi muluk (indah) untuk dikenali di Malaysia. Ia memang sesuatu di luar jangkaan apabila lagu Dengarlah Bintang Hatiku menerima sambutan yang baik di Malaysia termasuk dijadikan cover di YouTube biarpun ia sebenarnya telah lama dicipta sebelum dilancarkan dalam album pertama kami, Dengarlah sekitar tahun 2010," ungkap Iman membuka bicara dalam satu pertemuan yang diaturkan oleh Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. di ibu negara sempena promosi De Meises di sini baru-baru ini. Biarpun lebih popular di tempat orang, itu bukan bermakna De Meises sudah lupa asal usul sehingga meminggirkan hasrat sebenar kumpulan muzik itu supaya sentiasa diminati peminat tanpa kekangan sempadan. "Sebenarnya lagu Dengarlah Bintang Hatiku pernah mendapat sambutan menggalakkan di negara kami sebelum ini, cuma terpaksa berdepan saingan yang cukup sengit band-band lain yang tidak kurang hebatnya di Indonesia sehingga menyebabkan nama kami agak tenggelam. "Meskipun lebih dikenali di Malaysia, itu bukan bermakna segala-galanya tampak mudah buat kami. Kami telah berusaha keras untuk berada di tahap ini dan saya percaya, ia merupakan jambatan dan batu loncatan buat kami kembali diingati semula oleh peminat di Indonesia," getus Iman jujur. Dikenali sebagai Ningrat Band Mengimbau semula penubuhan De Meises, Messi, 25, memberitahu, segala-galanya bermula apabila dia, Neno dan Irwan (bekas anggota kumpulan De Meises) yang merupakan kenalan kampus di sebuah universiti berhasrat menyertai satu festival muzik yang diadakan di Jawa Barat, Indonesia. "Kami kemudiannya mengajak Riza dan Iman yang juga merupakan kenalan kami untuk membentuk kumpulan yang pada mulanya dinamakan Ningrat Band. Ternyata, kami benar-benar secocok antara satu sama lain sebelum membuat keputusan untuk bergiat serius dalam bidang seni," jelas Messi. Band yang dipengaruhi muzik The Beatles itu juga memiliki jawapan tersendiri mengapa nama tidak mengekalkan nama Ningrat Band. "Nama Ningrat itu terpacul secara spontan sebelum memasuki festival berkenaan. Ia bermaksud golongan bangsawan yang memiliki darjat tertinggi. "Setelah berbincang, kami akhirnya bersepakat membuat keputusan untuk menukar nama kepada De Meises kerana bimbang dianggap angkuh jika mahu mengekalkan nama Ningrat," getus Neno pula. Riza, 25, pula memberitahu, keputusan menggelarkan kugiran mereka sebagai De Meises dibuat sebaik bakat mereka dikesan seorang produser, Hary Tasman. "Meises bermaksud butiran coklat, jadi kami harap kami akan disukai seperti mana coklat. Nama itu juga menggambarkan sejarah awal penubuhan kumpulan kami yang ditubuhkan pada bulan Mei," cerita Riza. Biar Saja sebagai single kedua Mengakui penangan lagu Dengarlah Bintang Hatiku sudah boleh dianggap sebagai pencetus fenomena, Iman, 26, menjelaskan De Meises kini sedang giat mempromosikan single kedua mereka iaitu Biar Saja yang juga hasil nukilan mereka sendiri. Ini kerana, menurut Iman, mereka memerlukan kesinambungan supaya peminat kekal mengingati De Meises sampai bila-bila. "Kami percaya lagu Biar Saja mampu mengulangi kejayaan Dengarlah Bintang Hatiku, sekali gus diterima baik oleh peminat," jelasnya lagi. Iman menjelaskan, setiap lagu juga berbeza kerana ia memerlukan penghayatan yang berlainan. "Genre muziknya barangkali sama tetapi ia mengisahkan sesuatu yang berbeza. Jika lagu Dengarlah Bintang Hatiku lebih menceritakan mengenai kesetiaan, Biar Saja pula mengisahkan bagaimana pasangan masih ikhlas dalam perhubungan biarpun ditinggalkan