ads

Selasa, 18 November 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Miliki ubi keledek unik berbentuk itik

Posted: 18 Nov 2014 09:41 PM PST


  • Mohd Sardi menunjukkan ubi keledek berbentuk itik yang ditemuinya.Mohd Sardi menunjukkan ubi keledek berbentuk itik yang ditemuinya.

PARIT BUNTAR - Walaupun ditawarkan sejumlah wang, seorang peniaga buah-buahan enggan menjual sebiji ubi keledek miliknya yang berbentuk seperti seekor itik kerana mahu menyimpannya.

Mohd Sardi Muhammad, 38, berkata, dia memiliki ubi keledek unik itu secara tidak disengajakan ketika membelinya daripada seorang pemborong di Taiping untuk dijual di pasar hari di Kuala Kurau.

Menurutnya, sewaktu proses pengasingan gred dilakukan, dia terkejut menjumpai sebiji ubi berbentuk seekor itik yang mempunyai cukup sifat seperti kepala, badan dan ekor.

"Pada mulanya, saya ingin menyimpannya di rumah, namun isteri mencadangkan ubi itu dibawa ke kedai untuk dijadikan tarikan pelanggan ke gerai kami.

"Cadangan isteri nyata bernas apabila ubi keledek unik ini menjadi tumpuan orang ramai untuk menatapnya dan mengambil gambar.

"Lebih mengejutkan, terdapat seorang pelanggan yang tidak dikenali menawarkan harga RM100 untuk membeli ubi unik ini, namun saya menolaknya kerana berasa sayang," katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Sardi berkata, dia yakin bentuk ubi itu mempunyai nilai tersendiri dan bercadang menyimpannya.

"Saya tidak menyesal kerana menolak tawaran itu kerana bagi saya ia adalah satu seni semulajadi yang hebat dan jarang ditemui.

"Bulan lalu saya ada terbaca dalam media sosial, seorang peniaga menjumpai ubi jenis sama yang mempunyai bentuk seperti tikus dan turut menyimpannya sehingga hari ini," katanya.

Nyawa baharu Wana Syed

Posted: 18 Nov 2014 09:35 PM PST


MUNCUL dengan single baharu, Jikalau Kau Tahu, Wana kini mahu dikenali sebagai Wana Syed.


NAMA Wana Mystarz LG yang merupakan juara rancangan realiti MyStarz LG musim kedua pada tahun 2009, hampir tenggelam dari radar industri seni. Walaupun telah melahirkan dua buah album sebelum ini, Wana ternyata masih gagal memahat namanya sebaris dengan artis-artis lain yang sudah pun banyak mencipta kejayaan tersendiri.
Pun begitu, Wana atau nama sebenarnya Noriezuana Syed Shafudin, 28, membidas dakwaan dirinya sudah hilang. Sebaliknya, Wana tegas berpendirian, dirinya masih bernafas dalam industri seni. Tidak pernah menghilangkan diri mahupun menyepi, dia sebenarnya masih 'bernyawa' dalam diam.
Sejak kontrak bersama syarikat rakamannya yang lama, Warner Music Sdn. Bhd. tamat dua tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana pihak buat sementara waktu. Bertemu dalam satu sesi fotografi baru-baru ini, Wana bercerita kepada Kosmo! tentang perancangan terkininya.
Kosmo!: Sejak tamat kontrak dengan Warner Music, apa yang dilakukan oleh Wana selama ini? Adakah anda membawa diri selama tempoh itu?
Wana: Sebenarnya, hampir dua tahun saya bergerak atas usaha sendiri setelah kontrak bersama Warner Music tamat pada tahun 2012. Dalam tempoh itu, saya sebenarnya masih aktif melakukan persembahan nyanyian dan ada juga terlibat dengan persembahan teater di kampung saya di Johor Bahru.
Selama ini juga saya tidak pernah berhenti dalam bidang nyanyian. Tawaran yang saya dapat memang banyak, tetapi selalunya tawaran itu bertindih dengan jadual persembahan yang telah dirancang awal. Terkadang, saya akui akibat kurang publisiti daripada media cetak atau elekronik membuatkan orang ramai tidak mengetahui status terkini saya. Mungkin juga itu salah satu sebab mengapa ada pihak mengatakan saya seakan tenggelam timbul sejak kebelakangan ini.
Pada kali ini anda tampil dengan menggunakan nama bapa pada hujung nama sebagai Wana Syed menggantikan label nama yang anda gunakan selama ini iaitu Wana Mystarz LG. Boleh ceritakan serba sedikit tentang penukaran nama tersebut?
Apabila mahu menukar nama, itu bukan bermaksud saya mengatakan nama Wana MyStarz LG yang digunakan selama ini sudah tidak boleh dipakai. Jika diikutkan sudah lama sepatutnya saya tukar nama komersial tetapi mungkin pada waktu itu masanya belum tiba untuk melakukan demikian. Rancangan realiti MyStarz LG juga sudah lama tamat dan kemungkinan untuk orang tahu atau ingat mengenai program itu sangat tipis. Sebab itu saya menggunakan peluang dengan keluaran single terbaharu ini untuk muncul kembali dengan menggunakan nama sebenar saya iaitu Wana Syed.

JIKA ada khalayak yang tertanya tentang kewujudannya, Wana menjelaskan dia masih penyanyi, hanya kurang diberi publisiti.


Hampir dua tahun menyepi tanpa sebarang produk, tidakkah anda berasa sia-sia kerana tidak menggunakan masa yang agak lama itu untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah lagu?
Saya akui, tempoh lama saya menyepi daripada menghasilkan apa-apa single mahupun album sedikitpun tidak berasa jarak masanya dan sesuatu yang sia-sia. Saya tidak rasa saya membazir masa kerana tempoh yang lama itu sangat cukup untuk menghasilkan sekurang-kurangnya beberapa buah lagu. Bagi saya, jika mahu mendapatkan sesuatu yang berkualiti dan bagus, saya tidak perlu terburu-buru dalam membuat keputusan. Saya sendiri tidak suka membuat sesuatu atas dasar tanpa berfikir panjang. Cabaran bergerak sendiri tanpa syarikat rakaman bukannya sesuatu yang mudah. Apa-apa keputusan semuanya saya perlu fikir dengan masak. Jujur jika saya katakan, bergerak sendirian menguruskan kerjaya nyanyian sebenarnya memberi impak kepada kehadiran saya dalam industri.
Boleh kongsikan apakah perkembangan terbaharu anda sekarang?
Alhamdulillah, sekarang saya muncul dengan single terbaharu berjudul Jikalau Kau Tahu. Lagu ini adalah hasil sentuhan komposer baharu , Bront dan liriknya pula ditulis oleh Aizizan. Pada asalnya, lagu ini digubah untuk penyanyi lain. Namun, mungkin tuah dan rezeki berpihak kepada diri saya, akhirnya pihak pengurusan Alibi Music bersetuju memberikan lagu ini kepada saya untuk dirakamkan. Lagu ini bergenre pop balada. Jujur saya akui, lagu ini memang ada kelainannya yang tersendiri. Ia berbeza dengan lagu-lagu saya yang lain sebelum ini kerana dahulu saya sering menyanyikan lagu bergenre pop reggae dan pop balada sahaja. Istimewanya dengan lagu ini, ia digubah hanya menggunakan alunan instrumen piano semata-mata tanpa ada iringan alat muzik yang lain yang benar-benar menguji kemampuan vokal saya. Jikalau Kau Tahu juga sebenarnya banyak memberi ruang kepada saya untuk lebih mempelajari dan memperbaiki mutu nyanyian. Bayangkan, jika sedikit sahaja tempo nyanyian saya lari, lagu ini akan kedengaran sumbang dan hancur.


Saiful Apek percaya karma perjalanan seni

Posted: 18 Nov 2014 09:33 PM PST


APEK memberitahu, tidak ada lagi kumpulan lawak masa kini yang mampu menyaingi kehebatan Senario. Dia bersama anggota Senario yang lain akan muncul dengan material terkini.


PATAH tumbuh hilang berganti. Sama seperti lumrah alam semula jadi, dunia seni juga mengalami evolusi yang sama. Menyedari hakikat itu, pencetus fenomena komedi tempatan, Saiful Apek tidak risau sekiranya peminat melupakan dirinya apabila jarang membuat kemunculan di kaca televisyen mahupun menghadiri acara hiburan.
Bagi pemilik nama sebenar, Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff, 45, dia tidak takut berdepan persaingan daripada pelawak generasi muda, bahkan pelakon filem Cicak Man itu beranggapan bahawa kitaran itu bersifat karma perjalanan anak seni sepertinya.
"Zaman sudah berubah dan mungkin ada benarnya pelawak generasi baharu lebih mudah mendapat perhatian, sementelah muncul lebih kerap di kaca televisyen. Namun hal itu tidak bermakna pelawak senior seperti saya terus terpinggir. Saya akui sokongan daripada peminat sewaktu zaman saya mula-mula muncul hingga sekarang masih tidak berbelah bagi dan mereka masih ingat saya.
"Secara dasarnya saya pernah menjadi pelopor kepada dunia komedi tempatan suatu ketika dahulu dan anugerah pelawak pertama kali telah diberikan kepada saya. Sejujurnya, saya melihat pengiktirafan itu membuka ruang kepada pelawak sekarang untuk terus diiktiraf dan dihargai.
"Untuk rasa tergugat kepada pelawak generasi sekarang, perasaan itu rasanya tidak terdetik pun kerana itulah karma perjalanan seni. Semakin ramai penggiat seni, semakin berkembang bakat untuk diwarisi," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem Mana Mau Lari di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Apek meletakkan situasinya sama seperti usaha yang pernah dilakukan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee suatu ketika dahulu. Setiap karya dan hasil seni yang dicurahkan menjadi ikutan dan panduan kepada generasi pada masa akan datang.
"Penonton akan menjadi muak jika setiap hari disajikan dengan individu sama sahaja dan hal itu pernah terjadi kepada saya. Ketika suatu masa dahulu tawaran berlakon filem tidak putus-putus, sehingga pada satu tahap, impaknya tidak akan membuahkan hasil. Bagaimanapun, saya percaya sekiranya kita benar-benar ikhlas bekerja, elemen-elemen yang pernah dicetuskan sebelum ini akan terus membesar bersama masyarakat dan tertinggal menjadi nostalgia," tambahnya.
Katanya, kemunculan saluran televisyen khas untuk golongan pelawak, contohnya Astro Warna (132) adalah satu inisiatif membantu menaik taraf golongan pelawak dan memberikan alternatif kepada penonton untuk menyaksikan persembahan yang menghiburkan.
Akui Apek, momentum kerjayanya diperoleh daripada fenomena yang pernah dicetuskan oleh kumpulan lawak Senario yang membina satu atmosfera serta perspektif baharu dalam industri hiburan.
Bukan bersaing
Tiada kumpulan di Malaysia yang mampu bertahan seperti Senario yang diterima dalam bentuk persembahan pentas, drama, sitcom televisyen, filem dan nyanyian.
"Tidak akan ada kumpulan yang mampu menyaingi kehebatan Senario. Bayangkan betapa utuhnya persahabatan yang dibina antara lima orang anggota kumpulan ini dalam tempoh masa yang sangat lama. Senario mampu menyanyi dan mempunyai album sendiri.
"Insya-Allah kami akan kembali dengan buah tangan baharu yang lebih segar, namun masih mengekalkan format yang sama seperti dahulu. Cuma mungkin akan ada penambahbaikan serta disesuaikan dengan situasi semasa. Kami akan menghasilkan sebuah album baharu yang dirasakan bakal menyerikan bidang seni suara.
"Kemunculan ini bukan kerana mahu menandingi mana-mana kumpulan lawak yang sudah sedia ada buat masa sekarang, sebaliknya mahu membuktikan bahawa kami masih wujud dan bersepakat. Sebagai senior, kami meletakkan posisi ini sebagai sebuah rujukan kepada generasi baharu," jelasnya.
Soal relevan atau tidak, Apek serahkan itu kepada aliran semasa dalam arena lawak. Senario akan mengekalkan format sama seperti sediakala dan resipi original itu akan kembali mewarnai persada seni.
"Tidak perlu risau kerana perkara pokok yang diketengahkan adalah intipati seseorang pelawak. Kami mahu berkongsi kemanisan dan pengalaman untuk diingati sampai bila-bila," ujar Apek yang bakal muncul menerusi filem Pak Pong, Genggam, Gangster Rock dan Dia Datang tidak lama lagi.
Mana Mau Lari
Dalam perkembangan terbaharu, Apek bakal muncul dalam filem komedi aksi Mana Mau Lari yang menyaksikan dia mendukung peranan seorang penunggang motosikal berkuasa besar bernama TJ. Filem arahan Prof. Datuk Razak Mohaideen itu mengisahkan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa besar, Harley Rider yang dikepalai oleh Kassem Selamat. Kassem berdepan dengan situasi cemas apabila salah sebuah daripada motor ahli kumpulan itu dicuri oleh penunggang misteri.
Atas dasar setiakawan, Abang Pen, King, Kapten dan Kyo memutuskan untuk memburu penunggang misteri hingga berdepan dengan pelbagai kejadian pelik, lucu dan ngeri.
Selain Apek, filem itu turut dibintangi oleh Tauke Raja Lawak, Syuk Balas, Yassin, Aliff Yasraff, Delimawati, Tania Hudson dan Ezzaty Abdullah. Mana Mau Lari akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 27 November ini.


Pembuli jalan raya ludah, patah pengelap cermin ditahan

Posted: 18 Nov 2014 09:31 PM PST


GAMBAR suspek sedang mematahkan pengelap cermin hadapan.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak ganas apabila meludah serta mematahkan pengelap cermin hadapan sebuah kereta akibat berang selepas seorang pemandu wanita membunyikan hon kepadanya beberapa kali di Lebuh raya Damansara-Puchong kelmarin.
Tindakan lelaki tersebut yang berperangai seperti gengster mengundang padah apabila dia ditahan polis kira-kira pukul 11.30 malam kelmarin di kediamannya di Subang Jaya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, hasil laporan polis yang dibuat mangsa, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.
"Kita telah tahan suspek malam semalam (kelmarin) di kediamannya dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk siasatan lanjut sebelum suspek ditahan reman hingga Khamis ini (esok).
"Hasil siasatan juga kita mendapati insiden tersebut tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada mangsa dan suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Musnahkan sarang tebuan dengan semburan air

Posted: 18 Nov 2014 09:28 PM PST



KEADAAN sarang tebuan sebelum dimusnahkan oleh Reich dengan menggunakan semburan air. - YouTube


LONDON –Satu rakaman video yang dimuat naik dalam laman perkongsian video, YouTube menunjukkan aksi berani seorang lelaki yang hanya menggunakan semburan air untuk memusnahkan sarang tebuan gergasi.
Video berdurasi selama dua minit itu menunjukkan lelaki tersebut, Richard Reich memusnahkan sarang tebuan yang berada di belakang bangsal miliknya.
Reich dilihat hanya menggunakan semburan air dari paip rumahnya untuk memusnahkan sarang tebuan berkenaan.
Lebih menghairankan lagi Reich yang berada hanya beberapa meter dari sarang tebuan berkenaan langsung tidak diserang atau disengat haiwan berbisa itu.
Di akhir video tersebut, lelaki itu dilihat memukul beberapa ekor tebuan dengan menggunakan satu raket badminton.
Reich berkata, dia tidak disengat oleh tebuan berkenaan kerana berada agak jauh dari sarang dan tidak dianggap sebagai ancaman oleh serangga tersebut.
Bagaimanapun, Reich menasihatkan orang ramai supaya tidak meniru aksi bahaya itu kerana tebuan adalah haiwan berbisa yang boleh membawa maut.


Walt Disney bina roller coaster tertinggi di dunia

Posted: 18 Nov 2014 09:27 PM PST



GAMBARAN artis menunjukkan sebuah permainan roller coaster di taman tema Walt Disney World di Orlando, Florida, Amerika Syarikat. 


ORLANDO, Amerika Syarikat – Sebuah permainan roller coaster paling tinggi di dunia bakal menjadi tarikan terbaharu di taman tema Walt Disney World di sini.
Roller coaster setinggi 173 meter (m) dan mampu mencapai kelajuan mencecah 104 kilometer sejam (km) itu dijangka memberi pengalaman berbeza apabila dibuka pada tahun 2016.
Presiden kelab peminat roller coaster Amerika Syarikat (AS), Michael Kitchen berkata, permainan yang dikenali sebagai Skyscraper direka bagi memberikan keseronokan luar biasa kepada pengunjung.
"Permainan ini membawa anda ke tahap yang lebih tinggi yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana roller coaster di seluruh dunia.
"Walaupun masih dalam proses pembinaan tetapi para peminat roller coaster sudah tidak sabar-sabar untuk menaikinya," katanya.
Rekod binaan roller coaster paling tinggi ketika ini dipegang oleh Kingda Ka yang terletak di taman tema Six Flags Great Adventure di New Jersey, AS dengan ketinggian mencecah 138m.
Menurut laporan daripada Roller Coaster DataBase, King Ka juga memegang rekod permainan roller coaster kedua paling pantas di dunia dengan kelajuan mencecah 205 km/j.


Pengajian al-Quran di Tanah Arab

Posted: 18 Nov 2014 09:24 PM PST



ALUNAN suara sekumpulan remaja berusia antara 11 hingga 16 tahun yang sedang khusyuk menghafaz ayat-ayat suci al-Quran pada pagi itu sememangnya mengundang rasa tenang dan damai kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Siapa sangka di sebalik deretan rumah-rumah kedai tiga tingkat yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, terdapat sebuah pusat tahfiz yang menawarkan pengajian al-Quran seperti di Asia Barat bagi golongan remaja.
Minat yang mendalam untuk mempelajari isi kandungan mukjizat agung Nabi Muhammad SAW itu mendorong Muhammad Al Amin Adri mendaftarkan diri mengikuti pembelajaran al-Quran sepenuh masa di Maahad Tahfiz Darul Azhar.
"Saya daftar masuk ke maahad tahfiz ini bukan kerana ibu bapa suruh atau kawan-kawan yang ajak tetapi atas kerelaan diri sendiri yang mahu mempelajari ilmu-ilmu yang terkandung dalam al-Quran.
"Lagipun, sejak kecil saya dididik dan didedahkan dengan aktiviti keagamaan yang diadakan sempena cuti persekolahan atau cuti hujung minggu," kata pelajar yang berasal dari Klang, Selangor itu.
Berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang keagamaan khususnya hafazan al-Quran lebih-lebih lagi di Yemen pada usia yang sangat muda, jelas terpancar perasaan teruja dan bersungguh-sungguh pada wajah remaja berusia 13 tahun itu saat ditemui baru-baru ini.
Tidak sukar
Di samping dapat mendalami ilmu wahyu tersebut, anak tunggal itu mengakui berasa lebih tenang dan mampu menguruskan diri sendiri dengan baik.
"Menghafaz al-Quran sebenarnya tidak susah sebaliknya cuma perlu bersungguh-sungguh dan mempunyai disiplin serta kemahuan yang tinggi untuk melakukannya serta tidak malu bertanya kepada guru jika terdapat sebarang kemusykilan. "Setakat ini saya sudah berjaya menghafaz dua juzuk al-Quran sejak mendaftar masuk pada bulan Januari lalu dan berharap dapat menghabiskan tiga juzuk supaya dapat menyambung pelajaran ke Yemen," katanya.

RATA-RATA pelajar yang mendaftar terdiri daripada remaja berumur antara 11 hingga 16 tahun.


Menceritakan saat indah berpeluang belajar talaqi selama sebulan di Madinah, Arab Saudi pada bulan Ramadan lalu membakar semangat Muhammad Al Amin untuk bersungguh-sungguh menghafaz al-Quran seterusnya melanjutkan pelajaran ke Yemen.
Talaqi merupakan salah satu kaedah menyemak bacaan dan hafazan al-Quran secara bersemuka antara murid dengan guru tanpa perantaraan alat lain supaya sebutan yang dilafazkan dapat dibetulkan serta-merta.
"Saya berasa cukup bertuah kerana terpilih mengikuti program tahunan itu bersama rakan-rakan dari pusat tahfiz lain di seluruh negara di samping dapat mempelajari cara bacaan al-Quran yang betul daripada guru secara bersanad.
"Program itu sedikit sebanyak memberikan pendedahan kepada saya suasana belajar di Yemen. Keadaan ini sekali gus menaikkan lagi semangat untuk menghabiskan hafazan sebanyak 30 juzuk selain mempelajari bidang keagamaan yang lain," jelasnya.
Bercita-cita untuk menjadi seorang hafiz atau penghafaz al-Quran, pelajar, Mohd. Faris Ilmi Safaril, 14, memberitahu rutin harian dan kaedah yang dipraktikkan di pusat tersebut memudahkan dirinya menghafaz al-Quran.
Dia yang berjaya menghafaz dua juzuk al-Quran mengakui selesa mengikuti setiap sesi pelajaran yang diatur bermula selepas solat Subuh hingga waktu malam.
Rutin mengaji bermula selepas solat Subuh hingga pukul 8 pagi. Kemudian para pelajar bersarapan sebelum memulakan sesi hafazan sambil ditasmik (semak bacaan) oleh dua orang guru lulusan pondok dari selatan Thailand.

AKTIVITI di Maahad Tahfiz Darul Azhar tidak terbatas kepada hafazan al-Quran semata-mata sebaliknya aktiviti riadah di luar bilik darjah.


Pulang ke rumah
"Sebelah malam, kami akan mengikuti kelas bahasa Arab pada pukul 9 malam hingga 10.30 malam sebelum bersiap-siap untuk masuk tidur.
"Belajar di sini bukanlah dari pagi sampai malam hanya menghafaz, sebaliknya kami juga turut mempunyai aktiviti riadah pada waktu petang. Setiap dua minggu sekali kami diberi kebenaran untuk pulang ke rumah masing-masing," tuturnya yang memasuki pusat tahfiz itu sejak Disember 2013.
Selain kelas hafazan dan Bahasa Arab, pengajian di Maahad Tahfiz Darul Azhar turut dilengkapi dengan sesi pembelajaran fardu ain yang dikendalikan oleh seorang guru selepas makan tengah hari.
Pengajian al-Quran di pusat tahfiz swasta itu merupakan program asas bagi para remaja yang berminat untuk mendalami ilmu agama sebelum dihantar melanjut pelajaran ke Maahad Tahfiz Darul Quran yang berpusat di Yemen.
Yang Dipertua Maahad Tahfiz Darul Quran, Azhar Mohamed, memberitahu, pusat yang diasaskan oleh bapanya itu merupakan institusi tahfiz pertama yang dibuka di Asia Barat oleh warganegara Malaysia.
"Semua proses pembelajaran dan pengajaran dikendalikan sendiri oleh tenaga pengajar yang terdiri daripada para ilmuan di sana menggunakan bahasa Arab sepenuhnya sebagai bahasa perantaraan.
"Silibus mata pelajaran juga diambil daripada sistem pembelajaran al-Quran Yemen termasuk hafazan, fardu ain dan bahasa Arab. Hanya kerja-kerja pengurusan sahaja dikendalikan oleh pihak kami dengan kerjasama kedutaan Malaysia.
Jelas Azhar, peluang keemasan tersebut terbuka kepada mana-mana remaja berumur antara 13 hingga 17 tahun dan penglibatan mereka yang berusia di bawah 13 tahun sangat menggalakkan.
Beliau yang juga merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, tempoh pengajian di Yemen berjalan selama tiga tahun dan pelajar diperlukan untuk menghabiskan hafazan sebanyak 30 juzuk sepanjang jangka waktu tersebut.

AKTIVITI harian pelajar Tahfiz di Maahad Tahfiz Darul Azhar tidak terhad kepada hafazan al-Quran.


"Kita tidak menetapkan sebarang kelulusan kepada mereka yang hendak mendaftar masuk ke sini. Sesiapa sahaja boleh mendaftar asalkan mempunyai kebolehan untuk membaca al-Quran dan yang paling penting, mendaftar masuk secara sukarela tanpa paksaan.
"Sebelum pelajar layak untuk menyambung pengajian lanjutan di Yemen, mereka dikehendaki menghafaz tiga juzuk al-Quran di Maahad Tahfiz Darul Azhar terlebih dahulu.
"Tamat sahaja pengajian di Yemen, mereka akan dianugerahkan sijil atau dengan kata lain ijazah al-Quran bersanad," jelasnya.
Keadaan sosio-budaya Yemen yang masih mengamalkan gaya hidup tradisional dan tidak dipengaruhi budaya luar menjadi aspek utama pemilihan negara tersebut untuk program tersebut.
Selain itu, kos sara hidup di negara itu juga sangat rendah jika dibandingkan dengan negara Arab lain seperti Jordan, Mesir dan Arab Saudi.
"Keadaan itu sekali gus menjadikan Yemen sangat sesuai kepada mereka yang ingin belajar menghafaz al-Quran dengan mudah.
"Pada masa hadapan kami merancang untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Pelajar-pelajar Tahfiz Malaysia supaya semua pelajar maahad tahfiz di negara ini yang mahu melanjutkan pelajaran ke Yemen hanya perlu berurusan dengan kami.
"Kerjasama itu secara langsung memudahkan urusan mereka di samping memberi peluang kepada pelajar tahfiz lain melanjutkan pelajaran ke luar negara," katanya.


Puhdys legenda rock Jerman

Posted: 18 Nov 2014 09:23 PM PST



BIRR ketika beraksi pada konsert Puhdys di Arena Berlin O2, Jerman pada 31 Oktober lalu .


KUMPULAN Puhdys sudah lama mencipta nama dalam arena muzik rock. Bintang Puhdys menyinar di pentas dunia bersama kumpulan rock Inggeris yang ditunjangi oleh Mick Jagger iaitu Rolling Stones.
Puhdys merupakan sebuah kumpulan dari Jerman Timur dan mereka masih mengadakan persembahan di hadapan penonton selepas 25 tahun Tembok Berlin diruntuhkan.
Ahli kumpulan tersebut masih tampil ranggi dengan rambut panjang, jaket hitam dan kasut but. Mereka mengekalkan pengaruh asal aliran muzik rock Jerman Timur yang terkenal dengan gelaran Ostrock walaupun masing-masing berusia lebih 70 tahun.
Album kumpulan tersebut terjual sebanyak 20 juta sepanjang 45 tahun bergiat dalam industri muzik.
"Kami masih meneruskan konsert jelajah dan memenuhi undangan persembahan televisyen. Ikatan kami seperti sebuah keluarga," ujar Dieter Hertrampf yang menggalas tanggungjawab sebagai pemain gitar utama Puhdys.
Namun, tumpuan kumpulan tersebut kini lebih terarah kepada peminat generasi baharu yang tiada sebarang memori mengenai kewujudan Tembok Berlin.
"Mereka layak digelar sebagai ikon. Jika di Amerika Syarikat, peminat menggelar kumpulan Route 66 sebagai ikon. Bagi kami, gelaran yang sama patut diberikan kepada kumpulan dari Jerman Timur ini," ujar Christian Conrad, 34, yang merupakan seorang pemandu ambulans di Neubrandenburg.
Dalam satu temu bual semasa konsert di Arena Berlin O2 baru-baru ini, kumpulan tersebut memberitahu, ia merupakan persembahan terakhir mereka sebelum bersara tahun depan.
Lokasi konsert itu mampu menempatkan 17,000 penonton. Penyanyi pop Beyonce dan Lady Gaga antara nama besar yang pernah mengadakan persembahan di situ.
Prinsip
Selain Puhdys, persembahan tersebut turut diiringi dua kumpulan legenda Jerman iaitu City dan Karat. Konsert itu berlangsung meriah dengan ledakan bunga api, penyembur api dan asap mesin kabut mengiringi persembahan mereka.
"Kami tidak mengamalkan prinsip untuk bersaing antara sesama ahli kumpulan. Sebab itu, kami dapat bertahan lama," tutur pemain keyboard Puhdys, Peter Meyer dalam bahasa Jerman berdialek Timur.
Kumpulan itu ditubuhkan sejak tahun 1969 di Saxon, Freiberg, Jerman. Nama Puhdys tercipta hasil singkatan nama pertama setiap ahli kumpulan.
Genre rock mendapat perhatian terutama golongan remaja yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa di Jerman Timur lewat tahun 1960-an yang mengharamkan muzik itu.
Namun, kumpulan tersebut tetap memilih muzik itu sebagai tunjang irama persembahan mereka.
Puhdys dan pihak Republik Demokratik Jerman (GDR) atau Jerman Timur mengadakan persembahan agar muzik dapat disaksikan dan didengar oleh polis rahsia Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (Stasi). Persembahan itu merupakan seruan rasmi suara sebenar rakyat di negara itu.
Tutur vokalis kumpulan itu, Dieter Birr, dia dan ahli kumpulannya bersedia untuk mengadakan persembahan itu.
"Lirik dan lagu kami berkisar tentang perkara-perkara tabu seperti alam sekitar atau Tembok Berlin.
"Kumpulan aliran Ostrock menyampaikan kritikan itu secara kiasan. Sebagai contoh, perkataan terbang merujuk kepada maksud kebebasan," ujar Birr yang terkenal dengan nada vokal bes dalam setiap lagu Puhdys.

PENDUDUK Jerman memenuhi kawasan Tembok Berlin sempena ulang tahun ke-25 keruntuhan tembok pemisah antara Jerman Timur dan Jerman Barat baru-baru ini.


Salah sebuah lagu Puhdys berkisar mengenai situasi di Jerman yang mengangkat bendera merah kerana berlaku perbezaan. Situasi itu, menyebabkan lagu tersebut diharamkan untuk siaran televisyen dan radio GDR.
Ikarus dan Alt wie ein Baum (Old as a Tree) merupakan antara lagu popular Puhdys. Selain itu, lagu Geh zu ihr (Go to Her) dipetik daripada sebuah filem The Legend of Paul and Paula yang diterbitkan pada tahun 1973 menjadi kegemaran seorang ahli politik negara Jerman iaitu Angela Merkel. Pengaruh Puhdys menjadi ikutan ramai ketika mereka berada di puncak.
Paduan bunyi gitar dan nyanyian beramai-ramai seperti muzik pop berjaya membawa kumpulan tersebut merentasi sempadan. Mereka mendapat kebenaran untuk mengadakan persembahan di Jerman Barat seterusnya berjaya melebarkan sayap ke Amerika Syarikat. Mereka juga dianggap antara produk eksport dari Jerman Timur yang berjaya.
Seorang penyampai radio di Berlin Barat yang mempromosikan aliran Ostrock, Juergen Juergen memberitahu, Puhdys merupakan kumpulan pertama yang mengubah lagu rock di Jerman.
Jelasnya, ikatan antara pemuzik dengan peminat terjalin erat kerana mereka melalui saat senang dan sukar secara bersama.
Penyatuan
Konsert Puhdys diibaratkan seperti satu kepulangan yang dinanti-nantikan. Pendengar setia lagu kumpulan itu menganggap ia sebagai acara penyatuan antara penduduk Jerman Timur dan Jerman Barat.
Keruntuhan Tembok Berlin memusnahkan banyak kumpulan muzik dari Timur. Peminat hanya diberi pilihan untuk membeli album aliran muzik lain seperti kumpulan Genesis, Tina Turner dan The Stones ketika itu.
"Selepas Tembok Berlin runtuh, kami hanya bermain di kelab-kelab kecil di hadapan beberapa orang penonton. Selepas beberapa tahun, mereka mengingati Puhdys dan menerima muzik kami," ujar Birr.
Puhdys telah mencipta lagu-lagu yang relevan dengan keadaan semasa selepas Tembok Berlin Runtuh. Lagu Was bleibt (What's Left) dan Frei wie die Geier (As Free as the Vultures) merupakan satu kritikan kepada golongan kapitalis yang tamak.
Birr berkata, kumpulan tersebut masih disayangi. Sebuah monumen penghargaan telah dibina di Freiberg sebagai peringatan perjuangan kumpulan itu di Jerman Timur.
"Kami tidak menyampaikan mesej revolusioner atau mengubah sistem pemerintahan negara tetapi kami tidak seharusnya patuh pada semua perkara. Puhdys adalah sebuah kumpulan muzik dan kami hanya mahukan keseronokan," jelas Birr


Kopi identiti daerah Tenom

Posted: 18 Nov 2014 09:21 PM PST


KOPI tenom menjadi salah satu punca rezeki kepada penduduk di Tenom, Sabah.


"AROMANYA harum dan rasa kopinya sungguh memikat." Itulah gambaran yang sesuai bagi mencerminkan perasaan pelawat yang mengunjungi kilang kopi Yit Foh iaitu antara pengeluar produk kopi Tenom di Sabah.
Kilang yang beroperasi sejak tahun 1960 itu masih mengekalkan kaedah tradisional dalam menghasilkan serbuk kopi iaitu menggunakan kayu api untuk memanggang biji-biji kopi.
"Kaedah ini mampu membangkitkan aroma kopi asli," kata pengurus kilang, Alex Yong ketika ditemui di kilangnya di Kampung Chintamata yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Tenom.
Alex yang mewarisi perniagaan turun-temurun keluarganya, membuka kilang baharu pada 1993 dan kini berusaha mengembang pasaran produknya merentasi seluruh negara dan dunia.
Kerja-kerja pembuatan kopi bermula dengan menjemur buah kopi selama 14 hari, sebelum dikupas kulitnya dan dipanggang selama lima jam dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari. Aktiviti pembungkusan pula dilakukan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Alex mempunyai 36 petugas termasuk enam tukang masak kopi berpengalaman yang berupaya mengeluarkan sebanyak 600 paket kopi sehari.
Kini, kilang itu mempunyai 10 jenis produk kopi pelbagai perisa termasuk gula, krimer dan tanpa gula. Ia dipasarkan ke seluruh negeri dan Brunei.
Jolokan
Di Tenom, kopi memberi ruang kepada para petani tempatan memperoleh punca pendapatan selain mempopularkan Sabah sama seperti Teh Boh yang mempopularkan Cameron Highlands, Pahang.
Kopi adalah antara hasil pertanian penting di Tenom sehingga daerah itu mendapat jolokan ibu negeri kopi Sabah.
Bagi menampilkan produk daerah itu, satu pesta kopi telah diadakan selama tiga hari bermula 12 November lalu.
Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan berkata, selain memperkenalkan kopi Tenom, pelbagai tarikan pelancongan di Tenom turut dipaparkan seperti kebudayaan suku kaum Murut.

ALEX menunjukkan pelbagai produk kopi Tenom yang dihasilkan di kilangnya.


Selain itu, acara hiburan, pertandingan mencipta kopi Tenom dan Pesta Ratu Kopi Tenom turut memeriahkan majlis.
Tenom kini semakin menyerlah sebagai salah satu destinasi pelancongan di Sabah selain berpotensi tinggi dibangunkan sebagai kawasan pertanian bagi memenuhi keperluan negara.
Tenom dengan keluasan 2,238 kilometer (km) persegi terletak kira-kira 173 kilometer dari selatan Kota Kinabalu, bersempadan dengan daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Kalimantan di Indonesia.
"Di Tenom, fokus utama kini adalah meningkatkan ekonomi orang kampung memandangkan Tenom mempunyai produk tanaman dan buah-buahan yang berkomersial tinggi," kata Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimee Unggi.
Beliau juga mahu mewujudkan pusat pungutan hasil tanaman dan buah-buahan di Tenom bagi menyelaras sumber pertanian pekebun dan petani terbabit selain menjana pendapatan kepada penduduk.
Raimee yang juga Pengerusi Majlis Pertanian Parlimen Tenom berkata, pusat itu turut dilengkapi peralatan moden, tempat pembungkusan dan penyimpanan segar.
"Kita mahu petani memperoleh harga terbaik bagi produk yang mereka hasilkan," katanya.
Antara hasil pertanian yang berpotensi tinggi di Tenom ialah buah pisang, avokado, jambu dan betik.

Buku uji ilmu al-Quran

Posted: 18 Nov 2014 09:19 PM PST


LUQMAN menggalas jawatan sebagai pengarang majalah Solusi sejak dua tahun lalu.


MENDEKATKAN diri dengan al-Quran melalui kaedah permainan agak janggal dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.
Ini kerana, sejak kecil kita dilarang sama sekali untuk bermain-main dengan kitab suci tersebut.
Namun, itulah kelainan yang cuba dilakukan oleh Ustaz Muhammad Luqman Makhtar dalam buku pertamanya bersama syarikat penerbitan Telaga Biru.
Buku berjudul X-plorasi Surah-Surah al-Quran yang diterbitkan pada tahun lalu itu menyediakan beberapa permainan bagi mendekatkan diri para pembaca dengan al-Quran.
"Idea menulis buku ini bertitik tolak daripada lambakan buku permainan menguji minda yang dikeluarkan oleh penulis beragama lain.
"Jadi, tidak salah sekiranya saya cuba membawa sesuatu yang baharu ke negara ini," katanya ketika di temu bual Kosmo! baru-baru ini.
Katanya, ia bukan sahaja menyeronokkan tetapi pembaca juga mendapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai al-Quran.
Antara permainan yang terdapat dalam buku setebal 253 muka surat itu ialah teka silang kata, cari kata, rungkai perkataan misteri, matematik dan lain-lain.
"Buku ini mengandungi 111 cabaran yang harus diselesaikan oleh pembaca.
"Melalui pendekatan ini, kaedah pembelajaran al-Quran tidak lagi sukar dan membosankan," katanya yang juga merupakan pengarang majalah Solusi.
Konvensional
Luqman berkata, buku berharga RM10 senaskhah itu sesuai untuk semua peringkat umur dan tidak terhad kepada golongan kanak-kanak atau remaja sahaja.
Tambahnya lagi, cara masyarakat mendapat maklumat sudah berubah kerana mereka tidak lagi menggunakan kaedah konvensional seperti membaca.
"Kita boleh lihat kejayaan aplikasi permainan seperti teka silang kata, puzzle dan lain-lain.
"Permainan-permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh golongan kanak-kanak tetapi golongan dewasa juga tidak ketinggalan untuk bermain," katanya.
Menurut anak kelahiran Bachok, Kelantan itu, sejak diterbitkan pada awal tahun lalu, buku tersebut mendapat respons yang baik daripada pembaca dan pengedar di negara ini.
Situasi itu menyebabkan Luqman bersemangat untuk menerbitkan siri kedua buku tersebut.
"Buku ini sudah masuk cetakan kedua. Maklum balas yang diterima sangat bagus," katanya sambil memaklumkan bahawa siri kedua buku tersebut akan menemui pembaca pada akhir tahun ini.

LUQMAN mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan buku ini.


Sementara itu, mengulas mengenai cabaran menulis buku penulisan berbanding permainan, Luqman memberitahu bahawa kedua-duanya berbeza sama sekali.
Ujarnya, mencipta sesuatu permainan bukan tugas mudah seperti yang disangkakan.
Bagi menyiapkan sesuatu permainan, ia memerlukan kemahiran tersendiri dan waktu yang panjang.
"Mencipta permainan menguji minda nampak macam senang.
"Namun, sebenarnya ia lebih sukar daripada menulis buku biasa. Kalau tidak percaya cubalah dahulu, baru anda tahu bagaimana susahnya," tambah Lokman.
Mengimbau penglibatannya dalam bidang penulisan, bapa kepada tiga cahaya mata itu memaklumkan bahawa ia bermula sejak dia di bangku sekolah menengah lagi.
Namun, dia gemar menulis dalam bentuk cerpen kerana ia lebih mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.
"Minat menulis ini sudah lama. Saya selalu masuk pertandingan menulis cerpen sejak dia di bangku sekolah lagi.
"Walaupun tidak pernah memenangi hadiah utama, ia sudah cukup untuk memberi kepuasan kepada saya," ujar Luqman.
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2007, Luqman memilih untuk menjawat jawatan sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta di ibu negara.
Namun, disebabkan minat mendalam dalam bidang penulisan, beliau memilih untuk menerima tawaran sebagai Pengarang majalah al-Ustaz di Telaga Biru.
"Ketika bergelar pensyarah, saya lebih banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti di kolej seperti memberi motivasi dan kaunseling kepada pelajar.
"Saya tidak mempunyai masa secukupnya untuk menulis dan berdakwah. Jadi, saya menyahut cabaran untuk menjadi Pengarang di sini," katanya.


Seni perantara bantu gelandangan

Posted: 18 Nov 2014 09:17 PM PST


AKTIVITI bermain belon gergasi menjadi tumpuan pengunjung dalam acara Art For Homeless.


TAMPIL dengan tema Art For Homeless yang bermaksud seni untuk gelandangan, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor menganjurkan acara tersebut di Laman Seni 7, Seksyen 7, Shah Alam pada 1 November lalu.
Menggelar kumpulan mereka sebagai KOLONI INC, acara tersebut merupakan projek akhir dalam semester lima. Kumpulan yang terdiri daripada 26 orang pelajar itu menggembleng tenaga sejak semester dua untuk merealisasikan usaha dan komitmen mereka.
Pelbagai acara seni dihimpunkan sepanjang acara yang berlangsung selama sehari itu. Terkenal sebagai sebuah lokasi tumpuan ramai, Laman Seni 7 berjaya menarik minat pelajar UiTM dan golongan belia untuk berkunjung ke Art For Homeless.
Antara acara yang dijalankan ialah bazar jualan, pasar pakaian percuma, lukisan grafiti, mural, pameran lukisan penggiat seni tempatan, bengkel teknik pakaian ikat celup dan lukisan contengan.
Bertepatan dengan tema acara tersebut, kesemua hasil karya yang dilakukan dan dipamerkan oleh penggiat seni tempatan itu dihasilkan dengan konsep seni jalanan.
Pengurus Projek Art For Homeless, Nurul Saflinda Abd. Razak, 24, memberitahu, acara tersebut bertujuan mewujudkan kesedaran untuk membangunkan nilai-nilai seni jalanan ke tahap yang lebih tinggi.
Jelasnya, selain daripada penyertaan penggiat seni visual dan lukisan tempatan, KOLONI INC juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar UiTM untuk mempamerkan karya mereka.
"Sepanjang acara berlangsung, pengunjung dapat melihat karya-karya seni di gerai pameran Artomovement, my_genggua dan Padang Produksixv yang sememangnya terkenal dengan aktiviti kesenian mereka. Selain itu, penglibatan gerai Dapur Jalanan Kuala Lumpur juga menepati konsep dan tema kami iaitu untuk membantu golongan gelandangan.
"Pelajar Fakulti Seni dan Reka Bentuk UiTM turut sama mempamerkan karya yang bertajuk seni untuk gelandangan. Seperti yang dapat dilihat, pelajar jurusan fotografi menghasilkan gambar-gambar menerusi lensa kamera mengikut tema yang telah dipilih," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

PAMERAN seni foto yang dihasilkan dengan menggunakan telefon pintar daripada kumpulan my_genggua menarik perhatian pengunjung.


Industri pekerjaan
Tambahnya, penganjuran acara itu merupakan gabungan teori dan praktikal yang dipelajari oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis sebagai persediaan sebelum melangkah masuk ke dalam industri pekerjaan tidak lama lagi.
Pelajar jurusan itu juga mengadaptasikan ilmu pembelajaran sepanjang lima semester seperti pemasaran dalam majlis, perhubungan awam dan risiko dalam mengendalikan majlis untuk merancang serta mengendalikan projek tersebut.
Menerusi program Art For Homeless, KOLONI INC berjaya mengutip dana sebanyak RM5,000 hasil sumbangan orang perseorangan, syarikat korporat dan sumbangan pengunjung ke acara tersebut. Dana tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk membeli makanan dan diserahkan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu negara pada 16 November lalu.
Pensyarah jurusan Pengurusan Majlis, Fakulti Perniagaan, UiTM Puncak Alam, Wan Soraya Wan Abdul Ghani, 28, memberitahu, Art For Homeless merupakan sebuah acara amal yang dianjurkan mengikut konsep dan minat golongan belia masa kini.
Wan Soraya yang juga penasihat KOLONI INC sepanjang mengendalikan projek akhir itu berkata, pelajar bebas menganjurkan acara mengikut pilihan dan idea mereka sendiri asalkan mendapat persetujuan daripada setiap ahli.
"Idea KOLONI INC menerusi Art For Homeless mempunyai hala tuju dan identiti mereka. Fokus utama acara ini juga adalah untuk mengumpul dana bagi golongan gelandangan. Kumpulan ini membuktikan bahawa mereka mampu menganjurkan acara bermanfaat, sekali gus menyumbang kepada masyarakat.
"Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang semester ini, KOLONI INC bijak mengaplikasikan subjek yang dipelajari sebagai seorang pelajar pengurusan majlis. Mereka juga menjalankan prosedur yang tepat terutama dalam aspek permohonan lesen untuk mengadakan acara dan penajaan," ujarnya.

Isteri Eizlan Yusof fail pengesahan lafaz cerai

Posted: 18 Nov 2014 01:24 AM PST


  • Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun

KUALA LUMPUR - Isteri kepada pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.

Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

"Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan," katanya.

Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana  saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir.

Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku defendan tidak diwakili peguam.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama saksi.

Eizlan yang juga merupakan penerbit eksekutif dan ahli pernigaan itu bernikah dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan  tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun.

Nad Zainal Buang Gambar Di Instagram Elak Kontroversi

Posted: 18 Nov 2014 01:23 AM PST


Nad Zainal
PETALING JAYA: Selepas pelakon Izreen Azminda membuat keputusan membuang hampir ke semua foto di akaun Instagram miliknya minggu lalu, kini aktres Nad Zainal pula mengambil tindakan yang sama.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia berbuat demikian bagi mengelak daripada sebarang kontroversi yang boleh tercetus kerana gambar yang dimuat naik itu.

"Kadang-kadang gambar yang kita muat naik itu biasa-biasa saja tetapi ia boleh dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Biasalah, ada suka kita dan ada membenci. Jadi lebih baik jika kita elak menjadi bahan bualan ramai," katanya yang dihubungi mStar Online.
Nad memuatnaik semula gambar di Instagram sejak Isnin.

Sebelum ini, Nad telah mempunyai kira-kira hampir 2,000 gambar di laman Instagram miliknya dan ia sudah pun dibuang pada Ahad lalu.

Setakat Selasa, akaun Instagram Nad yang mempunyai seramai 151 ribu pengikut hanya memuatnaik empat keping gambar bermula Isnin.

Dalam pada itu, Nad turut menyifatkan kebanyakan gambar-gambar dimuatnaik ke dalam laman sosial tersebut tiada kaitan dengan kerja sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi mempromosi kerjaya seni.

"Apa yang saya lihat, banyak gambar yang tidak berfaedah dimuatnaik dalam Instagram, saya tengok sendiri pun naik rimas.

"Dengan cara itu juga saya dapat 'membuka buku baru' bersempena dengan tahun baru 2015 yang akan tiba tidak lama lagi. Saya mahu Instagram itu dipenuhi dengan gambar yang melibatkan kerjaya seni sahaja," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nad kini sibuk dengan penggambaran drama Street Vendetta siaran RTM. Selain itu lakonan Nad menerusi drama Antidot akan bersiaran di TV3, bermula 9 Disember ini, pukul 10 malam.

Shima Enggan Fikir Soal Lelaki Selepas 4 Kali Cerai

Posted: 18 Nov 2014 01:21 AM PST


Shima mahu hidup sendirian tanpa perlu memikirkan hendak bernikah lagi. 
PETALING JAYA: Penyanyi popular 1990-an, Shima mendedahkan dia sudah kembali solo sejak dua tahun lalu selepas bercerai dengan rakyat Kanada yang dikahwininya pada tahun 2003.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 45, berkata, ia merupakan perceraiannya buat kali keempat dan dia tidak mahu lagi memikirkan tentang pasangan hidup.

"Empat kali berkahwin, empat kali juga bercerai. Ingatkan yang terakhir sebelum ini dapat bertahan lama, tetapi jodoh kami tidak panjang.

"Kerana itu kami bercerai dua tahun lalu dan sekarang saya kembali solo. Cukuplah dengan alam berumahtangga. Bukannya serik, tetapi saya rasa hidup sendirian seperti sekarang lebih membahagiakan," katanya kepada mStar Online.
Tambah Shima, bagaimanapun dia tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan bertemu dengan jodoh lain kerana ia adalah ketentuan Ilahi.

Selain dengan rakyat Kanada itu, Shima pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain keyboard kumpulan The Boys iaitu Satiman pada tahun 1990 dan bercerai pada tahun 1994.

Dia  juga pernah berkahwin dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996, namun mereka bercerai pada 1998. Bagaimanapun Shima enggan berkongsi identiti individu ketiga yang dikahwininya.
Shima

Sementara itu, Shima juga tidak pernah berasa sunyi tanpa teman kerana aktiviti hariannya sentiasa terisi dengan pelbagai kerja-kerja nyanyian selain meluangkan masa bersama lima ekor kucing kesayangan.

"Dulu masa awal-awal bercerai, memanglah rasa sunyi, tetapi lama-lama rasa itu hilang lebih-lebih lagi apabila hari-hari kita diisi dengan pelbagai aktiviti.

"Sekarang ini saya rancang mahu kembali aktif dalam industri seni muzik tempatan. Lagipun saya dah lama tak keluar album. InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan muncul dengan single lagu baharu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shima kini terlibat dengan pertandingan nyanyian Gegar Vaganza, yang menampilkan penyanyi-penyanyi yang pernah popular sebelum ini.

"Alhamdulillah, saya ditawarkan menyertai pertandingan ini selepas setahun menamatkan kontrak menyanyi di sebuah hotel.

"Bagi saya, ini satu cabaran baik untuk saya memantapkan diri semula sebelum muncul dengan single lagu baru," tuturnya.

Antara penyanyi lain yang turut terlibat termasuklah Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.

Gegar Vaganza bersiaran bermula 16 November 2014 setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Shima sebelum ini pernah popular menerusi lagu Di Sebalik Sejuta Wajah, Setelah Aku Kau Miliki  dan Teringin.

Fakhrul Razi Harap Peluang Cipta Nama Di Malaysia

Posted: 18 Nov 2014 01:19 AM PST


Fakhrul Razi.
PETALING JAYA: Penyanyi yang berasal dari Brunei, Fakhrul Razi berharap diberi peluang untuk mengembangkan kerjaya nyanyiannya di negara ini dan kehadirannya dapat diterima oleh peminat.

Fakhrul, 34, berkata, kehadirannya juga bukan untuk bersaing dengan mana-mana artis sedia ada sebaliknya berhasrat menyatukan muzik di antara dua buah negara.

"Saya bertuah kerana dalam masa empat bulan saya hadir ke negara ini penerimaan yang saya terima cukup memberangsangkan dan saya tidak pernah berniat untuk bersaing dengan mana-mana artis.

"Harap-harap perbezaan yang ada tidak menjadi penghalang untuk saya membuktikan kredibiliti sebagai penyanyi dan percubaan menyatukan muzik serumpun dikalangan peminat," katanya kepada mStar Online.

Fakhrul tampil dengan album pertamanya berjudul Mutlak dan mempertaruhkan single pertama ciptaan Allahyarham Adam Ahmad iaitu Andai Ada Bahagia.
Penyanyi itu juga turut tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) yang bakal berlangsung pada 6 Disember depan.

Dalam pada itu, Fakhrul berkata, dia berharap pencalonan itu dapat memberi tambah nilai kepada percubaannya mencipta nama di Malaysia namun tidak mengharapkan sebarang kemenangan.

Jelas Fakhrul, menerima pencalonan dalam kategori tersebut adalah satu kejayaan besar kepada kariernya memandangkan baharu beberapa bulan berada di negara ini.

"Dahulu saya selalu menonton AIM dan tidak sangka tahun ini nama saya tercalon dan ia satu pencapaian besar untuk karier saya sebagai orang luar.

"Ia seperti peluang yang tidak akan tercapai sebenarnya kerana saya terlalu baru," katanya.

Ditanya adakah dia sudah bersedia dengan sebarang kritikan ekoran pencalonan yang diterima dalam AIM memandangkan dia bukan berasal dari Malaysia, Fakhrul optimis dan  menganggap ia perkara biasa dalam bidang seni.

"Kritikan dan pujian itu adalah perkara biasa dan ia sebenarnya perlu seiring namun sebagai seorang artis kita perlu bersedia dengan perkara itu.

"Namun jangan melihat ia sebagai satu halangan kerana muzik itu sebenarnya tiada tanah malah artis dan muzik itu tiada tembok," jelasnya.

Alif Satar bakal bergelar bapa

Posted: 18 Nov 2014 01:17 AM PST


  • Alif Satar

MENERUSI perbualan isteri kepada Alif Satar di laman Instagram bersama rakan-rakannya lebih kurang dua minggu lalu, mereka telah mengucapkan tahniah kerana kedua-duanya bakal bergelar ibu dan bapa.

Malah, isteri Alif yang dikenali sebagai Shad itu mengakui hal tersebut dengan menulis;

"Yes it is but still so early to announce."

Untuk rekod, Alif dan Shad telah selamat dinikahkan pada 15 September lalu dan majlis resepsi mereka telah diadakan pada minggu yang sama iaitu 20 September.

Haleeda lupakan kenangan lalu

Posted: 18 Nov 2014 01:14 AM PST


  • Haleeda Haleeda

PENYANYI popular 90-an, Haleeda kembali menjadi ibu tunggal buat kali kedua selepas mengaku telah bercerai dengan suaminya, Mr S yang dikahwininya pada 2010.

Tidak mahu lagi bersedih, pelantun lagu Setia Kasih ini sebaliknya menganggap situasi berkenaan sebagai takdir hidup yang perlu dihadapinya.

"Hidup ini bagaikan roda dan ia sering berputar. Ada ketikanya kita akan berada di atas dan ada kalanya kita akan berada di bawah.

"Hidup perlu diteruskan dan apa yang berlaku adalah satu proses pembelajaran supaya saya menjadi insan yang lebih baik.

"Saya bersyukur kerana memiliki ramai ahli keluarga dan sahabat di sekeliling yang membantu saya melupakan masalah yang berlaku," katanya kepada Zass ketika ditemui selepas sidang media program realiti, Gegar Vaganza, baru-baru ini.

Tidak serik dengan kejadian yang berlaku, pemilik nama sebenar, Halida Mazlin Badaruddin ini sedia untuk berkahwin lagi namun, meletakkan segala-galanya kepada ketentuan takdir.

"Setakat ini, saya tidak jumpa lagi calon suami (gelak) tetapi saya  tidak mencari untuk perkahwinan baharu kerana saya tidak suka merancang dalam hidup ini.

"Saya juga tidak suka fikir-fikir jauh. Apa yang berlaku, saya hadapi dan lupakan kenangan lalu." tegasnya.

Sebelum berkahwin dengan Mr S, pelantun lagu Terkilan ini pernah berkahwin dengan bekas pemain bola kebangsaan, Azman Adnan dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Amirah Amani Azman yang kini berusia 20 tahun.

Dalam perkembangan lain, Haleeda kini terlibat dalam program realiti Gegar Vaganza terbitan Astro Ria yang mula bersiaran sejak 16 November lalu selain aktif berlakon.

"Saya sangat seronok terlibat dalam program seumpama ini sebab dapat jumpa kawan-kawan lama selain dapat melampiaskan rindu pada dunia nyanyian.

"Mengenai lakonan pula, saya memang aktif berlakon kini tetapi biasanya saya hanya akan menerima tawaran daripada produksi yang saya sudah biasa bekerjasama," kata pelakon Bangkitnya Seorang Perempuan ini.

Dakwah Ashraf Muslim berhasil!

Posted: 18 Nov 2014 01:13 AM PST


  • Pelakon dan pengacara, Ashraf MuslimPelakon dan pengacara, Ashraf Muslim

DUA tahun menubuhkan syarikat produksi Al Hidayah Production Sdn Bhd, namun ia bukanlah cagaran laluan mudah dalam indsutri penerbitan televisyen.

Malah, akui pemilik syarikat yang juga pelakon, Ashraf Muslim, kertas kerjanya pernah ditolak hampir 100 kali oleh stesen televisyen sebelum berjaya merangkul trofi di Anugerah Skrin 2014, menerusi Drama Terbaik.
Menganggap setiap langkah dalam pekerjaan perlu melalui jalan sukar, Ashraf menelan segala pahit maung dalam industri untuk terus melangkah.

Ternyata, kejayaannya pada tahun ini menerusi drama, Matahari Terbit Lagi, membuka ruang dan peluang kepadanya dan produksi untuk bekerja lebih gigih lagi.

"Alhamdulillah, kejayaan hari ini membuktikan bahawa karya-karya yang berteraskan Islamik juga boleh pergi jauh dan diiktiraf. Sememangnya perjuangan saya dalam industri adalah berdakwah menerusi karya.

"Sejak di awal penubuhan lagi, saya amat menekankan seluruh warga kerja produksi termasuk belakang tabir sehingga pelakon agar menjaga syariah yang telah ditetapkan.

"Dan perkara ini adalah keutamaan dalam produksi saya dan ia akan terus dipraktikkan pada masa akan datang. Saya berharap akan ada ramai lagi porduksi yang bersedia dalam menerima perjuangan dakwah saya dalam bidang ini," katanya yang mengakui bukan mudah melahirkan idea Islamik yang boleh diterima masyarakat.

Walaupun berjaya membuka mata masyarakat menerusi karyanya, Ashraf enggan mendabik dada, namun lebih memilih membawa produksinya ke tahap yang lebih progresif lagi.

"Setakat ini, produksi saya sudah menghasilkan tujuh drama untuk tayangan beberapa stesen televisyen. Malah, saya amat bersyukur meliaht perkembangan syarikat walaupun masih baharu lagi.

"Saya lebih selesa meletakkan diri saya dalam proses pembelajaran. Banyak benda lagi yang perlu saya pelajari dan dalami  bagi menghasilkan produk yang berkualiti," katanya.

'Jalor' gandingan Rahim, Along dan Joey menjadi

Posted: 18 Nov 2014 01:12 AM PST


  • Gandingan Rahim, Along dan Joey menjadiGandingan Rahim, Along dan Joey menjadi

BAHANG Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) kini semakin membara apabila program realiti popular ini, memulakan siaran pertama Jumaat lalu. Disiarkan menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134), MLM2014 memperlihatkan 15 peserta bertanding merebut gelaran juara.

Antara yang bertanding kali ini adalah Sepahtu (Jep, Shuib & Ilya), Shiro (Ajak & Shahrol), Bocey (Acey, Abam & Fad), Virus (Tauke, Yus & Zizan), Nabil, Jalor (Along, Rahim & Joey) dan ramai lagi.

Bertempat di Shah Alam Royal Theatre,  rata-rata persembahan peserta dilihat kurang menyengat dan perlahan tanpa idea-idea kreatif serta klise. Bagaimanapun berbeza dengan Jalor, biarpun berada di kedudukan keempat dengan markah 46.3 peratus, namun persembahan kumpulan ini dilihat lebih menyerlah berbanding 14 kumpulan lain.

Persembahan Jalor dilihat lebih menyerlah dengan persembahan kreatif dan lawak 'superb' menerusi jalan cerita yang padat namun unsur humor sampai kepada penonton serta juri. Mewakili rakan seperjuangannya, Rahim berkata tiada istilah kecewa dengan pemarkahan atau kedudukan pada malam tersebut.

"Perkara penting adalah juri dan penonton faham dengan apa yang kami sampaikan. Bahkan penonton terhibur dengan persembahan kami membuktikan konsep yang ingin kami bawakan berjaya memikat hati juri," katanya.

Sambung Rahim, idea untuk persembahan malam pertama tercetus apabila dia menonton program lawak antarabangsa. Katanya, kebanyakan lawak luar negara menggunakan teknikal untuk membantu jalan cerita mereka agar lebih menarik.

"Asalnya idea saya kemudian kami bersama-sama mengembangkan lagi jalan cerita agar lebih segar dan tidak klise dengan lawak-lawak yang sedia ada," katanya.

Ditanya mengenai perancangannya untuk minggu hadapan, Rahim berkata 'storyboard' sudah ada dan kini dalam proses untuk memantapkan jalan cerita.

Jelasnya, resipi yang sama akan digunakan di pentas lawak kerana maklum balas yang diterima menerusi lama sosial seperti Facebook dan Twitter memberangsangkan. Malah percaturan Jalor juga menerima pujian daripada Jalaluddin Hassan yang menyifatkan keputusan Rahim untuk menubuhkan kumpulan itu adalah sangat tepat dan berbaloi.

Sementara itu, di sebalik kemeriahan MLM2014 kali ini, timbul khabar angin kurang enak antara Rahim dan kumpulan Sepahtu, sehingga Rahim dikatakan 'dikeluarkan dan disingkir' daripada menyertai kumpulan itu.

Bahkan penubuhan Jalor dikatakan kekecewaan Rahim terhadap sikap Shuip dan Jep yang menyingkirkannya daripada Sepahtu. Tatkala di tebak mengenai isu terbabit, Rahun berkata penubuhan kumpulan Jalor bukan berpunca daripada sebarang isu yang terjadi antara dia bersama Sepahtu.

Tegas Rahim, dari awal MLM2013 lagi dia menjelaskan isu tersebut kepada umum bahawa penyertaannya bersama Sepahtu merupakan projek khas.

"Selepas MLM2013 berakhir, kami telah bersetuju untuk mengambil haluan masing-masing dan tiada isu gaduh seperti yang diuar-uarkan.

"Hubungan kami juga tiada masalah dan masih baik. Sepatutnya isu ini tidak perlu dibangkitkan kerana kami telah menubuhkan kumpulan sendiri,"  jelasnya.


Minggu pertama MLM hambar

Bagaimanapun secara keseluruhan, penulis merasakan persembahan minggu pertama MLM2014 agak hambar. Malah kumpulan-kumpulan yang dijangka akan memberi persembahan mantap seperti Virus, Sepahtu, Bocey, Shiro dan SYJ, tampil dengan persembahan yang agak hambar pada malam tersebut sehingga diperakui oleh juri.

Namun berlainan pula dengan peserta seperti Wala, Samurai, Zero, Comey, Ekzos dan Jalor menyerlah berbanding kumpulan yang sudah punyai nama. Bagaimanapun persembahan Nabil secara solo wajar dipuji kerana bijak bermain dengan teknikal untuk mempersembahkan lawak yang bermutu.

Dalam pada itu, kumpulan Sayot dan Kepoh tersingkir di minggu pertama dengan markah paling rendah iaitu 23.3 dan 20.3.

Kesilapan ejaan buka pintu rezeki

Posted: 18 Nov 2014 01:06 AM PST


  • Zulkepli (kiri) dan Ramli menunjukkan kuda padi yang digunakan bagi sesi fotografi.Zulkepli (kiri) dan Ramli menunjukkan kuda padi yang digunakan bagi sesi fotografi.

PARIT BUNTAR - Perkataan pornografi yang disalah eja dalam satu post disiarkan dalam laman sosial Facebook bagi tujuan pengiklanan dan pernah menjadi viral kini bertukar menjadi punca rezeki buat seorang jurugambar sambilan.

Zulkepli Yusop, 40, atau lebih dikenali Toksyu Zul berkata, kesilapan menaip perkataan photografi kepada pornografi dalam satu post iklan sepasang pengantin menaiki seekor kuda menyebabkan dirinya menerima pelbagai tohmahan.

Menurutnya, pada mulanya, dia menyangka kesilapan itu akan menjejaskan perniagaan perkhidmatan fotografi bersama kuda yang diusahakan bersama seorang rakan.

"Namun, setelah saya membuat penjelasan atas kesilapan ejaan melalui media, saya bukan sahaja menerima reaksi positif orang ramai, malah ramai dalam kalangan pengguna laman sosial yang berminat untuk mencuba perkhidmatan fotografi yang ditawarkan.

"Bagi saya, fenomena viral itu memberi hikmah kepada perniagaan saya untuk terus maju malah saya bersyukur kerana ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sentiasa memberi dorongan," katanya sewaktu ditemui media di sini.

Zulkepli yang turut mengusahakan kedai gunting rambut berkata, dia yang berjinak-jinak dalam dunia fotografi sejak lima tahun lalu mula mempromosikan pakej bergambar bersama kuda padi bermula pada Mac lalu.

Jelasnya, kini perniagaannya semakin maju malah dia turut menerima permintaan daripada pelanggan dari utara semenanjung.

"Pakej bergambar bersama kuda diwujudkan untuk memberi kelainan dalam dunia fotografi terutama pada pasangan pengantin.

"Pada masa sama, saya dapat membantu mempromosi perniagaan rakan saya iaitu Jamil Omar 29, yang mempunyai seekor kuda padi dibela sejak setahun lalu," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved