ads

Rabu, 12 November 2014

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Erra Fazira Sahkan Kekasihnya Pemuda Bujang

Posted: 12 Nov 2014 07:38 PM PST


Erra Fazira
KUALA LUMPUR:  Pelakon Erra Fazira tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya kepada umum memandangkan perhubungan yang dijalinkan itu  masih lagi baharu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, individu itu merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman iaitu lebih berilmu pengetahuan berbanding dirinya.

"Saya akan dedahkan siapa pasangan saya apabila perhubungan itu ke fasa seterusnya. Yang penting dia bujang dan saya tidak mencari orang yang berharta.

"Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dan berpengetahuan serba serbi lebih daripada saya," katanya kepada mStar Online.
Erra ditemui pada majlis pelancaran teater Takhta 3 Ratu di Bora Ombak di sini pada Rabu.

Pelakon Awie, Soo Wincci, Izreen Azminda, Beto Kushairy dan Datuk Rahim Razali turut hadir pada majlis tersebut.

Terdahulu Erra pernah berlahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abdin pada 25 Oktober 2007 dan  bercerai pada 18 Februari. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

mStar Default Image
Dari kiri Soo Wincci, Erra Fazira dan Izreen Azminda.


Sebelum itu pernah Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, mengenai Takhta 3 Ratu, ia merupakan projek teater yang menggabungkan tiga produksi iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd, Erra Fazira Entertainment dan Awie Entertainment.

Kata Erra, ia merupakan sebuah pementasan yang berat dan berkos  di mana ia memerlukan beberapa penggabungan beberapa syarikat agar teater tersebut mendapat hasil yang berkualiti.

"Selepas diberi slot untuk menerbitkan sebuah pementasan teater di Istana Budaya, pengarahnya, Erma Fatima terus merancang untuk menghasilkan judul ini.

"Ia juga sebuah pelaburan yang berisiko tinggi kerana pemeƱtasan berkonsepkan sejarah Melayu sukar untuk menarik perhatian masyarakat. Apatah lagi ia akan berlangsung pada Disember ini di mana ketika itu ibu bapa sibuk berjimat duit untuk persiapan sekolah anak.

"Tetapi saya percaya dengan gabungan pelakon yang mantap serta skrip yang bagus akan menarik perhatian orang ramai untuk hadir menyaksikan teater ini," ujarnya.

Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar)  terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.

Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terduduk apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka.

Takhta 3 Ratu bakal dipentaskan bermula 13 hingga 22 Disember 2014 di Istana Budaya.

Tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter IB atau melayari laman www.airasiaredpix.com.

"Jangan Lihat Saya Pelawak Pemalas" - Nabil Ahmad

Posted: 12 Nov 2014 07:37 PM PST


Nabil Ahmad anggap penonton MLM belum terima komedi yang disampaikan.
PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad meminta orang ramai tidak melihat konsep jenaka stand up comedy yang ditampilkannya iaitu melakukan lawak secara sendirian sebagai pemalas.

Nabil, 30, berkata, masayrakat harus faham ia adalah kosnep lawak stand up comedy yang masih lagi baharu bagi penonton yang gemar menyaksikan lawak di televisyen.

"Mereka selalu kata saya pemalas dan ambil jalan mudah untuk berada dipentas sendirian tidak seperti kumpulan pelawak lain.

"Sebenarnya mereka tidak tahu konsep stand up comedy yang mana ia lagi susah untuk dilakukan tanpa sebarang 'prop' ketika berada di atas pentas," katanya kepada mStar Online.

Nabil berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penyertaannya dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang bakal membuka pentasnya bermula Jumaat ini di Teater Selangor, Shah Alam.

Dalam pada itu, Nabil berkata, pada asalnya dia agak ragu-ragu untuk kembali bertanding, namun kerana minat yang mendalam terhadap bidang lawak dia meneruskan perjuangan tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak pernah mengharapkan kemenangan berikutan mengakui pertandingan tersebut hanya berdasarkan populariti.

Jelas Nabil, apa yang dikesalkan setiap musim pertandingan tersebut  reaksi penonton yang datang seolah-olah tidak menghargai pelawak-pelawak yang bertanding.

Katanya, perkara tersebut juga menyebabkan pelawak yang kurang mempunyai peminat berasa tidak bersemangat untuk memberi persembahan yang terbaik.

"Saya juga kesal dengan penonton yang kebiasaanya daripada kumpulan peminat yang tidak memberi sokongan kepada pelawak lain.

"Misalnya ketika AR Badul dan Imuda dahulu keluar untuk buat lawak tetapi tiada penonton yang beri tepukan serta tiada respons lawak mereka sehingga mereka merasakan persembahan tersebut tidak bagus.

"Saya minta biarlah penonton yang datang kali ini beri sokongan pada semua pelawak yang keluar untuk buat persembahan mereka," ujarnya.

Suria Cinta Rancangan Radio Paling Lama Didengar

Posted: 12 Nov 2014 07:36 PM PST


Deejay Lin mengendalikan segmen Suria Cinta di Suria FM.
KUALA LUMPUR: Segmen Suria Cinta  yang kendalian Deejay Lin di Suria FM merupakan sebuah rancangan radio paling lama didengar mengalahkan semua saluran radio berbahasa Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Star Radio Group, Kudsia Kahar, kejayaan segmen itu disahkan selepas kajian soal selidik dilakukan oleh firma penyelidikan GfK.

"Penyelidikan yang dilakukan oleh firma penyelidikan GfK ini mendapati pencapaian stesen radio Suria FM sangat menggalakkan iaitu mencecah 2 juta pendengar dalam masa seminggu dan memiliki peningkatan jumlah yang stabil dalam tempoh lima tahun.

"Manakala pendengar meluangkan masa 2 jam 45 minit setiap minggu bagi mengikuti segmen Suria Cinta dan ini merupakan jangka masa mendengar  paling lama diantara semua stesen radio berbahasa Melayu di negara ini," ujarnya kepada mStar Online.

Kudsia berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan keputusan kaji selidik pertama yang dilakukan oleh firma penyelidikan GfK bagi menjalankan kajian ukuran pendengar empat stesen radio bawah Kumpulan Radio Star iaitu Suria FM, RED FM, 988, dan Capital FM.

Suria Cinta ke udara setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 10 malam hingga 2 pagi.
Barisan penyampai Star Radio Group dari kiri JJ (RED FM), Kudsia Kahar, Sam (988), Isabel (Capital FM), Adibah Nor (Suria FM).

Bagi segmen Ceria Petang yang dikendalikan oleh Linda Onn pula, ia berjaya menarik 15 peratus jumlah pendengar berpendapatan RM5,000 ke atas dan merupakan peratus tertinggi antara kesemua segmen petang untuk stesen bahasa Malaysia yang lain.

Sementara itu, bagi stesen radio berbahasa Inggeris RED FM, peningkatan pendengar sebayak empat kali ganda menjadikan jumlah pendengarnya seramai 406,000 dalam masa seminggu.

RED FM juga berjaya menarik pendengar daripada golongan berpendapatan tinggi dengan hampir separuh pendengarnya adalah golongan kolar putih. Selain itu, stesen radio berbahasa Cina 988 tetap konsisten dengan pendengar seramai 1.5 juta dalam masa seminggu.

Stesen ini juga menguasai segmen 10 malam hingga 1 pagi dengan jumlah pendengar seramai 400,000 orang seminggu.

"Ini merupakan segmen yang mempunyai jumlah pendengar paling tinggi diantara semua steen radio berbahasa Cina dna lebih 50 peratus pendengar adalah golongan bandar dan 28 peratus di kawasan utara," ujarnya.

Bagi Capital FM yang merupakan stesen radio pertama Malaysia yang mensasarkan pendengar wanita di kota merupakan pertama kali stesen radio ini mengambil bahagian dalam kajian yang dilakukan sejak menyertai Kumpulan Radio Star.

Biarpun hanya boleh didengari di kawasan Lembah Klang dan Pulau Pinang sahaja, Capital FM kini telah mencapai seramai 56,000 pendengar seminggu.

Rating pendengar ini adalah ukuran yang dilakukan selama enam minggu bermula hujung September lalu.

Sikap Tolak Ansur Punca Instagram Zizan Razak Cecah 1 Juta Pengikut

Posted: 12 Nov 2014 07:35 PM PST


Zizan Razak bersikap terbuka dengan pengikut-pengikutnya di Instagram.
PETALING JAYA: Pelakon Zizan Razak merasakan sikap tolak ansurnya dalam memberi kebenaran kepada orang ramai mengiklankan perniagaan masing-masing di laman sosial Instagram miliknya menjadi penyumbang peningkatan mendadak pengikut laman sosialnya itu.

Zizan berkata, keterbukaan itu memungkinkan orang ramai senang dengan sikapnya dan menjadikan laman sosial itu sebagai rujukan bagi mengiklankan produk sehingga ia mencecah lebih satu juta pengikut.

"Sebenarnya saya terkejut apabila melihat pengikut saya sudah sampai ke tahap lebih sejuta di Instagram.

"Nak kata gambar menarik, tidak juga, kerana saya hanya memuat naik apa-apa saja gambar yang dirasa mahu dikongsi dengan peminat. Tidak kira sama ada yang berbentuk peribadi, ketika bekerja atau aktiviti-aktiviti lain.

"Mungkin kerana saya memberi kebebasan kepada peniaga-peniaga onlineuntuk mempromosikan barangan mereka di Instagram saya," katanya kepada mStar Online.

Instagram milik Zizan Razak.
Sehingga laporan ini ditulis, Zizan sudah pun memiliki sebanyak 1,031,198 pengikut selain 1,100 gambar yang dimuatnaik.

Tambah Zizan, dia juga berpendapat peniaga-peniaga yang mempromosikan barangan yang dijual di Instagram tidak seharusnya dimarahi kerana mereka sekadar ingin mencari pelanggan daripada pengikut-pengikut selebriti.

"Bagi saya, peniaga-peniaga 'visit my IG" ini sekadar ingin mencari peluang menerusi Instagram artis yang kebanyakannya mempunyai pengikut yang ramai.

"Inilah cara mereka untuk mencari pelanggan dan kita pun tidak patut menyekat rezeki mereka. Cuma kalau komen itu, janganlah bagi membuat promosi menggunakan ayat berjela-jela sehingga mengganggu orang lain untuk membaca atau meletakkan komen," ujarnya.

Dalam pada itu, Zizan turut mengakui tidak pernah memarahi pengikut-pengikutnya meskipun ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab memberi komen-komen buruk.

Kata Zizan, sebagai seorang selebriti, komen-komen sebegitu sudah menjadi lumrah untuk dihadapi apatah lagi di medium media sosial.

Selain Zizan, antara selebriti lain yang berjaya mencecah lebih sejuta pengikut Instagram termasuklah kekasih Zizan sendiri iaitu, Emma Maembong (1.12 juta), Nora Danish (1.34 juta)  dan Lisa Surihani (1.01 juta).