kekasih," kata pemuda paling senior dalam kalangan anggota De Meises itu. Mengakui lebih selesa berkarya dengan material yang dihasilkan mereka sendiri, Iman dan rakan-rakannya tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan mana-mana komposer sama ada dari Indonesia mahupun Malaysia selepas ini. "Majoriti lagu-lagu kami sebelum ini juga terhasil daripada pengalaman kami sendiri dan juga teman-teman," kata Iman sambil memberitahu, mereka kini sedang giat menjalani rakaman album kedua yang dijangka menjengah pasaran pada tahun depan. Tak kisah disamakan dengan D'Masiv Skala populariti De Meises belum lagi mencapai tahap maksimum tetapi 'penyakit' yang seringkali membelenggu band apabila ada ahli kumpulan mengundur diri sebelum waktunya juga menimpa De Meises apabila Irwan mengucapkan selamat tinggal tahun lepas bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjayanya sebagai seorang akauntan. Namun, ia bukan bermakna De Meises mengisytiharkan perang terhadap bekas gitaris itu apabila menyifatkan hubungan mereka masih baik biarpun tidak lagi bersatu sebagai satu kumpulan. "Kami menghormati keputusan Irwan, dia juga banyak membantu kami dalam aspek teknikal sepanjang pembikinan album kedua kami. Buat masa ini, kami selesa dengan berempat saja dan tidak akan mencari pengganti baharu bagi mengisi kekosongan Irwan," jelas Neno. Mungkin, ramai juga yang tidak tahu anggota-anggota De Meises juga memiliki ijazah dalam jurusan akauntan dan pengurusan ekonomi. "Perkara ini subjektif, biarpun tidak meneruskan karier dalam bidang masing-masing, ia bukan bermaksud setiap yang kami lakukan ketika ini tidak membawa sebarang makna dalam kehidupan. Kami memang meminati muzik, selagi ia menguntungkan mengapa tidak untuk diteruskan?," tegas Riza. Messi pula percaya peminat di Malaysia dapat membezakan De Meises berbanding satu lagi band dari Indonesia iaitu D'Masiv. "Sebutan nama kumpulan saja hampir sama tetapi genrenya berbeza apabila rentak lagu kami lebih berunsurkan pop balada," jelas Messi. Iman pula mencelah, mereka tidak akan menukar nama kumpulan semata-mata kerana enggan disamakan dengan D'Masiv. "Jika ramai yang tidak tahu, kami semua memiliki kebolehan menyanyi dengan baik biarpun saya tampil sebagai vokalis utama, jadi itulah keistimewaan De Meises," katanya. Ketika cuba mengorek gosip kumpulan ini di alam maya, tidak banyak informasi yang berjaya diperoleh sebenarnya. Sembunyi status peribadi? Ternyata, kanvas seni De Meises masih putih suci tanpa sebarang kontroversi setakat ini selain cuma tertawa ketika ditanya mengenai status peribadi masing-masing. Tidak mustahil, kisah peribadi mereka masih tidak begitu dipedulikan media Indonesia buat masa ini kerana belum cukup popular di sana barangkali. "Saya percaya status peribadi tidak mempengaruhi sokongan dari peminat. Jika karyanya bagus, peminat pastinya sentiasa memberikan sokongan," ungkap Iman yang percaya peminat tetap menyokong karier De Meises tanpa dipengaruhi sebarang sentimen tertentu. Riza pula percaya peminat lebih gemar mengetahui perkembangan seni mereka berbanding kisah peribadi. "Jika sudah fanatik, mereka tetap tulus memberikan sokongan tanpa dibawa arus. Anggap saja kami masih jomblo (solo)," katanya. Peminat boleh mengikuti perkembangan De Meises di laman sosial www.twitter.com/demeisesband_. | |||||
Posted: 08 Nov 2014 06:16 PM PST SUATU ketika dulu, apabila kita berbicara mengenai filem atau drama dalam industri perfileman tanah air yang menggunakan konsep imej janaan komputer (CGI), ia seumpama membincangkan sesuatu perkara yang sangat besar dan memerlukan kos jutaan ringgit untuk menghasilkannya. Kini, teknologi komputer semakin canggih dan teknik CGI boleh dilakukan pada kos yang lebih rendah. Banyak kos boleh dikurangkan dalam pembikinan sesebuah filem jika teknologi itu digunakan. Walaupun tidak setara seperti filem bajet besar, namun ia masih mampu mendapatkan kualiti yang boleh diterima. Lantaran itulah TV9 tampil dengan sebuah telemovie bergenrekan aksi komedi bertajuk Man Rider yang akan menemui penonton pada 10 November ini. Membariskan pelakon Azwan Kombos, Zara Zya, Hamdan Sena rio, Shamsul Ghau-Ghau dan Ucop Cecupak, telemovie itu mengisahkan tentang Leman lakonan Azwan Kombos, seorang anak yatim piatu yang sentiasa menyimpan impian untuk menjadi adiwira yang terbawa-bawa sehingga dia dewasa. Impian Leman akhirnya dimakbulkan apabila motor kapcai milik Tok Ayahnya diresapi kuasa makhluk asing hingga mampu terbang, berkata-kata, mempunyai kuasa ajaib dan mempunyai perasaan seperti manusia biasa. Telemovie yang diterbitkan oleh Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd. itu juga sebenarnya mempunyai dua pelakon utama yang merupakan bukan manusia iaitu Rider dan Passola. Kedua-duanya adalah motosikal ajaib yang telah diresapi kuasa makhluk asing yang sebenarnya dikawal oleh sebuah pertubuhan rahsia iaitu Pertubuhan ke-7 (P7). Konflik sebenar bermula apabila Leman diarahkan oleh seorang lelaki misteri yang muncul dalam bentuk hologram meminta dia mencari Fatamorgana (lakonan Zara Zya) sekiranya dia mahu tahu lebih lanjut mengenai asal usul Rider. Setelah bertemu dengan Fatamorgana dan Passola, Leman terus berusaha merungkai per soalan demi persoalan yang membawanya kepada konflik dalaman P7 yang sedang mengesan pembelot dalam kalangan mereka. Kemunculan Doktor Husin (lakonan Shamsul Ghau-ghau) yang menjadi misteri dan juga situasi Rider mula jatuh cinta dengan Passola membuatkan plot perjalanan telemovie itu menjadi lebih menarik dan pasti menghiburkan penonton. Bagi memastikan kejayaan dalam penerbitan Man Rider menjadi kenyataan, Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd. menggabungkan kreativiti pengarah drama terkenal, Md. Nazir Juhan atau dikenali sebagai Jet Lee bersama dengan Pengarah Kesan Khas CGI, Indra Putra daripada proses penulisan skrip sehinggalah ke lokasi penggambaran. Ini bagi memastikan kualiti cerita dan kesan khas yang dihasilkan memenuhi piawaian. Menurut Indra Putra atau le bih dikenali sebagai Sanji, proses untuk menghasilkan sesebuah drama atau filem berkonsepkan CGI dengan menggunakan teknik visual memerlukan kerja yang teliti bermula daripada praproduksi (semasa penulisan skrip) hingga ke proses penggambaran. "Beberapa idea atau jalan cerita dibuat untuk memastikan kesan CGI yang terhasil tidak kelihatan pelik. Sekiranya pengarah yang melakukan kerja-kerja CGI tidak bekerjasama dengan pengarah lain, kita akan menghadapi kesukaran semasa melakukan proses menghasilkan imej kesan khas komputer" katanya. Jelasnya, cabaran yang dihadapi oleh kru dan pengarah Man Rider adalah semasa merakamkan pergerakan watak Rider dan Passola semasa berkomunikasi antara satu sama lain. Kata Indra Putra, pergerakan perlu dibuat secara manual dan memerlukan penghayatan gaya yang betul bagi memastikan mimik muka serta reaksi kedua-dua watak manusia nampak realistik. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 ulasan:
Catat Ulasan