Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Hanis Zalikha: ‘Saya tak kacau orang!’
- Erin Malek Minta Tidak Dibesarkan Isu Fotonya Di Kelab Malam
- "Semuanya Tak Kena" - Almy Nadia Tegur Sikap Peminat
- Tampil semakin cantik, Stacy nafi suntik wajah
- Penyanyi senior vs junior
- Anak Jantan bukan filem aksi ganas
- 36 ikan lumba-lumba pandu mati terdampar di New Zealand
- Keldai tersangkut di lubang pembetungan
- Gamat kerana belut terlepas
- Menjejak Sherlock Holmes di London
- Tradisi pelumba kuda kanak-kanak
- Hantu serang Sunway Lagoon
- Ning kebanggaan Cef Norman
- Sekolah pendaki wanita di Pakistan
- Kesan bumerang terhadap psikologi manusia
- Selipar getah tarikan Langkawi
- AF2014 kembali raih sokongan peminat
- Fiza Halim Nyaris Dibuli Pemandu Teksi
- Kurang Tampan Punca Hazama Tiada Tawaran Duta Produk
- Rozana Diminta Kemukakan Bukti Pernikahannya Dengan Awie Tidak Didaftarkan
- Sharnaaz Komen Watak Lelaki 'Sotong' Tidak Menjadi
- Umie Aida elak babak bersentuhan
- Terkejut air pili ada cacing merah
- Gadis bertemankan 70 ular berbisa
- Bertemu semula kerana WhatsApp
Hanis Zalikha: ‘Saya tak kacau orang!’ Posted: 05 Nov 2014 10:54 PM PST
NAMA Hanis Zalikha dalam dunia hiburan barang kali tidak perlu diperkenalkan lagi. Biarpun boleh dikategorikan masih hijau di dalam industri seni, namun nama Hanis pantas mendaki ke puncak populariti. Justeru tidak hairanlah apa sahaja yang dilakukan gadis yang baru menginjak ke usia 24 tahun ini sering menjadi perhatian ramai. Dek kerana itu jugalah satu-persatu kontroversi mula singgah dalam perjalanan karier blogger, pelakon dan pengacara ini. Dari isu berpakaian seksi, ke kisah percintaan dan kini dikritik hebat kerana caranya berpakaian sebagai penghias muka depan sebuah majalah (bukan terbitan Kumpulan Media Karangkraf), serta dikatakan menjadi punca tersingkirnya seorang pengacara wanita kerana Hanis dikhabarkan enggan bekerjasama dengan pengacara berkenaan, terpaksa di lalui Hanis satu persatu. Namun bagi pemilik nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid ini, segala yang berlaku diterima sebagai cabaran berkerjaya. "Sejak awal lagi, saya memang telah diperkenalkan dengan dugaan sebegini, berani menghadapinya, dapatlah maju ke depan," katanya kepada Zass. Enggan mengulas panjang mengenai kontroversi demi kontroversi yang timbul, Hanis bagaimanapun reda dengan segala dugaan yang berlaku. "Kalau orang nak buat saya, saya tak boleh halang walaupun saya tak kacau orang. Saya redakan saja sebab saya yang pilih kerjaya sebegini. "Memang sudah banyak yang saya telan dan buangkan," ujarnya lagi yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp. Dalam perkembangan lain, Hanis berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri, Suamiku Encik Sotong. Dalam drama berkenaan, dia memegang watak sebagai Dhia. Selain itu, dia juga masih sibuk menjalani penggambaran program Raikan Cinta musim keempat dan komitmen sebagai duta Safi Balqis, Beetalk dan SolviletTitus. | |||||
Erin Malek Minta Tidak Dibesarkan Isu Fotonya Di Kelab Malam Posted: 05 Nov 2014 02:54 PM PST | |||||
"Semuanya Tak Kena" - Almy Nadia Tegur Sikap Peminat Posted: 05 Nov 2014 02:53 PM PST | |||||
Tampil semakin cantik, Stacy nafi suntik wajah Posted: 05 Nov 2014 02:47 PM PST
| |||||
Posted: 05 Nov 2014 02:45 PM PST SEPARUH akhir pertandingan Muzik Muzik 29 dilihat lebih berwarna apabila menampilkan banyak wajah baharu yang akan memberi persaingan kepada penyanyi senior yang sudah lama tidak menyertai pertandingan berkenaan. Antara wajah baharu itu ialah Encik Mimpi, IamNeeta, Indah Ruhaila, Fynn Jamal manakala penyanyi senior yang sudah lama tidak bertanding ialah Datuk Hattan, Erra Fazira, Awie dan Datuk AC Mizal. Menurut penerbit separuh akhir Muzik Muzik 29, Roslina Abd. Rahman, pihaknya telah menerima 350 buah lagu pada peringkat awal. Kesemua lagu yang terpilih ke separuh akhir itu melepasi piawaian apabila tersenarai dalam carta radio serta dinilai oleh juri profesional. "Sebenarnya daripada 350 buah lagu yang diterima hanya 60 buah lagu sahaja yang melepasi piawaian pihak kami. Kemudian, senarai lagu itu dipendekkan kepada 30 buah sahaja. "Apa yang saya lihat tahun ini, lebih banyak penyanyi muda dan penyanyi senior. Maknanya tidaklah wajah penyanyi yang sama setiap tahun layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL). Bagaimanapun, tahun ini tidak banyak lagu rancak, sebaliknya lebih banyak lagu balada," ujar Roslinda. Selain daripada itu, ada juga lagu yang layak ke separuh akhir terpaksa digantikan oleh penyanyi lain atas sebab yang tidak dapat dielakkan seperti lagu Cinta Makrifat yang dinyanyikan oleh Awie dan Erra Fazira. Ia akan dinyanyikan oleh Marsha dan juga Ronnie Hyper Act. Sebuah lagi lagu yang akan digantikan ialah lagu Dia Yang Kau Pilih nyanyian Shahir diganti dengan Faizul. Terang Roslinda, keputusan untuk menggantikan penyanyi lain itu datangnya daripada pihak pengurusan penyanyi itu sendiri. "Pihak kami kalau boleh mahu penyanyi asal menyanyikan lagu itu. Namun, atas sebab seperti tidak dapat hadir pada tarikh ditetapkan pihak pengurusan penyanyi telah menggantikan mereka dengan penyanyi yang sesuai. Semuanya atas perbincangan bersama bukannya atas kemahuan pihak produksi sahaja," tutur Roslinda. Tidak mempunyai sebarang tema, pertandingan separuh akhir Muzik Muzik 29 yang mempertaruhkan 30 buah lagu akan berlangsung dengan santai di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada 14, 21 dan 28 November ini. Ia bagi merebut 12 tempat ke AJL 29 yang dijangka akan diadakan pada Januari 2015. Penyanyi baharu, Encik Mimpi yang layak dengan dua buah lagu iaitu Rindukanlah dan Ayuh Tinggalkan Dia mengakui cukup terkejut apabila lagunya turut tersenarai ke peringkat separuh akhir. "Ini kali pertama saya masuk separuh akhir Muzik Muzik. Saya rasa, saya adalah penyanyi yang paling baharu. Saya bersyukur kerana layak, namun persaingan sangat sengit. Kalau layak ke AJL 29 merupakan satu bonus tetapi sudah tercalon pada peringkat separuh akhir merupakan satu kejutan yang besar untuk saya," luah Encik Mimpi. Seorang lagi penyanyi yang menarik perhatian ialah juara Akademi Fantasia musim kesembilan, Hazama. Jika tahun lalu dia melayakkan diri ke pentas AJL bersama Amy Search menerusi lagu Simetri, kali ini dia layak secara solo menerusi lagu Malaikat. "Sebenarnya, saya cukup berdebar pada separuh akhir Muzik Muzik 29 kerana ini kali pertama saya bertanding seorang diri. Buat masa ini saya hanya fokus pada persembahan separuh akhir sahaja. "Andai layak ke AJL barulah saya boleh fikirkan konsep persembahan. Tidak wajar untuk saya bercakap lebih kerana belum tentu saya layak ke AJL kerana persaingan kali ini agak sengit," akui Hazama. Saingan separuh akhir akan bermula pada 14 November ini menerusi 10 buah lagu iaitu Akhiri Penantianku (Alif Satar), Gilalah (Stacy), Cinta Tak Pergi (Tomok & Yana), Malaikat (Hazama), Romancinta (Mojo), Hilang (Najwa Latif), Si Putih Si Merah (Black & RJ), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search) dan Dunia & Syurga (Akim Ahmad). Pada 21 November pula menampilkan lagu Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Rindukanlah (Encik Mimpi), Ayuh Tinggalkan Dia (Encik Mimpi), Aku Juga Manusia (Amir Jahari), Dia Yang Kau Pilih (Shahir), Matahari (Hafiz), Gadis Jolobu (Datuk Hattan & Waris), Arjuna Beta (Fynn Jamal), Pasti Sempurna (Kristal ft Ronnie Hyper Act), Kau Pergi Jua (IamNeeta ft Najwa Latif) dan Infiniti Cinta (Zizan & Kaka). Bagi saingan separuh akhir ketiga pada 28 November pula, lagu-lagu yang bersaing ialah Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun), Mewangi (Akim & The Majistret), Percayalah (Indah Ruhaila), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Apa Khabar (Joe Flizzow ft Sona One), Al Haq Yang Satu (Datuk AC Mizal & Mawi), Lelaki (Yuna), Tak Pernah Berjumpa (Forteen) dan Cinta Makrifat (Awie & Erra Fazira). | |||||
Anak Jantan bukan filem aksi ganas Posted: 05 Nov 2014 02:42 PM PST MENONTON filem aksi terbaharu berjudul Anak Jantan yang diterajui nama besar seperti Farid Kamil, Bront Palarae dan Nora Danish, pada awalnya sememangnya sudah meletakkan harapan yang tinggi dengan perjalanan filem itu. Dengan menggunakan khidmat para pelakon yang mempunyai nama besar dalam industri, semestinya naskhah yang telah pun seminggu menjengah layar perak seluruh negara bermula 30 Oktober lalu, mampu dikategorikan sebagai sesuatu yang berbaloi untuk ditonton. Tidak dinafikan, dalam filem terbaharu terbitan Grand Brilliance tersebut, kebanyakan aksi lagak ngeri dilakukan sendiri oleh Farid dan Bront. Ternyata kehebatan kedua-dua figura itu tidak hanya terbatas kepada pertuturan dialog semata-mata dalam sesebuah karya. Jika dicongak secara kasar, keseluruhan perjalanan filem kedua arahan sutradara Faizul A. Rashid itu sangat bagus dari segi pemilihan pelakon, perjalanan cerita mahupun sisi lakonan aksi babak ngeri. Memilih untuk melakukan penggambaran di negara jiran, Thailand, sesuai dengan latar belakang filem itu yang menggambarkan pada mulanya berkisar tentang sindiket penculikan kanak-kanak, berpusat di sebuah perkampungan kecil dalam ceruk sebuah hutan di wilayah Sadao. Menggunakan elemen keganasan seperti kumpulan militan yang siap bersenjata, pengarah filem itu menegaskan, Anak Jantan bukan sebuah naskhah yang mengangkat elemen keganasan. Namun, dek kerana mahu menimbulkan perasaan semula jadi dalam jiwa penonton, elemen-elemen seperti itu harus diterapkan agar perjalanan filemnya dilihat seakan sebuah realiti. Sarat dengan aksi tembak menembak, beradu tenaga, khianat, dendam, cemburu, kasih sayang dan pengorbanan, pengarah dilihat berjaya menggauli kesemuanya dalam satu naskhah yang dikategorikan untuk penonton berumur 18 tahun ke atas itu. Mengulas mengenai sisi karakter pelaku dalam filem itu, pujian perlu diberikan kepada Farid yang hampir 100 peratus melakukan aksi lagak ngeri dengan usaha sendiri tanpa memerlukan khidmat pelagak aksi ngeri. Tidak ada apa cacat celanya dengan segala aksi yang dilakukan oleh Farid, namun mungkin proses suntingan visual yang dipaparkan ketika menyaksikan babak aksi itu agak kurang menarik membuatkan penulis berasa ia kurang 'menyengat'. Pengalaman Farid sendiri yang pernah menokok ilmu di Australia Stunt Academy digunakan olehnya sebaik mungkin dalam menjayakan watak protagonisnya. Bermain dengan emosi dan aksi dalam satu watak, Farid berjaya mengimbangi karakternya dengan bijak. Kredit yang sama perlu diberikan kepada seorang lagi pelakon tinggi lampai yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Melakonkan watak antagonis dilihat seakan sebati dengan jiwa kepada pemilik nama Bront. Juga melakonkan aksi lagak ngeri dengan sendiri, pembawakan wataknya sebagai Somchai membawa penonton menyelusuri sifat pendendam, pengkhianat dan segala yang tidak baik berakhir dengan kematian yang sia-sia. Keyakinan Bront untuk menyajikan aksi sendiri dalam filem ini nyata berbaloi apabila dia dipuji oleh pelakon lagak ngeri Thailand yang kagum dengan kelebihan stamina yang dimiliki Bront. Ternyata filem Anak Jantan benar-benar mengangkat serta menguji kebolehan teraju utama dalam mempersembahkan hasil yang terbaik kepada penonton. Disulami dengan watak heroin yang dipegang pelakon jelita, Nora Danish, ia melengkapkan kesinambungan semua karakter yang ada di dalam filem itu. Walaupun begitu, terdapat kekurangan yang dikesan melalui watak Nora iaitu dirinya tidak pandai berbahasa utara. Dari situ, watak Nora terlihat agak tercela sedikit dek kerana kesukarannya menuturkan dialog dalam loghat utara sehingga kadangkala membuatkan percakapan Nora agak kedengaran seakan 'terbelit lidah'. Namun, mungkin itu juga dilihat sebagai cabaran yang diambil pengarah kerana mengambil khidmat pelakon yang berasal dari bandar untuk menggalas watak sebagai orang kampung. | |||||
36 ikan lumba-lumba pandu mati terdampar di New Zealand Posted: 05 Nov 2014 02:40 PM PST WELLINGTON – Sebanyak 36 ekor ikan lumba-lumba pandu dijumpai mati selepas terdampar di beberapa kawasan pantai di New Zealand sejak beberapa hari lalu. Jabatan Pemuliharaan Hidupan Liar (DOC) berkata, kumpulan ikan lumba-lumba tersebut kali pertama dikesan di Pelabuhan Ohiwa di kawasan timur laut perairan negara itu pada Isnin lalu. Kata DOC, beberapa kumpulan sukarelawan telah dikerah ke beberapa kawasan pantai selepas berpuluh-puluh ikan lumba-lumba pandu dikesan terdampar. "Kami berjaya membantu sebanyak 21 ekor ikan lumba-lumba pandu kembali semula ke laut tetapi 36 ekor lagi telah mati," katanya. Menurutnya, jabatan itu tidak tahu kenapa ikan lumba-lumba pandu itu berenang ke kawasan pantai sehingga menyebabkan ia terdampar. Bagaimanapun, seorang pegawai DOC, Steve Brightwell berkata, kemungkinan haiwan berkenaan sakit dan datang ke pantai untuk mati. | |||||
Keldai tersangkut di lubang pembetungan Posted: 05 Nov 2014 02:38 PM PST PRATTELN, Switzerland – Sekumpulan anggota bomba terpaksa dipanggil bagi menyelamatkan seekor keldai yang tersangkut di dalam sebuah lubang pembetungan di sebuah taman perumahan di bandar ini. Keldai itu yang dipercayai terlepas dari sebuah ladang berdekatan ditemui terperangkap di dalam lubang itu oleh seorang penduduk, Urs Meyer yang sedang bersiar-siar bersama anjingnya. "Pada mulanya saya sangka ia adalah sebuah patung namun saya melihat telinga dan kepala haiwan itu bergerak-gerak," kata Meyer kepada akhbar Austrian Times. Katanya lagi, dia telah menghubungi bomba bagi meminta bantuan selepas beberapa penduduk gagal mengeluarkan keldai itu. Seorang jurucakap bomba, Markus Osterhagen berkata, sepasukan anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan haiwan berkenaan. "Keldai itu bernasib baik kerana tidak jatuh lebih dalam ke dalam lubang itu," katanya. | |||||
Posted: 05 Nov 2014 02:37 PM PST SUASANA hutan yang sunyi tiba-tiba kecoh apabila kedengaran sekumpulan wanita menjerit. Rupa-rupanya, mereka menjerit akibat kegelian memegang belut ketika dipindahkan dari satu baldi ke baldi yang lain. Aksi mereka semakin gamat apabila belut yang ditangkap terlepas daripada pegangan. Keadaan tersebut turut dihadapi oleh Nurul Hafizah Mohamad Ramli, 22, dan pasukannya yang menjerit kegelian sebaik memegang belut di dalam baldi itu. "Memang sangat menggelikan. Saya tidak dapat melupakan pengalaman memegang belut buat pertama kali dalam hidup saya," katanya kepada Horizon. Aktiviti menangkap dan memindahkan belut itu merupakan salah satu cabaran yang perlu ditempuhi oleh peserta program Women Eco-Challenge 2014 yang kali ketiga dianjurkan di Tanah Aina Fahad, Ulu Dong, Raub, Pahang baru-baru ini. Dalam aktiviti itu, Nurul Hafizah dan peserta lain perlu mencelupkan tangan dalam minyak terlebih dahulu sebelum memegang dan memindahkan belut ke dalam baldi lain. Setiap peserta diberi tempoh masa selama dua minit untuk memindahkan sekurang-kurangnya empat ekor belut. Pantas "Bagi saya, masa dua minit itu terlampau singkat dan kami terpaksa melakukannya dengan pantas. Walaupun geli, saya berjaya memindahkan empat ekor belut dalam tempoh masa yang ditetapkan," ujar pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor itu. Pasukan Nurul Hafizah turut disertai Akmar Hadati Jasmi, 22, dari Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur dan Mas Amalina Idayu Adnan, 22, dari Universiti Sains dan Pengurusan, Shah Alam. Tiga sekawan yang meminati aktiviti mencabar itu menyertai program Women Eco-Challenge 2014 yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober lalu setelah dimaklumkan oleh rakan-rakan mereka. Sebanyak 30 pasukan yang terdiri daripada tiga orang bersaing bagi merebut gelaran juara. Pelbagai rintangan dan cabaran perlu dilalui antaranya, memindahkan belut, menyusur sungai-sungai deras, memanjat bukit yang licin dan menghasilkan unggun api. Mereka juga perlu merentasi hutan dan sungai sejauh enam kilometer. Menurut Nurul Hafizah, cabaran yang paling mereka gemari ialah acara tubing iaitu menyusuri sungai yang deras menggunakan pelampung. "Walaupun tubing merupakan satu aktiviti yang mencabar tetapi ia amat menenangkan kerana kita dapat menikmati kehijauan alam sambil menyusuri arus sungai yang deras," ujarnya lagi. Teruja Sementara itu, pasukan yang terdiri daripada Alicia Chung, 53, Brandy Te, 50, dan Amy Sioh, 53, turut teruja menyertai program tersebut. Alicia memberitahu, aktiviti sukan tersebut tidak terlalu lasak dan bersesuaian untuk golongan wanita yang berumur sepertinya. "Saya sering menyertai sukan lasak tetapi ini merupakan pertama kali saya menyertai program bawah Yayasan Sukan dan Kecergasan Wanita Malaysia (WSFFM). "Ia juga kali pertama saya melakukan flying fox, tubing dan memegang belut. Saya sangat seronok melakukannya," katanya. Sementara itu, tempat pertama hingga ketiga dibolot oleh pasukan dari Universiti Teknologi Mara. Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, hamper dan sijil, tempat kedua (RM2,000, hamper dan sijil) dan ketiga (RM1,000, hamper dan sijil). Pasukan Nurazlin Mohd. Dali, 22, Syaheera Rosli, 20, dan Nur Ida Rosli, 23, pula diumumkan sebagai juara setelah berjaya menamatkan cabaran dengan mencatatkan masa terpantas iaitu selama 2 jam dan 23 minit. Menurut Nurazlin, yang merupakan pelajar jurusan Sains Gunaan, pasukannya berasa sangat gembira kerana tidak menyangka memenangi tempat pertama kerana telah menghabiskan masa ketika menyelesaikan tugasan. "Kami juga tidak melakukan sebarang persediaan awal kerana tidak tahu cabaran menanti. Kemenangan ini satu kepuasan yang tidak terhingga," ujarnya. | |||||
Menjejak Sherlock Holmes di London Posted: 05 Nov 2014 02:36 PM PST KEPADA peminat-peminat bola sepak, menjadi satu impian kepada mereka untuk melawat stadium dan tempat-tempat bersejarah pasukan kegemaran masing-masing. Pasukan Manchester United misalnya, sinonim dengan Old Trafford manakala pasukan Chelsea pula ke Stamford Bridge di United Kingdom. Peminat siri drama Korea Selatan pula pasti teruja mahu menjejakkan kaki ke Pulau Jeju, penggambaran drama bersiri Winter Sonata. Penulis dan teman perjalanan, Shahreen Alias merupakan peminat tegar fiksyen detektif ciptaan Sir Arthur Conan Doyle iaitu Sherlock Holmes dan sahabat beliau, Dr. John Watson. Ada pelbagai versi Sherlock Holmes yang dizahirkan ke layar perak dan televisyen. Antaranya, versi Jeremy Brett/Edward Hardwicke sekitar era 80-an sehinggalah yang terkini, jelmaan versi Elementary, yang dilakonkan oleh Jonny Lee Miller dan Lucy Liu sebagai Dr. John Watson. Namun, yang menjadi kegilaan jutaan peminat Sherlock Holmes seluruh dunia, pastinya versi BBC Sherlock. Dua tonggak utamanya didukung oleh pelakon British, Benedict Cumberbatch dan Martin Freeman. Mula ditayangkan sejak tahun 2010, siri televisyen ini berjaya menarik jutaan penonton seluruh dunia, walaupun cuma ada 10 episod setakat ini. Rancangan ini berjaya memenangi puluhan anugerah berprestij seluruh dunia dan yang terkini, tujuh anugerah Emmy. Sherlock versi Cumberbatch hidup dalam era moden. Beliau ditemani gajet-gajet canggih tetapi masih menjiwai watak dalam karya asal penulisnya sebagai seorang yang biadab, mementingkan diri dan sanggup berbuat apa sahaja demi menyelesaikan kes. Kami merancang perjalanan ini seawal bulan Mei. Penulis mengambil kesempatan sempena cuti pendek selepas anak sulung saya tamat peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk 'merehatkan otak' tanpa menyangka terjadinya insiden kebocoran kertas peperiksaan tersebut. Hospital tertua Namun, penulis bersyukur kerana tarikh peperiksaan ulangan tidak mengganggu perancangan kami. Berpandukan maklumat yang disenaraikan di laman web Sherlockology, kami mengambil masa lebih kurang dua hari untuk berkunjung ke lokasi-lokasi ini. Destinasi pertama kami ialah Hospital St. Bartholomew yang terletak di West Smithfield. Kami tiba di lokasi tersebut pada pukul 8 pagi. Sebagai antara hospital tertua di London, lokasi ini mula diperkenalkan dalam episod A Study In Pink. Di situlah kali pertama Sherlock ditemukan dengan John Watson. Di atas bumbung hospital ini jugalah berlakunya peristiwa penting dalam episod The Reichenbach Fall.Para peminat Sherlock tidak melepaskan peluang meninggalkan mesej kepada watak-watak kegemaran mereka dalam sebuah pondok telefon di hadapan hospital ini. Kami meneruskan perjalanan ke rumah bernombor 187, North Gower Street. Di sinilah lokasi ikonik 221B difilemkan kerana lokasi asalnya, 221B Baker Street telah diubah suai menjadi Muzium Sherlock Holmes. Namun, kami agak kecewa kerana restoran Speedy's yang terletak bersebelahan ditutup pada hari Ahad. Terlepaslah peluang untuk menikmati secawan kopi di sini. Restoran ini mengambil kesempatan atas populariti siri Sherlock dan menambah hidangan Sherlock wrap ke dalam menunya. Destinasi kami yang seterusnya ialah Leinster Gardens iaitu salah sebuah lokasi daripada episod The Last Vow. Terselit antara bangunan unik ini, ia bukanlah kediaman sebenar tetapi hanyalah facade yang dibina untuk menyelesaikan masalah infrastruktur pada zaman awal penubuhan landasan kereta api bawah tanah lewat tahun 1860-an. Bagaimanakah kami mengenal pasti façade ini? Lapan belas tingkap bangunan bernombor 23 dan 24 ini digelapkan dan pintunya tiada peti surat. Sampai ke Muzium Sherlock Holmes di 221B Baker Street, kami agak kecewa melihat barisan pelawat yang beratur panjang menunggu giliran. Muzium yang dirasmikan pada tahun 1990 ini dibuka dari pukul 9.30 pagi hingga 6 petang. Tiket masuknya berharga 10 pound (RM53) untuk dewasa dan 8 pound (RM42) untuk kanak-kanak bawah usia 16 tahun. Kami mengambil keputusan untuk tidak masuk ke muzium tersebut, sebaliknya mengambil kesempatan menjamu mata di kedai cenderamata yang terletak bersebelahan. Destinasi seterusnya ialah Tower of London yang menjadi salah satu tempat yang dibolosi oleh James Moriarty dalam episod The Reichenbach Fall. Kami terpegun melihat pekarangan istana yang bermandi darah. Bunga popi Rupa-rupanya, ia adalah simbolik sempena memperingati ulang tahun Perang Dunia Pertama yang bermula seabad lalu. Pameran Blood Swept Lands and Seas of Red itu berlangsung sejak 5 Ogos lalu hingga 11 November ini. Sebanyak 888,246 kuntum bunga popi seramik direka khas untuk memperingati setiap warga Britain yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama. Hasil jualan setiap kuntum bunga popi ini akan disalurkan kepada enam badan kebajikan perajurit. Sebenarnya, banyak lagi lokasi ikonik yang kami sempat lawati seperti yang ditonjolkan dalam siri ini seperti Istana Buckingham, bangunan Parlimen di Istana Westminster dan St. James Park, sekadar menyebut beberapa nama. Tidak ketinggalan juga pengalaman menjadi penumpang Black Cabse setelah kepenatan berjalan sepanjang hari. Dalam kisah sebenar, Sherlock hampir menjadi mangsa pemandu teksi pembunuh bersiri ini dalam episod A Study in Pink. Walaupun mata kami memandang pasrah meter teksi yang berjalan laju, sambil otak mencongak pertukaran mata wang pound kepada Ringgit Malaysia. Hebat sungguh penangan sebuah rancangan televisyen kepada para peminat Sherlock. Penulis berpendapat, ada antara peminatnya dari seluruh dunia datang ke London semata-mata kerana penangan siri ini dan kerana para pelakonnya yang kian meningkat popular. Mungkinkah suatu hari nanti, para karyawan kita dapat menghasilkan sebuah filem atau siri televisyen yang bisa menarik jutaan pelancong seluruh dunia berkunjung ke Malaysia? | |||||
Tradisi pelumba kuda kanak-kanak Posted: 05 Nov 2014 02:35 PM PST BARU berusia 14 tahun, Umar Marampa sudah bergelar penunggang kuda lumba profesional di sebuah kepulauan di Indonesia. Aktiviti di sirkit berpasir menggunakan kuda baka kecil itu dikenali sebagai joki dalam kalangan pelajar sekolah. Pada sesi latihan yang diadakan bersama pelumba-pelumba lain di bandar Waingapu, Sumba baru-baru ini, Umar menunggang kudanya mengelilingi trek perlumbaan. Umar mula menceburi sukan lumba kuda sejak berusia sembilan tahun dan ketika usia menginjak remaja, dia dianggap terlalu tua sebagai seorang joki di Sumba. Sesetengah pelumba yang memulakan aktiviti tersebut sewaktu berusia lima tahun. Kebanyakan pelumba-pelumba muda ini pada awalnya menghadapi kesukaran kerana terpaksa menjinakkan kuda peliharan mereka yang bertindak ganas sebelum memasuki sebarang perlumbaan. "Kami bermula dengan menaiki kuda dari kawasan berbukit. Semua perkara dipelajari sendiri tanpa bantuan orang lebih dewasa," ujarnya. Kemiskinan Umar menambah, aktiviti menunggang kuda merupakan satu budaya kebanggaan penduduk di kawasan yang terletak di tengah kepulauan Indonesia yang rata-ratanya berada di bawah paras kemiskinan itu. Sumba terkenal di Indonesia sebagai kawasan yang masih meneruskan budaya joki kanak-kanak dan Kuda Sandel, spesies kuda yang berasal dari kepulauan itu. Nama kuda itu diambil daripada kayu cendana (sandal wood) yang pernah menjadi bahan eksport suatu ketika dahulu. Bertubuh kecil dan bergerak pantas, kuda itu banyak terdapat di Sumba dan turut dipercayai jenis sama yang pernah digunakan oleh pahlawan Mongol untuk berperang. Salah satu tempat tumpuan setiap perlumbaan kuda adalah di Waingapu yang bermula di sebuah patung kanak-kanak seperti menunggang kuda. Sejak di garisan permulaan, pelumba bertempur dalam acara tahunan yang mengembalikan memori perlawanan kuno antara puak-puak di pulau itu. Setiap kali perlumbaan diadakan, suasana riuh pasti berlaku sambil disertai dengan pertaruhan judi sehingga menyebabkan banyak berlaku pergaduhan apabila kuda pilihan tewas kepada pencabar. Ada penunggang yang terjatuh daripada kuda dan berlaku kecederaan serius seperti patah tulang. Meskipun pihak polis sentiasa mengawal keadaan, kadang-kadang dalam beberapa situasi pergaduhan yang terjadi sukar untuk dileraikan berpunca daripada perjudian melibatkan wang yang banyak. Kebanyakan penduduk setempat melabur dalam perlumbaan yang menawarkan pulangan hadiah berupa wang sebanyak 10 juta rupiah (RM2,721). Ia dianggap besar terutamanya bagi penduduk yang mempunyai pendapatan purata harian sebanyak RM6.60 sehari itu. Apabila saingan semakin sengit, spesies kuda dari Australia yang lebih tinggi dan kuat dibawa masuk ke Sumba bagi memberikan cabaran kepada kuda tempatan. Aktivis hak kanak-kanak cuba campur tangan dan menghalang perlumbaan tersebut tetapi usaha itu berdepan kesukaran kerana ia melibatkan budaya tradisi tempatan. "Mereka meletakkan kanak-kanak dalam bahaya apabila meneruskan amalan tersebut," kata Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan, Arist Merdeka Sirait. Keselamatan Penduduk kampung memberi jaminan bahawa keselamatan pelumba kanak-kanak itu sentiasa terjaga sebelum sebarang perlumbaan bermula. Apabila joki mencapai umur akhir remaja, mereka biasanya bersara dan menyalurkan pengalaman kepada pelumba-pelumba baharu," kata salah seorang tenaga pengajar, Abraham Endruyan Wunu. Tambahnya, ritual keagamaan menurut kepercayaan penduduk tempatan turut dilakukan bagi memastikan pelumba tidak berdepan dengan kecelakaan dan kecederaan. Bagi seorang pekerja kerajaan, Julianus Amahu, walaupun pernah mempunyai kuda lumba sebelum ini, dia lebih gemar menjadi penonton dan menolak untuk mencuba menjadi joki. "Ia sangat menakutkan," ujar lelaki berusia 42 tahun itu. | |||||
Posted: 05 Nov 2014 02:33 PM PST KEDENGARAN hilaian ketawa dan jeritan memecah suasana sunyi pada waktu malam di Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Suasana itu sempena penganjuran Nights of Fright: Festival of Fear yang dianjurkan taman tema tersebut. Pada sambutan itu, sebanyak 25 tema baharu diperkenalkan seperti Escape From Pudu, Dead End: Abandoned Theme Park, Shanghai Street dan Carnival of Freaks. Orang ramai sanggup beratur panjang, terutamanya untuk merasai kehebatan Escape From Pudu. Seorang pengunjung, Nurazliza Ramli, 30, berkata, ia merupakan pengalaman pertamanya berkunjung ke Nights of Fright yang disifatkannya sangat menarik dan mengujakan. "Saya berasa gementar kerana saya tidak tahu apa yang akan terjadi dalam rumah hantu ini," katanya. Escape From Pudu berkonsepkan jalan berliku dan berhalangan merupakan rumah hantu yang berlatarbelakangkan suasana banduan dalam Penjara Pudu. Antara kejutan yang menanti pengunjung di rumah hantu itu ialah kemunculan hantu secara mengejut, bunyi-bunyi yang menakutkan dan kegelapan bilik membuatkan pengunjung pasti terkejut dengan kehadiran hantu. Hantu-hantu banduan yang berperwatakan bengis itu berjaya membuatkan pengunjung menjerit ketakutan. Di Dead End: Abandoned Theme Park pula, konsepnya adalah berbeza iaitu dilakukan di kawasan terbuka. Tarikan utama taman ini ialah suasana berkabus dan berkonsepkan taman tema usang, bahkan terdapat 'rangka-rangka' yang digantung seperti seseorang telah menjalani hukuman mati. Berkumpulan Pengunjung juga diberikan seutas tali untuk dipegang secara berkumpulan dan dinasihatkan untuk tidak melepaskannya sehingga perjalanan mereka tamat. Perkara itu adalah kerana suasana kabus menyebabkan perjalanan mereka menjadi sukar untuk dilihat. Tambahan pula, kelihatan hantu-hantu berpakaian seperti pengantin yang berlumuran darah berkeliaran di kawasan tersebut, malah ada juga antara mereka mengekori pengunjung secara tiba-tiba sehingga perjalanan berakhir. Seorang lagi pengunjung, Fauzani Muhammad, 30, berkata, dia dan rakan-rakannya tidak sabar untuk mencuba tema-tema baharu itu. "Saya suka berkunjung ke festival-festival seumpama ini bahkan saya amat meminati perkara yang berunsur seram. Saya dengar Escape From Pudu sangat menyeramkan. Jadi, saya tidak sabar untuk mencubanya," ujarnya. Sementara itu, Pengarah Sudden Impact Entertainment, Lynton V. Harris berkata, festival tersebut lebih kepada keseronokan berbanding ketakutan. "Ketakutan hanyalah bersempena dengan sambutan Halloween tetapi apa yang penting, kami mahu pengunjung berasa seronok dengan tema-tema yang kami bawakan. "Festival kali ini juga lebih besar berbanding tahun sebelumnya dan kini kami sudah merancang untuk persiapan festival ketiga pada tahun depan," ujarnya. Tidak sesuai Meskipun festival tersebut adalah untuk keseronokan, ia masih dianggap tidak sesuai untuk golongan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Golongan dewasa juga tidak dibenarkan untuk bersolek atau bertopeng kerana dikhuatiri akan menyerupai petugas festival itu. Selain itu, Harris juga berkata, terdapat pelbagai karakter baharu diperkenalkan yang sinonim dengan legenda hantu-hantu Asia seperti lompatan pocong Cina di tema Shanghai Street. 'Hantu-hantu' yang terdapat di festival itu tidak hanya berada dalam satu tema tetapi ada juga antara mereka yang kelihatan berkeliaran dan 'bermesra' dengan pengunjung. Para pengunjung tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebagai kenangan bersama karakter-karakter kegemaran mereka seperti Freddy Krueger, Jason Friday The 13th, John Kramer Jigsaw dan juga Scream. Harris mengakhiri ucapannya dengan memberitahu, Nights of Fright ketiga yang bakal diadakan pada tahun depan adalah lebih meriah dengan membawa masuk lebih banyak karakter seram dan tema-tema terbaharu. | |||||
Posted: 05 Nov 2014 02:31 PM PST RENCANA asalnya ke United Kingdom (UK) adalah untuk belajar. Ketika itu, Norman Musa menuntut dalam jurusan Juruukur Bahan di Universiti Portsmouth. Tidak pernah langsung dia menanam hasrat untuk menetap terus di negara tersebut. Apatah lagi, melompat kepada profesion seorang tukang masak, memang kurang masuk akal. Cef Norman, 39, juga dilahirkan tanpa bakat memasak. Malah, anak kedua daripada tiga adik-beradik itu hanya mula bereksperimen dalam dunia kulinari ketika bergelar pelajar di UK. Kari ikan yang hancur isinya menjadi percubaan sulung Norman. Berderai tawanya apabila berkongsi memori lucu itu. Begitupun, daripada seorang yang kekok memegang sudip, Norman yang hari ini sudah hebat 'bersilat' di dapur. Kecintaannya terhadap masakan Melayu bercambah setiap hari sehinggalah dia mampu membuka sebuah restoran di bumi Manchester. Ning merupakan kemegahan Norman, kini kebanggaan Malaysia. Kunjungan penulis ke Manchester baru-baru ini sempat mempertemukan kami. Permintaan temu bual menerusi e-mel yang dilayangkan penulis kepada pengasas bersama Ning yang juga berperanan sebagai Pengarah Urusan, Andy Spracklen disambut baik oleh Norman. Berbaloi Pengenalan ceritanya mengimbas pembukaan Ning lapan tahun lalu yang dibangunkan Norman bersama Spracklen. Sejak pembukaannya, Ning telah meraih beberapa pencapaian termasuk disenarai pendek dalam kategori Anugerah Restoran Tahunan Terbaik Manchester pada tahun 2009. Norman yang juga memegang posisi cef eksekutif Ning pernah dianugerahkan Cef Muda Asia & Timur Tahunan Terbaik di Anugerah Kari Asia 2012. Lelaki kelahiran George Town, Pulau Pinang itu turut disenarai pendek dalam kategori Cef Tahunan Terbaik pada Anugerah Festival Makanan dan Minuman Manchester 2009 serta dipilih selaku cef rasmi bagi pasukan Formula 1 Lotus pada tahun 2010. Dua dekad membina nama, nyata setiap keringat Norman berbayar. Sambutan hambar restoran dan kesukaran orang Inggeris menerima menu Malaysia pada permulaan karier kulinarinya menjadi penawar paling mujarab terhadap kejayaannya masa kini. "Dalam bisnes restoran, tempoh tiga tahun pertama merupakan fasa paling kritikal. Kira-kira 30 peratus restoran di sini terpaksa menutup operasi sepanjang waktu percubaan itu. "Ning juga tidak terkecuali berdepan cabaran. Percaturan awal kami silap. Kami lupa, selera orang di sini berbeza dengan rakyat Malaysia. Jadi, konsep dan teknik masakan mesti diubah mengikut kesesuaian latar tempat dan budaya," tutur Norman dalam bahasa Melayu yang langsung tanpa disulami slanga Inggeris. Penyediaan makanan dengan minyak berlebihan dan kepedasan standard dalam kalangan orang Malaysia menjadi permasalahan dominan sepanjang dua tahun pertama operasi Ning. Justeru, Norman menukar aspek masakan dengan mengurangkan penggunaan minyak dan cili. Beliau percaya, lambat laun orang Inggeris mampu dididik untuk menerima makanan pedas. Namun, nilai autentik setiap sajian masih terpelihara. Staf barisan hadapan Ning, khususnya pelayan turut dipersiapkan dengan informasi menyeluruh berhubung setiap menu yang ditawarkan. Ia membolehkan mereka berani mencadang dan menjelaskan menu-menu tertentu kepada pelanggan. Bagi Norman, pemahaman pelanggan terhadap menu yang dipesan mesti diperinci sejelas-jelasnya memandangkan majoriti pengunjung restorannya tidak pernah merasai makanan Malaysia. Musim Penetapan menu pula disesuaikan mengikut musim. Ning sentiasa muncul dengan sajian inovatif. Setiap enam bulan, Norman menilai maklum balas pelanggan dan mengenal pasti menu yang perlu diperbaiki, diperbaharui ataupun dikekalkan. Ning juga menerima perakuan halal. Setiap menu dimasak menggunakan daging yang disembelih mengikut syariat Islam. Biarpun pernah ada pelanggan yang membatalkan niat untuk datang ke Ning gara-gara menyajikan makanan halal. Ning tetap diminati ramai orang Inggeris yang sebenarnya tidak begitu ambil pusing soal pensijilan halal. Pengurusan yang tersusun berserta penyelidikan berterusan Ning membolehkan ia terus berkembang mengukuhkan identiti di Eropah. Meskipun beroperasi di lokasi yang kurang strategik sebenarnya ia diperhebatkan oleh keseimbangan kualiti makanan dan layanan kelas pertamanya. Fokus Kesetaraan dua prinsip itulah acapkali diabaikan pengusaha restoran Malaysia di luar negara. Ramai tukang masak berpotensi berhenti sekerat jalan disebabkan restoran mereka lengang daripada kunjungan orang. "Saya sangat menggalakkan orang kita untuk membuka restoran di luar negara. Benar, perjalanannya tidak mudah tetapi jika kita benar-benar fokus, ia pasti mampu bertahan. Kesilapan orang kita ialah mereka membuka restoran berpandukan stail di Malaysia. "Prospek pasaran di luar negara tidak sama. Kualiti dan servis sangat penting terutama dalam kalangan orang Inggeris, mereka sangat teliti. Kita mesti letakkan standard sama seperti restoran-restoran yang menghidangkan makanan ruji mereka," pesan Norman bersungguh-sungguh. Dalam konteks restoran Asia di UK, India terus mengungguli senarai dengan kira-kira 13,000 restoran diikuti restoran makanan Cina sebanyak 9,000 buah. Jiran kita, Thailand tidak kurang hebatnya dengan anggaran 3,000 restoran dan dijangka terus meningkat. Malaysia pula hanya mempunyai sekitar 80 buah restoran. Dedah Norman, Malaysia kini sedang bersaing rapat dengan pengusaha restoran Vietnam dalam meraih peningkatan populariti di UK. Apabila dibandingkan dengan Thailand yang jauh meninggalkan Malaysia, Norman menyifatkan pengusaha dari negara Gajah Putih itu sememangnya berani mengambil risiko dan sangat berdikari. Lapan tahun beroperasi dalam perkiraan Norman, Ning sudah utuh. Justeru, dia tidak bimbang meletakkan tanggungjawab pengurusan harian kepada para pekerjanya. Lapanglah dadanya untuk aktif mengatur projek supper club, satu konsep makan malam tertutup yang terhad kepada maksimum 30 orang di London. Setiap dua kali sebulan, acara eksklusif itu dianjurkan Norman dengan menyewa ruang kafe atau unit-unit apartmen di sana. Pengumuman supper club akan disampaikan di laman Facebook rasmi Norman. Lazimnya, ia berlangsung dari pukul 7.30 hingga 10.30 malam. Norman juga sibuk dengan kelas memasaknya. Dia sering diundang bagi menganjurkan kelas dan demonstrasi memasak seperti di Hamburg (Jerman) dan Belanda. Malah, sejak tahun lalu, Norman mula mengajar pelajar peringkat diploma di Leiths School of Food and Wine, London dalam subjek masakan Malaysia. Cabaran mengajar memang sangat berbeza daripada mengurus restoran. Kepelbagaian dalam masakan Malaysia yang dipengaruhi unsur Indonesia, Thailand dan Portugis secara tidak langsung menyulitkan penyampaian Norman kepada pelajar-pelajarnya. Dalam masa yang pendek, Norman perlu menyimpulkan segala aspek masakan Malaysia secara tertib dan jelas. Produk Sajian Malaysia yang memerlukan gabungan pelbagai rempah dan bahan sememangnya dianggap rumit oleh orang luar, berbeza dengan makanan Barat yang agak ringkas. Setakat ini, kelas masakan Norman telah mengumpulkan hampir 1,500 orang Inggeris sejak dia mula aktif mengajar pada tahun 2007. Perjalanan Norman dalam dunia kulinari global tidak terhenti di situ sahaja. Kini, beliau memiliki beberapa produk sendiri. Serbuk kari ayam dan ikan serta lapan jenis puri berjaya dihasilkan. Puri kunyit, lengkuas, bawang putih, bawang merah, halia Bentong, bunga kantan, serai dan cili merah yang diproses dan menjalani produksi sepenuhnya di Malaysia kini boleh didapati di beberapa pasar raya di UK dan di Village Grocer serta Jasons Food Hall, Bangsar. Seleksi coklatnya pula terdapat dalam empat varian iaitu coklat gelap bunga lawang, coklat susu buah pala, coklat susu perisa pandan dan coklat gelap perisa kopi dan kayu manis. Norman juga dalam perancangan mengeluarkan variasi ais krim dan sorbet berteraskan perisa Malaysia seperti durian, pandan, teh tarik, nanas dan kayu manis, sirap ros dan biji selasih. Penulis sekali lagi bertemu Norman di Malaysia. Kepulangan ke tanah air baru-baru ini adalah bagi merasmikan pembukaan Studio Kulinari miliknya di Banting, Selangor. Studio tersebut berfungsi sebagai pusat bagi kelas memasak, supper club dan pejabat. Lokasinya yang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memudahkan urusan Norman yang perlu kembali ke Malaysia setiap dua bulan sekali. Sepanjang ketiadaannya di tanah air, kelas memasak dan aktiviti di studio itu akan dikepalai tiga cef tempatan. "Walaupun sudah membuka studio di Banting, tumpuan saya tetap di UK. Saya sedang dalam persediaan untuk muncul dalam program TV di saluran BBC. Peluang keemasan begini memang sukar untuk saya lepaskan. "Impian masa depan saya adalah untuk membuka sebuah restoran dalam taman Malaysia. Pelancong yang datang boleh belajar mengenali herba-herba Malaysia dan berpeluang mengikuti kelas memasak. Namun, itu semua rancangan selepas saya bersara di UK," ujar Norman yang menggemari daging masak kicap resipi asal arwah ibunya. | |||||
Sekolah pendaki wanita di Pakistan Posted: 05 Nov 2014 02:29 PM PST SEKUMPULAN wanita Pakistan duduk bersimpuh di atas karpet sambil tekun mendengar tentang asas-asas pendakian gunung-gunung tertinggi dunia yang disampaikan oleh tenaga pengajar. Terletak di kawasan pedalaman Pakistan bersempadan dengan China, Sekolah Pendakian Gunung Shimshal mempunyai pemandangan indah dikelilingi gunung-ganang. Sebahagian wanita memecahkan tabu dengan melakukan pekerjaan yang biasanya dikuasai oleh golongan lelaki seperti tukang kayu dan pembantu pendaki di puncak Himalaya. "Pastikan anda sentiasa memeriksa peralatan mendaki kerana kesilapan kecil boleh membawa maut," nasihat Niamat Karim kepada pelajar-pelajarnya. Dia memberikan amanat terakhir kepada lapan orang pelajar yang bakal melakukan demonstrasi pendakian. Mereka merupakan kumpulan pelajar wanita pertama di sekolah yang ditubuhkan pada tahun 2009 dengan sokongan daripada pendaki Itali, Simone Moro itu. Mereka belajar selama empat tahun bagi mengikut modul pembelajaran seperti teknik mendaki, kemahiran menyelamat dan pengurusan pelancongan. Berada di ketinggian 3,100 meter dari paras laut, Shimshal merupakan penempatan tertinggi di Lembah Hunza yang hanya boleh diakses dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. Untuk sampai di kampung yang dihuni 250 orang penduduk itu, orang ramai perlu melalui jalan yang sempit, tidak berturap, lereng-lereng gunung dan merentasi jambatan kayu yang berbahaya. Sistem solar Sumber elektrik dan air hanya diperoleh melalui sistem solar yang dibeli dari China. Di sebalik kemiskinan itu, kadar literasi penduduk adalah 98 peratus iaitu dua kali ganda lebih baik berbanding peringkat kebangsaan. Penduduk tempatan bergantung kepada industri pelancongan dengan purata satu rumah mempunyai seorang pendaki. Kawasan itu juga melahirkan ramai pendaki terkenal dunia termasuk Samina Baig yang merupakan wanita Pakistan pertama menakluki Everest. Bagi salah seorang peserta, Takht Bika, 23, bersekolah di institusi itu merupakan impiannya selama ini. "Bapa saudara dan abang saya merupakan seorang pendaki. Saya sering bermain dengan peralatan mendaki setiap kali mereka pulang dari musim pendakian. Peralatan mendaki menjadi permainan saya dan bukannya anak patung," ujarnya. Dalam tradisi keluarga Duor Begum, mengikuti kelas pendakian merupakan satu penghormatan selain bagi menghormati kematian suaminya di Lembah Hunza. Legasi Dia menyambung legasi suaminya dan menjadikan aktiviti itu sebagai punca rezeki bagi menampung keluarga. "Saya mempunyai dua orang anak dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Saya mengambil risiko untuk masa depan anak-anak dan memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka," kongsinya. Walaupun wanita tersebut cuba mengubah persepsi masyarakat, Begum berpendapat, dia masih berdepan kesukaran untuk menjadi seorang pendaki profesional. "Saya tahu ia sukar tetapi anak-anak menjadi pembakar semangat untuk berjaya," tegas Begum. Berada jauh daripada penempatan di lembah itu, cerita sama melingkari hidup Bibi Gulshan yang juga berusaha mengubah pemikiran masyarakat terhadap kerja-kerja kasar yang dilakukan oleh ibu kepada dua orang anak itu. Dia dilatih menjadi tukang kayu di bawah Women Social Enterprise (WSE) iaitu projek oleh Aga Khan Development Network yang memberikan peluang pekerjaan kepada keluarga miskin dan pada masa yang sama meningkatkan daya usaha kaum wanita. Ditubuhkan pada tahun 2003, WSE disertai oleh lebih 110 wanita lingkungan umur 19 hingga 35 tahun. "Saya mahu memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak supaya mereka tidak berasa terpinggir selepas kehilangan suami yang terkorban dalam peperangan. "Saya mula bekerja selepas 10 hari kematian suami. Ramai yang mempersenda ketika itu tetapi saya perlu melakukan sesuatu untuk menampung kehidupan keluarga," ujarnya. Dia memperoleh pendapatan sebanyak RM264 sebulan dan wang tersebut digunakan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah. Kemahiran yang ada turut digunakan untuk membina rumah sendiri. Selain membantu golongan miskin dan memperkasakan kaum wanita, WSE yang dibiayai oleh Kedutaan Norway itu juga memberi fokus kepada kemahiran moden pesertanya. Ketua Projek, Safiullah Baig berkata, cara kerja kaum lelaki sangat berbeza dengan menggunakan perancangan yang tidak saintifik. "Namun, kaum wanita di institusi ini mengikuti kaedah saintifik bermula daripada lukisan, rekaan sehingga pembinaan sehingga menghasilkan produk yang terancang dan berkualiti," kata Baig. | |||||
Kesan bumerang terhadap psikologi manusia Posted: 05 Nov 2014 02:27 PM PST KITA selalu berhadapan dengan situasi dihujani pelbagai soalan daripada anak-anak yang baru mengenal dunia. Apatah lagi apabila anak-anak kita mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan cuba melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Misalnya, kanak-kanak suka menyentuh barangan yang mudah pecah walaupun telah berkali-kali kita melarang mereka supaya tidak menyentuhnya. Seolah-olah mereka berasa sangat teruja apabila melakukan perkara yang dilarang. Dalam istilah psikologi, situasi ini dikenali sebagai kesan bumerang. Fenomena psikologi ini tidak hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak tetapi turut melibatkan golongan remaja dan dewasa. Menurut kajian-kajian yang dilakukan di Barat, kempen-kempen yang diadakan untuk tujuan kebaikan menghasilkan keputusan yang terbalik. Contohnya, kempen menghindari gejala merokok dan alkohol yang sepatutnya membantu mengurangkan tabiat tersebut seolah-olah menggalakkan lagi orang ramai untuk melakukannya. Selain itu, satu kajian mengenai keburukan menonton rancangan-rancangan keganasan dilakukan terhadap sekumpulan pelajar namun, sebaliknya pula apabila terdapat beberapa orang pelajar lebih terangsang untuk melakukan perbuatan itu. Tambahan pula, terdapat beberapa kes berlaku dalam kalangan masyarakat kita yang mempunyai kesan bumerang ini. Menggemparkan Pertamanya, terdapat sekumpulan individu telah menganjurkan program menyentuh anjing yang telah menggemparkan masyarakat Islam baru-baru ini. Acara tersebut menggemparkan kerana ia dianjurkan oleh orang Islam sendiri dan para peserta pula rata-ratanya merupakan orang Islam. Terdapat banyak pandangan berkaitan hukum menyentuh anjing tetapi apakah keistimewaan menyentuh haiwan tersebut? Sekiranya ia bertujuan untuk menunjukkan kasih sayang ataupun keberanian, terdapat pelbagai haiwan lain yang boleh disentuh seperti singa atau ular tedung. Mungkin niat penganjur adalah baik tetapi kempen yang diadakan itu dilihat sebagai sesuatu yang sangat janggal dan inilah yang dikatakan sebagai kesan bumerang. Kempen tersebut mungkin tidak mempunyai sebarang kesan terhadap orang bukan Islam tetapi bagi umat Islam, ia adalah sesuatu perkara yang istimewa kerana menyentuh haiwan yang dilarang. Dalam pada itu, di lokasi yang berlainan, dianggarkan lebih 1,000 orang menceroboh masuk ke sebuah universiti tempatan bagi mendengar pidato yang disampaikan oleh seorang tokoh pembangkang. Walaupun pihak universiti melarang acara tersebut, masih terdapat sekumpulan mahasiswa ingin menjemput pemimpin politik itu bahkan mereka juga berkeras untuk mengikuti program tersebut. Kita tidak menafikan hak-hak mahasiswa tetapi mengapa mereka masih ingin melakukannya? Adakah ia benar-benar melibatkan isu hak asasi dan kebebasan bersuara? Mengapakah ia tidak dilakukan di tempat lain dan dilakukan dalam kawasan kampus? Itulah yang dikatakan sebagai kesan bumerang. Semakin kuat penolakan terhadap sesuatu perkara maka semakin ramai pula yang ingin mendapatkannya. Bahkan, ia menyebabkan orang merasa teruja untuk menyertainya. Sebenarnya, dalam latar kehidupan, setiap hari kita berhadapan dengan kesan bumerang ini. Ia bukan hanya sekadar melihatkan orang lain tetapi sesekali ia melibatkan diri sendiri. Antipengganas Misalnya, kita teringin untuk memandu lebih daripada had yang dibenarkan kerana ia seolah-olahnya memberikan satu kepuasan. Manusia berasa lebih hebat dan istimewa apabila mampu melakukan sesuatu yang dilarang apatah lagi sekiranya ia mampu menimbulkan kontroversi. Mutakhir ini, penganalisis dalam bidang antipengganas sudah mula melihat sejauh mana kesan bumerang terhadap polisi antipengganas kepada keselamatan negara. Tekanan yang diberikan oleh kuasa besar terhadap kumpulan pengganas tidak pula mampu mengurangkan aktiviti keganasan itu bahkan lebih banyak kumpulan baharu muncul dengan memberi kesan yang lebih menakutkan. Sebab itu, kesan bumerang ini sewajarnya diberikan pertimbangan setiap kali kita cuba melakukan tindakan mendisiplinkan anak, pelajar atau membuat keputusan penting organisasi. Kita mungkin melihat apa yang kita lakukan mampu menghindar sesuatu perkara, realitinya ia mungkin memberikan kesan sebaliknya. Manusia akan terus berjuang bagi melakukan sesuatu perkara yang dilarang. Inilah satu fenomena psikologi manusia yang sangat sukar difahami. | |||||
Selipar getah tarikan Langkawi Posted: 05 Nov 2014 02:26 PM PST ROKOK, minuman keras atau coklat? Yang mana satukah menjadi pilihan pelancong bila berkunjung ke pulau bebas cukai Langkawi? Anda salah jika memilih satu daripada produk yang disenaraikan itu dan jangan terkejut kerana jawapan sebenarnya ialah selipar getah. Pelik tetapi penemuan ini adalah hasil kajian ke atas barang yang paling digemari pelancong bila berkunjung ke pulau lagenda ini yang dikongsi Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) bersama Bernama. Bagaimanapun, selipar getah ini bukan sebarangan selipar getah. Ada pelbagai warna dan ia mudah dibeli di kedai-kedai yang terletak di merata kawasan pelancong Langkawi. Selain kepelbagaian warna, terdapat aneka corak yang dilukis di atas selipar itu yang menjadikannya kelihatan begitu menarik apabila disusun di atas rak sama ada di dalam atau luar kedai. Mereka yang berhajat membeli selipar ini sila ambil maklum kerana harganya tidak semurah seperti yang disangkakan. Harganya boleh mencecah antara RM15 hingga RM30 sepasang. Lebih 100,000 pasang selipar dijual sepanjang tiga suku pertama tahun ini. Ini adalah antara hasil kajian pasukan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM), yang menjalankan kajian itu bagi pihak Lada. Penolong Pengurus kanan Bahagian Pelancongan Lada, Putra Helmi Elias memberitahu, kebanyakan mereka yang membeli selipar itu ialah pengunjung ke pulau peranginan ini. Memandangkan permintaan yang begitu tinggi bagi selipar jenis ini, tidak hairanlah ia boleh didapati terutama di kedai yang biasa dikunjungi pelancong. Bukan setakat kedai selipar sahaja, malah kedai tekstil dan pasar raya turut menjual selipar ini. Seorang pembantu kedai yang dikenali sebagai Lina mengakui memang benar selipar itu bukan sahaja digemari pengunjung tetapi juga penduduk tempatan. Bila ditanya berapa pasang selipar boleh dijual dalam sehari, dia menjawab: "Saya tak pasti kerana kami bekerja ikut syif tetapi semasa syif saya pada sebelah malam, kami boleh menjual antara 20 hingga 30 pasang." Menurut Lina, selipar getah cukup selesa dipakai ketika berjalan di pantai yang berpasir seperti yang terdapat di Langkawi. Tambahan, katanya, memandangkan pulau itu dikelilingi laut, waktu siang boleh menjadi begitu panas dan memakai selipar boleh menyejukkan tapak kaki. Bagi pelancong, selipar itu juga boleh dijadikan sebagai cenderamata untuk dibawa pulang dan semestinya menjadi kenangan sempena lawatan ke pulau Lagenda Mashuri ini. Paling laris Di sebuah kedai di Beras Bakar, Padang Matsirat, pengunjung masih dapat melihat kesan padi terbakar sebelum berlaku serangan oleh penceroboh Siam. Di situ juga selipar berwarna-warni dijual di kedai-kedai. Menurut pembantu kedai berkenaan, selipar getah sememangnya senarai barangan laris. Katanya, pengunjung juga tidak melepaskan peluang membeli rantai kunci selipar mini. Antara tujuan Lada mendapatkan khidmat USM menjalankan kajian itu adalah untuk melihat dari semasa ke semasa, apa yang menambat hati pelancong untuk datang ke pulau peranginan tersebut. Putra Helmi memberitahu, ia juga untuk mengkaji bilangan pelancong ke Langkawi sama ada dapat ditingkatkan ataupun setidak-tidaknya dikekalkan. | |||||
AF2014 kembali raih sokongan peminat Posted: 05 Nov 2014 12:46 AM PST SEMBILAN minggu berentap di pentas Akademi Fantasia 2014 (AF2014), empat pelajar telah melayakkan diri ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada Ahad ini, bermula jam 9 malam, di saluran Astro Ria dan Maya HD. Pada mulanya, Ketua Program Realiti & Format Astro, Namanzee Harris memberitahu tiada perancangan untuk mewujudkan AFMasuk dan menegaskan bahawa empat pelajar sahaja yang berada di pentas final. Namun, kemasukan Adel menerusi AFSerap menjangkakan saingan sengit kepada empat yang lain iaitu Nuha, Ewal, Aman dan Firman apabila mereka berlima bakal berentap untuk meraih gelaran juara. Kurang seminggu sahaja lagi, pelajar AF2014 bakal mempersembahkan 'hidangan' terakhir mereka di pentas realiti itu. Sudah pastinya masing-masing sedang bertungkus-lumus dengan bantuan tenaga pengajar di fakulti untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik di sepanjang musim ini. Zass mendapatkan Namanzee untuk berkongsi lebih lanjut mengenai keseluruhan program dan kejutan yang bakal dipersembahkan pada konsert akhir nanti. Setakat ini, apakah yang boleh anda simpulkan mengenai AF2014? Alhamdulillah, saya dan seluruh produksi Astro berbesar hati dengan penerimaan dan sambutan hangat yang diberikan terhadap AF2014. Sejujurnya, saya tidak menyangka sokongan kepada konsert AF2014 kembali hangat walaupun pada tahun lalu kita berdepan pelbagai kritikan. Saya akui, pada tahun lalu, kita terpaksa berdepan banyak cabaran apatah lagi memperkenalkan format baharu. Namun, kesulitan dan cabaran tahun lalu memberi banyak manfaat kepada kami untuk diperbaiki pada musim ini. Secara keseluruhannya, AF2014 berjaya memancing semula penonton berdasarkan peratusan undian mengatasi tahun terdahulu. Bagaimana pula dengan mutu pelajar yang layak ke peringkat akhir? Secara peribadi, saya merasakan mereka sememangnya layak untuk ke pentas akhir setelah berminggu-minggu berdepan dengan cabaran demi cabaran. Masing-masing ada kelebihan tersendiri dan mereka perlu buktikan kemampuan sebenar mereka di pentas akhir nanti. Pada konsert sebelum ini, saya memerhatikan peratusan undian lebih diberikan kepada Azwan. Namun, pada konsert minggu lalu, saya terkejut kerana empat yang layak ke peringkat akhir itu mendapat undian tinggi berbanding sebelum ini. Saya yakin, ramai dalam kalangan peminat yang mengundi berdasarkan persembahan mereka. Sebelum ini, anda pernah menegaskan tiada perancangan untuk AFMasuk. Namun, AFSerap diperkenalkan dan Adel mengisi kekosongan itu. Adakah perancangan itu dibuat berdasarkan perbincangan anda bersama tenaga pengajar? Ya, saya pernah memberitahu tiada perancangan untuk AFMasuk dan pelajar yang layak ke peringkat akhir hanyalah empat orang. Namun, setelah mendengar penerangan dan perbincangan bersama Pengetua AF2014, Datuk Hattan, AFSerap wajar diperkenalkan atas beberapa sebab. Antaranya ada di kalangan pelajar memberikan persembahan hebat, vokal baik dan komitmen tinggi tetapi terpaksa disingkir kerana kekurangan undian. Ia tidak adil untuk mereka yang bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik di setiap minggu seperti Muna dan Adel. Kami mengambil kira pandangan peminat. Adakah ianya tidak mengundang kontroversi apabila empat pelajar lain berdepan dengan tekanan setiap minggu sedangkan Adel hanya menunggu untuk ke final? Saya rasa tidak akan ada isu tidak puas hati ini kerana peminat dan pengundi tahu Adel layak bersama empat rakannya yang lain. Lagipun, saya melihat tekanan yang diterima lebih kepada tenaga pengajar kerana Adel ketinggalan banyak latihan dan kelas berbanding pelajar lain. AF2014 tidak terlepas daripada kontroversi hebat termasuk insiden yang melibatkan Firman dan personaliti fesyen, Wak Doyok. Adakah ia hanya gimik semata-mata untuk menaikkan rating tontonan? Sebenarnya, Astro ada perancangan membuat gimik dan salah satunya kemunculan Wak Doyok di pentas AF2014 dan membuat tinjauan di asrama mereka. Ramai menyangka Wak Doyok pilih kasih dan sengaja memalukan Firman. Namun sebenarnya, Wak Doyok turut memberikan hadiah kepada Firman selepas tamat konsert pada malam itu. Malah, ia dirakam dan dimuatkan dalam siaran Diari AF2014. Kami akui, mungkin ada kesilapan dalam membuat gimik sehingga mengganggu emosi penonton dan saya mengambil insiden ini sebagai pengajaran untuk masa yang akan datang. Secara keseluruhan, adakah AF2014 mencapai matlamat yang telah ditetapkan? Alhamdulillah, sebenarnya ia melebihi jangkaan kami dengan sambutan yang begitu baik. Ianya melebihi dari apa yang kami bayangkan sebelum ini. Saya mengambil kira beberapa maklum balas daripada orang ramai yang mengatakan AF sudah tidak relevan dengan zaman teknologi sekarang. Namun, dengan mengekalkan format asal, kami berjaya menarik minat penonton semula. Dari segi penyusunan muzik, pemilihan lagu dan pelajar serta komitmen tenaga pengajar dan pengetua, adakah anda berpuas hati pada AF2014? Ya, saya amat berpuas hati dengan penyusunan yang telah dibuat. Begitu juga dengan pelajar dan tenaga pengajar yang terdiri daripada Acis (Guru Muzik dan Pengarah Muzik Konsert), Siti Hajar (Guru Vokal), Fatimah Abu Bakar (Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan Koreografi) dan Marlia Musa (Guru Seni Persembahan). Malah, Datuk Hattan memberikan komitmen 100 peratus sebagai pengetua. Dia juga lebih menekankan soal persembahan, bersesuaian dengan kerjayanya sebagai penghibur. Untuk persediaan ke pentas akhir, mungkin ada beberapa kejutan yang bakal dipersembahkan nanti? Kami tidak mengutamakan soal kejutan pada tahun ini kerana tumpuan lebih diberikan kepada nilai persembahan. Kami memutuskan untuk konsert akhir, persembahan perlu dilakukan dalam bentuk muzik video di atas pentas dengan kelengkapan prop dan pencahayaan. Kami juga menjemput beberapa artis jemputan yang turut memeriahkan konsert akhir nanti. Selain itu, kelainan juga pada setiap finalis akan disertakan sekumpulan pasukan khas untuk persembahan mereka. Pada malam itu, mereka akan membawakan satu lagu pilihan dan satu lagi lagu baharu. Selepas AF2014 melabuhkan tirai, adakah Astro akan menyediakan platform untuk pelajarnya dalam melebarkan sayap dalam industri? Selepas mereka keluar, mereka membawa lagu baharu sendiri dan Astro akan menyediakan muzik video mereka. Namun, Astro memastikan ruang akan diberikan dalam beberapa persembahan dan acara hiburan yang melibatkan Astro. Bagaimanapun, kami tidak menggalakkan mereka terus bergantung kepada Astro. Akhir sekali, apakah harapan anda pada konsert akhir AF2014 nanti? Saya mengharapkan agar mereka dapat menyediakan hiburan yang terbaik di konsert akhir nanti mengikut keistimewaan yang dimiliki dengan memberikan persembahan yang mantap. Jauh di sudut hati saya mengharapkan agar AF2014 menjadi konsert AF yang paling berjaya dalam keseluruhan musim yang ada sebelum ini! | |||||
Fiza Halim Nyaris Dibuli Pemandu Teksi Posted: 05 Nov 2014 12:45 AM PST | |||||
Kurang Tampan Punca Hazama Tiada Tawaran Duta Produk Posted: 05 Nov 2014 12:42 AM PST | |||||
Rozana Diminta Kemukakan Bukti Pernikahannya Dengan Awie Tidak Didaftarkan Posted: 05 Nov 2014 12:41 AM PST | |||||
Sharnaaz Komen Watak Lelaki 'Sotong' Tidak Menjadi Posted: 05 Nov 2014 12:40 AM PST | |||||
Umie Aida elak babak bersentuhan Posted: 05 Nov 2014 12:36 AM PST
BERSESUAIAN dengan penampilannya yang bertudung, aktres hebat, Datin Paduka Umie Aida akui dirinya kini memilih tawaran lakonan lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan babak bersentuhan. Selain itu juga, pelakon teater 'Bahayanya Wanita' ini juga hanya akan tertarik dengan karekter yang lebih mencabar. "Selepas bertudung, memang ada beberapa tawaran lakonan yang saya terima. Tapi buat masa ini belum ada yang bersesuaian. "Karakter apa yang ditawarkan itu bukan masalahnya, tapi batas-batas yang perlu saya ambil kira. "Sebolehnya memang saya elakkan babak bersentuhan jadi saya terpaksa tolak beberapa tawaran kerana tidak mahu menyusahkan produksi lain. Sebagai seorang pelakon saya faham situasi pihak produksi, jadi lebih baik saya tolak," katanya yang kini sedang berehat dari bidang lakonannya. Umie ditemui ketika menghadiri majlis perasmian pembukaan galeri perabot, Commune, di Bangsar yang turut dihadiri beberapa selebriti lain seperti Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Mengulas lebih lanjut mengenai kemenangannya meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia 26 (FFM26), Umie menganggap hanya rezeki menyebelahinya memandangkan calon-calon lain yang terlibat bukanlah calang-calang. "Alhamdulillah, saya tahu bukan senang buat para juri membuat pemilihan tambahan pula persaingan lain tidak kurang hebatnya. "Saya percaya kemenangan ini adalah rezeki dan ia juga beri semangat untuk saya buat lebih baik selepas ini," katanya teruja. | |||||
Terkejut air pili ada cacing merah Posted: 05 Nov 2014 12:33 AM PST
KLUANG - Penduduk Jalan 32, Jalan 34 dan Jalan 36, Taman Kluang Barat terkejut air pili di kediaman mereka mengandungi cacing berwarna merah, kelmarin. Kejadian berkenaan disedari penduduk Jalan 34, Oh Kwee Soon,54, apabila mahu menadah air di hadapan rumahnya. Katanya, apabila menadah air, dia menyangka tempat tadahan air itu mengandungi cacing halus lalu dibuangnya air berkenaan. "Saya menadahnya lagi dan mendapati air yang saya tadah sememangnya mengandungi cacing halus berwarna merah yang keluar dari air pili. "Saya terus beritahu ahli keluarga lain termasuk jiran. Kami dapati rumah jiran berlaku perkara sama termasuk penduduk di sekitar Jalan 34," katanya. Kwee Soon berkata, setelah mendapati semua air pili mengandungi cacing, dia dan beberapa jiran membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab. Menurutnya, masalah berlaku dipercayai berpunca daripada pembekalan air yang disalurkan pihak berkaitan. Dalam pada itu, kejadian yang berlaku itu turut mendapat perhatian Adun Mengkibol, Tan Hong Pin yang turun padang melihat sendiri permasalahan dihadapi penduduk Taman Kluang Barat. Beliau berkata, dia terus menghubungi Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings dan Pejabat Kesihatan daerah Kluang untuk mengetahui punca kejadian. "Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada SAJ, perkara berkenaan masih dalam siasatan dan tidak dapat memberi sebarang maklumat. "Saya percaya ia berlaku disebabkan pencemaran sistem dan tidak berkaitan sumber air. Bagaimanapun, saya berharap pihak berkenaan harus memaklumkan orang awam punca berlakunya masalah ini. "Saya juga berharap kerajaan harus membentangkan rang undang-undang air minum yang selamat dengan secepat mungkin supaya kawal selia terhadap kualiti air terawat dapat dijalankan dengan lebih rapi. Pihak syarikat air haruslah sentiasa memastikan air yang dibekalkan kepada pengguna adalah sentiasa bersih dan selamat," katanya. | |||||
Gadis bertemankan 70 ular berbisa Posted: 05 Nov 2014 12:25 AM PST
KOTA BHARU - 70 ular berbisa dipamerkan bersama seorang gadis dalam bilik kaca selama 12 jam yang menjadi tarikan utama dalam pameran dan pertunjukan ular di Muzium Negeri di sini yang berlangsung kelmarin sehingga 3 Disember ini. Gadis berkenaan, Rahila Abdul Rahman, 28, berkata, walaupun terpaksa berada dalam bilik kaca itu selama 12 jam dari jam 10 pagi hingga 10 malam, langsung tidak menimbulkan sebarang masalah kepadanya. "Ini merupakan pertunjukan pertama yang saya sertai, setelah enam bulan menceburkan diri dalam bidang berkenaan secara serius dengan latihan yang dikendalikan oleh jurulatih profesional, Amjad Ali Khan, 50. "Walaupun pada mulanya agak gementar, namun selepas berada dalam bilik kaca berkenaan bersama ular-ular senduk yang masih mempunyai bisa, saya dapat mengawal keadaan. Ular-ular ini tidak bertindak agresif," katanya kepada media semalam. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan Datuk Hassan Mohamood. Rahila berkata, minat yang mendalam terhadap ular sejak di bangku sekolah mendorongnya untuk lebih serius melibatkan diri dalam bidang berkenaan. "Saya membela seekor ular sawa di rumah yang diberikan nama Emily. Kini minat saya semakin mendalam apabila mendapat peluang menyertai pertunjukan seumpama ini dalam bilik kaca bersama ular-ular berbisa. "Lagipun pada waktu lapang, saya turut menambahkan ilmu dengan mempelajari cara-cara menjaga dan menyimpan haiwan reptilia," katanya. Sementara itu, Pengarah Muzium Negeri, Nik Mohd Azlan Hadi berkata, selain pertunjukan ular dalam rumah kaca, turut diadakan persembahan yang dikendalikan oleh jurulatih profesional yang didatangkan khas dari Pulau Pinang. "Kita juga turut pamerkan hampir 150 jenis ular dalam bekas kaca selain pameran buaya yang diawet, biawak, cicak, katak dan pelbagai jenis reptilia. "Harga tiket untuk dewasa dan kanak-kanak hanya RM4 manakala untuk pelajar dan kanak-kanak beruniform RM2 dan turut berpeluang bergambar bersama ular dalam pameran itu,"katanya. Nik Mohd berkata, diharapkan pameran kali ketiga yang diadakan di muzium ini mendapat tempat dalam kalangan peminat ular dan rakyat di negeri ini dan mensasarkan 60,000 hingga 100,000 pengunjung bakal mengunjungi pameran terbabit. | |||||
Bertemu semula kerana WhatsApp Posted: 05 Nov 2014 12:24 AM PST
TANAH MERAH - Kewujudan aplikasi mesej WhatsApp merealisasikan impian bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Pertanian (SMVP) Chenor, Pahang, bertemu semula selepas lebih 30 tahun terpisah. Pada majlis berlangsung di Taman Kota Harmoni, dekat sini, kelmarin, seramai 39 bekas pelajar tingkatan empat dan lima sekolah itu bagi sesi 1981-1982 hadir untuk bertemu bekas rakan sekelas. Setiausaha Jawatankuasa Alumni SMVP Sesi 81/82, Mustafa Kamal Othman berkata, sejak adanya aplikasi WhatsApp, mereka mula berhubung antara satu sama lain sehingga membolehkan pertemuan itu diadakan. "Saya ada juga buka laman Facebook untuk bekas pelajar SMVP 81/82 tetapi kurang sambutan dan tidak dapat berhubung dengan ramai kawan sekelas, mungkin sebab tidak ramai antara kami guna Facebook. "Tetapi sejak ada WhatsApp, kami mula berhubung dengan dua tiga orang dan daripada kenal atas kenal, kami dapat adakan pertemuan semula ini buat pertama kali sejak terpisah 32 tahun lalu," katanya, kelmarin. Menurut Mustafa Kamal, suasana majlis yang turut dihadiri rakan sekelas dari Terengganu dan Pahang itu diselubungi perasaan gembira dan terharu hingga ada antara mereka menitiskan air mata. "Sesiapa pun akan ada satu masa rasa nak jumpa dengan kawan-kawan lama dan bagi kami, inilah saat impian jadi nyata apabila dapat bertemu semula buat pertama kali. "Terima kasih kepada tiga bekas rakan sekelas kami yang juga ahli korporat kerana menaja makan minum dan tempat tinggal untuk majlis perjumpaan ini," katanya. Dia yang lebih dikenali Kamal Bunut Susu memberitahu, pertemuan semula itu turut membawa kepada persetujuan untuk menubuhkan jawatan kuasa alumni bekas pelajar terbabit. "Ada seramai 120 orang yang belajar bersama pada sesi tersebut tetapi hanya 39 orang yang hadir majlis ini, jadi kami nak cari rakan sekelas yang lain untuk merancang program lebih besar. "Selain Kelantan, Terengganu dan Pahang, kami juga ada rakan sekelas dari Kuala Lumpur, Perak dan Kedah tetapi setakat ini, kami masih tidak dapat mengesan mereka," katanya. Justeru, Mustafa Kamal meminta bekas pelajar SMVP sesi tersebut yang tidak hadir pada majlis itu menghubunginya di 013-921 2180 bagi pengumpulan data untuk penubuhan alumni berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 ulasan:
Catat Ulasan