Ditegur Suami Penyebab Perceraian Raja Azmi

Posted: 12 Nov 2014 07:34 PM PST


Raja Azmi dan Eddie selepas proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor pada Selasa. 
AMPANG: Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan teguran suaminya, Mohd Eddie Ghazali antara penyebab dia memohon untuk bercerai selepas 13 bulan berumahtangga.

Raja Azmi, 55 berkata, walaupun mengakui kesilapannya kerana keluar rumah tanpa izin, namun cara teguran suaminya itu membuatkan hatinya benar-benar terluka dan sukar untuk diubati semula.

"Apabila dimarahi, hati saya terluka kerana saya terasa dengan tegurannya itu. Rasa sedih sangat-sangat. Dia (Eddie) telah pun memohon maaf dan memujuk, tetapi luka saya itu tidak terubat.

"Bagi saya, jika tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara seperti ini, saya akan berterusan menjadi isteri yang derhaka. Lebih baik kami berpisah.

"Dia ada berusaha untuk mengekalkan rumah tangga ini, cuma mungkin saya yang langsung tidak berusaha," katanya kepada mStar Online.

Raja Azmi ditemui selepas di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada petang Selasa selepas Mohd Eddie, 46, melakukan lafaz cerai di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.05 petang.

Mohd Eddie menceraikan Raja Azmi dengan talak satu dan wanita itu diperintahkan untuk melalui tiga bulan tempoh edah atau tiga kali suci.

[Sila klik link ini untuk menonton video pengakuan Raja Azmi] - http://bcove.me/vouyfhw3
Raja Azmi bersama Eddie tetap bersahabat meskipun sudah bercerai.
Dalam pada itu, Raja Azmi turut mengakui, sejak berkahwin pada 13 Oktober 2013, dia mendapati pelbagai percanggahan pendapat antaranya dengan Eddie terutamanya mengenai kehidupan.

"Kami kerap bergaduh hanya kerana percanggahan pendapat masing-masing. Dan perkara ini membuatkan perhubungan kami semakin sukar untuk diteruskan.

"Tetapi apabila tidak sebumbung, kami boleh pula berkomunikasi macam biasa. Apa yang saya nampak, mungkin kami lebih sesuai berhubung sebagai sahabat," ujarnya.

Sementara itu, Eddie pula berkata, ini merupakan pengalaman pertamanya apabila terpaksa melalui dugaan bercerai dan perkara itu membuatkan dirinya sedikit sebak.

Bagaimanapun, kata Eddie, masalah perkahwinannya dengan Raja Azmi dijadikan sebagai pengajaran agar lebih berdiplomasi dalam menegur seorang isteri.

"Kesilapan saya adalah daripada segi teguran yang kasar sehingga mengundang sebelah pihak terasa hati. Tetapi nak buat macam mana, ia sudah pun berlaku dan hidup mesti diteruskan seperti biasa," tuturnya.

Eddie yang popular dalam kumpulan CRK dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah dilakukan di Laman Beringin, Istana Budaya dekat sini.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.

Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.

Sikap Baran Syamsul Kurang Selepas Jadi Suami

Posted: 12 Nov 2014 07:32 PM PST


Sikap panas baran Syamsul berjaya dikurangkan sejak mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah. 
KUALA LUMPUR: Sikap panas baran pengarah filem Syamsul Yusof yang sukar dikawal sebelum ini berjaya dikurangkan selepas dia mendirikan rumah tangga dengan aktres Puteri Sarah Liyana.

Syamsul, 30, berkata, sebelum ini dia menyangkakan tidak ada orang akan memahami sikap itu selain ibunya, tetapi selepas berumah tangga, dia mendapati Sarah juga bijak mengambil hati sehingga membuatkan dia turut berusaha untuk berubah sikap.

"Memang dari dulu lagi, ibu yang paling rapat dan sering mendengar luahan perasaan saya lebih-lebih lagi ketika isu filem KL Gangster 2 dicetak rompak sebelum tayangan.

"Dan saya sangka tiada wanita lain yang mampu menenangkan saya selain ibu. Tetapi Alhamdulillah, saya diberi seorang isteri yang penyabar dan memahami seperti ibu.

"Kerana dia... semangat saya kembali pulih. Kerana dia juga sikap saya yang 'tidak betul' sebelum ini berjaya dikurangkan," katanya kepada mStar Online.

Syamsul telah diijabkabulkan dengan Puteri Sarah pada 8 Mac lalu di Masjid Sri Damansara di sini.
Syamsul dan Puteri Sarah

Dalam pada itu, tambah Syamsul, sejak mendirikan rumah tangga, dia tidak lagi terlalu mengejar kejayaan karier sebaliknya lebih mengutamakan isteri dan keluarga.

"Jika dahulu, sebelum penggambaran, saya akan meneliti skrip di mana saya perlu bersendirian tanpa perlu diganggu orang lain.

"Tetapi, sekarang ini skrip itu saya letak ke tepi dan utamakan Sarah dan keluarga. Saya tidak mahu hidup ini penuh dengan kejayaan karier tetapi gagal dalam kehidupan keluarga," ujarnya.

Terdahulu, filem prekuel KL Gangster 2 arahan Syamsul telah dicetak rompak sebulan awal sebelum tayangannya pada 3 Oktober 2013.

Ia mematahkan semangat Syamsul apabila dia tidak dapat menerima hakikat tentang perkara itu menyebabkan dia seolah-olah merajuk dengan dunia seni.

Sementara itu, Syamsul berkata, dia menganggap kejadian yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya untuk dirinya tidak lupa pada Tuhan.

"Tak kisahlah siapa yang salah dalam hal ini. Tetapi saya memandang perkara ini dalam skop yang berbeza. Saya nampak, Tuhan sering memberikan pelbagai kejayaan besar bagi setiap filem. Cuma untuk KL Gangster 2, dia menguji saya sedikit.

"Selepas bermuhasabah diri, baru saya sedar bahawa sebelum ini saya sedikit lupa dengan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Dan ujian yang diberi Tuhan juga seketika saja apabila saya mendapat rezeki untuk berkahwin dengan seorang isteri yang cantik dan sangat memahami.

"Tidak lama kemudian, KL Gangster 2 juga memperoleh kejayaan dengan meraih Anugerah Penataan Bunyi Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia (FFM23) yang berlangsung baru-baru ini. Alhamdulillah," tuturnya.

Dalam pada itu, Syamsul berkata, dia akan kembali aktif mengarah filem bermula tahun depan, iaitu selepas selesai berlakon dalam filem arahan adiknya, Syafiq Yusof berjudulDesolusi.

Syamsul akan mengarahkan dua filem berjudul Munafik  danTailong.

Wanita China Teruja Ubah Wajah Supaya Lebih 'Barat'

Posted: 12 Nov 2014 07:28 PM PST


WANITA China yang memasuki Korea Selatan dan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah raut wajah menghadapi kesulitan untuk pulang ke negara mereka kerana tidak melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.
Perkara itu berlaku kerana gambar pada pasport tidak lagi menyerupai wajah pemiliknya ketika membuat pemeriksaan di lapangan terbang sebelum dibenar meninggalkan Korea Selatan.
Rata-rata wanita China memasuki negara tersebut dan mengubah wajah secara keseluruhan termasuk memutihkan kulit, membesarkan kelopak mata supaya kelihatan lebih 'barat', membentuk semula bibir, meninggikan hidung dan memanjangkan dagu.
Yan Xu, a 22-year-old broker, pictured before surgery - she had eyelid surgery, a nose job, and chin implantsYan Xu, a 22-year-old broker, pictured after surgery - she had eyelid surgery, a nose job, and chin implants
Perubahan secara 100 peratus pada wajah membuatkan wanita yang pulang ke China tidak lagi dikenali serta mudah untuk menjadi model dan sebagainya.
Berikutan kesulitan yang dialami oleh ramai wanita China di lapangan terbang, sesetengah hospital yang menjalankan pembedahan plastik mengeluarkan sijil pengesahan perubahan yang dilakukan.
Hasil kejayaan hospital-hospital di Korea Selatan mengubah wajah wanita, pembedahan plastik kini menjadi perniagaan utama dalam sektor kecantikan di negara itu.
Kebanyakkan pelanggan mereka adalah dari China - wanita yang ingin 'mencari' kehidupan lebih baik selepas pulang dengan raut wajah jelita serta muda.
Berikut merupakan wajah sebelum dan selepas pembedahan plastik oleh wanita China.-
Xu Yan, a 21-year-old kindergarten teacher, pictured before surgery - Xu underwent the V-line surgery, nose reconstruction surgery and received Botox injectionsXu Yan, a 21-year-old kindergarten teacher, pictured after surgery - Xu underwent the V-line surgery, nose reconstruction surgery and received Botox injections

Liu Yisong, a 26-year-old dance teacher, before the plastic surgery Liu Yisong, a 26-year-old dance teacher, after the plastic surgery
A 26-year-old Wuhan woman named Yumei Xie, who works as a jazz instructor, before surgery A 26-year-old Wuhan woman named Yumei Xie, who works as a jazz instructor, after surgery

Huang Silan, a 20-year-old lounge singer, before surgery Huang Silan, a 20-year-old lounge singer, after surgery
Zhang Cher is a 27-year-old Chongqing woman and aspiring singer before surgery Zhang Cher is a 27-year-old Chongqing woman and aspiring singer after surgery

This unidentified woman is pictured before cosmetic surgery This unidentified woman is pictured after cosmetic surgery
Usia tidak menghalang wanita China untuk terus kekal jelita dan menyaingi gadis-gadis.
A 56-year-old woman (pictured before) sought treatment for the sagging skin on her face and neck, wrinkles, eye aging and age spots. She also had work done on her nose A 56-year-old woman (pictured after), sought treatment for the sagging skin on her face and neck, wrinkles, eye aging and age spots. She also had work done on her nose






Sejarah Baru Tercipta Manusia Mendaratkan Modul Dipermukaan Komet

Posted: 12 Nov 2014 07:27 PM PST


Kapal angkasa Rosetta mengambil selfie dengan berlatarbelakangkan Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko ketika ia menghampiri komet itu sejurus sebelum melancarkan robot kecil bersaiz sebuah peti sejuk ke permukaan komet. Inilah pertama kalinya manusia berjaya mendaratkan sebuah modul di atas permukaan sebuah komet yang bergerak pada kelajuan 15km sesaat di angkasa lepas.
DARMSTADT (Jerman): Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) mencatatkan satu sejarah baru kemanusiaan apabila berjaya mendaratkan robot angkasa yang dinamakan Philae di atas permukaan Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko yang dipercayai berusia 4.5 bilion tahun pada lewat Rabu.
Ia adalah kejayaan yang pertama seumpamanya. Belum pernah sebuah modul buatan manusia mendarat di atas mana-mana permukaan komet.
Komet adalah objek yang berterbangan di ruang angkasa yang mengembara mengelilingi matahari dan merupakan serpihan daripada saki baki pembentukan planet di dalam Sistem Suria kita.
Sistem Suria kita mempunyai 8 planet.
Philae dilancarkan dari sebuah kapal angkasa kecil tanpa manusia bernama  Rosetta yang telah mengembara sejauh 6.4 bilion kilometer di ruang angkasa selama 10 tahun mengejar Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko dalam misi bersejarah ini. Rosetta dilancarkan pada Mac 2004.
Kos melancarkan misi ini bernilai £1 bilion (RM5.24 bilion).
Philae from Rolis instrument
Gambar komet yang berjaya dirakam oleh salah satu kamera yang dipasang pada Philae.
Selepas 10 tahun di ruang angkasa Rosetta berjaya menghampiri Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko pada jarak 100 kilometer pada 6 Ogos lalu. Sejak itu Rosetta mengobit komet berkenaan.
Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko bergerak pada kelajuan 55,000km/jam (atau 15km sesaat) dan ia kini berada pada jarak 510 juta kilometer dari Bumi.
Ia dijadualkan berada paling hampir dengan matahari menjelang Ogos tahun depan. Pada waktu ini permukaannya akan menjadi tersangat panas dan mencairkan debu ais yang menutupi permukaannya.
Fakta Mengenai Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko:
> Pertama kali ditemui pada 1969 oleh dua orang ahli kaji bintang Klim Churyumov dan Svetlana Gerasimenko.
> Komet ini mengelilingi matahari dan membuat satu pusingan lengkap setiap 6.5 tahun.
> Mengembara antara orbit Planet Jupiter dan Bumi.
> Mempunyai kelebaran seluas 4km.
> Mempunyai rupabentuk seperti seekor itik plastik.
> Suhu permukaan sekitar -70 darjah Selsius.
> Kandungan komet ini terdiri daripada batu, debu dan ais.
> Membuat putaran lengkap setiap 12.4 jam.
> Kepadatannya sekitar 10 bilion tan.
Pada Rabu, 12 November Rosetta menghampiri komet tersebut pada jarak 1km dan melepaskan Philae yang hanya bersaiz sebuah peti sejuk.
Philae mengambil masa tujuh jam untuk mendarat.
Sebaik sahaja ia menghampiri permukaan komet, Philae menembak dua bilah lembing besar atau harpoon yang berfungsi sebagai sauh untuk memastikan ia tidak kembali terapung memandangkan daya graviti yang lemah di atas permukaan komet tersebut.
Malangnya laporan terbaru yang diterima oleh ESA bagaimanapun menunjukkan tembakan harpoon itu tidak berjaya sepenuhnya.
ESA masih menunggu isyarat daripada Rosetta mengenai nasib Philae pada masa berita ini dimuat naikkan.
Pengurus Pendaratan Philae di ESA, Dr Stephan Ulamec dipetik oleh BBC sebagai berkata: "Ada kemungkinan robot Philae tidak mendarat sekali tetapi dua kali kerana selepas harpoon yang bertindak sebagai sauh gagal berfungsi dengan sempurna Philae melambung ke ruang angkasa sekali lagi sebelum kembali mendarat atas tarikan gaya graviti."
ESA yakin Philae berada dalam keadaan stabil berdasarkan isyarat yang ia hantar ke kapal angkasa Rosetta buat masa ini.
Ketua Pengarah ESA, Jean-Jacques Dordain menyifatkan kejayaan mereka mendaratkan modul di atas permukaan komet itu sebagai satu kejayaan besar dan bersejarah dalam ketamadunan manusia.
Landing site
Philae mendarat di permukaan komet berkeluasan 4 kilometer.
Ini kerana buat pertama kalinya manusia dapat mengkaji secara langsung usia pembentukan Sistem Suria yang selama ini dianggarkan berusia 4.5 bilion tahun.
Planet yang terbentuk di sekeliling matahari telah melalui pelbagai proses kematangan dan perubahan fizikal sejak kewujudannya tetapi komet yang bertaburan dan berjumlah berbilion buah itu di ruang angkasa dipercayai kekal dalam bentuk asalnya sebaik sahaja Sistem Suria terbentuk.
Sebab itulah ia dianggap sangat penting untuk kajian bagi mengenalpasti berapakah usia Sistem Suria kita dalam Galaksi Bima Sakti.
Saintis juga selama ini percaya kepada teori yang kewujudan air di atas permukaan Bumi sebenarnya berasal dari serpihan komet. Ini kerana komet membawa bersama-samanya kandungan ais yang banyak disebabkan pengembaraannya yang jauh dari matahari di dalam Sistem Suria dan ais itu mula mencair menjadi air ketika ia menghampiri matahari.
Jika salah satu daripada berbilion buah komet yang terdapat di ruang angkasa terhempas di atas permukaan Bumi berbilion tahun dahulu, sudah pastinya ia akan membawa bersama-samanya kandungan ais yang banyak sekaligus membentuk lautan kecil.
Bersama air, datang kehidupan yang lain.
Comet
Keadaan permukaan komet yang berjaya dirakamkan semasa pendaratan Philae.
Jika segalanya berjalan lancar dan tidak mengalami sebarang kerosakan besar, Philae dijadualkan untuk terus berfungsi selama setahun di permukaan Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko.
Ujiannya yang terbesar ialah sejauh manakah ia mampu bertahan pada suhu permukaan melebihi 500 darjah Selsius sebaik sahaja komet ini menghampiri matahari pada jarak yang paling dekat menjelang Ogos 2015.

MLM 2014, kembali Jumaat ini!

Posted: 12 Nov 2014 07:24 PM PST


  • MLM 2014, kembali Jumaat ini!

BAGI peminat program realiti yang menampilkan pelawak handalan tanah air, Maharaja Lawak Mega (MLM) pastinya dinantikan mereka.

Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, tahun ini MLM terus menyusun strategi terbaik bagi memastikan program realiti komedi tersebut menepati cita rasa penonton.
"Bermula 14 November ini, Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134) kembali menggeletek seisi rumah dengan kehadiran MLM.

"Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga persaingan amat sengit,  10 barisan pelawak yang terdiri daripada kumpulan Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil Comey, Jalor, Sayot, Kepoh dan SYJ akan berentap menunjukkan kehebatan masing-masing," katanya.

Tambah Nizam, dia turut berbesar hati apabila MLM 2013 telah diangkat sebagai Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (bersiri) dua kali berturut-turut di pada Anugerah Lawak Warna 2014.

Mengulas mengenai kerusi panas yang baru sahaja berakhir, Nizam berkata, lima kumpulan layak bertanding di pentas MLM 2014 bermula Jumaat ini.

"Lima kumpulan tersebut ialah Ekzos dan Samurai yang bersaing di kerusi panas minggu pertama, sementara Wala, Zero dan Shake peserta kerusi panas minggu kedua menjadi pilihan juri profesional.

"Dengan itu, secara rasminya gelanggang MLM 2014 telah dibuka dengan menyaksikan 15 peserta akan bersaing merebut gelaran juara musim ini," katanya lagi.

MLM 2014 bakal disiarkan jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) dan Astro On-The-Go.

Manakala barisan empat juri tetap untuk musim ini akan diumumkan pada Jumaat nanti.

Juara MLM 2014 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000.

Fara Fauzana jelas isu Master

Posted: 12 Nov 2014 07:23 PM PST


  • Fara FauzanaFara Fauzana

PENYAMPAI radio dan pengacara popular, Fara Fauzana, 34, mendedahkan tidak ada sebarang perjanjian yang di buat bersama pihak Geomatika University College di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana (Master) Komunikasi Massa kepadanya.

Jelas Fara, tidak ada istilah memberi publisiti percuma kerana tiada sebarang kerjasama yang dilakukan dengan pihak kolej tersebut untuk tujuan promosi.

"Saya amat bersyukur dengan penganugerahan yang diberikan ini. Cuma orang di luar sana kena ingat, ini bukan pertama kali sesebuah universiti atau kolej memberi pengiktirafan sebegini, tapi mungkin saya penyampai radio, jadi kedengaran agak janggal.

"Apa pun tidak ada istilah mereka mempergunakan saya kerana pihak Geomatika sendiri tidak membuat sebarang hebahan di atas penganugerahan ini.

"Orang lain cuma tahu selepas pihak AM Krew membuat kejutan di radio minggu lalu," katanya yang ditemui media, baru-baru ini.

Tambah Fara lagi, dia sendiri sebenarnya sudah lama merancang untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, namun belum berkesempatan untuk berbuat demikian.

"Sejak 2004 lagi, saya merancang untuk menyambung pengajian di  Universiti Teknologi Mara (UiTM). Namun kerana tuntutan kerja saya belum berkesempatan untuk menyambung pengajian. Namun, kita hanya merancang dan Allah SWT yang menentukan," akhirinya.

Video hero muda di Syria terus viral

Posted: 12 Nov 2014 07:21 PM PST


  • Kanak-kanak lelaki ini sanggup bergadai nyawa meskipun bertubi-tubi tembakan dilepaskan.Kanak-kanak lelaki ini sanggup bergadai nyawa meskipun bertubi-tubi tembakan dilepaskan.

DAMSYIK - SYRIA. Sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki di Syria yang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan kanak-kanak perempuan daripada tembakan penyerang hendap kini semakin viral di laman sosial.

Rakaman yang dimuat naik di laman video Youtube pada 10 November lalu memaparkan kanak-kanak lelaki itu berusaha mencapai tangan kanak-kanak perempuan yang berlindung di sebalik sebuah kereta yang telah musnah.

Usahanya berjaya apabila dia berjaya menarik tangan kanak-kanak itu dan membawanya ke tempat lebih selamat walaupun tembakan berterusan dilepaskan ke arahnya.

Pelajar PhD termuda negara jadi ikon POKB

Posted: 12 Nov 2014 07:17 PM PST


  • Mohd Nasir menyerahkan cenderahati kepada Hazzirah.Mohd Nasir menyerahkan cenderahati kepada Hazzirah.

PUTRAJAYA – Pelajar paling muda dianugerahi Doktor Falsafah (PhD) di Malaysia, Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim, 24, dilantik sebagai ikon muda Persatuan Orang Kota Bharu (POKB).

Anak jati Kota Bharu yang berkelulusan dalam bidang Matematik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), itu diraikan pada Majlis Tautan Kaseh POKB, di Kelab Tasik Putrajaya, Sabtu lalu.

Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, ia sebagai sumber inspirasi kepada anak-anak muda terutama di Kota Bharu supaya mengikut jejak Hazzirah yang berjaya dalam pelajaran pada usia muda.

Dalam Majlis Tautan Kaseh pertama dianjur POKB, Hazzirah menerima sumbangan komputer riba daripada Penasihat POKB Yang juga Penaung Tabung Kesejahteraan OKB, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.

Beliau turut menerima cenderahati daripada Ahli Jawatankuasa Tabung Kaseh Kanser OKB Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang juga Timbalan Pengerusi Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Mohd Nasir Hamzah.

Sheikh Ahmad berkata, POKB yang bukan hanya berkisar kepada kebajikan tetapi bermatlamat memberi peluang kepada ahli muda untuk berjaya dan terpanggil menganjur program itu kerana bangga dengan pencapaian Hazzirah meski berlatarbelakangkan keluarga sederhana.

Katanya, anak kedua kepada Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan, Mat Hassim Daud, dan Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 Martinawati Salleh itu memberi contoh baik kepada anak-anak muda.

"Saya yakin dengan kejayaan dan pengalamannya sedikit sebanyak dapat membantu persatuan dan juga masyarakat khususnya masyarakat di Kota Bharu untuk bergerak lebih maju ke depan," katanya.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Dr Raduan Che Rose.

Murid pra sekolah cedera dicampak dari tingkat dua

Posted: 12 Nov 2014 07:14 PM PST


  • Mangsa yang cedera masih dirawat di HTJMangsa yang cedera masih dirawat di HTJ

SEREMBAN - Seorang murid pra sekolah di Taman Tasik Jaya  cedera akibat dicampak oleh murid lain dari tingkat dua sekolah berkenaan tengah hari semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 petang itu, mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Adam Fikri, 6,  mengalami cedera di dahi, patah tangan kiri, paha dan pangkal tulang pinggul.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku sewaktu murid berkenaan dalam perjalanan ingin berjumpa ibunya di bilik guru yang terletak di tingkat 2.

Katanya, semasa dalam perjalanan itu, mangsa dikatakan melintasi sekumpulan pelajar, sebelum diangkat oleh seorang murid lain, lalu dicampak ke bawah.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan dan patah tangan serta kaki kanan.

"Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu hanya mampu meraung sebaik sahaja mendapati anaknya itu berada dalam keadaan lemah, namun semasa kejadian mangsa masih dalam keadaan sedar," katanya.

Mangsa kini dirawat dekat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan murid yang melakukan perbuatan itu merupakan seorang pelajar dari Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut sebelum tindakan susulan dilakukan.

JPJ kena kemuka bukti

Posted: 12 Nov 2014 07:10 PM PST


  • Mohd Iskandar JaafarMohd Iskandar Jaafar

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diminta mengemukakan bukti secara saintifik yang boleh mengaitkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya dengan plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi, cermin gelap dan aksesori kenderaan.

Exco Pemuda Umno, Mohd Iskandar Jaafar berkata, bukti itu harus diumumkan kepada rakyat agar langkah jabatan itu menguatkuasakan undang-undang menggunakan alasan berkenaan, tidak lagi dipertikaikan.

Menurutnya, semua pihak maklum punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini adalah disebabkan sikap pemandu memandu kenderaan secara laju, kecuaian diri sendiri, pengubahsuaian kenderaan dan faktor jalan raya.

"Oleh itu, kenyataan JPJ untuk kurangkan kemalangan jalan raya dengan menyaman pemilik kereta yang papan nombor plat tidak ikut spesifikasi, cermin gelap dan pemasangan lain-lain aksesori seperti lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp' tidak boleh diterima oleh rakyat.

"Ia boleh diumpamakan seperti sakitnya di tempat lain, tapi ubatnya di tempat lain," kata Iskandar yang juga Adun Jabi, semalam.

Romantika dan humor SKSKP

Posted: 12 Nov 2014 07:07 PM PST


BARISAN teraju utama yang membintangi filem televisyen Strawberi dan Karipap Sesat Kat Paris (SKSKP). Dari kiri, Nabil Ahmad, Mia Sara Nasuha, Ryqal Iskandar, Lisa Surihani dan Zizan Nin.


BUAT pertama kalinya, Astro menerusi saluran Astro First Eksklusif membawakan sebuah filem televisyen bergenre famili komedi romantis, Strawberi dan Karipap Sesat Kat Paris (SKSKP) sempena kedatangan musim cuti sekolah yang bakal menjengah tidak lama lagi.
Filem televisyen famili komedi yang berdurasi selama satu jam setengah itu bakal menemui penonton pada 20 November depan di Astro First Eksklusif melalui saluran 480.
Diterajui dua pelakon cilik, Mia Sara Nasuha dan Ryqal Iskandar, SKSKP juga turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Lisa Surihani, Nelydia Senrose, Zizan Nin dan Nabil Ahmad.
Pada asalnya, SKSKP merupakan kesinambungan daripada jenama drama bersiri Strawberi dan Karipap yang mula diperkenalkan pada bulan September tahun lalu menerusi saluran Astro Ceria.
Drama yang disiarkan sebanyak 13 episod itu menerima sambutan yang menggalakkan sehingga berjaya meraih sembilan juta penonton ketika disiarkan. Atas dasar itu, pengarahnya filem berkenaan, P. Prem Anand Pillai kembali mempersembahkan sekuel drama tersebut menerus filem televisyen SKSKP.
Sesuai untuk tontonan seisi keluarga, SKSKP dibikin berlatarkan Paris yang terkenal sebagai kora cinta. Filem yang hanya mengambil masa selama dua minggu pembikinan itu melakukan 90 peratus penggambaran di Paris, manakala selebihnya di Kuala Lumpur.
Bersesuaian dengan konsep filem televisyen itu yang berkisar tentang cinta, kasih sayang dan romantis, kebanyakan babak mengetengahkan paparan keindahan beberapa tempat ikonik di sekitar kota Paris antaranya Menara Eiffel, Champs-Elysees, Notre Dame, Love Bridge dan Arc D Triomphe.
Naskhah tersebut berkisar tentang keberanian dua anak kecil iaitu Nini (Mia Sara) dan Haikal (Ryqal) terbang ke kota Paris semata-mata untuk menemui ibu saudara mereka. Keletah dan aksi comel mereka yang dilihat serasi bersama dalam banyak drama sebelum ini menjadikan SKSKP sebagai sebuah komedi yang menghiburkan untuk seisi keluarga.

PELAKON cilik, Ryqal Iskandar dan Mia Sara teruja sekali lagi digandingkan bersama menerusi SKSKP. Gandingan comel mereka berdua menghidupkan suasana ceria dalam filem televisyen yang bakal menemui penonton pada 20 November depan.


Mengetengahkan keletah pelakon kanak-kanak sebagai peneraju dalam sesebuah naskhah bukanlah satu perkara yang mudah. Perkara itu diakui sendiri oleh pengarah SKSKP mengenai dua pelakon cilik berbakat besar Mia Sara dan Ryqal.
"Saya akui mengendalikan kanak-kanak bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, apabila bekerja dengan Mia (Sara) dan Ryqal (Iskandar), walaupun mereka berdua masih anak kecil, dalam menjalankan kerja mereka bersikap profesional.
"Mereka mudah mendengar arahan dan sebelum ini pun kami (pihak produksi) sudah pernah bekerjasama dengan mereka, jadi tidak menimbulkan sebarang masalah. Sebaliknya memilih untuk bekerja dengan mereka memudahkan kerja sebenarnya sebab mereka sudah faham selok belok dunia lakonan.
"Jika bercakap soal kerja, tenaga mereka berdua memang tidak boleh disangkal. Jika badan penat sekali pun, mereka masih ada tenaga. Masih banyak cakap, masih boleh bermain-main dan mampu berjaga hingga lewat pagi," jelasnya.
Berbicara soal gandingan kali pertama antara Lisa Surihani dan Nabil Ahmad pula, P. Prem Anand, menjelaskan, pemilihan nama besar seperti Lisa untuk berganding dengan Nabil yang dengan gaya lawaknya merupakan keistimewaan filem televisyen itu.
"Kami cuba tampilkan kelainan apabila menggandingkan Lisa dan Nabil sebagai pasangan suami isteri. Jika sudah namanya famili komedi, tentunya pemilihan pelakon juga penting.
"Kami lihat gandingan antara dua pelakon itu ada tarikan yang tersendiri. Pemilihan watak utama selalunya akan berperwatakan serius. Namun, kami tampilkan kelainan dengan mengambil pelawak seperti Nabil dan masukkan dia dalam karakter utama SKSKP.
"Walaupun ini kali pertama Lisa dan Nabil dipertemukan dalam satu karya, mereka mudah bekerjasama. Keserasian yang dimiliki oleh mereka ketika di set penggambaran memudahkan kerja. Kami juga kekalkan watak asal Aunty Lisa yang dipegang oleh Nelydia Senrose dan Pak Su Hairi (Zizan Nin) bagi melengkapkan karakter satu sama lain," ujar P. Prem Anand.


Penjahat asing suka pecah rumah

Posted: 12 Nov 2014 07:05 PM PST

PASAR Borong Selayang dipenuhi warga asing yang menjalankan aktiviti peniagaan di kaki lima pasar.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 10,000 kes jenayah yang membabitkan warga asing dilaporkan berlaku di Malaysia sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini malah dijangka mengatasi keseluruhan 13,591 kes sepanjang tahun lalu.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah tersebut merangkumi 11.2 peratus daripada keseluruhan 84,029 kes jenayah di negara ini.
Antara jenayah terbabit ialah 3,103 kes pecah rumah, 1,871 kes curi dan 1,008 kes samun.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, penjenayah lazimnya akan menggunakan dokumen pengenalan diri palsu bagi mengelakkan identiti mereka dikesan pihak berkuasa.
"Mereka akan menggunakan dokumen palsu walaupun pernah ditangkap kerana tindakan itu membolehkan penjenayah terbabit keluar masuk ke negara ini tanpa dikesan selain mengelirukan pihak berkuasa yang memantau kegiatan mereka.


Kajang ditenggelami banjir kilat lagi

Posted: 12 Nov 2014 07:03 PM PST


KELIHATAN bangunan kedai dimasuki air manakala beberapa buah kereta terperangkap dalam banjir kilat di pekan Kajang semalam.


KAJANG – Hujan lebat selama tiga jam yang melanda pekan Kajang dan beberapa kawasan sekitar semalam menyebabkan kawasan-kawasan terbabit dilanda banjir kilat.
Hujan yang bermula pukul 2 petang itu menyebabkan pekan Kajang, Saujana Impian dan Taman Jasmin dinaiki air sehingga setengah meter.
Lebih teruk beberapa buah kedai di pekan Kajang dimasuki air dan menyebabkan barangan rosak. Kejadian banjir kilat itu turut menyebabkan berpuluh-puluh buah kenderaan tenggelam di pekan itu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, seperti biasa pekan Kajang paling teruk dinaiki air sehingga banyak kenderaan terperangkap dan kedai-kedai dimasuki air.


Diikat, dibelasah sebab meragut

Posted: 12 Nov 2014 07:02 PM PST


SEORANG peragut diikat selepas dibelasah orang ramai yang menyaksikan kejadian ragut di Lorong Pisang Barat 3, Kuching semalam.


KUCHING – Geram dengan tindakan dua penjenayah meragut rantai leher emas milik seorang ahli perniagaan, beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian itu bertindak membelasah dan mengikat salah seorang suspek di Lorong Pisang Barat 3 di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berlaku apabila mangsa berusia 53 tahun yang baru keluar dari keretanya tiba-tiba didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal lalu meragut barang kemas dipakai mangsa.
Sumber berkata, orang ramai yang menyedari kejadian tersebut kemudian mengejar suspek.


Budak lima tahun daki Base Camp Gunung Everest

Posted: 12 Nov 2014 06:59 PM PST



HARSHIT bergambar selepas berjaya mendaki sehingga ke Base Camp Selatan yang terletak di Gunung Everest. 


KATHMANDU – Seorang budak lelaki berusia lima tahun mencipta rekod dunia apabila menjadi pendaki termuda berjaya sampai ke Base Camp Selatan pada ketinggian 5,379 meter di Gunung Everest.
Kanak-kanak itu, Harshit Saumitra yang berasal dari New Delhi, India melakukan pendakian tersebut bersama bapanya, Rajeev Saumitra ketika musim salji tebal pada Oktober lalu.
Mereka berdua mengambil masa selama 10 hari untuk melakukan pendakian sebelum tiba ke kem yang popular itu.
Rajeev berkata, dia mengambil gambar Harshit bersama sijil kelahirannya di Base Camp sebagai bukti untuk diserahkan kepada pihak Buku Rekod Dunia Guinness.
"Saya amat bangga dengan pencapaian anak saya. Dia melakukan sesuatu di luar dugaan.
"Saya amat yakin nama dia akan dicatat dalam Buku Rekod Dunia Guinness. Saya telah menghantar klip video, sijil kelahiran dan gambar Harshit kepada mereka," katanya.
Menurutnya, mereka kini merancang untuk mendaki Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter yang terletak di Afrika.


Dunia glamor anak selebriti

Posted: 12 Nov 2014 06:49 PM PST



USIA belum menjangkau setahun, namun populariti yang diraih mengalahkan ibu atau bapa yang bergelar selebriti.
Kelahiran anak-anak selebriti disambut dengan liputan media serta dirakam dan disiarkan secara eksklusif di stesen televisyen. Ada juga yang memiliki akaun Instagram sendiri, bahkan, memiliki ratusan ribu pengikut.
Populariti mendadak itu secara tidak langsung membuatkan mereka menjalani kehidupan penuh glamor. Antaranya menghadiri sesi fotografi bersama akhbar serta majalah, mendapat tawaran iklan dan menjadi duta produk bayi.
Itulah fenomena yang dicipta oleh beberapa anak selebriti seperti Aaisyah Dhia Rana (Rozita Che Wan & Zain Saidin), Lara Alana (Scha Al-Yahya & Awal Ashaari), Julia Claire (Betty Banafe), Arrianshah Akid (Tomok) dan Noah Ismail Wong (Yasmin Hani & Sha'arin Razali).
Che Ta tidak kisah anak popular
Tanggal 1 November lalu, pasangan pelakon Rozita dan Zain telah menerima kehadiran puteri sulung mereka yang dinamakan, Aaisyah Dhia Rana.
Sebelum dilahirkan lagi, Aaisyah sudah mencipta sensasi apabila kelahirannya mendapat tajaan sepenuhnya daripada pihak Hosital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Sebaik sahaja dilahirkan, populariti Aaisyah mencanak naik apabila gambar comelnya dimuat naik di akaun Instagram Rozita dan Zain.
Menyedari populariti luar biasa yang diterima Aaisyah, Rozita atau mesra disapa Che Ta tidak menganggap itu satu bebanan yang berat.
"Saya tidak kisah dengan perhatian yang diberikan orang ramai kepada anak saya kerana bagi saya itu perkara yang normal. Ibu bapanya seorang selebriti, jadi bukan satu perkara yang pelik apabila Aaisyah juga turut popular," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

BELUM berusia sebulan, Aaisyah sudah menerima beberapa tawaran iklan.


Akui Che Ta, meskipun anaknya belum berusia sebulan, namun, bayi comel itu sudah menerima banyak tawaran sesi fotografi majalah dan iklan. Bukan itu sahaja, pendapatan yang diraih anaknya juga melebihi pendapatannya.
"Sejujurnya, saya tidak kisah untuk anak saya turut melibatkan diri dalam bidang seni pada usia muda kerana Zain juga pernah berlakon iklan ketika kanak-kanak. Sekarang, pendapatan Aaisyah lebih banyak daripada saya.
"Saya bukan menggunakan anak untuk dapatkan wang. Cara itu salah kerana sudah dikira mengeksploitasi anak. Sebaliknya, saya meneliti setiap tawaran terlebih dahulu. Jika sesuai barulah saya terima dan wang itu terus disimpan dalam akaun Aaisyah. Lebih baik dia ada simpanan pada usia yang muda untuk kegunaan pada masa hadapan," balas Che Ta yang memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya sebelum ini.
Dalam pada itu, wujud kebimbangan di hati Che Ta apabila anaknya menerima pujian yang melambung daripada orang sekeliling.
"Siapa tidak suka orang puji anak sendiri tetapi dalam hati saya wujud perasaan bimbang. Ini kerana tiada manusia yang sempurna.
"Apabila orang memberi komen di Instagram yang anak saya cantik dan sempurna, saya jadi bimbang. Kalau boleh memadai cakap comel sahaja. Saya juga tidak mahu anak saya dibandingkan dengan anak orang lain kerana setiap bayi mempunyai keistimewaan tersendiri," luah Che Ta yang akan mula bekerja pada awal Januari tahun hadapan.
Julia ditawar duta produk
Jika Che Ta tidak kisah anak popular, begitu juga dengan pelakon dan penyanyi, Betty Banafe atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe.
Melahirkan anak perempuan sulung pada 1 Disember tahun lalu, Betty dan anaknya Julia Claire, 11 bulan, juga tidak terkecuali daripada tempias populariti.
Kehamilan Betty dan kelahiran Julia telah dirakam dalam sebuah program realiti, Baby Boo. Sejak itu, kemunculan Julia dan Betty meraih perhatian.
Terang Betty, dia tidak kisah anaknya menjalani kehidupan penuh glamor dan dikenali peminat namun, suaminya, Bruce Dargus Abdullah tidak menyenangi perhatian yang diterima.
"Sebagai selebriti saya sudah terbiasa dengan perhatian yang diberikan tetapi tidak buat suami kerana dia bukan artis.
"Sebab itu, suami pernah memarahi peminat yang ingin bergambar dengan anak saya ketika kami keluar berjalan. Sekarang, barulah suami faham kerjaya saya dan bersikap lebih terbuka dengan peminat," ujar Betty.

LARA ALANA bersama ibunya, Scha Al-Yahya. Lara mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram.


Betty akan membawa anaknya ke mana sahaja dia pergi termasuk ketika bekerja memandangkan Julia masih menyusu badan sepenuhnya.
"Julia anak pertama saya dan suami, jadi kami tidak tahu bagaimana mahu berpisah dengannya walaupun sekejap kerana dia masih menyusu badan.
"Sebab itu, saya membawanya ke mana sahaja saya pergi termasuk ketika bekerja dan ke majlis anugerah. Alhamdulillah, Julia mudah mesra dengan semua orang serta jarang meragam apabila berada di tempat orang ramai," kata Betty.
Disebabkan kecomelan Julia, sebuah syarikat telah menawarkan Julia sebagai duta dan menggunakan namanya sebagai jenama pakaian kanak-kanak.
"Semuanya masih dalam peringkat perbincangan. Apa yang diberitahu, mereka suka melihat aksinya dan dalam masa yang sama Julia memberi inspirasi kepada mereka untuk mencipta jenama pakaian itu.
"Walaupun beratnya 12 kilogram, Julia sebenarnya suka bergambar dan sebagai ibu saya hanya mengikut arus sahaja. Saya anggap ini rezeki Julia. Tidak salah untuk anak saya meraih pendapatan sejak kecil," tutur Betty.
Arrian tiada Instagram
Seorang lagi anak selebriti yang cukup menarik perhatian ialah anak penyanyi dan pelakon Tomok, Arrianshah Akid yang berusia 2 tahun 5 bulan.
Populariti anak Tomok bermula sejak Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, aktif memuat naik gambar anak sulungnya itu dalam akaun Instagram miliknya.
Gambar dan video yang merakam keletah anaknya itu cukup memikat hati peminat sehingga pernah sebuah video Tomok memarahi Arrian menjadi viral di laman sosial.
Sungguhpun begitu, Tomok enggan anaknya menjalani kehidupan seperti selebriti, sebaliknya mahu membesarkan Arrian secara sederhana.
"Prinsip saya, yang bekerja sebagai selebriti ialah saya. Jadi, biarlah saya seorang sahaja yang berada di hadapan kamera bukannya isteri atau anak saya.
"Saya mahu anak saya menjalani kehidupan yang normal dan sederhana. Cukuplah anak saya dikenali di akaun Instagram saya sahaja," luah Tomok.
Meskipun aktif memuat naik gambar anaknya di Instagram, Tomok tetap menjaga privasi bagi melindungi keselamatan Arrian.
"Selalunya apabila memuat naik gambar, saya tidak akan beritahu lokasi sebenar gambar diambil atau hanya meletak gambar selepas pulang ke rumah. Memang seronok letak gambar anak di laman sosial sebab semua ibu bapa zaman sekarang melakukan hal yang sama.
"Tetapi, saya harus berhati-hati kerana bukan semua orang berniat baik. Sebelum berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, lebih baik saya mengambil langkah berjaga-jaga," terang Tomok yang mengakui anaknya pernah menerima tawaran iklan.

TOMOK bersama isteri, Siti Rahayu dan anak sulungnya, Arrianshah.


Lara fesyenista
Lara Alana Ahmad Awaluddin, 3 bulan, yang merupakan anak kepada pasangan selebriti Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari mempunyai akaun Instagram sendiri menggunakan nama @lara.alana.
Menariknya, akaun Instagram Lara sudah memiliki 217, 901 pengikut sejak diwujudkan pada 24 Oktober lalu.
Boleh dikatakan, Lara umpama selebriti kecil apabila fesyennya sering menarik perhatian peminat apatah lagi ibu bapanya juga memiliki selera fesyen yang tinggi.
"Lara mempunyai ratusan helai baju sehingga ada yang tidak sempat pakai kerana sudah tidak muat. Ada baju pemberian orang dan ada yang kami beli sendiri.
"Kami tidak kisah berbelanja untuk anak. Asal nampak baju cantik kami terus beli," kata Awal yang dipetik ketika majlis akikah anaknya pada 24 Oktober lalu.
Noah atasi populariti ibu
Si kecil Noah Ismail Wong yang sudah menginjak usia setahun pada 12 November lalu, merupakan buah hati kepada pasangan selebriti Yasmin Hani Richardson dan Sha'arin Razali Wong.
Sama seperti Lara, Noah juga memiliki akaun Instagram menggunakan nama @noahismailwong. Sejak diwujudkan, akaun tersebut memiliki 47,842 pengikut.
Menurut Hani, ketika ditemui pada majlis pelancaran program Tastemaker baru-baru ini, dia dan suaminya tidak ada masalah apabila Noah dikenali peminat.
"Saya tidak kisah orang kenal Noah. Apabila kami keluar berjalan orang akan tegur Noah bukannya saya dan suami.
"Bagi saya, itu perkara yang normal dan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Jika Noah diambil oleh orang yang tidak dikenali, orang sekeliling akan tahu kerana mereka turut mengenali siapa ibu bapa Noah yang sebenar," tutur Hani sambil diakui oleh suaminya.


Bintang kecil antarabangsa

Posted: 12 Nov 2014 06:48 PM PST


SURI CRUISE


Fenomena anak selebriti sebenarnya bermula di Hollywood. Perhatian yang diberikan orang ramai dan pihak media kepada anak bintang terkenal seiring dengan populariti yang dimiliki oleh ibu dan bapa mereka. Misalnya, Suri Cruise anak tunggal kepada aktor Tom Cruise dan Katie Holmes mencuri perhatian dengan wajah comelnya serta digelar ikon fesyen kanak-kanak kerana tidak pernah gagal memakai pakaian terbaik apabila gambarnya dirakam paparazi.
Sejak dilahirkan sehingga berusia lapan tahun, Suri berada di tangga pertama anak selebriti yang paling popular. Itu di Hollywood, jika di Asia nama Choo Sarang cukup popular. Anak kepada atlet seni mempertahankan diri, Choo Sung Hoon yang berketurunan Korea-Jepun serta model Yano Shiho itu mula popular apabila mereka menyertai program Superman Return yang diterbitkan di Korea Selatan.
Beberapa anak selebriti lain yang juga popular, antaranya Harper Beckham (anak pasangan David dan Victoria Beckham), Shiloh Pitt (anak pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt), Kingston Rossdale (anak Gwen Stefani), North West (anak pasangan Kim Kardashian dan Kanye West) dan Blue Ivy (anak pasangan Beyonce dan Jay Z). Tidak ketinggalan, anak Nicole Richie, Harlow Madden.
Suri Cruise
Umur: 8 tahun
Ibu bapa: Tom Cruise, Katie Holmes
Kecomelan wajah Suri mencairkan hati sesiapa yang melihatnya. Sebab itu, sejak kecil Suri umpama bintang terkenal apabila gerak-gerinya sentiasa dirakam lensa kamera paparazi. Suri juga ikon fesyen di Hollywood, dilaporkan pada usia tiga tahun Suri mempunyai koleksi pakaian berjenama dengan nilai AS$2.5 juta (RM8.3 juta). Suri juga telah mencipta kontroversi apabila memakai kasut tinggi pada umur tiga tahun, Katie dan Tom telah dikritik hebat kerana membenarkan anaknya menggayakan fesyen yang keterlaluan untuk kanak-kanak.
Harper Seven Beckham
Umur: 3 tahun
Ibu bapa: David Beckham, Victoria Beckham
Harper merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik dan satu-satunya anak perempuan keluarga Beckham. Kelahiran Harper dilihat kembali merapatkan hubungan ibu bapanya yang sebelum itu dilanda skandal cinta dengan perempuan lain. Jika sudah memiliki ibu seorang pereka fesyen, sudah tentu Harper hanya memakai pakaian jenama terkenal sahaja.
Antara hobi Harper ialah membawa anak patung kesayangannya ke spa. Spa tersebut khas untuk memanjakan anak patung sahaja bukan pemiliknya.

SARANG antara selebriti cilik yang menjadi rebutan syarikat produk untuk mengambilnya sebagai duta dan juga model iklan.


Choo Sarang
Umur: 3 tahun
Ibu bapa: Choo Sung Hoon, Yano Shiho
Choo Sarang dan bapanya seorang atlet mempertahankan diri di Jepun menjadi popular apabila mereka membintangi program realiti kekeluargaan berjudul Superman Return yang diterbitkan oleh stesen televisyen Korea Selatan. Dalam program itu, bapanya mengambil tugas ibunya menjaga Sarang. Meskipun bapanya bukan selebriti popular tetapi keletah bapa dan anak itu telah memikat penonton. Kini, populariti mereka berdua sebaris dengan selebriti terkenal dan menjadi duta beberapa produk di Korea Selatan.
North West
Umur: 1 tahun 5 bulan
Ibu bapa: Kanye West, Kim Kardashian
Sejak bintang realiti Kim Kardashian mengandungkan North, perhatian yang diterima Kim cukup luar biasa. Sama seperti ibunya, North juga menjadi perhatian orang ramai dan media. Meskipun masih bayi, setiap kali North berada dalam kelompok khayalak ramai, dia sering mengenakan pakaian sedondon dengan Kim. Tidak seperti bayi perempuan yang lain, North dilihat tidak menggemari warna merah jambu dan lebih banyak mengenakan baju berwarna hitam atau kelabu.
Pada hari lahir dan sambutan Krismas tahun lalu, North menerima banyak hadiah daripada pereka fesyen terkenal seperti Stella McCartney, Giuseppe Zanotti, Michael Coste (Hermes Paris) dan Charlotte Olympia.
Blue Ivy Carter
Umur: 2 tahun
Ibu bapa: Jay Z, Beyonce
Blue Ivy merupakan anak kepada penyanyi terkenal Jay Z dan Beyonce. Memiliki ibu bapa yang terkenal dan kaya raya satu bonus untuknya. Pada hari ulang tahunnya yang kedua, Blue Ivy menerima hadiah mewah iaitu seekor kuda bernilai AS$75,000 (RM250,949). Kehidupan mewah Blue turut dibawa ke meja makan apabila dia mempunyai kerusi makan bayi khas bertatah berlian yang bernilai AS$1.5 juta (RM5 juta).

Jenama kopi Jepun tetap digemari

Posted: 12 Nov 2014 06:46 PM PST



Sekiguchi mempertahankan Cafe de L'Ambre miliknya biarpun terdapat saingan daripada produk kopi komersial.


DI SEBALIK kesibukan orang lalu-lalang, anak-anak muda di Tokyo, Jepun lebih tertarik untuk bersantai di Starbucks di jalan Shibuya.
Syarikat kopi dari Amerika Syarikat (AS) itu mengumumkan perancangan untuk membeli saham sebanyak RM3 bilion, sekali gus mengambil alih sepenuhnya operasi Starbucks yang merupakan pasaran kedua terbesar jenama itu di Jepun.
Bagaimanapun, tidak semua orang menggemari rasa kopi yang turut menawarkan perkhidmatan sambungan internet secara percuma di lebih 1,000 cawangan di seluruh Jepun itu.
"Cara mereka membuat kopi tidak betul. Ia langsung tidak mempunyai rasa," keluh Ichiro Sekiguchi, pemilik sebuah kedai kopi, Cafe de L'Ambre yang sudah beroperasi lebih 100 tahun di Tokyo.
Meskipun menggunakan dekorasi kayu dan lampu samar-samar, kedai yang menyediakan minuman berasaskan kopi itu sentiasa dipenuhi para pengunjung yang datang untuk merasai sendiri segelas air tersebut dengan harga 700 yen (RM20) yang dikatakan sebagai kopi terbaik di Jepun.
Rasa kopinya sangat kuat dan pengunjung menganggap harga yang dibayar sangat berbaloi serta jauh lebih baik daripada jenama Starbucks.
Seperti kebanyakan kedai kopi lain, Cafe de L'Ambre mempunyai penggemar tersendiri termasuk ahli politik, Antonio Inoki. Kedai kopi tersebut terletak berhampiran dengan Cafe Paulista iaitu sebuah kedai kopi kegemaran John Lennon dan Yoko Ono.
Kopi panggang
Pengunjung yang datang berpendapat, keistimewaan kopi di Cafe L'Ambre' terletak pada rasa kopi yang dipanggang sendiri oleh Sekiguchi dan pekerjanya setiap hari. Ia menjadi tradisi dalam pembuatan minuman itu sejak lima tahun dahulu.
Sekiguchi membuka kedai kopi itu pada tahun 1948 selepas kedatangan askar-askar AS yang memperkenalkan minuman tersebut di negara yang menjadikan teh hijau sebagai amalan harian.
Jepun merupakan pelanggan kopi keempat terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, Brazil dan Jerman dengan jumlah minuman sebanyak 446,392 tan kopi pada tahun 2013.
Salah satu penyumbang kepada statistik tersebut adalah menerusi minuman kopi dalam tin menggunakan mesin layan diri yang terdapat di seluruh negara itu.
Konsep yang menjadi kegemaran penduduk Jepun itu turut dijual secara meluas di kedai serbaneka manakala kedai rantaian seperti 7-Eleven dan Lawsons berdepan cabaran menjual kopi segera dengan tawaran harga jauh lebih rendah iaitu 100 yen (RM2.80)
"Ramai yang menggemari kopi tetapi mereka menikmati rasa yang teruk," ujar Sekiguchi yang memberitahu hanya terdapat lima kedai kopi yang menyediakan minuman itu dengan baik di Jepun termasuk jenamanya.

KOPI yang dihasilkan di Cafe de L'Ambr menggunakan resipi tradisional yang diwarisi sejak 100 tahun lalu.


Merokok
Larangan merokok di Starbucks antara penyumbang utama peminum kopi senior masih kekal memilih kedai-kedai lama seperti Cafe L'Ambre.
"Jepun masih jauh ketinggalan dalam polisi antimerokok terutamanya dalam menentang perokok kedua," ujar doktor dan pakar rokok di University of Occupational and Environmental Health, Kitakyushu, Hiroshi Yamato.
"Ramai perokok bebas menghembus asap di kawasan orang awam seperti bangunan pejabat, kedai kopi dan restoran," tambahnya.
Sekiguchi berkata, larangan merokok di kedai kopi adalah tidak patut kerana pada pendapatnya, seseorang perlu menghisap rokok selepas meminum segelas kopi.
Kepulan asap turut kelihatan di Aroma iaitu sebuah kedai kopi yang terletak di tingkat dua bangunan lama di pasar ikan Tsukiji, Tokyo.
Aroma dibuka 30 tahun lalu di kawasan yang suatu ketika dahulu menjadi tumpuan orang ramai. Ia bersebelahan dengan kedai-kedai kopi tempatan yang kebanyakannya masih mengekalkan ciri-ciri klasik.
Pengunjung kelihatan santai sambil meminum kopi, menghisap rokok dan bersiul mengikut rentak lagu Stand By Me dari corong-corong stereo lama.
"Setiap pengunjung mempunyai gaya peribadi yang tersendiri. Walaupun datang seorang diri, mereka masih boleh berborak dengan pengunjung lain," ujar pemilik Aroma, Junko Koshiba yang menjalankan perniagaan itu bersama anak perempuannya.
"Keadaan sangat tenang di sini," kata wanita berusia 63 tahun yang memberikan pisang percuma kepada pengunjung setianya itu.
Walaupun mempunyai rasa yang berbeza dengan Cafe L'Ambre, kedai kopi Koshiba masih mempunyai penggemar dan mampu bertahan meskipun terpaksa bersaing dengan kedatangan jenama luar seperti Starbucks atau kemunculan gerai kopi baharu tempatan antaranya Doutor serta Caffe Veloce.
"Di sini, anda boleh relaks dan bersenang-senang. Berbanding di Starbucks, anak-anak muda sibuk dengan hal masing-masing dan sentiasa memegang gajet mereka," katanya.


Bisnes runcit Haji Ismail

Posted: 12 Nov 2014 06:45 PM PST



PENGGEMAR coklat seperti Saidatul Akmar Mohd. Shah pasti sebati dengan kedai Haji Ismail Group (HIG) di pekan Kuah, Langkawi, Kedah. Setiap kali berkunjung ke pulau legenda itu, Saidatul Akmar, 26, tidak melepaskan peluang memborong coklat pelbagai jenama untuk dibawa pulang ke ibu kota.
Coklat Daim dan Maltesers antara jenama import kegemaran produser televisyen itu. Sekurang-kurangnya dia membelanjakan RM150 bagi membeli coklat sama ada untuk diri sendiri atau diberikan kepada ahli keluarga dan teman rapat.
Kongsinya: "Lebih baik bagi orang coklat sebagai buah tangan kerana rantai kunci atau magnet peti sejuk agak klise dan kurang dihargai orang."
Berkesempatan membeli-belah di Kompleks HIG baharu di Kuah pada bulan September lalu, Saidatul Akmar memuji kemajuan HIG dalam menyediakan sebuah kompleks yang lengkap infrastruktur dan perkhidmatannya.
Kompleks dua tingkat itu diakui lebih selesa dan cantik serta melancarkan pergerakan pengunjung ketika berbelanja. Penyediaan troli juga praktikal buat pengunjung yang memborong dalam kuantiti banyak.
Pandangan Saidatul Akmar itu mewakili suara jutaan rakyat Malaysia yang pernah berbelanja sakan di lima cawangan kedainya di pekan Kuah dan Jetty Point termasuk kompleks yang mula beroperasi pada bulan Mac tahun lalu.
Ironinya, plastik hijau bercop logo HIG yang dijinjit pelancong usai membeli-belah di rangkaian kedai itu memang membekas ingatan masyarakat.
Nama Haji Ismail itu sahaja sudah agam dalam industri peruncitan Langkawi. Namun, tidak ramai yang kenal rapat dengan pembangun perusahaan tersebut.
Anak sulung Allahyarham Ismail Ahmad, Azizan Ismail sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan HIG menceritakan, permulaan perniagaan yang diasaskan ayahnya pada tahun 1987, seiring pewartaan status Langkawi sebagai zon bebas cukai.
Kedai pertama HIG dibuka di dalam bangunan Mara Langkawi. Produk komersial termasuk barangan elektrik, kain batik, pinggan mangkuk, tuala dan peralatan dapur merupakan item terawal dijual sebelum ia berpindah ke premis milikan sendiri di Jalan Pandak Mayah, Kuah sekitar tahun 1997.

ENAM produk teras yang dijual HIG ialah coklat, barangan dapur, pakaian dan hiasan, bagasi, cenderamata serta makanan.


Kebangkitan
Perpindahan itu berlaku tepat pada masanya. Bangunan Mara itu kemudiannya dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan baharu. Kebetulan juga, pekan Kuah ditransformasi sebagai pusat bandar dan tumpuan pelancong membeli-belah. Maka bermulalah era kebangkitan HIG, lebih-lebih lagi selepas ia menawarkan coklat-coklat import pada penghujung 1990-an.
Selepas meninggal dunia pada tahun 2006 ketika berusia 67 tahun, HIG kemudiannya diterajui tujuh anak Ismail yang menjadi sebahagian daripada lapan lembaga pengarah termasuk ibu mereka, Yah Othman.
Di bawah pimpinan generasi kedua, HIG menyaksikan pembangunan luar biasa. Pewujudan HIG Langkawi Holdings Sdn. Bhd. pada tahun 2009 menyaksikan anjakan besar entiti ini menjadi sebuah perusahaan bumiputera yang disegani di Langkawi.
Di bawahnya, tersenarai lima anak syarikat yang menjadi penggerak HIG. Pertamanya ialah Perniagaan Haji Ismail Sdn. Bhd. yang menguruskan perniagaan borong, diikuti Perniagaan Haji Ismail Group Sdn. Bhd. yang difokuskan kepada bidang peruncitan meliputi pengurusan menyeluruh kelima-lima cawangan kedainya.
Terbaharu ialah HIG Property Sdn. Bhd. yang menguruskan sektor pembangunan dan kemajuan hartanah serta HIG Hotel (Langkawi) Sdn. Bhd. yang telah pun menyaksikan pembukaan hotel pertamanya di Kompleks HIG pada Oktober tahun lalu. Bakal beroperasi tidak lama lagi ialah HIG Travel & Tours Sdn. Bhd. yang difokuskan kepada pembangunan servis pelancongan.

PINGGAN mangkuk antara item terawal dijual Ismail ketika menceburi bidang peruncitan.


Barang halal
Perniagaan Haji Ismail Group Sdn. Bhd. merupakan layar kepada seluruh perusahaan. Ia pemula segala-galanya yang memungkinkan kejayaan HIG hari ini. Monopolinya dalam sektor peruncitan Langkawi disokong enam produk teras iaitu coklat (import dan tempatan), barangan dapur, pakaian dan hiasan, bagasi, cenderamata dan makanan.
Penegasan halal oleh HIG tidak hanya melibatkan makanan, malah meliputi keseluruhan operasi syarikat termasuk pentadbiran dan pembiayaan, khususnya dalam sektor hartanah yang dipastikan bebas daripada sebarang unsur riba.
"Tiada satu pun barangan tiruan dan tidak halal dijual di kedai-kedai kami. Penyewa premis di dalam pekarangan bazar Kompleks HIG juga diwajibkan menjual produk asli dan halal.
"Harga yang ditetapkan juga berpatutan, kompetitif dan menepati piawaian pasaran semasa terutama barang-barang cukai berkecuali. Insya-Allah kami tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga pada musim perayaan ataupun ketika kekurangan stok, walaupun barangan tersebut mendapat permintaan tinggi.
"Penyelidikan dan pembangunan turut dilaksanakan secara berterusan bagi menyediakan produk yang memenuhi cita rasa terkini pengguna. Misalnya bagasi, rekaan, warna dan material ikutan ramai perlu dikenal pasti agar kami tidak menjual bagasi yang terkebelakang rekaannya," jelas Azizan.
Menyentuh kontroversi status halal dua perisa coklat jenama terkenal, Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran HIG, Roslee Ismail, 40, merungkaikan bahawa kedua-dua coklat itu tidak pernah dipasarkan di semua cawangan HIG, malah ia juga tidak ditemui di mana-mana kedai seluruh Langkawi.
HIG menapis ketat semua produk yang dipasarkannya. Kebanyakan coklat import diakui tidak memiliki cop perakuan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Justeru, sebagai peniaga ,HIG mengambil tanggungjawab melakukan pemeriksaan dengan pengilang dan pengeluar serta memperinci pemprosesan termasuk bahan-bahan yang digunakan. Keraguan masyarakat terhadap coklat Pepero oleh Lotte Confectionary dari Korea Selatan turut tersebar menerusi internet. Biarpun sedikit terkesan, peranan HIG sebagai pemegang pasaran terbesar coklat di Langkawi tidak tergugat kerana masyarakat yakin dengan prinsip HIG yang amat menitikberatkan produk halal dan asli.
"Dulu kita bergantung kepada barangan elektrik dan peralatan dapur. Selepas ia menjadi barang cukai hapus, kami ubah fokus kepada coklat. Selain menjual barangan daripada jenama sedia ada, kami turut mengeluarkan produk jenama HIG seperti cadar, bagasi dan coklat," ujar Roslee, anak kelima daripada tujuh adik-beradik.

HIG sentiasa memastikan produk yang dijual seperti bagasi mempunyai reka bentuk, warna, dan material yang menjadi kegemaran ramai.


Ismail
Berbalik kepada latar belakang pembangun HIG, Ismail merupakan anak ketiga daripada lapan adik-beradik. Bapanya, Ahmad Awang ialah seorang guru pelawat yang sering berpindah-randah. Ismail lahir dan membesar di Kodiang, Kedah sebelum mengikuti keluarganya berpindah ke Langkawi. Di pulau itulah dia bertemu isterinya dan menetap terus di situ.
Keluarganya tidak seorang pun mempunyai latar belakang perniagaan. Kepintarannya berniaga terserlah sejak di bangku sekolah rendah. Rojak buatan sendiri dijual kepada rakan-rakan sekolah pada waktu rehat menjadi percubaan pertamanya sehingga dia digelar Ismail Rojak.
Selepas berkahwin, Ismail mendapat tender berniaga di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Padang Matsirat.
Isterinya menguruskan kantin sekolah tersebut manakala Ismail pula menjual buah-buahan di tepi jalan. Kemudian, dia menjalankan bisnes jual beli daging lembu dan kerbau yang disembelih sendiri. Titik pusingan kehidupan Ismail sebagai usahawan terbentuk selepas dia melibatkan diri dalam bidang pembinaan.
Ismail memilih untuk menjadi kontraktor persendirian. Berbekalkan pengalaman dan simpanan peribadi, Ismail menubuhkan sebuah syarikat pembinaan kecil. Antara projek pembinaan yang dijayakan Ismail ialah bangunan Balai Bomba Langkawi, 276 unit perumahan Lembaga Pembangunan Langkawi dan beberapa buah sekolah kerajaan.
Hasil kerja kerasnya, Ismail terpilih sebagai 40 kontraktor pertama di Malaysia bagi menjalani Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa di bawah Kementerian Kewangan.
Ismail merupakan kontraktor kelas C dan berkhidmat dalam sektor pembinaan selama 25 tahun sebelum mengubah haluan kepada bidang peruncitan dan pemborongan barangan bebas cukai.
"Arwah seorang yang tegas dan sangat menepati janji. Walaupun dengan anak-anak sendiri, dia tidak akan beri muka. Namun, hasil didikannya itu berjaya membentuk kami semua adik-beradik," ujar Azizan.

Hotel HIG mesra Muslim

Posted: 12 Nov 2014 06:43 PM PST



HOTEL HIG di pekan Kuah, Langkawi ini mempunyai 79 bilik.


PAIP khusus untuk berwuduk yang disediakan di dalam kamar mandi merupakan antara keistimewaan Hotel HIG di pekan Kuah, Langkawi, Kedah. Sebagai hotel berkonsep Islamik, setiap ceruk koridornya juga dialunkan kelunakan rakaman suara ayat-ayat suci al-Quran. Malah, kesemua 79 biliknya tersedia rapi senaskhah al-Quran dan sejadah bagi kemudahkan penginap beragama Islam.
Penginapan lapan aras yang dibuka pada Oktober tahun lalu itu dipe cahkan kepada dua pemandangan iaitu Seaview (menghadap laut) dan Hillview (menghadap bukit). Kamar standard bagi kedua-dua peman dangan dilengkapi katil berkembar atau kelamin untuk dua orang.
Bagi ruangan suite pula, pengunjung boleh memilih sama ada mahu merehatkan diri di suite Hillview, suite junior Hillview atau suite Seaview.
Pengurus Hotel HIG, Azizah Aziz memberitahu, mereka turut menyediakan kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) di seluruh kawasan hotel termasuk bilik tidur di tingkat dua yang dilengkapi fasiliti khas. Kafe dan restoran yang 100 peratus halal mampu menempatkan maksimum 200 orang pada satu-satu masa.
"Hotel kami bebas daripada sebarang produk dan makanan tidak halal termasuk minuman keras. Biarpun lebih Islamik, hotel ini tetap mendapat sambutan baik dalam kalangan pelancong asing bukan beragama Islam.
Malah, baru-baru ini ada sebuah syarikat antarabangsa memilih hotel ini bagi menjalankan latihan bersama pekerja-pekerjanya hanya kerana kami tidak menghidang atau membenarkan minuman keras di dalam kawasan hotel. Namun, kami tetap menghormati pengunjung beragama lain," jelas Azizah ketika ditemui Kosmo! di Hotel HIG baru-baru ini.
Meskipun menjunjung prinsip Islamik, ia tidak menyekat Hotel HIG untuk tampil unik dan menarik dari sudut reka bentuk, hiasan dalaman dan dekorasi. Warna-warna sejuk mata memandang seperti palet tanah dan lembut menjadi latar dominan setiap dinding kamar hotel di bawah HIG Langkawi Holdings Sdn. Bhd. itu.
Menurut Azizah, kebanyakan hotel menggunakan warna terang untuk dinding bilik mereka. Berbeza dengan Hotel HIG, penggunaan warna-warna lembut dirasakan lebih ideal dalam menyuntik ketenangan dan kenyamanan kepada para penginap.
Bagi bilik standard, selang setiap tingkat menampilkan cat berlainan warna. Begitu juga suite yang dihiasi indah bersama rona hijau cair atau coklat cair. Dinding penegasan pula dilimpahi warna-warna terang.

BILIK tidur yang selesa untuk pelanggan merehatkan diri.


Walaupun baru beroperasi selama setahun, Hotel HIG telah meraih perhatian dan kepercayaan ramai. Buktinya, menerusi laman web tempahan penginapan popular, Booking.com, indikator bagi hotel tersebut mencapai 8.2/10, satu angka yang jarang diperoleh hotel tiga bintang. Pencapaian tersebut membuktikan tahap kepuasan pengunjung dari segi kebersihan, keselesaan, makanan dan keramahan staf.
Projek hartanah
Pengerusi Eksekutif Kumpulan HIG, Azizan Ismail merencanakan, selepas hotel pertama tersebut, HIG akan melebarkan cabang perhotelan di sekitar Langkawi. Projek hartanah terdekat mereka adalah pembangunan hotel dan apartment servis di Kuah manakala projek pembangunan serupa di Pantai Cenang masih dalam peringkat perbincangan akhir.
Penceburan HIG dalam industri perhotelan bertujuan untuk menyediakan pelancongan bersifat kekeluargaan mencakupi penginapan pelbagai tahap.
Semua peringkat masyarakat mampu menikmati keselesaan penginapan HIG menerusi rancangan pembangunan hotel mewah, kondominium, apartment dan hotel bajet.
"Jika diizinkan Allah, kami berhasrat untuk meluaskan bidang perhotel an ke luar Langkawi. Lokasi berpotensi dalam radar kami ialah Kota Bharu (Kelantan), Cameron Highlands (Pahang) dan Melaka. Ketiga-tiga tempat ini didapati sentiasa penuh pada musim cuti persekolahan dan perayaan dengan kekurangan penginapan bagi menampung jumlah pengunjung yang terlalu ramai.
"Di Langkawi, empat lokasi yang sedang dalam perancangan pembangunan kami ialah di Telok Chengai, Kuah, Pantai Cenang dan Sungai Menghulu. Sebahagian kawasan ini berpotensi untuk pembangunan resort dan marina," ujar Azizan.
Mengekalkan momentum selaku penyumbang pembangunan pelancongan memerlukan HIG sentiasa tampil kreatif, mengambil berat kehendak pengguna dan berterusan meningkatkan prasarana serba lengkap demi keselesaan pengunjung. Kemajuan itu juga perlu selari dengan perkembangan kualiti produk dan tenaga pekerja yang berdedikasi.
Kepesatan entitinya juga banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Langkawi, terutamanya pelajar-pelajar lepasan sekolah. Setakat ini, HIG mempunyai lebih 300 pekerja termasuk 70 staf hotel.


Penangan lagu Xiao Pingguo

Posted: 12 Nov 2014 06:41 PM PST



POPULARITI lagu Xiao Pingguo berjaya melonjakkan imej tarian Dama.


LAGU Little Apple atau Xiao Pingguo mencetuskan fenomena baharu di China. Dari taman sekitar Beijing hingga ke bangunan pencakar langit di Shanghai, kilang-kilang sekitar Guangzhou hingga ke bilik karaoke di Macau, semuanya mendendangkan lagu tersebut.
Lagu tersebut turut berjaya menawan hati sebahagian besar anggota tentera dan polis di negara yang terkenal dengan Tembok Besar itu.
Dua anak muda, Xiao Yang dan Wang Taili yang tidak mempunyai tali persaudaraan bertekad untuk menubuhkan kumpulan Chopsticks Brother bagi melariskan lagu tersebut.
Lagu Xiao Pingguo pada asalnya dicipta untuk mempromosikan filem terbaharu mereka yang dikeluarkan pada Julai lalu. Bagaimanapun, lagu tersebut berjaya menarik hati para pendengar.
"Lagu ini mudah untuk diikuti kerana liriknya berulang-ulang. Wanita-wanita tua di taman awam juga mampu belajar lagu ini dengan mudah," ujar salah seorang pendengar dari daerah Sichuan, Zeng Qiumei.
Video muzik tersebut ditonton lebih 50 juta orang menerusi platform video di China seperti Sohu, iQiyi dan Youku.
Klip video berdurasi enam minit itu bermula dengan operasi pembedahan plastik tidak menjadi sebelum Yang dan Taili nekad untuk berbogel di Taman Eden.
Selepas itu mereka muncul dengan beberapa jujukan termasuk berpakaian menyerupai ikan duyung di tepi pantai dan berlakon sebagai anak kampung.
Sebahagian besar lirik dalam lagu tersebut tidak masuk akal seperti korus 'Kau epal kecil saya, anda epal kecil saya'.
Namun, lagu tersebut sering diputarkan sama ada di pusat-pusat beli-belah, kelab malam, gimnasium mahupun sebagai nada dering telefon bimbit.
Populariti lagu tersebut turut dibantu dengan kelonggaran terhadap pemilikan harta intelek di China.
Tambah menarik, lagu tersebut turut digunakan oleh pihak tentera di bandar Xian sewaktu merekrut anggota manakala polis di Shandong mengubah lirik lagu itu untuk pengiklanan kes penipuan perbankan melalui telefon bimbit.
"Kami mengubah perkataan dalam lagu ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat," ujar seorang pegawai polis dalam sebuah program yang disiarkan di saluran CCTV.
Klip video yang menunjukkan anggota tentera menari dengan lagu Xiao Pingguo bersama seorang kanak-kanak yang terselamat dalam kejadian gempa bumi di selatan negara itu turut menjadi sensasi dalam internet.

PIHAK tentera di bandar Xian menggunakan lagu Xiao Pingguo ketika merekrut anggota.


Parodi
Selain itu, terdapat pelbagai video amatur lain terhasil daripada lagu berkenaan, termasuk melibatkan pramugari, kumpulan sorak, anggota bomba dan pelajar.
Sebuah parodi menujukkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un; Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; Presiden Rusia, Vladimir Putin; Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon turut dihasilkan.
Kejayaan lagu tersebut juga melonjakkan imej Dama iaitu tarian yang melibatkan wanita-wanita tua pada setiap pagi di dataran sekitar China.
Menurut seorang pesara, Zheng Xiaoming, 76, fenomena tarian Xiao Pingguo membuatkan orang ramai bersatu. Namun, Xiaoming lebih gemar memilih untuk menjadi penonton.
"Di taman, meletakkan tangan di bahu atau pinggul pasangan adalah sesuatu yang memalukan. Namun, dengan tarian Xiao Pingguo, semua itu tiada masalah," ujarnya.
Walaupun terdapat harapan di seluruh China agar Xiao Pingguo menjadi fenomena global seperti Gangnam Style nyanyian PSY yang popular pada tahun 2012, lagu penyanyi Korea Selatan itu telah mendapat tontonan lebih daripada 2.1 juta kali di laman perkongsian video, YouTube.
Bagaimanapun, ia berbeza sama sekali dengan klip video Xiao Pingguo apabila hanya mencatatkan tiga juta tontonan di YouTube. Ini kerana, laman perkongsian video tersebut disekat kerajaan China.
Menurut pakar, Xiao Pingguo tidak mempunyai unsur Barat untuk mencapai kejayaan seperti PSY.
Bagi pengkritik muzik China, Hao Fang, muzik pop China masih mempunyai sempadan berbanding K-pop yang telah menerima pelbagai pengaruh sehingga membolehkan ia menawan Asia Tenggara, Jepun serta benua luar.
"China kurang memberi tumpuan kepada pembangunan industri kreatif dan budaya seperti Korea Selatan," tambahnya.
"Lagu ini ketinggalan zaman kerana ia menggunakan irama disko yang popular pada tahun 1980-an dan 1990-an.
"Situasi ini menghalang lagu tersebut untuk bersaing dengan muzik pop terkini di seluruh dunia," kata Fang.
Xiao Pingguo juga memberi petunjuk bahawa hati dan minda rakyat di negara China boleh ditawan dengan menggunakan cara lama.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved